dr saw leng guan

11
3 DR SAW LENG GUAN Jika kita meneroka keindahan alam semula jadi dan kehijauan hutan di mana-mana sahaja khususnya di negara ini mahupun di FRIM; kita pasti akan mengagumi kehebatan Pencipta yang menjadikannya. Dan setiap kali kita ingin mengetahui nama tumbuhan- tumbuhan yang pelbagai jenis, nama Dr Saw Leng Guan biasanya tidak terlepas daripada sebutan sebagai salah seorang ahli botani bertaraf kebangsaan dan antarabangsa yang begitu sinonim dengan alam semula jadi, pokok dan tumbuh-tumbuhan. Kehadiran beliau dalam perjalanan hidup FRIM merupakan antara harta bernilai yang dimiliki oleh negara dan perlu dihargai dan diambil pelajaran untuk diwarisi. Atas sumbangan dan jasa beliau yang begitu cemerlang dalam bidang botani, Dato’ Ketua Pengarah (KP) telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Botani FRIM. BIODATA Dr Saw Leng Guan dilahirkan di Taiping, Perak pada 14 Disember 1955. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan) dari Universiti Pertanian Malaysia, sebelum menyertai Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) sebagai Ahli Silvikultur Hutan Bukit pada tahun 1982. Berikutan persaraan KM Kochummen, Saw Leng Guan telah menerima tawaran untuk menggantikan tempat Kochummen sebagai botanis kedua di FRI. Saw menyertai Cawangan Botani pada 1 Mac 1985. Sejak menyertai cawangan ini, Saw telah menunjukkan minat untuk mengkaji tumbuhan monokotiledon khususnya palma. Pada tahun 1990, Saw mengikuti kursus Sarjana Sains di University of Reading dan meneruskan pengajian lepasan ijazah ke atas genus Licuala (Palmae) Semenanjung Malaysia setahun kemudiannya, sebelum memperoleh Ijazah PhD pada tahun 1994.

Upload: ngothien

Post on 16-Jan-2017

275 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dr Saw Leng Guan

3

DR SAW LENG GUAN

Jika kita meneroka keindahan alam semula jadi dan kehijauan hutan di mana-mana sahaja khususnya di negara ini mahupun di FRIM; kita pasti akan mengagumi kehebatan Pencipta yang menjadikannya. Dan setiap kali kita ingin mengetahui nama tumbuhan-tumbuhan yang pelbagai jenis, nama Dr Saw Leng Guan biasanya tidak terlepas daripada sebutan sebagai salah seorang ahli botani bertaraf kebangsaan dan antarabangsa yang begitu sinonim dengan alam semula jadi, pokok dan tumbuh-tumbuhan. Kehadiran beliau dalam perjalanan hidup FRIM merupakan antara harta bernilai yang dimiliki oleh negara dan perlu dihargai dan diambil pelajaran untuk diwarisi. Atas sumbangan dan jasa beliau yang begitu cemerlang dalam bidang botani, Dato’ Ketua Pengarah (KP) telah menobatkan beliau sebagai Tokoh Botani FRIM.

BIODATA

Dr Saw Leng Guan dilahirkan di Taiping, Perak pada 14 Disember 1955. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Perhutanan) dari Universiti Pertanian Malaysia, sebelum menyertai Institut Penyelidikan Perhutanan (FRI) sebagai Ahli Silvikultur Hutan Bukit pada tahun 1982. Berikutan persaraan KM Kochummen, Saw Leng Guan telah menerima tawaran untuk menggantikan tempat Kochummen sebagai botanis kedua di FRI. Saw menyertai Cawangan Botani pada 1 Mac 1985. Sejak menyertai cawangan ini, Saw telah menunjukkan minat untuk mengkaji tumbuhan monokotiledon khususnya palma. Pada tahun 1990, Saw mengikuti kursus Sarjana Sains di University of Reading dan meneruskan pengajian lepasan ijazah ke atas genus Licuala (Palmae) Semenanjung Malaysia setahun kemudiannya, sebelum memperoleh Ijazah PhD pada tahun 1994.

