ekonomi stpm kertas 1_4

21
EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012 1 KESEIMBANGAN PASARAN OBJEKTIF KESEIMBANGAN PASARAN 1. mentakrifkan keseimbangan pasaran; 2. menjelaskan bagaimana permintaan dan penawaran pasaran menentukan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. 3. menjelaskan konsep lebihan atau kurangan permintaan dan penawaran. 4. menghitung kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual, dan gambar rajah. PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN 5. menerangkan perubahan keseimbangan pasaran yang disebabkan oleh perubahan permintaan atau/dan perubahan penawaran. 6. menghitung perubahan kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual dan gambar rajah LEBIHAN PENGGUNA DAN LEBIHAN PENGELUAR 7. mentakrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar 8. menghitung lebihan pengguna dan lebihan pengeluar dengan menggunakan jadual dan gambar rajah Keseimbangan pasaran Pasaran mencapai keseimbangan apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar. menjelaskan bagaimana permintaan dan penawaran pasaran menentukan tingkat harga dan kuantiti keseimbangan. menjelaskan konsep lebihan atau kurangan permintaan dan penawaran. Penentuan harga dan kuantiti Berdasarkan gambar rajah diatas, keseimbangan berlaku pada titik E apabila keluk permintaan sama dengan keluk penawaran. Kuantiti keseimbangan ialah Q dan harga keseimbangan adalah P. Pada harga P 1 , berlaku lebihan permintaan sebanyak cd.Ini mendorong harga meningkat dari P 1 ke P. Pada harga P 2 , berlaku lebihan penawaran sebanyak ab.Ini mendorong harga menurun dari P 2 ke P. menghitung kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual, dan gambar rajah. Kaedah Q d - Q s Cth : Qd = 100 – 5p Qs = 20 + 3P Harga keseimbangan Qd = Qs 100 -5P = 20 + 3P -8P = -80 P = RM10 Kuantiti keseimbangan = 100 – 5(10) = 50 unit S S Harga E c d a P b P 2 P 1 Kuantiti D D Q

Upload: ananthan-ayavoo

Post on 25-Jul-2015

3.247 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

1

KESEIMBANGAN PASARAN OBJEKTIF KESEIMBANGAN PASARAN 1. mentakrifkan keseimbangan pasaran; 2. menjelaskan bagaimana permintaan dan penawaran pasaran menentukan tingkat harga dan kuantiti

keseimbangan. 3. menjelaskan konsep lebihan atau kurangan permintaan dan penawaran. 4. menghitung kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual, dan gambar rajah. PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN 5. menerangkan perubahan keseimbangan pasaran yang disebabkan oleh perubahan permintaan atau/dan

perubahan penawaran. 6. menghitung perubahan kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual dan

gambar rajah LEBIHAN PENGGUNA DAN LEBIHAN PENGELUAR 7. mentakrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar 8. menghitung lebihan pengguna dan lebihan pengeluar dengan menggunakan jadual dan gambar rajah Keseimbangan pasaran

Pasaran mencapai keseimbangan apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar. menjelaskan bagaimana permintaan dan penawaran pasaran menentukan tingkat harga dan

kuantiti keseimbangan. menjelaskan konsep lebihan atau kurangan permintaan dan penawaran.

Penentuan harga dan kuantiti

Berdasarkan gambar rajah diatas, keseimbangan berlaku pada titik E apabila keluk permintaan sama dengan keluk penawaran. Kuantiti keseimbangan ialah Q dan harga keseimbangan adalah P. Pada harga P1, berlaku lebihan permintaan sebanyak cd.Ini mendorong harga meningkat dari P1 ke P. Pada harga P2, berlaku lebihan penawaran sebanyak ab.Ini mendorong harga menurun dari P2 ke P.

menghitung kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual, dan

gambar rajah. Kaedah Qd - Qs Cth : Qd = 100 – 5p Qs = 20 + 3P Harga keseimbangan Qd = Qs 100 -5P = 20 + 3P

-8P = -80 P = RM10 Kuantiti keseimbangan = 100 – 5(10) = 50 unit

S

S

Harga

E

c d

a

P

b P2

P1

Kuantiti

D

D

Q

Page 2: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

2

Kaedah Px = Py PX = 2 + 3QX Py = 14 - Qy

Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2] Px=Py

2 + 3Q = 14 – Q 4Q = 12 Q = 3 Gantikan Q=3 dlm fungsi penawaran P = 2 + 3(3) P = 11 Harga keseimbangan ialah RM11 dan kuantiti keseimbangan ialah 3 unit.

menerangkan perubahan keseimbangan pasaran yang disebabkan oleh perubahan permintaan atau/dan perubahan penawaran.

