edisi ditubuhkan pada 1966 fitnah banglo guan … bm_mei_2… · gst dan subsidi mereka ditarik...

16
FITNAH BANGLO GUAN ENG & ISU TAMAN MANGGIS: > 8 & 9 DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected] www.roketkini.com PERCUMA KDN PP11732/12/2012 (032229) EDISI BM UNTUK AHLI SAHAJA MEI 2016 APA YANG MEDIA UMNO-BN TAK LAPORKAN

Upload: lamkien

Post on 06-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

FITNAH BANGLO GUAN ENG & ISU TAMAN MANGGIS:

> 8 & 9

DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

facebook.com/roketkini twitter.com/roketkini [email protected]

www.roketkini.com

PERCUMAKDN PP11732/12/2012 (032229)

EDISIBM

UNTUK AHLI SAHAJA

MEI 2016

APA YANG MEDIA UMNO-BN TAK LAPORKAN

Page 2: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

2 | MEI 2016

Beli kain RM55 juta di Jakel: DAP minta polis siasat NajibOleh SYAZANA HASANUDIN

KUALA LUMPUR: Wakil DAP membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – kali ini berhubung pendedahan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bahawa beliau memindahkan lebih AS$14 juta (RM 55 juta) kepada peruncit pakaian Jakel Trading dari 2011 hingga 2014.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama veteran DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman, membuat laporan polis berkenaan di IPD Dang Wangi di sini pada awal bulan lalu.

Menyifatkan jumlah wang dipindahkan oleh Najib ke akaun Jakel itu sebagai tidak masuk akal, Lip Eng berkata Najib perlu memberitahu rakyat sama ada laporan WSJ itu benar atau tidak kerana ia mungkin melibatkan unsur rasuah, pengubahan wang haram atau pelarian cukai.

“Saya tidak faham dari mana Najib mampu membelanjakan RM55 juta hanya untuk membeli kain dalam masa empat tahun. Gaji Najib hanya RM60,000 sebulan, bermakna dia menerima gaji

kurang dari RM1 juta setahun.“Wang dibelanjakan untuk membeli

kain adalah lebih banyak dari gajinya. Perkara in i t idak masuk akal dan menimbulkan persoalan dari mana dia dapat wang sebanyak itu,” katanya kepada The Rocket Edisi BM.

Sementara itu, Ronnie ketika dihubungi berkata, laporan polis itu dibuat bagi menggesa polis dan pihak terlibat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat akaun Najib secara terperinci.

“Selepas pendedahan WSJ, k ini rakyat tahu bahawa Najib dan isterinya berbelanja mewah sehingga menghabiskan RM55 juta hanya untuk membeli kain. Jadi, pelbagai pihak harus siasat sama ada wang itu diperoleh dengan cara yang betul atau tidak.

“Saya, Lip Eng dan Rara (Syefura) memeriksa harga kain di Jakel dan mendapat i sa tu he la i ka in secara maksimumnya mencecah RM10,000. Adakah Najib membeli 5,500 helai kain untuk Rosmah dalam masa empat tahun?

“Jika ia benar, bermakna Rosmah adalah lebih teruk dari Imelda Marcos,

isteri bekas Presiden Filipina yang dikecam rakyat kerana perbelanjaan mewahnya dan memiliki 3,000 pasang kasut,” katanya.

Syefura yang juga dikenali sebagai

Rara pula berkata apa dilakukan Najib itu salah dari sudut moral dan etika sebagai pemimpin memandangkan beliau berbelanja mewah ketika hidup rakyat semakin terhimpit akibat pelbagai dasar ekonomi kerajaan yang membebankan.

“Adakah patut pemimpin tidak putus berbelanja mewah sedangkan hidup penduduk Malaysia kini semakin susah

kerana tindakan urusan ekonomi negara yang tidak mesra rakyat?

“Rakyat terpaksa membayar cukai GST dan subsidi mereka ditarik kembali. Peruntukan untuk rakyat juga dipotong sana-sini, termasuklah biasiswa pendidikan untuk golongan cerdik pandai dalam negara. Di manakah hati perut mereka?” katanya.

Skandal 1MDB: PAC tak pernah kata Najib tak bersalah, Pengerusi diminta tarik balik kenyataanK U A L A L U M P U R : W a k i l -w a k i l p e m b a n g k a n g y a n g menganggotai Jawatankuasa K i r a - K i r a A w a m ( P A C ) Parlimen meminta Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin, supaya jujur dan tidak menyalahgunakan kuasanya demi kepentingan politik Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional dalam isu 1MBD.

Desakan mereka disampaikan dalam satu kenyataan bersama pada 12 April oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw, selaku Timbalan Pengerusi PAC, dan ahli-ahli jawatankuasa PAC, Datuk Kamarul Baharin Abas, William Leong, Datuk Takiyuddin Hassan, dan Tony Pua.

Sehubungan itu juga, mereka mahu Hasan menarik bal ik kenyataannya sebelum ini yang membela Perdana Menter i dan kerajaan BN kerana ia tidak berasas, menyelewengkan pandangan PAC serta bersifat bohong.

Menurut kenyataan mereka, PAC tidak pernah membuat keputusan bahawa Najib tidak bersalah dalam isu 1MDB, s e p e r t i m a n a y a n g c u b a digambarkan oleh Hasan.

H a s a n t e l a h d i l a p o r k a n agensi berita nasional Bernama sebagai berkata bahawa dalam kes 1MDB, tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah, dan tiada bukti sa lah guna kuasa Perdana Menteri, di mana keputusan itu

dikatakan “dibuat sebulat suara dan konsensus oleh kesemua anggota PAC”.

Menafikan kenyataan Hasan, wakil-wakil pembangkang dalam P A C m e n j e l a s k a n b a h a w a Laporan PAC langsung tidak menyebut “tiada bukti” tentang salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana.

Sebal iknya, Ketua Audit N e g a r a d a n P A C t e l a h m e n d a p a t i b a h a w a t e l a h berlaku banyak perkara yang amat diragui dan mencurigakan dalam transaksi 1MDB termasuk bayaran berbilion-bilion ringgit kepada syarikat-syarikat asing yang tidak dapat dipastikan pemilikannya seperti Good Star Limited dan Aabar Investment PJS Limited.

Tambah kenyataan itu, oleh kerana pegawai 1MDB dan Kementerian Kewangan tidak

member i ker ja sama untuk menyampa ikan mak lumat -maklumat penting itu, termasuk penyata bank 1MDB luar negara dan dokumen pemilik saham syarikat-syarikat di atas, Laporan PAC telah menyeru supaya pihak berkuasa, termasuk polis untuk menyiasat semula kes tersebut.

P a d a m a s a y a n g s a m a , menurut kenyataan itu, PAC t i d a k d a p a t m e n g e s a h k a n sama ada pembayaran dibuat d a r i p a d a 1 M D B k e a k a u n per ibad i Perdana Menter i kerana dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyata bank tidak diserahkan kepada Ketua Audit Negara.

“PAC juga t idak pernah membuat sebarang keputusan b a h a w a P e r d a n a M e n t e r i tidak bersalah. Oleh itu kami menggesa supaya Datuk Hasan

Arifin untuk mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan ini “dibuat sebulat s u a r a d a n k o n s e n s u s o l e h kesemua anggota PAC”.

“Ahli-ahli PAC langsung tidak boleh membuat sebarang ketetapan mengenai perkara ini, tanpa kerjasama penuh daripada 1 M D B d a n K e m e n t e r i a n Kewangan,” kata kenyataan itu.

Mereka menambah , apa yang sebenarnya diputuskan oleh PAC adalah mengesahkan bahawa dokumen-dokumen yang diperolehi oleh Ketua Audit Negara menunjukkan Najib telah meluluskan secara bertulis segala keputusan-keputusan penting yang d ibuat o leh syar ikat , termasuk:

(i) pelaburan dengan Petrosaudi International,(ii) penerbitan bon sebanyak US$6.5 bilion,

(iii) pembelian syarikat-syarikat penjanakuasa bebas; dan pemecatan juruaudit yang tidak setuju dengan pendirian 1MDB.

Wakil-wakil PAC daripada kalangan pembangkang i tu k e c e w a k e r a n a L a p o r a n Ketua Audi t Negara t idak dibentangkan kepada Parlimen bersama dengan Laporan PAC tentang 1MDB sebagaimana yang sepatutnya dilaksanakan.

“ K a m i m e r a s a k a n t i a d a sebarang keper luan untuk menyembunyikan sebarang maklumat yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara di peringkat ini, malah kegagalan menerbi tkannya bersama Laporan PAC akan menjejaskan kredibiliti PAC sebagai sebuah badan yang bebas yang bekerjasama erat dengan Jabatan Audit Negara (JAN).

“ O l e h s e b a b i t u , k a m i m e n y e r u s u p a y a L a p o r a n Ketua Audit Negara akan turut dibentangkan dalam Parlimen bagi menunjukkan bahawa pihak PAC telah menjalankan tugasnya secara telus dan berintegriti,” kata kenyataan mereka.

Wang dibelanjakan untuk membeli kain adalah lebih banyak dari gajinya.

Perkara ini tidak masuk akal dan menimbulkan persoalan dari mana

Najib dapat wang sebanyak itu.— Lim Lip Eng (Ahli Parlimen Segambut)

BERITA

WARTAWAN HAFIZ ZAINUDDIN / FATIH HASSAN NORDIN / SYAZANA HASANUDIN

GRAFIK MUKADEPAN WAHYUDI YUNUS

REKALETAK SHAFIQ HALIM

JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

Page 3: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

MEI 2016 | 3

Harga sawit jatuh jejas pekebun kecil Sabah

SANDAKAN: Kerajaan dan agensi berkaitan diminta untuk menangani segera kejatuhan harga sawit mentah, khususnya di Sabah, yang telah menyebabkan kemerosotan pendapatan dalam sektor itu, terutamanya bagi pekebun-pekebun kecil seluruh negeri.

Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt, berkata pekebun kecil dan pengusaha sawit juga bakal menerima tekanan akibat cadangan kerajaan untuk menaikkan levi pekerja dari RM590 ke RM1,500 yang dilihat mampu memusnahkan industri sawit tempatan.

Menurut beliau, cukai yang tinggi oleh Kerajaan Persekutuan ke atas Sabah juga telah membantutkan pembangunan sektor tersebut.

“Ia telah menyebabkan eksport minyak sawit kita diperlahankan, dan kita telah gagal bersaing dengan Indonesia.

“Oleh kerana keperluan dari China dan luar negara sudah menurun, ia telah menyebabkan bekalan lebih banyak daripada keperluan, banyak stok minyak sawit berlebihan dan tidak dapat dijual.

“Ramai pekebun kecil sukar untuk menjual produk mereka dan menyebabkan kerugian besar kepada pekebun-pekebun,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sandakan berharap kementerian dan agensi berkaitan dapat memberi penjelasan yang terperinci kenapa sektor minyak sawit semakin merosot dan mencari penyelesaian bagaimana untuk membangunkan semula sektor ini supaya ia lebih berdaya saing.

Krisis air Sabah: DAP kesal sikap kerajaan BN

TAWAU: Kerajaan Negeri Sabah yang dipimpin UMNO-Barisan Nasional didakwa buntu dan tidak cekap dalam mencari langkah penyelesaian terhadap krisis air yang berlarutan di beberapa bahagian negeri Sabah, khususnya di daerah ini sejak sekian lama.

