edisi jan apr 2019€¦ · pelan strategik ict (isp) ... sambutan hari meteorologi sedunia 2019...

35
Edisi Jan Apr 2019 JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA, JALAN SULTAN, 46667 PETALING JAYA, SELANGOR. SEKALUNG TAHNIAH Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 pada 19 Februari 2019, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, YBhg. Datuk Alui bin Bahari telah dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Tahniah diucapkan kepada Datuk Alui bin Bahari di atas pengurniaan pingat tersebut.

Upload: others

Post on 13-Oct-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

Edisi Jan – Apr 2019

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA, JALAN SULTAN, 46667 PETALING JAYA, SELANGOR.

SEKALUNG TAHNIAH

Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 pada 19

Februari 2019, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia,

YBhg. Datuk Alui bin Bahari telah dikurniakan Darjah Kebesaran

Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran

Datuk oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin

Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in

Billah. Tahniah diucapkan kepada Datuk Alui bin Bahari di atas

pengurniaan pingat tersebut.

Page 2: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

RENCANA PENGARANG |2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur alhamdullilah dipanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi, kita dapat bertemu kembali

menerusi Berita Meteorologi Edisi Januari – April 2019. Sepanjang tempoh ini banyak

program/aktiviti telahpun dilaksanakan oleh jabatan sama ada di peringkat kebangsaan

dan negeri. Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang

membawa gelaran Datuk kepada KPMMD merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan

dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh jabatan kepada negara.

Pada tahun ini, jabatan telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia

melalui Pusat STEM Negara dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengadakan program-

program STI secara engagement di sekolah-sekolah selaras dengan inisiatif MESTECC,

ESTECC Education in school. Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 di SMK Bukit Merchu

Kuala Kangsar, Perak pada 19 Mac 2019 dan program-program kesedaran awam di

Terengganu, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada program

kerjasama tersebut. Diharapkan usaha murni sebegini akan dapat melahirkan lebih ramai

generasi muda yang berminat dan mahir dalam bidang STI demi memastikan

kesinambungan pembangunan negara.

Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sidang Pengarang

Berita Meteorologi, Bahagian/Seksyen/Unit di Ibu Pejabat dan Pejabat Meteorologi Negeri

di atas kerjasama dan sumbangan artikel yang diberikan bagi membolehkan Berita

Meteorologi meneruskan wadahnya menyampaikan informasi yang bermanfaat buat

semua. Akhir kata, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

Salam Mesra,

Ramlan Ab Rahman

Ketua Pengarang

Saudara, Saudari pembaca budiman…

Page 3: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

RENCANA PENGARANG |3

Penasihat Dr. Wan Azli bin Wan Hassan Ketua Pengarang En. Ramlan Ab Rahman Pengarang Eksekutif Dr. Fariza Yunus Pengarang Pn. Lucia Enggong

Pn. Nor Khafiza Manan

Pn. Rosita Galang

Pn. Siti Norbaizura Mat Said

Pn. Marcella James J.

En. Rosmadinor Mohamad

En. Mohd Ridzuan Adam

Pn. Wan Fariza Mustafah

Pn. Dayang Norazila Awang Bima

Pn. Siti Badderiah Hamim

Pegawai Perhubungan Awam

Pn. Malini a/p Kunjappan

Reka Bentuk

En. Ab. Rahman Buang

Pn. Lillian Nasharitah Boney Abdullah

Juru Foto

En. Rosli Abu Bakar

Urus Setia

Pn. Marina Ismail

Pn. Sytee Syafarina Jaafar

SIDANG PENGARANG

Page 4: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |4

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

Pada 30 April 2019, Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan YBhg Datuk Alui bin

Bahari, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia yang bersara wajib pada 4 Mei

2019 telah diadakan di Auditorium. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg

Datuk KPMMD di atas segala jasa, pimpinan dan khidmat bakti kepada jabatan selama

hampir 37 tahun tempoh perkhidmatan beliau di jabatan ini terutamanya selaku Ketua

Pengarah sejak 12 April 2017.

Page 5: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |5

RETREAT STRATEGIK BERSAMA KETUA PENGARAH MMD

Retreat Strategik Bersama Ketua Pengarah MMD telah diadakan pada 20 hingga 22

Februari 2019 bertempat di Kompleks Tabung Haji Movenpick Sepang, Selangor.

