ekonomi-kewangan

9
GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan Diri 2. A. WANG (Money) Pengenalan Wang Tahap Pengangguran terkini di Malaysia Tahap Pengangguran Malaysia pada tahun 1994 sehingga tahun 2009 B. Idea dan Andaian Sebab sebab adanya pengangguran di Malaysia pada masa sekarang. Sebab sebab kadar pengangguran yang tinggi sepanjang tempoh kajian (tahun 1994 hingga tahun 2009) C. Isu –Isu Dapat dipelajari Isu pertama Isu Kedua Isu Ketiga

Upload: cs1201

Post on 13-Feb-2016

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kewangan

TRANSCRIPT

Page 1: ekonomi-kewangan

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan Diri

2. A. WANG (Money)

Pengenalan Wang

Tahap Pengangguran terkini di Malaysia

Tahap Pengangguran Malaysia pada tahun 1994 sehingga tahun 2009

B. Idea dan Andaian

Sebab sebab adanya pengangguran di Malaysia pada masa sekarang.

Sebab sebab kadar pengangguran yang tinggi sepanjang tempoh kajian

(tahun 1994 hingga tahun 2009)

C. Isu –Isu Dapat dipelajari

Isu pertama

Isu Kedua

Isu Ketiga

Isu Keempat

3. A. Dapatan

B. Cadangan

C. Penutupan

Page 2: ekonomi-kewangan

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

1. DEFINISI WANG

Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum

dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan

urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai

langsaian hutang. Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang

kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status

tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan

seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi

moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang. Wang tidak

mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi

alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak

cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu

menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai

sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar

wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh

menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.

Page 3: ekonomi-kewangan

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

2. ETIMOLOGI

Dalam pelbagai bahasa, perkataan untuk wang adalah serupa atau seakan perkataan

untuk emas atau perak. Perkataan bahasa Inggeris "money" mungkin berasal daripada

istilah bahasa Latin moneta, yang bermaksud mint atau penghasilan siling

(pengkoinan). Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah 'argent' yang

bermaksud perak. Dalam bahasa Ibrani pula, perkataan 'kesepph' mempunyai dua

makna iaitu perak dan wang. Matawang utama Sepanyol sewaktu zaman penjajah

yang lalu adalah bernilai sekeping duit bernilai lapan reales (disebut "riyals") atau

lebih dikenali sebagai "pieces of eight". Kemudian ia dipanggil "peso".

Page 4: ekonomi-kewangan

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

3. SEJARAH WANG

Perkembangan wang bermula daripada emas, perak, tembaga, loyang, besi, batu, atau

kulit kerang kepada wang kertas, atau catatan elektronik yang dikendali oleh sistem

perbankan kompleks antarabangsa. Wang komoditi seperti emas dan perak merupakan

antara bentuk terawal wang. Di bawah sistem wang komoditi, objek seperti duit

syiling emas mempunyai nilai intrinsik iaitu nilainya yang tetap kekal walaupun

inflasi, berbanding nilai wang kertas yang bergantung kepada nilai yang dicop semata-

mata. Wang komoditi biasanya digunakan untuk memudahkan urus niaga dalam

ekonomi barter, jadi ia lebih berfungsi sebagai perantara pertukaran, dan kemudian

mula berfungsi sebagai simpanan nilai. Wang fiat adalah wang zaman moden yang

direka oleh pihak berkuasa pusat (kerajaan) dan tidak mempunyai atau tidak

mementingkan nilai intrinsik. Pengiktirafan meluas terhadap wang fiat berlaku kerana

kerajaan pusat bertindak sebagai penjamin nilai wang yang sah sebagai tender di sisi

undang-undang sebagai bayaran untuk cukai dan lain-lain. Perkembangan wang fiat

berlaku apabila kerajaan mengeluarkan nota janji yang telah kemudiannya bertukar

menjadi mata wang fiat (contoh, Dolar Amerika) dan mata wang fiat telah bertukar

menjadi bentuk mata wang komoditi (contoh, franc Switzerland).

