faktor kritikal yang mempengaruhi penglibatan syarikat dan firma pembinaan di malaysia ... · 2018....

114
FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA DALAM PROJEK ANTARABANGSA NUR SYAHIDAH BT MOHD SHAWAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Aug-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT

DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA DALAM PROJEK

ANTARABANGSA

NUR SYAHIDAH BT MOHD SHAWAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / KERTAS PROJEK PRASISWAZAH DAN HAKMILIK

Nama penuh penulis : NUR SYAHIDAH BT MOHD SHAWAL

Tarikh lahir : 20hb Februari 1994

Judul :

FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN

SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA

DALAM PROJEK ANTARABANGSA

Sesi Akademik : 2017/2018

Saya mengaku bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai;

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)*

TIDAK TERHAD Saya bersetuju bahawa tesis saya akan diterbitkan

sebagai akses terbuka atas talian (teks penuh)

Saya mengakui bahawa Universiti Teknologi Malaysia berhak seperti berikut;

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan

untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

Disahkan oleh,

________________________________________ ________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

940220-14-5384 PROF. MADYA Sr DR. WAN YUSOFF

B WAN MAHMOOD

Tarikh: Tarikh:

CATATAN: * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab

dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)

Page 3: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

PENGESAHAN PENYELIA

“Kami akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya,

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Jurukur Bahan”

Tandatangan : ………………………….........

Nama Penyelia : PROF. MADYA Sr DR. WAN

YUSOFF B WAN MAHMOOD

Tarikh : ………………………………..

Tandatangan : ………………………….........

Nama Pembaca Kedua : PUAN TANTISH BT

KAMARUDDIN

Tarikh : ………………………………..

Page 4: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT

DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA DALAM PROJEK

ANTARABANGSA

NUR SYAHIDAH BT MOHD SHAWAL

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2018

Page 5: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

ii

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Faktor Kritikal Yang Mempengaruhi Penglibatan

Syarikat Dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam Projek Antarabangsa” adalah

hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ………………………….........

Nama : NUR SYAHIDAH BT MOHD

SHAWAL

Tarikh : ………………………………..

Page 6: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

iii

DEDIKASI

“My journey of becoming a Quantity Surveyor has finally culminated. Thank you for

untiring support through my ups and downs throughout this six years”

This humble work I dedicate to my eternal loves

Papa, Mama, Kakak, Abang Shafiq, Abby, Zharif &

My beloved nephew, Muhammad Firash

Along with all struggle and encouragement

UTMKL DDPQ buddies (2012-2018)

Page 7: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tulus

kepada Penyelia saya iaitu Prof. Madya Sr Dr. Wan Yusoff B Wan Mahmood atas

sokongan yang berterusan serta tunjuk ajar, saranan yang bernas serta kesedian

beliau meluangkan masa sepanjang tempoh saya melaksanakan kajian Projek Sarjana

Muda ini.

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

semua pensyarah Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi

Malaysia, atas bantuan, dorongan, komen serta memberikan semangat kepada saya

secara langsung dan tidak langsung bagi menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda

saya ini.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan

seperjuangan saya daripada jurusan Ukur Bahan dan Sains Pembinaan yang banyak

membantu dalam perkongsian idea yang bernas, memberikan semangat serta turut

sama memberi pencerahan dan pandangan berkaitan kajian saya ini.

Akhir sekali. ucapan terima kasih saya dedikasikan kepada kedua ibu bapa

saya Encik Mohd Shawal Bin Rahmat dan Puan Faridah Binti Ali kerana mereka

adalah sumber inspirasi yang tidak ternilai bagi meningkatkan semangat saya untuk

menyempurnakan kajian ini tanpa mengenal erti penat dan lelah bagi membalas jasa

mereka pada masa hadapan.

Page 8: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

v

ABSTRAK

Industri pembinaan merupakan antara sektor pemangkin yang menyumbang

kepada pembangunan sesebuah negara. Kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh

syarikat dan firma pembinaan di Malaysia bukan sahaja dalam pasaran tempatan

malahan di peringkat antarabangsa. Namun, berdasarkan statistik pembinaan projek

antarabangsa yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

(CIDB) Malaysia menunjukkan penurunan dari segi bilangan syarikat dan firma yang

menawarkan perkhidmatan pembinan ke luar negara sejak sedekad yang lalu. Oleh

itu, kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor kritikal yang

menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

di Malaysia dalam projek antarabangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan

tinjauan soal selidik. Seramai 66 responden yang telah dikenalpasti daripada senarai

Bursa Saham Malaysia (KLSE) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar

Malaysia (MATRADE). Data yang telah dikumpul dianalisa menggunakan analisa

statistik deskriptif dengan bantuan perisian komputer Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS) for Windows (Version 24.0). Dapatan kajian yang telah

dianalisis menunjukkan sembilan faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada

penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma di Malaysia dalam projek

antarabangsa. Antara faktor kritikal yang telah dikenalpasti daripada kajian ini ialah

faktor ekonomi iaitu kenaikan dan penurunan kadar tukaran mata wang, harga

komoditi yang tidak stabil dan kekangan menjana dana kos pembiayaan yang tinggi.

Di samping itu faktor perundangan di mana sistem cukai yang membebankan serta

faktor organisasi seperti wujud persaingan antarabangsa yang sengit, kekurangan

sumber dalam organisasi serta kedudukan kewangan syarikat yang tidak stabil. Turut

tersenarai dalam faktor kritikal ialah berlakunya peristiwa-peristiwa Force Majeure

dan kurang kesedaran mengenai piawaian keselamatan di tapak bina.

Page 9: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

vi

ABSTRACT

Construction industry is one of the driven sector that contributes to the

development of a country.Achievement after achievement has been created by

construction companies and firms in Malaysia not only in the local market but also

creating history globally. However, based on international construction project

statistic released by Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia

show that over the past decade, there are a decline in number of companies and firms

in Malaysia that offer construction services in construction project abroad. Hence,

this study was conducted to shed light on the goal to ascertain the critical factors

prompted to the poor participation of Malaysia construction firms in construction

project abroad. The data were gathered through a questionnaire survey approach. A

total number of 66 respondents have been identified from the given list of Kuala

Lumpur Stock Exchange (KLSE) and Malaysia External Trade Development

Corporation (MATRADE). The data collection was analyzed by using descriptive

statistic analysis in Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) software

Version 24.0. In conclusions, there are nine critical factors that led to poor

participation of Malaysian construction firm in construction project abroad have been

identified in this study. The most critical factors lies on the economic factors

comprises of the effect of currency flunctuation, the impact of unstable commodities

price and the constraint to generate fund and high financing cost. In addition, legal

factor such as too many burdensome of taxes system and organisational factors

which are the intense of international market competition and unstable corporate

finance may also influnce construction firms participation. Other factors such as

Force Majeure events and lack of awareness regard to safety standards on site is one

of the contributing factor.

Page 10: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Persoalan Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Skop Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Metodologi Kajian 9

1.8 Organisasi Laporan 11

1.9 Rumusan Bab 12

2 KAJIAN LITERATUR 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pembinaan Antarabangsa 14

Page 11: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

viii

2.2.1 Globalisasi Dalam Industri Pembinaan 15

2.2.2 Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan

di Malaysia dalam Projek Antarabangsa. 16

2.2.3 Statistik Penglibatan Syarikat dan Firma

Pembinaan di Malaysia dalam Projek

Antarabangsa. 18

2.3 Faktor Mendorong Penglibatan Syarikat dan Firma

Pembinaan di Malaysia dalam Projek Antarabangsa 19

2.4 Faktor-faktor Syarikat dan Firma Pembinaan Kurang

Terlibat dalam Projek Antarabangsa. 21

2.4.1 Faktor Ekonomi 23

2.4.1.1 Kesan Kenaikan dan Penurunan

Kadar Tukaran Mata wang 23

2.4.1.2 Harga Komoditi yang Tidak

Menentu 24

2.4.1.3 Kekangan Menjana Dana dan Kos

Pembiayaan Projek yang Tinggi 25

2.4.2 Faktor Politik 26

2.4.2.1 Tampuk Kepimpinan Kerajaan

Yang Lemah 26

2.4.2.2 Kegagalan Menjalinkan

Kerjasama dengan Kerajaan

Tempatan 26

2.4.2.3 Kurang Penglibatan daripada

Pembekal dan Ahli Pembinaan

Tempatan 27

2.4.3 Faktor Budaya 27

2.4.3.1 Wujud Perbezaan Ketara dalam

Budaya 27

2.4.3.2 Kemahiran Komunikasi yang

Tidak Efektif 28

2.4.3.3 Perbezaan Latar Belakang

disebabkan Keunikan Budaya 28

2.4.4 Faktor Perundangan 29

Page 12: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

ix

2.4.4.1 Undang-undang Bahan Binaan

Kurang Ketat 29

2.4.4.2 Isu Rasuah dan Korupsi

Berleluasa 30

2.4.4.3 Kerangka Sistem Perundangan

Tidak Cekap 30

2.4.4.4 Pelbagai Sistem Cukai yang

Membebankan 31

2.4.5 Faktor Pengurusan 31

2.4.5.1 Kelemahan Jaminan dan Kawalan

Kualitu Bahan Binaan 32

2.4.5.2 Kurang Produktiviti daripada

Pekerja Binaan 32

2.4.5.3 Kurang Kesedaran Mengenai

Piawaian Keselamatan di Tapak

Bina 32

2.4.6 Faktor Organisasi 33

2.4.6.1 Wujud Persaingan Antarabangsa

dalam Kalangan Syarikat dan

Firma Pembinaan 34

2.4.6.2 Kekurangan Peralatan, Jentera dan

Pekerja Sokongan 34

2.4.6.3 Kedudukan Kewangan Syarikat

Tidak Stabil 34

2.4.7 Faktor Semula Jadi 35

2.4.7.1 Keadaan Cuaca Buruk dan Tidak

Menentu 35

2.4.7.2 Keadaan Geologi Tidak dapat

Dikenalpasti 35

2.4.7.3 Peristiwa-peristiwa Force Majeure 36

2.5 Kesimpulan 37

3 METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

Page 13: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

x

3.2 Reka Bentuk Kajian 39

3.3 Carta Alir Prosedur Kajian 41

3.4 Kerangka Konsep Kajian 42

3.5 Proses Pengumpulan Data 44

3.5.1 Kaedah Pengumpulan Data 44

3.5.2 Instrumen Kajian 45

3.5.3 Populasi dan Saiz Sampel Kajian 46

3.6 Proses Penganalisisan Data 48

3.6.1 Analisis Statistik Deskriptif 49

3.7 Kesimpulan 51

4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 52

4.1 Pengenalan 52

4.2 Keputusan Keseluruhan Pengagihan Borang Soal

Selidik 53

4.3 Analisa Latar Belakang Pengalaman Responden 54

4.3.1 Tempoh Pengalaman Kerja dalam Industri 54

4.3.2 Tempoh Penglibatan dalam Projek

Antarabangsa 56

4.3.3 Tempoh Penglibatan Syarikat dan Firma

dalam Projek Antarabangsa 57

4.4 Keputusan Analisis Faktor-faktor Mempengaruhi

Penurunan Bilangan Penglibatan Syarikat dan Firma

Pembinaan di Malaysia dalam Projek Antarabangsa 58

4.4.1 Faktor Ekonomi 61

4.4.2 Faktor Politik 61

4.4.3 Faktor Budaya 62

4.4.4 Faktor Perundangan 63

4.4.5 Faktor Pengurusan 63

4.4.6 Faktor Organisasi 64

4.4.7 Faktor Semulajadi 64

4.5 Keputusan Analisis Tahap Kritikal Faktor-faktor

Mempengaruhi Penurunan Bilangan Penglibatan

Page 14: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

xi

Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam

Projek Antarabangsa 65

4.6 Keputusan Analisis Faktor-faktor Kritikal

Mempengaruhi Penurunan Bilangan Penglibatan

Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam

Projek Antarabangsa 67

4.7 Kesimpulan 73

6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 74

5.1 Pengenalan 74

5.2 Kesimpulan 75

5.3 Limitasi Kajian 76

5.4 Cadangan Penambahbaikan Kajian untuk Masa

Hadapan 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN A – Keputusan Dapatan Keseluruhan Data Demografi

LAMPIRAN B – Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan

LAMPIRAN C – Instrumen Kajian – Borang Soal Selidik

Page 15: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Faktor-Faktor Mempengaruhi Penurunan Bilangan

Penglibatan Syarikat Dan Firma Pembinaan Di

Malaysia Dalam Projek Antrabangsa

19

3.1 Pecahan Jumlah Populasi Kajian 42

3.2 Kaedah Menentukan Saiz Sampel Daripada

Populasi

43

3.3 Tafsiran Bacaan Indeks Skala 46

4.1 Bilangan Responden Mengikut Bidang

Pengurusan

48

4.2 Pengalaman Kerja Responden Dalam Industri

Pembinaan

49

4.3 Tempoh Penglibatan Responden Dalam Projek

Antarabangsa

50

4.4 Tempoh Penglibatan Syarikat Dan Firma Dalam

Projek Antarabangsa

51

4.5 Faktor-Faktor Mempengaruhi Penurunan Bilangan

Penglibatan Syarikat Dan Firma Pembinaan Di

Malaysia Dalam Projek Antarabangsa

53

Page 16: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

xiii

4.6 Tahap Kritikal Faktor-Faktor Mempengaruhi

Penglibatan Syarikat Dan Firma Dalam Projek

Antarabangsa

58

4.7 Faktor-Faktor Kritikal Mempengaruhi Penglibatan 60

Page 17: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Carta Alir Metodologi Kajian 9

2.1 Statistik Projek Antarabangsa yang Dimenangi Oleh

Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia

17

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 37

3.2 Model Kerangka Konsep Kajian 39

3.3 Skala Likert Ordinal 5-poin 41

3.4 Prosedur Analisis Data Menggunakan SPSS 44

3.5 Formula Pengiraan Skor Purata 45

3.6 Formula Pengiraan Purata Perbezaan Skor 45

3.7 Formula Pengiraan Indeks Purata 45

3.8 Indeks Skala Kajian 50

3.9 Skala Purata Indeks 50

4.1 Carta Pai Pengalaman Kerja Responden dalam Industri

Pembinaan

49

4.2 Carta Bar Tempoh Penglibatan Responden dalam Projek

Antarabangsa

50

Page 18: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

xv

4.3 Tempoh Penglibatan Syarikat dan Firma dalam Projek

Antarabangsa

51

4.4 Carta Bar Faktor-Faktor Kritikal yang Mempengaruhi

Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia

dalam Projek Antarabangsa

64

Page 19: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

xvi

SENARAI SINGKATAN

CIDB - Construction Industry Development Board

KLSE - Kuala Lumpur Stock Exchange

MATRADE - Malaysia External Trade Development Corporation

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar

GDP - Gross Development Product

MNC - Multinational Corporation

ADB - Asia Development Bank

IPCC - Intergovernmental Panel on Climate Change

PPE - Personal Protective Equipment

Page 20: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

Lampiran A Keputusan Dapatan Keseluruhan Data Profil Responden 82

Lampiran B Surat Kebenaran Agihan Borang Soal Selidik 84

Lampiran C Instrumen Kajian- Borang Soal Selidik 85

Page 21: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa pasaran industri pembinaan antarabangsa

berkembang dengan pesat dan merupakan sebahagian penting penyumbang

pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosio ekonomi terutama bagi negara-

negara maju.(Ofori, 2012) Manakala Gubago (2000), pula menyifatkan bahawa

industri pembinaan adalah sektor penting terutama di negara-negara membangun

kerana tanggungjawabnya untuk menyediakan kemudahan infrastruktur termasuk

jalan raya, jambatan, sistem pembentungan air, elektrik dan komunikasi serta

menyediakan perlindungan. Tambahnya lagi, industri pembinaan juga memainkan

peranan yang penting bagi menyediakan peluang pekerjaan dalam sesebuah negara.

Page 22: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

2

Menurut Chan dan Tse (2003) projek pembinaan antarabangsa terdiri

daripada satu siri hubungan terdiri daripada pelbagai pihak seta kepelbagaian latar

belakang politik, undang-undang, ekonomi serta budaya. Walau bagaimanapun,

hakikatnya Latham (1994) berpendapat proses pembinaan secara tradisional telah

melahirkan pekerja yang kurang tahap kecekapan kerana sudah menjadi norma

mereka bekerja dalam persekitaran yang terpisah antara satu sama lain dan lebih

selesa untuk bekerja sendiri.

Berdasarkan ucapan daripada ketua eksekutif Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia iaitu Datuk Ahmad Asri Bin Abdul Hamid

menyatakan bahawa industri pembinaan di Malaysia telah menunjukkan satu kadar

pertumbuhan yang luar biasa. Hal ini ditegaskan lagi oleh beliau bahawa ianya telah

membentuk sebuah lonjakan transformasi sebagai satu platform untuk sektor

pembinaan terus maju dan melebarkan lagi kebolehannya bagi terus kekal sebagai

tulang belakang pertumbuhan sektor ekonomi. Menurut CIDB (2017) walaupun

industri pembinaan Malaysia hanya menyumbang sebanyak 5% setahun terhadap

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun industri pembinaan terus kekal

menjadi pemangkin kepada faktor pertumbuhan negara kerana perhubungannya yang

ketara dalam sektor penghasilan, pembuatan dan sektor-sektor ekonomi yang lain.

Sehubungan itu, terdapat ramai ahli pembinaan di Malaysia berhasrat untuk

melebarkan lagi sayap syarikat dan perniagaan mereka dengan mencari peluang

untuk menembusi pasaran antarabangsa bagi menjamin perniagaan yang berdaya

maju dan memastikan kelangsungan hidup syarikat dan firma bagi tempoh yang

panjang, misalnya Veritas Architects Sdn. Bhd, IJM, WCT Engineering dan Gamuda

(Morgan, 2008). Namun begitu, menurut Ragayah (1999) pula sebab utama syarikat

dan firma pembinaan di Malaysia melabur ke pasaran antarabangsa adalah untuk

menegembangkan serta mencari potensi pertumbuhan bagi pasaran baharu.

Page 23: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

3

Bagi Czinkota dan Ronkainen (2004) menyifatkan bahawa keputusan yang

diambil bagi sesebuah syarikat pembinaan untuk membina usahasama di peringkat

anatarabangsa adalah bagi melonjakkan lagi aktiviti dalam pasaran global. Dengan

itu, ianya akan mencipta peluang kepada syarikat tersebut untuk mengekalkan

kelangsungan hidup dan pertumbuhan syarikat mereka. Tambahannya lagi,

perkembangan perniagaan di peringkat antarabangsa dapat meningkatkan kedudukan

persaingannya, memanjangkan kadar hayat produk dan mengelakkan ketepuan awal

pasaran di negara asal.

Rekod yang diperoleh daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

(CIDB) Malaysia, menunjukkan bahawa sehingga 30 Mac 2017, sektor pembinaan di

Malaysia telah mencapai sejumlah 866 buah projek antarabangsa yang telah siap

dibina dianggarkan bernilai RM91.76 Billion manakala selebihnya sebanyak 55 buah

projek yang sedang dalam pembinaan dianggarkan bernilai RM 25.02 Billion.