Pengerusi DAP Tawau, Chan Foong Hin, berkata, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Pairin Kitingan, tidak memberi maklumat secukupnya berhubung pembinaan empangan air Cinta Mata yang bakal menyelesaikan masalah air yang dihadapi ribuan penduduk daerah berkenaan jika ia dilaksanakan.

K a t a n y a , P a i r i n y a n g j u g a M e n t e r i Pembangunan Infrastruktur Sabah hanya memaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah bahawa projek pembinaan empangan yang menelan belanja RM415 juta itu akan dilaksanakan pada akhir tahun ini, tanpa memberikan tarikh yang tepat.

“Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan “akhir tahun ini”. Ia boleh jadi bila-bila masa dari sekarang. Lihatlah betapa tidak komitednya Menteri berkenaan terhadap projek terbabit yang menjadi satu-satunya jalan penyelesaian terhadap krisis air di Tawau,” katanya.

Oleh FATIH HASSAN NORDIN

KUALA LUMPUR: MARA kini menjadi mangsa terbaru politik p e r k a u m a n y a n g d i m a i n k a n Datuk Seri Najib Razak apabila beliau sebagai Perdana Menteri mendakwa “tanpa UMNO, MARA akan terkubur, dan MARA apabila terkubur , orang Melayu akan tersungkur”.

Menurut Penolong Setiausaha P u b l i s i t i D A P J o h o r , S h e i k h Omar Ali, dakwaan perkauman yang berunsur ugutan itu pernah d i u c a p k a n b e r k a l i - k a l i o l e h pemimpin yang terlibat dengan pelbagai skandal terbabit, malah m e n g u l a n g i s k r i p s a m a y a n g

bertujuan meraih sokongan kaum Melayu.

“Seperti biasa, pemimpin UMNO tiada jalan lain kecuali kembali kepada politik ekstrem perkauman. Mereka berharap orang Melayu akan kabur dari melihat rasuah dan salahguna kuasa pemimpin apabila mereka membangkitkan isu menyelamatkan kaum kononnya.

“Namun, saya yak in rakyat termasuk orang Melayu bukan bodoh untuk diperdaya dan diugut oleh Najib,” katanya kepada The Rocket Edisi BM.

Beliau mengulas ucapan Perdana Menteri pada majl is Sambutan Perdana 50 Tahun MARA sebelum itu yang menyentuh antara lain,

kaitan di antara kedudukan orang Melayu, MARA dan UMNO sebagai satu bentuk pengukuhan kuasa.

Najib dilaporkan media sebagai berkata : “…. . Ki ta mest i jaga U M N O . T i a d a U M N O t i a d a MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, j a n g a n b e r s e k o n g k o l d e n g a n mereka.”

Beliau berkata, adalah lebih baik jika Najib sebagai pemimpin negara menjelaskan kepada rakyat, terutamanya orang Melayu, tentang masalah dan skandal MARA yang mencemar imej Malaysia di luar negara.

Apabila dihimpit skandal, MARA jadi sasaran politik perkauman Najib

OlehSYAZANA HASANUDIN

KUALA LUMPUR: MARA b u k a n m i l i k U M N O . Dengan i tu , DAP dan Pakatan Harapan akan memastikan peruntukan MARA tidak diseleweng oleh mana-mana pihak dan benar-benar ditujukan kepada rakyat Bumiputera yang miskin.

Malah, j ika Pakatan H a r a p a n m e m b e n t u k kerajaan selepas menang pada pilihanraya umum ke-14 (PRU-14) nanti, ia akan tetap memastikan M A R A m e n u n a i k a n amanah kepada golongan Bumiputera.

Setiausaha Publis i t i DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee, berkata D A P d a n P a k a t a n Harapan t idak pernah berniat menghapuskan agensi pro-Bumiputera sepert i MARA, tetapi berharap ia betul-betul dapat membantu rakyat.

“ K a m i ( P a k a t a n Harapan) akan gunakan p e r u n t u k a n M A R A sepenuhnya untuk bantu Melayu miskin, Dayak miskin, serta semua rakyat Bumiputera yang hidup

dalam kesusahan.“ K a m i t i d a k a k a n

s e s e k a l i b e n a r k a n p e r u n t u k a n M A R A i t u d i g u n a k a n u n t u k mengenyangkan perut mana-mana kroni, sama

ada kroni UMNO-BN atau kroni ahli dan pemimpin P a k a t a n H a r a p a n , ” k a t a n y a k e p a d a T h e Rocket Edisi BM.

T o n y y a n g j u g a Ahli Parlimen Petaling J a y a U t a r a b e r k a t a , w a l a u p u n U M N O - B N yang memegang tampuk pemerintahan hari ini, m a n g s a u t a m a d a l a m s e g a l a s a l a h l a k u d a n k e t i r i s a n m e l i b a t k a n MARA adalah masyarakat Bumiputera sendiri.

“Hampir setiap tahun, a d a s a j a p e n d e d a h a n Laporan Audit Negara y a n g m e n u n j u k k a n kemungkinan berlakunya rasuah dalam MARA.

“Contohnya, pada 2008, M A R A b a y a r h a m p i r R M 8 5 , 0 0 0 u n t u k d u a komputer riba padahal harga satu set kurang dari RM5,000. Pada 2010, MARA membelanjakan w a n g u n t u k m e m b e l i peralatan elektrik seratus peratus lebih tinggi dari harga pasaran.

“Itu belum termasuk skandal rasuah pembelian bangunan oleh MARA di Melbourne dengan harga RM65 juta berbanding harga pasaran RM51.5 juta. Bakinya dikatakan jadi sogokan di Malaysia, seperti didedahkan oleh media Australia,” katanya.

B e l i a u m e n d a k w a ada orang yang te lah diamanahkan membantu B u m i p u t e r a m e l a l u i MARA te lah menjadi pengkhianat bangsa.

DAP mahu pastikan MARA terus bantu Bumiputera yang memerlukan

“Kami tidak akan sesekali benarkan peruntukan MARA itu digunakan

untuk mengenyangkan perut mana-mana

kroni, sama ada kroni UMNO-BN atau kroni ahli dan pemimpin Pakatan Harapan,”

— Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan)

BERITA

Page 4: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

4 | MEI 2016

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

KUALA LUMPUR: Mengapa BN menuduh pembelian sah rumah RM2.8 juta oleh Lim Guan Eng dikatakan ada unsur rasuah sedangkan skandal mega RM2.6 bilion dan 1MDB yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak cuba didiamkan oleh media untuk mengaburi mata rakyat?

Isu pembelian rumah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang jelas merupakan fitnah tidak berasas untuk menutup segala isu dan persoalan melibatkan skandal mega Perdana Menteri, kata pimpinan Pakatan Harapan.

Ketua Biro Guaman Parti Amanah

N e g a r a , H a n i p a M a i d i n , b e r k a t a k e e n g g a n a n A h l i P a r l i m e n B u k i t Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, mengulangi tuduhan palsunya terhadap Guan Eng yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan di luar Parlimen sudah menunjukkan bahawa wujud sesuatu yang mencurigakan terhadap tohmahan rasuah yang dilemparkannya.

“Bagi saya ini fitnah semata-mata. Kalau dia (Shabudin) rasa perkara ini benar, dia harus mengulangi tuduhan itu di luar Parlimen. Barulah nampak ketulusan dia dari segi mengatakan Bagan adalah Ahli Parlimen yang rasuah. Tapi

dia tidak berani ulang.“Isu ini mudah sahaja nak faham.

Kalau dia tak berani ulang, maknanya apa yang dia cakap tu bukan benar. Kalau anda pegang apa yang anda cakap, anda perlu dedahkan kepada orang awam,” katanya kepada The Rocket Edisi BM.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang menjelaskan, tindakan memangsakan Guan Eng itu dilakukan bertujuan untuk mempengaruhi minda rakyat bahawa kononnya pemimpin Pakatan Harapan juga rasuah seperti pemimpin UMNO-BN.

“ J a d i , a p a y a n g d i a n a k b u a t ialah, kononnya kalaulah sebelum ni pembangkang serang Najib dengan isu rasuah dan sebagainya, tapi sekarang rupanya pemimpin Pakatan juga rasuah. Tapi mereka silap, sebab mereka tak berani tunjuk bukti yang sebenar,” ujarnya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Johari Abdul, pula menyifatkan tuduhan rasuah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu semata-mata mainan politik UMNO-BN untuk mengalihkan perhatian ramai terhadap skandal yang melingkari kerajaan dan Najib.

Tambahan pula, Ketua Whip Parlimen PKR itu berkata, BN sedang cemas untuk berhadapan dengan pilihanraya negeri Sarawak yang bakal diumumkan bila-bila masa sahaja lagi.

“Dia (UMNO) perlu alihkan perhatian rakyat dar i i su 1MDB dan derma

RM2.6 bilion sebab sekarang sepatutnya Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) harus menyerahkan laporan siasatan, tetapi mereka tidak siap.

“Oleh itu mereka perlukan suatu isu untuk dibawa dan mereka rasa inilah yang terbaik, mereka ada media dan mereka akan gunakan. Mereka nak alihkan perhatian terhadap serangan yang terlalu kuat kepada Najib, jadi dia perlukan sesuatu yang rakyat boleh lupakan mengnai isu sebenar,” jelas Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Pimpinan Pakatan Harapan solidariti bersama Guan Eng, tolak fitnah UMNO-BN

GEORGE TOWN: Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang sepatutnya membangunkan masyarakat luar bandar, khususnya Bumiputera, mas ih gaga l menje laskan skanda l penjualan tanah kepada sebuah syarikat swasta yang menyebabkan rakyat Pulau Pinang kerugian RM15.2 juta.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata PERDA di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan Barisan Nasional masih tidak menjawab banyak persoalan tentang skandal itu, termasuk isu pembinaan rumah kos rendah untuk rakyat.

Katanya, Pengerusi PERDA, Datuk Shabudin Yahaya, mengatakan syarikat yang membeli tanah itu, SYT Prestige Sdn Bhd, sudah disyaratkan membina rumah murah tetapi jaminan itu amat diragui.

Menurutnya , in i ada lah kerana apabila arkitek SYT membentangkan permohonan untuk membina 27 rumah kedai kepada Maj l i s Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac 2016, t idak ada sebuah rumah pun dicadangkan untuk dibina, apatah lagi rumah kos rendah.

“Dakwaan PERDA bahawa rumah murah akan dibina kemudian selepas rumah kedai, amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa garis panduan perumahan yang dipakai di seluruh negara mewajibkan rumah murah, seperti rumah kos rendah dan rumah kos

sederhana rendah, dibina dahulu atau serentak dengan rumah kedai atau yang mewah.

“Macam mana rumah murah boleh dibina serentak dengan rumah kedai bila tidak ada permohonan dibentangkan untuk bina sebuah rumah pun, jangan pun sebut rumah murah,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Guan Eng meminta Shabudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor supaya tidak berdolak-dalik berikutan kerugian yang ditanggung rakyat Pulau Pinang akibat penjualan tanah PERDA dengan harga yang sangat murah itu.

Katanya, PERDA telah menjual tanah 8.6 ekar itu pada tahun lalu dengan harga RM1.4 juta sedangkan nilaian oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah RM16.6 juta.

Menurutnya, apa yang membingungkan a d a l a h p u n c a s e b e n a r S h a b u d i n menolak taksiran yang dibuat Kerajaan Persekutuan dalam isu penjualan tanah tersebut.

“Shabudin telah jelaskan bahawa tanah dijual murah (dengan kerugian RM15.2 juta) kerana tanah itu mendap dan hakisan teruk akan mengakibatkan kerugian sebanyak RM10 juta kepada PERDA, dan pada masa yang sama, SYT disyaratkan untuk membina rumah murah bagi rakyat.

