elektronikmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...geran kerajaan dan wang zakat disimpan...

101
ELEKTRONIK

Upload: others

Post on 12-Dec-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

ELEKTRONIK

Page 2: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

1 http://blis.bernama.com/mainHome.do

GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT

Date: 12-01-2012 Author: / MYS KHY RHM CHE MAT-ZAKAT

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali hari ini sekali lagi menegaskan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain adalah tidak benar. Sambil menegaskan pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan, Che Mat yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata dakwaan seperti itu timbul mungkin disebabkan semua peruntukan atau dana daripada kerajaan dan wang zakat dimasukkan ke dalam akaun yang sama. "Sumbangan atau dana daripada kerajaan memang kita masukkan di dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat, cuma dimasukkan sementara tetapi akaun banknya adalah sama. "Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita selapas majlis pengumuman prestasi kutipan zakat Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-MAIWP 2011 di sini, hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Jamil Khir dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata geran kerajaan sebanyak RM700,000 yang diterima MAIWP tahun lepas bagi tujuan pembayaran untuk kes tertentu seperti mempertahankan kredibiliti pengurusan hal ehwal undang-undang yang bersabit dengan MAIWP apabila majlis itu disaman dan sebagainya memang dimasukkan ke dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat dan pengeluaran untuk pembayaran kos guaman untuk situasi seperti didakwa adalah dibolehkan. Che Mat berkata penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 yang meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah. "Maknanya kalau kita nak bayar kos tu guna duit kerajaan pun boleh, nak ambil duit zakat pun boleh, sebab fisabilillah untuk mempertahankan maruah institusi agama di Wilayah Persekutuan, maka boleh kita gunakan duit zakat. "Tetapi hari ini saya nak jelaskan kita bayar duit guaman itu guna dana kerajaan, kita tak ambil duit zakat walaupun kita boleh juga ambil duit zakat seperti yang dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan semalam," katanya. Mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad yang menolak penafian Jamil Khir berhubung perkara itu dan akan membuat laporan polis kerana menyeleweng wang zakat, Che Mat berkata terpulang

Page 3: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

2 http://blis.bernama.com/mainHome.do

kepada mereka. "Saya tak ada nak komen, itu ikut dia la, kita ada bukti dan dokumen tapi semua itu (laporan polis) terpulang pada dia," katanya. Sementara itu Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata jumlah kutipan zakat PPZ-MAIWP pada 2011 adalah sebanyak RM341,330,169.85 meningkat 24 peratus berbanding RM275,635,424.93 tahun sebelumnya. Katanya peningkatan itu turut dibantu dengan pertambahan bilangan pembayar zakat sebanyak 13 peratus kepada 100,497 pembayar berbanding 89,110 pada 2010. Beliau berkata bilangan pembayar zakat perniagaan turut meningkat daripada 1,427 pembayar zakat pada tahun 2010 kepada 1,571 pembayar pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 10 peratus membawa kepada kutipan keseluruhan zakat perniagaan berjumlah RM54,879,599.26, meningkat 63 peratus daripada RM33,622,330.60 tahun sebelumnya. Mustafa berkata bayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP yang dilancarkan pada 4 Ogos 2011 juga positif iaitu sehingga akhir Disember lepas mengutip sebanyak RM1,144,523.04 dengan bilangan pembayar seramai 1,074 orang. Katanya untuk tahun ini, PPZ menyasarkan untuk mengutip RM360 juta dengan 108,500 pembayar. -- BERNAMA MYS KHY RHM

PENGGUNAAN WANG ZAKAT UNTUK KOS GUAMAN MAIWP IKUT HUKUM SYARAK - MUFTI WP

Date: 11-01-2012 Author: / ERKB HK RHM MAIWP-ZAKAT

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menegaskan bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan. Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah. "Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya. "Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP. Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata. "Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh

Page 4: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

3 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan. "Oleh yang demikian, saya berpendapat tidak terdapat penyalahgunaan dalam isu yang dibangkitkan itu," katanya. -- BERNAMA ERKB HK RHM

USE OF ZAKAT FOR MAIWP'S LEGAL COSTS IN LINE WITH ISLAMIC LAW - MUFTI

Date: 11-01-2012 Author: / ERKB HK MO MAIWP-ZAKAT

KUALA LUMPUR, Jan 11 (Bernama) -- The Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP) today stressed that the use zakat (tithe) money to pay the legal costs in cases involving the council was in accordance with Islamic law and the syariah law enforced in the Federal Territory (FT). Federal Territory Mufti Datuk Wan Zahidi Wan Teh said the FT Islamic Law Consultative Committee (JPHSWP) meeting held on Sept 3, 2009 to discuss MAIWP's budget estimate for 2010, had approved RM205,000 for legal costs under the asnaf fisabilillah (eligible to receive aid from zakat collection for struggling for Islam) category. "The allocation is necessary as Article 5(2), Section II of the FT Islamic Law Administration Act, 1993 (Act 55) states that the council could legally charge and be charged on its name. "Besides that, in carrying out its responsibilities, there might be situations where MAIWP has to obtain a court decision such as in claims for the surrender of the bodies of Muslim converts by their non-Muslim family members for burial," he said in a statement, here, today. Wan Zahidi said he made the statement following recent media reports on misuse of zakat money by MAIWP. Wan Zahidi said: "With regards to putting the council's legal expenses under asnaf fisabilillah, JPHSWP had applied the opinions of ulama who interpreted asnaf fisabilillah as covering a wider scope and not just for jihad." He said among the ulama were Imam Al-Fakhrul Razi and Sheikh Rasyid Rida, with the latter interpreting fisabilillah as "everything that touches on the interests of the Muslim community in administering and enforcing Islamic law". "Therefore, I am of the opinion that there has been no misuse of zakat funds as alleged," he said. -- BERNAMA ERKB HK MO

Page 5: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

4 http://blis.bernama.com/mainHome.do

JAMIL KHIR PERJELAS DAKWAAN SELEWENG WANG ZAKAT

Date: 31-12-2011 Author: / NSS NSS RHM JAMIL KHIR-DAKWAAN

SEPANG, 31 Dis (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat adalah tidak benar. Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman. "Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu. Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan. Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan. "Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya. Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf. Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini. "Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya. Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar. -- BERNAMA NSS NSS RHM

DAKWAAN GUNA WANG ZAKAT SEBAGAI BERBAUR POLITIK, KATA

Page 6: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

5 http://blis.bernama.com/mainHome.do

CHE MAT

Date: 29-12-2011 Author: / NJ NJ DC JAWI-POLITIK

PUTRAJAYA, 29 Dis (Bernama) -- Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan dakwaan penggunaan wang zakat bagi pembayaran kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua yang lain, sebagai berbaur politik. Che Mat, yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), berkata kes seperti itu sepatutnya tidak timbul kerana pembayaran tersebut dibuat dengan menggunakan peruntukan geran kerajaan. "Oleh demikian, ada sesetengah individu yang nak sebut kita menyeleweng duit dan sebagainya, adalah tidak betul sama sekali demi mempertahankan kesucian umat Islam dan kredibiliti MAIWP sebagai satu-satunya badan berkuasa agama di Wilayah Persekutuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan tiga responden membabitkan Jamil Khir, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain. Pembayaran kos guaman tersebut adalah membabitkan kes tuntutan qazaf Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail telah menjelaskan bahawa pihaknya mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi tujuan pembayaran yuran guaman. Che Mat turut menjelaskan bahawa penyelewengan bukan dasar dan hala tuju jabatan terutama jabatan agama atau MAIWP. Katanya sebagai umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan, mereka seharusnya memberi tumpuan kepada tugas asasi iaitu menyatukan dan memperkasakan umat Islam. "Saya menyeru supaya perkara seperti ini diambil iktibar, diambil perhatian oleh masyasrakat kita sendiri supaya kita dapat sama-sama memerhati bahawa kita harus bersatu-padu, harus memperkasakan umat Islam. "Itulah harapan kita, supaya kita dipandang mulia oleh orang lain dan sebagai umat yang betul-betul mengikut landasan Islam yang benar," katanya. -- BERNAMA NJ NJ DC

JABATAN ZAKAT KEDAH AKAN BINA SEKOLAH KHAS UNTUK PELAJAR

Page 7: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

6 http://blis.bernama.com/mainHome.do

MISKIN PINTAR

Date: 29-12-2011 Author: / KAY KAY NM ZAKAT-SEKOLAH

ALOR SETAR, 29 Dis (Bernama) -- Jabatan Zakat Negeri Kedah akan membina sebuah sekolah menengah khas bagi anak yatim dan pelajar pintar daripada keluarga miskin bagi memastikan mereka mempunyai masa depan yang baik. Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah Datuk Syeikh Ghazali Yaacob berkata sekolah yang menempatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima itu akan dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Kedah di Belantik, Sik. "Jika mereka duduk dengan ibu bapa, mereka susah belajar walaupun cerdik kerana masalah kemiskinan. Sekolah itu yang ada kemudahan asrama kita jangkakan boleh menempatkan 200 pelajar," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan zakat perniagaan oleh empat syarikat di sini. Beliau berkata majlis itu memperuntukkan RM5 juta untuk pembinaan sekolah yang dijangka dapat dimulakan pertengahan tahun depan. "Kita hanya tunggu pelan itu siap," katanya. Sementara itu, Syeikh Ghazali berkata kutipan zakat tahun ini adalah sebanyak RM102 juta, melebihi sasaran RM83 juta yang ditetapkan. "Tahun 2010 kita kutip sebanyak RM80 juta kerana itu kita hanya sasarkan RM83 juta tetapi kutipan kita jauh lebih banyak. Ada lagi yang mahu membayar zakat sebelum akhir tahun ini," katanya. Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kecewa dengan kutipan zakat padi yang baginya terlalu rendah berbanding kawasan sawah padi yang luas di negeri Kedah. "Negeri Jelapang Padi, kalau ikutkan keluasan sawah padi kita sepatutnya dapat RM38 juta setahun tetapi kutipan kita hanya kira-kira RM3 juta. Untuk itu kita telah adakan sesi penerangan tentang zakat ini kepada penanam padi dan kita panggil semua amil," katanya. Empat syarikat yang menyerahkan zakat perniagaan mereka kepada Syeikh Ghazali ialah Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad (RM480,039.73), Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (RM170,628.70), Permodalan Usahawan Nasional Berhad (RM100,000) dan Public Bank Berhad (RM15,000), dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM765,668.43. -- BERNAMA KAY KAY NM

ZAKAT CLEANSES ASSETS

Page 8: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

7 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Date: 28-12-2011 Author: Cik Rashidah Abd Ghani / CR SHM INE RON ZAKAT-COLLECTION

KUALA LUMPUR, Dec 28 (Bernama) - Settling bills at the last minute is a habit not uncommon in this country. It is common wherever a scheduled payment is due, such as for income tax, assessment, vehicle insurance and even zakat (tithe). If you are a Muslim, have you paid your zakat for this year? If you have yet to do so, you only have a few days left to settle your zakat, which is the fourth pillar of Islam. Pusat Pungutan Zakat (Tithe Collection Centre) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Senior Operations Manager Abdul Hakim Amir Osman recently told Bernama that the centre was preparing for the usual influx of zakat payments around the year-end. DECEMBER PREPARATIONS "Many have asked us of our preparations in the last month, when there is expected to be an unusual amount of bounty," said Abdul Hakim. In anticipation, PPZ is opening zakat counters across all of its centres daily, from 8.15am to 4.45pm. On Dec 30 and 31, counter hours will be extended to 8pm. "This has long been our practice, to make it easier for people to settle their zakat," he said. PPZ also provides the services of an assessment officer to help calculate the amount of zakat that needs to be paid, especially for the last week of December, he said. Temporary counters will also be opened at government and public offices. Souvenirs such as desk- and wall-calendars will be given to payees in December. PUBLIC AWARENESS How deep is public awareness of zakat payment, especially zakat on savings? Apparently, it is on the rise, as seen from the increasing number of zakat contributors. This was evident last year, when the Federal Territory PPZ collected RM275 million of zakat on assets, over 25 per cent out of the RM1.27 billion collected across Malaysia, said Abdul Hakim. "In fact, our 2011 studies show that the zakat-contributor potential in the Federal Territory is 124,957, 120,328 individuals and the rest are companies. Last year, the number of zakat contributors in the Federal Territory was 89,101 payees. Abdul Hakim admitted that it is difficult to get payment from those whose zakat is due. However, he said he hoped there will be improvement this year, as the PPZ has been focusing on strategies to encourage payment of zakat on savings. "What is clear is that nearly 90 per cent of those paying their zakat on

Page 9: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

8 http://blis.bernama.com/mainHome.do

income do so through salary deduction," he said. PPZ-MAIWP is among the states with the highest rate of zakat collection and distribution. LOW AWARENESS ON ZAKAT ON SAVINGS The collection for zakat on savings has increased by 16 per cent, to RM14.98 million compared from RM13.4 million last year. "We believe this is due to the low awareness on the type of savings that warrants zakat. That is why we have people defining savings as what we save in the bank. "Actually, four types of savings warrant zakat collection: monetary savings, gold, EPF and stocks. "In 2011, we feel that the potential of the zakat on income can be increased more than 20 per cent." The "nisab" on savings (minimum amount of savings that makes one liable for zakat), is the current value of 85 grammes of gold, or 595 grammes of silver. In the Federal Territory, the nisab for 2011 is RM10,300. CALCULATION OF ZAKAT ON SAVINGS Monetary savings, whether kept in the bank or at home, are also liable for zakat. It is applicable to primary savings from January 1 to Dec 31, based on the lowest balance, said Abdul Hakim. If the lowest balance exceeds RM10,300, then it is liable for zakat. For example, the lowest balance is RM20,000. The figure will be multiplied by the zakat rate of 2.5 per cent, which equals RM500. Savings in a single account are calculated based on the lowest balance after a "haul" (full year's possession). For savings in multiple bank accounts, the depositor must tally the lowest balance in all of his accounts, even though some of the figures may be less than the nisab. If the amount tallied exceeds the nisab, he must pay zakat. If the bank has paid zakat on behalf of the depositor, he need not pay any further. This service is available at Lembaga Tabung Haji and Bank Islam. The shariah also imposes zakat on savings of gold and silver in the form of coins or molten metal, bars, currency, silverware or jewellery. Many think that the type of gold liable for zakat is only what is not worn. Zakat is applied on gold that is not worn that exceeds the nisab of 85 grammes. However, gold that is worn is also liable for zakat, depending on its "uruf" (the value of local consumption habits), said Abdul Hakim. The uruf rate for the Federal Territory is 150 grammes. Gold that is pawned is not liable for zakat. Zakat on savings in the EPF or the Armed Forces Fund Board (LTAT) is only liable for zakat once withdrawn. As for shares, only shares bought with one's own money, and not loans, are

Page 10: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

9 http://blis.bernama.com/mainHome.do

liable for zakat. ZAKAT CLEANSES THE ASSETS Abdul Hakim said that zakat payment is the process of "returning" the sustenance provided by Allah, by apportioning a section of it for the poor and needy, as a means of maintaining harmony in a community. "Some of us forget that we owe this to the community and think that what we get is ours exclusively. If we insist on being stingy, we may be struck by misfortune," said Abdul Malik. Muslims need to be aware that zakat cleanses and protects their assets, as well as increases their good fortune. Some RM1.3 billion of zakat was collected last year, he said, which was used to help the government eradicate poverty and upgrade people's lives. YOU WON'T GO BANKRUPT Should one believe that paying zakat will result in loss of wealth? "I've never seen anyone declare bankruptcy after paying zakat, in my 20 years of working with PPZ. If anything, they tell me that their wealth has increased, and business prospered," said Abdul Hakim. He said his own experience saw a businessman who paid a zakat on business of RM10,000 in one particular year paid zakat of RM40,000 and RM700,000 in subsequent years. "God willing, people who pay zakat will have Allah protecting their fortunes." EFFORTS TO INCREASE AWARENESS In the bid to increase awareness of the importance of paying zakat in Malaysia, PPZ has implemented several approaches. It is launching campaigns in the form of talks and forums by inviting celebrity speakers such as Ustazah Datuk Siti Noor Bahyah Mahmood, Ustaz Wan Akashah and Datuk Dr Fadhilah Kamsah. "Such programmes have yielded extraordinary results," he said. PPZ has also opened up information counters in public and private sector offices to disseminate information on zakat. Abdul Hakim said response is usually greater during the fasting month and in December. In fact , collection in December is 25 per cent of the entire year's amount. On the Return Policy of 3/8 zakat collection to corporate bodies that pay zakat on business to PPZ, and individuals who pay over RM50,000, Abdul Hakim said 2/8 would be distributed to three asnaf (legitimate recipients of zakat), based on the guide published by MAIWP through the "akad wakalah." PPZ-MAIWP also provides many channels for paying zakat including the Thohir Scheme (zakat via salary deduction), the PPZ Portal (www.zakat.com.my ), banks, internet banking, Pos Malaysia counters and standing orders (via Islamic banking credit cards). PPZ-MAIWP will set up of a special unit, the zakat on savings unit, next

Page 11: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

10 http://blis.bernama.com/mainHome.do

year. Its function will be to oversee the strategies and implementation for zakat on savings in 2012. "With this new strategy, I'm confident that the efforts to increase zakat collection on savings will yield greater results in 2012." Abdul Hakim said he hoped that Malaysian Muslims will not wait until the last minute to settle their zakat, so that their sustenance will be blessed by Allah. -- BERNAMA CR SHM INE RON

IBADAH ZAKAT UNTUK BERSIHKAN HARTA

Date: 28-12-2011 Author: Cik Rashidah Rashidah Abd Gani / CR RON ZAKAT

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Tabiat suka membuat bayaran pada saat-saat akhir bukanlah suatu yang menghairankan dan masih berlaku dalam sekelompok masyarakat negara ini. Senario ini menjadi satu kebiasaan tidak kira untuk apa juga perkhidmatan yang memerlukan pembayaran seperti cukai pendapatan, cukai pintu, insurans kenderaan malahan zakat. Adakah anda antara yang masih belum membuat bayaran zakat bagi tahun ini?. Jika belum, anda mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk menunaikan satu daripada lima rukun Islam ini. Pengurus Kanan Operasi PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman memberitahu Bernama baru-baru ini bahawa pusat itu sedang membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan limpahan pembayar yang dijangka pada hujung tahun. PERSIAPAN PADA DISEMBER Ramai yang bertanya apa persiapan kami dalam menghadapi bulan terakhir ini yang dijangka mempunyai limpahan yang luar biasa," kata Abdul Hakim. Antara persiapan PPZ ialah membuka kaunter zakat di semua kaunter pembayaran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada setiap hari termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum dari pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Waktu urusan kaunter pada hari terakhir iaitu 30 dan 31 Dis akan dilanjutkan sehingga pukul 8 malam. Memang dari dulu sampai sekarang kami kekalkan begini bagi memberi kemudahan orang ramai datang membuat bayaran," katanya. PPZ turut menyediakan pegawai taksir bagi membantu menaksir zakat pembayar khususnya pada minggu terakhir bulan Disember, jelas beliau. Dalam pada itu, kaunter sementara dibuka di pejabat kerajaan dan swasta, di samping cendera hati istimewa seperti kalendar meja dan dinding menanti

Page 12: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

11 http://blis.bernama.com/mainHome.do

pembayar pada bulan Disember ini. SEJAUH MANA KESEDARAN RAMAI Sejauh mana pula tahap kesedaran orang ramai berhubung pembayaran zakat terutama zakat simpanan? Kesedaran masyarakat berhubung pembayaran zakat memang bertambah berikutan peningkatan jumlah pembayar. Ini dibuktikan apabila pada tahun lepas PPZ Wilayah Persekutuan mengutip sebanyak RM275 juta zakat harta iaitu lebih 25 peratus daripada RM1.27 bilion kutipan zakat harta seluruh Malaysia, kata Abdul Hakim. "Malahan kajian kami mendapati bahawa pada 2011, potensi pembayar zakat di Wilayah Persekutuan ialah 124,957 termasuk individu (120,328) dan syarikat. Kalau dilihat daripada pencapaian tahun lepas, pembayar zakat di Wilayah Persekutuan bagi individu dan syarikat ialah 89,101 pembayar. Abdul Hakim yang tidak menafikan adalah sukar untuk mendapatkan saki baki mereka yang layak membayar ini, berharap akan ada peningkatan pada tahun ini yang menumpukan strategi meningkatkan jumlah pembayar zakat wang simpanan. "Memang sudah nampak hampir 90 peratus setakat ini yang membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji", katanya. Dalam aspek pengurusan zakat, PPZ-MAIWP adalah antara negeri yang tertinggi kutipan zakat dan pengagihan wang zakatnya. KURANG KESEDARAN ZAKAT SIMPANAN Bagi zakat simpanan, peningkatannya cuma kira-kira 16 peratus iaitu RM14.98 juta berbanding RM13.4 juta tahun lepas. "Kami percaya masih ramai yang belum mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dari segi jenis simpanan yang perlu dikenakan zakat. Sebab itu ada yang menyatakan bahawa simpanan ini hanyalah yang berada di bank." "Sebenarnya zakat simpanan yang dimaksudkan itu ada empat jenis iaitu wang simpanan, emas, KWSP dan saham. "Pada tahun 2011 ini kami merasakan bahawa potensi zakat simpanan boleh ditingkatkan dari 16 peratus kepada sasaran lebih 20 peratus. Nisab zakat wang simpanan bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa atau 595 gram nilai perak. Di Wilayah Persekutuan nisab bagi tahun 2011 adalah RM10,300. KIRAAN ZAKAT SIMPANAN Wang simpanan sama ada disimpan di bank, rumah atau mana sahaja adalah wajib dizakatkan jika cukup nisab atau haul. Contohnya simpanan di ASB, Maybank dan BSN. Zakat bagi wang simpanan tetap dikenakan ke atas simpanan pokok yang disimpan dalam tempoh setahun iaitu Januari hingga 31 Dis dan pilih baki

