ex2023 kuliah12 present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran...

26
29/01/2004 Kuliah 12 1 SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Prof. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh [email protected] www.ukm.my/zainudin

Upload: duongtu

Post on 13-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 1

SELAMAT DATANGKE KULIAH 12

EX2023 MAKROEKONOMI II

FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIAProf. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh

[email protected]/zainudin

Page 2: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 2

MAKROEKONOMI TERBUKA

Bila sesuatu ekonomi dibuka kepada dunia luarmaka sekurang-kurangnya akan berlaku;

1. Aliran keluar masuk barang-barang danperkhidmatan – Eksport, Import & BayaranPindahan.

2. Aliran keluar masuk modal dan aset kewangan –pelaburan langsung asing & pelaburan portfolio asing.

Page 3: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 3

MAKROEKONOMI TERBUKA

mxgicy −+++= (1)

])y[ty(cc −= (2)

)r(ii = (3)

gg = (4)

)E,P(xx = , ox,0x EP >< (5)

)E,P,y(mm = , om,0m,m EPy <> (6)

fEPP = (7)

Kadar pertukaran (E) = harga seunit matawang

asing dalam sebutan matawang dalam negeri.

Page 4: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 4

IMBANGAN PEMBAYARAN

Imbangan pembayaran biasanyadidefinisikan sebagai penyatamengenai semua urusniaga di

antara penduduk sesuatu negaradengan penduduk negara-negaralain yang biasanya merangkumi

jangkamasa setahun.

Page 5: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 5

Jadual 1 Butiran Asas Imbangan Pembayaran

Akaun Semasa

1. Eksport Barangan 2. Import Barangan 3. Eksport Perkhidmatan 4. Import Perkhidmatan 5. Bayaran Pindahan Bersih

Akaun Modal

6. Aliran Modal Jangka Panjang 6.1 Pelaburan Langsung Asing 6.2 Pelaburan Portfolio Jangka Panjang

7. Aliran Modal Jangka Pendek 7.1 Pelaburan Portfolio Jangka Pendek 7.2 Kesilapan dan Ketinggalan

Akaun Rizab Antarabangsa

8.1 Matawang Asing 8.2 Emas 8.3 Hak Pengeluaran Khas

Page 6: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 6

Jadual 2 Imbangan Pembayaran Malaysia

Perkara 1994 I. BARANG-BARANG2 (a) Eksport (f.o.b) (b) Import (f.o.b) (a-b) Imbangan dagangan

148,611 144,941 + 3,670

II. PERKHIDMATAN (bersih) Tambang dan insurans Lain-lain pengangkutan Perjalanan Pendapatan pelaburan3 Urus niaga Kerajaan t.t.l.t.4 Lain-lain perkhidmatan Imbangan perkhidmatan

- 7,154 + 257 + 3,866 - 8,896 - 22 - 3,723 - 15,672

IMBANGAN BARANG-BARANG DAN PERKHIDMATAN - 12,002 III. PINDAHAN (bersih) + 400 IMBANGAN BARANG-BARANG, PERKHIDMATAN DAN PINDAHAN

- 11,602

IV. MODAL JANGKA PANJANG (bersih) Modal jangka panjang rasmi Pinjaman Kerajaan Persekutuan5 Pinjaman PABK6 Lain-lain7 Modal jangka panjang swasta IMBANGAN MODAL JANGKA PANJANG

+ 452 (- 4,757) (+ 5,367) (- 158) (+13,000)

+13,452

IMBANGAN ASAS + 1,850 V. MODAL KEWANGAN SWASTA DAN URUSNIAGA TIDAK DIREKOD (bersih) Bank-bank perdagangan8 Lain-lain9

Kesilapan dan ketinggalan, termasuk lain-lain modal jangka pendek

- 16,967 + 2,215

+ 4,640

IMBANGAN KESELURUHAN (lebihan + /kurangan -) - 8,262 VI. PERUNTUKAN HAK-HAK PENGELUARAN KHAS (SDR)

-

VII. SUMBER DARIPADA IMF - VIII. PERUBAHAN DALAM RIZAB BERSIH

BANK NEGARA MALAYSIA (bertambah -/berkurang +)

8,262

Hak-hak pengeluaran khas Kedudukan rizab dengan IMF Emas dan pertukaran wang asing20

(- 23) (- 184) (+ 8,469)

Sumber: Bank Negara Malaysia, Buletin Sukutahunan, 1999.

