esaiment adab mei 2014

19
MEI 2014 HBIS 3303 1.0 PENDAHULUAN Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan syara‘. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ‘ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ‘ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri, dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya. Berbuat baik di sini bererti “menyambungkan” dan juga “lemah lembut, berbuat baik dan berinteraksi dengan baik.” Selain itu juga ia membawa maksud sebagai satu konsep atau bentuk ketaatan yang mana keseluruhan perkara ini adalah terangkum dalam kumpulan akhlak yang terpuji. Berbuat baik yang cuba diperjelaskan di sini adalah berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat 36: 36. dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat 1

Upload: mohd-rizal

Post on 04-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kewajipan Menutup Aurat

TRANSCRIPT

MEI 2014 HBIS 3303

1.0 PENDAHULUANTuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan syara. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri, dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya. Berbuat baik di sini bererti menyambungkan dan juga lemah lembut, berbuat baik dan berinteraksi dengan baik. Selain itu juga ia membawa maksud sebagai satu konsep atau bentuk ketaatan yang mana keseluruhan perkara ini adalah terangkum dalam kumpulan akhlak yang terpuji. Berbuat baik yang cuba diperjelaskan di sini adalah berdasarkan Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa, ayat 36:

((((((((((((( (((( (((( ((((((((((( ((((( ((((((( ( ((((((((((((((((((( (((((((((( ((((((( (((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((((((( ((((((((((( ((( (((((((((((( ((((((((((( (((((((((( (((((((((((( (((((((((((( (((((((( (((((((((( ((((( (((((((( ((((((((((((( ( (((( (((( (( (((((( ((( ((((( ((((((((( (((((((( ((((

36. dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;Setiap hubungan yang baik yang berlaku dalam persaudaraan Islam mestilah mengandungi unsur berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Sepertimana yang telah disimpulkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Ihya yang mencakup dalam lapan perkara iaitu pertama, memberi bantuan berupa wang kepada ibu bapa. Kedua, membantu dengan jiwa raga dalam memenuhi segala hajat mereka. Ketiga, menahan diri dari menyebutkan atau menceritakan aib mereka dan apa-apa yang tidak disukai oleh mereka. Keempat, menyebutkan apa-apa yang disukai dan menunjukkan jalan kebaikan. Kelima, memaafkan atas segala kekeliruan dan kesilapan mereka. Keenam, mendoakan mereka. Ketujuh, menepati janji dan ikhlas. Kelapan dan yang terakhir, tidak memberikan beban yang tidak sanggup untuk mereka lakukan.

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah hak suci yang diperlukan oleh firah semulajadi setiap manusia, dan yang diseru oleh setiap tatacara kehidupan yang ditetapkan oleh manusia untuk mengatur hubungan masyarakat. Sesungguhnya, berbuat baik kepada ibu bapa merupakan kewajipan ke atas setiap anak-anak. Kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa ini berasaskan dalil iaitu kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa semenjak kanak-kanak hingga dewasa hendaklah dibalas dengan perbuatan yang baik. Hal ini kerana ibu bapa adalah punca utama dalam kewujudan seseorang individu (anak) di dunia melalui cara kelahiran. Sepertimana seorang bapa sebagai ketua keluarga, maka wajib ke atas setiap anggota keluarga untuk mentaati dan menghormatinya.

Justeru itu, jika kita perhatikan pada masa kini, gejala keruntuhan akhlak remaja, keruntuhan institusi perkahwinan, kebiadaban anak-anak terhadap ibu bapa seringkali dipaparkan di media cetak, televisyen, facebook dan pelbagai medium lagi. Seterusnya, ia menimbulkan persoalan kepada kita semua tentang di manakah kesilapan hingga terjadi perkara sebegini dan apakah cara dan langkah terbaik untuk mengatasinya. Sebenarnya, kita sendiri yang mempunyai jawapannya. Tepuk dada, tanyalah iman kita. InsyaAllah jika kita mentaati suruhanNya, Dia pasti akan memberi bantuan dan membuka jalan untuk kita mengatasi masalah ini.

2.0 HUKUM BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN ADAB YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM KEPADA ANAK-ANAK TERHADAP IBU BAPA.

