mendepani krisis kewangan dan ekonomi dunia

21
1 Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Sarjana Undang-undang Perniagaan Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM ) Mendepani 3 isu utama bagi mengatasi masalah kewangan dan ekonomi dunia :- 1. Perkhidmatan awam 2. Liberalisasi perdagangan; dan 3. Spekulasi kewangan.

Upload: musbri-mohamed

Post on 20-Jun-2015

480 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ekonomi Dunia.

TRANSCRIPT

Page 1: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

1

Universiti Kebangsaan MalaysiaFakulti Undang-undangSarjana Undang-undang Perniagaan

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )MBL ( UKM )

Mendepani 3 isu utama bagi

mengatasi masalah kewangan

dan ekonomi dunia :-

1. Perkhidmatan awam

2. Liberalisasi perdagangan; dan

3. Spekulasi kewangan.

Page 2: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

2

Krisis kewangan yang bermula mulai 2008 telah kini semakin parah dan telah menjadi topik perbincangan dunia tanpa batas sempadan, bahasa, bangsa maupun intelektual.

Negara maju dalam Kumpulan G7 dan juga Kumpulan G20 telahpun bertemu dalam beberapa pusingan bagi mencapai jawapan kepada krisis dan mendapatkan resolusi penyelesaian namun telah tidak kesampaian.

Page 3: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

3

Daripada fakta dan angka yang ada menyentuh persoalan kejatuhan ekonomi dunia masa kini maka terdapat 3 isu utama pada pandangan penulis yang wajib diperbincangkan sebagai elemen-elemen yang telah menyumbang kepada krisis kewangan dan seterusnya kegawatan ekonomi dunia :-

1.Perkhidmatan Awam termasuk perkhidmatan kewangan yang punyai fungsi awam,

2.Liberalisasi perdagangan, dan

3.Spekulasi kewangan.

Page 4: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

4

1.Perkhidmatan awam

Perkhidmatan awam perlu bebas daripada rasuah dan bebas daripada penyalahgunaan kuasa.

Perkara 13 di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia mendefinisikan perkhidmatan awam sebagai Angkatan Tentera Malaysia, Kehakiman dan Undang-undang, Perkhidmatan Awam Persekutuan, Polis , Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan Perkhidmatan Pelajaran.

Milakovich dan Gordon (1995:6) menyatakan pentadbiran awam adalah segala proses, organisasi dan individu yang terlibat dalam pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang diputuskan atau dikeluarkan badan perundangan, eksekutif dan kehakiman di samping terlibat dalam proses pengubalan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Page 5: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

5

Institut Tadbiran Awam ( INTAN ) (1991:831) menegaskan bahawa “perkhidmatan awam adalah tunggak yang dapat menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara”.

Pentadbiran awam yang cekap adalah pentadbiran awam yang bebas daripada rasuah. Malangnya perkhidmatan awam amat terbuka kepada rasuah. Rasuah dilakukan oleh anggota perkhidmatan awam yang tergamak untuk mengadaikan kuasa awam yang diamanahkan kepada mereka untuk memperolehi kepentingan peribadi.

Page 6: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

6

Rasuah membawa kepada penyalahgunaan kuasa . Di dalam proses itu pembangunan rakyat terabai manakala sumber bocor ke pihak lain. Perry (1997:30) menghuraikan kewujudan rasuah di dalam pentadbiran awam serta lanskap politik setempat.

Page 7: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

7

Rasuah adalah jenayah dan menurut Syed Hussein Al-Atas (1995: viii – xiv ) menyifatkan rasuah sebagai pengkhinatan awam yang membawa implikasi buruk kepada pemerintah, pembangunan, kesejahteraan masyarakat, institusi swasta dan masyarakat umum.

Sebelum itu Tun Mahathir Mohamed (1980:181) menyatakan bahawa rasuah itu boleh membawa keruntuhan kepada kerajaan.

Boniolo & Elberto (2005:3) . Rasuah telah memusnahkan demokrasi di Amerika Latin kerana kesannya terhadap prestasi institusi ekonomi di negara-negara terbabit dan kerana rasuah telah menyebabkan rakyat di negara-negara terbabit hilang keyakinan kepada institusi kerajaan mereka.

