elemen 1 permainan tradisional wau

13
ELEMEN 1

Upload: maplesea-delphinus

Post on 06-Jun-2015

2.049 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

harap korg sempat hantar

TRANSCRIPT

Page 1: Elemen 1 permainan tradisional wau

ELEMEN

1

Page 2: Elemen 1 permainan tradisional wau

BIODATA

Nama : Mohd Nizam bin Mohammad Zawawy

Umur : 15 tahun

No. K/P : 931117-14-6421

Tarikh Lahir : 17 November 1993

Tempat Lahir : Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.

Cita-cita : Juruterbang

Hobi : Main Komputer

Nama Sekolah : Sekolah Tinggi Wadi Sofia

Alamat Rumah : 282-01-06, The Heritage, Jalan Pahang, Setapak, 53000

Kuala Lumpur.

Page 3: Elemen 1 permainan tradisional wau

Sumber Majalah

Page 4: Elemen 1 permainan tradisional wau
Page 5: Elemen 1 permainan tradisional wau

Sumber Internet

Page 6: Elemen 1 permainan tradisional wau

|Laman Utama||Aci Sorok||Batu Seremban||Bulu Ayam||Cari Cucu||Congkak||Galah Panjang||Gasing||Guli||Jala Itik||Konda Kondi||Sepak Raga||Teng Teng||Wau|

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan

masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.

Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau

jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat

digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat

pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan

berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan tradisi

pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan

dinding.

Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu

untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas

berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan

Wau bulan

Page 7: Elemen 1 permainan tradisional wau

larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi

rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul

diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi

wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara

menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias

berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian

oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal

berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di

Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

 

 

Page 8: Elemen 1 permainan tradisional wau

Rancangan

Televisyen

Page 9: Elemen 1 permainan tradisional wau

1. Hiasan Dada Langit

Wartawan : Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin

Menceritakan sedikit sebanyak tentang En. Safie Jusoh seorang pembuat wau yang

terkenal di Pantai Timur.Mereka juga ke bengkel membuat wau milik Pak Safie untuk

melihat cara pembuatan Wau Bulan yang paling digemari oleh masyarakat Melayu.

2. Keringat Teraju Tiga

Wartawan : Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin

Pak Safie menunjukkan cara-cara pengambilan buluh dan jenis buluh yang sesuai

digunakan serta mununjukkan proses-proses yang perlu dilakukan sebelum proses

membuat rangka wau seperti proses mengeringkan, membelah dan meraut buluh.

Pak Safie juga turut menunjukkan cara melukis corak pada badan wau.

3. Bersatu di Dada Langit

Wartawan : Irin Putri Azmi

Pak Safie menyertai pertandingan di Festival Layang-Layang yang telah diadakan di

Page 10: Elemen 1 permainan tradisional wau

Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor pada 18-24 Februari 2008. Pak Safie

bersama rakannya dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bengkel Wau Kebangsaan

pada festival tahun ini.

4. Santai Metropolitan

Wartawan : Kamaruza’ain A. Kadir

Taman Metropolitan Selayang merupakan satu-satunya tempat bermain layang-

layang di pinggir kota. Tempat tersebut dikunjungi setiap hari oleh setiap lapisan

masyarakat. Sikap toleransi ditunjukkan oleh semua pengunjung yang terpaksa

berkongsi tempat yang terhad. Tempat ini juga menjadi medan pertemuan dan

perkongsian pelbagai lapisan masyarakat.