editorial kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi...

20

Upload: doanphuc

Post on 14-Apr-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala
Page 2: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

Editorial KandunganPENAUNG

Dato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha

PENASIHAT

Mohd Naser bin Harun

Haji Hamzah bin Haji Bahari

KETUA PENGARANG

Haji Mohd Rashid bin Awang

PENYUNTING

Haji Rosli bin Yaakub

Norsidah binti Haji Mohd Nor

EDISI INTERNET

Shuwib bin Ab. Karim

Zuraidah Binti Mustapa

GRAFIK

Azizan bin Othman

Kamaruzzan bin Hanif

JURUFOTO

Muhammad Afiq bin Azman

DITERBITKAN OLEH

Lembaga Pertubuhan Peladang

Menara LPP, No. 20,

Jalan Sultan Salahuddin,

50480 Kuala Lumpur.

EDARAN

Nik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ Hashim

Shafrin Azhar bin Abd. Ghani

TRANSFORMASI LPP ELEKTRONIK BOLEH DILAYARI

http://www.lpp.gov.my

FOKUS :Amanat Tahun Baru 2

INOVASI : LPP Ke Arah EKSA 8 INFORMASI : Potensi Tanaman Jagung 10

PERSONALITI USAHAWAN : Ternakan Ayam Kampung Bernilai Tinggi 12

PENCAPAIAN : Projek Ternakan Kambing PPN Terengganu 14

PENCAPAIAN :Penerimaan Sijil Audit Bersih Bagi Penyata Kewangan 24 Tahun Berturut-Turut 16

Page 3: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

2

NAK JALAN LAJU-LAJU,JALAN SORANG-SORANG”

( If You Want To Go Fast, Go Alone)

“NAK JALAN JAUH,JALAN RAMAI-RAMAI”(If You Want To Go Far,

Go Together)

Bekerja dalam satu pasukan (Teamwork)

“In The Spirit Of Oneness

Amanat Ketua Pengarah pada tahun ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha pada 12 Januari 2017, di dalam Majlis Amanat Tahun Baru dan Apresiasi Maha 2016 peringkat LPP.

YBhg. Dato’ memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas nikmat peluang yang diberikan untuk meneruskan kepimpinan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2017 kepada semua warga Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kerana menjelangnya tahun baru, banyak perkara yang boleh ditauladani dan diambil iktibar untuk dijadikan sandaran dalam gerak kerja sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat bahkan untuk organisasi LPP dan Pertubuhan Peladang (PP) yang dikasihi.

Tiga perkara YBhg. Dato’ sandarkan yang dilihat dapat memberi impak yang baik untuk diambilkira dalam melihat tahun baru 2017. Pertamanya, kejayaan-kejayaan utama yang dicapai oleh LPP dalam tahun 2016 iaitu dari aspek fungsi pembangunan/ pendaftar/ pengurusan yang dilaksanakan. Kedua, perancangan utama LPP dalam tahun 2017 khususnya yang melibatkan Pelan Korporat dan ‘Rolling Plan’ ke-2. Ketiga, kaedah atau metodologi dalam melaksanakan perancangan 2017 agar lebih berjaya efektif dan efisien.

Beliau turut melihat kesan dari beberapa kejayaan

Penulis : Norsidah binti Haji Mohd Nor

utama yang dicapai berpaksi kepada slogan yang telah beliau utarakan (tagline) dulu iaitu:

“NAK JALAN LAJU-LAJU, JALAN SORANG-SORANG”

(If You Want To Go Fast, Go Alone)

“NAK JALAN JAUH, JALAN RAMAI-RAMAI”

(If You Want To Go Far, Go Together)

Bekerja dalam satu pasukan (Teamwork)

“In The Spirit Of Oneness”

Di samping itu, sikap profesionalisma yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di kalangan warga LPP diukur bukan saja melalui hasil kerja berkualiti bahkan dalam masa ditetapkan telah memberi impak yang tinggi kepada pencapaian LPP dan PP. Keberanian membuat perubahan ‘mindset’ untuk menerima pembaharuan dan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran bagi meningkatkan kualiti kerja juga antara aspek yang di ambilkira.

Kejayaan yang dicapai dari segi fungsi pembangunan dalam tahun 2017 meliputi Penyediaan Pelan Korporat LPP Ke-6 (2016-2020) yang mempunyai 8 Strategi Utama iaitu Mendaulatkan Pengeluaran Agromakanan, Transformasi Mekanisasi Automasi/ IAT, Membangunkan PP sebagai Entiti Perniagaan, Meremajakan PP, Transformasi Regulatori, Membangunkan Modal Insan,

FOKUS : AMANAT TAHUN BARU 2017

Page 4: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

Ketua Pengarah

Amanat

3

Memperkasakan Sistem Penyampaian Berkesan dan Memperkasakan Teknologi Maklumat.

Seterusnya, beliau begitu memandang serius dalam meningkatkan projek agromakanan negara. Antara yang menjadi highlighted beliau adalah Projek Ayam Daging oleh Pertubuhan Peladang Negeri Johor, Tanaman Nangka oleh Pertubuhan Peladang Negeri Pahang, Tanaman Mangga Harum Manis oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintong, Tanaman Padi oleh PPK Lahar Bubu, Ternakan Ikan Keli oleh PPK Tanjong Karang dan PPN Selangor serta Projek Cendawan oleh PPK Balik Pulau. Skop rantaian nilai ini adalah merangkumi penyediaan benih, pengeluaran, penuaian, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian.

LPP turut menampilkan “Business Model” utama yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang (PP). “Business Model” ini meliputi Skim Ladang Terselia-sawit (SKLT) oleh PPN Johor, Strategy Linkages (permuafakatan) PPK Kuala Langat atas cili dan tanaman-tanaman lain, Model Estet Padi, Pusat Pengumpulan Rumpai Laut (Seaweed) oleh PPK Semporna, Pusat Pengumpulan Padi/ Jualan Padi sebanyak 30 buah dan Pusat Perkhidmatan Jentera (PPNJ) oleh 22 buah.