Page 7: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 7

ALIRAN MODAL ANTARABANGSA

Biasanya aliran masuk-keluar modal dikaitkan dengan kadar bunga dalam negeri, kadar bunga luar negeri dan kadar pertukaran. Kadar bunga dalam negeri biasanya merupakan proksi terhadap pulangan daripada pelaburan dalam negeri dan kadar bunga luar negeri merupakan proksi terhadap pulangan daripada pelaburan di luar negeri. Ini bererti bahawa kenaikan kadar bunga dalam negeri menggalakkan aliran masuk modal dan mengurangkan aliran keluar modal. Sebaliknya kenaikan kadar bunga luar n egeri menggalakkan aliran keluar modal dan mengurangkan aliran masuk modal. Bila kadar pertukaran jatuh, yang bererti harga matawang tempatan naik, maka pelabur-pelabur asing yang hendak melabur ke dalam negeri memerlukan lebih banyak matawang mereka untuk ditukarkan dengan matawang tempatan. Ini bererti kejatuhan kadar pertukaran atau kenaikan harga matawang tempatan mengurangkan aliran masuk modal dan kenaikan kadar pertukaran menggalakkan aliran keluar modal. Jika h adalah aliran masuk modal bersih maka;

0Eh

,0rh

,0rh

),E,r,r(hhf

f ><>=∆∆

∆∆

∆∆

atau

0Ef,0

rf,0

rf),E,r,r(ff

ff <><=

∆∆

∆∆

∆∆

dengan f = aliran keluar modal bersih, atau f = -h

Page 8: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 8

Rajah 1 Penerbitan Fungsi Imbangan Pembayaran (BP)

r r

f

x-m

y

y f

x-m

BP

x-m=f

Page 9: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 9

DEFINISI FUNGSI BP

Satu keluk/lokus titik-titik yang menggambarkan keadaan imbanganpembayaran sentiasa seimbang padaberbagai kombinasi kadar bunga danpendapatan. Keseimbangan imbanganpembayaran berlaku pada kombinasi-

kombinasi kadar bunga relatif danpendapatan relatif yang rendah atau

kadar bunga relatif dan pendapatan relatifyang tinggi.

Page 10: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 10

KENAPA FUNGSI BP BERCERUN POSITIF?

Keseimbangan imbangan pembayaran berlaku padakombinasi-kombinasi kadar bunga relatif dan

pendapatan relatif yang rendah atau kadar bungarelatif dan pendapatan relatif yang tinggi.

INI KERANA:v pendapatan yang tinggi menyebabkan eksport bersih menjadi

rendah dan dengan ini keseimbangan imbangan pembayaranmemerlukan aliran keluar modal bersih yang rendah yang manadapat dicapai dengan kadar bunga dalam negeri yang tinggi.

v atau kadar bunga dalam negeri yang rendah menyebabkan alirankeluar modal bersih yang tinggi. Jadi keseimbangan imbanganpembayaran memerlukan eksport bersih yang tinggi. Ini dapatdicapai dengan paras pendapatan yang rendah.

Page 11: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 11

SEBARANG TITIK DI ATAS FUNGSI BP MENGGAMBARKAN IMBANGAN PEMBAYARAN SEIMBANG

v Sebarang titik si belah atas dari fungsi ini menggambarkanimbangan pembayaran lebihan kerana pada setiap kadar bungayang sama kita dapati paras pendapatan adalah terlalu rendah. Ini menyebabkan import terlalu rendah yang bererti eksportbersih atau imbangan akaun semasa terlampau tinggi darisepatutnya. Sebaliknya sebarang titik di sebelah bawah dari fungsiini menggambarkan imbangan pembayaran defisit kerana padasetiap kadar bunga yang sama tingkat pendapatan terlampautinggi yang menyebabkan tingkat import terlampau tinggi danseterusnya menyebabkan eksport bersih terlampau rendah.