Page 13: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

12 http://blis.bernama.com/mainHome.do

terendah, jelas Abdul Hakim. Sekiranya baki melebihi kadar nisab RM10,300, baru dikenakan zakat. Contohnya, baki terendah ada RM20,000 darabkan dengan kadar zakat 2.5 peratus, bersamaan RM500. Simpanan dalam satu akaun pula dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah dan berakhir haul. Ini kerana baki terendah itu mencapai tempoh masa setahun dalam pemilikan kita, kata Abdul Hakim. Bagi simpanan dalam beberapa akaun di bank, penyimpan hendaklah jumlahkan setiap baki terendah buku akaun walaupun ada di antara simpanan itu kurang daripada nisab. Campurkan semua jumlah itu dan jika melebihi nisab maka wajib zakat. Jika wang disimpan di institusi yang telah menunaikan zakat bagi pencarum, penyimpan tidak perlu mengeluarkan lagi zakat. Contohnya simpanan di Lembaga Tabung Haji dan Bank Islam. Seterusnya ialah zakat simpanan emas yang mungkin ramai masih tidak tahu, katanya. Syariat mewajibkan zakat simpanan emas dan perak dalam bentuk wang atau leburan logam, mahupun dalam bentuk lain seperti jongkong, mata wang, perkakas atau perhiasan wanita atau rumah. Ada dua jenis emas iaitu emas yang tidak dipakai dan emas dipakai. Emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun jika melebihi nisab 85 gram wajib dikenakan zakat iaitu berat emas tidak dipakai darab dengan harga emas semasa dan dharab dengan 2.5 peratus. Bagaimana pula dengan emas yang dipakai. Ada sesetengah berpendapat emas yang dipakai tidak perlu bayar zakat. Benarkah begitu? Sebenarnya tidak, kata Abdul Hakim. Bagi emas yang dipakai walaupun sekali-sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun dan melebihi uruf (kadar biasa pemakaian emas penduduk setempat) maka wajib zakat atas lebihan dari nilai uruf. Kadar uruf di Wilayah Persekutuan ialah 150 gram. Timbang semua barang perhiasan emas itu, tolak anggaran berat batu permata jika ada, bagi mendapatkan jumlah berat emas perhiasan, jelas beliau. Cara kiraannya pula ialah berat emas dipakai darab dengan harga emas semasa (1 gram) darab dengan 2.5 peratus. Abdul Hakim menasihati agar harga emas dirujuk kepada PPZ yang lebih murah daripada kedai, yang memasukkan harga sewa dan upah. Tentang kewajipan zakat simpanan terutama untuk zakat emas ini disebut dalam Al-Quran surah At-Taubah ayat 34-35. Allah berfirman, dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakan ke jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas, perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada (mereka). Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu

Page 14: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

13 http://blis.bernama.com/mainHome.do

simpan itu . Abdul Hakim masih ingat kisah seorang pembayar tetap zakat emas yang pada satu hari rumahnya dipecah masuk dan habis semua barang emas dicuri. Namun atas berkat sentiasa membayar zakat simpanan emas, dua hari kemudian datang orang memulangkan semula semua barang emasnya. Barang emas yang berada di kedai pajak gadai selagi tidak ditebus bukan hak maknanya tidak ada kuasa dan dari situ syarat sempurna milik tidak ada, jadi tidak perlu bayar zakat. Mengenai zakat simpanan yang terdiri daripada KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya wajib dizakatkan apabila dikeluarkan daripada simpanan. Ini kerana sebaik dikeluarkan ia telah cukup kesemua syarat termasuk sempurna hak milik. Pengiraannya ialah jumlah wang KWSP yang dikeluarkan didarab dengan 2.5 peratus. Bagi saham pula, saham yang dibeli dengan wang sendiri sahaja dikira sedangkan bahagian yang dibeli melalui pinjaman dikira tidak sempurna milik. ZAKAT BERSIHKAN HARTA Abdul Hakim berkata pembayaran zakat adalah proses pengembalian kerana rezeki yang datang daripada Allah sebahagiannya adalah milik orang fakir dan miskin yang akan dapat memelihara keharmonian masyarakat. Jadi kadang-kadang orang lupa bila dia ingat harta yang dimiliki itu harta dia sepenuhnya. Kalau kita ambil juga, Allah akan kata "Aku akan tarik balik" dengan bermacam-macam cara seperti sakit, kereta atau rumah rosak, macam-macam anak, isteri kita jadi masalah, kata Abdul Malik. Umat Islam perlu sedar bahawa dengan berzakat bukan sahaja ganjarannya pahala, malah harta mereka akan dilindungi, dibersihkan dan rezeki akan bertambah dan diberkati Allah. Sejumlah RM1.3 bilion kutipan zakat dicatatkan di seluruh negara pada tahun lepas, kata beliau, dan ia adalah pelengkap dalam usaha membantu kerajaan membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. TIADA MUFLIS Patutkah ada yang berfikiran wang simpanan akan terjejas setelah membayar zakat? Saya melihat, sepanjang 20 tahun saya bekerja di sini tidak ada lagi orang yang datang bayar zakat mengadu dia muflis selepas itu malah menceritakan Allah beri lagi banyak. Ini menandakan bahawa perniagaan mereka semakin maju dan inilah ganjaran apabila membayar zakat. Perlu diingat Allah boleh tarik balik rezeki kalau kita tidak bayar zakat, jelas beliau. Dalam hubungan ini Abdul Malik memberi contoh pengalamannya ketika bertugas di bahagian kaunter, bila seorang pembayar zakat perniagaan yang mula-mula

Page 15: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

14 http://blis.bernama.com/mainHome.do

datang membayar RM10,000. Selepas itu pada tahun kedua ahli perniagaan itu membuat bayaran RM40,000 dan tahun ketiga RM700,000. InsyaAllah orang yang bayar zakat ini Allah jaga hartanya. Ada yang tidak beriman merasakan duit dia akan hilang bila bayar zakat. Dia tidak nampak keberkatan yang Allah bagi ini kadang-kadang bukan dalam bentuk duit. USAHA MENINGKATKAN KESEDARAN BERZAKAT Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran berzakat dalam kalangan umat Islam di Malaysia, PPZ melaksanakan beberapa pendekatan. Antaranya ialah memperhebat kempen berbentuk ceramah dan forum dengan menjemput penceramah selebriti seperti Ustazah Datuk Siti Noor Bahyah Mahmood, Ustaz Wan Akashah dan Datuk Dr Fadhilah Kamsah. Program sebegini didapati sambutannya memang luar biasa dan biasanya dapat meningkatkan jumlah pembayar , kata Abdul Hakim. PPZ juga membuka kaunter maklumat dan kerjasama di pejabat swasta dan kerajaan agar mewarwarkan kepentingan dan kewajipan berzakat kepada masyarakat. Menurut Abdul Hakim, pihaknya mendapati ramai pengunjung pada bulan Ramadan dan Disember. Malahan jumlah kutipan Disember ialah 25 peratus atau kira-kira RM50 juta daripada jumlah kutipan zakat setiap tahun. Mengenai Dasar Pemulangan semula wang zakat sebanyak 3/8 kepada badan korporat yang membayar zakat perniagaan kepada PPZ dan bagi individu yang membayar RM50,000 dan lebih, Abdul Hakim berkata kadar pemulangan semula ialah 2/8 untuk diagih sendiri kepada tiga golongan asnaf berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh MAIWP melalui akad wakalah. Di samping itu PPZ-MAIWP juga menyediakan pelbagai saluran pembayaran zakat termasuk Skim Thohir (skim potongan gaji zakat), Portal PPZ (www.zakat.com.my ), bank, perbankan internet, kaunter Pejabat Pos dan arahan tetap (kad kredit perbankan Islam). PPZ-MAIWP mensasarkan penubuhan satu unit khas iaitu unit zakat harta simpanan pada tahun hadapan, yang berperanan melihat strategi serta pelaksanaan yang boleh dimainkan sepanjang tahun 2012. Dengan kita mengatur strategi baru ini saya percaya usaha untuk meningkatkan kutipan zakat simpanan dapat dijayakan pada tahun 2012. Abdul Hakim juga menasihati pembayar zakat agar tidak menunggu sehingga di saat-saat akhir dan semoga ibadah zakat mereka mendapat limpahan rahmat daripada Allah. -- BERNAMA CR RON

KAUNTER ZAKAT MAWIP DIBUKA HINGGA 8 MALAM, JUMAAT DAN

Page 16: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

15 http://blis.bernama.com/mainHome.do

SABTU INI

Date: 28-12-2011 Author: / AYU AYU RS ZAKAT-KAUNTER

PUTRAJAYA, 28 Dis (Bernama) -- Operasi di tujuh kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) akan dibuka mulai 8.45 pagi hingga 8 malam pada Jumaat dan Sabtu ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rais Alias berkata, langkah yang pertama kali dilaksanakan itu, bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat membuat pembayaran bagi tahun ini, untuk datang membayar di saat akhir. "Pada waktu biasa operasi kaunter ialah 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mereka yang datang membayar pada dua hari itu akan menerima cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd Alias berkata tujuh kaunter zakat itu Masjid Negara; Taman Shamelin Perkasa; Daruzzakah Kampung Baru; KLSC Wangsa Maju; Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur; Presint 9 di Putrajaya; dan Kompleks Ujana Kewangan di Labuan. Mereka yang ingin membayar zakat pendapatan melalui perbankan internet juga dialu-alukan, tetapi bayaran perlu dibuat sebelum jam 12 tengah hari, Jumaat ini, bagi membolehkan tarikh resit dapat dikeluarkan pada tahun ini juga, katanya. Beliau berkata sehingga 27 Dis lepas jumlah kutipan yang berjaya diperolehi ialah RM38.5 juta dan masih memerlukan kira-kira sebanyak RM11.5 untuk membolehkan sasaran sebanyak RM50 juta dicapai. "Masih terdapat sebanyak 16,000 pembayar individu dan 608 syarikat korporat yang membayar pada tahun lepas belum lagi membayar zakat pendapatan masing-masing untuk tahun ini," katanya. Selain itu, katanya pembayaran zakat juga boleh dibuat menerusi pemotongan gaji, kad kredit, di pejabat pos dan portal Mawip. -- BERNAMA AYU AYU RS

ZAKAT PERNIAGAAN DI WILAYAH PERSEKUTUAN LEPASI SASARAN RM50 JUTA

Page 17: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

16 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Date: 20-12-2011 Author: / PWNW HK MAI MAWIP-ZAKAT

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kutipan zakat perniagaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) tahun ini melepasi sasaran RM50 juta dengan sejumlah RM51.9 juta dikutip sehingga hari ini. Jumlah itu meningkat 70 peratus berbanding RM28.6 juta yang dikutip tahun lepas, kata Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP), Datuk Mustafa Abdul Rahman selepas menerima RM3.4 juta bayaran zakat daripada 10 buah syarikat di sini hari ini. Beliau berkata bilangan pembayar zakat perniagaan turut meningkat dari 1,148 pembayar zakat pada tahun lepas kepada 1,279 pembayar pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 11 peratus. Mustafa berkata kutipan zakat harta tahun ini turut meningkat dengan sebanyak RM300 juta diterima daripada 98,000 pembayar iaitu peningkatan lebih daripada 25 peratus dari tahun lepas. Katanya Baitulmal MAIWP telah menyalurkan RM10.74 juta sebagai bantuan dermasiswa dan RM2.86 juta untuk bantuan peralatan sekolah. -- BERNAMA PWNW HK MAI

RM1 MILLION IN ZAKAT TO HELP CHRONIC PATIENTS IN 10 HOSPITALS

Date: 14-12-2011 Author: / NS HK HAZ MO TITHE-HOSPITAL

KUALA LUMPUR, Dec 14 (Bernama) -- The Selangor Zakat Board (LZS) today contributed aid (tithe) totalling RM1 million to the Emergency and Chronic Patient Fund of 10 hospitals in Selangor and Kuala Lumpur. Its chief executive officer, Mohamed Izam Mohamed Yusof said the aid could help lessen the burden of needy chronic patients seeking treatment and to pay for the medical equipment required. The hospitals involved are Selayang Hospital, Serdang Hospital, Tunku Ampuan Rahimah Hospital in Klang, Sungai Buloh Hospital, Ampang Hospital, Kuala Lumpur Hospital, Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre, National Heart Institute, Kajang Hospital and Universiti Malaya Medical Centre. Each hospital would receive RM100,000, he said at the handing-over of the contribution to Selangor Health director Datuk Dr Azman Abu Bakar at Selayang Hospital. -- BERNAMA NS HK HAZ MO

PPZ WILAYAH PERSEKUTUAN YAKIN CAPAI SASARAN KUTIPAN ZAKAT RM50 JUTA TAHUN INI

Page 18: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

17 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Date: 08-12-2011 Author: / SBZ MAS AHM PPZ-KUTIPAN

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yakin mencapai sasaran kutipan zakat perniagaan sebanyak RM50 juta bagi tahun ini dengan jangkaan 1,500 pembayar, yang kebanyakannya terdiri daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pengerusinya, Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata bagi 11 bulan pertama sahaja, PPZ telah mengutip kira-kira RM46.6 juta zakat tersebut berbanding 27.5 juta pada tempoh sama 2010. "Ia merupakan peningkatan 69 peratus," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Bhd (PNMB) di sini hari ini. Pada majlis itu, Pengarah Urusan PNMB Izham Yusoff menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM546,406 yang akan disalurkan kepada pihak Baitulmal untuk diagihkan. Mustafa berkata PPZ telah mengutip RM33.622 juta zakat perniagaan sepanjang tahun lepas dan RM29.114 juta pada 2009, iaitu peningkatan 15 peratus. PPZ juga yakin 57 GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berpotensi untuk membayar zakat bagi tahun ini. "Terdapat 146 GLC dan GLIC di Malaysia di mana 77 daripadanya berada di Kuala Lumpur," kata Mustafa. Pada tahun ini, katanya 20 GLC dan GLIC telah melaksanakan tanggung jawab membayar, satu peningkatan yang baik berbanding 11 yang masing-masing pada 2010 dan 2009. Mustafa berkata RM13.750 juta zakat perniagaan telah diterima dari GLC dan GLIC setakat ini. Sementara itu, PPZ akan membuka kesemua kaunter di tujuh pusat pungutan zakatnya selama tujuh hari sepanjang bulan Disember bermula 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Pusat pungutan itu meliputi Ibu pejabat PPZ di Shamelin Perkasa; Daruzzakah, Kg Baru; Masjid Negara; Seksyen 5, Wangsa Maju; Taman Tun Dr Ismail; Presint 9, Putrajaya; dan di Ujana Kewangan, Labuan. -- BERNAMA SBZ MAS AHM

MAYBANK ISLAMIC BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN RM9.02 JUTA

Date: 22-11-2011 Author: / NMA MAM HS

Page 19: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

18 http://blis.bernama.com/mainHome.do

MAYBANK-ZAKAT

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Maybank Islamic Berhad hari ini membuat pembayaran zakat perniagaan RM9.02 juta bagi tahun kewangan berakhir Jun lepas yang akan diagihkan kepada semua pusat pungutan zakat negeri serta golongan yang layak menerimanya. Ia disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Muzaffar Hisham kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Muzaffar menjelaskan RM7.89 juta bakal diagihkan kepada semua pusat zakat negeri dan baki RM1.13 juta akan diserahkan kepada golongan yang layak menerusi program pembangunan menyeluruh umat Islam. "Selain pusat zakat negeri, wang zakat itu akan diagihkan kepada yayasan kebajikan Islam, rumah anak yatim, badan bukan kerajaan untuk tujuan aktiviti seharian, program dakwah dan pembangunan ummah," kata Muzaffar ketika berucap pada majlis itu. Daripada jumlah RM7.89 juta itu, RM740,000 diterima Jamil Khir bagi pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Jamil Khir memberitahu pemberita kemudian bahawa Maybank Islamic merupakan antara penyumbang zakat perniagaan terbesar dalam kalangan institusi kewangan negara ini. "Saya harap amalan ini akan berterusan dan menjadi budaya kepada semua bank Islam ke arah memakmurkan masyarakat dengan wang zakat," katanya. -- BERNAMA NMA MAM HS

SEMAKIN RAMAI BELIA ISLAM MEMBAYAR ZAKAT - PPZ WILAYAH PERSEKUTUAN

Date: 17-11-2011 Author: / ASHAB NAK RS PPZ-ZAKAT

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kesedaran mengenai kewajipan membayar zakat di kalangan belia Islam semakin meningkat dengan mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun merupakan pembayar teramai pada setiap tahun. Pengurus Besar Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohd Rais Alias berkata pembayar zakat dari kalangan belia meningkat sebanyak 42 peratus daripada 10,308 orang pada tahun lepas kepada 14,687 orang tahun ini. "Mengikut statistik, jumlah kutipan zakat bagi tempoh Januari hingga Oktober 2010 dari golongan belia bertambah dari RM5.1 juta kepada RM8.9 juta bagi tempoh sama tahun ini, yang merupakan peningkatan 75 peratus," katanya semasa berucap pada majlis Penyampaian Anugerah Iklan Zakat Antara Institusi Pengajian Tinggi 2011 di sini, hari ini. Beliau berkata peningkatan itu berikutan promosi berterusan di kalangan belia termasuk menggunakan media baru yang lebih banyak digunakan golongan itu. Selain itu, katanya PPZ-MAIWP turut menganjurkan pertandingan berkaitan zakat termasuk iklan di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi mendedahkan mereka mengenai zakat.

Page 20: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

19 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Pertandingan itu, yang dianjurkan PPZ-MAIWP buat kali kedua, bertujuan mengembangkan dakwah zakat berkonsepkan penyampaian mesej. Mohd Rais berkata dalam pertandingan itu yang disertai 95 IPT di Malaysia dan satu penyertaan dari University of Cairo, Mesir, kumpulan empat penuntut bukan Islam dari Universiti Multimedia Malaysia muncul juara. Mereka yang menerima hadiah RM5,000 dan trofi itu, turut memenangi kategori konsep/skrip terbaik dan kategori sinematografi terbaik. Mohd Rais berkata PPZ-MAIWP juga menyasarkan kutipan zakat RM300 juta daripada 98,000 pembayar tahun ini berbanding RM275.6 juta daripada 89,110 pembayar tahun lepas. -- BERNAMA ASHAB NAK RS

DUA ANAK SYARIKAT RISDA KELUAR ZAKAT RM267,377 KEPADA MAIDAM

Date: 20-11-2011 Author: / TAJ SHI RHM ZAKAT-FELDA

HULU TERENGGANU, 20 Nov (Bernama) -- Dua anak syarikat Risda -- ESPEK Sdn Berhad dan Espek Livestock Sdn Berhad hari ini menyampaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjumlah RM267,377. Pengurus Besar ESPEK Sdn Berhad Datuk Kamaruddin Mohamed Shah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 206,234.81 zakat dikeluarkan daripada hasil keuntungan bagi tahun kewangan 2008 dan 2009 yang diperolehi ESPEK Sdn Berhad. "Manakala RM61,142.71 adalah zakat hasil daripada keuntungan Espek Livestsock Sdn Berhad," katanya selepas menyampaikan wang zakat berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Wan Harunjan Sulaiman sempena program pelancaran gerakan membaja peringkat negeri di sini hari ini. Kamaruddin berkata, ESPEK Sdn Berhad menguruskan ladang-ladang Risda seluas 47,000 hektar di Semenanjung dan daripada jumlah itu sebanyak 17,000 hektar di Terengganu. Katanya, zakat Espek Livestock pula adalah hasil keuntungan daripada 9,000 ekor lembu yang diternak di ladang-ladang di negeri ini. -- BERNAMA TAJ SHI RHM

KUTIPAN ZAKAT RM3.5 JUTA DI LABUAN TAHUN INI

Date: 25-10-2011

Page 21: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

20 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Author: / JH LES HBS1 LABUAN-ZAKAT

LABUAN, 25 Okt (Bernama)-- Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan mensasarkan mengutip zakat RM3.5 juta daripada pembayar zakat di pulau bebas cukai ini tahun ini. Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata kutipan menerusi PPZ-MAIWP Labuan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini sahaja berjumlah RM3.05 juta. Ini, katanya, menunjukkan peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu RM2.12 juta, sementara bilangan pembayar zakat juga meningkat 19 peratus daripada 2,130 kepada 2,544 orang pembayar dalam tempoh berkenaan. "Kesedaran bertambah di kalangan warga Muslim di Labuan untuk membayar zakat," katanya selepas majlis penyerahan zakat perniagaan majikan di Labuan di sini hari ini. Pada majlis itu, PPZ-MAIWP Labuan menerima zakat perniagaan berjumlah RM628,389 daripada 19 syarikat yang beroperasi di pulau bebas cukai ini. -- BERNAMA JH LES HBS1

PZNS BUKA KAUNTER ZAKAT SETIAP HARI SEPANJANG BULAN INI

Date: 07-12-2010 Author: / RP RP NM PZNS-KAUNTER

SEREMBAN, 7 Dis (Bernama) -- Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) membuka kaunter zakat di seluruh negeri ini setiap hari, termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang bulan ini. Pengurusnya Nor Azmi Musa berkata langkah itu bagi memudahkan umat Islam melakukan pembayaran zakat pendapatan dan harta pada waktu kelapangan mereka. "Ia juga bertujuan untuk menampung kehadiran umat Islam yang kebiasaannya akan mengambil kesempatan menunaikan zakat sebelum 31 Dis ini untuk tujuan pelepasan cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri," katanya, di sini hari ini. Katanya waktu urusan kaunter PZNS pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum ialah dari 9 pagi hingga 4 petang, manakala bagi hari biasa ialah pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Nor Azmi berkata bagi umat Islam yang mempunyai kad ATM atau Bankcard dan kad kredit Islamik, pembayaran boleh dilakukan dengan hanya membawa kad berkenaan ke semua kaunter PZNS. "Ini membolehkan umat Islam menunaikan zakat harta dengan lebih selamat dan mudah," katanya. Beliau berkata selain menunaikan zakat harta di kaunter PZNS, umat Islam di negeri ini juga boleh berbuat demikian di kaunter Pos Malaysia dan ejen bank PZNS seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, CIMB dan Bank Simpanan Nasional. Pembayaran zakat harta juga boleh dilunaskan melalui internet dengan melayari www.zakatns.com.my. -- BERNAMA RP RP NM

Page 22: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

21 http://blis.bernama.com/mainHome.do

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN DAN AGIHAN 2010,PUSAT PUNGUTAN ZAKAT-MAIWP

Date: 08-12-2010 MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT ...

NOTA KEPADA EDITOR, MEJA AM Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengadakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan 21010 pada: Tarikh : 9 Disember 2010 / 3 Muharran 1432H Masa : 11.00 pagi - 1.30 petang Tempat : Bilik Perdana 2 & 3, Dewan Perdana Felda, K.L Majlis akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dato' Dr. Mashitah Bt Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir sama dalam majlis Pengerusi PPZ-MAIWP, Y. Bhg. Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman. SEHUBUNGAN ITU, ANDA DIJEMPUT UNTUK MENGHANTAR WARTAWAN DAN JURUGAMBAR/JURUKAMERA BAGI MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS TERSEBUT. SUMBER: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT-MAIWP (PPZ-MAIWP) UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: NAMA : Cik Nur Haliza Abd Rahman TEL : 03- 9289 5757 MOBIL: 012-500 3547 TARIKH SIARAN: 8 DISEMBER 2010 DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA BAGI KEMPEN 5M PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)

Page 23: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

22 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Date: 01-12-2010 KEMPEN 5M PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ)...

UNTUK PERHATIAN EDITOR,MEJA AM Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat-MAIWP(PPZ-MAIWP)akan mengadakan Kempen 5M pada: Hari/Tarikh: Jumaat 3hb Disember 2010 Masa : 3.00 petang Tempat : Kaunter Shamelin PPZ Wisma PPZ, 68-1-6, Dataran Shamelin Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa 56100, Kuala Lumpur Kempen yang julungjulung kali diadakan ini bertujuan untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan kaunter PPZ sekaligus memuaskan hati para pembayar zakat yang datang membuat pembayaran zakat di kaunter PPZ. Kempen ini akan dirasmikan oleh Pengurus Besar PPZ, Tuan Hj. Mohd Rais Haji Alias. Kempen 5M yang menerapkan lima perkara iaitu memandang muka, memberi senyuman, mengucapkan salam, mendoakan dan juga mengucapkan terima kasih menjadikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPZ lebih efisyen dan efektif. Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut. SUMBER: PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: NAMA : Cik Nur Haliza Abd Rahman TEL : 03- 9289 5757 MOBIL: 012-500 3547 TARIKH SIARAN: 1 DISEMBER 2010 DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA BERNAMA

MAIDAM PUNGUT ZAKAT RM56 JUTA SETAKAT INI

Date: 14-10-2010 Author: / IB SHI BK

Page 24: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

23 http://blis.bernama.com/mainHome.do

MAIDAM-ZAKAT

KUALA TERENGGANU, 14 Okt (Benama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjaya mengutip zakat sebanyak RM56 juta dari awal tahun sehingga hari ini, daripada RM80 juta yang disasarkan untuk tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya Wan Harujan Sulaiman berkata dalam masa yang sama, Maidam telah mengeluarkan sebanyak 43.4 juta untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak. "Trend kutipan zakat ini telah meningkat dari setahun ke setahun," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Wang Zakat Perniagaan Beras Nasional (Bernas) di Pejabat Maidam, di sini hari ini. Bernas yang diwakili Pengurus Kanan Unit Perhubungan Awam Hal Ehwal Korporatnya, Roslan Othman menyerahkan zakat sebanyak RM155,147 kepada Wan Harujan pada majlis itu. Menurut Wan Harujan tahun ini, pihaknya menganggarkan agihan zakat di Terengganu akan meningkat kepada RM60 juta berbanding RM53 juta pada tahun lepas. Tahun ini, antara agihan zakat terbesar ialah bantuan Hari Raya kepada 33,193 orang sebanyak RM11.6 juta, saraan bulanan kepada 2,424 orang miskin RM5.4 juta dan membaiki rumah fakir miskin RM2 juta. Beliau berkata Maidam juga mengeluarkan sebanyak RM1.8 juta untuk bantuan kepada 498 orang guru Al-Quran selain dermasiswa hampir RM2 juta kepada 139 pelajar yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara sepanjang tempoh tersebut. Sementara itu, Roslan berkata Bernas telah mengeluarkan zakat sebanyak RM2.43 juta kepada negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak tahun ini. Dalam perkembangan lain, beliau berkata tahun ini juga Bernas akan menghantar seramai 100 orang penanam padi yang terpilih dari seluruh negara untuk mengerjakan ibadat Umrah di Tanah Suci Mekah. -- BERNAMA IB SHI BK

BANK RAKYAT KOTA BAHARU KELUAR ZAKAT RM200,000

Date: 31-08-2010 Author: / HNH MRA HM BANK-ZAKAT

Page 25: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

24 http://blis.bernama.com/mainHome.do

KOTA BAHARU, 31 Ogos (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) cawangan Kota Baharu mengeluarkan zakat berjumlah RM200,000 kepada penduduk miskin di dalam kawasan Parlimen Kota Baharu. Pengurusnya, Abdul Malik Zainal Abidin berkata jumlah itu adalah sebahagian RM1.7 bilion hasil keuntungan bank itu tahun ini. "Untuk kawasan Parlimen Kota Baharu sempena Aidilfitri tahun ini, bank ini menyediakan RM200,00 wang zakat untuk golongan asnaf," katanya kepada Bernama selepas majlis penyampaian zakat kepada 658 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Emas di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu. Penduduk dua kawasan lain yang turut menerima sumbangan wang zakat dalam Parlimen itu ialah dari DUN Kota Lama seramai 702 orang dan DUN Bunut Payong seramai 640 orang. Beliau berkata, wang zakat yang disampaikan itu diagihkan sendiri oleh cawangan Bank Rakyat di seluruh negeri selepas sebahagian besarnya disampaikan kepada pihak Majlis Agama Islam negeri-negeri. -- BERNAMA HNH MRA HM

KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI, ZAKAT SYARIKAT TAKAFUL MENINGKAT KEPADA RM66.89 JUTA

Date: 25-08-2010 Author: / PSBM THS NHZ TAKAFUL-KEPUTUSAN

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai dan zakat Syarikat Takaful (M) Bhd untuk tempoh 12 bulan berakhir 30 Jun 2010 meningkat kepada RM66.892 juta daripada RM49.715 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan meningkat kepada RM1.065 bilion daripada RM1.049 bilion sebelum ini. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Syarikat Takaful berkata keuntungan lebih tinggi adalah berikutan pemindahan lebihan, yuran wakalah yang lebih tinggi dan keputusan pelaburan yang lebih tinggi. Ia berkata perolehan yang lebih tinggi adalah berikutan pendapatan pelaburan yang lebih tinggi yang dijana oleh takaful keluarga and sumbangan daripada perniagaan takaful am. Bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2010, keuntungan sebelum cukai dan zakat menyusut kepada RM389,000 daripada RM49.912 juta pada suku yang sama tahun lepas. Perolehan menyusut kepada RM294.191 juta daripada RM348.684 juta sebelum ini. Syarikat Takaful berkata ia sedang bersedia untuk pertumbuhan pada tahun kewangan terkini dengan pengenalan produk baharu dan rangkaian pengedaran runcit baharu. "Syarikat itu akan kekal berhemah dalam strategi pelaburannya dan meningkatkan kecekapan operasi dan perkhidmatan pelanggan," katanya. -- BERNAMA PSBM THS NHZ

Page 26: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

25 http://blis.bernama.com/mainHome.do

MAIWP SASAR KUTIP ZAKAT RM260 JUTA TAHUN INI

Date: 13-08-2010 JAMIL KHIR-ZAKAT

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) mensasarkan kutipan zakat tahun ini mencecah RM260 juta melebihi jumlah kutipan sebanyak RM240 juta tahun lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini berdasarkan kepada jumlah kutipan yang telah mencecah RM250 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. Beliau berkata peningkatan itu mungkin disebabkan kebanyakan umat Islam yang bekerja dengan kerajaan membayar zakat menerusi potongan gaji, berbanding dengan yang bekerja dengan swasta. "Jadi saya menyeru kepada pekerja sektor korporat supaya membayar zakat menerusi potongan gaji agar kutipan zakat dapat ditingkatkan lagi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf (mereka yang layak menerima zakat mengikut hukum syarak) dan penghafaz Al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Jamil Khir berkata tahun ini Maiwp memperuntukkan RM4 juta bagi membantu seramai 12,081 golongan asnaf pada bulan Ramadan dan Syawal dan bantuan galakan kepada penghafaz Al-Quran di Wilayah Persekutuan. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Maiwp, Anan C Mohd. --BERNAMA NF AKT

UMAT ISLAM DI PAHANG BOLEH BAYAR ZAKAT MELALUI SMS

Date: 30-07-2010 Author: / PNB KIA DC ZAKAT-PAHANG

Page 27: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

26 http://blis.bernama.com/mainHome.do

KUANTAN, 30 Julai (Bernama) -- Kadar zakat fitrah di Pahang tahun ini ditetapkan pada kadar RM7 seorang, sama seperti pada tahun lepas. Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata kadar itu ditetapkan mengikut harga pasaran bagi segantang baghdad atau bersamaan 2.7kg beras. Beliau berkata umat Islam di Pahang kini boleh membayar zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). "Pembaharuan ini sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perunding dan Hukum Syarak," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. Beliau berkata, syarikat telekomunikasi, CELCOM, telah dilantik untuk melaksanakan pendekatan tersebut dan keseluruhan bayaran zakat itu nanti akan dihantar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang. Katanya, setiap bayaran zakat yang dilakukan melalui SMS itu adalah percuma dan tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. Wan Abdul Wahid berkata selain SMS, seramai 940 amil telah dilantik untuk mengutip zakat di negeri itu pada tahun ini. Bagaimanapun, beliau, mengingatkan umat Islam agar membayar zakat kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan menyediakan resit bayaran yang dikeluarkan oleh MUIP. Dalam perkembangan lain, MUIP mengesan terdapat restoran atau premis makanan di negeri itu yang cuba mengelirukan pengguna dengan mempamerkan logo halal yang tidak diiktiraf. Bagaimanapun katanya, tindakan terhadap premis terbabit diserahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana ia bukan di bawah bidang kuasa MUIP. -- BERNAMA PNB KIA DC

MAIK PERKENAL 'WAAD' BOLEHKAN PEMBAYAR ZAKAT AGIHKAN SENDIRI WANG ZAKAT

Date: 03-08-2010 Author: / HNH MRA KLS

Page 28: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

27 http://blis.bernama.com/mainHome.do

MAIK-WAAD

KOTA BAHARU, 3 Ogos (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memperkenalkan kaedah 'Waad' iaitu memberi hak kepada pembayar zakat untuk mengagihkan sebahagian wang zakat kepada umat Islam yang tergolong dalam lapan asnaf. Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata kebanyakan pembayar zakat harta itu terdiri daripada badan-badan swasta, golongan korporat dan orang perseorangan. "Menerusi kaedah ini, MAIK membenarkan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan zakat yang dikeluarkan kepada MAIK diagihkan sendiri mengikut kemahuan pembayar zakat kepada golongan terbabit menerusi suatu perjanjian aku janji bertulis," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Dalam perkembangan berkaitan, Kamaruddin berkata MAIK tahun lepas berjaya memungut RM66.5 juta zakat harta berbanding RM58 juta pada tahun sebelumnya. Menurutnya peningkatan pungutan zakat harta itu menunjukkan kesedaran umat Islam terhadap kewajipan mengeluarkan zakat harta walaupun dalam keadaan ekonomi merudum kerana menyedari wang zakat tersebut akan diagihkan kepada mereka yang layak. Katanya sebagai contoh, MAIK telah membina 501 unit rumah rakyat miskin di seluruh negeri berharga antara RM28,000 hingga RM30,000 seunit sejak 2004 hingga tahun ini. -- BERNAMA HNH MRA KLS

PPZ WILAYAH PERSEKUTUAN SASAR RM26O JUTA KUTIPAN ZAKAT

Date: 29-07-2010 Author: / PABM KHY HM ZAKAT-SASARAN

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasar untuk mengutip RM260 juta zakat tahun ini menerusi 84,000 orang pembayar. Pengurus Besar PPZ-MAIWP Mohd Rais Alias berkata sasaran itu adalah lebih tinggi berbanding jumlah kutipan pada 2009 iaitu sebanyak RM242 juta dengan jumlah pembayar sebanyak 78,820 orang. Beliau berkata demikian pada majlis pelantikan rasmi Kaunter Pejabat Pos Suria KLCC sebagai kaunter angkat PPZ. Pejabat Pos Suria KLCC merupakan kaunter angkat keempat selepas kaunter BIMB Putrajaya, Pejabat Pos Gombak dan Bank Muamalat Bandar Tasik Selatan. Menurut Mohd Rais, Pos Malaysia adalah antara ejen zakat PPZ yang menjadi penyumbang zakat terbesar. Beliau berkata antara sebab PPZ memilih Pejabat Pos KLCC sebagai kaunter angkat adalah kerana waktu operasinya tamat pada pukul 6 petang dan

Page 29: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

28 http://blis.bernama.com/mainHome.do

ini dilihat dapat membantu para pembayar zakat membuat bayaran zakat mereka selepas waktu kerja. Ia beroperasi pada setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang dan ditutup hanya pada Sabtu minggu pertama. Beliau berkata pemilihan itu juga berdasarkan lokasi yang strategik dengan dikelilingi oleh mereka yang berkemampuan untuk membayar zakat. Katanya pembayar zakat juga akan menerima cenderahati percuma dari pihak PPZ-MAIWP jika membuat bayaran di kaunter-kaunter angkat PPZ-MAIWP dan pemberian cenderahati itu juga adalah sepanjang masa dan tiada tempoh dihadkan. Mohd Rais berkata pihaknya juga mempunyai perancangan untuk melantik Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Pudu sebagai kaunter angkat PPZ dan ia mungkin dilaksanakan pada akhir tahun ini atau tahun depan. -- BERNAMA PABM KHY HM

LEMBAGA ZAKAT ANTARABANGSA DITUBUH DISEMBER BANTU NEGARA ISLAM MISKIN

Date: 27-07-2010 Author: / NSS AR RS JAMIL KHIR-OIC

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Penubuhan Lembaga Zakat Antarabangsa (IZO) bagi membantu negara Islam yang dibelenggu kemiskinan dijangka menjadi kenyataan Disember ini selepas mendapat persetujuan sekurang-kurangnya lima negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha ke arah itu sedang dijalankan melalui 'Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Negara-Negara Anggota OIC: Ke Arah Penubuhan IZO' yang bermula hari ini sehingga esok di ibu negara. "Kita berharap persidangan ini dapat mengumpul paling tidak Article of Agreements yang bakal ditandatangani sekurang-kurangnya lima negara anggota. "Jika mendapat satu konsensus atau kesepakatan, baru pihak kerajaan boleh keluarkan melalui Wisma Putra bagi merealisasikan IZO ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat itu hari ini. "Matlamat IZO untuk mendekati kelompok individu-individu yang mempunyai rangkaian perniagaan terbesar di dunia dan menjangkau berbilion ringgit dengan harapan zakat daripada mereka boleh membantu umat Islam di seluruh dunia," katanya. Sehubungan itu, sekretariat sementara IZO yang berpusat di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur dengan bantuan syarikat-syarikat pengurusan aset dan institusi perbankan Islam antarabangsa akan mengenal pasti hartawan-hartawan Islam untuk membantu memberikan dana yang diperlukan. Menurutnya IZO tidak akan mengganggu hal ehwal pengurusan dan pentadbiran zakat termasuk dari segi kutipan dan pendapatan zakat di setiap negara yang terlibat termasuk Malaysia.

Page 30: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

29 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Ketika ditanya kaedah pengagihan zakat oleh IZO, Jamil Khir berkata ia akan membantu pembiayaan projek pembasmian kemiskinan untuk jangka masa panjang di negara-negara miskin. Inisiatif penubuhan IZO diilhamkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi OIC ketika itu semasa Sidang Kemuncak Khas OIC 2005 di Mekah. Cadangan itu disenaraikan dalam Rancangan Kerja 10 tahun OIC. Jamil Khir juga berharap usaha penubuhan IZO itu akan mendapat reaksi positif daripada 23 negara yang hadir pada mesyuarat itu antaranya Pakistan, Syria, Libya, Algeria, Turki, Sudan, Iran, Pakistan, Uganda dan Kazakhstan. -- BERNAMA NSS AR RS

ZAKAT DIBAYAR GUNA KAD KREDIT DI TERENGGANU

Date: 05-04-2010 Author: / IB SHI MAI ZAKAT-KREDIT

KUALA TERENGGANU, 5 April (Bernama) -- Mulai tahun ini, umat Islam di Terengganu boleh membayar zakat menggunakan kad kredit yang dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman, berkata penggunaan kad kredit itu bagaimanapun terhad kepada kad kredit yang berteraskan Islam. "Maidam telah menyediakan empat terminal bagi urusan pembayaran zakat melalui kad kredit ini iaitu di pejabat Maidam dan Surau Syed Al-Sagoff di Kuala Terengganu, Kerteh dan di Cukai," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan Telekom Malaysia kepada Maidam di sini hari ini. Wan Harujan berkata Maidam akan meluaskan terminal bagi penerimaan zakat melalui kad kredit ke pusat-pusat zakat Maidam di seluruh Terengganu dalam masa terdekat. Katanya dengan kaedah terbaru pembayaran zakat itu, Maidam yakin pungutan zakat di negeri itu akan meningkat. Sehingga Mac tahun ini, Maidam telah mengutip sebanyak RM9.4 juta zakat. Sebelum itu, Pengurus Besar TM Terengganu Azhar Omar telah menyampaikan zakat perniagaan sebanyak RM189,420 kepada Maidam. -- BERNAMA IB SHI MAI

SLOT MEDIA MENGENAI ZAKAT AKAN DIWUJUDKAN, KATA JAMIL

Date: 09-06-2009 JAMIL-MEDIA

Page 31: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

30 http://blis.bernama.com/mainHome.do

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Satu slot media mengenai pengagihan wang zakat bakal diwujudkan bagi mengelakkan kesangsian orang ramai terhadap pengagihan wang zakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom. "Bantuan wang zakat perlu dipaparkan kepada masyarakat umum untuk mewar-warkan pengagihan zakat sepenuhnya terhadap golongan asnaf," katanya. Jamil Khir berkata perbincangan berhubung slot media khas zakat itu sedang diadakan dengan pihak televisyen. Slot media zakat itu dicadangkan disiarkan sekurang-kurangnya sekali minggu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar konsep dan pengagihan zakat di bawah sinf fisabilillah di sini hari ini. Seminar anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu diadakan bagi memperkemaskan dan mengadakan penambahbaikan khususnya dalam usaha menyalurkan wang zakat kepada sinf fisabilillah. Beliau juga berkata pusat zakat perlu memperingatkan pembayar zakat melalui surat agar mereka dapat menunaikan tanggungjawab apabila tiba waktunya. --BERNAMA PMRM LES KAY

AGIH KUTIPAN ZAKAT SECARA ADIL DAN SAKSAMA, TITAH SULTAN KEDAH

Date: 31-05-2009 Author: / PKFI ZAJ RHM SULTAN-ZAKAT

ALOR SETAR, 31 Mei (Bernama) -- Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah bertitah supaya pengagihan zakat dilaksanakan dengan cara yang adil dan saksama bagi memastikan semua golongan yang berhak menerimanya tidak tersisih. Baginda memberikan contoh semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz apabila tiada seorangpun di kalangan lapan asnaf berhak menerima zakat termasuk fakir miskin. "Pemerintah berjaya melaksanakannya kerana rezeki yang melimpah ruah dan pentadbiran zakat ditadbir dengan cara yang berkesan oleh kerajaan," titah baginda semasa merasmikan Muktamar Peningkatan Pengurusan Wakaf dan Zakat di sini hari ini. Muktamar dua hari anjuran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan kerjasama Jabatan Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) itu disertai mereka yang terlibat dalam pengurusan zakat dan wakaf dari seluruh negara termasuk Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia. Mengenai kutipan zakat di Kedah, baginda berpuas hati kerana pungutan berpusat yang diamalkan telah meningkatkan kutipan kepada RM57 juta pada tahun lepas berbanding RM15.7 juta pada tahun 2000. "Beta bersyukur dengan kesedaran umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat yang membolehkan lebih ramai golongan yang layak menerimanya mendapat hak mereka," titah baginda. Tuanku Abdul Halim menyeru ketua-ketua jabatan di negeri ini bekerjasama

Page 32: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

31 http://blis.bernama.com/mainHome.do

dengan Jabatan Zakat Kedah dan MAIK untuk menyedarkan kakitangan masing-masing mengenai pembayaran zakat dan pemberian wakaf. Baginda bertitah, umat Islam wajar menyuburkan lagi amalan wakaf melalui peningkatan pengurusan harta wakaf sebagai satu jariah demi meningkatkan ekonomi rakyat untuk meringankan tanggungjawab kerajaan. Baginda mahu MAIK merangka satu pendekatan berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan keinginan umat Islam untuk mewakafkan wang dan harta mereka. "Hasil yang diperolehi boleh digunakan untuk memajukan sektor kebajikan, pendidikan, pembangunan prasarana dan pelaksanaan program yang bermanfaat bagi mengurangkan masalah sosial umat Islam," titah baginda. -- BERNAMA PKFI ZAJ RHM