Program ini telah dihadiri oleh 33 orang pegawai yang terdiri daripada Ketua Pengarah,

kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Kanan, semua Pengarah di Ibu Pejabat

dan Pejabat Negeri.

Retreat ini bertujuan untuk memperkasakan hala tuju Jabatan agar relevan dengan

keperluan dan perubahan semasa sebagai agensi tunggal negara dalam membekalkan

perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik. Retreat ini juga memberi fokus kepada

inisiatif yang dirancang agar dapat dilaksanakan secara holistik dan bersepadu bagi

memperkasa dan meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan, keselamatan

dan pembangunan lestari.

Pelan Strategik ICT (ISP) juga dibincangkan pada Retreat kali ini. ISP tersebut akan

dijadikan dokumen induk bagi perancangan dan pelaksanaan projek-projek ICT MMD.

Page 6: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |6

Skop ISP akan merangkumi perkara-perkara seperti penambahan dan pemantapan

infrastruktur ICT dalam memantapkan perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik.

Susulan dari sesi perbincangan tersebut, secara keseluruhannya program bagi Pelan

Strategik 2016-2020 telah dilaksanakan sebagaimana perancangan yang ditetapkan.

Selain itu, sesi ini juga membincang serta merangka Pelan Strategik bagi tahun 2021-

2025.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) ANTARA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA DAN

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

MMD dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah memeterai Memorandum

Perjanjian (MoA) pada 25 Januari 2019 di Ibu Pejabat MMD, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis tersebut menyaksikan YBhg. KPMMD bersama YBhg. Naib Canselor UMT, Prof.

Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar menandatangani dokumen perjanjian. MoA ini bertujuan

untuk membina sistem yang komprehensif dalam memberi maklumat terkini berkaitan

keadaan laut semasa. Kerjasama erat MMD dan UMT telah bermula sejak tahun 2017

dalam pembangunan projek Ocean Forecasting System (OFS) melibatkan perkongsian

data atmosfera dan oseanografi di perairan Laut China Selatan.

Page 7: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |7

LAWATAN TEKNIKAL KE STESEN BUMI

AGENSI REMOTE SENSING MALAYSIA

Pada 7 Februari 2019, pegawai Bahagian Radar dan Satelit Meteorologi bersama KPMMD

telah mengadakan lawatan teknikal ke Stesen Bumi Agensi Remote Sensing Malaysia di

Temerloh, Pahang. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan informasi serta

perkembangan terkini teknologi penerimaan stesen bumi. Perbincangan teknikal turut

diadakan berkaitan pengoperasian sistem, pengurusan produk dan data satelit, serta

pengemaskinian data semasa.

HARI METEOROLOGI SEDUNIA 2019 DAN

PELANCARAN BUKU IKLIM PERAK

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada 19 Mac 2019 dengan kerjasama

Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Iklim Perak turut dilancarkan semasa sambutan

tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Haji

Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan

Perubahan Iklim (MESTECC). Hari Meteorologi Sedunia disambut pada 23 Mac setiap

tahun oleh seluruh komuniti meteorologi di 192 buah negara anggota Pertubuhan

Meteorologi Sedunia (World Meteorological Organisation - WMO), termasuk Malaysia.

Tema Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 ialah “Matahari, Bumi dan Cuaca”.

Page 8: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |8

Sambutan Hari Meteorologi Sedunia pada tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti

untuk para pelajar sekolah yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah

pertandingan penyampai cuaca, pertandingan mewarna, photo booth, creative corner,

pendaftaran RakanMET, ceramah kerjaya serta aktiviti jualan dan pameran. Seramai

1,091 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru dan agensi kerajaan telah hadir

bagi memeriahkan sambutan Hari Meteorologi pada tahun ini.

Ucapan perasmian oleh

YBhg. Datuk Seri KSU MESTECC

Ucapan alu-aluan oleh

YBhg. Datuk KPMMD

Page 9: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |9

Gambar Hari Meteorologi Sedunia 2019

Page 10: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |10

MESYUARAT PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI KE-23

Mesyuarat Penolong Pegawai Meteorologi Ke-23 telah diadakan pada 19 hingga 22 Mac

2019 bertempat di Pejabat Meteorologi Sarawak. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 36

orang Penolong Pegawai Meteorologi dan YBhg. Datuk Alui Bahari, KPMMD serta YBrs.