Syarikat pembinaan di Malaysia telah muncul di kawasan-kawasan Asia seperti

Brunei, Indonesia, Singapura, dan Thailand dan terus mengawal pasaran di Timur

Tengah seperti Iraq, Afghanistan, Arab Saudi dan Qatar. Selain itu, beberapa buah

syarikat pembinaan telah mengembangkan perniagaan mereka di negara-negara lain

seperti di Bangladesh, Laos, Bosnia, Australia dan Hong Kong. (CIDB, 2017)

Justeru itu, CIDB Malaysia memainkan peranan yang penting dalam usaha

menggalakkan lebih banyak syarikat pembinaan di Malaysia untuk menembusi

pasaran global. Dengan adanya usaha untuk mempromosikan kepakaran syarikat

pembinaan tempatan ini ke serata dunia akan memberikan kelebihan dalam

persaingan yang agresif dalam kalangan pesaing. (Aziz, 1994) Sementara Maznah

(2006) pula menyatakan bahawa globalisasi dalam pasaran pembinaan akan

memberikan dua impak, sama ada ianya akan memberikan cabaran dalam bentuk

persaingan yang hebat ataupun ianya akan menyediakan sebuah peluang yang besar

dengan membuka pasaran baharu. Jadi yang demikian, satu keputusan yang tepat di

mana ianya dianggap terbaik untuk mengembangkan perlulah dibuat serta memilih

negara ataupun kawasan yang mempunyai potensi tebaik untuk melaksanakan

perkhidmatan yang ditawarkan. (Victor, 1982)

Page 24: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Industri pembinaan terkenal dengan risiko dan ketidak pastian sama ada dari

segi risiko luaran ataupun risiko dalaman menjadikannya faktor kejayaan dalam

sesebuah pembinaan projek antarabangsa. Kebiasaanya dalam mengendalikan projek

antarabangsa, pasukan pengurus harus berhadapan dengan risiko luaran disebabkan

faktor projek berskala besar dan gangguan berkaitan isu-isu dalaman. Sebagai

contoh, implikasi daripada turun naik ekonomi makro dan dasar kerajaan negara

memberi impak yang besar terhadap projek pembinaan antarabangsa. (Zhi, 1995 ).

Menurut Chen dan Messner (2005), bagi memberi perlindungan daripada

risiko serta mewujudkan persaingan yang sihat dalam pasaran global, ahli pembinaan

mestilah terlebih dahulu mengenal pasti mod kemasukan ke pasaran antarabangsa.

Seperti yang dipetik daripada Frank (1991), pasaran antarabangsa lebih kompleks

berbanding pasaran domestik disebabkan oleh cabaran pemboleh ubah yang tidak

terkawal berpunca daripada kepelbagaian budaya, sistem politik sesebuah negara,

selain daripada kesan kenaikan dan penurunan kadar pertukaran mata wang asing dan

beberapa faktor lain yang mempengaruhi strategi pemasaran.

Oleh yang demikian, sebagai satu entiti baharu dalam pasaran antarabangsa,

syarikat dan firma pembinaan perlulah berhadapan dan berusaha bagi menembusi

lingkupan dinding tersebut untuk menjadikannya sebagai platform yang kompetetif

terdiri daripada klien tempatan, arkitek, kontraktor dan pihak-pihak berkepentingan

yang lain selaras dengan peraturan kontak tempatan, undang-undang

pembangunanan, tradisi dan amalan (Firat & Huovinen, 2005).

Oleh demikian,adalah penting untuk semua pihak pembinaan dalam sesebuah

syarikat dan firma untuk menunjukkan bahawa seseorang dirinya mempunyai

pengetahuan yang luas serta kemahiran yang berkaitan bagi menangani cabaran dan

menyumbang kepada pembangunan nasional.

Page 25: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

5

Namun begitu, seperti yang dirumuskan oleh Abbasi dan Baldry (2012)

dalam artikelnya, The Impact of Globalisation on The Construction Industries Of

Developing Countries, penglibatan syarikat dan firma dalam segmen pasaran

antarabangsa mampu memberikan impak yang positif kepada beberapa kunci isu

seperti berikut:

Bagi memotivasikan pernyertaan dalam pelaburan ke luar negara

Bagi mempromosikan pergerakan merentsi sempadan manusia,

barangan dan modal

Bagi meningkatkan taraf hidup

Memainkan satu peranan yang penting bagi proses pembangunan

Untuk menyokong dan menghasilkan sebuah revolusi teknologi

Bagi meningkatkan prestasi dan keupayaan ahli pembinaan asing

dalam industri

Bilangan syarikat dan firma pembinaan Malaysia yang telah berjaya

mencapai dan mendapat pengiktirafan di peringkat global semakin meningkat dari

tahun ke tahun melalui pencapaian dan pemerolehan dalam pelbagai jenis projek di

luar negara sama ada di rantau Asia, Timur Tengah dan di seluruh dunia. Perkara ini

dapat dicapai kerana keupayaan dan pengalaman syarikat pembinaan tersebut yang

kuat terutamanya dengan menyertai projek pembinaan secara nasional. (Tajuddin,

2015)

Kebanyakan daripada syarikat dan firma pembinaan di Malaysia memperoleh

permintaan yang tinggi bagi melaksanakan projek di luar negara dalam sektor

pembinaan bangunan, kediaman, kerja-kerja sivil dan infarstruktur, bingkai struktur ,

minyak dan gas dan sebagainya. (CIDB, 2017) CIDB Malaysia telah

memperkenalkan kategori baharu dalam Sistem Pendaftaran CIDB iaitu Pendaftaran

Antarabangsa sebagai satu inisatif kepada syarikat pembinaan di Malaysia yang

berprestasi tinggi serta mempunyai keupayaan untuk bersaing secara efektif dalam

projek pembinaan antarabangsa

Page 26: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

6

Hal ini adalah sekaligus untuk mempertingkatkan lagi nilai bagi sesebuah

syarikat dengan menyediakan keperlukan penjenamaan di pasaran bagi menunjukkan

keupayaan sesebuah syarikat dan firma pembinaan di Malaysia untuk memastikan

kejayaan yang berterusan dalam pasaran pembinaan antarbangsa.

Namun sebaliknya, merujuk kepada Construction Industry Transformation

Plan (CITP) 2016-2020, antara salah satu isu yang ditekankan dalam laporan ini

ialah berkaitan pengurangan bilangan penyertaan daripada ahli pembinaan di

Malaysia dalam projek pembinaan di luar negara masih perlu diberikan perhatian.

Kenyataan daripada petikan tersebut disokong dengan analisis daripada Construction

Quarterly Statistical Bulletin, CIDB (2017) menunjukkan bahawa nilai projek yang

dimenangi oleh syarikat pembinaan di Malaysia telah menurun daripada RM

1,497.68 juta pada tahun 2015 kepada RM 794.39 juta pada tahun 2016 dan terus

merosot kepada RM 655.10 juta pada tahun 2017.

Satu kajian telah dijalankan oleh Fadhlin A. et al. (2004) menyatakan

bahawa terdapat korelasi antara output pembinaan dan Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) apabila kadar pertumbuhan tahunan industri pembinaan secara

umumnya akan mengikuti trend pertumbuhan ekonomi. Maklumat daripada Jabatan

Perangkaan Malaysia (2017), KDNK semasa Malaysia hasil sumbangan daripada

sektor pembinaan menunjukkan trend penurunan daripada RM 13,398 juta pada suku

yang pertama tahun 2017 kepada RM 12,892 juta pada suku kedua tahun 2017.

Keadaan ini mencetuskan kebimbangan kerana menurut Fadhlin A. et al. (2004)

faktor utama yang memepengaruhi pertumbuhan industri pada masa hadapan ialah

keadaan ekonomi dan jangkaan bagaimana ianya akan berubah.

Perdagangan antarabangsa dilihat amat penting bukan sahaja untuk syarikat

dan firma yang bersaiz kecil dan sederhana di mana kuasa untuk membuat keputusan

bukan haya tertumpu pada satu pihak sahaja tetapi melibatkan beberapa orang

berpengaruh yang mempunyai peranan yang unik dan penting dalam sesebuah

organisasi. (Westhead et al., 2001) Maka dengan itu, adalah penting bagi syarikat

Page 27: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

7

dan firma pembinaan di Malaysia untuk membangunkan peluang keemasan yang

tersedia ini sekaligus merebut peluang bagi mendapatkan kelebihan berbanding

pesaing yang lain dan diiktiraf sebagai syarikat dan firma global dalam arena

antarabangsa.

1.3 Persoalan Kajian

Kajian ini membincangkan mengenai isu kekurangan penglibatan syarikat

dan firma pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa. Persoalan kajian yang

dibangunkan dijadikan panduan bagi menentukan hala tuju kajian ini dan ianya

adalah selaras dengan isu yang dibincangkan. Berikut ialah persoalan kajian ini:

1) Apakah faktor kritikal yang mempengaruhi pengurangan bilangan

penglibatan syarikat dan firma pembinaan Malaysia dalam projek

antarabangsa?

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab objektif kajian yang berikut:

1) Bagi mengenalpasti faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi pengurangan

bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam projek

antarabangsa.

Page 28: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

8

1.5 Skop Kajian

Kajian ini adalah terhad kepada pertimbangan-pertimbangan seperti berikut:

i) Kajian ini hanya memberikan tumpuan kepada syarikat dan firma

pembinaan di Malaysia yang pernah terlibat dalam projek pembinaan

antarabangsa.

ii) Responden terdiri daripada pelbagai peringkat pengurusan mewakili

syarikat dan firma yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan

di luar negara.

iii) Responden terdiri daripada pelbagai peringkat pengurusan mewakili

syarikat dan firma yang mempunyai pengalaman dan pernah terlibat

dalam kerja-kerja pembinaan projek antarabangsa.

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini adalah penting bagi pihak yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam projek pembinaan yang berhasrat untuk mengembangkan

prospek perniagaan dalam industri pembinaan antarabangsa. Di samping itu, kajian

ini adalah untuk memberikan kesedaran tentang kewujudan masalah berkaitan

pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan tempatan dalam

projek antarabangsa.

Selain itu, kajian ini akan menyumbangkan informasi bermanfaat kepada

syarikat-syarikat pembinaan yang berhasrat untuk mengintegrasikan perniagaan

mereka dalam prospek pembinaan antarabangsa yang lebih luas pada masa akan

Page 29: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

9

datang. Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan rujukan berguna kepada pelajar

bagi mata pelajaran pembinaan yang berkaitan dan ahli-ahli pembinaan professional

yang memerlukan kefahaman tentang hubungan di antara amalan ikhtisas yang

sebenar tentang pasaran antarabangsa dan pekerjaan di luar negara.

1.7 Metodologi Kajian

Sebuah kerangka metodologi yang terperinci dibangunkan sebagai kunci hala

tuju perlaksanaan untuk mencapai objektif kajian. Metodologi kajian yang

menyeluruh dibincangkan di dalam Bab 3 laporan ini. Berikut ialah kerangka asas

metodologi kajian yang direka bentuk mengikut kesesuaian kajian ini.

Page 30: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

10

Mengenalpasti Isu dan Masalah

Penurunan bilangan penglibatan syarikat dan

firma pembinaan dalam projek antarabangsa

Menentukan Objektif Kajian

Bagi mengenalpasti faktor-faktor kritikal yang

mempengaruhi pengurangan bilangan

penglibatan syarikat dan firma di Malaysia

Kajian Literatur

Data sekunder: Buku, Jurnal, Laporan

Organisasi, Internet, dll

Pengumpulan Data

Objektif 1: Borang Soal Selidik

Analisis Data

Analisis Statistik Deskriptif

1) Analisis Frekuensi

2) Formula Indeks Purata

Kesimpulan dan Cadangan

Rajah 2.1 Carta Alir Metodologi Kajian

Page 31: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

11

1.8 Organisasi Laporan

Laporan ini dibahagikan kepada lima (5) bab seperti yang berikut:

Bab 1 - Pendahuluan menjelaskan tentang pengenalan kepada industri

pembinaan antarabangsa, latar belakang masalah, persoalan kajian, objektif kajian,

skop kajian, kepentingan kajian ini serta organisasi laporan kajian bagi memberikan

gambaran awalan terhadap kajian yang dilakukan.

Bab 2 - Kajian Literatur membincangkan berkenaan definisi pembinaan

antarabangsa daripada beberapa sudut pandang. Diikuti isu-isu globalisasi industri

pembinaan dan penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam projek

antarabangsa. Seterusnya penerangan tentang statistik penglibatan syarikat dan firma

pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa. Sub-tajuk seterusnya menyatakan

tentang faktor-faktor yang mendorong syarikat dan firma pembinaan di Malaysia

untuk menyertai projek antarabangsa dan akhir sekali ialah senarai dan penerangan

faktor-faktor yang dikenalpasti mempengaruhi isu berkaitan pengurangan bilangan

penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa.

Bab 3 - Metodologi Kajian menjelaskan bagaimana kajian ini dirangka bagi

memenuhi objektif kajian. Oleh itu, bab ini menerangkan tentang pemilihan kaedah

kajian berserta sebab pemilihan setiap kaedah yang digunakan sepanjang kajian

dilaksanakan. Bab ini juga diteruskan dengan penenerangan tentang instrumen kajian

iaitu borang soal selidik dan senarai responden yang telah dikenalpasti bagi

mendapatkan maklumat data kajian. Akhir sekali, semua informasi dan data kajian

yang telah dikumpul kemudiannya di analisa dalam bab seterusnya.

Page 32: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

12

Bab 4 - Data Analisis menunjukkan data yang dianalisa dibahagikan kepada

empat (4) bahagian utama. Pertama sekali ialah keputusan keseluruhan pengagihan

borang tinjauan soal selidik, analisis pengalaman responden dalam industri

pembinaan tempatan dan antarabangsa bagi mendapatkan gambaran latar belakang

responden. Kemudiannya ialah persembahan keputusan analisa kajian yang terdiri

daripada (i) faktor-faktor yang mempengaruhi penurunan bilangan penglibatan

syarikat dan firma pembinaan Malaysia dalam projek antarabangsa. (ii) Tahap

kritikal faktor-faktor yang mempengaruhi penurunan bilangan penglibatan syarikat

dan firma pembinaan Malaysia dalam projek antarabangsa. (iii) Faktor-faktor kritikal

yang mempengaruhi penurunan bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan

Malaysia dalam projek antarabangsa.

Bab 5 - Kesimpulan dan Cadangan merumuskan secara keseluruhan

tentang kajian ini, limitasi yang dihadapi sepanjang pelaksanaan kajian ini dan

cadangan penambah baikkan kepada kajian ini . Bab ini juga turut membincangkan

beberapa kemungkinan cadangan untuk penyelidikan selanjutnya.

1.9 Rumusan Bab

Keseluruhannya, bab ini memberikan gambaran dan tujuan kajian ini

dilaksanakan dengan menekankan lagi isu yang dihadapi dalam penyataan masalah.

Kemudiannya objektif kajian ditentukan iaitu bagi mengenalpasti faktor-faktor

kritikal yang mempengaruhi pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma

pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa. Seterusnya sebuah kerangka

kaedah kajian yang teliti dihasilkan bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai.

Page 33: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

13

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang kajian literatur yang meluas dilakukan untuk

kajian ini. Bab ini dibahagikan kepada pembincangan tiga (3) topik utama. Bahagian

pertama, memperkenalkan pembaca kepada konsep pembinaan antarabangsa.

Manakala pada bahagian kedua menerangkan tentang sebab-sebab syarikat dan firma

di Malaysia membuat keputusan untuk menyertai dalam pasaran pembinaan

antarabangsa. Di akhir bab ini ialah proses mengenalpasti faktor-faktor kemungkinan

yang mempengaruhi bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan. Faktor

tersebut kemudiannya dibincangkan secara terperici dan digunakan sebagai data

berguna semasa proses pengumpulan data dilakukan.

Page 34: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

14

2.2 Pembinaan Antarabangsa

Terdapat pelbagai definisi untuk menggambarkan maksud pembinaan

antarabangsa. Dalam erti kata lain, pengantarabangsaan ialah satu proses dimana

sebuah firma meninggalkan negara asalnya untuk mencari peluang perniagaan di luar

negara (Usman & Rashid, 2002). Konsep ini turut disokong oleh Ngowi et al. (2004)

dengan hujahnya bahawa pembinaan antarabangsa adalah apabila sesebuah syarikat

tinggal di negara yang lain dalam satu tempoh masa, bagi melakukan kerja di negara

lain. Selain itu, pengantarabangsaan bersifat ketegasan kerana adalah mustahil untuk

berlakunya pengasingan ekonomi. (Czinkota & Ronkainen, 2004) Tambahnya lagi

keupayaan ekonomi sesebuah negara juga akan terjejas dengan menunjukkan

penurunan apabila ketiadaan penyertaan syarikat dalam pasaran global.

Sejarah pengantarabangsaan dikatakan telah wujud pada awal abad ini.

Menurut Sebestyen (1998), syarikat pembinaan antarabangsa yang pertama telah

ditubuhkan di Great Britain di mana ianya dipelopori oleh Pearson. Beliau telah

menerima konsesi menggerudi minyak bernilai satu juta hektar di Mexico dan telah

menerima bayaran untuk perkhidmatannya. Hal ini menunjukkan bahawa ianya

sebagai satu contoh awal kepelbagaian, dan seterusnya telah menjadi kebiasaan

dalam kalangan syarikat pembinaan maju.

Perkara ini amat penting bagi menunjukkan bahawa kerja-kerja pembinaan

bukan sahaja tertakluk kepada pembinaan bangunan, malahan penglibatan dalam

projek pembinaan kereta api, lebuh raya, empangan, dan projek pengairan yang

berpusat di Amerika Syarikat telah membuka peluang kepada syarikat pembinaan

untuk merebut peluang untuk mendapatkan projek. Sebagai contoh, syarikat

pembinaan di Amerika Syarikat bukan sahaja terlibat dalam industri pembinaan,

malahan berjaya memperluaskan perniagaan dengan menakluki industri kejuruteraan

seperti Warren, Bechtel, Fluor, Kellogg serta beberapa lagi kontraktor di Amerika

Syarikat yang telah mempunyai pengalaman dalam pembinaan lebuh raya,

Page 35: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

15

mengestrak minyak, serta menguasai industri petrokimia dan diberi kepercayaan

untuk mengendalikan projek yang lebih kompleks.

Justeru, jelaslah bahawa kewujudan syarikat dan firma pembinaan yang

menawarkan perkidmatan mereka ke luar negara merupakan langkah pertama dalam

menglobalisasikan industri pembinaan.

2.2.1 Globalisasi Dalam Industri Pembinaan

Henry dan Springborg (2001) mengutarakan pandangan bahawa globalisasi

sebagai satu resolusi yang membentangkan percanggahan antara pengembangan

modal dan perbentukan politik serta sosial kebangsaan. Sementara itu, Marcuse dan

Kempen (2000), mendefinisikan globalisasi sebagai sebuah interaksi yang kian

melonjak dalam perdagangan dunia, pelaburan negara asing serta pasaran modal

turut menyumbang kepada peranan kerajaan pada peringkat antarabangsa dalam satu

unit ekonomi. Tambahnya lagi, globalisasi melibatkan pasaran seluruh dunia tanpa

mengenal sempadan geografi. Selain itu, globalisasi adalah satu bentuk kuasa yang

menentukan sesuatu daerah dalam sesebuah bandar. Secara keseluruhannya, proses

globalisasi melibatkan seluruh bandar tanpa mengira sama ada berada di kedudukan

teratas mahupun di bawah namun ianya lebih kepada pendorong kepada sifat dan

sejauh mana pengaruh proses tersebut.

