f1 bahasa melayu kertas 1 f1 - · pdf file5 apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan?...

14
SULIT SMK SAUJANA IMPIAN BAHASA MELAYU 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL ESHAN KERTAS 1 MEI 1 ½ JAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 TINGKATAN SATU 1 ½ JAM ________________________________________________________________ Disediakan oleh, Disemak oleh, ---------------------------- --------------------------- (Ahmad Azahar B. Abdul Rashid) (Pn. Rosliza) Ketua Panitia Bahasa Melayu ________________________________________________________________ ARAHAN : Tiap-tiap soalan atau penyataan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya satu sahaja jawapan yang tepat dan paling sesuai. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga 7 Baca petikan yang dipetik daripada cerpen “Hadiah Hari Guru” (Antologi Sastera – Sehijau Warna Daun) di bawah. Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu, tergambar di fikirannya rakan-rakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu Fatimah. Ketika itu dia hanya merenung bungkusan-bungkusan yang cantik, dibungkus dengan kertas berbunga, tentu mahal pula harganya; dengan hati yang penuh terharu. “Oh! Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah ? Dia sangat baik padaku. Dia banyak menolongku, Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya. “Demikian azam Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak Mustaffa. Rumah Pak Mustaffa berdekatan benar dengan sebuah bukit. Dia melihat pokok- pokok menghijau di sekitar bukit tersebut. Di situ dia dan ibunya sering mencari kayu api, umbut-umbut kayu dan ulam. Betapa segar daun-daun kayu di situ tanpa diterokai oleh manusia

Upload: truongkhue

Post on 11-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

SULIT SMK SAUJANA IMPIAN BAHASA MELAYU 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL ESHAN KERTAS 1 MEI 1 ½ JAM

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU

KERTAS 1 TINGKATAN SATU

1 ½ JAM ________________________________________________________________ Disediakan oleh, Disemak oleh, ---------------------------- --------------------------- (Ahmad Azahar B. Abdul Rashid) (Pn. Rosliza) Ketua Panitia Bahasa Melayu ________________________________________________________________ ARAHAN : Tiap-tiap soalan atau penyataan diikuti oleh empat pilihan jawapan

iaitu A, B, C dan D. Antaranya satu sahaja jawapan yang tepat dan paling sesuai. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga 7 Baca petikan yang dipetik daripada cerpen “Hadiah Hari Guru” (Antologi Sastera – Sehijau Warna Daun) di bawah. Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut Ketika dia berjalan ke rumah Pak Mustaffa petang itu, tergambar di fikirannya rakan-rakannya menyerahkan bungkusan hadiah masing-masing kepada Cikgu Fatimah. Ketika itu dia hanya merenung bungkusan-bungkusan yang cantik, dibungkus dengan kertas berbunga, tentu mahal pula harganya; dengan hati yang penuh terharu. “Oh! Apakah yang dapat aku hadiahkan pada Cikgu Fatimah ? Dia sangat baik padaku. Dia banyak menolongku, Aku mesti hadiahkan sesuatu padanya. “Demikian azam Ramli sambil melangkah satu-satu menuju ke rumah Pak Mustaffa. Rumah Pak Mustaffa berdekatan benar dengan sebuah bukit. Dia melihat pokok-pokok menghijau di sekitar bukit tersebut. Di situ dia dan ibunya sering mencari kayu api, umbut-umbut kayu dan ulam. Betapa segar daun-daun kayu di situ tanpa diterokai oleh manusia

Page 2: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

1 Siapakah Pak Mustaffa seperti yang dipaparkan dalam petikan? A Pemilik kedai runcit B Saudara ibu Ramli C Penduduk sekampung Ramli D Bapa saudara Ramli 2 Siapa pula Ramli dalam petikan cerpen ini? I Pelajar berusia 10 tahun II Belajar dalam darjah lima III Bersekolah di sekolah agama di kampungnya IV Pelajar miskin A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 3 Bagaimanakah latarbelakang rumah Pak Mustaffa seperti yang

digambarkan dalam cerpen? I Berdekatan dengan bukit II Terdapat banyak pohon hijau III Kawasan yang belum dicemari IV Di kelilingi sawah padi A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D I, II dan IV 4 Apakah hadiah yang diberikan Ramli kepada guru kelasnya? A Ulam pucuk betik B Ulam pegaga C Ulam pucuk jaggus D Ulam pucuk raja 5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa B Bersikap tolong menolong sesama insan C Kepentingan menjaga kebersihan dalaman dan luaran D Keikhlasan hati seorang pelajar menghargai jasa gurunya 6 Gambarkan sifat Cikgu Fatimah dalam cerpen ini A Penyayang tetapi tegas B Garang tetapi baik C Mudah tersinggung D Peramah dengan semua pelajar