Perlaksanaan pengurusan kilang pengeluaran makanan secara berterusan juga amat dipandang serius oleh YBhg. Dato’. Pengurusan Kilang Pengeluaran Makanan ini adalah melibatkan kilang beras (PPK Kubur Panjang, PPK Bukit Awang, PPK Bandar Baharu, dan PPK Gerai), kilang makanan ternakan oleh PPK Lubuk Batu (makanan ikan), Kilang Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Muar (makanan ternakan), Kilang Chip Mangga di PPK Paya Perlis, Kilang Proses Sarung Tangan di NAFAS, Kilang Proses Ayam dan Kilang Jus Buahan di PPN Johor dan Kilang Sabut di PPK Tumpat.

Fungsi utama LPP melalui PPNJ/ PPK yang tidak ditawarkan oleh Jabatan/ Agensi lain di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) adalah perkhidmatan mekanisasi automasi/ IAT. Melalui pelaksanaan transformasi ini, sebanyak 22 buah PPNJ beroperasi termasuk di Sabah. Jumlah traktor adalah sebanyak 740 buah, namun yang beroperasi adalah 78 peratus iaitu 574 buah traktor. Manakala PPNJ/ PPK memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala keluasan penuaian pula adalah 54,799 hektar. Sasaran perkhidmatan kejenteraan adalah sebanyak 40 peratus bagi kerja-kerja pembajakan dan penuaian di dalam negara.

Selain perkhidmatan kejenteraan, YBhg. Dato’ juga memberi perhatian kepada peningkatan sumbangan PP terhadap agromakanan negara. Ia merangkumi

sumbangan PP terhadap industri padi 33.10 peratus, sayur-sayuran 10 peratus, buah-buahan 5.6 peratus, ternakan ayam 12.8 peratus, ternak air (akuakultur) 3.6 peratus, dan Industri Asas Tani (IAT) 3.6 peratus. Pembangunan usahawan menyumbang 85 peratus manakala, mekanisasi ladang iaitu pembajakan sebanyak 48 peratus dan penuaian adalah 35 peratus. Penjenamaan Produk PELADANG adalah 174 iaitu 34.8 peratus berbanding sasaran 500 SKU.

YBhg. Dato’ turut mensasarkan pembangunan 400 usahawan setahun, dan bilangannya mencapai 10,000 orang menjelang Tahun 2020. Para usahawan ini adalah terdiri daripada para peladang dan peladangnita, usahawan muda, usahawan bumiputera dan peserta Kor Tani. LPP turut dilihat sebagai sebuah agensi yang cemerlang dalam pengurusan Baja Subsidi Padi. Antara skim subsidi di bawah tanggungjawab LPP adalah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) sebanyak RM400 juta, Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) sebanyak RM500 juta dan Baja Bukit bagi Negeri Sarawak dan Sabah iaitu sebanyak RM40 juta. Manakala, nilai bantuan atau input tanaman padi kepada pesawah setiap hektar bagi SBPKP dan SIPP adalah sebanyak RM2,600.16.

1. Kejayaan LPP Dalam Fungsi Regulatori / Pendaftar

Dilihat dari Sudut Pendaftar/ Regulatori Beberapa Kejayaan Utama Dicapai:

a) Transformasi Perundangan yang Melibatkan Pindaan Dalam Peraturan PP Khususnya Pelantikan AJP Di Semua Peringkat PPK/ PPN/ Nafas Sedang dalam pindaan:

i. Akta 109 PP (Akan dipinda)

- Umur menjadi ahli PPK diturunkan kepada 13 tahun (ahli bersekutu) berbanding 18 tahun sekarang ini.

Lawatan bersama Ketua Setiusaha Negara di Laman Padi.

Page 5: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

4

- Kuasa Pendaftar mengkompaun kesalahan di PP.

ii. Meminda Peraturan Melalui Arahan Pendaftar Bil. 1/2016 (Telah dipinda)

- Menganggotai sebagai AJP.

- Tempoh pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPK/ PPN/ NAFAS dipinda dari 2 tahun kepada 3 tahun dan tempoh maksimum 9 tahun.

- Tiada AJP lantikan Menteri di PPK/ PPN melainkan NAFAS.

- Dua AJP Peladang Muda dari NAFAS / Dua AJP Peladangnita di PPK/ PPN. Kesan

- AJP Peladang Muda meningkatkan seramai 548 orang tahun 2016 (18 peratus) berbanding 1 peratus tahun 2014.

- AJP Peladangnita bertambah 22.6 peratus (670 orang) tahun 2016 dari hanya 5.7 peratus tahun 2014.

2. Kejayaan Dalam Pengauditan PPK/ PPN

i. Jumlah PPK yang menerima Sijil Audit Bersih Sifar bagi tahun kewangan 2015

PPK : 177 buah

PPN/ NAFAS : 11 buah

ii. Jumlah PPK yang menerima ‘Five Star Rating’ dalam Audit Pengurusan LPP adalah 21 buah PP.

Kategori PPK :

a) Membangunkan Sistem IT

i. e-ROS : Sistem Permohonan Kelulusan Pendaftar Segera Dalam Talian ‘online register’.

ii. e-undi : Sistem Pengundian Berkomputer di peringkat Mesyuarat Agung Tahunan PP.

b) Kursus Mandatori AJP/ Pengurus Besar PPK.

- Kursus Mandatori AJP – 1200 orang.

- Kursus Mandatori Pengurus Besar PP – 291 Orang.

