emb415 maditah bt sulong e30203120392

35
TUGASAN JANUARI 2014 SEMESTER 7 KOD KURSUS : EMB 415 NAMA KURSUS : PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : MADITAH BT SULONG NO. MATRIK : E30203120392 FASILITATOR AKADEMIK : DR HUSIN B SARIF PUSAT PEMBELAJARAN : KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, SRI GADING, BATU PAHAT, JOHOR. 1

Upload: ayeen-pekan

Post on 23-Apr-2017

242 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TUGASANJANUARI 2014 SEMESTER 7

KOD KURSUS : EMB 415

NAMA KURSUS : PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : MADITAH BT SULONG

NO. MATRIK : E30203120392

FASILITATOR AKADEMIK

: DR HUSIN B SARIF

PUSAT PEMBELAJARAN

: KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, SRI GADING, BATU PAHAT, JOHOR.

NO. TELEFON : 07- 4331099 / 0137875233

E-MAIL : [email protected]

1

Bahagian A : Esei (10 markah – 2 halaman)

Tulis satu esei bertajuk:

“Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah Mengajar Kemahiran Membaca

Bahasa Melayu di Sekolah Rendah”

Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Sokong jawapan anda dengan

memberi contoh-contoh yang sesuai.

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah merupakan suatu tugas yang memerlukan kesabaran

yang tinggi daripada seorang yang bergelar guru bahasa. Tidak semua guru bahasa berjaya

mencapai objektif yang diinginkan setelah selesai mengajar bahasa kepada murid-muridnya.

Tidak ramai juga murid yang berjaya mengikuti dan memahami apa yang diajar oleh guru

mereka walaupun diajar berulang-ulang kali. Menyedari hakikat ini berbagai-bagai isu telah

timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bahasa ialah kunci pintu khazanah ilmu manakala bacaan ialah jaminan untuk mendapatkan

ilmu. Dalam era modenisasi pada masa kini, masih terdapat pelajar yang buta huruf yang tidak

tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Kajian baru-baru ini ialah mendapati 165, 000

pelajar di negara ini masih buta huruf. Daripada jumlah ini, 125, 000 adalah murid sekolah

rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Keadaan ini dilihat sebagai satu keadaan yang

sangat membimbangkan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan dengan

harapan kadar buta huruf dapat dikurangkan.

Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di

semua sekolah rendah dan menengah. Tujuan Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk

melahirkan insan yang cekap berbahasa. Manakala matlamat kurikulum Bahasa Melayu untuk

melengkapkan pelajar-pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa Melayu

2

berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia dan telah menjadi

bahasa pengantar utama pendidikan persekolahan dan institusi pengajian tinggi.

KEGAGALAN KEMAHIRAN MEMBACA DI KALANGAN MURID-MURID

Membaca merupakan satu kemahiran yang amat penting bagi memastikan murid terus dapat

menimba ilmu. Tanpa menguasai kemahiran ini, sukarlah untuk seseorang murid meneruskan

pengajiannya dalam dunia pendidikan. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca pada

peringkat awal, terutamanya dalam kalangan murid Tahun Satu boleh mengakibatkan berlakunya

‘Defisit Akademik’ dan keadaan ini boleh berterusan dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah

menengah malah berterusan sehingga meninggalkan alam persekolahan. ‘Defisit Akademik’

bermaksud kegagalan menguasai kemahiran asas. Kegagalan dan kelambatan murid menguasai

kemahiran membaca di peringkat rendah perlu dilihat dengan serius dan memerlukan kaedah-

kaedah tertentu untuk mengatasinya.

Gejala tidak boleh membaca dan tidak mahir membaca boleh memberikan kesan buruk kepada

murid daripada segi akademik dan sosial. Misalnya, ketinggalan dalam bidang akademik atau

pencapaian mereka rendah dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan mata pelajaran-mata

pelajaran yang lain akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk belajar malah ada yang

terus tidak suka ke sekolah. Ketinggalan menguasai kemahiran membaca mempengaruhi

penguasaan dan pencapaian dalam mata-mata pelajaran lain. Akibatnya juga, daripada segi

psikologi keadaan ini menyebabkan mereka berasa kecewa, bosan dan tidak gemar membaca.

