e-book -mendeley-senarai rujukan tanpa menaip satu huruf

Upload: ain-maisarah

Post on 06-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Senarai Rujukan Tanpa Menaip Satu Huruf

TRANSCRIPT

  • ebook.pdf

    Mendeley

    Senarai Rujukan Tanpa Menaip Satu Huruf!

    AMMAR MUHAMAD

    #drMAK

  • 2

    APA YANG MENARIK?

    APA YANG MENARIK? ............................................................................................... 2

    PEMBERITAHUAN ....................................................................................................... 3

    PENGENALAN .............................................................................................................. 4

    BAB 1 : INSTALL MENDELEY KE DALAM PC/LAPTOP .............................. 6

    BAB 2 : MENGUMPUL ARTIKEL RUJUKAN KE DALAM MENDELEY ... 8

    BAB 3 : INSTALL MS WORD PLUGIN MENDELEY ................................... 10

    BAB 4 : CITATION MENGGUNAKAN MENDELEY ..................................... 12

    BAB 5 : MEMASUKKAN SENARAI RUJUKAN .............................................. 19

    PENUTUP ..................................................................................................................... 21

  • 3

    PEMBERITAHUAN

    Anda digalakkan menyebarluaskan ebook ini secara PERCUMA

    kepada orang lain. Ilmu yang kita sebarluaskan merupakan

    pelaburan akhirat yang paling berharga. Justeru, hargai dan sayangi

    ilmu ini.

    Saya memohon agar anda tidak membuat salinan,

    mengubahsuai atau melakukan apa jua cara sekalipun dengan

    tujuan menjual semula ebook ini kerana ianya telah diberikan secara

    PERCUMA.

    Semoga kebaikan yang disebarkan akan menjadi saham di

    akhirat, Aamiin..

  • 4

    PENGENALAN

    Perkongsian ebook ini bermula apabila saya menerima

    whatsapp memohon bantuan kecemasan dari rakan yang sedang

    menyiapkan tesis Phd di Southampton, UK. Dia ingin tahu secara

    hands-on, bagaimana untuk meletakkan satu atau banyak citation

    pada hujung ayat atau perenggan. Kemudian, dia juga mahu semua

    sumber rujukan (artikel) disenaraikan secara automatik di bahagian

    References mengikut gaya citation IEEE.

    Saya boleh sahaja menjawab secara terus, tetapi saya memilih

    untuk menulis dan menyebarluaskan ilmu ini kepada rakan-rakan di

    FB sekiranya turut berhadapan situasi yang sama. Mudah-mudahan

    perkongsian ini memberi manfaat berpanjangan untuk semua.

    Bagi anda (siswazah/pelajar tahun akhir/pekerja awam &

    swasta/sesiapa sahaja) yang kerap membuat tugasan seperti

    laporan atau tesis terutamanya, pasti perlu membuat senarai rujukan

    di bahagian akhir laporan atau tesis yang memaparkan setiap artikel

    yang dirujuk.

  • 5

    Mendeley adalah antara perisian reference manager

    PERCUMA yang semakin memikat ramai pengguna kerana mudah

    dipelajari dan sangat efisien.

    Jika sebelum ini, anda mungkin perlu menaip satu persatu

    setiap butiran maklumat artikel yang anda rujuk di bahagian rujukan.

    Namun, menggunakan Mendeley, anda tidak perlu menaip satu

    perkataan pun! Malah anda boleh memilih gaya citation mengikut

    kehendak universiti atau majikan seperti IEEE dan APA 6th Edition.

    Perubahan gaya citation dilakukan secara automatik!

    Sebelum anda benar-benar teruja, ebook panduan ini hanya

    boleh diikuti langkah demi langkah sekiranya PC/Laptop anda telah

    diinstall perisian MS Word dan Mendeley.

    Mari kita mulakan dan saya tunjukkan bagaimana!

  • 6

    BAB 1 : INSTALL MENDELEY KE DALAM PC/LAPTOP

    Untuk install perisian Mendeley ke dalam PC/laptop:-

    1. Layari laman web, www.mendeley.com

    2. Cipta akaun baru > Klik Create a free account (kotak kuning)

    Gambar 1 : Laman Web Mendeley

    3. Download percuma perisian Mendeley yang serasi sistem

    operasi PC/laptop anda (Windows/Mac/Linux/Android)

  • 7

    Gambar 2 : Download Mendeley

    4. Selepas fail installer dimuat turun, double-click ikon installer

    untuk install perisian Mendeley ke dalam PC/Laptop.