- Pendaftaran kaedah:

i. Kaedah-kaedah PP = 24 kaedah.

c) Mengadakan Pertemuan Antara Pendaftar Dengan Pengerusi PPK/PPN Mengikut Zon.

i. Zon Selatan - Johor/Negeri Sembilan/ Melaka (telah dilaksanakan) ii. Zon Timur - Pahang/ Kelantan/ Terengganu/ KADA iii. Zon Tengah - Selangor/ Perak

05

06

Tahun ke 24, menerima Sijil Bersih Audit Negara Tahun 2016.

Lulus Sijil Saga Compliance Tahun 2016 (Perakuanan).

Anugerah Kerajaan Korea atas Inovasi Jentera FeLeSe Tahun 2016.

Terima Anugerah Inovasi Mesin FeLeSe Peringkat Kebangsaan Tahun 2016.

Tempat pertama Anugerah Inovasi MOA Mesin FeLeSe.

Anugerah Portal/ Laman Web 5 Bintang ProBE oleh MAMPU 2016.

A

B

C

131 buah

142 buah

20 buah

Page 6: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

Ketua Pengarah

Amanat

5

iv. Zon Utara - Kedah/ MADA/ P.Pinang/ Perlis v. Zon Sabah - Sabah/ Labuan vi. Zon Sarawak

3. Kejayaan LPP Dalam Fungsi Pengurusan Kejayaan Utama Dalam Aspek Pengurusan LPP:

a) Pencapaian utama LPP:

b) Inisiatif Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam 2017.

LPP telah membentangkan Program Meremajakan Pertubuhan Peladang kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 22 November 2016 sebagai inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam (PTPA). Cadangan ini telah diterima oleh JPA selaku peneraju PTPA tahun 2017.

c) Penglibatan LPP Antarabangsa

d) Penglibatan LPP - Peringkat MoA:

i. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Mekanisasi dalam Industri Padi, Majlis Padi dan Beras Negara MOA.

ii. Ahli dalam Jawatankuasa Pemandu NATC MOA.

iii. Ahli dalam Jawatankuasa Pemandu NKEA.

iv. Ahli dalam Majlis Agropreneur Muda, MOA.

v. Ahli dalam Majlis Herba MOA.

vi. Pengerusi Jawatankuasa Insentif Industri Padi MOA.

vii. Pengerusi Kluster Laman Armada Jentera/ Showcase MAHA 2016.

viii. Ahli Jawatankuasa Import Eksport MOA.

e) KPI HRMIS MoA 2016

- LPP menduduki tempat pertama dari 12 Jabatan dan agensi di bawah MOA dengan mencapai 99.82 peratus dari KPI yang ditentukan.

- Dalam tahun 2015 KPI HRMIS LPP mencapai 99.8 peratus (taraf 5 bintang rating JPA).

f) Melaksanakan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan LPP Ke Gred 29.

Pelaksanaan rasionalisasi Skim Perkhidmatan LPP ini bermula pada 1 Julai 2016. Pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan LPP adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat dan motivasi bagi warga anggota yang bertugas.

g) Penstrukturan Semula Institut Pengurusan Peladang (IPP).

i. Semua pengurusan Institut Pengurusan Peladang (IPP) diletak di bawah Bahagian Pembangunan Modal Insan (IPP Langkawi, IPP Sungai Petani, IPP Johor Bahru, IPP Panji, IPP Tanjong Karang, IPP Tioman).

ii. Menutup IPP Machang dan membuka IPP Panji di Kota Bharu.

iii. Menutup IPP Rompin dan membuka IPP Tioman di Pahang. Mengoperasikan IPP

659 Orang

243 Orang

12 Orang

914 Orang

Pembantu Ehwal Ekonomi

Pembantu Akauntan

Juruteknik Komputer

Jumlah

The Asean Centre For The Development And Agricultural Coorperatives (ACEDAC).

- Pengerusi 2016-2018

The Asean Sectoral Working Group On Agricultural Coorperatives (ASWGAC).

- Pengerusi 2016-2018

Coorperative Bussines Forum (CBF).

- Ahli/ tuan rumah tahun 2014

Exchange Training Programe Among Asean Countries On Agricultural/Coorperatives.

- Pelaksana/ Penyelaras tahun 2017

1

2

3

4

Page 7: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

6

Tanjong Karang untuk kursus padi.

iv. Kolaborasi dengan NATC: mengadakan sekolah kejenteraan ladang di IPP Sungai Petani & PPNJ Pulau Pinang.

h) Memperkasakan Perkhidmatan Bahagian Kejuruteraan Mengikut Wilayah/ Zon.

i) Meningkatkan Komitmen Anggota.

i. Mewujudkan dua (2) laluan kerjaya di LPP/ PP.

ii. Membentuk tiga (3) jawatan utama PP di isi oleh penjawat LPP- Pengurus Besar, Pengurus Kewangan, Pengurus Hal Ehwal Korporat (HEK).

iii. Penilaian prestasi projek perniagaan PP melibatkan NAFAS, PPN & PPK.

iv. Melantik Pesara di kalangan mantan Pengurus Besar yang cemerlang diambil sebagai perunding/ pembimbing kepada PPK kategori ‘C’.

j) Peruntukan Pembangunan 2016 Pencapaian 100 peratus Peruntukan Pembangunan 2016 - RM 32.35 Juta.

k) Penerbitan LPP

1. Pelan Korporat LPP Ke – 6 (2016-2020)

2. Pengurusan tanaman padi secara estet oleh PPK

3. Profil ahli PPK seluruh Malaysia

4. Komunikasi projek inovatif dan kreatif tahun 2020

5. Farmers Organization Authority - to lead farmers organization towards excellence

6. Kejayaan Usahawan Agropreneur Muda Kor Tani LPP

7. Majalah Transformasi LPP - 6 kali setahun

8. Maklumat statutori PP tahun kewangan 2014

9. Diari Rasmi LPP 2016

10. Buku Meniti Masa Koperasi Niaga LPP (KNB LPP) - 1976 sehingga 2016

11. Selangkah ke Dekad Baharu KNB – Pelan Strategik KNB LPP - 2015 sehingga 2020

l) Anggota LPP menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang dari MOA tiga (3) tahun berturut-turut iaitu 2014, 2015 dan 2016

4. Kebajikan Anggota

Dalam aspek pembangunan budaya kerja dalaman dan aspek kebajikan/ sukan anggota, LPP telah menyediakan beberapa kemudahan. Antaranya adalah Majlis Kebajikan Sukan dan Rekreasi LPP (MKSR). MKSR merupakan sebuah badan induk dan di bawahnya terdapat semua ahli Kelab Sukan LPP Negeri (KSK), Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (SKIP), KESUNA NAFAS dan PPN Johor.