PEMBAYARAN ZAKAT MUNGKIN DIKUATKUASA - JAMIL KHIR

Date: 05-05-2009 Author: / ZIM ZIM HM JAMIL KHIR-ZAKAT

PUTRAJAYA, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menguatkuasa undang-undang membayar zakat seperti yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung pembayaran cukai. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata sebelum dilaksanakan, beberapa perkara dari segi peraturan, akta dan undang-undang perlu disemak terlebih dahulu. "Pembayaran zakat pada masa ini amat menggalakkan, iaitu mencecah RM1 bilion bagi seluruh negara tahun lalu, tetapi persoalan sama ada ia akan dikuatkuasakan dalam perundangan akan dikembangkan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Jamil Khir berkata pembayaran zakat tidak membebankan pembayar cukai yang beragama Islam, kerana jumlah zakat yang dibayar akan ditolak dari jumlah cukai yang perlu dibayar. Beliau melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui Kad Combi Debit Mastercard, kerjasama antara Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Eoncap Islamic Bank Berhad. Menerusi perkhidmatan debit, pembayar zakat tidak perlu lagi membawa wang tunai semasa membayar zakat, katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Eoncap Islamic Bank Berhad, Fozia Amanulla berkata antara kelebihan sistem itu ialah, pelanggan boleh membayar zakat secara sekaligus atau ansuran. "Segala pembayaran akan didebit daripada akaun pemegang kad akaun simpanan atau semasa melalui baki yang ada," katanya. Buat masa ini, perkhidmatan tersebut boleh digunakan oleh pembayar zakat di

Page 33: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

32 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Wilayah Persekutuan sebelum dikembangkan ke seluruh negara, kata Fozia. -- BERNAMA ZIM ZIM HM

BANK RAKYAT PERUNTUKAN LEBIH RM30 JUTA UNTUK ZAKAT

Date: 21-05-2008 Author: / IB NSM NHD BANK RAKYAT-ZAKAT

KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia memperuntukan RM31.937 juta untuk bayaran zakat perniagaannya bagi tahun kewangannya 2007. Anggota Lembaga Pengarahnya Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, peruntukan itu berdasarkan jumlah keuntungan keseluruhan perniagaan bank pada tahun berkenaan sebanyak RM828.8 juta. "Jumlah peruntukan zakat ini telah meningkat kira-kira enam peratus berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM30.103 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di sini hari ini. Pada majlis itu, Zainuddin menyerahkan zakat sebanyak RM1 juta kepada Maidam yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Alwi Mohamad. Zainuddin berkata jumlah zakat yang dikeluarkan kepada Maidam hari ini telah meningkat sebanyak 7.4 peratus berbanding dengan jumlah yang dikeluarkan bagi zakat perniagaan Bank Rakyat pada 2006 iaitu sebanyak RM950,094.00. Beliau berkata bayaran zakat itu dibuat berdasarkan keuntungan operasi perniagaan empat cawangan Bank Rakyat di Terengganu iaitu Bank Rakyat cawangan Kemaman, Kuala Terengganu, Jertih dan Dungun. Zainuddin berkata keanggotaan Bank Rakyat sehingga kini telah mencecah lebih 700,000 orang dan lebih 1,000 buah koperasi. Sementara itu, Alwi berkata Maidam menyasarkan peningkatan kutipan zakat di Terengganu tahun ini mencecah RM54 juta berbanding RM51 juta tahun lepas. Beliau berkata sehingga hari ini, Maidam memungut sebanyak RM12 juta dan daripada jumlah itu sebanyak RM9 juta telah diagih-agihkan kepada mereka yang berhak. -- BERNAMA IB NSM NHD

MAYBANK UNJUR LEBIH 120 FIRMA BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE

Date: 13-05-2008 Author: / NJK SIV NHD MAYBANK-ZAKAT

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) menjangka kira-kira 120 perbadanan akan menggunakan perkhidmatan pembayaran zakat secara dalam taliannya yang baru melalui Maybank2e.net dalam masa 12 bulan akan datang,

Page 34: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

33 http://blis.bernama.com/mainHome.do

kata pengarah eksekutif dan ketua pegawai kewangan Datuk Aminuddin Md Desa hari ini. Beliau berkata sehingga kini, lebih 8,500 perbadanan menggunakan Maybank2e.net, portal kewangan pengurusan tunai berasaskan internet Islam pertama negara, yang menggabungkan ciri-ciri pematuhan syariah bagi memudahkan aktiviti perbankan Islam. "Kami menjangka terdapat peningkatan dalam jumlah perbadanan yang menyertai kemudahan zakai ini," katanya dan mengunjur bilangannya akan naik sebanyak 25 peratus dalam masa setahun akan datang. Menurut beliau, terdapat kira-kira 21 juta urusniaga bernilai RM515 bilion yang dibuat melalui Maybank2e.net sejak Julai 2007 hingga sekarang. Maybank2e.net menawarkan kemudahan perkhidmatan seperti pembayaran gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) SOCSO dan zakat, melalui pembayaran antara bank melalui RENTAS, pembayaran pinjaman, pertanyaan akaun, pengurusan cek, kewangan perdagangan, laporan penyelesaian perdagangan, eDividen, eKutipan dan laporan pengurusan online yang komprehensif, katanya. Terdahulu hari ini, Maybank menandatangani perjanjian dengan tiga badan zakat iaitu Pusat Kutipan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Lembaga Zakat Selangor dan Pusat Zakat Negeri Sembilan bagi perkhidmatan pembayaran zakat dalam talian. "Di bawah perjanjian perkhidmatan ini, perbadanan perniagaan dan kakitangan mereka di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Negeri Sembilan kini boleh melaksanakan pembayaran zakat secara dalam talian dengan Maybank2e.net," kata Aminuddin. "Kami menjangka dalam tahun ini, sembilan hingga 10 lagi pusat zakat akan menjalin pakatan dengan kami." -- BERNAMA NJK SIV NHD

350 ANAK-ANAK PENERIMA ZAKAT BERKHATAN

Date: 16-12-2007 Author: / MK MK ROS LZS-Khatan

SHAH ALAM, 16 Dis (Bernama) -- Seramai 350 anak-anak daripada golongan penerima zakat (asnaf) serta fakir miskin dari sekitar Shah Alam dan Klang menyertai Program Khatan Perdana anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di sini hari ini. Program Khatan Perdana itu yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri Datuk Abdul Rahman Palil, merupakan antara program terbesar diadakan LZS bertujuan membantu penerima zakat dan fakir miskin mengkhatankan anak-anak lelaki mereka secara percuma di Masjid Negeri di sini. "Kita dapati bahawa kos untuk mengkhatankan anak ketika ini agak tinggi dan ada di antara keluarga miskin dan fakir tidak mempunyai kemampuan," kata Abdul Rahman.

Page 35: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

34 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Justeru, katanya program itu diadakan secara percuma memandangkan berkhatan merupakan salah satu tuntutan Islam dan ia merupakan amalan para nabi serta rasul. Seramai 18 doktor dari sekitar daerah Shah Alam turut menyumbang tenaga dalam membantu LZS menjalankan program itu. Abdul Rahman berkata selain bantuan kewangan, LZS turut menyediakan bantuan persekolahan termasuk yuran kepada anak-anak asnaf dan fakir miskin untuk mendapat pendidikan yang lebih sempurna. Setakat ini LZS membelanjakan RM6 juta sebagai bantuan yuran persekolahan kepada 15,000 anak-anak daripada golongan berkenaan. -- BERNAMA MK MK ROS

BAYAR ZAKAT FITRAH KEPADA AMIL BUKAN KEPADA KUMPULAN SESAT

Date: 14-10-2007 Author: / MHA JRL ISA Zakat-Sesat

Shah Alam, 14 Okt (Bernama) -- Muslimin dinasihatkan supaya membayar zakat fitri kepada amil bertauliah yang dilantik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bukan kepada ketua kumpulan ajaran sesat. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, sepanjang bulan Ramadhan, pihaknya menerima aduan yang menyatakan bahawa anggota-anggota kumpulan ajaran sesat tidak membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik MAIS. "Kita sedang buat siasatan mengikut enakmen Majlis Agama Islam," katanya di majlis rumah terbuka hari raya di Dewan Datuk Ahmad Razali, Klang hari ini. Rahman berkata, nazir-nazir masjid di daerah-daerah tertentu diminta mengemukakan laporan secara terperinci mengenai beberapa individu yang dikatakan mengutip zakat fitrah bukannya melalui amil yang dilantik MAIS. Selain itu, MAIS juga akan terus memantau sisa-sisa pergerakkan kumpulan Al-Arqam dan Rufaqa yang dilaporkan masih bergerak aktif di tempat-tempat terpencil sejak akhir-akhir ini, katanya. Menurutnya, amalan Al-Arqam dan Rufaqa harus dibanteras secara menyeluruh dan bersepadu bersama-sama pihak berkuasa, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan polis di seluruh negeri. -- BERNAMA MHA JRL ISA

AGIHAN ZAKAT PERLU CETUS IMPAK BESAR DALAM MASYARAKAT

Date: 25-09-2007 Author: / ZAZ RS

Page 36: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

35 http://blis.bernama.com/mainHome.do

Raja Nazrin-Zakat

IPOH, 25 Sept (Bernama) -- Pengagihan zakat kepada semua asnaf mestilah bersifat menyeluruh dan mendatangkan impak besar dan tidak hanya dilihat sebagai dana kebajikan, titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini. Baginda bertitah pengagihan zakat juga harus memberi keutamaan kepada program membangunkan modal insan dan melahirkan usahawan. Baginda menegaskan jalinan kerjasama dengan pihak lain yang berpengalaman seperti Amanah Ikhtiar Malaysia dalam program keusahawanan perlu diterokai bagi tujuan itu. "Pertukaran idea dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri lain yang telah terbukti berjaya wajar dilakukan. Sikap tidak mahu keluar dari zon selesa sedia ada merupakan penyakit yang menghalang pencapaian lebih gemilang," titahnya ketika mempengerusikan Persidangan ke-159 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini. Baginda bertitah idea penubuhan Pusat Agihan Zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan hendaklah diteliti dan diadaptasi sebagai satu pembaharuan dalam usaha meningkatkan prestasi mengurus dana zakat. Selain itu, Raja Nazrin bertitah pengurusan kewangan yang cekap merupakan komponen penting menentukan kejayaan sesuatu perancangan serta mengelakkan pembaziran. "Pengurusan sumber kewangan secara cekap oleh mereka yang memiliki kepakaran dan kebijaksanaan yang tinggi akan dapat meningkatkan produktiviti yang dapat pula memberi manfaat kepada kumpulan sasaran. Sebaliknya, pengurusan kewangan yang lemah berakhir dengan pembaziran lalu gagal mendatangkan hasil optimum," titahnya. Baginda bertitah ketirisan akan berlaku sekiranya sumber kewangan gagal diuruskan secara berhemah dan telus. Untuk itu, rasa tanggungjawab yang tinggi perlu ada di kalangan perancang dan pelaksana kewangan. "Tatacara kewangan yang telah digariskan hendaklah dipatuhi sepenuhnya supaya amalan pengurusan kewangan memperlihatkan budaya pengurusan yang amanah lagi bertanggungjawab," titahnya. "Teguran dari Jabatan Audit hendaklah dijadikan kompas panduan bagi melakukan langkah-langkah pembetulan demi memastikan pengurusan kewangan mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi," titahnya. Raja Nazrin bertitah Jabatan Agama Islam hendaklah berusaha untuk memperlihatkan tahap pengurusan kewangan yang dapat dijadikan teladan dan contoh serta menjadi tunggak dan teras kepada sifat amanah, telus dan bertanggungjawab. Titahnya kelemahan jabatan berkenaan bukan saja memberi imej buruk kepada jabatan malah akan secara langsung menjejaskan maruah agama dan umat Islam. "Sebarang salah laku kakitangan dan anggota di bawah pengawasan majlis turut menjejaskan imej dan umat Islam. Amatlah mendukacitakan apabila tersiar berita akan tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap salah seorang pegawai di Mahkamah Syariah Perak baru-baru ini," titahnya. Baginda bertitah kejadian seperti itu amat memalukan dan hendaklah dijadikan pengajaran dan dielakkan dari berulang kerana ia menjejas imej Majlis dan Jabatan Agama Islam. -- BERNAMA ZAZ RS

SERAMAI 37,678 FAKIR MISKIN TERIMA BANTUAN ZAKAT UNTUK

Page 37: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

36 http://blis.bernama.com/mainHome.do

AIDILFITRI

Date: 07-09-2007 Author: / ND NSM SN Fakir-Zakat

BESUT, 7 Sept (Bernama) -- Seramai 37,678 fakir miskin di seluruh negeri akan menerima bantuan zakat berjumlah RM7.53 juta dari Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) sempena sambutan Hari Raya Adil Fitri tahun ini. Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembahagian zakat sebanyak RM200 seorang itu akan mula dibahagikan kepada penerima melalui majlis yang diadakan di kawasan masing-masing bulan ini. "Pada tahun lepas Terengganu berjaya mengutip sejumlah RM42.8 juta zakat dan ini merupakan peningkatan berbanding RM2.8 juta pada tahun sebelumnya. Tahun ini kita menjangkakan akan memperoleh RM45 juta hasil pembayaran zakat," katanya. kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan zakat sebanyak RM21,920 kepada 1,096 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh. Terdahulu, ketika berucap Idris berkata Maidam akan membuat satu program pemutihan bagi memastikan tidak berlaku kes penerimaan bantuan wang zakat secara berterusan oleh mereka yang tidak lagi layak menerimannya. Beliau berkata Maidam sedar terdapat golongan miskin yang kini telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka dan keluar daripada garis kemiskinan. "Kami amat mengalu-alukan individu yang merasakan tidak lagi layak untuk menerima bantuan supaya tampil secara sukarela memaklumkan status mereka supaya mereka tidak terus menerus menerima bantuan zakat," katanya. -- BERNAMA ND NSM SN

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN

Date: 25-07-2007 Majlis Penyerahan Zakat...

NOTA KEPADA EDITOR, MEJA AM TARIKH : 26 JULAI 2007 ( KHAMIS ) MASA : 10.30 PAGI - 12.00 Tengahari TEMPAT : TINGKAT 4, DEWAN PUTRA, HOTEL PUTRA KL JALAN TUN RAZAK , KUALA LUMPUR Sebanyak 8 buah syarikat dan institusi kewangan akan menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM6.2 juta kepada Y.B Dato'Dr Abdullah Md.Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP) Syarikat-syarikat yang bakal menyerahkan zakat perniagaan Lembaga Tabung Haji (RM4.1juta), Bank Islam Malaysia Berhad (RM1.6juta), Pos Malaysia Berhad (RM169ribu), Tenaga Nasional Berhad (RM128ribu), TH Technologies Sdn. Bhd.

Page 38: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

37 http://blis.bernama.com/mainHome.do

RM117ribu), EONCAP Islamic Bank Berhad (RM57ribu), Bank Simpanan Nasional (RM52ribu) dan Institut Usahawan Bumiputera (RM8500 Tuan/puan di jemput menghantar wartawan dan jurugambar/ jurukamera untuk membuat liputan majlis. Faris Ezwan Ali Khan Assistant Executive Corporate Communications Zakat Collection Centre Federal Territory Islamic Council Tel: 03-2693 6699 ext. 218 Fax: 03-2693 9355 H/P: 019-358 6534 E-Mail: [email protected] TARIKH SIARAN: 25 JULAI 2007 DISIARKAN OLEH BERNAMA ,PERHUBUNGAN MEDIA DAN PENGURUSAN ACARA

BANK RAKYAT SASAR KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI DAN ZAKAT TINGGI TAHUN INI

Date: 30-07-2007 Author: / MI THS ZK BANKRAKYAT-JANGKA

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Bank Rakyat Malaysia Bhd mengunjur keuntungan sebelum cukai dan zakat yang tinggi sebanyak RM720 juta tahun ini berbanding RM626.6 juta tahun lepas. Pengarah urusannya, Datuk Kamarulzaman Che Mat berkata berdasarkan keputusan suku kedua bank itu yakin dapat mencapai sasaran tersebut tahun ini. "Bank itu mencatatkan kenaikan 26.97 peratus dalam keuntungan sebelum cukai dan zakat iaitu sebanyak RM361.24 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2007, berbanding suku yang sama sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas permeterian memorandum persefahaman (MoU) dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd dan Takaful Ikhlas Sdn Bhd untuk menyediakan kemudahan pembiayaan dan perlindungan peribadi kepada kakitangan awam. Beliau berkata keuntungan yang bertambah baik itu adalah hasil daripada peningkatan pendapatan faedah bersih dan pendapatan bukan faedah. "Jumlah pendapatan meningkat kepada RM1.291 bilion daripada RM1.022 bilion sebelumnya. "Pendapatan faedah bersih meningkat kepada RM704.19 juta daripada RM607.57 juta sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan berterusan pembiayaan dan deposit serta penambahbaikan kualiti aset. "Pendapatan bukan faedah meningkat 27.60 peratus kepada RM117.81 juta disokong oleh pendapatan tinggi bagi yuran pemprosesan pinjaman dan peningkatan dalam masuk kira semula hutang lapuk," katanya. Kamarulzaman berkata bank itu akan meneruskan usahanya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan baru seperti pembiayaan kereta bagi menampung permintaan.

Page 39: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

38 http://blis.bernama.com/mainHome.do

"Pembiayaan pengguna merupakan tumpuan utama perniagaan Bank Rakyat yang menyumbang 94.86 peratus daripada jumlah pembiayaan bank pada akhir Jun 2007," katanya. -- BERNAMA MI THS ZK

PULAU PINANG WUJUD TABUNG ZAKAT ASEAN

Date: 24-08-2007 Author: / MUN MUN ROS Zakat-Asean

KEPALA BATAS, 24 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang memulakan inisiatif mewujudkan Tabung Zakat, Wakaf, Infaq dan Sukarelawan Asean (Pulau Pinang) bertujuan membantu umat Islam yang ditimpa kesusahan atau bencana. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahaya berkata untuk tujuan itu, satu peratus daripada kutipan zakat di negeri ini iaitu kira-kira RM300,000 akan disumbangkan kepada tabung berkenaan bagi membantu Islam yang benar-benar memerlukan. "Untuk permulaan kita lancarkan di peringkat negeri Pulau Pinang dan sudah ada perancangan untuk dilaksanakan di peringkat nasional melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Tabung itu dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Universiti Sains Malaysia, Ahad ini. Shabudin berkata pada majlis yang sama, Abdullah akan merasmikan Ijtima' Wakaf dan Zakat Pulau Pinang: Perkongsian Pintar dengan Negara Asean. Seramai 5,000 peserta terdiri daripada tokoh agama, ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi dijangka menghadiri ijtima' itu. Dua kertas kerja akan dibentangkan dan beberapa wakil dari negara Asean turut dijemput untuk memberi ulasan mengenai kertas kerja itu. "Ini akan memberi ruang kepada wakil dari negara Asean itu memberi pandangan dan berkongsi pengalaman bagi kepentingan umat Islam," katanya. -- BERNAMA MUN MUN ROS

Page 40: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

39 http://blis.bernama.com/mainHome.do

PM MAHU TABUNG ZAKAT DAN WAKAF SEDUNIA DIWUJUDKAN

Date: 26-08-2007 Author: / JUR BK Abdullah-Zakat

PULAU PINANG, 26 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta supaya usaha mewujudkan Tabung Zakat dan Wakaf Sedunia direalisasikan bagi kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Beliau berkata usaha itu penting bagi kesinambungan penubuhan Tabung Zakat, Wakaf, Infaq dan Sukarelawan Asean yang telah dilancarkan hari ini. Katanya institusi zakat di peringkat Asean perlu dimantapkan lagi. "Malangnya institusi Asean kini berada di satu tahap yang tidak sama dan sebaris, yang mana semua pencapaian yang diraih bergantung kepada kebijasanaan sumbangan rakyat dan kerajaan negara masing-masing," katanya dalam buku cenderahati Ijtimak Wakaf dan Zakat Pulau Pinang 2007: Perkongsian Pintar Dengan Negara-negara Asean (IWAZA 2007) di sini. Menurutnya Malaysia yang dilihat lebih maju dalam pengurusan wakaf dan zakat perlu memainkan peranan dengan berkongsi pengalaman dengan rakan dalam negara anggota Asean. Dalam IWAZA 2007 yang dianjurkan bersempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara hari ini, Tabung Zakat, Wakaf, Infaq dan Sukarelawan Asean dilancarkan bagi membantu umat Islam yang ditimpa kesusahan atau bencana di kalangan negara Asean. -- BERNAMA JUR BK

Page 41: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

1 http://emedia.com.my/

Headline: Kutipan zakat meningkat

Publication: BH

Date of publication: Jan 23, 2013

Section heading: Sentral

Page number: 007

Byline / Author: Oleh Nurul Fhatihah Mohd Zakinan

Shah Alam: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip RM451 juta zakat pada 2012,

peningkatan 14 peratus atau RM56.9 juta berbanding RM430 juta sebelum ini.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata kutipan itu

membabitkan RM432.2 juta zakat harta manakala zakat fitrah sebanyak RM18.8 juta.

"Pada 2012, kutipan zakat harta di Selangor meningkat 15 peratus berbanding tahun sebelumnya

iaitu RM376.1 juta.