Page 5: ekonomi-kewangan

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

4. FUNGSI WANG

Sesuatu barang dianggap sebagai wang jika ia memenuhi syarat-syarat. Bahan pertukaran

merupakan satu perantara yang digunakan dalam perdagangan bagi mengelakkan

kesulitan satu sistem tukar barang murni.Ia juga mudah di bawa atau diangkut; logam

berharga mempunyai nisbah nilai kepada berat yang tinggi. Sebab itulah minyak, arang

atau air tidak sesuai sebagai duit walaupun mudah dibawa. Wang kertas dibuktikan sesuai

dengan hal ini..Ia juga haruslah tahan lama. Wang sering tertinggal di dalam saku ketika

mencuci. Wang 20 Peso Mexico dibuat daripada plastik untuk ketahanannya. Syiling emas

juga dicampurkan tembaga untuk meningkatkan ketahanannya dan Isaac Newton turut

memperkenalkan syiling yang dibuat berserta lurah ditepinya untuk mengelakkan

dipotong atau dikikis dan dicairkan.

Page 6: ekonomi-kewangan

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

5. UNIT AKAUN

Satu unit akaun adalah satu unit ukuran nombor piawai bagi nilai pasaran bagi barangan,

perkhidmatan dan urusan lain. Ia juga perlu bagi persetujuan perdagangan yang

melibatkan hutang. Ia haruslah boleh dibahagikan kepada unit kecil tanpa memusnahkan

nilainya; logam berharga boleh ditempa daripada jongkong logam, atau dileburkan

menjadi jongkong semula. Ini menyebabkan kulit haiwan atau haiwan itu sendiri tidak

sesuai dijadikan wang. Ia haruslah bersamaan dengan yang lain: iaitu satu unit atau benda

itu haruslah serupa dengan yang lain yang kerana itulah berlian, hasil seni dan harta tanah

tidak sesuai sebagai wang.Ia haruslah mempunyai berat atau saiz atau ukuran tertentu

untuk memudahkan pengiraan.

Page 7: ekonomi-kewangan

GMGF 1013 EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM

6. PENYIMPAN NILAI

Untuk menjadi sebagai satu penyimpan nilai, satu komoditi, dalam bentuk wang, atau

modal kewangan mestilah boleh disimpan dengan selamat dan boleh didapat kembali -

dan boleh dijangkakan sebagai berguna apabila ia didapatkan kembali.

• Ia haruslah tahan lama, tahan lasak, tidak mudah musnah atau reput. Disebabkan itu,

makanan, rempah-ratus, sutera halus dan ambal tidak sesuai dijadikan wang.

• Ia haruslah mempunyai nilai yang stabil.

• Ia haruslah sukar untuk dipalsukan dan yang tulen mudah dikenali.

Kecairan pasaran

Wang merupakan bentuk kecairan pasaran. Kecairan menentukan betapa mudahnya

sesuatu benda didagangkan untuk benda yang lain. Wang memberikan kemudahan untuk

memiliki benda lain tanpa perlu menggunakan sistem barter.

• Ia haruslah mempunyai nilai kembangan yang rendah antara harga untuk jual beli yang

dalam kata lain kos transaksi yang rendah.

• Wang juga haruslah paling kurang penurunan kebergunaan marjinal, yang membawa

maksud apabila anda menambah unit tersebut, setiap unit harganya sama seperti unit

sebelumnya dan tidak berkurang dengan banyak.

Kerana itulah, emas dan perak sering dipilih dalam sejarah wang dalam kebanyakan

masyarakat dan budaya. Platinum dan Palladium tidak dikenali dan ditulenkan hinggalah

dua ratus tahun kebelakangan ini, maka tidak mepunyai sejarah yang panjang tetapi

mungkin mengubah masa depan.