Selain itu, LPP turut menyediakan Koperasi Niaga Berhad (KNB) dan mempunyai wakil kawasan di setiap negeri. Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) pula disediakan bagi para isteri kakitangan dan anggota wanita LPP. Majlis Bersama Jabatan (MBJ) LPP juga terdapat di LPP Ibu Pejabat dan negeri. Tidak ketinggalan juga para pesara yang pernah berkhidmat dan memberi sumbangan akan terus menyokong LPP melalui Persatuan Alumni.

Persatuan dan Kesatuan Dalaman LPP turut memainkan peranan yang mana penglibatan pegawai dan anggota sokongan amatlah penting.

5. FOKUS/PENDEKATAN

a) Fokus utama LPP pada tahun 2017 adalah

i. Melaksanakan sepenuhnya Pelan Korporat LPP dengan pelantikan Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasan Pelaksana. (Tumpuan pada meremajakan PP/transformasi mekanisasi

Bil Persatuan/ Kesatuan Gred

1. PEKA 41 ke atas

2. KEPELADANG E29-E40

3. KELADANG E19-E38

4. KESADA W19-W38

5. KETEKNIK J19-J38

6. KETADBIR N11-N41

Bil Wilayah Negeri

1. Wilayah Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang

2. Wilayah Timur Kelantan, Terengganu, Pahang

3. Wilayah Selatan Johor

4. Wilayah Tengah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor

5. Wilayah Perak Perak

6. Wilayah Timur Sabah dan Labuan

Bermula 1 Januari 2017

Page 8: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

AmanatKetua Pengarah

7

kejenteraan ladang).

ii. Melaksanakan pematuhan syariah/ syariah compliance dalam kegiatan LPP/PP mengikut keutamaan.

iii. Menjadi peneraju kepada pelaksanaan HPPNK bagi menggantikan MAHA 2017.

iv. Melaksanakan program pembangunan semasa dengan jumlah peruntukan RM29.9 juta/peruntukan lain yang diterima.

v. Melaksanakan pindaan/memantapkan akta dan peraturan berkaitan PP secara berterusan.

b) Beberapa pendekatan dan metodologi akan digunakan bagi tahun 2017 terutamanya dalam aspek pembangunan:

6. BUDAYA KERJA CEMERLANG

YBhg. Dato’ menyeru supaya semua warga LPP mematuhi sepenuhnya peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan terutama dalam urusan tawaran kontrak dan perolehan kerajaan.

Hasil Penggunaan Mesin untuk Produk Kelapa Matag.

“Never underestimate youself if you are unhappy with your life, fix what’s wrong and keep stepping, insyaAllah you will find the way”

– YBhg. Dato’ Haji Mohd Salim Bin Haji Taha

Elakkan ruang melakukan kesilapan, ketirisan dan kesalahan dalam tadbir urus yang melibatkan LPP dan Pertubuhan Peladang terutama dalam aspek kewangan/regulatori.

Beliau turut memperkenalkan “Anugerah Anggota Sejahtera” di kalangan warga LPP sebagai pengiktirafan kepada anggota yang tidak pernah mengambil cuti sakit dan rekod kedatangan yang baik dalam tahun dinilai mulai tahun 2017.

Tujuannya adalah untuk memberi galakan kepada anggota mematuhi peraturan LPP/ kerajaan, dan meningkatkan komitmen atau amanah terhadap tugas di kalangan anggota. Manakala, dalam memastikan pelaksanaan kerja cemerlang, perkara berikut perlu diambil perhatian. Antaranya adalah kemahiran berkualiti, pengetahuan teknikal yang luas, kompetensi dalam disiplin pengetahuan, kreatif dan inovatif, sistem berfungsi dengan efisien dan kemahiran atau analitikal yang tinggi. Dan seterusnya beliau menyarankan cara bekerja “cepat dan mesra” (speed and friendly) dilaksanakan dalam tahun 2017.

Mengemukakan business model yang baru yang bersesuaian dengan LPP/PPK.

Menegaskan strategic linkages yang berjaya untuk diluaskan di PPK lain seperti projek SHAKRAN – PPK Kuala Langat.

Menyedarkan PPK/PPN agar menggunakan dana dalaman/pinjaman dalam pelaksanaan program pembangunan (dana kerajaan berkurangan).

Adaptasi kepada 3 Orientasi berikut :

- result oriented kerana projek tak perlu gagal

- solution oriented kerana semua projek ada masalah

- action oriented menunjukkan urgency tindakan yang boleh dilakukan.

a

b

c

d

Page 9: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

02 Meningkatkan persaingan antara agensi

03

04

Memenuhi keperluan semasa01

Identiti sendiri

03 Imej baharu

Kekal relevan

8

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan adalah untuk membolehkan agensi kerajaan:

1. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;

2. Meningkatkan imej korporat;

3. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;

4. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan

5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Justeru itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melalui Cawangan Permodenan Organisasi dan Inovasi, Bahagian Hal Ehwal Korporat telah mengambil langkah ke arah pelaksanaan EKSA. Pelaksanaan EKSA ini bertujuan untuk:

a) meningkatkan tahap produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang berkesan dan sentiasa memenuhi aspirasi pelanggan.

b) Melahirkan warga kerja yang berdisiplin tinggi.

c) Mengoptimumkan kos operasi dan mengamalkan perbelanjaan berhemah.

