januari 23, 2017 - pelan banglo

28

Upload: others

Post on 15-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo
Page 2: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 1

Penafian

Ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat

umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau

pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di

dalam ebook ini adalah tepat dan lengkap. Lakaran Design dan PelanBanglo.com

dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko

kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat

penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, sama ada secara langsung atau

tidak langsung.

Formula dan strategi yang disebut di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai

untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada

semua pihak dalam proses memiliki rumah banglo idaman.

Hak Cipta Terpelihara © 2017 (Lakaran Design)

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan

isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin

daripada pihak Lakaran Design dan PelanBanglo.com . Kebanyakkan gambar

digunakan adalah sekadar hiasan tiada kena mengena dengan artikel atau individu

itu sendiri.

Diterbitkan oleh Lakaran Design

Untuk www.pelanbanglo.com

Page 3: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 2

Isi Kandungan

Pengenalan

Bab 1 : Apakah kos bina rumah banglo ?

Bab 2 : Berapa harga bina rumah sekaki persegi?

Bab 3 : Nak bina rumah berapa tingkat ?

Bab 4 : Formula 1 “LePaKaKi”

Bab 5 : Formula 2 "41 LotKi"

Bab 6 : Formula 3 “Bajet” tentukan luas rumah

Bab 7 : Contoh - contoh rumah banglo dan kos bina

Bab 8 : 5 Tip mempengaruhi kos bina rumah banglo

Kesimpulan

Page 4: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 3

Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan dan puan, bakal pemilik

rumah banglo yang kami kasihi.

Pertama sekali, izikan kami untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kesyukuran kepada Allah S.W.T, Tuhan yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang,

di atas peluang yang diberikan kepada kami untuk menyiapkan sebuah ebook

khusus untuk bakal-bakal pemilik rumah banglo.

Tujuan ebook ini ditulis adalah untuk membantu tuan puan yang ingin

membina rumah banglo di atas tanah sendiri mengetahui cara mudah bagaimana

untuk mengira anggaran kasar kos bina rumah tanpa pelan rumah termasuk luas

rumah yang akan dibina dalam masa 15minit. Ia diperingkat paling awal apabila

anda mula berangan ingin memiliki rumah banglo idaman.

Semoga ebook ini dapat membantu dan menjadi panduan awal tuan puan

dalam proses mendapatkan pelan rumah banglo dan membina rumah idaman di atas

tanah sendiri sama ada di kawasan kampung atau bandar.

Kami mendoakan dipermudahkan segala urusan tuan puan dalam memiliki tanah

untuk membina rumah banglo idaman anda sekeluarga. Amin

Lakaran Design

www.pelanbanglo.com

Page 5: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 4

Bab 1 : Apakah Kos Bina Rumah Banglo ?

Apa itu kos bina rumah banglo? Kalau kawan tuan puan tanya, jawablah

bajet kasar bina rumah atau kos anggaran kasar bina rumah yang perlu

disediakan oleh pemilik rumah banglo berdasarkan harga sekaki persegi

pembinaan semasa di kawasan anda.

Kos anggaran kasar ini perlu difikirkan dan diketahui pada peringkat awal

semasa atau sebelum tuan puan bercadang untuk membina rumah banglo idaman.

Perkara paling penting sebelum anda mereka bentuk pelan rumah dan membina

rumah banglo. Jika tersilap kira kos atau sediakan bajet rumah impian hanya siap di

atas kertas atau separuh jalan semasa pembinaan berjalan. Kecukupan bajet

disediakan oleh pemilik rumah membantu melancarkan proses pembinaan rumah

semasa di dalam pembinaan sehingga siap boleh diduduki.

Kos bina rumah pada tahun ini tidak akan sama jika tuan puan bina rumah

tahun hadapan, 2 tahun atau 3 tahun akan datang kerana dipengaruhi oleh faktor

ekonomi semasa pada tahun rumah anda dibina. Biasanya kos bina akan meningkat.

Jadi kami www.pelanbanglo.com ingin mendedahkan teknik dan formula

mudah bagaimana anda boleh kira sendiri kos anggaran kasar bina rumah banglo

dalam masa 15 minit tanpa ada pelan rumah. Teruskan pembacaan anda dan

ikutilah langkah demi langkah yang dikongsikan. Kita kira dan buat bersama-sama.

