esei rukun negara

11
Rukun Negara Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah digubal berikutan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rukun Negara ini merupakan satu susunan cara atau prinsip hidup masyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Selain daripada itu dengan lahirnya lima prinsip dalam Rukun Negara diharap dapat memulihkan kembali sistem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan dan mewujudkan asas yang kukuh dalam usaha memantapkan lagi kerjasama antara pelbagai kaum di Malaysia. Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima teras yang sering kita dengar dinyanyikan dalam media elektronik seperti tv atau radio semata-mata. Ia merupakan satu nilai yang perlu dicapai dan juga merupakan satu amalan yang perlu dilaksanakan. Lebih tepat lagi Rukun Negara merupakan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia ketika penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Upload: norzuraidah-jaafar

Post on 11-Dec-2014

876 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Rukun Negara

Rukun Negara

Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah digubal

berikutan peristiwa hitam 13 Mei 1969. Rukun Negara ini merupakan satu susunan cara

atau prinsip hidup masyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-

norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Ideologi negara ini

menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara

Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia

yang berbilang kaum dan agama.

Selain daripada itu dengan lahirnya lima prinsip dalam Rukun Negara diharap

dapat memulihkan kembali sistem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan dan

mewujudkan asas yang kukuh dalam usaha memantapkan lagi kerjasama antara

pelbagai kaum di Malaysia.

Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima teras yang sering kita dengar

dinyanyikan dalam media elektronik seperti tv atau radio semata-mata. Ia merupakan

satu nilai yang perlu dicapai dan juga merupakan satu amalan yang perlu dilaksanakan.

Lebih tepat lagi Rukun Negara merupakan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial

yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia ketika

penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan

Persekutuan Malaysia.

Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 31

Ogos 1970 mempunyai beberapa objektif yang jelas iaitu :-

1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat

2. Untuk memelihara cara hidup demokratik

3. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama

4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang

kaya dan berbagi-bagai corak, dan

5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan

teknologi moden.

Page 2: Esei Rukun Negara

Konsep Rukun Negara memfokuskan kepada usaha untuk memulihkan kembali

sistem pemerintahan demokrasi raja berpelembagaan dan juga untuk mewujudkan

asas yang sesuai dan kukuh dalam memantapkan kerjasama antara kaum. Konsep

rukun Negara ini terbahagi kepada lima bahagian prinsip iaitu kepercayaan kepada

Tuhan, Kesetiaan kepada raja dan negara, Keluhuran perlembagaan, Kedaulatan

undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Bagi memahami dengan lebih

mendalam tentang kelima-lima prinsip Rukun Negara berikut adalah kupasan secara

terperinci tentang maksud sebenar disebalik ikrar yang dilafazkan oleh setiap rakyat

Malaysia ini.

Prinsip pertama : Kepercayaan kepada Tuhan

Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Sudah pasti rakyat yang

beragama lebih mudah untuk diurus kerana dalam ajaran apa jua agama penganutnya

sentiasa diajar untuk melakukan kebaikan. Prinsip ini juga bertujuan supaya setiap

rakyat Malaysia memegang teguh kepercayaan masing-masing dan saling hormat

menghormati kepercayaan setiap kaum dan bangsa. Apabila rakyat memiliki

kepercayaan kepada Tuhan maka setiap kaum akan memelihara adab dan sikap

mereka.

Prinsip kedua : Kesetiaan kepada raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi dan Raja Berpelembagaan dengan

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara dan merupakan

lambang perpaduan rakyat. Sebenarnya konsep kesetiaan kepada raja dan negara ini

lebih menitik beratkan kepada semangat patriotik dalam jiwa setiap rakyat. Setiap

bangsa dan kaum akan saling mempertahankan negara serta menumpukan sepenuh

ketaatan, setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Manakala di peringkat negeri pula rakyat hendaklah menumpukan taat setia kepada

raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat

setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Page 3: Esei Rukun Negara

Prinsip ketiga : Keluhuran perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembgaan Negara adalah sumber

perundangan yang tertinggi. Ianya berfungsi untuk memberi perlindungan kepada

setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Justeru itu setiap warga negara Malaysia perlulah, menghargai, serta memahami

maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan

Negara. Perlembagaan Negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan

semua pihak di negara ini. Oleh yang demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat

yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau

mana-mana pihak. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan

sistem pemerintah, perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat.

Prinsip keempat : Kedaulatan undang-undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang dimana setiap rakyat sama

tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua

warganegara Malaysia. Undang-undang Negara berasaskan kepada Perlembagaan.

Sebab itulah kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang,

hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Setiap Negara memerlukan

undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman , stabil

dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota

masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan dimana

semua anggota masyarakat berasa selamat. Hak-hak rakyat boleh diamalkan dengan

bebas asalkan tidak melanggar batas undang-undang.

Prinsip kelima : Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip ini lebih menekankan kepada perkembangan personaliti dan tingkah laku

seseorang rakyat. Ia bertujuan untuk membentuk warganegara yang bersopan santun

dan bersusila. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling

bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam

masyarakat pelbagai kaum di negara Malaysia. Seseorang individu itu juga akan lebih

Page 4: Esei Rukun Negara

berdisiplin serta bermoral tinggi. Ini pasti dapat membantu mewujudkan sebuah

masyarakat yang harmoni. Tingkah laku yang sopan juga mempunyai suatu darjah

kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua konteks kehidupan samada secara persendirin

atau kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat

akan sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan

nilai-nilai murni.