1.

Apabila pendapatan pengguna meningkat maka kuasa beli pengguna meningkat. Permintaan barang meningkat. Keluk permintaan beralih ke kanan dari D1D1 ke D2D2. Kesannya harga meningkat dari P1 ke P2 dan kuantiti meningkat dari Q1 ke Q2.

2. Jika barang X dan barang Y ialah barang pengganti. Kejatuhan harga barang Y menyebabkan permintaan barang X jatuh. Keluk permintaan beralih ke kiri dari D1D1 keD2D2. Kesannya harga barang X jatuh dari P1 ke P2 dan kuantiti menurun dari Q1 ke Q2.

3. Apabila kerajaan beri subsidi kos pengeluaran firma jatuh. Keluk penawaran beralih ke kanan dari S1S1 ke S2S2. Kesannya harga jatuh dari P0 ke P1 dan kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1.

Q2

E0 E1

Q1

P1

Harga(RM)

S

D2

P2

Kuantiti (unit)

S D1

D2 D1

E1 E0

Q0

P1

D

Harga(RM)

S2

S1 S2

P0

Kuantiti (unit)

S1

Q1

D

Q1

D2 S

E0 E1

Q2

P2

Harga(RM)

S

D1

P1

Kuantiti (unit)

D1 D2

Page 3: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

3

3.

Apabila harga input meningkat, kos pengeluaran meningkat. Keluk penawaran beralih ke kiri dari S1S1 ke S2S2. Kesannya harga meningkat dari P0 ke P1 dan kuantiti menurun dari Q0 ke Q1.

4.

5.

LEBIHAN PENGGUNA Definisi : Perbezaan diantara harga yang sanggup dibayar dengan harga sebenar yang dibayar untuk

sejumlah barang yang dibeli. Semakin banyak kuantiti barang digunakan semakin kurang harga yang sanggup

dibayaroleh pengguna kerana utiliti sut semakin menurun. Jadual

Kuantiti barang (unit)

Harga sanggup dibayar (RM)

Harga sebenar (RM)

Lebihan Pengguna (RM)

1 2 3 4 5 6 7

15 14 13 12 11 10 9

10 10 10 10 10 10 10

5 4 3 2 1 0 -

15

E1 E0

Q1

P0

D

Harga(RM)

S1

S2 S1

P1

Kuantiti (unit)

S2

Q0

D

P2

D2

D2

E2 E1

S1

E0

Q0

P1 D1

Harga(RM)

S2

S1 S2

P0

Kuantiti (unit) Q2

D1

Q1

E2 E1

S1

E0

Q0

P1

D1

Harga(RM)

S2

S1 S2

P0

Kuantiti (unit) Q2

D1

D2

D2

Q1

Page 4: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

4

Rajah Lebihan pengguna dan keanjalan

Lebihan pengguna meningkat apabila harga menurun.

Lebihan pengguna menurun apabila harga meningkat.

Semakin tidak anjal keluk permintaan semakin besar lebihan pengguna.

Apabila keluk beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1 Lebihan pengguna akan bertambah dari AP0E0 ke AP1E1. Ini menunjukkan apabila harga menurun lebihan pengguna meningkat atau semakin besar.

Apabila keluk beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. Lebihan pengguna berkurang dari dari AP0E0 ke AP1E1 atau kawasan berlorek P1P0E0E1

Lebihan pengguna = 1 x 4 x 6 = 12 2

Lebihan pengguna = 1 x 6 x 6 = 18 2

14

10

S

S 0

Harga

Kuantiti

D

6

0

Harga

S

16

10

Kuantiti

D

6

S0

S1 S0

A

Q1

E0

E1

Q2

P0

Harga(RM)

S1

P1

Kuantiti (unit) D

S1

S0 S1

A

Q2

E1

E0

Q1

P1

Harga(RM)

S0

P0

Kuantiti (unit) D

Page 5: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

5

LEBIHAN PENGELUAR Definisi : Perbezaan diantara harga yang sanggup ditawar berbanding dengan harga kos sut.

Lebihan pengeluar wujud apabila harga pasaran lebih tinggi daripada kos sut. Semakin rendah kos sut semakin tinggi lebihan pengeluar.

Jadual Kuantiti barang

(unit) Harga sanggup ditawar

(RM) Kos sut (RM)

Lebihan Pengeluar (RM)

1 2 3 4 5 6 7

10 10 10 10 10 10 10

5 6 7 8 9 10 11

5 4 3 2 1 0 -

15

Rajah

Lebihan pengeluar dan keanjalan

Lebihan pengeluar meningkat apabila harga barang meningkat.

