dynafleet online · indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut...

105
DYNAFLEET ONLINE 24/08/2018

Upload: vanliem

Post on 23-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

DYNAFLEET ONLINE

24/08/2018

Page 2: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Pengenalan

Pengenalan

Mengenai Dynafleet Online Bantuan

Bantuan atas talian dalam Dynafleet Online, yang turut dirujuk sebagai WebHelp, ialah sistem bantuan bebas platform yang berasaskan HTML. Sistem bantuan telah dipertingkatkan dengan isi kandungan yang dinamik serta ciri carian dan indeks untuk memberi kepada anda ciri navigasi lanjutan.

Fungsi WebHelp yang tersedia dihuraikan di bawah.

Kandungan

Isi kandungan sistem bantuan tersedia daripada tab Kandungan yang terletak di sudut sebelah kiri atas.

l Sesuatu folder mewakili kategori atau topik utama. l Sesebuah halaman mewakili topik individu.

Ikon folder boleh dikembangkan dengan mengklik folder tersebut.

Apabila anda mengklik ikon halaman, halaman yang berkaitan akan dipaparkan dalam anak tetingkap kanan.

Indeks

Indeks sistem bantuan adalah berdasarkan Bantuan HTML Microsoft standard dan boleh dipaparkan dengan mengklik tab Indeks di sudut sebelah kiri atas.

Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan dalam anak tetingkap kanan.

Untuk menggelintar Indeks, anda boleh menaip sebahagian atau seluruh perkataan atau frasa dalam kotak entri yang terletak di atas tab Indeks.

Cari

Ciri carian berkuasa ini membolehkan anda mencari maklumat dengan cepat dan mudah. Masukkan

carian anda dalam kotak carian di sudut sebelah kanan atas dan klik (atau tekan Enter). Hasil carian dipaparkan dalam anak tetingkap kanan. Untuk membuka sesuatu topik, klik pada hasil carian.

Topik yang Berkaitan

Di hujung topik tertentu, pautan Topik Berkaitan akan dipaparkan. Mengklik pautan ini memberi anda akses kepada topik lain yang mengandungi subjek yang berkaitan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 2 -

Page 3: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Maklumat am

Maklumat am

Antara Muka Pengguna

Pertama sekali anda perlu melog masuk ke dalam sistem dengan nama pengguna dan kata laluan anda.

Antara muka ini boleh dinavigasi dari kawasannya yang berasingan.

1. Tab navigasi - mula dengan memilih kawasan kerja anda. 2. Pandangan sumber - pilih jika anda mahu bekerja dengan kenderaan, pemandu, atau pengguna. 3. Pandangan kerja - Maklumat ini akan dibentangkan di kawasan ini. 4. Ikon amaran - Ikon ini akan menyala apabila mesej baharu atau terdapat amaran yang memerlukan

perhatian.

Navigasi

Untuk menavigasi dalam Dynafleet Online (DFOL), guna tab di baris lebih atas dalam sistem ini. Dengan mengklik pada sesuatu tab anda mendapat capaian kepada fungsi yang diperuntukkan kepadanya. Kandungan tab-tab ini digambarkan sebagai paparan. Anda akan mempunyai capaian yang berbeza bergantung pada jenis pengguna (cth. pentadbir, pengguna) yang anda log masuk.

Di sebelah kiri anda, anda akan mendapati paparan sumber, iaitu, pemandu, kenderaan dan pengguna.

Apabila misalnya anda mahu menghantar mesej kepada seseorang pengguna, anda perlu mengklik untuk melihat pengguna yang anda boleh berkomunikasi dengannya. Senario yang sama juga berkenaan bagi kenderaan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 3 -

Page 4: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Maklumat am

Memuatkan semula paparan

Jika, sewaktu bekerja dalam satu paparan anda beralih ke kawasan yang berbeza, maklumat dalam paparan pertama akan kekal sehingga anda kembali. Untuk memuatkan semula "halaman mula" dalam paparan tertentu, klik tab dua kali.

Memilih

Jika anda mahu memilih lebih daripada satu objek, anda boleh menggunakan sama ada ctrl atau shift. Prosedur pemilihan berfungsi dalam cara yang sangat serupa dengan cara pemilihan yang dibuat dalam Windows. Iaitu, anda boleh memilih beberapa item sekali gus dengan menggunakan kekunci shift atau satu demi satu dengan menggunakan ctrl. Anda juga boleh menggunakan pemilihan ctrl-shift untuk menyimpan pilihan terdahulu dan pada masa yang sama memilih beberapa item pada satu masa. Pemilihan shift hanya boleh dilakukan dalam lingkungan kumpulan atau flit, iaitu, item hanya boleh dipilih daripada kumpulan yang berbeza dengan menggunakan pemilihan shift. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih beberapa kumpulan sekali gus dengan menggunakan shift.

Seret dan lepas

Untuk memilih objek terpilih dan memasukkannya ke dalam sesuatu laporan, klik pada ikon atau huraian teks objek berkenaan dan seretnya ke paparan laporan berkaitan. Anda juga boleh menggunakan anak

panah untuk mengalihkan objek terpilih ke paparan laporan tersebut.

Tidak perlu dwiklik

Anda tidak perlu dwiklik apabila anda pergi dari satu tab ke tab yang lain atau jika anda memilih sesebuah kenderaan dan sebaliknya bukan pemandu, dsb.

Klik kanan

Apabila teks meminta anda mengklik kanan, ia merujuk pada butang kanan pada tetikus anda.

Dalam sesetengah paparan anda boleh klik kanan. Dengan mengklik kanan anda mendapat capaian kepada kefungsian lanjut, serta pembentukan folder baharu dalam ciri pemesejan, contohnya.

Mencetak

Jika disediakan, halaman tersebut boleh dibentangkan dalam cara yang mesra pencetak. Selepas mengklik ikon tersebut, tetingkap baharu dengan versi mesra pencetak akan ditunjukkan dengan ikon pencetak baharu.

Kumpulan

Dengan membuat kumpulan anda boleh mengatur kenderaan dan pemandu anda.

1. Klik kanan pada kumpulan utama kenderaan dan pemandu dan pilih Kumpulan baharu dan masukkan nama bagi kumpulan tersebut.

2. Seret kenderaan dan pemandu yang anda ingin masukkan ke dalam kumpulan tersebut.

Anda boleh memadam kumpulan dengan mengklik kanan dan memilih Padam.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 4 -

Page 5: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Maklumat am

Berbilang Flit

Pentadbir

Dalam paparan sumber, klik pada ikon pelanggan (berbilang flit) untuk melihat senarai flit anda. Klik kanan pada flit yang anda mahu usahakan, dan memilih Pergi ke flit. Apabila flit sedang aktif anda boleh kembali ke paparan berbilang flit dengan memilih pelanggan dan kemudian klik kanan padanya, dengan memilih Pergi ke pelanggan.

Di peringkat pelanggan (berbilang flit) anda boleh membuat dan mengubah suai pengguna/pentadbir berbilang flit. Di peringkat flit, kefungsian yang sama disediakan apabila anda melog masuk sebagai pentadbir flit biasa.

Pengguna

Memandangkan anda log masuk sebagai pengguna berbilang flit, anda boleh menghasilkan laporan dan mengurus rancangan perkhidmatan.

Gambaran Keseluruhan Sistem

Sistem Dynafleet Online membolehkan penghantar berkomunikasi dengan kenderaan dalam sesebuah flit. Untuk memulakan komunikasi ini, kenderaan perlu dilengkapi unit mudah alih Dynafleet. Maklumat antara sistem dengan komputer kenderaan melalui rangkaian telefon mudah alih.

Kenderaan boleh disediakan untuk mengeksport data ke sistem dari semasa ke semasa atau penghantar boleh memilih untuk memuat turun data secara manual. Maklumat ini, yang dimuat turun daripada kenderaan, disimpan dalam pangkalan data jarak jauh.

Bantuan

Jika anda perlu bantuan atau perkhidmatan, sila hubungi mana-mana nombor berikut:

Brazil 0800 6458181

Belgium 0800 92788

Norway 800 18171

Perancis 0800 915686

Jerman 0800 1823437

Austria 0800 281713

Sweden 020 791356

U.K. 0800 5871609

Finland 0800 113201

Luxemburg 800 22482

Denmark 80 88 43 62

Switzerland 0800 564908

Belanda 0800 0229799

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 5 -

Page 6: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Maklumat am

Itali 800 785 486

Negara-negara Lain +32 9255 6788 (Tidak Percuma)

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 6 -

Page 7: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Kawasan sistem

Maklumat

Maklumat

Selepas melog ke dalam sistem ini anda akan melihat paparan Maklumat.

Dalam paparan berita, Dynafleet berita dan bantuan dibentangkan.

Berita

Berita yang ditampilkan mengandungi maklumat berhubung flit yang anda termasuk di dalamnya.

Berita Dynafleet

Berita Dynafleet yang ditampilkan mengandungi maklumat berhubung berita Dynafleet secara keseluruhan.

Dynafleet Online

Anda boleh melihat manual dalam talian atau memuat turun bantuan ini dalam bentuk fail pdf.

Pentadbiran

Jika anda pentadbir, anda boleh menambah dan mengubah suai dengan mengklik pada .

Laporan

Laporan

Laporan kecekapan bahan api

Laporan kecekapan bahan api membolehkan anda untuk memantau penggunaan bahan api flit, prestasi pemanduan, pengeluaran CO2 dan penggunaan kenderaan. Data laporan kecekapan bahan api disediakan dan boleh digunakan untuk mengukur secekap mana kenderaan anda dikendalikan oleh pemandu dalam flit.

Data laporan disampaikan dalam pelbagai format untuk memberi ringkasan bagi pemilihan pemandu atau kenderaan dan memberikan maklumat terperinci untuk kenderaan dan pemandu individu. Selain itu, anda boleh menjana graf aliran yang memaparkan skor kecekapan bahan api dan penggunaan bahan api secara purata dalam satu tempoh.

Anda boleh mengeksport data laporan dalam format Excel untuk analisis lanjut atau menjana PDF boleh cetak untuk disampaikan kepada pemandu. Anda juga boleh menyimpan kriteria pemilihan laporan khusus sebagai laporan kegemaran dan memperuntukkan pelanggan untuk menerima e-mel yang mengandungi pautan terus kepada laporan tersebut.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 7 -

Page 8: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Gunakan tab Gambaran Keseluruhan, Butiran dan Aliran untuk mengemudi antara tiga bahagian laporan tersebut.

“Semua yang diperuntukkan” bermakna bahawa pemandu dan kenderaan yang diperuntukkan kepada pengguna anda, yang aktif dalam tempoh masa yang dipilih akan disertakan dalam laporan tersebut. Selain itu, anda boleh menukarkan selang masa dengan memilih selang masa yang terkini: hari ini, semalam, 7 hari yang lalu atau 30 hari yang lalu.

Perhatian: Laporan kecekapan bahan api adalah sebahagian daripada Fuel & Environment. Oleh yang demikian, hanya kenderaan yang melanggan kepada Fuel & Environment disertakan dalam laporan.

Markah kecekapan bahan api

Skor kecekapan bahan api ialah kaedah mengukur secekap mana sesebuah trak dipandu oleh seorang pemandu dalam masa tertentu. Keadaan luar seperti cuaca, berat muatan dan keadaan trafik akan menjejaskan penggunaan bahan api, bermakna bahawa kes yang mempunyai skor yang tinggi (skor yang baik) juga boleh menunjukkan penggunaan bahan api yang tinggi.

Gambaran keseluruhan

Gambaran keseluruhan mengandungi status keseluruhan pilihan semasa. Anda boleh berinteraksi dengan kategori-kategori tersebut untuk melihat maklumat yang menjadi dasar skor tersebut. Pembentangan laporan adalah berdasarkan data daripada semua kenderaan dan pemandu yang diperuntukkan kepada pengguna anda. Anda boleh menggunakan bahagian pemilihan untuk memilih kenderaan atau pemandu tertentu. “Semua yang diperuntukkan” bermakna bahawa pemandu dan kenderaan yang diperuntukkan kepada pengguna anda yang aktif, dalam tempoh masa yang dipilih akan disertakan dalam laporan tersebut.

Butiran

Ciri ini memberi Pemilik Flit gambaran keseluruhan yang pantas tentang flit dan pemandu mereka. Pemilik Flit boleh memilih kenderaan atau pemandu individu atau semua pemandu dan memperoleh hasil berdasarkan Skor. Dengan menganalisis data dalam laporan tersebut, Pemilik Flit boleh mengetahui bagaimana dan di mana penggunaan bahan api boleh dikurangkan dan mengenal pasti bidang-bidang penambahbaikan untuk pemandu.

Apabila “Semua yang diperuntukkan” dipilih, dua butang dipaparkan: Kenderaan dan Pemandu. Butang-butang ini membenarkan pengguna untuk melihat kenderaan atau pemandu.

Di bawah tab Butiran, pilihan semasa disusun mengikut skor.

Pilihan semasa akan dibahagikan dan dikelaskan mengikut warna hijau, kuning dan merah. Lajur-lajurnya boleh diisih.

Jika pilihan semasa mengandungi trak, pengguna boleh melihat pemandu mana yang memandunya

dengan mengembangkan baris dalam jadual tersebut. Ini dilakukan dengan menggunakan ikon .

Aliran

Graf Aliran membolehkan anda untuk mengikuti tingkah laku dan penggunaan flit dan membandingnya dengan penggunaan bahan api secara purata. Maklumat ini kemudiannya boleh digunakan untuk mengenal pasti di mana kos dapat dikurangkan. Graf tersebut bersifat interaktif. Bergerak-gerak di atas graf untuk melihat maklumat lanjut.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 8 -

Page 9: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Untuk menukar selang masa dalam graf aliran, pilih salah satu daripada pilihan dalam selang masa terkini: hari ini, semalam, 7 hari yang lalu atau 30 hari yang lalu.

Kemudian pilih selang masa terkini dan pilih tempoh masa yang telah ditetapkan lebih awal, cth. 3 bulan, 6 bulan atau 13 bulan.

Untuk menukar dasar pengiraan skor, pilih setiap bulan atau setiap minggu.

Laporan gambaran keseluruhan

Laporan gambaran keseluruhan boleh digunakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kenderaan anda dan prestasi pemandu. Ia menunjukkan masa, perbatuan dan penggunaan bahan api setiap kenderaan/pemandu untuk tempoh masa tertentu dan juga menunjukkan beberapa parameter yang memberikan maklumat mengenai gaya memandu. (Ekonomi, Melahu dan sebagainya). Laporan itu berguna apabila anda ingin mendapatkan gambaran keseluruhan itu dan membandingkan parameter tertentu untuk kenderaan dan pemandu yang berbeza.

Laporan gambaran keseluruhan memberi anda gambaran keseluruhan mengenai prestasi/pemandu anda dan bagi tempoh masa yang dipilih, ia menunjukkan parameter utama berikut:

l Masa enjin berjalan l Perbatuan yang telah dipandu l Jumlah bahan api yang digunakan l Penggunaan bahan api purata

Di samping itu, ia menunjukkan nilai relatif dalam % masa dengan enjin dihidupkan untuk "modus" enjin dan kenderaan yang berbeza, seperti "Ekonomi", "Melahu" dan sebagainya.

Bergantung pada pilihan lajur, parameter akan dipaparkan dalam tab yang berikut:

l Umum l Operasi l Memandu l Fungsi kenderaan

Dalam paparan pilihan laporan Gambaran Keseluruhan anda boleh memilih untuk "Sertakan data pemandu" dalam laporan Kenderaan dan untuk "Sertakan data kenderaan" dalam laporan pemandu. Jika beberapa pemandu telah memandu satu kenderaan, laporan ini akan menunjukkan bagi setiap kenderaan hasil bagi setiap pemandu dan jumlah bagi kenderaan berkenaan. Jika seorang pemandu telah memandu beberapa kenderaan, laporan ini akan menunjukkan bagi setiap pemandu hasil bagi setiap kenderaan dan jumlah bagi pemandu berkenaan.

Profil Laporan

Anda boleh menggunakan profil – atau templat (jarak jauh, pengedaran atau pembinaan) – apabila membuat laporan. Apabila profil digunakan pada sesuatu laporan, butiran laporan berkenaan diserlahkan dengan hijau kuning, oren. Hijau menunjukkan prestasi melebihi sasaran, kuning menunjukkan prestasi hampir mencapai sasaran dan oren menunjukkan prestasi di bawah sasaran.

Ciri ini disediakan dalam kedua-dua versi pemandu dan kenderaan bagi laporan ini.

Menggunakan profil laporan

Untuk membuat laporan dengan menggunakan profil laporan, pilih profil yang dikehendaki daripada medan Profil Laporan sebelum menjana laporan. Profil lalai bagi penggunaan jarak jauh, pengedaran

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 9 -

Page 10: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

dan pembinaan disediakan. Lihat Profil laporan pengurusan untuk mendapatkan maklumat tentang menghasilkan dan menyunting profil laporan anda sendiri.

Setelah dibuat, kandungan laporan akan diserlahkan menurut had yang ditakrifkan dalam profil yang digunakan. Laporan yang dijana akan memaparkan nilai had yang digunakan dan teks yang menjelaskan sama ada nilai lebih rendah atau lebih tinggi lebih baik bagi setiap medan yang diserlahkan. Perhatian! Hanya medan yang telah disertakan dalam laporan sahaja akan diserlahkan pada laporan.

Laporan ini boleh dilihat dalam talian adan dicetak. Apabila mengeksport ke dalam Excel, lajur tambahan yang memaparkan “MERAH”, “KUNING” atau “HIJAU” akan ditambah kepada hamparan untuk mewakili tahap prestasi.

Laporan gerudi ke bawah

Semasa membaca laporan, anda mungkin ingin memperoleh lebih banyak maklumat mengenai nilai tertentu. Nilai medan yang dipaparkan sebagai pautan apabila tetikus digerakkan ke atasnya boleh diklik. Dengan mengklik mana-mana nilai medan ini anda akan dibawa ke tahap laporan yang lebih terperinci. Lihat Pelaporan gerudi bawah untuk maklumat lanjut.

Huraian medan

Jumlah masa: Jumlah jam dalam tempoh masa yang dipilih.

Jumlah jarak: Jumlah jarak yang dipandu.

Jumlah bahan api: Jumlah isi padu bahan api.

Purata bahan api: Penggunaan bahan api purata

Purata AdBlue: Penggunaan AdBlue purata

Kelajuan memandu purata: Kelajuan purata sewaktu memandu

Pembilang brek purata: Purata bilangan kekerapan brek kenderaan telah digunakan

Pembilang berhenti secara purata: Purata bilangan kekerapan kenderaan telah berhenti

Masa PTO: Masa yang digunakan bagi Power Take-off (masa enjin berjalan dan pekerja melaksanakan tugas).

Masa melahu: Masa yang digunakan sewaktu melahu:

Dalam masa ekonomi: Masa pemanduan ekonomi.

Melebihi masa ekonomi: Masa memandu melebihi had ekonomi

Masa luncuran: Masa meluncur.

Masa kawalan jelajah: Masa dipandu menggunakan kawalan jelajah.

Laju lampau kenderaan (Had Flit): Masa dipandu melebihi had kelajuan ditakrif dalam tetapan kenderaan.

Masa gear tertinggi: Masa dipandu dalam gear tertinggi.

Masa beban enjin: Masa dipandu dengan muatan enjin melebihi 90% tork maksimum.

Masa putaran lampau enjin: Masa dipandu dengan kelajuan enjin dalam zon merah.

Mod I-Shift

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 10 -

Page 11: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Masa automatik: Masa memandu dengan kotak gear I-Shift dalam mod automatik.

Masa manual: Masa memandu dengan kotak gear I-Shift dalam mod manual.

Masa kuasa: Memandu masa dengan I-Shift kotak gear dalam mod kuasa.

Berat kenderaan (nilai berat disediakan daripada sistem brek elektronik (EBS))

Jarak rendah: Jarak yang dipandu dengan berat konvoi rendah.

Jarak sederhana: Jarak yang dipandu dengan berat konvoi sederhana.

Jarak penuh: Jarak yang dipandu dengan berat konvoi penuh.

Menyusun data laporan setiap lajur

Untuk menyusun data laporan dalam urutan menaik atau menurun setiap lajur, klik pengepala lajur.

Perhatian: Penyusunan data dinyahdayakan apabila Sertakan butiran pemandu dipilih.

Penyusunan data tidak disokong untuk Internet Explorer 10 dan versi terdahulu.

AdBlue ialah tanda dagangan berdaftar Verband Der Automobilindustrie e.V. (VDA) bagi AUS32 (Larutan Urea Akueus 32%), ia juga sering dirujuk sebagai Larutan Urea Automotif.

Laporan ringkasan

Laporan ringkasan memberi anda ringkasan terperinci mengenai prestasi kenderaan dan pemandu bagi tempoh masa yang dipilih. Ia menunjukkan kelajuan purata, masa, perbatuan dan penggunaan bahan api bagi setiap kenderaan dan pemandu, dan sebagai tambahan anda mendapat penyenaraian terperinci parameter yang berbeza. Angkanya boleh disenaraikan sebagai nilai mutlak atau relatif. Laporan ini berguna apabila anda mahu mendapatkan gambaran keseluruhan, dan dapat melihat butiran dan membandingkan kenderaan dan pemandu yang berbeza.

Laporan ringkasan ini memberi anda ringkasan lengkap maklumat yang ada. Ia menunjukkan parameter utama yang berikut:

l Kelajuan purata l Masa enjin berjalan l Perbatuan yang telah dipandu l Jumlah bahan api yang digunakan l Penggunaan bahan api purata

Di samping itu, ia menunjukkan nilai mutlak dan relatif bagi "modus" enjin dan kenderaan yang berbeza, seperti "Ekonomi", "Melahu" dan sebagainya. Untuk setiap modus ini, ia menunjukkan angka bagi masa, perbatuan dan penggunaan bahan api.

Bergantung pada pilihan lajur, parameter ditunjukkan dalam tab yang berikut:

l Operasi l Memandu

Profil Laporan

Anda boleh menggunakan profil – atau templat (jarak jauh, pengedaran atau pembinaan) – apabila membuat laporan. Apabila profil digunakan pada sesuatu laporan, butiran laporan berkenaan diserlahkan

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 11 -

Page 12: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

dengan hijau kuning, oren. Hijau menunjukkan prestasi melebihi sasaran, kuning menunjukkan prestasi hampir mencapai sasaran dan oren menunjukkan prestasi di bawah sasaran.

Ciri ini disediakan dalam kedua-dua versi pemandu dan kenderaan bagi laporan ini.

Menggunakan profil laporan

Untuk membuat laporan dengan menggunakan profil laporan, pilih profil yang dikehendaki daripada medan Profil Laporan sebelum menjana laporan. Profil lalai bagi penggunaan jarak jauh, pengedaran dan pembinaan disediakan. Lihat Profil laporan pengurusan untuk mendapatkan maklumat tentang menghasilkan dan menyunting profil laporan anda sendiri.

Setelah dibuat, kandungan laporan akan diserlahkan menurut had yang ditakrifkan dalam profil yang digunakan. Laporan yang dijana akan memaparkan nilai had yang digunakan dan teks yang menjelaskan sama ada nilai lebih rendah atau lebih tinggi lebih baik bagi setiap medan yang diserlahkan. Perhatian! Hanya medan yang telah disertakan dalam laporan sahaja akan diserlahkan pada laporan.

Laporan ini boleh dilihat dalam talian adan dicetak. Apabila mengeksport ke dalam Excel, lajur tambahan yang memaparkan “MERAH”, “KUNING” atau “HIJAU” akan ditambah kepada hamparan untuk mewakili tahap prestasi.

Laporan gerudi ke bawah

Sewaktu melihat laporan ini, anda mungkin ingin mendapatkan butiran lanjut mengenai nilai tertentu. Nilai medan yang dipaparkan sebagai pautan apabila mengapung di atasnya dengan tetikus boleh diklik. Mengklik mana-mana nilai medan ini membawa anda ke tahap laporan yang lebih terperinci. Lihat Laporan gerudi ke bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Huraian medan

Jumlah: Jumlahnya adalah jumlah memandu, PTO dan melahu

Memandu: Memandu

PTO: Power take-off

Melahu: Melahu

Dalam lingkungan ekonomi: Enjin yang digunakan dalam lingkungan had laju ekonomi

Melebihi ekonomi: Enjin yang digunakan melebih had laju ekonomi

Meluncur: Meluncur

Kawalan jelajah: Kenderaan dipandu dengan menggunakan kawalan jelajah.

Laju lampau kenderaan: Kenderaan yang dipandu melebihi had laju yang ditakrifkan dalam tetapan kenderaan.

Gear tertinggi: Penggunaan gear tertinggi

Muatan enjin: Kenderaan yang dipandu dengan muatan enjin melebihi 90% tork maksimum

Putaran lampau enjin: Kenderaan yang dipandu dengan kelajuan enjin dalam zon merah.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 12 -

Page 13: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Laporan pengecualian

Laporan Pengecualian ini sangat berguna apabila anda mahu melihat parameter tertentu (seperti penggunaan bahan api purata) dan anda mahu menganalisis pengecualian daripada sasaran yang telah anda tetapkan. Laporan ini membolehkan anda menetapkan sasaran bagi semua parameter (penggunaan bahan api, melahu, kelajuan lampau dan sebagainya) dan menampilkan kenderaan, pemandu atau kumpulan dalam laporan grafik bersifat ilustrasi dan membandingkannya antara satu sama lain dan dengan sasaran anda.

Sasaran ditetapkan sebagai titik ukuran dan dengan laporan-laporan ini, anda boleh membandingkan hasil atau menyemak bagaimana sesuatu hasil dibandingkan dengan matlamat atau sasaran asal.

Laporan gerudi ke bawah

Sewaktu melihat laporan ini, anda mungkin ingin mendapatkan butiran lanjut mengenai nilai tertentu. Nilai medan yang dipaparkan sebagai pautan apabila mengapung di atasnya dengan tetikus boleh diklik. Mengklik mana-mana nilai medan ini membawa anda ke tahap laporan yang lebih terperinci. Lihat Laporan gerudi ke bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengisih data laporan bagi setiap lajur

Untuk mengisih data laporan dalam urutan menaik atau menurun bagi setiap lajur, klik pengepala lajur tersebut.

Pengisihan data tidak disokong untuk Internet Explorer 10 dan versi awal.

Laporan Bahan Api & AdBlue

Anda boleh mengekstrak laporan terperinci mengenai penggunaan bahan api dan AdBlue. Ini berguna untuk mengira jumlah bahan api dan isi padu AdBlue bagi kenderaan khusus atau sekumpulan kenderaan sepanjang tempoh masa yang disesuaikan. Anda boleh memilih laporan-laporan ini dalam penggunaan statistik atau bagi pembentangan. Sewaktu membentangkan laporan graf, kenderaan dengan AdBlue akan mempunyai graf tambahan dalam laporan ini.

AdBlue adalah tanda dagangan berdaftar Verband Der Automobilindustrie e.V. (VDA) bagi AUS32 (Larutan Urea Akueus 32%), ia juga sering dirujuk sebagai Larutan Urea Automotif.

Mengisih data laporan bagi setiap lajur

Untuk mengisih data laporan dalam urutan menaik atau menurun bagi setiap lajur, klik pengepala lajur tersebut.

Perhatian: Pengisihan data dilumpuhkan apabila Sertakan butiran pemanduatau jenis persembahan Tren dipilih.

Pengisihan data tidak disokong untuk Internet Explorer 10 dan versi awal.

Laporan perbatuan

Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci mengenai perbatuan yang telah dipandu daripada kenderaan atau pemandu khusus. Anda boleh memasukkan pemandu dalam laporan sesebuah kenderaan yang diekstrak untuk membandingkan beberapa pemandu dalam satu kenderaan. Apabila

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 13 -

Page 14: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

anda membuat laporan anda akan menerima maklumat mengenai Jumlah perbatuan, memandu dan PTO.

Mengisih data laporan bagi setiap lajur

Untuk mengisih data laporan dalam urutan menaik atau menurun bagi setiap lajur, klik pengepala lajur tersebut.

Perhatian: Pengisihan data dilumpuhkan apabila Sertakan butiran pemandu atau jenis persembahan Tren dipilih.

Pengisihan data tidak disokong untuk Internet Explorer 10 dan versi awal.

Laporan masa

Jika anda membuat laporan Masa anda boleh melihat bagaimana seseorang pemandu atau kenderaan berkelakuan dalam hal masa memandu, masa melahu dsb. Ini mungkin berguna bagi statistik dan pembentangan.

Mengisih data laporan bagi setiap lajur

Untuk mengisih data laporan dalam urutan menaik atau menurun bagi setiap lajur, klik pengepala lajur tersebut.

Perhatian: Pengisihan data dilumpuhkan apabila Sertakan butiran pemandu atau jenis persembahan Tren dipilih.

Pengisihan data tidak disokong untuk Internet Explorer 10 dan versi awal.

Laporan alam sekitar

Laporan alam sekitar berguna apabila anda mahu mendokumen dan membentangkan emisi kenderaan anda, contohnya dalam laporan alam sekitar syarikat atau bagi operasi laporan khusus. Ia mengira emisi berbeza berdasarkan penggunaan bahan api dan enjin- dan spesifikasi kenderaan daripada pangkalan data kenderaan Volvo atau pengelasan Euro kenderaan.

Anda boleh memilih unit ukuran berbeza apabila menjana laporan alam sekitar bergantung pada tujuan anda; Total dan Sekilometer/sebatu. Bergantung pada pilihan anda mendapa laporan yang berbeza.

Mengisih data laporan bagi setiap lajur

Untuk mengisih data laporan dalam urutan menaik atau menurun bagi setiap lajur, klik pengepala lajur tersebut.

Pengisihan data tidak disokong untuk Internet Explorer 10 dan versi awal.

Laporan odometer

Laporan odometer disesuaikan untuk mengekstrak bacaan odometer yang dikemas kini daripada kenderaan anda. Ia menunjukkan bacaan odometer yang paling rapat dengan tarikh yang anda nyatakan. Jika anda mahu bacaan odometer terkini, pilih Terakhir Diketahui.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 14 -

Page 15: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Laporan gerudi ke bawah

Sewaktu melihat laporan ini, anda mungkin ingin mendapatkan butiran lanjut mengenai nilai tertentu. Nilai medan yang dipaparkan sebagai pautan apabila mengapung di atasnya dengan tetikus boleh diklik. Mengklik mana-mana nilai medan ini membawa anda ke tahap laporan yang lebih terperinci. Lihat Laporan gerudi ke bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Huraian medan

Bacaan odometer: Bacaan odometer yang terhampir dengan tarikh terpilih, atau bacaan terakhir jika Terakhir Diketahui telah dipilih.

Tarikh terhampir: Tarikh bacaan.

Hari yang hilang: Bacaan odometer dikumpul dari semasa ke semasa. Jika terdapat jurang dalam tempoh masa, bilangan hari yang hilang ditunjukkan dalam medan ini.

Mengisih data laporan

Untuk mengisih data laporan dalam urutan menaik atau menurun bagi lajur Bacaan odometer, klik pengepala lajur tersebut.

Pengisihan data tidak disokong untuk Internet Explorer 10 dan versi awal.

Laporan aktiviti

Laporan aktiviti membentangkan aktiviti pemandu berdasarkan parameter yang dipilih pada takograf. Laporan ini berguna apabila anda mahu membentangkan angka berhubung memandu, bekerja, menunggu dan berehat. Anda juga boleh memilih untuk memasukkan maklumat mengenai pencerobohan pada masa dahulu bagi pemandu apabila resolusi Aktiviti adalah Aktiviti.

Huraian medan

Memandu: Masa yang digunakan untuk memandu.

Bekerja: Masa yang digunakan untuk bekerja (dan bukan memandu).

Menunggu: Masa yang digunakan untuk menunggu.

Berehat: Masa yang digunakan untuk berehat.

Masa dilog: Jumlah tempoh masa

Resolusi aktiviti

Laporan Aktiviti Pemandu boleh dipaparkan dalam tiga varian "Resolusi".

Hari: Aktiviti pemandu aktif dalam tempoh 24 hari. Berbilang pemandu boleh dipilih dan hasilnya juga boleh dipaparkan sebagai graf. Dalam paparan graf ini, ringkasan carta pai ditunjukkan bagi setiap pemandu yang dipilih.

Aktiviti: Satu aktiviti setiap baris.

Log Masuk/Log Keluar Satu sesi dilog setiap baris.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 15 -

Page 16: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Dua resolusi terakhir terhad pada satu pemandu pada satu masa dan tidak akan disediakan sebagai graf.

Pilihan aktiviti

Pilihan aktiviti digunakan untuk memilih sama ada laporan perlu menunjukkan aktiviti terperinci atau tidak. Harap maklum bahawa hanya kenderaan dengan pakej perkhidmatan sahaja Driver Times menyokong aktiviti terperinci.

Aktiviti sahaja: Laporan aktiviti biasa.