Page 6: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 5

Bab 2 : Berapa Harga bina rumah sekaki persegi?

Langkah pertama, sebelum tuan puan membuat pengiraan kos bina rumah

banglo, anda mesti mengetahui dahulu harga bina rumah dalam sekaki persegi. Tip

mudah untuk mendapatkan harga bina rumah sekaki persegi (RM/kaki) dengan

bertanya minima 3 kontraktor yang sedang membina rumah disekitar rumah anda

atau yang terbaik berdekatan tapak rumah banglo yang akan dibina.

Tuan puan juga boleh mendapatkan harga bina rumah sekaki dengan melihat

iklan-iklan kontraktor di internet atau media lain dan menghubungi mereka. Tanya

mereka, jika mahu bina rumah banglo di kawasan ini berapa mereka caj harga sekaki

persegi untuk bina rumah banglo baru bukan ubahsuai rumah.

Tuan puan jangan risau, kami sudah membuat kajian harga sekaki bina rumah

banglo dalam pasaran semasa ebook ini ditulis daripada beberapa kontraktor untuk

membina banglo di Semenanjung Malaysia :

1) Rumah banglo 1 tingkat anggaran dalam RM110 - RM120 sekaki.

2) Rumah banglo 2 tingkat atau lebih angaran dalam RM130 - RM150

sekaki.

Tuan puan pilih harga yang paling mahal untuk kira kos anggaran awal ini dimana

rumah banglo setingkat guna RM120 sekaki dan banglo 2 tingkat RM150 sekaki.

Harga bina sekaki berbeza mengikut lokasi tapak banglo, bahan binaan

digunakan, reka bentuk rumah banglo serta kepakaran kontraktor. Harga ini berbeza

dan berubah setiap tahun. Dalam pengiraan anggaran kos bina rumah nanti tuan

puan kena guna harga sekaki yang paling mahal supaya bajet anda mencukupi

semasa proses pembinaan berjalan hingga rumah siap dibina sepenuh oleh

kontraktor yang dilantik.

Page 7: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 6

Bab 3: Nak bina rumah berapa tingkat ?

Langkah ke dua, tuan puan mesti menetapkan sama ada nak bina rumah

setingkat atau 2 tingkat atau lebih. Ini penting sebelum anda mengira anggaran kos

bina rumah anda.

Tip mudah untuk tetapkan samaada rumah setingkat atau 2 tingkat

bergantung kepada ukuran dan keluasan tanah anda. Tanah yang luas

membolehkan anda membina rumah setingkat walaupun banyak bilik dan

berkeluasan luas. Jika ukuran dan luas tanah yang terlalu kecil rumah 2 tingkat

keatas pilihan terbaik atau anda yang ingin baki tanah lot yang luas untuk aktiviti

sekeluarga .

Gambar 1 : Contoh rumah banglo setingkat LD12 yang tanah lot berukuran 112’ lebar x 87’

panjang dengan memiliki 9 bilik dan 4 bilik air yang terdapat di www.pelanbanglo.com

Page 8: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 7

Gambar 2 : Contoh rumah banglo 1 ½ tingkat LD22 yang tanah lot berukuran 60’ lebar x

80’ panjang dengan memiliki 5 bilik dan 3 bilik air yang terdapat di www.pelanbanglo.com

Gambar 3 : Contoh rumah banglo 2 tingkat LD14 yang tanah lot berukuran 50’ lebar x 80’

panjang dengan memiliki 4 bilik dan 3 bilik air yang terdapat di www.pelanbanglo.com

Jika tuan puan sudah mengetahui harga bina rumah sekaki dan tetapkan

banglo berapa tingkat, mudahlah anda membuat pengiraan kos anggaran kasar

banglo siap dikira dalam masa 15 minit tanpa perlu ada pelan rumah.