Lebihan pengeluar menurun apabila harga barang menurun.

Semakin tidak anjal keluk penawaran semakin besar lebihan pengeluar.

Kirakan; Lebihan pengguna = Lebihan pengeluar =

S

0

Harga

6

10

Kuantiti D

6

Lebihan pengeluar = 1 x 6 x 6 = 18 2

Lebihan pengeluar = 1 x 4 x 6 = 12 2

10

S

0

Harga

5

18

Kuantiti D

8

4

0

Harga

D 10

Kuantiti

S

6

Page 6: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

6

menghitung perubahan kuantiti dan harga keseimbangan dengan menggunakan rumus, jadual dan gambar rajah

Qs = 10 + 4P Qd = 130 – 2P

a) Hitung harga dan keseimbangan baru. Qs = Qd 10 + 4P = 130 – 2P Qs = 10 + 4P 6P = 120 = 10 + 4(20) P = RM20 = 90 unit

b) Jika permintaan berubah kepada Qd = 70 – 2P i. Qs = Qd

10 + 4P = 70 – 2P Qd = 70 – 2P 6P = 60 = 70 – 2(10) P = RM10 = 50 unit

Harga jatuh daripada RM20 kepada RM10 manakala kuantiti juga menurun daripada 90 unit kepada 50 unit.

Catatan : Harga mesti ada RM dan kuantiti mesti ada unit.

ii. Pengurangan pendapatan pengguna menyebabkan kuasa beli rakyat menurun dan permintaan menurun. Berdasarkan gambar rajah diatas, apabila pendapatan menurun keluk permintaan akan beralih ke kiri dari Qd1 ke Qd2. Harga turun dari RM20 ke RM10 manakala kuantiti jatuh dari 90 unit ke 50 unit.

iii. Faktor faktor yang mengalihkan keluk permintaan ke kiri a) Pengurangan pendapatan b) Cita rasa pengguna berkurang c) Harga barang pengganti menurun d) Harga barang penggenab naik e) Cukai pendapatan perseorangan naik

Harga(RM)

Qd2 = 70 – 2P 90

E0

E1

50

10

Qs = 10 + 4P

Qd1 = 130 – 2P

20

Kuantiti (unit)

Page 7: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

7

SOALAN TAHUN LEPAS 1. Apakah yang dijangka akan berlaku pada keseimbangan yang baru sekiranya keluk penawaran

berpindah ke kanan? ( 2001/4) A Harga menurun dan kuantiti diminta meningkat. B Harga meningkat dan kuantiti ditawarkan menurun. C Kuantiti diminta, kuantiti ditawarkan, dan harga meningkat. D Kuantititi diminta tidak berubah, manakala harga dan kuantiti ditawarkan menurun.

2. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan pada suatu tingkat harga.

( 2011/5)

Apakah tingkat harga yang menghasilkan lebihan penawaran sebanyak 600 unit? A RM30.00 B RM40.00 C RM50.00 D RM60.00

3. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti dirninta serta kuantiti ditawarkan bagi suatu barang.

(2011/11)

Pada harga RM5.00, berlaku A lebihan permintaan sebanyak 60 unit dan harga akan turun B lebihan penawaran sebanyak 60 unit dan harga akan turun C lebihan permintaan sebanyak 60 unit dan harga akan naik D lebihan penawaran sebanyak 60 unit dan harga akan naik

4. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta oleh pengguna P dan Q serta kuantiti ditawarkan oleh

penjual R dan S bagi barang X. ( 2006 /6)

Harga (RM)

Kuantiti diminta (unit)

Harga (RM)

Kuantiti ditawarkan (unit)

P Q R S 1.00 2.00 3.00 4.00 5.00 6.00 7.00

15 13 9 6 4 1 0

16 12 11 8 5 3 2

7.00 6.00 5.00 4.00 3.00 2.00 1.00

18 16 15 14 12 6 2

16 13 12 9 8 3 1

Harga (RM)

Kuantiti diminta (unit)

Kuantiti ditawarkan (unit)

10.00 20.00 30.00 40.00 50.00 60.00

960 920 ___ ___ ___ ___

600 800 ___ ___ ___ ___

Harga (RM)

Kuantiti diminta (unit)

Harga (RM)

Kuntiti ditawarkan (unit)