v Hujah dapat juga dikemukakan dari segi imbangan akaun modal. Pada sebarang titik di sebelah atas dari fungsi imbanganpembayaran kita dapati pada setiap tingkat pendapatan yang sama, kadar bunga dalam negeri adalah terlalu tinggi. Inimenyebabkan lebihan dalam aliran masuk modal bersih. Sebaliknya pada sebarang titik di sebelah bawah dari fungsiimbangan pembayaran kita dapati pada setiap tingkat pendapatanyang sama kadar bunga terlalu rendah yang menyebabkankurangan dalam aliran masuk modal bersih

Page 12: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 12

ANJAKAN FUNGSI IMBANGAN PEMBAYARAN

Antara Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Akaun Semasa

(a) Perubahan Harga Dalam Negeri.(b) Perubahan Harga Luar Negeri. (c) Perubahan Kadar Pertukaran Asing.(d) Perubahan eksogen yang lain.

Page 13: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 13

ANJAKAN FUNGSI IMBANGAN PEMBAYARAN

Antara Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Akaun Modal

(a) Perubahan Kadar Bunga Luar Negeri.(b) Perubahan Kadar Pertukaran Asing(c) Perubahan eksogen yang lain.

Page 14: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 14

Rajah 2 Anjakan Fungsi BP Akibat Kenaikan Eksport Bersih

r r

f

x-m

y

y f

x-m

BP(x1-m1)

x-m=f

x0-m0

x1-m1

BP(x0-m0)

450

Page 15: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 15

Rajah 3 Anjakan Fungsi BP Akibat Kenaikan Aliran Masuk Modal Bersih

r r

f

x-m

y

y f

x-m

BP(f0)

x-m=f

BP(f1) f0(r) f1(r)

Page 16: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 16

PASARAN PERTUKARAN ASING

Satu pasaran di mana urusniaga pertukaran (jual-beli) sesuatu matawang dengan matawang lain

dilakukan. Urusniga pertukaran asing tidakmempunyai tempat khusus; ianya boleh berlaku diantara bank dengan bank, individu dengan bank, individu dengan individu. Pada masa sekarangbanyak urusniaga pertukaran asing dilakukan

melalui telefon atau alat-alat perhubunganelektronik lain.

Page 17: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 17

KADAR PERTUKARAN ASINGKadar pertukaran asing ialah nilai/harga

sesuatu matawang dalam sebutanmatawang lain.

Ada 2 kaedah mengungkapkan kadarpertukaran;

1. Nilai/harga matawang tempatandalam sebutan matawang asing

2. Nilai/harga matawang asing dalamsebutan matawang tempatan

Page 18: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 18

DUA AKTIVITI YANG BERKAITAN DENGAN PASARAN PERTUKARAN ASING

1. Perdagangan antarabangsa– Eksport barang & Perkhidmatan– Import Barang & Perkhidmatan– Bayaran Pindahan

2. Pelaburan fisikal/kewangan antara bangsa– Pelaburan portfolio antarabangsa– Pelaburan langsung asing*

Page 19: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 19

PERHUBUNGAN DI ANTARA PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN PELABURAN ANTARABANGSA DENGAN

PASARAN PERTUKARAN ASING

Aktiviti

Urusniaga

Permintaan Ringgit

Malaysia (DRM)

Penawaran Ringgit

Malaysia (SRM)

Permintaan Yen

Jepun (DJ¥)

Penawaran Yen

Jepun (SJ¥)

Eksport Malaysia ke Jepun atau Import Jepun dari Malaysia mencipta

v

v

Import Malaysia dari Jepun atau Eksport Jepun ke Malaysia mencipta

v

v

Pelaburan Rakyat Jepun di Malaysia mencipta

v v

Pelaburan Rakyat Malaysia di Jepun mencipta

v v

JUMLAH

Jumlah DRM

Jumlah SRM

Jumlah DJ¥

Jumlah SJ¥

Page 20: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 20

KELUK-KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN MATAWANG

v Permintaan terhadap ringgit mencipta penawaranyen atau sebaliknya permintaan terhadap yen mencipta penawaran ringgit.

v Bagi setiap permintaan sesuatu matawang makawujud penawaran matawang yang berkaitandengan urusniaga berkenaan atau sebaliknya bagisetiap penawaran sesuatu matawang maka wujudpermintaan matawang yang berkaitan denganurusniaga berkenaan.