Page 2: Dr Saw Leng Guan

4

Saw sekeluarga: (dari kiri) Saw, Cheryl, Julian, Shu Cheow (isteri) dan Jonathan

KM Kochummen (mendiang)antara guru awal Saw

LATAR BELAKANG KERJAYA

Pada tahun 1990 Saw dinaikkan pangkat ke gred Q2, sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penyelidik Kanan Gred Q1 pada 2001. Pada Oktober 2002, Saw dilantik sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, sebelum dilantik ke jawatan Pengarah Program Pusat Biodiversiti Hutan Tropika (TFBC) pada Ogos 2004. Melihat kepada inisiatif dan penglibatan Saw yang cemerlang dalam bidang penyelidikan, beliau telah dinaikkan pangkat ke Gred VU7 (JUSA) pada 1 September 2007. Saw dilantik sebagai Pengarah Bahagian Biodiversiti Hutan pada 1 Januari 2009.

Antara bidang penyelidikan yang diminati Saw ialah;

1 Taksonomi dan ekologi palma 2 Penyemakan taksanomi tumbuhan

Malaysia (khususnya, tree families)3 Ekologi hutan Malaysia termasuk geografi

tumbuhan 4 Pemuliharaan fl ora dan ekosistem

Malaysia

Page 3: Dr Saw Leng Guan

5

PENCAPAIAN ISTIMEWA

Berikut adalah antara pencapaian utama Saw dalam bidang penyelidikan:

1 Projek Tree Flora of Malaya—Saw menyumbang kepada penyemakan famili, 1985–1989.

2 Pemuliharaan tumbuhan hutan di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kepentingan ekonomi, jarang ditemui atau terancam—Ketua Projek, 1996–1999.

3 Projek Tree Flora of Sabah and Sarawak—perintis projek dan kini bertindak sebagai editor dan menyumbang kepada penyemakan famili sejak 1991 sehingga sekarang.

4 Menentukan saiz optimum Hutan Simpan Dara untuk merangsang pemuliharaan fl ora serta panduan jangka waktu pengurusan bagi setiap jenis ekologi hutan— Ketua Projek dari 1998

5 Krau Game Reserve, kawasan hutan terlindung di Semenanjung Malaysia bagi tujuan pemuliharaan tumbuhan peringkat tinggi—Rakan Usaha Sama Projek, 1999–2005.

6 Penyelaras: Pusat Kepelbagaian Tumbuhan yang mempunyai 14 projek. Saw merupakan Ketua Projek bagi dua daripada projek-projek tersebut.

7 South East Asian Botanical Collections Information Network (SEABCIN), yang dibiayai oleh European Commission merupakan projek kerjasama antara National Herbarium Netherlands, Oxford University, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perhutanan Sarawak, Philippine National Herbarium, Forest Herbarium Bangkok dan Herbarium Bogoriense.

8 Projek FRIM-GEF: Pemuliharaan Kepelbagaian Biodiversiti melalui Prosedur Pengurusan Hutan yang lebih baik. Projek dibiayai oleh GEF.

9 Penyelia bersama bagi projek pelajar—Projek “Population and conservation biology of selected threatened Malesian ornamental species with special emphasis on Johannesteijsmannia (Palmae),” projek kerjasama antara National University of Singapore, Royal Botanic Gardens Kew dan FRIM yang dibiayai oleh ARCBC Research Funds.

10 Projek Flora of Peninsular Malaysia—projek yang dimulakan pada 2005 bagi menyemak semula tumbuhan vaskular yang dianggarkan berjumlah 8300 spesies di Semenanjung Malaysia.

