eksperimen sains

17
Tajuk : Menentukan Nilai Tenaga dalam Sampel Makanan Teori : Tenaga boleh diperolehi daripada karbohidrat dan lemak. Protein hanya digunakan sekiranya terdapat kekurangan karbohidrat dan lemak. Individu berlainan mempunyai keperluan tenaga yang berbeza. Faktor-faktor yang menentukan keperluan tenaga harian ialah : a) Kadar metabolisme asas (BMR) : Ini adalah kadar penggunaan tenaga apabila badan berada dalam keadaan rehat. b) Aktiviti fizikal : Ini berbeza mengikut saiz badan dan tempoh serta keamatan aktiviti tersebut. c) Gizi yang mencetuskan termogenesis (DIT) : Ini merupakan peningkatan penghasilan haba melalui respirasi sel dalam badan selepas makanan dimakan. Keperluan tenaga juga bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, saiz, jenis perkerjaan dan gaya hidup, kehamilan dan laktasi, serta iklim. a) Umur kanak-kanak mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada orang dewasa, tetapi mempunyai kadar metabolisme asas yang lebih tinggi. Justeru itu, kanak-kanak memerlukan lebih tenaga untuk pertumbuhan. Kadar metabolisme asas seorang dewasa menurun secara perlahan semakin usia meningkat. b) Jantina lelaki dewasa umumnya mempunyai keperluan tenaga harian yang lebih tinggi berbanding wanita dewasa. Lelaki biasanya mempunyai kurang tisu lemak sebagai penebat haba dan kadar metabolisme yang lebih tinggi. c) Saiz dan berat badan individu dengan umur dan jantina yang sama tetapi dengan saiz dan berat badan yang lebih besar akan memerlukan lebih tenaga untuk kadar metabolisme asas. d) Jenis pekerjaan dan gaya hidup perkerjaan atau gaya hidup yang memerlukan aktiviti fizikal yang banyak menggunakan lebih banyak tenaga. Seseorang yang menjalankan kerja berat akan memerlukan lebih tenaga berbanding seseorang yang hanya aktif secara sederhana. Justeru itu, beliau memerlukan lebih tenaga berbanding pekerja pejabat. e) Kehamilan dan laktasi wanita yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak tenaga. f) Iklim seseorang yang tinggal di negara sejuk memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengekalkan suhu badan berbanding seseorang yang hidup di kawasan tropika.

Upload: la-suerte-aiman

Post on 14-Dec-2015

2.959 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

rftygfy

TRANSCRIPT

Page 1: Eksperimen Sains

Tajuk : Menentukan Nilai Tenaga dalam Sampel Makanan

Teori :

Tenaga boleh diperolehi daripada karbohidrat dan lemak. Protein hanya digunakan

sekiranya terdapat kekurangan karbohidrat dan lemak. Individu berlainan mempunyai

keperluan tenaga yang berbeza. Faktor-faktor yang menentukan keperluan tenaga harian

ialah :

a) Kadar metabolisme asas (BMR) : Ini adalah kadar penggunaan tenaga apabila

badan berada dalam keadaan rehat.

b) Aktiviti fizikal : Ini berbeza mengikut saiz badan dan tempoh serta keamatan aktiviti

tersebut.

c) Gizi yang mencetuskan termogenesis (DIT) : Ini merupakan peningkatan

penghasilan haba melalui respirasi sel dalam badan selepas makanan dimakan.

Keperluan tenaga juga bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, jantina, saiz, jenis

perkerjaan dan gaya hidup, kehamilan dan laktasi, serta iklim.

a) Umur – kanak-kanak mempunyai berat badan yang lebih rendah daripada orang

dewasa, tetapi mempunyai kadar metabolisme asas yang lebih tinggi. Justeru itu,

kanak-kanak memerlukan lebih tenaga untuk pertumbuhan. Kadar metabolisme asas

seorang dewasa menurun secara perlahan semakin usia meningkat.

b) Jantina – lelaki dewasa umumnya mempunyai keperluan tenaga harian yang lebih

tinggi berbanding wanita dewasa. Lelaki biasanya mempunyai kurang tisu lemak

sebagai penebat haba dan kadar metabolisme yang lebih tinggi.

c) Saiz dan berat badan – individu dengan umur dan jantina yang sama tetapi dengan

saiz dan berat badan yang lebih besar akan memerlukan lebih tenaga untuk kadar

metabolisme asas.

d) Jenis pekerjaan dan gaya hidup – perkerjaan atau gaya hidup yang memerlukan

aktiviti fizikal yang banyak menggunakan lebih banyak tenaga. Seseorang yang

menjalankan kerja berat akan memerlukan lebih tenaga berbanding seseorang yang

hanya aktif secara sederhana. Justeru itu, beliau memerlukan lebih tenaga

berbanding pekerja pejabat.

e) Kehamilan dan laktasi – wanita yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan

anak memerlukan lebih banyak tenaga.

f) Iklim – seseorang yang tinggal di negara sejuk memerlukan lebih banyak tenaga

untuk mengekalkan suhu badan berbanding seseorang yang hidup di kawasan

tropika.

Page 2: Eksperimen Sains

Nilai tenaga karbohidrat, lemak atau protein boleh ditentukan dengan membakar

jisim makanan yang diketahui di dalam kalorimeter bom. Tenaga haba yang terbebas

menaikkan suhu jisim air diketahui yang mengisi ruang pembakaran dan gegelung. Jumlah

tenaga dalam makanan dinyatakan dalam Joule (J). Unit nilai tenaga ialah Joule per gram

(Jg-1).

1000 Joule = 1 kiloJoule

Nilai tenaga makanan dihitung seperti berikut :

Jumlah tenaga dalam makanan boleh juga dinyatakan dalam kalori.

1 kalori = 4.18 J

Page 3: Eksperimen Sains

Tujuan :

Untuk menentukan nilai tenaga dalam sampel makanan yang berlainan ?

Pernyataan masalah :

Apakah nilai tenaga dalam sampel makanan yang berlainan ?

Hipotesis :

Sampel makanan berlainan mempunyai nilai tenaga yang berbeza.

Definisi Operasi :

Kadar kenaikan suhu air ialah perubahan kandungan haba di dalam air. Hal ini di mana

haba dibekalkan pada isipadu air yang tetap dalam suatu tempoh masa.

Pembolehubah :

Dimanipulasikan : Jenis kacang

Bergerak balas : Kenaikan suhu air

Tetap : Isi padu air

Bahan dan Radas:

Kacang Gajus, Kacang Tanah, Kacang Sepat, Kacang Hijau, Kacang Badam, air suling,

plastisin, tabung didih, termometer, silinder penyukat, jarum, penimbang elektronik, kaki

retort, penghadang penebat, mancis, penunu bunsen, kapas,

Kaedah :

1. Satu tabung didih yang bersih dan kering diisi dengan 20 cm3 air suling.

2. Termometer dimasukkan ke dalam tabung didih. Tabung didih diapitkan pada kaki

retort.

3. Suhu awal air (t1 oC) dalam tabung direkodkan.

4. Sebiji kacang tanah ditimbang dan jisimnya direkodkan.

5. Kacang Badam dilekatkan pada jarum yang dicucuk pada plastisin. Kacang Badam

itu diletakkan di atas nyalaan Bunsen sehingga ia mula terbakar dan kemudiaannya

diletakkan di bawah tabung didih dengan segera.

6. Air dalam tabung dikacau secara perlahan dengan termometer. Pada masa yang

sama, kenaikan suhu diperhatikan.

Page 4: Eksperimen Sains

7. Suhu akhir air direkodkan.

8. Nilai tenaga kacang tanah dihitung.

9. Eksperimen diulangi dengan menggunakan Kacang Gajus, Kacang Hijau, Kacang

Tanah dan Kacang Sepat.

Rajah 6.2 : Kalorimeter

Keputusan :

Sampel

Makanan

Kacang

Badam

Kacang

Gajus

Kacang

Hijau

Kacang

Tanah

Kacang

Sepat

Jisim (g) 1.2 1.5 0.4 1.0 1.3

Suhu awal

air (t1 oC)

28 28 28 28 28

Suhu akhir

air (t2 oC)

62 82 46 90 60

Kenaikan

suhu

(t2 – t1) oC

34 54 18 62 32

Page 5: Eksperimen Sains

Pengiraan Nilai Tenaga bagi Setiap Sampel Makanan :

Page 6: Eksperimen Sains

Perbincangan :

1) Apakah kandungan gizi utama yang terdapat dalam semua kacang di atas ?

Gizi utama yang terdapat dalam semua kacang di atas ialah protein.

2) Nyatakan nilai tenaga sampel makanan yang paling tinggi ? Berikan sebab.

Kacang Tanah mempunyai nilai tenaga yang paling tinggi berbanding kekacang yang

lain kerana tenaga yang diperlukan untuk membakar 1 gram kacang ini adalah 5.2 kJ

g -1 yang merupakan nilai tertinggi berbanding kekacang lain.

3) Apakah kepentingan kacang bagi seseorang yang ingin menurunkan berat badannya

?

Seseorang yang ingin menurunkan berat badannya perlu mengamalkan diet yang

sihat. Pengambilan kekacang yang mempunyai nilai tenaga yang tinggi dapat

menghalang mereka daripada memakan makanan dengan banyak untuk

mempercukupkan kalori harian yang sepatutnya perlu diambil.

4) Bina satu piramid makanan yang seimbang.

Page 7: Eksperimen Sains

5) Apakah kepentingan piramid makanan ?

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang

pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita

setiap hari. Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan

makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh

badan dan otak kita supaya dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi

membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu

dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua

nutrien yang diperlukan oleh badan.

Kesimpulan :

Kacang Tanah mempunyai nilai tenaga yang paling tinggi berbanding Kacang Badam,

Kacang Gajus, Kacang Hijau dan Kacang Sepat.

Langkah berjaga-jaga :

1. Apabila sampel makanan dibakar, bukan semua tenaga yang terbebas digunakan

untuk memanaskan air. Sebahagian digunakan untuk memanaskan air. Sebahagian

tenaga hilang ke persekitaran dalam bentuk cahaya dan haba. Ada juga tenaga yang

diserap oleh tabung didih.

2. Anda boleh menggunakan penghadang penebat untuk menghadang radas dan

mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran.

3. Untuk memastikan makanan dioksidakan sepenuhnya, makanan tersebut harus

terbakar sepenuhnya.

Cadangan Penambahbaikan :

1. Menggunakan sampel makanan yang sering dimakan oleh masyarakat Malaysia

seperti biskut, bijirin dan roti untuk mengetahui nilai tenaga bagi setiap sampel

makanan yang diambil.

Page 8: Eksperimen Sains

Rujukan :

Campbell, N.A., et.al. (2008). Biology. 8th edition. New York: McGraw-Hill.

Mader, S.S (2009). Biology. 8th edition. New York: McGraw-Hill.

Kent, M., 2000. Advanced Biology. Oxford: Oxford University Press.

Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application.

Second Edition. Hodder Education, London.

Kaskel, Albert and Hummer, Paul.J. (2003). Biology an everyday experience. New

York: Glencoe McGraw Hill

Lee S.C, Liew S.L, Choong N.M (2004). Success in Biology for STPM Vol.2. Kuala

Lumpur: Fajar Bakti,

Lum How Kee (2000) Biology The Living Science. Singapore: Pearson

Kementerian Kesihatan Malaysia. (1999). Panduan Diet Malaysia. Kuala Lumpur:

UKM

Page 9: Eksperimen Sains

Lampiran :

Rajah 6.3 : Kekacang yang digunakan dalam eksperimen.

Rajah 6.4 : Penyediaan radas semasa menjalankan eksperimen.

Page 10: Eksperimen Sains

TUGASAN

1

Page 11: Eksperimen Sains

TUGASAN

2

Page 12: Eksperimen Sains

TUGASAN

3

Page 13: Eksperimen Sains

Refleksi

Tuan Muhammad Aiman bin Tuan Sembok

Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur

kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin –Nya, tugasan projek bagi kursus Berfikir dan

Bekerja Secara Saintifik (SCE3063) akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya

walaupun sebelum ini terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya telah tempuhi

untuk menyiapkan tugasan secara individu dan berkumpulan ini. Ucapan setinggi – tinggi

penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mazlan bin Mohd Noor, pensyarah

pembimbing bagi kursus ini yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan

perlaksanaan tugasan ini kepada saya.

Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan

kerja kursus ini. Antaranya ialah memperolehi pengalaman secara langsung untuk

membuat eksperimen di makmal sains. Di sini, saya telah belajar banyak perkara seperti

merancang suatu eksperimen dengan lebih baik, cara untuk membuat tempahan-tempahan

radas dan bahan serta cara untuk mengendalikan radas dan bahan semasa menjalankan

eksperimen. Di samping itu, saya dapat memahami prosedur-prosedur bagaimana seorang

saintis bekerja. Perkara seperti ini amat penting bagi saya sebagai bakal guru yang akan

bersama dengan murid-murid kelak.

Di dalam tugasan yang seterusnya, pengetahuan baru yang saya perolehi ialah

mereka cipta satu bentuk modul pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains

dengan menggunakan TMK. Selaras dengan pembelajaran abad ke-21, saya telah

meneroka dan belajar pelbagai aplikasi-aplikasi baru selain daripada Power Point

Presentation seperti Prezi, Powtoon dan lain-lain. Sesungguhnya, aplikasi-aplikasi ini telah

memberikan saya idea-idea yang bernas untuk saya mempelbagaikan kaedah-kaedah

pengajaran di dalam kelas nanti.

Di samping itu, ada satu nilai yang penting yang dapat saya pelajari dalam

menyempurnakan tugasan ini iaitu nilai kerjasama dalam satu kumpulan. Saya bersama-

sama Luqman ditempatkan dalam satu kumpulan. Kami sering melakukan perbincangan

dan bertukar pendapat untuk menyiapkan modul pengajaran dan pembelajaran ini yang

kami ingin hasilkan. Bergerak secara berkumpulan ini amat memudahkan saya untuk

melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan.

Page 14: Eksperimen Sains

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga beberapa masalah yang saya

hadapi bersama ahli kumpulan mahupun secara individu. Antara masalah-masalah tersebut

ialah masalah mencari idea untuk membuat eksperimen dan memilih tajuk untuk membuat

modul. Saya memerlukan pelbagai perbincangan dengan rakan-rakan dan juga melontarkan

pelbagai idea untuk meyiapkan tugasan ini.

Kekangan masa yang singkat tidak dapat dinafikan juga dihadapi saya dari awal

tugasan diberikan lagi. Hal ini kerana, jadual yang begitu padat dengan aktiviti-aktiviti

semasa telah menyebabkan saya kesuntukan masa. Masa yang saya ambil agak singkat

menyebabkan saya terpaksa bekerja lebih sehingga lewat malam. Masalah seterusnya yang

turut kami hadapi ialah objektif tugasan tidak tercapai sehinggakan saya terpaksa membaiki

tugasan beberapa kali. Hal ini mungkin kerana saya tidak membuat perancangan awal

semasa membuat tugasan tersebut. Saya telah mendapat pelbagai komen-komen daripada

pensyarah dan rakan-rakan sekelas semasa membentangkan kepada mereka. Komen-

komen yang membina itu telah menyedarkan saya akan kesalahan itu.

Hasil daripada masalah-masalah yang timbul ini, saya ingin mengemukakan

beberapa cadangan penambahbaikan bagi memudahkan pelaksanaan tugasan ini.

Pertamanya, saya perlu membuat persediaan awal untuk membuat tugasan tersebut. Hal ini

bagi memastikan objektif yang dihasratkan tercapai, tidak mengalami kekangan masa dan

dapat membuat perancangan yang baik. Bagi mengelakkan daripada kesalahan-kesalahan

kecil berulang seperti tertinggal satu kaedah dalam melaksanakan eksperimen, saya perlu

membuat lebih banyak perbincangan dengan rakan-rakan mahupun pensyarah supaya

tugasan yang dihasilkan lengkap.

Seterusnya, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain

serta berkongsi pendapat dan pandangan sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini.

Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu memperbaiki kelemahan saya

dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Jika saya diberi peluang

untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa hadapan, saya akan menghasilkan

tugasan kerja ini dengan lebih menarik dan berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya

dengan teknik mencari maklumat, membuat huraian, membuat ulasan kritikal dan

sebagainya supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang lebih memuaskan.

Page 15: Eksperimen Sains

Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus ini. Saya

berharap pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu baru tentang kemahiran-kemahiran proses

sains yang telah diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai satu anjakan yang positif

kepada saya untuk menjadi guru yang kompeten. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati

kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima

kasih.