edisi mei-jun 2021 - i-sukan.upm.edu.my · sukan) serta en. wan zaharuddin wan abdullah (ketua...

2
EDISI MEI-JUN 2021 Pusat Sukan UPM Instagram/upmsports 03-9769 1351/1288 www.i-sukan.upm.edu.my Youtube: Pusat Sukan UPM Atlet UPM Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli telah menyumbang pingat gangsa buat pasukan Memanah negara dalam acara recurve berpasukan lelaki sempena kejo- hanan 2021 Asia Cup World Ranking Tournament, Stage 1 yang berlangsung di Gwangju, Korea Selatan pada 11 Jun 2021. Kejayaan trio tersebut sekali gus menamatkan penantian hampir dua tahun pasukan Memanah negara untuk meraih pingat dalam kejohanan peringkat antarabangsa. U MOBILE LEGENDS CAMPUS CHAMPIONSHIP SEASON 3, 2021 Pelari pecut negara/UPM yang sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) UPM telah berjaya mengharumkan nama negara dalam Kejohanan Olahraga XXX Qosanov Memorial, Almaty, Kazakhstan yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Jun 2021. Pencapaian Atlet: i. Jonathan Nyepa: Pingat Perak (100 Meter & 200 Meter) ii. Muhammad Ilham Suhaimi: Gangsa (200 Meter) Program Memeperkasakan Pembangunan Sukan UPM diteruskan dengan penampilan panel-panel yang berpengalaman. Pada bulan Mei dan Jun 2021, sebanyak 3 program telah dianjurkan secara kerjasama dengan kolej-kolej di UPM. Program berbentuk ilmiah ini diadakan secara atas talian yang menumpukan penyertaan kepada pelajar-pelajar UPM, staf dan juga orang awam. Antara program-program yang telah dianjurkan ialah: Pasukan E-Sports pelajar UPM yang dikenali dengan jolokan UPM Origintelah mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan sempena Kejohanan U Mo- bile Legends Campus Championship season 3 yang telah diadakan pada bulan Mei 2021. Pasukan UPM Origin telah dibarisi oleh: i. Muhammad Nabil Helmi ii. Sufiyan Nurhidayat Chairil Anwar iii. Muhammad Faris Ikhwan Badarullah iv. Muhammad Arif S. Rahman v. Muhammad Fahmi Abd. Halim vi. Safarghani Sarip PROGRAM MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN SUKAN UPM ATLET UPM CEMERLANG HARUMKAN NAMA NEGARA Muhammad Ilham Suhaimi Jonathan Nyepa Queenie Ting, 24 tahun merupakan pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) telah dinobatkan sebagai ratu diskus (Queen of Discus) setelah beliau memecah rekod dalam kate- gori wanita yang dipegang oleh Choo Kang Ni selama 5 tahun dengan balingan sejauh 47.91. Beliau telah membuat balingan sejauh 48.56 meter dalam Kejohanan Grand Prix Olahraga yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2021.

Upload: others

Post on 10-Aug-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI MEI-JUN 2021 - i-sukan.upm.edu.my · Sukan) serta En. Wan Zaharuddin Wan Abdullah (Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan) Pusat Sukan UPM. Nama penuh: Philip Ngew Program:

EDISI MEI-JUN 2021

Pusat Sukan UPM Instagram/upmsports 03-9769 1351/1288 www.i-sukan.upm.edu.my Youtube: Pusat Sukan UPM

Atlet UPM Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli telah menyumbang pingat gangsa buat pasukan Memanah negara dalam acara recurve berpasukan lelaki sempena kejo-hanan 2021 Asia Cup World Ranking Tournament, Stage 1 yang berlangsung di Gwangju, Korea Selatan pada 11 Jun 2021. Kejayaan trio tersebut sekali gus menamatkan penantian hampir dua tahun pasukan Memanah negara untuk meraih pingat dalam kejohanan peringkat antarabangsa.

U MOBILE LEGENDS CAMPUS CHAMPIONSHIP SEASON 3, 2021

Pelari pecut negara/UPM yang sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) UPM telah berjaya mengharumkan nama negara dalam Kejohanan Olahraga XXX Qosanov Memorial, Almaty, Kazakhstan yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Jun 2021.