11 Pemuliharaan “Conservation of Rare and Threatened Plants of Peninsular Malaysia”—projek yang dimulakan pada tahun 2005 untuk membangunkan peralatan/perisian bagi tujuan pemuliharaan dan memulihara spesies-spesies terancam di Semenanjung Malaysia.

Page 4: Dr Saw Leng Guan

6

Penglibatan di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Peringkat antarabangsa:1 Ahli Kumpulan Penasihat Brahms (Botanical Research and Herbarium

Management System) sejak tahun 2001, sistem pengurusan pangkalan data untuk kurasi spesimen herbarium dan penyelidikan

2 Ahli Jawatankuasa Penasihat kepada Simposium Antarabangsa Flora Malesiana yang ke-5, Sydney, Australia, 9–15 September 2001

3 Ahli Lembaga “International Flora Malesiana Foundation” sejak September 2004

4 Dilantik sebagai Ahli Audit Sains Royal Botanic Gardens, Kew, U.K. dari Jun 2006

5 Ahli Lembaga Buletin Kew sejak Januari 20076 Ahli Jawatankuasa Editorial “Journal of Tropical Ecology” sejak April

20077 Ahli Jawatankuasa Editorial Pertanika Journal of Tropical Agriculture

Science sejak bulan Februari 20098 Ahli Lembaga Editorial Blumea sejak Jun 2010

Peringkat Kebangsaan:1 Ahli Jawatankuasa, “National Technical Biological Diversity

Committee”2 Ahli Jawatankuasa Taman Botani Sungai Buloh, 19943 Ahli Jawatankuasa Teknikal Kebangsaan CITES (Convention on

International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora)4 Wakili Malaysia dalam Jawatankuasa Tetap CITES—Working Group

on Timber5 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,

ke-6, pada tahun 2002, The Hague, Netherlands6 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,

ke-7, Februari 2004, Kuala Lumpur, Malaysia 7 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,

ke-8, 2006, Curitiba, Brazil8 Pengerusi “The Vulnerability & Adaptations for Biodiversity of the

Second National Communications for Climate Change” sejak 20079 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,

ke-9, 2008, Bonn, Germany10 Panel Pakar bagi Advanced Informatics MIMOS, sejak November

200911 “Fourteenth meeting of the Subsidiary Body on Scientifi c, Technical

and Technological Advice (SBSTTA 14) of the Convention on Biological Diversity” dan “Third meeting of the Ad Hoc Open-ended Working Group on Review of Implementation of the Convention

Page 5: Dr Saw Leng Guan

7

(WGRI 3)”, Nairobi, Kenya, 14–29 May 2010.12 Menyertai Delegasi Malaysia ke Persidangan Kepelbagaian Biologi,

ke-10, 2010, Nagoya, Jepun

Saw ketika menghadiri SBSTTA 14, “The Convention on Biological Diversity Meeting”, Nairobi, Kenya, 2010

Pengulas JurnalSaw merupakan pengulas tetap artikel sains bagi Journal of Tropical Forest Sciences, Malayan Nature Journal, Gardens’ Bulletin Singapore, Kew Bulletin dan Thai Forest Bulletin (Botany).

Editor Bagi Siri Penerbitan1 Tree Flora of Sabah and Sarawak sejak 19952 Flora of Peninsular Malaysia sejak 20053 Risalah Penyelidikan FRIM 1996–20054 Malaysian Nature Journal 1997–19985 Sandakania 1998–19996 Flora Malesiana Series I—Spermatophyta sejak 1998

Menyelia Pelajar Lepasan Ijazah1 Dr Tam Sheh May, MSc, 1999, Universiti Putra Malaysia, Serdang,

Malaysia2 Dr Adrian Loo Hock Beng, PhD, 2001, National University of Singapore,

Singapore3 Dr Look Su Lee, PhD, 2007, National University of Singapore,

Singapore4 Cik Chan Yoke Mui, MSc, 2010, University Malaya, Malaysia5 Puan Sam Yen Yen, PhD, pelajar di bawah penyeliaan Dr Saw bersama

University Malaya pada masa ini.