Page 8: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

8

Johnston (2005:42-46) memberikan perspektif baru kepada dunia dengan membahagikan rasuah kepada 4 katogeri :-

Rasuah mempengaruhi pasaran yang membabitkan pemimpin politik untuk memperolehi sumbangan sah atau sebaliknya.

Rasuah kartel elit yang melibatkan sesetengah pihak dengan pelbagai sumber kuasa seperti tentera, birokrasi, perniagaan dan parti politik.

Rasuah oligarki dan kelompok yang menjurus kepada pertarungan antara golongan politik yang berkuasa dengan pihak yang berpengaruh untuk mengadakan kuasa bagi memperolehi kekayaan peribadi.

Rasuah tokoh resmi yang mengfokus kepada sesetengah pihak yang mempunyai pertalian politik untuk menghalalkan jenayah rasuah.

Page 9: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

9

Impak daripada rasuah adalah :-

1.Rakyat yang tidak berpendidikan akan terpinggir.

2.Pembangunan negara menjadi lembab.

3.Pasaran kerja dikuasai oleh tenaga mahir asing.

4.Nikmat kemajuan ekonomi dimonopoli oleh pihak yang kaya.

5.Rakyat yang miskin dinafikan keselesaan hidup di tanahairnya sendiri.

Page 10: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

10

Perkembangan terbaru di lingkungan syarikat multinasional sepertimana Siemens A.G telah didakwa di Munich kerana dana untuk rasuah. Siemens disabitkan serta didenda 2 Billion Euro. Adakah amalan rasuah menjadi amalan MNC dunia?

Menurut William (2007:199) fenomena korupsi sistemik kini digunakan oleh penjenayah untuk menyogok jentera kerajaan daripada pembuat dasar, sektor pentadbiran, penguatkuasaan undang-undang sehingga anggota kehakiman sendiri bagi memudahkan operasi jenayah rentas sempadan di sesebuah negara.

Rasuah di Malaysia dan negara lain di dunia mungkin terjadi di dalam bentuk di atas khususnya pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah dan transmigrasi haram ?

Page 11: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

11

2.Liberalisasi Perdagangan

World Trade Organisation menaja liberalisasi perdagangan yang merangkumi barangan, perkhidmatan, harta intelek termasuk liberalisasi sektor perbankan.

Sektor perbankan dibuka di peringkat antarabangsa dan kita dapati undang-undang perbankan tidak menetapkan samada perlu mematuhi undang-undang negara asal (home) atau negara operasi (host) . Kedudukan dan fakta ini telah timbul melalui kes Libyan Arab Foreign Bank v. Bankers Trust Company (High Court, Commercial 1987, Lloyd’s Report Vol. 1988)

Page 12: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

12

Seperti dinyatakan oleh Milton Friedman (1970) matlamat perniagaan adalah keuntungan. Begitu jugalah amalan perbankan antarabangsa ; akhirnya bank antarabangsa seolah hanya bermotifkan keuntungan maksima.

Klien mereka adalah mereka yang punya nama dan mendatangkan keuntungan besar kepada bank. Ini menyebabkan liberalisasi terencat kerana tiada pemain baru dalam pasaran disokong oleh pihak bank. Kerana sikap terlalu memilih klien ini maka tujuan liberalisasi dunia telah gagal.

Page 13: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

13

Di samping itu apabila Kerajaan Malaysia sendiri melaksanakan liberalisasi pemilikan ekuiti, pasaran saham dan perbankan maka kita kenalah terima hakikat dan kemungkinan bahawa akan ada syarikat tempatan yang jatuh ke tangan asing.

Page 14: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

14

Bagi pelabur asing khususnya daripada negara maju adalah amalan biasa bagi mereka hanya suka melabur dalam syarikat –syarikat strategik seperti makanan dan pertanian, infrastruktur, telekomunikasi dan tenaga. Mereka tahu kerajaan tidak akan membenarkan syarikat strategik ini muflis atau digulung. Jadi pelaburan mereka selamat dan mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam ekonomi tuan rumah.

Inilah erti sebenar dan nyata liberalisasi dan globalisasi ekonomi.