Encik Jailan Simon, TKP(O) selaku Penasihat Mesyuarat.

Semasa mesyuarat, beberapa sesi ceramah teknikal dan perkongsian idea telah

disampaikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan. Lawatan ke Pejabat

Meteorologi Kuching, Sarawak turut diadakan bagi memberi pendedahan berkenaan

operasi kerja untuk memantapkan kemahiran dan pengetahuan tentang meteorologi

penerbangan.

Page 11: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |11

Page 12: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |12

MAJLIS BERSAMA JABATAN

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah berlangsung pada 23 Mac 2019 bertempat di Pejabat

Meteorologi Bintulu dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KPMMD serta dihadiri oleh

TKP(S) dan TKP(O). Sebanyak enam isu baharu telah dibangkit dan diselesaikan serta

diambil tindakan oleh pihak pengurusan. Majlis turut meraikan Datuk KPMMD yang akan

bersara sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan beliau sebagai Pengerusi MBJ.

SAMBUTAN MINGGU SAINS NEGARA 2019

PERINGKAT NEGERI SABAH

MMD melalui Pejabat Meteorologi Sabah telah menjadi agensi peneraju Minggu Sains

Negara 2019 (MScN’19) Peringkat Negeri Sabah. Program ini dijalankan dengan

kerjasama strategik dari Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan

Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Jabatan

Perhutanan Sabah, Jabatan Penerangan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Duta Sains

Tuaran, Politeknik, Sabah Electricity Sdn. Bhd, Sabah Stargazers dan Kelab Revolusi

Usahawan Sabah.

Page 13: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |13

Dua program satelit MScN’19 telah dijalankan di SMKA Tun Juhar, Sandakan pada 2 April

dan SMK Taun Gusi II, Kota Belud pada 4 April. Pelbagai aktiviti menarik diadakan

seperti pameran interaktif, ceramah, Pertandingan Idola Penyampai Cuaca,

Pertandingan Rubik’s Cube, Quiz Run dan CSI Game.

Sambutan utama MScN’19 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Pentas Terbuka

Kundasang pada 6 hingga 7 April bersekali dengan Pesta Rombituon yang julung kali

diadakan bertujuan membudayakan sains astronomi dan astro pelancongan di Sabah.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan roket air, astrofotografi dan

nyanyian, pameran interaktif serta Simposium Mini Rombituon. Majlis Perasmian

MScN’19 Peringkat Negeri Sabah dan Pesta Rombituon telah disempurnakan oleh YB

Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri MESTECC pada malam 6 April 2019.

Page 14: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |14

PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO BENCANA

GEMPA BUMI, TSUNAMI DAN CUACA EKSTREM

Untuk tempoh suku pertama tahun 2019, MMD dengan kerjasama Kementerian

Pendidikan Malaysia telah menganjurkan sebanyak empat Program Kesedaran Awam

Mengenai Risiko Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem. Program ini

bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai risiko bencana akibat gempa bumi,

tsunami dan cuaca ekstrem kepada komuniti sekolah, meningkatkan pengetahuan dan

kesedaran mengenai perkhidmatan dan peranan MMD kepada pelajar, guru-guru, warga

kerja sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah sesi taklimat mengenai Bencana

Cuaca Ekstrem di Malaysia dan Bencana Gempa Bumi dan Tsunami serta Sistem Amaran

Awal Tsunami Nasional Malaysia, pameran berkaitan perkhidmatan jabatan dan

Pertandingan Penyampai Cuaca.

12 Mac 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Cendering Kuala Terengganu, Terengganu.

Bilangan peserta seramai 283 orang.

Page 15: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |15

9 April 2019

SMK Dato’ Jaafar Hassan, Bukit

Keteri, Perlis. Bilangan peserta

seramai 277 orang.

14 Mac 2019 SMK Berangan, Tumpat, Kelantan.

Bilangan peserta seramai 287 orang.

Page 16: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |16

Gambar Aktiviti Program Kesedaran Awam

11 April 2019

SMK Teluk Bahang, Teluk Bahang,

Pulau Pinang. Bilangan peserta

seramai 296 orang.

