edu bab 6.ppt

40
KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU PENSYARAH : PN.SUZANA BINTI SANUSI EDE 3093 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN DISEDIAKAN OLEH: R.KASTHURI KUMARI B.MAYURE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Upload: thiru-tmr

Post on 24-Jan-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: edu bab 6.ppt

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

PENSYARAH : PN.SUZANA BINTI SANUSI

EDE 3093BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH:

R.KASTHURI KUMARIB.MAYURE

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Page 2: edu bab 6.ppt

PENGENALAN

Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting dalam memupuk komuniti penyayang.

Komunikasi berkesan dapat dijelmakan dalam perlbagai bentuk :

- Cara bertutur- Penggunaan bahasa badan- Penulisan- Penggunaan alat-alat tertentu spt permainan

komputer dan sbgnya.

Page 3: edu bab 6.ppt

Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan motivasi yang berkesan.

Komunikasi guru adalah sangat penting dalam bilik darjah.

Guru haruslah menggunakan komunikasi yang efektif supaya pembelajaran dapat mencapai seperti yang dirancangkan.

Guru haruslah menggunakan kecekapannya untuk berkomunikasi agar dapat mempengaruhi muridnya supaya bermotivasi dalam pelajaran.

Page 4: edu bab 6.ppt
Page 5: edu bab 6.ppt

Guru harus lebih kreatif dalam membentuk hubungan yang lebih dinamik kesannya.

Guru yang dapat menggunakan kemahiran berkomunikasi akan berjaya menghasilkan kretiviti semasa proses P & P.

Guru harus berjaya menggunakan pelbagai kecekapan semasa berkomunisi agar mencapai matlamat pembelajaran.

Ini juga supaya mutu pelajaran ditingkatkan.

Page 6: edu bab 6.ppt

Guru haruslah mengelakkan perkara :

- Salahtafsir- Kekeliruan- Suara yang tidak jelas- Bahasa badan yang tidak sesuai- Komunikasi yang tertutup- Tidak memberi perhatian kepada proses P&P

Page 7: edu bab 6.ppt

Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada :

- Kejelasan suara guru- Gaya pembelajarab yang fleksible dan tidak bosan- Inovatif- Kreatif- Pendekatan yang sentiasa digunakan untuk

membaiki kelemahan- Penglibatan murid dalam P&P- Pengurusan masa yang berkesan.

Page 8: edu bab 6.ppt

Komunikasi yang digunakan oleh guru haruslah dapat :

- Merangsang minat murid untuk belajar- Meningkat motivasi murid - Dapat mengembangkan potensi diri murid- Meningkatkan keyakinan diri murid.- Mewujudkan kerjasama murid, bakat kepimpinan.

Page 9: edu bab 6.ppt

Pembelajaran murid terhasil daripada proses pembelajaran yang aktif, latihan percubaan, peniruan.

Wagner (1994), memberik definisi interaksi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek dan dua aksi.

Interaksi berlaku apabila objek dan aksi bertindak balas antara satu dengan lain.

Tindak balas ini menyebabkan komunikasi lisan berlaku.

Page 10: edu bab 6.ppt

MODEL WILBUR SCHRAMM (1954)

Wilbur Schramm (1954) merumuskan komunikasi dalam pendidikan adalah seperti berikut :

Komunikasi dalam Pengajaran dan pembelajaran

LISAN

Semasa menyoal

Semasa memberi

penerangan

BukanLisan

Anggukan

Memek muka

Renungan

Genggaman tangan

Senyuman

Page 11: edu bab 6.ppt

Komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek kesantunan dalam komunikasi.

Menurut Brown dan Levinson, (1978), strategi kesantunan dikembang untuk menjaga martabat pendengardan pihak yang terlibat.

Antara strategi kesantunan dalam komunikasi ialah :

- Berterus terang- Kesantunan positif- Kesantunan negatif berlaku tanpa rekod.

Page 12: edu bab 6.ppt

Menurut Ned A. Flenders komunikasi lisan melibatkan interaksi antara guru – murid.

Kesenyapan juga merupakan sebahagian komunikasi tetapi bentuk bukan lisan.

Komunikasi lisan merupakan cara yang mudah untuk mendapatkan maklumat dan penerimaan mesej drp penutur.

Penggunaan komunikasi lisan seperti pujian dapat meningkatkan motivasi murid.

Page 13: edu bab 6.ppt

Komunikasi lisan memerlukan penggunaan teknik yang efektif.

Ketika berkomunikasi murid perlu diingatkan supaya memberikan perhatian kepada idea dan perasaan rakan mereka.

Mereka disarankan supaya bersikap terbuka dan menerima pandangan rakan mereka.