Aktiviti dengan butiran: Laporan aktiviti yang menunjukkan pecahan setiap aktiviti seterperinci mungkin.

Butiran sahaja: Laporan yang menunjukkan hanya butiran dan bukan aktiviti utama.

Pilihan laporan

Jika resolusi aktiviti adalah aktivitianda juga boleh memilih untuk memasukkan maklumat mengenai pencerobohan pada masa dahulu.

Sejarah pencerobohan: Menunjukkan jadual sejarah pencerobohan.

Laporan WTD

Laporan arahan waktu kerja menampilkan aktiviti pemandu berdasarkan aktiviti pemandu yang dimuat turun daripada kad kenderaan dan pemandu, dengan aktiviti yang diubah suai secara manual. Laporan ini menunjukkan masa bekerja, ketersediaan dan masa berehat pemandu. Ia juga memberi gambaran keseluruhan berapa kali peraturan arahan waktu kerja telah dilanggar.

Pada akhir laporan terdapat jumlah semua aktiviti yang berbeza. "Masa bekerja" adalah jumlah Memandu, Bekerja dan Ketersediaan.

Huraian Medan

Laporan ini mengandungi medan berikut. Medan peraturan hanya boleh dilihat apabila resolusinya adalah minggu.

Masa bekerja: Masa yang digunakan untuk aktiviti bekerja dan memandu.

Ketersediaan: Masa yang digunakan untuk aktiviti ketersediaan, iaitu, menunggu.

Berehat: Masa yang digunakan untuk aktiviti berehat.

Peraturan malam: Bilangan kali peraturan malam dilanggar. Medan ini hanya boleh dilihat dalam resolusi minggu sahaja.

Peraturan minggu: Bilangan kali peraturan minggu dilanggar. Medan ini hanya boleh dilihat dalam resolusi minggu sahaja.

Peraturan rehat: Bilangan kali peraturan rehat dan waktu rehat dilanggar. Medan ini hanya boleh dilihat dalam resolusi minggu sahaja.

Resolusi

Laporan arahan waktu bekerja boleh dipaparkan dalam dua varian atau "Resolusi".

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 16 -

Page 17: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Minggu: Aktiviti pemandu diringkaskan mengikut minggu. Berbilang pemandu boleh dipilih

Aktiviti: Semua aktiviti bagi pemandu ditunjukkan. Laporan ini hanya boleh dijana bagi pemandu tunggal pada satu masa sahaja.

Laporan penjejakan

Laporan penjejakan memaparkan kedudukan dan data berkaitan peristiwa untuk kenderaan atau sekumpulan kenderaan untuk tempoh masa yang dipilih.

Parameter penjejakan kenderaan dipaparkan dalam tab yang berikut:

l Umum l Perjalanan l Berat (nilai berat dalam laporan ini disediakan daripada penunjuk beban) (hanya boleh dilihat apabila

dipilih) l Suhu (hanya boleh dilihat apabila dipilih)

Huraian Medan

Laporan tersebut mengandungi medan-medan berikut.

Kenderaan: Nama kenderaan.

Masa peristiwa: Masa peristiwa berlaku

Cetusan peristiwa: Pencetus peristiwa berkenaan.

Nama pemandu: Nama pemandu menggunakan kenderaan pada masa peristiwa, jika diketahui.

Aktiviti pemandu: Aktiviti pemandu pada masa peristiwa.

Butiran aktiviti: Aktiviti terperinci pada masa peristiwa. Harap maklum bahawa hanya kenderaan dengan pakej perkhidmatan sahaja Driver Times menyokong aktiviti terperinci.

Odometer: Bacaan odometer kenderaan pada masa peristiwa.

Bahan api: Jumlah bacaan bahan api pada masa peristiwa.

Paras bahan api: Paras bahan api semasa dalam tangki bahan api dalam bentuk peratus daripada maksimum.

Tempoh terkumpul: Tempoh terkumpul, iaitu, masa peristiwa berbanding peristiwa pertama laporan.

Jarak terkumpul: Jarak terkumpul sejak peristiwa pertama laporan.

Bahan api terkumpul: Bacaan bahan api terkumpul sejak peristiwa pertama laporan.

Lokasi: Lokasi kenderaan pada masa peristiwa. Medan hanya boleh dilihat jika Lokasi telah disertakan dalam parameter laporan. Medan ini menunjukkan negara, bandar, daerah, dan alamat fizikal. Harap maklum bahawa mencari alamat mungkin mengambil sedikit masa, jadi, penjanaan laporan mungkin memakan masa yang lama jika medan ini dimasukkan.

Lat / long: Latitud dan longitud pada masa peristiwa. Medan hanya boleh dilihat jika Lat/long telah disertakan dalam parameter laporan.

Suhu: Bacaan suhu semasa peristiwa. Tab suhu hanya boleh dilihat jika Suhu disertakan dalam parameter laporan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 17 -

Page 18: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Berat: Bacaan berat (daripada penunjuk beban) semasa peristiwa. Tab berat hanya boleh dilihat jika Berat disertakan dalam parameter laporan.

Pencetus Penapis

Pengguna boleh memilih untuk mengehadkan laporan kepada hanya menunjukkan peristiwa yang dihasilkan oleh pencetus yang dipilih. Sekurang-kurangnya satu pencetus perlu dipilih. Pilih lebih daripada satu pencetus dengan menekan dan menahan shift atau control sewaktu memilih pencetus. Pencetus yang disediakan adalah:

Memandu: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis "mula memandu".

Berhenti: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus jenis henti.

Aktiviti pemandu: Peristiwa yang diterima hasil daripada perubahan aktiviti pemandu.

Log masuk: Peristiwa yang diterima hasil daripada log masuk pemandu.

Log keluar: Peristiwa yang diterima hasil daripada log keluar pemandu.

Jarak: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis jarak.

Masa, bergerak: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis masa bergerak.

Masa: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus jenis masa.

Permintaan kedudukan: Peristiwa yang diterima hasil daripada permintaan kedudukan.

Pesanan: Peristiwa yang diterima hasil daripada kemas kini pesanan.

Penggera: Peristiwa yang diterima disebabkan kecemasan atau kerosakan penggera.

Penggera aktiviti pemandu: Peristiwa yang diterima disebabkan penggera masa memandu.

Geopagar menghampiri: Peristiwa yang diterima hasil daripada kenderaan melalui sempadan Geopagar yang semakin hampir

meninggalkan Geopagar: Peristiwa yang diterima disebabkan kenderaan melepasi had meninggalkan Geopagar.

Geopagar tiba: Peristiwa yang diterima hasil daripada kenderaan melalui sempadan Geopagar tiba.

Butiran aktiviti pemandu: Peristiwa yang diterima hasil daripada perubahan aktiviti pemandu terperinci.

Perubahan paras bahan api: Peristiwa yang diterima hasil daripada perubahan dalam paras bahan api melebihi 10 % sementara kenderaan pegun.

Penggera suhu: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis suhu.

Pintu kargo: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis pintu kargo.

Nyahfros: Peristiwa yang diterima disebabkan pencetus penjejakan jenis nyahfros.

Perubahan paras AdBlue: Peristiwa yang diterima disebabkan perubahan dalam paras AdBlue lebih tinggi daripada 10% semasa kenderaan tidak bergerak.

Paras rendah AdBlue: Peristiwa yang diterima disebabkan paras AdBlue yang rendah. Ia penggera yang sama dengan pada gugusan kenderaan.

Emisi ekzos tinggi: Peristiwa yang diterima disebabkan sama ada kerosakan dalam sistem SCR atau kenderaan itu bergerak tanpa AdBlue, mengakibatkan pelepasan NOx yang tinggi.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 18 -

Page 19: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Melahu: Peristiwa yang diterima disebabkan kenderaan yang melahu lebih daripada 5 minit.

Laju lampau: Peristiwa yang diterima disebabkan kenderaan melebihi Had kelajuan atas (ditetapkan dalam portal Pentadbiran) selama 10 minit.

Pelancaran berkuasa: Peristiwa yang diterima disebabkan pelancaran berkuasa (PTO) pada unit 1-4.

Pemantauan tekanan tayar: Peristiwa yang diterima disebabkan perubahan dalam tekanan tayar.

Takograf di luar skop: Peristiwa yang diterima disebabkan takograf kenderaan ditetapkan kepada mod di luar skop oleh pemandu.

Memandu tanpa log masuk: Peristiwa yang diterima disebabkan kenderaan dipandu tanpa pemandu mendaftar masuk Dynafleet.

Kedudukan: Peristiwa yang diterima setiap minit dengan data kedudukan.

Geopagar+ memasuki: Peristiwa yang diterima disebabkan kenderaan melepasi had Geopagar+ memasuki.

Meninggalkan Geopagar+: Peristiwa yang diterima disebabkan kenderaan melepasi had meninggalkan Geopagar+.

Lihat Mesej peristiwa kenderaan untuk maklumat lanjut tentang peristiwa kenderaan.

AdBlue ialah tanda dagangan berdaftar Verband Der Automobilindustrie e.V. (VDA) bagi AUS32 (Larutan Urea Akueus 32%), ia juga sering dirujuk sebagai Larutan Urea Automotif.

Pilih POI

Ada kemungkinan untuk mengehadkan peristiwa kepada hanya peristiwa yang hampir dengan tempat menarik sahaja. Sebarang kedudukan lebih daripada 500 meter dari tempat menarik akan dikecualikan daripada laporan. Hanya satu kedudukan tempat menarik boleh dipilih.

Had bilangan baris

Laporan penjejakan ini terhad pada bilangan baris maksimum untuk mengelak masa respons yang panjang. Jika pilihan menjana laporan yang mengandungi lebih baris daripada hadnya, laporan akan dihadkan dan maklumat tentang ini akan ditunjukkan pada pengepala laporan dengan masa peristiwa bagi peristiwa akhir yang disertakan dalam laporan. Untuk mendapatkan data yang selebihnya bagi kriteria carian yang terpilih, tetapkan masa peristiwa sebagai masa mula bagi penjanaan laporan baharu.

Laporan butiran

Laporan terperinci yang mengandungi maklumat mengenai data kenderaan khusus, seperti buatan, VIN dan alias (nama paparan kenderaan).

Maklumat yang disediakan dalam jadual ini dimasukkan secara manual atau didapatkan kembali daripada VDA.

Pengurusan data log

Jika anda membuat laporan dan mendapati selang masa data yang hilang, anda boleh memuat turun maklumat yang kurang ini dengan menggunakan pengurusan data Log. Jika data tiada, data yang dimuat turun pada masa lalu telah gagal dan meninggalkan "ruang kosong" dalam fail log.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 19 -

Page 20: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik Laporan untuk memasuki paparan laporan. 2. Klik pada sama ada ikon kenderaan atau pemandu untuk memilih jenis data yang anda mahu

lengkapkan. 3. Pilih kenderaan atau pemandu yang anda ingin lihat daripada paparan sumber di sebelah kiri anda.

Membuat dan memaparkan laporan

Dalam paparan laporan anda dapat memilih jenis laporan yang berbeza. Anda mungkin ingin melihat aktiviti pemandu semalam atau sepanjang tempoh masa tertentu. Contoh di bawah adalah laporan pemandu. Prosedurnya sama bagi kenderaan.

1. Klik tab Laporan untuk memasuki paparan laporan. 2. Pilih jenis laporan yang anda mahu lihat. Laporan yang disediakan bagi pemandu disenaraikan di

bawah ikon pemandu . 3. Pilih pemandu/kumpulan pemandu yang anda mahu lihat dengan memilih (para) pemandu daripada

paparan sumber dan mengklik ikon anak panah . Untuk memilih berbilang pemandu, tekan dan tahan kekunci CTRL . Anda juga boleh memilih (para) pemandu dengan menyeretnya.

4. Pilih jenis laporan yang anda mahu lihat, jika berbeza daripada pilihan terdahulu.

5. Pilih tempoh masa laporan yang anda mahu lihat. Dengan mengklik , anda memilih tarikh. 6. Pilih mod laporan, jika anda mahu laporan dijana sebagai graf atau sebagai jadual.

7. Klik untuk menjana laporan.

Jika anda mahu data kenderaan disertakan dalam laporan berkenaan, pilih kotak semak Sertakan butiran pemandu atau kenderaan. Walau bagaimanapun, data kenderaan tidak akan disertakan jika anda membuat laporan grafik. Perkara yang sama berkenaan bagi pemandu apabila anda laporan kenderaan grafik.

Anda akan mendapat makluman bahawa anda tidak boleh membuat laporan melainkan anda memilih satu atau lebih pemandu.

Laporan baharu dalam paparan laporan.

Jika anda berada dalam paparan laporan dan mahu membuat laporan baharu, kemas kini maklumat dan

klik .

Menjana PDF boleh cetak

Untuk menjana laporan versi PDF boleh cetak, klik butang Jana PDF .

Versi PDF mengandungi semua lajur data yang disebarkan dalam tab laporan yang berbeza.

Perhatian: Data dalam PDF tidak boleh diisih mengikut lajur. Iaitu, sebarang data yang diisih mengikut lajur dalam antara muka grafik pengguna tidak ditunjukkan dalam versi PDF.

Mencetak laporan

Untuk mencetak laporan, klik butang Cetak .

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 20 -

Page 21: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Cetakan memaparkan tab laporan yang dipilih bersama pengisihan semasa yang digunakan untuk data tersebut.

Pelaporan gerudi ke bawah

Pelaporan menggerudi ke bawah membolehkan anda menggunakan pautan dalam laporan untuk mencapai data laporan yang lebih terperinci. Laporan terperinci akan dipaparkan dengan menggunakan penapis yang sama – selang masa, kenderaan dan/atau pemandu – sebagaimana yang digunakan dalam laporan asal.

Jadual berikut memaparkan laporan yang terdapat pautan gerudi ke bawah padanya.

Laporan Asal Pilihan gerudi ke bawah Laporan yang Terhasil

Gambaran keseluruhan Nama kenderaan atau pemandu Laporan ringkasan

Jumlah masa Laporan masa Jumlah jarak Laporan perbatuan Jumlah bahan api Laporan Bahan Api & AdBlue Purata bahan api Laporan Bahan Api & AdBlue Purata AdBlue Laporan Bahan Api & AdBlue

Pengecualian Nama kenderaan atau pemandu Laporan gambaran keseluruhan

Odometer Nama kenderaan Laporan gambaran keseluruhan

Anda sentiasa boleh menavigasi kembali ke laporan asal atau terdahulu yang dipaparkan dengan

mengikuti butang .

AdBlue adalah tanda dagangan berdaftar Verband Der Automobilindustrie e.V. (VDA) bagi AUS32 (Larutan Urea Akueus 32%), ia juga sering dirujuk sebagai Larutan Urea Automotif.

Laporan kegemaran

Jika anda membuat laporan yang sama secara kerap, anda boleh membuat laporan kegemaran. Laporan-laporan ini disediakan dalam paparan mula di bawah tab Laporan. Apabila membuat laporan kegemaran, anda boleh memilih untuk melanggannya. Setelah melanggan sesebuah laporan, anda akan menerimanya secara automatik melalui e-mel tanpa melong masuk ke Dynafleet Online.

Agar anda dapat melihat maklumat mengenai laporan ini tanpa perlu membuka e-mel dan membaca mesej, maklumat tambahan seperti nama flit dan nama laporan kegemaran boleh dilihat dalam medan perkara. Maklumat berikut disediakan dalam isi e-mel; jenis laporan, tarikh dibuat, selang tarikh dan kenderaan/pemandu/kumpulan terpilih.

Nama laporan kegemaran adalah juga nama fail laporan yang dilampirkan dalam e-mel.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 21 -

Page 22: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Simpan laporan kegemaran

1. Klik tab Laporan untuk memasuki paparan laporan. 2. Mula dengan membuat laporan pilihan anda, dengan memilih jenis laporan dan maklumat yang anda

mahu sertakan.

3. Jana laporan dengan mengklik .

4. Klik untuk menyimpan laporan anda. 5. Taip nama unik bagi laporan anda.

Menamakan semula laporan kegemaran

Jika sesebuah laporan kegemaran telah disalah eja atau jika anda atas sebab-sebab tertentu lain ingin menamakan semula satu daripada laporan anda, anda boleh melakukan begini.

1. Klik tab Laporan untuk memasuki paparan laporan.

2. Klik untuk menyunting laporan anda. 3. Pilih laporan kegemaran untuk menamakannya semula. 4. Klik namakan semula. 5. Masukkan nama baharu dan klik simpan.

Memadamkan laporan kegemaran

Laporan mungkin menjadi usang atau kriteria sesebuah laporan mungkin berubah. Apabila ini berlaku, anda ada pilihan untuk memadamkannya.

1. Klik tab Laporan untuk memasuki paparan laporan.

2. Klik untuk menyunting laporan anda. 3. Pilih laporan kegemaran untuk memadamkannya. 4. Klik padam.

Pemadaman tidak boleh dibalikkan.

Laporan

Dalam Dynafleet Online, pelbagai jenis laporan boleh dibuat. Anda boleh membuat laporan mengenai pemandu dan/atau kenderaan. Anda boleh menampilkan laporan anda sebagai graf atau jadual, bergantung pada cara anda merancang untuk menggunakannya.

Daripada paparan mula dalam Laporan anda mengendalikan tugas laporan yang berbeza. Di sini terdapat jenis laporan yang berbeza yang disenaraikan, laporan kegeraman anda, serta sebarang langganan laporan.

Melaporkan tajuk berita

Membuat dan memaparkan laporan

Melanggan laporan

Laporan kegemaran

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 22 -

Page 23: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Menyembunyikan lajur

Jenis laporan

Jenis laporan

Gambaran keseluruhan Ikon

Laporan kecekapan bahan api

Laporan kecekapan bahan api membolehkan anda untuk memantau penggunaan bahan api flit, prestasi pemanduan, pengeluaran CO2 dan penggunaan kenderaan. Data laporan kecekapan bahan api disediakan dan boleh digunakan untuk mengukur secekap mana kenderaan anda dikendalikan oleh pemandu dalam flit.

Jenis laporan

Gambaran keseluruhan Kenderaan/Pemandu

Laporan gambaran keseluruhan

Laporan-laporan ini disediakan dalam format jadual dan juga graf. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan ringkasan

Laporan-laporan ini disediakan dalam format jadual dan juga graf. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan pengecualian

Laporan ini menunjukkan pengecualian dalam bidang tertentu.Laporan-laporan ini disediakan dalam format jadual dan juga graf. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak. Bergantung pada parameter input yang dipilih, nilainya akan ditampilkan sebagai bar menegak, bagi setiap kenderaan yang dipilih, dengan ketinggian mewakili jumlah.

Laporan Bahan Api & AdBlue

Laporan ini menunjukkan penggunaan dalam liter atau gelen. Laporan-laporan ini disediakan dalam format jadual dan juga graf. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 23 -

Page 24: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Laporan perbatuan

Laporan ini menunjukkan perbatuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.Laporan-laporan ini disediakan dalam format jadual dan juga graf. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan masa Laporan ini menunjukkan masa yang digunakan untuk memandu, melahu dan PTO.Laporan-laporan ini disediakan dalam format jadual dan juga graf. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan alam sekitar

Laporan ini menunjukkan emisi daripada kenderaan. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan odometer

Laporan ini menunjukkan nilai odometer bagi mana-mana masa yang ditetapkan dari masa kenderaan didaftar hingga sekarang. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan aktiviti

Laporan ini menunjukkan pelbagai laporan mengenai pemandu dan aktiviti pemandu. Laporan-laporan ini disediakan dalam format jadual dan juga graf. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan WTD Laporan arahan waktu kerja menampilkan aktiviti pemandu berdasarkan aktiviti pemandu yang dimuat turun daripada kad kenderaan dan pemandu, dengan aktiviti yang diubah suai secara manual. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan penjejakan

Laporan penjejakan memaparkan data berkaitan kedudukan dan peristiwa bagi sesebuah kenderaan atau sekumpulan kenderaan bagi

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 24 -

Page 25: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

tempoh masa yang terpilih. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

Laporan butiran

Laporan ini menunjukkan persediaan dan maklumat bagi sesebuah kenderaan, kedua-duanya dimasukkan dan dikumpul daripada pangkalan data kenderaan pusat Volvo. Laporan ini boleh dieksport dan dicetak.

AdBlue adalah tanda dagangan berdaftar Verband Der Automobilindustrie e.V. (VDA) bagi AUS32 (Larutan Urea Akueus 32%), ia juga sering dirujuk sebagai Larutan Urea Automotif.

Laporan graf

Penting! Jika sesebuah kenderaan atau seseorang pemandu tidak mempunyai sebarang nilai bagi laporan graf yang dipilih, laporan ini tidak akan mengandungi sebarang graf/bar bagi kenderaan/pemandu tersebut. Dalam sesetengah keadaan sahaja pengepala graf akan ditunjukkan.

Mengurus profil laporan

Profil laporan digunakan secara berkaitan dengan laporan Ringkasan atau Gambaran Keseluruhan untuk membandingkan prestasi sebenar kenderaan atau pemandu dengan prestasi sasaran yang ditakrifkan. Nilai yang dipilih dalam laporan dikod warna untuk memberi gambaran keseluruhan prestasi cepat. Anda boleh membuat profil laporan dalam dua cara – dengan mengubah profil sedia ada atau membuat yang baharu. Profil disediakan kepada semua pengguna yang berkaitan dengan flit.

Membuat profil baharu

1. Tekan butang Edit profil laporan di sebelah kotak juntai bawah Profil laporan. Satu senarai profil yang sedia ada dipaparkan dalam paparan laporan.

2. Tekan butang Baharu. Profil dengan nama lalai “Profil Baharu” ditambah kepada senarai ini.

3. Beri nama unik bagi profil tersebut.

4. Bagi setiap medan yang anda ingin sertakan dalam profil ini, letak tanda rait dalam kotak semak Aktif. Hanya medan yang anda pilih untuk disertakan dalam profil ini sahaja akan dikod warna dalam laporan ini.

5. Bagi setiap medan, masukkan nilai yang mewakili had atas dan bawah. Ambil perhatian bahawa nilai positif – atau melebihi sasaran – hendaklah dimasukkan dalam lajur hijau sementara nilai negatif – atau di bawah nilai sasaran – hendaklah dimasukkan ke dalam lajur oren. Anda tidak boleh menetapkan nilai atas atau bawah bagi ukuran jumlah jarak, jumlah asa atau jumlah bahan api.

6. Apabila anda sudah selesai, tekan butang Simpan di atas senarai profil ini.

Profil ini kini boleh digunakan pada laporan ringkasan atau gambaran keseluruhan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 25 -

Page 26: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Menyalin profil yang sedia ada

1. Tekan butang di sebelah kotak juntai bawah Profil laporan. Satu senarai profil yang sedia ada dipaparkan dalam paparan laporan.

2. Pilih profil yang sedia ada dan tekan butang Baharu. Profil yang dipilih disalin dan semua medan boleh diedit.

3. Edit medan yang dikehendaki dan beri nama unik bagi profil tersebut.

4. Tekan Simpan.

Mengedit profil laporan

1. Tekan butang di sebelah kotak juntai bawah Profil laporan. Satu senarai profil yang sedia ada dipaparkan dalam paparan laporan.

2. Pilih profil yang sedia ada dan tekan butang Edit. Profil yang dipilih disalin dipaparkan dengan medan yang boleh diedit.

3. Ubah suai medan-medan ini mengikut kehendak anda.

4. Tekan Simpan.

Mengalih keluar profil laporan

1. Tekan butang di sebelah kotak juntai bawah Laporan profil. Satu senarai profil yang sedia ada dipaparkan dalam paparan laporan.

2. Pilih profil yang sedia ada dan tekan butang Padam. Dialog pengesahan dipaparkan.

3. Klik OK untuk memadamkan profil berkenaan. Profil ini dikeluarkan daripada senarai.

Langganan

Melanggan laporan

Apabila melanggan sesebuah laporan, anda akan menerimanya secara automatik melalui e-mel tanpa melong masuk ke Dynafleet Online. Apabila membuat sesebuah langganan, anda menyediakan jadual untuk bila anda ingin mendapat laporan berkenaan (setiap minggu, bulan, dsb.). Laporan ini akan dihantar ke alamat e-mel anda yang ditakrifkan lebih awal. Jika anda mahu laporan ini dihantar ke alamat e-mel lain, anda akan mempunyai pilihan tersebut. Anda boleh menambah sehingga 10 alamat e-mel.

Ulangan laporan kegemaran dipaparkan dalam tab Laporan.

Anda hanya boleh melanggan laporan kegemaran yang anda buat sebagai kegemaran sahaja.

1. Klik tab Laporan untuk memasuki paparan laporan.

2. Klik untuk mengedit langganan. 3. Pilih laporan yang anda mahu langgan. 4. Klik Buat/Ubah Suai langganan. 5. Masukkan maklumat mengenai langganan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 26 -

Page 27: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Berhenti melanggan laporan

Jika sesebuah laporan kegemaran menjadi usang atau jika anda atas sebab-sebab tertentu lain tidak mahu laporan tersebut lagi, anda boleh memilih untuk berhenti melanggannya.

1. Klik tab Laporan untuk memasuki paparan laporan.

2. Klik untuk mengedit langganan. 3. Pilih laporan yang anda mahu berhenti langgan dan klik berhenti melanggan.

Menyembunyikan lajur

Lajur boleh disembunyikan dalam gambaran keseluruhan dan laporan ringkasan. Lajur yang disembunyikan dikendalikan secara bebas bagi laporan kenderaan dan pemandu. Untuk memilih lajur yang hendak dilihat/disembunyikan, klik pada ikon Pilihan lajur dalam paparan buat laporan. Pastikan lajur yang anda ingin lihat ditanda dan klik simpan. Pemilihan lajur akan digunakan kali seterusnya laporan dibuat, laporan kegemaran juga akan dipengaruhi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lajur, lihat jenis laporan. Untuk membuat laporan ringkas pilih hanya lajur dengan asterisk selepas nama lajur.

Pelan perkhidmatan

Mengubah suai tika perkhidmatan

Jika sesebuah tika perkhidmatan menjadi tidak sah, anda boleh mengubah suai maklumat ini. Untuk mengubah suai sesuatu tika, pinda statusnya (cth. anda boleh menetapkan tika VOSP sebagai dirancang untuk menjejakinya). Anda juga ada pilihan untuk memadam tika perkhidmatan.

1. Klik Pelan Perkhidmatan untuk memasuki paparan Pelan Perkhidmatan. 2. Pilih sesuatu pelan perkhidmatan untuk diubah suai. 3. Masukkan maklumat yang betul dan klik Simpan.

Jika anda mahu memadamkan sesuatu tika, pilih tika tersebut dan klik Padam.

Menyimpan tika perkhidmatan

Anda boleh menjejaki tugas khas dalam pelan perkhidmatan dengan menyimpan sesuatu tika perkhidmatan. Dengan melakukan sebegini anda tahu apabila kenderaan yang berbeza telah tiba masanya untuk servis.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 27 -

Page 28: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik Pelan Perkhidmatan untuk memasuki paparan Pelan Perkhidmatan.

2. Klik untuk membuat tika baharu. 3. Masukkan maklumat yang betul dalam kotak yang ditampilkan. Kotak yang ditandakan dengan

asterisk (*) adalah wajib. 4. Klik Simpan untuk menyimpan tika.

Melihat pelan perkhidmatan

Dalam Dynafleet Online (DFOL) anda ditampilkan dengan alat untuk perancangan servis kenderaan anda. Pelan perkhidmatan adalah senarai tugas yang dijadualkan, yang dimasukkan secara manual atau didapatkan kembali daripada Pelan Servis Volvo (VOSP).

Sesebuah kenderaan ada empat (4) status berbeza bergantung pada parameter yang ditetapkan.

Status HuraianAwal Sebarang pelan perkhidmatan daripada VOSP ditetapkan sebagai pelan awal.

Untuk menetapkan pelan sebagaimana yang dirancang anda perlu mengubah suai tika.

Dirancang Satu tika perlu ditetapkan sebagai dirancang agar ia ditunjukkan sebagai lampau tempoh atau sebagai amaran.

Selesai Setelah kenderaan dibawa untuk diservis sebagaimana yang dirancang, anda menaik taraf pelan anda kepada selesai.

Lampau tempoh

Jika sesebuah kenderaan tidak dibawa untuk diservis anda akan menerima amaran lampau tempoh.

Paparan dalam pelan perkhidmatan

Apabila anda memasuki paparan Pelan Perkhidmatan anda akan melihatnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian atas merangkumi kriteria carian anda dan bahagian bawah pula menunjukkan semua tika yang lampau tempoh dan sebarang kenderaan yang mempunyai amaran odometer tanpa mengira kriteria yang dipilih.

Bahagian atas

Apabila anda memilih sesebuah kenderaan, yang pelan perkhidmatannya anda ingin lihat, perkhidmatan yang dirancang ditampilkan di bahagian atas skrin.

1. Klik tab Pelan Perkhidmatan untuk memasuki paparan Pelan Perkhidmatan. 2. Pilih kenderaan(-kenderaan) yang anda ingin lihat daripada senarai dalam paparan sumber. 3. Pilih selang dengan mengklik .

4. Klik untuk melihat pelan perkhidmatan.

Anda boleh mengisih maklumat ini dengan mengklik pada lajur dengan sewajarnya.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 28 -

Page 29: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Apabila anda memilih tika, ia muncul di bahagian bawah tetingkap, dan boleh diubah suai atau dipadamkan di sana.

Anda boleh mencetak pelan perkhidmatan dengan mengklik .

Bahagian bawah

Apabila anda memasuki paparan pelan perkhidmatan anda akan mendapati satu senarai di bahagian bawah skrin. Senarai ini memasukkan semua kenderaan yang memerlukan servis tanpa mengira sebarang kriteria carian. Kenderaan yang disenaraikan ini adalah daripada flit anda.

Pemesejan

Permintaan Bantuan

Jika pemandu memerlukan bantuan segera atau memerlukan bantuan dengan serta-merta, dia boleh menghantar permintaan bantuan. Daripada menghantar mesej biasa melalui sistem, dia menekan “butang panik” di dalam kenderaan. Ini mencetuskan aliran mesej dan para pengguna sistem akan dimaklumkan.

Apabila mengkonfigurasi sistem ini anda mempunyai pilihan untuk memajukan penggera kepada Volvo Action Service. Jika konfigurasi ini dibuat, setiap, setiap penggera dihantar secara automatik ke pada kedua-dua Volvo Action Service dan pengguna.

Ini adalah kawalan keselamatan lanjutan jika tiada pengguna dalam talian pada masa penggera tersebut dihantar.

Apabila permintaan bantuan dihantar daripada sesebuah kenderaan, satu ikon (ikon bantuan) menyala di sebelah kiri bawah anda. Anda boleh mencapai permintaan ini dengan mengklik pada ikon tersebut atau dengan mengklik tab mesej.

Menerima permintaan

1. Permintaan baharu dihantar oleh sesebuah kenderaan dan satu ikon di sebelah kiri bawah anda menyala.

2. Masukkan permintaan dengan mengklik pada ikon tersebut atau dengan mengklik tab Mesej. 3. Apabila melihat permintaan(-permintaan) ini, semua permintaan berwarna merah agar ia mudah

dilihat. 4. Akui isyarat ini dengan mengklik pada isyarat tersebut. 5. Maklumkan kenderaan berkenaan dengan mengklik jawab pada isyarat tersebut. 6. Suatu mesej ditunjukkan dalam kenderaan tersebut untuk memaklumkannya bahawa permintaan

telah diterima.

E-SMS

Untuk memudahkan kaedah kerja atau meningkatkan mobiliti, contohnya, anda boleh mengendalikan tugas pemesejan dengan klien e-mel biasa anda, seperti MS Outlook. Apabila anda menggunakan mesej klien e-mel anda, penggera kecemasan serta mesej biasa dihantar daripada sistem kepada klien mel. Dalam cara yang sama mesej boleh dihantar daripada klien mel kepada kenderaan. Ini boleh membantu jika anda memerlukan maklumat dalam aliran kerja anda yang lain.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 29 -

Page 30: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Aktifkan khidmat memajukan mesej

Untuk mengendalikan klien e-mel anda, anda perlu mengaktifkan kefungsian memajukannya. Apabila ini telah dilakukan, semua mesej dimajukan ke alamat e-mel khusus dan mesej kecemasan dihantar sebagai salinan. Ini dilakukan sehingga fungsi ini dinyahaktifkan.

Anda mengaktifkan fungsi memajukan ini apabila anda membuat satu pengguna.

Prasyarat

Setiap kenderaan hendaklah diberi alamat e-mel Dynafleet yang unik dalam flit berkenaan.

Setiap pengguna hendaklah diberi alamat e-mel yang unik dalam sistem.

Setiap flit memerlukan nama yang unik bagi sistem.

Syarat-syarat ini apabila digabungkan memberi maklumat mengenai alamat e-mel. Alamat e-mel sesebuah kenderaan boleh kelihatan seperti [alamat e-mel alias].[fleet email alias]@dynafleetonline.com.