Ogunlana (2004) telah menyimpulkan bahawa globalisasi merujuk kepada

peningkatan integrasi ekonomi di seluruh dunia. Antara idea globalisasi yang telah

dipersetujui oleh pelbagai pihak adalah seperti berikut;-

i. Globalisasi yang rancak berlaku menyebabkan ianya sukar

diberhentikan

Page 36: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

16

ii. Manfaat globalisasi ini tidak diagihkan secara sama rata; dan

iii. Kebanyakan negara akan berkemungkinan tidak berjaya untuk

membangunkan ekonomi.

Konsep globalisasi bukan sahaja hanya diaplikasikan dalam industri

pembinaan.Hal ini demikian kerana industri pembinaan bukanlah satu produk

ataupun bahan yang boleh diperdagangkan di pasaran antarabangsa. Ia juga tidak

memberi unjuran kepada pengeluaran bersepadu antarabangsa kerana industri

pembinaan berlaku di tapak bina sesebuah negara (Strassman & Wells, 1998).

Syarikat dan firma pembinaan di negara maju telah menyedari bahawa projek-projek

pembinaan semakin kompleks dan memerlukan teknologi yang lebih canggih dan

mendapat kesedaran tentang kepentingan untuk bersaing antara satu sama lain dalam

sesebuah kawasan bagi mendapatkan pekerjaan.

Oleh itu, inovasi merupakan elemen penting dalam isu ini. Organisasi

berkontrak antarabangsa telah menduduki peranan yang dominan dalam pasaran

pembinaan antarabangsa, (Murray & Baiden, 2000) sekaligus telah berusaha mencari

peluang bagi mengembangkan lagi pasaran ke negara-negara yang membangun.

Memandangkan globalisasi tidak dapat dihentikan, jadi adalah penting bahawa

negara-negara membangun bersedia untuk menghadapi cabaran globalisasi dan

meraih manfaat daripadanya.

2.2.2 Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam Projek

Antarabangsa.

Seperti yang dinyatakan, terdapat hubungan langsung antara pertumbuhan

ekonomi negara dengan sektor pembinaan di mana pentingnya industri pembinaan

bagi mendukung pembangunan sosio-ekonomi yang mampan. Namun, sektor

Page 37: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

17

pembinaan di Malaysia telah menunjukkan trend penurunan selepas tempoh pra-

krisis yang melibatkan syarikat dan firma pembinaan yang berkontrak. Pada masa

yang sama, jumlah nilaian projek yang dilaksanakan di luar negara masih pada nilai

titik yang terendah di bawah pasaran tempatan, dan hanya beberapa buah syarikat

dan firma sahaja yang cukup kuat untuk menembusi dan bekerja dalam sektor utama

pembinaan di luar negara.

Syarikat dan firma pembinaan berpeluang menjadikan kerja-kerja pembinaan

pada peringkat antarabangsa sebagai medium untuk membina kapasiti dan

membolehkan mereka melakukan lebih banyak projek yang kompleks pada masa

akan datang. Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan peluang pekerjaan tersebut

ianya memerlukan syarikat dan firma pembinaan tempatan untuk menjadi lebih

proaktif sebagai persediaan dan keperluan untuk menembusi pasaran baharu.

Sepenjang tempoh setengah dekad yang lalu, syarikat dan firma pembinaan di

Malaysia telah mengkaji semula strategi bagi mengembangkan dan meletakkan diri

mereka dalam pasaran antarabangsa dengan mensasarkan negara-negara membangun

seperti India, Sri Lanka, negara-negara Timur Tengah dan lain-lain. Terdapat banyak

syarikat tempatan dan badan-badan kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan

Perdagangan Luar Negeri (MATRADE) dan CIDB Malaysia secara tidak langsung

terlibat dalam memasaran perkhidmatan pembinaan yang ditawarkan oleh syarikat

dan firma di Malaysia ke luar negara. Peluang pemasaran antarabangsa yang besar

ini biasanya disediakan terutamnya oleh negara-negara yang membangun.

Industri pembinaan terus komited untuk menepis segala cabaran global bagi

mencari peluang dan pencapaian yang lebih besar di pasaran global. Sehingga Jun

2008, seperti yang dilaporkan oleh CIDB dalam laporan terbitan “Malaysian Builder

Go Global”, penglibatan semasa kontraktor Malaysia telah mencapai projek bernilai

RM 80 billion di mana bagi Wilayah Timur Tengah telah menyumbang nilai projek

tertinggi yang dijamin oleh kontraktor Malaysia. Manakala di Rantau Timur Tengah

Page 38: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

18

menawarkan peluang perniagaan utama terutama di United Arab Emirates. Rantau

ini mengalami proses perkembangan ekonomi dan sosial yang pesat dan meluas.

Di rantau Timur Tengah, adalah penting bagi setiap syarikat dan firma untuk

mematuhi undang-undang yang mengawal aktiviti perniagaan untuk memulakan

pembinaan di rantau itu. Sekiranya terdapat syarikat dan firma yang bercadang untuk

berdagang atau melabur di rantau ini, syarikat dan firma tersebut perlu mendapatkan

kebenaran dan lesen yang diiktiraf. Selain itu, iklim di rantau ini diliputi dengan

padang pasir dan sesetangahnya mengalami iklam sejuk terutamanya di pergunungan

selatan. Wilayah ini mempunyai pendapatan kapita yang tinggi dan lebihan

perdagangan tahunan yang cukup besar.

Kekayaan negara tersebut bersandarkan kepada industri pengeluaran minyak

dan gas iaitu kira-kira 33% daripada KDNK, dan kekayaan hasil dari turun naik

ekonomi terhadap harga komoditi. Rantau ini telah mengalami transformasi yang

luar biasa dari kawasan padang gurun kecil hingga ke negara moden dengan taraf

hidup yang lebih tinggi. Pada peringkat pengeluaran pada masa ini, rizab minyak dan

gas perlu bertahan lebih daripada 100 tahun. Kerajaan rantau ini telah meningkatkan

perbelanjaan dalam menyediakan peluang pekerjaan dan pengembangan infrastruktur

serta membuka utiliti bagi penglibatan sektor swasta yang lebih besar.

2.2.3 Statistik Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam

Projek Antarabangsa.

Industri pembinaan merupakan sektor yang dianggap paling penting kerana

terdapatnya hubungan langsung antara pertumbuhan ekonomi negara dengan sektor

pembinaan. Mengikut statistik Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)

Malaysia, secara keseluruhan jumlah nilai projek antarabangsa yang berjaya

Page 39: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

19

disiapkan telah jatuh dari jumlah kontrak antarabangsa yang dimenangi oleh

syarikat-syarikat Malaysia iaitu dari RM19billion (1867.95M USD) pada 2011-12

kepada RM4billion (76.06M USD ) pada tahun 2013 dan 2014. Hanya ada firma

Malaysia yang kukuh dan unggul yang berjaya membuat percikan di pasaran asing.

Rajah 2.1 Statistik Projek Antarabangsa yang Dimenangi Oleh

Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia

(Sumber: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), 2017)

2.3 Faktor Mendorong Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di

Malaysia dalam Projek Antarabangsa

Pengembangan perniagaan dalam pasaran antarabangsa dilihat semakin

penting terutamanya bagi perniagaan dalam sektor pembinaan. (Awil & Aziz, 2001)

Maka dengan itu amatlah penting syarikat dan firma pembinaan di Malaysia untuk

terus mengekalkan prestasi di pasaran antarabangsa.

Projek Antarabangsa Yang Dimenangi Oleh Syarikat

Pembinaan Malaysia Mengikut Tahun

TAHUN

NIL

AI

(Ju

ta U

SD

)

Page 40: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

20

Berdasarkan kajian daripada pelbagai pengkaji mengenai faktor pendorong

sesebuah syarikat bagi meloloskan diri ke dalam pasaran antarabangsa adalah untuk

meningkatkan kadar perolehan selain untuk memaksimakan keuntungan syarikat. Di

samping itu, pengantarabangsaan ialah untuk meningkatkan segmentasi pasaran

industri pembinaan

Manakala menurut Gregorio dan Musteen (2008), penglibatan syarikat dan

firma pembinaan dalam pasaran antarabangsa ialah untuk mengekspoitasikan

peluang pasaran dan eset di negara tuan rumah. Sebaliknya Crosthwaite (2010)

berpendapat bahawa kecenderungan syarikat dan firma pembinaan ke pasaran

antarabangsa adalah untuk mempelbagaikan risiko-risiko yang terlibat.

Pandangan berbeza dari Rashid dan Wong (2010), pengantarabangsaan

syarikat dan firma pembinaan adalah bagi mengoptimumkan penggunaan sumber

yang terdapat di dalam syarikat sekaligus mengambil peluang untuk mengumpul

pengalaman bekerja di luar negara (Lu & Beamish, 2001).

Akhir sekali ialah pengantarabangsaan memberi peluang bagi sesebuah

organisasi mengembangkan jaringan perniagaan di luar negara supaya lebih dikenali

(Lu & Beamish, 2001) dan seterusnya dapat mengusai kitaran perniagaan domestik.

(Crosthwaite, 2010). Walau bagaimanapun, dalam proses pengantarabangsaan,

pengurus memainkan peranan yang penting sebagai pengemudi pasaran yang

menentukan sama ada pengantarabangsaan mungkin berlaku ataupun tidak.

Page 41: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

21

2.4 Faktor-faktor Syarikat dan Firma Pembinaan Kurang Terlibat dalam

Projek Antarabangsa.

Ketidakpastian dalam pasaran industri pembinaan di Malaysia jelas sekali

dapat dilihat pada statistik pembinaan Antarabangsa yang diterbitkan oleh CIDB

Malaysia. Perkara ini dipercayai berpunca kerana kekangan-kekangan yang dihadapi

oleh syarikat dan firma pembinaan untuk menembusi pasaran global. Perkara ini

disokong dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Ling dan Hoi (2006) menyatakan

bahawa firma di Singapura juga turut menghadapi cabaran dan masalah sewaktu

mengambil alih sebuah projek pembinaan pada peringkat Antarabangsa seperti di

negara India.

Berikut ialah kupasan kemungkinan faktor-faktor pengurangan bilangan

syarikat dan firma di Malaysia dalam projek Antarabangsa dengan lebih terperinci.

Terdapat tujuh kategori yang dikenalpasti hasil daripada penulisan kajian pengkaji

dalam bidang pembinaan Antarabangsa. Faktor-faktor tersebut ialah faktor ekonomi,

faktor politik, faktor budaya, faktor perundangan, faktor pengurusan, faktor

organisasi dan faktor semula jadi.

Jadual 2.1 Faktor-faktor Mempengaruhi Penurunan Bilangan Penglibatan Syarikat

dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam Projek Antrabangsa

No. Faktor-Faktor Penyumbang Sumber/Penulis

FK1 Faktor Ekonomi

Kesan naik turun mata wang terhadap ekonomi Zhi H., (1995); Bing L.

(1999)

Kesan harga komoditi yang tidak menentu Bing & Tiong, (1999)

Kekangan bagi menjana dana dan kos pembiayaan

projek yang tinggi

Ngowi et al., (2005)

FK2 Faktor Politik

Kelemahan tampuk kepimpinan negara tuan rumah Ling & Hoi (2006)

Gagal membina jalinan kerjasama dengan Kerajaan

tempatan

Abdul Aziz & Wong,

(2011);

Page 42: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

22

Kekurangan penyertaan pembekal dan ahli pembinaan

daripada negara tuan rumah

Enshassi, Mohamed &

Abushaban, (2009)

FK3 Faktor Budaya

Wujud perbezaan ketara dari segi peradaban,

tingkahlaku dan tradisi.

Stebblings, (1998)

Kemahiran komunikasi yang tidak berkesan Ozorhon, Dikmen &

Birgonul, (2007); Ling

& Gui, (2009)

Perbezaan keunikkan latar belakang pelbagai pihak

yang terlibat dalam pembinaan mencetuskan

ketidaksepefahaman

Zhi H., (1995)

FK4 Faktor Perundangan

Undang-undang bahan binaan bangunan yang kurang

ketat di negara tuan rumah

Paul, (2015)

Isu suapan dan rasuah di negara tuan rumah Wang et al., (1999)

Kerangka sistem perundangan yang tidak cekap di

negara tuan rumah

Ling & Hoi, (2006)

Terdapat pelbagai cukai yang membebankan perlu

dibayar

Keswani (1997)

FK5 Faktor Pengurusan

Kelemahan dari segi jaminan dan kawalan kualiti

bahan yang tidak konsisten

Ngowi et al., (2005)

Produktiviti buruh binaan yang rendah Ozorhon, Dikmen &

Birgonul, (2007); Ling

& Gui, (2009)

Kurang kesedaran mengenai piawaian keselamatan di

tapak bina

Enshassi, Mohamed &

Abushaban, (2009)

FK6 Faktor Organisasi

Kewujudan persaingan antarabangsa yang sengit dalam

kalangan syarikat dan firma pembinaan

Ahmad and Kitchen,

(2008)

Kekurangan sumber seperti jentera, peralatan dan

pekerja sokongan

Zhao, Shen and Zuo,

(2009)

Kedudukan kewangan syarikat dan firma yang tidak

stabil

Gunhan & Arditi,

(2005); Zhao, Shen &

Zuo, (2009)

FK7 Faktor Semulajadi

Keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu di

negara tuan rumah

Enshassi, Mohamed &

Abushaban, (2009)

Maklumat geologi yang tidak mencukupi (contoh:

maklumat keadaan tanah)

Ling & Hoi, (2006);

Dikmen (2011)

Peristiwa-peristiwa Force Majeure (Banjir, kacau

ganggu awam, gempa bumi, dll.)

Edwards & Bowen

(1998); Wang et al

(1999)

Page 43: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

23

2.4.1 Faktor Ekonomi

Antara isu penting yang perlu dititik beratkan semasa membuat keputusan

bagi memulakan perniagaan ke luar negara adalah untuk memastikan kedudukan

kewangan dalam tempoh berkontrak adalah lumayan serta ganjaran pulangan balik

yang telah ditentukan dapat dicapai. Faktor kewangan dan ekonomi yang tidak

diuruskan dengan baik boleh menjurus kepada risiko muflis. (Kangari, 1995) Selain

itu, dalam sesebuah negara yang mengalami leberalisasi ekonomi juga boleh

menyumbang kepada pelbagai risiko yang lain.

2.4.1.1 Kesan Kenaikan dan Penurunan Kadar Tukaran Mata Wang

Kerajaan telah memainkan peranan yang penting dalam mentransformasikan

ekonomi negara ke arah status negara yang membangun kerana industri pembinaan

merupakan sektor utama penyumbang kepada ekonomi Malaysia. Namun begitu,

pasaran pembinaan Antarabangsa masih terdedah kepada prospek pasaran yang

tinggi. Contohnya naik turun mata wang, pertukaran kadar mata wang, harga

komoditi yang lebih rendah dan kos tenaga yang lebih tinggi. (Zhi, 1995 )

Kadar tukaran mata wang yang berubah-ubah boleh menjejaskan keuntungan

bagi sesebuah projek pembinaan antarabangsa. Hal ini merupakan isu yang serius

dalam transaksi antarabangsa. (Bing & Tiong, 1999) Kembali pada tahun 2014,

terdapat pelarasan kadar pertukaran secara besar-besaran sekaligus telah memberikan

kesan kepada kebanyakan nilai mata wang termasuk dolar dan sterling. Walaupun

kadar tukaran sudah mulai menurun sejak pertengahan tahun 2015, namun masih

dapat dilihat negara seperti Australia dan Malaysia mengalami kejatuhan mata wang

sebanyak 25 peratus berbanding dolar Amerika.

Page 44: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

24

Begitu juga situasi di Brazil di mana negaranya turut mengalami kadar

penurunan dolar lebih daripada 50 peratus pada masa ini. (Rawlinson, 2016)

Walaupun syarikat dan firma pembinaan asing boleh melindungi mata wang di

pasaran antarabangsa, namun isu ini dilihat masih tidak berkesan. (Wang S. Q. et al.,

2000) Namun begitu, isu ini diberi respon daripada sudut pandangan yang berbeza

oleh pemain binaan. Sesetengah daripada mereka memilih untuk meletakkan harga

kontrak di India dalam mata wang rupee India kerana mereka meramalkan bahawa

rupee India akan terus kuat pada masa hadapan.

Sebaliknya bagi pemain binaan lain pula memilih untuk mempunyai harga

kontrak dalam mata wang dolar AS atau dolar Singapura kerana nilai mata wangnya

yang lebih stabil. Hal ini kerana mereka perpendapat bahawa bukan mudah untuk

mempengaruhi klien asing dari Syarikat Multi Nasional (MNC) bagi menandatangani

kontrak dalam dolar Amerika Syarikat dan dolar Singapura. Risiko yang melibatkan

kesan daripada ketidakstabilan mata wang ini mestilah dipertimbangkan dengan

teliti. Di mana, dalam kontrak perlu dinyatakan pembayaran terhadap tukaran mata

wang perlu dimasukkan ke dalam kontrak. Kemungkinan boleh berlaku persetujuan

kontrak dwi-mata wang di mana satu bahagian dibayar dengan mata wang tempatan

manakala selebihnya dibayar dalam bentuk mata wang asing. (Wang S. Q. et al.,

2000)

2.4.1.2 Harga Komoditi yang Tidak Menentu

Selain itu, keadaan pasaran juga turut terjejas dengan harga komoditi yang

tidak menentu serta melambatkan pertumbuhan ekonomi Asia. Hal ini menunjukkan

bahawa pergantungan yang tidak sihat terhadap mikro-ekonomi ini kadang-kala

dipengaruhi oleh faktor politik. Secara umumnya, ekonomi yang terjejas

mendinginkan lagi keyakinan dalam sesebuah pasaran serta melambatkan kemasukan

pelabur baharu. Harga minyak yang menurun jelas sekali akan mengakibatkan

sentimen pasaran turut berkurangan seterusnya memberikan impak dalam industri.

Page 45: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

25

Walau bagaimanapun, aktiviti pembinaan terus kekal sebagai barometer kepada

ekonomi utama di rantau ini.

Pada beberapa tahun yang lalu, pasaran dunia dilihat telah mengalami

peningkatan yang pesat dalam harga utama komoditi yang diperdagangkan seperti

bahan api, logam, komoditi pertanian dan sebagainya. Peningkatan ini selaras dengan

pertumbuhan ekonomi yang pesat dan telah meningkatkan lagi permintaan terhadap

pasaran komoditi. Setiap pasaran komoditi yang berbeza mempunyai penjelasan

faktor peningkatan atau penurunan yang berbeza dalam satu kaedah mahupun kaedah

yang berlainan. Kenaikan harga ini mempunyai hubungan dengan peningkatan pesat

terhadap permintaan pada struktur bekalan di mana ianya sedang dalam usaha untuk

memenuhi permintaan. Persoalannya sama ada pelarasan yang pesat dalam harga

komoditi akan diteruskan ataupun corak penawaran yang lebih stabil dan rangka

permintaan akan dibentuk semula?

2.4.1.3 Kekangan Menjana Dana dan Kos Pembiayaan Projek yang Tinggi

Risiko lain berkaitan kewangan dan ekonomi ialah kekangan untuk menjana

dana dan kos pembiayaan projek yang tinggi dilihat menyulitkan lagi keadaan. Hasil

tinjauan pakar mengenai isu ini juga menyatakan bahawa bukan mudah bagi

kontraktor asing mendapatkan pembiayaan di mana negara projek itu dijalankan.

Sebagai pendatang asing yang baharu bertapak tanpa rekod pengalaman latar

belakang perniagaan membuatkan mereka tidak mempunyai cagaran yang sesuai

untuk mendapat pinjaman daripada bank ataupun institusi kewangan tempatan.

