(6 )darah (karthik).ppt

Upload: sugunes-subramaniam

Post on 03-Mar-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • DARAH

    KARTHIK CHANTARANPISMP SEJARAH SEM 3

  • PENGENALAN KEPADA DARAH

  • Darah merupakan satu tisu unik yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan merupakan satu medium pengangkut oksigen ke seluruh tubuh, ia juga berfungsi untuk membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kuman dan mengandungi sistem imunisasi bertujuan mempertahankan diri dari jangkitan kuman.

  • Darah manusia berwarna merah, menjadi merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh kandungan hemoglobin di dalam darah atau dikenali sebagai protein pernafasan, tempat di mana oksigen bergabung.

  • Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein.

  • Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

  • KOMPOSISI DARAH

  • Komposisi darah

  • Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscles), yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah.

  • Korpuskel Terdiri Daripada :

  • Sel Darah Merah

  • Sel darah merah atau eritosit (sekitar 99%). S.D.M tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, S.D.M mengandungi hemoglobin dan berfungsi untuk mengedarkan oksigen. S.D.M juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.Terdapat lebi kurang 5 juta jumlah eritosit untuk setiap milimeter padu eritosit (mm3).berbentuk dwicekung dan bersaiz tetap.Berasal daripada tulang sum-sum

  • Platlet

  • Platlet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah. Terdiri daripada serpihan kecil.Terbentuk daripada sitoplasma sel besar (megakariosit).Berasal daripada sum-sum tulang.Terdapat lebi kurang 2.5 juta jumlah Platlet untuk setiap milimeter padu Platlet (mm3).

    Platlet

  • Sel darah Putih

  • Sel Darah PutihSel darah putih atau leukosit(0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan(sistem pertahanan tubuh).Menpunyai nukleus, tidak mempunyai bentuk yang tetap dan berhemoglobin.Terdapat lebi kurang 8000 jumlah sel darah putih untuk setiap milimeter padu darah putih (mm3).

  • Plasma DarahSalah satu jirim yang mempunyai zarah bercas bertenaga yang bertindakbalas dengan daya elektromagnet. Sejenis cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah yang mengandungi fibrinogen yang membantu dalam pembekuan darah. Turut mengandungi Serum yang mengandungi air, pelbagai jenis protein, glukosa, lipid, garam, vitamin, enzim dan hormon. Juga terdapat immunoglobin (antibodi) yang bertindak balas terhadap sebarang serangan bendasing seperti bakteria dan virus.

  • Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.

  • Leukosit (sel darah putih)Terbahagi kepada 2 jenis iaitu:Granulosit :- sitoplasma bergranul dan mempunyai nukleus bercuping2) Agranulosit :- sitoplasma tidak bergranul dan mempunyai nukleus yang besar.

  • Granulosit.Sitoplasma bergranulNukleus berbentuk cuping.

  • GranulositNeutrophil 65% Eosinophil 4% Basophil 1%

  • AngranulositSitoplasma tidak bergranul.Nukleus besar.

  • AgranulositLimposit 25% Monosit 6%

  • Fungsi DarahSebagai sistem pengangkutan:-- Pengangkutan air yang merupakan pelarut dan bahantara utama untuk tindak balas kimia berlaku.Pengangkutan hasil dari percernaan.Pengangkutan hormon dari kelenjar yang merembeskannya ke organ sasaran.Pengangkutan gas terlarut seperti oksigen dan gas karbon dioksida.Pengangkutan bahan kumuh seperti urea, asid urik dan karbon dioksida.

  • Sistem Homeostasis:- Mengawal atur haba tubuh dengan mengangkut haba ke kulit dan bahagian-bahagian lain badan untuk dibuang.Plasma darah memelihara keseimbangan tekanan osmosis dalam dan luar sel serta memelihara kestabilan ph.

  • Sistem Pertahanan:-Terdapat tiga cara dalam sistem pertahanan:Proses fagositosis iaitu proses penelanan dan pencernaan bakteria atau benda asing oleh sel darah putihseperti neutrofil dan monosit.Penghasilan antibodi iaitu sel limfosit bertindak melalui beberapa cara iaitu menyelaput bakteria dan memudahkan fagosit menelannya, melarutkan lapisan luar bakteria dan meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

  • Pembekuan Darah :-- Platlet dan fibrinogen dalam darah akan membeku.

  • Jenis Kumpulan DarahDarah manusia terdiri daipada 4 jenis iaitu :-Darah ODarah ADarah BDarah AB

  • Darah OMerupakan kumpulan darah yang tidak mempunyai sebarang antigen tetapi mempunyai antibodi di dalam darahDarah jenis O ini hanya boleh menderma kepada semua kumpulan darah (A, B,AB dan O) dan hanya boleh menerima darah jenis O sahaja

  • Darah AMerupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen A dan antibodi BDarah jenis ini boleh menerima darah dari jenis A,AB dan O sahajaManakala darah jenis A pula hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis A dan AB sahaja.

  • Darah ABDarah AB merupakan satu kumpulan darah yang tidak mempunyai antibodi tetapi mempunyai antigen A dan BKumpulan darah AB hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis AB sahaja Manakala darah jenis ini pula merupakan penerima universal dimana darah AB boleh menerima darah dari kumpulan darah yang lain.

  • Darah BMerupakan kumpulan darah yang mempunyai antigen B dan antibodi ADarah jenis ini boleh menerima kumpulan darah jenis B,AB dan O sahajaManakala darah dari kumpulan B hanya boleh menderma kepada kumpulan darah jenis B dan AB sahaja.

  • Penentuan Jenis DarahPenentuan jenis darah manusia boleh dibuat melalui 2 cara iaitu dengan cara ABO tile dan dengan cara Kaedah Tiub.

  • Jangka HayatDalam keadaan normal, jangka hayat sel darah merah boleh bertahan selama 120 hari selepas dihasilkan oleh sum sum tulang, kemudian apabila cukup tempoh,sel darah merah ini akan termusnah di dalam hati.Bagi sel darah putih pula ia bergantung kepada jenis sel yang wujud kerana terdapat sel yang hanya bertahan selama 2-3 hari sahaja dan yang paling lama boleh bertahan sehingga 4-10 tahun.

  • SEKIAN TERIMA KASIHSEKIRANYA ADA KEKURANGAN MINTA MAAFSEKIRANYA ADA YANG SALAH MINTA DIBETULKANSEKIRANYA OK JER, PUJI LER SIKIT HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE