e-berita 4 2013

Upload: angkatan-belia-islam-malaysia-abim

Post on 04-Jun-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    1/10

    Bil 42013:

    MALAYSIARABIA

    LANCARKAN

    6 September 2013:- ABIM beserta barisan NGO Islam dan Kemanusiaan Malaysia telah melancarkan inisiatifMalaysia 4 Rabia pada 6 September lalu. Kempen ini merupakan lanjutan dari kempen yang digerakkanumat Islam seluruh dunia. Perlancaran program ini merupakan kemuncak daripada Perhimpunan SolidaritiKemanusiaan: Mengangkat Karamah Insaniah, Membela Maruah Umat di Stadium Malawati, Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.

    Dari Kiri: Dato Seri Anwar Ibrahim(Penasihat Ekonomi NegeriSelangor),Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim danPresiden ABIM Amidi Abdul Manan

    melancarkan Malaysia 4 Rabiabersama-sama para hadirin.

    Simbol Malaysia 4 Rabia yang merupakan logorasmi inisiatif tersebut merupakan simbolik terhadapperjuangan umat Islam di Mesir, Syria, Palestine,serta Rohingya untuk mengatasi kezaliman danketidakadilan. (sambungan ke muka dua).

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    2/10

    Dalam ucapan ketika pelancaran Malaysia 4 Rabia, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, DatoSeri Anwar Ibrahim (Gambar Atas)menggesa umat Islam seluruh dunia meneruskan perjuanganmenentang kezaliman dan menuntut keadilan.

    Terdahulu, Menteri Besar SelangorTan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa Solidaritiadalah penjelmaan rasa prihatin dan sikap tidak mementingkan diri, yang menjamin wujudnyakesejahteraan bersama,

    Dalam ucapan beliau itu juga beliau menekankan dasar mempertahan dan mengembalikan hak

    dan kemuliaan sebagai manusia sambil menambah, Hal yang berlaku di Syria, Mesir, Palestin danBurma menunjukkan manusia semakin hilang kemanusiaannya. Nyawa manusia tidak bernilai lagi.Orang awam, lelaki, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa peluru, gas beracun dan senjatakimia, katanya.

    Sambungan muka hadapan

    Hayya Bil Jihad dan Satu Perjuangan dendangan Brothers turut

    menyemarakkan semangat di kalangan para penonton yang hadir

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    3/10

    GALERI PERHIMPUNAN

    SOLIDARITI KEMANUSIAAN:MENGANGKAT KARAMAH INSANIAH, MEMBELA

    MARUAH UMAT

    Perhimpunan didahuluidengan solat jamaah serta

    munajat perdana.

    Perhimpunan Solidarititurut disertai warga Mesir,

    Palestin, Syria sertaRohingya yang berada di

    Malaysia.

    Pelancaran Malaysia 4Rabia turut mendapat

    liputan inisiatifantarabangsa platform for

    R4BIA

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    4/10

    AbimKetengah

    Garis-Garis Besar HaluanKebangkitan Islam7 September 2013:- Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam (World Conference onIslamic Resurgence) yang berlangsung pada 7 September 2013/ 1 Zulkaedah 1434H di Shah

    Alam dengan tema Kebangkitan Islam: Prospek, Cabaran dan Masa Depan anjuran AngkatanBelia Islam Malaysia (ABIM), dengan kerjasama telah mengemukakan Garis-Garis BesarHaluan Kebangkitan Islam sebagai dasar untuk mencorak masa depan umat Islam.

    Dalam ucaptamanya, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato Seri Anwar Ibrahim (gambarBawah) menegaskan Nahdah Islamiyyah memerlukan proses Islah dan Tajdid Yang berterusan.Sebelum kita berbicara tentang perubahan, inilah hakikatnya dan intisarinya, kesedarandimeratakan, usaha menyampaikan kefahaman. Seruan dakwah dan anjuran ke arah kebaikandan pencegahan kemungkaran, jelas beliau sambil menambah Reformasi tidak akan bermakna

    jika tidak ada dawah yang berkesan, pemugaran keimanan, pemupukan nilai dan kesedaranumat menuntut kepada perubahan yang bermakna.