“Tetapi, alasan Shabudin itu tidak benar sama sekali. Kos rawatan tanah maksima adalah RM5 juta. Macam m a n a s e b u a h s y a r i k a t b o l e h c a r i untung dengan membina rumah murah sekiranya PERDA yang merupakan agensi kerajaan persekutuan yang tidak berasaskan keuntungan, tidak boleh melaksanakannya,” ujarnya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut mempertikaikan tindakan PERDA kerana t idak menjalankan jualannya secara tender terbuka supaya mendapat harga tertinggi dan wajar.

“Tender terbuka membolehkan harga tawaran yang paling tinggi dipilih. Hendak jadi broker tanah pun mesti untung, jangan rugi dengan menjualkannya tanpa tender terbuka,” jelas beliau.

Sudahlah rugi RM15.2 juta kerana PERDA jual tanah murah, syarikat yang beli tanah pula tak akan bina rumah kos rendah

Dakwaan PERDA bahawa rumah

murah akan dibina kemudian selepas rumah kedai, amat

mengelirukan dan tidak

bertanggungjawab.

— Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang)

Tuduhan terhadap Guan Eng adalah fitnah, tak sama dengan rasuah Khir Toyo

KUALA LUMPUR: T indakan propagandis dan cybertrooper UMNO-Barisan Nasional sejak a k h i r - a k h i r i n i m e n y e r a n g kepimpinan DAP hanyalah semata-mata mahu menutup salah laku skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi mereka daripada terus menjadi perhatian umum.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata pihak UMNO-BN cuba menyamakan tuduhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan kes rasuah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo.

Katanya, dalam kes Khir yang membeli rumah di bawah harga pasaran di mana pada awalnya t idak mendapat persetujuan pemilik asal rumah berkenaan kerana pihaknya telah membeli r u m a h t e r s e b u t p a d a h a r g a R M 5 j u t a d a n m e l a k u k a n pengubahsuaian yang melibatkan kos RM1.5 juta.

Menurutnya, pemilik asal rumah berkenaan juga tidak bersetuju dengan harga RM3.5 juta yang d i te tapkan o leh Khir untuk memiliki rumah berkenaan berserta dua lot tanah kerana pihaknya menuntut harga yang sewajarnya iaitu RM6.5 juta.

“Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Hayroni, memberitahu Mahkamah Tinggi pada hari keempat perbicaraan kes rasuah Khir pada Jun 2011 bahawa beliau telah menjual dua lot tanah dan sebuah banglo dengan harga RM3.5 juta kepada Khir kerana takut projek perumahannya di Selangor terjejas,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menjelaskan, tuduhan yang dilemparkan oleh UMNO-BN terhadap Guan Eng tidak sama dengan kes rasuah Khir Toyo.

BERITA

Page 5: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

MEI 2016 | 5

K U A L A L U M P U R : L i m Guan Eng bersyukur atas k e p u t u s a n M a h k a m a h Tinggi Shah Alam semalam yang telah memerintahkan defendan termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid A b u B a k a r , m e m b a y a r gantirugi RM414,800 kepada keluarga arwah Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak oleh polis hampir 6 tahun lalu.

Ketua Menter i Pu lau Pinang itu berkata, walaupun g a n t i r u g i i n i t i d a k l a h seberapa jika dibandingkan

dengan kehilangan orang yang disayangi dan menjadi harapan keluarga, sekurang-k u r a n g n y a i a d a p a t mengembalikan keadilan dan kebenaran.

Tambah beliau, ia juga dapat mengubat kedukaan pihak keluarga yang telah berjuang selama beberapa tahun naik turun mahkamah bagi menuntut keadilan.

“Sekurang-kurangnya K e t u a P o l i s N e g a r a h a r u s m e m o h o n m a a f s e c a r a t e r b u k a k e p a d a k e l u a r g a t e r b a b i t d a n

j u g a k e p a d a r a k y a t Malaysia di atas kematian a r w a h A m i n u l r a s y i d bag i menun jukkan rasa tanggungjawab pihak polis.

“Diharapkan peristiwa sebegini tidak akan berulang lag i d i masa yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kes tersebut juga menunjukkan betapa perlunya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis atau

“ I n d e p e n d e n t P o l i c e Complaints and Misconduct Commission” (IPCMC).

K a t a n y a , i d e a mewujudkan IPCMC telah pun dicadangkan dalam laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah dikemukakan pada 16 Mei 2005.

“Penubuhan IPCMC yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan bukanlah untuk menghukum pihak polis , sebaliknya ianya adalah bagi memastikan institusi polis terus diyakini dan dihormati oleh rakyat berbilang kaum dan agama di negara tercinta ini,” ujar beliau.

G u a n E n g y a n g j u g a Ahli Parlimen Bagan turut m e n g u c a p k a n t a h n i a h kepada PDRM sempena Hari Polis ke-209 pada Mac lalu, dengan berterima kasih kepada semua anggota polis yang te lah menja lankan tugas mereka dengan penuh amanah, jujur dan dedikasi.

“ T a n p a m e r e k a k i t a r a k y a t M a l a y s i a t i d a k m u n g k i n a k a n d a p a t menikmati kehidupan yang aman dan selamat seperti yang kita nikmati sekarang ini,” katanya.

DAP gembira nama Aminulrasyid dibersihkan, mahu Ketua Polis Negara minta maaf

KUALA LUMPUR: DAP kecewa, sedih dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden penculikan empat rakyat Malaysia oleh lanun Filipina dilengkapi senjata di perairan Sabah baru-baru ini.

D a l a m k e n y a t a a n n y a , Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, berkata insiden m a l a n g i t u m e n g i n g a t k a n rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga mangsa cul ik dari Sarawak itu bahawa perairan negara di Sabah dan sekitarnya

masih tidak selamat.“ M e s k i p u n s e m u a

langkah keselamatan diambil Kerajaan Persekutuan dengan mengeluarkan ratusan juta peruntukan, malah dikunjungi m e n t e r i , r a k y a t M a l a y s i a khususnya rakyat Sabah berasa marah kerana kita tidak berdaya dan tidak berkesan mengekang penculikan dan pencerobohan berdarah pengganas, lanun Filipina.

“ R a k y a t S a b a h d a n

p e n g u n j u n g s u d a h t e n t u t idak berasa selamat selagi kerajaan Malaysia tidak mampu mengekang t indakan t idak bertamadun dan kejam oleh penceroboh ini,” katanya.

Pada 1 April lalu, empat rakyat Malaysia dari Sarawak telah diculik dipercayai oleh l a p a n l a n u n b e r s e n j a t a d i pera i ran Semporna ke t ika pelayaran balik dari Filipina ke Malaysia sekitar 7 malam.

DAP kecewa penculikan masih berlaku di perairan Sabah

Isu Zakir Naik: Ramasamy mohon maaf

GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy secara terbuka membuat permohonan maaf berhubung satu status di laman Facebook beliau berkaitan dengan pendakwah dari India, Zakir Naik, yang telah mengundang salah faham dan pertikaian pelbagai pihak, baru-baru ini.

Be l i au y a ng ju ga Adun Pera i mengakui telah memuat naik satu kemaskini dalam bahasa Inggeris d i Facebook pada 10 Apr i l l a lu dengan menggelar Zakir sebagai “Satan” (syaitan) kerana penceramah itu dikenali sebagai seorang yang menyampaikan ceramah berbaur kebencian terhadap agama lain selain Islam.

Ekoran itu, katanya, ia telah menjadi viral dan mengundang kemarahan pelbagai pihak sehingga beliau dituduh sebagai anti-Islam dan anti-Muslim.

“Pada hari yang sama, saya sedar b a h a w a p e n g g u n a a n p e r k a t a a n “Satan” itu tidak sesuai, maka saya padamkannya dari laman Facebook saya.

“Kemaskini saya i tu bukanlah dilemparkan terhadap agama Islam atau penganut agama berkenaan. Ia hanyalah dituju kepada individu (Zakir Naik) terbabit.

“ S a y a a m a t m e n y e s a l i j i k a penggunaan perkataan “Satan” itu telah mengundang rasa tidak senang dan kemarahan umat Islam di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, beliau tidak berniat jahat kerana beliau amat menghormati semua agama di negara ini.

Tambah beliau, Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan agama, justeru kedudukan semua agama harus dihormati dan dimartabatkan.

KULAI: Pengaliran keluar jumlah wang pekerja asing dari Malaysia ke negara asal yang meningkat kepada RM34.7 bilion pada tahun lalu membuktikan bahawa pengambilan pekerja asing secara besar-besaran oleh kerajaan menambah beban ekonomi rakyat.

P e n o l o n g S e t i a u s a h a Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, berkata j u m l a h w a n g t e r s e b u t s e h a r u s n y a d i j a n a o l e h

rakyat Malaysia, seterusnya meningkatkan aliran tunai dalam negara dan memberi k e s a n p o s i t i f k e p a d a p e m b a n g u n a n e k o n o m i tempatan.

“Kiriman wang pekerja asing ke luar negara adalah RM10 bil ion pada tahun 2009, ini bermakna ia telah meningkat sebanyak 3.5 kali ganda hanya dalam masa 6 tahun.

“Pendapatan per kapita kita pula adalah RM36,285

p a d a t a h u n 2 0 1 5 . J i k a wang yang dikirim ke luar n e g a r a i t u d i j a n a o l e h rakyat Malaysia, ia akan meningkatkan pendapatan per kapita kepada RM37,406, iaitu pertambahan sebanyak RM1,121.

“Ia sekaligus menambah aliran tunai dalam negara serta kuasa beli rakyat, dan pada masa sama, ekonomi tempatan akan lebih pesat membangun,” katanya.

Kiriman wang pekerja asing ke negara asal meningkat, jejas ekonomi Malaysia

BERITA

Page 6: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

6 | MEI 2016

KUALA LUMPUR: Sekatan terhadap kemasukan pemimpin DAP ke Sarawak jelas membuktikan bahawa BN semakin gusar dengan kebangkitan sokongan rakyat kepada parti pembangkang di negeri itu.

Ketakutan BN itu merupakan sebab utama mengapa BN Sarawak sanggup melakukan apa sahaja untuk menang dalam pilihanraya negeri akan datang, termasuk menyalahgunakan kuasa autonomi imigresen negeri tersebut.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong

Chieng Jen, berkata walaupun DAP menyokong kuasa autonomi imigresen Sarawak, parti itu tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan Ketua Menteri, Tan Sr i Adenan Satem menyekat pemimpin pembangkang ke negeri itu.

“Apabila ramai pemimpin parti DAP disenaraihitam dan disekat masuk ke Sarawak, ia akan memberi kesan kepada kempen pilihanraya kami.

“Adenan mula menunjukkan taring sebenar. Apabila tiba saat-saat genting seperti sekarang, dia sanggup melakukan

apa sahaja untuk mel indungi dan mengekalkan kuasa,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Sementara itu, Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, berkata tindakan Adenan itu melanggar prinsip demokrasi serta membuktikan bahawa beliau takut untuk bertanding secara adil dalam pilihanraya negeri sehingga sanggup menggunakan kuasa autonomi imigresen Sarawak untuk kepentingan BN.

“Seksyen 67 dalam Akta Imigresen dengan jelas menyebut bahawa seseorang tidak boleh dinafikan haknya untuk masuk ke Sarawak atas tujuan melibatkan diri dalam aktiviti politik yang sah.

“Tindakan Adenan jelas melanggar undang-undang,” katanya.