Masalah pelajar-pelajar tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik di peringkat sekolah

rendah, malah di peringkat menengah seringkali mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar menguasai kemahiran ini dengan baik boleh

dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu faktor pelajar, faktor guru, dan faktor persekitaran.

Faktor ini pula saling berhubung kait antara satu sama lain dan bersifat kompleks.

3

Faktor pengajaran guru boleh dianggap sebagai salah satu daripada faktor penting dalam

menentukan kejayaan pelajar menguasai kemahiran membaca. Hal ini disebabkan setiap guru

mempunyai pegangan dan kepercayaan yang berbeza-beza tentang bagaimana sesuatu

pengajaran itu harus dijalankan. Pegangan dan kepercayaan ini mempengaruhi pemilihan kaedah,

bahan dan alatan yang digunakan. (Marohaini Yusoff, 1989 : 6).

Kebanyakan kanak-kanak yang tidak pernah dibimbing membaca biasanya tidak dapat membaca

dengan baik. Ini menunjukkan bagi kanak-kanak yang baharu belajar membaca, kemahiran

membaca merupakan satu kemahiran yang sukar. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah

pengajaran bacaan yang dapat memberi kesan yang maksimun kepada pelajar ketika mengajar

bacaan.

Faktor latar belakang keluarga, cara atau kaedah pengajaran guru, faktor pelajar itu sendiri dan

faktor persekitaran. Masalah tersebut tidak seharusnya dipandang ringan.

Kemahiran membaca merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks. Kemahiran ini

merangkumi proses mendengar, mengamati dan membezakan bunyi-bunyi yang jelas dan tepat,

menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan bunyi-

bunyi untuk membentuk perkataan serta menyebut perkataan tersebut dengan betul. Oleh itu,

dalam pengajaran membaca guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai

bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai sepenuhnya oleh pelajar.

PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN GURU

Guru mempunyai pelbagai pendekatan ,kaedah dan teknik untuk menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran membaca berdasarkan kebolehan pelajar-pelajarnya.

Di antara teknik-teknik tersebut ialah latih tubi, bercerita, perbincangan, main peranan,

permainan bahasa,simulasi, drama dan lakonan. Antara tujuan teknik ini gunakan ialah untuk

menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan menggalakkan perasan ingin tahu.

4

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat

atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid akan mengalami proses mendengar,

melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan

perkataan-perkataan itu. Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan

perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disa

mpaikan.Ini meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di

kalangan pelajar.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan

kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan

kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan

mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

  

Kaedah Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan

sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-

masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui

teknik ini murid-murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,

menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.

Dalam proses ini murid digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Pendekatan ini

memberi peluang kepada murid mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini

pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran

lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber

motivasi kepada murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

5

Main peranan juga merupakan teknik pengajaran yang kerap digunakan oleh guru-guru. Main

peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap

penting. Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu

situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-

pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada murid-murid lain supaya

mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan

kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,

mendengar rakaman dan sebagainya.

Teknik sumbangsaran dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang

merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan

pendapat dan idea.

Diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang

menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,

universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang

kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

 

Permainan bahasa adalah salah satu cara pengajaran dan pembelajaran dalam mempelajari

bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada

murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

6

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar

antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai

hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara dan Falsafah

Pendidikan Negara. 

 

Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina

kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian

pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Kaedah bercerita dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian oleh guru agar ada

peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik

persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting di

mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan kepada

pelajar.

 

Kaedah Drama sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan

pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk

melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan

bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu

interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk

menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan

sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan

pembelajarandi samping dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran

kepada murid, juga menyuburkan sahsiah murid.

7

RUMUSAN

Membaca merupakan salah satu aspek kemahiran bahasa yang penting. Pelajar yang gagal

menguasai kemahiran membaca sering kali terkandas dalam pelajaran kerana mereka tidak

berupaya menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka juga selalunya cepat

berputus asa. Oleh itu, kemahiran ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh setiap pelajar agar

mereka tidak ketinggalan dalam mengejar ilmu pengetahuan.