Menghantar mesej daripada klien e-mel kepada kenderaan atau pengguna Dynafleet

Dalam rutin seharian anda, anda boleh menghantar mesej melalui klien e-mel biasa anda kepada sesebuah kenderaan atau pengguna Dynafleet. Apabila sistem menerima mesej ini, ia memajukannya kepada penerima yang betul.

Prasyarat

Apabila anda menghantar mesej kepada sesebuah kenderaan, mesej tersebut tidak boleh lebih daripada tiga sms. Semua maklumat yang lebih panjang daripada ini akan digugurkan. Perkara yang sama berkenaan bagi mesej yang dihantar kepada pengguna Dynafleet.

Menghantar mesej daripada kenderaan atau pengguna Dynafleet kepada klien mel

Jika konfigurasi pengguna membolehkan mesej dihantar kepada klien mel standard, semua mesej akan dimajukan ke alamat tersebut. Dalam keadaan seperti ini, semua mesej dimajukan daripada sistem kepada alamat mel tersebut.

Penggera kerosakan atau kecemasan yang dimajukan kepada klien mel

Jika seseorang pengguna memajukan mesej kepada klien biasa, semua panggilan kecemasan dimajukan. Walau bagaimanapun, semua penggera masih disimpan dalam folder penggera yang dikongsi dalam sistem ini.

E-mel yang mewakili mesej penggera terdiri daripada:

l Jenis penggera (kerosakan atau kecemasan) akan disertakan di bahagian depan perkara l Cap masa l Nama pemandu l Nombor telefon pemandu l Bahasa ibunda pemandu l Teks mesej l Nama paparan kenderaan l Nama paparan flit

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 30 -

Page 31: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

l Kedudukan kenderaan l Latitud l Longitud l Altitud l Menuju l Cap masa

l Representasi alamat bagi kedudukan l Negara l Bandar l Daerah bandar

l URL bagi paparan peta yang berkaitan dengan kedudukan

Semua teks statik, contohnya “kerosakan” akan diterjemahkan dalam bahasa portal pengguna Dynafleet.

Format perkara:

[jenis penggera]: [nama paparan kenderaan] [nama paparan flit] [cap masa (dalam GMT)]

Contoh perkara:

Kerosakan Gastruck12 Gasfleet 2004-06-23 12:05

Perhatian: representasi yang sama akan digunakan bagi penggera yang dimajukan kepada Volvo Action Service.

Folder mesej

Mesej baharu akan dihantar secara lalai ke Peti masuk dan mesej yang dihantar diletakkan dalam Item Dihantar. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat dan memadamkan folder anda sendiri untuk menyusun mesej anda.

Membuat folder baharu

1. Klik tab Pemesejan untuk memasuki paparan pemesejan. 2. Klik kanan folder peti masuk dan pilih Folder baharu. 3. Taipkan nama unik bagi folder baharu anda dan klik Simpan.

Folder baharu ini akan diletakkan terakhir dalam senarai folder ini.

Memadamkan folder

Anda boleh memadamkan folder yang anda telah buat tetapi bukan folder sistem. Sebarang mesej di dalam folder akan dimasukkan ke dalam folder dipadam. Anda boleh membatalkan pemadaman sebarang mesej dalam folder dipadam ini. Walau bagaimanapun, folder yang anda padam dialih keluar secara kekal.

1. Klik tab Pemesejan untuk memasuki paparan pemesejan. 2. Klik kanan pada folder yang anda ingin padam dan pilih Padam folder.

Memindahkan mesej antara folder

Selepas membuat folder anda boleh menyusun mesej anda dengan memindahkannya ke folder yang berbeza.

Pilih mesej yang anda ingin pindahkan dan seretnya ke folder yang diutamakan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 31 -

Page 32: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Pemesejan

Anda boleh berkomunikasi dengan pengguna dan juga kenderaan daripada tab Pemesejan tab. Dalam paparan ini anda boleh melakukan tugas dengan mengendalikan sistem mesej ini. Kefungsiannya bermula apabila anda mengklik pada tab Pemesejan dan paparan mesej dipaparkan.

Folder mesej dipaparkan di sebelah kiri dalam paparan dan mesej dipaparkan di sebelah kanan. 35 mesej dibentangkan dalam setiap halaman dan anda bergerak melalui halaman-halaman ini dengan mengklik . Untuk pergi ke halaman pertama dan terakhir, klik or .

Apabila anda menerima mesej baharu , ikon mesej baharu akan menyala.

Fungsi pemesejan

Memaparkan dan mengendalikan mesej

Folder mesej

Menghantar mesej

Permintaan bantuan

E-SMS

Mesej peristiwa kenderaan

Sejarah mesej

Ikon & simbol

Klik ikon ini untuk mengarang mesej baharu.

Balas mesej.

Majukan mesej kepada pengguna atau kenderaan.

Hantar mesej ke dalam tong sampah.

Memindahkan mesej antara halaman.

Mesej baharu tebal dan mempunyai ikon ini.

Apabila mesej telah dibaca, ia mempunyai ikon ini.

Ikon bagi folder.

Klik pada ikon ini untuk memasukkan dan mengesahkan alamat e-mel.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 32 -

Page 33: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Menghantar mesej

Dengan menghantar mesej anda boleh berkomunikasi dengan kenderaan serta pengguna. Apabila menulis mesej, anda cuma boleh menggunakan bilangan aksara yang terhad sahaja. Kepada pengguna dan kenderaan dengan jenis peranti Dynafleet Gateway & Driver tool, anda boleh menulis 1000 aksara. Kepada kenderaan lain, anda boleh menulis 384 aksara. Mesej yang dihantar kepada kenderaan-kenderaan ini boleh dipecahkan kepada beberapa SMS bergantung pada panjangnya.

Anda boleh menghantar mesej yang sama kepada sekumpulan penerima pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, ini boleh menjejaskan kos komunikasi.

1. Klik tab Pemesejan untuk memasuki paparan pemesejan.

2. Klik untuk mula menulis mesej baharu. 3. Pilih penerima daripada paparan sumber yang anda mahu menghantar mesej ini kepadanya. Anda

boleh memilih berbilang penerima dalam satu mesej. Penerima boleh jadi kenderaan atau pengguna. 4. Tulis mesej anda. Di sebelah kanan bawah anda akan melihat bilangan aksara yang telah

digunakan, dan bilangan yang anda masih belum guna.

Apabila anda menulis mesej yang lebih panjang daripada bilangan maksimum SMS terangkai yang dibenarkan bagi sesebuah kenderaan dan memilih kenderaan sebagai penerima setelah anda selesai menulis, anda akan menerima amaran dan akan dapat mengedit mesej sebelum anda menghantarnya.

Jika anda menulis mesej dengan aksara yang tidak disokong oleh jenis peranti kenderaan, anda akan menerima amaran dan akan dapat mengedit mesej tersebut atau senarai penerima sebelum menghantar mesej tersebut.

Perakuan mesej telah dibaca

Apabila mesej telah dihantar kepada sesebuah kenderaan, anda boleh melihat bila mesej tersebut telah dibaca dalam folder Dihantar.

Keadaan yang mungkin adalah:

l Dihantar belum dibaca (mesej telah diterima oleh kenderaan) dan tarikh/masa penghantaran l Dihantar dan dibaca (mesej telah dibaca oleh pemandu) dan tarikh/masa penghantaran

Paparan mesej terperinci menunjukkan tarikh/masa penghantaran, dan tarikh/masa dibaca oleh pemandu berserta nama pemandu.

Harap maklum bahawa ini hanya berkenaan untuk kenderaan dengan pakej alatan dan perkhidmatan Dynafleet Gateway & Driver tool sahaja Messaging.

Memaparkan dan mengendalikan mesej

Apabila anda mengklik tab Pemesejan, paparan pemesejan akan dipamerkan. Secara lalai mesej baharu dipaparkan dahulu. Mesej yang belum dibaca adalah tebal. Dengan mengklik pada kandungan mesej, mesej tersebut akan dipaparkan dalam kotak teks di bawah.

Apabila mesej baharu diterima, akan menyala di sebelah kiri bawah. Dengan mengklik ikon tersebut anda membuka paparan Pemesejan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 33 -

Page 34: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Memaparkan mesej

Secara lalai mesej baharu dipaparkan dahulu. Untuk melihat sebarang mesej baharu, klik Peti Masuk untuk menyenaraikan mesej tersebut. Anda boleh mengisih mesej secara menaik dengan mengklik pada setiap tajuk berita.

Untuk melihat, klik pada mesej dan kawasan paparan akan muncul secara lalai. Dengan memilih folder yang berbeza anda boleh membaca mesej dalam cara yang sama.

Selepas membaca sesuatu mesej anda boleh sama ada Memadam, Memindahkan, atau Membalasnya.

Cari mesej

Anda boleh menggunakan fungsi cari untuk mencari mesej dalam folder mesej.

Masukkan perkataan dalam medan carian dan tekan Masuk. Istilah carian hendaklah sekurang-kurangnya tiga aksara. Apabila carian sudah selesai, bilangan mesej yang mengandungi kriteria carian dipaparkan dalam kurungan di sebelah nama folder. Apabila anda membuka sesuatu folder, rentetan carian diserlahkan dalam lajur mesej. Fungsi carian adalah am dan digunakan pada semua folder.

Untuk mengakhiri carian, klik ikon/butang Kosongkan carian.

Anda boleh memasukkan lebih daripada satu perkataan dalam medan carian. Aksara ruang, antara perkataan, akan ditafsirkan sebagai pengendali "DAN", yang bermaksud hanya mesej yang mengandungi semua perkataan akan dikembalikan dalam hasil carian.

Carian dalam folder terpilih

Anda boleh mengendalikan carian pada kandungan folder tertentu dengan mengklik kanan padanya dan membuat pilihan Cari folder daripada menu konteks. Medan carian boleh dilihat di bawah senarai peti mel. Masukkan rentetan carian dan klik butang Cari. Hasil carian dipaparkan dalam folder terbuka. Untuk mengosongkan carian, klik butang Tutup dalam dialog carian.

Memajukan pemesejan

Anda boleh memajukan mesej kepada pengguna atau kenderaan lain.

1. Klik mesej yang anda ingin majukan.

2. Klik . 3. Pilih pengguna atau kenderaan untuk dimajukan kepadanya.

4. Klik untuk menghantar mesej tersebut.

Memajukan mesej ke E-mel

Mesej dalam folder Peti Masuk, Bantuan, dan Kecemasan boleh dimajukan ke alamat e-mel lain dengan mengkonfigurasi pemajuan mesej. Pemajuan mesej boleh dikonfigurasi dalam tetapan Pemesejan dalam tab Pemesejan. Anda juga boleh memajukan peristiwa Kenderaan dan amaran masa Pemandu.

Perhatian! Alamat e-mel untuk dimajukan hendaklah didaftarkan oleh Pentadbir Flit untuk pengguna. Anda hendaklah mempunyai lamat e-mel yang berdaftar untuk memastikan usaha memajukan mesej berfungsi. Pentadbir flit anda hendaklah mendaftar alamat e-mel ini untuk anda.

1. Klik pada tetapan Pemesejan 2. Pilih majukan "hidup".

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 34 -

Page 35: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

3. Klik pada Pilih Mesej. 4. Tetingkap timbul dipaparkan dengan tab berikut; Mesej dan peristiwa Pemandu 5. Pilih mesej untuk dimajukan dan klik Simpan

Tetapkan fokus Tetingkap bagi mesej masuk

Anda boleh memilih sama ada anda mahu tetingkap Dynafleet untuk mengambil fokus secara automatik. Jika anda telah menghidupkan fokus Tetingkap, apabila mesej atau peristiwa baharu tiba, tetingkap Dynafleet akan terfokus meskipun ia tersembunyi di sebalik aplikasi lain.

Fungsi ini boleh dikonfigurasi dalam tab pemesejan.

1. Pilih tetapan Pemesejan 2. Di bawah Isyarat Mesej, tetapkan fokus Tetingkap kepada "hidup" 3. Klik Simpan.

Memadamkan mesej

Anda boleh memadamkan mesej. Pilih mesej yang hendak dipadamkan dan klik . Mesej ini akan dihantar ke tong sampah dan kekal di sana selama tiga hari sebelum penamatan akhir.

Anda boleh boleh memadamkan banyak mesej secara serentak. Anda juga boleh memadamkan semua mesej yang telah dibaca sebelum tarikh terpilih atau memadamkan semua mesej antara dua tarikh dengan mengklik kanan pada folder dan memilih Padam mesej.

Autopadam

Anda boleh autopadam mesej dalam folder dalam tab pemesejan dan bagi mesej amaran masa Pemandu dalam tab aktiviti Pemandu. Ini boleh dikonfigurasi dalam tab Pemesejan. Anda boleh memilih untuk autopadam mesej yang berusia antara 1 dengan 52 minggu. Secara lalai, mesej yang lebih lama daripada 52 minggu akan dipadam secara automatik.

Memindahkan mesej

Anda boleh menyusun mesej anda dengan memindahkannya ke folder anda sendiri. Pilih mesej yang anda mahu pindahkan dan seretnya ke folder yang anda utamakan.

Membalas mesej

1. Selepas membaca mesej, klik . 2. Penerima sudah pun berada dalam kotak senarai. 3. Mesej asal disertakan dalam balasan. Anda boleh membiarkannya atau memadamkannya sebelum

anda menulis mesej anda sendiri. Tulis mesej anda dalam kotak teks. Anda akan melihat nombor yang semakin berkurangan di sebelah bawah kanan anda, menunjukkan bilangan aksara yang masih ada untuk anda gunakan.

4. Apabila sudah selesai menulis, klik untuk menghantar mesej anda.

Mesej ini akan diletakkan dalam peti keluar sehingga ia dihantar, yang selepas itu ia akan diletakkan dalam folder item dihantar.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 35 -

Page 36: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Mesej peristiwa kenderaan

Mesej peristiwa kenderaan adalah mesej yang dijana secara automatik apabila peristiwa kenderaan tertentu berlaku. Mesej peristiwa geopagar adalah daripada jenis ini. Apabila sesuatu mesej peristiwa kenderaan dijana, penghantar dengan kenderaan tersebut diperuntukkan kepada mereka akan mendapat sesalinan mesej dalam folder peristiwa kenderaan mereka. Mesej ini mengandungi maklumat mengenai bila dan di mana peristiwa ini berlaku dan jenis apa. Dalam mesej ini terdapat butang yang akan menunjukkan kedudukan kenderaan sewaktu peristiwa berlaku pada peta.

Perhatian: Jika kedudukan peristiwa kenderaan sama dengan kedudukan terkini, ikon peristiwa kenderaan akan diletakkan di depan kedudukan terkini ini, dengan itu menyembunyikannya.

Peristiwa kenderaan

Memandu: Peristiwa diterima kerana pencetus penjejakan jenis "mula memandu".

Berhenti: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus jenis henti.

Aktiviti pemandu: Peristiwa yang diterima hasil daripada perubahan aktiviti pemandu.

Log masuk: Peristiwa yang diterima hasil daripada log masuk pemandu.

Log keluar: Peristiwa yang diterima hasil daripada log keluar pemandu.

Jarak: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis jarak.

Masa, bergerak: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis masa bergerak.

Masa: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus jenis masa.

Permintaan kedudukan: Peristiwa yang diterima hasil daripada permintaan kedudukan.

Pesanan: Peristiwa yang diterima hasil daripada kemas kini pesanan.

Amaran: Peristiwa yang diterima hasil daripada amaran kecemasan atau kerosakan.

Amaran aktiviti pemandu: Peristiwa yang diterima hasil daripada amaran masa memandu.

Geopagar menghampiri: Peristiwa yang diterima hasil daripada kenderaan melalui sempadan Geopagar yang semakin hampir

Meninggalkan Geopagar: Peristiwa diterima kerana kenderaan melalui sempadan meninggalkan Geopagar.

Geopagar tiba: Peristiwa yang diterima hasil daripada kenderaan melalui sempadan Geopagar tiba.

Butiran aktiviti pemandu: Peristiwa yang diterima hasil daripada perubahan aktiviti pemandu terperinci.

Perubahan paras bahan api: Peristiwa diterima kerana perubahan pada paras bahan api melebihi 10 % sementara kenderaan pegun. Peristiwa tersedia untuk pakej servis Bahan api dan Persekitaran.

Amaran suhu: Peristiwa diterima kerana pencetus penjejakan jenis suhu. Peristiwa tersedia untuk pakej servis Penentukedudukan.

Pintu kargo: Peristiwa diterima kerana pencetus penjejakan jenis pintu kargo.

Nyahfros: Peristiwa yang diterima hasil daripada pencetus penjejakan jenis nyahfros.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 36 -

Page 37: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Perubahan paras AdBlue: Peristiwa yang diterima hasil daripada perubahan paras AdBlue melebihi 10 % sementara kenderaan pegun. Peristiwa tersedia untuk pakej servis Bahan api dan Persekitaran.

Paras AdBlue rendah: Peristiwa yang diterima hasil daripada paras AdBlue rendah. Ini ialah amaran yang sama dengan pada gugusan kenderaan. Peristiwa tersedia untuk pakej servis Bahan api dan Persekitaran.

Emisi ekzos tinggi: Peristiwa yang diterima kerana kepincangan tugas dalam sistem SCR atau kenderaan berjalan tanpa AdBlue menyebabkan emisi NOx yang tinggi.

Melahu: Peristiwa yang diterima kerana kenderaan melahu lebih daripada 5 minit. Mesej peristiwa melahu juga mengandungi maklumat tentang Tekanan udara pada sistem pembrekan1 dan Penjanaan semula DPF2.

Laju lampau: Peristiwa diterima kerana kenderaan melebihi Had kelajuan atas (yang ditetapkan dalam portal Pentadbiran) selama 10 minit.

Pelancaran berkuasa: Peristiwa diterima kerana pelancaran berkuasa (PTO) pada unit 1-4. PTO ialah cara mengambil kuasa daripada sumber kuasa, seperti menjalankan enjin dan menghantarnya ke aplikasi lain. Mesej peristiwa PTO juga mengandungi maklumat tentang Tekanan udara pada sistem pembrekan1 dan Penjanaan semula DPF2.

Pemantauan tekanan tayar: Peristiwa diterima kerana perubahan pada tekanan tayar. Mesej pemantauan tekanan tayar (TPM) mentakrifkan tayar yang terjejas dengan menyatakan tayar pada trak atau treler, nombor gandar (dari depan ke belakang), sebelah kiri atau kanan (seperti yang dilihat daripada tempat duduk pemandu) dan kedudukan tayar dalam atau luar.

Takograf di luar skop: Peristiwa diterima kerana takograf kenderaan ditetapkan di luar mod skop oleh pemandu. Tiada keperluan undang-undang untuk menggunakan takograf di sesetengah kawasan. Peristiwa ini hanya tersedia pada kenderaan yang dilengkapi dengan takograf digital.

Memandu tanpa melog masuk: Peristiwa diterima kerana kenderaan dipandu tanpa pemandu melog masuk ke Dynafleet.

Kedudukan: Peristiwa diterima setiap minit dengan data kedudukan.

Memasuki Geopagar+: Peristiwa diterima kerana kenderaan melalui sempadan memasuki Geopagar+.

Meninggalkan Geopagar+: Peristiwa diterima kerana kenderaan melalui sempadan meninggalkan Geopagar+.

AdBlue ialah tanda dagangan berdaftar Verband Der Automobilindustrie e.V. (VDA) bagi AUS32 (Larutan Urea Akueus 32%), ia juga sering dirujuk sebagai Larutan Urea Automotif.

1. Tekanan udara pada sistem pembrekan mempunyai empat nilai yang berkemungkinan:

Melahu: Pemampat udara melahu apabila sumber udara luar disambungkan ke trak (cth. dalam garah atau bengkel).

Memuatkan: Pemampat udara sedang mengisi tangki udara. Apabila tekanan udara telah mencapai paras potong, mod bertukar kepada Menjana semula (jika perlu) atau Dikunci.

Menjana semula: Katrij dibersihkan daripada air dan habuk dengan menterbalikkan aliran udara. Pemampat udara tidak mengisi tangki udara. Apabila penjanaan semula dilakukan, mod bertukar kepada Dikunci.

Dikunci: Tekanan udara sistem adalah antara paras celah dan potong. Pemampat udara tidak mengisi tangki udara. Apabila tekanan udara sistem telah jatuh ke paras celah, mod bertukar kepada Memuatkan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 37 -

Page 38: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

2. Penjanaan semula DPF mempunyai empat nilai yang berkemungkinan:

Tidak diperlukan

Diperlukan (Paras terendah)

Diperlukan (Paras sederhana)

Diperlukan (Paras tertinggi)

Sejarah mesej

Anda boleh melihat sejarah mesej antara penghantar dengan kenderaan. Terdapat dua cara untuk

membuka sejarah mesej: buka mesej dan klik pada ikon Sejarah Mesej atau klik kanan pada kenderaan dalam paparan sumber dan pilih Sejarah mesej dalam menu konteks.

Apabila Sejarah mesej dibuka, anda boleh melihat perbualan dan mesej yang dihantar daripada penghantar dengan kenderaan. Anda boleh mengarang mesej kepada kenderaan atau penghantar dengan

mengklik pada ikon Karang mesej yang terletak di sebelah nama penghantar.

Anda juga boleh mengarang mesej kepada kenderaan dengan mengklik pada ikon Karang mesej yang terletak di atas bahagian sejarah mesej kenderaan.

Peta

Mencari kenderaan pada peta

Apabila mengendalikan paparan peta anda boleh mencari kedudukan kenderaan dan memastikan ia dipaparkan pada peta.

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta.

2. Klik daripada paparan sumber dan pilih kenderaan untuk dicari pada peta. 3. Klik kanan pada kenderaan terpilih dan pilih Cari pada peta.

Jika kenderaan yang anda pilih adalah dalam lingkungan sempadan peta, anda akan melihat bulatan kelabu di sekeliling kenderaan yang anda pilih. Anda akan turut melihat anak panah yang menunjuk ke arah kenderaan sedang dipandu. Jika kenderaan mempunyai jam di sebelah simbolnya, datanya belum dikemas kini sejak sejam yang lalu.

Geopagar dan Geopagar+

Geopagar adalah singkatan bagi pagar geografi. Geopagar memaklumkan pengguna flit apabila kenderaan memasuki atau meninggalkan kawasan yang ditetapkan, iaitu geopagar.

Dynafleet Online menawarkan dua jenis ciri geopagar, Geopagar dan Geopagar+. Geopagar membolehkan pentadbir flit mencipta geopagar dan mengedarnya kepada kenderaan. Geopagar+ membolehkan pengguna flit mencipta dan memperuntukkan geopagar+ kepada kenderaan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 38 -

Page 39: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Apabila kenderaan melalui geopagar atau geopagar+, semua pengguna flit yang diperuntukkan dengan kenderaan tersebut menerima pemberitahuan. Semua pemberitahuan daripada geopagar dan geopagar+ dikumpulkan dalam satu folder yang dipanggil Pemberitahuan geopagar dalam tab Pemesejan. Ikon Pemberitahuan geopagar di sebelah kiri bawah Dynafleet Online menunjukkan sama ada mesej geopagar atau geopagar+ telah sampai. Satu klik pada ikon tersebut membawa terus ke folder yang mengandungi pemberitahuan.

Untuk Geopagar, pemandu boleh dimaklumkan apabila melalui geopagar.

Gambaran keseluruhan perbezaan antara ciri-ciri Geopagar dan Geopagar+ digariskan dalam jadual yang berikut.

Fungsi Geopagar Geopagar+Dicipta oleh Pentadbir flit Pengguna flitPemberitahuan boleh dihantar kepada

Pengguna dan pemandu flit Pengguna flit

Mesej menghampiri Dicetuskan apabila kenderaan memasuki zon Menghampiri geopagar.

T/A

Mesej tiba Dicetuskan apabila kenderaan memasuki zon Sampai geopagar.

T/A

Memasuki mesej T/A Dicetuskan apabila kenderaan memasuki zon geopagar+.

Mesej bertolak Dicetuskan apabila kenderaan meninggalkan zon Meninggalkan geopagar.

Dicetuskan apabila kenderaan meninggalkan geopagar+.

Jumlah geopagar yang boleh diperuntukkan kepada kenderaan

Maksimum 50 Beberapa ratus

Bentuk yang berkemungkinan Segi empat tepat Bulat, segi empat tepat, poligon, sempadan sesebuah negara, laluan, keliling POI

Analisis dijalankan Dalam kenderaan

Algoritma yang menganalisis sama ada kenderaan tersebut melalui sempadan, terletak dalam kenderaan. Ini bermakna bahawa analisis yang tepat terus dijalankan dan kenderaan tersebut melaporkan bila geo pagar dilintasi.

Pejabat belakang

Algoritma yang menganalisis sama ada kenderaan telah melalui geopagar+ terletak di luar kenderaan. Ini bermakna bahawa kenderaan tersebut mesti telah melaporkan kedudukan semasa berada dalam geopagar+ untuk memastikan bahawa pengguna flit dimaklumkan.

Pemberitahuan pemandu Jika kenderaan dilengkapi dengan Alat Pemandu atau Platform Perkhidmatan Pemandu, geopagar boleh ditetapkan untuk memaklumkan pemandu dalam paparan maklumat sekunder.

T/A

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 39 -

Page 40: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Geopagar

Geopagar hanya tersedia kepada kenderaan yang melanggan kepada perkhidmatan Positioning.

Geopagar terdiri daripada tiga sempadan:

l Menghampiri adalah sempadan yang paling besar. Suatu peristiwa tercetus apabila kenderaan memasuki kawasan tersebut.

l Bertolak lebih kecil daripada sempadan Menghampiri. Suatu peristiwa tercetus apabila kenderaan meninggalkan kawasan tersebut.

l Tiba adalah sempadan yang paling kecil. Suatu peristiwa tercetus apabila kenderaan memasuki kawasan tersebut.

Geopagar menyediakan pemberitahuan kepada pengguna flit dan/atau pemandu apabila peristiwa Sampai, Menghampiri dan Meninggalkan tercetus.

Perhatian: Geopagar dengan sisi yang kurang daripada 100 meter lebar tidak harus digunakan kerana batasan dalam ketepatan GPS.

Mencipta geopagar

Untuk membuat geopagar, lakukan yang berikut:

1. Klik pada butang geopagar dalam paparan peta. Tetingkap muncul dengan arahan untuk membuat geopagar akan terbuka.

2. Klik pada titik tengah geopagar baharu dan tekan dan tahan butang tetikus. Seret untuk mentakrifkan saiz dan bentuk sempadan Menghampiri. Saiz sempadan Bertolak dan Tiba boleh dilaraskan kemudian.

3. Apabila kawasan Menghampiri mencapai saiz yang betul, lepaskan butang tetikus. Dialog untuk memasukkan maklumat mengenai geopagar terbuka.

Perhatian: Geopagar dengan sisi yang kurang daripada 100 meter lebar tidak harus digunakan kerana batasan dalam ketepatan GPS.

Sifat-sifat yang disenaraikan dalam jadual yang berikut ditetapkan dalam dialog Cipta geopagar.

Sifat HuraianNama Nama geopagar. Ia mesti unik untuk flit tersebut.Mesej lalai Butang untuk membuat mesej secara automatik bagi menghampiri,

bertolak dan tiba berdasarkan nama geopagar.Mesej menghampiri Mesej teks yang ditampilkan kepada pemandu dan/atau pengguna flit

apabila kenderaan memasuki kawasan Menghampiri.Menghampiri: tunjukkan kepada pemandu

Apabila dipilih, pemandu akan menerima mesej Menghampiri apabila kenderaan memasuki kawasan Menghampiri.

Menghampiri: tunjukkan kepada penghantar

Apabila dipilih, pengguna flit yang telah diperuntukkan kenderaan ini akan menerima Mesej menghampiri apabila kenderaan memasuki kawasan Menghampiri.

Mesej bertolak Mesej teks yang perlu ditampilkan kepada pemandu dan/atau pengguna flit apabila kenderaan meninggalkan kawasan Meninggalkan.

Bertolak: tunjukkan kepada pemandu

Apabila dipilih, pemandu akan menerima Mesej bertolak apabila kenderaan meninggalkan kawasan Bertolak.

Bertolak: tunjukkan kepada penghantar

Apabila dipilih, pengguna flit yang telah diperuntukkan kenderaan ini akan menerima mesej Meninggalkan apabila kenderaan meninggalkan kawasan Meninggalkan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 40 -

Page 41: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Saiz bertolak Saiz kawasan Bertolak dalam peratus daripada kawasan Menghampiri. Nilai lalai adalah 50%. Saiz kawasan Bertolak tidak boleh lebih besar daripada kawasan Menghampiri dan tidak lebih kecil daripada kawasan Ketibaan.

Mesej tiba Mesej teks yang ditampilkan kepada pemandu dan/atau pengguna flit apabila kenderaan memasuki kawasan Sampai.

Telah tiba: tunjukkan kepada pemandu

Apabila dipilih, pemandu akan menerima mesej Tiba apabila kenderaan memasuki kawasan Tiba.

Telah tiba: tunjukkan kepada penghantar

Apabila dipilih, pengguna flit yang telah diperuntukkan kenderaan ini akan menerima Mesej sampai apabila kenderaan memasuki kawasan Sampai.

Saiz tiba Saiz kawasan Tiba dalam peratus daripada kawasan Menghampiri. Nilai lalai adalah 20%. Kawasan Sampai tidak boleh lebih besar daripada kawasan Meninggalkan.

Mengubah suai geopagar

Untuk mengubah suai geopagar, klik kanan pada geopagar dalam paparan sumber dan pilih Ubah suai geopagar. Hanya medan Nama, Mesej Menghampiri, mesej Bertolak, mesej Tiba dan enam penerima berbeza boleh diubah suai.

Perhatian: Geopagar yang dikunci (dengan mangga kecil pada ikon) tidak boleh diubah suai kerana ia telah dihantar ke sekurang-kurangnya satu kenderaan. Untuk mengubah suai geopagar ia mesti dilumpuhkan terlebih dahulu untuk kenderaan yang telah diedarkannya.

Memadam geopagar

Untuk memadam satu atau lebih geopagar, pilihnya dalam pandangan sumber, klik kanan dan pilih Padam geopagar.

Perhatian: Geopagar yang dikunci (dengan mangga kecil pada ikon) tidak boleh dipadamkan kerana ia telah dihantar ke sekurang-kurangnya satu kenderaan. Untuk memadam geopagar yang dikunci, ia mesti dilumpuhkan terlebih dahulu untuk kenderaan yang telah diedarkannya.

Kumpulan geopagar

Kumpulan geopagar mengandungi sifar atau lebih geopagar. Kumpulan-kumpulan ini boleh dihantar ke satu atau lebih kenderaan. Geopagar individu tidak boleh dihantar ke kenderaan tanpa dimasukkan ke dalam kumpulan. Sesebuah kenderaan boleh mempunyai satu kumpulan geopagar sahaja pada satu masa. Kumpulan geopagar yang kosong tidak boleh dihantar ke sebarang kenderaan.

Mengedar kumpulan geopagar

1. Klik pada butang Edar geopagar dalam paparan pentadbiran. Halaman dipaparkan menunjukkan semua kenderaan yang kepada kumpulan geopagar kenderaan berkenaan telah dihantar.

2. Klik kotak semak di hadapan kenderaan(-kenderaan) yang dikehendaki untuk mengisyaratkan bahawa kumpulan geopagar akan dihantar kepada kenderaan ini.

3. Pilih kumpulan geopagar untuk menghantar juntai bawah. 4. Klik butang hantar. 5. Tekan butang muat semula untuk memastikan status hantar bagi setiap trak adalah Dihantar dan

diperakui. Ini biasanya mengambil masa kurang daripada seminit. Walau bagaimanapun, adakalanya masa yang diambil mungkin lebih lama bagi status dihantar untuk menjadi Dihantar dan diperakui, cth. jika kenderaan dimatikan atau terdapat masalah dengan komunikasi. Jika status masih tidak berubah, cuba hantar kumpulan geopagar sekali lagi.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 41 -

Page 42: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Menunjukkan geopagar pada peta

1. Pilih satu atau lebih geopagar. 2. Klik kanan pada geopagar dan pilih Tunjuk pada peta. Ini menunjukkan semua geopagar yang dipilih

pada peta.

Perhatian: Peta menunjukkan geopagar pada pandangan peta semasa. Kumpulan geopagar juga boleh ditunjukkan dengan cara ini.

Mencari geopagar pada peta

Klik kanan pada satu geopagar dalam pandangan sumber dan pilih Cari pada peta. Pandangan peta dibuka dan peta dizum dan disoroti untuk menunjukkan geopagar yang dipilih.

Geopagar+

Geopagar+ hanya tersedia kepada kenderaan yang melanggan kepada perkhidmatan Positioning+. Geopagar+ menyediakan pemberitahuan kepada pengguna flit apabila kenderaan memasuki atau meninggalkan geopagar+, untuk kenderaan yang diperuntukkan kepada pengguna flit.