Page 9: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 8

Bab 4 : Formula 1 “LePaKaKi”

Formula 1 “LePaKaKi”, formula ringkas untuk anda mengira anggaran kos

bina rumah berdasarkan saiz dan keluasan rumah banglo yang hendak dibina. Tuan

puan mesti tetapkan saiz rumah yang mahu dibina terlebih dahulu. Pastikan saiz

rumah yang mahu dibina berapa ukuran lebar dan panjang rumah boleh muat

dibina di atas tanah lot yang anda miliki. Tuan puan boleh kira dengan mudah

anggaran kos bina rumah mengunakan saiz rumah mengikut tanah lot dimiliki

dengan mengunakan formula “LePaKaKi” :

“LePaKaKi” = (Lebar x Panjang = Luas Rumah) x (Harga Bina Sekaki)

“LePa” singkatan Lebar dan Panjang rumah bagi mendapatkan keluasan rumah

banglo. Manakala “KaKi” singkatan bagi harga bina sekaki persegi.

Gambar 4 : Tanah lot banglo berukuran 50’ lebar x 80’ panjang dan saiz rumah maksimum

boleh dibina setelah ditolak anjakkan bangunan (building setback).

Page 10: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 9

Latihan 1, jika tuan puan memiliki tanah lot berukuran 50’ lebar x 80’

panjang. Saiz rumah yang boleh dibina maksimum di tanah lot ini adalah 30’ lebar x

50’ panjang. Selepas ditolak anjakkan bangunan (building setback) depan 20’ dan

sisi serta belakang 10’ daripada sempadan lot tanah.

Berapakah kos anggaran bina rumah banglo anda ? Langkah pengiraannya :

a) Kira luas rumah dahulu = 30’ lebar x 50’ panjang = 1500 kaki persegi

(kp). Luas 1500kp bagi lantai rumah yang boleh dibina maksimum.

b) Kira kos bina guna formula “LePaKaKi” = (Luas rumah) x (Harga

Sekaki) ikut tingkat banglo yang tuan puan telah tetapkan.

Gambar 5 : Saiz rumah maksimum boleh bina 30' Lebar x 50' Panjang = 1,500kp

c) Banglo setingkat = (Luas rumah x tingkat ) x (Harga sekaki)

= (1500kp x 1 = 1500kp) x RM120

= RM180,000.00

Page 11: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 10

d) Banglo 1 1/2 tingkat = (Luas rumah x tingkat) x (Harga sekaki)

= ( 1500kp x 1.5 = 2250kp) x RM150

= RM337,500.00

e) Banglo 2 tingkat = (Luas rumah x tingkat) x (Harga sekaki)

= (1500kp x 2 = 3000kp) x RM150

= RM450,000.00

f) Jika porch (tempat letak kereta) anda di dalam kawasan binaan rumah

tidak perlu tambah keluasan dan kos bina porch. Jika porch anda

bercantum atau berasingan kos binanya perlu ditambah dalam kos bina

rumah banglo anda. Keluasan 1 petak tempat letak kereta ialah 128kp x

RM120 = RM13,360. Jika nak bina 2 petak x RM13,360 = RM30,720.

g) Akhir sekali, tuan puan tambah 6% GST daripada keseluruhan kos bina

rumah idaman selepas tambah kos bina porch. Cuba anda kira

penambahan kos porch berasingan dan GST untuk banglo setingkat.

h) Kos Banglo setingkat = (Kos Setingkat)+ (2 petak porch) + 6% GST

= (RM180,000 + RM30,720) + (6%)

= RM210,720 + RM12643.20

= RM223, 363.20 (Kos Keseluruhan)

Page 12: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 11

Latihan 2, jika tanah tuan puan di kampung luas dalam seekar. Saiz rumah

yang boleh dibina ditetapkan mengikut yang anda kehendaki. Atau rumah yang

hendak dibina di antara rumah sedara mara dalam tanah setengah ekar. Mulakan

dengan mengukur kawasan tapak yang tinggal dan tolak jarak minima 10 - 15 kaki

daripada dinding rumah sedara atau adik beradik. Tujuan jarak 10’-15’ kaki sebagai

setback (anjakkan bangunan) untuk pengudaraan dan pencahayaan rumah serta

mengelakkan api merebak ketika rumah sebelah terbakar.

Katakan setelah anda ukur dari dinding rumah sedara, kawasan rumah yang

boleh dibina bersaiz 70' lebar x 90' panjang. Anda boleh bina saiz rumah 40’ lebar x

60’ panjang.