Page 17: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |17

Mesyuarat Agung KKSMM Kali Ke-43

Pada pukul 3.00 petang, Jumaat 15 Mac 2019 bersamaan 7 Rejab 1440H, KKSMM telah

mengadakan Mesyuarat Agung KKSMM kali ke-43 di Auditorium Aras 8, MMD. Mesyuarat

ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Alui bin Bahari, KPMMD selaku Presiden KKSMM.

Seramai 97 orang ahli telah hadir dan membuat pilihan serta memberi mandat kepada

Jawatankuasa yang baru untuk tempoh dua penggal. Ini merupakan Mesyuarat Agung

KKSMM yang terakhir yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KPMMD sebelum beliau

bersara pada 4 Mei 2019. Mesyuarat telah berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30

minit dengan pembentangan keseluruhan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di

bawah Program Sukan dan Kebajikan serta Sosial dengan terperinci oleh Biro masing-

masing.

Manakala pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2018 telah diluluskan sebulat suara

dengan tiada bantahan dari ahli-ahli. Penyampaian cenderahati penghargaan kepada

ahli yang bersara menjadi acara terakhir dengan disulami acara Cabutan Nombor

Bertuah yang menjadi acara yang ditunggu-tunggu sebelum mesyuarat bersurai.

Page 18: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |18

Dalam ucapan penutup YBhg. Datuk Presiden KKSMM, beliau menyeru supaya semua

warga MMD dapat menjadi ahli dan menyertai keluarga besar KKSMM serta

menyemarakkan kelab dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang bermanafaat.

Sukan Tahunan KKSMM 2019

Sukan Tahunan KKSMM 2019 telah bermula pada 20 April 2019 dengan acara catur dan

dam aji yang berlangsung di Auditorium MMD. Acara sukan ini telah disertai oleh empat

pasukan dan keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Catur

Tempat Pertama : Typhoon - (BRSM, POCGN, UKK)

Tempat Kedua : Hurricane - (BKM, BPPT, BTCG, BLT)

Tempa Ketiga : Willy-willy - (BKP, Pejabat/Stesen Negeri, Unit Integriti)

Tempat Keempat : Cyclone - (BSAPA, BIM, PIN, BPSA)

Dam Aji

Tempat Pertama : Willy-willy

Tempat Kedua : Typhoon

Tempa Ketiga : Hurricane

Tempat Keempat : Cyclone

Page 19: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |19

Kejohanan Indoor Games MAKSWIP 2019

KKSMM juga telah menghantar pemain bagi kategori wanita individu dan lelaki

berkumpulan untuk menyertai Kejohanan Indoor Games Majlis Kebajikan dan Sukan

Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP). Kejohanan tersebut

berlangsung pada 27 hingga 28 April 2019 di Bangunan JPA, WP Putrajaya.

Page 20: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |20

MESYUARAT AGUNG SURAU KAJICUACA KALI KE-14

Pada 13 Mac 2019, Surau Kajicuaca telah mengadakan

Mesyuarat Agung Kali Ke-14 bagi memilih

Jawatankuasa Surau Sesi 2019-2021 untuk

menggantikan Jawatankuasa Surau Sesi 2017-2019.

Seramai 60 orang kakitangan telah menghadiri

mesyuarat ini. Mesyuarat telah dimulakan dengan

ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus Mahadi

yang bertajuk ‘Hubungan dengan Allah, Hubungan

dengan Manusia’ yang berkisarkan tentang menjaga

hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita

sesama manusia dengan mengikut cara hidup

Rasulullah.

Pada 30 April 2019, Surau Kajicuaca telah mengadakan Majlis Tahlil Perdana dan Bacaan

Yasin sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak Tahun 1440H/2019M.

Program ini bertujuan memohon keberkatan dan kesihatan yang baik untuk

menjalankan ibadah puasa dan amal ibadah yang lain.

Mesyuarat Tahunan PUSPANITA MMD 2018

Pada 19 April 2019, PUSPANITA MMD

telah mengadakan Mesyuarat Tahunan

2018 dengan kehadiran lebih 100 orang

ahli termasuk empat orang ahli pesara.

Agenda utama mesyuarat adalah

pembentangan laporan aktiviti dan

kewangan bagi tahun 2018 serta

perbincangan isu-isu yang ada.