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    5/10

    GALERI WORLD CONFER ENCE ON ISLAMIC RESURGENCE;

    Y.A.B Menteri Besar Selangor, Tan SriAbdul Khalid Ibrahim, merasmikan World

    Conference On Islamic Resurgence,di Auditorium Jubli Perak, BangunanSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam, Selangor.

    Dr. Syed Khairuddin Al-Junied dari NationalUniversity Singapore (NUS) mengulas mengenaifenomena kesedaran dan gerakan Islam disekitar Nusantara.

    Gugusan harapan yang kita himpunkanlewat doa kepada Allah buat saudaraseakidah yang teruji, nilainya tersangatmahal, bahkan jauh lebih mahal berbandingharta kekayaan, Prof Dr Ahmed Totonji(Gambar Atas), dari Institute of InternationalIslamic Thought, IIIT.

    CHALLENGES,PROSPECT, AND

    A WAYFORWARD

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    6/10

    DEMI UMAT, ABIM PERKUKUH GARIS-GARISHALUAN BESAR PERJUANGAN

    8 September 2013:- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Muktamar Sanawi

    kali ke- 42 pada 8 September 2013 yang lalu di Shah Alam. Dengan mengangkat tema Garis-Garis

    Besar Haluan Perjuangan II: Mempertegas Hadaf, Memperkukuh Khittah, ucapan dasar ABIM pada

    kali ini mengetengahkan blue print utama untuk memperkukuh kekuatan ABIM ke arah memenuhi

    tuntutan semasa umat.

    Presiden, Amidi Abd Manan (gambar atas) ketika menyampaikan ucapan dasar ABIM

    tersebut, mengatakan organisasi dakwah seperti ABIM, perlu bersungguh-sungguh mempersiapkan

    diri mendepani cabaran. Justeru disiplin harakiy dan budaya organisasi yang kompeten seharusnya

    menjadi tunjang kepada gerak kerja ABIM.

    Kita bermula dari cetusan kesedaran untuk menawarkan penyelesaian yang praktikal

    terhadap segala kemelut permasalahan ummah. Ia mesti diteruskan dengan mempraktikkan budaya

    merencana, ketekunan melaksana dan sikap yang terbuka dalam melakukan introspeksi, tegas

    Amidi dalam ucapan dasar tersebut yang turut mengimbau beberapa perkembangan semasa yang

    dihadapi umat Islam pada ketika ini.

    Gambar: Para perwakilan ABIM di setiap lapangan bertekad untuk memperkukuhkan Khittah perjuanganselaku jurubicara umat!

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    7/10

    AHLI JAWATANKUASA KERJA PUSATABIM 2013-2015

    8 September 2013:- Di penghujung, Muktamar Sanawi ke-42 ABIM yang mengangkat tema

    Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan II: Mempertegas Hadaf, Memperkukuh Khittah, Sdr. Amidi

    Abdul Manan (gambar di atas) telah dipilih semula sebagai Presiden ABIM bagi sesi 2013-2015.

    Berikut adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (AJKP) Kanan ABIM bagi sesi 2013-2015 untuk

    makluman semua;

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    8/10

    IJTIMAK HARAKIY KALI KE-2

    WADAH-ABIM-PKPIMRangkaian Gerakan WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia), Angkatan Belia Islam Malaysia

    (ABIM), dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Ijtimak

    Harakiy kali ke-3 pada 8 September lalu. Himpunan ini merupakan kesinambungan daripada Ijtimak

    Harakiy yang dianjurkan sebelum ini pada 2010 dan 2011.

    Ijtimak dimulakan dengan penyampaian ucapan dasar oleh Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi

    Mohd Shamsuddin yang membentangkan ucapan dasar PKPIM Menjiwai Misi Tahririy, Tanwiriy

    & Taghyiriy Dalam Citra Nahdah Islam dari kaca mata gerakan pelajar Islam. Ia disusuli pula

    dengan pembentangan ucapan dasar ABIM bertemakan Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan II:

    Mempertegas Hadaf, Memperkukuh, oleh Presidennya Amidi Abd Manan.