Berbuat baik kepada ibu bapa merupakan satu bentuk ketaatan bukan sahaja kepada ibu bapa malahan ketaatan kepada Rasul dan Allah SWT. Persoalannya di sini, adakah perbuatan berbuat baik kepada ibu bapa itu hanya perlu dizahirkan pada masa-masa tertentu sahaja dan pada masa-masa yang lain tidak perlu?Firman Allah SWT dalam suran al-Ankabut, ayat 8:

((((((((((( (((((((((( ((((((((((((( ((((((( ( ((((( (((((((((( (((((((((( ((( ((( (((((( (((( ((((( (((((( (((( (((((((((((( ( (((((( (((((((((((( (((((((((((((( ((((( ((((((( ((((((((((( (((

8. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan daku (dalam ibadatmu) Dengan sesuatu Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah Engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah ayat 8:

(((((( ((((((((( (((((((( (((((( (((((((((((( (( ((((((((((( (((( (((( ((((((((((((((((((( (((((((((( ((((( (((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((((((( (((((((((( (((((((( ((((((( (((((((((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((((((( (((( (((((((((((( (((( ((((((( (((((((( (((((((( ((((((((((( ((((

83. dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.Selanjutnya, Allah SWT berfirman lagi dalam surah Luqman ayat 15:

((((((((((( (((((((((( ((((((((((((( (((((((((( ((((((( ((((((( (((((( (((((( (((((((((((( ((( ((((((((( (((( (((((((( ((( ((((((((((((((( (((((( ((((((((((( ((((

14. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).Seterusnya firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 36:

( ((((((((((((( (((( (((( ((((((((((( ((((( ((((((( ( ((((((((((((((((((( (((((((((( ((((((( (((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((((((( ((((((((((( ((( (((((((((((( ((((((((((( (((((((((( (((((((((((( (((((((((((( (((((((( (((((((((( ((((( (((((((( ((((((((((((( ( (((( (((( (( (((((( ((( ((((( ((((((((( (((((((( ((((

36. dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia Dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga Yang dekat, dan jiran tetangga Yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir Yang terlantar, dan juga hamba Yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;

Jika kita perhatikan ayat-ayat yang telah saya nyatakan di atas, arahan untuk berbuat baik kepada ibu bapa menyusul selepas arahan supaya kita mentauhid dan mengEsakan Allah SWT. Al-Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti berkata:Allah SWT menyebut di dalam ayat-ayat ini, (arahan) berbuat baik kepada ibu-bapa menyusul dengan (arahan) mentauhidkan-Nya dalam melakukan ibadah kepada-Nya kerana ia menunjukkan tuntutan yang bersangatan kepada kewajipan melakukan kebaikan kepada ibu bapa.

Selain itu, dari ayat 15 surah Luqman pula jelas menunjukkan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa itu adalah suatu kewajipan walaupun mereka berdua tidak beragama Islam dan mereka berusaha bersungguh-sungguh hendak memurtadkan anaknya. Dalam keadaan sedemikian, si anak hanya diminta untuk tidak mentaati mereka dalam perkara syirik, namun ia tetap juga wajib menggauli mereka dengan baik. Jika demikian keadaannya, sudah semestinya berbuat baik kepada ibu bapa yang muslim lebih utama walaupun mereka berada dalam serba kekurangan dari segi agama dan dunianya. Para ulama turut menekankan berbuat baik kepada kedua ibu-bapa ini merupakan suatu kewajipan yang sangat-sangat dituntut. Kita juga dapat melihat bahawa Allah SWT memberi penekanan terhadap perbuatan berbuat baik kepada ibu bapa dengan cara mengulang-ulangnya dalam surah yang berbeza. Jika sesuatu perkara itu tidak penting atau wajib, mengapa pula Allah SWT mengulang-ulang tentangnya dalam surah yang lain? Sudah tentu kerana ia merupakan hal yang sangat penting dan utama.Walaubagaimana pun, mungkin ada yang bertanya atau tertanya-tanya kenapa kita diwajibkan beradab kepada ibubapa? Pertama, seperti yang kita sedia maklum, ibulah yang melahirkan kita ke muka bumi ini. Cuba kita renung seketika, ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan kita semata-mata ingin lihat kita juga boleh hidup di muka bumi Allah ini. Oleh itu, adakah wajar kita tidak menghormati atau beradab kepada mereka. Sudah tentu jawapannya tidak. Tanpa mereka, kita tidak akan wujud di dunia ini.Kedua, di saat kita lahir, ibu bapa merupakan insan yang paling gembira akan kelahiran kita. Mereka menyusukan, mengasuh dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sampai kita dewasa. Namun, apabila meningkat dewasa, kita lebih menyayangi rakan-rakan kita daripada ibu bapa sendiri dan apa yang lebih menyedihkan lagi apabila kadang-kadang kita kurang beradab dengan mereka. Kenapa? Jawapannya ialah, kita lupa diri dan bila kita dah besar, kita tidak nampak pengorbanan mereka itu selama ini. Apa yang kita nampak hanyalah kemudahan, keseronokan dan kemewahan sahaja.