Kesimpulan

Rukun Negara haruslah dihayati oleh semua lapisan masyarakat warganegara

Malaysia. Ia merupakan satu nilai yang perlu dicapai dan satu amalan yang perlu

dilakukan. Rukun Negara ini tidak akan memberikan sebarang kesan dalam jiwa

seseorang jika tidak mempunyai semangat patriotik kepada Malaysia. Perpaduan kaum

adalah amat penting kerana tanpa perpaduan negara akan menjadi lemah, sukar untuk

dibangunkan dan mudah diancam oleh kuasa luar atau dalam negara sendiri.

Kesemua prinsip dalam Rukun Negara sebenarnya berfokuskan kepada

membentuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk. Sejarah hitam yang

melanda Malaysia suatu ketika dahulu menjadi peringatan tentang betapa pentingnya

persefahaman, perpaduan serta saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Oleh itu memang wajarlah intipati prinsip Rukun Negara ini diterapkan kedalam jiwa

setiap rakyat Malaysia bermula dari peringkat awal, bukan sekadar melafazkan sahaja

tanpa memahami erti sebenar Rukun Negara.

Page 5: Esei Rukun Negara

Prinsip-prinsip Rukun Negara dapat diterapkan dalam aktiviti-aktiviti yang

dijalankan diperingkat sekolah. Antara aktiviti atau program yang dijalankan adalah :-

1. Majlis Bacaan Yasin Mingguan

2. Sambutan Bulan Kemerdekaan

3. Program Bumi Hijau

4. Program Sifar Ponteng

Majlis Bacaan Yasin

Majlis bacaan Yasin mingguan ini dirancang oleh pihak pentadbir sekolah

bersama-sama dengan kerjasama daripada Panitia Pendidikan Islam. Aktiviti ini

dijalankan pada setiap pagi hari Jumaat melibatkan semua guru dan murid. Semua

guru dan murid akan duduk bersama-sama membaca surah Yasin dan memohon doa

kepada Allah S.W.T supaya diberikan kejayaan yang cemelrlang dalam kehidupan di

dunia dan di akhirat. Secara tidak langsung penerapan prinsip Rukun Negara iaitu

kepercayaan kepada Tuhan dapat diterapkan ke dalam jiwa setiap warga sekolah.

Rasional diadakan majlis ini adalah murid dididik dari awal supaya berpegang

teguh kepada agama , murid mendapat pendedahan kepentingan mengamalkan cara

hidup yang positif, mampu menerapkan sifat-sifat mulia dan peribadi yang baik kepada

diri murid , membentuk satu hubungan yang lebih akrab di antara murid dengan murid

dan murid dengan guru dan murid dapat memahami bahawa dalam apa jua tindakan

yang dilakukan perlu perhubungan dengan Allah

Page 6: Esei Rukun Negara

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Setiap tahun pihak sekolah akan mengadakan sambutan sempena bulan

kemerdekaan. Ini merupakan satu acara besar di sekolah. Sambutan bulan

kemerdekaan ini sebenarnya diadakan selama sebulan dan sepanjang tempoh ini

pelbagai aktiviti yang menerapkan nilai-nilai patriotisma diadakan. Antaranya adalah

seperti kuiz tentang kemerdekaan, tayangan video, nyanyian lagu-lagu patriotic,

pertandingan mewarnakan Jalur Gemilang dan pertandingan menghias kelas dengan

bahan-bahan yang boleh menimbulkan perasaan sayang dan cintakan negara.

Acara kemuncak adalah dengan mengadakan aktiviti Kayuhan Merdeka. Aktiviti

dijalankan dengan cara mengayuh basikal yang dihiasai dengan Jalur Gemilang

mengelilingi kawasan kampung. Secara tidak langsung prinsip kesetiaan kepada raja

dan negara telah dapat diterapkan didalam jiwa setiap murid.

Program Bumi Hijau

Program ini adalah satu program yang dijalankan setiap tahun di sekolah.

Pelbagai aktiviti dijalankan antara yang utama adalah akitivit melengkapkan Pokok

Ikrar. Setiap murid diminta menuliskan ikrar masing-masing dalam usaha untuk

memelihara alam sekitar. Ikrar yang telah ditulis akan ditampal pada bahagian pokok

ikrar dan menjadi janji yang perlu ditunaikan sebaik mungkin oleh murid berkenaan.

Selain itu pelbagai aktiviti lain yang dijalankan adalah menanam pelbagai jenis pokok

buah-buahan di sekitar kawasan sekolah dan juga aktiviti gotong-royong membersihkan

kawasan sekolah.

Semasa murid-murid menjalankan semua aktiviti dalam Program Bumi Hijau ini

sifat-sifat seperti saling bekerjasama, hormat menghormati dan cinta kepada

kebersihan. Ini secara tidak langsung akan membentuk sikap dan peribadi mulia selain

dapat melahirkan seorang murid yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan

prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

Page 7: Esei Rukun Negara

Program Sifar Ponteng

Program ini dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling

sekolah. Tujuan utama dilancarkan program ini adalah untuk mengatasi masalah

ponteng sekolah dikalangan murid-murid. Setiap bulan kelas yang tidak ada rekod

murid ponteng akan diumumkan dan diberikan pengiktirifan oleh pihak sekolah sewaktu

perhimpunan. Manakala murid yang berjaya hadir penuh pada setiap bulan akan

diberikan satu token dan ditampal pada satu jadual yang dipamerkan pada satu sudut

yang dapat dilihat oleh semua warga sekolah.

Program ini berjaya mengurangkan kadar ketidakhadiran murid ke sekolah

malah telah mewujudkan sikap kerjasama antara ahli dalam kelas untuk memastikan

rekod ponteng sifar berjaya diperolehi. Jelas disini bahawa prinsip kedaulatan undang-

undang berjaya diterap dimana murid-murid sedar akan peraturan-peraturan sekolah

yang mereka perlu patuhi dan amalkan.

Page 8: Esei Rukun Negara

TUGASAN 3