Berapa kos untuk anda bina rumah setingkat dan 2 tingkat ? Mari kita kira

sama-sama. Langkah pengiraannya :

a) Kira luas rumah dahulu = 40’ lebar x 60’ panjang = 2400 kaki persegi

(kp). Luas 2400kp bagi lantai rumah yang boleh dibina maksimum.

b) Kira kos bina guna formula “LePaKaKi” = (Luas rumah) x (Harga

Sekaki) ikut tingkat banglo yang tuan puan telah tetapkan.

c) Banglo setingkat = (Luas rumah x tingkat) x (Harga sekaki)

= (2400kp x 1) x RM120

= RM288,000.00

d) Banglo 2 tingkat = (Luas rumah x 2 tingkat ) x (Harga sekaki)

= ( 2400kp x 2 = 4800kp) x RM150

= RM720,000.00

Page 13: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 12

e) Jika porch (tempat letak kereta) anda di dalam kawasan binaan rumah

tidak perlu tambah keluasan dan kos bina porch. Jika porch anda

bercantum atau berasingan kos binanya perlu ditambah dalam kos bina

rumah banglo anda. Keluasan 1 petak tempat letak kereta ialah 128kp x

RM120 = RM15,360. Jika nak bina 2 petak x RM15,360 = RM30,720.

f) Akhir sekali, tuan puan tambah 6% GST daripada keseluruhan kos bina

rumah idaman selepas tambah kos bina porch. Cuba anda kirakan

penambahan kos 2 petak porch berasingan dan GST untuk banglo 2

tingkat.

g) Kos Banglo 2 tingkat = (Kos 2 tingkat)+ (2 petak porch) + 6% GST

= (RM720,000+ RM30,720) + (6%)

= RM750,720 + RM45043.20

= RM795,763 .20 (Kos Keseluruhan)

Taniah tuan puan telah berjaya mengira kos anggaran bina rumah banglo

idaman anda dalam masa 15 minit dengan formula 1 “LePaKaKi” tanpa ada pelan

rumah. Mudahkan kira kos rumah anda. Kami akan kongsikan formula kira kos

seterusnya. Anda telah bersedia untuk formula 2? Ya, tak sabar rasanya.

Page 14: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 13

Bab 5 : Formula 2 "41 LotKi"

Formula 2 yang kami ingin kongsikan diberi nama Formula “41 LotKi”.

Formula ini hanya boleh digunakan jika tuan puan mempunyai geran tanah yang

tertulis keluasan tanah lot dalam meter persegi atau kaki persegi. Anda tak perlu

tetapkan saiz rumah. Apa yang anda perlu tahu adalah keluasan tanah sahaja.

Tuan puan boleh kira dengan mudah dan cepat anggaran kos bina rumah banglo

mengunakan ukuran keluasan tanah pada geran dengan formula “41 LotKi” :

Formula “41 LotKi” = (0.41 x Luas Lot Tanah) x (Harga Bina Sekaki).

“41 Lot” merujuk kepada 41% (0.41) keluasaan binaan rumah maksimum boleh

dibina di atas tanah termasuk 2 petak tempat letak kereta berbumbung setelah

ditolak anjakkan bangunan (building setback) 20' depan dan 10' sesi serta 10'

belakang. Manakala “Ki” singkatan bagi harga bina sekaki persegi.

Latihan 1, kirakan anggaran kos bina banglo anda bagi Lot 5 dibawah untuk

banglo setingkat dan 2 tingkat menggunakan formula “41 LotKi”.

Gambar 6 : Contoh Tanah lot 5 berkeluasan 551m

2

Page 15: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 14

Langkah pengiraan menggunakan formula “41 LotKi” bagi Lot 5 (contoh) :

a) Tuan puan tukarkan dahulu keluasan tanah daripada meter persegi (m2)

kepada kakipersegi (kp). Keluasan bagi Lot 5 = 551m2 x 10.76391 =

5,930.91kp . Luas tanah Lot 5 dalam kakipersegi = 5,931kp.

b) Kira kos bina guna formula “41 LotKi” = (0.41 x Luas Lot Tanah) x

(Harga Bina Sekaki) mengikut tingkat banglo yang tuan puan telah

tetapkan. Latihan kira ini kita kira untuk banglo setingkat dan 2 tingkat

sekali sebagai contoh.