Sumber pembiayaan projek boleh diperoleh melalui tiga cara iaitu (1) pembiayaan

sendiri (2) bantuan kewangan daripada kerajaan tuan rumah (3) pinjaman daripada

agensi kewangan seperti Bank Pembangunan Asia (ADB) dan (4) pinjaman dari

modal pasaran luar negara.

Page 46: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

26

2.4.2 Faktor Politik

Isu politik di dalam sesebuah negara akan timbul bila mana terdapat campur

tangan daripada kerajaan negara yang memerintah dalam sesebuah urusan

perniagaan. Ianya termasuklah berkaitan keamanan seperti peperangan, gangguan

terhadap orang awam, dan perhubungan industri yang boleh menjejaskan kemajuan

projek (Ashley & Bonner, 1987). Menurut Wang dan Chou (2003) antara isu-isu

politik yang terdapat dalam industri pembinaan ialah isu pengambil alihan, kelewatan

dalam memberikan kelulusan, rasuah dan perubahan dalam dasar undang-undang.

2.4.2.1 Tampuk Kepimpinan Kerajaan Yang Lemah

Manakala menurut Ling dan Hoi (2006) jelas menunjukkan secara specifik

dan keunikan dalam isu bawaan politik yang dihadapi oleh syarikat dan firma

pembinaan antarabangsa ialah ketidakstabilan politik dimana ianya boleh menjurus

kepada kepimpinan seorang pemimpin yang lemah sekaligus menjadikannya sukar

untuk mentadbir negara dengan berkesan seperti situasi yang berlaku di India. Di

samping itu, kegagalan untuk mengenalpasti dan menganalisa serta menilai pelbagai

jenis isu politik yang dipengaruhi oleh kos dan masa banyak berkait dengan projek

antarabangsa.

2.4.2.2 Kegagalan Menjalinkan Kerjasama dengan Kerajaan Tempatan

Selain itu isu politik juga mungkin disebabkan tiada jalinan kerjasama yang

baik dengan kerajaan tempatan bagi menangani masalah yang timbul sepanjang

proses pembinaan. Dengan mengekalkan hubungan yang baik dengan kerajaan

tempatan, ahli lembaga kerajaan boleh membuka peluang bagi melindungi

kepentingan sesebuah firma malahan turut memberikan bantuan informasi dan

sokongon.

Page 47: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

27

2.4.2.3 Kurang Penglibatan daripada Pembekal dan Ahli Pembinaan Tempatan

Di samping itu isu politik berlaku apabila kurang penyertaan daripada

pembekal dan subkotraktor tempatan dalam sektor pembinaan di negara tuan rumah.

Hal ini membuatkan kontraktor kadang kala tiada pilihan lain selain mengimport

pembekal dan bantuan ahli pembinaan dari luar. Ini akan memberikan kesan kos

yang tinggi kepada kontraktor. Menurut Al Tabtabai dan Alex (2000) menyenaraikan

majoriti isu politik dalam pembinaan antarabangsa boleh memberi kesan kepada

aliran tunai dan keuntungan sesebuah projek di peringkat antarabangsa.

2.4.3 Faktor Budaya

Budaya merangkumi semua nilai yang tidak mungkin akan berubah kerana

ianya dimanifestasikan oleh manusia dan dikawal mengikut keadaan emosi. Budaya

memainkan peranan yang penting dalam menentukan arah kehidupan manusia.

Secara amnya, budaya projek dedifinisikan sebagai satu sikap umum terhadap projek

dalam sesuatu perniagaan. (Widmen, 2004) Dalam sesebuah projek pembinaan ianya

terdiri daripada penglibatan pelbagai pihak yang berurusan membentuk satu pasukan

bagi mencapai matlamat kejayaan projek.

2.4.3.1 Wujud Perbezaan Ketara dalam Budaya

Sama seperti projek pembinaan antarabangsa, pihak yang terlibat termasuklah

kontraktor, perunding, dan juga klien yang mempunyai pelbagai matlamat, harapan

dalam sesebuah projek, pentafsiran dan pendapat apabila bekerja luar dari negara

asalnya (Stebblings, 1998). Pengantarabangsaan dalam industri pembinaan

menunjukkan terdapat beberapa isu mengenai budaya perlu dipertimbangkan kerana

Page 48: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

28

adanya perbezaan yang ketara misalnya dari segi peradaban, tingkahlaku, nilai

kemasyarakatan, pengaruh, dan tradisi dalam kalangan pihak-pihak yang terlibat

dalam projek antarabangsa. Natijahnya ia berkait rapat dengan sensitiviti individu

yang perlu dipelihara untuk wujudkan keharmonian dalam satu pasukan.

2.4.3.2 Kemahiran Komunikasi yang Tidak Efektif

Seperti yang telah dinyatakan dalam kajian yang dilaksanakan oleh Ofori

(2012) satu penyelidikan berkaitan budaya dalam bidang pembinaan, syarikat atau

firma berkaitan pembinaan dan ahli-ahli pembinaan yang terlibat dalam sesebuah

negara dapat membantu pengurus untuk mudah memahami bahasa yang digunakan,

dapat berkomunikasi dengan lebih efektif dan dapat memotivasikan para pekerja.

Selain itu juga, langkah ini dapat membantu pihak klien untuk menawarkan insentif

serta membimbing syarikat dan firma pembinaan untuk mula melakukan langkah

perubahan yang lebih berkesan iaitu dengan memindahkan penggunaan teknologi ke

dalam pembinaan tempatan.

2.4.3.3 Perbezaan Latar Belakang disebabkan Keunikan Budaya

Isu-isu berkaitan budaya ini dijangka boleh menyumbang pada tercetusnya

konflik dalam kalangan pihak-pihak yang terlibat dalam projek antarabangsa

sekaligus boleh merumitkan lagi sistem pengurusan dalam sesebuah projek

pembinaan. (Fellow & Hancock, 1994) Misalnya ketidaksepefahaman dalam

sesebuah pasukan yang disebabkan oleh faktor semula jadi sekelompok masyarakat.

Dalam pasukan pembinaan antarabangsa tentunya terdiri daripada ahli pelbagai latar

belakang negara. Masing-masing mempunyai adat dan budaya tersendiri di negara

asal masing-masing contohnya seperti budaya kerja.

Page 49: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

29

2.4.4 Faktor Perundangan

Definisi isu perundangan yang melibatkan industri pembinaan merangkumi

fasal-fasal kontrak, peraturan dan kod, dan pembahagian risiko dalam aspek

kontraktual perolehan sesebuah bangunan. Setiap isu dan risiko yang terlibat adalah

berbeza-beza bagi setiap negara serta insentif kandungan kontrak yang dibangunkan

dalam tindak balas terhadap sesuatu risiko (Raymond et al., 1980). Di sesetengah

negara misalnya Taiwan, risiko utama dalam aktiviti pembinaan akan diperuntukkan

dalam klausa kontrak. Pada situasi di mana syarikat atau firma mempunyai

keupayaan untuk melaksanakan projek itu, tetapi projek tersebut diketahui berisiko,

rundingan dan pembangunan strategik bagi syarat-syarat dalam sesuatu kontrak perlu

di laksanakan dengan lebih berhati-hati (Wang & Chou, 2003).

2.4.4.1 Undang-undang Bahan Binaan Kurang Ketat

Isu lain yang dihadapi oleh syarikat dan firma pembinaan antarabangsa ialah

apabila secara realitinya terdapat dasar-dasar bangunan yang kurang ketat. Di mana

setiap lokasi yang berbeza mereka mempunyai keperluan yang tersendiri dalam

bahan binaan namun bahan binaan yang muncul dalam pasaran baru pula tidak

tertakluk dengan proses kawalan dan jaminan kualiti seperti yang dibekalkan. (Paul,

2015) Beliau turut menambah bahawa syarikat dan firma antarabangsa perlulah bijak

mengadaptasikan sistem perundangan yang berbeza dan bidang kuasa yang berbeza

bagi mengelakkan masalah yang tidak dijangka seperti bayaran cukai dan denda.

Page 50: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

30

2.4.4.2 Isu Rasuah dan Korupsi Berleluasa

Manakala bagi sesetangah negara yang kurang membangun pula, syarikat dan

firma pembinaan antarabangsa menghadapi kesukaran terhadap peraturan pembinaan

dan kejuruteraan di mana secara amnya mereka membuka peluang bagi pihak terlibat

dalam skandal kewangan dan rasuah. Rasuah boleh berlaku dimana-mana negara

sahaja di dunia. Namun risiko rasuah yang tertinggi dicatatkan bagi negara Korea

Utara dan Somalia, manakala Denmark dan Finland diakui sebagai negara yang

berisiko rendah berkaitan isu rasuah dan skandal kewangan. (Transparency

International Corruption Perceptions Index 2012, 2012) Walau bagaimanapun, bagi

negara-negara diktator, rasuah berkembang secara terbuka. Di negara yang

mengamalkan sistem demokratik juga menghadapi isu berkaitan rasuah tetapi ianya

dilakukan secara licik oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

2.4.4.3 Kerangka Sistem Perundangan Tidak Cekap

Bagi negara-negara komenwel seperti India dan Singapura yang mempunyai

sistem perundangan yang sama, maka projek di India yang perlu dikendalikan oleh

pasukan binaan daripada Singapura tidak menemui kesulitan kerana sistem

perundangannya mudah difahami. (Ling & Hoi, 2006) Namun tambahnya lagi,

pakar-pakar pembinaan mendapati bahawa kerangka undang-undang di India tidak

cekap dan seringkali memakan masa yang panjang bagi mendapatkan keputusan

hakim melalui proses undang-undang. Kadangkala, walaupun proses litigasi telah

selesai dan keputusan telah diumumkan, namun masih ada pihak yang ingkar serta

tidak membayar sejumlah pampasan seperti yang dinyatakan.

Pendapat lain pula menyatakan kesukaran yang dihadapi adalah tempoh masa

yang panjang untuk mendapatkan kelulusan, tidak mendapat kelulusan walaupun

memperoleh persetujuan prinsip, sistem bagi mendapatkan kelulusan yang rumit dan

tidak jelas dari segi peraturan yang berbeza-beza bagi setiap negeri adalah

Page 51: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

31

kemungkinan kesan daripada berjaya mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan

pihak berkuasa. (Wang et al., 2000).

2.4.4.4 Pelbagai Sistem Cukai yang Membebankan

Selain itu, juga timbul isu sistem cukai yang rumit termasuk cukai langsung

dan tidak langsung seperti duti kastam, cukai masuk, cukai barangan, dan cukai

negeri. Adalah satu perkara biasa untuk membayar cukai bagi tugas yang berat,

seperti cukai eksais dan cukai jualan bangunan. Tetapi, cukai dan levi yang

dikenakan terhadap bahan melebihi daripada kos pengeluaran. (Keswani, 1997) Oleh

itu, pelaksanaan cukai-cukai yang dikenakan ini perlulah dikaji semula dan

dilaksanakan secara telus supaya dapat menggalakkan lebih banyak syarikat dan

firma untuk terlibat dalam pasaran antarabangsa tanpa perlu rasa terbeban dengan

cukai yang perlu ditanggung.

2.4.5 Faktor Pengurusan

Sepanjang dekad yang lepas, aktiviti projek-projek pembinaan utama semakin

meningkat di negara dan rantau yang mempunyai kurang kepakaran dari segi ahli

pembinaan seperti kontraktor pembinaan yang mahir, pembekal dan perunding.

Kenyataan ini disokong dengan hasil kajian yang menyatakan ahli pembinaan

daripada Singapura yang terlibat dalam projek pembinaan di India menghadapi

kesukaran dalam pengurusan seperti kadar produktiviti yang rendah, tidak mencapai

piawaian kualiti, kelemahan dari segi jaminan dan pengawalan kualiti serta kurang

kesedaran terhadap keselamatan di tapak bina. Hal ini berkait rapat dengan kisah-

kisah kontraktor antarabangsa dan perunding dalam pasaran antarabangsa yang gagal

memahami insentif dan risiko operasi dalam persekitaran yang baru dan gagal

memanfaatkan peluang yang tersedia.

Page 52: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

32

2.4.5.1 Kelemahan Jaminan dan Kawalan Kualiti Bahan Binaan

Bagi isu berkaitan kelemahan dan kualiti bahan binaan yang tidak konsisten

adalah kerana kesan daripada penggunaan bahan binaan yang berkualiti rendah. Hal

ini demikian, bagi sesetengah negara tidak mampu untuk mendapatkan bahan-bahan

yang diimport kerana ianya akan melibatkan kos yang lebih tinggi. Selain itu

kelewatan dalam pembinaan juga menyumbang kepada masalah kewangan kerana

denda bayaran ganti rugi (liquidated and ascertained damage) mesti di bayar.

2.4.5.2 Kurang Produktiviti daripada Pekerja Binaan

Punca kelewatan boleh berlaku disebabkan oleh pekerja mogok dan kurang

kadar produktiviti pekerja. Oleh itu, satu pelan pengangguhan dan kontegensi perlu

dirangka serta memberi tumpuan pada aktiviti utama dan aktiviti kritikal dalam

program kerja. Selain itu, pengurusan projek yang professional, cekap dan boleh

dipercayai untuk merancang dan mengurus aktiviti pembinaan boleh menyumbang

kepada faktor kejayaan kritikal seperti projek dapat disiapkan lebih awal dari tempoh

yang dijadualkan.

2.4.5.3 Kurang Kesedaran Mengenai Piawaian Keselamatan di Tapak Bina

Isu berkaitan keselamatan pekerja juga merupakan satu perkara yang perlu di

berikan perhatian. Piawaian keselamatan dalam industri pembinaan seperti di India

kurang mendapat perhatian dan kadangkala masalah ini boleh diselesaikan dengan

hanya memberi pampasan kepada keluarga mangsa. Jumlah pampasan yang

diberikan juga adalah rendah. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai sistem

pengurusan keselamatan yang berkesan di tapak bina. (Lingard & Rowlinson, 1997)

Page 53: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

33

Kadangkala di sesetengah negara terdapat pekerja binaan yang enggan mematuhi

arahan pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang ditetapkan walaupun

telah diberikan amaran. Lantas kekecewan tersebut menyebabkan pengurus

membenarkan pekerja untuk memakai sebarang jenis kasut selagi mereka tidak

berkaki ayam sahaja. Jadi, pekerja binaan seharusnya dilatih untuk meningkatkan

kemahiran dan sikap kesedaran mereka terhadap isu keselamatan (Shen et al., 2001).

2.4.6 Faktor Organisasi

Keupayaan sesebuah organisasi merupakan satu kelebihan utama bagi

menggambarkan situasi syarikat. (Grant, 1991) Keupayaan organisasi terdiri

daripada dua aspek utama iaitu (i) sifat peralihan dan persekitaran perniagaan, (2)

pengurusan strategik dalam mengadaptasikan, mengintegerasikan, dan

mengkonfigurasi semula keupayaan berasaskan persekitaran yang sering berubah.

Secara idealnya, keupayaan adalah dinamik, yang mencerminkan keupayaan

pengurus untuk memperbaharui kecekapan firma untuk mencapai kesesuaian dengan

persekitaran yang berubah. (David et al., 1997)

2.4.6.1 Wujud Persaingan Antarabangsa dalam Kalangan Syarikat dan Firma

Pembinaan

Risiko pada peringkat syarikat dan firma pembinaan dilihat semakin tidak

menentu terutama untuk projek antarabangsa. Hal ini kerana wujud persaingan

antarabangsa yang sengit dalam kalangan syarikat dan firma pembinaan. Bagi

menangani isu ini, kontraktor dan ahli pembinaan yang lain juga telah mula

mengambil bahagian dalam projek antarabangsa yang pelibatkan pelbagai urusan.

Walaupun dalam situasi kita dapat lihat hanya syarikat dan firma yang betul-betul

mempunyai kelayakan sahaja dapat menembusi pasaran antarabangsa

Page 54: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

34

2.4.6.2 Kekurangan Peralatan, Jentera dan Pekerja Sokongan

Masalah lain yang dihadapi oleh syarikat dan firma untuk melibatkan diri

dalam projek antarabangsa juga ialah faktor kekurangan peralatan dan jentera yang

menyebabkan ianya terpaksa diimport ke tapak bina. Hal ini mungkin menjadi lebih

rumit apabila negara tuan rumah adalah bukan merupakan negara maju. Peralatan

pembinaan terpaksa diimport kerana peralatan dan jentera yang terdapat di negara

tersebut sudah tidak lagi digunakan dalam industri pembinaan masa kini dan tidak

berkapasiti tinggi. Bagi memastikan masalah ini supaya tidak bertambah kronik,

perancangan awal mestilah dilakukan. Hal ini kerana bagi mendapatkan peralatan

daripada luar negara, ianya akan mengambil jangka masa yang lama. Selain bagi

mengurangkan risiko seperti itu terjadi, para pakar dalam bidang pembinaan

menasihati agar reka bentuknya diubah bagi menyesuaikan diri dengan jentera sedia

ada.

2.4.6.3 Kedudukan Kewangan Syarikat Tidak Stabil

Pada masa kini, ahli pembinaan antarabangsa perlu melibatkan diri dalam

pelbagai sektor perniagaan yang lebih luas di mana ianya melibatkan lebih banyak

urusan kewangan dan lain-lain,bukan sekadar hanya dalam industri pembinaan. Oleh

itu, prestasi kewangan dilihat amat penting kerana mana-mana syarikat yang kerap

mengalami masalah kewangan akan mengalami kesulitan bagi mengendalikan projek

antarabangsa.

2.4.7 Faktor Semula Jadi

Page 55: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

35

Isu berkaitan alam semula jadi diakui memang sukar untuk dijangka.

Berdasarkan laporan Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC)

menggambarkan beberapa potensi kesan daripada perubahan iklim termasuk

peningkatan paras air laut, banjir, kemarau, siklon dan gelombang haba. Kesemua

peristiwa kejadian tersebut berpotensi menyebabkan kerosakan atau kemusnahan

infrastruktur termasuk bangunan yang sedang dalam pembinaan.

2.4.7.1 Keadaan Cuaca Buruk dan Tidak Menentu

Dalam projek antarabangsa, masalah yang kerap kali berlaku ialah risiko

berkaitan cuaca buruk dan keadaan tanah yang tidak dapat dikenal pasti, (Ling &

Hoi, 2006) ataupun yang paling kerap kemungkinan terjadi ialah peristiwa-peristiwa

Force Majeure. Turut disokong oleh Dikmen et al. ( 2011), faktor seperti keadaan

geologi yang tidak diketahui dan keadaan cuaca yang buruk dianggap sebagai punca

utama perubahan dalam produktiviti dan kuantiti kerja yang akan menyebabkan

kelewatan dan seterusnya meningkatkan kos pembinaan. Manakala, musim

tengkujuh misalnya di sesetengah negara yang membawa kadar taburan hujan yang

lebat telah menjejaskan kemajuan pembinaan.

2.4.7.2 Keadaan Geologi Tidak dapat Dikenalpasti

Manakala bagi faktor keadaan tanah tidak dapat dikenalpasti adalah berpunca

daripada maklumat yang tidak tersedia ataupun tidak lengkap, pakar binaan dalam

bidang ini memberikan pendapat untuk membuat ujian “borehole” bagi

menyelasaikan isu ini. Namun terdapat sesetengah pihak merasakan bahawa ianya

masih tidak mencukupi kerana berdasarkan pengalaman masing-masing, bagi

menangani isu ini, adalah lebih baik sekiranya meletakkan syarat dalam kontrak

untuk memindahkan risiko-risiko berkaitan tanah kepada klien.