Page 21: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI JABATAN |21

Majlis Penghargaan turut diadakan bagi meraikan persaraan YBhg. Datuk Alui Bahari,

Ketua Pengarah MMD merangkap Penasihat PUSPANITA MMD yang akan bersara pada 4

Mei 2019 dan juga isteri beliau, YBhg. Datin Sharifah Hanim Zaki yang akan

mengundurkan diri sebagai Pengerusi PUSPANITA MMD. Ahli-ahli yang bakal bersara

pada tahun 2019 turut diraikan.

Page 22: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|22

PEJABAT METEOROLOGI PAHANG

Lawatan St. Christhopher’s International Primary School,

Penang Pada 23 dan 24 Januari 2019, PM Cameron Highlands telah menerima lawatan seramai

73 orang pelajar Tahun 5 dan 10 orang guru daripada St. Christhopher’s International

Primary School, Penang. Lawatan ini telah dibahagikan kepada tiga sesi dan bertujuan

untuk memberi pendedahan berkaitan kaedah mengukur elemen cuaca.

Lawatan Universiti Malaysia Terengganu PM Cameron Highlands telah menerima

lawatan dari Universiti Malaysia Terengganu

(UMT) pada 30 Januari 2019. Lawatan ini

bersempena Program Ekspedisi Udara Bersih

3.0 yang merupakan salah satu program di

bawah Persatuan Forum Udara Bersih

Malaysia (MyCAS) yang dipengerusikan oleh

Pensyarah Kanan UMT iaitu Dr. Noor Zaitun

Yahaya. Lawatan ini bertujuan mengetahui

Page 23: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|23

lebih lanjut mengenai prosedur penyelidikan pencemaran udara dan meteorologi

Lawatan ke Simulator, Pangkalan Udara Kuantan TUDM Pada 12 Februari 2019, PM Pahang telah mengadakan lawatan ke Ground Base Training

Simulator, Pangkalan Udara TUDM Kuantan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi

pendedahan kepada staf PM Pahang tentang program simulator penerbangan yang

disediakan untuk pelatih-pelatih juruterbang menjalani latihan indoor terutama ketika

cuaca buruk serta meninjau pesawat TUDM yang beroperasi di Pangkalan Udara

Kuantan.

Hari Keluarga 2019

Pada 16 Februari 2019, seramai 70 orang yang terdiri staf dan ahli keluarga bagi Pejabat

Meteorologi di Pahang telah menghadiri “Family Fun Day MET Pahang” bertempat di

Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan. Aktiviti yang diadakan ialah senam robik, BBQ

dan acara sukaneka. Penganjuran Hari Keluarga ini bertujuan bagi membangkitkan

Page 24: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|24

semangat kekitaan di kalangan staf dan ahli keluarga, semangat kerjasama dan hormat-

menghormati.

Program Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan

Pada 28 Februari 2019, PM Pahang telah mengadakan Program Ceramah dan

Pemeriksaan Kesihatan. Ceramah bertajuk Memahami Status Kesihatan yang

disampaikan oleh Dr. Ahmad Zulfadli Muhamad Noor, Pegawai Kesihatan daripada

Pejabat Kesihatan Jaya Gading, Kuantan dan disusuli dengan aktiviti pemeriksaan

keadaan kesihatan, seperti pemeriksaan BMI, tekanan darah dan kandungan gula serta

kolestrol dalam darah.

Lawatan ke Menara Kawalan Pangkalan Udara TUDM

Pada 18 Mac 2019, PM Pahang telah mengadakan lawatan ke Menara Kawalan Pangkalan

Udara Kuantan (TUDM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf

Page 25: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|25

PM Pahang mengenai tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara serta kepentingan data cuaca

terhadap sistem operasi Menara Kawalan dalam mengawal pergerakan pesawat di

lapangan terbang.

Lawatan ke Markas 4 Briged Tentera Darat Malaysia Kuantan

Pada 18 Mac 2019, PM Pahang telah mengadakan lawatan ke Markas 4 Briged (Mekanize)

Tentera Darat Malaysia bertempat di Kem Batu 10, Kuantan. Tujuan lawatan ini adalah

untuk memberi pendedahan kepada staf PM Pahang berkenaan skop kerja Tentera Darat

Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Lawatan Pelajar UIA Kampus Kuantan, Pahang Pada 24 April 2019, seramai 20 orang pelajar dan tiga orang pensyarah Universiti Islam

Antarabangsa (UIAM) Kampus, Pahang telah mengadakan lawatan ke PM Pahang.