"LZS juga berjaya mengutip zakat fitrah RM18.8 juta daripada 2.7 juta pembayar berbanding RM18

juta saja pada 2011," katanya pemberita selepas menghadiri mesyuarat Ahli Majlis MAIS di sini,

semalam.

Diagih kepada yang layak

Adzib berkata, MAIS melalui LZS sudah mengagihkan RM401.8 juta kepada mereka yang layak pada

2012 , meningkat sebanyak lapan peratus berbanding agihan pada tahun sebelumnya.

"Jumlah itu RM28.3 juta lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Golongan fisabilillah adalah

penerima tertinggi bantuan iaitu sebanyak RM140.2 juta diikuti golongan miskin RM95.5 juta pada

tahun lalu," katanya.

Cari fakir miskin menerusi SJK

Katanya, LZS meneruskan program pencarian fakir dan miskin menerusi Skuad Jejak Kemiskinan

(SJK) sejak ia diperkenalkan tahun lalu dan hasilnya, 932 keluarga sudah didaftarkan sebagai

golongan fakir dan miskin.

"Menerusi program ini juga LZS turut memberi sumbangan lain termasuk bantuan modal perniagaan

bagi membolehkan golongan ini keluar daripada belenggu kemiskinan pada masa depan," katanya.

Page 42: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

2 http://emedia.com.my/

Sementara itu, Adzib berkata, LZS sedang membina pusat jagaan warga emas Selangor yang akan

mula beroperasi September depan di Jalan Kebun, Shah Alam.

Pusat jagaan itu akan menyediakan perkhidmatan penjagaan, perlindungan, dan pemulihan bagi

warga emas sebatang kara, fakir miskin dan masih mampu menjaga diri.

Headline: Zakat harta cecah RM402j

Publication: HM

Date of publication: Jan 17, 2013

Section heading: Main Section

Page number: 046

Byline / Author: Oleh Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Kutipan zakat harta Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Wilayah (PPZ-MAIWP) mencecah

RM402 juta pada tahun lalu iaitu peningkatan 18 peratus berbanding RM341 juta pada 2011.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah pembayar zakat

pada tahun lalu mencatatkan 114,442 iaitu peningkatan 14 peratus berbanding tahun sebelumnya

iaitu 100,497 pembayar.

"Bagi pungutan zakat perniagaan jumlah kutipan RM74 juta, manakala pada tahun sebelumnya PPZ-

MAIWP memperoleh pungutan RM54 juta iaitu peningkatan 36 peratus.

"Jumlah pembayar bagi zakat perniagaan adalah 1,844 pembayar iaitu peningkatan 17 peratus

berbanding 2011 iaitu 1,571 pembayar.

"Bagi prestasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), 30

syarikat menyumbang kutipan kepada RM17 juta tahun lalu berbanding RM20.2 juta membabitkan 26

syarikat pada 2011," katanya pada sidang media pengumuman prestasi pungutan zakat PPZ-MAIWP

di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di sini, semalam.

Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP berkata, pendekatan menang-menang menjadi faktor

peningkatan kutipan di mana pihaknya membenarkan individu dan syarikat mengagihkan sendiri

Page 43: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

3 http://emedia.com.my/

kepada golongan asnaf tiga per lapan daripada bayaran zakatnya.

"Misalnya, mereka membayar zakat dengan nilai tertentu dan mengagihkan tiga per lapan bayaran

zakat itu kepada golongan asnaf," katanya.

Headline: 'Agih zakat lebih cekap'

Publication: HM

Date of publication: Nov 24, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 048

Byline / Author: Oleh Aininulniza Mohd Yusof

KANGAR: Masyarakat Islam di negeri ini semakin menunjukkan kesedaran tinggi kewajipan membayar

zakat apabila Majlis Agama Islam Perlis (Maips) berjaya mengumpul kutipan zakat termasuk zakat

perniagaan berjumlah RM69.1 juta pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM48 juta digunakan untuk Bantuan Sara Hidup kepada lebih 2,020

penerima terdiri daripada golongan asnaf selain digunakan untuk sumbangan aktiviti dan program

keagamaan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, berikutan itu, Maips perlu

berusaha mengagihkan bantuan zakat dengan lebih baik dan cekap sepanjang tahun ini sekali gus

membantu asnaf yang memerlukan.

"Jumlah kutipan zakat ini adalah jumlah yang besar dan usaha bagi meningkatkan kesedaran umat

Islam mengenai kepentingan berzakat akan terus dilipatgandakan bagi membantu golongan yang

memerlukan.

"Maips juga sudah membelanjakan RM5.51 juta bagi membina dan membaik pulih 405 rumah akibat

uzur dan rosak di seluruh negeri sehingga November ini sekali gus menunjukkan agensi itu sentiasa

peka dengan golongan yang memerlukan," titah baginda sempena Seminar Kesedaran Zakat dan

Wakaf Peringkat Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Anan C Mohd dan Ketua

Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia, Azri Ahmad yang turut membentangkan kertas kerja

Page 44: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

4 http://emedia.com.my/

kepada peserta seminar.

Titah baginda, Maips turut membelanjakan RM1.8 juta bagi membantu golongan pelajar yang

memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Zakat pelajaran ini diberikan kepada pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma

mahupun ijazah di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan memohon di Maips.

"Maips sudah menyerahkan zakat pelajaran kepada 18 pelajar diploma dan ijazah yang melanjutkan

pelajaran dengan pelajar ijazah menerima RM1,000 setiap seorang manakala pelajar diploma

menerima RM800 seorang," titah baginda.

Sementara itu, Maips turut melaksanakan Bulan Zakat Peringkat Negeri Perlis 2012 bertema 'Zakat:

Membersih Jiwa Menyubur Harta' bagi memantapkan promosi kutipan dan agihan zakat di seluruh

negeri bermula kelmarin sehingga 22 Disember depan.

Headline: Ramai culas zakat

Publication: MA

Date of publication: Dec 30, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 028

Byline / Author: Oleh Mohd Azam Shah Yaacob

KUALA LUMPUR: Seramai 15,488 individu dan 718 syarikat di Wilayah Persekutuan dikenal pasti gagal

membayar zakat pendapatan dan perniagaan tahun ini meskipun layak dan pernah membuat

pembayaran pada tahun sebelumnya.

Pengurus Besar Operasi, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-

MAIWP), Mohammed Hassan berkata, bilangan itu membabitkan jumlah kutipan zakat pendapatan

sebanyak RM42.8 juta dan zakat perniagaan RM12.4 juta.

Menurutnya, individu dan syarikat yang belum membuat pembayaran masih berpeluang berbuat

demikian di sembilan kaunter PPZ yang dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 8 malam bermula hari ini

hingga esok.

Page 45: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

5 http://emedia.com.my/

Sembilan kaunter itu ialah di Shamelin Perkasa; Daruzzakah, Kampung Baru; Masjid Negara; Wangsa

Maju; Masjid At-Takwa, Taman Tun Dr Ismail; Masjid Imam Al-Ghazali, Kepong; Masjid Abdul Rahman

Auf, Jalan Puchong; Presint 9, Putrajaya dan Ujana Kewangan, Labuan.

Sementara itu, sebuah kaunter di UTC KL, Pudu Sentral akan dibuka dari 8.15 pagi hingga 10 malam

hari sama.

"Kaunter ini dibuka bukan saja kepada individu dan syarikat yang belum membuat pembayaran,

malah memberi peluang kepada individu atau syarikat baru membuat semakan, taksiran dan

pembayaran zakat pendapatan serta perniagaan.

"Operasi kaunter dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 10 malam berikutan mengikut rekod, dua hari

terakhir ini paling banyak PPZ menerima pembayaran zakat," katanya ketika mengumumkan Hari

Bersama Pembayar Zakat di Pusat Pungutan Zakat, Masjid Negara, semalam.

Mohammed berkata, tahun ini pihaknya mensasarkan kutipan zakat RM360 juta berikutan wujud

pertambahan bilangan pembayar zakat yang dijangka mencecah 108,500 orang.

Katanya, tahun lalu kutipan zakat diterima sebanyak RM341 juta dengan jumlah pembayar seramai

100,400 orang.

"Kita percaya kutipan zakat tahun ini akan meningkat kerana kita melihat berlaku pertambahan

bilangan pembayar baru bagi tahun ini berbanding tahun lalu.

"Malah, sehingga November lalu, ada 102,291 pembayar zakat dengan jumlah kutipan diterima

sebanyak RM311.8 juta berbanding RM276.75 juta tahun lalu untuk tempoh sama membabitkan

89,441 pembayar zakat," katanya.

Menurutnya, selain membayar di kaunter, orang ramai boleh membuat pembayaran menerusi sistem

perbankan Internet sebelum jam 12 tengah malam ini bagi membolehkan resit dikeluarkan dalam

penyata untuk tahun ini juga.

"Jika ada transaksi perbankan Internet dibuat pada keesokan hari iaitu hari terakhir sebelum kutipan

ditutup, kita minta mereka menghubungi talian zakat 1-300-88-5757 untuk memaklumkan mengenai

transaksi itu supaya ia boleh diproses pada hari itu juga, seterusnya resit dapat dikeluarkan,"

katanya.

Page 46: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

6 http://emedia.com.my/

Headline: MAIS Zakat rancang lahir ramai usahawan

Publication: BH

Date of publication: Dec 28, 2012

Section heading: Bisnes

Page number: 006

MAIS Zakat Sdn Bhd, anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor, merancang membangunkan lebih

ramai usahawan sejajar usahanya mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan orang Islam.

Pegawai Pemasarannya, Fasihah Mat Radzi, berkata MAIS Zakat yang ditubuhkan pada Mac tahun lalu

mempunyai objektif yang antaranya menyemai semangat keusahawanan di kalangan asnaf sekali gus

membantu mereka keluar dari kategori itu.

Katanya, MAIS Zakat juga membantu mengenal pasti kursus dan latihan kemahiran untuk golongan

asnaf dan memadankan kerja yang sesuai untuk mereka bagi keluar dari kategori asnaf.

Banyak program

"Sekarang, kita banyak program keusahawanan di bawah syarikat di mana antaranya adalah pasar

rakyat, kedai burger, lori makanan bergerak, jadi setiap program itu ada usahawan tersendiri

"Di bawah Bahagian Pembangunan Produk dan Pemasaran yang saya kendalikan, ada 17 usahawan,"

kata kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Untuk pembangunan produk, MAIS Zakat bertindak sebagai pembiaya dan membantu dari segi

pelabelan dan cap halal.

Fasihah berkata, bagi usahawan yang baru bermula, syarat untuk mendapatkan label halal ialah mesti

ada premis.

"Label yang ada di produk kita ada tertera 'Usahawan di bawah bimbingan MAIS Zakat Sdn Bhd',

justeru apabila produk itu berada di pasaran, orang tengok produk MAIS saja, orang tahu ini adalah

produk untuk Muslim," katanya

Page 47: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

7 http://emedia.com.my/

Headline: Sasar RM150j kutipan zakat

Publication: HM

Date of publication: Nov 10, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 047

Byline / Author: Oleh Salman Hamat

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij) menyasarkan kutipan zakat RM150 juta bagi

tahun ini.

Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitumal dan Wakaf, Mustafa Omar berkata, pihaknya yakin sasaran

itu dapat dicapai hasil peningkatan kesedaran orang ramai berkaitan kepentingan menjelaskan zakat

untuk menyucikan pendapatan diperoleh.

"Sasaran itu dijangka mampu dicapai tanpa masalah berikutan angka terkini jumlah kutipan zakat di

negeri ini sudah mencecah RM142 juta iaitu kira-kira 90 peratus daripada jumlah ditetapkan kami.

"Secara keseluruhan, ada 35,000 pembayar zakat individu di negeri ini membabitkan penjawat

awam, kakitangan swasta, badan berkanun dan bekerja sendiri," katanya pada program Ops Zakat di

Tol Skudai di sini, semalam.

Pada program itu, kakitangan Maij mengedarkan risalah serta borang kaedah penaksiran sendiri

zakat pendapatan kepada pengguna jalan raya.

Orang ramai boleh menjelaskan bayaran zakat masing-masing melalui 11 kaunter kutipan zakat

Maij, kaunter bank terpilih, Pejabat Pos, potongan gaji melalui skim Infaq, amil zakat, perbankan

Internet dan kemudahan e-debit.

Menurut Mustafa, tahun lalu, jumlah kutipan zakat dikumpul Maij ialah RM137 juta berbanding

sasaran awal iaitu RM135 juta.

"Kaedah pembayaran zakat melalui potongan gaji bulanan turut mendorong orang ramai menunaikan

tanggungjawab mereka kerana ia lebih mudah serta efektif berbanding berurusan di kaunter atau

melalui amil zakat.

"Tahniah kepada mereka yang melunaskan zakat kerana bukan saja menunaikan tanggungjawab

Page 48: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

8 http://emedia.com.my/

kepada agama sebaliknya menyucikan pendapatan diperoleh, ia juga mencegah individu itu daripada

sifat kedekut," katanya.

Headline: Muip tambah peruntukan zakat kepada pelajar

Publication: HM

Date of publication: Nov 9, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 046

PEKAN: Majlis Ugama Islam Pahang (Muip) akan menambah peruntukan pembayaran zakat kepada

pelajar sekolah agama dan sekolah harian biasa dalam usaha meringankan beban ditanggung

keluarga masing-masing.

Peruntukan lebih RM1.2 juta disediakan tahun ini bagi membantu 10,000 pelajar yang belajar di 18

Sekolah Menengah Agama (SMA) seluruh negeri.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata disebabkan beberapa

faktor, Muip mengambil keputusan menambah jumlah pelajar yang akan menerima zakat tahun

depan.

Menurutnya, senarai sekolah yang memohon bantuan wang zakat untuk pelajar sudah diterima dan

Muip dalam proses terakhir menyemak sebelum dipersetujui untuk kelulusan.

Page 49: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

9 http://emedia.com.my/

Headline: 20 syarikat bayar zakat RM2.4 juta

Publication: HM

Date of publication: Dec 20, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 043

SHAH ALAM: Sebanyak RM2.4 juta zakat perniagaan diterima Lembaga Zakat Selangor (LZS)

daripada 20 syarikat dalam Majlis Penyerahan Bayaran Zakat Perniagaan dan Agihan Zakat, di sini,

semalam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, pihaknya

menyasarkan peningkatan sebanyak 20 peratus dalam jumlah kutipan dan entiti pembayar pada

tahun ini.

"Kami juga menyasarkan pertambahan 22 syarikat yang membayar zakat perniagaan iaitu sebanyak

136 syarikat berbanding 114 tahun lalu," katanya.

Antara syarikat yang menunaikan zakat perniagaan pada majlis itu ialah Sirim QAS International Sdn

Bhd dengan bayaran RM706,492; Padiberas Nasional Berhad (RM316,071); Affin Islamic Bank Bhd

(RM250,000) dan Meps Currency Management Sdn Bhd sebanyak RM200,000.

Pada majlis yang sama, lima indvidu turut menerima bantuan zakat daripada LZS berupa bantuan

rumah, perubatan dan kenderaan untuk perniagaan.

Page 50: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

10 http://emedia.com.my/

Headline: Zakat persediaan pelaburan akhirat

Publication: BM

Date of publication: Dec 16, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 035

Byline / Author: Oleh Husni Abdul Rahman

Bayangkan anda sedang melihat sebiji kek coklat besar diletakkan di sebuah meja. Ambil kek itu dan

potongkan kepada 40 bahagian. Setelah siap ambil hanya satu bahagian dan berikan pada seorang

rakan yang dari tadi sudah menelan air liurnya melihatkan kek itu.

Kemudian lihat kembali kek itu, bakinya adalah milik anda dan anda berhak makan semuanya.

Bandingkan milik anda dan satu bahagian yang telah anda berikan kepada rakan tadi. Sejujurnya,

tanyakan pada diri kek siapa lebih banyak bahagiannya? Semestinya kek yang berbaki di tangan kita.

Ini adalah analogi untuk membina kesedaran kerana ramai dalam kalangan kita sering mengeluh

tatkala tiba masa untuk menunaikan ibadah wajib atas harta kita. Bukannya apa, manusia sering alpa

dan leka.

Kita sering tersasar dan terlupa untuk membuat persediaan perbelanjaan bagi pelaburan akhirat

kerana terlalu terpesona dengan kehidupan dunia yang sementara. Cuba perhatikan bil perbelanjaan

dunia dan bandingkan dengan bil akhirat yang kita persiapkan untuk menuai hasilnya kelak.

Barangkali jumlah perbelanjaan dunia melebihi perbelanjaan akhirat yang kita peruntukkan.

Sedangkan dunia akan hilang dan akhirat yang semakin mendatang pasti kekal. Lakukanlah

taksirannya, anda pasti terkejut dengan realitinya yang mendukacitakan.

Inilah indahnya suatu sistem perbelanjaan dan pengurusan kewangan yang diturunkan Allah Taala

menerusi ayat al-Quran. Betapa kasihnya Allah Taala yang memberikan harta dan rezeki, bahkan

menurunkan pula kaedah perbelanjaan harta itu yang menjanjikan pulangan di dunia dan akhirat.

Hakikat dan hikmah

Hebat sungguh tawaran ini. Malangnya manusia masih tidak sedar kerana dibuai ilusi 'kemerosotan'

harta disebabkan menunaikan zakat. Inilah hakikat dan hikmah yang masih belum ramai

menyedarinya.

Page 51: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

11 http://emedia.com.my/

Daripada jumlah 100 peratus harta yang diperoleh hanya 2.5 peratus diperlukan sebagai zakat.

Ibarat kek, baki 97.5 peratus itu masih milik kita. Siapakah yang memiliki lebih banyak? Sudah tentu

kita. Allah pemilik mutlak harta, daripada-Nya ia datang dan Allah berhak menarik kurnianya bila-bila

masa.

Firman Allah SWT: "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat,

sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan

kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan

menentukannya bagi orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang yang beriman

kepada ayat-ayat Kami." (Surah al-A'araf, ayat 156)

Rahsia menunaikan zakat

Hikmah dan rahsianya mungkin terlalu besar dan abstrak untuk diungkapkan. Ia hanya mampu dirasai

golongan yang menunaikan tuntutannya.

Apakah mungkin seseorang tidak pernah merasai enaknya durian menceritakan keenakannya kepada

orang lain? Sudah tentu tidak. Jika ingin tahu rasanya maka anda perlu mencubanya. Begitu juga

dengan hikmah dan rahsia menunaikan zakat.

Hisablah dan nilaikanlah. Jika 2.5 peratus itulah taruhannya, maka anda berhadapan dengan pilihan

yang pelbagai iaitu 2.5 peratus modal untuk mendapat rahmat daripada-Nya dan 2.5 peratus adalah

kos untuk anda hilang segala-galanya tanpa disedari.

Jumlah 2.5 peratus adalah nilai yang sangat tidak berbaloi untuk ditamakkan jika dibandingkan

dengan azab neraka yang sangat pelbagai. Nilai itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan nikmat

bakal diterima di syurga kelak.

Kecil jumlahnya namun kesannya lebih besar daripada yang anda sangka. Justeru, apakah nilai 2.5

peratus kepada anda? Renungkan dan fikirkan. Jadikan ia sesuatu yang bermakna.

Page 52: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

12 http://emedia.com.my/

Headline: BSN beri bantuan zakat RM7,000

Publication: HM

Date of publication: Dec 14, 2012

Section heading: Metro Plus

Page number: 015

JOHOR BAHRU: Seramai 35 anggota Majlis Kebajikan Wanita, Ibu Tunggal dan Warga Emas Gelang

Patah terdiri daripada golongan kurang bernasib baik menerima bantuan zakat berjumlah RM7,000

disalurkan Bank Simpanan Nasional (BSN) Johor Bahru, baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Kebajikan Wanita, Ibu Tunggal dan Warga Emas Gelang Patah, Sadiah Mohd Ajib

berkata, setiap penerima bantuan menerima sumbangan RM200 bertujuan meringankan beban

masing-masing.

Menurutnya, pihaknya berterima kasih kepada BSN yang menyalurkan bantuan zakat kepada ahli

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu untuk kali keempat.

Katanya, antara penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah selain

warga emas.

"Kami berharap penerima bantuan dapat menggunakan wang disalurkan sebaik mungkin.

"Bagi memudahkan penerima, semua wang dimasukkan ke akaun bank mereka," katanya.

Sementara itu, penerima bantuan, Emasati Hussein, 56, berkata, dia bersyukur dipilih menerima wang

zakat itu.

Menurutnya, secara tidak langsung bantuan itu meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai

pekerja pembersihan.

"Saya mempunyai empat anak termasuk seorang yang masih bersekolah dan bercadang menabung

wang itu bagi kegunaan kecemasan," katanya.

Page 53: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

13 http://emedia.com.my/

Headline: Bank Islam serah zakat RM30,000

Publication: BH

Date of publication: Jan 2, 2012

Section heading: Main section

Page number: 021

Byline / Author: Oleh Ainal Marhaton Abd Ghani

KUANTAN: Bank Islam (M) Bhd (Bank Islam) menyerahkan zakat berjumlah RM30,000 kepada

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Norasni Ayob, berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada

tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha membantu pelajar miskin yang memerlukan

bantuan kewangan.

Beliau berkata, pelajar tidak harus menjadikan masalah kemiskinan sebagai penghalang untuk

kejayaan sebaliknya bertekad untuk mengukir kejayaan walaupun dalam keadaan kekurangan wang

untuk perbelanjaan di kampus.

Pelajar seperti ini wajar dibantu dan bertitik tolak daripada itu, Bank Islam bersedia menyalurkan

terus kepada tabung kebajikan universiti kerana pihak universiti lebih tahu dan dapat mengenalpasti

pelajar yang lebih layak menerima bantuan ini.