1.00 2.00 3.00 4.00 5.00 6.00

210 180 150 120 90 60

6.00 5.00 4.00 3.00 2.00 1.00

180 150 120 90 60 30

Page 8: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

8

Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? Harga(RM) kuantiti (unit) A. 2.00 25 B. 3.00 20 C. 5.00 9 D. 6.00 4

5. Diberikan bahawa fungsi permintaan Qd= 30 - 4P, dengan Qd dan P masing-masing kuantiti diminta

(unit) dan harga (RM). Harga asal ialah RM5.00 per unit. Sekiranya harga menurun sebanyak 20% dengan faktor-faktor lain tidak berubah, permintaan akan meningkat sebanyak (2011/6) A 2 unit B 4 unit C l0 unit D 14 unit

6. Gambar rajah di bawah menunjukkan keadaan keseimbangan pasaran bagi suatu barang

keseimbangan asal adalah pada titik E. Jika pendapatan pengguna bertambah dan kos pengeluaran juga meningkat, keseimbangan baharu adalah pada A titik J B titik K C titik I D titik M

7. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi suatu

barang. Keluk DD dan keluk SS yang asal adalah DD, dan SS, (2010/6 )

Jika pendapatan pengguna meningkat, titik

keseimbangan yang baharu ialah A H B J C K D M

Page 9: Ekonomi STPM kertas 1_4

EKONOMI Modul 4/semester 1 / 2012

9

BAHAGIAN B 1.

Jika berlaku lebihan penawaran di pasaran, tingkat harga akan turun. proses ini akan berlanjutan sehingga keseimbangan pasaran tercapai, di mana kuantiti yang ditawarkan sama dengan kuantiti diminta. / D0D0 = S0S0

2. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas kesan yang berlaku terhadap penawaran kereta nasional sekiranya kos input pengeluaran kereta nasional turun. (2004/4) [4]

Apabila kos input pengeluaran kereta nasional turun, kos pengeluarannya akan merosot. Maka penawaran kereta nasional akan bertambah.Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk penawaran S1S1 bersilang dengan keluk permintaan DD dengan harga keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0. Setelah kenaikan penawaran, titik keseimbangan berubah dari E0 ke E1. Harga jatuh daripada P0 kepada Pl dan kuantiti meningkat daripada Q0 kepada Q1.

3. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit akibat kenaikan harga minyak kacang soya. (2008/2 ) [6]

Minyak kacang soya adalah barang pengganti kepada minyak kelapa sawit. Apabila harga minyak kacang soya meningkat, permintaan minyak kelapa sawit akan meningkat. Keluk permintaan akan beralih ke kanan dari D0D0 ke D1D1 . Harga meningkat dari P0 ke P1 Kuantiti meningkat dari Q0 ke Q1

Harga

0

P0

P1 S

S

E

a b

Kuantiti

D

D

Q

Q0

P1

D

Harga(RM)

S2

S1 S2

P0

Kuantiti (unit)

S1

Q1

D

Page 10: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

10

BAHAGIAN C 1. Jadual di bawah menunjukkan penawaran dan permintaan satu keluaran pertanian. (1999/5 )

Untuk membantu meningkatkan pendapatan petani, kerajaan bercadang melaksanakan salah satu program yang berikut. Program A : sokongan harga, iaitu kerajaan menetapkan harga pada RM14.00 dan membeli

sebarang lebihan yang dikeluarkan oleh petani. Program B: subsidi harga, iaitu kerajaan memberikan petani sebanyak RM6.00 untuk setiap unit

yang terjual di pasaran. (a) Pada kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan penawaran, dan [5]

(i) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan, dan

Harga keseimbangan = RM10 Kuantiti keseimbangan = 100 unit

(ii) hitung jumlah hasil yang diperoleh oleh petani. Jumlah hasil = 10 x 100 = RM1000.00

(b) Berdasarkan graf pada (a), analisiskan secara kuantitatif kesan Program A terhadap [6]

(i) kuantiti keluaran dan kuantiti yang dibeli oleh pengguna, Kuantiti diminta = 60 unit Kuantiti keluaran = 120 unit

(ii) hasil petani, dan Jumlah hasil petani = 14 x 120 = RM1680.00 (iii) perbelanjaan kerajaan. Jumlah perbelanjaan kerajaan = (120 – 60) x 14 = RM840.00

(c) Berdasarkan graf pada (a), analisiskan secara kuantitatif kesan Program B terhadap [6]

(i) harga pasaran dan kuantiti yang dikeluarkan oleh petani, Harga pasaran = RM8.00 Kuantiti keluaran = 120 unit

(ii) hasil petani,

Hasil jualan petani = 120 x 8= RM960.00 Subsidi = 120 x 6 = RM720.00 Jumlah hasil petani = RM1680.00

(iii) perbelanjaan kerajaan.