Pada 9 April, dua lagi orang penting DAP iaitu Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan pereka maskot DAP, Ooi Leng Hang, dihalang dari memasuki S a r a w a k . R a m a i l a g i p e m i m p i n pembangkang termasuk Mohamad Sabu, Tony Pua, Teresa Kok, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Rafizi Ramli diharamkan daripada memasuki Sarawak.

Sementara i tu , apabi la d i tanya wartawan, Adenan mengatakan beliau tidak akan sekali-kali menarik balik larangannya.

Bel iau menambah bahawa para p e m i m p i n p e m b a n g k a n g a k a n dibenarkan masuk ke Sarawak SELEPAS pilihanraya negeri nanti.

Mengapa sekat pemimpin pembangkang ke Sarawak jika BN yakin menang?

PETALING JAYA: Ketua Par l imen DAP, L im Ki t S i a n g , m e n y e r u s e l u r u h r a k y a t n e g e r i S a r a w a k supaya berganding bahu dan menggembleng tenaga bersama Pakatan Harapan untuk mencapai tiga objektif u tama bag i menghadap i Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

T i g a o b j e k t i f u t a m a i t u a d a l a h k e m e n a n g a n untuk Pakatan Harapan, kemenangan untuk Sarawak d a n k e m e n a n g a n u n t u k Malaysia.

“ D e n g a n o b j e k t i f ‘kemenangan untuk Pakatan H a r a p a n ’ s a y a t i d a k bermaksud bahawa Harapan akan menawan kera jaan negeri Sarawak.

“Apa yang dimaksudkan adalah Pakatan Harapan b e r j u a n g u n t u k P R N Sarawak dalam satu unit, dan memperbaiki prestasi pembangkang pada PRN Sarawak yang lalu,” katanya kepada hadirin dalam satu majlis pertemuan pemimpin D A P b e r s e m p e n a P R N

Sarawak Ke-11 bulan lalu.W a l a u p u n B a r i s a n

Nas iona l d i l ihat mampu

mengekalkan pentadbiran di Sarawak, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, adalah penting untuk

Pakatan Harapan dan DAP khususnya, mengekalkan pres tas i sed ia ada ser ta

mendekati lebih ramai kaum Dayak di negeri itu.

“Terdapat dua bahagian dalam per juangan untuk

Sarawak, pertama ia adalah m e n g e n a i k e m a m p u a n k i t a ( D A P ) u n t u k mempertahankan 12 kerusi yang ada.

“Dan kedua, sama ada kita mampu untuk mencapai kejayaan besar di kawasan-kawasan yang majoritinya penduduk Dayak,” katanya.

B e l i a u m e n j e l a s k a n , Sarawak amat memerlukan s e b u a h g a b u n g a n pembangkang yang kuat sebagai satu sistem semak dan imbang kepada pentadbiran n e g e r i b e r k e n a a n y a n g bertujuan untuk membendung sebarang masalah melibatkan s a l a h g u n a k u a s a d a n penyelewengan.

J u s t e r u , m e n u r u t K i t Siang, rakyat negeri Sarawak perlu menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional m e n e r u s i P R N S a r a w a k Ke-11 akan datang bag i memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk menjadi sebuah gabungan pembangkang yang utuh serta menjaga kepentingan rakyat negeri berkenaan.

Tambah kerusi pembangkang tanda kemenangan rakyat Sarawak

Sarawak patut tubuh syarikat minyak sendiri untuk pembangunan negeri

KUCHING: Sarawak harus diberi au tonomi un tuk menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri agar ia mendapat lebih hak untuk menguruskan kewangan negeri dan cukai dalam industri itu.

Setiausaha Publis i t i Sosial is Muda DAP (DAPSY) Petra Jaya, Abdul Aziz Isa, berkata akta baru perlu digubal untuk membolehkan k e r a j a a n n e g e r i m e n u b u h k a n syar ikat minyak dan gas yang boleh dinamakan Syarikat Gas & Petroleum Sarawak Berhad (GPS).

Katanya, proses audit syarikat kerajaan negeri itu perlu diletakkan di bawah tanggungjawab Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan sebarang salah laku dan pembaziran.

Bel iau berkata, oleh kerana j u m l a h s u m b a n g a n k e w a n g a n Petronas kepada ekonomi Malaysia mencapai sehingga RM1.11 trilion dalam tempoh 40 tahun, ia dapat membantu Sarawak j ika negeri mempunyai syarikat minyak sendiri.

“Cuba bayangkan, jika 20 peratus dar ipada RM1.11 tr i l ion has i l Petronas yang disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti itu dibayar kepada negeri ini sejak 1974, sebanyak RM222 b i l ion boleh d igunakan untuk membangunkan Sarawak.

“ S a r a w a k j u g a t i d a k p e r l u menunggu 53 tahun untuk memujuk kerajaan membina Lebuhraya Pan Borneo. Infrastruktur lebih baik, air bersih serta bekalan elektrik dan sistem perparitan yang lebih efisien dapat dibina untuk manfaat rakyat negeri ini.

“Lagipun, satu peratus daripada jumlah royalti sebanyak RM222 bilion itu boleh digunakan bagi menyelesaikan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM2.5 bilion,” katanya dalam satu kenyataan.

Aziz turut berpendapat bahawa bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan syarikat minyak negeri itu, sebuah badan pengawasan eksekutif perlu diwujudkan untuk melapor mengenai status pengurusan, operasi dan kewangan dari semasa ke semasa kepada Menteri Kewangan.

Bel iau turut mencadangkan bahawa syarikat itu diuruskan oleh golongan profesional Sarawak sendiri dari pelbagai kaum seperti Melanau, M e l a y u , C i n a , I b a n , B i d a y u h dan Orang Ulu agar ia dimiliki sepenuhnya oleh negeri Sarawak.

“Sudah t iba masanya untuk Sarawak berdiri di atas kaki sendiri dan hasil sumber asli negeri ini dikembal ikan. Ia satu langkah p e n t i n g b a g i m e n i n g k a t k a n pembangunan infrastruktur dan servis untuk rakyat tempatan,” katanya.

Sarawak amat memerlukan sebuah gabungan

pembangkang yang kuat sebagai satu sistem

semak dan imbang kepada pentadbiran negeri berkenaan

yang bertujuan untuk membendung sebarang

masalah melibatkan salah guna kuasa dan

penyelewengan.

FOKUS: P IL IHANRAYA NEGERI SARAWAK

Page 7: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

MEI 2016 | 7

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

BETONG: Demi pendidikan anak, penduduk rumah panjang Perdu di daerah luar bandar Betong beberapa tahun lalu t e l a h b e r t u n g k u s - l u m u s membina jalan kampung sendiri sebagai laluan motosikal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

S e l a i n m e n g e l u a r k a n perbelanjaan dari poket masing-

masing untuk jalan tersebut, mereka juga terpaksa membayar sewa jentolak bagi membesarkan laluan keluar dari kampung mereka menuju laluan utama.

Semua itu terpaksa dilakukan semata-mata kerana kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menunaikan janji-janji yang d i b u a t s e w a k t u k e m p e n pilihanraya.

Calon berpotensi DAP untuk kawasan Dewan Undangan

Negeri (DUN) Layar, Gerald Roger Anding, memberitahu The Rocket Edisi BM, apabila penduduk kampung itu menemui wakil rakyat BN untuk memohon agar dibayar kos pembinaan jalan untuk anak mereka ke sekolah, jawapan yang mereka dapat ialah: “Siapa suruh kamu orang buat jalan sendiri?”

“Mereka pernah berkata k e p a d a s a y a , t u a i r u m a h (ketua rumah panjang) pergi

berjumpa wakil rakyat (Tan Sri Alfred Jabu) ingin meminta bantuan kewangan supaya boleh membayar balik kos mereka membuat jalan.

“Namun Alfred Jabu enggan membayarnya dan marah kerana mereka buat ja lan sendir i . Sedangkan BN sendiri tidak berbuat apa-apa untuk anak-anak kampung itu ke sekolah,” katanya.

Sikap t idak pedul i waki l rakyat BN pro-UMNO terhadap kesusahan dan penderitaan masyarakat d i kawasan i tu menyebabkan pengundi berasa semakin jelak dipermainkan janji-janji kosong BN, tambah beliau.

M e n u r u t n y a , u n t u k pi l ihanraya negeri Sarawak k a l i i n i , p e n d u d u k r u m a h panjang Perdu, yang terletak di Spak, Layar sebulat suara akan menolak BN kerana sikap sombong dan t idak pedul i rakyat.

“Selama sembilan penggal, iaitu 41 tahun Alfred Jabu yang mewakili BN telah berjanji untuk membina jalanraya dan sediakan kemudahan elektrik. Tetapi semua itu omongan kosong,” ujarnya.

Pengerusi DAP Betong itu menjelaskan, penduduk juga tidak lagi gentar dengan kempen

ugut-mengugut BN dan telah pun sepakat menolak parti pro-UMNO itu dalam pilihanraya negeri akan datang.

“Bukan sahaja BN Sarawak tidak peduli orang kampung, rakyat luar bandar Sarawak juga terbeban teruk dengan cukai GST yang dikenakan kerajaan yang disifatkan mereka sendiri sebagai ‘pembunuh rakyat’,” kata Gerald.

Perjalanan ke rumah panjang Perdu mengambil masa selama dua jam dari Pasar Betong akibat ketiadaan jalanraya yang sempurna, malah jalan tanah merah yang dilalui juga sering rosak dan berbecak sekiranya h u j a n m e n y u k a r k a n l a g i perhubungan.

Perdu merupakan rumah panjang yang terletak di kawasan paling hulu daerah Betong. Antara rumah panjang yang dilalui sepanjang jalan sebelum tiba di rumah panjang Perdu ialah rumah panjang Pelepok dan Muman.

Dalam pilihanraya negeri Sarawak akan datang, BN telah mengundurkan Alfred Jabu yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak untuk d igant ikan dengan anaknya sendiri, Gerald Rentap Jabu, bakal melawan Gerald Roger di DUN Layar.

“Siapa suruh kamu orang buat jalan sendiri?”

PBB takut dikaitkan dengan Najib tapi tetap sokong pimpinan UMNO

KUCHING: Tindakan Ketua Penerangan Parti Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)-Barisan Nasional, Peter Minos, yang mencabar DAP supaya t idak mengaitkan Perdana Menteri dengan Sarawak jelas membuktikan BN Sarawak bimbang dengan kemarahan rakyat Bumi Kenyalang terhadap Najib.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata jika BN Sarawak enggan dikaitkan dengan Najib, lebih baik ia keluar dari perikatan BN.

“Jika tidak, mereka akan terus dilihat sebagai menyokong segala dasar zalim dan tidak adil kerajaan UMNO-BN,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahl i Par l imen Bandar Kuching i tu mencabar Peter Minos supaya m e n j e l a s k a n p e n d i r i a n n y a y a n g bercanggah dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, yang jelas memberikan sokongan terbuka kepada Najib.

“Bagaimana mungkin beliau (Peter Minos) mendakwa BN Sarawak tidak mempu ny a i ka i tan dengan Na j ib sekiranya Adenan telah banyak kali dalam banyak majlis berikrar menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Najib, dan tanpa sokongan BN Sarawak, Najib tidak akan kekal sebagai Perdana Menteri?” soalnya.

SERIAN: Pilih kasih dan mungkir janji. Itu paling sesuai menggambarkan sikap kerajaan Barisan Nasional Sarawak terhadap masyarakat Dayak di luar bandar terutama dalam pembahagian pembangunan dan peluang menaiktaraf kehidupan.