Ketiga, ibu bapa kita merupakan guru pertama yang member tunjuk ajar kepada kita. Dari kita tak tahu apa-apa, mereka didik dan beri kita pelajaran, sampailah kita tahu apa erti hidup. Ibu bapalah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kita. Betul, guru-guru, rakan-rakan dan orang disekeliling kita pun membantu kita juga. Tapi guru yang utama dan pertama adalah ibu bapa kita.

Keempat, ibu bapa sediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk kita. Mereka bekerja seharian untuk cari nafkah supaya kita boleh makan makanan yang enak dan berkhasiat, pakai baju cantik dan rumah yang selesa. Oleh sebab itu, memang patutlah kita menghargai apa yang mereka telah lakukan untuk kita. Tapi, kenapa sesetengah anak-anak remaja sekarang, susah sangat hendak beradab kepada ibu bapa? Apa yang paling tidak boleh diterima akal ialah sehingga sanggup cederakan dan bunuh ibubapa mereka sendiri.Berbuat baik terhadap ibu bapa merupakan satu kewajipan ke atas setiap anak-anak. Justeru itu, bagaimana caranya untuk melakukan kewajipan ini? Islam, sebagaimana yang sering dilaungkan merupakan agama yang unggul, syumul dan mulia. Sehinggakan daripada sekecil-kecil perkara hinggalah perkara-perkara yang besar, kesemuanya mempunyai tatacara dan adab dalam melakukannya. Begitu juga dalam hal berbuat baik kepada ibu bapa ini. Antara adab-ada yang dianjurkan oleh Islam ialah, menhargai dan menghormati mereka, merendahkan suara ketika berbicara dengan mereka, berdoa untuk kebahagiaan mereka, hormat kepada mereka walaupun mereka bukan beragama Islam dan jangan menderhaka kepada mereka.Seterusnya kita jelaskan satu persatu. Pertama, menghargai dan menghormati mereka. Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut. Allah berfirman yang bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).Kedua, merendahkan suara ketika berbicara dengan mereka. Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.Firman Allah: Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya. (Surah an-Nisaa, ayat 23).Ketiga, berdoa untuk kebahagiaan mereka. Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.Allah berfirman yang bermaksud: Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).Keempat, hormat kepada mereka walaupun mereka bukan beragama Islam. Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasulullahsaw. Aku berkata: Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia? Jawab Baginda: Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq Alaihi).Kelima, jangan menderhaka kepada mereka. Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji. Ibnu Umar ra, beliau berkata yang maksudnya : Menyebabkan kedua ibu bapa menangis termasuk di antara perkara derhaka dan dosa-dosa besar.

(Hadith riwayat Al-Bukhari dalam Kitab Al-Adab Al-Mufrad)3.0 HIKMAH BERADAB KEPADA IBU BAPA

Dalam bahagian ini, sememangnya berbuat baik kepada ibu bapa mempunyai hikmah-hikmah yang tersendiri. Hikmah-hikmah tersebut juga dapat dilihat ketika di dunia lagi mahupun di akhirat.

Pertama, seseorang individu (anak) akan mendapat kemuliaan kerana menjalankan perintah Allah dalam perkara berbuat baik kepada ibu bapa. Dalam masa seseorang anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya maka dia juga telah mentaati perintah dan suruhan Allah SWT.

Kedua, berbuat baik adalah sifat yang disebutkan untuk menunjukkan kemuliaan seseorang sepertimana yang disebutkan kepada sifat Nabi Yahya dan Isa as dan nabi-nabi yanglainnya yang telah berbuat baik kepada ibu bapanya. Justeru itu, sesiapa yang berbuat baik kepada ibu bapanya maka dia juga telah mencontohi sifat-sifat para nabi dalam perkara berbuat baik kepada ibu bapa.

Ketiga, berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda. Dalam satu hadith pernah disebutkan : Berbuat baiklah engkau kepada bapamu, maka kelak anak-anakmu akan berbuat kepadamu, dan berlaku jujurlah kelak isteri-isterimu akanberlaku jujur padamu. Hadith ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan sanad hasandari Ibnu Umar, dan Hadith ini pula diriwayatkan oleh Aisyah dan lain-lainnya