Page 3: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

7 Pilih penyataan yang tepat dengan sikap Ramli yang patuh kepada ibuya. I Berusaha sendiri mencari hadiah untuk gurunya II Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan pakaiannya III Menolong ibunya dengan menjaga adik-adiknya IV Ke rumah Pak Mustaffa untuk meminta beras A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D I, II dan IV Soalan 8 hingga 13 Baca petikan sajak “ Negeri Cinta “ (Nahmar Jamil) di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan berikut: Negeri Cinta Alam adalah sebahagian daripada kita alam adalah syurga bumi cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga cinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawi Di sanalah negeri tercantik negeri terlindung di luar penglihatan negeri kerinduan, negeri penghijrahan dari buruan kehidupan yang mencekik Ini laut kita, lindungilah dari pencemaran ini hutan kita,lindungilah dari pemusnahan ini langit kita, lindungilah dari keracunan ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan Malaysia negeri alam dunia sebelah sini negeri impian, negeri gemerlapan lindungilah dari keganasan-keganasan modenisasi negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan

Page 4: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

8 Secara tersirat, apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan “negeri kerinduan, negeri penghijrahan” ?

A Negeri yang menjadi tempat kegemaran pelancong. B Negeri yang menjadi rebutan rakyat dari negara luar berhijrah untuk

menetap di sini. C Negeri idaman pendatang yang ingin mencari kehidupan yang lebih

baik. D Negeri idaman negara-negara maju untuk menguasai tanahair ini. 9 Yang manakah di antara berikut bukan merupakan ciri-ciri Negeri Cinta

yang digambarkan oleh penyajak dalam sajaknya? A Aman damai B Memiliki keindahan alam semulajadi C Pembangunan yang pesat D Digugat anasir-anasir negatif kesan modenisasi 10 Kesan-kesan negatif akibat arus modenisasi mungkin sekali; I Pemusnahan hutan II Pencemaran udara III Penjajahan budaya IV Kepincangan sosial A I dan II B I, II dan III C II, III dan IV D I, II, III dan IV 11 Apakah nada yang dapat dirasakan apabila membaca sajak “Negeri Cinta”

ini? A Romantis B Sinis C Patriotik D Melankolik 12 Sajak Negeri Cinta terdiri empat rangkap. Setiap rangkap mengandungi

empat baris yang menyamai; A Pantun dan seloka B Pantun dan syair C Gurindam dan syair D Seloka dan gurindam

Page 5: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

13 Yang manakah di antara berikut adalah padanan yang salah dari segi pengkelasan unsur bahasa berdasarkan sajak di atas

A metafora

B imejan

C asonansi

D pengulangan

Soalan 14 hingga 20 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Dadah sangat berbahaya. Pengedarnya boleh di hukum mati. Di negara kita, banyak pengedar dadah yang telah dikenakan hukuman mati. Hukuman ini tidak terkecuali kepada warga negara asing yang berada di negara ini. Walaupun undang-undang ini amat berkesan namun ada negara yang menentangnya. Mereka berpendapat bahawa undang-undang tersebut tidak berperikemanusiaan. Sebenarnya, golongan tersebut tidak memikirkan gejala yang telah ditimbulkan sebagai akibat perbuatan pengedar dadah. Banyak orang yang telah mati disebabkan pengambilan dadah secara berlebihan. Peristiwa yang berlaku pada 9 November 1983, jelas menunjukkan penentangan beberapa buah negara terhadap hukuman yang dikenakan oleh negara ini kepada pengedar dadah. Dalam peristiwa tersebut, dua orang warga negara Australia telah ditangkap kerana memiliki 179.65 gram hreoin in Bayan Lepas, Pulau Pinang. Setelah dibicarakan, mereka didapati bersalah. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sehingga mati terhadap dua orang warga negara Australia itu. Tindakan tersebut telah mendapat kecaman terutama dari negara Australia. Mereka menganggap bahawa hukuman tersebut adalah perbuatan yang kejam. Walaupun menerima pelbagai kecaman, namun pemimpin negara kita dengan nada yang tegas mempertahankan kedaulatan undang-undang negara ini. Sikap pemimpin-pemimpin negara ini amat membanggakan kita. Kita tidak seharusnya tunduk kepada kemahuan negara luar. Kedaulatan undang-undang negara kita seharusnya dipertahankan Pada hari ini segala-galanya sudah berubah. Negara-negara yang dahulunya melemparkan pelbagai kecaman kini sedar akan kebaikan undang-undang yang diamalkan oleh Malaysia. Mereka sedar bahawa kegiatan pengedar dadah harus dibendung sebelum menjadi barah dalam kehidupan masyarakat dunia.

alam adalah syurga bumi

negeri impian, negeri gemerlapan

cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga

ini ….. ini ….. ini …..