Bakal calon berpotensi DAP untuk Dewan Undangan Negeri Mambong, S a n j a n A n a k D a i k , 5 5 , b e r k a t a berdasarkan pemerhatian dan aduan penduduk mela lu i z iarah rumah ke rumah, BN Sarawak telah lama meminggirkan masyarakat Dayak, khususnya Bidayuh, dalam pelbagai aspek pembangunan, infrastruktur dan pelbagai jenis peluang sama ada pendidikan, peker jaan mahupun perniagaan.

Bel iau yang juga bekas Ketua Jabatan Bahasa Institut Pendidikan Guru Batu Lintang itu, sekitar 40 peratus masyarakat di s in i t idak mendapat bekalan air terawat, 15 peratus mas ih be lum menikmat i kemudahan elektrik dan 20 peratus masih belum mempunyai jalan berturap serta ketiadaan jalan kebun untuk mengusahakan tanah secara komersil.

“Sudah 15 tahun rakyat tunggu janji naik taraf Jalan Padawan Lama dari pekan Tapah ke Kampung Anah Rais, sudah tiga kali projek RM60 juta ini diumumkan serta diadakan upacara pecah tanah, tapi sehingga kini belum bermula.

“Begitu juga dengan janji wakil rakyat BN kawasan ini untuk membina jalan Kpg Sapit – Kakas – Kiding di

Hulu Padawan yang tidak pernah ditunaikan,” katanya kepada The Rocket Edisi BM.

Selain itu, beliau berkata, satu lagi

masalah besar yang gagal diselesaikan BN sejak 50 tahun lalu ialah mengenai Tanah Hak Adat (NCR), terutama dalam keadaan di mana penduduk tidak mendapat surat milik tanah serta tiada tarikh penyelesaian pengukuran perimeter untuk tanah-tanah tersebut.

Tambah memburukkan keadaan, kegiatan ekonomi berbentuk pertanian bersepadu juga tidak dilaksanakan bagi membolehkan penduduk kampung menaikkan taraf ekonomi mereka, kata Sanjan.

“Peluang pekerjaan juga amat kurang di sini dan ia menyumbang kepada pengangguran di kalangan remaja lepasan sekolah dan universiti.

“Rakyat di sini juga ketinggalan m e n i k m a t i p e r k h i d m a t a n telekomunikasi kerana masalah capaian yang lemah malah masih banyak tempat yang langsung tiada capaian internet atau telefon,” katanya.

Beliau berkata, akibat sikap pilih kasih dan tidak menepati janji, rata-rata penduduk dan pengundi DUN Mambong sudah hilang kepercayaan kepada BN untuk mewakili mereka.

“Rakyat Mambong sudah sedar dan melihat DAP adalah parti yang komited terhadap kebajikan rakyat, memiliki dasar yang konsisten, menentang rasuah dan kezaliman serta berjaya mengangkat isu masyarakat terpinggir. DAP telah buktikan,” ujar beliau.

DUN Mambong adalah nama baru kawasan pilihanraya negeri Sarawak y a n g m e n g g a n t i k a n n a m a D U N Bengoh.

Masyarakat Bidayuh dipinggirkan BN Sarawak

Rakyat Mambong sudah sedar dan

melihat DAP adalah parti yang komited terhadap kebajikan rakyat, memiliki dasar yang konsisten,

menentang rasuah dan kezaliman

serta berjaya mengangkat

isu masyarakat terpinggir.

— Sanjan Anak Daik (calon berpotensi DUN Mambong)

FOKUS: P IL IHANRAYA NEGERI SARAWAK

Page 8: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

8 | MEI 2016

Page 9: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

MEI 2016 | 9

Page 10: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

10 | MEI 2016

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

SONG: Semakin ramai masyarakat Dayak menyokong DAP yang banyak mengangkat isu tempatan yang sekian l ama d ia ba ika n kera jaan Bar i san Nasional Sarawak, termasuk dalam isu pilih kasih pemberian geran tanah dan pembangunan.

Calon berpotensi DAP bagi Dewan Undangan Negeri Katibas, Paren Nyawi, berkata perjuangan anak negeri untuk mendapatkan hak tanah bagi masyarakat Dayak selari dengan Deklarasi Pelan Tindakan Dayak DAP.

Menurutnya, deklarasi ini menuntut supaya lebih banyak tanah milik orang Dayak di kawasan Katibas disukat di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Bab 81.

“Dengan itu ia membolehkan pemilik

tanah hak adat atau tanah NCR (Native Customary Rights) memiliki surat milik tanah (geran) dan kita berasa sedih mengapa sampai sekarang penduduk yang telah lama berada di sini tidak mendapat geran tanah,” katanya kepada The Rocket

Edisi BM.Pengerusi protem DAP Katibas itu

menjelaskan, buat masa ini sebahagian besar tanah di kawasan Katibas hanya disukat di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak 81 Inisiatif Baru NCR, iaitu

Tanah Rizab Gunasama Bumiputera (Bumiputera Communal Reserve).

Antara kawasan yang masih tidak bergeran di Katibas ialah di kawasan Takan dan Musah sebanyak 3,010 ekar, kawasan Nanga Katibas dan Sungai Tekalit sebanyak 9,844 ekar dan Sungai Sipan, Sesawa dan Temalat, tambah beliau.

Sehubungan itu, katanya, masyarakat Dayak mula sedar tentang seriusnya DAP dalam usaha membantu mereka mendapatkan hak yang se lama ini diabaikan kerajaan BN.

Paren berkata, di Katibas sahaja, DAP telah menerima 14 ahli yang merupakan kumpulan pertama Dayak menyertai DAP di kawasan itu.

“Kebanyakan mereka menyertai DAP kerana melihat komitmen DAP membantu masyarakat khususnya dalam program dan aktiviti yang diadakan seperti projek dan program Impian Malaysia-Impian Sarawak, selain tidak puas hati dengan s ikap pi l ih kasih kerajaan BN dalam isu-isu tanah dan pembangunan.

“Mereka juga bersetuju dengan ideologi DAP yang memperjuangkan keadilan dan kesamarataan di mana tidak seorang pun rakyat perlu dipinggirkan kerana Impian Malaysia tidak akan tercapai j ika ada mana-mana etnik termasuk masyarakat Dayak tercicir dari arus perdana pembangunan nasional,” ujar beliau.

Sejak pilihanraya negeri 2011 lalu, DUN Katibas diwaki l i o leh Datuk Ambrose Blikau Enturan dari BN-PBB dengan majoriti 2,256 undi dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 63.18 peratus mendahului calon-calon lawan.

DAP jadi pilihan Dayak kerana komited perjuang hak tanah adat

KUCHING: ‘Dongeng’ politik pembangunan yang dic ipta pemimpin Barisan Nasional-PBB di Sarawak hanyalah untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Negeri; hakikatnya pembangunan infrastruktur terus terabai di banyak kawasan yang diwakili BN sendiri.

Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya , Abdul Aziz Isa, berkata pemimpin BN mengelirukan rakyat dengan m e n g a t a k a n “ j i k a s o k o n g pembangkang, tidak ada duit pembangunan” sedangkan wang kerajaan adalah hasil kutipan cukai dari rakyat.

“ I n i a d a l a h d o n g e n g pol i t ik pembangunan yang dic iptakan pemimpin PBB-BN. I ron inya , kebanyakan k a w a s a n y a n g d i m e n a n g i B N t i a d a p e m b a n g u n a n b e r b a n d i n g k a w a s a n y a n g dimenangi pembangkang yang ser ing d ibawakan bantuan infrastruktur,” katanya.

Be l i au menga jak rakya t S a r a w a k k h u s u s n y a o r a n g Melanau melakukan perubahan dengan memilih pembangkang pada pilihanraya negeri akan datang.

“Pemimpin-pemimpin BN di kalangan orang Melanau kaya-raya tetapi hakikatnya kurang 10 peratus orang Melanau yang hidup senang. Masih ramai yang

miskin,” ujar beliau yang tidak menafikan bahawa kekayaan yang dimonopol i segel int ir p e m i m p i n M e l a n a u t e l a h memberi tanggapan negatif terhadap masyarakat Melanau.

Namun, Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Kuching itu berkata, penindasan terhadap rakyat melalui BN berlaku

kepada siapa juga tanpa batasan suku atau bangsa.

“Misalnya, di Belawai dan Semop, ada isu rampasan tanah orang Melanau berlaku. Orang Melanau send i r i d i rampas tanah, masih ramai yang hidup miskin, petani kecil-kecilan, banyak kawasan yang tidak ada akses jalan kecuali menaiki bot,

mereka semua diwakili oleh BN,” ujarnya.

Aziz turut menyenaraikan b e b e r a p a k a w a s a n D e w a n U n d a n g a n N e g e r i d e n g a n majoriti pengundi Melanau yang diwakili BN yang sebahagian besarnya masih jauh ketinggalan d a r i s e g i p e m b a n g u n a n , termasuk DUN Baligian, Dalat, Telian, Semop, Daro, Nangka, Jepak, Lambir, Belawai dan Jemoreng.

“Dalam perkara ini, orang Melanau per lu keluar dar i ‘dongeng’ yang diceritakan p e m i m p i n - p e m i m p i n B N dan sama-sama melakukan perubahan dalam pilihan raya negeri akan datang.

“Hanya dengan mengukuhkan k e d u d u k a n p e m b a n g k a n g d i S a r a w a k m a m p u u n t u k memperbaiki segala kelemahan dan penyelewengan yang berlaku sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak,” katanya.

Pengundi Melanau diseru pecah ‘dongeng’ pembangunan BN

Pemimpin-pemimpin BN di kalangan orang Melanau

kaya-raya tetapi hakikatnya kurang 10 peratus orang

Melanau yang hidup senang. Masih ramai yang miskin.

— Abdul Aziz Isa (Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Petra Jaya)

Kebanyakan mereka menyertai DAP kerana melihat komitmen DAP membantu masyarakat khususnya dalam program dan aktiviti yang diadakan seperti projek dan

program Impian Malaysia-Impian Sarawak.

— Paren Nyawi (calon berpotensi DAP bagi DUN Katibas)

FOKUS: P IL IHANRAYA NEGERI SARAWAK

Page 11: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

MEI 2016 | 11

Oleh HAFIZ ZAINUDDIN

BERA: Demi mempertahankan tanah adat mereka di Pahang dar ipada te rus d i ceroboh , penduduk Orang Asal kaum Semelai di Kampung Lubuk Perah d i s in i berg i l i r -g i l i r m e n j a g a s e m p a d a n t a n a h wilayah adat mereka 24 jam sehari sejak 37 hari lalu.

Mereka terpaksa berbuat demikian bagi mengelakkan tanah wilayah adat mereka dimasuki mesin jentolak pemaju, Sr i Jengka Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikatakan telah memusnahkan kawasan untuk penanaman sawit.

T i n j a u a n T h e R o c k e t E d i s i B M b e r s a m a K e t u a Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang, Tengku Zulpuri Shah, baru-baru ini mendapati penduduk mendirikan hadangan dari kayu dan membina pondok-pondok berteduh sementara, termasuk sebuah balai adat. Hadangan itu dibina berhadapan s e b u a h j a m b a t a n b a l a k merentangi hulu sungai Bera.

I n i b u k a n l a h h a d a n g a n pertama yang didirikan kerana pada 8 Mac lalu, pihak pemaju telah meruntuhkan hadangan yang dibina penduduk. Pada 28 Mac lalu, jentera pemaju t e r s e b u t s e k a l i l a g i c u b a menceroboh sempadan i tu namun tidak berjaya.