Guru juga perlu bersifat penyayang dan ambil berat terhadap idea yang diberikan oleh murid.

Page 14: edu bab 6.ppt

Komunikasi lisan bergantung kepada kelajuan cakap seseorang guru.

Maklumat yang disampaikan secara laju akan menjejaskan penerimaan murid terhadap mesej.

Aspek ketinggian suara pula perlu sesuai dengan persekitaran audiens dan bilangan audiens.

Suara yang rendah akan menjelaskan penerimaan mesej manakala suara ya g terlalu tinggi akan mengganggu emosi murid.

Page 15: edu bab 6.ppt

Guru dan murid akan dapat memahami dan merasai pengalaman rakan yang bertutur sekalipun berbeza dalam aspek budaya dan latar belakang.

Semasa komunikasi lisan berlangsung, guru haruslah elakkan bebelan, menilai dan menghukum.

Fahaman terhadap mesej adalah berbeza. Fahaman berlaku secara spontan.

Page 16: edu bab 6.ppt

MODEL WILBUR SCHRAMM(1954)

Sumber (Perangsang)

Enkod(mentafsir sumber)

Isyarat(Mesej)

Dekod(Mesej dirafsir)

Destinasi(penerima mesej)

Page 17: edu bab 6.ppt

Komunikasi lisan boleh disertai dengan komunikasi bukan lisan.

Komunikasi bukan lisan akan mengukuhkan lagi komunikasi lisan.

Komunikasi lisan dan bukan lisan akan memperlihatkan ragam manusia serta emosi mereka.

Mc Cardle (1974) komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk gastalt keseluruhan komunikasi.

Page 18: edu bab 6.ppt

Jika kelas bising, guru boleh dgn hanya menggunakan komunikasi bukan lisan seperti merenung murid tersebut.

Melalui senyuman dan anggukan juga boleh menyampaikan mesej kepada murid.

Semasa berkomunikasi, guru hendaklah mengelakkan beberapa gangguan supaya mesej yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan jelas.

Page 19: edu bab 6.ppt

Contoh gangguan luaran :- Persekitaran yang bising, penggunaan laras

bahasa yang sukar difahami serta suasana dalam bilik darjah.

Gangguan dalaman :- Unsur bias dalam persepsi- Pengalam lalu- Perbezaan dalam budaya. Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh

dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza.

Page 20: edu bab 6.ppt
Page 21: edu bab 6.ppt

Kurang persediaan Kebisingan Kritikan Melabel murid Memberi arahan

Page 22: edu bab 6.ppt

Guru haruslah sedar bahasa komunikasi adalah bertujuan supaya menyampaikan ilmu dan maklumat.

Guru haruslah bijak dalam memilih waktu komunikasi yang berlangsung agar mesej dapat disampaikan dengan mudah.

Komunikasi lisan atau bukan lisan merupakan kunci kejayaan dalam setiap pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Komunikasi harus berterusan dan orang lain sentiasa menilai cara berkomunikasi kita.

Page 23: edu bab 6.ppt
Page 24: edu bab 6.ppt

LARAS BAHASA

Laras bahasa adalah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.

Gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan atau bahasa penulisan.

Sesuatu laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.

Ciri laras bahasa yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.

Page 25: edu bab 6.ppt

Sesuatu laras digunakan dalam keadaan / situasi yang tertentu.

Laras bahasa juga bergantung kepada latar belakang audiens dan budaya.

Terdapat beberapa laras bahasa yang perlu diberkan penekanan semasa guru berkomunikasi dan murid.

Penggunaan laras bahasa yang mudah akan memudahkan guru berkomunikasi dengan murid.

Page 26: edu bab 6.ppt

JENIS LARAS BAHASA : i. Laras bahasa biasa.ii. Laras bahasa akademikiii. Laras bahasa sasteraiv. Laras bahasa agamav. Laras bahasa sukanvi. Laras bahasa sainsvii. Laras bahasa rencanaviii. Laras bahasa iklan/ perniagaanix. Laras bahasa media massax. Laras bahasa undang-undangxi. Laras bahasa ekonomi

Page 27: edu bab 6.ppt

Laras bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak membabitkan sebarang bidang ilmu atay konteks khusus.

Laras bahasa tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu.

Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa bahasan

Bentuk laras bahasa biasa formal menggunakan digunakan dalam situasi rasmi sahaja.

Guru boleh gunakan laras bahasa komunikasi seharian dengan murid supaya komunikasi lebih berkesan.

Page 28: edu bab 6.ppt

Laras Bahasa Akademik Laras bahasa akademik adalah bersifat ilmiah,

formal dan objektif. Laras bahasa ini menunjukkan kematangan dan

keintelektualan penutur kerana berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan.