c) Banglo setingkat = (0.41 x Luas Tanah) x (Harga sekaki)

= (0.41 x 5,931kp = 2,431.71kp) x RM120

= RM 291,805.20 + 6% GST (RM17,508.31)

= RM 309,313.51

d) Banglo 2 tingkat = (0.41 x Luas Tanah xTingkat ) x (Harga sekaki)

= (0.41 x 5,931kp = 2,431.71kp x 2 ) x RM150

= ( 4,863.42kp ) x RM150

= RM 729, 513 + 6% GST (RM43,770.78)

= RM 773,283.78

Formula “41 LotKi” tidak sesuai digunakan bagi tanah yang berukuran lebih

10,000kp (929m2) ke atas. Lebih sesuai bagi tanah lot yang berkeluasan kecil dalam

3,000kp -6,000kp. Anda yang mahu bina rumah banglo idaman semaksimum yang

boleh setelah ditolak anjakkan bangunan (building setback). Jadi mudahnya kira kos

bina rumah sendiri siap dalam masa 15 minit tanpa ada pelan rumah.

Page 16: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 15

Bab 6 : Formula 3 “Bajet” tentukan luas rumah

Hampir 90% bakal pemilik rumah banglo yang menghubungi kami

www.pelanbanglo.com dan menyatakan bajet (kos bina) bina rumah dengan

keluasan rumah yang hendak dibina TIDAK LOGIK. Ramai yang sediakan bajet

terlalu sedikit jika dibandingkan dengan keluasan rumah atau saiz rumah yang mahu

dibina. Kita mahu anda perbetulkan bajet bina rumah selari dengan saiz rumah

impian. Supaya dalam proses mendapatkan reka bentuk pelan rumah, pelan tersebut

mengikut bajet yang telah anda tetapkan. Bila dibina rumah siap mengikut bajet telah

ditetapkan dan siap sepenuhnya serta tidak terbengkalai.

Kenapa kami kata TIDAK LOGIK ? Contoh pertama. Kos bina dan bajet yang

anda sediakan dalam RM100,000 sahaja. Tetapi anda mahu bina rumah banglo

setingkat 5 bilik rumah dan 4 bilik air serta keluasan rumah dalam 3000kp. Cuba

anda kira kos bina rumah keluasan 3000kp mengikut formula “LePaKaKi” = (Luas

rumah = 3000kp) x (Harga Sekaki = RM120) = RM360,000 (kos anggaran sebenar).

Jika bajet anda RM100,000 sahaja. Rumah besar mana boleh bina ? Mudah

aje anda nak tahu. Formula 3 "BajetKi" boleh membantu anda. Macammana ?

Formula 3 "BajetKi" = Bajet Anda (RM)

Harga Bina Sekaki (RM)

= Keluasan Rumah (kakipersegi)

Page 17: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 16

Formula 3 "BajetKi" mudah digunakan iaitu "Bajet Anda" dibahagikan

dengan "Kos Bina Sekaki Persegi". Mari kita kira jika bajet anda RM100,000 dan

keluasan rumah besar mana boleh bina ?

Formula 3 "BajetKi" = Bajet Anda (RM)

Harga Bina Sekaki (RM)

= RM100,000 (Bajet Anda)

RM120 (Setingkat)

Keluasan Rumah Maksimum = 833kp (kaki persegi)

Sepatutnya jika bajet anda RM100,000 keluasan rumah tidak boleh lebih

833kp termasuk porch. Rumah banglo setingkat 3 bilik dan 2 bilik air sahaja. Contoh

ukuran rumah 22' lebar x 37' panjang atau 30' lebar x 27' panjang.

Berikut anggaran bajet kasar dan keluasan rumah setingkat ( ikut harga

binaan sekaki semasa ebook ini ditulis = RM120 sekaki ) sebagai rujukkan anda :

a) Bajet RM100,000 = 833 kp (Luas rumah = 3 bilik + 2 bilik air)

b) Bajet RM150,000 = 1,250 kp (Luas rumah = 3 bilik + 2 bilik air+Utiliti)

c) Bajet RM200,000 = 1,667 kp (Luas rumah = 4 bilik + 3 bilik air)

d) Bajet RM250,000 = 2,083 kp (Luas rumah = 4 bilik + 3 bilik air + utiliti)

e) Bajet RM300,000 = 2,083 kp (Luas rumah = 5 bilik + 4 bilik air )

f) Bajet RM350,000 = 2,983 kp (Luas rumah = 5 bilik + 4 bilik air + utiliti)

Page 18: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 17

Kalau tuan puan nak bina banglo 2 tingkat, berapa bajet diperlukan minima ?