Kami bukan hanya memfokuskan aktiviti kepada yang menjana keuntungan material, tetapi turut

memberi keseimbangan dari segi pengisian kerohanian, merapatkan ukhwah dan juga aspek

pembangunan sosio-ekonomi,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan zakat berkenaan yang disampaikan Ketua Wilayah

Timur Bank Islam, Wan Rosita Wan Mohamed kepada Penolong Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar &

Alumni), Profesor Dr Yuserrie Zainuddin di UMP Kampus Gambang, dekat sini.

Turut hadir Penolong Pengurus Besar Pengurusan Tunai, Norhuda Idrus; Pengurus Perhubungan

Pengurusan Tunai Wilayah Timur, Syed Ahmad Kamir Syed Khairuddin; Pengurus Cawangan Kuantan,

Datuk Abd Manan Talib dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr

Badhrulhisham Abdul Aziz.

Sementara itu, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim, berkata keprihatinan Bank

Islam dalam membantu pelajar miskin universiti menjadi titik tolak kepada pihaknya meneruskan

Page 54: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

14 http://emedia.com.my/

iltizam melahirkan golongan cerdik pandai dalam semua bidang kejuruteraan.

Setiap pelajar yang terpilih menerima sumbangan ini wajar menggunakannya secara berhemah

seperti pembelian buku rujukan dalam persiapan menghadapi ujian akhir semester yang sedang

berlangsung.

Walaupun peruntukan setiap seorang tidak terlalu besar, tetapi sekurang-kurangnya dapat membantu

menguruskan perbelanjaan harian dengan lebih sempurna."katanya.

Headline: PPZ-MAIWP potong zakat dalam talian

Publication: BH

Date of publication: Dec 11, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 028

? Bagaimanakah caranya untuk saya membayar zakat melalui potongan gaji secara dalam talian

(online) di Kuala Lumpur. Sebelum ini saya membayar zakat di Sabah kerana bekerja di negeri itu

dan sekarang sudah berpindah ke Kuala Lumpur dan mencari rezeki di kota raya ini.

Norizah Mahmud

Kuala Lumpur

! Portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP) menerusi

www.zakat.com.my menyediakan kemudahan untuk pembayar zakat menunaikan tanggungjawab itu

melalui potongan gaji secara dalam talian.

Pembayar zakat hanya perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) secara dalam talian

dan kami akan membuat susulan dengan bahagian gaji atau majikan pembayar. Proses ini mengambil

masa tujuh hari bekerja.

Bagi yang sudah membayar zakat di kaunter zakat di Wilayah Persekutuan, mereka juga boleh

membuat semakan pembayaran rasmi dengan cara mendaftar di portal berkenaan. Pembayar zakat

juga boleh memohon salinan resit dan penyata melalui emel dan akan dipos ke alamat didaftarkan.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan PPZ di talian 1300885757

Page 55: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

15 http://emedia.com.my/

atau melayari laman web www.zakat.com.my. Umat Islam yang tidak berkesempatan mengunjungi

kaunter zakat boleh menunaikan tanggung jawab membayar zakat melalui potongan gaji zakat

secara dalam talian yang dinamakan sebagai Skim Thohir.

Bermula Ogos hingga Disember 2011, kami menerima jumlah bayaran zakat RM266,638.28 daripada

740 pembayar dan ia menyumbang 10 peratus daripada kutipan zakat di portal PPZMAIWP. Bagi

tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah pembayar zakat melalui potongan gaji itu meningkat

613 dengan kutipan RM75,878.

Mohammed Hassan

Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP

Headline: Banyak hikmah berzakat

Publication: HM

Date of publication: Dec 7, 2012

Section heading: Variasi

Page number: 016

SECARA khusus, zakat mempunyai banyak hikmah dan erti dalam kehidupan umat manusia,

terutama berkaitan Allah atau hubungan sosial kemasyarakatan di antara manusia, antaranya:

1. Dapat menyucikan diri dari dosa, membersihkan diri daripada perasaan bongkak dan tamak

pembayar zakat.

2. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

3. Sebagai ungkapan syukur ke atas nikmat yang diberikan Allah di kalangan orang yang berada,

kerana asal kekayaan itu adalah daripada Allah.

4. Sebagai sokongan moral kepada orang yang baru masuk Islam (muallaf).

5. Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang berguna bagi ummah.

6. Membanteras penyakit iri hati, rasa benci dan dengki orang fakir dan miskin terhadap orang kaya

Page 56: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

16 http://emedia.com.my/

selain pengikat silaturahim antara golongan kaya dengan yang miskin dan penghapus jurang yang

menjadi pemisah antara golongan yang kuat dengan yang lemah.

7. Memberikan peluang kepada golongan kaya untuk beramal ibadat melalui mengeluarkan zakat

dengan mengagihkan sebahagian kecil kekayaan mereka kepada golongan yang kurang berada.

8. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan Allah di samping perhubungan antara manusia

dengan manusia.

9. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

10. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredai Allah.

11. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Headline: Mudah bayar zakat

Publication: HM

Date of publication: Dec 7, 2012

Section heading: Variasi

Page number: 016

PUSAT Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) memainkan peranan penting bagi membuat kutipan

zakat harta bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Usaha bersungguh-sungguh itu membuahkan hasil apabila jumlah kutipan zakat yang diperolehi

setiap tahun meningkat.

Usaha PPZ dalam publisiti, kempen dan promosi bagi mendidik masyarakat kepentingan membayar

zakat dijalankan berterusan.

Ia mendapat kerjasama semua institusi seperti agensi kerajaan, swasta, masjid dan surau.

Hasil daripada kerja keras itu, pembayaran zakat semakin meningkat. Ini menunjukkan kesedaran

umat Islam terhadap kewajipan menunaikan zakat setiap tahun.

Bagi perlaksanaan agihan zakat di Wilayah Persekutuan, dua organisasi dilantik iaitu Baitulmal bagi

Page 57: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

17 http://emedia.com.my/

agihan di Wilayah dan Yayasan Taqwa bagi luar Wilayah Persekutuan.

Berzakat apabila cukup haul dan nisab adalah satu kewajipan dan tanggungjawab.

Justeru, umat Islam boleh berzakat di mana jua dengan kemudahan yang disediakan PPZ, antaranya:

A. Kaunter PPZ (10 buah)

* Daruzzakah

* Masjid Negara

* Wangsa Maju

* Anjung Niaga Masjid At-Tawa, Tsmsn Tun Dr Ismail

* Presint 9, Putrajaya

* Bangunan Shamelin

* Labuan

* UTC, Pudu Sentral

* Masjid Imam Al-Ghazali, Kepong

* Masjid Abdul Rahman Auf, Puchong

Kaunter PPZ dibuka tujuh hari seminggu dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 petang.

Kaunter PPZ di UTCKL Pudu Sentral dibuka setiap hari dari jam 8.15 pagi - 10 malam.

B. Melalui bank (17 bank)

C. Kaunter pejabat pos (45 BUAH)

D. Portal PPZ (www. zakat.com.my)

Page 58: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

18 http://emedia.com.my/

E. Mailing

F. Kad kredit perbankan Islam - Arahan tetap

G. MyEG

H. I Zakat - bagi telefon pintar Android dan Iphone.

I. Mesin deposit cek

J. 'Postdated' cek

K. Skim Thohir (skim potongan gaji zakat)

Hubungi talian zakat PPZ 1-300-88-5757 atau layari laman web www.zakat.com.my untuk maklumat

lanjut.

Headline: SME Bank sumbang wang zakat RM25,000

Publication: HM

Date of publication: Oct 30, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 030

LEDANG: Empat Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebuah surau di

Tangkak menerima sumbangan wang zakat berjumlah RM25,000 daripada SME Bank sebagai

tanggungjawab sosial korporat (CSR) institusi kewangan itu, pada Aidiladha lalu.

Sumbangan wang zakat masing-masing berjumlah RM5,000 itu diterima JKKK Sialang, Tanjung

Labuh, Seri Maamor, Padang Lerek 1 dan 2 dan Surau Anjung Batu, untuk diagihkan kepada golongan

asnaf di kampung berkenaan.

Pengarah Pusat Pembangunan Usahawan SME Bank, Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod berkata, selain

sumbangan itu, tujuh lembu turut disumbangkan kepada penduduk kampung untuk majlis korban dan

dagingnya diagihkan kepada golongan memerlukan.

Page 59: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

19 http://emedia.com.my/

"Program julung kali ini memberi peluang kepada kami untuk turun padang bagi bertemu dan

beramah mesra bersama penduduk kampung.

"Keuntungan yang diraih SME Bank wajib dikongsi bersama masyarakat dan kami menyalurkannya

melalui pengeluaran zakat untuk diagihkan kepada lapan asnaf yang berhak menerimanya," katanya

pada majlis Korban Perdana dan Sumbangan Wang Zakat 2012 anjuran Umno Bahagian Ledang dan

SME Bank di Kampung Sialang, Tangkak, baru-baru ini.

Program berkenaan dirasmikan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan dihadiri Ahli

Parlimen Ledang, Hamim Samuri; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tangkak, Goh Tee Tee;

Pegawai Daerah Ledang, Ab Han Ramin; dan Ketua Kampung Sialang, Mohd Yusof Ahmad.

Sheikh Ghazali berkata, SME Bank akan terus menjalankan aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Headline: RM100,000 tebus dosa

Publication: HM

Date of publication: Oct 30, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 028

Byline / Author: Oleh Ibrahim Isa

JOHOR BAHRU: Istilah zakat yang tidak ada dalam hukum syarak seperti zakat degil, diri, rumah,

bukan Muslim dan pelbagai istilah lain digunakan seorang lelaki yang mendakwa dirinya amil, bagi

mengelirukan mangsanya.

Lelaki yang menggunakan nama samaran Nizam @ Idris itu turut mengaku mampu meramal tarikh

kematian, kiamat dan menebus dosa individu yang mendampinginya.

Dalam kejadian terbaru Julai lalu, seorang warga emas berusia 73 tahun dari Larkin di sini, kerugian

lebih RM100,000 apabila menyerahkan sejumlah wang tunai kepada Nizam.

Anak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zana, 31, berkata dia dan ibunya berkenalan dengan

lelaki terbabit pada 16 Julai lalu ketika mahu menderma wang kepada anak yatim.

Menurutnya, sejak berkenalan, ibunya sering menghubungi lelaki itu menggunakan telefon bimbit dan

hasil perkenalan singkat itu, Nizam mengatakan kami sekeluarga banyak masalah dan hidup tidak

Page 60: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

20 http://emedia.com.my/

tenteram.

"Bagi menebus dosa dan menghapuskan semua masalah itu, Nizam yang berperwatakan alim

memberi jalan penyelesaian iaitu kami perlu membayar sejumlah wang kepadanya," katanya di sini,

semalam,

Menurut Zana, bagi meyakinkan keluarganya, Nizam mendakwa dirinya terpilih di kalangan 200

individu yang mempunyai hubungan terus dengan Allah dan dapat meramal tarikh kematian

seseorang selain mengetahui bila tarikh berlakunya hari kiamat.

Zana berkata, Nizam turut mendakwa dengan hanya meminta tarikh lahir, lelaki terbabit melakukan

solat tertentu dan menceritakan pengalamannya melihat masa depan serta tahu sejarah hidup

mangsanya.

"Bagi menebus dosa anak dan bapa, ibu saya diminta membayar RM12,444 dan setiap ahli keluarga

kami mempunyai nilai berbeza.

"Sebagai anak, saya tidak percaya dengan dakwaan Nizam dan cuba menghalang ibu daripada

mendapatkan khidmat lelaki terbabit," katanya.

Menurut Zana, akibat bantahannya itu, Nizam mengenakan denda RM7,000 terhadap ibunya selain

perlu menggadai barangan kemas bernilai RM8,000.

"Nizam berbuat demikian atas alasan ibu akan meninggal dunia selepas Aidilfitri lalu. Ibu seolah-olah

dipukau dan semua nasihat keluarga tidak dihiraukan, malah menganggap kami yang menasihatinya

sebagai musuh," katanya.

Menurut Zana, Nizam mendakwa kiamat akan tiba tidak lama lagi dan ibunya perlu menjual rumah

bernilai RM3 juta kepadanya pada harga murah.

Katanya, keluarganya sedar Nizam cuba menipu mereka dan berikutan itu, mereka membuat laporan

di Balai Polis Sentral bagi memastikan kegiatan lelaki terbabit dapat dihentikan.

Page 61: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

21 http://emedia.com.my/

Headline: Syor keluar kad agihan zakat

Publication: BH

Date of publication: Dec 5, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 024

Putrajaya: Semua majlis dan jabatan agama Islam negeri disaran mengeluarkan kad laporan agihan

zakat kepada pembayar zakat, sebagai galakan kepada mereka untuk terus berzakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata amnya, menjelang hujung

tahun antara 80 hingga 90 peratus daripada kutipan zakat sudah diagih kepada golongan asnaf.

Baki dibawa tahun depan

"Baki dalam 20 peratus itu akan dibawa ke tahun depan, terutama untuk agihan pada Januari dan

Februari kerana pada bulan itu jumlah kutipan zakat agak berkurangan," katanya selepas

melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012, di sini, semalam.

Katanya, golongan asnaf tertinggi yang menerima agihan zakat ialah fakir miskin, diikuti pembiayaan

pendidikan.

Beliau berkata, kadar pungutan dan agihan zakat di seluruh negara dijangka meningkat pada 2012

berdasarkan pertambahan jumlah kutipan sejak kebelakangan ini.

"Ini menunjukkan tahap kesedaran umat Islam di negara ini mengenai ibadah berzakat semakin baik

walaupun jumlah kutipan lazimnya meningkat ketika bulan puasa dan hujung tahun.

Page 62: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

22 http://emedia.com.my/

Headline: 3 rumah kebajikan terima zakat ASM Investment

Publication: HM

Date of publication: Oct 25, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 051

JOHOR BAHRU: Syarikat pengurusan saham amanah milik Bumiputera, ASM Investment Services

Berhad (ASM Investment), menjalankan tanggungjawabnya dengan menyumbang lebih RM16,500

zakat perniagaan dan wang tazkiyah kepada tiga rumah kebajikan di negeri ini, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Zamani Md Noor, berkata rumah kebajikan terpilih ialah Persatuan Kebajikan

Darul Hanan; Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan dan Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Kota

Tinggi.

"Kami di ASM Investment menitik beratkan kebajikan mereka memerlukan dan menunaikan

tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan memberikan sumbangan dan kebajikan komuniti.

"Program ini diadakan secara berterusan bagi mengetengahkan syarikat kami sebagai organisasi

prihatin dan komited terutama kepada masyarakat berhampiran pejabat wilayah kami di seluruh

negara.

"Selain zakat, kami menyampaikan wang tazkiyah yang bermaksud penyucian pendapatan hasil

daripada sumber kurang jelas dan ini membuktikan kami menitikberatkan pelaburan untuk memenuhi

keperluan syariah supaya mendapat keberkatan," katanya pada majlis perasmian Hari Penghargaan

Pelabur Johor dan ASM Investment Community Reach 2012 di Plaza Angsana di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, lebih 160 kanak-kanak sekitar negeri ini mengambil bahagian dalam pertandingan

mewarna kanak-kanak peringkat sekolah rendah dan hadiah dana unit amanah bernilai RM100,

RM150 dan RM250 diberikan kepada pemenang pertama hingga ketiga.

Page 63: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

23 http://emedia.com.my/

Headline: Suci harta hindari keburukan, kejahatan

Publication: BH

Date of publication: Nov 29, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 039

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memfardukan zakat sebagai pembersihan

terhadap harta." (Riwayat Bukhari) Harta juga memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam

proses mendapatkan serta mengembangkan harta, ia sering terdedah perkara yang syubhat. Zakat

alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di

dalamnya.

Penuhi keperluan fakir miskin

Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang dibebani

hutang, musafir dan sebagai tunjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di

jalan Allah, sumbangan kepada muallaf baru memeluk Islam dan pertolongan kepada keluarganya.

Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia ditugaskan

untuk memegang harta itu dan zakat yang diwajibkan berfungsi sebagai jaminan sosial dalam Islam.

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak

menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.

Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan

semula pada satu hari yang lamanya 50,000 tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang

berkaitan dengan hambaNya." (Riwayat Muslim)

Jumlah wajib zakat

Syariat Islam telah mewajibkan keduaduanya (emas dan perak) digunakan dalam bentuk wang atau

kepingan dan sebagai perhiasan wanita serta diwajibkan zakat ke atas pihak yang memilikinya

apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Jenis emas diwajibkan zakat adalah emas yang tidak dipakai atau digunakan walaupun sekali dalam

tempoh setahun. Jika nilai emas yang dipakai menyamai atau melebihi 85 gram (nisab) maka wajib

dibayar zakat sebanyak 2.5 peratus.

Page 64: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

24 http://emedia.com.my/

Manakala emas dipakai (sebagai perhiasan) sekalisekala atau secara berterusan dalam tempoh

setahun tidak wajib dikeluarkan zakat. Walau bagaimanapun, jika ia melebihi uruf maka wajib

dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5 atas lebihan daripada nilai uruf.

Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa saja dan tidak termasuk batu permata atau seumpamanya.

Manakala wajib zakat pada perak pula ialah sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan dengan 595 gram.

* Koleksi hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Headline: Zakat bantu asnaf, ekonomi ummah

Publication: BH

Date of publication: Nov 29, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 039

Byline / Author: Oleh Hasliza Hassan

Layakkah anda berzakat? Persoalan itu akan terjawab hanya selepas anda membuat perkiraan yang

bakal menentukan sama ada pendapatan, simpanan, emas dimiliki serta keuntungan daripada

perniagaan dijalankan, wajib padanya zakat.

Pengurus Besar Operasi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ

MAIWP), Mohammed Hassan, berkata membuat perkiraan adalah langkah pertama perlu diambil umat

Islam supaya mereka tidak berhutang kepada Allah SWT.

Katanya, seseorang hanya akan mengetahui sama ada dirinya layak berzakat atau tidak selepas

mereka membuat perkiraan dan bagi tujuan itu PPZ menyeru umat Islam melakukannya bagi

mengetahui kedudukan mereka.

"Untuk menunaikan zakat, kita perlu kira dulu. Langkah ini tidak memerlukan modal. Jika layak

barulah diwajibkan zakat dan jika tidak, hati kita sudah lega kerana tidak timbul soal layak atau tidak

lagi," katanya.

Nisab zakat

Page 65: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

25 http://emedia.com.my/

Beliau menjelaskan, nisab zakat bagi 2012 ialah RM13,115. Justeru, bagi pendapatan, keuntungan

perniagaan dan simpanan yang diperoleh melebihi nisab zakat, maka jumlah itu wajib dikeluarkan

zakatnya.

Contohnya, taksiran zakat pendapatan boleh dibuat dengan dua cara iaitu pendapatan kasar (gaji

setahun) jika jumlahnya melebihi nisab (RM13,115), maka jumlah lebihan itu akan didarab dengan

2.5 peratus untuk mendapatkan jumlah bayaran zakat.

Atau cara kedua, pendapatan kasar setahun selepas ditolak, jumlahnya melebihi nisab zakat, maka

perlu dikeluarkan zakat. Namun, jika jumlah pendapatan kurang daripada nisab, maka tidak

diwajibkan zakat.

Begitu juga dengan simpanan, penyimpan perlu melihat sama ada simpanan terendah mereka dalam

setahun itu melebihi nisab atau sebaliknya. Jika lebih, jumlah simpanan perlu dikeluarkan zakat dan

jika kurang daripada jumlah nisab, maka tidak wajib zakat.

Sekiranya seseorang itu mempunyai banyak buku simpanan, mereka boleh mencampurkan semua

jumlah simpanan dan jika jumlahnya lebih daripada nisab, maka hendaklah dikeluarkan zakat bagi

lebihan itu, caranya didarabkan dengan 2.5 peratus untuk mendapatkan wajib zakat.

Bagi perkiraan zakat emas pula, juga terbahagi kepada dua iaitu emas yang tidak dipakai (simpanan)

seperti emas jongkong. Bagi emas tidak dipakai, pemilik yang memiliki emas melebihi 85 gram, maka

lebihan itu perlu dikeluarkan zakat.

Perkiraannya ialah 100 gram harga emas didarabkan dengan harga semasa, kemudian darab 2.5

peratus (100 gram x harga emas semasa x 2.5 > jumlah zakat).

Koleksi barang kemas

Bagaimanapun, bagi emas yang dipakai seperti set barangan kemas, paras minimum ialah 150 gram.

Oleh itu, jika koleksi barangan kemas yang dipakai (tidak semestinya serentak) melebihi 150 gram,

maka lebihan itu wajib zakat.

Contohnya, pemilik mempunyai set barangan kemas 200 gram, maka lebihan 50 gram itu wajib

dikeluarkan zakatnya. Perkiraan ialah 50 gram x harga emas semasa x 2.5 > jumlah dikeluarkan

zakat.

Sementara saham pula, bagi yang dimiliki melebihi setahun, jumlah saham yang terendah akan

Page 66: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

26 http://emedia.com.my/

didarab dengan 2.5 peratus. Manakala bagi saham yang dijual beli pula, jumlah keuntungan

didarabkan dengan 2.5 peratus.

Mohammed berkata, wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan bagi

pembiayaan pembelian rumah juga dikenakan zakat seperti 10 peratus yang dikeluarkan untuk

membayar pendahuluan pembelian rumah.

Katanya, bagi pencarum yang membuat pengeluaran KWSP untuk mengurangkan pinjaman atau

pembiayaan bulanan juga wajib membayar zakat daripada jumlah dikeluarkan itu.

