edmodo dan faedah

10
Penggunaan resos dapat meningkatkan minat murid dalam PdP. Murid-murid akan merasa teruja dan seronok apabila mereka melihat suatu benda baru yang turut dilibatkan dalam proses pembelajaran berbanding dengan pembelajaran yang hanya berasaskan “chalk and talk”. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat dan mencuba resos tersebut. Langkah tersebut akan menambahkan lagi keghairahan murid-murid untuk terus mengikuti aktiviti pembelajaran. Di samping itu, ianya juga untuk mengelakkan rasa jemu pelajar terhadap pengajaran guru. Hamalik (1986) menyatakan bahwa penggunaan resos dalam proses pembelajaran dapat membangkitkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan merangsang kegiatan belajar bahkan membawa pengaruh-pengaruh positif kepada murid-murid. Dengan adanya resos yang bersesuaian dengan topik yang diajar, guru akan dapat membangkitkan semangat murid agar terus bersama-sama dengan beliau dalam proses PdP. Pembelajaran yang membosankan akan menyebabkan murid-murid hilang fokus dan berkemungkinan untuk melakukan kerja lain ataupun murid-murid akan mengantuk.

Upload: remy-ray

Post on 27-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

essay

TRANSCRIPT

Page 1: Edmodo Dan Faedah

Penggunaan resos dapat meningkatkan minat murid dalam PdP. Murid-murid akan merasa teruja dan seronok apabila mereka melihat suatu benda baru yang turut dilibatkan dalam proses pembelajaran berbanding dengan pembelajaran yang hanya berasaskan “chalk and talk”. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat dan mencuba resos tersebut. Langkah tersebut akan menambahkan lagi keghairahan murid-murid untuk terus mengikuti aktiviti pembelajaran. Di samping itu, ianya juga untuk mengelakkan rasa jemu pelajar terhadap pengajaran guru. Hamalik (1986) menyatakan bahwa penggunaan resos dalam proses pembelajaran dapat membangkitkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan merangsang kegiatan belajar bahkan membawa pengaruh-pengaruh positif kepada murid-murid. Dengan adanya resos yang bersesuaian dengan topik yang diajar, guru akan dapat membangkitkan semangat murid agar terus bersama-sama dengan beliau dalam proses PdP. Pembelajaran yang membosankan akan menyebabkan murid-murid hilang fokus dan berkemungkinan untuk melakukan kerja lain ataupun murid-murid akan mengantuk.

Penggunaan resos adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru yang mana bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang

Page 2: Edmodo Dan Faedah

telah dirancang oleh guru dan murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Resos ini juga dapat mengelakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang diselubungi kebosanan dalam kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan adanya resos, proses pengajaran dan pembelajaran dapat ‘diselamatkan’ dari masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu, ia juga dapat mencungkil kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya dalam PdP.

Kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan dapat menarik pelajar perhatian pelajar untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid–murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar. Kepelbagaian

Page 3: Edmodo Dan Faedah

penggunaan bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan dapat menarik pelajar perhatian pelajar untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid–murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar.

Mengikut Computer Technology Research, manusia hanya dapat mengingat kembali sebanyak 20 peratus apa yang dilihat dan 30 peratus apa yang didengar. Tetapi ia dapat mengingat 50% apa yang dilihat dan didengar, dan sebanyak 80% apa yang dilihat, didengar dan dialaminya secara serentak.

 

Multimedia adalah sebarang kombinasi teks, grafiks, audio, animasi, video berserta alat menghubung yang membolehkan pengajar/pelajar bernavigasi, berinteraksi dan berkomunikasi dengan komputer. Apabila kita membenarkan pengguna mengawal elemen dalam multimedia ini maka ia adalah multimedia interaktif. Dan apabila kita hubungkaitkan elemen ini secara berstruktur yang membolehkan pengguna seolah-olah memandunya, multimedia interaktif ini menjadi hypermedia. Walaupun agak mudah untuk mentakrifkan multimedia, namun bukanlah suatu perkara yang mudah untuk membolehkan ia berfungsi secara berkesan. Bukan sahaja kita perlu memahami bagaimana setiap elemen multimedia digunakan malah kita juga perlu mengetahui bagaimana elemen-elemen ini diintegrasikan dengan penggunaan peralatan dan perisian multimedia. Sekiranya dilaksanakan dengan baik, multimedia interaktif boleh memberi kesan yang berpanjangan dalam proses pengajaran/pembelajaran.

 

Walaupun terdapat persetujuan umum mengenai asas konstruktivisme, keputusan bagi pengajaran/pembelajaran adalah tidak jelas. Secara umum, pembelajaran melibatkan pembinaan pengetahuan daripada pengalaman individu; akibatnya setiap pelajar

Page 4: Edmodo Dan Faedah

berhak memilih apa yang ingin dipelajari, memilih cara pembelajaran sendiri dan maklumat dipersembahkan dalam konteks yang membolehkan pelajar mengaitkan dengan pengalamanya. Ini memerlukan proses pembelajaran yang aktif dan berpusatkan pelajar.

