projek sejarah pmr 2012

26
TAJUK PRODUK TEMPATAN DI NEGARA KITA ~LABU SAYONG~ SENARAI KANDUNGAN

Upload: luqman-hakim

Post on 24-Jul-2015

382 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: projek sejarah PMR 2012

TAJUK

PRODUK TEMPATAN

DI NEGARA KITA

~LABU SAYONG~

SENARAI KANDUNGANBil Perkara Muka Surat

01 TAJUK 0

Page 2: projek sejarah PMR 2012

02 SENARAI KANDUNGAN 1

03 PENGHARGAAN 2

04 OBJEKTIF KAJIAN 3

05 KAEDAH KAJIAN 4

06 HASIL KAJIAN

6.1 Maklumat Asas Produk Tempatan6.2 Latar Belakang6.3 Kaedah/Cara Penghasilan6.4 Perkembangan Produk

5 - 14

56 - 88 - 1111 - 13

07 RUMUSAN 14

08 LAMPIRAN 15 - 17

09 RUJUKAN 18 - 19

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menjalankan kerja kursus Sejarah PMR

1 | P a g e

Page 3: projek sejarah PMR 2012

ini terutama kepada guru sejarah saya, Cikgu NorFadzilah yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membuat kerja kursus ini.

Selain itu saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberi dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Di samping itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu Muhd Luqman yang turut membantu memberi buah fikiran dan berbincang dalam menghasilkan kerja kursus Sejarah ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kerja kursus ini saya dapat mengasah bakat mencari, mengelas dan merumus fakta berkaitan dengan tajuk tugasan saya. Saya

2 | P a g e

Page 4: projek sejarah PMR 2012

juga dapat memupuk sikap berkerjasama dan tolong menolong sesama rakan dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara-cara labu sayong dihasilkan. Saya juga dapat mengetahui keistimewaan dan kelebihan Labu Sayong yang mungkin tidak diketahui orang lain.

Akhir sekali, saya juga dapat iktibar bahawa seseorang itu akan mencapai kejayaan sekiranya mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tolong-menolong,berkerjasamadan tabah menghadapi cabaran. Dan saya juga dapat menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.

KAEDAH KAJIAN

3 | P a g e

Page 5: projek sejarah PMR 2012

Semasa melaksanakan kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah penyelidikan di perpustakaan. Saya telah pergi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus ini.

Saya juga mencari maklumat dengan melayari internet. Saya menganalisis dokumen yang diperolehi dari internet dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Selain daripada kaedah-kaedah yang dinyatakan tadi, saya juga menggunakan kaedah lawatan dan temuramah. Saya telah membuat lawatan ke tempat kajian dan menemubual Encik Muhd. Pareb Zamari untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan tugasan yang saya lakukan.

HASIL KAJIAN6.1 Maklumat Asas Produk Tempatan

6.1.1 Nama Produk

Labu Sayong.

4 | P a g e

Page 6: projek sejarah PMR 2012

6.1.2 Kategori

Kraftangan.

6.1.3 Nama Pengusaha/Syarikat/Status Hak Milik

Mohd Pareb Zamari@Zamri/Kz Kraf Enterprise.

6.1.4 Lokasi

Kg. Paya Lintah, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

6.2 Latar Belakang

6.2.1 Sejarah Kewujudan

Sebut sahaja Labu Sayong pasti minda terbayang sebuah perkampungan kecil yang terkenal dengan perbuatan produk itu. Bernama Kampung Paya Lintah yang dikelilingi hutan dan Sungai Perak. Ia terletak dalam mukim Sayong di Kuala Kangsar, Perak.

5 | P a g e

Page 7: projek sejarah PMR 2012

Walaupun kampung itu terkenal dengan pengeluaran barangan seramiknya, namun tidak semua penduduknya berminat dan mempunyai bakat dalam bidang perbuatan seramik terutama di kalangan generasi muda.

Tetapi berbeza pula dengan En Mohd Pareb Zamari@ Zamri, 34 tahun, yang menjadikan bidang itu sebagai mata pencarian utamanya.

Sementelah pula keluarganya memang berkecimpung dalam perbuatan produk seramik yang menjadikan En. Mohd Pareb terus bersemangat mengekalkan warisan turun temurun itu.

Berkat keazaman dan kesabaran yang tinggi beliau telah menyambung warisan keluarga dengan penubuhan syarikat miliknya iaitu Kz Kraf Enterprise. Dia telah mempelajari selok belok perbuatan seramik daripada ayahnya sejak kecil kerana minat yang mendalam terhadap perbuatan produk tersebut.

Menurutnya, ayahnya merupakan pakar membuat barangan seramik yang turut mempelajari teknik perbuatan sejak turun temurun.