D S1 S2

100

8

D

Harga(RM)

S2

S1 S2

10

Kuantiti (unit)

S1

120

D

Page 11: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

11

Jumlah subsidi = 120 x 6 = RM720.00

(d) Apakah program yang akan anda syorkan kepada kerajaan? Jelaskan jawapan anda. [3] i. Program B, kerana jumlah perbelanjaan kerajaan adalah kecil iaitu RM840 lebih kecil

daripada RM720 dan ia tidak menjejaskan jumlah hasil petani RM1680.00. ii. Harga program B hanya RM8.00 berbanding dengan RM14.00 di bawah program A dan

pengguna dapat menikmati kuantiti yang sama banyak iaitu 120 unit. 2. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi ikan bawal masing-masing diberikan sebagai

(2011/14) Qd= 100 – 2.5P dan Qs = 25 + 5P

dengan Qd ialah kuantiti ikan bawal diminta (kg), Qs ialah kuantiti ikan bawal ditawarkan (kg), dan P ialah harga ikan bawal (RM).

(a) Hitung harga dan kuantiti ikan bawal pada tingkat keseimbangan. [3] Harga dan kuantiti ikan awal Qd = Qs Apabila harga RM10 Qs = 25 + 5(10) 100 – 2.5P = 25 + 5P = 75 kg 7.5P = 75 P = RM10 Harga keseimbangan ikan bawal ialah RM10 dan kuantti keseimbangan 75kg.

(b) Dengan menggunakan kertas graf , lukis keluk permintaan dan keluk penawaran pada paksi - paksi yang sama. [3]

(c) Hitung lebihan pengguna dan lebihan pengeluar pada harga keseimbangan. [2]

Lebhan pengguna = 1 x 30 x 75 = RM1125.00 2

(d) Sekiranya kerajaan menetapkan harga minimum ikan bawal pada RMl2.00 sekilogram, hitung perubahan lebihan pengguna. [2]

Apabila harga RM12.00

Qd = 100 – 2.5P = 100 – 2.5(12) = 100 – 30 = 70

Lebihan pengguna selepas dasar harga minimum = 1 x 28 x 70

Page 12: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

12

2 = RM980

Perubahan lebihan pengguna = 1 x (70 + 75) x 2

2 = 145

Pengurangan lebihan pengguna sebanyak RM145. 3. Persamaan untuk permintaan dan penawaran pasaran pisang montel adalah seperti yang berikut.

P = 800 - 50Q (2001/8) P = 200 + 25Q

dengan P = harga (RM), Q = kuantiti (tan).

Kerajaan bercadang meningkatkan pengeluaran pisang montel sama ada melalui dasar sokongan harga ataupun melalui dasar pemberian subsidi.

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan dan keluk penawaran pasaran untuk pisang montel. [3]

(b) Pada graf yang telah anda lukis pada soalan (a), tentukan dan nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan. [2]

Harga keseimbangan = RM400 Kuantiti keseimbangan = 8 tan

(c) Sekiranya kerajaan menjalankan dasar sokongan harga dan menetapkan harga minimum pisang montel pada RM500 per tan, (i) berapakah kuantiti yang diminta dan kuantiti yang ditawarkan pada tingkat harga

sokongan? [2] Kuantiti diminta = 6 tan Kuantiti ditawar = 12 tan

(ii) apakah kesan dasar ini terhadap pasaran pisang montel? [3] Harga naik dari RM400 ke RM500 Kuantiti diminta merosot daripada 8 tan kepada 6 tan Kuantiti ditawar bertambah daripada 8 tan kepada 12 tan Wujudnya lebihan penawaran sebanyak 6 tan

(d) Sekiranya kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM150 per tan kepada pengusaha, (i) berapakah kuantiti penawaran dan permintaan pada tingkat keseimbangan? [3]

Kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar = 10 tan Harga turun kepada RM300 Kuantiti diminta naik kepada 10 tan

Page 13: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

13

(ii) apakah kesan dasar ini terhadap pasaran pisang montel? [2] Harga turun kepada RM300 Kuantiti diminta naik kepada 10 tan

(e) Dasar yang manakah dapat meningkatkan pengeluaran pisang montel? Berikan alasan anda. [2] Dasar sokongan harga, kerana pisang yang dapat dikeluarkan lebih banayak iaitu 12 tan

