faedah membaca akhbar

Upload: zaki-mohammad

Post on 10-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Faedah Membaca Akhbar

    1/1

    Kebaikan Membaca Akhbar.

    Surat khabar adalah satu media cetak yang menyiarkan isu-isuterkini.Terdapat pelbagai jenis surat khabar yang terdapat di pasaran seperti BeritaHarian, Metro, Utusan Malaysia dan sebagainya. Terdapat banyak kebaikan yang

    boleh kita peroleh dengan membaca surat khabar.

    Antara kebaikan membaca surat khabar adalah kita dapat menambahilmu pengetahuan. Hal ini kerana surat khabar menyiarkan banyak tentang isu-isusemasa tentang kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara. Kita juga tidakakan menjadi seperti katak di bawah tempurung.

    Selain itu kita juga dapat mengisi masa lapang dengan melakukanaktiviti yang berfaedah. Kita juga dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalamgejala sosial dan aktiviti yang tidak sihat untuk kita seperti mencuri,lepak,ponteng kelas

    dan sebagainya.Di samping itu, dengan membaca surat khabar juga, kita boleh

    memperbaiki karangan kita. Hal ini kerana,suratkhabar dicetak berdasarkanperbendaharaan dan kosa kata yang terkini. Kita boleh menggunakan kosa kata itu didalam karangan dan sekali gus dapat memperbaiki karangan kita.

    Surat khabar juga boleh memberi hiburan kepada kita. Ini disebabkansetiap surat khabar mempunyai ruangan hiburan yang tersendiri seperti sudoku, tekasilang kata dan sebagainya. Kita juga boleh menenangkan fikiran kita denganmenggunakan ruangan hiburan yang terdapat di dalam surat khabar tersebut setelahpenat belajar.

    Kesimpulannya surat khabar memberi banyak manfaat kepada kita.Oleh itu, murid-murid digalakkan supaya kerap membaca surat khabar setiaphari.Marilah kita menjadikan tabiat membaca sebagai aktiviti harian kerana membacaitu jambatan ilmu.