LPP begitu komited untuk melaksanakan EKSA melalui beberapa aktiviti yang dijalankan. Antaranya adalah Mesyuarat EKSA, lawatan ke benchmark EKSA, gotong-royong di setiap bahagian, taklimat dan seterusnya auditan EKSA.

Selain itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kroteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi kerajaan mengikut

jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mangikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

Mewujudkan persekitaran tempat

kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)

Meningkatkan kecekapan & keberkesanan pengurusan organisasi

Mengenalpasti, mengurang &

menghapuskan pembaziran

Meningkatkan imej agensi sektor awam

Menjana idea kreatif dikalangan warga

agensi

FAEDAH EKSA

INOVASI :

LPP ke Arah EKSASuntingan oleh : Norsidah Binti Haji Mohd Nor

PENJENAMAAN EKSA

Page 10: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

Before start lets take a photo first!

Masing-masing semangat berkobar-kobar.

Persediaan sebelum memulakan Ekspedisi.

Berehat di atas Puncak Bukit Broga.

Selamat sampai ke Puncak Bukit Broga.

Sambil berehat ambil gambar ye!

Perasmian Laman Instagram oleh YBM.

Jualan udang segar oleh PPN.

YBM melawat ke booth usahawan ditemani YBhg. Pengerusi LPP

YBM dan pengurusan tertinggi LPP serta peserta Kor Tani bergambar kenangan.

Mesyuarat Unit Integriti bersama Ketua Cawangan Pentadbiran dan Kewangan.

YBhg. Tan Sri melawat ke booth usahawan.

PPK Kuala Langat dan hasil cili merah.

Best!!

Page 11: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

LPPIn and Out

YBhg. Dato menyampaikan Amanat Tahun Baru 2017 kepada Anggota LPP menerusi siar raya.

Rakaman Simfoni Agro.

Perjumpaan para peladang bersama YBM sempena Program Janji Ditepati di Sg. Besar.

Bergambar kenangan sempena Malam Apresiasi MAHA.

Ekspedisi ke Gunung Kledang.

Rahmat menghiburkan para tetamu yang hadir.

Para peserta Kursus Hala Tuju PPK Kuala Langat.

YBhg. Pengerusi LPP menjayakan gimik pelancaran jualan Beras PPNS.

YBhg. Pengerusi memetik cili yang telah masak sambil diperhatikan oleh YBhg. Dato’ Ketua Pengarah.

Page 12: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

POTENSI TANAMAN JAGUNG

KETERANGAN AM Nama Tempatan : Jagung Manis Nama Saintifik : Zea mays Komposisi Nutrien :

Kandungan Amaun/100g

Tenaga 355 Kcal.

Protin 9.2gm

Lemak 4.6gm

Karbohidrat 69.3gm

Gentian 2.0gm

Abu 1.4gm

Kalsium 45.0mg

Fosforus 224.0mg

Kalium 75.0mg

Besi 2.9mg

Natrium 11.0mg

Karotin 256 ug

Retino Equivalent 43 ug

Vitamin B1 0.22mg

Vitamin B2 0.12mg

Niacin 1.7mg

Vitamin C 8.8mg

KETERANGAN BOTANI Batang : Lurus, mempunyai buku yang tebal di bahagian bawah. Tinggi sehingga 4.5 m dan tidak mempunyai cabang. Daun : Bentuk lamina panjang, hujung daun bentuk akut. Daun berbulu halus di permukaan. Daun tersusun secara berselang pada batang. Bunga : Monosius. Panikel jantan padat dan banyak

cabang mempunyai spikelet jantan. Setiap spikelet mempunyai 2 floret jantan. Spikelet betina mengeluarkan 2 floret. Benangsari panjang terbit dari ovari hingga ke hujung tongkol.

Buah: Lebar, obovat dan bentuk wedge

Akar : Terdiri dari akar redikel dan akar seminal yang merupakan akar primer untuk menyokong pertumbuhan pokok. JENIS KLON DISYORKAN

Klon Thai Supersweet Manis Madu Improved Mas Madu

Berbunga (HLT)

51 hari 55 hari 43 - 48 hari

Panjang tongkol

15 cm 15 cmOren kemerahan16 cm

Warna biji Kuning jingga Kuning keputihan Kuning Keemasan

Tinggi pokok

200 cm 200 cm 165 - 215 cm

Hasil/ha 30,000 tongkol 30,000 tongkol 30,000 tongkol

Kerentanan Penyakit

Rentan hawa daun Heliminthosporium

Rentan hawa daun Heliminthosporium

Sederhana rentan hawa daun Heliminthosporium

Tahan rebah atau angin

**HLT : Hari lepas tanam

KEPERLUAN ASAS TANAMAN Suhu : 30°C hingga 35°C . Taburan hujan : 500 - 700 mm/tahun. Jenis tanah : Kedalaman tanah > 50 cm, selain dari pasir yang tak bertekstur dan lempung. pH tanah :

11

INFORMASI :

Page 13: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

Rencana

12

5.0 - 6.5 AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : Kawasan dibajak piring sedalam 22cm dan dibajak putar sekali. Tanah gambut perlu dikapur dengan kadar 1 - 2 t/ha/musim. Penanaman di ladang : Jenis bahan tanaman : Biji benih Keperluan biji benih/ha : 10kg/ha Jarak tanaman : 50cm dalam baris, 75 cm dalam baris Teknik tanaman : 1 - 2 biji benih ditanam sedalam 3 - 4 cm. Pengurusan Air : Penyiraman boleh dibuat secara manual atau pun menggunakan sistem pengairan renjis. Anggaran kos sistem renjis adalah antara RM5,000 - RM8,000/ha. Kawalan Rumpai : Campurkan 4.6 liter alachlor (Lasso) dengan 500 liter air digunakan sebagai racun pracambah bagi kawasan 1 ha. Merumput secara manual juga dibuat dari hari ke sehari. Pembajaan : Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis Baja Masa Membaja Kadar

