faedah seni dalam pendidikan

6
Faedah Seni Dalam Pembelajaran terhadap kehidupan Seseorang 1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. 2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

Upload: saiful-singah

Post on 21-Jun-2015

2.766 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faedah Seni Dalam Pendidikan

Faedah Seni Dalam Pembelajaran terhadap kehidupan Seseorang

1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan

kemahiran belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu

membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari

ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi

kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita

pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan

tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan

pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan

akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan

lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat

membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,

warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru

itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada

keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan

dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu

mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual

mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,

mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.

Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara

menyeluruh.

Page 2: Faedah Seni Dalam Pendidikan

4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan

otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan

menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja

dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat

keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar

dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam

meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan

kita.

5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya

meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,

berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga

adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.

Page 3: Faedah Seni Dalam Pendidikan

Faedah Seni Pembelajaran Dalam P&P

1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang

berketrampilan dan profesional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis

menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan

kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang

seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu

menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.

Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu

murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-

kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid

dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan

pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni

visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda

dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses

pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu

dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991)

oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa

seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar

mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai

objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Faedah Seni Dalam Pendidikan

4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan

pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat

tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan

linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini

menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia

memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai

teknik pengajaran.

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan

diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi

proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam

setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni

dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan

selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.