Perhatian: Geopagar+ dengan sisi yang kurang daripada 100 meter lebar tidak harus digunakan kerana batasan dalam ketepatan GPS.

Perhatian: Jika geopagar+ yang terlalu kecil digunakan, kenderaan boleh melalui geopagar+ tanpa memaklumkan pengguna flit. Oleh itu, geopagar+ harus cukup luas untuk memastikan kenderaan tersebut tidak melalui geopagar+ dalam kurang daripada 1 minit. Nilai-nilai dalam jadual yang berikut boleh digunakan sebagai garis panduan bagi menganggarkan lebar minimum yang diperlukan untuk geopagar+ tertentu.

Kelajuan kenderaan

Jarak/min Lebar minimum geopagar

90 km/h 1.5 km/min Sisi geopagar+ memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 km lebar untuk memastikan geopagar+ sentiasa dikesan.

60 km/h 1.0 km/min Sisi geopagar+ memerlukan sekurang-kurangnya 1.0 km lebar untuk memastikan geopagar+ sentiasa dikesan.

30 km/h 0.5 km/min Sisi geopagar+ memerlukan sekurang-kurangnya 0.5 km lebar untuk memastikan geopagar+ sentiasa dikesan.

Dialog sifat geopagar+

Sifat-sifat yang disenaraikan dalam jadual yang berikut ditetapkan dalam dialog Cipta Sifat Geopagar+ untuk semua jenis geopagar+, kecuali untuk geopagar+ POI.

Sifat HuraianNama Nama geopagar+. Ia mesti unik untuk flit tersebut.Memasuki mesej Mesej teks yang ditampilkan kepada pengguna flit dalam folder

Pemberitahuan geopagar dalam tab Pemesejan apabila kenderaan tersebut memasuki kawasan geopagar+ jika kotak pilihan ditandakan.

Mesej bertolak Mesej teks yang ditampilkan kepada pengguna flit apabila kenderaan meninggalkan kawalan geopagar+ jika kotak pilihan dipilih.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 42 -

Page 43: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Pemberitahuan akan dihantar

Pilih bila geopagar+ harus aktif. Pilih antara Sentiasa, Setiap Hari, Isnin hingga Jumaat dan Berulang di mana tempoh hari dan masa boleh disesuaikan.

Kenderaan yang diperuntukkan

Pilih kenderaan atau kumpulan kenderaan dalam pandangan sumber dan gunakan anak panah paling atas untuk memperuntukkan geopagar+.

Gambaran keseluruhan Gambaran keseluruhan semua sifat geopagar+.

Mencipta geopagar+ bulatan

Untuk mencipta geopagar+ bulatan sebagai pengguna flit:

1. Klik butang Cipta Geopagar+ dalam pandangan Peta.

2. Klik butang Geopagar+ Bulatan . 3. Letakkan tetikus di mana bahagian tengah geopagar+ akan berada, klik dan kemudian gerakkan

tetikus untuk memilih saiz yang diingini dan klik semula. 4. Saiz geopagar+ boleh diedit dengan mengheret salah satu daripada titik putih pada bulatan.

Geopagar+ boleh digerakkan dengan mengheret titik putih di tengah bulatan. 5. Adalah mungkin untuk membuat asal pertukaran dengan mengklik anak panah yang muncul

selepas edit saiz atau tempat telah dilakukan. 6. Selepas geopagar+ dicipta, tetingkap muncul di mana nama, mesej memasuki, mesej

meninggalkan dan bila geopagar+ harus aktif, dimasukkan. 7. Klik Seterusnya dan peruntukkan satu atau beberapa kenderaan kepada geopagar+. Klik

Seterusnya. 8. Untuk menyimpan geopagar+, pilih Tamat dalam gambaran keseluruhan.

Mencipta geopagar+ segi empat tepat.

Untuk mencipta geopagar+ segi empat tepat sebagai pengguna flit:

1. Klik butang Cipta Geopagar+ dalam pandangan Peta.

2. Klik butang Geopagar+ Segi Empat Tepat . 3. Letakkan tetikus di mana sudut atas geopagar+ akan berada, klik dan kemudian gerakkan tetikus

untuk memilih saiz yang diingini dan klik semula. 4. Saiz geopagar+ boleh diedit dengan mengheret salah satu daripada titik putih pada segi empat

tepat. 5. Adalah mungkin untuk membuat asal pertukaran dengan mengklik anak panah yang muncul

selepas edit saiz atau tempat telah dilakukan. 6. Selepas geopagar+ dicipta, tetingkap muncul di mana nama, mesej memasuki, mesej

meninggalkan dan bila geopagar+ harus aktif, dimasukkan. 7. Klik Seterusnya dan peruntukkan satu atau beberapa kenderaan kepada geopagar+. Klik

Seterusnya. 8. Untuk menyimpan geopagar+, pilih Tamat dalam gambaran keseluruhan.

Mencipta geopagar+ poligon

Untuk mencipta geopagar+ poligon sebagai pengguna flit:

1. Klik butang Cipta Geopagar+ dalam pandangan Peta.

2. Klik butang Geopagar+ Poligon . 3. Letakkan tetikus di mana titik pertama dalam geopagar+ poligon akan berada, klik dan kemudian

gerakkan tetikus ke titik seterusnya dan klik semula, teruskan sehingga bentuk yang dikehendaki

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 43 -

Page 44: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

terbentuk. Untuk menamatkan lukisan geopagar+, sama ada klik dua kali atau klik pada titik mula geopagar+.

4. Saiz dan bentuk geopagar+ boleh diedit dengan mengheret salah satu daripada titik putih pada poligon ke kedudukan lain.

5. Adalah mungkin untuk membuat asal pertukaran dengan mengklik anak panah yang muncul selepas edit saiz atau tempat telah dilakukan.

6. Selepas geopagar+ dicipta, tetingkap muncul di mana nama, mesej memasuki, mesej meninggalkan dan bila geopagar+ harus aktif, dimasukkan.

7. Klik Seterusnya dan peruntukkan satu atau beberapa kenderaan kepada geopagar+. Klik Seterusnya.

8. Untuk menyimpan geopagar+, pilih Tamat dalam gambaran keseluruhan.

Mencipta geopagar+ sempadan

Untuk mencipta geopagar+ sempadan sebagai pengguna flit:

1. Klik butang Cipta Geopagar+ dalam pandangan Peta.

2. Klik butang Geopagar Sempadan . 3. Tetingkap muncul di mana nama, mesej memasuki, mesej meninggalkan dan bila geopagar+ harus

aktif, dimasukkan. Pilih sempadan negara dalam juntai bawah atau dengan mengklik pada ikon di sebelah juntai bawah dan kemudian klik pada negara dalam peta.

4. Klik Seterusnya dan peruntukkan satu atau beberapa kenderaan kepada geopagar+. Klik Seterusnya.

5. Untuk menyimpan geopagar+, pilih Tamat dalam gambaran keseluruhan. 6. Geopagar+ tidak kelihatan di peta, hanya dalam pandangan sumber. Untuk melihat sempadan

mana yang dirujuk oleh geopagar+, klik kanan pada nama geopagar+ dalam pandangan sumber dan pilih Cari pada peta. Map zum masuk pada negara yang disambungkan ke geopagar+ sempadan.

Membuat geopagar+ laluan

Untuk mencipta geopagar+ laluan sebagai pengguna flit:

1. Klik butang Cipta Geopagar+ dalam pandangan Peta.

2. Klik butang Geopagar+ Laluan . 3. Tetingkap muncul. Berikan nama kepada geopagar+ tersebut. 4. Masukkan alamat dalam bahagian Titik jalan laluan atau pilih titik dalam peta dengan memilih ikon di

sebelah medan teks dahulu dan kemudian klik pada peta. 5. Apabila satu alamat dimasukkan, tekan 'enter' pada papan kekunci untuk mendapatkan medan teks

baru untuk memasukkan alamat yang seterusnya dengan cara yang sama seperti dalam langkah 4. 6. Apabila laluan itu tamat, isikan mesej memasuki dan mesej meninggalkan dan bila geopagar+ harus

aktif. 7. Pilih seluas mana geopagar+ dalam juntai bawah Sisihan maksimum. Laluan pada peta akan sama

saiznya tanpa mengambil kira sisihan yang dipilih. Tetapan sisihan maksimum bermakna sejauh mana kenderaan dibenarkan untuk melencong dari laluan tersebut sehingga mesej memasuki dan mesej meninggalkan harus dimaklumkan kepada pengguna.

8. Klik Seterusnya dan peruntukkan satu atau beberapa kenderaan kepada geopagar+. Klik Seterusnya.

9. Untuk menyimpan geopagar+, pilih Tamat dalam gambaran keseluruhan.

Geopagar+ dalam pandangan sumber

Prosedur yang berikut boleh dijalankan sebagai pengguna flit dalam pandangan sumber.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 44 -

Page 45: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Memperuntukkan geopagar+ kepada kenderaan

1. Klik kanan pada kenderaan dalam pandangan sumber dan klik Peruntukkan Geopagar+. 2. Pilih satu atau lebih geopagar+ daripada pandangan sumber dan tambahnya ke senarai kenderaan

yang dipilih dalam tetingkap muncul dengan mengklik butang anak panah Data kelajuan.

Mengedit geopagar+

Untuk mengedit geopagar+, klik kanan pada Geopagar+ dalam pandangan sumber dan pilih Edit Geopagar+.

Memadam geopagar+

Untuk memadam satu atau lebih geopagar+, pilihnya dalam pandangan sumber, klik kanan dan pilih Padam Geopagar+.

Menunjukkan geopagar+ pada peta

1. Pilih satu atau lebih geopagar+ atau kumpulan geopagar+. 2. Klik kanan pada geopagar+ dan pilih Tunjuk Geopagar+ pada peta. Semua geopagar+ yang dipilih

ditunjukkan pada peta kecuali geopagar+ sempadan.

Perhatian: Peta hanya menunjukkan geopagar+ pada pandangan peta semasa sahaja. Kumpulan geopagar+ juga boleh ditunjukkan dengan cara ini.

Mencari geopagar+ pada peta

Klik kanan pada satu geopagar+ dalam pandangan sumber dan pilih Cari pada peta. Pandangan peta dibuka dan peta dizum masuk dan disoroti untuk menunjukkan geopagar+ yang dipilih.

Kumpulan geopagar+

Kumpulan Geopagar+ diurus dalam pandangan sumber. Kumpulan geopagar+ mengandungi sifar atau lebih geopagar+. Prosedur yang berikut boleh dijalankan sebagai pengguna flit dalam pandangan sumber.

Mencipta kumpulan geopagar+

Cipta kumpulan dengan mengklik kanan folder Semua Geopagar+ di atas pandangan sumber dan pilih Cipta kumpulan baru.

Memadam kumpulan geopagar+

Memadam kumpulan dengan mengklik kanan pada folder kumpulan dalam pandangan sumber dan pilih Padam kumpulan.

Mencipta geopagar+ POI

Untuk mencipta geopagar+ Tempat Menarik (POI) sebagai pengguna flit:

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 45 -

Page 46: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik butang Cipta tempat menarik dalam pandangan Peta dan pilih kedudukan sasaran pada peta untuk membuka dialog Cipta tempat menarik.

2. Pilih kotak pilihan Geopagar+ dan tetapkan radius geopagar+ dalam juntai bawah Radius geopagar+ dan klik Simpan. Geopagar+ bulatan dicipta sekeliling POI. Harap maklum bahawa bentuk geopagar+ yang ditunjukkan pada peta sentiasa mempunyai saiz tetap tanpa mengambil kira saiz geopagar+ sebenar dalam juntai bawah.

Geopagar+ POI aktif untuk semua kenderaan dalam flit yang melanggan kepada perkhidmatan Positioning+.

Status kenderaan

Halaman Status kenderaan merangkumi tiga tab, satu menunjukkan status hantar bagi kumpulan geopagar yang diedarkan, satu menunjukkan status hantar bagi konfigurasi corak penjejakan, dan satu lagi menunjukkan status hantar bagi permintaan kedudukan. Ini hanya bagi maklumat tentang kenderaan mana yang mempunyai kumpulan geopagar, bagaimana corak penjejakan dikonfigurasi bagi setiap kenderaan, dan status hantar semasa bagi permintaan kedudukan terkini bagi setiap kenderaan.

Hanya boleh menukar kumpulan geopagar atau untuk mengkonfigurasi corak penjejakan melalui akaun pentadbir flit sahaja. Permintaan kedudukan boleh dilakukan sebagai pengguna dan juga pentadbir.

Peta

Dengan ciri ini, anda boleh mencari kedudukan kenderaan serta membantu jika pemandu memerlukan bantuan untuk mencari stesen servis atau motel. Anda boleh sorot ke peta, zum dan membuat paparan kegemaran, dsb.

Dengan menggunakan peta, anda boleh melihat lokasi kenderaan dengan menggunakan ciri cari pada peta. Anda boleh menggunakan kawalan peta untuk zum dan sorot paparan tersebut.

Subkategori

Mencari kenderaan pada peta

Mengendalikan paparan peta

Meminta kedudukan kenderaan

Melihat sifat objek

Penjejakan kenderaan

Titik utama (POI)

Status kenderaan

Geopagar dan Geopagar+

Menghantar destinasi navigasi

Sifat melihat destinasi kenderaan

Perancangan laluan

Cari pada peta

Sembunyi dan tunjukkan kenderaan pada peta

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 46 -

Page 47: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Paparan Data Bersepadu

Prognosis masa pemandu

Ikon & simbol

Meminta maklumat baharu mengenai kenderaan yang dipilih.

Menyimpan paparan peta semasa.

Memadamkan paparan peta yang dipilih.

Menunjukkan atau menyembunyikan teg nama pada peta.

Menunjukkan atau menyembunyikan ikon trak berkod warna aktiviti pemadu pada peta.

Status kenderaan.

Menunjukkan atau menyembunyikan status pencerobohan. Ikon kenderaan mungkin dilengkapi dengan simbol kecil yang menunjukkan bahawa terdapat pencerobohan sejarah atau yang mungkin masuk sewaktu sesi memandu semasa.

Menunjukkan maklumat trafik pada peta. Ambil perhatian bahawa maklumat trafik tidak disediakan di semua negara. Di samping itu, paparan maklumat trafik masa nyata mungkin berbeza-beza bergantung pada masa dalam sehari.

Menunjukkan atau menyembunyikan kedudukan sejarah bagi kenderaan terpilih.

Menunjukkan gambaran keseluruhan penjejakan.

Cari objek terdekat.

Menunjukkan carian pada borang peta.

Membuat destinasi

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 47 -

Page 48: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

navigasi. Membuka paparan laluan

dirancang.

Buat geopagar.

Buat geopagar+.

Membuat Tempat Menarik

Papar kenderaan pada peta. Jika kenderaan dilengkapi dengan jam, ini menunjukkan telah lebih sejam data terakhir dimuat turun. Warna latar biru menunjukkan status pemandu sedang memandu. Warna datar merah jambu pekat mengisyaratkan pemandu tidak log masuk. Warna latar hijau bererti pemandu sedang berehat. Warna latar merah menunjukkan pemandu sedang menunggu. Warna latar kuning menunjukkan pemandu sedang bekerja.

Paparkan tetapan peta untuk kategori Tempat Menarik (POI).

Memaparkan peristiwa kenderaan pada peta. Hanya satu peristiwa kenderaan boleh ditunjukkan pada peta secara serentak. Lihat Mesej peristiwa kenderaan untuk butiran lanjut tentang peristiwa kenderaan.

Tempat menarik

Apabila bekerja dengan POI anda dapat mencari kedudukan tempat penghantaran bagi pelanggan, motel tertentu, dsb. Anda boleh membuat POI anda sendiri dan mengaturnya dalam subkategori anda sendiri.

Membuat kategori POI

Anda mungkin mahu membuat kategori POI anda sendiri untuk menyusun kerja anda.

Sebagai bukan pentadbir laman ini anda perlu membuat subkategori untuk membuat POI anda sendiri.

Kategori POI dibuat sebagaimana anda membuat POI baharu.

Membuat Tempat menarik

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 48 -

Page 49: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Apabila membuat POI anda sendiri anda boleh mentakrifkan lokasi yang anda dapati sesuai bagi tujuan anda. Anda boleh membuat POI dalam kategori yang anda pratakrif sendiri atau dalam folder lalai.

POI dan kategori baharu

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta.

2. Klik untuk mula bekerja dengan POI. 3. Pilih lokasi pada peta di tempat POI akan dimasukkan. 4. Pilih kategori POI baharu 5. Jenis maklumat mengenai POI.

l Negara l Bandar l Jalan l Nama POI l Huraian POI l Nama kategori POI l Huraian kategori POI l Pilih ikon yang berkaitan dengan POI

6. Klik Buat.

POI baharu dalam kategori yang dipratakrif

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta

2. Klik untuk mula bekerja dengan POI. 3. Pilih lokasi pada peta di tempat POI akan dimasukkan. 4. Pilik kategori untuk memasukkannya. 5. Jenis maklumat mengenai POI.

l Negara l Bandar l Jalan l Nama POI

6. Klik Buat.

Mencari objek terdekat

Apabila bekerja dengan peta anda boleh mencari objek berdekatan dalam peta relatif kepada objek yang anda pilih atau tengah peta. Satu senarai objek terdekat dengan jarak dan halanya berbanding objek peta terpilih ditampilkan kepada anda. Apabila pilihan kenderaan dipilih, maklumat masa pemandu boleh dilihat. Maklumat seperti masa memandu selebihnya sehingga pencerobohan berikutnya yang mungkin berlaku dan masa memandu selebihnya bagi sesi pemanduan semasa ditampilkan dalam jadual utama ini. Maklumat masa pemandu, prognosis masa memandu selebihnya bagi satu/dua minggu dan maklumat pencerobohan, ditampilkan dalam petua alat bagi setiap baris jadual.

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta. 2. Pilih kenderaan yang anda mahu ukur darinya atau pilih titik tengah geografi.

3. Klik untuk mencari objek yang paling hampir kepada pilihan anda dalam langkah terdahulu.

Sistem ini akan memberi satu senarai objek terdekat yang disusun mengikut jarak. Anda hanya boleh melakukan operasi ini jika terdapat sekurang-kurangnya satu objek dalam sistem.

Meminta kedudukan kenderaan

Apabila meminta kedudukan kenderaan anda mengumpul maklumat mengenai kedudukan semasa kenderaan tersebut. Apabila meminta kedudukan kenderaan, anda turut mengemas kini sistem dengan maklumat kenderaan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 49 -

Page 50: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta. 2. Pilih kenderaan daripada peta.

3. Klik untuk mendapatkan maklumat.

Maklumat ini dikemas kini dalam sistem.

Menghantar permintaan kepada kenderaan hanya boleh dilakukan dengan pakej perkhidmatan Positioning.

Penjejakan kenderaan

Dalam Dynafleet Online anda boleh menjejaki kenderaan dalam flit anda. Dengan ciri kedudukan Sejarah, anda boleh melihat laluan pemanduan kenderaan tertentu.

Semasa mengaktifkan sesuatu corak penjejakan, pentadbir flit boleh memilih daripada corak yang berbeza untuk menjejaki kenderaan tertentu. Lihat Corak penjejakan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kedudukan sejarah

Tunjukkan paparan kedudukan sejarah ( ) dalam pandangan peta di mana kenderaan telah pergi. Dengan ciri kedudukan Sejarah, adalah mungkin untuk mengikuti kenderaan tertentu dan mencari keganjilan pada laluan biasa.

Tetingkap Tetapan Kedudukan Sejarah muncul apabila memilih Tunjuk kedudukan sejarah. Pilihan yang berbeza untuk melihat data sejarah ialah

l Kedudukan untuk bilangan jam terakhir. Di sini anda menentukan berapa jam ke belakang anda mahu melihat jejaknya.

l Bilangan kedudukan terakhir. l Tempoh masa l Dari tengah malam

Maksimum satu minggu data sejarah boleh dipaparkan dalam peta pada masa yang sama bagi setiap kenderaan.

Apabila kedudukan sejarah dipaparkan dalam peta, ia boleh dipilih. Untuk setiap pilihan, data kenderaan sejarah yang sepadan dipaparkan dalam panel Sifat kenderaan. Untuk maklumat lanjut tentang panel sifat kenderaan, lihat Pandangan Data Bersepadu.

Melihat kedudukan sejarah

Apabila anda memilih Tunjuk kedudukan Sejarah untuk sesebuah kenderaan, anda boleh melihat data sejarah kenderaan khusus tersebut. Apabila anda melihat kedudukan sejarah, anda mendapat akses kepada data khusus bagi masa tertentu. Memandangkan anda melihat kedudukan sejarah sebagai grafik dalam pandangan peta, adalah mudah untuk mengesan pelencongan pada laluan biasa.

Untuk melihat kedudukan sejarah sebagai pengguna flit atau pentadbir flit:

1. Memilih kenderaan daripada pandangan sumber. 2. Klik kanan dan pilih Cari pada peta untuk kenderaan.

3. Untuk melihat kedudukan sejarah kenderaan yang dipilih, klik . Tetingkap muncul terbuka di mana tetapan kedudukan Sejarah boleh dikonfigurasi.

4. Untuk mengemas kini kedudukan sejarah dipaparkan dalam peta dengan Tetapan Kedudukan Sejarah, klik Simpan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 50 -

Page 51: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Untuk melihat maklumat kedudukan sejarah yang terperinci sebagai pengguna flit atau pentadbir flit:

1. Untuk melihat arah mana yang dituju oleh kenderaan, pemandu, tarikh dan masa pada titik tertentu, apung di atas titik kedudukan sejarah dalam peta.

2. Untuk melihat dengan lebih terperinci, kembangkan panel sifat kenderaan dengan mengklik . Jika anda memilih baris dalam jadual sifat, titik kedudukan sejarah yang sepadan dalam peta ditandakan dengan anak panah yang menunjuk arah perjalanan kenderaan tersebut.

Melihat sifat objek

Apabila bekerja dengan peta dan mencari kedudukan sesebuah kenderaan anda boleh melihat sifat kenderaan terpilih tersebut.

Untuk melihat sifat objek perlu boleh dilihat pada peta untuk meneruskan.

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta. 2. Pilih kenderaan yang sifatnya anda ingin lihat. 3. Di sebelah kiri paparan peta, suatu senarai sifat berbeza akan dibentangkan.

Objek yang ditampilkan mempunyai sifat berikut:

l Tarikh dan masa l Pencetus l Kelajuan l Perbatuan l Bahan api

l Tarikh dan masa l Pencetus l Nama pemandu

l Tarikh dan masa l Pencetus l Arah l Lokasi terdekat

l Tarikh dan masa l Pencetus l Suhu (1-4) l Amaran (suhu) l Pintu l Nyahfros

l Tarikh dan masa l Pencetus l Maklumat berat (nilai berat adalah

disediakan daripada penunjuk beban)

l Tarikh dan masa l Pencetus l Anggaran ketibaan l Destinasi

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 51 -

Page 52: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Mengendalikan paparan peta

Apabila anda mengklik pada tab Peta, peta muncul dengan memaparkan kawasan kerja anda. Daripada paparan ini anda boleh mencari kenderaan, menjejak dan melihat status semasanya.

Jika terdapat kawasan yang anda lihat dengan kerap, anda boleh menyimpannya sebagai paparan peta kegemaran.

Memendar

Anda pendar peta dengan menekan dan menahan butang kanan tetikus ketika menggerakkan penunjuk tetikus di sekitar peta.

Dengan menglik di mana-mana pada peta, anda menjadikan titik ini sebagai titik tengah.

Mengezum

Dengan alat mengezum yang berbeza anda boleh menukar pembesaran peta. Anda boleh melakukan ini untuk mendapat lebih atau kurang maklumat terperinci mengenai titik tertentu dalam paparan peta.

Mengezum dengan gelangsar zum

Anda boleh mengezum ke dalam dan keluar dengan menyeret gelangsar zum ke atas dan ke bawah. Gelangsar zum terletak di sebelah kanan peta.

Mengezum dengan roda tetikus

Anda boleh mengezum ke dalam atau ke luar dengan menggunakan roda tetikus sementara penunjuk tetikus diletakkan di atas peta.

Paparan peta

Untuk meningkatkan kecekapan, anda boleh menyimpan paparan peta kegemaran dan mengaksesnya daripada senarai juntai bawah.

Menyimpan paparan peta

1. Zum/pendar ke kawasan pada peta yang anda ingin simpan.

2. Tekan butang . 3. Taip nama unik bagi paparan ini. 4. Klik Ok.

Untuk mengakses paparan yang disimpan, pilih dalam senarai juntai bawah dan tekan butang .

Petua: Dengan menyimpan paparan peta dengan pejabat rumah anda sebagai titik tengah, anda sentiasa mempunyai pilihan untuk kembali ke paparan tersebut selepas anda mengezum masuk pada lokasi lain.

Apabila paparan peta yang disimpan tidak lagi berguna, anda boleh memilih untuk memadamnya.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 52 -

Page 53: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Memadamkan paparan peta

1. Pilih paparan yang anda ingin padam daripada senarai juntai bawah.

2. Tekan butang .

Paparan peta lalai awal

Paparan peta awal bagi sesebuah flit bergantung pada pasaran flit tersebut. Pertama kali pengguna Flit atau pentadbir Flit memilih tab peta dalam flit baharu ini, paparan peta dipusatkan pada negara yang berkaitan dengan pasaran operasi flit tersebut.

Cari pada peta

Cari pada peta

Anda boleh menggunakan ciri cari pada peta untuk mencari alamat tertentu untuk digunakan sebagai gabungan dengan ciri peta lain.

1. Tekan butang Cari pada peta . Borang Cari pada peta dipaparkan.

2. Masukkan kriteria carian ke dalam medan teks. Anda boleh memasukkan alamat atau nama lokasi, contohnya, Menara Eiffel atau Pizza Hut.

3. Tekan butang . Satu senarai alamat yang sepadan dikembalikan dan diplot pada peta. Anda boleh menekan butang Kosongkan jika anda ingin mengosongkan borang dan membuat carian baharu. Anda boleh menekan butang Kosongkan untuk menutup borang Cari pada peta.

4. Klik kanan ikon pada peta untuk melihat pilihan menu.

5. Pilih tindakan yang dikehendaki – Buat tempat menarik, Navigasi ke destinasi, Cari objek terdekat, Rancang laluan atau Batal. Bergantung pada pilihan anda, dialog yang berkaitan akan dipaparkan untuk membolehkan anda melengkapkan tindakan yang anda kehendaki.

Menghantar destinasi navigasi

Anda boleh menghantar mesej kepada kenderaan yang menyertakan destinasi navigasi bagi pemandu dan kenderaan. Untuk menghantar mesej destinasi navigasi kepada sesebuah kenderaan, kenderaan hendaklah mempunyai pakej Messaging, dan hendaklah dipasang dengan peranti navigasi yang serasi. Apabila pemandu menerima mesej destinasi navigasi, pemandu boleh memilih untuk menggunakan destinasi tersebut dalam peranti navigasi berkenaan.

Anda boleh menghantar mesej yang sama kepada kumpulan kenderaan pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, ini akan mempengaruhi kos komunikasi.

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta.

2. Click untuk memilih destinasi pada peta. Dialog Navigasi ke Destinasi akan muncul untuk menggesa anda untuk memilih kedudukan sasaran pada peta.

3. Letakkan kursor tetikus anda di atas lokasi yang dikehendaki pada peta dan klik butang kiri untuk memilih lokasi tersebut. Perhatian: Anda masih boleh menggunakan alat zum untuk melaraskan paparan peta sementara dialog Navigasi ke Destinasi terbuka.Sebaik sahaja anda telah memilih

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 53 -

Page 54: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

destinasi ini, ia ditanda pada peta dengan ikon bendera merah. Dialog Navigasi ke Destinasi dikembangkan untuk memaparkan alamat destinasi dan latitud dan longitud yang berkaitan bagi alamat tersebut.

4. Pilih kenderaan atau kumpulan kenderaan untuk menghantar destinasi navigasi dengan memilih kenderaan atau kumpulan kenderaan daripada paparan Sumber. Anda boleh memilih berbilang kenderaan untuk menerima satu mesej.

5. Tulis mesej anda Di sebelah atas kanan kawasan teks anda akan melihat bilangan aksara yang digunakan dan berapa lagi yang tinggal untuk anda guna. Alamat destinasi mencakupi bilangan aksara yang telah digunakan sebelum anda mula menaip mesej anda sendiri.

6. Klik hantar untuk menghantar mesej tersebut. Mesej destinasi dihantar kepada kenderaan.

Melihat mesej yang dihantar

Apabila mesej destinasi telah dihantar, anda boleh melihat sama ada mesej tersebut telah dibaca dalam folder Dihantar pada tab Pemesejan.

Keadaan yang mungkin adalah:

l Dihantar belum dibaca (mesej telah diterima oleh kenderaan) dan tarikh/masa penghantaran. l Dihantar dan dibaca (mesej telah dibaca oleh pemandu) dan tarikh/masa penghantaran.

Mesej destinasi navigasi boleh dikenal pasti oleh ikon . Anda boleh memilih mesej untuk melihat latitud dan longitud dan klik pada butang untuk melihat kedudukan pada peta.

Ambil perhatian bahawa ini hanya berkenaan bagi kenderaan dengan perantiDynafleet Gateway & Driver tool.

Membatalkan mesej destinasi navigasi

Jika anda memutuskan untuk tidak menghantar mesej destinasi navigasi, anda boleh menggunakan kawalan atau menutup butang untuk menutup dialog Navigasi ke Destinasi. Mesej destinasi navigasi akan dibatalkan dan ikon yang mewakili lokasi yang dipilih akan dikeluarkan daripada peta.

Maklumat masa pemandu

Dialog navigasi ke destinasi dipertingkat dengan maklumat masa pemandu. Maklumat seperti masa memandu yang tinggal sehingga pencerobohan seterusnya yang mungkin berlaku dan masa memandu yang selebihnya bagi sesi memandu semasa ditampilkan dalam petua jadual utama. Maklumat masa pemandu, prognosis masa memandu selebihnya bagi satu/dua minggu dan maklumat pencerobohan, ditampilkan dalam petua alat bagi setiap baris jadual.

Perancangan Laluan

Dengan menggunakan peta, berserta ciri perancangan laluan, anda boleh membuat laluan dan, jika anda kehendaki, lihat arah pemanduan.

Perhatian! Laluan ini tidak boleh dihantar kepada kenderaan. Laluan yang dikira tidak mengambil kira sebarang atribut kenderaan yang mungkin menjadikan laluan ini tidak sesuai, contohnya, oleh kerana ketinggian jambatan tau akses terhad kepada jalan oleh kerana berat.

Membuat laluan

1. Akses tab Peta.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 54 -

Page 55: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

2. Tekan butang Rancang laluan .

1. Masukkan titik mula dalam medan yang dilabel A. Anda boleh menaip alamat atau tekan butang untuk menambah alamat dengan memilih lokasi pada peta. Anda juga boleh klik kanan pada peta dan memilih Tambah pilihan tempat perhentian.

2. Masukkan destinasi dalam medan yang dilabel B.

3. Laluan dipaparkan pada peta, diwakili oleh garis biru. Ikon titik mula dan titik akhir pada peta berkaitan dengan label pada borang Rancang laluan. Arahan memandu dipaparkan di bawah borang tersebut.

Perhatian! Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 titik untuk membuat laluan

Tambah tempat perhentian

Apabila anda telah menambah dua tempat perhentian kepada sesuatu laluan, medan masukan data baharu ditambah secara automatik kepada borang Rancang laluan. Anda boleh menambah tempat

perhentian kepada laluan sedia ada dengan menekat butang di sebelah medan kosong yang baharu, dengan memasukkan alamat dalam medan tersebut, atau membuat pilihan Tambah titik perhentian daripada menu klik kanan pada peta.Tambah sebanyak titik perhentian yang diperlukan. Apabila melihat laluan pada peta, titik pertama dipaparkan sebagai asal, yang terakhir sebagai destinasi, dan mana-mana titik pengantara dipaparkan di sepanjang laluan tersebut.

Menyusun semula tempat perhentian

Anda boleh menukar susunan mana-mana titik di sepanjang laluan dengan menyeretnya ke atas atau ke bawah dalam senarai tempat perhentian sehingga ia berada dalam susunan yang dikehendaki. Peta akan dikemas kini untuk mencerminkan susunan ini.

Mengeluarkan tempat perhentian

Guna butang di sebelah medan dalam borang Rancang laluan untuk mengeluarkan tempat perhentian daripada laluan. Titik yang dipilih akan dikeluarkan daripada borang dan paparan peta.

Memaparkan sifat destinasi kenderaan

Anda boleh melihat anggaran masa ketibaan (ETA) bagi kenderaan yang berjalan ke arah destinasi navigasi. Apabila pemandu atau kenderaan memilih destinasi untuk menavigasi kepadanya, sifat ETA dalam paparan peta memaparkan destinasi yang dihasratkan dan kemas kini ETA untuk mencerminkan masa dan jarak yang selebihnya sebelum kenderaan tiba ke destinasi.

Kenderaan hendaklah mempunyai pakej perkhidmatan Messaging dan Positioning, dan hendaklah disambungkan dengan peranti navigasi yang serasi. Pemandu dalam kenderaan hendaklah telah memilih untuk menavigasi ke destinasi yang diberi dalam mesej destinasi navigasi untuk mengira ETA. Kenderaan yang berada dalam proses menavigasi ke destinasi ditampilkan sebagai ikon represented by the .

Untuk melihat sifat ETA, kenderaan perlu boleh dilihat pada peta.

1. Klik tab Peta untuk memasuki paparan peta. 2. Pilih kenderaan pada peta. Di sudut kiri bawah peta, ikon yang mewakili kategori sifat dipaparkan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 55 -

Page 56: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

3. Di sudut kiri bawah peta, suatu senarai sifat yang disediakan akan dibentangkan.

4. Klik butang .

Mengemas kini masa ketibaan

Paparan sifat ETA memaparkan tarikh dan masa pencetus terkini, jenis pencetus, ETA (jj:mm), jarak ke destinasi, dan destinasi sebenar. Anggaran masa ketibaan dikemas kini setiap kali kedudukan baharu – atau pencetus – diterima.

Pemandu boleh menukar destinasi navigasi dengan menggunakan peranti navigasi dalam kenderaan berkenaan. JIka destinasi ditukar, paparan sifat ETA akan memaparkan destinasi baharu serta ETA yang dikemas kini bagi kenderaan.

Jika pemandu membatalkan navigasi ke destinasi, jika hubungan dengan peranti navigasi terputus atau jika kenderaan telah tiba di destinasi, sifat ETA tidak lagi dikemas kini.

Melihat lokasi destinasi

Anda boleh memilih butang untuk melihat destinasi lokasi pada peta. Apabila butang ditekan, peta

diletakkan di tengah titik destinasi. Destinasi ini ditanda dengan .

Pandangan data bersepadu

Pandangan data bersepadu membolehkan anda melihat data penjejakan kenderaan atau data aktiviti pemandu dalam kenderaan dan pandangan sifat pemandu semasa bekerja dalam pandangan Peta.

Pandangan data aktiviti kenderaan bersepadu

Untuk melihat data aktiviti kenderaan, kenderaan hendaklah dipilih berdasarkan kedudukan terakhirnya yang diketahui dengan memilih Cari pada peta dalam pandangan sumber.

1. Pilih butang Tunjuk pandangan terperinci dalam panel sifat kenderaan. Sifat kenderaan lanjutan, yang terdiri daripada senarai aktiviti kenderaan dan butiran berkaitan dipaparkan. Anda mungkin perlu menggunakan bar tatal untuk melihat keseluruhan senarai.

2. Pilih sama ada anda mahu melihat maklumat gabungan atau maklumat berdasarkan pilihan pencetus dengan mengklik dahulu butang Pilih penapis dalam lajur Pencetus. Kemudian pilih butang radio Gabungan atau butang radio Pencetus dalam dialog Pilih penapis.

Dalam pandangan gabungan, hanya tempoh Memandu, tempoh Berhenti, peristiwa Log masuk dan peristiwa Log keluar dipaparkan dalam panel sifat kenderaan. Tempoh dan peristiwa digabungkan daripada selang yang ditetapkan dalam dialog Tetapan Kedudukan Sejarah. Sebagai contoh, menunjukkan tempoh gabungan dari 100 titik penjejakan terakhir mungkin menghasilkan senarai 10 tempoh.

Apabila butang radio Pencetus dipilih, hanya peristiwa yang sepadan dengan pilihan pencetus semasa dipaparkan dalam panel sifat kenderaan.

3. Pilih baris dalam senarai ini. Kedudukan yang sepadan dengan baris yang dipilih diserlahkan dalam kedudukan sejarah pada peta dan peta disoroti untuk memaparkan kedudukan yang dipilih, dengan

syarat butang kedudukan Sejarah tersebut dipilih. 4. Pilih butang or untuk mengimbas kedudukan sejarah.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 56 -

Page 57: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Tetapan

Anda boleh memilih untuk menunjukkan aktiviti bagi bilangan jam terakhir, dari tengah malam, untuk

tempoh masa tertentu atau bilangan kedudukan terakhir dengan mengakses Kedudukan sejarah dan menukar tetapan dalam dialog Tetapan Kedudukan Sejarah. Pilihan anda akan digunakan setiap kali anda melog masuk.

Pandangan data pemandu bersepadu

Maklumat aktiviti pemandu boleh dilihat semasa bekerja dalam peta. Untuk melihat data pemandu dalam peta, anda hendaklah memilih dahulu kenderaan dan membuka pandangan sifat pemandu dengan

mengklik butang Sifat pemandu .

1. Klik butang dalam pandangan sifat pemandu. Paparan sifat pemandu lanjutan dipaparkan. 2. Pilih jenis rujukan. Memilih Dari tengah malam akan menghasilkan paparan data pemandu daripada

hari semasa. Memilih Sesi akan memaparkan maklumat mengenai sesi pemanduan semasa pemandu.

Jumlah masa dipaparkan ke kiri setiap jenis aktiviti pemandu. Penyebaran aktiviti ini sepanjang sesi atau hari pemanduan – bergantung pada rujukan – dipaparkan dalam carta. Anda boleh menahan penunjuk tetikus di atas aktiviti yang dipaparkan untuk melihat maklumat tambahan mengenai aktiviti berkaitan; termasuk tempoh, masa mula dan masa henti. Guna bar tatal untuk bergerak melalui jam dalam sehari. Masa semasa ditandakan dengan garis merah vertikal.

Menavigasi ke paparan Aktiviti Pemandu

Anda boleh menavigasi ke tab Aktiviti Pemandu dengan mengklik butang Sifat pemandu dalam panel sifat pemandu yang dikembangkan. Pemandu yang dipilih dalam panel sifat secara automatik dipilih apabila tab Aktiviti Pemandu dibuka.

Gambaran keseluruhan penjejakan

Anda boleh membuka gambaran keseluruhan penjejakan dengan menekan butang . Semua kenderaan flit dipaparkan dalam jadual, diisih mengikut nama, dengan data aktiviti kenderaan dan pemandu terkini.

Anda boleh mengisih setiap lajur dalam susunan menaik atau menurun dengan mengklik pada tajuk lajur. Susunan pengisihan yang dikehendaki akan disimpan dan diguna semula sewaktu log masuk anda yang seterusnya.

Penapis gambaran keseluruhan penjejakan membolehkan anda menapis data dalam jadual berasaskan jenis penapis yang dipilih dan rentetan carian.

Mengklik pada baris tunggal sama dengan memilih sebuah kenderaan. Peta disorot ke kedudukan kenderaan dan data aktiviti kenderaan dipaparkan dalam paparan sifat.

Guna butang Tutup untuk menutup paparan gambaran keseluruhan penjejakan.

Sembunyi dan tunjukkan kenderaan pada peta

Anda boleh menyembunyikan kenderaan(-kenderaan) pada peta:

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 57 -

Page 58: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik kanan pada satu atau lebih kenderaan terpilih dalam paparan sumber. 2. Pilih Sembunyikan kenderaan pada peta. Kenderaan terpilih tidak lagi dipaparkan pada peta.

Untuk menunjukkan kenderaan(-kenderaan) yang tersembunyi pada peta:

1. Klik kanan pada satu atau lebih kenderaan terpilih dalam paparan sumber. 2. Pilih Tunjukkan kenderaan pada peta. Kenderaan terpilih akan dipaparkan pada peta.

Prognosis masa pemandu

Petua alat kenderaan

Untuk mendapat pandangan cepat mengenai prognosis masa pemandu, pegang tetikus di atas ikon kenderaan. Jika terdapat masa pemandu, bagi kenderaan terpilih, ia akan ditampilkan dalam petua alat kenderaan. Jika tidak terdapat masa pemandu, hanya maklumat kenderaan lalai akan ditunjukkan.

Aktiviti pemandu

Aktiviti pemandu

Ciri ini tidak disediakan di sesetengah pasaran.

Daripada tab Aktiviti Pemandu anda boleh menjejaki pemandu anda. Anda mendapat akses kepada masa memandu, aktiviti pemandu, dsb. Anda boleh menyediakan selang yang memperincikan bila anda mahu mendapatkan maklumat dan melihat berbilang pemandu pada masa yang sama.

Dengan menyenaraikan maklumat, anda boleh melihat jika pemandu melanggar sebarang peraturan memandu Eropah.

Anda mempunyai pilihan untuk melihat maklumat bagi sesi pemanduan semasa, sesi pemanduan terdahulu, hari semasa, minggu semasa, dua minggu atau sebulan yang lau. Sewaktu melihat sesi pemanduan semasa, sesi pemanduan terdahulu dan hari semasa, anda juga boleh melihat jumlah masa memandu bagi minggu semasa dan dua minggu yang lau.

Anda boleh menukar resolusi masa dengan mengklik pada ikon. Apabila pemandu yang dipilih dalam paparan Aktiviti Pemandu, sifat pemandu lanjutan dipaparkan di bahagian bawah tetingkap. Menukar resolusi masa juga mempengaruhi apa yang dipaparkan dalam kotak sifat pemandu lanjutan.

Anda boleh meringkaskan blok masa aktiviti berbeza dalam kotak sifat pemandu lanjutan dengan sama ada klik kiri pada satu blok aktiviti atau menekan Ctrl dan klik kanan pada beberapa blok aktiviti.

Jumlah aktiviti pemandu dipaparkan di bawah dalam paparan sifat pemandu.

Anda boleh menyahpilih blok masa dengan menekan Ctrl dan mengklik kiri. Anda juga boleh mematikan penjumlahan dengan mengklik pada pemandu dalam paparan Aktiviti Pemandu.

Dalam kotak sifat Pemandu, anda boleh melangkah ke depan dan ke belakang mengikut masa dengan selang masa yang dipilih lebih awal (hari ini, minggu ini, atau bulan ini).

Kotak sifat Pemandu turut mengandungi maklumat mengenai prognosis masa pemandu dan sejarah pencerobohan. Mengklik pada ikon pencerobohan akan membuka paparan pengurusan pencerobohan secara automatik, yang ditapis berdasarkan jenis pencerobohan terpilih.

Anda juga boleh menunjukkan/menyembunyikan lajur dalam paparan jadual. Untuk memilih lajur untuk

ditunjukkan/disembunyikan, klik pada ikon Tetapan lajur aktiviti pemandu

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 58 -

Page 59: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Penyenaraian

Anda boleh membuat senarai menurut penyenaraian yang dipratakrif atau pemilihan tersuai anda.

Sesi pemanduan semasa

Tempoh masa ‘terapung’ yang tidak berdasarkan selang kalendar, tetapi berdasarkan analisis aktiviti pemandu yang dilog menurut perundangan peraturan memandu EU. Ia membentangkan maklumat dalam tempah masa yang bergantung pada analisis aktiviti pemandu individu. Tujuan pilihan ini adalah untuk menyusuli aktiviti pemandu semasa kerana ia berubah sambil ia berlaku. Ia memberi pengguna wawasan yang jelas tentang ketersediaan semua pemandu pada ketika itu juga.

Sesi pemanduan terdahulu

Tempoh masa "terapung" yang tidak berdasarkan selang kalendar, tetapi berdasarkan analisis aktiviti pemandu yang dilog menurut perundangan peraturan memandu EU. Tempoh masa ini menyenaraikan data bagi sesi pemanduan kedua terakhir bagi setiap pemandu. Dengan data sejarah ini, pengguna dibantu untuk meramal ketersediaan jangka panjang pemandu.

Hari Ini

Memaparkan data pemandu bagi tempoh 24 jam semasa bermula pada jam 00.00 dan berakhir pada 23:59.

Minggu ini

Memaparkan data pemandu dalam minggu semasa. Sesuatu minggu bermula pada hari Isnin jam 00.00 dan berakhir pada hari Ahad 24.00.

Dua minggu yang lalu

Memaparkan data pemandu dalam selang dua minggu (minggu sebelum minggu semasa dan minggu semasa).

Bulan ini

Memaparkan data pemandu bagi bulan semasa.

Takrifan tersuai

Memaparkan data pemandu dalam tempoh masa yang dipilih oleh pengguna.

Ikon & simbol

Ikon Huraian Sesi pemanduan semasa

Sesi pemanduan terdahulu

Hari Ini

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 59 -

Page 60: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Minggu ini

Dua minggu yang lalu

Bulan ini

Takrifan tersuai

Eksport MDTP

Tunjukkan status konfigurasi aktiviti Pemandu

Penunjuk amaran.

Masa memandu.

Pemanduan minggu ini

Pemanduan dua minggu yang lalu

Masa bekerja.

Masa melahu.

Ringkasan masa yang berlalu.

Masa rehat.

Huraian kemungkinan pencerobohan seterusnya

Masa kemungkinan pencerobohan seterusnya

Masa rehat /rehat seterusnya.

Sertakan aktiviti terakhir dalam eksport MDTP

Anda juga boleh mengeksport data pemandu dalam tab aktiviti Pemandu dengan eksport MDTP. Sistem penerima, Solid, cuma menyimpan aktiviti yang telah selesai. Walau bagaimanapun, aktiviti terakhir hampir sentiasa tidak selesai, menyebabkan aktiviti terakhir yang sedang berjalan dibuang. Eksport MDTP menambah aktiviti belum selesai tambahan supaya aktiviti "sebenar" terakhir akan berjaya direkod.

WTD - Arahan Waktu Kerja

Ciri ini tidak disediakan di sesetengah pasaran.

Arahan waktu kerja memperkenalkan had pada masa kerja mingguan, jumlah kerja yang boleh dilakukan pada waktu malam, dan jumlah kerja yang boleh dilakukan sebelum berehat.

Peraturan berikut dilaksanakan dalam Dynafleet Online.

- Pemandu tidak boleh bekerja lebih daripada purata 48 jam seminggu dalam sesuatu tempoh.

- Pemandu tidak boleh bekerja lebih daripada 60 jam dalam satu minggu tunggal.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 60 -

Page 61: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

- Pemandu tidak boleh bekerja lebih daripada 10 jam dalam mana-mana tempoh 24 jam, jika kerja dilakukan pada waktu malam. Had ini mungkin ditukar dalam paparan tetapan peraturan masa kerja.

- Pemandu memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit rehat jika bekerja antara 6 hingga 9 jam dalam mana-mana tempoh 24 jam.

- Pemandu memerlukan sekurang-kurangnya rehat 45 minit jika bekerja lebih daripada 9 jam dalam mana-mana tempoh 24 jam.

Rehat seharusnya lebih daripada 15 minit untuk dikira sebagai rehat.

Tempoh boleh jadi sama ada tempoh menggulung, atau tempoh tetap. Tempoh ini dikonfigurasi dalam paparan tetapan peraturan masa kerja.

Pengiraan waktu kerja adalah berdasarkan aktiviti pemandu dengan kemungkinan untuk mengatasi aktiviti-aktiviti ini dengan aktiviti yang ditambah secara manual.

Aktiviti pemandu yang sedia ada adalah: Memandu, Bekerja, Menunggu, Berehat dan Tidak Dilog Masuk. Tidak Dilog Masuk disifatkan sebagai Berehat apabila mengira masa kerja mingguan. Memandu dan Bekerja disifatkan sebagai Bekerja. Aktiviti Menunggu dipanggil Ketersediaan apabila mengubah suai sesuatu aktiviti.

Paparan Arahan Waktu Kerja

Paparan arahan waktu kerja diakses daripada tab aktiviti pemandu dengan memilih ikon tukul bersilang,

.

Pengepala paparan arahan waktu kerja kelihatan agak berbeza berbanding tetapan jenis tempoh. Flit dengan tempoh tetap mempunyai paparan dengan tempoh yang tersedia dalam kotak juntai bawah. Flit dengan tempoh menggulung mempunyai paparan dengan panjang tempoh dipaparkan dalam pengepala.

Pemandu ditambah kepada paparan dengan memilih pemandu dalam paparan sumber dan menekan ikon

.

Lajur HuraianPemandu Lajur pemandu menunjukkan nama pemandu.Kenderaan semasa

Lajur ini menunjukkan kenderaan yang sedang digunakan oleh pemandu.

Lajur 24 terkini menunjukkan jumlah kerja yang dilaksanakan hari ini bermula jam 00:00.

Lajur kerja malam menunjukkan jumlah kerja dalam tempoh 24 jam terakhir yang dikira dari masa semasa, jika kerja telah dilaksanakan sepanjang tempoh malam.

Semasa Lajur minggu semasa mengandungi bilangan jam bekerja bagi minggu semasa setakat ini, bermula pada hari Isnin jam 00:00.

Purata Lajur purata menunjukkan waktu kerja purata dalam tempoh berkenaan. Minggu semasa dan sebarang minggu yang selebihnya tidak disertakan dalam pengiraan.

Yang Tinggal

Lajur yang selebihnya menunjukkan jam bekerja maksimum dalam seminggu bagi minggu yang selebihnya dalam tempoh berkenaan termasuk

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 61 -

Page 62: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

minggu semasa. Nilai ini dihadkan oleh peraturan 48 jam purata kerja seminggu dan peraturan 60 jam kerja maksimum seminggu. Ambil perhatian bahawa jam kerja dalam minggu semasa tidak disertakan dalam pengiraan ini.

Jika tempoh menggulung dipilih, lajur yang selebihnya menunjukkan berapa jam pemandu boleh kerja minggu ini bermula pada hari Isnin, jam 00:00. Jika tempoh tetap dipilih, lajur yang selebihnya menunjukkan berapa jam pemandu boleh kerja secara purata setiap minggu bermula pada hari Isnin, jam 00:00 pada minggu ini sehingga akhir tempoh.

Lajur memaparkan ‘-‘ jika lajur tidak berkenaan. Ia memaparkan 0 jika tidak terdapat data.

Nilai dalam lajur diserlahkan jika pelanggaran peraturan dikesan.

- Lajur minggu semasa diserlahkan jika pemandu telah bekerja lebih daripada 60 jam pada minggu ini.

- Lajur purata akan diserlahkan jika pemandu telah bekerja lebih daripada 48 jam secara purata sepanjang tempoh tidak termasuk minggu semasa atau yang berikutnya.

- Lajur kerja malam akan diserlahkan jika pemandu telah bekerja lebih daripada jam kerja malam yang dibenarkan sepanjang 24 jam yang lalu dan kerja malam telah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

- Lajur 24 jam terkini akan diserlahkan jika pemandu telah melanggar peraturan rehat & waktu rehat hari ini, iaitu selepas jam 00:00.

Butang muat semula

Butang muat semula akan didayakan apabila aktiviti pemandu baharu tersedia bagi pemandu terpilih tanpa mengira selang masa yang dipilih.

Mengubah Suai Aktiviti

Anda boleh mengubah suai aktiviti yang digunakan bagi pengiraan dengan menambah aktiviti dan mengatasi aktiviti yang sedia ada. Aktiviti yang diubah suai hanya mempengaruhi paparan dan laporan arahan waktu kerja. Aktiviti diubah suai dengan mengubah suai dialog aktiviti yang diakses melalui ikon

dalam paparan arahan waktu kerja.

Dialog ini menunjukkan aktiviti bagi pemandu tunggal pada hari terpilih. Memilih pemandu lain daripada kotak juntai bawah pemandu, mengemas kini dialog untuk menunjukkan aktiviti pemandu yang baharu. Anda hanya boleh memilih pemandu yang ditambah kepada paparan arahan waktu kerja.

Tukar hari dengan memilih tarikh daripada pemilih tarikh dalam senarai aktiviti, atau guna butang sebelumnya/seterusnya. Senarai aktiviti ini menunjukkan aktiviti bagi hari berkenaan yang dipilih. Aktiviti dengan masa mula atau akhir di luar tarikh yang dipilih boleh ditunjukkan jika tempoh aktiviti meliputi hari yang dipilih tersebut.

Ubah suai aktiviti dengan memilih tarikh dan masa mula/akhir serta jenis aktiviti dan tekan butang simpan. Pilih aktiviti yang sedia ada untuk mengisi tarikh & masa mula/akhir serta jenis aktiviti berkenaan. Pilih aktiviti sementara menekan dan menahan kekunci control untuk mengisi masa akhir sahaja.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 62 -

Page 63: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Ambil perhatian bahawa anda tidak boleh mengubah suai aktiviti melainkan data telah dimuat turun dan terdapat dalam sistem dengan masih akhir lebih lewat daripada masa akhir aktiviti yang diubah suai.

Memulihkan Aktiviti

Aktiviti yang diubah suai boleh dikeluarkan, dengan itu memulihkan aktiviti pemandu yang dimuat turun.

Tekan dalam paparan arahan waktu kerja untuk mengakses dialog pulihkan data asal. Dialog ini hampir sama dengan dialog ubah suai aktiviti dan pemilihan tarikh dan masa mula/akhir berfungsi dalam cara yang sama.

Setelah masa mula dan akhir dipilih, tekan butang pulihkan untuk memulihkan aktiviti bagi tempoh yang dipilih. Ambil perhatian bahawa anda boleh memulihkan sebahagian daripada aktiviti yang telah diubah suai. Ini akan menghasilkan penyelarasan masa mula dan akhir bagi aktiviti yang diubah suai.

Prioriti Data

Aktiviti yang digunakan bagi pengiraan peraturan masa kerja adalah aktiviti yang diterima daripada kad pemandu, dan aktiviti yang ditambah secara manual melalui dialog ubah suai aktiviti.

Aktiviti yang diubah suai yang sudah dimasukkan secara manual boleh diganti tulis oleh data baharu yang diterima. Ini berlaku jika aktiviti baharu diterima daripada kad pemandu dan prioritinya lebih tinggi, melainkan jenis aktiviti data baharu tersebut tidak diketahui atau ’tidak dilog masuk’.

Prioriti bagi sumber data berbeza adalah:

Asal data PrioritiMuat turun data kad pemandu

1

Muat turun data pemandu manual daripada paparan aktiviti Pemandu

2

Data kad pemandu yang didapatkan kembali melalui Penjejakan

3

Ini bererti memastikan data pemandu telah dimuat turun adalah idea yang baik. Sekiranya tidak, muat turun data hendaklah dilakukan dengan menggunakan pembaca kad pintar atau kefungsian muat turun data pemandu manual daripada pengurusan data log sebelum sebarang aktiviti yang diubah suai ditambah.

Amaran masa pemandu

Histogram pencerobohan

Paparan histogram pencerobohan menampilkan maklumat pencerobohan secara grafik bagi semua pemandu yang diperuntukkan kepada anda. Terdapat tiga status pencerobohan: Diperakui, Tidak diperakui dan Masuk. Terdapat juga jenis pencerobohan berbeza, dengan menekan dan menahan tetikus di atas bar anda akan melihat huraian jenis pencerobohan ini. Anda juga boleh menukar julat masa histogram dengan memilih satu daripada pilihan dalam bar alat. Mengklik pada bar histogram akan beralih

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 63 -

Page 64: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

ke paparan pengurusan pencerobohan secara automatik, yang ditapis berdasarkan jenis pencerobohan terpilih.

Pengurusan pencerobohan

Paparan pengurusan pencerobohan menampilkan maklumat pencerobohan terperinci dengan pilihan untuk memperakui pencerobohan dan, pada masa yang sama, menghantar mesej kepada pemandu / kenderaan. Terdapat pilihan untuk mengisih/mengumpulkan hasil daripada lajur yang berbeza. Anda boleh mengakui lebih daripada satu pencerobohan secara serentak.

Muat turun Takograf

Gambaran keseluruhan - Status muat turun takograf

Dalam gambaran keseluruhan, dua carta pai menunjukkan statistik muat turun semasa untuk:

l Data memori Takograf l Data kad pemandu

Legenda dinamik dipaparkan bersebelahan carta tersebut dan ini dipaut dengan tab Data memori takograf dan Data kad pemandu.

Carta memori takograf

Carta pai menunjukkan status muat turun data untuk semua kenderaan dengan muat turun memori takograf didayai yang diperuntukkan kepada pengguna flit yang log masuk. Nombor dalam carta menunjukkan bilangan kenderaan yang berkenaan. Bahagian merah dan jingga carta boleh diklik. Mengklik sebarang bahagian ini membuka pandangan Data memori takograf.

Penerangan legenda adalah seperti berikut:

l Hijau: Muat turun data yang berjaya telah dilakukan dalam masa 80 hari terakhir. l Jingga: Kurang daripada 10 hari yang tinggal sebelum muat turun data mesti dijalankan. l Merah: Lebih daripada 90 hari telah berlalu sejak muat turun data terakhir yang berjaya dilakukan.

Untuk melihat maklumat tambahan, gerak-gerakkan tetikus di atas carta tersebut. Maklumat tambahan mengandungi penerangan yang serupa dengan maklumat legenda dan bilangan kenderaan yang berkenaan dalam nilai angka dan relatif.

Carta kad pemandu

Carta menunjukkan status muat turun data untuk semua pemandu yang diperuntukkan kepada pengguna flit yang log masuk. Nombor dalam carta menunjukkan bilangan pemandu yang berkenaan. Bahagian merah dan jingga carta boleh diklik. Klik sebarang bahagian ini untuk mengakses tab Data kad pemandu.

Penerangan legenda adalah seperti berikut:

l Hijau: Muat turun data yang berjaya telah dilakukan dalam masa 18 hari terakhir. l Jingga: Kurang daripada 10 hari yang tinggal sebelum muat turun data mesti dijalankan. l Merah: Lebih daripada 28 hari telah berlalu sejak muat turun terakhir yang berjaya dilakukan.

Untuk melihat maklumat tambahan, gerak-gerakkan tetikus di atas carta tersebut. Maklumat tambahan mengandungi penerangan yang serupa dengan maklumat legenda dan bilangan pemandu yang berkenaan dalam nilai angka dan relatif.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 64 -

Page 65: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Data kad pemandu

Ciri ini tidak disediakan untuk sesetengah pasaran.

Pandangan Data kad pemandu memaparkan status muat turun data semasa untuk pemandu yang diperuntukkan kepada pengguna flit yang log masuk. Dalam pandangan ini, pengguna flit boleh memuat turun, menyimpan dan mengeksport data kad pemandu. Sebelum ini, data yang dimuat turun disimpan dalam Arkib Fail.

Untuk membuka pandangan Data kad pemandu klik tab Muat Turun Takograf dan kemudian klik tab Data

kad pemandu . Pilih satu atau beberapa pemandu dalam navigator sumber dan tambahkannya kepada pandangan Data kad pemandu dengan menyeret dan meletakkan atau dengan mengklik butang

tambah .

Pandangan Data kad pemandu terdiri daripada lajur yang berikut:

l Nama pemandu: Nama pemandu dalam portal. l Status muat turun: Memaparkan status muat turun, butang Muat Turun jika muat turun dibenarkan

dan ikon maklumat apabila berkenaan. l Hari terkini dengan data yang lengkap: Memaparkan cop masa bagi muat turun terkini dengan

ikon maklumat yang mengandungi maklumat dan pautan kepada fail yang dimuat turun. l Percubaan muat turun: Memaparkan bilangan percubaan muat turun dan ikon maklumat.

Butang segar semula boleh diklik untuk melihat muat turun baharu atau perubahan status bagi pemandu yang dipilih.

Butang Muat Turun tidak dapat dilihat semasa muat turun sedang berjalan atau sekiranya prasyarat muat turun tidak dipenuhi.

Data kad pemandu yang telah dimuat naik oleh pemandu dalam kenderaan juga dipaparkan di sini. Bagi membolehkan pelaksanaan muat naik data pemandu, fungsi Muat naik data pemandu hendaklah diaktifkan untuk flit dan untuk kenderaan tersebut oleh pentadbir flit.

Muat turun data kad pemandu

Data kad pemandu boleh dimuat turun dengan dua cara yang berbeza:

l Melalui muat turun yang dijadualkan. Ini dilakukan oleh pentadbir flit. l Dengan mengklik butang Muat Turun.

Semua data dalam kad pemandu dimuat turun. Sedikit masa mungkin diperlukan sebelum boleh melihat

kemajuan muat turun tersebut. Klik butang segar semula untuk melihat sebarang perubahan. Data yang dimuat turun disimpan selama tempoh maksimum 2 tahun selepas tarikh muat turun (melainkan dipadamkan oleh pengguna flit). Selepas dua tahun, data tersebut dipadamkan secara automatik. Ini juga berkenaan pada data yang dieksport.

Prasyarat muat turun

Sebelum muat turun boleh bermula, prasyarat yang berikut perlu dipenuhi:

l Kad syarikat diperuntukkan kepada kenderaan. l Kad syarikat berada dalam talian. l Kad syarikat sudah bersedia/tersedia (tidak sibuk).

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 65 -

Page 66: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

l Pencucuh kenderaan sedang hidup. l Pemandu mempunyai ID kad tako digital yang ditetapkan dalam portal. l Pemandu log masuk secara digital (tidak menggunakan PIN atau ID Pemandu) l Muat Turun Data Pemandu didayai dalam kenderaan. l Kenderaan tidak digunakan untuk muat turun lain pada masa ini.

Menyimpan fail data kad pemandu sedia ada

Fail data kad pemandu yang sudah pun dimuat turun boleh dibuka atau disimpan. Gerak-gerakkan tetikus anda di atas ikon maklumat dalam lajur Hari terkini dengan data lengkap dan klik pada nama fail.

Mengeksport fail data kad pemandu

Lihat bahagian Eksport fail dalam Arkib fail untuk maklumat mengenai cara mengeksport fail data kad pemandu.

Data memori Takograf

Ciri ini tidak disediakan untuk sesetengah pasaran.

Pandangan Data memori takograf memaparkan status muat turun data semasa untuk semua kenderaan dengan memori takograf didayai yang diperuntukkan kepada pengguna flit yang log masuk. Dalam pandangan ini, pengguna flit boleh memuat turun, menyimpan dan mengeksport data memori takograf. Sebelum ini, data yang dimuat turun disimpan dalam Arkib Fail.

Untuk membuka pandangan Data memori takograf klik tab Muat Turun Takograf dan kemudian klik tab

Data memori takograf . Pilih satu atau beberapa kenderaan dalam navigator sumber dan tambahkannya kepada pandangan Data memori takograf dengan menyeret dan meletakkan atau dengan

mengklik butang tambah .

Pandangan Data memori takograf terdiri daripada lajur yang berikut:

l Nama kenderaan: Nama kenderaan dalam portal. l Status muat turun: Memaparkan status muat turun, butang Muat Turun jika muat turun dibenarkan

dan ikon maklumat apabila berkenaan. l Hari terkini dengan data yang lengkap: Memaparkan cop masa bagi muat turun terkini dengan

ikon maklumat yang mengandungi maklumat dan pautan kepada fail yang dimuat turun. l Percubaan muat turun: Memaparkan bilangan percubaan muat turun dan ikon maklumat.

Butang segar semula boleh diklik untuk melihat muat turun baharu atau perubahan status bagi kenderaan yang dipilih.

Butang Muat Turun tidak dapat dilihat semasa muat turun sedang berjalan atau sekiranya prasyarat muat turun tidak dipenuhi.

Memuat turun data memori takograf

Data memori takograf boleh dimuat turun dengan dua cara yang berbeza:

l Melalui muat turun yang dijadualkan. Ini dilakukan oleh pentadbir flit. l Dengan mengklik butang Muat Turun.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 66 -

Page 67: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Semua data memori takograf dimuat turun. Sedikit masa mungkin diperlukan sebelum boleh melihat

kemajuan muat turun tersebut. Klik butang segar semula untuk melihat sebarang perubahan. Data yang dimuat turun disimpan selama tempoh maksimum 2 tahun selepas tarikh muat turun (melainkan dipadamkan oleh pengguna flit). Selepas dua tahun, data tersebut dipadamkan secara automatik. Ini juga berkenaan pada data yang dieksport.

Prasyarat muat turun

Sebelum muat turun boleh bermula, prasyarat yang berikut perlu dipenuhi:

l Kad syarikat diperuntukkan kepada kenderaan l Kad syarikat berada dalam talian l Kad syarikat sudah bersedia/tersedia (tidak sibuk) l Muat turun memori takograf didayai untuk kenderaan. l Pencucuh kenderaan sedang hidup. l Kenderaan tidak digunakan untuk muat turun lain pada masa ini.

Menyimpan fail data memori takograf

Fail data memori takograf yang sudah pun dimuat turun boleh disimpan dalam cakera setempat. Gerak-gerakkan tetikus anda di atas ikon maklumat dalam lajur Hari terkini dengan data lengkap dan klik pada nama fail.

Mengeksport fail data memori takograf

Lihat bahagian Eksport fail dalam Arkib fail untuk maklumat mengenai cara mengeksport fail data memori takograf.

Data kelajuan

Ciri ini tidak disediakan untuk sesetengah pasaran.