Page 26: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |26

PEJABAT METEOROLOGI KELANTAN

Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab

Pada 25 Februari 2019, seramai 34 orang pelajar dan dua orang guru pengiring SMK

Zainab telah melawat PM Kelantan. Pelawat telah diberikan penerangan dan

pendedahan tentang peralatan yang digunakan untuk mencerap cuaca seperti AWS,

radar dan satelit.

Hari Keluarga 2019

Pada 28 Februari 2019, sambutan Hari Keluarga PM Kelantan telah diadakan dan aktiviti

sukaneka telah diadakan bagi anak-anak kakitangan. Perlawanan persahabatan futsal

diantara PM Kelantan dan PM Terengganu juga telah diadakan pada hari tersebut.

Page 27: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |27

PEJABAT METEOROLOGI SELANGOR

Pameran sempena Karnival Akademik di SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang

24 April 2019

Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015

9 April 2019

Pameran sempena karnival Kurikulum di SMK Seksyen

19 Shah Alam

13 Mac 2019

Page 28: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |28

PEJABAT METEOROLOGI SABAH

Lawatan dari Sekolah dan Institusi Pengajian

Lawatan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran seramai 17

orang pelajar.

Lawatan dari Politeknik Kota Kinabalu seramai 24 orang pelajar.

Lawatan dari Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu seramai 120 orang.

9 April 2019

18 Mac 2019

12 Februari 2019

Page 29: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |29

Penyerahan Kunci Genset Oleh Jabatan Kerja Raya

Pada 4 Mac 2019, satu sesi taklimat mengenai operasi genset oleh pihak kontraktor dan

telah diadakan di PMKK dan Pengarah Pejabat Jabatan Meteorologi Sabah, En. Azemi

Daud telah menandatangani surat penerimaan kunci genset tersebut.

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti

Pada 3 hingga 4 April 2019, Audit Dalaman telah diadakan di PMKK.

Lawatan dari pelajar Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

17 April 2019

Page 30: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |30

Acara ‘Run For Science’

Pada 27 April 2019, kakitangan Pejabat Meteorologi Sabah yang telah menyertai

acara ‘RUN FOR SCIENCE’ sempena Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri Sabah

yang telah diadakan di Tanjung Aru.

Page 31: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |31

PEJABAT METEOROLOGI PERAK

Page 32: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

BERITA KAKITANGAN |32

Gambar Aktiviti Pejabat Meteorologi Perak

Page 33: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

BERITA KAKITANGAN |33

MAJLIS APRESIASI MESTECC 2019

Senarai nama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018

1. Lim Ze Hui 2. Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip 3. Rozitta Sulaiman 4. Ahmad Zaki Bin Mohamad Saad 5. Haburi bin Hamdan 6. Hamray bin Muhammad Yazit 7. Amirul Nizam bin Marodzi 8. Azlai bin Ta’at 9. Noor Azra binti Ahim 10. Suzalina binti Kamaruddin 11. Ibrahim bin Johari 12. Zamuna binti Zainal 13. Mohamed Fadly bin Yusof 14. Afizal Haqeem bin Shapee 15. Heernani binti Abu Bakar 16. Mohd Ridzuan bin Adam 17. Diong Jeong Yik 18. Mohd Aziz bin Mat Taib 19. Siti Hawa binti Shuhaimi 20. Norazian binti Mohd Rashid

21. Nuraihan binti Harun 22. Siti Khadijah binti Ramli 23. Mazlan bin Ali 24. Wan Nazri bin Wan Zain 25. Matbeh bin Salam 26. Maralip bin Lamdani 27. Ahmad bin Minulin 28. Alim bin Madahin 29. Joseph Liew Yun Siong 30. Law Buang Hong 31. Ismail bin Narawi 32. Tiong Chui Khieng 33. Wan Andi Nasrul bin Wan Mustafa 34. Nur Hassan bin Otong 35. Mohd Khalid bin Haron 36. Nik Ilyana binti Nik Abdul Rahman 37. Jonson bin Soumin 38. Yip Weng Sang 39. Norlaila binti Ismail 40. Noora binti Rosli