    5. Ikon Mendeley akan terpapar di Desktop selepas perisian

    selesai di install.

  • 8

    BAB 2 : MENGUMPUL ARTIKEL RUJUKAN KE DALAM

    MENDELEY

    Untuk menggunakan Mendeley secara optimum. Fail-fail artikel

    rujukan yang disimpan hendaklah dalam bentuk .pdf (boleh juga

    dalam format lain, tetapi tidak dijelaskan dalam panduan ini).

    Untuk memasukkan fail-fail .pdf daripada folder simpanan di

    PC/laptop ke dalam perisian Mendeley, anda hanya perlu melakukan

    langkah-langkah ini:-

    1. Buka folder yang mengandungi semua fail .pdf yang hendak

    digunakan sebagai rujukan.

    2. Buka perisian Mendeley dengan double-click ikon Mendeley

    di bahagian Desktop. Paparan seperti gambar 3 akan

    kelihatan.

    3. Anda hanya perlu select semua fail .pdf yang hendak

    dipindahkan (kotak kuning dalam gambar 3) > Klik dan heret

    ke dalam perisian Mendeley (kotak merah dalam gambar 3)

    > Lepas

    4. Fail .pdf yang terdapat di dalam folder PC/laptop akan

    kelihatan tersusun di dalam Mendeley.

  • 9

    Gambar 3 : Pindah Fail dari Folder ke Mendeley

    NOTA PENTING:

    Mendeley menggunakan metadata untuk menghasilkan senarai rujukan secara automatik. Maklumat di dalam metadata perlu tepat supaya senarai rujukan anda juga tepat.

    Anda boleh meminda maklumat metadata dengan klik pada nama fail .pdf di dalam Mendeley dan lihat maklumat di kolum kanan sekali seperti nama jurnal, pengarang, tahun terbit, dan sebagainya.

    Sekiranya tidak tepat, anda perlu membetulkan di dalam kolum tersebut (ebook ini tidak menerangkan secara terperinci proses mencantikkan metadata).

  • 10

    BAB 3 : INSTALL MS WORD PLUGIN MENDELEY

    Sebelum anda dapat membuat citation di dalam MS Word

    menggunakan Mendeley, anda perlu memastikan MS Word plugin

    yang disediakan oleh Mendeley telah diinstall dengan sempurna.

    Langkah-langkah install plugin:-

    1. Buka perisian Mendeley

    2. Pergi Menu Bar > Tools > Install MS Word Plugin (kotak

    merah gambar 4) > Klik

    3. Mendeley akan install plugin ke dalam MS Word (PASTIKAN

    TIADA FAIL MS WORD YANG SEDANG DIBUKA!)

    Gambar 4 : Install MS Word Plugin

  • 11

    4. Pemasangan plugin dikira berjaya apabila anda melihat

    kotak di gambar 5.

    Gambar 5 : Installation Berjaya

    5. Buka Fail MS Word. Pergi ke Menu Bar References dan anda

    akan lihat plugin telah diinstall untuk citation menggunakan

    Mendeley (kotak merah gambar 6).

    Gambar 6 : Plugin telah dipasang di dalam MS Word

  • 12

    BAB 4 : CITATION MENGGUNAKAN MENDELEY

    Bayangkan sekarang anda sedang menaip laporan atau tesis.

    Anda menulis ayat yang diinspirasikan dari idea yang diperoleh hasil

    pembacaan artikel yang ditulis oleh pengarang lain. Sebagai

    penghargaan, anda hendak memasukkan citation agar supervisor

    atau pembaca laporan anda mengetahui artikel mana yang telah

    anda rujuk.

    Langkah 1

    Buka aplikasi Mendeley > Buka semua fail .pdf artikel yang

    akan dicite (rujuk kotak merah dalam gambar 7).

    Gambar 7 : Fail-fail .pdf dibuka

  • 13

    Langkah 2

    Pastikan Citation Style adalah IEEE (anda boleh menggunakan

    style lain mengikut kehendak universiti atau majikan).

