dunia ket123iga benar

11
GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA 1.0 PENDAHULUAN Kemunculan dunia ketiga adalah selepas perang dunia II, Negara-negara yang pernah dijajahi oleh Negara bekas turut mendapatkan kemerdekaan daripada tangan barat. Negara tersebut telah dikenali sebagai Negara ketiga. Negara -negara yang dikenali sebagai dunia ketiga adalah merujuk kepada wilayah-wilayah yang terletak di Asia, Africa dan Amerika Latin. Negara- Negara penjajah telah meninggalkan beberaa kesan kepada Negara dunia. Dunia ketiga adalah Negara-negara yang sedang membangun akan menghadapi masalah kemiskinan, masalah pengganguran, masalah pembangunan dan sebagainya. Faktor utama yang memyebabkan masalah ini berlaku adalah sektor ekonomi yang digiatkan dalam Negara-Negara tersebut. Ekonomi dunia ketiga kebanyakan adalah berasas kepada sektor utama dan kekurangan kepakaran sumber manusia dan teknologi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi memainkan peranan yang penting untuk menyelesai masalah yang dihadapi di dunia ketiga Zaheruddin Othman & Yusuf Pon (2005) telah menjalankan kajiannya bagi “pertumbuhan ekonomi adalah 1

Upload: ng-harryzai

Post on 17-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

123123

TRANSCRIPT

Page 1: Dunia Ket123iga Benar

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

1.0 PENDAHULUAN

Kemunculan dunia ketiga adalah selepas perang dunia II, Negara-negara yang pernah

dijajahi oleh Negara bekas turut mendapatkan kemerdekaan daripada tangan barat.

Negara tersebut telah dikenali sebagai Negara ketiga. Negara -negara yang dikenali

sebagai dunia ketiga adalah merujuk kepada wilayah-wilayah yang terletak di Asia,

Africa dan Amerika Latin. Negara- Negara penjajah telah meninggalkan beberaa

kesan kepada Negara dunia. Dunia ketiga adalah Negara-negara yang sedang

membangun akan menghadapi masalah kemiskinan, masalah pengganguran, masalah

pembangunan dan sebagainya. Faktor utama yang memyebabkan masalah ini berlaku

adalah sektor ekonomi yang digiatkan dalam Negara-Negara tersebut. Ekonomi

dunia ketiga kebanyakan adalah berasas kepada sektor utama dan kekurangan

kepakaran sumber manusia dan teknologi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi

memainkan peranan yang penting untuk menyelesai masalah yang dihadapi di dunia

ketiga

Zaheruddin Othman & Yusuf Pon (2005) telah menjalankan kajiannya bagi

“pertumbuhan ekonomi adalah memastikan persekitaran ekonomi dapat

mempertingkatkan kualiti kehidupan semua ahli masyarakat dalam sesebuah

Negara.” Menurut Chandra,R (1992) “ sektor ekonomi di dunia ketiga bermula dari

sektor pertanian dan akan mentranformasi ke sektor perindustrian supaya

mempelbagaikan sektor ekonomi untuk meningkatkan pendapatan Negara dan

mewujudkan peluang pekerjaan.” Negara dunia ketiga akan menghadapi beberapa

halangan dalam pertumbuhan ekonomi seperti teknologi, pelaburan asing, sumber

manusia dan bantuan luar Negara. Maka negara dunia ketiga perlu menggunakan

masa yang panjang untuk bersedia bersaing di peringkat globalisasi.

1

Page 2: Dunia Ket123iga Benar

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

2.0 STRUKTUR EKONOMI DI DUNIA KETIGA

Buku Konsep, Teori, Dimensi & Isu Pembangunan (2003) adalah kajian mengenai

terdapat perbezaan struktur ekonomi di antara negara maju dan negara dunia ketiga.

Pembangunan ekonomi di sesebuah masyarakat atau negara adalah melalui empat

proses perubahan struktur iaitu perubahan teknologi, pembangunan pertanian, proses

industrialisasi dan proses urbanisasi. Kempat proses ini akan membawa perubahan

atau pembangunan sesebuah kawasan mundur ke kawasan maju dan mampu berdaya

saing dengan kawasan lain.

