berita kemajuan sep-oct 2013

7
Berita Untuk edaran dalaman SLDB sahaja Edisi September – Oktober 2013 MENARIK Hikmah disebalik berdikari. Muka 2 Mesej satu Janji ditepati Muka 6 Anak peserta jadi kerani Muka 7 Senyuman seorang peserta MESEJ Muka 8 K ENINGAU: Jalanraya berturap yang sampai ke kawasan Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) kampung Bunang, Sook, Keningau atau MESEJ Bunang 1, cukup menyelesakan, manakala deretan rumah- rumah konkrit yang dibina di kawasan penempatan baharu itu sudahpun dihuni oleh 33 orang peserta. Keadaan bumi di kawasan skim pertanian berimpak tinggi itu agak berbukit tetapi hutannya sudah dibersihkan untuk penanaman kelapa sawit yang sudahpun menghasilkan buah. Bunang 1 mencipta sejarah tersendiri kerana ia merupakan MESEJ Pertanian (penanaman kelapa sawit) yang pertama dilaksanakan di Sabah, setelah Kerajaan Negeri memperkenalkan skim itu pada tahun 2004. MESEJ merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan dibangunkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS). MESEJ adalah juga cetusan idea Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar secara berdaya-tahan (sustainable), sekaligus merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar. MESEJ terbahagi kepada empat kategori iaitu Pertanian (kelapa sawit dan getah), Akuakultur, Mikro dan Bersepadu. MESEJ Akualtur menampung lebih ramai peserta tertakluk kepada jenis aktiviti dan jumlah penduduk setempat, manakala MESEJ Bersepadu melibatkan pelbagai kegiatan ekonomi utama, termasuklah penternakan itik, burung walit dan sebagainya secara berkelompok. Bagi kawasan-kawasan yang lebih kecil, MESEJ Mikro diwujudkan berdasarkan kegiatan ekonomi yang sesuai dengan mempunyai kemudahan yang sama. Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Maleh, pada 27 Ogos 2013 (New Sabah Times 28 Ogos 2013), setakat ini sejumlah 44 MESEJ telahpun dilaksanakan di seluruh Sabah, yang melibatkan 29 MESEJ Pertanian dan selebihnya MESEJ Akuakultur dan Mikro. Bagi MESEJ Pertanian (kelapa sawit dan getah), pengurusan ladang diurus melalui Akaun Amanah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri, yang dikendalikan di bawah KPLBS, manakala purata setiap MESEJ Pertanian menempatkan 33 Ketua Isi Rumah. KPLBS melantik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) sebagai agensi pelaksana untuk membangunkan tanah- tanah pertanian di 17 kawasan di seluruh Sabah yang dikenalpasti mempunyai ramai penduduk miskin tegar. Di bawah MESEJ pertanian (kelapa sawit), SLDB bertanggungjawab membangun dan mengurus estet-estet mini sawit itu yang mempunyai purata keluasan 98 hektar, manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain seperti Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB)., Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah turut memainkan peranan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur. Hanya penduduk miskin yang berdaftar dengan e-Kasih, iaitu bank data kemiskinan nasional, layak memohon menyertai projek MESEJ tetapi dengan syarat perlu menghadiri taklimat dan temuduga pemilihan program MESEJ di peringkat Pejabat Daerah. (Lihat muka surat 3) SLDB pembimbing penanaman sawit WAJAH PROJEK MESEJ SANTAI... Asangkul (kiri) berbual dengan Petrus (kanan) dan Jerris di hadapan deretan rumah peserta MESEJ Bunang 1, Sook, Keningau.

Upload: lykhue

Post on 08-Feb-2017

322 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Berita Kemajuan Sep-Oct 2013

Berita

Untuk edaran dalaman SLDB sahajaEdisi September – Oktober 2013

MENARIK

Hikmah disebalik berdikari.Muka 2

Mesej satu Janji ditepatiMuka 6

Anak peserta jadi keraniMuka 7

Senyuman seorang peserta MESEJ

Muka 8

KENINGAU: Jalanraya berturap yang sampai ke kawasan Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) kampung Bunang,

Sook, Keningau atau MESEJ Bunang 1, cukup menyelesakan, manakala deretan rumah-rumah konkrit yang dibina di kawasan penempatan baharu itu sudahpun dihuni oleh 33 orang peserta.

Keadaan bumi di kawasan skim pertanian berimpak tinggi itu agak berbukit tetapi hutannya sudah dibersihkan untuk penanaman kelapa sawit yang sudahpun menghasilkan buah.

Bunang 1 mencipta sejarah tersendiri kerana ia merupakan MESEJ Pertanian (penanaman kelapa sawit) yang pertama dilaksanakan di Sabah, setelah Kerajaan Negeri memperkenalkan skim itu pada tahun 2004.