Page 6: Dr Saw Leng Guan

8

Pemeriksa Pelajar Lepasan Ijazah: 1 Berhaman Ahmad, 1998. MSc. Tajuk tesis: A taxonomic revision of

Nyctocalos (Bignoniaceae) in Malesia, and aspects of its comparative morphology and biogeography. Universiti Malaya.

2 Tam Sheh May, 1998. MSc. Tajuk tesis: Floristic diversity and conservation importance of Bukit Bauk (Terengganu) in Peninsular Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

3 Subhasis Panda, 2007. PhD. Tajuk tesis kedoktoran: Taxonomic revision of some selected genera of Ericaceae in India. University Vidyasagar, India.

ANUGERAH1 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Berkumpulan 1995 2 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang FRIM 19973 Anugerah Tesis Terbaik di FRIM pada tahun 1998— A revision of

Licuala (Palmae) in the Malay Peninsula, Sandakania (1997) 10: 1–954 Menerima Geran daripada British High Commission’s Chevening

Scholarships Scheme: Royal Society—Malaysian Fellowship, 1999/2000 (15 Januari – 15 Jun 2000)

5 Anugerah Penerbitan (Tempat Kedua) 2000—Kategori Penerbitan Teknikal – “Saw L.G. & Y.Y. Sam (2000). Conservation of Dipterocarpaceae in Peninsular Malaysia. Journal of Tropical Forest Science 12: 593–615

6 Anugerah Penerbitan (Tempat Kedua) 2005—Kategori Penerbitan Teknikal- Chua L.S.L., H. Nurulhuda, M. Hamidah & L.G. Saw (2004). Conservation status of Hopea subalata (Dipterocarpaceae) in Peninsular Malaysia. Journal of Tropical Forest Science 16: 271-282

7 Anugerah Penerbitan (Tempat pertama) 2007—Kategori Buku dan Buku Panduan – Chua L.S.L. & L.G. Saw (2006). Plants of Krau. FRIM Research Pamphlet No. 126. Forest Research Institute Malaysia. 227 pp.

8 Anugerah Penerbitan (Tempat Pertama) 2007—Kategori Penerbitan Teknikal— Lee S.L., K.K.S. Ng, L.G. Saw, C.T. Lee, N. Muhammad, N.Tani, Y. Tsumura & J. Koskela (2006). Linking the gaps between conservation research and conservation management of rare dipterocarps: A case study of Shorea lumutensis. Biological Conservation 131: 72–92.

9 Anugerah Penerbitan (Tempat Kedua) 2007—Kategori Perkhidmatan Teknikal— Ng K.K.S., S.L. Lee, L.G. Saw, J.B. Plotkin & C.L. Koh (2006). Spatial structure of three tropical tree species with different habitat preferences in hill dipterocarp forest. Tree Genetics & Genomes. 2: 121–131.

Page 7: Dr Saw Leng Guan

9

10 Anugerah Penyelidikan Terbaik 2007—Projek Tree Flora of Sabah and Sarawak.

11 Anugerah Khidmat Setia bagi ketika Majlis Ulang Tahun FRIM pada tahun 2007.

12 Anugerah Saintis Terbaik FRIM 2009.

Saw ketika menerima Anugerah Saintis Terbaik 2009

Penerbitan:115 artikel di dalam jurnal, artikel dan bab-bab di dalam buku, dan sebagai editor buku.

Spesies dan taksanomi yang telah dinamakan oleh Dr Saw (28 spesies dan dua varieti):

1 Tiliaceae Schoutenia leprosula Saw—Malayan Nat. J. 41(2-3): 272 (1987).

2. Escalloniaceae, Polyosma robusta (Ridl.) Saw—in Tree Fl. Malaya, 4: 468 (1989)

3 Palmae, Licuala thoana Saw & J.Dransf. —Gard. Bull. Singapore 42(1-2): 71. 1990 [1989 publ. 1990]

4 Palmae, Licuala ahlidurii Saw—Sandakania 10: 30 (1997). 5 Palmae, Licuala bayana Saw—Sandakania 10: 21 (1997). 6 Palmae, Licuala cameronensis Saw —Sandakania 10: 76 (1997). 7 Palmae, Licuala egregia Saw—Sandakania 10: 16 (1997).