 

Tetapi terdapat perbezaan pendapat yang ketara mengenai bagaimana untuk implementasi

prinsip ini. Moshman (1982) telah membahagikan konstruktivisme kepada tiga kategori:

 

 

•  konstruktivisme endogenous menekankan keadaan proses pembinaan pengetahuan pelajar dan melihat peranan guru sebagai fasilitator ketidakseimbangan yang berlaku dan memberi input yang sesuai.

 

•  Konstruktivisme exogenous yang berpendapat pengajaran formal boleh membantu pelajar membina perwakilan pengetahuan mereka yang boleh digunakan dalam pengalaman mereka.

 

•  Konstruktivisme dialektik yang berpandangan bahawa pembelajaran berlaku melalui pengalam sebenar; pelajar memerlukan sokongan ( scaffolding ) dan kolaborasi dengan rakan.

 

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga kategori menekankan kepentingan pelajar membina pengetahuanya sendiri. Ini memerlukan pelajar menggunakan strategi meta-kognitif iaitu strategi untuk mempertingkatkan kefahaman, pengingatan dan pembinaan pengetahuan. Berdasarkan ini, pengajaran yang menggunakan komputer mestilah mengintegrasikan alat pembelajaran atau alat kognitif yang mengikut Jonassen “memperluaskan pemikiran dan membolehkan pembinaan pengetahuan pelajar”. Alat

Page 5: Edmodo Dan Faedah

pembelajaran ini termasuk alat pengedit teks dan hiperteks, alat pemodelan dan simulasi dan alat pemetaan konsep.

 

Pendidik dan penyelidik bersetuju bahawa pelajar memerlukan pengetahuan yang berkaitan, bukan pengetahuan yang terpisah atau lengai. Malangnya, pelajar disogok topik demi topik dalam kelas sains walaupun kurikulum menekankan kefahaman dalam pembelajaran sains. Akibatnya, oleh sebab terlalu banyak topik untuk dipelajar serta dibebani kekangan masa, pelajar menjadi biasa dengan pembelajaran yang tidak mendalam. Insentif untuk mengintegrasikan pengetahuan adalah kurang, manakala ujian masih berasaskan fakta yang terpisah.

 

Bahan yang disampaikan dalam kelas sains adalah sangat abstrak untuk difahami pelajar. Oleh yang demikian pelajar memerlukan model yang sesuai untuk mereka, masalah yang berkaitan dengan hidupan seharian dan panduan untuk membina kefahaman yang sepadu.

 

Guru biasanya bergantung kepada buku dan kuliah dalam pengajaran sains. Ini akan mencetuskan kepercayaan kepada guru atau buku dan melihat bidang sains sebagai statik. Pandangan ini adalah bertentangan dengan pandangan sains yang ingin kita tanamkan dalam pelajar dalam kelas sains; iaitu sains adalah aktif dan dinamik.

 

Dalam hal ini, multimedia dan kemampuan komunikasi Internet besertakan kurikulum yang sesuai dapat menyumbang suatu persekitaran yang membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan mereka. Dalam konteks pendidikan sains, integrasi pengetahuan merujuk kepada suatu proses dinamik menghubung, mengait, membeza, menyusun dan membuat refleksi keatas model fenomena saintifik. Model di sini bermaksud corak, templat, pandangan, ide, teori dan ramalan. Secara umum, pelajar membawa pelbagai model fenomena saintifik pada sebarang keadaan dan kerap mengkaji semula, menghubung semula, menyusun semula, menambah dan memperbaharui konsep fenomena sainitik yang mereka bawa.

Kurikulum PIP terdiri daripada aktiviti : I) membantu pelajar membina keupayaan mengkritik sesuatu bukti, ii) supaya pelajar cenderung kepada mengintegrasi pengetahuan dan iii) memahami topik sains secara bersepadu. Aktiviti PIP

Page 6: Edmodo Dan Faedah

menekankan kefahaman yang mendalam ( deep processing ) berbanding kuantiti bahan yang dipelajari. Dalam kurikulum ini pelajar sentiasa dibantu dan disokong (scaffold) semasa mereka menghalusi ide saintifik.

 

Projek ini menyediakan peralatan multimedia PIP yang boleh membantu pelajar menjalankan aktiviti dalam kelas atau secara peribadi untuk mendapatkan maklumat mengenai projek. Peralatan multimedia PIP membimbing pelajar mendapatkan maklumat daripada Internet secara effektif.