Page 15: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

15

3.Spekulasi Kewangan

Pada 1997 Tun Mahathir Mohamed telah hadir ke Hong Kong dan beliau mencadangkan kepada IMF agar mengharamkan spekulasi kewangan. Ini kerana menurut beliau ianya penuh dengan unsur riba dan ketidaktentuan (gharar) serta mengakibatkan krisis ekonomi.

Berikutan itu beliau telah ditertawakan oleh ramai ahli kewangan dan ekonomi Barat.

Page 16: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

16

Apabila Lehman Brothers jatuh 10 tahun kemudian dan isu Repo 150 telah terkehadapan yang telah digunakan bagi melindungi fakta kerugian RM 165 billion dalam bentuk sekuriti kewangan maka kebenaran Tun Mahathir mohamed telah dilihat dunia. Kes ini juga telah menarik bersamanya firma Ernst and Young sebagai menyalah guna kuasa.

Di Eropah pula Goldman Sachs cuba kembali dengan derivatif kewangan yang disebut Currency Swap bagi membantu Kerajaan Greek telah ditahan oleh European Union.

Page 17: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

17

Spekulasi kewangan bermula pada 1973 apabila Dolar Amerika dicetak tidak lagi menggunakan sandaran emas. Matawang dunia kini yang menggunakan Dolar Amerika adalah satu penggunaan matawang yang agak rapuh.

Menurut Bank for International Settlement (BIS) jumlah global international trade pada tahun 2008 adalah sekitar US$ 32 Trillion . Daripada jumlah itu global foreign exchange market adalah 45 kali ganda lebih besar daripada jumlah perdagangan antarabangsa.

Ini bermakana hanya 2 % daripada pertukaran matawang benar-benar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan peniaga. Baki 98% global foreign exchange market adalah merupakan pasaran kewangan.Pasaran ini adalah merupakan spekulasi kewangan yang menyebabkan inflasi di seluruh dunia dan menjadi punca ketidakstabilan ekonomi dunia pada 1930an, 1987, 1997 dan kegawatan hari ini sejak 2007.

Page 18: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

18

Page 19: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

19

Cadangan bagi kaedah mengatasi kegawatan ekonomi

Dengan kedudukan sebagaimana di atas maka bagi mengatasi kegawatan kewangan dan ekonomi dunia maka tindakan di bawah adalah dicadangkan oleh penulis :-

1.Haramkan spekulatif kewangan.

2.Tidak menggunakan Dolar Amerika sebagai matawang tunggal bagi perdagangan antarabangsa.

3.Ketelusan dan integriti diperkukuhkan dalam perkhidmatan awam di seluruh dunia dengan fokus kepada isu rasuah.

4.Tindakan menyeluruh atau holistik perlu dilaksanakan secara bersama di peringkat dunia.

5.Liberalisasi perdagangan perlu dirubah supaya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya golongan peniaga khususnya pihak bank.

6.Terapkan nilai Islam dalam sistem kewangan dan ekonomi melalui penghapusan riba, gharar, masyir dan komoditi haram.

Page 20: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

20

Dengan sinergi perkhidmatan awam yang rasuah, liberalisasi perdagangan yang terlalu memihak kepada pelabur dan negara maju serta spekulasi kewangan dunia yang pincang maka ianya telah menyumbang kepada kegawatan kewangan dan ekonomi yang terbesar dalam sejarah dunia.

Page 21: Mendepani Krisis Kewangan Dan Ekonomi Dunia

21

Dengan jangkaan bahawa lebih kurang 20 lagi negara besar yang akan dilanda masalah kegawatan kewangan dan ekonomi maka dunia akan berhadapan dengan keadaan yang tidak pernah dialami dalam sejarah manusia sebelum ini.

Tindakan perlu dilakukan bersama sebagaimana tagline “Think Global,Act Locally” bagi mengatasi kegawatan ini dengan kaedah cadangan mengatasi yang dinyatakan di perenggan atas.

Insyallah selepas berusaha maka kita wajib berdoa kepada Allah s.w.t semuga kehidupan manusia di dunia kembali aman membawa ke akhirat.

Musbri Mohamed

Ramadan 2010