MESEJ merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 dan dibangunkan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS).

MESEJ adalah juga cetusan idea Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin

tegar secara berdaya-tahan (sustainable), sekaligus merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar.

MESEJ terbahagi kepada empat kategori iaitu Pertanian (kelapa sawit dan getah), Akuakultur, Mikro dan Bersepadu.

MESEJ Akualtur menampung lebih ramai peserta tertakluk kepada jenis aktiviti dan jumlah penduduk setempat, manakala MESEJ Bersepadu melibatkan pelbagai kegiatan ekonomi utama, termasuklah penternakan itik, burung walit dan sebagainya secara berkelompok.

Bagi kawasan-kawasan yang lebih kecil, MESEJ Mikro diwujudkan berdasarkan kegiatan ekonomi yang sesuai dengan mempunyai kemudahan yang sama.

Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Maleh, pada 27 Ogos 2013 (New Sabah Times 28 Ogos 2013), setakat ini sejumlah 44 MESEJ telahpun dilaksanakan di seluruh Sabah, yang melibatkan 29 MESEJ Pertanian dan selebihnya MESEJ Akuakultur dan Mikro.

Bagi MESEJ Pertanian (kelapa sawit dan getah), pengurusan ladang diurus

melalui Akaun Amanah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri, yang dikendalikan di bawah KPLBS, manakala purata setiap MESEJ Pertanian menempatkan 33 Ketua Isi Rumah.

KPLBS melantik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) sebagai agensi pelaksana untuk membangunkan tanah-tanah pertanian di 17 kawasan di seluruh Sabah yang dikenalpasti mempunyai ramai penduduk miskin tegar.

Di bawah MESEJ pertanian (kelapa sawit), SLDB bertanggungjawab membangun dan mengurus estet-estet mini sawit itu yang mempunyai purata keluasan 98 hektar, manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi lain seperti Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB)., Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah turut memainkan peranan dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur.

Hanya penduduk miskin yang berdaftar dengan e-Kasih, iaitu bank data kemiskinan nasional, layak memohon menyertai projek MESEJ tetapi dengan syarat perlu menghadiri taklimat dan temuduga pemilihan program MESEJ di peringkat Pejabat Daerah.

(Lihat muka surat 3)

SLDB pembimbing penanaman sawitWAJAH PROJEK MESEJ

SANTAI... Asangkul (kiri) berbual dengan Petrus (kanan) dan Jerris di hadapan deretan rumah peserta MESEJ Bunang 1, Sook, Keningau.

Page 2: Berita Kemajuan Sep-Oct 2013

2 Edisi September – Oktober 2013Berita

Dari meja Ketua Pegawai Eksekutif SLDB

Jhuvarri Majid

Apabila Kerajaan Negeri memutuskan pada tahun 2000 supaya Lembaga Kemajuan

Tanah Negeri Sabah (SLDB) disusun semula sebagai agensi pembangunan luar bandar, maka bermulalah era baharu yang sangat kritikal dan mencabar bagi SLDB disebabkan oleh misi dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh SLDB, terutama sekali mematuhi dua garis panduan yang ditetapkan Kerajaan, iaitu:

Pertama: Operasi SLDB hendaklah tidak menduplikasikan fungsi agensi-agensi kerajaan yang lain.

Kedua: SLDB akan beroperasi tanpa mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Alhamdulillah, dengan berkat dan keizinan Allah SWT, serta kerjasama dan usaha gigih yang berterusan daripada barisan pengurusan, kakitangan dan pekerja, kedua cabaran itu berjaya diatasi melalui pendekatan SLDB yang mengutamakan keuntungan, iaitu melalui pengembangan tanaman dan penceburan dalam perniagaan baharu seperti penanaman padi, nanas, kelapa pandan dan pisang. Kegigihan dan kesungguhan pengurusan SLDB untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan membuahkan hasil apabila SLDB memperoleh sijil pengiktirafan SIRIM MS 180 9001;2008 pada tahun 2010.

Peranan SLDB bertambah signifikan apabila Kerajaan Negeri memberi kepercayaan kepada agensi ini melalui penglibatan secara aktif dalam Program Transformasi

Kerajaan (GTP), dimana SLDB telah dilantik sebagai pemacu dalam Lab Pembangunan Ekonomi Sosial yang menitikberatkan pembangunan sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Peranan itu tentunya mempunyai kaitan dengan keberkesanan penubuhan SLDB Management Sdn Bhd (ditubuhkan di bawah S.25 (1) (B) Enakmen Lembaga 1981) pada 2002, yang bertujuan mengurus semua aktiviti Lembaga dengan penumpuan kepada tiga aktiviti utama, iaitu:

Pertama: Pembangunan Tanah Berkelompok – membangunkan tanah terbiar dan kurang produktif secara usahasama dengan pemilik tanah berasaskan kaedah pertanian moden.