Pandangan Data kelajuanmemaparkan status muat turun data semasa untuk kenderaan yang diperuntukkan kepada pengguna flit yang log masuk. Dalam pandangan ini, pengguna flit boleh memuat turun, menyimpan dan mengeksport data kelajuan. Sebelum ini, data yang dimuat turun disimpan dalam Arkib Fail.

Perhatian: Fi tambahan dikaitkan dengan pemuatan turun fail kelajuan.

Untuk membuka pandangan Data kelajuan klik tab Muat Turun Takograf dan kemudian klik tab Data

kelajuan . Pilih satu atau beberapa kenderaan dalam navigator sumber dan tambahkannya kepada

pandangan Data kelajuan dengan menyeret dan meletakkan atau dengan mengklik butang tambah .

Pandangan Data kelajuan terdiri daripada lajur yang berikut:

l Nama kenderaan: Nama kenderaan dalam portal. l Status muat turun: Memaparkan status muat turun, butang Muat Turun jika muat turun dibenarkan

dan ikon maklumat apabila berkenaan. l Hari terkini dengan data yang lengkap: Memaparkan cop masa bagi muat turun terkini dengan

ikon maklumat yang mengandungi maklumat dan pautan kepada fail yang dimuat turun. l Percubaan muat turun: Memaparkan bilangan percubaan muat turun dan ikon maklumat.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 67 -

Page 68: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Butang segar semula boleh diklik untuk melihat muat turun baharu atau perubahan status bagi kenderaan yang dipilih.

Butang Muat Turun tidak dapat dilihat semasa muat turun sedang berjalan atau sekiranya prasyarat muat turun tidak dipenuhi.

Muat turun data kelajuan

Untuk memuat turun data kelajuan, klik butang Muat Turun.

Data kelajuan kenderaan 24 jam dimuat turun. Sedikit masa mungkin diperlukan sebelum boleh melihat

kemajuan muat turun tersebut. Klik butang segar semula untuk melihat sebarang perubahan. Data yang dimuat turun disimpan selama tempoh maksimum 2 tahun selepas tarikh muat turun (melainkan dipadamkan oleh pengguna flit). Selepas dua tahun, data tersebut dipadamkan secara automatik. Ini juga berkenaan pada data yang dieksport.

Prasyarat muat turun

Sebelum muat turun boleh bermula, prasyarat yang berikut perlu dipenuhi:

l Kad syarikat diperuntukkan kepada kenderaan. l Kad syarikat berada dalam talian. l Kad syarikat sudah bersedia/tersedia (tidak sibuk). l Pencucuh kenderaan sedang hidup. l Kenderaan tidak digunakan untuk muat turun lain pada masa ini.

Menyimpan fail data kelajuan sedia ada

Fail data kelajuan yang sudah pun dimuat turun boleh disimpan dalam cakera setempat. Gerak-gerakkan tetikus anda di atas ikon maklumat dalam lajur Hari terkini dengan data lengkap dan klik pada nama fail.

Mengeksport fail data kelajuan

Lihat bahagian Eksport fail dalam Arkib fail untuk maklumat mengenai cara mengeksport fail data kelajuan.

Arkib fail

Arkib fail memaparkan semua data kad pemandu, data memori takograf dan muat turun data kelajuan yang telah dijalankan untuk flit tersebut. Fail yang dimuat turun boleh dieksport untuk kegunaan laur.

Pengguna flit membuat keputusan fail jenis apa untuk dilihat dengan memilih salah satu daripada butang radio yang berikut:

l Data memori Takograf l Data kad pemandu l Data kelajuan

Carian medan teks boleh digunakan untuk mencari fail berdasarkan kenderaan, pemandu dan nama fail. Tempoh masa juga boleh dipilih dengan menggunakan pemilih masa untuk menunjukkan fail berdasarkan tarikh dimuat turun. Selain itu, arkib fail boleh disusun dengan mengklik setiap tajuk lajur jadual.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 68 -

Page 69: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Lajur arkib fail

Arkib fail terdiri daripada lajur yang berikut:

l Kotak pilihan: Menunjukkan sama ada fail dipilih atau tidak. l Nama kenderaan/Nama pemandu: Nama kenderaan atau pemandu dalam portal. l Tarikh muat turun: Tarikh dan masa bagi muat turun. l Nama fail: Nama fail tersebut. l Tempoh: Data dalam fail yang meliputi tempoh ini. l Dieksport: Menunjukkan sama ada fail telah dieksport atau tidak.

Untuk melihat sebarang muat turun baharu atau perubahan status bagi kenderaan atau pemandu yang

dipilih, klik butang segar semula .

Mengeksport fail daripada arkib fail

Untuk mengeksport fail daripada arkib fail, lakukan perkara berikut sebagai pengguna flit:

1. Pilih satu atau beberapa fail yang dimuat turun menggunakan kotak pilihan dalam lajur jadual pertama. Bilangan fail yang dipilih dipaparkan di bawah butang Eksport Fail yang Dipilih.

2. Pilih format fail menggunakan kotak kombo yang terletak di atas butang Eksport Fail yang Dipilih. Format fail yang diguna pakai ialah EU, Perancis dan Sepanyol.

3. Klik butang Eksport Fail yang Dipilih.

Kad syarikat

Ciri ini tidak disediakan untuk sesetengah pasaran.

Dalam pandangan ini, pengguna flit boleh melihat maklumat mengenai kad syarikat flit tersebut dan sama ada kad syarikat itu berada dalam talian atau luar talian. Untuk mengemudi ke maklumat kad syarikat,

klik tab Muat Turun Takograf dan kemudian klik tab Kad Syarikat . Maklumat mengenai kad dan statusnya – dalam talian atau luar talian - kini dipaparkan.

Untuk melakukan muat turun jarak jauh daripada kenderaan, kad syarikat hendaklah berada dalam talian terlebih dahulu. Untuk memastikan kad syarikat berada dalam talian, pentadbir flit melancarkan aplikasi pembaca kad dan memasukkan kad syarikat dalam pembaca kad yang disambungkan. Untuk membenarkan sebarang muat turun yang dijadualkan berlaku secara automatik, kad syarikat yang diperlukan mesti berada dalam talian. Jika sesuatu muat turun yang dijadualkan bakal berlaku tetapi tidak kad syarikat yang diperlukan tidak dapat diakses, muat turun tidak akan bermula sehingga kad syarikat dimasukkan semula ke dalam pembaca kad.

Aplikasi pembaca kad tersedia dalam aplikasi mula web Java serta sebagai aplikasi Windows kendiri (perkhidmatan Windows). Aplikasi Windows kendiri dipasangkan secara setempat pada komputer dan ini membolehkan penggunaan kad syarikat tanpa melancarkan aplikasi pembaca kad daripada pelayar pada setiap log masuk. Kedua-dua aplikasi bergantung pada Java dan mungkin memerlukan pengemaskinian Java untuk berfungsi.

Pembaca kad tidak bergantung pada aplikasi pengguna Dynafleet. Ini bermakna bahawa sebaik saja pembaca kad telah dimulakan, laman web Dynafleet boleh ditutup.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 69 -

Page 70: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Melancarkan aplikasi pembaca kad dan membuat kad syarikat tersedia dalam talian.

Untuk melancarkan aplikasi pembaca kad (mula web Java) dan membuat kad syarikat tersedia dalam talian, lakukan perkara berikut sebagai pengguna flit:

1. Klik butang Lancarkan aplikasi pembaca Kad . Aplikasi pembaca kad kini bermula. 2. Masukkan kad syarikat ke dalam pembaca kad dan pastikan ia dipaparkan dalam aplikasi pembaca

kad. Kad syarikat kini dalam talian dan boleh digunakan untuk memuat turun data daripada semua kenderaan yang diperuntukkan.

Untuk memasang aplikasi pembaca kad kendiri (perkhidmatan Windows) dan menyediakan kad syarikat dalam talian, lakukan perkara berikut sebagai pengguna flit:

1. Klik butang Muat turun dan pasang aplikasi pembaca Kad . 2. Jika pemasang tidak bermula secara automatik selepas ia dimuat turun, dwiklik pada fail dalam

direktori muat turun. 3. Ikuti wizard pemasangan untuk melengkapkan pemasangan dan but semula Windows. Java versi

1.6 diperlukan untuk memasang aplikasi pembaca kad kendiri. 4. Selepas mengebut semula, tunggu sehingga ikon aplikasi pembaca kad muncul dalam dulang

sistem Windows. 5. Masukkan kad syarikat ke dalam pembaca kad dan buka aplikasi pembaca kad kendiri daripada

dulang sistem Windows. Pastikan kad muncul sebagai bersambung dengan aplikasi pembaca kad. Kad syarikat kini dalam talian dan boleh digunakan untuk memuat turun data daripada semua kenderaan yang diperuntukkan.

Format nama fail

Terdapat tiga format nama fail yang berbeza: Perancis, Sepanyol dan EU. Pemilihan lalai bergantung pada lokasi pelanggan, cth jika pelanggan berada di Perancis, pengguna akan mendapat format Perancis secara lalai. Semua tarikh dan masa dalam nama fail adalah GMT.

Data pemandu

EU

C_<TTTTBBHH>_<JJ24MM>_<Huruf pertama nama pertama>_<Nama keluarga, maksimum 35 aksara>_<Digital tacho card id>.DDD

Huruf pertama nama pertama dan nama keluarga "diterjemahkan" kepada set aksara yang disokong oleh format zip.

Perancis

<kod negara tiga huruf, dilapisi garis bawah><id kad tako digital, 14 aksara><TTBBHHJJ24MM>.C1B

Sepanyol

C_<Id kad tako digital>_<Kod negara tiga huruf>_<TTTTBBHH>_<JJ24MM>.TGD

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 70 -

Page 71: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Data kenderaan

EU

M_<TTTTBBHH>_<JJ24MM>_<Nombor pendaftaran kenderaan>_<VIN>_<Id kad tako digital>.DDD

Perancis

<Kod negara tiga huruf, dilapisi garis bawah><Nombor pendaftaran kenderaan, 13 aksara dilapisi garis bawah><TTBBHHJJ24MM>.V1B

Sepanyol

C_<Nombor pendaftaran kenderaan>_<Kod negara tiga huruf>_<TTTTBBHH>_<JJ24MM>.TGD

Pesanan

Melihat maklumat pesanan

Pesanan memberi arahan dan maklumat mengenai tugas yang perlu dilengkapkan oleh pemandu. Pesanan dibuat dengan menggunakan antara muka pengaturcaraan aplikasi. Apabila sesuatu pesanan telah dibuat, statusnya dan butiran tugas boleh dilihat pada tab Pesanan .

Melihat pesanan pada navigator sumber

Anda mempunyai akses untuk melihat pesanan dalam navigator sumber. Pesanan dikumpulkan mengikut pelanggan Pengangkutan. Pelanggan pengangkutan yang anda mempunyai akses dipaparkan dalam navigator sumber.

1. Klik butang untuk melihat senarai pesanan. 2. Pesanan, jika ada, disenaraikan di bawah pelanggan pengangkutan mengikut nombor pesanan.

Memilih pesanan daripada navigator sumber

Anda boleh memilih pesanan daripada navigator sumber dan menambahnya kepada paparan pesanan

dengan butang anak panah .

Anda boleh memilih dan memaparkan sehingga sepuluh (10) pesanan pada satu masa.

Anda boleh mengeluarkan pesanan daripada paparan pesanan secara individu dengan memilih pesanan

berkenaan dan mengklik anak panah . Anda boleh mengeluarkan semua pesanan yang dipaparkan

daripada paparan pesanan dengan mengklik butang .

Melihat butiran pesanan

Pesanan yang anda telah pilih disediakan dalam paparan pesanan. Bagi setiap pesanan, maklumat berikut dipaparkan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 71 -

Page 72: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

l Nombor pesanan – Pegang tetikus anda di atas nombor pesanan untuk memaparkan petua alat dengan nama keluarga dan pertama pengguna yang diperuntukkan dan nama kenderaan yang diperuntukkan.

l Rujukan pelanggan – Pegang tetikus di atas nombor rujukan pelanggan untuk memaparkan petua alat dengan maklumat pelanggan (nama, waktu urus niaga, nombor telefon, nombor faks, e-mel, nama hubungan, maklumat tambahan).

l Status pesanan – Memaparkan status pesanan semasa. l Jenis aktiviti - Memaparkan item pesanan semasa. Jika tiada aktiviti yang belum selesai, item

pesanan lengkap yang terakhir dipaparkan. l Status tugas – Memaparkan status item pesanan semasa dan terdahulu. l Tarikh-masa – Memaparkan tarikh/masa apabila status tugas semasa telah ditetapkan. l Destinasi – Sebuah ikon memberi pautan untuk mencari destinasi pada peta jika sesebuah

destinasi berhubung kait dengan item pesanan. Pegang tetikus anda di atas ikon cari dalam peta untuk memaparkan petua alat dengan huraian dan jarak POI, dalam garis lurus, dari lokasi semasa kenderaan.

l Lokasi semasa kenderaan – Memaparkan pautan untuk mencari kenderaan pada peta jika kenderaan diperuntukkan dan pesanan belum selesai. Pegang tetikus di atas ikon cari pada peta untuk memaparkan petua alat yang mengandungi nama kenderaan, tarikh dan masa kedudukan tersebut dijana dan alamat – atau jalan raya– di mana kenderaan terletak pada masa kedudukan dijana.

Pesanan yang belum selesai diserlahkan dalam warna kuning sementara pesanan yang selesai diserlahkan dalam warna hijau.

Anda boleh mengembangkan butiran pesanan dengan mengklik pada di sebelah pesanan khusus. Butiran pesanan terdiri daripada maklumat berikut mengenai pesanan:

l Tarikh dari l Tarikh hingga l Jenis aktiviti l Status tugas l Tarikh/masa – Memaparkan masa yang tugas diselesaikan, jika telah diselesaikan, atau kemas kini

terakhir jika tugas belum selesai. Tiada tarikh dipaparkan jika tugas belum dimulakan. l Destinasi

Butiran mengenai borang yang dilampirkan dengan pesanan juga dipaparkan dalam maklumat yang dikembangkan.

Mengisih paparan pesanan

Klik di sebelah tajuk untuk mengisih maklumat pesanan. Anda boleh mengisih mengikut mana-mana satu lajur berikut:

l Nombor pesanan l Rujukan pelanggan l Status pesanan l Tarikh/masa bagi tugas

Memuat semula paparan pesanan

Tidak perlu memuat semula tab pesanan secara manual. Tab pesanan dimuat semula secara automatik apabila data baharu tersedia.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 72 -

Page 73: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Pentadbiran

Pentadbiran

Jika anda melog masuk ke dalam sistem sebagai pentadbir, anda mendapat akses kepada ciri pentadbiran yang antara fungsi lain, seperti, menambah kenderaan baharu dan memperuntukkan pemandu kepada pengguna.

Ciri pentadbiran

Kawasan RingkasanPengguna Anda mula dengan menyediakan pengguna.

Anda boleh membuat, mengubah suai dan memadam pengguna. Di sinilah juga anda memperuntukkan pemandu dan kenderaan kepada pengguna yang berbeza.

Pemandu Membuat dan mengurus pemandu dalam flit anda.

Kenderaan Cipta dan sediakan keutamaan untuk kenderaan anda.

Tetapan kad Cipta dan urus kenderaan dan kad pemandu.

Tetapan Privasi

Tetapan privasi akan membolehkan pentadbir menyahdayakan pengumpulan data pemandu yang diliputi dalam Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) EU. GDPR terpakai kepada semua syarikat yang memproses dan memegang data peribadi bagi subjek data yang menetap di EU, tanpa mengira lokasi syarikat.

Untuk membuka tetapan privasi pemandu, klik butang Urus tetapan privasi .

Maklumat berkaitan:

Kesan Tetapan Privasi

Laman web GDPR EU (buka dalam tab baharu)

Kesan Tetapan Privasi

Kesan tetapan privasi pada pemandu

Kawasan privasi Kesan Penerangan kesan

Data Kenderaan

l Laporan kecekapan bahan api

l Laporan gambaran keseluruhan

l Laporan-laporan ini tidak akan menyertakan maklumat tentang pemandu dengan Data Kenderaan dinyahdayakan.

l Data yang dinyahdayakan akan dipadamkan

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 73 -

Page 74: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

l Laporan ringkasan l Laporan

pengecualian l Laporan Bahan Api

& AdBlue l Laporan perbatuan l Laporan masa l Laporan alam

sekitar l Laporan odometer

daripada pelayan tanpa sebarang kemungkinan untuk diperoleh semula.

l Contohnya, penggunaan bahan api purata akan berdasarkan pada bahan api yang digunakan dan perbatuan yang diliputi oleh pemandu dengan data yang didayakan.

l Laporan odometer menunjukkan perbatuan pada kenderaan daripada sesi pemanduan terakhir dengan data yang didayakan. Data ini mungkin tidak konsisten dengan nilai sebenar dalam trak. Nilai odometer yang betul akan diperoleh apabila pemandu yang mempunyai data yang didayakan melog masuk.

l Untuk mengeluarkan maklumat data kenderaan masa nyata pada paparan peta, data Kedudukan & Amaran juga perlu dinyahdayakan.

Masa Memandu & Rehat

l Laporan aktiviti l Laporan WTD

(Arahan Waktu Kerja)

l Aktiviti pemandu

l Ciri-ciri ini tidak akan menyertakan maklumat tentang pemandu dengan data Masa Memandu & Rehat dinyahdayakan.

l Data yang dinyahdayakan akan dipadamkan daripada pelayan tanpa sebarang kemungkinan untuk diperoleh semula.

l Untuk pemandu dengan data Masa Memandu & Rehat dinyahdayakan, laporan Aktiviti tidak akan menunjukkan masa memandu, masa bekerja, masa rehat yang sebenar, dll.

l Kesan adalah sama untuk Aktiviti pemandu tanpa maklumat aktiviti. Maka, keadaan akan sukar diketahui dalam masa nyata jika terdapat pelanggaran pada laporan WTD (Arahan Masa Kerja). Apabila tiada data, laporan WTD tidak akan konsisten dengan maklumat daripada takograf.

l Muat turun takograf tidak akan terjejas oleh sebarang tetapan privasi.

l Untuk mengeluarkan aktiviti pemanduan masa nyata pada paparan peta, data Kedudukan & Amaran juga perlu dinyahdayakan.

Kedudukan & Amaran

l Laporan penjejakan l Pemesejan

(sebahagian) o Peristiwa

kenderaan o Peristiwa

geopagar l Peta

o Ciri-ciri kenderaan

o Ciri-ciri pemandu

l Laporan penjejakan, semua ciri-ciri berkaitan peta dan sebahagian ciri-ciri pemesejan dan pesanan terjejas apabila data Kedudukan & Amaran dinyahdayakan. Laporan ini tidak akan menyertakan maklumat tentang pemandu dengan data Kedudukan & Amaran dinyahdayakan.

l Data yang dinyahdayakan akan dipadamkan daripada pelayan tanpa sebarang kemungkinan untuk diperoleh semula.

l Hanya sebahagian ciri pemesejan yang terjejas. Maklumat berkaitan kedudukan,

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 74 -

Page 75: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

o Ciri-ciri lokasi

o Ciri-ciri suhu o Sifat-sifat

ETA (Anggaran Masa Ketibaan)

l Pesanan (sebahagian)

o Pautan destinasi menunjukkan kedudukan yang terakhir didayakan

o Lokasi kenderaan tidak dapat dilihat

o ETA tidak dapat dilihat

seperti Peristiwa kenderaan dan Peristiwa geopagar, tidak akan dapat dilihat.

l Apabila pemandu melog keluar, kedudukan semasa dihantar (tanpa ID pemandu) dan garisan lurus muncul antara kedudukan yang terakhir didayakan dengan kedudukan semasa.

l Hanya sebahagian ciri pesanan yang terjejas. Lokasi kenderaan dan ETA tidak akan dapat dilihat dan pautan destinasi akan menunjukkan kedudukan yang terakhir didayakan.

Konfigurasi butiran DTM dan aktiviti Pemandu

Oleh kerana peraturan memandu, pemandu perlu berehat dengan kerap. Dengan menyediakan penggera DTM, amaran DTM dan minit penggera menunggu/bekerja, anda boleh memantau sama ada pemandu memerlukan rehat daripada tempoh memandu atau tidak. Anda juga boleh mengkonfigurasi sama ada boleh memasukkan Butiran aktiviti pemanduke dalam kenderaan atau tidak. Persediaan ini boleh didapati di bawah paparan pentadbiran.

Anda hanya boleh menyediakan amaran DTM bagi kenderaan yang dilengkapi dengan unit Dynafleetsahaja.

1. Klik tab Pentadbiran

2. Klik butang tetapan, , untuk Mengkonfigurasi DTM. 3. Satu senarai semua kenderaan dalam flit semasa dan konfigurasinya akan ditunjukkan. 4. Pilih kenderaan untuk menukar dan klik butang konfigurasi. 5. Tetingkap timbul dengan beberapa pilihan ditunjukkan. 6. Buat pilihan bagi Penggera DTM, Amaran DTM dan Butiran aktiviti pemandu dengan

menanda/menyahtanda kotak. Pilih bilangan minit (atau pilih Mati) bagi Penggera menunggu/kerja. 7. Klik Hantar. Tetapan ini akan hantar kepada kenderaan terpilih.

Membuat pemandu

Tujuan fungsi ini adalah untuk membolehkan anda, sebagai pentadbir untuk menambah pemandu baharu ke dalam sistem. Anda menyediakan maklumat mengenai pemandu. Selepas itu pemandu boleh diubah suai atau dipadam.

Selepas anda membuat pemandu, anda perlu memperuntukkan pemandu kepada pengguna.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 75 -

Page 76: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik untuk membuat pemandu baharu. 3. Masukkan maklumat berhubung pemandu dan klik selesai.

Anda ada kemungkinan untuk keluar daripada proses tersebut pada bila-bila masa dengan mengklik Batal dan tiada data akan disimpan dalam sistem ini.

Selepas anda membuat pemandu, anda perlu memperuntukkan pemandu kepada pengguna.

Membuat pengguna

Menambah pengguna

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik untuk mula menambah pengguna baharu. 3. Masukkan maklumat yang betul bagi pengguna. 4. Pilih jenis pengguna yang anda mahu buat. 5. Klik Simpan.

Apabila menambah pengguna pembeli pengangkutan, anda hendaklah membuat sekurang-kurangnya dua pilihan:

l Dengan kenderaan yang diperuntukkan – mengehadkan akses kepada kenderaan yang diperuntukkan kepada pengguna sepanjang rangka masa yang diberi.

l Pelanggan terpilih – mengehadkan akses kepada pesanan yang berkaitan dengan pelanggan terpilih. Hanya satu pelanggan boleh dipilih.

Salin tetapan pengguna

Anda boleh menyalin tetapan pengguna daripada pengguna sedia ada kepada pengguna baharu. Pilih pengguna sedia ada daripada kotak kombo Salin tetapan pengguna daripada dan pilih Salin.

Tetapan berikut disalin:

l Kenderaan dan pemandu yang diperuntukkan l Bahasa l Sistem ukuran l Pilihan memajukan mesej l Huraian pengguna l Peranan pengguna

Peranan pengguna

Dalam Dynafleet terdapat empat (4) peranan yang berbeza yang boleh dibuat oleh pentadbir apabila menyediakan pengguna baharu.

Pentadbir flit

Pentadbir Flit mengendalikan pengguna, kenderaan dan pemandu. Dia pentadbir yang membuat objek baharu untuk dikendalikan.

Pentadbir mengendalikan tugas berikut:

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 76 -

Page 77: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

l Pengurusan pengguna. l Pengurusan kad. l Penyediaan pemandu dan kenderaan. l Pentadbiran berita.

Pengguna flit

Pengguna flit mengendalikan pemandu dan kenderaan yang diperuntukkan bagi pengguna khusus yang berkaitan.

Pengguna flit mengendalikan tugas berikut:

l Membuat laporan l Menyediakan amaran DTM. l Menjejaki kenderaan pada peta. l Berkomunikasi dengan penghantar dan kenderaan.

Pengguna API

Pengguna API mempunyai akses kepada maklumat flit melalui antara muka pengaturcaraan aplikasi. Pengguna API hanya boleh dibuat jika ciri API didayakan bagi flit.

Pengguna pembeli pengangkutan

Pembeli pengangkutan biasanya pelanggan yang telah mengekalkan perkhidmatan satu atau lebih kenderaan milik flit. Pengguna pembeli pengangkutan mempunyai akses sementara kepada bahagian terhad ciri portal untuk melihat kenderaan pada peta dan maklumat pesanan. Untuk membuat pengguna pembeli pengangkutan, profil pembeli pengangkutan hendaklah didayakan pada flit. Pengangkutan. Flit juga perlu mendayakan ciri API untuk membuat pelanggan pembeli pengangkutan.

Memperuntukkan pemandu dan kenderaan kepada pengguna

Pengguna boleh bekerja dengan berbilang pemandu dan kenderaan Pertama anda hendaklah memperuntukkannya kepada pengguna. Terdapat tiga cara berbeza untuk memperuntukkan pemandu dan kenderaan:

l Klik kanan pada pengguna dan pilih Peruntukkan dalam menu konteks. Tambah pemandu dan kenderaan, pilih Simpan untuk menyimpan peruntukan.

l Klik tab Pentadbiran dan klik untuk mengedit dalam bahagian Peruntukkan pemandu dan kenderaan. Tambah pemandu dan kenderaan, dan klik Simpan untuk menyimpan peruntukan.

l Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran. Klik untuk mengedit pengguna

sedia ada. Pilih pengguna daripada Paparan sumber dan klik . Pilih objek(-objek) yang anda mahu peruntukkan, dan klik butang Simpan untuk menyimpan peruntukan.

Memperuntukkan kenderaan kepada pengguna pengangkutan

Jika profil pembeli pengangkutan didayakan pada flit, dan jika pengguna pembeli pengangkutan wujud, anda boleh memperuntukkan kenderaan kepada pengguna. Pengguna pembeli pengangkutan mempunyai had akses kepada kenderaan yang diperuntukkan. Anda tidak boleh memperuntukkan pemandu kepada pengguna pembeli pengangkutan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 77 -

Page 78: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Setelah anda memilih kenderaan yang pembeli pengangkutan mungkin ada akses kepadanya, anda hendaklah memilih rangka masa yang maklumat kenderaan perlu disediakan kepada pengguna. Anda boleh memperuntukkan rangka masa yang sama kepada berbilang kenderaan atau menetapkan rangka masa individu bagi setiap kenderaan. Rangka masa ini mungkin mengandungi tarikh masa lalu dan masa depan.

Terdapat tiga cara berbeza untuk memperuntukkan pemandu dan kenderaan:

l Klik kanan pada pengguna dan pilih Peruntukkan dalam menu konteks. l Pilih kenderaan dan tekan Tukar Tarikh untuk memilih tarikh daripada kalendar. Tarikh ini

mewakili tarikh terakhir data kenderaan akan boleh dilihat oleh pengguna. Klik Ok untuk menyimpan dan menutup kalendar.

l Klik Simpan.

l Klik tab Pentadbiran dan klik untuk mengedit dalam bahagian Peruntukkan pemandu dan kenderaan. Pilih kenderaan,

l Tekan Tukar Tarikh untuk memilih tarikh daripada kalendar. Tarikh ini mewakili tarikh terakhir data kenderaan akan boleh dilihat oleh pengguna. Klik Ok untuk menyimpan dan menutup kalendar.

l Klik Simpan.

l Klik tab Pentadbiran dan klik untuk mengedit pengguna sedia ada. Pilih pengguna daripada

Paparan sumber dan klik . l Pilih kenderaan dan tekan Tukar Tarikh untuk memilih tarikh daripada kalendar. Tarikh ini

mewakili tarikh terakhir data kenderaan akan boleh dilihat oleh pengguna. Klik Ok untuk menyimpan dan menutup kalendar.

l Klik Simpan.

Jika perlu, anda boleh menggunakan butang untuk mengeluarkan kenderaan daripada senarai Kenderaan Yang Diperuntukkan. Kenderaan yang dikeluarkan daripada senarai Kenderaan Yang Diperuntukkan tidak akan tersedia kepada pengguna pembeli pengangkutan.

Menyahuntuk pemandu dan kenderaan daripada pengguna

Jika pemandu keluar atau anda atas sebarang sebab lain perlu mengeluarkan pemandu daripada pengguna anda boleh menyahuntukkan pemandu tersebut.

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik untuk mengedit pengguna.

3. Pilih pengguna daripada senarai juntai bawah dan klik .

4. Pilih objek daripada senarai dan klik . 5. Klik Simpan untuk mengemas kini sistem.

Mencipta kenderaan

Pentadbir boleh mencipta kenderaan baharu dan menukar kenderaan sedia ada dengan menggunakan fungsi pendaftaran Kenderaan. Semua butiran mengenai kenderaan dan Dynafleet unit didaftarkan

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 78 -

Page 79: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

apabila membuat kenderaan.

Buat kenderaan baharu dengan mengikuti langkah-langkah ini:

Langkah 1

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik untuk mula menambah kenderaan baharu dalam sistem. 3. Masukkan maklumat yang betul bagi nama paparan dan VIN. 4. Klik seterusnya.

Sistem akan cuba memuat turun maklumat mengenai kenderaan daripada pangkalan pusat. Jika maklumat berjaya ditemui, ini akan dibentangkan dalam langkah 2. Sekiranya tidak mesej ralat akan dipaparkan dan kenderaan tidak boleh dibuat.

Langkah 2

Semak maklumat yang dimuat turun dan isi medan yang diperlukan, nombor telefon, dan alias e-mel.

Medan yang selebihnya adalah pilihan tetapi perlu diisi jika boleh.

Medan Profil kenderaan menentukan cara markah pemandu dikira dalam aplikasi mudah alih. Lihat Panduan profil kenderaan untuk maklumat lanjut tentang profil kenderaan.

Langkah 3

1. Masukkan maklumat untuk tetapan kenderaan. Anda boleh menggunakan nilai lalai, ubah suainya atau pilih templat. Lihat Tetapan kenderaan. Anda boleh menyalin tetapan perkhidmatan daripada kenderaan lain.

2. Klik seterusnya.

Langkah 4

Di peringkat ini anda perlu membaca dan menerima perjanjian lesen. Perjanjian lesen memberi maklumat berhubung perjanjian harga dan pengguna.

Anda boleh keluar daripada pendaftaran pada bila-bila masa dengan mengklik batal. Maklumat ini tidak akan disimpan.

Persediaan awal

Fungsi Persediaan awal digunakan untuk menyediakan komunikasi dengan peranti. Apabila mengklik papar, satu halaman ditunjukkan dengan kenderaan terpilih dan status hantar semasanya bagi persediaan awal ini. Pilih kenderaan yang memerlukan persediaan awal dan klik hantar. Mesej dihantar kepada peranti dengan arahan mengenai nombor telefon dan alamat yang perlu digunakan. Klik muat semulauntuk mengemas kini paparan.

Uruskan perkhidmatan

Ini berfungsi dengan cara yang sama seperti persediaan awal tetapi digunakan bagi pengurusan perkhidmatan. Perkhidmatan sebenar yang dihantar kepada setiap kenderaan bergantung pada pakej perkhidmatan mana yang kenderaan berkenaan ada. Ini diperlukan untuk menyediakan unit kenderaan bagi fungsi yang berbeza di Dynafleet Online.

Panduan profil kenderaan

Gunakan jadual ini sebagai rujukan semasa memilih profil:

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 79 -

Page 80: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Nama profil Umum Gabungan dan operasi kenderaan biasa

Konfigurasi gandar yang paling sah

Pembinaan kasar Di atas-/di luar-jalan. Trak jongket/kerja jalan dll.

Boleh menjadi profil yang sesuai untuk trak semasa operasi PTO menjadi sebahagian daripada operasi, seperti operasi kren dan kayu.

Traktor dan separuh treler, trak jongket atau trak tegar dengan atau tanpa treler.

4x4, 6x2, 8x2, 6x4, 8x4

Pembinaan sangat kasar

Terutamanya di luar jalan. Perlombongan dan pembinaan yang lasak.

Traktor dan separuh treler, trak pembuang atau trak tegar dengan atau tanpa treler.

4x4, 6x4 dan konfigurasi gandar pelbagai pemacu lain

Pengedaran kasar Trak tegar atau gabungan traktor/treler dalam operasi tempatan dan pemuatan naik dan turun yang kerap dan/atau mula/berhenti memandu.

Trak tegar atau traktor dan treler (bandar).

4x2, 6x2

Pengedaran lancar

Trak tegar atau gabungan traktor/treler dalam operasi tempatan/serantau.

Trak tegar atau traktor dan treler.

4x2, 6x2

Jarak jauh 3 Jarak antara wilayah atau jarak jauh dituntut, dalam keadaan apabila Jarak jauh kasar tidak boleh digunakan. Boleh juga disesuaikan pada operasi yang mempunyai elemen pembinaan.

Traktor dan separuh treler atau trak tegar dengan atau tanpa treler batang tarik dengan berat sah sehingga 76 tan.

4x2, 6x2, 8x2, 6x4, 8x4

Jarak jauh 4 Jarak antara wilayah atau jarak jauh dituntut, dalam keadaan apabila Jarak jauh kasar tidak boleh digunakan. Boleh juga disesuaikan pada operasi yang mempunyai elemen pembinaan.

Diperuntukkan untuk keadaan licin, apabila penggunaan kawalan jelajah tidak disyorkan.

Traktor dan separuh treler atau trak tegar dengan atau tanpa treler batang tarik dengan berat sah sehingga 76 tan.

4x2, 6x2, 8x2, 6x4, 8x4

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 80 -

Page 81: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Jarak jauh 5 Operasi jarak jauh dalam keadaan lancar kebanyakannya dalam traktor 4x2, dalam keadaan apabila Jarak jauh lancar tidak boleh digunakan.

Diperuntukkan untuk menilai pemandu terlatih. Fokus pada luncuran, melebihi rpm ekonomi dan parameter laju lampau flit.

Traktor dan separuh treler atau trak tegar dengan atau tanpa treler batang tarik dengan berat sah sehingga 60 tan.

4x2, 6x2

Jarak jauh 6 Operasi jarak jauh dalam keadaan lancar kebanyakannya dalam traktor 4x2, dalam keadaan apabila Jarak jauh lancar tidak boleh digunakan.

Diperuntukkan untuk menilai pemandu terlatih. Fokus pada luncuran, melahu, menggunakan rpm enjin ekonomi dan parameter beban enjin.

Traktor dan separuh treler atau trak tegar dengan atau tanpa treler batang tarik dengan berat sah sehingga 60 tan.

4x2, 6x2

Jarak jauh berat Jarak antara wilayah atau jarak jauh dituntut dan/atau pengangkutan berat pada GCW lebih daripada 50 tan, dikendalikan di jalan yang permukaan jalan, kelebaran jalan, lengkung dan bukit mengehadkan kelajuan purata kenderaan ke tahap yang agak tinggi.

Fokus pada rpm ekonomi atas dan parameter beban enjin. Kurang fokus pada penggunaan kawalan jelajah.

Kebanyakannya trak tegar dengan treler batang tarik, atau gabungan pengangkutan berat.

6x2, 8x2, 6x4, 8x4

Jarak jauh kasar Jarak antara wilayah atau jarak jauh dituntut dikendalikan di atas jalan apabila keadaan jalan, lengkung dan bukit mengehadkan kelajuan purata kenderaan ke tahap tertentu.

Traktor dan separuh treler atau trak tegar dengan atau tanpa treler batang tarik dengan berat sah sehingga 76 tan.

4x2, 6x2, 8x2, 6x4, 8x4

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 81 -

Page 82: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Jarak jauh lancar Jarak antara wilayah atau jarak jauh dituntut dikendalikan di atas jalan yang baik dan kebanyakannya rata, apabila lengkung dan bukit yang kecil mengehadkan kelajuan purata kenderaan.

Traktor dan separuh treler atau trak tegar dengan atau tanpa treler batang tarik dengan berat sah sehingga 60 tan.

4x2, 6x2

Profil jarak jauh 3, 4, 5, 6, dan Berat, tidak boleh diperuntukkan secara automatik sebagai profil lalai pada kenderaan baharu. Ia perlu ditetapkan secara manual oleh Pentadbir Flit / Penasihat Bahan Api pada kenderaan yang telah diaktifkan di Dynafleet.

Tetapan kenderaan

Tajuk medan

Jenis papan kekunci: Tataletak bahasa papan kekunci.

Bahasa lalai: Bahasa yang akan digunakan apabila tiada pemandu melog masuk.

Tetapan bagi kenderaan dengan antara muka FMS atau Datamax

Had kelajuan atas (km/j): Had kelajuan atas (km/j).

Tetapan bagi kenderaan dengan antara muka FMS (tidak berkenaan bagi Volvos with Datamax)

Had ekonomi bawah (rpm): Had bawah (putaran/min) bagi pemanduan ekonomi.

Had ekonomi atas (rpm): Had atas (putaran/min) bagi pemanduan ekonomi.

Had beban enjin atas (%): Had beban enjin (berhubung tork) dalam peratus.

Had enjin atas (rpm): Had (putaran/min) bagi lampau ligat enjin.

Tetapan lanjutan

Kontras LCD (%): Kontras paparan LCD.

Lampu latar LCD (%): Keamatan lampu latar paparan LCD.

Masa bersedia (min): Masa maksimum bagi melahu. Berkenaan hanya jika amaran akustik digunakan.

Bilangan pemandu dicache: Bilangan pemandu yang unit Dynafleet ingat tanpa bertanya Dynafleet Online.

Tamat masa log keluar auto (min): Bilangan minit tidak aktif sebelum pemandu dilog keluar secara automatik.

Tamat masa bersih (hari): Bilangan hari pemandu tidak aktif disimpan (dicache) dalam sistem.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 82 -

Page 83: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Gunakan penapis GPS: Apabila kedudukan GPS ditapis. Kadangkala sistem GPS boleh menerima penyenaraian yang beralat. Dengan menanda kotak ini, sistem menapis koordinat ini.

Pengelogan pemanduan takograf digital: Terdapat dua algoritma log pemanduan takograf yang berbeza: Sebarang pemanduan (peranti sehingga 2011) dan aktiviti Terpanjang (peranti dari 2011). Kotak kombo diwarna kelabu bagi kenderaan tanpa takograf.

Pilihan sensor pintu kargo didayakan: Apabila dipilih, pintu Kargo akan mencetus mesej log peristiwa jika pintu kargo dibuka.

Menggunakan templat tetapan kenderaan

Terdapat pilihan untuk menggunakan templat apabila membuat tetapan kenderaan. Terdapat beberapa templat untuk dipilih apabila membuat tetapan baharu.

Lakukan yang berikut untuk memilih templat:

1. Pilih templat daripada senarai. 2. Tukar sebarang nilai yang perlu ditukar. 3. Klik seterusnya atau serah.

Membuat dan mengubah suai templat tetapan kenderaan

Untuk membuat, mengubah suai atau memadamkan templat tetapan kenderaan, navigasi ke halaman buat tetapan kenderaan atau halaman ubah suai tetapan kenderaan. Ambil perhatian bahawa anda tidak boleh mengubah suai atau memadam templat sistem (sama bagi semua flit dalam Dynafleet Online). Templat sistem dibuat oleh Volvo.

Buat

1. Klik pada butang buat untuk menambah templat tetapan kenderaan baharu kepada flit anda. Tetingkap baharu akan ditunjukkan dengan nilai daripada halaman sebelum ini yang telah siap diisi.

2. Isi nilai yang dikehendaki dan klik simpan.

Mengubah Suai

1. Pilih templat flit yang sedia ada.

2. Klik pada butang ubah suai . Tetingkap baharu akan ditunjukkan dengan nilai daripada halaman sebelum ini yang telah siap diisi.

3. Buat perubahan yang dikehendaki dan klik simpan.

Memadam

1. Pilih templat flit yang sedia ada.

2. Klik butang padam . Tetingkap timbul pengesahan yang bertanya sama ada templat ini hendak dipadamkan akan ditunjukkan.

3. Klik OK. Templat akan dipadam secara kekal.

Memadam pemandu

Jika anda log masuk sebagai pentadbir, anda boleh memadamkan pemandu atau kumpulan pemandu.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 83 -

Page 84: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik untuk memadam pemandu.

3. Pilih pemandu atau kumpulan pemandu yang anda mahu padam dan klik . 4. Klik Ya untuk mengesahkan pemadaman, sekiranya tidak klik Tidak.

Memadamkan pengguna

Maklumat pengguna atau beberapa pengguna boleh menjadi usang atau anda mungkin mahu memadamkan pengguna atas sebab-sebab lain.

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik untuk memadamkan pengguna. 3. Pilih pengguna yang anda mahu padam.

4. Klik untuk memadamkan pengguna. 5. Klik Ya untuk mengesahkan pemadaman, sekiranya tidak klik Tidak.

Memadam kenderaan

Jika anda log masuk sebagai pentadbir, anda mempunyai pilihan untuk memadam kenderaan yang sedia ada dalam sistem. Kenderaan yang dipadamkan akan kekal dalam sistem dan ditandakan sebagai "dipadamkan". Anda boleh memadamkan kenderaan daripada Volvo atau buatan lain.

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik .

3. Untuk memadam kenderaan, pilih kenderaan daripada senarai dan klik . 4. Tekan Ya untuk mengesahkan pemadaman.

Kenderaan akan kekal dalam sistem, justeru membolehkan laporan dijana dan data sejarah dilihat.

Anda boleh keluar daripada proses ini pada bila-bila masa dengan mengklik Batal, dan membiarkan kenderaan tanpa diubah.

Sistem ukuran

Untuk melihat data dalam unit yang mereka sudah biasa, pengguna boleh memilih sistem ukuran yang disukai oleh mereka. Terdapat empat sistem untuk dipilih:

Diraja

Ukuran standard diraja (gelen, batu diraja dll).

Kelajuan bsj

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 84 -

Page 85: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Jarak batu

Penggunaan Bsg (batu segelen diraja)

Aliran volumetri gelen/jam diraja

Isi Padu gelen diraja

Berat lbs (paun diraja)

Metrik

Ukuran metrik standard (km, liter dll).

Kelajuan km/j

Jarak km

Penggunaan lit/100 km

Aliran volumetri lit/j

Isi Padu liter

Berat kg

Metrik (BRA)

Ini ialah versi khas sistem metrik utama yang digunakan di pasaran Brazil. Satu-satu perbezaannya daripada sistem metrik biasa ialah penggunaan bahan api, yang ditunjukkan sebagai kilometer/liter.

Kelajuan km/j

Jarak km

Penggunaan km/lit

Aliran volumetri lit/j

Isi Padu liter

Berat kg

Metrik (PER)

Ini ialah versi khas sistem metrik utama yang digunakan di pasaran Peru. Satu-satu perbezaannya daripada sistem metrik biasa ialah gelen AS digunakan untuk isi padu. Ini juga menjejaskan penggunaan bahan api dan aliran volumetri.

Kelajuan km/j

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 85 -

Page 86: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Jarak km

Penggunaan km/gelen AS

Aliran volumetri Gelen AS/j

Isi Padu Gelen AS

Berat kg

Mengubah suai pemandu

Apabila pentadbir flit menambah dan memilih pemandu dalam pandangan Lihat pemandu, maklumat tentang pemandu tersebut ditunjukkan dalam bahagian berikut:

l Maklumat peribadi l Pengesahan l Tetapan pemandu l Maklumat pilihan l Berkaitan kerja l Maklumat pemandu tambahan

Pengesahan

Apabila pemandu log masuk ke kenderaan tersebut, Dynafleet Online boleh memantau maklumat pemandu individu dan menjejaki pemandu mana yang sedang menggunakan kenderaan tersebut. Seterusnya, Dynafleet Online boleh menunjukkan peraturan masa pemandu dan log data khusus kenderaan dan pemandu.

Seorang pemandu boleh log masuk ke kenderaan dengan menggunakan:

l kod PIN Dalam kenderaan yang dilengkapi dengan Alat Pemandu atau Platform Perkhidmatan Pemandu dan papan kekunci, pemandu log masuk menggunakan id log masuk kenderaan manual dan PIN log masuk kenderaan manual mereka. Ini memerlukan pentadbir flit telah memasukkan kod PIN dalam pandangan Ubah suai pemandu dalam Dynafleet Online.

l Takograf digital Pentadbir flit mesti memasukkan id kad tako digital milik pemandu dalam pandangan Ubah suai pemandu untuk mendayakan Dynafleet Online agar menunjukkan maklumat tentang pemandu. Jika id kad dimasukkan dalam pandangan Ubah suai pemandu, pemandu dilog masuk ke Dynafleet Online secara automatik apabila memasukkan kad takograf digital ke dalam takograf.

l ID Pemandu (batang USB dengan fail ID pemandu) Pentadbir flit memuat turun fail .did (ID pemandu), mengandungi data pemandu, ke batang USB

dengan mengklik butang muat turun dalam pandangan Lihat pemandu. Selepas fail dimuat turun, batang USB diserahkan kepada pemandu dan pemandu memasukkan batang USB tersebut ke dalam penyambung kabel USB yang dipasang pada papan pemuka kenderaan. Kabel USB bukan sesuatu yang standard dalam kenderaan dan mesti dipasang terlebih dahulu di bengkel.

Nota: Batang USB mesti, sebelum muat turun fail, diformat dalam sistem fail FAT32 dan tidak mengandungi sebarang maklumat lain. Selain itu, fail .did mesti diletakkan dalam direktori teratas (folder akar) batang USB.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 86 -

Page 87: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Mengubah suai maklumat pemandu

Untuk mengubah suai maklumat pemandu, lakukan yang berikut sebagai pentadbir flit:

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki pandangan Pentadbiran.

2. Klik butang Ubah suai pemandu untuk memasuki pandangan <Lihat pemandu.

3. Pilih pemandu daripada senarai, klik butang Tambah pemandu kepada pilihan dan klik butang

Ubah suai pemandu . 4. Masukkan maklumat baharu atau yang diubah suai tentang pemandu dalam pandangan Ubah suai

pemandu. 5. Klik Simpan untuk menyimpan maklumat baharu atau dikemas kini.

Untuk menghentikan proses pada bila-bila masa, klik Batal. Tiada maklumat yang diubah dalam sistem.

Muat turun fail ID pemandu ke USB

Untuk memuat turun fail ID pemandu ke batang USB, lakukan yang berikut sebagai pentadbir flit:

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki pandangan Pentadbiran.

2. Klik butang Ubah suai pemandu untuk memasuki pandangan <Lihat pemandu.

3. Pilih pemandu daripada senarai dan klik butang Tambah pemandu kepada pilihan . 4. Pastikan batang USB kosong dan diformatkan dalam sistem fail FAT32.

5. Klik butang muat turun dalam bahagian Pengesahan dalam pandangan Lihat pemandu. 6. Simpan fail ke direktori teratas (folder akar) pada batang USB.

Nota: Jika terdapat lebih daripada satu fail pemandu pada batang USB, yang pertama dalam urutan abjad selalu digunakan.

Mengubah suai pengguna

Sebagai pentadbir anda berkemungkinan boleh mengubah suai maklumat mengenai pelanggan tertentu.

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik untuk mengubah suai maklumat pengguna.

3. Pilih pengguna untuk diubah suai dan klik . 4. Masukkan maklumat baharu dan klik Simpan.

Salin tetapan pengguna

Anda boleh menyalin tetapan pengguna daripada pengguna sedia ada. Pilih pengguna sedia ada daripada kotak kombo Salin tetapan pengguna daripada dan pilih Salin.

Tetapan berikut disalin:

l Kenderaan dan pemandu yang diperuntukkan l Bahasa l Sistem ukuran l Pilihan memajukan mesej l Huraian pengguna l Peranan pengguna

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 87 -

Page 88: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Mengubah suai kenderaan

Anda boleh mengubah suai maklumat berhubung kenderaan yang dimasukkan sebelum ini. Kefungsian ini didapati di bawah tab Pentadbiran.

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran.

2. Klik .

3. Pilih kenderaan yang hendak diubah suai dalam paparan sumber dan klik .

4. Pilih kenderaan dalam senarai dan klik butang Ubah suai kenderaan . 5. Ubah suai maklumat dan klik seterusnya. Amaran: Jika anda mengubah suai id peranti dalam

kenderaan (tidak selalu boleh dilakukan), data sejarah mengenai kenderaan tersebut mungkin hilang. Menukar profil kenderaan boleh menghasilkan markah pemandu yang berbeza dalam aplikasi mudah alih.

6. Di peringkat ini anda perlu membaca dan menerima perjanjian lesen. Perjanjian lesen memberi maklumat berhubung perjanjian harga dan pengguna. Klik selesai untuk menyimpan perubahan anda.

Anda boleh keluar daripada proses ini pada bila-bila masa dengan mengklik batal dan tiada perubahan akan disimpan dalam sistem.

Mengurus berhenti sebentar

Paparan Urus berhenti sebentar memberi anda kemungkinan untuk berhenti sebentar dan mengaktifkan kenderaan. Jika kenderaan tidak menggunakan perkhidmatannya yang dilanggan, ia boleh dihentikan sebentar untuk memelihara masa yang selebihnya bagi langganan perkhidmatan prabayar atau untuk menahan langganan perkhidmatan bulanan. Untuk membuka paparan urus berhenti sebentar, pilih satu

atau lebih kenderaan daripada paparan sumber dan klik . Kemudian pilih kenderaan dalam senarai

dan klik butang Urus berhenti sebentar .

Menghentikan kenderaan sebentar dengan langganan bulanan menambah kos satu kali. Kos ini bersamaan dengan fi perkhidmatan satu bulan dan diinvois kepada kenderaan. Menghentikan sebentar kenderaan dengan langganan prabayar mengurangkan tempoh prabayar sebanyak satu bulan.

Perhatian! Untuk memelihara masa prabayar bagi kenderaan dengan langganan prabayar, tempoh henti sebentar ini hendaklah melebihi 60 hari.

Kenderaan:

l boleh memulakan tempoh berhenti sebentar paling banyak sebanyak 2 kali bagi setiap tempoh 365 hari.

l boleh kekal dalam tempoh berhenti sebentar paling banyak selama 6 bulan pada satu-satu masa. l boleh diaktifkan pada bila-bila masa. l diaktifkan secara automatik pada penghujung tempoh berhenti sebentar. l dengan kurang daripada 3 bulan langganan prabayar, masa yang tinggal tidak boleh dihentikan

sebentar.

Jadual berikut menghuraikan lajur berbeza dalam paparan Urus berhenti sebentar.

Lajur Huraian

Nama kenderaan Memaparkan nama kenderaan yang berkenaan dengan langganan.

Status Menyerlahkan status kenderaan Status

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 88 -

Page 89: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

adalah sama ada Aktif atau Berhenti Sebentar. Aktif bermaksud perkhidmatan sedang digunakan, manakala Berhenti Sebentar bermaksud perkhidmatan pada masa ini tidak digunakan oleh kenderaan berkenaan. Apabila kenderaan dihenti sebentar, anda tidak boleh berkomunikasi dengan kenderaan dan kenderaan tidak boleh berkomunikasi dengan Dynafleet Online.

Terakhir dihentikan sebentar oleh

Memaparkan nama pengguna yang melaksanakan berhenti sebentar terkini. Jika kenderaan dihenti sebentar oleh wakil Volvo atau disebabkan oleh langganan prabayar yang telah tamat tempoh, Volvo Trucks dipaparkan.

Tempoh dihentikan sebentar terakhir

Memaparkan tarikh mula dan akhir bagi tempoh berhenti sebentar semasa atau terdahulu.

Berhenti sebentar yang tinggal

Menyenaraikan bilangan kali yang tinggal kenderaan boleh dihentikan sebentar. Kenderaan boleh mula tempoh berhenti sebentar paling banyak 2 kali bagi setiap tempoh 365 hari

Perkhidmatan Menyenaraikan perkhidmatan yang dilanggan oleh kenderaan.

Menghentikan sebentar kenderaan

Untuk menghentikan sebentar kenderaan, lakukan seperti berikut:

1. Pilih kotak semak bagi kenderaan yang anda mahu hentikan sebentar. 2. Pilih butang radio Berhenti Sebentar sehingga dan termasuk dan klik ikon kalendar untuk

membuka kalendar. 3. Pilih tarikh dalam kalendar dan klik butang Serah.

Mengaktifkan kenderaan

Untuk mengaktifkan kenderaan, lakukan seperti berikut:

1. Pilih kotak semak bagi kenderaan yang anda mahu aktifkan. 2. Pilih butang radio Aktifkan. 3. Klik butang Serah.

Muat semula data daripada VDA

Fungsi ini menghubungi pangkalan data pusat untuk melihat jika sebarang maklumat mengenai kenderaan yang dipilih telah ditukar. Jika sebarang perubahan ditemui, maklumat kenderaan dikemas kini secara automatik. Tetingkap akan ditunjukkan dengan hasil kemas kini tersebut.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 89 -

Page 90: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Persediaan awal

Fungsi Persediaan awal digunakan untuk menyediakan komunikasi dengan peranti. Apabila mengklik papar, satu halaman ditunjukkan dengan kenderaan terpilih dan status hantar semasanya bagi persediaan awal ini. Pilih kenderaan yang memerlukan persediaan awal dan klik hantar. Mesej dihantar kepada peranti dengan arahan mengenai nombor telefon dan alamat yang perlu digunakan. Klik muat semula untuk mengemas kini paparan.

Uruskan perkhidmatan

Ini berfungsi dengan cara yang sama seperti persediaan awal tetapi digunakan bagi pengurusan perkhidmatan. Perkhidmatan sebenar yang dihantar kepada setiap kenderaan bergantung pada pakej perkhidmatan mana yang kenderaan berkenaan ada. Ini diperlukan untuk menyediakan unit kenderaan bagi fungsi yang berbeza dalam Dynafleet Online.

Corak penjejakan

Mesej penjejakan dicetuskan oleh pelbagai peristiwa kenderaan atau pemandu, bergantung pada pakej servis kenderaan dan pilihan yang dipilih dalam dialog Konfigurasikan corak untuk kenderaan yang dipilih.

Dialog Konfigurasikan corak untuk kenderaan yang dipilih boleh diakses pada di tab Pentadbiran.

Klik ikon untuk menunjukkan senarai semua kenderaan yang menyokong corak penjejakan.

Pilihan HuraianLumpuhkan penjejakan Jika ditandai, tiada corak penjejakan yang akan dihantar ke

kenderaan.Amaran suhu Jika ditandai, pencetus suhu (status pintu, status nyahfros dan

amaran suhu) akan dihantar. Pilihan ini boleh dibuat untuk Pakej servis penentukedudukan.

Bahan api dan paras AdBlue

Jika ditandai, pencetus Bahan api dan AdBlue (pertukaran paras bahan api, paras AdBlue, paras AdBlue rendah dan pengeluaran ekzos yang tinggi) akan dihantar. Pilihan ini boleh dibuat untuk pakej servis Bahan api dan Persekitaran.

Penentukedudukan+ pencetus

Penentukedudukan berfrekuensi tinggi

Jika ditandai, pencetus Penentukedudukan+ atau Penentukedudukan berfrekuensi tinggi (menjejaki setiap minit) akan dihantar. Pilihan ini boleh dibuat untuk pakej servis Penentukedudukan+ atau Penentukedudukan berfrekuensi tinggi.

Jarak & masa Mencetus peristiwa berulang berdasarkan jarak dan selang masa kenderaan. Untuk pencetus masa dihantar daripada kenderaan, ia mesti telah bergerak sekurang-kurangnya 250 m sejak pencetus masa terakhir. Pilihan ini paling sesuai untuk kenderaan yang boleh menyediakan sensor kelajuan dan nilai odometer. Jika ditandai, kotak pilihan keempat dipaparkan untuk pengguna membuat pilihan pada jarak apa data dihantar.

Masa Mencetus peristiwa berulang berdasarkan selang masa. Pilihan ini paling sesuai untuk kenderaan yang tidak menyediakan sebarang

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 90 -

Page 91: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

sensor kelajuan atau nilai odometer. Jika ditandai, hanya tiga kotak pilihan dipaparkan.

Mulakan pencetus Membenarkan pengguna memilih pada kelajuan apa kenderaan tersebut mula menghantar data.

Hantar data setiap Membenarkan pengguna memilih berapa kerap kenderaan tersebut menghantar data dengan menyatakan selang masa.

Hentikan pencetus Membenarkan pengguna memilih bila, selepas kenderaan tersebut berhenti, ia berhenti menghantar data.

Hantar data setiap Membenarkan pengguna memilih berapa kerap kenderaan tersebut menghantar data dengan menetapkan jarak.

Tetapan Peraturan Waktu Kerja

Paparan tetapan peraturan waktu kerja boleh dicapai dengan memilih tetapan peraturan waktu kerja pada halaman pentadbiran flit. Hanya pentadbir flit sahaja yang boleh melihat halaman ini.

Tetapan peraturan waktu kerja membolehkan pentadbir

- Memilih tempoh menggulung atau tetap.

- Mentakrifkan panjang tempoh menggulung jika jenis tempoh menggulung dipilih.

- Mentakrifkan tempoh tetap jika jenis tempoh tetap dipilih.

- Menukar waktu malam.

- Menukar jam bekerja maksimum yang dibenarkan dalam tempoh 24 jam apabila bekerja pada waktu malam.

Tetapan ini biasa bagi semua pemandu dalam flit.

Penting! Ambil perhatian bahawa tetapan zon waktu flit memberi kesan pada pengiraan; pengiraan data pada resolusi minggu, pelanggaran rehat dan waktu rehat, dan pelanggaran waktu bekerja setiap malam tidak dikira pada data lama selepas menukar tetapan zon waktu.

Panjang tempoh bergulung boleh ditetapkan antara 17 hingga 52 minggu.

Anda boleh membuat tempoh tetap apabila butang radio tetap dipilih. Nama deskriptif bagi tempoh ini, tarikh mula, dan tarikh akhir hendaklah dipilih dan ditambah kepada senarai tempoh tetap dengan menekan butang tambah. Tempoh tetap sentiasa bermula dan berakhir pada hari Isnin, jam 00:00, jadi, anda hanya boleh memilih hari Isnin dalam pemilih tarikh. Masa tempoh tetap tidak boleh bertindih. Ambil perhatian bahawa tempoh tetap tidak disimpan sehingga butang simpan diklik.

Buku alamat

Buku alamat awam

Buku alamat awam digunakan untuk berkongsi senarai hubungan dalam kalangan kenderaan. Ini contohnya mungkin berguna bagi kenderaan yang memandu di laluan yang sama. Buku alamat awam dibuat dalam paparan pentadbiran dan tidak boleh diubah suai dalam kenderaan. Buku alamat boleh mengandungi sehingga 300 hubungan. Setiap hubungan ada nama, dan sekurang-kurangnya satu daripada entri berikut: nombor telefon mudah alih, nombor telefon lain atau alamat e-mel. Entri buku alamat awam tidak boleh diubah suai oleh pemandu.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 91 -

Page 92: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Jika buku alamat awam diubah suai, sistem bertanya sama ada buku alamat yang diubah suai perlu dihantar secara automatik, kalau-kalau ia sudah pun dihantar kepada sekurang-kurangnya satu kenderaan.

Mengedar buku alamat awam

Masuk ke halaman pengedaran buku alamat Awam melalui halaman pentadbiran. Pilih kenderaan yang anda ingin hantar buku alamat kepadanya, pilih buku alamat dalam senarai juntai bawah dan klik butang hantar. Jika sesebuah buku alamat telah ditukar sejak diedarkan kepada sesebuah kenderaan, lajur Memerlukan penyegerakan menyatakan Ya. Dalam keadaan ini, apa yang perlu dilakukan hanyalah menghantarnya lagi.

Buku alamat peribadi

Buku alamat peribadi dibuat dan diurus dalam kenderaan oleh pemandu. Ini disegerakkan sewaktu log masuk/log keluar untuk memastikan pemandu sentiasa mempunya buku alamatnya tanpa mengira kenderaan mana yang dipandu olehnya. Bilangan hubungan maksimum bagi buku alamat peribadi pemandu ditetapkan dalam persediaan buat/ubah suai pemandu.

Harap maklum bahawa hanya kenderaan dengan pakej perkhidmatan sahaja Messaging menyokong buku alamat awam dan peribadi.

Latihan Pemandu

Driver Coaching (Latihan Pemandu) ialah fungsi yang memimpin pemandu kepada tingkah laku pemanduan cekap bahan api yang lebih baik melalui pemantauan dan penilaian masa nyata gaya memandu. Paparan dalam kenderaan memberi nasihat serta merta kepada pemandu tentang cara untuk memperbaiki tingkah laku memandu. Pentadbir flit mendayakan atau menyahdayakan Driver Coaching melalui konfigurasi dalam Dynafleet Online.

Terdapat dua jenis Driver Coaching. Perkakasan kenderaan dan generasi trak di mana trak tersebut digolongkan, menentukan jenis Driver Coaching yang disokong.

Untuk trak Volvo FH/FM/FMX klasik (generasi 3), FL/FE dan bukan Volvo, Driver Coaching memaklumkan pemandu apabila mereka memandu melebihi had laju, memandu di luar julat ekonomi atau apabila kenderaan melahu terlalu lama. Hanya kenderaan yang melanggan kepada pakej perkhidmatan Bahan Api dan Persekitaran dan dilengkapi dengan alat pemandu atau platform perkhidmatan pemandu yang menyokong jenis Driver Coaching ini.

Untuk trak Volvo FH/FM/FMX (generasi 4), Driver Coaching memimpin pemandu kepada tingkah laku pemanduan cekap bahan api yang lebih baik melalui penilaian serta merta prestasi pemandu menggunakan Skor Kecekapan Bahan Api Trak Volvo. Jika pemandu melencong daripada tingkah laku yang diingini, nasihat diberikan tentang cara untuk memperbaiki pemanduan. Hanya kenderaan yang melanggan kepada pakej perkhidmatan Bahan Api dan Persekitaran dan dilengkapi dengan platform perkhidmatan pemandu (TESP-T / TESP-TN) yang menyokong jenis Driver Coaching ini. Apabila Driver Coaching didayai, profil kenderaan menentukan operasi mana yang dilaksanakan oleh kenderaan tersebut dan cara analisis gaya pemanduan dijalankan. Profil kenderaan ditetapkan dalam pandangan Ubah suai kenderaan.

Mendayakan atau menyahdayakan Driver Coaching untuk trak Volvo FH/FM/FMX klasik (generasi 3), FL/FE dan bukan Volvo.

Untuk mendayakan atau menyahdayakan Driver Coaching, lakukan yang berikut sebagai pentadbir flit:

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 92 -

Page 93: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

1. Klik butang tetapan Distribute Driver Coaching (Edarkan Driver Coaching) dalam tab Pentadbiran untuk memasuki pandangan tetapan Driver Coaching.

2. Pilih kenderaan untuk dikonfigurasi dan klik butang Konfigurasi. 3. Pilih Dayakan atau Nyah daya melalui menu juntai ke bawah untuk mendayakan atau

menyahdayakan Driver Coaching. 4. Jika Driver Coaching didayai, pilih kotak pilihan Tunjuk pilihan lanjutan untuk menetapkan ciri-ciri

yang berikut: l Di luar julat ekonomi* - Menetapkan berapa saat pemandu boleh berada di luar julat ekonomi

sebelum dimaklumkan. l Melahu - Menetapkan berapa minit kenderaan boleh melahu sebelum pemandu

dimaklumkan. l Kelajuan berlebihan* - Menetapkan berapa saat pemandu boleh memandu lebih laju daripada

kelajuan maksimum yang ditetapkan sebelum dimaklumkan. Klik butang Hantar untuk melengkapkan konfigurasi.

* Untuk mengkonfigurasi nilai-nilai bagi julat ekonomi dan kelajuan, tukarkan tetapan kenderaan dalam pandangan Ubah suai kenderaan.

Mendayakan atau menyahdayakan Driver Coaching untuk trak Volvo FH/FM/FMX klasik (generasi 4)

Untuk mendayakan atau menyahdayakan Driver Coaching, lakukan yang berikut sebagai pentadbir flit:

1. Klik butang tetapan Distribute Driver Coaching (Edarkan Driver Coaching) dalam tab Pentadbiran untuk memasuki pandangan tetapan Driver Coaching.

2. Pilih kenderaan untuk dikonfigurasi dan klik butang Konfigurasi. 3. Pilih Dayakan atau Nyah daya melalui menu juntai ke bawah untuk mendayakan atau

menyahdayakan Driver Coaching. 4. Klik butang Hantar untuk melengkapkan konfigurasi. Driver Coaching kini didayai untuk kenderaan

tersebut dan menganalisis tingkah laku pemanduan mengikut profil kenderaan yang diguna pakai Untuk menukar profil kenderaan, ubah suai tetapan kenderaan dalam pandangan Ubah suai kenderaan.

API Dalam Kenderaan

API Dalam Kenderaan adalah perkhidmatan di mana unit Dynafleet menyiarkan data kenderaan (kedudukan, bahan api, dsb.) pada port yang dipratakrif melalui UDP. Kemudian, sambungan boleh dibuat daripada peranti luar (PC/PDA) kepada unit Dynafleet melalui USB untuk mendapat akses kepada data.

Masuk ke halaman tetapan API Dalam Kenderaan melalui halaman Pentadbiran. Pilih kenderaan yang anda ingin konfigurasi dan klik butang konfigurasi. Pilih Selang log dan Port siaran yang dikehendaki dan klik hantar. Untuk mengeluarkan semua kefungsian API Dalam Kenderaan daripada kenderaan, pastikan kotak semak Nyahdayakan API Dalam Kenderaan dipilih dan klik butang hantar.