Page 21: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 21

QJY

Rajah 4 Penentuan Kadar Pertukaran Keseimbangan -

Pasaran Pertukaran Ringgit Dan Yen

Pasaran Ringgit Pasaran Yen

QRM

E

DRM

0

10 E

R =

Q0

E0

DJY

R0Q0

ER

1=

SRM SJY

E2

E1 2

12 E

R =

1

11 E

R =

Page 22: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 22

KADAR PERTUKARAN BENAR

Kadar pertukaran asing benar ialah satupetunjuk terhadap harga relatif semuabarang yang dikeluarkan dalam sesuatunegara (contohnya Jepun) dalam sebutansemua barang yang dikeluarkan dalamnegara lain (contohnya Malaysia).

Page 23: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 23

CONTOH PENGIRAAN KADAR PERTUKARAN BENAR

Contoh Satu Barang

Jepun mengeluarkan Honda – Harga J¥10,000,000.00 Malaysia mengeluarkan Proton – Harga RM50,000.00

Kadar pertukaran, 01.0JYRM

E =

» Harga Honda dalam RM = 0.01xJ¥10,000,000.00=RM100,000.00 » Harga Honda dalam sebutan Proton = 100,000.00/50.000.00 = 2 » Kadar pertukaran benar di antara RM dan JY = 2

Contoh Banyak Barang

Kadar pertukaran benar, iaitu harga barang Jepun dalam sebutan barang Malaysia (ε);

PEP f

apabila P ialah pendeflasi KDNK di Malaysia, Pf ialah pendeflasi KDNK di Jepun dan E sebagai kadar pertukaran nominal (harga yen dalam sebutan ringgit). Naiknilai benar (real appreciation) =Kenaikan harga relatif barang -

barang dalam negeri dalam sebutan barang-barang luar negeri.

Susutnilai benar (real depreciation) = Kejatuhan harga relatif barang -

barang dalam negeri dalam sebutan barang-barang luar negeri.

Kerana kadar pertukaran benar mengukur harga barang-barang luar negeri dalam

sebutan barang-barang dalam n egeri maka ini bererti naiknilai benar adalah

sama dengan kejatuhan ε dan susutnilai benar adalah dengan kenaikan ε.

Page 24: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 24

KESEIMBANGAN DALAMAN DAN LUARAN

v Titik persilangan di antara keluk-keluk IS dan LMmenggambarkan keseimbangan dalaman (internal balance).

v Sebarang titik di sepanjang keluk BPmenggambarkan keseimbangan luaran (external balance).

v Jika titik persilangan keluk-keluk IS & LM beradadi sebelah kanan/bawah daripada keluk BP berertikeseimbagnan dalaman tercapai ketika imbanganpembayaran defisit.

v Jika titik persilangan keluk-keluk IS & LM beradadi sebelah kiri/atas daripada keluk BP berertikeseimbagnan dalaman tercapai ketika imbanganpembayaran lebihan.

Page 25: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 25

Rajah 5 Keseimbangan Dalaman dan Luaran

Keseimbangan Dalaman Ketika Imbangan Pembayaran Defisit

y

r

LM IS

BP

r

y

BP

LM IS

Keseimbangan Dalaman Ketika Imbangan Pembayaran Lebihan

E0

E0

Page 26: EX2023 Kuliah12 Present - ukm.my · rendah dan denganini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukanalirankeluar modal bersihyang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga

29/01/2004 Kuliah 12 26

SEKIANTERIMA KASIH