“Kita amat terkilan dengan perkara ini sedangkan kita manusia, punya undang-undang d a n a d a t p a n t a n g l a r a n g , sepatutnya pihak seperti polis dan lain-lain lebih arif dalam perkara berkai tan undang-undang tetapi mereka seolah-

olah tidak faham,” kata Tok Batin Lubuk Perah, Hajemi bin Din.

Menurut Tengku Zulpuri yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang pula, isu pencerobohan tanah dan wilayah adat kaum Semelai Kampung Lubuk Perah ini perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan memandangkan i s u i n i t e l a h b a n y a k k a l i diketengahkan termasuk di dalam Dewan Undangan Negeri.

“ S a m p a i b i l a p e n d u d u k Lubuk Perah harus begini? Kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Tanah dan agensi lain sepatutnya mainkan peranan bantu mempertahankan hak penduduk kampung, bukan mendiamkan diri atau lebih malang sekiranya mereka pula menyebelahi pihak pemaju,” katanya.

Walaupun satu pertemuan penyerahan memorandum dan sesi dialog dengan kerajaan negeri Pahang telah diadakan

pada 23 November 2015 di antara 16 wak i l penduduk K a m p u n g L u b u k P e r a h dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, sehingga kini, tiada sebarang maklumbalas positif diterima dari pihak kerajaan negeri.

Malah Batin Hajemi berkata, Menteri Besar Pahang pernah berjanji dalam satu perbualan telefon yang dirakam untuk memulangkan semula tanah Kampung Lubuk Perah kepada penduduk.

“Datuk Seri (Adnan) pernah t e l e f o n s a y a , d i a b e r j a n j i mengatakan tanah Lubuk Perah yang terlibat akan dipulang balik. Ini janji dalam telefon.

“Saya kata; ‘Datuk Seri kalau setakat cakap saya tak percaya’, lepas tu mula dia meradang sedikit ,” ujar Batin Hajemi yang mahu supaya kerajaan mengeluarkan dokumen hitam putih dalam menyelesaikan isu tanah mereka.

Isu pencerobohan pemaju ke atas tanah adat kaum Semelai

Kampung Lubuk Perah berlaku sejak tahun 2013 selepas BN memenangi pilihanraya umum ke-13.

Menurut Hajemi, ini sudah kali keempat pihak pemaju menceroboh kawasan mereka dengan alasan untuk mengambil balak dan mendakwa te lah mendapat kelulusan geran dari Pejabat Daerah sebanyak 903 ekar.

“ B a n y a k k e b u n - k e b u n penduduk telah dimusnahkan oleh pemaju tanpa apa-apa perbincangan dengan kami sedangkan kawasan Kampung Lubuk Perah ini adalah kawasan tanah dan wilayah adat kami.

“Sepatu tnya , kami yang dapat geran komunal (komuniti) Tanah dan Wilayah Orang Asli, tetapi pihak pemaju pula yang dapat geran. Jadi kami kecewa dengan kerajaan. Dia kata nak selesaikan masalah tanah adat kami di sini tetapi akhirnya kita nampak, pihak pemaju yang se lesai masalah. Bukannya kami,” jelasnya.

Kesal dengan sikap ‘pejam mata’ kerajaan negeri itu, Batin

kata Tok Batin kepada Menteri Besar Pahang

Hajemi mengulangi desakan komuniti orang asal Semelai menuntut supaya hak mil ik (geran) yang telah diluluskan k e p a d a p e m a j u s w a s t a melibatkan tanah dan wilayah adat Kampung Lubuk Perah dibatalkan.

“ B a l a k d i a d a h l e p a s (ditebang), kemudian tanah ini akan dibuat penanaman kelapa sawit seluas 903 ekar yang sudah digeran.

“Undang-undang yang ada tidak diikuti, nampak kemas tapi longgar. Apabila dapat kuasa dan boleh mendapatkan wang, undang-undang tu bukan diketepikan tapi mungkin dalam poket dah,” katanya dalam nada kecewa.

P e n d u d u k j u g a t e l a h menghantar surat tuntutan peguam kepada syarikat Sri Jengka Sdn Bhd bertarikh 5 September 2013 yang antara lain mahu tindakan guaman dikenakan ke atas syar ikat tersebut sekiranya mengabaikan tuntutan penduduk Kampung Lubuk Perah supaya t idak menceroboh tanah mereka.

LAPORAN KHAS

Page 12: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

12 | MEI 2016

K U A L A L U M P U R : T u n D r M a h a t h i r M o h a m a d menjelaskan bahawa beliau bekerjasama dengan Lim Kit Siang kerana mereka berdua mempunyai pendirian yang sama untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau sedar ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah terhadapnya kerana bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Najib yang terlibat dengan skandal mega 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

“Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

“Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya t idak sanggup melihat saya bersama Kit Siang.

“Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.

“Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO

berada di atas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib. Kami tak makan dedak sesiapa,” katanya dalam tulisan blognya baru-baru ini.

Penje lasan Dr Mahathir itu adalah lanjutan kritikan t e r h a d a p N a j i b s e p e r t i yang d i suarakannya da lam

p e r h i m p u n a n M u a f a k a t Selamatkan Malaysia di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya di sini akhir Mac lalu.

D i m a j l i s i t u , b e l i a u menjelaskan bahawa beliau berdir i bersama pemimpin pembangkang dan NGO kerana m e r e k a s a m a - s a m a m a h u menyingkirkan Najib.

“Saya ber se tu ju dengan m e r e k a ( L i m K i t S i a n g , Mohamad Sabu dan lain-lain) kerana mereka bersetuju dengan saya, iaitu kita kena buang Najib,” katanya.

D i m a l a m b e r s e j a r a h s e p e n t a s s e c a r a t e r b u k a bersama pemimpin-pemimpin P a k a t a n H a r a p a n i t u , D r Mahathir turut melahirkan keb imbangannya te rhadap penyalahgunaan kuasa institusi-institusi awam.

Beliau menggesa agensi-agensi kerajaan seperti polis, Peguam Negara, Bank Negara

dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan terhadap skandal mega yang terpal i t rapat dengan Perdana Menteri.

“Apa yang kita lihat ialah sa lahguna kuasa ins t i tus i -institusi kerajaan. Sudah tak boleh percaya. Kita tak boleh lag i percaya pada Peguam Negara. Dulu kata siasatan perlu ambil masa lama. Tetapi selepas dua hari dia kata (Najib) bebas rasuah.

“Saya amat khuatir dia kacau pula hakim-hakim. Orang yang semacam ini kalau nak lepas diri dia akan kacau,” ujarnya.

Di akh i r ucapannya , Dr M a h a t h i r m e n y e r u j u t a a n r a k y a t M a l a y s i a s u p a y a menandatangani Deklaras i R a k y a t u n t u k m e n u n t u t p e n g u n d u r a n N a j i b d a n k a b i n e t n y a s e r t a b a g i melaksanakan reformasi institusi awam.

Mahathir bersama Kit Siang untuk singkir Najib, tak makan dedak sesiapa

KUALA LUMPUR: DAP menyokong penuh sebarang usaha mana-mana pihak yang mahu menyingkirkan pemerintah zalim dan korup atas dasar cintakan negara, termasuk merayu Majlis Raja-Raja campur t a n g a n , s e l a g i m a n a c a r a i t u tidak menyimpang daripada asas Perlembagaan Persekutuan.

Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata pembabitan raja-raja adalah satu langkah terakhir rakyat jika segala langkah-langkah sekarang tidak dipedulikan, malah ditekan oleh kerajaan UMNO-BN.

Beliau yang juga Adun Mentakab menyatakan bahawa rakyat perlu m e n y i n g k i r P e r d a n a M e n t e r i Datuk Seri Najib Razak kerana sega la in s t i tu s i kera jaan yang sepatutnya menegakkan kebenaran

dan membanteras penyelewengan telah dirosakkan oleh Najib yang mahu menutup skandal mega yang melibatkan dirinya.

“Institusi negara seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara, malah Bank Negara Malaysia kini terpaksa mengikut telunjuk Najib.

“ P e g a w a i p e n y i a s a t S P R M d i t u k a r k a n , P e g u a m N e g a r a ditukarkan, semuanya bagi menutup salah laku dan penyelewengan yang dilakukan Najib berkaitan skandal 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion.

“Justeru jika semua jalan dihalang, maka istana adalah ruang terakhir untuk rakyat. Sebagai contoh di negara Thailand semasa demonstrasi besar-besaran menjatuhkan kerajaan berlaku, istanalah tempat mereka mengadu,” katanya.

Istana boleh bersama rakyat untuk tekan PM berundur Oleh FATIH HASSAN NORDIN

KUALA LUMPUR: ‘Deklarasi Rakyat’ adalah tuntutan untuk mengembalikan semula prinsip asas demokrasi dan kedaulatan undang-undang berdasarkan P e r l e m b a g a a n M e r d e k a 1 9 5 7 d a n Perlembagaan Malaysia 1963 secara aman lagi demokratik.

Justeru, mengatakan ia adalah tidak berperlembagaan sebagaimana dakwaan semberono Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, adalah tidak benar dan dangkal semata-mata.

“Tidak ada apa yang salah atau tidak berperlembagaan atau tidak demokratik mendesak seseorang Perdana Menteri meletak jawatan, sama ada di Malaysia a tau d i mana-mana negara da lam dunia yang mempraktikkan demokrasi berparlimen.

“Negara seperti Australia, United Kingdom, New Zealand, Kanada, India malah Amerika Syarikat juga mendesak perdana menteri atau presiden mereka meletak jawatan,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ahl i Par l imen Gelang Patah i tu berkata, sekiranya desakan untuk meletak jawatan ketua eksekutif sesebuah negara itu kuat, jelas dan mustahak, maka, kehendak demokrasi dan rakyat perlulah diutamakan melalui perlembagaan sedia ada sama ada meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya.

Selanjutnya kata beliau, “Deklarasi Rakyat” juga komited kepada sebuah proses yang aman, tanpa kekerasan, demokratik seperti mana terkandung dalam empat tuntutan asasnya iaitu:

1) Penyingkiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut

undang-undang yang dibenarkan2) Penyingkiran semua mereka yang

bersekongkol dengannya3) Pemansuhan semua undang-

undang dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan

4) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.

Katanya, “Deklarasi Rakyat” yang dilancarkan 4 Mac lalu malahan untuk mengembalikan negara kepada prinsip P e r l e m b a g a a n M e r d e k a 1 9 5 7 d a n Perlembagaan Malaysia 1963 terhadap demokrasi, kedaulatan undang-undang, asas kebebasan dan doktrin pengasingan kuasa seperti yang terkandung dalam perenggan ke 37 deklarasi itu.

“Deklarasi Rakyat perenggan ke-37 menyatakan: Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibi l i t i , profesionalisme serta integriti institusi-institusi nasional.

“Apa yang dinyatakan dalam Deklarasi Rakyat perenggan akhir ke-37 in i sebenarnya adalah kesimpulan dan inti dalam ucapan-ucapan yang pernah dibuat oleh Tengku Razaleigh sendiri sepanjang dekad kerjaya politiknya,” kata beliau.

Deklarasi Rakyat tak berperlembagaan? Ku Li mudah lupa agaknya

Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua

mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib

sebagai Perdana Menteri.

— Tun Dr Mahathir Mohamad (mantan Perdana Menteri Malaysia)

FOKUS: DEKLARASI RAKYAT

Page 13: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

MEI 2016 | 13

KUALA LUMPUR: Deklarasi Rakyat yang menyaksikan sokongan rakyat pelbagai latar belakang, termasuk ahli-ahli UMNO, yang melibatkan himpunan pada 27 Mac lalu bagi menyokong agenda Selamatkan Malaysia, membuktikan ia adalah untuk kepentingan seluruh rakyat negara ini.