Bahan organikSehari sebelum

menanam5 mt/ha

NPK 12:12:17:2+TE

Sehari sebelum menanam

500kg/ha

Urea 20 hari sebelum menanam

130kg/haUrea 40 hari sebelum

menanam130kg/ha

PENGURUSAN PEROSAK Penyakit :

Perosak Simptom Kawalan

Serangga pengorek batang (Ostrinia salentalis)

Ibu perosak bertelur di atas daun dan larva yang keluar memakan daun dan ke batang yang menyebabkan terowong. Perosak meninggalkan kesan najis atau frass

Pemerthrin

Ulat daun (Spodoptera litura)

Larva memakan daun, pucuk pokok dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol.

Cabaryl

Pengorek buah (Helicoverpa armigera)

Larva mengorek tongkol dan merosakkan biji jagung.

Phenthoate

Karat daun (Puccinia polysora)

Bintik lonjong berwarna perang di urat daunÂ

Benomyl

Kulapok Downy (Sclerophthora rayssiae)

Jalur kekuningan pada daun

Metalaxyl

Hawar upeh/daun (Rhizoctonia solani)

Bintik kelabu dengan garis perang

Musnahkan tanaman yang

diserang dan amalkan

tanaman bergilirReput batang (Erwinia carotovora)

Batang reput dan berbau busuk

Perbaiki saliran dan amalkan

tanaman bergilir

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI Masa kutipan hasil : 68 - 72 hari selepas menanam . Teknik kutipan hasil : Tongkol jagung dipetik dengan tangan yang dilakukan pada pagi atau petang sahaja. Pengendalian pascatuai : Pada suhu biasa, jagung segar boleh disimpan selama 24 - 36 jam. Pada suhu 3 - 5°C, ia boleh disimpan selama 3 minggu .

EKONOMI PENGELUARAN

Hasil/ha 30,000 tongkolHarga/kg RM0.15/tongkolKos Pengeluaran/ha RM3,172.00Pendapatan Kasar/ha RM4,500.00Pendapatan Bersih/ha RM1,328.00

Page 14: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

13

1. Latar belakang En. Fariz

- Nama saya Muhamad Fariz Sadiq bin Baharudin. Saya berumur 26 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Berkelulusan Diploma Kejuteraan Awam dari Universiti Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dan kini menyambung pengajian peringkat sarjana secara ‘partime’ dalam bidang perniagaan di Open University Malaysia (OUM).

2. Perjalanan sebelum memulakan projek ternakan ayam kampung?

-Saya pernah bekerja di Syarikat Kaji Tanah Geolab selama 2 tahun..Selepas berhenti kerja dari syarikat berkenaan, saya mula bekerja dengan bapa saya sehingga kini.

3. Apakah kekangan yang dihadapi semasa menjalankan projek?

- Masalah yang saya hadapi di permulaan projek adalah untuk mengawal kematian anak ayam dan ayam dewasa. Saya turut mengalami masalah bagi memasarkan hasil ternakan.dan kesukaran untuk mendapatkan bahan makanan serta pembekalan anak ayam.

4. Bagaimanakah anda mengatasi kekangan-kekangan yang dihadapi?

Saya mengatasi kekangan yang saya hadapi melalui kenalan yang turut menceburi bidang ternakan yang sama. Selain itu, saya juga menghadiri seminar berkaitan penjagaan ternakan

5. Mengapa memilih ternakan ayam kampung?

- Saya memilih ternakan ayam kampung kerana minat terhadap ayam kampung original atau ayam laga. Apabila ayah saya memulakan projek ini, ia

Ternakan ayam kampung yang diusahakan oleh beliau.

Encik Fariz Sadiq usahawan muda ternakan ayam kampung.

Telur ayam kampung di dalam inkubator untuk proses penetasan.

Penulis : Norsidah Binti Haji Mohd Nor

PERSONALITI USAHAWAN :

TERNAKAN AYAM KAMPUNG BERNILAI TINGGI

Page 15: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

membuatkan minat saya bertambah serius dan ini menyebabkan saya mula berjinak-jinak dalam ternakan ayam kampung secara komersial hinggalah ke pembesaran kapasiti ayam berskala ladang.Kapasiti ternakan yang diusahakan oleh saya adalah 20,000 ekor dengan jumlah ternakan sedia ada adalah 16,000 ekor.

6. Bagaimanakah boleh melibatkan diri dalam projek ternakan ayam kampung?

- Ia bermula apabila ayah saya menternak ayam kampung dalam kapasiti 1000 ekor. Apabila hasil ternakan berkenaan dijual, keuntungan yang diperolehi sangat memuaskan, Hal ini membuatkan saya berasa teruja dan tertarik untuk mengkomersialkan ternakan ayam kampung yang diusahakan oleh ayah saya.

7. Bagaimanakah pemasaran ayam kampung yang diusahakan?

- Pada peringkat permulaan saya menjual ayam kampung secara hidup melalui kenalan dan penduduk kampung sekitar. Apabila kapasiti ternakan bertambah saya telah memasarkan produk ayam kampung siap proses kepada restoran dan pemborong dari kuantiti sedikit sehinggalah kuantiti besar.

8. Kenangan yang paling berharga sepanjang menceburkan diri dalam perusahaan ternakan ayam kampung?

- Susah senang saya bersama keluarga untuk membesarkan perniagaan hingga ke tahap ini adalah antara kenangan manis yang saya perolehi. Setelah saya menceburi bidang penternakan ini, saya dapat berjumpa ramai pelanggan dan kenalan. Dari tanah yang dulunya dusun kini berubah menjadi ladang ayam yang merupakan sumber pendapatan halal. Tambahan lagi, setelah saya menceburkan diri dalam ternakan ayam kampung ini membuatkan ayah saya gembira dan seronok kerana hasil titik peluh beliau selama ini telah disambung dengan baik oleh anaknya sendiri.