Page 6: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

14 Apakah hukuman yang dikenakan kepada pendedar dadah? A hukuman penjara B hukuman mati C hukuman sebat D hukuman denda 15 Apakah pendapat negara-negara yang menentang hukuman mati terhadap

pengedar dadah? A Hukuman tersebut tidak sesuai dengan zaman moden ini. B Hukuman tersebut terlalu kejam dan zalim C Hukuman tersebut bertentangan dengan undang-undang

antarabangsa. D Hukuman tersebut tidak berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan

oleh pengedar dadah 16 Kata kecaman dalam rencana sama ertinya dengan kata-kata yang berikut

kecuali A kutukan B tohmahan C tuduhan D penghinaan 17 Apakah peristiwa yang berlaku pada 9 November 1983? A Beberapa buah negara menentang hukuman mati terhadap pengedar

dadah. B Beberapa buah negara bersetuju dengan tindakan negara ini

mengenakan hukuman mati kepada pengedar dadah C Dua orang warga negara Australia ditangkap kerana mengedar dadah D Dua orang warga negara Australia menjalani hukuman mati akibat

mengedar dadah. 18 Mengapakah kita tidak harus tunduk kepada kecaman negara Australia? A Kerana kita mempunyai pemimpin yang tegas B Untuk kekuatan negara ktia C Kerana negara kita mengamalkan demokrasi D Untuk mempertahankan kedaulatan negara kita

Page 7: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

19 Apakah pengajaran yang diperoleh oleh negara luar terhadap undang-undang yang berkaitan dengan dadah di negara kita pada hari ini?

A Menyedari kebaikan undang-undang yang dilaksanakan B Menyedari bahawa dadah itu membahayakan orang ramai C Menyedari bahawa sesebuah negara harus bertindak tegas dalam

menghadapi kesalahan D Menyedari bahawa sesebuah negara tidak harus tunduk kepada

negara asing 20 Semua penyataan yang berikut adalah benar tentang rencana yang anda

baca kecuali A di Malaysia pengedar dadah dikenakan hukuman mati B dua rakyat Australia dikenakan hukuman gantung di Malaysia C hubungan Malaysia dan Australia serta negara-negara yang bersekutu

dengannya terputus sejak peristiwa itu D tindakan Malalysia mendapat kecaman dari negara-negara luar Soalan 21 hingga 29 Isikan tempat-tempat kosong yang berikut dengan memilih kata yang paling sesuai. 21 “___________ gering,” kata bendahara kepada Hang Tuah A Baginda B Beta C Patik D Tuanku 22 Rumah ini lebih besar _____________ rumah itu A dari B daripada C seperti D oleh 23 Amin ____________ di lantai kerana ditolak oleh abangnya A terjunam B terperosok C tersungkur D terjelepok 24 Kakak _____________ lantai yang kotor itu dengan air sabun A menyimbah B menggosok C merendam D merenjis

Page 8: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

25 Terharu sungguh saya tatkala melihat orang tua itu ____________

mengayuh basikalnya. A tersengguk-sengguk B terbongkok-bongkok C terkial-kial D terkebil-kebil 26 Tukang masak itu ____________ daging lalu memasukkanny ake dalam

kuali. A memangkas B mengerat C mencencang D memotong 27 Tugas sebagai _____________ di radio bukan hanya memberikan hiburan

tetapi juga menyampaikan maklumat kepada para pendengar A juruhebah B jurucakap C jurugambar D juruulas 28 Setiap hari kami _____________ di halaman rumahnya. A lalu-lalang B berduyun-duyun C pindah randah D bersimpang-siur 29 Pengarah syarikat tersebut mendapt ___________di Universiti Malaya

dalam bidang kejuruteraan A gaji B ijazah C pendidikan D persekolahan Soalan 30 hingga 39 Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika tedapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan, dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan

Page 9: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

30 Dalam masyarakat majmuk, sikap saling menghormati antara kaum penting A B bagi Mengekalkan perpaduan. Tiada kesalahan C D

