emb415.peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

7
 EM B 415 Tugas an 1 School of Education and Cognitive Science EMB 415 Pengajaran Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu Tugasan

Upload: sue-ellyn

Post on 06-Jul-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/17/2019 EMB415.Peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

http://slidepdf.com/reader/full/emb415pengmembacabahasamelayujan2014 1/7

 

EMB 415 Tugasan

1

School of Education and Cognitive Science

EMB 415 Pengajaran Kemahiran Membaca

dalam Bahasa Melayu

Tugasan

8/17/2019 EMB415.Peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

http://slidepdf.com/reader/full/emb415pengmembacabahasamelayujan2014 2/7

 

EMB 415 Tugasan

2

Panduan ini menerangkan dengan terperinci Tugasan untuk kursus ini. Tujuan panduan ini ialah untuk memastikan bahawa semua pelajar serta Fasilitator Akademik

mempunyai maklumat yang sama tentang apa yang dikehendaki. Tugasan ini

merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan untuk kurusus ini.

Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi;

iaitu kebolehan anda mengaplikasai prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam

 penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan

menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan

Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifk yang menjawab secara

sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan kepada idea

 bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan bukti. Seorang

 penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak terpengaruh dengan

 pegangan sendiri (kecuali tajuk menggalakkan penulis memberi pandangan atau

merupakan sesuatu refleksi peribadi), gunakan data yang diperolehi untuk menyokongsesuatu soalan atau hipotesis.

Secara ringkas sesuatu Penulisan Akademik mempunyai ciri-ciri berikut:

  Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut prosedur

yang jelas.

  Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.

  Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.

  Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu.

  Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada

kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

Pengenalan

Penulisan Akademik

8/17/2019 EMB415.Peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

http://slidepdf.com/reader/full/emb415pengmembacabahasamelayujan2014 3/7

 

EMB 415 Tugasan

3

Tarikh Penyerahan: Tutorial 3

Pemberatan:  40%

Tugasan ini terdiri daripada Bahagian A, B dan C

Bahagian A : Esei (10 markah  –  2 halaman)

Tulis satu esei bertajuk:

“Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca

Bahasa Melayu di Sekolah Rendah” 

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?. Sokong jawapan anda

dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.

Bahagian B : (10 markah  –  3 halaman)

Baca artikel bertajuk: (dilampirkan):

“Memperingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui

Kaedah Stesen” 

Jawab soalan-soalan berikut:

  Apakah tujuan kajian ini?

  Jelaskan ‘kaedah stesen’ yang digunakan dalam kajian

  Terangkan dapatan kajian ini.

Bahagian C : (20 markah)

Perancangan: [bilangan halaman ditentukan oleh anda]  –  15%

Gubal satu kaedah mengajar membaca  dan sediakan satu Rancangan Pelajaran

Harian (RPH):

  Masa: 1-2 masa

  Format RPH KSSR  –  jelaskan dengan terperinci kaedah dan langkah-

langkah.

  Bahan yang digunakan  –   lembaran kerja, objek, realia, gambar dan

sebagainya

TUGASAN

8/17/2019 EMB415.Peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

http://slidepdf.com/reader/full/emb415pengmembacabahasamelayujan2014 4/7

 

EMB 415 Tugasan

4

Pelaksanaan:

Mengajar dengan berpandukan kepada RPH yang disediakan di atas.

  Ambil gambar pengajaran anda  –  kepilkan bersama Tugasan

  Ambil gambar bahan bantú mengajar (BBM)  –  jika perlu

Refleksi: [4-5 halaman] (5%)

  Perihalkan tentang apa yang telah berlaku semasa pengajaran

  Sejauh manakah kaedah mengajar yang digubal berjaya?

  Nyatakan perubahan yang perlu dilakukan

Penyerahan Tugasan

  Serahkan Tugasan anda kepada MyPLS secara online sebelum atau padaTutorial ke 3

  Rujuk kepada Panduan Penyerahan Online.

  Sila gunakan muka hadapan  seperti dilampikan dan jangan lupa menulis

 NAMA dan NOMBOR MATRIK. 

Format Tugasan

  Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing) 

  Gunakan Font  New Times Roman, saiz 12

Apa itu PLAGIARISME?

Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuanmenipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar.

Selaras dengan Seksyen 14.0  Academic Offence, dalam Buku Panduan Peraturan

Universiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea,

 penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut:

  Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi

 penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwah bahawa ia adalah hasil

ciptaan sendiri.

  Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memang

diakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidaksalah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber,

Plagiarisme

8/17/2019 EMB415.Peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

http://slidepdf.com/reader/full/emb415pengmembacabahasamelayujan2014 5/7

 

EMB 415 Tugasan

5

  Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah

sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yang

adalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk

gambaraj, lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya.

  Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih

kursus.

Bagaimana saya boleh elak daripada PLAGIARISME?

  Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik mempunyairujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalam kurungan.

  Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinayatakan dalamkurungan.

  Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk membuat

segala rujukan. 

  Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak cipta dan apayang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

c) Rujukan

Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan diakhir tugasan anda di

 bawah seksyen RUJUKAN.

Berikut ini ialah kaedah membuat Rujukan.

Daripada Jurnal DuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational

 Leadership, 59(8). 12-15.

Daripada Online Jurnal

Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connection between rationality and logical ability [Versi Elektronik].

 Mind , 110, 335-367.

Dariapada Halaman Web atau Halaman Sesawang National Park Service. (2003, February 11). Abraham Lincoln 

 Birthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003,

from http://www.nps.gov/abli/

Daripada Buku Naisbitt, J. and Aburdence, M. (1989). Megatrends 2000. London:

Pan Books.

8/17/2019 EMB415.Peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

http://slidepdf.com/reader/full/emb415pengmembacabahasamelayujan2014 6/7

 

EMB 415 Tugasan

6

Dariapda Bab dalam Buku Nickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J.

Sternberg (Eds), Teaching thinking skills: Theory and pr actice. New

York: W.H. Freeman and Company. 27-37.

Daripada Akhbar

Holden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82:

Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1,

A22-A23.

------------oooo------------

8/17/2019 EMB415.Peng.membaca.bahasa.melayu.jan.2014

http://slidepdf.com/reader/full/emb415pengmembacabahasamelayujan2014 7/7

 

EMB 415 Tugasan

7

TUGASAN

JANUARI 2014 SEMESTER

KOD KURSUS EMB 415

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAMBAHASA MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATORAKADEMIK

PUSATPEMBELAJARAN