"Semua ini perlu dimaklumkan dan umat Islam hendaklah prihatin dengan kewajipan menunaikan

zakat. Oleh itu, langkah penting yang perlu dilakukan ialah membuat perkiraan. Pastinya sebagai

umat Islam, kita ingin menunaikan semua rukun Islam sebaiknya," katanya.

Kaunter PPZ

Beliau berkata, PPZ menyediakan banyak kemudahan untuk umat Islam menunaikan tanggungjawab

berzakat dengan menyediakan perkhidmatan di sepuluh kaunter PPZ, potongan gaji, perbankan

internet, pejabat pos, portal zakat, kad kredit perbankan Islam, MyEG dan terkini, I Zakat bagi

pemilik telefon pintar android dan Iphone.

Katanya, dengan pelbagai kemudahan disediakan, tidak ada alasan untuk umat Islam tidak

menunaikan rukun Islam ketiga itu. Malah, bagi yang sudah menunaikan rukun Islam kelima iaitu

haji, mereka perlu periksa apakah rukun Islam ketiga (zakat) sudah ditunaikan.

Mohammed berkata, bagi umat Islam yang mempunyai kemusykilan mengenai kewajipan berzakat

dan apakah mereka tergolong dalam kalangan yang diwajibkan berzakat, boleh mendapat bantuan

daripada pegawai PPZ.

"Jangan risau kerana hanya mereka yang layak dan memenuhi syarat wajib zakat saja yang perlu

menunaikan tanggungjawab itu. Tetapi jika kita tidak buat perkiraan kita tidak tahu dan selama itu

hutang kita dengan Allah tidak selesai.

"Melalui zakat yang kita keluarkan itu, kita sudah membela asnaf yang ditetapkan Allah dalam al-

Quran. Sumbangan kita akan jadi kekuatan ekonomi ummah dan kami di PPZ menyampaikan dakwah

bagi menyedarkan umat Islam untuk menunaikan kewajipan berzakat," katanya.

Page 67: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

27 http://emedia.com.my/

Headline: Biografi dekati ilmuwan Islam

Publication: BH

Date of publication: Sep 5, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 032

Pemikiran Yusuf Abdullah al-Qaradawi dalam bidang dakwah banyak mempengaruhi masyarakat Islam

negara ini. Pandangan beliau dalam bidang maqasid syariah, prinsip ekonomi dan fiqah sering menjadi

rujukan.

Buku Yusuf al-Qaradawi dan Pengaruhnya Dalam Masyarakat Islam di Malaysia memberi peluang

pembaca mengenali tokoh ilmuwan tersohor yang mampu membicarakan pelbagai isu dari sudut

pandang Islam secara menyeluruh.

Al-Qaradawi berpendapat, tugas gerakan Islam ialah membawa pembaharuan Islam (tajdid al-Islam)

dan mengharuskan mujaddid itu berbentuk jemaah atau organisasi dan bukan berbentuk individu.

Buku ini memfokuskan ciri-ciri fiqah al-Qaradawi, adab perbezaan pendapat, pandangannya mengenai

fatwa dan fatwa yang janggal serta sumbangan beliau kepada fiqah kontemporari. Buku ini juga

membicarakan ekonomi Islam, perbankan Islam dan zakat.

Bab pertama daripada tujuh bab dalam buku ini berkisar kepada latar belakang kehidupan Yusuf al-

Qaradawi, diikuti bab maqasid syariah, pemikiran dalam isu fiqah, pandangan mengenai ekonomi

Islam, adab ikhtilaf, gerakan Islam dan akhirnya rumusan.

Selain menulis buku mengenai Yusuf al-Qaradawi, Mohd Rumaizuddin Ghazali turut menghasilkan

buku Pemikiran Muhammad al-Ghazali Dalam Bidang al-Quran dan al-Sunah, tokoh besar yang

memberikan sumbangan tidak ternilai bagi mengembang ilmu Islam melalui kerjanya.

Kedua-dua buku biografi ini memberi banyak manfaat kepada pembaca untuk mendekati ilmuwan

Islam, memahami pemikiran mereka serta menjadikan kelebihan ilmu yang diwariskan sebagai

panduan membina jati diri Muslim sejati.

Judul: Yusuf al-Qaradawi dan

Pengaruhnya Dalam Masyarakat Islam di Malaysia

Page 68: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

28 http://emedia.com.my/

Penulis: Mohd Rumaizuddin Ghazali

Penerbit: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pengulas: Hasliza Hassan

Harga: RM30

Headline: 32 banduan bayar zakat

Publication: BH

Date of publication: Aug 22, 2012

Section heading: Sentral

Page number: 007

Byline / Author: Oleh Betty Subaryati

Kota Bharu: Suasana pilu menyelubungi ruang legar Penjara Pengkalan Chepa, di sini, apabila nama

32 banduan dipanggil amil untuk membayar zakat fitrah bagi diri sendiri dan tanggungan, baru-baru

ini.

Sebelum mereka dibenarkan membaca niat membayar zakat fitrah kepada tiga amil, banduan

berkenaan sempat mendengar tazkirah yang menyentuh kewajipan menunaikan zakat fitrah.

Tiga amil berkenaan dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Sejurus berakhir tazkirah disempurnakan amil yang juga Pegawai Agama Jabatan Penjara Pengkalan

Chepa, Ilham Che Daud, banduan mula membayar zakat fitrah.

Acara membayar zakat dikendalikan Ilham dibantu dua kakitangan Jabatan Penjara, Mohd Aizuddin

Ariffin dan Zulhaswadi Mamat, yang mengarahkan setiap banduan membaca niat dan akad bayaran

zakat.

Majlis pembayaran zakat itu mengambil masa setengah jam, disaksikan Timbalan Pengarah Penjara

Pengkalan Chepa, Raja Mohd Amazon Raja Daud serta Timbalan Penguasa Penjara, Sobri Md Arshad.

Page 69: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

29 http://emedia.com.my/

Raja Mohd Amazon berkata, penjara itu menempatkan 1,553 banduan yang menjalani hukuman atas

pelbagai kesalahan seperti merogol, membunuh, mencuri, pecah amanah atau dadah.

Daripada jumlah itu, 800 banduan adalah tahanan reman yang menunggu perbicaraan dan tinggal

dalam penjara ini tidak melebihi daripada seminggu hingga 14 hari, manakala selebihnya sudah

disabitkan mahkamah dan sedang menjalani baki hukuman.

"Tahun ini, hanya 32 banduan mampu menunaikan zakat fitrah kerana mereka mempunyai simpanan

tetap dalam tabung amanah penjara hasil kerja harian di bengkel kemahiran jahitan, masakan,

perabot, batik, tanaman sayur serta kraf tangan dengan upah antara 30 sen dan RM1 sehari,"

katanya.

Daripada 32 banduan yang mampu membayar zakat fitrah, seorang daripada mereka hafaz al-Quran,

manakala lima lagi adalah banduan akhir.

Headline: Bayaran guna beras masih diamal

Publication: BH

Date of publication: Aug 10, 2012

Section heading: Main Section

Page number: 006

Alor Setar: Kaedah membayar zakat fitrah menggunakan beras masih lagi diamalkan di Kedah,

terutama di kawasan luar bandar.

Walaupun ramai memilih membuat pembayaran dalam bentuk wang tunai, ada segelintir yang masih

setia dengan kaedah pembayaran menggunakan beras yang dikatakan lebih afdal.

Seorang amil dari Kampung Pulau Timbul, dekat Tunjang, Jitra, di sini, Abu Bakar Ariffin, 62,

mengakui tidak ramai lagi umat Islam memilih untuk membayar zakat menggunakan beras, kerana

majoriti kini cenderung menggunakan wang tunai.

"Kalau bayar dengan wang tunai, kadar ditetapkan di Kedah ialah RM7 seorang. Berbeza jika

menggunakan beras, kadar mungkin berubah-ubah mengikut harga beras iaitu sekitar RM9.50

segantang.

"Selain itu, ramai memilih membayar dalam bentuk wang tunai kerana tidak faham dengan kaedah

Page 70: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

30 http://emedia.com.my/

pembayaran menggunakan beras. Apa pun, kita tiada halangan dan terima semua bentuk

pembayaran, tidak kira wang tunai atau beras untuk zakat," katanya.

Sementara itu, seorang bekas pemandu, Hashim Ahmad, 58, berkata kebiasaannya pada setiap tahun

dia akan menunaikan Rukun Islam keempat itu secara tunai.

Bagaimanapun, katanya, kali ini dia membuat kelainan dengan membayar zakat fitrah dalam bentuk

beras sebanyak segantang atau kira-kira 3.6 kilogram (kg).

Page 71: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

1 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 18/01/2013

Penghidap penyakit saraf terima bantuan zakat RM35,000

MUHAMMAD Adi Alfam Benny diriba oleh bapanya, Benny Karmilan Abdul Wahab di Flat Seri Setulang, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 17 Jan. - Kesengsaraan hidup Muhammad Adi Alfam Benny, 15, yang menghidap sakit urat saraf atau Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE) sejak empat tahun lalu akhirnya terbela apabila menerima bantuan zakat berjumlah RM35,000 daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Bantuan zakat itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman kepada bapa remaja itu, Benny Karmilan Abdul Wahab, 37, pada majlis penyerahan bantuan zakat di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Menurut Benny Karmilan, wang zakat itu akan digunakan untuk meneruskan rawatan anaknya yang memerlukan suntikan sel stem yang menelan kos sebanyak RM27,000 pada Mac ini.

"Muhammad Adi telah mendapatkan dua suntikan sebelum ini dan kos rawatannya telah ditaja oleh seorang dermawan. Bagi suntikan kali ketiga dan yang terakhir ini, saya akan menggunakan wang zakat yang diterima.

"Saya dan keluarga amat bersyukur dengan bantuan zakat ini kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan kami," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan zakat di sini hari ini.

Page 72: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

2 http://www.utusan.com.my

Akhbar sebelum ini melaporkan keadaan Muhammad Adi Alfam yang hanya mampu terbaring di tilam sejak berusia 12 tahun selepas menghidap penyakit SSPE yang menyerang susunan saraf dalam otaknya.

Penyakit tersebut merubah Muhammad Adi seolah-olah menjadi bayi yang perlu diberi perhatian sepenuhnya setiap masa termasuklah diberi makan, dimandi dan ditukarkan lampin.

Mengenai keadaan terbaru anaknya itu, Benny berkata, tahap kesihatan Muhammad Adi yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu sudah semakin baik selain mampu tersenyum.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, MAINJ berjaya mengutip zakat sebanyak RM171.9 juta sepanjang tahun lalu dengan RM143.3 juta daripadanya diagihkan kepada golongan asnaf yang layak menerimanya.

ARKIB : 18/01/2013

MAINJ terima zakat RM171.9 juta Oleh AZIZI MAJID [email protected]

JOHOR BAHRU 17 Jan. - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjaya mengutip zakat sebanyak RM171.9 juta tahun lalu berbanding RM137.4 juta pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, jumlah kutipan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus atau RM34.5 juta manakala jumlah kutipan zakat pada 2010 pula adalah sebanyak RM122.3 juta.

Beliau berkata, daripada jumlah itu zakat perniagaan menjadi penyumbang kutipan terbesar iaitu sebanyak RM59.6 juta.

"Sepanjang tahun lalu, MAINJ mengagihkan sebanyak RM143.3 juta kepada golongan asnaf yang layak menerimanya.

"Bantuan yang diberikan meliputi semua aspek keperluan asnaf antaranya bantuan sara hidup bulanan, perubatan, perumahan, pelajaran, bencana alam dan sempena musim perayaan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan zakat kepada 12 orang penerima di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Penasihat MAINJ, Datuk Nooh Gadut dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Datuk Abdul Razak Hassan.

Zainal Abidin juga menyatakan, kutipan zakat yang diperoleh tahun lalu itu adalah yang tertinggi di Johor sejak lima tahun lepas.

Dalam majlis sama, Telekom Malaysia Bhd. (TM) yang diwakili oleh Naib Presiden TM negeri, Mohd. Roslan Mohd. Rashidi turut menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2011 berjumlah RM50,470.

Page 73: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

3 http://www.utusan.com.my

Zainal Abidin berkata, jumlah kutipan zakat menunjukkan peningkatan setiap tahun disebabkan faktor kesedaran orang ramai selain promosi menerusi program Jelajah Zakat Johor.

Katanya, MAINJ menerusi Bahagian Pungutan Zakat akan terus melaksanakan pelbagai program berkaitan zakat tahun ini dan menyasarkan peningkatan kutipan zakat sebanyak 10 peratus.

ARKIB : 16/01/2013

Kutipan zakat meningkat 20 peratus KOTA BHARU 15 Jan. - Jumlah kutipan zakat di negeri ini pada tahun lepas meningkat sebanyak 20.28 peratus kepada RM113 juta berbanding RM94.08 juta untuk tahun 2011.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin berkata, kutipan tertinggi adalah melalui zakat pendapatan iaitu lebih RM62 juta dan zakat perniagaan (RM23.8 juta).

"Peningkatan ini disebabkan kesedaran masyarakat Islam di negeri ini, khususnya tentang kepentingan membayar zakat untuk menyucikan harta setiap individu atau organisasi.

"Ini adalah hasil daripada program ceramah, membuka kaunter bayaran di pejabat kerajaan, swasta dan juga di pasar raya, selain menyertai pameran, kempen melalui media serta khutbah Jumaat di seluruh masjid di negeri ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kamaruddin berkata, bilangan pembayar zakat pada tahun lalu adalah 40,219 orang, meningkat 26.74 peratus berbanding 31,733 orang pada tahun 2011.

Selain itu katanya, sumbangan zakat perniagaan daripada badan-badan korporat turut meningkat lebih RM2 juta berbanding tahun sebelum ini RM21.8 juta.

"Kini pihak MAIK turut memperluaskan medium pembayaran zakat melalui portal MAIK menggunakan kaedah secara online yang dikenali sebagai e-zakat payment.

"Kaedah itu juga menjadi faktor peningkatan jumlah kutipan apabila berjaya membuat pungutan sebanyak RM1,082,866.48 dengan 736 orang pembayar," ujarnya.

Tambahnya, pada tahun lalu pihaknya telah mengagihkan sebanyak lebih RM99 juta kepada semua asnaf yang layak menerima zakat melibatkan 43,151 orang penerima.

Sementara itu katanya, bagi tahun 2013, pihaknya menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM120 juta dan akan melipatgandakan lagi usaha untuk mencapai sasaran tersebut melalui kempen dan promosi tentang kepentingan membayar zakat kepada masyarakat umum.

"Dalam tempoh 15 hari tahun ini, kita telah berjaya membuat kutipan zakat sebanyak RM3.2 juta dan merupakan perkembangan yang cukup baik dan menjangkakan untuk Januari ini kita mampu memungut lebih RM7 juta," katanya.

Page 74: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

4 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 26/12/2012

Zakat fitrah tidak boleh diberikan kepada imam UMNO? PASIR PUTEH 25 Dis. - Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan Pas, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja.

Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong Pas turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.

�Saya memilih untuk tidak menyokong Pas setelah menyedari Amanat Haji Hadi menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Pendirian ini semakin kuat apabila Pas bekerjasama dengan DAP. Perjuangan Pas sekarang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi dan kebendaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan dan pendedahan bekas aktivis tegar parti itu, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi.

Shokri yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Cherang Ruku Bandar berkata, memulau imam UMNO, tidak makan daging sembelihan orang UMNO dan banyak lagi pantang larang kerana terikat dengan Amanat Haji Hadi adalah sebahagian asam garam hidupnya dalam perjuangan Pas dahulu.

�Sekarang giliran saya pula dipulau sebahagian besar pengikut Pas disebabkan tindakan yang diambil. Saya akan menulis surat untuk menyatakan peletakan jawatan saya dalam Jawatankuasa Penerangan Pas dalam masa terdekat ini dan saya ingin tegaskan saya tidak menyertai UMNO," katanya.

Page 75: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

5 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 25/12/2012

Ketepatan haul zakat Oleh MUHAMMAD FAKHRURRAZY MD. ARIFF

Menunaikan zakat itu adalah kewajipan bagi setiap umat Islam. - Gambar hiasan

TEMPOH simpanan atau tabungan, menurut istilah hukum Islam dinamakan haul. Haul merupakan satu tempoh 12 bulan qamariyah dalam tahun Hijri. Kewajipan haji, puasa, Aidilfitri dan Aidiladha juga difardukan mengikut kiraan bulan qamariyah, iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Dalam ibadah zakat, haul ialah tempoh harta perlu disimpan sebelum ditunaikan zakatnya, iaitu 12 bulan mengikut kalendar Hijrah. Haul sesuatu harta bermula dari tarikh harta itu dimiliki. Untuk tujuan itu, seseorang Muslim bebas menentukan bilakah haul bagi dirinya berzakat.

Seandainya kita sudah biasa menunaikan zakat pada awal tahun Hijrah iaitu bulan Muharam, maka apabila tiba Muharam tahun hadapan, detik itulah menandakan genaplah sudah setahun dan beliau wajib berzakat.

Jika kita meninjau suasana di pusat-pusat zakat seluruh negara pada bulan Ramadan nescaya kita akan dapati 'kemeriahan' yang agak luar biasa dari bulan-bulan lain. Pemilihan Ramadan sebagai bulan untuk berzakat adalah amat digalakkan, memandangkan ia adalah bulan yang mengandungi pelbagai kelebihan dengan ganjaran pahala.

Tambahan pula, ia memudahkan seseorang untuk mengingati haul zakatnya. Setibanya bulan Ramadan, maka perhatiannya secara automatik akan teringat kepada ibadah zakat, apatah lagi kefarduan zakat fitrah juga terkandung dalamnya. Sebab itu jugalah kita digalakkan memilih Ramadan sebagai haul zakat.

Page 76: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

6 http://www.utusan.com.my

Oleh itu, kita amat dianjurkan agar kembali menggunakan kalendar Hijri, khususnya di dalam mengingati haul zakat. Ia bukan semata-mata dapat memastikan zakat kita lebih tepat haulnya, malah akan mendapat pahala kerana mengamalkan sunnah Rasul dengan mengutamakan tahun Islam di dalam kehidupan.

Di Malaysia, adalah menjadi lumrah suasana para pembayar cukai datang bersesak-sesak untuk menjelaskan zakat mereka pada setiap penghujung tahun, khususnya menjelang 31 Disember.

Rebat

Ini merupakan senario biasa di pihak berkuasa zakat sejak sekian lama. Ini kerana peruntukkan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membenarkan seseorang Muslim yang membayar zakat memperoleh rebat cukai iaitu tolakan sepenuhnya daripada cukai kena bayar.

Rebat ini adalah bersifat semasa dan dipotong daripada tanggungan cukai berdasarkan kepada tahun bayaran zakat tersebut dibuat. Sebagai contoh, bayaran zakat individu untuk haul 2011 yang dibayar pada tahun 2012, akan melayakkan rebat cukai untuk tahun 2012.

Ringkasnya, haul zakat individu tidak membawa apa-apa implikasi cukai. Seksyen 6A (3) Akta Cukai Pendapatan 1967 jelas menyatakan perkara ini. Secara mudahnya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hanya melihat kepada 'bilakah' zakat itu dibayar dan bukannya zakat itu dibayar untuk tahun haul 'bila'.

Oleh itu, bolehlah diyakini bahawa kesibukan dan kesesakan masyarakat membayar zakat sebelum 31 Disember setiap tahun adalah berpunca daripada implikasi rebat cukai dan tiada kaitan dengan hukum haul zakat. Kecualilah jika seseorang Muslim itu meletakkan tarikh 31 Disember sebagai tarikh cukup haul zakat.

Berkenaan rebat cukai ini perlu difahami dan dihayati, ikhlas semata-mata kerana Allah SWT apabila membayar zakat, tidaklah menghalang kita daripada mengambil manfaat rebat cukai yang disediakan. Namun setiap pembayar zakat perlu sentiasa jelas bahawa kita membayar zakat kerana ia kewajipan agama dan bukan semata-mata mahu mengambil kesempatan atas rebat cukai.

Oleh kerana zakat adalah kewajipan agama, maka amaun zakat minimum yang hendak dibayar hendaklah ditentukan secara syar'ie iaitu melihat kepada syarat haul, nisab, milik sempurna dan lain-lain. Pun begitu, sekiranya seseorang itu mahu membayar zakat melebihi amaun yang diwajibkan maka perbuatan tersebut adalah diharuskan.

Page 77: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

7 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 22/12/2012

MAINJ tingkat kutipan zakat Oleh NURUL HUDA HASSAN [email protected]

JOHOR BAHRU 21 Dis. - Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menyasarkan peningkatan kutipan zakat diperoleh tahun depan berbanding sasaran RM150 juta tahun ini yang berjaya dicapai.

Penolong Pengarah Pungutan Zakat MAINJ, Jasdy Hassan berkata, buat masa ini, pihaknya tidak mahu mendedahkan jumlah yang disasarkan, namun percaya sasaran terbaru yang akan diputuskan kelak mampu dicapai.

Menurutnya, kutipan zakat yang diterima MAINJ juga menunjukkan peningkatan sebagai contoh jumlah yang dikutip pada 2011 adalah sebanyak RM137 juta manakala tahun ini sebanyak RM155 juta.

"Pada tahun ini, sasaran RM150 juta kita sudah capai lebih awal iaitu pada 12 Disember tahun ini. Justeru kita percaya tahun depan akan mendapat kutipan lebih baik," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Ambank (M) Bhd. dan Agrobank kepada Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin di Pusat Islam Iskandar.

Agrobank diwakili Pengurus Wilayah Pusat Perniagaan Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, Engku Abdul Kadir Fathi Engku Muhsein manakala Ambank diwakili Pengurus Cawangan Ambank Bandar Baru Uda di sini, Azhar Hasrin.

Pada majlis itu, Agrobank menyerahkan zakat perniagaan 2011 sebanyak RM148,626.49 dan Ambank pula bagi zakat perniagaan 2012 sebanyak RM28,000

Page 78: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

8 http://www.utusan.com.my

ARKIB : 20/12/2012

Pusat Zakat Melaka tubuh tabung khas Oleh NURSURAYA ZULKIFLI [email protected]

MELAKA 19 Dis. - Pusat Zakat Melaka (PZM) menubuhkan tabung khas bagi pemberian sumbangan kewangan kepada pembayar zakat yang ditimpa kemalangan dan kematian berkuatkuasa 1 Disember lalu.

Pengerusi PZM, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kewujudan tabung itu menggantikan Insurans Takaful Berkelompok yang dilaksanakan sebelum ini khusus untuk pembayar zakat yang melebihi RM1,000.

"Tabung ini meliputi perlindungan bagi kes kematian biasa atau kemalangan, keilatan kekal seluruh tubuh badan akibat kemalangan dan belanja pengkebumian mengikut jumlah bayaran zakat yang telah dikeluarkan.

"Bagi mendapatkan sumbangan daripada tabung ini, para pembayar zakat perlu mengisi borang wasi bagi menentukan waris terdekat yang telah diberi kebenaran untuk membuat tuntutan sumbangan daripada PZM," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata demikian pada majlis penyerahan Zakat Perniagaan oleh Agensi Korporat di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin dan Timbalan Pengerusi PZM, Datuk Nawi Ahmad.

Sementara itu, Mohd. Ali berkata, sehingga 18 Disember, kutipan zakat mencatatkan kenaikan sebanyak 19.04 peratus pada tahun ini meliputi kutipan yang diterima daripada 27,591 pembayar.

"Jumlah yang diterima setakat ini melebihi RM37.5 juta yang merangkumi pelbagai jenis zakat termasuk zakat harta dan zakat fitrah berbanding 2011 iaitu sebanyak RM32.09 juta dengan perbezaan RM5.4 juta," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak enam agensi korporat telah melaksanakan tanggungjawab membayar zakat perniagaan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM480,524.88.

Antara agensi korporat terlibat ialah Maybank Islamic Bhd., Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Agro Bank Bhd, MITC Bowlplex Sdn. Bhd., Melaka Sentral Sdn. Bhd dan Public Islamic Bank Bhd.

Page 79: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

SUMBER : INTERNET

Page 80: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Syarat Wajib Zakat

Islam

Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan

bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka

Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul

persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah

satu syarat wajib berzakat.

Milik Sempurna

Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan

dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab

Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta

dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih

kurang RM 10,300 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul

Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Page 81: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Niat Untuk Berniaga

Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Mengapa Wajib Membayar Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap

orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang,

Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu

golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah

Jenis Zakat

1. Zakat Pendapatan

2. Zakat Perniagaan

3. Zakat Wang Simpanan

4. Zakat Saham

5. Zakat KWSP

6. Zakat Emas

7. Zakat Perak

8. Zakat Pertanian

9. Zakat Ternakan

10. Zakat Pendapatan 11. Bagaimanakah cara pengiraan zakat pendapatan?

12. Mengapa terdapatnya perbezaan taksiran zakat

pendapatan antara negeri-negeri?

13. Fatwa zakat pendapatan telahpun dikeluarkan oleh

Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan serta

Page 82: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Sebarang

persoalan hendaklah dirujuk kepada pihak

berkuasa berkenaan.

14. Adakah jumlah tolakan diri sebanyak RM9000

sahaja. Apakah sandaran jumlah tolakan ini?

15. Jumlah tolakan dalam pengiraan zakat ini

bukanlah sesuatu yang muktamad dan ianya

adalah panduan yang boleh diguna pakai oleh

masyarakat umum. Ini selari dengan ketetapan

yang dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

(LHDN) hasil kajian Unit Perancang Ekonomi

(EPU). Walau bagaimanapun tolakan boleh dibuat

berdasarkan perbelanjaan sebenar selagi ia

termasuk didalam perbelanjaan asasi.

16. Bagaimana berlakunya kekeliruan dalam

pengiraan zakat pendapatan di sesetengah

tempat?

17. Sila hubungi pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ-

MAIWP) untuk dapatkan penjelasan.

18. Bagaimana dikenakan zakat pendapatan walhal

setiap bulan gaji habis dibelanjakan?

19. Sebab itu dinamakan zakat pendapatan dan

bukannya zakat perbelanjaan. Zakat pendapatan

dikira semua sumber yang diperolehi dalam

setahun.

20. Wang pampasan yang diterima perlu tunggu

setahun atau terus baru dibuat bayaran setelah

diterima?

21. Wang pampasan yang diterima wajib zakatnya

setelah genap setahun penerimaannya.

Walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan

Page 83: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

sekiranya dikeluarkan zakatnya pada masa

penerimaan.

22. Perbezaan zakat pendapatan dan zakat fitrah?

23. Zakat Pendapatan adalah salah satu daripada

zakat harta yang dikenakan ke atas penggajian

(hasil usaha) apabila mencukupi syarat-syarat

yang tertentu. Manakala zakat fitrah adalah zakat

yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan.

24. Apakah tolakan-tolakan yang dibenarkan dalam

pengiraan zakat pendapatan?

25. Perkara-perkara yang dibolehkan ditolak adalah

perbelanjaan diri, isteri, anak-anak, ibubapa,

caruman KWSP, simpanan di Tabung Haji.

26. Zakat Perniagaan

Kadar Zakat

27. 2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakatkan

tertakluk kepada nisab.

28. Keadah Pengiraan 29. Kaedah 1 - Modal Kerja (Working Capital) 30. [Aset Semasa - Liabiliti Semasa]* X %Pemilikan

Saham Muslim X 2.5%

31. Nota: Sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat

seperti syarikat Berhad, Sdn. Bhd., Koperasi,

Perniagaan, Perusahaan dan sebagainya dimana

terdapat pengkelasan aset semasa dan liabiliti

semasa

32. Kaedah 2 - Modal Berkembang 33. [Ekuti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang - Aset

Tetap - Aset Separuh Tetap]* X % Pemilikan

Saham Muslim X 2.5%

Page 84: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

34. Nota: Sesuai digunakan bagi institusi kewangan

dan perbankan Islam yang biasanya tidak

mengkelaskan aset semasa dan liabiliti semasa

35. * Lebih atau sama dengan nilai nisab

Zakat Wang Simpanan

Written by Administrator | 02 November 2010

Adakah zakat simpanan perlu ditolak segala hutang?

Zakat wang simpanan dikenakan 2.5% ke atas baki terendah dalam akaun sepanjang tempoh

setahun sekiranya melebihi nisab tanpa perlu ditolak hutang.

Adakah wang pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kena

bayar zakat?

Tidak dikenakan zakat.

Adakah wang simpanan (sijil premium) yang dicagarkan untuk pinjaman perlu dizakatkan?

Dikenakan zakat sekiranya jumlah pinjaman kurang dari sijil premium yang dicagarkan (atas

bakinya iaitu jumlah sijil premium tolak jumlah pinjaman dalam tempoh setahun) tetapi jika

sebaliknya tidak dikenakan zakat.

Zakat Saham

Written by Administrator |

• Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya

mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak

disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.

11 January 2011

Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas

berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa

Malaysia.

Page 85: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

• Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui

pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu

dizakatkan lagi.

Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan

Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke

atas jumlah dividen yang diterima.

Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan

• Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu

saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh

kurang daripada setahun.

• Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira

ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.

1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-

Nama Saham Bil Unit (A)

RM Harga Terendah (B)

RM Jumlah (A x B)

RM

ABC 20,000 1.50 30,000

DEF 20,000 0.50 10,000

Jumlah Harga Terendah 40,000

Zakat = RM40,000 x 2.5%

= RM 1,000

Page 86: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

• Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan

saham setelah ditolak modal permulaannya.

2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-

2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )

Contoh:

a) Saham X: RM6,000 - RM2,000 = RM4,000

b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000 = RM6,000

Jumlah Zakat RM10,000 x 2.5% RM250

Zakat KWSP

Written by Administrator | 11 January 2011

Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan

daripada simpanan tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama'

Fiqh sependapat mengatakan wajib zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah

menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh oran-orang Arab terdahulu

dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar dan

mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar

dan dirham telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk

berurusniaga. Kewajipan zakat wang simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith

Nabi S.A.W.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

".....Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya

pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan) azab seksa yang

Page 87: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam

neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang

mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,

oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu" (At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Tiadalah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya untuk menunaikan zakat

keduanya, melainkan di hari kiamat ia didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam

neraka, maka dibakar di dalam neraka jahanam, diselar di pipi, kening dan punggungnya.

Setiap kali api itu padam maka dipersiapkan lagi baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50

ribu tahun, sehingga selesai pengadilan semua umat manusia, maka dia melihat jalannya,

adakah ke syurga atau neraka". (Riwayat Muslim).

Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang

tempoh perkhidmatan dan ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat

"Sempurna Milik". Syarat "Sempurna Milik" akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut

dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat ataupun bersara.

Contoh:

Jumlah pengeluaran = RM 20,000

Zakat = RM 20,000 x 2.5% = RM 500

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini

dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

Page 88: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah

(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari

emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk

mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan

selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai

emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat

sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)

Contoh : RM6,000 x 2.5%

Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib

dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian

masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf.

Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram

Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

Page 89: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)

= RM 192.9

Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang

dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia

terdiri dari 4 bentuk utama:

1. Jongkong perak

2. Matawang perak

3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak

4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang

930 liter)". (Riwayat Muslim)

Maksudnya:

"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak

Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Page 90: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Kadar zakat = 2.5%

* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62

Zakat = 1,000 gm x 0.62 x2.5%

= 15.50

Zakat Pertanian

Zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri

yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin

dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi,

kurma, jagung, gandum dan sebagainya.

Dalil Zakat Pertanian

Firman Allah SWT bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil

usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk

kamu....". (Surah Al-Baqarah:267)

Syarat wajib zakat pertanian

1. Islam

2. Sempurna milik

3. Merdeka

4. Cukup Nisab - * cukup sukatan iaitu 5 Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia)

5. Biji-bijian dan buah-buahan hendaklah ditanam oleh manusia

Page 91: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

* Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan

lain-lain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan

Kaedah mengeluarkan zakat pertanian

Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus

penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilnya.

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang diusahakan dengan menggunakan tenaga

manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak

maka kadar zakatnya ialah 5% atau 1/20.

Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan

atau hidup dengan aliran sungai atau parit maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.

Bagi tanaman yang mengunakan kedua-dua cara di atas maka kadarnya ialah 7.5%

Zakat Ternakan

Zakat ternakan adalah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya.

Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.

Dalil wajib zakat ternakan

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke

Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah

(seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`,

atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)." (Riwayat Ibnu

Majah)

* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih

** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih

Syarat wajib zakat ternakan

1. Islam

Page 92: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

2. Sempurna Milik

3. Merdeka

4. Cukup Nisab (Genap Setahun)

5. Binatang ternakan yang tidak digunakan untuk bekerja seperti membajak sawah, menarik kereta

dan sebagainya.

Keterangan

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki

atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau

jadikan pemberian zakat." (Surah Al-Baqarah:267)

Sifir kiraan zakat lembu/kerbau

> Kadar Nisab Kadar Zakat

Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur

30 - 39 1 ekor Jantan 1 tahun lebih*

40 - 49 1 ekor Betina 2 tahun lebih**

60 - 69 2 ekor Jantan 1 tahun lebih*

70 - 79 1 ekor dan 2 ekor Jantan dan betina 1 tahun lebih & *

2 tahun lebih**

Page 93: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

80 - 89 2 ekor Betina 2 tahun lebih**

90 - 99 3 ekor Jantan 1 tahun lebih*

100 - 109 2 ekor dan 1 ekor Jantan dan betina 1 tahun lebih & *

2 tahun lebih**

110 - 119 2 ekor Jantan 1 tahun lebih*

120 ke atas 3 ekor atau 4 ekor Betina atau jantan 1 tahun lebih & *

2 tahun lebih**

* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu

diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak

lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.

** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh

memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemiliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk

keluarkan zakat.

Page 94: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Sifir kiraan zakat kambing / biri-biri

Kadar Nisab Kadar Zakat

Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur

40 - 120 1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor

kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1

tahun

2

tahun

121 - 200 2 ekor kambing biri-biri atau 2 ekor

kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1

tahun

201 - 399 3 ekor kambing biri-biri atau 3 ekor

kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

1

tahun

2

tahun

Penambahan: tiap-tiap 100

ekor

1 ekor kambing biri-biri atau 1 ekor

kambing

Jantan/Betina

Jantan/Betina

2

tahun

• Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.

• Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat,

tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu

betina.

• Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah

dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

Page 95: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Fatwa Zakat

Hukum mengagihkan zakat secara persendirian dan qada zakat

1. Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam.

Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah

demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut.Walaupun dari segi syarak, mengagihkan

zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada

asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam

perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah

atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.

2. Mengenai hukum Qada Zakat, ia wajib dilakukan bagi zakat yang telah memenuhi syarat wajib

yang tidak ditunaikan pada masa yang sepatutnya.

Bayaran zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejurus pengeluaran - satu alternatif

1. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan

tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah

diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang

ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh

dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah

mencukupi nisabnya.

2. Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti

berikut: Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau

mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

Zakat ke atas pendapatan Felda dan syarikat-syarikatnya

1. FELDA wajib mengeluarkan zakat ke atas hasil pendapatannya dengan mengambilkira

pendapatan anak-anak syarikat, sekiranya semua urusan ke atas pemilikan ekuiti dan akaun

pendapatan anak-anak syarikat dikawal oleh FELDA sendiri.

Page 96: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

2. Walaubagaimanapun, sekiranya pendapatan anak-anak syarikat FELDA diuruskan melalui

akaun yang berasingan, maka anak-anak syarikat tersebut wajib mengeluarkan zakat

pendapatannya secara berasingan.

Cadangan supaya bayaran zakat yang disalurkan oleh badan-badan korporat diselaraskan pembayarannya mengikut kelayakan negeri-negeri di Malaysia

1. Isu perpindahan bayaran zakat oleh badan-badan korporat mengikut kelayakan negeri-negeri

tidak memerlukan fatwa.Muzakarah berpendapat bahawa jika terdapat mana-mana negeri yang

masih memerlukan bantuan agihan zakat, bolehlah membuat permohonan terus kepada mana-

mana Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang mempunyai kutipan yang tinggi. Pihak MAIN

berkenaan akan menimbang dan seterusnya membuat keputusan ke atas permohonan

tersebut.

Zakat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA)

1. ANGKASA wajib mengeluarkan zakat setelah ditolak semua perbelanjaan perkhidmatan,

pengurusan dan cukai pendapatan kiranya cukup haul dan nisab dengan kadar 2.5%.

2. Zakat hendaklah dibayar berdasarkan kepada pendapatan dan keuntungan daripada aktiviti

perniagaan yang dijalankan apabila mendapat pertumbuhan, perkembangan dan pembesaran

berbanding nilai dan modal.

Zakat syarikat / anak syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB)

1. Pemodalan Nasional Berhad (PNB) memiliki anak-anak syarikat yang tidak disatukan. Masa kini

anak syarikat milik PNB tidak dikenakan zakat tetapi zakat hanya dikenakan pada pelaburan

perseorangan dan pemegang saham sahaja. Oleh itu menjadi tanggungjawab PNB

memberikan kesedaran kepada pelabur perseorangan supaya membayar zakat untuk mereka.

PNB juga dikehendaki memberi peringatan kepada pemegang saham supaya membayar zakat.

Zakat ke atas syarikat yang dimiliki oleh berbagai jenis pemegang saham yang bercampur Muslim dan non-Muslim

1. Bahawa syarikat Yang bercampur antara pemegang saham muslim dan non muslim, dikenakan

zakat bahagian muslim sahaja.

Page 97: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Zakat ke atas syarikat yang dimiliki oleh Tabung Haji

1. Anak-anak syarikat Tabung Haji wajib membayar zakat masing-masing

2. Dalam membuat perkiraan zakat, dividen yang diisytiharkan oleh anak-anak syarikat dan

dibayarkan kepada syarikat induk hendaklah ditolak.

3. Zakat ini hendaklah dibayar berdasarkan modal asal dan keuntungan sekiranya ada.

Zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di institusi penjara Hukum zakat fitrah ke atas orang tahanan dan banduan Islam di Institusi Penjara adalah wajib

sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada

malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas

terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan

Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Zakat gaji beserta kadarnya

1. Asas pengiraan zakat gaji dan pendapatan adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar

setahun dan kadar zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan

tersebut.

Zakat ke atas bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan yang berlandaskan Syariah yang syarikat induknya dimiliki oleh orang bukan Islam

1. Semua perbankan Islam yang menjalankan pengurusan perniagaan berlandaskan syarak wajib

mengeluarkan zakat begitu juga semua kaunter yang menjalankan perniagaan berlandaskan

syarak yang induknya bukan Islam.

Zakat ke atas firma-firma dan syarikat konsultan

1. Wajib zakat ke atas firma-firma dan syarikat konsultan, jika dimiliki bersama antara orang Islam

dan bukan Islam hak orang Islam sahaja yang kena zakat dan tidak ke atas milik bukan muslim.

Page 98: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

Wanita dan orang bukan Islam sebagai amil zakat gaji dan pendapatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri

1. Orang bukan Islam tidak boleh dilantik menjadi amil zakat dan wanita Islam boleh dilantik

menjadi amil zakat gaji dan pendapatan di LHDN.

Penentuan harga zakat fitrah seluruh Malaysia

1. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga

setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut

timbangan satu gantang Bagdhdad bersamaan 2.60kg.

2. Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat

yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White Rice bagi negeri

Sabah dan Thai White Rice bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad

iaitu bersamaan 2.70kg.

Zakat gaji dan pendapatan professional

1. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam

Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.

2. Pendapatan profesional diwajibkan zakat kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.

3. Muzakarah bersetuju bahawa zakat ke atas pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang

yang layak mengeluarkan zakat.

Hukum zakat korban dan aqiqah ke atas ternakan rusa

1. Rusa tidak diwajibkan zakat dan tidak boleh dijadikan binatang korban dan aqiqah.

2. Jika sekiranya diperniagakan, maka dikenakan zakat perniagaan dengan kadar 2.5 %.

Zakat ke atas syarikat Syarikat perniagaan adalah diwajibkan zakat apabila mencukupi syarat-syarat seperti berikut:

1. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam.

2. Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang Merdeka.

3. Sempurna milik.

4. Cukup nisab.

Page 99: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

5. Cukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3 hari)

6. Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.

7. Syarikat yang dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, maka wajib ke atas jumlah

saham yang dimiliki oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang diperolehi.

Zakat ke atas MARA

1. MARA tidak wajib mengeluarkan zakat kerana tidak memenuhi syarat milik sempurna

sepertimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.

Zakat Koperasi Shamelin dan seumpamanya

1. Koperasi wajib mengeluarkan zakat bagi pihak ahli-ahlinya.

Zakat Wang KWSP

1. Wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bagi pekerja-pekerja Islam wajib

dikeluarkan zakat bila cukup haulnya iaitu setahun setelah penerimaannya berdasarkan

Mazhab Syafie..

Pembayaran zakat oleh Tabung Haji

1. Lembaga Urusan dan Tabung Haji adalah diwajibkan membayar zakat bagi pihak penyimpan-

penyimpan dari wang simpanannya, dari hasil pelaburan dan dari harta yang diperniagakan

serta segala keuntungan daripadanya.

2. Setelah dikeluarkan zakat oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi pihak penyimpan-

penyimpan itu, maka barulah keuntungan bersih itu dibahagi di antara penyimpan dengan

Lembaga Urusan dan Tabung Haji menurut peratus yang ditentukan.

3. Lembaga Urusan dan Tabung Haji sendiri tidak diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta yang

didapatinya dari (ii) di atas.

4. Zakat tersebut hendaklah dibayar kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri, mengikut kadar

simpanan penyimpan-penyimpan di negeri masing-masing.

Sistem metrik dalam urusan zakat

1. Ukuran nisab jenis-jenis zakat kepada sistem metrik adalah harus.

Page 100: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my

2. Sukatan nisab zakat padi ialah 363 gantang

3. Golongan yang dikenakan fidyah

Bil Golongan Fidyah

1.

Orang yang meninggalkan puasa

dengan sengaja atau uzur syarie

berkaitan - haid, nifas, wiladah, musafir

dan sakit yang ada harapan sembuh.

Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan

akan datang, sekiranya masih belum

mengqadha maka dikenakan fidyah.

2.

Uzur - tiada kebarangkalian untuk

sembuh atau sakit yang disahkan oleh

doktor tidak boleh puasa

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan

tidak perlu mengqadha puasanya.

3. Ibu hamil/menyusukan anak yang tidak

berpuasa kerana bimbang akan:

i. Kandungannya terjejas

ii. Air susunya kering

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga.

Hendaklah diqadha sebelum melangkah

Ramadhan akan datang. Sekiranya tidak

mengqadha puasa sehingga masuknya

Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

iii. Sekiranya tidak berpuasa kerana

dirinya

Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang

dan sekiranya masih belum mengqadha maka

barulah dikenakan fidyah.

Kadar fidyah bagi tahun 1431H ialah RM 1.80 sehari.

4. Pengiraan Fidyah (beras) 5. 1 gantang baqdad = 2.7kg

1 cupak beras = 675g atau bersamaan dengan RM

1.80 bagi sehari yang ditinggalkan

Page 101: ELEKTRONIKmyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/768/4...GERAN KERAJAAN DAN WANG ZAKAT DISIMPAN DALAM AKAUN YANG SAMA - CHE MAT Date: 12-01-2012

http://www.zakat.com.my