element 3 sejarah pmr

Upload: nurul-farhana

Post on 31-May-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 element 3 sejarah pmr

    1/2

    ESEI

    Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang

    patriotik telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada segenaplapisan masyarakat. Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan permainan adalah

    saluran yang paling berkesan untuk melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai

    dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa.

    Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu. Permainansukan seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain. Oleh itu, sikap

    bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan pasukan dalam

    memperoleh kemenangan. Masyarakat juga dapat mewujudkan perasaan muhibah atausemangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini biasanya akan dihadiri oleh

    pelbagai bangsa.

    Selain itu, kegiatan sukan tidak mengenal batas kaum, daerah, negeri mahupun negara.

    Oleh itu, setiap rakyat yang mewakili negara dalam peringkat antarabangsa, akan

    disemai perasaan sedia berkorban untuk bangsa dan negara serta bertanggungjawabuntuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Setiap orang daripada pelbagai lapisan

    masyarakat juga boleh menjadi penyokong pasukan negara untuk melahirkan rasa cintaakan bangsa dan negara Malaysia.

    Di samping itu, sukan dan permainan telah menjadi aktiviti kokurikulum sekolah dan

    menjadi satu pembelajaran teras. Dengan cara bermain, secara tidak langsung pelajar

    akan dididik untuk bermuafakat, tolong-menolong, berlaku adil dan bertimbang rasa.Konklusinya, melalui sukan dan permainan, setiap modal insan yang patriotik dapat

    dibentuk.

    Modal insan yang bersemangat patriotik dapat ditanam dalam diri saya melalui aktiviti

    sukan dan permainan seperti permainan tradisional wau.Permainan wau telahmewujudkan rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan negara kita. Sebagai rakyat

    Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya

    mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turutmeningkatkan martabat negara kita.

    Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Keunikan Malaysia yang

    terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing untukmelihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita.

    Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal

    ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkankerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.Sikaptolong menolong dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau.

    Melalui festival wau dan pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri

    kita.Hal ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan

    wau.Setiap peserta yang memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undangyang ditetapkan sekaligus dapat menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin.

  • 8/14/2019 element 3 sejarah pmr

    2/2

    Sehubungan dengan itu,negara Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi sebuah

    negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana juri bagi

    pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu pertandinganitu.

    Bukan itu sahaja,negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasamengamalkan tradisi,adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk

    dek hujan,tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yangcanggih dan moden dipopularkan,namun permainan wau tetap dimainkan oleh

    masyarakat hari ini. Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan

    permainan dapat melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik