ekonomi - teori rostow

26
TEORI ROSTOW Secara asasnya, Rostow berpendapat bahawa setiap negara yang bergerak maju ke depan perlu melalui tahap-tahap tertentu dan tidak boleh melompat susunan tahap tersebut. Keadaan-keadaan tertentu perlu wujud sebelum sebuah negara itu bergerak ke tahap yang lebih maju sebagaimana yang dialami oleh negara maju sebelum ini.

Upload: nur-az

Post on 23-Jun-2015

797 views

Category:

Economy & Finance


3 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dalam Pengurusan Awam 2

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi - teori Rostow

TEORI ROSTOW

Secara asasnya, Rostow berpendapat bahawa setiap negara yang bergerak maju ke depan perlu melalui tahap-tahap tertentu dan tidak boleh melompat susunan tahap tersebut.

Keadaan-keadaan tertentu perlu wujud sebelum sebuah negara itu bergerak ke tahap yang lebih maju sebagaimana yang dialami oleh negara maju sebelum ini.

Page 2: Ekonomi - teori Rostow

Rostow membahagikan proses pembangunan ekonomi kepada lima tahap pertumbuhan berikut (Sadono Sukirno 1985):

 1. Tahap Masyarakat Tradisional

(The Traditional Society)

2. Prasyarat untuk Lepas Landas

(The Pre-Conditions for Take-Off)

Page 3: Ekonomi - teori Rostow

3. Tahap Lepas Landas

(The Take-Off)

4. Tahap Gerakan Ke Arah Kedewasaan

(The Drive to Maturity)

5. Tahap Penggunaan Tinggi

(The Age of High Mass Consumption)

Page 4: Ekonomi - teori Rostow

Tahap masyarakat tradisional

Dalam tahap masyarakat tradisional, kegiatan ekonomi adalah terhad, yakni tertumpu di bidang pertanian tradisional yang berdaya pengeluaran rendah.

Kaedah pengeluaran yang digunakan adalah secara tradisional, tidak ada teknologi yang tinggi dan tidak wujud daya cipta.

Page 5: Ekonomi - teori Rostow

Daya pemikiran masyarakat pada tahap ini tidak rasional kerana adat resam lebih mempengaruhi corak kehidupan mereka.

Manakala fungsi institusi sosial adalah lebih kuat dibandingkan dengan institusi ekonomi sehingga motif keuntungan tidak ada langsung dalam aktiviti ekonomi.

Page 6: Ekonomi - teori Rostow

Masyarakat yang ada pada tahap ini adalah berbentuk feudal yang kurang memberi galakan kepada mobiliti ke atas, wujud kelas dalam masyarakat dan agihan pendapatan adalah tidak seimbang.

Ini disebabkan kuasa ekonomi dan politik terletak di tangan pemilik tanah.

Page 7: Ekonomi - teori Rostow

Tahap prasyarat untuk lepas landas

Pada tahap prasyarat untuk lepas landas, Rostow menganggapnya sebagai satu masa peralihan di mana sesuatu masyarakat itu mula menyiapkan diri untuk mencapai pembangunan yang berterusan.

Ini memerlukan perubahan dari segi sikap dan nilai masyarakat terhadap kegiatan ekonomi.

Page 8: Ekonomi - teori Rostow

Walaupun perubahan berlaku agak lambat, namun penggunaan sains moden mula wujud, tingkat daya pengeluaran dan pelaburan mula bertambah.

• Golongan pengusaha juga mula muncul untuk mengganti tuan tanah dan golongan ini menjadi penggerak ekonomi yang penting dan sanggup menanggung risiko.

Page 9: Ekonomi - teori Rostow

Pada tahap ini juga berlaku perubahan struktur ekonomi semasa negara mula membangunkan sektor industri.

Kenaikan dalam pelaburan berlaku

ekoran dari perkembangan sektor pertanian, perlombongan dan pembaikan dalam infrastruktur.

Page 10: Ekonomi - teori Rostow

• Sektor pertanian berfungsi sebagai pembekal makanan dan pasar kepada industri barang-barang pengguna dan barang-barang input pertanian (seperti jentera dan baja kimia) dan menjadi sumber tabungan untuk kegiatan sektor industri.

• Sektor perdagangan juga turut berkembang sehingga membawa kepada perkembangan dalam infrastruktur.

 

Page 11: Ekonomi - teori Rostow

Di samping itu, beberapa perubahan sosial perlu berlaku termasuk kemunculan pemimpin baru untuk mengganti tuan tanah dan golongan inilah yang akan melaksanakan pelaburan dan pembangunan ekonomi.

Golongan masyarakat lain yang mempunyai tabungan pula harus bersedia meminjamkan tabungan tersebut kepada golongan elit baru tersebut untuk digunakan sebagai modal.

Page 12: Ekonomi - teori Rostow

• Secara keseluruhan, penduduk pada tahap ini harus mengadakan perubahan sikap iaitu dari nilai kehidupan tradisi kepada kehidupan yang lebih berdisiplin seperti bekerja pada waktu tetap, mewujudkan pengkhususan dalam pekerjaan dan melakukan kerja berasaskan peraturan yang telah ditetapkan.

• Pada tahap ini juga berlaku perubahan politik ekoran dari perkembangan dalam semangat nasionalisme dan kesan demonstrasi dari luar.

Page 13: Ekonomi - teori Rostow

Mengikut Rostow sesebuah negara yang menghadapi penghinaan atau tekanan dari negara lain yang lebih maju dapat melakukan proses modenisasi dengan lebih cepat.

• Tahap prasyarat untuk lepas landas boleh dikategorikan kepada dua iaitu pertama, tahap yang dicapai oleh negara-negara Eropah, Asia, Timur Tengah dan Afrika di mana negara tersebut terpaksa merombak masyarakat tradisional yang sudah lama ada.

Page 14: Ekonomi - teori Rostow

Manakala kategori kedua iaitu yang dicapai oleh negara-negara Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Negara yang dianggap sebagai 'born free' ini dapat mencapai tahap prasyarat untuk lepas landas tanpa perlu merombak sistem masyarakat tradisional yang ada kerana keebanyakan penduduknya terdiri daripada imigran yang telah mempunyai sifat-sifat yang diperlukan bagi mencapai tahap tersebut.

Page 15: Ekonomi - teori Rostow

Tahap pelancaran atau lepas landas

Tahap pelancaran atau lepas landas adalah tahap yang paling penting dalam menuju proses pembangunan yang berterusan.

Pertumbuhan dianggap sebagai satu hal yang normal dan berlaku akibat dari perubahan dari segi politik, teknologi dan perluasan pasar.

Page 16: Ekonomi - teori Rostow

• Kesan seterusnya menyebabkan tercipta inovasi dan berlaku peningkatan dalam pelaburan dan pendapatan per kapita.

Sesuatu perekonomian akan mencapai tahap ini apabila ada ciri-ciri seperti (1) tingkat pelaburan produktif mengalami kenaikan antara 5.0 hingga 10.0 peratus dari Keluaran Negara Bersih (KNB);

(2) berlaku perkembangan pesat dalam satu atau beberapa sektor industri yang penting dan sudah wujud 'frame work' politik, sosial dan institusi yang akan mendorong ke arah perkembangan ekonomi yang lancar.

Page 17: Ekonomi - teori Rostow

• Peranan tabungan dalam negeri sebagai sumber modal utama adalah penting pada tahap ini.

Negara Britain dan Jepun umpamanya mengalami pembangunan melalui penggunaan tabungan yang semakin bertambah dalam negara.

Page 18: Ekonomi - teori Rostow

Terdapat beberapa keadaan yang perlu wujud bagi memastikan pembangunan pada tahap ketiga (3) ini dapat diteruskan iaitu:

1.Agihan pendapatan perlu adil supaya tabungan masyarakat dapat ditingkatkan.

2. Golongan usahawan yang akan menjalankan aktiviti ekonomi perlu wujud.

 

Page 19: Ekonomi - teori Rostow

3. Pelaburan modal juga perlu ditambah melalui pelaburan asing bagi memastikan pelaburan produktif meningkat (Sweden, Kanada dan Amerika Syarikat adalah contoh negara yang bergantung kepada pelaburan asing pada tahap pelancaran).

4. Modal juga perlu ditambah melalui peningkatan jumlah institusi kewangan dan untung yang tidak dibahagi.

Page 20: Ekonomi - teori Rostow

Sektor yang menjadi penggerak kepada ekonomi ialah sektor pertumbuhan utama dibantu oleh sektor pertumbuhan tambahan dan sektor pertumbuhan terpengaruh.

Mengikut tafsiran Rostow, Masa tahap pelancaran di Britain adalah antara 1783-1802, Perancis (1830-60) Belgium (1833-60), Amerika Syarikat (1843-60), Jerman (1850-73), Sweden (1868-90), Jepun (1878-1900), Russia (1890-1914), Kanada (1896-1914), Argentina (1935), Turki (1937), India (1952) dan China (1952).

Page 21: Ekonomi - teori Rostow

Melihat jangka masa di atas dapat dirumuskan bahawa masa tahap lepas landas adalah singkat iaitu lebih kurang 20 tahun dan negara Barat kebanyakannya mencapai tahap ini pada abad kesembilan belas dan awal abad kedua puluh, kecuali Britain yang mencapainya pada akhir abad ke lapan belas manakala Kanada dan Rusia pada permulaan abad kedua puluh.

Page 22: Ekonomi - teori Rostow

Tahap kematangan ekonomi

• Tahap keempat iaitu tahap kematangan ekonomi adalah apabila sesuatu masyarakat telah mencapai tingkat teknologi yang tinggi dalam pelbagai aktiviti ekonomi.

Sektor utama yang berkembang pada tahap lepas landas sudah mula berkembang dan semakin kukuh.

Page 23: Ekonomi - teori Rostow

Jumlah penduduk yang terlibat dalam sektor industri semakin meningkat dan peranan usahawan semakin penting di samping mula timbul kritikan terhadap proses industrialisasi yang dijalankan.

Page 24: Ekonomi - teori Rostow

Tahap penggunaan tinggi

Pada tahap terakhir iaitu tahap penggunaan tinggi masyarakat telah mengubah fokus masalah daripada masalah di bidang keluaran kepada masalah di bidang penggunaan dan kesejahteraan.

Masyarakat mula mementingkan penggunaan barang-barang mewah dan masa rehat.

Page 25: Ekonomi - teori Rostow

• Tahap akhir ini dicapai oleh Amerika Syarikat Jerman dan Perancis 1910, Sweden 1930, Jepun 1940, Russia dan Kanada 1950.

• Faktor-faktor pengeluaran yang ada dalam negara digunakan untuk meningkatkan pengaruh di luar negara melalui perdagangan antarabangsa, meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui agihan pendapatan yang lebih adil dan sebahagian besar pendapatan masyarakat digunakan untuk membeli barang-barang keperluan mewah di samping keperluan untuk makanan dan pakaian.

Page 26: Ekonomi - teori Rostow

Teori Rostow telah banyak menerima kritikan. Antara isu-isu yang ditimbulkan oleh

pengkritik ialah :

-mengenai perbezaan setiap tahap yang kabur atau kurang jelas;

-sukar dibuktikan secara empirikal dan kemungkinan sesebuah negara untuk tidak mengikut urutan tahap yang telah ditetapkan (Lihat Sadono 1985).