Kedua: Skim Peneroka Sewa Pajak Lembaga – meningkatkan hasil dan kualiti buah tandan segar (BTS), memulihkan ladang terbiar yang telah ditanam semula dan menanam semula kawasan pokok sawit tua.

Ketiga: Pembangunan Tanah Terancang – Membangun tanah Kerajaan Negeri yang belum dilupuskan (alienated) secara usahasama dengan penduduk setempat.

Langkah-langkah dan amalan pengurusan SLDB yang mendokong tujuh nilai dasar – jujur, tanggungjawab, wawasan, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin – menyokong kepada prestasi dan pencapaian cemerlang SLDB semenjak badan itu disusun semula. Pencapaian paling ketara

ialah dari segi rekod pertumbuhan SLDB yang mencatat purata 20 peratus setiap tahun semenjak 2006, manakala nilai bersihnya turut melonjak kepada RM536 juta pada tahun 2012 berbanding RM228 juta pada tahun 2006. Nilai tanah yang diusahakan SLDB bagi tampoh yang sama (2006-2012) turut menunjukkan peningkatam paling memberangsangkan, iaitu daripada RM411 juta kepada RM1.2 bilion.

Pencapaian SLDB sebagai agen pelaksana untuk membangunkan tanah di kawasan luar bandar juga cemerlang, dimana setakat ini seramai 5,342 peserta telah menyertai atau menjadi peserta dalam projek-projek pembangunan pertanian yang diusahakan SLDB di seluruh Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman, tetapi berpuluh ribu orang jika mengambil kira setiap peserta itu mempunyai purata empat

atau lima anggota keluarga. Kejayaan demi kejayaan yang

dicapai oleh SLDB itu bukan bermakna perjuangan kita sudah selesai, lantas memandang ke belakang. Sebaliknya, anggaplah ia satu permulaan dan dorongan untuk kita melangkah lebih jauh lagi bukan sahaja demi kejayaan SLDB sendiri tetapi untuk kepentingan bangsa, negeri dan Negara.Wassallam.

Hikmah Disebalik SLDB Berdikari…

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah

Negeri Sabah (SLDB), Datuk Haji Abdul

Rahim Ismail, yakin bahawa agensi itu

mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk

melaksanakan aspirasi Kerajaan melakukan

transformasi ekonomi kepada golongan

pekebun kecil di kawasan luar bandar

Sabah.

“Saya sangat yakin bahawa

SLDB akan berjaya membawa satu

tahap perkhidmatan yang baik serta

transformasi ekonomi yang bermakna

kepada masyarakat luar bandar.

“Terdapat lebih dua juta ekar tanah para

pekebun kecil di seluruh Sabah yang sama

ada dibangunkan secara kecil-kecilan ataupun

tidak diusahakan sepenuhnya.

“Ini merupakan satu keadaan yang

menyedihkan serta peluang besar yang tidak

dimanfaatkan. Namun, saya fikir di sinilah SLDB

boleh memainkan peranan penting,” katanya

yang dipetik Bernama.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri

Makanan Sabah itu juga menyebut tentang

saranannya supaya SLDB menyediakan

kemudahan lepas tuai (post-harvest facilities)

bagi membantu para pekebun kecil.

Untuk mencapai matlamat itu, SLDB

perlu mengenalpasti lokasi-lokasi strategic

untuk menempatkan kemudahan lepas tuai,

menyediakan sokongan teknologi, membantu

para pekebun kecil untuk menanam tanaman

yang mempunyai nilai komersil serta

memasarkan hasil pengeluaran.

SLDB telah dilantik oleh Kerajaan Negeri

Sabah sebagai agensi pelaksana untuk

membangunkan tanah-tanah penduduk

luar Bandar, terutama sekali mereka yang

memperoleh geran komunal.

SLDB MAMPU TERJEMAH VISI KERAJAAN: RAHIM

GAH.. Pejabat korporat SLDB di KK Times Square, Kota Kinabalu.