Berikut anggaran bajet kasar dan keluasan rumah 2 tingkat ( ikut harga binaan

sekaki semasa ebook ini ditulis = RM150 sekaki) sebagai rujukkan anda :

a) Bajet RM150,000 = 1000 kp (Luas rumah = 3 bilik + 2 bilik air)

b) Bajet RM200,000 = 1,333 kp (Luas rumah = 4 bilik + 3 bilik air)

c) Bajet RM250,000 = 1,667 kp (Luas rumah = 4 bilik + 3 bilik air+ Utiliti)

d) Bajet RM300,000 = 2,000 kp (Luas rumah = 5 bilik + 3 bilik air )

e) Bajet RM350,000 = 2,333 kp (Luas rumah = 5 bilik + 4 bilik air )

f) Bajet RM400,000 = 2,667 kp (Luas rumah = 5 bilik + 4 bilik air + utiliti)

g) Bajet RM450,000 = 3,000 kp (Luas rumah = 6 bilik + 4 bilik air )

h) Bajet RM500,000 = 3,333 kp (Luas rumah = 6 bilik + 5 bilik air + utiliti)

f) Bajet RM400,000 = 2,667 kp (Luas rumah = 5 bilik + 4 bilik air + utiliti)

g) Bajet RM450,000 = 3,000 kp (Luas rumah = 6 bilik + 4 bilik air )

h) Bajet RM500,000 = 3,333 kp (Luas rumah = 6 bilik + 5 bilik air + utiliti)

Bajet dan keluasan yang kami cadangankan ini adalah bagi rumah banglo

yang berkemasan sederhana sahaja seperti kemasan rumah teres sederhana. Jika

anda mahu bina rumah banglo berkemasan mewah harga bina sekaki persegi

minima RM200 ke atas bagi banglo setingkat dan banglo 2 tingkat RM250 sekaki ke

atas atau lebih lagi bergantung bahan binaan dan kemasan yang digunakan.

Nota : Kiraan kos bina bab 6 (Formula 3) adalah tanpa GST.

Page 19: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 18

Bab 7 : Contoh - contoh rumah banglo

dan kos bina

Sudahkah tuan puan mendapat gambaran rumah banglo idaman anda ?

Berapa keluasan dan kos membina rumah anda ? Kami kongsikan beberapa contoh

reka bentuk rumah banglo setingkat hingga 2 tingkat sebagai panduan anda. Untuk

melihat contoh pelan rumah banglo sila layari www.pelanbanglo.com sekarang.

Gambar 8 : PelanBanglo LD19 lot size 40’ lebar x 70’ panjang. Keluasan rumah 914kp.

Anggaran kos bina RM109,680. Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air serta 1 petak porch.

Gambar 9 : PelanBanglo LD29 lot size 50’ lebar x 60’ panjang. Keluasan rumah 1,092kp.

Anggaran kos bina RM131,040. Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air serta 1 petak porch.

Page 20: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 19

Banglo Setingkat untuk lihat pelannya KLIK www.pelanbanglo.com

Gambar 10 : PelanBanglo LD5 lot size 50’ lebar x 70’ panjang. Keluasan rumah 1,387kp.

Anggaran kos bina RM166,440. Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air serta 2 petak porch.

Gambar 11 : PelanBanglo LD31 lot size 50’ lebar x 80’ panjang. Keluasan rumah 1,632kp

Anggaran kos bina RM195,840. Mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air serta 2 petak porch.

Nota : Kiraan kos bina bab 7 adalah tanpa GST. Sila tambah sendiri 6%.

Page 21: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 20

Banglo Setingkat untuk lihat pelannya KLIK www.pelanbanglo.com

Gambar 12 : PelanBanglo LD25 lot size 76’ lebar x 74’ panjang. Keluasan rumah 2,213kp.