Page 56: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

36

2.4.7.3 Peristiwa-peristiwa Force Majeure

Prinsip ringkas bagi Force Majeure pula, sama ada satu atau dua-dua pihak

yang berkontrak diberikan kelonggaran untuk dibebaskan daripada kewajiban

mereka apabila berlaku kejadian di luar kawalan. Walaupun kejadian tersebut

berpunca daripada perbuatan manusia seperti kekecohan awam atau peperangan serta

sebab-sebab lain seperti gempa bumi. Sesungguhnya kejadian yang belaku

disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk akibat perubahan iklim, Force Majeure

merupakan keadaan yang lebih teruk bagi sesuatu keadaan seperti bencana alam.

Page 57: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

37

2.5 Kesimpulan

Kesimpulan kepada bab ini, ianya telah pun membincangkan perkara-perkara

berkaitan dengan penglibatan syarikat dan firma di Malaysia dalam projek

antarabangsa. Pelbagai alasan dan faktor pendorong bagi sesetengah syarikat dan

firma yang berhasrat ataupun telah melebarkan sayap perniagaan ke peringkat

antarabangsa. Pelbagai langkah dan kaedah telah di ambil bagi menembusi pasaran

antarabangsa. Namun begitu, masih terdapat masalah penurunan dalam bilangan

penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam projek luar negara.

Berdasarkan kajian literatur, faktor-faktor mempengaruhi kepada isu ini telah pun

dikenalpasti dan dijelaskan dalam bab ini. Ianya akan menjadi asas untuk

membangunkan metodologi kajian yang akan dibincangkan secara terperinci dalam

bab yang seterusnya.

Page 58: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

38

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam sesebuah kajian penyelidikan, metodologi kajian merupakan faktor

yang penting bagi mendapatkan pengesahan sesuatu keputusan yang diperolehi

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, sebuah reka bentuk kajian yang

teliti perlu dihasilkan dengan memilih kaedahMpersampelan dan penganalisisan data

yang bersesuaian dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Hal ini demikian,

kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data atau metodologi kajian yang

tepat dan berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, ragu-ragu dan

boleh mengakibatkan bebanan maklumat. (Konting, 2000).

Page 59: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

39

Bab ini akan menjelaskan tentang kaedah kajian dan proses yang

diaplikasikan bagi melaksanakan kajian ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah

metodologi yang digunakan bagi mengumpul data-data dan kaedah menganalisa data

yang diperolehi bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Bab ini juga akan

menyentuh beberapa aspek berkaitan iaitu populasi, saiz sampel, pemilihan alat serta

pembangunan instrumen kajian. Manakala di bahagian akhir bab ini akan

menentukan kaedah analisis data yang akan digunakan dalam bab yang seterusnya.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang terperinci ini merupakan perancangan yang

membolehkan pengkaji untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai. Reka bentuk

kajian merupakan aspek perancangan ataupun strategi yang penting untuk

melaksanakan sesuatu kajian. Kenyataan ini disokong oleh Wiersma (2000)

menjelaskan bahawa reka bentuk kajian dirangka bertujuan menyediakan jawapan

kepada persoalan kajian dan didorong oleh matlamat kajian yang ditetapkan oleh

pengkaji. Tambahan beliau lagi, setiap kajian yang dilaksanakan dapat menjelaskan

variasi yang boleh dibuktikan melalui pelbagai cara.

Idea ini disokong oleh Wisma dan Jurs (2005) yang menyatakan bahawa reka

bentuk kajian yang baik dapat membantu kefahaman dan mentafsir keputusan kajian

malahan memastikan pengkaji memperoleh hasil yang dapat diguna pakai. Ianya juga

memberi maksud bagaimana pengkaji menentukan pemboleh ubah dan bagaimana

cara pemboleh ubah tersebut dikendalikan. Reka bentuk kajian merupakan satu

rangka kerja yang menerangkan bagaimana data dikumpulkan dan dianalisa. Selain

itu, reka bentuk kajian melibatkan elemen-elemen seperti menerangkan pehubungan

bagi setiap pemboleh ubah kajian, merealisasikan sesuatu kumpulan yang dijadikan

sebagai bahan serta memahami tingkah laku sesuatu objek dalam situasi sosial yang

khusus. (Bryman, 2001)

Page 60: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

40

Kajian ini menggunakan pendekatan penelitian kuantitatif. Menurut takrifan

daripada Cresswell (2001), menyatakan bahawa pendekatan kuantitatif melibat

maklumat yang bersifat soalan senarai semak terhadap sesuatu fenomena. Manakala

menurut Chua (2006), memberikan pandangan bahawa pendekatan kuantitatif adalah

merupakan jenis penyelidikan pendididkan yang mana pengkaji menentukan apa

yang hendak dikaji, bertanyakan soalan yang khusus dan terperinci, mengumpulkan

data dalam bentuk angka daripada responden yang kemudiannya dianalisis dengan

menggunakan kaedah statistik dan mengendalikan penyiasatan yang tidak berat

sebelah bagi memenuhi keperluan objektif kajian

Kajian ini dijalankan dalam bentuk tinjauan menggunakan borang soal selidik

bagi mengumpul data-data yang berkaitan. Menurut Cohen et. al., (2001), kajian

tinjauan adalah sangat berguna kerana ia memberi maklumat deskriptif dan inferensi.

Selain itu, kajian tinjauan juga turut mempunyai darjah kebolehpercayaan yang

tinggi, kos yang murah, dan jangka masa yang diperlukan bagi melaksanakannya

juga singkat (Sekaran, 2003). Data yang telah dikutip menggunakan borang soal

selidik tersebut dianalisa secara deskriptif dan inferensi berdasarkan objektif kajian.

Seterusnya, reka bentuk kajian yang telah dirancang dengan rapi dan teratur dapat

membantu pengkaji mendapatkan maklumat dan data yang diperlukan untuk kajian

ini.

Page 61: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

41

3.3 Carta Alir Prosedur Kajian

Mengenalpasti Isu dan Masalah

Penurunan bilangan penglibatan syarikat dan

firma pembinaan dalam Projek Antarabangsa

Membangunkan Objektif Kajian

Faktor-faktor kritikal mendorong kurang

penglibatan syarikat dan firma pembinaan di

Malaysia dalam Projek Antarabangsa

Melakukan Kajian Literatur

Kajian menyeluruh daripada bacaan sumber data

sekunder (jurnal, buku, laporan, internet, tesis

dan lain-lain)

Mereka bentuk Metodologi Kajian

1) Mereka bentuk instrument kajian

(Borang Soal Selidik)

2) Menetukan bilangan populasi dan saiz

sampel kajian

3) Menentukan kaedah analisis data

(Analisis Statistik Deskriptif)

Analisis Data

Data yang diperoleh di analisis

menggunakan perisian SPSS:

1) Bahagian A: Analisis Frekuensi

2) Bahagian B: Formula Indeks Purata

Kesimpulan dan Cadangan

Merumuskan keseluruhan dapatan kajian dan

mengemukakan cadangan bagi kajian lanjutan

Rajah 3.1 Carta Alir Prosedur Kajian

Page 62: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

42

3.4 Kerangka Konsep Kajian

Kajian ini memberikan tumpuan terhadap faktor-faktor yang dilihat

mempengaruhi pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan di

Malaysia dalam Projek Antarabangsa. Daripada faktor-faktor yang berikut, semasa

proses menganalisa, faktor kritikal akan dikenalpasti.

Rajah 3.2 merupakan model bagi kerangka konsep kajian yang menunjukkan

hubungan di antara faktor-faktor yang dikenalpasti mempengaruhi pengurangan

bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dan faktor kritikal

yang menyumbang masalah penurunan bilangan penglibatan syarikat dan firma di

Malaysia dalam Projek Antarabangsa.

Page 63: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

43

Rajah 3.2 Model Kerangka Konsep Kajian

Maklumat Demografi

1. Jawatan

2. Tempoh pengalaman terlibat

Industri Pembinaan

3. Tempoh pengalaman terlibat

dalam Pembinaan

Antarabangsa

4. Tempoh Syarikat atau Firma

terlibat dalam projek

Antarabangsa

5. Jenis Pembinaan

Faktor-faktor Penghalang Mempengaruhi Penglibatan

Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam Projek

Antarabangsa

1. Faktor Ekonomi

2. Faktor Politik

3. Faktor Budaya

4. Faktor Perundangan

5. Faktor Pengurusan

6. Faktor Organisasi

7. Faktor Semulajadi

Faktor Kritikal Menyumbang Masalah Pengurangan Bilangan Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam

Projek Antarabangsa

Page 64: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

44

44

3.5 Proses Pengumpulan Data

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kaedah kuantitatif. Oleh itu, kajian ini

direka bentuk mengunakan kaedah tinjauan borang soal selidik. Seperti yang

didefinasikan oleh Sekaran (2003), kaedah tinjauan borang soal selidik merangkumi

satu set soalan bertulis yang telah diformulasikan supaya responden dapat

memberikan jawapan yang hampir tepat dengan beberapa pilihan jawapan yang lain.

Kelebihan kaedah borang selidik ini ialah boleh menjimatkan kos yang ketara, tahap

ketepatan keputusan yang tinggi, membolehkan fleksibiliti memilih teknik

pengumpulan data selain boleh mendapatkan maklumat yang banyak. Turut disokong

oleh Tan (1995), kaedah pengumpulan data jenis tinjauan soal selidik tadbir sendiri

secara empiris memberikan fleksibiliti kepada geografi dan saiz sampel yang besar.

3.5.1 Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah tinjauan soal selidik. Soal selidik

terhadap responden yang telah dikenalpasti adalah untuk mendapatkan maklumat

mengenai tahap kritikal faktor-faktor yang mempengaruhi pengurangan bilangan

penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa.

Borang soal selidik di edarkan melalui pelbagai medium komunikasi seperti e-mel,

aplikasi whatsApp, telegram, dan pos. Responden dihubungi setelah lebih kurang

seminggu borang soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklum balas.

Page 65: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

45

3.5.2 Instrumen Kajian

Borang kaji selidik tadbir sendiri dibangunkan turut menggunakan kaedah

yang lebih mesra pengguna iaitu Borang Google yang terdiri daripada beberapa

pilihan jawapan. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian

utama iaitu

Bahagian A: Latar Belakang Responden

Bahagian B: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan

Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia

dalam Projek Antarabangsa.

Faktor-faktor yang telah dikenalpasti dalam bahagian ini ialah hasil daripada

kajian literatur yang terperinci terhadap data sekunder seperti kertas jurnal, sumber

penerbitan kerajaan, buku dan sumber internet di seluruh dunia dimana ianya

memberi tumpuan kepada projek-projek Antarabangsa yang disertai oleh syarikat

dan firma pembinaan dari Malaysia.

Borang soal selidik mengandungi beberapa pilihan kemungkinan jawapan.

Pilihan yang digunakan bagi mengukur tahap kritikal bagi setiap faktor ditunjukkan

melalui skala Likert ordinal 5 poin seperti Rajah 3.3 dibawah:

1 2 3 4 5

Peningkatan darjah tahap kritikal yang diukur

Rajah 3.3 Skala Likert Ordinal 5-poin

Page 66: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

46

Setiap skala diwakili oleh nilai dan penerangan berikut:

1 = Tidak Kritikal

2 = Kurang Kritikal

3 = Sederhana Kritikal

4 = Kritikal

5 = Sangat Kritikal

3.5.3 Populasi dan Saiz Sampel Kajian

Pilot and Hungler (1999) menyatakan bahawa populasi ialah satu aggregate

yang merangkumi semua objek dan subjek. Populasi kajian penting bagi menentukan

populasi dengan tepat supaya tidak diragui mahupun dipersoalkan selepas saiz

populasi tersebut diguna pakai dalam sesebuah kajian. Bagi memastikan

kepelbagaian dalam pemilihan hasil kajian, sampel subjek yang dipilih perlu

menunjukkan bahawa populasi yang terlibat serta pasangan subjek tersebut. (Pandey,

2015).

Pemilihan kelompok populasi untuk kajian ini diambil daripada wakil

syarikat dan firma pembinaan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan dalam

bidang pembinaan sama ada sedang terlibat ataupun pernah terlibat dalam projek

antarabangsa. Pertimbangan bagi pemilihan syarikat-syarikat tersebut adalah

berdasarkan syarikat dan firma yang tersenarai dalam Bursa Malaysia dan

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negeri (MATRADE) memberikan

jumlah keseluruhan populasi untuk kajian ini ialah 80 buah syarikat dan firma

pembinaan. Berikut ialah pecahan jumlah populasi mengikut lokasi syarikat dan

firma yang telah dikenalpasti.

Page 67: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

47

Jadual 3.1 Pecahan Jumlah Populasi Kajian

Lokasi Syarikat Dan Firma Pembinaan Jumlah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 24

Selangor Darul Ehsan 41

Lain-lain Negeri 15

Jumlah Populasi 80

Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek

daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Kaedah

persempelan ini membolehkan pengkaji untuk memilih siapakah yang akan

menyumbang kepada pengumpulan data yang diperlukan. (Parahoo, 1997) Reka

bentuk persempelan dilakukan bertujuan meminimumkan kekangan kepada masa,

jurang di antara nilai yang diperoleh daripada sampel dan endemik dalam populasi

kajian. (Kumar, 2011) Secara umumnya terdapat dua jenis kaedah persempelan iaitu

persempelan kebarangkalian dimana ianya berdasarkan konsep pemilihan secara

rawak manakala persampelan bukan kebarangkalian ialah pemilihan tidak rawak.

Persempelan mudah rawak telah dipilih bagi mendapatkan data yang

diperlukan daripada responden. Berpandukan jadual kaedah menentukan saiz sampel

populasi Krejcie dan Morgan (1970), sebanyak 66 buah syarikat dipilih secara rawak

untuk dijadikan sampel kajian.

Jadual 3.2 Kaedah Menentukan Saiz Sampel Daripada Populasi

Populasi Saiz sampel

80 66

85 70

(Sumber: Krejcie dan Morgan,1970)

Page 68: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

48

3.6 Proses Penganalisisan Data

Dalam kajian ini, data daripada borang soal selidik yang telah dikumpul

kemudiannya dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS) for Windows (Version 24.0). SPSS sesuai digunakan bagi

mengendalikan penganalisisan data yang banyak dan berulang dengan pantas dan

cekap. Analisis data digunakan ialah Analisis Statistik Deskriptif. Data yang

dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta ringkas. Berikut merupakan

prosedur analisis data menggunakan perisian SPSS.

Data yang dikumpul daripada responden

dikemaskinikan kedalam jadual

Data-data tersebut di masukkan ke dalam

SPSS Data Editor

Data dianalisis menggunakan prosedur

statistik deskriptif

Hasil analisis dipamerkan pada SPSS Output

Navigator

Rajah 3.4 Prosedur Analisis Data Menggunakan SPSS

Page 69: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

49

3.6.1 Analisis Statistik Deskriptif

Kajian ini menggunakan analisis frekuensi untuk menganalis data demografi

responden dalam Bahagian A borang soal selidik dan formula indeks purata yang

diperoleh daripada jawapan skala Likert untuk mengukur tahap kritikal faktor yang

telah dikenalpasti mempengaruhi penurunan bilangan penglibatan syarikat dan firma

pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa pada Bahagian B borang soal

selidik.

Penilaian tahap kritikal daripada responden menerusi skala Likert

kemudiannya di proses ke dalam perisian SPSS bagi mendapatkan skor purata bagi

setiap faktor yang disenaraikan.

Formula bagi pengiraan Skor Purata adalah seperti berikut:

Rajah 3.5 Formula Pengiraan Skor Purata

Setelah nilai purata ditentukan, pengiraan jumlah indeks purata dihitung

menggunakan purata perbezaan skor. Purata perbezaan skor ditentukan

menggunakan formula seperti berikut:

Rajah 3.6 Formula Pengiraan Purata Perbezaan Skor

Skor purata = Σ(μ X n)

N

Dimana : 𝜇 = Faktor pemalar pemberat jawapan

n = Frekuensi responden

N= Jumlah responden

Purata perbezaan skor = (5-1) ÷ Bilangan selang kelas

Page 70: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

50

Seterusnya, nilai indeks purata ditentukan menggunakan formula seperti

berikut:

Rajah 3.7 Formula Pengiraan Indeks Purata

Bagi menentukan tahap kritikal faktor-faktor yang telah dikenalpasti, satu

indeks skala perlu dihasilkan. Indeks skala dibentuk menggunakan formula berikut :

Rajah 3.8 Indeks Skala Kajian

Oleh yang demikian, lima (5) selang kelas indeks skala dibina dengan kaedah

seperti contoh yang berikut:

Rajah 3.9 Skala Purata Indeks Kajian

Indeks purata = Purata perbezaan skor + skor purata

Purata perbezaan skor = (5-1) ÷ Bilangan selang kelas

= 4 ÷ 5

= 0.80

Indeks Skala = 1 + 0.80

= 1.80

Oleh itu, indeks skala = 1.00 ≤ Purata Indeks < 1.80

Page 71: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

51

Akhir sekali, tafsiran bacaan indeks skala yang digunakan adalah seperti

dalam jadual berikut, (Abd. Majid dan McCaffer, 1997);

Jadual 3.3 Tafsiran Bacaan Indeks Skala

k

3.7 Kesimpulan

Kajian ini melibatkan beberapa kaedah untuk mengumpul dan menganalisis

data yang disesuaikan supaya mencapai objektif dan matlamat kajian. Data yang

diperolehi daripada data primer dan data sekunder telah dianalisis secara kuantitatif.

Menggunakan perisian komputer SPSS bagi mengendalikan sejumlah besar data

dilihat dapat menjimatkan masa kajian. Bagi kajian ini, kaedah pensampelan secara

rawak telah digunakan. Seterusnya, dalam Bab 4 akan membincangkan dapatan

kajian melalui proses penganalisisan data iaitu secara Analisis Statistik Deskriptif.

Indeks Skala Tahap Kritikal

1.00 ≤ Purata Indeks < 1.80 Tidak Kritikal

1.80 ≤ Purata Indeks < 2.60 Kurang Kritikal

2.60 ≤ Purata Indeks < 3.40 Sederhana Kritikal

3.40 ≤ Purata Indeks < 4.20 Kritikal

4.20 ≤ Purata Indeks < 5.00 Sangat Kritikal

Page 72: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

BAB 4

ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan secara terperinci berkaitan keputusan dan penemuan

yang diperolehi berdasarkan kepada data yang dikumpul melalui kaedah tinjauan

soal selidik dan seterusnya dianalisa menggunakan program Statiscal Package for

School Science (SPSS) Version 24.0. dan Microsoft Excel. Pembentangan analisis

dan dapatan kajian akan menjawab objektif kajian seperti yang dinyatakan dalam

Bab 1 laporan kajian ini.

Page 73: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

53

4.2 Keputusan Keseluruhan Pengagihan Borang Soal Selidik

Sejumlah 66 borang soal selidik telah diedarkan melalui pelbagai medium

kepada sampel kajian dan sebanyak 30 buah syarikat dan firma pembinaan telah

mengambil bahagian dalam kajian ini. Data yang telah dkumpul kemudiannya

dianalisa di dalam bab ini. Responden terdiri daripada pelbagai peringkat pengurusan

yang terlibat dalam industri pembinaan seperti pengurus projek, kontraktor, arkitek,

jurukur bahan dan jurutera. Kesemua responden mempunyai pengalaman bekerja

dalam projek Antarabangsa.