Page 3: Berita Kemajuan Sep-Oct 2013

Berita

3Edisi September – Oktober 2013

FAKTA: SENARAI RANCANGAN MESEJ PERTANIAN (PENANAMAN KELAPA SAWIT)

Tempat Keluasan

Kg Laba, Sebatik, Tawau 98 hektar Kg Bunang, Menawo, Keningau 98 Kg Liawan, Bunang, 11, Keningau 98 Kg Labang, Sepulot, Nabawan 98 Kg Labang, Sepulot2, Nabawan 98 Kg Abai, Kinabatangan 98 Kg Balat, Kinabatangan 98 Kg Bingkor, Bunang lll, Keningau 98 Kg Binsuluk, Membakut 98 Kg Banting, Sipitang 98 Kg Mensalu, Ranau 98 Kg Tukar, Pitas 98 Kg Lumiri, Keningau 98 Kg Lihak-Lihak, Semporna 50 Kg Melalia, Sipitang 40.68 Kg Gramah, Beaufort 98 Kg Sapang, Kunak 98

MESEJ Bunang 1 Lakar SejarahSetiap peserta akan memperoleh

pendapatan upah bekerja di ladang, selain

dividen daripada keuntungan hasil jualan

buah sawit setelah projek itu mengeluarkan hasil.

Matlamat menyeluruh projek MESEJ ialah

untuk meningkatkan taraf hidup golongan

miskin tegar, yang merangkumi pembangunan

bersepadu melibatkan penyediaan keperluan

asas seperti perumahan, bekalan air, elektrik,

rumah beribadah dan bas untuk menghantar

anak-anak peserta ke sekolah.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

membangunkan MESEJ Bunang 1, terletak

kira-kira 20km dari Bandar Keningau dan mula

dimasuki peserta pada November 2010.

Menurut Pengurus Projek MESEJ Bunang l

dan ll, Encik Asangkul Mosuri, semua peserta

dikehendaki tinggal dalam projek dan bekerja

dalam projek tersebut.

Projek MESEJ penanaman kelapa sawit yang

dijalankan secara turutan adalah di Kampung

Bunang (Menawo, Keningau), diikuti dengan

Kg Laba (Sebatik, Tawau), Kg Liawan (Bunang

ll, Keningau), Kg Labang Sepulot (Nabawan),

Kg Balat (Kinabatangan), Kg Bingkor (Bunang

lll, Keningau), Kg Labang Sepulot ll (Nabawan),

Kg Binsuluk (Membakut), Kg Sapang (Kunak),

Kg Malalia (Sipitang), Kg Mensalu (Ranau),

Kg Banting (Sipitang), Kg Tukar (Pitas) dan Kg

Bakung-Bakung (Pulau Lihak-Lihak).

Dua peserta projek MESEJ Bunang 1, Petrus

Yuyah Tongsit, 43, dan Jerris Jawi, 37, mengakui

inisiatif kerajaan mewujudkan program MESEJ

itu sangat baik dan yakin ia boleh merubah nasib

dan masadepan mereka.

Sebelum terpilih sebagai peserta, mereka

telah mendaftar diri dengan e-Kasih dan telah

dipanggil oleh Pejabat Daerah Keningau untuk

menghadiri satu taklimat dan temuduga

pemilihan program MESEJ.

Petrus yang berasal dari Kg Meninipir, Sook,

berkata kehidupannya sejak menyertai program

itu adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

“Dulu saya hanya ‘morobuat’ (bertani secara

kecil-kecilan) dan pendapatan tidak menentu.

Ada kalanya saya memperoleh pendapatan

sekitar RM300 sebulan.

“Semasa menghadiri taklimat dan temuduga

(pengambilan peserta program MESEJ) saya

terus bersetuju menyertai program ini kerana

saya sangat yakin projek ini boleh meningkatkan

pendapatan isi rumah.

“Di sini (sebagai peserta projek MESEJ

Bunang l) pendapatan saya boleh mencecah

RM800,” kata Petrus.

Kejayaan program MESEJ Bunang 1 serta

projek-projek lain di bawah konsep yang sama,

sesungguhnya membuktikan bahawa agenda

Kerajaan untuk membangunkan rakyat, terutama

sekali golongan miskin di kawasan luar bandar di

Sabah, sentiasa berterusan dan diberi perhatian

serius.

Malahan, usaha murni itu dapat diperkasakan

lagi dengan adanya program-program

pembangunan yang berkonsepkan pembasmian

kemiskinan yang lain yang diperkenalkan

Kerajaan seperti Projek Mesra Rakyat (PMR) dan

projek Agropolitan.

Sementara itu, pelbagai program

pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan

Kerajaan, termasuklah MESEJ, telah menyumbang

kepada penurunan kadar kemiskinan di Sabah.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi

(EPU) Datuk Dr Rahmat Bivi Yusof ketika

mengumumkan keputusan awal Kajian

Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah,

kadar kemiskinan di di negeri berkurangan pada

19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun

2012.

Katanya, penurunan kadar kemiskinan itu

merupakan kejayaan besar Kerajaan dalam

konteks program pembasmian kemiskinan di

Negara ini.

Rahmat Bivi berkata sejak empat tahun

lepas, kerajaan melaksanakan pelbagai program

menjana pendapatan bagi memastikan rakyat

miskin dan kumpulan berpendapatan rendah,

termasuk MESEJ, Agropolitan, ternakan dan

pertanian secara komersil selain program kredit

mikro.