(f) Dasar yang manakah yang lebih membebankan kerajaan? Jelaskan. [3] Kos perbelanjaan untuk dasar sokongan harga = 6 x 500 = RM3000 Kos kerajaan jika memberikan subsidi = 10 x 150 = RM1500 Oleh itu, dasar sokongan harga lebih membebankan kerajaan

4. Persamaan penawaran dan permintaan barang X masing-masing diberikan seperti yang berikut. PX = 2+3QX PX = 14 - Qx (2003/15) dengan PX = harga barang X (RM) QX = kuantiti barang X (unit)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2] SS=DD 2 + 3Q = 14 – Q 4Q = 12 Q = 3 Gantikan Q=3 dlm fungsi penawaran P = 2 + 3(3) P = 11 Harga keseimbangan ialah RM11 dan kuantiti keseimbangan ialah 3 unit.

(b) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM2.00 terhadap setiap unit barang X, (i) dapatkan persamaan penawaran yang baru, [1] Px = 2 + 3Q + 2 = 4 + 3Q

(ii) hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X selepas cukai dikenakan, [2] 4 + 3Q = 14 – Q 4Q = 10 Q = 2.5 Gantikan Qx=2.5 dalam fungsi penawaran baru Px = 4 + 3(2.5) = 11 Harga keseimbangan selepas cukai ialah RM11.50 dan kuantiti keseimbangan ialah 2.5 unit.

(iii) hitung lebihan pengguna sebelum dan selepas cukai dikenakan, dan [2] Lebihan pengguna sebelum cukai dikenakan = 1 x (3 x 3) 2 = RM4.50 Lebihan pengguna sebelum cukai dikenakan

Page 14: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

14

= 1 x (2.5 x 2.5) 2 = RM3.13

(iv) nyatakan kesan yang timbul terhadap lebihan pengguna. [1] Lebihan pengguna telah merosot sebanyak = 4.50 – 3.13 = RM1.37

(c) Dalam keadaan manakah pihak kerajaan perlu menaikkan kadar cukai? Berikan alasan anda. [2] Apabila ekonomi melambung, ini untuk mengawal inflasi.

5. Persamaan permintaan bagi pasaran cakera padat ialah Qd = 60 - 2P. (2004/13)

(a) Hitung kuantiti diminta pada setiap tingkat harga yang berikut. [3]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, Lukis keluk permintaan berdasarkan jawapan anda dalam (a). [3]

(c) Jika persamaan permintaan berubah menjadi Qd = 80 - 2P, lukis keluk permintaan yang baru pada graf yang sama. [2]

(d) Nyatakan dua faktor yang menyebabkan perubahan keluk permintaan tersebut. [2] i. Citarasa pengguna bertambah ii. Jumlah penduduk meningkat

Harga (RM)

Kuantitidiminta (unit)

30 25 20 15 10 5

Page 15: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

15

6. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran telefon bimbit. (2005/13)

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran bagi telefon bimbit. [3]

(b) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan bagi telefon bimbit. [2] Harga keseimbangan = RM300.00 Kuantiti keseimbangan = 20 000 unit

(c) Jika pada setiap harga pasaran, kuantiti yang diminta telah meningkat sebanyak 5 ribu unit manakala keluk penawaran tidak berubah, (i) pada graf yang sama, lukis keluk permintaan telefon bimbit yang baru,

b

(ii) tentukan harga dan kuantiti keseimbangan telefon bimbit yang baru. [3]

Harga = RM350 Kuantiti = 22 500 unit

(d) Hitung keanjalan permintaan harga bagi telefon bimbit jika harganya berubah daripada RM500.00 kepada RM300.00. [2]

Ed = ∆Q x P 10 000 x 500 = 2.5 ∆P Q 200 10 000

Page 16: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

16

8. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yang berikut: (2006/13)

Qd = 18 – 0.5Px Qs = Px -12

Dengan, Px = Harga barang X (RM) Qd = kuantiti diminta barang X (unit) Qs = kuantiti ditawarkan barang X (unit)

a) Adakah pasaran berada pada keseimbangan jika tingkat harga ialah RM30.00? [4]

Qd = 18 – 0.5(30) = 3 unit Qs = 30 – 12 =18 unit Permintaan tidak sama dengan penawaran Lebihan penawaran sebanyak (18-3) = 15 unit Pasaran tidak seimbang.