Pencapaian Atlet: i. Jonathan Nyepa: Pingat Perak (100 Meter & 200 Meter) ii. Muhammad Ilham Suhaimi: Gangsa (200 Meter)

Program Memeperkasakan Pembangunan Sukan UPM diteruskan dengan penampilan panel-panel yang berpengalaman. Pada bulan Mei dan Jun 2021, sebanyak 3 program telah dianjurkan secara kerjasama dengan kolej-kolej di UPM. Program berbentuk ilmiah ini diadakan secara atas talian yang menumpukan penyertaan kepada pelajar-pelajar UPM, staf dan juga orang awam. Antara program-program yang telah dianjurkan ialah:

Pasukan E-Sports pelajar UPM yang dikenali dengan jolokan “UPM Origin” telah mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan sempena Kejohanan U Mo-bile Legends Campus Championship season 3 yang telah diadakan pada bulan Mei 2021. Pasukan UPM Origin telah dibarisi oleh:

i. Muhammad Nabil Helmi ii. Sufiyan Nurhidayat Chairil Anwar iii. Muhammad Faris Ikhwan Badarullah iv. Muhammad Arif S. Rahman v. Muhammad Fahmi Abd. Halim vi. Safarghani Sarip

PROGRAM MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN SUKAN UPM

ATLET UPM CEMERLANG HARUMKAN NAMA NEGARA

Muhammad Ilham Suhaimi Jonathan Nyepa

Queenie Ting, 24 tahun merupakan pelajar Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani) telah dinobatkan sebagai ratu diskus (Queen of Discus) setelah beliau memecah rekod dalam kate-gori wanita yang dipegang oleh Choo Kang Ni selama 5 tahun dengan balingan sejauh 47.91. Beliau telah membuat balingan sejauh 48.56 meter dalam Kejohanan Grand Prix Olahraga yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei 2021.

Page 2: EDISI MEI-JUN 2021 - i-sukan.upm.edu.my · Sukan) serta En. Wan Zaharuddin Wan Abdullah (Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan) Pusat Sukan UPM. Nama penuh: Philip Ngew Program:

KENALI ATLET UPM

Tahniah dan Syabas Warga Pusat Sukan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Nor Haya Yaakob atas kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kanan (S38).

Warga Pusat Sukan amat berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan berharap dengan kenaikan pangkat ini, puan dapat menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di dalam bidang kepakaran puan untuk Pusat Sukan khasnya dan UPM amnya.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan memberi aspirasi kepada semua staf Pusat Sukan untuk terus berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

Warga Pusat Sukan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat En. Mohamad Noor Liza Baharom sempena hari persaraan beliau pada 21 Jun 2021. Beliau telah menabur bakti di UPM selama 36 tahun bermula tahun 1985-2021.

Harum semerbak si bunga melur,

Jadi hiasan taman larangan, Sejambak pantun mesra dihulur,

Setulus ingatan mengimbau kenangan. Semoga En. Mohamad Noor Liza Baharom dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT. Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan selamat bersara.

TAKLIMAT KEMASUKAN ATLET

Pada 18 Jun 2021 satu sesi taklimat kemasukan atlet ke UPM telah disampaikan oleh En. Azlansaufi Ahmad Supian (Ketua Unit Penyediaan Atlet) Pusat Sukan UPM kepada Persatuan Memanah Selangor yang diwakili oleh En. Affendy selaku Setiausaha Per-satuan yang turut disertai oleh ibu bapa dan atlet-atlet daripada Persatuan Memanah Negeri Selangor dan dari beberapa buah negeri yang lain. Sesi penyampaian taklimat tersebut telah memberikan input yang berguna kepada atlet-atlet Memanah daripada persatuan-persatuan negeri serta ibu bapa mengenai bidang-bidang kursus yang ditawarkan di UPM dan perancangan pembangunan sukan di UPM untuk atlet-atlet yang melanjutkan pengajian di UPM. Turut berkongsi maklumat dalam sesi tersebut ialah Dr. Hanafiah Ayub (Ketua Pusat Sukan UPM), En. Muhamad Malik Ahmad Tobias (Ketua Seksyen Pembangunan dan Kecemerlangan Sukan) serta En. Wan Zaharuddin Wan Abdullah (Ketua Seksyen Pentadbiran dan Kewangan) Pusat Sukan UPM.

Nama penuh: Philip Ngew Program: Bacelor Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) Fakulti: Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Semester Pengajian: Semester 6 (Tahun 3) Tarikh lahir: 3 November 1998 Tempat lahir: Taiping, Perak Sukan diceburi: Ping Pong Pencapaian: Naib Johan “Single” MASUM 2019 & 2020 Johan “Team” HESF 2019 Johan Berpasukan National Youth Championships 2016

Nama penuh: Charles Ngew Program: Bacelor Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) Fakulti: Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Semester Pengajian: Semester 6 (Tahun 3) Tarikh lahir: 3 November 1998 Tempat lahir: Taiping, Perak Sukan diceburi: Ping Pong Pencapaian: Johan “Double” MASUM 2020 Johan “Team” dan “Double” HESF 2019 Sea Junior Championships 2016

Pasangan Kembar Atlet Ping Pong UPM