Anggaran kos bina RM265,560. Mempunyai 5 bilik dan 4 bilik air serta 1petak porch.

Gambar 13 : PelanBanglo LD35 lot size 60’ lebar x 90’panjang. Keluasan rumah 2,333kp

Anggaran kos bina RM279,960. Mempunyai 5 bilik dan 3 bilik air serta 3 petak porch.

Nota : Kiraan kos bina bab 7 adalah tanpa GST. Sila tambah sendiri 6%.

Page 22: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 21

Banglo 1 1/2 tingkat untuk lihat pelannya KLIK www.pelanbanglo.com

Gambar 14 : PelanBanglo LD22 lot size 60' lebar x 80’ panjang. Keluasan rumah 2,528kp.

Anggaran kos bina RM379,200. Mempunyai 5 bilik dan 3 bilik air serta 2 petak porch.

Gambar 15 : PelanBanglo LD30 lot size 60’ lebar x 80’panjang. Keluasan rumah 3,186kp

Anggaran kos bina RM477,900. Mempunyai 5 bilik dan 4 bilik air serta 2 petak porch.

Nota : Kiraan kos bina bab 7 adalah tanpa GST. Sila tambah sendiri 6%.

Page 23: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 22

Banglo 2 tingkat untuk lihat pelannya KLIK www.pelanbanglo.com

Gambar 16 : PelanBanglo LD14 lot size 50' lebar x 80’ panjang. Keluasan rumah 2,438kp.

Anggaran kos bina RM365,700. Mempunyai 5 bilik dan 3 bilik air serta 2 petak porch.

Gambar 17 : PelanBanglo LD38 lot size 60’ lebar x 90’panjang. Keluasan rumah 2,086kp

Anggaran kos bina RM312,900. Mempunyai 4 bilik dan 3 bilik air serta 1 petak porch.

Nota : Kiraan kos bina bab 7 adalah tanpa GST. Sila tambah sendiri 6%.

Page 24: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 23

Bab 8 : 5 tip mempengaruhi kos bina

rumah banglo

Tuan puan nak tahu, 5 tip yang akan mempengaruhi kos pembinaan rumah

banglo anda :

a) Saiz dan keluasan rumah dibina - Sekiranya tuan puan bina rumah

kecil 3 bilik 2 bilik air (keluasan = 1000kp) kos bina lebih murah jika

dibandingkan dengan membina rumah 5 bilik 4 bilik air (keluasan

3000kp) lebih mahal.

b) Tingkat rumah yang dibina - Kos bina rumah setingkat lebih murah

jika dibandingkan tuan puan membina rumah banglo 2 tingkat

walaupuan keluasan yang sama.

c) Bahan binaan dan kemasan digunakan - Penggunaan jenis bahan

binaan (jenis jubin bumbung, batu bata / simen, cerucuk, asas tapak dll)

dan kemasan (jenis jubin lantai, siling, cat, tingkap, cermin, sanitari dll).

Sebagai contoh jika rumah tuan puan bina guna bumbung zink (metal

decking) kos lebih murah jika dibandingkan menggunakan bumbung

jenis jubin konkrit.

d) Pelan dan rekabentuk rumah - Pelan rumah yang ringkas dan

rekabentuk luaran yang simple termasuk rekabentuk bumbung lebih

ringkas menjadikan kos bina rumah yang murah. Jika tuan puan bina

rumah yang kompleks pelan dan rekabentuknya, kos bina rumah akan

mahal kerana faktor kesukaran pembinaan rumah oleh kontraktor

ditapak.

Page 25: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 24

e) Keadaaan fizikal tapak rumah – Sekiranya tuan puan membina rumah

di tanah yang rata kos bina rumah lebih rumah jika dibandingkan anda

membina rumah banglo di tanah berbukit, cerun tinggi atau landai.

Anda perlu tambak tanah atau pembinaan “retaining wall / tembok

konkrit’ bagi tanah yang cerun tinggi yang menyebabkan kos harga

rumah menjadi mahal. Pastikan sebelum tuan puan membeli tanah

fikirkan keadaan fizikal tanah dan buat lawatan tapak sebelum

membuat pembelian tanah.

5 tip di atas akan mempengaruhi kos membina rumah banglo tuan

puan. Jadi pastikan anda membuat keputusan yang terbaik semasa membeli tanah,

buat pelan dan pilih bahan binaan. Jika anda tidak ada pengalaman atau tidak tahu

tanya sahabat yang pernah bina rumah sendiri atau dapatkan khidmat mereka yang

pakar dalam merekabentuk rumah dan membina rumah banglo.

Page 26: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 25

Kesimpulan

Tuan puan telah mengetahui 3 formula rahsia mengira anggaran kos bina

rumah banglo anda tanpa ada pelan rumah dalam masa 15 minit. Langkah pertama,

anda kena tahu harga bina sekaki persegi dan mahu bina berapa tingkat. Semasa

ebook ini ditulis harga bina sekaki bagi banglo setingkat RM120 sekaki dan banglo

2 tingkat RM150 sekaki. Pastikan tuan puan semak dahulu harga bina sekaki

persegi semasa ditempat anda daripada minima 3 kontraktor sebelum membuat

pengiraan kos anggaran rumah banglo.

Mari kita ingatkan semula 3 formula kira kos bina rumah. Formula 1 untuk kira

kos bina yang mudah, formula “LePaKaKi” iaitu (Luas Rumah) x (Harga Bina

Sekaki). Anda kira keluasan rumah dahulu dengan tetapkan saiz dan ukuran lebar x

panjang rumah berdasarkan ukuran tapak rumah atau tetapkan sendiri. Formula 2

kira kos bina Formula “41 LotKi” iaitu (0.41 x Luas Lot Tanah) x (Harga Bina

Sekaki). Formula ini hanya menggunakan maklumat keluasan tanah yang terdapat

dalam geran tanah anda untuk mengiranya.

Formula 3 lebih kepada menyemak samaada kos rumah yang anda sudah

tetapkan boleh bina rumah besar mana. Formula 3 "BajetKi" iaitu "Bajet Anda"

dibahagikan dengan "Kos Bina Sekaki Persegi". Anda akan mendapat keluasan

rumah banglo yang mengikut baget membantu dalam proses rekabentuk awal dan

membuat perancangan kewangan untuk membina rumah idaman.

Page 27: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 26

Kos bina rumah dipengaruhi 100% oleh keluasan rumah. Luas rumah kecil

murahlah kos binanya, rumah keluasan besar mahal harga binanya. Kos bina rumah

adalah perkara utama dalam memastikan perjalanan tuan puan dalam memiliki

rumah banglo idaman. Kesilapan dalam menyediakan bajet yang cukup akan

menyebabkan impian anda memiliki rumah banglo hanya tinggal diminda dan di atas

kertas. Bagi memastikan bajet yang mencukupi dan tepat 100%, tuan puan harus

memiliki pelan rumah banglo yang muktamad.

Pengiraan kos muktamad dikira berdasarkan pelan rumah tersebut. Jangan

ubah reka bentuk rumah semasa pembinaan sedang berjalan. Jika anda mahu ubah

dan pinda, ubah semasa di atas kertas. Jika tidak, kos dan bajet anda akan lari dan

menjadi mahal jika rumah diubah semasa proses pembinaan. Pembinaan rumah

idaman yang menggunakan pelan rumah banglo akan memastikan bajet anda

mencukupi dan rumah yang siap seperti dikehendaki.

Semoga ebook "15 Minit Siapkan Kira Kos Bina & Luas Rumah Banglo" ini

dapat membantu tuan puan dan bakal pemilik rumah banglo mengetahui kos

anggaran kasar rumah masing - masing. Kira sendiri ikut formula yang telah

dikongsikan di dalam ebook ini. Kami www.pelanbanglo.com mendoakan semoga

anda semua yang membaca ebook ini mencapai impian memiliki rumah banglo

idaman atau rumah sendiri dalam tahun ini atau 3 tahun daripada sekarang. Amin.

Sebarang komen dan pandangan anda tentang ebook ini boleh email

kepada [email protected] . Untuk tambah baik dan memberi manafaat kepada

bakal-bakal pemilik rumah banglo di Malaysia. Sekian terima kasih.

Page 28: Januari 23, 2017 - Pelan Banglo

Januari 23, 2017 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Lakaran Design | www.pelanbanglo.com 27

KLIK www.pelanbanglo.com sekarang !!