31 Mak Leha menjinjing bakul yang berisi sireh itu di atas kepalanya. Tiada

A B C D kesalahan

32 Bagi menghubungkan kedua-dua kawasan itu, sebuah lebuh raya akan

A B C dibina tidak lama lagi. Tiada kesalahan D

33 Pihak polis akhirnya berjaya memberkas keenam orang banduan yang

A B melarikan diri. Tiada kesalahan. C D

34 Pegawai itu menerangkan tentang cara-cara memproses kelapa sawit

A B kepada kami. Tiada kesalahan C D

35 Kebanyakan para peserta yang mengambil bahagian berumur dalam

A B lingkungan dua puluhan. Tiada kesalahan. C D

36 “Kita akan mencuba melakukan yang terbaik, cikgu,” kata ketua pasukan

A B bolasepak itu kepada jurulatihnya. Tiada kesalahan C D

37 Usaha meletakkan batu asas itu dilakukan oleh pegawai daripada Jabatan

A B C Kajibumi. Tiada kesalahan D

38 Munirah agak-agak untuk masuk ke rumah itu kerana dia tidak menerima

A B C undangan. Tiada kesalahan D

Page 10: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

39 Selain daripada memancing ikan, Zahar gemar juga bermain catur dan A B menonton televisyen. Tiada kesalahan. C D

Soalan 40 hingga 45 Sebahagian daripada ayat-ayat yang berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mempunyai kesalahan dalam penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa pada bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai jawapan pilihan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D 40 Pemuda yang berbaju merah itu mempunyai banyak wang. A Mempunyai wang banyak B Punyai wang yang banyak C Banyak mempunyai wang D Mempunyai banyak wang 41 “Budak itu siapakah?” Ramli bertanya kepada Hassan. A Siapa budak itu. B Apakah budak itu. C Siapakah budak itu. D Budak siapakah 42 Sedangkan kereta yang buruk itu tidak mampu saya beli apatah lagi kereta

yangbesar itu. A tidak mampu dibeli oleh saya namun B tidak mampu saya beli bahkan juga C tidak mampu saya beli walaupun D tidak mampu saya beli apatah 43 Dia berada di pulau Langkawi dari dua hari yang lalu A daripada dua hari yang lalu B sejak dua hari yang lalu C pada dua hari yang lalu D dari dua hari yang lalu 44 Sonia menerima sepucuk surat dari ayahnya di kampung. A daripada ayahnya di kampung B daripada ayahnya ke kampung C dari ayahnya ke kampung D dari ayahnya di kampung

Page 11: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

45 Amin segera pergi mandi bila bapa pulang dari pejabat. A bila bapa pulang daripada pejabat B apabila bapa pulang dar ipejabat C apabila bapa pulang daripada pejabat D bila bapa pulang dari pejabat Soalan 46 hingga 50 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 46 Cadangan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur

akan diberitahukan kepada Guru Besar. A Guru Besar akan membincangkan lawatan sambil belajar ke Kuala

Lumpur tidak lama lagi. B Guru Besar akan dimaklumkan mengenai cadangan lawatan sambil

belajar ke Kuala Lumpur. C Guru Besar belum memberikan sebarang keputusan tentang cadangan

lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur D Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur akan dicadangkan Guru

Besar 47 Mangsa-mangsa yang ditempatkan di petempatan sementara itu telah

pulang ke rumah masing-masing apabila banjir telah surut A Petempatan sementara menjadi tempat tinggi bagi mangsa-mangsa

banjir yang pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut. B Setelah keadaan pulih, mangsa-mangsa banjir yang tinggal di

petempatan sementara itu, pulang ke rumah masing-masing C Mangsa-mangsa banjir akan ditempatkan di petempatan sementara

sebelum pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan banjir pulih D Hanya mangsa-mangsa banjir yang pulih yang akan pulang ke rumah

masing-masing setelah tinggal di petempatan sementara 48 Untuk berjaya dalam bidang perniagaan, seseorang itu harus rajin dan

sanggup bekerja keras. A Seseorang itu mesti bekerja keras serta rajin untuk memastikan

kejayaan dalam bidang perniagaan. B Dalam bidang perniagaan, seseorang itu sentiasa rajin dan sanggup

bekerja keras. C Orang yang berjaya dalam dunia perniagaan ialah orang yang

mempunyai sifat rajin dan sanggup bekerja keras saja. D Seseorang itu akan bekerja keras dan rajin agar maju dalam bidang

perniagaan.