    Dato Dr Siddiq pula, mengetengahkan Gerakan Islam Dan Politik Perubahan: Optimis Dalam

    Waspada sebagai amanat pimpinan kepada 1,000 warga WADAH-ABIM-PKPIM yang menghadiri

    Ijtimak Harakiy tersebut.

    KPIM mengetengahkan tema Menjiwai Misi

    Tahririy, Tanwiriy & Taghyiriy Dalam Citra

    Nahdah Islam menerusi presidennya, Ahmad

    Fahmi Samsudin.

    Islam tidak bangkit hanya dengan ledakan

    semangat, emosi dan sentimen, tetapi dengan

    kekuatan ilmu yang menyedarkan dan

    menginsafkan. Demikianlah hakikat gerakan

    Iqra yang mengawali kebangkitan Islam, revolusi

    keintelektualan berintikan kesedaran tauhidik

    yang menghasilkan keberanian bersikap

    menolak kebatilan dan kezaliman, dan berhujung

    dengan kepatuhan mutlak kepada Allah. DatoDr Siddiq Fadzil, Presiden WADAH.

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    9/10

    Ummah yang merangkul gelaran ummat yangterbaik adalah ummat yang membudayakan

    gerak kerja dakwah dalam segenap aspekkehidupan. Dakwah ini bertitik tolak daripadamanifestasi keimanan yang tulen. Ia adalah

    jelmaan dari sistem nilai yang hakiki dan diyakini

    dengan sebenar-benarnya.

    - Amidi Abd Manan, Presiden ABIM.

    Antara bahan terbitan Wadah, ABIM, & PKPIM yang mendapat sambutan pembeli ketika Ijtimak.

    Generasi Penggerak Dakwah

    Memeriahkan Penganjuran Ijtimak Harakiy Kali Ke-3.

  • 8/13/2019 E-Berita 4 2013

    10/10

    5 September 2013:- Angkatan Belia Islam

    Malaysia (ABIM) bersama Kerajaan Negeri

    Selangor telah menganjurkan diskusi Buku

    Inside Ikhwan Muslimin yang menampilkanpenulis bersama buku tersebut, Douglas

    Thompson (Gambar Atas). Buku Inside Ikhwan

    Muslimin merupakan biograf tokoh gerakan

    tersebut di peringkat antarabangsa, Youssef

    Nada, di mana buku ini mendapat sambutan

    yang menggalakkan di kalangan para pembaca

    antarabangsa.

    Sepanjang sessi tersebut, Douglas

    Thompson yang pernah menulis biograf

    untuk beberapa tokoh-tokoh serta selebritiantarabangsa, turut berkongsi pengalaman

    peribadi bersama dengan Youssef Nada.

    Saya tidak tahu dari mana datangnya sosok

    peribadi seperti itu melainkan formula rahsianya

    adalah daripada keimanan dan keyakinannya.

    Saya hanya memperakukan segala yang

    menjadi pendiriannya, jelas beliau ketika

    menggambarkan keperibadian tokoh utama

    Ikhwan Muslimin tersebut.

    Diskusi buku tersebut turut diisi oleh

    Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato Seri

    Anwar Ibrahim dan Tuan Haji Ahmad Azam

    Abdul Rahman, selaku Penolong Setiausaha

    Agung Kesatuan NGO-NGO Dunia Islam

    (UNIW). Diskusi buku tersebut telah dirasmikan

    oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,

    Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan

    Inovasi, Negeri Selangor, Yang Berhormat Puan

    Dr. Daroyah binti Alwi.

    DISKUSI BUKU

    DOUGLAS THOMPSON

    INSIDE IKHWAN MUSLIMIN BERSAMA PENULIS

    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan,

    Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi

    dan Inovasi, Negeri Selangor, Yang Berhormat

    Puan Dr. Daroyah binti Alwi, merasmikan

    wacana tersebut.