9. Siapakah yang menjadi tulang belakang En. Fariz sehingga berjaya?

- Orang yang paling banyak membantu saya adalah ayah saya En. Baharudin bin Md Ali. Beliaulah yang sentiasa memberi semangat serta membantu saya ketika susah dan senang disamping bantuan dari

Rencana

keluarga. Sesungguhnya saya amat menghargainya. Tanpa mereka siapalah saya pada hari ini.

10. Berapakah modal permulaan?

- Modal permulaan saya adalah sebanyak RM20,000. Kemudian bertambah dari semasa ke semasa dan sehingga kini aset yang saya ada berjumlah hampir RM500,000.

11. Apakah nasihat En. Fariz kepada mereka yang berminat dengan projek ternakan ayam kampung?

- Pada mereka yang berminat dalam bidang ternakan ayam kampung, saya nasihatkan untuk belajar dahulu sebelum memulakan projek ternakan dan carilah modal yang secukupnya. Ini kerana tanpa ilmu dan modal kita tidak mampu untuk merasai pengalaman turun naik dalam dalam bidang penternakan. Minat sahaja tidak cukup. Anda perlukan semangat yang tinggi dan pastinya apa yang dihajati tercapai.

12. Nasihat En. Fariz kepada golongan muda yang berminat untuk menceburkan diri dengan projek pertanian?

- Kepada golongan muda nasihat saya supaya dari sekaranglah anda perlu menceburi bidang ini. Banyak manfaat yang dapat diperolehi seperti keuntungan yang lumayan, dan ia merupakan bidang yang menjamin masa hadapan. Kita seharusnya berani mencuba untuk mencapai target kerajaan dalam penternakan ayam kampung. Biarlah kita bersusah-susah dahulu sebelum bersenang-senang di hari kemudian. Majulah industri ternakan negara. Terima kasih!

14

Team Media RTM menemubual Encik Fariz.

Page 16: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

Penulis : Mohd Hafizan Bin Ismail

15

YBhg. Datuk Hj. Shamsudin Bin Hj. Salim memerhatikan ternakan kambing sambil diperhatikan oleh En. Che Saadon Bin Che Yahya.

Dalam mencapai hasrat sebagai pengeluar daging kambing secara komersial, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) aktif mengusahakan projek penternakan baka kambing berkualiti tinggi sejak dari tahun 2006 hingga sekarang. Menurut Pengurus Projek En. Abdullah Bin Che Ibrahim, bagi memastikan tumbesaran ideal, ternakan di sini dibekalkan sumber makanan bermutu seperti rumput humidicola (Bracharia humidicola) dan rumput Purple Guinea yang ditanam di atas sebidang tanah rizab padang ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) seluas 55 ekar yang disewa oleh PPN Terengganu selama 20 tahun. Tambahan pula, ladang ini berkeupayaan memproses silaj daripada batang jagung dan napier dengan kapasiti 8 tong/jam. Silaj dijadikan sumber makanan alternatif bagi ternakan terutama pada musim tengkujuh yang kaya dengan kandungan nutrisi serta murah. Bagi mengurus operasi harian projek ini, pengurus dibantu oleh dua orang kakitangan yang dilantik oleh PPN Terengganu. Selain jualan kambing sebagai hasil utama, pendapatan projek juga turut disumbang melalui penghasilan produk hiliran berasaskan tinja iaitu baja organik siap proses dikenali

dengan jenama “PELADANG ORGANIK”. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Buat masa ini, pengeluaran bulanan baja organik dianggarkan sebanyak 6 tan metrik.

Perkembangan projek turut dipantau dan mendapat perhatian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Bahagian Pembangunan MOA dalam sesi pemantauan projek di Negeri Terengganu telah memilih Projek Ternakan Kambing PPN Terengganu sebagai salah satu venue lawatan mereka. Lawatan oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan MOA, YBhg. Datuk Hj. Shamsudin Bin Hj. Salim diadakan bagi meninjau kemajuan projek jualan kambing dan industri hiliran disamping menilai usaha-usaha pengurangan kos operasi dalam industri ternakan kambing yang telah diambil. Turut serta mengiringi ialah Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian LPP Ibu Pejabat, En. Mohd. Faizal Bin Mohd. Jakir, Pengarah LPP Negeri Terengganu, Tuan Hj. Abd. Mubin Bin Abdul Razak dan Pengurus Besar PPN Terengganu, En. Che Saadon Bin Che Yahya. Dalam majlis tersebut, pengurus projek memberikan taklimat tentang jumlah kos terlibat, status pengoperasian projek dan pulangan yang diperolehi daripada jualan hasil.

Projek yang diusahakan di Kampung Pelam, Kuala Telemong, Daerah Hulu Terengganu ini pada permulaannya mendapat Peruntukan Dana khas dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM400,000 bagi tujuan pembinaan infra dan perbekalan induk betina serta pejantan kambing jamnapari. Melihat kepada senario pasaran dan potensi semasa, pada tahun 2009/2010 PPN Terengganu beralih pula kepada program penternakan baka kambing boer melalui Projek Pengganda Kambing Boer. Potensi dan daya maju projek yang terus berkembang mendorong

PENCAPAIAN :

Projek Ternakan Kambing PPN Terengganu

Page 17: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

16

Ternakan Kambing Boer yang diusahakan oleh PPN Terengganu.

YBhg. Datuk Hj. Shamsudin Bin Hj. Salim bergambar kenangan bersama anggota lawatan

LPP menyalur peruntukan tambahan dari semasa ke semasa disamping PPN Terengganu juga turut menggunakan peruntukan sumber dalamannya bagi membiayai kos operasi dan padang ragut.