Ia berikutan rakyat sudah muak dengan penderitaan yang terpaksa dihadapi akibat dasar kerajaan pimpinan Najib – salah laku dan skandal rasuah tidak berkesudahan, ekonomi mendatar, nilai mata wang lemah dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Set iausaha Sos ia l i s Muda DAP (DAPSY) Kebangsaan, Bryan Lew Chee Kwan, berkata perjuangan semua individu yang menyokong Deklarasi Rakyat bukanlah demi kepentingan peribadi tetapi untuk menyingkir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyelamatkan Malaysia.

“Kita sokong Deklarasi Rakyat bukan untuk kepentingan diri, bukan juga untuk kepentingan kaum Melayu, Cina atau

India, tetapi untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Kita berjuang demi selamatkan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kempen itu mendapat sambutan besar-besaran kerana generasi muda kini tidak lagi termakan dengan p r o p a g a n d a U M N O d a n B a r i s a n Nasional, malah semakin terdedah dengan maklumat serta mampu menilai perkara yang betul atau salah.

“Jelas bahawa kerajaan BN semakin hilang pengaruh terhadap generasi muda yang lebih mudah mengakses maklumat dan ber i t a mengena i skanda l BN berbanding semasa zaman media dikawal ketat oleh kerajaan dahulu.

“Anak muda hari ini lebih celik dalam menilai perkara yang baik atau buruk. Mereka boleh tentukan sendiri apa maksud sebuah kerajaan yang bersih, bertanggungjawab dan berintegriti seperti yang dilaksanakan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dan Selangor,” katanya.

Deklarasi Rakyat bukan agenda peribadi, ia milik semua rakyat

PETALING JAYA: Aktivis forum Hishamuddin Rais menempelak g o l o n g a n y a n g m e n g u t u k D e k l a r a s i R a k y a t d e n g a n mendakwa mereka tidak faham atau lupa pada sejarah.

Beliau yang pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada era Tun Dr Mahathir Mohamad, menjelaskan bahawa gabungan antara pihak yang pernah menjadi musuh untuk melawan musuh yang lebih besar bukanlah sesuatu yang baru.

“Teori ‘united front’ bukanlah sesuatu yang baru. Sejarah telah tunjukkan, di saat British berhadapan dengan kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu, mereka membekalkan senjata kepada Parti Komunis Malaya untuk menentang Jepun.

“Jadi, tak perlu kutuk atau sumpah seranah, jangan malas membaca sejarah, perkara ini telah dilakukan lebih awal oleh nenek moyang kita,” ujarnya d a l a m f o r u m “ D e k l a r a s i Rakyat: Mengapa?” Di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya di sini baru-baru ini.

Turut hadir sebagai panel dalam forum tersebut ialah Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah; aktivis hak asasi manusia, Cynthia Gabriel; p e g u a m , D a t u k A m b i g a Sreenevasan, dan penyokong Dr Mahathir, Datuk Seri Khairuddin A b u H a s s a n , s e r t a K e t u a Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Maria Chin yang turut dikritik oleh kalangan NGO tertentu kerana menyokong Deklarasi Rakyat yang disifatkannya milik semua rakyat Malaysia turut

menghuraikan sebab-sebab sokongannya kepada usaha tersebut.

“Pertama, rakyat Malaysia mempunyai satu musuh utama yang perlu disingkirkan iaitu Naj ib Razak yang menjadi simbol kepada salah guna kuasa dalam negara ini dan beliau perlu disingkirkan.

“Keduanya, persekutuan dalam gabungan penting untuk mendapatkan kesan yang lebih besar dan berpengaruh kepada kejayaan untuk memperbetulkan sistem negara ini.

“Ketiga…selama ini kita di jalanan, kena gas pemedih mata, kita mahu reformasi kepada sistem. Jadi, gabungan ini adalah peluang terbaik yang dapat menarik lebih banyak sokongan rakyat,” katanya.

Cynthia Gabriel yang juga Pengarah Eksekut i f Pusa t M e m e r a n g i R a s u a h d a n Kronisme (C4) pula mengakui

b a h a w a b u k a n s e s u a t u yang mudah baginya untuk menandatangani Deklaras i Rakyat yang melibatkan orang seperti Dr. Mahathir.

“Bukan sesuatu yang mudah, s e b a g a i a k t i v i s h a k a s a s i manusia, kita semua tahu sejarah tangkapan Anwar Ibrahim, ISA, kita tahu (semuanya dilakukan oleh Mahathir).

“Tetapi menandatangani deklarasi ini bukan mengenai k i ta mahu melupakan atau memaafkan apa yang te lah b e r l a k u . T i n d a k a n k i t a tandatangan deklarasi ini ialah sebagai penegasan yang kuat bahawa k i ta berada da lam keadaan bahaya,” jelasnya.

Meskipun ker jasama i tu d i a n g g a p b e r i s i k o , b e l i a u

berkata, ia merupakan wadah terbaik buat masa in i bagi seluruh rakyat Malaysia dan berasa positif, kerjasama dalam gabungan Deklarasi Rakyat itu akan berhasil.

B a g i K h a i r u d d i n y a n g m e r u p a k a n b e k a s K e t u a B a h a g i a n U M N O B a t u Kawan pula, Deklarasi Rakyat merupakan milik rakyat, dari rakyat dan hak rakyat untuk rakyat.

“Ia bukan mi l ik Tun Dr Mahathir atau sesiapa pun. Niat untuk wujudkan Deklarasi Rakyat ini semata-mata untuk selamatkan Malaysia dari terus jatuh tersungkur.

“Bila kita tengok keadaan negara kita pada hari ini, ia telah dinodai dan dicemari oleh Perdana Menteri Najib Razak yang telah menyalahgunakan kuasa untuk membersihkan imejnya,” ujar beliau.

Menurutnya, beliau bertindak membuat pelbagai laporan polis ke atas syarikat 1MDB di dalam dan luar negara kerana tidak mahu bersubahat dengan kemungkaran.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, pula berpendapat hanya melalui Deklarasi Rakyat, semua pihak mampu disatukan melangkaui perbezaan politik demi menyelamatkan negara ini daripada ketirisan, rasuah mega, salah guna kuasa, dan pencabulan undang-undang di bawah pimpinan Najib Razak.

Katanya, semua pihak harus m e n g e t e p i k a n p e r b e z a a n demi sa tu mat lamat untuk m e n y i n g k i r k a n N a j i b b a g i menyelamatkan Malaysia.

Aktivis, NGO kerjasama dengan Mahathir untuk singkir Najib

Rakyat Malaysia mempunyai satu musuh utama yang perlu disingkirkan iaitu Najib Razak yang menjadi simbol kepada

salah guna kuasa dalam negara ini dan beliau perlu disingkirkan.

— Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih 2.0)

FOKUS: DEKLARASI RAKYAT

Page 14: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

14 | MEI 2016

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke menyampaikan amanat dengan penuh bersemangat

Antara demonstran wanita yang turut menyertai Demo Mansuh GST, Undur Najib

‘ K o r u p t o r R a j a n y a Maling,’ antara plakad m e n a r i k y a n g d i b a w a demonstran

Ucapan pembakar semangat oleh Kasthuri Patto

Para demonstran berarak tanpa menghiraukan panas sambil membawa plakad

“Rakyat marah dan mahukan satu kerajaan baru!” laung Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan (DAPSY), Wong Kah Woh

“Najib harus turun!”– Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed

Ribuan perserta pelbagai kaum memenuhi Jalan T u n P e r a k s e b e l u m memasuki pekarangan Dataran Merdeka

Page 15: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

MEI 2016 | 15

Baru-baru ini, kumpulan y a n g m e n g g e l a r k a n d i r i me r e ka G e ra ka n

Baju Merah 1Malaysia yang d i k e t u a i A l i T i n j u t e l a h datang ke Ibu Pejabat DAP u n t u k m e n y e r a h k a n s a t u m e m o r a n d u m . S a y a t e l a h d i a m a n a h k a n m e n e r i m a memorandum itu mewakili Ibu Pejabat DAP dan parti.

M e l i h a t p e r t e m u a n i n i merupakan pe luang untuk mengajak pihak Gerakan Baju Merah agar melakukan sesuatu yang manfaatnya jauh lebih besar demi kebaikan rakyat kebanyakan, saya membawa bersama saya satu memorandum u n t u k d i s e r a h k a n k e p a d a Gerakan Baju Merah melalui Ali Tinju.

Saya menga jak Gerakan Baju Merah itu untuk bersama-sama menyertai GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA sebagai usaha menyelamatkan

Malaysia daripada keadaan yang semakin membimbangkan, berpunca daripada salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan pelbagai kebobrokan di

bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, serta meminta mereka sama-sama menandatangani DEKLARASI RAKYAT sebagai

tanda solidariti.Malangnya Gerakan Baju

M e r a h b u k a n s a j a t i d a k m e m b a c a m e m o r a n d u m y a n g d i s e r a h k a n k e p a d a mereka, malah terus memijak memorandum tersebut dengan marahnya. Malah t indakan p r o v o k a s i m e r e k a s u d a h bermula apabila menolak untuk menyerahkan memorandum mereka kepada saya hanya kerana saya berke turunan Melayu. Apakah yang sedang bermain di dalam otak mereka? Sekadar mahu cetus provokasi kaum?

Dalam mereka melaungkan s e r u a n d e n g a n s e n t i m e n Melayu seolah-olah mereka sedang perjuangkan nasib orang Melayu, mereka gagal melihat gambaran lebih besar, bahawa sekiranya negara ini menjunam menuju negara gagal (failed state), tiada sesiapa terkecuali. Tidak ada kaum tertentu yang boleh terselamat dari menjadi mangsa baik Melayu, Cina, India , Iban , Kadazan a tau Malanau.

Adakah Gerakan Baju Merah sememangnya tidak berminat dengan hal penting sebegini?

Atau sebenarnya mereka bersama pihak yang sedang merosakkan negara dan apa mereka lakukan hari ini hanya cubaan mengalihkan perhatian r a k y a t M a l a y s i a d a r i p a d a menyedari bahaya-bahaya yang mendatang?

Malaysia dalam bahaya,

Oleh EDRY FAIZAL EDDY YUSOF

* P e n u l i s a d a l a h A h l i Jawatankuasa DAP Selangor merangkap Ketua Sosialis Muda (DAPSY) Subang

Baju Merah jangan buang masa

Mutakhir ini, terdapat pelbagai t u d u h a n y a n g d i l e m p a r k a n terhadap Ketua Menteri Pulau

Pinang Lim Guan Eng sekitar pembelian sebuah rumah banglo oleh beliau. Malah, ada sesetengah pihak yang menggesa agar beliau berundur daripada jawatannya semata-mata kerana pada pendapat mereka, Ketua Menteri dianggap telah menerima “suapan” dalam bentuk harga rumah yang dikatakan lebih rendah daripada harga pasaran.