6.2.2 Punca dan Jumlah Modal (persendirian,perkongsian, bantuan,pinjaman)Selain daripada modal sendiri, En Mohd Pareb Zamari juga

antara pengusaha bertuah kerana telah mendapat bantuan dan peruntukan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Badan Kerajaan telah memberi bantuan dari segi peralatan seperti mesin dan juga promosi.

6 | P a g e

Page 8: projek sejarah PMR 2012

6.2.3 Tujuan/Kepentingan Produk

Ramai di kalangan kita bernggapan bahawa labu sayong semata-mata digunakan sebagai bekas untuk menyimpan air bagi tujuan minuman. Anggapan ini salah dan tidak relevan dengan zaman semasa.

Kini labu sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita rasa pengguna. Antaranya lampu perhiasan, hiasan pejabat, cenderahati, pasu bunga dan sebagainya.

6.2.4 Keistimewaan/Kelebihan/Keunikan

Air minuman yang disimpan di dalam labu sayong di percayai mempunyai khasiat dan rasanya sejuk seperti meminum air yang diletakkan ais. Terdapat dua warna labu sayong iaitu warna hitam setelah dibakar dan warna merah bata. Selalunya air yang disimpan dalam labu sayong berwarna merah bata akan lebih sejuk dan segar.

Kualiti air yang disimpan dalam labu sayong dijamin lebih bersih dari air paip yang ditapis di samping mempunyai khasiat kepada kesihatan tubuh badan.

6.3 Kaedah/Cara Penghasilan

6.3.1 Tenaga Kerja

Tenaga kerja syarikat Kz Kraf Enterprise terdiri daripada ahli keluarga En Mohd Pareb Zamari sendiri.

7 | P a g e

Page 9: projek sejarah PMR 2012

6.3.2 Senarai Bahan

Bahan yang digunakan untuk membuat labu sayong ialah tanah liat.

6.3.3 Senarai Peralatan

Selain dari bahan asas yang terdiri dari tanah liat, beberapa bentuk dan alat perkakas lain diperlukan juga dalam penciptaan tembikar. Peralatan itu terdiri daripada

1. Sekeping papan empat persegi 30.48 cm x 12.7cm tebal digunakan untuk membentuk dan mencantum tanah liat yang diuli sewaktu proses membuat tembikar.

2. Beberapa batang pisau dari buluh atau kayu untuk memotong tanah liat.

3. Kayu-kayu penepek atau pengukur

4. Beberapa alat pengukir lain juga digunakan yang diperbuat dari dawai dan besi yang telah ditajamkan pada bahagian hujungnya.Semua alat ini digunakan untuk membuat ragam hias.

6.4.4 Proses/Peringkat Penghasilan

Langkah 1 - Menyediakan tanah

Mengambil tanah dari tempat yang sesuai.

Langkah 2 - Menjemur

8 | P a g e

Page 10: projek sejarah PMR 2012

Tujuannya ialah untuk mengeringkan jenis-jenis tanah liat yang digunakan.

Langkah 3 - Menumbuk

Tanah perlulah benar-benar kering sebelum menjalankan proses ini. Proses ini dilakukan menggunakan lesung kaki dan melibatkan dua orang pekerja. Tujuan utama proses ini dijalankan adalah untuk menghaluskan tanah.

Langkah 4 - Mengayak

Proses ini bertujuan untuk mengasingkan tanah daripada sampah dan ketulan tanah yang tidak hancur. Proses ini dilakukan supaya tanah menjadi serbuk.

Langkah 5 - Membancuh

Tujuan untuk mencampur tanah dengan air. Sukatan air hendaklah dikawal supaya campuran tidak lembik atau terlalu keras. Proses membancuh boleh di buat di dalam bekas seperti baldi, besin dan sebagainya di mana campuran itu digaul sehingga sebati.

Langkah 6 - Menguli

Bertujuan untuk menjadi ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tanah dan pusingan tanah.

Langkah 7 - Membentuk

Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusingkan pinggan.

9 | P a g e

Page 11: projek sejarah PMR 2012

Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu.Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Langkah 8 - Menghias

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip dan digilapkan menggunakan luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihias dengan motif. Motif-motif yang digunakan dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.

Langkah 9 - Membakar

Proses ini terbahagi kepada kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar, dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun di bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan kedalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

10 | P a g e

Page 12: projek sejarah PMR 2012

6.4 Perkembangan Produk

6.4.1 Rangkaian Pemasaran

Produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat Kz Kraf Enterprise telah mendapat permintaan baik dari hotel-hotel di Malaysia. Selain itu terdapat juga beberapa produk syarikat itu telah melangkumi pasaran antarabangsa seperti Macau dan Sepanyol.

6.4.2 Pengiktirafan/sambutan daripada pengguna/penghargaan

Produk ini akan dipamerkan sempena Hari Kraftangan Kebangsaan.