Jadual 4.1 Bilangan Responden Mengikut Bidang Pengurusan

Bidang

Pengurusan

Frekuensi Peratusan

(%)

Peratusan Terkumpul

(%)

Pengurus Projek 3 10.00 10.00

Arkitek 7 23.33 33.33

Jurutera 5 16.67 50.00

Jurukur Bahan 5 16.67 66.67

Kontraktor 10 33.33 100.00

Jumlah 30 100 100

Berdasarkan Jadual 4.2, menunjukkan sebanyak 30 data responden yang

dikategorikan mengikut pecahan bidang pengurusan dalam pembinaan iaitu pengurus

projek, arkitek, jurutera, jurukur bahan dan kontraktor. Daripada keseluruhan data

menunjukkan bahawa Kontraktor adalah kumpulan majoriti dengan mewakili

sebanyak 33.33%. Manakala golongan minoriti diwakili oleh jawatan Pengurus

Projek dengan jumlah 10.00%. Diikuti dengan Arkitek menyumbang 23.33% dan

akhir sekali Jurutera dan Jurukur Bahan berkongsi peratusan yang sama iaitu

sebanyak 16.67% responden.

Page 74: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

54

4.3 Analisa Latar Belakang Pengalaman Responden

Secara keseluruhannya, daripada data borang soal selidik yang telah

dikumpul profil semua responden berlatar belakangkan major dalam bidang industri

pembinaan masing masing mempunyai pengalaman bekerja dalam projek

Antarabangsa yang dijalankan oleh syarikat dan firma pembinaan di Malaysia. Rajah

4.1, 4.2, dan 4.3 dibawah mempersembahkan data berkenaan tempoh pengalaman

kerja responden dalam industri pembinaan di Malaysia dan di peringkat

Antarabangsa.

4.3.1 Tempoh Pengalaman Kerja dalam Industri Pembinaan

Rajah 4.1 Carta Pai Pengalaman Kerja Responden dalam Industri Pembinaan

6.60%

40%

36.70%

16.70%

PE NGAL AMAN KE RJ A DAL AM I NDUS T RI

PE MB I N A A N

0-5 tahun 6-10 tahun 11-15 tahun 16-20 tahun

Page 75: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

55

Jadual 4.2 Pengalaman Kerja Responden Dalam Industri Pembinaan

Tempoh

pengalaman

Frekuensi Peratusan (%) Peratusan Terkumpul

(%)

0-5 tahun 2 6.60 6.60

6-10 tahun 12 40.00 46.60

11-15 tahun 11 36.70 83.30

16-20 tahun 5 16.70 100.00

Lain-lain Nil Nil Nil

Jumlah 30 100 100

Daripada 30 responden, kumpulan responden yang mempunyai pengalaman

kerja 6-10 tahun adalah merupakan kumpulan majoriti dalam keseluruhan responden

dimana ia mewakili 40.0% dan diikuti oleh responden berpengalaman dari 11-15

tahun mewakili 36.70%. Seterusnya kumpulan responden dengan pengalaman kerja

16-20 tahun sebanyak 16.70%. Akhir sekali, yang mencatatkan jumlah minoriti

reponden ialah dari kumpulan 0-5 tahun dengan peratusan 6.60%.

Keseluruhan agihan peratusan dilihat seimbang mengikut tahun penglibatan

dalam projek antarabangsa dan ianya boleh diguna pakai bagi mewakili semua

peringkat pengurusan dalam industri pembinaan.

Page 76: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

56

4.3.2 Tempoh Penglibatan dalam Projek Antarabangsa

Rajah 4.2 Carta Bar Tempoh Penglibatan Responden dalam Projek Antarabangsa

Jadual 4.3 Tempoh Penglibatan Responden Dalam Projek Antarabangsa

Tempoh

pengalaman

Frekuensi Peratusan

(%)

Peratusan Terkumpul

(%)

0-5 tahun 21 70.00 70.00

6-10 tahun 7 23.30 93.30

11-15 tahun 1 3.33 96.30

16-20 tahun 1 3.33 100.00

Lain-lain Nil Nil Nil

Jumlah 30 100 100

Dari aspek pangkat pecahan mengikut tempoh penglibatan responden dalam

projek antarabangsa adalah menunjukkan kumpulan pengalaman 0-5 tahun

mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 70% manakala kumpulan kedua iaitu

tempoh pengalaman selama 6-10 tahun adalah sebanyak 23.30%. Akhir sekali

responden dalam kumpulan 11-15 tahun dan 16-20 tahun masing-masing

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

0-5 tahun6-10 tahun

11-15 tahun16-20 tahun

70%

23.30%

3.30%3.30%

TEMPOH PENGLIBATAN DALAM PROJEK

ANTARABANGSA

Page 77: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

57

mencatatkan 3.30% penglibatan. Agihan pecahan mengikut tahun penglibatan

responden dalam projek antarabangsa adalah menepati kehendak kajian.

4.3.3 Tempoh Penglibatan Syarikat dan Firma dalam Projek Antarabangsa

Rajah 4.3 Tempoh Penglibatan Syarikat dan Firma dalam Projek Antarabangsa

0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

0-3 tahun4-6 tahun

7-9 tahun11-15 tahun

40% 40%

17%

3%

TEMPOH PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA

DALAM PROJEK ANTARABANGSA

Page 78: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

58

Jadual 4.4 Tempoh penglibatan Syarikat dan Firma dalam Projek Antarabangsa

Tempoh

pengalaman

Frekuensi Peratusan

(%)

Peratusan Terkumpul

(%)

0-3 tahun 12 40.00 40.00

4-6 tahun 12 40.00 80.00

7-9 tahun 5 16.60 96.60

10-15 tahun 1 3.40 100.00

Lain-lain Nil Nil Nil

Jumlah 30 100 100

Agihan peratusan bagi mewakili aspek penglibatan syarikat dan firma tempat

responden bekerja dalam projek antarabangsa menunjukkan tempoh penglibatan

syarikat dan firma tertinggi ialah dari kumpulan 0-3 tahun dan 4-6 tahun dengan

berkongsi jumlah peratusan yang sama iaitu 40%. Diikuti dengan kumpulan tempoh

penglibatan dari 7-9 tahun sebanyak 16.60%. Dan kumpulan minoriti iaitu 3.40%

dicatatkan oleh kumpulan dengan tempoh penglibatan 11-15 tahun. Pecahan

peratusan seimbang dengan tempoh penglibatan dalam projek antarabangsa dan

ianya boleh diterima bagi mewakili semua peringkat pengurusan dalam industri

pembinaann.

4.4 Keputusan Analisis Faktor-faktor Mempengaruhi Penurunan Bilangan

Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam Projek

Antarabangsa

Berikut ialah analisa bagi menentukan indeks purata bagi setiap faktor-faktor

yang mempengaruhi pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma

pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa. Jadual 6 merupakan senarai 7

kategori utama dan 22 faktor-faktor yang mempengaruhi telah dibangunkan daripada

kajian literatur.

Page 79: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

59

Jadual 4.5 Faktor-Faktor Mempengaruhi Penurunan Bilangan Penglibatan Syarikat

dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam Projek Antarabangsa

Faktor-Faktor Penyumbang 1 2 3 4 5 Indeks

Purata

FK 1: Faktor Ekonomi

Kesan naik turun mata wang

terhadap ekonomi 0 1 0 10 19 4.57

Kesan harga komoditi yang

tidak menentu 0 2 1 16 11 4.20

Kekangan bagi menjana dana

dan kos pembiayaan projek

yang tinggi

2 4 4 10 10 3.73

FK 2: Faktor Politik

Kelemahan tampuk

kepimpinan negara tuan rumah 6 4 5 8 7 3.20

Gagal membina jalinan

kerjasama dengan Kerajaan

tempatan

4 10 3 10 3 2.93

Kekurangan penyertaan

pembekal dan ahli pembinaan

daripada negara tuan rumah

9 14 3 3 1 2.10

FK3: Faktor Budaya

Wujud perbezaan ketara dari

segi peradaban, tingkahlaku

dan tradisi.

13 7 2 7 1 2.20

Kemahiran komunikasi yang

tidak berkesan 9 6 2 10 3 2.73

Perbezaan keunikkan latar

belakang pelbagai pihak yang

terlibat dalam pembinaan

mencetuskan

ketidaksepefahaman

9 2 3 11 5 3.03

FK4: Faktor Perundangan

Undang-undang bahan binaan

bangunan yang kurang ketat di

negara tuan rumah

8 6 6 9 1 2.63

Isu skandal kewangan dan

rasuah di negara tuan rumah 7 4 5 8 6 3.07

Kerangka sistem perundangan

yang tidak cekap di negara

tuan rumah

9 5 5 8 3 2.70

Page 80: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

60

Terdapat pelbagai cukai yang

membebankan perlu dibayar 0 3 1 10 16 4.30

FK5. Faktor Pengurusan

Kelemahan dari segi jaminan

dan kawalan kualiti bahan

yang tidak konsisten

12 7 2 7 2 2.33

Kekurangan produktiviti buruh

binaan 10 8 1 9 2 2.50

Kurang kesedaran mengenai

piawaian keselamatan di tapak

bina

4 4 4 12 6 3.40

FK6. Faktor Organisasi

Kewujudan persaingan

Antarabangsa yang sengit

dalam kalangan syarikat dan

firma pembinaan

2 7 2 6 13 3.70

Kekurangan sumber seperti

jentera, peralatan dan pekerja

sokongan

2 3 4 8 13 3.90

Kedudukan kewangan syarikat

dan firma yang tidak stabil 1 3 1 12 13 4.10

FK7. Faktor Semulajadi

Keadaan cuaca yang buruk dan

tidak menentu di negara tuan

rumah

7 7 3 12 1 2.77

Maklumat geologi yang tidak

mencukupi (contoh: maklumat

keadaan tanah)

11 8 4 3 4 2.37

Peristiwa-peristiwa Force

Majeure (Banjir, kacau ganggu

awam, gempa bumi, dll.)

3 4 4 15 4 3.43

Page 81: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

61

4.4.1 Faktor Ekonomi

Dalam kategori faktor ekonomi terdapat tiga faktor yang dikenalpasti sebagai

penyumbang kepada isu pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma

pembinaan dalam projek antarabangsa. Antaranya ialah kesan naik dan turun mata

wang dalam ekonomi negara, kesan harga komoditi yang tidak menentu dalam

pasaran dan kekangan yang dihadapi bagi menjana dana dan pembiayaan projek yang

tinggi. Daripada ketiga-tiga faktor tersebut jelas sekali menunjukkan indeks purata

tertinggi iaitu 4.57 ialah daripada faktor kesan naik turun mata wang dalam ekonomi

negara. Hal ini menunjukkan bahawa dalam faktor ekonomi isu ini perlu diberikan

perhatian yang lebih terperinci. Seterusnya turut mempengaruhi dengan indeks

purata sebanyak 4.20 ialah faktor kesan harga komoditi yang tidak menentu dalam

pasaran. Akhir sekali diikuti dengan faktor kekangan yang dihadapi oleh syarikat dan

firma pembinaan di Malaysia dalam usaha bagi mendapatkan dana dan pembiayaan

projek daripada pihak-pihak tertentu turut menjadi punca dan mencatatkan indeks

purata sebanyak 3.73 di mana ianya masih di tahap yang perlu diberikan perhatian.

4.4.2 Faktor Politik

Turut menjadi faktor yang sering menjadi keluhan daripada syarikat dan

firma pembinaan di Malaysia apabila mereka berhasrat untuk membida dalam projek

antarabangsa ialah faktor politik di negara tuan rumah. Dalam kategori ini, tiga

faktor yang telah dikenalpasti ialah kelemahan tampuk kepimpinan kerajaan

memerintah bagi negara tuan rumah, kegagalan syarikat dan firma pembinaan untuk

menjalinkan kerjasama dengan kerajaan tempatan dan kekurangan penyertaan

pembekal dan ahli pembinaan daripada negara tuan rumah kerana dipengaruhi oleh

faktor politik. Berdasarkan ketiga-tiga faktor tersebut, indeks purata tertinggi telah

dicatatkan bagi faktor kelemahan tampuk kepimpinan kerajaan negara yang

memerintah dengan nilai 3.20. Faktor seterusnya mencatatkan indeks purata

Page 82: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

62

sebanyak 2.93 ialah kegagalan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia bagi

menjalinkan kerjasama dengan kerajaan tempatan dan akhir sekali ialah faktor

kekurangan penyertaan pembekal dan ahli pembinaan daripada negara tuan rumah

kerana dipengaruhi oleh faktor politik iaitu dengan 2.10.

4.4.3 Faktor Budaya

Seringkali dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji ialah mengenai pertimbangan

faktor budaya dalam projek antarabangsa. Melalui kajian literatur yang telah dibuat

terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada kebimbangan tersebut iaitu wujud

perbezaan yang ketara dalam peradaban, tingkahlaku, dan tradisi di negara projek

tersebut dilaksanakan. Selain itu faktor kemahiran berkomunikasi yang tidak effektif

dalam kalangan ahli pembinaan disebabkan oleh kegagalan untuk menguasai bahasa

ibunda dan faktor terdapat perbezaan latar belakang dalam kelompok ahli pembinaan

disebabkan oleh keunikan semulajadi budaya yang menyebabkan timbulnya

ketidaksepefahaman antara satu sama lain misalnya budaya kerja masyarakat dalam

sesebuah negara. Faktor dengan indeks purata tertinggi dalam kategori ini dengan

nilai indeks purata 3.03 ialah perbezaan latar belakang ahli pembinaan yang

menyebabkan ketidakserasian. Seterusnya ialah faktor kurang kecekapan dalam

kemahiran berkomunikasi dengan indeks purata 2.73. Manakala faktor indeks purata

terendah dalam kategori ini dengan 2.20 ialah faktor kewujudan perbezaan ketara

dalam peradaban, tingkah laku, dan tradisi dalam kalangan ahli pembinaan.

Page 83: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

63

4.4.4 Faktor Perundangan

Terdapat empat faktor yang dikenalpasti bagi kategori faktor perundangan.

Faktor-faktor tersebut ialah undang-undang berkaitan bahan binaan bangunan yang

kurang ketat di negara tuan rumah, terdedah dengan risiko isu skandal kewangan dan

rasuah yang tinggi, kerangka sistem perundangan yang tidak cekap di negara tuan

rumah dan isu mengenai terdapat sistem cukai yang membebankan perlu dibayar

oleh syarikat dan firma yang bekerja di luar negara. Faktor pelbagai cukai yang

membebankan perlu dibayar oleh syarikat dan firma pembinaan serta isu skandal

kewangan dan rasuah yang berleluasa di negara tuan rumah mencatatkan faktor

pertama dan kedua tertinggi. Dengan indeks purata 4.30 dan 3.07 masing-masing.

Dituruti dengan faktor ketiga dan keempat dengan indeks purata 2.70 dan 2.63 ialah

faktor kerangka sistem perundangan yang tidak cekap dan undang-undang bahan

binaan bangunan yang kurang ketat di negara tuan rumah.

4.4.5 Faktor Pengurusan

Kategori seterusnya ialah faktor pengurusan. Dalam model kajian faktor

pengurusan terdapat tiga faktor yang telah di kenalpasti. Pertama, kelemahan dari

segi jaminan dan kawalan kualiti bahan yang tidak konsisten dalam industri

pembinaan di luar negara. Kedua, faktor kekurangan produktiviti daripada pekerja

binaan. Manakala akhir sekali ialah, faktor kekurangan kesedaran daripada pekerja

binaan mengenai piawaian keselamatan di tapak bina. Hasil dapatan menemui faktor

tertinggi dengan nilai indeks purata sebanyak 3.40 ialah kurang kesedaran mengenai

piawaian di tapak bina. Seterusnya ialah faktor kurang produktiviti oleh pekerja

binaan dengan nilai indeks purata 2.50. Akhir sekali, faktor terendah iaitu dengan

nilai indeks purata 2.33 ialah kelemahan dari segi jaminan dan kawalan kualiti bahan

binaan yang tidak konsisten.

Page 84: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

64

4.4.6 Faktor Organisasi

Terdapat sesetengah syarikat dan firma pembinaan yang menghadapi

beberapa faktor organisasi yang menghalang mereka daripada melibatkan diri dalam

projek Antarabangsa. Antara faktor-faktor tesebut ialah kerana wujudnya persaingan

yang sengit dalam kalangan syarikat dan firma pembinaan Antarabangsa. Selain itu,

sesetengah syarikat dan firma terpaksa mengimport jentera dan peralatan serta

pekerja sokongan ke negara di mana projek dilaksanakan. Seterusnya ialah faktor

kedudukan kewangan syarikat dan firma yang tidak stabil. Kesemua faktor dalam

kategori ini mencatatkan indeks purata yang agak tinggi dimana indeks purata

tertinggi ialah dari faktor kedudukan kewangan syarikat dan firma yang tidak stabil

dengan indeks purata sebanyak 4.10. Kemudiannya indeks purata 3.90 bagi faktor

kekurangan sumber jentera, peralatan dan kakitangan sokongan. Dan terakhir ialah

faktor persaingan Antarabangsa yang sengit bagi syarikat dan firma pembinaan di

Malaysia mencatatkan indeks min sebanyak 3.70.

4.4.7 Faktor Semulajadi

Faktor semulajadi terdiri daripada risiko berhadapan dengan keadaan cuaca

yang buruk dan tidak menentu di negara tuan rumah, keadaan geologi yang tidak

dapat dikenalpasti dan berlaku peristiwa-peristiwa Force Majeure yang tidak dapat

dielakkan di sesetengah negara. Sementara itu, bagi kategori ini indeks purata

tertinggi dengan bacaan 3.43 ialah faktor berlakunya peristiwa-peristiwa Force

Majeure seperti banjir, kacau ganggu awam, gempa bumi dan lain-lain seperti yang

terdapat di dalam kontrak. Selain itu juga, keadaan cuaca buruk dan tidak menentu di

negara tuan rumah mencatatkan indeks purata sebanyak 2.77 dan faktor dengan

indeks purata terendah bagi kategori ini ialah keadaan tanah yang kadangkala tidak

dapat dikenalpasti serta tiada maklumat yang mencukupi dengan nilai indeks purata

2.37.

Page 85: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

65

4.5 Keputusan Analisis Tahap Kritikal Faktor-faktor Mempengaruhi

Penurunan Bilangan Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di

Malaysia dalam Projek Antarabangsa

Jadual 4.6 Tahap Kritikal Faktor-Faktor Mempengaruhi Penglibatan Syarikat dan

Firma Dalam Projek Antarabangsa

Faktor-faktor kritikal Indeks

Purata

Kategori Kedud

ukan

Kesan naik turun mata wang terhadap

ekonomi 4.57

Sangat

kritikal

1

Kesan harga komoditi yang tidak menentu 4.20 Sangat

kritkal

3

Kekangan bagi menjana dana dan kos

pembiayaan projek yang tinggi 3.73

Kritikal 6

Kelemahan tampuk kepimpinan negara tuan

rumah 3.20

Sederhana

kritikal

10

Gagal membina jalinan kerjasama dengan

Kerajaan tempatan 2.93

Sederhana

kritikal 13

Kekurangan penyertaan pembekal dan ahli

pembinaan daripada negara tuan rumah 2.10

Kurang

kritikal 22

Wujud perbezaan ketara dari segi peradaban,

tingkahlaku dan tradisi. 2.20

Kurang

kritikal 21

Kemahiran komunikasi yang tidak berkesan 2.73 Sederhana

kritikal 15

Perbezaan keunikkan latar belakang pelbagai

pihak yang terlibat dalam pembinaan

mencetuskan ketidaksepefahaman

3.03

Sederhana

kritikal 12

Undang-undang bahan binaan bangunan yang

kurang ketat di negara tuan rumah 2.63

Sederhana

kritikal 17

Isu skandal kewangan dan rasuah di negara

tuan rumah 3.07

Sederhana

kritikal 11

Kerangka sistem perundangan yang tidak

cekap di negara tuan rumah 2.70

Sederhana

kritikal 16

Terdapat pelbagai cukai yang membebankan

perlu dibayar 4.30

Sangat

kritikal 2

Kelemahan dari segi jaminan dan kawalan

kualiti bahan yang tidak konsisten 2.33

Kurang

kritikal 20

Kekurangan produktiviti buruh binaan 2.50 Kurang

kritikal 18

Page 86: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

66

Kurang kesedaran mengenai piawaian

keselamatan di tapak bina 3.40

Kritikal 9

Kewujudan persaingan Antarabangsa yang

sengit dalam kalangan syarikat dan firma

pembinaan

3.70

Kritikal

7

Kekurangan sumber seperti jentera, peralatan

dan pekerja sokongan 3.90

Kritikal 5

Kedudukan kewangan syarikat dan firma

yang tidak stabil 4.10

Kritikal

4

Keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu

di negara tuan rumah 2.77

Sederhana

kritikal 14

Maklumat geologi yang tidak mencukupi

(contoh: maklumat keadaan tanah) 2.37

Kurang

kritikal 19

Peristiwa-peristiwa Force Majeure (Banjir,

kacau ganggu awam, gempa bumi, dll.) 3.43

Kritikal 8

Jadual 4.6 menunjukkan kebanyakan faktor yang dinyatakan telah mencapai

indeks purata lebih 2.60 kepada tidak lebih 3.40 julat skala penilaian yang sekaligus

menunjukkan 8 faktor sederhana kritikal yang mempengaruhi pengurangan bilangan

penglibatan syarikat dan firma di Malaysia dalam projek Antarabangsa. Hal ini

demikian, majoriti telah menunjukkan bahawa walaupun ianya di tahap sederhana

kritikal, namun turut menyumbang menyumbang kepada pengurangan bilangan

penglibatan syarikat dan firma di Malaysia dalam projek Antarabangsa.

Page 87: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

67

4.6 Keputusan Analisis Faktor-faktor Kritikal Mempengaruhi

Pengurangan Bilangan Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di

Malaysia dalam Projek Antarabangsa

Jadual 4.7 menunjukkan keputusan analisa faktor-faktor kritikal yang

mempengaruhi kekurangan penglibatan syarikat dan firma di Malaysia dalam projek

Antarabangsa. Hasil analisa ini diperoleh daripada faktor-faktor yang disenaraikan

mengikut kelas kategori tahap kritikal seperti dalam Jadual 4.6. Responden diberikan

lima pilihan skala jawapan iaitu dari tahap tidak kritikal sehingga ke tahap sangat

kritikal. Kemudian, bagi mendapatkan keputusan bagi faktor-faktor kritikal, hasil

nilai indeks purata faktor-faktor mempengaruhi tersebut disusun mengikut

kedudukan dimana nombor 1 ialah faktor yang sangat kritikal sehingga nombor 22

iaitu faktor yang kurang kritikal dan keseluruhan keputusan adalah seperti dalam

jadual di bawah.

Jadual 4.7 Faktor-faktor Kritikal Mempengaruhi Penglibatan Syarikat dan Firma di

Malaysia dalam Projek Antarabangsa

Faktor-faktor Kritikal Kedudukan

Kesan naik turun mata wang terhadap ekonomi 1

Terdapat pelbagai cukai yang membebankan perlu

dibayar 2

Kesan harga komoditi yang tidak menentu 3

Kedudukan kewangan syarikat dan firma yang tidak stabil 4

Kekurangan sumber seperti jentera, peralatan dan pekerja

sokongan 5

Kekangan bagi menjana dana dan kos pembiayaan projek

yang tinggi 6

Kewujudan persaingan antarabangsa yang sengit dalam

kalangan syarikat dan firma pembinaan 7

Peristiwa-peristiwa Force Majeure (Banjir, kacau ganggu

awam, gempa bumi, dan lain-lain) 8

Page 88: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

68

Kurang kesedaran mengenai piawaian keselamatan di

tapak bina 9

Kelemahan tampuk kepimpinan negara tuan rumah 10

Isu skandal kewangan dan rasuah di negara tuan rumah 11

Perbezaan keunikkan latar belakang pelbagai pihak yang

terlibat dalam pembinaan mencetuskan

ketidaksepefahaman

12

Gagal membina jalinan kerjasama dengan kerajaan

tempatan 13

Keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu di negara

tuan rumah 14

Kemahiran komunikasi yang tidak berkesan 15

Kerangka sistem perundangan yang tidak cekap di negara

tuan rumah 16

Undang-undang bahan binaan bangunan yang kurang

ketat di negara tuan rumah 17

Kekurangan produktiviti buruh binaan 18

Maklumat geologi yang tidak mencukupi (contoh:

maklumat keadaan tanah) 19

Kelemahan dari segi jaminan dan kawalan kualiti bahan

yang tidak konsisten 20

Wujud perbezaan ketara dari segi peradaban, tingkahlaku

dan tradisi. 21

Kekurangan penyertaan pembekal dan ahli pembinaan

daripada negara tuan rumah 22

Daripada kedudukan di atas, faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi

pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam

projek Antarabangsa telah dikenalpasti. Faktor yang mencatatkan kedudukan di

tahap sangat kritikal dan kritikal diambil kira sebagai faktor yang kritikal. Responden

yang memilih faktor sangat kritikal dengan indeks purata tertinggi iaitu 4.57

meletakkan faktor kesan daripada naik turun mata wang terhadap ekonomi negara

Page 89: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

69

pada kedudukan teratas iaitu nombor satu mempengaruhi penurunan bilangan

penglibatan syarikat dan firma di Malaysia yang gagal melebarkan sayap pada

peringkat Antarabangsa.

Faktor sangat kritikal yang kedua dengan purata indeks 4.30 ialah faktor

pengenalan kepada pelbagai jenis cukai yang membebankan kepada syarikat dan

firma pembinaan yang hendak bekerja di luar negara. Seterusnya faktor yang turut

berada di kumpulan sangat kritikal ialah kesan harga komoditi yang tidak menentu

mencatatkan indeks purata sebanyak 4.20 di kedudukan yang ketiga kritikal.

Sementara itu, enam faktor kritikal seterusnya berada di dalam kelompok

kritikal. Pertama sekali dengan jumlah indeks purata sebanyak 4.10 ialah faktor

kedudukan kewangan syarikat dan firma yang tidak stabil. Di mana ianya

meletakkan faktor ini pada kedudukan yang ke-4. Seterusnya ialah faktor kekurangan

sumber seperti jentera, peralatan dan pekerja sokongan mencatatkan indeks

puratanya ialah 3.90 ditahap yang kritikal. Sekaligus menempah kedudukan bagi

faktor kritikal ke-5.

Seterusnya yang ke-6 ialah faktor kekangan bagi menjana dana dan kos

pembiayaan projek yang tinggi. Faktor kritikal ini dengan nilai indeks purata iaitu

3.73 berada di kedudukan yang ke-6. Di tambah dengan kewujudan persaingan

Antarabangsa yang sengit dalam kalangan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia

turut menjadikannya faktor yang kritikal mempengaruhi penglibatan syarikat dan

firma pembinaan di Malaysia dalam projek Antarabangsa. Dengan nilai indeks purata

3.70 menjadikannya di kedudukan yang ke-7.

Di kedudukan yang ke-8 iaitu faktor peristiwa-peristiwa Force Majeure

menunjukkan nilai indeks puratanya ialah 3.43 berada dalam kumpulan kritikal.

Seterusnya dengan nilai indeks purata 3.40, faktor kurang kesedaran mengenai

piawaian keselamatan di tapak bina melatakkan faktor ini di kedudukan ke-9.

Page 90: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

70

Majoriti analisis dapatan kajian yang berada dalam peringkat sederhana

kritikal terdiri daripada lapan faktor. Faktor kelemahan tampuk kepimpinan kerajaan

tuan rumah juga telah dipersetui sebagai faktor sederhana kritikal dengan nilai indeks

purata 3.20. Faktor ini diletakkan di kedudukan teratas 10 faktor kritikal bagi isu

berkaitan pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma di Malaysia dalam

projek Antarabangsa.

Di kedudukan yang ke-11, masih lagi dalam kumpulan faktor sederhana

kritikal ialah faktor isu skandal kewangan dan rasuah di negara tuan rumah turut

menjadi faktor yang perlu dipertimbangkan terutama sekali dalam bidang industri

pembinaan. Faktor ini mencatatkan nilai indeks purata 3.07. Diikuti dengan

perbezaan yang tipis iaitu dengan 3.03 meletakkanya di kedudukan ke-12, faktor

perbezaan keunikan latar belakang pelbagai pihak yang terlibat dalam pembinaan

disebabkan oleh keunikan budaya semula jadi, telah menimbulkan

ketidaksepefahaman antara satu sama lain turut menjadi salah satu faktor kekangan

bagi syarikat dan firma pembinaan di Malaysia bekerja di luar negara.

Manakala di kedudukan ke-13 dengan nilai indeks purata 2.93 ialah faktor

kegagalan bagi syarikat dan firma pembinaan di Malaysia untuk membina jalinan

kerjasama dengan Kerajaan tempatan di negara tuan rumah. Sementara itu, faktor

semulajadi seperti keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu di negara tuan

rumah merupakan faktor sederhana kritikal dengan nilai indeks purata 2.77 pada

kedudukan yang ke-14. Faktor di tahap sederhana kritikal yang juga dianggap

penting dan harus dipertimbangkan ialah kemahiran komunikasi yang berkesan

dengan mengusai bahasa ibunda negara tuan rumah dapat memberikan kelebihan

kepada sesebuah syarikat dan firma pembinaan. Hal ini demikian, respon daripada

responden dengan menunjukkan nilai indeks purata faktor sederhana kritikal ini ialah

2.73 di kedudukan ke-15.

Page 91: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

71

Tidak dapat dinafikan lagi, faktor perundangan sesebuah negara untuk

merangka system perundangan yang lebih cekap di negara tuan rumah boleh menarik

minat lebih ramai syarikat dan firma pembinaan di Malaysia menceburi projek

Antarabangsa. Hal ini terbukti apabila ianya merupakan salah satu daripada faktor

sederhana kritikal dengan nilai indeks purata sebanyak 2.70 pada kedudukan faktor

kritikal ke-16. Di kedudukan ke-17 menempatkan faktor berkenaan undang-undang

bahan binaan binaan yang kurang ketat di negara tuan rumah dengan nilai indeks

purata iaitu 2.63.

Manakala terdapat lima faktor dikenalpasti yang berada pada tahap kurang

kritikal di mana ianya berada di kedudukan 18, 19, 20, 21, dan 22. Kedudukan ke-18

ialah kekurangan produktiviti daripada buruh binaan telah menunjukkan indeks

purata sebanyak 2.50. Dengan nilai indeks purata 2.37, faktor kekurangan maklumat

geologi contohnya keadaan tanah yang tidak dapat dikenalpasti merupakan faktor

yang kurang kritikal mempengaruhi pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan

firma pembinaan di Malaysia dalam projek Antrabangsa meletakkan ia di kedudukan

ke-19.

Seterusnya di kedudukan ke-20 ialah kelemahan dari segi jaminan dan

kawalan kualiti bahan yang tidak konsisten mencatatkan indeks purata 2.33 di atas

faktor kewujudan perbezaan yang ketara dari segi peradaban, tingkahlaku dan tradisi

dalam kalangan ahli pembinaan dalam sesebuah projek Antarabangsa dengan nilai

indeks purata iaitu 2.20 di kedudukan yang ke-21. Akhir sekali, nilai indeks purata

terendah iaitu 2.10 ialah faktor kekurangan penyertaan pembekal dan ahli pembinaan

disebabkan oleh campur tangan politik daripada negara tuan rumah.

Pada bahagian akhir kajian ini telah berjaya mengenalpasti sembilan faktor-

faktor kritikal yang mempengaruhi pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan

firma pembinaan di Malaysia dalam projek Antarabangsa. Faktor majoriti yang

didapati sangat kritikal dan kritikal diambil kira sebagai faktor-faktor yang kritikal

menyumbang kepada isu ini. Faktor tersebut berada dikedudukan pertama sehingga

Page 92: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

72

kedudukan kesembilan daripada 22 faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi

penglibatan syarikat dan firma di Malaysia dalam projek Antarabangsa. Data

kesembilan faktor-faktor kritikal tersebut ditunjukkan di dalam graf bar di bawah

mengikut susunan secara menaik.

Rajah 4.4 Carta Bar Faktor-Faktor Kritikal yang Mempengaruhi Pengurangan

Bilangan Penglibatan Syarikat dan Firma Pembinaan di Malaysia dalam Projek

Antarabangsa

0.00 1.002.00

3.004.00

5.00

Naik turun matawang

Cukai yang membebankan

Harga komoditi tidak stabil

Kedudukan kewangan organisasi yang…

Kekurangan sumber

Kos pembiayaan projek yang tinggi

Persaingan antarabangsa yang sengit

Peristiwa-peristiwa Force Majuere

Kurang kesedaran piawaian keselamatan

4.57

4.30

4.20

4.10

3.90

3.73

3.70

3.43

3.40

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL MEMPENGARUHI

BILANGAN PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA

PEMBINAAN MALAYSIA DALAM PROJEK

ANTARABANGSA

San

gat

Kri

tikal

K

riti

kal

Page 93: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

73

4.7 Kesimpulan

Kaedah kuantitatif telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Kaedah

Analisis Statistik Deskriptif digunakan untuk menganalisa latar belakang responden

and skala Likerts diubah usai digunakan untuk menganalisis faktor-faktor kritikal

yang mempengaruhi penguranga bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan

di Malaysia dalam projek Antarabangsa. Keputusan akhir analisis telah disenaraikan

di dalam jadual bagi memudahkan kefahaman pembaca.

Berdasarkan hasil kajian jelas sekali faktor ekonomi iaitu kesan daripada

kenaikan dan penurunan nilai mata wang mempengaruhi penglibatan syarikat dan

firma pembinaan di Malaysia dalam projek Antarabangsa. Faktor ini dilihat sangat

kritikal menyumbang kepada pertambahan mahupun pengurangan penglibatan

syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam pasaran global.

Page 94: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merumuskan keseluruhan kajian dengan menyenaraikan keputusan

data yang telah dianalisis. Selain itu bab ini menegaskan berkaitan kepentingan

kajian ini dijalankan. Berdasarkan kajian literatur yang menyeluruh, pengumpulan

data menggunakan keaedah soal selidik, dan keputusan analisis data, objektif kajian

ini dapat dicapai. Selain itu, bab ini mengemukakan cadangan untuk

penambahbaikkan kajian lanjutan pada masa akan datang.

Page 95: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

75

5.2 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai matlamat dan objektif

kajian iaitu untuk mengenalpasti faktor-faktor kritikal yang mempengaruhi

pengurangan bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam

projek Antarabangsa. Faktor-faktor kritikal ini di senaraikan mengikut kedudukan

daripada 1 hingga 22 mengikut tahap paling kritikal sehingga kurang kritikal seperti

yang berikut:

1. Kesan daripada naik turun mata wang dunia

2. Kepelbagaian jenis cukai yang membebankan

3. Kesan daripada harga komoditi yang tidak menentu

4. Kedudukan kewangan syarikat dan firma yang tidak stabil

5. Kekurangan sumber seperti jentera, peralatan dan pekerja sokongan

6. Kekangan bagi menjana dana dan kos pembiayaan projek yang tinggi

7. Kewujudan persaingan Antarabangsa yang sengit dalam kalangan syarikat

dan firma pembinaan

8. Peristiwa-peristiwa Force Majeure

9. Kurang kesedaran mengenai piawaian keselamatan di tapak bina

10. Kelemahan tampuk kepimpinan negara tuan rumah

11. Isu berkaitan skandal kewangan dan rasuah di negara tuan rumah

12. Perbezaan keunikkan latar belakang pelbagai pihak yang terlibat dalam

pembinaan mencetuskan ketidaksepefahaman

13. Gagal membina jalinan kerjasama dengan Kerajaan tempatan

14. Keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu di negara tuan rumah

15. Kemahiran komunikasi yang tidak berkesan

16. Kerangka sistem perundangan yang tidak cekap di negara tuan rumah

17. Undang-undang bahan binaan bangunan yang kurang ketat di negara tuan

rumah

18. Kekurangan produktiviti buruh binaan

19. Maklumat geologi yang tidak mencukupi

20. Kelemahan dari segi jaminan dan kawalan kualiti bahan yang tidak konsisten

21. Wujud perbezaan ketara dari segi peradaban, tingkahlaku dan tradisi.

Page 96: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

76

22. Kekurangan penyertaan pembekal dan ahli pembinaan daripada negara tuan

rumah.

Namun, bagi memenuhi objektif kajian ini hanya faktor di kedudukan satu

hingga sembilan di ambil sebagai faktor-faktor kritikal yang menyumbang kepada

pengurang bilangan penglibatan syarikat dan firma pembinaan di Malaysia dalam

projek Antarabangsa. Dapat dirumuskan bahawa dapatan kajian ini sedikit sebanyak

membantu memberikan pencerahan kepada pembaca mengenai situasi yang sedang

berlaku dalam industri pembinaan di Malaysia.

5.3 Limitasi Kajian

Sepanjang perlaksanaan kajian ini, kekangan yang dihadapi ialah kekurangan

sokongan dan kerjasama daripada sesetengah syarikat dan firma atas faktor

kesibukan tugas dan tanggungjawab mereka. Hal ini dapat dilihat apabila hanya

37.50% sahaja bilangan borang soal selidik yang berjaya dipulangkan semula oleh

responden dalam tempoh waktu ditetapakan. Walaupun borang soal selidik sudah

diedarkan lebih awal. Jumlah kecil bilangan responden yang mengambil bahagian

menyebabkan ianya sukar untuk menyamaratakan dapatan kajian kepada keseluruhan

syarikat dan firma pembinaan di Malaysia. Di samping itu, perkara ini turut

mengakibatkan banyak masa dihabiskan untuk menunggu respon daripada responden

bagi menyempurnakan kajian ini.

Page 97: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

77

5.4 Cadangan Penambahbaikan Kajian untuk Masa Hadapan

Data kajian yang diperoleh sebanyak 30 responden merupakan pandangan

daripada pemain binaan yang berpengalaman dalam industri pembinaan. Namun

kajian ini hanya menfokuskan untuk mengenalpasti faktor-faktor kritikal sahaja.

Oleh itu, satu kajian lanjutan berdasarkan fakor-faktor kritikal yang telah

dikenalpasti iaitu berkenaan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani

faktor kritikal tersebut sekaligus mendorong penglibatan syarikat dan firma di

Malaysia dalam projek Antarabangsa. Penekananan perlu diberikan supaya langkah

yang diambil meliputi tanggungjawab semua pihak sama ada individu, organisasi

mahupun pihak kerajaan.