Page 12: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

49 Sudah hampir dua jam Nina dan Lina menunggu Hashim, tetapi bayangnya pun masih belum kelihatan.

A Nina dan Lina menunggu Hashim selama dua jam tetapi hanya bayang Hashim yang kelihatan.

B Nina dan Lina menunggu bayang Hashim selama dua jam tetapi masih belum kelihatan.

C Walaupun sudah dua jam Nina dan Lina menunggu Hashim, namun dia masih belum kelihatan.

D Setelah dua jam menunggu, Lina dan Nina masih belum menemui bayang Hashim.

50 Walaupun pernah gagal dalam peperiksaan, Harun tidak pernah berasa

serik untuk terus mencuba. A Harun terus mencuba sekalipun berasa serik kerana pernah beberapa

kali gagal dalam peperiksaan. B Harun akan berasa mencuba sekiranya terus gagal dalam peperiksaan C Setiap kali gagal dalam peperiksaan, Harun akan berasa serik untuk

mencuba D Harun tidak pernah berputus asa sebaliknya terus mencuba walaupun

pernah gagal dalam peperiksaan Soalan 51 hingga 55 Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai. 51 I Bunga itu kelihatan amat cantik apabila kembang II Pak Karim memanaskan kepingan besi itu hingga kembang III Kembang hatinya apabila mendengar berita yang menggembirakan itu IV Bayi itu menangis kerana perutnya kembang. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 52 I Setelah hampir senja barulah hujan reda II Kemarahan ayah reda sedikit setelah mendengar penerangan kakak III Idayu reda dengan nasib malang yang menimpa dirinya IV Demamnya reda selepas dia makan ubat itu A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Page 13: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

53 I Pasangan pengantin itu sama padan II Ibu memasukkan daun padan ke dalam bubur itu III Baju yang dibeli oleh ayah tidak padan dengan badan saya IV “Padan dengan muka kamu,” kata Kim kepada Siva A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV 54 I Bekalan elektrik terputus ketika Dahlia sedang mengulangkaji

pelajarannya II Encik Jiman membina sebuah rumah yang sedang sahaja besarnya III Bagaimana saya hendak membantu anak yatim itu sedang saya sendiri

pun serba kekurangan. IV Sedang hadirin khusyuk mendengar ceramah yan gakan disampaikan

oleh Encik Lai. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV 55 I Ramesh diberi tugas menaikkan bendera sewaktu perhimpunan pagi itu II Tengku Jamil telah menaikkan takhta selepas kemangkatan ayahanda III Kejadian itu telah menaikkan kemarahan penduduk kampung Sentosa IV Kerajaan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidup rakyat A I dan III sahaja B II dan III sahaja C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV Soalan 56 hingga 60 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai. 56 I Tidak terangkat oleh saya guni yang berisi beras ini II Sejak tadi, dia asyik menyebut nama ibunya III Dia masih dalam ingatan saya walaupun telah lama kami tidak bersua IV Gaji bulanannya tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka

berdua A I dan III sahaja B I, II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Page 14: f1 Bahasa Melayu Kertas 1 F1 -  · PDF file5 Apakah tema utama yang dipaparkan dalam petikan? A Menghormati guru yang banyak berjasa ... cinta kepad anya cinta jutaan bunga-bunga

57 I Jumlah kehadiran murid-murid dalam mesyuarat itu amat mendukacitakan

II Pisang goreng itu rangup dan sedap III Ketua Pengawas menaiki bendera dalam perhimpunan itu IV Antara kita berdua, siapakah yang paling layak? A I dan III sahaja B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV 58 I Masih diingat oleh saya peristiwa sedih itu II Jangankan membawa kereta mahupun basikal dia tidak tahu III Lama lagikah mereka akan tinggal di rumah itu? IV Hanya Alin yang mengetahui rahsia kita bertiga A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja 59 I Keindahan Pulau Kapas tidak asing lagi kepada masyarakat setempat

walaupun luar negeri II Janganlah suka memperkata hal orang lain sementara orang itu tidak

tahu III Tidak kira tua atau muda, semuanya berkumpul untuk meraikan

perayaan itu IV Mereka yang diundang sahaja yang berpeluang menyaksikan

pertunjukkan muzik itu A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja 60 I Eh, banyaknya orang berkumpul di hadapan rumah kita II Encik Johari akan melawat ke Jepun selama beberapa minggu III Kenyataannya mengenai perkara itu meragukan orang ramai IV Kian benar kian tidak ceritanya itu A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan III sahaja

Kertas Soalan Tamat