Walau bagaimanapun, pendapat i n i a d a l a h c a n g g u n g , k h u s u s n y a apabila tuduhan “suapan” tersebut t idak dapat dikaitkan kepada apa-apa perbuatan rasuah. Daripada apa yang telah dilaporkan, rumah tersebut dibeli atas dasar persetujuan antara pembeli dan penjual pada tahun 2015, berikutan perjanjian lisan pada tahun 2012 dan perjanjian bertulis bertarikh 23 Jun 2014 di mana pemilik rumah, Phang Li Koon, telah bersetuju untuk memberikan opsyen kepada Guan Eng untuk membeli harta tersebut pada nilai RM2.8 juta. Sebelum membelinya,

Ketua Menteri telah menyewa rumah itu selama enam tahun dari 2009 hingga 2015 pada kadar RM5,000 sebulan. Cik Phang telah membeli banglo itu dengan harga RM2.5 juta pada tahun 2008, dan seperti yang diisytiharkan dalam akuan berkanun beliau yang bertarikh 22 Mac 2016, beliau t e l a h m e m b u a t keputusan untuk menjualnya akibat t e k a n a n y a n g d ihadapi be l iau s e t e l a h h a r t a tersebut menjadi sasaran bantahan d a n t u d u h a n l i a r d a r i p a d a pe lbaga i p ihak . Beliau juga telah mengisytiharkan b a h a w a b e l i a u t idak mendapat sebarang manfaat k h a s d a r i p a d a penjualan rumah tersebut kepada Ketua Menteri.

S a y a r a s a a p a y a n g l e b i h penting dalam kes ini adalah untuk menentukan sama ada terdapat apa-

apa yang meragu-ragukan dari segi rasuah atau kepentingan awam yang berkaitan dengan pembelian rumah tersebut. Kontroversi ini timbul kerana penjualan plot 0.4 hektar tanah negeri di Taman Manggis pada nilai RM11 juta kepada sebuah syarikat bernama Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) pada tahun 2012 melalui tender terbuka. Pemegang saham utama KLIDC adalah Tan Yong Chew, yang kebetulan menjadi rakan kongsi Cik Phang dalam syarikat yang tidak berkaitan, Winbond Management & Consultant Sdn Bhd.

S u d a h t e n t u , saya akan menjadi o r a n g y a n g p e r t a m a u n t u k bersetuju bahawa i a s u a t u y a n g m e n c u r i g a k a n j i k a C i k P h a n g m e r u p a k a n p e m b i d a y a n g berjaya bagi tanah i t u , m e s k i p u n i a d i j a l a n k a n m e l a l u i t e n d e r terbuka . Walau b a g a i m a n a p u n , ini tidak berlaku kerana Cik Phang l a n g s u n g t i d a k memegang saham atau mempunyai u r u s a n d e n g a n K L I D C , s e l a i n h u b u n g a n n y a dengan En Tan d a l a m s y a r i k a t yang berbeza dan t idak berkaitan. S e s u n g g u h n y a , beliau tidak boleh

dipertanggungjawabkan atau dianggap mempunyai kepentingan dalam urusan rakan kongsi beliau yang tiada kena mengena dengannya. Oleh itu, perkaitan yang cuba dibina oleh sesetengah pihak adalah suatu yang sangat aneh.

Saya juga fikir adalah penting untuk menekankan bahawa tanah itu telah dijual melalui tender terbuka, satu proses yang direka untuk mengelakkan sebarang jenis konflik kepentingan sebagaimana yang dituduh terhadap Ketua Menteri. Tambahan pula, Ketua Menteri juga tidak menganggotai lembaga tender yang mempertimbangkan penjualan tanah tersebut. Maka, soalan yang harus dijawab adalah – bagaimana mungkin kerajaan tidak menganugerahkan penjualan tanah kepada pembida tertinggi, iaitu KLIDC? Malah, kerajaan mungkin berdepan dengan lebih banyak soalan jika pembida yang lebih rendah telah dianugerahkan penjualan tersebut.

Akhir sekali, ada sesetengah pihak yang cuba untuk mengaitkan kes Ketua Menteri ini dengan skandal ‘derma’ Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri dikatakan harus berundur, maka kenapa t idak Ketua Menter i? Pada saya , persoalan ini tidak timbul sama sekali kerana dua keadaan ini amat berbeza. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh pelbagai pihak sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak mampu untuk mempengaruhi pihak polis atau siasatan SPRM dalam apa jua cara sekalipun, tidak seperti Perdana Menteri yang duduk di atas hierarki agensi seperti SPRM dan Peguam Negara.

Oleh itu, saya tidak percaya bahawa Ketua Menteri perlu berundur daripada jawatannya kerana t iada langsung sebarang alasan logik untuk beliau berbuat demikian.

Tidak, Guan Eng

Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

*Penulis adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan

tidak harus berundur

Ketua Menteri Pulau Pinang tidak

mampu untuk mempengaruhi pihak polis atau siasatan SPRM

dalam apa jua cara sekalipun, tidak seperti Perdana

Menteri yang duduk di atas

hierarki agensi seperti SPRM dan Peguam Negara.

RENCANA

Page 16: EDISI DITUBUHKAN PADA 1966 FITNAH BANGLO GUAN … BM_Mei_2… · GST dan subsidi mereka ditarik kembali. ... salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana. ... termasuk Unit Penerangan

16 | MEI 2016

Diterbitkan oleh: Democratic Action Party Headquarters, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 03-92005000 Faks: 03-92007000Dicetak oleh: Graphic Tech (M) Sdn Bhd, No. 1, Jalan Tanming 5, Taman Tanming Jaya, 43300 Balakong, Selangor

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, meminta Pemangku Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, menarik balik sekatan masuk yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin dan petugas DAP ke negeri itu.

Da l am sa tu su ra t ra smi kepada Adenan, beliau merujuk kepada sekatan terbaru terhadap Penolong Setiausaha Publisiti

DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching, dan ahli parti yang juga pencipta maskot Ubah, Ooi Leng Hang.

“Saya merujuk Seksyen 67 Akta Imigresen yang menyatakan bahawa: 67. Subseksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa d a l a m h u b u n g a n d e n g a n seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan

diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.

“Tujuan Teo Nie Ching dan Ooi Leng Hang untuk masuk ke Sarawak hanyalah untuk melibatkan diri secara sah di dalam aktiviti politik bersempena Pilihanraya Negeri Sarawak yang

akan diadakan tidak lama lagi,” katanya dalam surat tersebut.

Menurutnya, Seksyen 66(1) t idak seharusnya member i sebarang kesan terhadap mereka dan mereka harus dibenarkan untuk masuk ke Sarawak sebagai satu hak.

S e h u b u n g a n i t u , G u a n Eng berharap Adenan akan m e n g a r a h k a n P e n g a r a h Imigresen dengan serta merta

bagi membolehkan mereka yang sebelum ini ditahan masuk dibenarkan untuk ke Sarawak.

Adenan Satem mendakwa larangan itu dibuat kononnya untuk “melindungi negeri itu daripada elemen-elemen tidak ba ik” , ma lah , menyatakan bahawa pihak pembangkang b o l e h k e m b a l i k e n e g e r i berkenaan selepas pilihanraya Sarawak ke-11 berakhir.

DAP gesa Adenan tarik balik larangan terhadap pembangkang masuk ke Sarawak

KUALA LUMPUR: Yang mencabar Lim Guan Eng untuk berdebat ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan; dan Guan Eng menerima cabaran itu tanpa syarat. Kini yang menarik diri daripada debat tersebut ialah Rahman Dahlan sendiri.

S e h u b u n g a n i t u , S e t i a u s a h a Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, kesal dan dukacita dengan keputusan TV3 untuk membatalkan debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Rahman selaku Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 19 April 2016.

K a t a n y a , a l a s a n T V 3 u n t u k m e m b a t a l k a n d e b a t i t u k e r a n a menghormati pandangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya P e n c e g a h a n R a s u a h M a l a y s i a , Datuk Azam Baki, kononnya ia akan mengganggu siasatan isu tanah Taman Manggis dan banglo milik Guan Eng langsung tidak memberikan keyakinan kepada orang ramai.

Malah, menurutnya, alasan Rahman

Dahlan pula kononnya tidak boleh mengingkari arahan Ketua Polis Negara dan SPRM kerana bel iau adalah Menteri Kabinet dilihat sebagai “exit strategy” (jalan keluar) untuk mengelak daripada menyertai debat tersebut.

Dengan itu, jelas beliau, pembatalan debat itu memastikan tiada ruang kepada Guan Eng untuk membalas dan menjawab tuduhan-tuduhan liar terhadap beliau serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditohmahkan oleh media arus perdana, khususnya TV3.

“Saya nak mengingatkan Datuk Rahman Dahlan dan p ihak TV3 bahawa pada 30 Mac yang lalu, beliau (Rahman) telah diberi masa 1 jam melalui program “Soal Jawab” TV3 untuk melemparkan pelbagai tuduhan liar terhadap Guan Eng.

“ I n i t i d a k t e r m a s u k l a p o r a n -laporan berat sebelah dalam isu ini yang dipaparkan dalam Buletin Utama hampir setiap malam dalam beberapa minggu yang lepas.

“Apakah ini t idak mengganggu siasatan pihak berkuasa? Apakah ini

tidak prejudis? Mengapakah Datuk Rahman Dahlan diberikan kebebasan mutlak untuk ‘membicarakan’ Guan Eng melalui siaran TV3?” katanya dalam satu kenyataan media.

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, apa yang beliau harapkan hanyalah satu peluang untuk Guan Eng menjawab dan memberikan penjelasan berkenaan isu Taman Manggis.

Katanya, penjelasan Guan Eng dalam debat yang sepatutnya diadakan itu amat penting kerana TV3 telah menjalankan kempen untuk memburuk-burukkan imej Ketua Menteri Pulau P inang te r sebut se jak beberapa minggu lalu tanpa memberi peluang kepada Kerajaan Pulau Pinang untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

“ K a m i m e n g u l a n g i p e n d i r i a n bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sentiasa bersedia dan berani untuk berdebat dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai isu tanah Taman Manggis dan pembelian

banglonya.“Peluang untuk beliau menjelaskan

keadaan yang sebenar kepada orang ramai yang hanya menonton TV3 kini dinafikan dengan pelbagai sekatan.

“Biarlah rakyat menilai kredibiliti Datuk Abdul Rahman Dahlan dan melihat permainan politik kotornya untuk cuba menjatuhkan kedudukan p o l i t i k L i m G u a n E n g d e n g a n melemparkan pelbagai tuduhan liar mela lu i media arus perdana dan menaf ikan hak Guan Eng untuk mempertahankan dir inya melalui saluran yang sama,” tambah beliau.

Menurut Anthony, beliau telah menerima pengesahan daripada pihak TV3 pada 14 April tentang program debat tersebut selama sejam yang sepatutnya diadakan pada jam 9 malam 19 April.

Katanya, beliau telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak TV3 dan bersetuju dengan kebanyakan cadangan mereka mengenai format debat, masa yang diperuntukkan dan pilihan moderator.

DAP kesal pembatalan debat Guan Eng—Rahman Dahlan

Ooi Leng Hang(Pereka maskot UBAH)

Teo Nie Ching(Ahli Parlimen Kulai)

Jeff Ooi(Ahli Parlimen Jelutong)

Zuraida Kamaruddin(Ahli Parlimen Ampang)

Abdul Malik Kassim(Exco Kerajaan P. Pinang)

Dr Afif Bahardin(Exco Kerajaan P. Pinang) ...dan ramai lagi!

Liew Chin Tong(Ahli Parlimen Kluang)

Anthony Loke(Ahli Parlimen Seremban)

Tony Pua(Ahli Parlimen PJ Utara)

Nurul Izzah(Ahli Parlimen Lembah Pantai)

Rafizi Ramli(Ahli Parlimen Pandan)

Teresa Kok(Ahli Parlimen Seputeh)

Mohamad Sabu(Presiden AMANAH)

Ngeh Koo Ham(Ahli Parlimen Beruas)