atv kampung jeliang, manong, kuala kangsar, perak darul ridzuan

3

Upload: cikgu-ajzamri-marzukikpm-malaysia

Post on 12-Jan-2017

326 views

Category:

Sports


9 download

TRANSCRIPT

Kuala Kangsar, Perak ialah antara sepuluh (10) daerah yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan, iaitu sebuah negeri beraja yang mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri. Jika anda membuat carian “google” berkaitan daerah Kuala Kangsar ini, anda akan dapati banyak maklumat bercetak, bahan grafik atau imej menarik yang telah dikongsikan oleh penulis-penulis terdahulu. Namun, pengisisan dalam ruangan ini akan memberikan tumpuan secara khusus mengenai kawasan-kawasan atau tempat rekreasi tambahan yang boleh dilawati dan sekaligus anda boleh menikmati pengalaman sebenar di tempat-tempat tersebut. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar jalan dari Kuala Kangsar menuju ke Kampung Ulu Kenas sehingga membawa ke Pekan Manong, Kuala Kangsar. Setiap kawasan atau kampung-kampung Melayu tersebut sebenarnya mempunyai cerita mitos tersendiri. Anda boleh mengunjungi kampung-kampung tersebut untuk mengetahui mitos tersebut daripada penduduk kampung yang peramah dan mudah mesra. Dalam ruangan ini, saya ingin membawa anda untuk meneroka beberapa tempat menarik dan juga aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di tempat-tempat tersebut.  Untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkan ini, saya lampirkan di sini beberapa imej yang berkaitan.  Jika anda datang dari arah selatan atau dari arah utara, anda boleh keluar dari jalan lebuh raya utara selatan di persimpangan jalan keluar menuju ke Kuala Kangsar.

Apabila anda telah menyusuri jalan masuk ke Kuala Kangsar, lebih kurang 500 meter hingga 1 kilometer anda akan menemui beberapa deretan kedai runcit, kedai makanan serta bangunan di sekitar kawasan tersebut.  Di sini, anda boleh merasai pelbagai jenis makanan dan masakan orang Perak yang terdapat di kawasan sekitar. Antara tempat-tempat yang boleh dicadangkan untuk anda singgah adalah kawasan bersebelahan hentian keretapi Tanah Melayu (KTM) dan sekitar kawasan lembah Kuala Kangsar. Anda boleh memilih jenis masakan yang disukai mengikut selera masing-masing. Selain itu, anda boleh membeli-belah barangan tertentu di sekitar kawasan lembah tersebut. Di daerah Kuala Kangsar ini juga terdapat beberapa buah hotel, resort dan rumah penginapan bagi pelawat-pelawat yang ingin bermalam. Tempat-tempat tersebut terletak berhampiran dengan kedai-kedai makan dan sebagainya. Anda perlu mencari tempat penginapan yang benar-benar memenuhi citarasa kerana tempat tersebut terletak berhampiran antara satu sama lain. Selain melancong dan bersiar-siar di Bandar Diraja Kuala Kangsar, anda boleh melakukan aktiviti lasak sambil menikmati pemandangan dan pengalaman menarik di sekitar kawasan kampung dalam daerah Kuala Kangsar ini. Antaranya, pengalaman menunggang motor ATV di jalan-jalan pinggir hutan di Kampung Jeliang, Manong.

Bagi pelawat yang masih belum pernah sampai ke kawasan ini, anda boleh mengikuti panduan arah jalan yang akan dinyatakan di bawah. Dari Kuala Kangsar, anda boleh mengambil jalan menuju ke Manong. Bagi yang biasa menggunakan jalan ini, sebenarnya jalan ini juga merupakan jalan lama untuk pergi ke Lumut / Pangkor. Jarak dari Kuala Kangsar ke destinasi Kampung Jeliang ialah lebih kurang 20 kilometer atau mengambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit. Setelah keluar dari Kuala Kangsar menuju ke destinasi, anda akan menemui beberapa kawasan perkampungan kecil, iaitu Kampung Baharu Jerlun, Kampung Ketior, Kampung Ulu Kenas, Kampung Lempor, Kampung Jalan Badak dan Kampung Jeliang. Dalam perjalanan tersebut, anda boleh berhenti rehat di beberapa kawasan rekreasi pilihan masyarakat setempat. Antaranya, Lata Ulu Kenas yang agak terkenal sebagai tempat rekreasi, kem bina insan, dan sebagainya.

Jika anda ingin terus sampai ke destinasi untuk menunggang motosikal yang dimaksudkan, anda terus sahaja menuju ke Kampung Jeliang. Kampung ini terletak selepas Kampung Jalan Badak. Apabila anda tiba di kawasan tersebut, anda boleh melihat sebuah masjid di sebelah kanan dan Sekolah Kebangsaan Jeliang di sebelah kiri. Dari sini anda boleh menghubungi orang yang boleh membantu anda dan menguruskan perkhidmatan motosikal ATV tersebut. Di kawasan sekitar Kampung Jeliang ini juga terdapat beberapa kawasan rekreasi atau lata untuk mandi-manda, berkelah dan sebagainya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman ini, anda boleh melayari laman facebook berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan orang yang boleh dihubungi ; https://m.facebook.com/ATV-Manong-741258062560017/?ref=m_notif&notif_t=fbpage_fan_invite&actorid=1568445940

Selamat Bercuti dan Selamat Berekreasi !