b) Apakah yang akan berlaku pada kuantiti dan harga jika pasaran mencapai keseimbangan? [4] Pasaran mencapai keseimbangan apabila penawaran sama dengan permintaan Qs = Qd Px – 12 = 18 – 0.5Px 1.5Px = 30 Px = RM20.00 Gantikan dalam Qs Qs = 20 - 12 = 8 unit Harga keseimbangan ialah RM20.00 dan kuantiti keseimbangan ialah 8 unit

c) Andaikan cita rasa pengguna berubah dan permintaan barang X meningkat kepada

33 – 0.5Px. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. [2] Qs = Qd1 Px – 12 = 33 – 0.5Px 1.5Px = 45 Px = 30 Gantikan dalam harga RM30 dalam Qs Qs = 30 – 12 = 18

Harga keseimbangan ialah RM30.00 dan kuantiti keseimbangan ialah 18 unit. 9. Persamaan penawaran motosikal tempatan (PL), penawaran import (PM), dan permintaan

motosikal (PD) di Malaysia diberikan sebagai (2007/13)

PL = 3 +Q PM = 5 PD = 15 – 2Q Dengan , P = harga motosikal (RM’000) Q = kuantiti motosikal (’000 unit).

Page 17: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

17

a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran bagi motosikal tempatan dan motosikal import serta keluk permintaan motosikal. [4]

b) Pada tingkat keseimbangan PD = PM, hitung

i. Kuantiti motosikal yang diminta [1] Kuantiti motosikal diminta pada tingkat keseimbangan PD = PM 15 – 2Q =5 2Q = 10 Q = 5 Kuantiti = 5 000 unit

ii. Jumlah nilai motosikal yang diimport. [1] Jumlah keluaran = 5 000 unit Keluaran dalam negara = 2 000 unit Oleh itu motosikal import ialah 3 000 unit Harga sebuah motosikal = RM5 000.00 Nilai import = 3 000 x 5 000 = RM 15 000 000 / RM 1.5 juta

c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanayak RM1000 per unit atas motosikal yang

diimport, hitung i. Kuantiti motosikal yang diimport, [1]

Cukai import RM1 000 per unit dikenakan S = 6 15 -2Q =6 2Q = 9 Q = 4.5 iaitu 4 500 unit Keluaran tempatan 3 000 unit, Oleh itu motosikal import ialah 4 500 – 3 000 = 1 500 unit

ii. Jumlah cukai yang diperoleh oleh kerajaan, [1] Jumlah cukai = 1 500 x RM1 000 = RM1500000 / RM1.5 juta

d) Jika kerajaan tidak lagi mengimport motosikal, hitung kuantiti dan harga motosikal pada tingkat keseimbangan. [2] PD = PL harga P = 15 – 2Q 15 – 2Q = 3 + Q = 15 – 2(4) 3Q = 12 = 7 Q = 4 Kuantiti ialah 4 000 unit Harga ialah RM7 000.00

10. Persamaan permintaan dan penawaran bagi daging adalah seperti yang berikut: 2009/13

Qd = 150 - 5P, QS = 30 + 5P,

dengan Qd = Kuantiti daging diminta (kg), Qs = Kuantiti daging ditawarkan (kg), P = Harga daging (RM).

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2] Qd = Qs 150 – 5P = 30 + 5P 10P = 120 P = 12

Page 18: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

18

Gantikan P = 12 dalam Qs Qs = 30 + 5P 30 + 5(12) Qs = 90 Harga keseimbangan ialah RM12 dan kuantiti keseimbangan ialah 90kg

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran. [2] (c) Apabila berlaku peningkatan pendapatan sebanyak 20%, kuantiti permintaan meningkat sebanyak 30 unit untuk setiap tingkat harga. Berdasarkan maklumat ini,

(i) nyatakan persamaan permintaan yang baharu, [1] Qd = (150 + 30) – 5P Qd = 180 – 5P

(ii) lukis keluk permintaan yang baharu dalam gambar rajah yang sama, [1] (iii) hitung kuantiti dan harga keseimbangan yang baharu, [2]

Qs = Qd 30 + 5P = 180 – 5P

10P = 150 P = 15 Qs = 30 + 5P = 30 + 5(15) = 105 Harga keseimbangan ialah RM15 dan kuantiti keseimbangan ialah 105kg.

hitung keanjalan permintaan pendapatan. [2] %∆Q = 105-90 x100 90 = 16.67% = %∆Q %∆P = 16.67% 20% = 0.83

15

105 90

12

Kuantiti (kg)

Harga (RM)

D0

S

D1

Page 19: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

19

11. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah (2010/13)

Qd = 150 - 5Px, Qs = 30 + 3Px,

dengan Px = harga barang X (RM),

Qd = kuantiti diminta barang X (unit), Qs = kuantiti ditawar barang X (unit).

