emo-sekolah bebas dadah

26
SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU II PETI SURAT 61047, 91119, LAHAD DATU, SABAH BUKU SKRAF TAJUK SEKOLAH BEBAS DADAH DISEDIAKAN OLEH NAMA : MOHD NADZRIEN BIN AWANG DAHLAN KELAS: 4 HOLOGRAFIK TARIKH HANTAR : 09 APRIL 2015

Upload: faziejan-zihan

Post on 20-Dec-2015

51 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

dadah

TRANSCRIPT

Page 1: EMO-Sekolah Bebas Dadah

SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU II

PETI SURAT 61047, 91119,

LAHAD DATU, SABAH

BUKU SKRAF

TAJUK

SEKOLAH BEBAS DADAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : MOHD NADZRIEN BIN AWANG DAHLAN

KELAS: 4 HOLOGRAFIK

TARIKH HANTAR :

09 APRIL 2015

Page 2: EMO-Sekolah Bebas Dadah

BIODATA

NAMA : MOHD NADZRIEN BIN AWANG DAHLAN

TARIKH LAHIR : 11 JANUARI 2003

ANAK KEBERAPA : KETIGA

UMUR : 12 TAHUN

MAKANAN KEGEMARAN : AYAM GORENG.

MINUMAN KEGEMARAN : MILO AIS.

WARNA KEGEMARAN : BIRU.

HOBI : BERSUKAN ( BADMINTON, BASIKAL, PAPAN SELAJU ).

PERLAKUAN YANG : BERGADUH, BERKELAHI, BERTENGKAR.TIDAK DISENANGI

Page 3: EMO-Sekolah Bebas Dadah

PENGENALAN DADAH

Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan

kemudaratan kepada kesihatan seseorang sari segi jasmani (fizikal), rohani (mental

dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan

ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah

tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin, dan ganja pada hakikatnya

merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan.

Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan

mendatangkan kesan yang mudarat.

Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi

oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi sehingga

kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut penilaian United Nations

International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24 023

orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3%

adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah

ditangkap kerana kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah

masalah sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan

dadah sentiasa meningkat.

Page 4: EMO-Sekolah Bebas Dadah

DEFINISI  DADAH

Dadah atau ‘Drug’ dalam bahasa Inggeris lazimnya diertikan sebagai ubat-ubatan.

Perkara penting mengenai dadah ialah ianya selalu di salah guna atau ‘misuse’ dan

‘abuse’.

Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk

merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam

badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang

dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak

dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan

tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab

suci Al-Quran, istillah “Khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang

memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadahboleh

dikategorikan sebagai satu daripada jenis “Khamar” kerana ia boleh memabukkan,

mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan

tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.

Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif,

samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara

disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan

seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Page 5: EMO-Sekolah Bebas Dadah

JENIS-JENIS DADAH1.) MORFIN Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu

mentah.Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes

morfin, morfinsulfat atau morfin hidroklorik

Cara Menggunakan : Menelan atau menyuntik.

Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'.

Morfin Mentah

-Berbentuk blok/sebuk-bertanda '999'

-Mengandungi 70%-90% morfin-Juga dipanggil Heroin No. 1

Bes Morfin

-Seperti serbuk kopi halus

-Mengandungi 60%-70% morfin

Pil-Pil Morfin

-Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid-pil kecil berwarna putih/coklat

pucat.Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih

dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang

merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai

kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Page 6: EMO-Sekolah Bebas Dadah

2.) HEROIN Heroin adalah dadah jalanan yangpalingkerap disalahguna oleh penagih dadah

di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih yangmerupakan

produk yang terhasil daripdapemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan

berkali-kali ganda morfin.

Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, dan menghisap

Nama Jalanan: 'Fit', 'Fun', tepung, Cik putih, barang dan 'Penang pink'

 

Page 7: EMO-Sekolah Bebas Dadah

3.)CANDU

Candu adalah sejenis narkotik yang mmpunyai fungsi menekan dan

memperlahankan aktiviti system saraf  tunjang. Candu dihasilkan daripada buah

popi yang bertukar daripada warna putih kepadacoklat dan kehitaman. Ia

mmpunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan

menjadi keras jika terdedah kepadaudara.

Cara Menggunakan : Menghisap dengan paip atau dengan cara 'chasing the

dragon'.

Nama Jalanan : 'Black Stuff', Opium, Madat dan Tar

 

Ladang popi candu di Myanmar

Page 8: EMO-Sekolah Bebas Dadah
Page 9: EMO-Sekolah Bebas Dadah

4.) GANJA

Ganja diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa.

Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra

hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . 

Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan

selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6

minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan

menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.

Jenis/Bentuk: Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain: Grass, pot, Marijuana, weed

Cara penggunaan: Menghisap

Ciri-ciri penagih: Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan & terlalu

cergas/ketawa, mudah marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap

dan kuat makan, kecacatan perimbangan, yuforia dan sunggul

Page 10: EMO-Sekolah Bebas Dadah

5.) SYABU

Syabu ialah sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek

perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu

yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan

dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.

Jenis/Bentuk: Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperit tawas

Nama lain: Ice

Cara penggunaan: Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap

candu

Ciri-ciri penagih: Yakin pada diri sendiri, bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari

tanpa tidur,

tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung

berair, mual

dan muntah-muntah, hilang selera makan

Page 11: EMO-Sekolah Bebas Dadah

6.) ECTASCY/ MDMA

Ectascy juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4 methylenedioxy

methamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah

seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah

psychoactive .

Jenis/Bentuk: Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain: Pil Khayal, Pil goyang kepala, YAMA, YABA

Cara penggunaan: Menelan, campur dan minuman

Ciri-ciri penagih: Gembira dan terlalu cergas , berpeluh berlebihan, kuat becakap,

boleh melayan muzik yang kuat dan goyang kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang

selera makan, mudah marah dan resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering,

tidak boleh tidur.

Page 12: EMO-Sekolah Bebas Dadah

7.) KETAMIN

Ketamin ialah sejenis ubat bius untuk haiwan.  Kebelakangan ini, ketamin semakin

lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves.

Jenis/Bentuk: Serbuk putih, kristal, cecair, pil

Nama lain: “K”, Special K, Vitamin K, Kit Kat

Cara penggunaan: Dihisap melalui hidung, campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih: Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah, deria

pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang

masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual dan

muntah-muntah

Page 13: EMO-Sekolah Bebas Dadah

AKIBAT-AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH

Page 14: EMO-Sekolah Bebas Dadah

AKIBAT-AKIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Tubuh badan yang sihat menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana

kurang nafsu makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang

diperlukan.

2. Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan- bukan

kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka

3. Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal

sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.

4. Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan

(bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)

5. Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.

6. Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7. Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana dipengaruhi

khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.

8. Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan

gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.

9. Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan

kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah

berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah

dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta

situasi ketika menggunakannya.

Page 15: EMO-Sekolah Bebas Dadah
Page 16: EMO-Sekolah Bebas Dadah
Page 17: EMO-Sekolah Bebas Dadah
Page 18: EMO-Sekolah Bebas Dadah

JENIS-JENIS DADAH

PIL KUDA