(Dari Muka Surat 1)

MENARIK..Pintu gerbang masuk ke projek MESEJ Bunang 1, Sook, Keningau. TERSUSUN.. Deretan rumah yang dibina kerajaan untuk kediaman peserta projek MESEJ Bunang 1.

Bas sekolah disediakan untuk kemudahan anak-anak peserta MESEJ ke sekolah.

Page 4: Berita Kemajuan Sep-Oct 2013

4Berita

5Edisi September – Oktober 2013

Majlis doa selamat sempena keberangkatan KPE SLDB, Jhuvarri Majid dan keluarga untuk mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail (dua dari kiri), Jhuvarri Majid dan Datuk Pengiran Hassanel bin Pengiran Tahir ketika majlis doa dijalankan.

Jhuvarri Majid bersalaman dengan salah seorang pegawai SLDB pada majlis doa selamat keberangkatan beliau ke Mekah.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan KPE SLDB bersama para pegawai dan kakitangan SLDB yang hadir pada majlis doa selamat.

Para tetamu yang hadir pada majlis doa selamat sempena keberangkatan CEO SLDB ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.Nombor dua dari kanan ialah Puan Masliah Haji Naitullah , isteri KPE SLDB.

JALANKAN TUGAS... Ketua/Ko-ordinator MESEJ, Haji Malik Hj Awg Damit (kanan) bersama dua pegawai SLDB Mohd. Nuin Hj Rusnih dan Nurulasikin Muslien menaiki bot dalam perjalanan melawat MESEJ Kg Laba, Pulau Sebatik, Tawau, pada hujung Oktober. Turut serta ialah perunding media SLDB, Emin Madi

SEGAK ..Pegawai dan kakitangan SLDB sedang bergerak kemas semasa perbarisan Harijadi Rasmi TYT pada 5 Okt.

UNTUK KENANGAN ..Pegawai dan kakitangan yang mewakili SLDB dalam perbarisan Hari Merdeka.

SELESAI TUGAS .. Pegawai dan kakitangan SLDB yang mengambil bahagian dalam perbarisan Harijadi Rasmi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah.

KEMAS DAN SEGAK...Kumpulan pegawai dan kakitanan SLDB berjalan lalu semasa perbarisan Hari Merdeka di Kota Kinabalu.

KENANGAN...Ketua Komunikasi Perniagaan Korporat, Encik Syaheddrul Rahman Joddari (kiri) bersama Pengerusi SLDB, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail, semasa menyertai perbarisan Harijadi Rasmi TYT Yang DiPertua Negeri Saba.

SLDB sertai perbarisan Hari Merdeka & Harijadi Rasmi ke 60 TYT Yang DiPertua Negeri.

Sebahagian hadirin pada majlis doa selamat tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman disambut meriah oleh penduduk Rancangan Lubuh Sandakan, semasa menghadiri majlis bersama rakyat di kawasan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menyampaikan sumbangan pada majlis anjuran bersama SLDB di Rancangan Lubuh Sandakan sambil disaksikan Pengerusi SLDB Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.

Pengerusi SLDB Datuk Haji Abdul Rahim Ismail (kanan) berbincang sesuatu dengan para pegawai SLDB semasa lawatan kerja ke Projek Mesra Rakyat (PMR), Nabawan, Sook. Di sebelah beliau ialah KPE SLDB Jhuvarri Majid.

CERIA.... Pegawai dan kakitangan SLDB berehat seketika selepas selesai tugas menyertai perbarisan Harijadi Rasmi TYT Yang Dipertua Negeri.

Page 5: Berita Kemajuan Sep-Oct 2013

6 Edisi September – Oktober 2013

PENASIHATJhuvarri Majid,Ketua Pegawai Eksekutif

SIDANG PENGARANGSyaheddrul Rahman Joddari,Ketua Komunikasi Perniagaan Korporat

Alzreena KhamisPengurus Kanan Undang-Undang

Nurulasikin MuslienPenolong Eksekutif Komunikasi Perniagaan Korporat

Emin bin Madi ( Perunding Media)Ibrahim John Othman (Penyumbang)Mokhtar Mohamad (Penyumbang)

REKA BENTUKFarrell Design

TERBITAN Sabah Land Development Board Wisma SLDB, Jalan Kelapa Sawit Off KM 4, Jalan Tuaran, 88300 Kota Kinabalu