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2] Qd = Qs

150 - 5Px = 30 + 3Px, 8P = 120 P = 15 Gantikan P = 15 dalam Qd = 150 - 5(15) = 75 Harga keseimbangan ialah RM15 dan kuantiti keseimbangan ialah 75 unit.

(b) Andaikan kerajaan melaksanakan dasar harga minimum pada RM20.00, hitung

(i) kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan, [2] Qd = 150 - 5Px, = 150 – 5(20) = 50 Qs = 30 + 3Px = 30 + 3(20) = 90 Kuantiti diminta ialah 50 unit dan kuantiti ditawar ialah 90 unit.

(ii) perbelanjaan pengguna sekiranya semua lebihan barang X dalam pasaran dibeli, [1] = 50 x 20 = RM1000

(iii) jumlah perbelanjaan kerajaan, dan [2] = 40 x 20 = RM800

(iv) perubahan pendapatan pengeluar. [3] = (90 x20) - (75x15) = 1800- 1125 = RM675 Pendapatan pengeluar naik sebanayak RM675.

12. Fungsi penawaran bagi firma A, firma B, dan firma C yang mengeluarkan barang X di pasaran masing-masing diberikan sebagai (2011/13)

Px = 20 + 10Q Px= 5 + 5Q dan Px= 30+ 10Q

dengan Px ialah harga barang X(RM) dan Q ialah kuantiti ditawarkan (unit). (a) Hitung kuantiti yang ditawarkan di pasaran pada harga RM50.00 dan RM60.00 [3]

Pada harga RM50 Jumlah kuantiti ditawar = 3 + 9 + 2 = 14 unit

Page 20: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

20

Pada harga RM60 Jumlah kuantiti ditawar = 4 + 11 + 3 = 18 unit

(b) Hitung keanjalan penawaran firma B daripada harga RM50.00 kepada harga RM60.00. Tafsirkan nilai keanjalan itu. [3]

Keanjalan penawaran = %∆Q %∆P

Es = ∆Q x P ∆P Q = 2 x 50 10 9 = 1.11

Keanjalan penawaran firma B = 1.11 Tafsiran : Bila harga naik 1% kuantiti ditawar naik 1.11%.

(c) Hitung keanjalan penawaran pasaran apabila harga meningkat daripada RM50.00 kepada RM60.00. [2]

Keanjalan penawaran pasaran = %∆Q %∆P

Es = ∆Q x P ∆P Q = 4 x 50 10 14 = 1.43

(d) Berdasarkan jawapan anda dalam (b) dan (c), buat kesimpulan tentang keanjalan. [2]

Keanjalan penawaran firma B lebih rendah daripada keanjalan pasaran

13. Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut: (2008/13) Qd = 12-0.5P Dengan Qd = permintaan barang X(000 unit) P = harga barang X (RM)

a) Hitung kuantiti barang X yang diminta jika barang X diberi percuma. [1] Apabila barang percuma maka harga = 0 Qd = 12-0.5P Qd = 12 – 0.5(0) Qd = 12 000 unit

b) Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X ialah RM10.00, hitung kuantiti barang X yang diminta. Jika penawaran barang X adalah 6000unit, tentukan apakah yang akan berlaku di pasaran. [2]

Qd = 12-0.5P Qd = 12 – 0.5(10) Qd = 12 – 5 Qd = 7 000 unit Jika penawaran = 6 000 unit 7000 – 6000 = 1 000 unit Permintaan lebih daripada penawaran Lebihan permintaan sebanyak 1000 unit

Page 21: Ekonomi STPM kertas 1_4

MODUL EKONOMI MODUL 4 / SEMESTER 1 / 2012

21

c) Akibat daripada perubahan cita rasa terhadap barang X, fungsi permintaan Barang X telah berubah kepada Qd = 12 - 0.8P.

i. Lukis keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan cita rasa. [3]

ii. Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan cita rasa [2] Sebelum perubahan cita rasa = 7 000 unit Apabila berlaku perubahan cita rasa Qd = 12 - 0.8P Qd = 12 – 0.8(10) Qd = 12 – 8 Qd = 4000 unit Permintaan berkurang sebanyak 3000 unit

iii. Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah? [1]

Qs = 6000 unit Qd = 4000 unit Lebihan penawaran sebanyak 2 000 unit

iv. Hitung jumlah hasil apabila cita rasa berubah. [1] Jumlah hasil = 10 x 4000 = RM40 000

SELESAI

D0

Harga (RM) D1

Kuantiti(000) 12