Bagi menguasai kemahiran membaca bukanlah satu perkara yang mudah. Kanak-kanak perlu

mendapat satu bentuk pengajaran formal untuk menguasai kemahiran membaca. Hanya

pengajaran dan pembelajaran formal sahaja yang dapat memastikan seseorang kanak-kanak

menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut.

Guru telah memainkan peranan yang sewajarnya dalam membina kemahiran membaca pelajar.

Guru bijak memilih pendekatan, kaedah dan teknik serta merancang pengajarannya agar menarik

dan sesuai dengan peringkat umur, kebolehan dan minat para pelajar. Sehubungan dengan itu,

guru bahasa telah dilatih mendalami dan memahami teori bahasa yang jelas bagaimana bahasa

diperolehi dan dipelajari oleh seseorang untuk dijadikan asas kepada pengkaedahan dalam

pengajarannya. Teori bahasa yang digunakan dapat menentukan kaedah dan teknik yang sesuai

digunakan untuk memastikan keberkesanan pengajaran.

Kesimpulannya saya tidak bersetuju dengan pendapat di atas kerana guru Bahasa Melayu telah

menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik dalam mengajar murid dalam kemahiran

membaca. Pendapat di atas mengatakan guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar

kemahiran membaca Bahasa Melayu di Sekolah Rendah adalah tidak benar sama sekali.

8

Bahagian B : (10 markah – 3 halaman)

Baca artikel bertajuk: (dilampirkan):

“Memperingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid Tahun Dua melalui Kaedah Stesen”

Jawab soalan-soalan berikut:

Apakah tujuan kajian ini?

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti murid-murid yang lemah dan tidak tahu

membaca.Selain itu, tujuan kajian ini juga adalah untuk membantu dan membimbing murid yang

tidak tahu membaca juga dapat meningkatkan kemahiran membaca bagi murid-murid yang

lemah. Di samping itu, membentuk kaedah mengajar yang sesuai dengan kehendak dan

keupayaan murid, menyelesaikan masalah kemahiran membaca supaya tidak berterusan hingga

ke tahap 2 juga termasuk tujuan kajian. Akhir sekali, dapat memupuk minat membaca dalam

kalangan murid-murid.

Jelaskan ‘kaedah stesen’ yang digunakan dalam kajian

Pengkaji telah menyediakan ‘Stesen Bacaan’di satu sudut di dalam kelas. Stesen ini diwujudkan

bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang selepas sesuatu

aktiviti. Pelbagai bahan seperti kad suku kata, kad perkataan, kad ayat, carta cerita pendek

disediakan oleh guru. Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid-

murid akan membaca di stesen setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan

aktiviti yang diberi.Ganjaran berupa hadiah akan diberikan kepada murid yang lancar membaca.

Kaedah pembelajaran masteri telah dipilih memandangkan kumpulan sasaran merupakan

golongan yang melakukan sesuatu mengikut minat. Dalam kaedah ini,aspek utama yang diberi

penekanan adalah pembelajaran mengikut kebolehan. Pembelajaran masteri lebih memberi

peluang individu untuk bertindak atas usaha sendiri tanpa arahan guru, dan guru bertindak

9

sebagai pembimbing. Dengan menggunakan kaedah ini murid beralih ke tahap yang lebih tinggi

selepas berjaya pada tahap sebelumnya..

Terangkan dapatan kajian ini.

Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran mengikut

kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran kumpulan bacaan secara positif.

Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai secara tidak

langsung meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat ingin berjaya yang

ditunjukkan mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan sasaran

turut membantu kejayaan mereka. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk menyertai setiap

aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari. Respon baik dari

kumpulan sasaran meningkatkan keyakinan guru kerana setiap aktiviti yang dirancang guru

diikuti dengan penuh minat. Masa terluang murid-murid ini digunakan dengan aktiviti membaca

bahan yang disediakan.

10

Bahagian C : (20 markah)

Perancangan: [bilangan halaman ditentukan oleh anda] – 15%

Gubal satu kaedah mengajar membaca dan sediakan satu Rancangan Pelajaran

Harian (RPH):

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 1 Cerdik

Bil. Murid : 25 orang

Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi

Tarikh : 27/02 / 2014

Tema : Keluarga

Tajuk : Sayang ayah

STANDARD KANDUNGAN

1.3 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa

dan ayat dengan betul

2.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul.