Istilah yang digunakan bersifat khusus dan hanya difahami oleh orang tertentu sahaja.

Ayat yang digunakan sempurna dari segi kestabilan, kelenturan kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan maksudnya.

Page 29: edu bab 6.ppt

Guru perlu mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penguhuraian yang lebih khusus.

Guru juga boleh menerangkan laras bahasa penulisan seperti nota kaki, bibliografi dan indeks.

Laras akademik boleh dibahagikan kepada beberapa laras seperti laras ekonomi, laras sastera dan sbgnya.

Oleh itu semasa kita berkomunikasi dengan murid, guru haruslah mengambil kira tahap kognitif murid.

Page 30: edu bab 6.ppt

Laras Bahasa Sastera Seperti laras bahasa lain, laras bahasa sastera

juga mementingkan istilah-istilah yang khusus. Apabila berbicara tentang kesusateraan, kita

sebenarnya membincangkan tentang aspek seperti tema, kronologi, sonifikasi dan metafora.

Laras bahasa sastera bersifat lebih kreatif. Ayat yang digunakan lebih putis dan bersifat

komunikasi. Guru perlu mementingkan pemilihan diksi, ayat

tersirat, hiperbola dll.

Page 31: edu bab 6.ppt

Laras Bahasa Agama

Laras bahasa agama boleh digunakan semasa guru membincangkan isi agama terutamanya dalam pelajaran agama.

Dalam laras bahasa ini terdapat istilah kata pinjaman dan terdapat rujukan untuk mengukuhkan hujah.

Page 32: edu bab 6.ppt

LARAS BAHASA SUKAN

Laras bahasa sukan pula boleh digunakan semasa guru mengajar pendidikan jasmani.

Laras ini bertujuan untuk menyampaikan tentang sukan.

Bahasa yang digunakan adalah ringkas dan jelas.

Page 33: edu bab 6.ppt

Laras bahasa Sains

Laras bahasa sains mempunyai unsur ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan.

Laras bahasa ini gunakan istilah teknologi. Contohnya ‘sel-sel merembes keluar’. Guru haruslah jelaskan dengan lebih jelas semasa

menggunakan laras bahasa sains.

Page 34: edu bab 6.ppt

Laras Bahasa Rencana

Laras bahasa rencana bersifat umum. Tujuannya adalah untuk menyampaikan pelbagai

ilmu dan idea tentang sesuatu isu. Laras bahasa ini adalah untuk melaporkan

sesuatu kepada pembaca. Contohnya ‘proton ezora baru sahaja dilancarkan’.

Page 35: edu bab 6.ppt

LARAS BAHASA PERNIAGAAN

Digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan berkesan tentang sesuatu produk.

Guru boleh menggunakan ayat ringkas dan pendek yang lebih banyak menggunakan kata sifat.

Contoh laras bahasa ini : ‘Percuma sebiji lampu bermutu tinggi dengan pembelian Unicorn empat liter’.

Gaya bahasa yang digunakan biasanya untuk memujuk pembeli membeli barangan mereka.

Page 36: edu bab 6.ppt

LARAS BAHASA MEDIA

Menunjukkan peranan media untuk melapor atau menyampaikan berita.

Tida istilah khusus atau teknikal. Bahasanya ringkas dan padat supaya berita

yang padat dapat disampaikan kepada pembaca.

Page 37: edu bab 6.ppt

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG.

Merupakan laras ilmiah yang terdapat dalam bahasa melayu semenjak dahulu.

Bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

Guru sangat kurang menggunakan laras bahasa ini.

Page 38: edu bab 6.ppt

LARAS BAHASA EKONOMI

Laras bahasa ini lebih berbentuk ilmiah dan berkaitan isu ekonomi.

Terdapat penggunaan istilah teknikalyang berkaitan ekonomi.

Penutur tidak mengutamakan stuktur ayat, gaya bahasa formal, maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah berdasarkan bukti data serta statistik.

Guru boleh menggunakan laras bahasa ini ketika mengajar ekonomi.

Page 39: edu bab 6.ppt

Penggunaan laras bahasa yang berbeza akan melahirkan laras.

Misalnya gurausenda adalah berbeza dengan cara untuk menyampaikan ucapan.

Penggunaan laras bahasa yang berbeza sebab faktor geografi disebut sebagai dialek daerah.

Page 40: edu bab 6.ppt

KESIMPULAN

Oleh itu, jenis komunikasi yang digunakan haruslah sesuai dengan tahap kognitif murid.

Guru juga haruslah memberikan pertimbangan kepada faktor persekitaran dan latar belakang murid.

Penggunaan laras bahasa di kelas tidak seharusnya dicemari dengan bahasa pasar atau dialek daerah.