Secara keseluruhannya, pihak kementerian berpuas hati dengan pencapaian dan perkembangan semasa termasuklah dari segi penyelenggaraan ladang dan outcome projek. Beberapa penambahbaikan telah dicadangkan dan pihak kementerian menaruh kepercayaan tinggi agar projek ini dapat dimajukan lagi seterusnya menjadi contoh kepada pengusaha-pengusaha lain yang berminat untuk berkecimpung dalam industri ternakan kambing.

Projek ternakan kambing PPN Terengganu ini dipercayai mampu mencapai matlamat asal serta menjana pendapatan sebagaimana yang disasarkan dengan kelebihan kawasan yang sesuai untuk penanaman rumput napier, kepelbagaian sumber dan kakitangan yang berpengalaman mengendalikan projek ini.

Page 18: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

17

Apakah piawaian perakaunan yang digunapakai oleh LPP?

Pada tahun 2015 dan sebelumnya, LPP menggunakan

rangka kerja perakaunan Private Entity Reporting

Standard (PERS) dalam penyediaan penyata

kewangannya yang berakhir pada 31 Disember.

Manakala bagi tahun 2016 dan seterusnya, LPP akan

menggunakan piawaian perakaunan yang baharu

diterbitkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia

iaitu Malaysia Public Sector Accounting Standard

(MPSAS) yang akan diwajibkan pemakaiannya kepada

Badan-badan Berkanun Persekutuan pada tahun

2020 dan pemakaian awal adalah digalakkan.

Pada asasnya, penyata kewangan LPP hendaklah

disediakan dan dihantar kepada Jabatan Audit

Negara untuk tujuan pengauditan selewat-lewatnya

30 April pada setiap tahun berikutnya. Ini merujuk

kepada 1Pekeliling Perbendaharaan PA3.1/2013 iaitu

Garis Panduan untuk Penyediaan dan Pembentangan

Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Badan

Berkanun Persekutuan.

Mengapa pengauditan dilaksanakan?

Ia adalah untuk mengesahkan penyata kewangan

tahunan yang dikemukakan oleh badan berkanun bagi

memenuhi keperluan undang-undang dan standard

perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit

Negara akan memberi pendapat sama ada penyata

yang disediakan menggambarkan kedudukan

kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod

perakaunan mengenainya telah diselenggarakan

dengan teratur dan dikemas kini.

Apakah jenis laporan Ketua Audit Negara terhadap penyata kewangan ?

(i) Sijil Tanpa Teguran (Sijil Audit Bersih) - Penyata

Kewangan telah disediakan dan dipersembahkan

mengikut piawaian yang diterima pakai, diamalkan

secara konsisten, seragam serta pendedahan yang

mencukupi.

(ii) Sijil Berteguran – Perkara material yang boleh

menjelaskan kesaksamaan penyata kewangan dari

aspek prinsip perakaunan yang digunakan, konsistensi

atau had disebabkan kekangan skop pengauditan.

(iii) Sijil Bertentangan – Penyata kewangan tidak

menunjukkan kedudukan yang benar dan saksama

atau tidak mematuhi prinsip perakaunan yang

diterima umum. Kesan perbezaan pendapat adalah

material dan menyeluruh terhadap penyata kewangan

dan pendapat berteguran tidak memadai untuk

mendedahkan kekeliruan atau penyata kewangan

tidak sempurna.

(iv) Sijil Penafian – Kesan yang mungkin timbul

Penulis : Nur Azimah Binti Abu Bakar Ashaari

PENCAPAIAN :

PENERIMA SIJIL AUDIT BERSIH BAGI PENYATA KEWANGAN 24 TAHUN

BERTURUT-TURUT

Page 19: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala

daripada kekangan skop pengauditan adalah material

dan menyeluruh di mana bukti tidak mencukupi untuk

memberi pendapat terhadap penyata kewangan.

Harapan LPP pada tahun akan datang

Semoga kejayaan mendapat Sijil Audit Bersih Ketua

Audit Negara dapat dipertahankan sehingga tahun-

tahun seterusnya kerana ia memberi gambaran

bahawa LPP sentiasa mengamalkan pengurusan

kewangan yang cekap, cepat, teliti, telus, amanah dan

bersih untuk mencapai sijil audit tidak berteguran.

Kepada seluruh warga kerja LPP, marilah sama-

sama memberi kerjasama dalam mengamalkan

pengurusan kewangan yang baik dan komitmen yang

tinggi sepanjang pengauditan dilaksanakan. Semoga

amalan baik ini akan berterusan di masa-masa akan

datang.

Berikut adalah tahun dan tarikh sijil tanpa teguran

Ketua Audit Negara dikeluarkan kepada LPP.

Bil. Tahun Tarikh Sijil dikeluarkan

1 1992 30/12/1993

2 1993 03/10/1994

3 1994 15/07/1995

4 1995 23/07/1996

5 1996 29/08/1997

6 1997 20/08/1998

7 1998 23/08/1999

8 1999 11/07/2000

9 2000 05/10/2001

10 2001 01/10/2002

11 2002 28/06/2003

12 2003 09/08/2004

13 2004 26/07/2005

14 2005 26/07/2006

15 2006 15/06/2007

16 2007 16/06/2008

17 2008 13/07/2009

18 2009 23/07/2010

19 2010 08/07/2011

20 2011 28/05/2012

21 2012 12/06/2013

22 2013 03/07/2014

23 2014 29/05/2015

24 2015 17/05/2016

18

Page 20: Editorial Kandungan - lpp.gov.my · memiliki jentuai sebanyak 258 buah dan 88 peratus beroperasi iaitu 227 buah. Keluasan pembajakan yang diusahakan pula adalah 79,542 hektar manakala