Page 8: Dr Saw Leng Guan

10

8 Palmae, Licuala fractifl exa Saw — Sandakania 10: 32 (1997). 9 Palmae, Licuala kamarudinii Saw—Sandakania 10: 24 (1997). 10 Palmae, Licuala khoonmengii Saw—Sandakania 10: 43 (1997). 11 Palmae, Licuala malajana Becc. var. humilis Saw—Sandakania 10:

90 (1997). 12 Palmae, Licuala mustapana Saw—Sandakania 10: 55 (1997). 13 Palmae, Licuala palas Saw—Sandakania 10: 59 (1997). 14 Palmae, Licuala peltata Roxb. ex Buch.-Ham. var. sumawongii Saw—

Sandakania 10: 10 (1997). 15 Palmae, Licuala ruthiae Saw—Sandakania 10: 41 (1997). 16 Palmae, Licuala sallehana Saw—Sandakania 10: 11 (1997). 17 Palmae, Licuala sallehana Saw var. incisifolia Saw—Sandakania 10:

13 (1997). 18 Palmae, Licuala stongensis Saw—Sandakania 10: 90 (1997). 19 Palmae, Licuala tenuissima Saw—Sandakania 10: 37 (1997). 20 Palmae, Licuala terengganuensis Saw—Sandakania 10: 61 (1997). 21 Palmae, Licuala whitmorei Saw —Sandakania 10: 78 (1997). 22 Palmae, Pinanga johorensis C.K.Lim & Saw—Gard. Bull. Singapore

50(1): 104. (1998) 23 Orchidaceae, Bulbophyllum setuliferum J.J.Verm. & Saw —Gard.

Bull. Singapore 52(2): 289. (2000)24 Dipterocarpaceae, Vatica yeechongii Saw—Gard. Bull. Singapore

54(2): 247 (2002). 25 Palmae, Pinanga sarmentosa Saw—Palms (1999+). 47(3): 141

(2003).26 Escalloniaceae, Polyosma maliauensis Saw—Sandakania 14: 57(-59;

fi g.). (2004) [April 2004]27 Zingiberaceae, Scaphochlamys abdullahii Y.Y.Sam & Saw—Gard.

Bull. Singapore 57(2): 253 (-256; fi g. 1). (2005) [30 Dec 2005]28 Zingiberaceae, Scaphochlamys cordata Y.Y.Sam & Saw—Gard. Bull.

Singapore 57(2): 256 (-258; fi g. 2). (2005) [30 Dec 2005]29 Zingiberaceae, Scaphochlamys laxa Y.Y.Sam & Saw—Gard. Bull.

Singapore 57(2): 258 (-261; fi g. 3). (2005) [30 Dec 2005]30 Cycadaceae, Cycas cantafolia Jutta, K.L.Chew & Saw—Blumea:

55(3): 248 (2010).

Spesies baharu yang telah terima oleh jurnal Kew Bulletin (dalam proses penerbitan):

31 Palmae, Licuala atrovirens Saw 32 Palmae, Licuala bruneiana Saw 33 Palmae, Licuala burretii Saw 34 Palmae, Licuala campestris Saw