6.4.3 Kemajuan yang dicapai

Kalau dahulu produk ini dihasilkan secara tradisional iaitu dari awal pemilihan tanah sehinggalah proses pembakaran untuk membentuk sebiji seramik. Bahan bakar untuk menghasilkan seramik. Bahan bakar untuk menghasilkan seramik berwarna hitam menggunakan sekam padi, tetapi sekarang bahan bakar telah ditukar kepada abu kayu.

Walaupun banyak corak dan bentuk labu sayong telah dimodenkan, labu sayong bercorak tradisional masih dikekalkan. Banyak produk terbaru yang dihasilkan oleh syarikat ini, antaranya

11 | P a g e

Page 13: projek sejarah PMR 2012

pasu besar, porselin dan tempayan. Produk ini akan dipamerkan sempena Hari Kraftangan Kebangsaan.

6.4.4 Lambang/identiti setempat

Terkenal dengan labu sayong yang berkualiti tinggi dan yang murah.

6.4.5 Cabaran dan masalah yang dihadapi

Menurut En. Mohd Pareb beliau terpaksa bersaing dengan produk dan barangan yang dihasilkan daripada bahan seperti kaca dan plastik. Bagi memastikan produk beliau sentiasa mendapat permintaan ramai, kualitinya dijaga dan rekaan-rekaan perlu sentiasa baru dan menarik.

6.4.6 Potensi produk

Produk labu sayong ini boleh diluaskan lagi pasarannya hingga ke peringkat antarabangsa untuk dijadikan perhiasan.

6.4.7 Perancangan masa depan

Bagi memastikan produk seramik tidak dapat dilupakan dan hilang ditelan zaman, En. Mohd Pareb merancang untuk membuka sebuah galeri dalam masa terdekat ini. Galeri tersebut akan mempamerkan pelbagai produk dan hasil seramik.

12 | P a g e

Page 14: projek sejarah PMR 2012

RUMUSAN

Dalam menghasilkan kerja kursus ini banyak maklumat yang saya perolehi. Misalnya saya dapat mengetahui cara-cara penghasilan labu sayong, bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan. Seterusnya saya megetahui keistimewaan dan keunikan labu sayong sebagai bekas menyimpan air.

Selain dari itu saya juga mendapat iktibar betapa pentingnya sikap berkerjasama dan tolong menolong. Hasil sokongan dan bantuan keluarga, kita akan dapat memperolehi kejayaan.

En. Mohd Pareb menghadapi cabaran dalam memajukan perniagaanya tetapi beliau tabah menghadapi segala cabaran. Sikap inilah yang perlu kita contohi kerana sikap tabah menghadapi cabaran juga dapat menyumbang kepada kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburi.

Sebagai rakyat Malaysia kita haruslah menghargai warisan budaya bangsa. Saya merasa bagga dengan sikap yang dipamerkan oleh En.

13 | P a g e

Page 15: projek sejarah PMR 2012

Mohd Pareb iaitu berusaha untuk mengembangkan ilmu pembuatan labu sayong kepada generasi muda supaya warisan terus terpelihara.

LAMPIRAN 1

Bengkel labu Sayong.

14 | P a g e

Page 16: projek sejarah PMR 2012

LAMPIRAN 2

Lokasi Bengkel Labu Sayong

15 | P a g e

Page 17: projek sejarah PMR 2012

LAMPIRAN 3

16 | P a g e

Page 18: projek sejarah PMR 2012

Hasil produk Labu Sayong

RUJUKAN

17 | P a g e

Page 19: projek sejarah PMR 2012

AkhbarUtusan Malaysia, 23 Februari 2012, halaman 2 dan 3

Internet (Alamat laman web)http://warisan-labusayong.com.my/infolabusayong.html

Buku ilmiahZabri zakaria, 2005, seni batik dan kraf, petaling jaya, Selangor:Sejati Books (M) Sdn. Bhd.

Labu sayongDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak

18 | P a g e

Page 20: projek sejarah PMR 2012

1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.

Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.

[sunting] Teknik pembuatan labu sayong

Perusahaan membuat Labu Sayong tergolong dalam pembuatan seramik. Peredaran zaman, telah merevolusi kaedah pembuatannya daripada tradisional kepada moden.

Pembuatan tradisional Pembuatan moden

o Throwing / Teknik lemparan alino Teknik acuano Teknik sepuh

[sunting] Lokasi perusahaan seramik labu sayong

Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:

Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong Kuala Kangsar Kampung Paya Lintah , Mukim Buaia, Padang Rengas Kampung Kuala Dal, Mukim Buaia, Padang Rengas Kuala Kangsar,Ipoh,Perak

Kebanyakkan lokasi perusahaan ini turut menawarkan pakej lawatan sambil belajar kepada pelbagai agensi, sekolah, IPT, dan dokumentari.

19 | P a g e