 

Salah satu aktiviti yang mesti dijalankan oleh pelajar adalah menganalisis bukti dan memberikan penerangan saintifik bagi keadaan sebenar mengenai suatu topik sains. Dengan cara ini pelajar berinteraksi dengan rakan di kelas lain atau ahli sains di seluruh dunia.

 

Sebagai contoh, bagi persoalan dalam pembelajaran sains, “Berapa jauhkah cahaya bergerak?” pelajar dikehendaki mengintegrasi pengetahuan mereka dengan membandingkan dua kemungkinan mengenai pergerakan cahaya menggunakan bukti daripada sumber saintifik dan sumber seharian.

Secara saintifik, “Cahaya akan bergerak berterusan sampai bila-bila sehingga diserap”

Secara persepsi “Cahaya hilang apabila bergerak jauh daripada sumber”.

 

Pelajar mula memberi pandangan peribadi mengenai pergerakan cahaya. Pelajar kemudian mengkaji bukti daripada maklumat melalui Web untuk menentukan samada setiap bukti menyokong, menentang atau tidak penting terhadap pandangan mereka. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti “brainstorming” dengan memberi bukti berasaskan pengalaman sendiri. Bukti ini boleh disebarkan kepada rakan lain dengan menggunakan alat PIP. Pelajar dikehendaki mensintesis bukti untuk mendapat satu argumen yang menyokong salah satu daripada pandangan secara teori. Pelajar akan dibimbing oleh alat PIP. Peringkat akhir aktiviti melibatkan pelajar menyatakan pandangan mereka tanpa ragu-ragu.

 

Page 7: Edmodo Dan Faedah

 

Penutup

 

Multimedia dengan sendirinya tidak mampu membantu pembelajaran selain daripada menyampaikan pengetahuan. Nilai multimedia bergantung kepada rekabentuk antaramukanya yang boleh berperanan sebagai alat pembelajaran dan kerangka teori yang menentukan kaedah pembelajaran.

 

Perkembangan dalam bidang teknologi multimedia dan Internet mengajak pendidik membina suatu komuniti global pembelajar sains. Pelajar sains ini dihubungkan kepada penerokaan sains yang dinamik dan berterusan, berkomunikasi tentang konsep dan tabii sains serta memupuk minat dalam sains.

 

Dalam konteks Malaysia, kita telah mengorak langkah pertama, walaupun kecil ke arah pembestarian pendidikan dengan memanfaatkan teknologi multimedia. Kita mungkin berada pada tahap konseptual. Tahap penggunaan multimedia dalam pendidikan sains mungkin berada pada tahap ia digunakan sebagai pengajaran secara persembahan dan sebagai pengganda pembelajaran ( amplifiers ) bagi mencapai matlamat pendidikan. Terdapat juga multimedia digunakan untuk membina alat kognitif dan sebagai “ learning partner ” tetapi masih kecil bilangannya. Kita mungkin menyaksikan penggunaan multimedia dalam pendidikan sains pada tahap transformational apabila pembestarian pendidikan berkembang kelak. Pada masa itu, pendidikan sains akan berubah wajah. Kurikulum dan objektif pembelajaran sains akan menfaatkan teknologi multimedia sebagai alat kognitif, sosio-kognitif dan komunikasi yang berkesan. Peranan guru akan berubah daripada penyampai maklumat dan pengurus kepada fasilitator atau jurulatih yang effektif. Begitu juga kelas sains, bahan/kurikulum pengajaran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan mengalami perubahan. Perubahan ini secara langsung akan mengwujudkan pentaksiran yang berasaskan kepada individu yang selama ini sukar diimplementasikan tanpa penggunaan teknologi.

edmodo

Edmodo adalah sebuah aplikasi atas talian menggunakan internet untuk tujuan guru dan murid berkomunikasi dan mewujudkan komuniti kecil serta melibatkan diri dalam proses

Page 8: Edmodo Dan Faedah

pembelajaran di dalam dan di luar kelas.Terdapat juga fungsi lain pada edmodo ini termasuklah Calendar, Grades, Library, Resources, penambahan Sub Group dan sebagainya. Proses pendaftaran menggunakan sistem ini cukup mudah dengan hanya masukkan email dan user id serta password guru atau murid yang hendak menggunakan sistem ini.

Sebagai contohnya Edmodo yang mana membolehkan guru mewujudkan kelas maya bagi kelas-kelas yang diajarnya. Kelas maya ini memberi peluang kepada murid-murid untuk berkolaborasi bersama guru dan rakan-rakan mereka tidak kira masa dan di mana sahaja asalkan ada talian internet. Ringkasnya jika aplikasi-aplikasi pembelajaran rangkaian sosial dapat digunakan sepenuhnya, maka ia merupakan satu alternatif yang sangat berkesan bagi proses pengajaran dan pembelajaran.