    Gambar 8 : Citation Style

    Langkah 3

    Buka fail MS Word (laporan @ tesis) yang hendak diletakkan

    citation. Letakkan kursor di penghujung ayat atau perenggan

    (lihat kotak merah dalam gambar 9)

    Pergi ke Menu bar > References > Klik Insert Citation > Klik Go

    To Mendeley

  • 14

    Gambar 9 : Kursor Insert Citation

    Langkah 4

    Klik Tab artikel yang akan dicite > Klik Cite (rujuk kotak merah

    dalam gambar 10)

    Gambar 10 : Insert Cite

  • 15

    Langkah 5

    Secara automatik selepas perenggan akan dimasukkan citation

    [1].

    Ulangi langkah 3 & 4 untuk memasukkan citation daripada

    artikel ke-2 dan seterusnya hinggalah kesemua artikel yang

    menjadi sumber rujukan telah dicite (rujuk gambar 11).

    Gambar 11 : Insert Citation Pelbagai Artikel

  • 16

    Langkah 6

    Hilight citation [1] hingga citation [5] > Pergi ke Menu Bar >

    References

    Ikon Insert citation telah bertukar kepada Merge citations.

    Klik Merge Citations (rujuk kotak merah gambar 12)

    Gambar 12 : Merge Citations

  • 17

    Langkah 7

    Citations akan digabungkan seperti dalam gambar 13.

    Klik di tengah-tengah dash (rujuk kotak merah gambar 13) dan

    edit secara manual untuk kelihatan seperti ini ( [1 5] ).

    Gambar 13 : Citation yang telah digabung

  • 18

    Langkah 8

    Mendeley akan bertanya untuk mengesahkan hasil edit,

    Klik Keep Manual Edit (rujuk kepada kotak merah dalam

    gambar 14)

    Gambar 14 : Keep Manual Edit

    Sekarang, ayat anda telah pun mempunyai citation daripada 5 sumber rujukan.

  • 19

    BAB 5 : MEMASUKKAN SENARAI RUJUKAN

    Sekarang, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah lagi

    untuk memasukkan senarai maklumat artikel rujukan ke bahagian

    References (Rujukan) tanpa perlu menaip satu huruf sekalipun!

    Langkah 1

    Di mukasurat senarai rujukan (references) > Klik Kursor pada

    ruang kosong

    Pergi Menu Bar > References > Klik Insert Bibliography (rujuk

    gambar 15)

    Gambar 15 : Insert Bibliography

  • 20

    Langkah 2

    Hasilnya, semua artikel yang dicite akan disenaraikan dalam

    bahagian rujukan dengan tepat mengikut citation style IEEE

    (atau mengikut citation style yang telah anda pilih).

    Gambar 16 : Senarai Rujukan

    Dah selesai. Wow! Senang kan? Selamat mencuba.

  • 21

    PENUTUP

    Saya berharap panduan yang saya tulis secara ringkas dalam ebook ini dapat mengubah cara anda menghasilkan senarai rujukan yang selama ini sangat menyusahkan kepada cara yang sangat memudahkan.

    Langkah-langkah yang perlu diikuti telah saya terangkan secara terperinci menggunakan ayat mudah agar terus boleh diguna pakai oleh pembaca. Walau bagaimanapun, panduan ini hanya menceritakan secara asas fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Mendeley.

    Anda mungkin memikirkan pelbagai persoalan sepanjang mengikuti panduan ini, sekiranya anda memerlukan jawapan, anda boleh mencari dan bertanya terus kepada saya di facebook (http://www.facebook.com/ammarkamilin) kita boleh berkawan (friends) atau e-mel ke [email protected]

    Jika anda berminat untuk belajar MS Word advance sehingga membolehkan laporan atau tesis disiapkan 25% lebih pantas dari masa diambil sebelum ini (Contoh: Menghasilkan Jadual isi kandungan yang mempunyai topik-topik dalam laporan dan nombor mukasurat secara automatik), boleh mesej saya terus melalui FB. Saya sedia dan suka mengaturkan sesi coaching secara berkumpulan untuk anda dan rakan-rakan. Kita berhubung ya!

    APA YANG MENARIK?PEMBERITAHUANPENGENALANBAB 1 : INSTALL MENDELEY KE DALAM PC/LAPTOPBAB 2 : MENGUMPUL ARTIKEL RUJUKAN KE DALAM MENDELEYBAB 3 : INSTALL MS WORD PLUGIN MENDELEYBAB 4 : CITATION MENGGUNAKAN MENDELEYBAB 5 : MEMASUKKAN SENARAI RUJUKANPENUTUP