Page 98: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

78

RUJUKAN

Abbasi, A. & Baldry, D., (2012). The Impact of Globalisation on the Construction

Industries of Developing Countries. University of Salford, Greater

Manchester, United Kingdom.

Abdul-Aziz, AR & Wong, S. S., (2010). Exploring the Internationalization of

Malaysian Contractors: The International Entrepreneurship Dimension.

Journal of Construction Management and Economics 28:1, muka surat 51-61.

Ashley, D. B., & Bonner, J. J. (1987). Political Risks in International Construction.

Journal Construction Engineering Management, 113(3), muka surat 447–

467.

Awil, A. U., & Aziz, A. R. A. (2001). International Markets: Malaysian Construction

Contractors and The Stage Theory. The Australian Journal of Construction

Economics and Building, 2:1, muka surat 94–106.

Bing, L., & Tiong, L. K. (1999). Risk Management in International Construction

Joint Ventures. Journal of Construction Engineering Management, 125(4),

muka surat 277–284.

Chan, E. H. W., & Tse, R. Y. C. (2003). Cultural Consideration in International

Construction Contract. Journal of Construction Engineering and Management

Chen, C., & Messner, J. I. (2005). Taxanomy for International Construction Market

Entry Mode Selection. Construction Research Congress.

Page 99: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

79

Construction Industry Development Board (CIDB),. (2017). Construction Quaterly

Statistical Bullitien. CIDB Malaysia

Crosthwaite, D. (2010). The Internationalisation of British Construction Companies.

Journal of Construction Management and Economics, 16(4), muka surat 389-

395.

Czinkota, M. R., & Ronkainen, I. A. (2004). International Marketing (Seventh

Edition edition). Ohio, Thomson/South-Western.

David J. T., Pisano, G., & Shuen, A. (1997). Dynamic Capabilities and Strategic

Management. Strategic Management Journal, 18(7), muka surat 509–533.

Dikmen, I., Birgonul, T., & Eybpoosh, M. ( 2011). Tracing Risk Paths in

International Construction Projects: A case study. Management and

Innovation for a Sustainable Built Environment.

Fadhlin A., Chai V. C., Anuar K., & Shen, T. T., (2004). An Overview of the Growth

and Development of the Malaysian Construction Industry. Paper presented at

the Workshop on Construction Contract Management 2.

Fellow, R. F., & Hancock, R. (1994). Conflict Resulting from Cultural

Differentiation: An Investigation of the New Engineering Contract.

Rotterdam, The Netherlands.

Firat, C. E., & Huovinen, P. (2005). Entering Regional Construction Markets in

Russia. Findland: Technical Research Centre Finland, Association of Finnish

Civil Engineers.

Frank, B. (1991). International Marketing Strategy. UK: Prentice Hall International.

Grant, R. M. (1991). The Resource-Based Theory of Competitive Advantage:

Implications for Strategy Formulation. 33:3, muka surat 114–135, California

Management Review.

Page 100: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

80

Gregorio, D. D. & Musteen, M. (2008) International New Ventures: Thee Cross-

border Nexus of Individuals and Opportunities. Journal of World Business,

43:2, muka surat 186-196

Gubago, B. (2000). Developing Citizen Capacity in the Face of Globalization and

Foreign Competition. Paper presented at the 2nd International Conference on

Construction in Developing Countries: Challenges Facing the Construction

Industry in Developing Countries, Gaborone.

Henry, C. M., & Springborg R. (2001). Globalization and the Policies of

Development in The Middle East (First Edition), United Kingdom:

Cambridge University Press.

Kangari, R. (1995). Risk Management Perceptions and Trends of US Construction.

Journal of Construction Engineering Management, 121:4, muka surat 422–

429.

Keswani, K. (1997). The contribution of building centres to low-cost housing in

India. Building Research and Information 25:1, muka surat 50–64.

Konting, M. M. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kumar, R. (2011). Research Methodology : A Step-by-Step Guide For Beginners,

Sage Publications.

Latham, M. (1994). Constructing the Team: Final Report of the Government/Industry

Review of Procurement and Contractual Aarrangements in the UK

Construction Industry. In. London.

Ling, F. Y. Y., & Hoi, L. (2006). Risks Faced by Singapore Firms When

Undertaking Construction Projects in India. International Journal of Project

Management 24, muka surat 261-270.

Page 101: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

81

Lingard, H., & Rowlinson, S. (1997). Behaviour-based Safety Management in Hong

Kong's Construction Industry. Journal of Safety Research, 28:4, muka surat

243–256.

Lu, J. W., & Beamish, P. W. (2001). The Internationalization and Performance of

SMEs. Strategic Management Journal, 22:6–7, muka surat 565–586.

Marcuse, P., & Kempen, R. V. (2000) Globalizing Cities: A New Spatia Order?

Maznah, M. I. C. (2006). Malaysian Contractors’ Opinions Towards International

Market Expansion. Paper presented at the International Conference in the

Built Environment, 21st Century (ICiBE).

Morgan, J. P. (2008). Asia Pacific Equity Research: Malaysia Construction.

Retrieved from http://www.ijm.com/download/what_080404_jpmorgan.pdf

website:

Murray, M., & Baiden, J. A. (2000). Difficulties Facing Contractors from

Developing Countries : Problems and Solutions. Paper presented at the

Proceedings of 2nd International Conference on Construction in Developing

Countries: Challenges Facing the Construction Industry in Developing

Countries.

Ngowi, A. B., Pienaar, E., Akindele, O., & Iwisi, D. S. (2004). The Globalisation of

The Construction Industry—A Review. Journal of Building and

Environment, muka surat 125-141.

Ofori, G. (2012). New Perspectives on Construction in Developing Countries, Spoon

Press.

Ogunlana, S. O. (2004). Globalisation and Construction: Meeting the Challenges,

Reaping the Benefits. Paper presented at the The international symposium on

Globalisation and Construction, Bangkok, Thailand.

Page 102: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

82

Pandey, P. (2015). Research Methodology : Tools and Techniques. Romania:Bridge

Center Publications

Parahoo, K. (1997). Nursing Research: Principles, Process and Issues In. US:

Palgrave Macmillan

Paul, R. Q. (2015). Challenges and Trends in the Construction Industry. Retrieved

from http://www.hardwicke.co.uk website:

Pilot, D. F., & Hungler, B. P. (1999). Nursing research: Principles and methods (6th

Edition ed.). Philadelphia: JB Lippincott

Ragayah, M. Z. (1999). Malaysian Reverse Investments: Trends and Strategies. Asia

Pacific Journal of Management, 16:3.

Rawlinson, S. (2016). International Construction Cost 2016. Retrieved from

www.arcadis.com website:

Raymond , David B. Ashley, & Logcher, R. D. (1980). Allocating Risk and Incentive

in Construction. Journal of Construction Division 106, muka surat 297–306.

Sebestyen, G. (1998). Construction - Craft to Industry (First ed.). London, Newyork:

E & FN Spon Press.

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach (4th

ed.). USA: John Wiley & Sons Inc.

Shen, L. Y., George, W. C., & Catherine, S. K. N. (2001). Risk Assessment for

Construction Joint Ventures in China. Journal Construction Engineering

Management, 127:1, muka surat 76–81.

Page 103: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

83

Stebblings, S. B. (1998). Dispute resolution in Major Projects. Paper presented at the

International Dispute Resolution Conference, Hong Kong International

Arbitration Centre, Hong Kong.

Strassman, W. P., & Wells, J. (1998). Global Construction Industry. Engineering

News Report, muka surat 30–43.

Tan, W. (1995). Research Methods in Real Estate and Construction. National

University of Singapore: School of Building and Real Estate.

Transparency International Corruption Perceptions Index 2012. (2012). Berlin,

Germany, Retrieved from www.transparency.org.

Usman, A., & Rashid, A. (2002). International Markets: Malaysian Construction

Contractors and The Stage Theory, The Australian Journal of Construction

Economics and Building 2:1, muka surat 94 – 106.

Victor, L. C. (1982). International Construction : Marketing Planning & Execution

(First ed.): Construction Press.

Wang, M. T. & Chou, H. Y. (2003). Risk Allocation and Risk Handling of Highway

Projects in Taiwan. Journal of Management Engineering, 19:2, muka surat

60–68.

Wang, Q., S., Robert L. K. Tiong, S. K Ting, & Ashley, D. (2000). Evaluation and

Management of Political Risks in Chinas BOT projects. Journal of

Construction Engineering Management, 126:3, muka surat 242–249.

Wang, S. Q., Robert, L. K. T., Ting, S.K., & Ashley, D. (2000). Evaluation and

Management of Foreign Exchange and Revenue Risks in China's BOT

Projects. Journal of Construct Management Economic, 18:197–207.

Page 104: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

84

Westhead, P., Wright, M., & Ucbasaran, D. (2001). The Internationalization Of New

And Small firms: A Resourcebased View. Journal of Business Venturing,

16:4, muka surat 333–358.

Widmen, M. (2004). Wideman Comparative Glossary of Project Management Terms

Retrieved from http://www.maxwideman.com/pmglossary/PMG_P11.htm

Wiersma, W. (2000). Research Methods in Education: An Introduction (7th Ed.):

Boston : Allyn and Bacon.

Zhi, H. ( 1995 ). Risk Management for Overseas Construction Projects International

Journal of Project Management, 13:4, muka surat 231-237.

Page 105: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

A/1

LAMPIRAN A

Keputusan Dapatan Keseluruhan Data Demografi

Responden Jawatan

Pengalaman

Bekerja dalam

Industri Pembinaan

Pengalaman

Bekerja dalam

Projek

Antarabangsa

Pengalaman

Syarikat/Firma

dalam Projek

Antarabangsa

Jenis Projek

R1 Jurukur Bahan 11-15 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kemudahan

R2 Kontraktor 11-15 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Sekolah

R3 Kontraktor 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Lain-lain

R4 Jurukur Bahan 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kemudahan

R5 Jurukur Bahan 11-15 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Lan-lain

R6 Jurutera 6-10 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Kediaman

R7 Jurukur Bahan 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kediaman

R8 Arkitek 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kediaman

R9 Arkitek 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kemudahan

R10 Pengurus Binaan 11-15 tahun 6-10 tahun 4-6 tahun Kerja Awam

R11 Jurukur Bahan 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kemudahan

R12 Arkitek 11-15 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Komersial

R13 Kontraktor 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kediaman

R14 Jurutera 11-15 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Lain-lain

R15 Arkitek 16-20 tahun 16-20 tahun 4-6 tahun Kediaman

R16 Kontraktor 11-15 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Kerja kejuruteraan

Page 106: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

A/2

Responden Jawatan

Pengalaman

Bekerja dalam

Industri Pembinaan

Pengalaman

Bekerja dalam

Projek

Antarabangsa

Pengalaman

Syarikat/Firma

dalam Projek

Antarabangsa

Jenis Projek

R17 Kontraktor 11-15 tahun 11-15 tahun 4-6 tahun Infastruktur

R18 Pengurus Binaan 16-20 tahun 6-10 tahun 4-6 tahun Lain-lain

R19 Arkitek 11-15 tahun 0-5 tahun 7-9 tahun Infastruktur

R20 Pengurus Binaan 11-15 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kerja kejuruteraan

R21 Arkitek 16-20 tahun 6-10 tahun 7-9 tahun Komersial

R22 Kontraktor 6-10 tahun 0-5 tahun 0-3 tahun Kemudahan

R23 Jurutera 6-10 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Komersial

R24 Kontraktor 16-20 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Kerja kejuruteraan

R25 Kontraktor 6-10 tahun 6-10 tahun 7-9 tahun Kerja kejuruteraan

R26 Jurutera 0-5 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Kerja kejuruteraan

R27 Kontraktor 16-20 tahun 6-10 tahun 7-9 tahun Kemudahan

R28 Jurutera 11-15 tahun 6-10 tahun 4-6 tahun Kemudahan

R29 Kontraktor 0-5 tahun 0-5 tahun 4-6 tahun Pentadbiran

R30 Arkitek 6-10 tahun 6-10 tahun 7-9 tahun Kemudahan

Page 107: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/1

LAMPIRAN B

Surat Kebenaran Agihan Borang Soal Selidik

Page 108: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/2

LAMPIRAN C

Instrumen Kajian- Borang Soal Selidik

QUANTITY SURVEYING DEPARTMENT

FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT

CRITICAL FACTORS OF POOR PARTICIPATION MALAYSIAN

CONSTRUCTION FIRM IN CONSTRUCTION PROJECT ABROAD

This form consists of two (2) sections as follows:-

Section A : Respondent’s Background

Section B : Factors Contributing to Poor Participation of Malaysia Construction

Firm in Construction Project Abroad

Researcher Name : Nur Syahidah Binti Mohd Shawal

Matric Number : B15BE0078

Phone Number : +6011-11448698

E-mail Address : [email protected]

Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Wan Yusoff Bin Wan Mahmood

***The research findings are used for academic purposes only and all respondent

information are strictly CONFIDENTIAL. Thank you in advanced for your valuable

contribution in this research.

QUESTIONNAIRE SURVEY FORM

Page 109: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/3

RESEARCH OBJECTIVE:

1. To ascertain the critical factors contribute to poor participation of Malaysia

Construction Firm in Construction Project Abroad.

Bagi mengenalpasti faktor-faktor yang kritikal menyumbang kepada kekurangan

penglibatan Syarikat dan Firma pembinaan di Malaysia dalam projek antarabangsa.

SECTION A: RESPONDENT'S BACKGROUND

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

Instruction: Please answer all the question by fill in the blank and placing a (√) TICK in the

appropriate box where necessary

Arahan : Sila jawab semua soalan dengan mengisikan ruang kosong dan meletakkan

tanda (√) TICK dalam kotak yang dipilih.

i. Respondent Background

1) Name :_______________________________________________

2) Designation :_______________________________________________

3) Company Name :_______________________________________________

4) E-mail Address :_______________________________________________

5) Company Stamp :

ii. Experienced in Construction Industry

Pengalaman dalam industri pembinaan

0-5 years

6-10 years

11-15 years

16-20 years

Others; please specify

Page 110: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/4

iii. Involvement of international project

Penglibatan dalam projek Antarabangsa

0-5 years

6-10 years

11-15 years

16-20 years

Others; please specify

iv. Years of companies operation in overseas

Tempoh syarikat atau firma beroperasi di luar negara

0-3 years

4-6 years

7-9 years

10-12 years

Others; please specify

v. Type of project abroad

Jenis projek di luar negara

Residential (Perumahan)

Commercial Building (Bangunan Komersial)

Infrastructure Work (Kerja-kerja Infrastruktur)

Facilities (Kemudahan)

Engineering Works (Kerja-kerja kejuruteraan)

Others; please specify (Lain-lain; sila nyatakan)

Page 111: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/5

SECTION B: FACTORS CONTRIBUTING TO POOR PARTICIPATION OF

MALAYSIA CONSTRUCTION FIRM IN CONSTRUCTION PROJECT

ABROAD

BAHAGIAN B: FAKTOR-FAKTOR MENYUMBANG KEPADA KURANG PENGLIBATAN

SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA DALAM PROJEK

ANTARABANGSA

Instruction: Please answer all the question by placing a (√) TICK in the appropriate box.

Arahan : Sila jawab semua soalan dengan meletakkan tanda (√) TICK pada kotak yang

dipilih.

Likert’s scale indicator

Not Critical

Tidak Kritikal

Less Critical

Kurang Kritikal

Moderate

Sederhana

Critical

Kritikal

Very Critical

Sangat Kritikal

1 2 3 4 5

Contributing Factors (Faktor-Faktor Penyumbang) 1 2 3 4 5

FK 1: Economic Factors (Faktor Ekonomi)

a. The effects of currency fluctuations on the

economy

Kesan naik turun mata wang terhadap ekonomi

1 2 3 4 5

b. The impact of rapid commodity price changes

Kesan harga komoditi yang tidak menentu

1 2 3 4 5

c. Highly risk due to difficulties in rising funds and

involve high financing cost

Kekangan bagi menjana dana dan kos

pembiayaan projek yang tinggi

1 2 3 4 5

FK 2: Political Factors (Faktor Politik)

a. The weakness of ruling political parties in the host

country

Kelemahan tampuk kepimpinan negara tuan

rumah

1 2 3 4 5

Page 112: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/6

b. Failed to build up relationship with local

Government in the host country

Gagal membina jalinan kerjasama dengan

Kerajaan tempatan

1 2 3 4 5

c. Poor involvement of construction supliers and

construction workers in the host country

Kekurangan penyertaan pembekal dan ahli

pembinaan daripada negara tuan rumah

1 2 3 4 5

FK3: Cultural Factors (Faktor Budaya)

a. Subsist if subtle difference in customs, behaviours

and traditions

Wujud perbezaan ketara dari segi peradaban,

tingkahlaku dan tradisi.

1 2 3 4 5

b. Ineffective communication skills

Kemahiran komunikasi yang tidak berkesan

1 2 3 4 5

c. Different background of parties involved due to

uniqueness of natural culture result in

misapprehension

Perbezaan keunikkan latar belakang pelbagai

pihak yang terlibat dalam pembinaan

mencetuskan ketidaksepefahaman

1 2 3 4 5

FK4: Legal Factors (Faktor Perundangan)

a Less rigid building material policies in the host

country

Undang-undang bahan binaan bangunan yang

kurang ketat di negara tuan rumah

1 2 3 4 5

b Bribery and corruption issues in the host country

Isu suapan dan rasuah di negara tuan rumah

1 2 3 4 5

Page 113: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/7

c. Lack of effectiveness in legal system framework

in the host country

Kerangka sistem perundangan yang tidak cekap

di negara tuan rumah

1 2 3 4 5

d. Too many taxes to be paid is part of the burden

Terdapat pelbagai cukai yang membebankan

perlu dibayar

1 2 3 4 5

FK5. Management Factors (Faktor Pengurusan)

a. Inconsistency of quality control and quality

assurance for construction materials

Kelemahan dari segi jaminan dan kawalan kualiti

bahan yang tidak konsisten

1 2 3 4 5

b. Low productivity of construction workers

Kekurangan produktiviti buruh binaan

1 2 3 4 5

c. Lack of awareness among workers regard to

safety standards at construction site

Kurang kesedaran mengenai piawaian

keselamatan di tapak bina

1 2 3 4 5

FK6. Organization Factors

a. The presence of intense international competition

among companies and construction firms

Kewujudan persaingan antarabangsa yang sengit

dalam kalangan syarikat dan firma pembinaan

1 2 3 4 5

b. Insufficient resources such as plant, equipment,

and labor support

Kekurangan sumber seperti jentera, peralatan

dan pekerja sokongan

1 2 3 4 5

c. The unstable financial position of the company

and construction firm

Kedudukan kewangan syarikat dan firma yang

tidak stabil

1 2 3 4 5

Page 114: FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGLIBATAN SYARIKAT DAN FIRMA PEMBINAAN DI MALAYSIA ... · 2018. 8. 13. · menyumbang kepada penurunan bilangan penyertaan syarikat dan firma pembinaan

B/8

FK7. Natural Factors (Faktor Semulajadi)

a. Climatic condition affect construction players

productivity on site

Keadaan cuaca yang buruk dan tidak menentu di

negara tuan rumah

1 2 3 4 5

b. Inadequate on geological information (such as

unknown soil condition)

Maklumat geologi yang tidak mencukupi (contoh:

maklumat keadaan tanah)

1 2 3 4 5

c. Force Majeure events (flood, public nuisance,

earthquake, and other and others)

Peristiwa-peristiwa Force Majeure (Banjir, kacau

ganggu awam, gempa bumi, dll.)

1 2 3 4 5