Tel: 088-214105 Fax: 088-211104

Berita

Projek berkonsepkan pembasmian kemiskinan seperti Mini Estet Sejahtera (MESEJ)

boleh mempercepatkan usaha mentransformasikan ekonomi rakyat negeri Sabah, terutama masyarakat di kawasan luar bandar.Pembantu Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Haji Sairin Karno, berkata pelaksanaan projek MESEJ merupakan komitmen serius dan ‘janji ditepati’ oleh kerajaan negeri untuk membela nasib rakyat, khususnya menseimbangkan taraf ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.“Saya sangat optimis bahawa projek pembangunan tanah seperti MESEJ boleh mempercepatkan usaha murni kerajaan untuk mentransformasikan ekonomi rakyat Sabah, khususnya golongan miskin yang tidak mempunyai tanah.“MESEJ sebenarnya berpotensi untuk melahirkan masyarakat atau generasi lebih berdaya saing, kerana mereka yang terpilih menyertai projek itu akan menikmati pelbagai kemudahan frasarana yang disediakan kerajaan di kawasan projek tersebut.“Malahan, projek MESEJ juga mampu melahirkan generasi berpendidikan kerana kerajaan menyediakan kemudahan pengangkutan untuk menghantar anak-anak para peserta ke sekolah,” katanya kepada Berita Kemajuan.Sairin, yang juga Adun Kawasan Liawan, berkata projek MESEJ juga mengandungi pakej yang mampu merubah nasib peserta baik dari segi ekonomi mahupun budaya bekerja. “Langkah Kerajaan mewujudkan projek MESEJ sangat tepat dan kena pada masanya. Malah, ia sepatutnya dilaksanakan lebih awal lagi,” katanya.Projek MESEJ mula diperkenalkan di Sabah pada tahun 2005, dengan membangunkan tanah seluas 405 hektar ke bawah dan Kampung Bunang, Sook, Keningau, merupakan projek MESEJ pertama dengan keluasan 98 hektar.MESEJ merupakan salah satu skim pembasmian kemiskinan atas inisiatif

Kerajaan Negeri Sabah di bawah Rancangan Malaysia ke-9, dimana Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) berperanan memantau perkembangan semua projek yang dilaksanakan di bawah konsep tersebut.Di bawah program MESEJ, KPLBS telah melantik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) sebagai pelaksana.Sambil mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, kerana melaksanakan pembangunan pertanian, yang berkonsepkan

pembasmian kemiskinan seperti MESEJ, Sairin berharap lebih banyak lagi projek seumpama itu dilaksanakan di Sabah.“Sebagai salah seorang Wakil Rakyat di kawasan Pedalaman Keningau, saya lihat masih ramai lagi penduduk luar bandar yang perlu diberi peluang menyertai projek pembangunan pertanian seperti MESEJ,” katanya. Pembantu Menteri itu berkata usaha membasmi kemiskinan di negeri ini boleh dicapai dengan adanya iltizam politik seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat negeri mahupun nasional.

Selain penglibatan aktif Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dalam sektor pembangunan pertanian, agensi itu juga mempelbagaikan aktivitinya dengan

mengusahakan projek ternakan ikan dalam sangkar yang dibangunkan di kawasan ladang Pandewan, di daerah Nabawan, Pensiangan.

Projek Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar SLDB itu akan berperanan sebagai hab utama menyediakan benih ikan air tawar serta sebagai pusat kemudahan pemasaran.

Pembangunan projek itu ditumpukan di kawasan tanah estet Pandewan yang tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawit.

Apabila siap sepenuhnya, projek itu akan melibatkan para peserta yang terlibat dengan projek pembangunan SLDB.

Peserta projek yang dipilih akan dibekalkan dengan benih ikan dan kelengkapan untuk menternak ikan yang dikawal selia oleh hab utama.

Manakala pengurusan projek akan membuat pemasaran bagi pihak peserta dan keuntungan dikira setelah ditolak kos operasi untuk diagih-agihkan diantara SLDB dan peserta.

Projek ternakan ikan air tawar SLDB itu dimajukan melalui kerjasama antara SLDB, peserta dan Jaringan Rezeki Enterprise, dimana pihak SLDB akan bertanggungjawab mengurus dan memasarkan produk hasil daripada kerjasama itu.

Melalui kerjasama itu juga, SLDB dicadangkan akan melibatkan sejumlah peserta sebagai anggota dalam projek tersebut, iaitu sebagai usaha membantu para peserta memperoleh pendapatan tambahan.

Sasaran penjualan hasil daripada kolam-kolam tersebut akan ditumpukan di ladang-ladang SLDB selain menjualnya di pasar-pasar di sekitar Keningau dan Nabawan.

Selain sebagai hab penyediaan benih ikan air tawar, projek itu juga akan berfungsi sebagai pusat rekreasi SLDB yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti memancing bagi warga SLDB mahupun para pelancong.

Kemudahan-kemudahan yang dicadang akan dibina di kawasan projek itu termasuklah restoran, surau, tandas, dan ruang pelawat.