Keempat, berbuat baik kepada ibu bapa dapat menghapuskan dosa. Dalam satu hadith disebutkan bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi saw: Wahai Nabi, aku telahberbuat dosa besar maka adakah aku dapat bertaubat daripadanya? Rasulullah SAWmenjawab: Adakah engkau mempunyai ibu? Lelaki itu menjawab: Tidak.Rsulullah berkata: Adakah ibumu mempunyai saudara perempuan? Lelaki itumenjawab: Ya. Rasulullah SAW berkata: Maka berbuat baiklah kepadanya. Hadithini diriwayatkan oleh Tirmizi daripada Ibnu Hibban dalam Shahihnya, dan menurutriwayat Al-Hakim dikatakan: Adakah engkau mempunyai kedua ibu bapa.Kelima, berbuat baik kepada ibu bapa juga adalah merupakan kunci untuk masuk ke dalam syurga. Dalam sebuah hadith lain disebutkan bahawa seseorang berkata: Wahai Rasulullah apakah hak ibu bapa daripada anak-anaknya? Rasulullah saw berkata: Keduanya adalah kunci syurga dan nerakamu. Hadith diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Abu Imamah.4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, sebagai seorang anak, kita perlu bermuhasabah diri. Renungkan kembali, bagaimana asal usul kejadian manusia, iaitu kita. Adakah kita dapat hidup, menikmati keindahan alam dunia ini jika kita tidak dilahirkan ke dunia ini melalui ibu bapa kita? Sudah pasti kita sendiri tidak wujud.

Lihat bagaimana kesusahan dan keperitan yang dilalui oleh anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa. Mengasingkan diri, murung, pendiam dan sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun, kita cukup bertuah, mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi diri kita. Kadang-kadang ada juga di antara kita yang lahir di kalangan keluarga yang kaya dan senang. Manakala sesetengahnya pula, lahir dalam keluarga yang miskin dan susah. Mengapa? Semua ini tidak lain hanyalah sebagai cubaan dan ujian untuk kita sebagai anak samada kita beriman kepada Allah SWT dan RasulNya serta mentaati kedua ibu bapa kita.

Selain itu, sebagai anak juga kita perlu ingat sentiasa, menerusi sebuah hadith, Rasullullah saw bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.Hadis ini menyabitkan bahawa hubungan seorang anak dengan ibu bapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibu bapanya, maka Allah juga murka kepadanya.Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam niat berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah saw mengingatkan: Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya. Di samping tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Allah, kita juga tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Rasulullah saw.

Baginda berpesan: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya. Cinta kepada Rasulullah, sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadith di atas, bukanlah sekadar perasaan di hati tetapi adalah dengan pembuktian praktikal, seperti mentaati perintah larangan baginda, mengikuti sunnahnya dan membenci bidah yang merosak dan mencemari sunnah tersebut.Oleh itu tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa haruslah selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah, iaitu syariat Islam. Justeru seandainya ibu bapa menyuruh kita membelikan mereka minuman keras atau membantunya membuat acara kemungkaran seperti pesta (party) di rumah, maka kita tidak perlu mentaatinya. Pengajaran lain yang tidak kurang pentingnya daripada hadis di atas, yakni sabda Rasulullah yang bermaksud:Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa, ialah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibu bapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibu bapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah SWT kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibu bapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.Oleh itu, marilah wahai anak-anakSesiapa yang masih mempunyai ibu bapa, ucaplah tahniah, berilah perhatian, kasihanilah mereka dan berusahalah mendapat keredhaan mereka berdua, kerana melalui keduanya kita memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesiapa yang hilang salah satu dari kedua mereka, maka dia kerugian separuh dari mereka. Justeru berilah perhatian kepada separuh yang lain sebelum ianya hilang. Orang yang pernah melalui masa bersama mereka, maka janganlah melupakan mereka dalam solat dan doa kita. Hargailah mereka ketika mereka masih ada di dunia ini bersama kita dengan perasaan kasih sayang sebagaimana kasih sayang yang telah mereka curahkan kepada kita sejak lahir hingga ke hari ini.RUJUKAN :1. . Abu Bakar Jabi al-Jazariy. 'Minhaj al-Muslim'.2. Imam an-Nawawi, 'Mukhtasar Riyadhus Soliheen'. Ringkasan ini oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani.3. Mohammad Fikri bin Mohammad Nasri, Kitab Al-Muntakhab, Hadis Bab Adab dalam Sahih Bukhari . Universiti Mohammad V, Rabat Agdal, Kingdom Of Morocco.4. http://tazkirahawam.blogspot.com/2008/05/adabtanggungjawab-seorang-anak-terhadap.html 5. http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=49713&SecID=3636. Muhammad Amin al-Syanqiti, Adhwa al-Bayan fi Iydah al-Quran bi al-Quran. jld. 3, m.s. 588

7. Silsilah al-Ahadith al-Dhoifah wa al-Maudhuah, jld 2, M.S. 59, Bil. Hadith: 593, Cet: Maktabah al-Maarif Riyadh

12