Page 34: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

BERITA KAKITANGAN |34

41. Wan Mazni binti W Ab Aziz 42. Sharizan bin Mohd Shaari 43. Syahida binti Ab Rahim Halimi 44. Rosli bin Abu Bakar 45. Hashim bin Mispan 46. Sugiman bin Paijo 47. Bong Chin Shiw 48. Vimalanathan A/L Arampoo 49. Lillian Nasharitah Boney Abdullah 50. Rahimah binti Khalid 51. Abd Rahim bin Ahmad 52. Mohammad Aidil Asyraf bin Mohd Adon 53. Mohd Izuddin bin Ibrahim 54. Suraya binti Ali 55. Sumie Shahmil bin Abd Suki 56. Zakiah binti Che Sulong

57. Nabilah Salmi binti Ahamad 58. Siti Khadijah binti Awang 59. Paridah binti Yahaya 60. Amutha A/P Krishnan 61. Freddie Anak Arthur 62. Siti Hawa binti Ismail 63. Mohamad Fadli bin Alwi 64. Noramirah binti Ahmad 65. Rohaya binti Ishak 66. Norsham bin Mat Som 67. Jaafar bin Mohadasan 68. Bohari bin Mohamad Zini 69. Rahman bin Ahmad 70. Pairoz Nor bin Markom 71. Haizad bin Halili

PENGANUGERAHAN PINGAT

Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar

Negeri Sembilan yang ke - 71 pada 14 Januari 2019, staf

Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan, Puan Idahilmi Binti

Idris telah dianugerahkan Pingat Masyarakat Cemerlang

(PMC) oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku

Munawir kerana telah menyumbangkan perkhidmatan

terbaik dan boleh diteladani. Tahniah diucapkan kepada

Puan Idahilmi Binti Idris di atas pengurniaan pingat

tersebut.

Page 35: Edisi Jan Apr 2019€¦ · Pelan Strategik ICT (ISP) ... Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada

BERITA KAKITANGAN |35

PERSARAAN KAKITANGAN JAN – APR 2019

CHEW CHUN EI Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Kelantan Tarikh Persaraan: 02 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 36 Tahun

AHMAD ISA BIN KAMIS Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Pulau Pinang Tarikh Persaraan: 06 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 37 Tahun

TAN TANG TOONG Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Pulau Pinang Tarikh Persaraan: 16 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 39 Tahun

GOH CHON MOI Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Iklim Nasional Tarikh Persaraan: 19 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 34 Tahun

ABD HALIM BIN MAT HASSAN Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Operasi Cuaca & Gempa Bumi Sabah Tarikh Persaraan: 20 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 38 Tahun

SAMSUDIN BIN MOHAMED Penolong Pegawai Meteorologi Gred C32 Pejabat Meteorologi Pahang Tarikh Persaraan: 05 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 32 Tahun

NG CHEE WAH Penolong Pegawai Meteorologi Gred C38 Bahagian Sains Atmosfera & Pembenihan Awan Tarikh Persaraan: 06 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 38 Tahun

ABDUL GHANI BIN RASEK Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Terengganu Tarikh Persaraan: 16 Februari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 32 Tahun

AHMAD ROHANI BIN JAMALUDIN Penolong Pegawai Meteorologi Gred C32 Pejabat Meteorologi Perak Tarikh Persaraan: 21 Februari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 41 Tahun

PANIR CHELVAN A/L G.KOTHANDAPANY Penolong Pegawai Meteorologi Gred C38 Bahagian Radar & Satelit Meteorologi Tarikh Persaraan: 27 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 38 Tahun

MANIMEGALAI A/P VEERASAMY Penolong Pegawai Meteorologi Gred C40 Bahagian Komunikasi Meteorologi Tarikh bersara: 15 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 37 Tahun

HARUN BIN AHMAD Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional Tarikh bersara: 24 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 37 Tahun

ANG POO GUAT Penolong Pegawai Meteorologi Gred C38 Bahagian Radar dan Satelit Meteorologi Tarikh bersara: 20 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 35 Tahun

MOHD SULTAN BIN ABDUL WAHAB Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Iklim Nasional Tarikh bersara: 27 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 38 Tahun