Menurut Pengurus Projek tersebut, Encik Egbert Manjin, setakat ini sejumlah 16 buah sangkar ikan telahpun dipasang dalam kolam seluas 5 ekar itu, dimana sebahagian daripadanya telahpun dimasukkan dengan anak-anak ikan seperti ikan keli Afrika, tilapia, koi dan common carp.

Katanya, kemudahan yang sedang dibina di kawasan projek ternakan itu dalam sangkar itu termasuklah jeti, kabin serta kemudahan laluan para pengunjung

MESEJ SATU JANJI DITEPATI: SAIRIN

SLDB Terokai ternakan ikan dalam sangkar

Datuk Sairin Haji Karno

Page 6: Berita Kemajuan Sep-Oct 2013

7Edisi September – Oktober 2013Berita

Oleh Nurulasikin Muslien

Nooriana Mansa, 24, mempunyai sebab mengapa

dia sentiasa berpakaian kemas dan bersikap ramah kepada setiap orang yang berurusan dengannya.

Anak jati Pulau Sebatik ini sebenarnya adalah seorang kerani di pejabat estet MESEJ di Pulau Sebatik dan telah memegang jawatan itu seawal pembukaan projek tersebut.

Sebelum ini, anak sulung daripada 5 orang adik-beradik ini hanya bekerja sebagai jurujual di bandar Tawau dengan pendapatan yang tidak menentu.

Nooriana bersyukur apabila ditawarkan jawatan kerani estet MESEJ oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Peluang itu telah digalas dengan sebaiknya oleh Nooriana yang mempunyai sijil kursus

Kesetiausahaan yang diperolehinya daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Tugasan harian Nooriana termasuklah mengurus gaji bulanan pekerja-pekerja estet dan melakukan kerja-kerja perkeranian di pejabat estet MESEJ Kg. Sungai Laba.

Anak kepada Mansa Mali, salah seorang peserta program MESEJ, Nooriana bertambah yakin menjalani kehidupan kerana memperoleh gaji tetap dan lebih terjamin.

“Dahulu kami menumpang di tanah orang, tetapi melalui program MESEJ, kami sekeluarga mendapat kemudahan tempat tinggal yang selesa,” katanya.

Menurut Nooriana lagi, pelaksanaan program MESEJ

turut membawa perubahan positif kepada Kg. Sungai Laba.

“Kg. Sungai Laba kini semakin menjadi daya tarikan dan sering dikunjungi orang luar yang ingin melihat projek MESEJ pertama di Tawau, khususnya di Pulau Sebatik,”

katanya. Nooriana juga menghargai

segala kemudahan yang disediakan Kerajaan di kampung itu seperti surau, sekolah, bekalan elektrik dan air dan sebagainya.

KESELAMATAN PESERTA DIUTAMAKANDisiplin dan keselematan kerja sentiasakan dititikberatkan oleh pengurusan ladang

MESEJ yang dilaksanakan SLDB.Langkah itu perlu disemai dikalangan para peserta dalam menjalani rutin kerja di

ladang.Menurut penyelia ladang MESEJ Sg Laba, Hairuddin bin Palurui, 36, semua peserta dikehendaki turun kerja seawal jam 5.30 pagi, dimana acara melapor diri (muster roll call) dilakukan bagi memastikan kehadiran peserta sebelum mereka memulakan kerja masing-masing.Katanya, sebelum bermastautin di ladang sawit MESEJ Sg Laba, semua peserta diwajibkan mengikuti kursus intensif selama tiga hari mengenai perladangan. “Taklimat keselamatan diberikan setiap hari, iaitu meliputi soal keselamatan diri, penggunaan racun, penuaian buah, penyemburan dan sebagainya.“Tiada peserta yang dikecualikan daripada rutin harian itu, kerana ia sebenarnya bertujuan meningkatkan disiplin kerja demi kebaikan para peserta,” kata Hairuddin.MESEJ Sg Laba, Pulau Sebatik, yang menampung 33 peserta, dilengkapi dengan kemudahan asas termasuklah bekalan air, elektrik, surau serta kawasan tanah kosong untuk para peserta berkebun.

NOORIANA MANSA-ANAK PESERTA PROGRAM MESEJ

CARTA BAGAIMANA MESEJ PERTANIAN DIWUJUDKANPejabat Daerah kemukakan kepada Pejabat Tanah dan Ukur, Kota Kinabalu,

mengenai cadangan membuka kawasan MESEJ seluas 98 hektar

Jabatan Tanah dan Ukur keluarkan kelulusan.

Kelulusan dihantar kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS).

Agensi pembimbing, SLDB, akan membuat anggaran kos.