Page 9: Dr Saw Leng Guan

11

35 Palmae, Licuala chaiana Saw 36 Palmae, Licuala collina Saw 37 Palmae, Licuala cordata Becc. var. ashtonii Saw 38 Palmae, Licuala elliptica Saw 39 Palmae, Licuala exigua Saw 40 Palmae, Licuala fl ammula Saw 41 Palmae, Licuala intermedia Saw 42 Palmae, Licuala kuchingensis Saw 43 Palmae, Licuala lambii Saw 44 Palmae, Licuala leopoldii Saw 45 Palmae, Licuala leucocarpa Saw 46 Palmae, Licuala maculata Saw 47 Palmae, Licuala meijerii Saw 48 Palmae, Licala micholitzii var. leeana Saw 49 Palmae, Licuala miriensis Saw 50 Palmae, Licuala mukahensis Saw 51 Palmae, Licuala oryzoides Saw 52 Palmae, Licuala pilosa Saw 53 Palmae, Licuala pseudovalida Saw 54 Palmae, Licuala rheophytica Saw 55 Palmae, Licuala rubiginosa Saw 56 Palmae, Licuala sabahana Saw 57 Palmae, Licuala yiiana Saw

Tumbuhan yang dinamakan sebagai penghormatan kepada Saw (tiga spesies):

1 Begoniaceae Begonia lengguanii Kiew—Begonias Penins. Malaysia 211 (-215; fi g., photos). 2005 [1 Feb 2005]

2 Poaceae Schizostachyum lengguanii K.M.Wong— Bamboos Penins. Malaysia (Malayan Forest Rec., 41) 176 (1995)

3 Orchidaceae Trispermum lengguanianum. P.T.Ong & O’Byrne—Malesian Orchid Journal

PRINSIP HIDUP DAN INSPIRASI

Prinsip hidup Saw adalah mudah—percaya kepada Tuhan dan sentiasa melakukan yang terbaik. Kata Saw, “My inspiration has always been nature. I have great love for nature for what it is and always marvel at its beauty and simplicity”.

“I am grateful to FRIM and it has provided me much opportunities. FRIM to me is just like an oyster, if we work hard and with purpose opportunities abound, you will fi nd one’s pearl!”

Page 10: Dr Saw Leng Guan

12

Pinanga sarmentosa, dijumpai di Sg Nipah, Terengganu

Antara spesies yang dinamakan oleh Saw:

Licuala cameronensis, ditemui di Cameron Highlands sahaja

Licuala bayana, spesies endemik di Jerangau, Terengganu; dan dinamakan

sempena Baya Busu

Baya Busu (mendiang) memegang pelepah Licuala ahlidurii, spesies yang

dinamakan sempena Dr John Dransfi led

Page 11: Dr Saw Leng Guan

13

ULASAN KETUA PENGARAH

Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Dr Saw Leng Guan adalah antara pakar botani yang dikagumi di peringkat tempatan dan antarabangsa; sebaris dengan mereka yang saya kenali secara peribadi—Dr John Dransfi eld, Dr Wong Khoon Meng dan Prof Dato’ Dr Abd Latif Mohamad. Dengan 25 spesies dan dua varieti tumbuhan khususnya daripada kaum palma, dipterokarpa dan halia yang telah Dr Saw namakan dan hampir 30 lagi yang bakal diterbitkan, keunggulan beliau pastinya akan tertinta dalam lipatan sejarah; dan akan terus menjadikan Dr Saw antara individu dan pakar yang selayaknya menjadi Tokoh Botani FRIM, Malaysia dan Antarabangsa yang boleh ditimbang tara dengan mutu kerja Burkill dan Holtum. Sumbangan bakti, dedikasi dan komitmen beliau dalam bidang botani juga dirasakan akan menjadi legasi bagi sebuah keunggulan penyelidikan di FRIM.

Semoga Dr Saw akan terus menabur bakti dan jasa dalam bidang botani dan biodiversiti negara; dan bersama-sama membentuk pelapis bagi memastikan khazanah warisan negara tetap terpelihara, dikaji, diterokai dan dimanfaatkan sebaik-baik mungkin untuk generasi akan datang.

Tabik hormat saya untuk Dr Saw Leng Guan.