Borang

Borang digunakan untuk mengendalikan struktur asas kandungan dalam mesej atau tugas pesanan yang dihantar menerusi Dynafleet Online API. Borang dibuat dalam editor dan diedarkan kepada unit kenderaan. Terdapat dua jenis borang yang berbeza, borang Mesej dan borang tugas Pesanan. Borang Mesej adalah asas bagi pengendalian mesej borang antara pejabat dengan kenderaan dan ia bertujuan

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 93 -

Page 94: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

untuk membolehkan penghantaran maklumat yang berstruktur. Borang Pesanan digunakan apabila mengendalikan pesanan daripada sistem bersepadu system. Borang pesanan boleh digunakan untuk mengendalikan maklumat mengenai tugas khusus dalam sesebuah pesanan.

Kefungsian ini hanya tersedia kepada para pentadbir pada flit yang menggunakan Pakej Integrasi (flit yang didayakan API).

Editor Borang

Dalam editor borang, anda boleh membuat, mengubah suai dan memadam borang.

Pilih borang yang anda ingin ubah suai atau padam daripada senarai borang Flit dan klik pada butang ubah suaiatau padam. Perhatian: anda tidak boleh memadam atau mengubah suai borang yang telah dimuat turun ke kenderaan.

Jenis borang

Dengan menekan butang baharu paparan Borang baharu dibuka.

Beri nama yang sesuai kepada borang baharu anda dan pilih antara jenis borang Mesej dan tugas Pesanan. Setelah dipilih, jenis borang tidak boleh ditukar. Anda juga perlu memilih sama ada borang baharu ini adalah borang Biasaatau borang Lanjutan.

Setiap jenis borang terhad saiznya. Saiznya berbeza-beza bergantung pada sama ada anda mempunyai jenis borang tugas Pesanan atau Mesej dan ia borang Lanjutan atau borang Biasa.

Saiz Borang adalah jumlah panjang semua Nama Medan borang tersebut.

Saiz Mesej adalah panjang maksimum kandungan mesej borang berkenaan.

Medan borang

Setiap jenis borang merangkumi satu atau beberapa medan yang boleh ditambah, diubah suai atau dipadamkan.

Tekan butang tambah untuk menambah medan baharu kepada borang anda. Tetingkap timbul yang dinamakan Tambah medan dibuka.

Masukkan nama medan dan panjang maksimum kandungan. Di bawah Maks anda boleh melihat had saiz Nama / Panjang parameter. Perhatian: Beberapa aksara digunakan sebagai overhed bagi setiap medan.

Tetapkan sama ada kandungan dalam medan ini tidak wajib, wajib atau baca sahaja bagi kedua-dua Mobile dan Office. Harap maklum bahawa Mobile dan Office tidak boleh kedua-duanya baca sahaja pada masa yang sama.

Jangan lupa untuk menyimpan entri anda.

Borang edaran

Dalam paparan ini anda menyemak dan mengedar borang yang anda telah buat kepada kenderaan flit anda.

Mula dengan menambah kenderaan daripada navigator sumber kepada senarai Tambah/pilih kenderaan. Pilih kenderaan yang anda ingin kendalikan daripada senarai ini dan tekan butang lihat. Kenderaan ini akan muncul dalam paparan Borang dalam kenderaan.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 94 -

Page 95: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Semua borang yang ada terdapat dalam senarai Borang flit.

Guna butang untuk menambah borang yang anda telah pilih daripada senarai Borang flit kepada kenderaan anda. Status Hantar akan ditetapkan kepada Tidak dihantar.

Butang akan mengeluarkan borang daripada kenderaan.

Perhatian. Tiada borang akan ditambah atau dikeluarkan daripada kenderaan sehingga anda menekan butang hantar. Status hantar akan dikemas kini apabila anda menekan butang lihat.

Butang pilih semua akan memilih semua borang dalam senarai Borang dalam kenderaan. Ini boleh digunakan untuk mengeluarkan semua borang daripada kenderaan anda jika kemas kini utama diperlukan.

Keluarkan semua borang

Untuk mengeluarkan semua borang daripada kenderaan terpilih, klik satu butang; keluarkan semua borang mesej atau keluarkan semua borang item pesanan. Untuk melihat status hantar permintaan ini, klik butang lihat status hantar. Paparan status hantar terbahagi kepada dua bahagian, satu bagi setiap jenis borang (mesej atau item pesanan).

Muat Naik Data Pemandu

Gambaran keseluruhan

Dengan kefungsian Muat Naik Data Pemandu, pemandu boleh memuat naik data kad pemandu daripada sesebuah kenderaan kepada sistem. Cuma satu muat naik bagi setiap pemandu dan hari boleh dilakukan. Ambil perhatian bahawa sesuatu hari, bermaksud hari GMT. Data yang dimuat naik boleh ditemui dalam tab Muat Turun Takograf di bawah tab Data kad pemandu bersama-sama dengan data kad pemandu yang dimuat turun menggunakan ciri Muat turun takograf.

Agar dapat menggunakan Muat Naik Data Pemandu, ia hendaklah didayakan pada flit. Jika anda ingin menggunakan kefungsian ini, sila hubungi pasukan Dynafleet setempat kami.

Navigasi ke pengaktifan Muat Naik Data Pemandu dengan mengklik pada tab Pentadbiran, kemudian mengklik pada butang pengedaran bagi Muat Naik Data Pemandu di bawah bahagian Urus tetapan kenderaan.

Aktifkan

Ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan kefungsian Muat Naik Data Pemandu:

1. Pilih kenderaan yang anda ingin aktifkan Muat Naik Data Pemandu: 2. Masukkan tanda rait bagi Aktifkan Muat Naik Data Pemandu. 3. Klik butang hantar.

Melumpuhkan

Ikuti langkah-langkah ini untuk melumpuhkan kefungsian Muat Naik Data Pemandu:

1. Pilih kenderaan yang anda ingin lumpuhkan Muat Naik Data Pemandu. 2. Pastikan tiada tanda rait bagi Aktifkan Muat Naik Data Pemandu. 3. Klik butang hantar.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 95 -

Page 96: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Peruntukkan kad syarikat kepada kenderaan

Agar dapat melakukan muat turun daripada kenderaan, pertama tersebut perlu diperuntukkan kad syarikat. Anda boleh menggunakan berbilang kad syarikat bagi syarikat yang berdaftar sebagai entiti sah yang berasingan atau untuk mengendalikan lokasi utama berbeza bagi kenderaan tertentu dan masih mempunyai kawalan penuh ketersediaan kad syarikat.

Untuk memperuntukkan kad syarikat kepada kenderaan, ikuti langkah berikut:

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran. 2. Klik butang peruntuk bagi kad Syarikat di bawah Takograf digital. 3. Pilih satu atau beberapa kenderaan anda ingin memperuntukkan kad syarikat. 4. Pilih kad syarikat untuk diperuntukkan kepada kenderaan terpilih, dan klik butang peruntuk.

Kad syarikat yang terpilih kini diperuntukkan kepada kenderaan yang dipilih.

Mengalih keluar peruntukan kad syarikat daripada kenderaan

Anda boleh mengalih keluar peruntukan kad syarikat daripada kenderaan jika kad tidak lagi digunakan bagi kenderaan tersebut.

Untuk mengalih keluar kad syarikat daripada kenderaan, ikuti langkah berikut:

1. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran. 2. Klik butang peruntuk bagi kad Syarikat di bawah Takograf digital. 3. Pilih satu atau beberapa kenderaan. 4. Klik butang keluarkan. 5. Sahkan pengeluaran dengan mengklik butang ok.

Kenderaan yang dipilih tidak lagi mempunyai sebarang kad syarikat yang diperuntukkan.

Uruskan kad syarikat

Gambaran keseluruhan

Agar dapat melakukan muat turun daripada kenderaan, kenderaan berkenaan hendaklah diperuntukkan kad syarikat yang berdaftar dalam aplikasi ini. Sebagai pentadbir flit anda dapat mengurus kad syarikat ini dan membuat kad baharu. Navigasi ke halaman urusan dengan mengklik pada tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran, kemudian klik butang bagi Kad syarikat, di bawah Takograf digital.

Buat kad Syarikat

Agar dapat melakukan muat turun daripada kenderaan, kenderaan tersebut perlu diperuntukkan kad syarikat. Kad syarikat hendaklah berdaftar dalam aplikasi ini. Untuk mendaftar kad syarikat yang baharu yang anda ingin peruntukkan kepada satu atau beberapa kenderaan, anda hendaklah membuat kad terlebih dahulu.

Untuk membuat kad syarikat, ikuti langkah berikut:

1. Klik butang buat.Jika kad syarikat yang tidak berdaftar dimasukkan ke dalam pembaca kad dan Aplikasi pembaca kad sedang berjalan, anda akan dapat memilih kad dan mengklik buat dan nombor siri kad akan dipratetap.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 96 -

Page 97: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

2. Masukkan maklumat kad syarikat. 3. Klik butang buat untuk mengesahkan maklumat kad syarikat telah dimasukkan.

Kad syarikat kini dibuat dan dipaparkan bersama-sama dengan kad syarikat flit yang sedia ada.

Kad syarikat mempunyai medan berikut:

Medan Diperlukan Huraian medanNombor siri Ya Medan teks untuk memasukkan

nombor siri kad. Nombor siri hanya disediakan pada cip kad.

Nombor kad Ya Medan teks untuk memasukkan nombor kad yang dicetak pada kad syarikat.

Komen Ya Medan teks untuk memasukkan komen.

Ubah suai kad Syarikat

Anda boleh mengubah suai kad syarikat yang sudah berdaftar.

Untuk mengubah suai kad syarikat, ikuti langkah berikut:

1. Pilih kad syarikat yang anda ingin ubahsuai dan klik butang ubah suai. 2. Masukkan maklumat kad syarikat. 3. Klik butang ubah suai untuk mengesahkan maklumat kad syarikat yang telah dimasukkan.

Kad syarikat kini telah diubah suai.

Padam kad Syarikat

Anda boleh memadamkan kad syarikat yang tidak lagi digunakan. Jika kad syarikat masih digunakan, semua peruntukkannya akan dikeluarkan dan semua kerja muat turun yang belum selesai akan dibatalkan?

Untuk memadamkan kad syarikat, ikuti langkah berikut:

1. Pilih kad syarikat yang anda ingin padam dan klik butang padam. 2. Sahkan pemadaman dengan mengklik butang ok.

Kad syarikat kini telah dipadamkan dan dikeluarkan daripada senarai kad syarikat flit.

Melancarkan aplikasi pembaca Kad (CRA)

Maklumat mengenai Aplikasi pembaca kad boleh didapati di sini Papar kad syarikat.

Muat turun takograf

Gambaran keseluruhan

Muat turun takograf merangkumi tiga perkhidmatan yang berkaitan yang bergantung pada teknik yang diperkenalkan pada tahun 2009 dan perundangan EU yang membenarkan data dipindahkan daripada takograf digital melalui kesalinghubungan wayarles sistem pejabat latar. Tiga perkhidmatan ini adalah:

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 97 -

Page 98: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Muat turun kad pemandu

Perkhidmatan pertama adalah kemungkinan untuk memuat turun data kad pemandu secara jarak jauh melalui saluran komunikasi Dynafleet. Perkhidmatan ini memerlukan takograf digital versi 1.3a dalam trak. Dengan perkhidmatan ini, data daripada kad pemandu akan dimuat turun kepada pelayan the Dynafleet Online secara automatik (berjadual) pada selang yang tetap atau secara manual atas permintaan. Kad pemandu kekal di dalam takograf jadi tiada tindakan daripada pemandu diperlukan. Data pada kad pemandu hendaklah "dibuka kunci" melalui kaedah pengesahan kad syarikat. Pengesahan akan dilakukan secara jarak jauh dan dengan itu kad syarikat hendaklah tersedia kepada Dynafleet Online melalui pembaca kad yang disambungkan ke komputer di pangkalan syarikat pengangkutan.

Muat turun memori takograf

Perkhidmatan kedua, yang berfungsi dengan cara yang sangat sama dengan muat turun kad Pemandu, adalah kemungkinan memuat turun memori massa takograf Digital dari jarak jauh. Pengesahan melalui kaedah kad syarikat dilakukan dalam cara yang sama seperti muat turun kad pemandu. Bagi semua perkhidmatan maut turun jarak jauh hanya satu kad syarikat diperlukan tetapi berbilang kad juga boleh dalam hal syarikat anda dipecahkan kepada entiti sah yang berlainan atau tersebar dari segi geografi. Muat turun akan sekali lagi automatik dan berjadual atau manual.

Muat turun fail kelajuan takograf

Perkhidmatan ketiga adalah kemungkinan untuk memuat turun maklumat profil kelajuan 24j yang lalu daripada takograf digital untuk analisis kelakuan memandu yang mendalam. Kefungsian ini akan dikenakan caj tambahan kepada invois bulanan.

Mengaktifkan perkhidmatan

Untuk melakukan sebarang muat turun jarak jauh daripada kenderaan, ciri muat turun Takograf hendaklah didayakan terlebih dahulu bagi flit. Anda boleh menghubungi organisasi jualan setempat anda supaya ciri ini didayakan bagi flit anda. Di samping itu, pentadbiran flit boleh mengaktifkan muat turun Takograf pada kenderaan individu pilihannya. Fungsi muat turun ini membolehkan pengguna dipejabat mendapatkan kembali memori Takograf dan maklumat kad Pemandu melalui sama ada tugas berjadual automatik atau secara manual, tetapi pentadbir juga boleh membenarkan pemandu mengambil inisiatif untuk memulakan pemindahan data mengikut kehendaknya.

Mengaktifkan muat turun Takograf akan menyediakan ketiga-tiga perkhidmatan ini, meskipun ia kemudiannya boleh dikonfigurasi secara berasingan.

Navigasi ke sana dengan mengklik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran, kemudian klik ikon pengedaran bagi muat turun Takograf, di bawah bahagian Urus tetapan kenderaan.

Aktifkan muat turun Takograf pada kenderaan

Jika muat turun Takograf didayakan pada flit anda akan dapat mengaktifkannya pada semua kenderaan yang menyokong ciri ini.

Untuk mengaktifkan muat turun Takograf pada kenderaan, ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pilih satu atau beberapa kenderaan yang anda ingin aktifkan ciri ini dan klik butang konfigurasi. 2. Buat pilihan anda dengan mengklik kotak semak. 3. Sahkan pengaktifan dengan mengklik butang hantar kemas kini.

Pengaktifan ciri muat turun Takograf kini dihantar kepada kenderaan yang dipilih

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 98 -

Page 99: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Menyahaktifkan muat turun Takograf pada kenderaan

Anda boleh menyahaktifkan ciri muat turun Takograf dengan mudah bagi kenderaan yang tidak lagi boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Untuk menyahaktifkan muat turun Takograf pada kenderaan, ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pilih satu atau beberapa kenderaan yang anda ingin nyahaktifkan ciri ini, dan klik butang konfigurasi.

2. Nyahpilih Aktifkan muat turun kad pemandu dan muat turun memori takograf. Menyahaktif ini akan turut menyahaktifkan sebarang kemungkinan pemandu memulakan muat turun.

3. Sahkan penyahaktifan dengan mengklik butang hantar kemas kini.

Ciri muat turun Takograf kini dinyahaktifkan pada kenderaan yang dipilih

Jadual muat turun takograf

Gambaran keseluruhan

Sebagai pentadbir flit, anda dapat menyediakan jadual untuk bila Muat turun data pemandu dan Muat turun memori Takograf harus dilaksanakan. Anda juga boleh menyediakan had masa bagi berapa hari yang boleh berlalu tanpa sebarang muat turun dilakukan oleh pemandu atau kenderaan sebelum amaran perlu dijana.

Mengkonfigurasi jadual dan amaran memori takograf

Anda juga boleh menyediakan jadual untuk bila maklumat kenderaan harus dimuat turun melalui Muat turun memori takograf dan berapa hari harus berlalu antara dua muat turun sebelum amaran perlu dijana. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran, kemudian klik butang kenderaan untuk Uruskan jadual dan amaran, di bawah bahagian Jadual muat turun jarak jauh Takograf.

Jadualkan muat turun memori Takograf

Untuk menjadualkan muat turun memori takograf, ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pilih satu atau beberapa kenderaan yang anda ingin jadualkan muat turun daripadanya. 2. Klik butang konfigurasi jadual. 3. Takrifkan jadual untuk bila anda mahu muat turun dilaksanakan. 4. Simpan jadual dengan mengklik butang simpan.

Muat turun kini dijadualkan untuk dilaksanakan daripada kenderaan pada hari terpilih.

Mengkonfigurasi amaran data Takograf

Untuk mengkonfigurasi amaran data takograf, ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pilih satu atau beberapa kenderaan yang anda ingin jadualkan amaran data takograf daripadanya. 2. Klik butang konfigurasi amaran. 3. Takrifkan tetapan amaran. 4. Simpan tetapan ini dengan mengklik butang simpan.

Amaran akan dipaparkan jika muat turun memori takograf baharu telah dilaksanakan dalam masa yang ditakrifkan dari muat turun yang sebelumnya.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 99 -

Page 100: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Konfigurasikan jadual dan amaran kad pemandu

Anda juga boleh menyediakan jadual untuk bila maklumat pemandu harus dimuat turun melalui Muat turun kad pemandu dan berapa hari boleh berlalu antara dua muat turun sebelum amaran perlu dijana. Klik tab Pentadbiran untuk memasuki paparan pentadbiran, kemudian klik butang pemandu untuk Uruskan jadual dan amaran, di bawah bahagian Jadual muat turun jarak jauh Takograf.

Jadualkan muat turun kad Pemandu

Untuk menjadualkan muat turun kad pemandu, ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pilih satu atau beberapa pemandu yang anda ingin jadualkan muat turun daripadanya. 2. Klik butang konfigurasi jadual. 3. Takrifkan jadual untuk bila anda mahu muat turun dilaksanakan. 4. Sahkan jadual dengan mengklik butang simpan.

Muat turun kini dijadualkan untuk dilaksanakan pada hari terpilih.

Mengkonfigurasi amaran data kad Pemandu

Untuk mengkonfigurasi amaran data kad pemandu, ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Pilih satu atau beberapa pemandu. 2. Klik butang konfigurasi amaran. 3. Takrifkan tetapan amaran. 4. Simpan tetapan ini dengan mengklik butang simpan.

Amaran akan dipaparkan jika muat turun kad pemandu tidak dilaksanakan dalam masa yang ditakrifkan dari muat turun yang sebelumnya.

Memaparkan spesifikasi invois

Jika invois telah dibuat, spesifikasi invois boleh dilihat pada tab Butiran invois. Anda boleh melihat invois, mencari butiran yang berkaitan dengan flit dan/atau kenderaan tertentu, serta mengeluarkan laporan dalam format PDF dan juga Microsoft Excel.

Bahagian ini menghuraikan tentang melihat dan memahami spesifikasi invois.

Melihat butiran invois

Untuk melihat butiran invois, penerima invois dan tempoh pengebilan hendaklah dipilih.

1. Dalam kotak pilihan Penerima invois, pilih nama pelanggan atau flit. Apabila pilihan telah dibuat, kotak juntai bawah Pilih tempoh akan dimuat semula dengan senarai tarikh yang terdapat invois. Jika tidak terdapat tempoh yang diinvois, anda tidak boleh melihat butiran invois.

2. Pilih tarikh yang berkaitan dengan tempoh pengebilan yang anda ingin lihat spesifikasi invois.

Perhatian! Anda hanya boleh melihat satu tempoh pengebilan pada satu masa.

Apabila anda telah memilih tempoh pengebilan, mata wang yang berkenaan bagi invois dipaparkan di sebelah kotak juntai bawah Pilih tempoh, sebagai contoh EUR atau GBP. Laporan dijana dan boleh dilihat di bawah tajuk Spesifikasi invois pada tab Butiran invois.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 100 -

Page 101: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Anda mungkin perlu menatal – ke kiri dan juga ke kanan serta ke atas dan ke bawah – untuk melihat keseluruhan kandungan spesifikasi ini.

Memahami Spesifikasi Invois

Apabila tempoh invois dipilih, Spesifikasi invois dipenuhi dengan perkara berikut:

l Nombor pelanggan –nombor PARMA pelanggan. l Tempoh – mewakili akhir tempoh pengebilan yang dipilih dalam langkah 2, di atas. l No. rujukan – Pengenalan spesifikasi invois yang turut dicetak pada invois berkaitan.

Baris setiap baris spesifikasi invois, terdapat butiran berikut.

Medan HuraianFlit Nama flit yang caj telah dikenakan.

Kenderaan Nama kenderaan, sebagaimana dilihat dalam portal yang caj telah dikenakan.

No. casis Nombor pengenalan unik yang berkaitan dengan kenderaan.

No. pendaftaran Nombor plat lesen/plat pendaftaran kenderaan.

Tarikh pengaktifan

Tarikh kenderaan di tambah ke dalam sistem.

Pakej perkhidmatan

Nama pakej perkhidmatan yang diperuntukkan kepada kenderaan yang caj dikenakan. Jika jumlah dalam baris ini adalah untuk pelarasan, medan ini akan memaparkan komen yang menghuraikan sebab pelarasan berkenaan dibuat.

Dari

Tarikh yang mewakili permulaan tempoh yang dicaj. Ia mungkin tarikh yang lebih kemudian jika kenderaan diaktifkan selepas tempoh pengebilan bermula.

Ke

Tarikh yang mewakili akhir tempoh yang dicaj. Ia mungkin tarikh yang lebih awal jika kenderaan dipadam sebelum tempoh pengebilan berakhir.

Jenis caj Huraikan sifat caj berkenaan, contohnya, fi Langganan atau fi Permulaan.

Amaun

Amaun monetari caj. Semua jumlah ditunjuk tanpa VAT dalam mata wang yang dibentangkan di sebelah kotak juntai bawah Pilih tempoh dalam borang Pemilihan invois. Baris terakhir dalam spesifikasi invois mengandungi jumlah semua caj.

Mengeksport spesifikasi invois

Jika sesuatu spesifikasi invois telah dibuat pada tab Butiran invois, anda boleh mengeksport spesifikasi invois ini dalam format PDF dan juga Microsoft Excel.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 101 -

Page 102: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Mengeksport ke dalam format Microsoft Excel

Anda boleh mengeksport spesifikasi invois ke dalam format Microsoft Excel untuk menyimpan atau menghantar data laporan. Untuk melihat spesifikasi invois yang dieksport dalam Microsoft Excel, anda hendaklah mempunyai atur cara yang sewajarnya yang dipasangkan pada komputer anda.

1. Klik butang Eksport ke Excel. Jika dipasang, Excel terbuka dan memaparkan spesifikasi invois dalam lembaran kerja excel tunggal.

Perhatian! Butang Eksport ke Excel dilumpuhkan sehingga spesifikasi invois telah dijana.

Baris pertama – atau pengepala – spesifikasi invois memaparkan maklumat berikut:

l Nama pelanggan – nama pelanggan yang merupakan penerima invois sebenar. l Nombor pelanggan – memaparkan nombor PARMA pelanggan. l Tempoh – mewakili akhir tempoh pengebilan yang invois dihasilkan. l No. rujukan – Nombor pengenalan spesifikasi invois yang turut dicetak pada invois berkaitan.

Mengeksport ke dalam format Adobe PDF

Anda boleh mengeksport spesifikasi invois ke dalam format Adobe PDF untuk menyimpan atau menghantar data laporan. Untuk melihat spesifikasi invois yang dieksport dalam format PDF, anda hendaklah mempunyai pembaca PDF yang dipasangkan pada komputer anda.

1. Klik butang Eksport ke PDF. Jika pembaca telah dipasang, tetingkap pelayar baharu terbuka mengandungi versi PDF spesifikasi invois berkenaan.

Perhatian! Butang Eksport ke PDF dilumpuhkan sehingga spesifikasi invois telah dijana.

Halaman pertama versi PDF spesifikasi invois memaparkan maklumat berikut:

l Nama pelanggan – nama pelanggan yang merupakan penerima invois sebenar. l Nombor pelanggan – memaparkan nombor PARMA pelanggan. l Tempoh – mewakili akhir tempoh pengebilan yang invois dihasilkan. l Jumlah – mata wang dan jumlah yang perlu dibayar bagi tempoh pengebilan. l No. rujukan – Nombor pengenalan spesifikasi invois yang turut dicetak pada invois berkaitan.

Halaman selanjutnya dalam PDF menyenaraikan kenderaan dalam setiap flit dan cajnya, termasuk jumlah caj yang terakru bagi setiap flit. Flit diisih mengikut huruf.

Butiran laporan

Butiran berikut disediakan:

Medan HuraianFlit Nama flit yang caj telah dikenakan.Kenderaan Nama kenderaan dalam portal yang caj telah dikenakan.No. casis Nombor pengenalan unik yang berkaitan dengan kenderaan.No. pendaftaran Nombor plat lesen/plat pendaftaran yang diperuntukkan kepada kenderaan.Tarikh pengaktifan Tarikh kenderaan menjadi aktif dalam sistem.

Pakej perkhidmatan

Nama pakej perkhidmatan yang diperuntukkan kepada kenderaan yang caj dikenakan. Jika jumlah dalam sesuatu baris adalah untuk pelarasan, medan Pakej perkhidmatan akan memaparkan komen yang menghuraikan sebab pelarasan berkenaan dibuat.

Dari Tarikh yang mewakili permulaan tempoh yang dicaj. Ke Tarikh yang mewakili akhir tempoh yang dicaj bagi kenderaan tertentu.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 102 -

Page 103: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Jenis caj Huraikan sifat caj berkenaan, contohnya, fi Langganan atau fi Permulaan.

AmaunAmaun monetari caj. Semua amaun ditunjukkan tanpa VAT dalam mata wang yang dinyatakan pada halaman kulit dalam fail PDF, dan dalam amaun pengepala lajur fail Excel.

Mencari butiran invois yang khusus flit dan kenderaan

Sebaik sahaja spesifikasi invois telah dijana pada tab Butiran invois, anda boleh melakukan carian yang mengehadkan butiran invois kepada flit atau kenderaan khusus.

Seksyen ini menghuraikan cara untuk mencari maklumat khusus bagi flit dan/atau kenderaan dalam spesifikasi invois.

Perhatian! Apabila melihat butiran invois selepas melaksanakan carian, jumlah amaun invois tidak dipaparkan.

Mencari flit khusus

1. Dalam kotak teks Flit di bawah tajuk Carian, masukkan nama flit yang anda ingin lihat butiran invoisnya. Anda juga boleh memasukkan sebahagian daripada nama yang anda ingin guna sebagai kriteria carian. Menggunakan nama separa mungkin menjana padanan berbilang. Semua flit dengan nama yang mengandungi teks yang dimasukkan akan dikembalikan dalam hasil carian.

2. Tekan Cari. Spesifikasi Invois dimuatkan semula. Butiran invois dihadkan untuk menyertakan hanya nama flit yang digunakan dalam carian sahaja.

Mencari menggunakan nama kenderaan

1. Dalam kotak teks Kenderaan di bawah tajuk Carian, masukkan nama kenderaan yang anda ingin lihat butiran invoisnya. Anda juga boleh memasukkan sebahagian daripada nama yang anda ingin guna sebagai kriteria carian. Menggunakan nama separa mungkin menjana padanan berbilang. Semua kenderaan dengan nama yang mengandungi teks yang dimasukkan akan dikembalikan dalam hasil carian.

2. Tekan Cari. Spesifikasi Invois dimuatkan semula. Butiran invois dihadkan untuk menyertakan hanya nama kenderaan yang sepadan dengan kriteria carian yang dimasukkan sahaja.

Mencari nombor casis khusus

1. Dalam kotak teks No. casis di bawah tajuk Carian, masukkan id Casis yang berkaitan dengan kenderaan yang anda ingin lihat butiran invoisnya. Anda juga boleh memasukkan sebahagian daripada idnya. Menggunakan rentetan carian separa mungkin menjana padanan berbilang. Semua kenderaan dengan id casis yang mengandungi teks yang dimasukkan akan dikembalikan dalam hasil carian.

2. Tekan Cari. Spesifikasi Invois dimuatkan semula. Butiran invois dihadkan untuk menyertakan hanya nama kenderaan yang sepadan dengan kriteria carian yang dimasukkan sahaja.

Mencari nombor pendaftaran khusus

1. Dalam kotak teks No. Pend di bawah tajuk Carian, masukkan nombor pendaftaran kenderaan yang anda ingin lihat butiran invoisnya. Anda juga boleh memasukkan sebahagian daripada nombornya. Menggunakan rentetan carian separa mungkin menjana padanan berbilang. Semua kenderaan dengan nombor pendaftaran yang mengandungi teks yang dimasukkan akan dikembalikan dalam hasil carian.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 103 -

Page 104: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

2. Tekan Cari. Spesifikasi Invois dimuatkan semula. Butiran invois dihadkan untuk menyertakan hanya nama kenderaan yang sepadan dengan kriteria carian yang dimasukkan sahaja.

Melakukan carian gabungan flit dan kenderaan

1. Dalam kotak teks Flit di bawah tajuk Carian, masukkan nama penuh atau separa flit yang anda ingin lihat data invoisnya.

2. Dalam satu atau lebih medan carian khusus kenderaan – No. Casis, Kenderaan, No. pend - masukkan data penuh atau separa berhubung kenderaan yang anda ingin lihat spesifikasi invoisnya.

3. Tekan Cari. Spesifikasi Invois dimuatkan semula. Butiran invois dihadkan untuk menyertakan hanya flit dan kenderaan yang sepadan dengan kriteria carian yang dimasukkan sahaja.

Perkhidmatan dan langganan kenderaan

Halaman Perkhidmatan dan langganan kenderaan menyediakan kepada anda gambaran keseluruhan perkhidmatan yang dilanggan bagi setiap kenderaan dalam flit. Status kenderaan, perkhidmatan yang kenderaan langgan, dan jenis langganan bagi setiap perkhidmatan dipaparkan. Maklumat mengenai terma dan syarat yang diterima turut disediakan.

Jadual berikut menghuraikan lajur dalam paparan Perkhidmatan dan langganan kenderaan.

Lajur Huraian

+

Jika kenderaan melanggan lebih daripada satu perkhidmatan, ikon simbol campur boleh diklik untuk melihat butiran mengenai setiap perkhidmatan.

Nama kenderaan

Memaparkan nama kenderaan yang berkenaan dengan langganan tersebut.

VIN Memaparkan nombor pengenalan kenderaan.

Status

Menyerlahkan status kenderaan. Status sama ada Aktif atau Dihentikan sebentar. Aktif bermaksud perkhidmatan sedang digunakan, manakala Berhenti Sebentar bermaksud perkhidmatan pada masa ini tidak digunakan oleh kenderaan berkenaan. Apabila kenderaan dihentikan sebentar, komunikasi tidak mungkin dilakukan dengan kenderaan itu dan kenderaan itu tidak boleh berkomunikasi dengan Dynafleet Online.

Pakej servis Menyenaraikan perkhidmatan yang dilanggan oleh kenderaan tersebut.

Jenis langganan

Jenis langganan yang berkenaan adalah Prabayar, Bulanan, dan Bercampur. Bercampur mengisyaratkan bahawa kenderaan melanggan kedua-dua langganan Prabayar dan Monthly bulanan pada masa yang sama. Tarikh tamat tempoh bagi langganan parabayar disenaraikan dalam kurungan. Jika Bercampur dipaparkan, anda perlu mengembangkan paparan untuk melihat tarikh tamat tempoh bagi langganan prabayar ini.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 104 -

Page 105: DYNAFLEET ONLINE · Indeks ini merangkumi satu senarai topik dan kata kunci yang diisih mengikut angka/huruf. Apabila anda mengklik sesuatu kata kunci, topik berkaitan dipaparkan

Kawasan sistem

Terma dan syarat

Memaparkan nama pengguna yang telah menerima terma dan syarat bagi perkhidmatan semasa, termasuk tarikh penerimaan. Dalam hal terma dan syarat bagi kenderaan telah diluluskan sebelum adanya halaman Perkhidmatan dan langganan kenderaan, tiada maklumat nama pengguna atau tarikh dipaparkan. Jika terma dan syarat perlu diterima sebelum bagi kenderaan, maka kotak semak dipaparkan.

Menerima terma dan syarat

Untuk menerima terma dan syarat untuk pembayaran bulanan yang diinvois bagi perkhidmatan yang dilanggan oleh kenderaan, lakukan yang berikut:

1. Pilih kotak semak dalam lajur Terma dan syarat bagi setiap kenderaan yang berkenaan. 2. Klik butang Seterusnya. 3. Baca terma dan syarat. 4. Pilih butang radio saya terima terma di atas. 5. Klik butang Selesai.

Mengeksport gambaran keseluruhan langganan perkhidmatan ke dalam Excel

Maklumat langganan perkhidmatan semasa bagi semua kenderaan boleh dieksport ke dalam helaian

Excel dengan mengklik ikon Excel yang terletak di sebelah kanan bawah halaman.

Hak cipta © 2018 Volvo Truck Corporation. Semua hak terpelihara.

- 105 -