Cadangan pembangunan projek diiklankan di akhbar tempatan untuk memanggil tender.

Apabila 98 hektar sudah ditanam kelapa sawit, SLDB akan mengurus ladang selama 25 tahun seperti yang terkandung dalam surat perjanjian

Kerajaan Negeri dengan SLDB

Hasil ladang disalurkan kepada Akaun Amanah.

CERIA .. Nooriana (kiri) dan Hairuddin Palurui.

Page 7: Berita Kemajuan Sep-Oct 2013

Sait bin Jaafar, 50, kelihatan begitu ceria dan rancak berbual ketika menyambut

beberapa tetamu yang berkunjung ke rumahnya di Sungai Laba, Pulau Sebatik, Tawau.

Rumah tiga bilik yang dihuni oleh Sait dan keluarganya itu dilengkapi kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan kipas angin selain kemudahan milik persendirian seperti peti televisyen 32 inci, peti ais dan alat komputer.

Kawasan lapang di sekeliling tapak rumah yang dibina kerajaan dengan kos sekitar RM45 ribu itu juga diusahakan dengan beberapa jenis tanaman kontan.

Keselesaan hidup Sait itu adalah gambaran sebenar tentang impak program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) yang dilaksanakan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan luar bandar Sabah.

Bagi Sait, kehidupan baharu yang dinikmatinya sekarang adalah jauh lebih baik berbanding di tempat asalnya, Kampung Sungai Tongkang Lama, juga di Pulau Sebatik, yang mengambil masa kira-kira 20 minit perjalanan bot dari bandar Tawau.

“Dulu saya tinggal di rumah pondok yang sentiasa bergelap dan menumpang tanah nenek. Saya bekerja menanam koko di kebun ayah dengan pendapatan sekitar RM400 sebulan,” kata Sait yang mempunyai lapan orang anak.

Namun, kedhaifan hidup di masa lampau itu ditelan zaman setelah

Sait terpilih sebagai salah seorang daripada 33 orang peserta Projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Sg Laba, Pulau Sebatik.

“Apa lagi yang boleh saya perkatakan selain sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan kerana mewujudkan projek MESEJ dan memberi peluang kepada saya menjadi peserta.

“Saya tidak dapat bayangkan

bagaimana agaknya masa depan saya dan keluarga saya andainya saya terus menjalani kehidupan seperti dahulu.

“Alhamdulillah, selepas terpilih menyertai projek MESEJ Sg Laba, saya tidak perlu lagi risau memikirkan bagaimana mencari nafkah untuk menyara keluarga saya,” katanya.

Projek penanaman kelapa sawit MESEJ Sg Laba seluas 98 itu yang

dibangunkan pada tahun 2006, dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) yang melantik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) sebagai pelaksana.

Majlis Perbandaran Tawau turut memainkan peranan dalam penyediaan infrastruktur seperti rumah-rumah peserta.

Ladang kelapa MESEJ Sg Laba kini sudah menghasilkan purata 150 tan buah tandan segar setiap bulan, manakala purata pendapatan setiap peserta ialah RM800 sebulan iaitu upah bekerja di ladang.

Hasil ladang akan disalurkan kepada Akaun Amanah dan terpulanglah kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah untuk menentukan jumlah yang

diberikan atau diagihkan kepada peserta.

Sait Jaffar dan seorang lagi peserta MESEJ Sg Laba, Mansa bin Mali, bagaimana pun memperoleh pendapatan sampingan dengan mengusahakan tanaman kontan dan membuka kedai runcit.

Mansa, yang berasal dari Kg Mantadak Baru, Pulau Sebatik, berkata MESEJ Sg Laba telah membuktikan bahawa projek pertanian itu telah berjaya mengeluarkan para peserta

daripada belenggu kemiskinan.“Saya sendiri sebelum

menumpang di rumah kakak dan pendapatan sebagai nelayan tidak menentu. Tetapi di sini (sebagai peserta MESEJ), jauh lebih bagus,” kata Mansa.

Selain Sungai Laba, Pulau Sebatik, tiga lagi projek MESEJ yang dilaksanakan KPLBS di kawasan Pantai Timur iaitu Sapang, Kunak, Balat dan Lihak-Lihak di daerah Semporna.

8 Edisi September – Oktober 2013Berita

Kehidupan peserta MESEJ Sungai Laba

Apa lagi yang boleh saya perkatakan selain sangat bersyukur dan berterima

kasih kepada Kerajaan. kerana mewujudkan projek MESEJ

dan memberi peluang kepada saya menjadi peserta.

LENGKAP... Tiang elektrik dan sistem perparitan untuk perumahan peserta MESEJ Sg Laba.

SELESA...Sait bersama isteri dan anak perempuannya di rumah peserta MESEJ Sg Laba.