11

STANDARD PEMBELAJARAN

1.2,3 Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan tepat..

2.1.2 Mengeja dan membatang suku kata tertutup denga sebutan yang betul

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i) Menyebut suku kata tertutup.

ii) Mengeja dan membatangkan suku kata dengan betul secara lisan.

iii) Menyampaikan perkara yang didengar.

Sistem Bahasa

• Kosa Kata : datuk,nenek, ayah emak,adik,epal,sampan

Eleman Merentas Kurikulum

Pengisian Kurikulum

• Ilmu : Pendidikan Moral, Dunia Muzik

• Nilai murni : Kasih sayang, kerjasama

Strategi

• KB : menjana idea, mengecam, menghubungkait

• TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal

kinestatik, visual, muzik

• BCB : mengingat, mendengar dengan berkesan.

• Pembelajaran konstuktivisme : Meneroka

12

Bahan Bantu Belajar

Petikan

gambar

Soalan bergambar

Lirik Lagu “ Kereta Kecil”

Lirik Lagu “Ayah dan Ibu”

Kad ayat

Langkah Pengajaran:

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Lagu:

-Kereta Kecil”

Kosa kata

-ayah

-adik

-datuk

-nenek

1) Guru meminta semua

murid memberikan

perhatian.

2) Murid-murid

diperdengarkan

dengan lagu

“Kereta Kecil ”

3) Murid-murid

diminta

mendengar lagu

dengan teliti.

4) Guru mengulang

semula lagu dan

murid-murid ikut

bernyanyi

BBB:

-komputer riba

-lagu “Kereta Kecil”

-Lrik lagu

Teknik:

-soal jawab

-perbincangan

13

berpandukan lirik

lagu yang

dipamerkan di

hadapan kelas oleh

guru.

6 ) Murid-murid

diminta meneka

lagu yang

diperdengarkan.

7) Guru dan murid

bersoal jawab

mengenai lagu.

8) Guru

Menyatakan

tajuk pengajaran

pada hari ini.

TKP:

-visual

-verbal

-muzik

-interpersonal

BCB:

-kem.mendengar

-kem .bertutur

Langkah 1

(15 minit)

Petikan

“Sayang Ayah”

1) Guru

Mempamerkan

petikan kepada

semua murid.

2) Guru menyebut

suku kata

tertutup.

3) Murid-murid

diminta

mengulanginya

.

4) Beberapa orang

14

Sampan

Datuk

Nenek

Emak

Adik

Epal

ayah

murid dipilih

untuk megeja

dan membatang

suku kata

tertutup

5) Murid-murid

membaca suku

kata

mengikut

kumpulan.

6) Guru dan murid

berbincang

mengenai

perkataan yang

dibaca.

7) Guru meminta

murid

menyenaraikan

nilai murni

yang terdapat

dalam petikan

Nilai murni:

-kasih sayang

-Hormat-

menghormati

-Bersyukur

Langkah 2

(15 minit)

Watak dalam gambar 1.) Guru

mempamerkan

gambar datuk,

nenek, ibu bapa di

hadapan kelas.

2.) Guru minta murid

menyatakan watak

yang ada pada

mereka.

3.) Guru meminta

BBM:

Gambar

KB:

-menaakul

Teknik:

15

murid membina

cerita berdasarkan

gambar.

4.) Murid digalakkan

berbincang dalam

kumpulan

5.) Guru membimbing

murid membina

cerita mengenai

datuk, nenek ibu

dan bapa.

6.) Guru meminta

wakil setiap

kumpulan

membacakan cerita

yang mereka

hasilkan di

hadapan kelas

mengenai watak

itu.

7.) Guru membimbing

ayat murid.

-Perbincangan

-Penerangan

BCB:

-kemahiran bertutur

-kemahiran

mendengar

-kemahiran menulis

Nilai:

-Kerjasama

Langkah 3

(20 minit)

Aktiviti Siapa Ingat 1) Murid dibahagikan

kepada beberapa

kumpulan

2) Ketua kumpulan

BBM:

-kad tugasan

TKP:

16

diminta mengambil

kad tugasan.

3) Ketua membaca

petikan pada kad

dan menyampaikan

maklumat tersebut

kepada ahli

kumpulannya yang

ke 2 dan seterusnya

hingga ahli

kumpulan terakhir.

4) Ahli kumpulan

yang terakhir

diminta

menuturkan

maklumat yang

diterima semula

apa yang telah

didengar.

5) Kumpulan yang

dapat menuturkan

semula ayat yang

dipilih dikira

sebagai pemenang.

-verbal

-kinestatik

KB:

-mengecam

BCB:

-kemahiran

membaca

-kemahiran

mendengar

-kemahiran bertutur

Penutup

(5 minit)

Rumusan isi

pelajaran

-Aktiviti memupuk

keharmonian

1.) Guru bertanya tentang

orang yang mereka

sayangi kepada murid.

2) Murid diminta

memberikan jawapan..

3) Guru meminta murid

menyebut “Sayang Ayah

BBM:

-Ipad

-Lirik lagu Sayang

Ayah Ibu

TKP:

-Dunia Muzik

17

-Menyebut “Sayang

Ayah Ibu” beramai-

ramai.

-Menyanyi lagu

Ayah dan Ibu.

ibu” dengan gaya tangan

ke dada.

5) Menyanyikan lagu

Ayah dan ibu

KB:

-Merumus

Nilai murni:

-kerjasama

-tanggungjawab

-hormat-

menghormati

18

LAMPIRAN

SET INDUKSI

Lirik Lagu Kereta Kecil

Bapaku Pulang Dari Kota

Bapaku Belikan Kereta

Kereta Kecil Warna Merah

Boleh Ku Bawa Ke Sekolah

Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon

Kereta Kecil Ku Berbunyi

Marilah Adik Mari Naik

Boleh Ku Bawa Jumpa Nenek

19

LANGKAH 2

20

LANGKAH 3

21

22

23

SampanDatukNenekEmakAyahAdikEpal

24

Refleksi: [4-5 halaman] (5%)

Perihalkan tentang apa yang telah berlaku semasa pengajaran

• Sejauh manakah kaedah mengajar yang digubal berjaya?

• Nyatakan perubahan yang perlu dilakukan

Keputusan pengajaran dan pembelajaran seramai 25 orang murid kelas 1 Cerdik ,keseluruhannya menguasai kemahiran membaca.

Penggunaan teknik latih tubi membatang suku kata tertutup dan murid bercerita tentang orang yang mereka sayangi menjadikan suasana kelas riuh dengan penglibatan hamper semua murid yang ingin bercerita pengalaman mereka.Set Induksi yang dimulakan dengan nyanyian lagu kanak-kanak yang rancak mengalakkan murid seronok untuk mengikuti pembelajaran.

Murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik dengan iringan lagu dari computer dan IPAD serta gambar yang menarik dan tulisan yang jelas merangsang murid untuk belajar.. Teknik ini telah berjaya menarik minak murid-murid untuk membaca.

Penglibatan murid yang menyeluruh memberi peluang guru untuk mengesan tahap penguasaan membaca murid. Murid menunjukkan minat dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran(P D P) hingga akhir.

Gaya pengajaran guru yang menarik lebih bersikap terbuka dan layanan yang baik terhadap murid

dengan ganjaran berupa pujian dan imbuhan memotivasi murid. Dan tanpa sedar murid leka mengikuti

P D P.

Persekitaran kelas yang bersih, menarik, sokongan dan bimbingan rakan sebaya dalam aktiviti membaca melancarkan bacaan murid-murid yang lemah pada peringkat permulaan.

Sudut Bacaan yang ada di dalam kelas membantu murid-murid membaca dengan baik, dengan gambar,

tulisan warna- warni mengikut suku kata mengalakkan perasaan ingin tahu murid mengenai cerita yang

dibaca.

25

BIBLIOGRAFI

Naimah Yusoff et al.2011. Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Mahzan Arsad. 2008. Pendidikan literasi bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

Yahya Othman. 2004. Mengajar Membaca. PTS Publications. Kuala Lumpur.

Marohaini Yusoff.1989. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Karya Bistari Sdn. Bhd. Petaling Jaya.

26