2.1 Perubahan Teknologi

Perubahan teknologi adalah perubahan daripada penggunaan teknologi pengeluaran

tradisi ke teknologi pengeluaran teknik berasaskan sains dan teknologi. Pengeluaran

teknik tradisi merupakan ciri negara mundur manakala teknik pengeluaran

tekonologi adalah ciri negara maju. Contohnya, negara yang maju akan

menggunakan E-komersial, E-perdagangan untuk memudahkan aktiviti perniagaan

manakala negara mundur tidak mempunyai teknologi yang canggih perlu berasaskan

aktiviti ekonomi dengan bersemuka. Teknologi yang canggih mampu

memaksimunkan pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran secara optimun.

Terutamanya dalam bidang pembinaan perlu teknologi yang canggih untuk membuat

pembinaan pembangunan yang bertingkat tinggi.

2.2 Pembangunan Pertanian

Pembangunan pertanian adalah negara mundur mengasaskan sektor pertanian untuk

bersara diri dan msayrakat maju adalah menghasilkan hasil pertanian untuk

berkoemersil dan eskport ke luar negara. Khususnya boleh dilihat melalui ciri nilai

2

Page 3: Dunia Ket123iga Benar

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

perniagaan, pengkhususan tanaman jualan dan perkembangan buruh upah.

Contohnya di negara mundur akan mengasaskan sektor pertanian untuk kegunaan

sendiri dan negara maju akan menghasil secara besar-besaran untuk mengeksport ke

luar negara.

2.3 Proses Industrialisasi

Seterusnya adalah proses industrialisasi. Proses industrialisasi adalah merujuk

kepada masyarakat yang bergantung kepada tenaga haiwan atau manusia untuk

menghasilkan produk telah tranformasi ke gantung kepada mesin untuk

memproseskan pengeluaran. Contohnya, negara mundur akan bergantung kepada

lembu untuk sektor pertanian manakala negara maju akan menggunakan loji dan

mesin untuk mengeluarkan kuantiti barangan yang banyak.

2.4 Proses Urbanisasi

Akhir sekali adalah proses urbanisasi. Ciri-ciri negara maju dan negara mundur dapat

dibeza melalui gaya hidup, geografi, aktiviti ekonomi dan lain-lain. Proses

Urbanisasi adalah proses perubahan hidup dari masyarakat mundur ke masyarakat

maju dengan aktiviti ekonomi dan gaya hidup. Contohnya di negara mundur tidak

mempunyai aktiviti ekonomi perkhidmatan yang canggih seperti pusat perhiburan,

pusat perdagangan, pusat perniagaan yang melengkapi segala kemudahan asas. Oleh

itu gaya hidup di negara mundur adalah tidak tercemar oleh gaya hidup barat yang

sering dibanjiri oleh pelbagai perhiburan dan permainan.

3

Page 4: Dunia Ket123iga Benar

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

3.0 SISTEM EKONOMI DI DUNIA KETIGA

Kajian yang dijalankan dalam buku Industrialization And Development In The Third

World (1992) terdapat empat jenis sistem ekonomi di dunia ketiga iaitu sistem

kebergantungan, sistem kapitalis, sistem ekonomi neo-klasik dan sistem lokasi

industri.

3.1 Sistem Kebergantungan

Sistem kebergantungan adalah merujuk kepada negara yang mundur terlebih gantung

kepada bantuan negara maju. Hal ini kerana, negara maju mengekpolitasi sumber asli

atau bahan mentah yang terdapat di negara mundur dan membeli dengan harga yang

murah. Harga bahan mentah dan sumber asli turut dikawai oleh negara maju. Selain

itu, negara maju juga dapat kos buruh yang lebih murah di negara mundur untuk

memghasilkan barang dan perkhidmatan, kemudian jual semula kepada masyarakat

di negara mundur dengan harga yang tinggi. Negara dunia ketiga juga boleh

bergantung kepada negara maju untuk mendapatkan bantuan tekonologi, pendidikan,

kesihatan dan pelabur asing supaya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi di

negara itu.

3.2 Sistem Kapitalis

Sistem Kapitalis adalah menerapkan bahawa ekonomi yang semakin berkembang di

dunia akan mewujudkan satu sistem iaitu golongan kaya semakin kaya manakala

golongan miskin semakin miskin. Oleh itu, para pelabur akan memaksimunkan

penggunaan modal melalui kegiatan ekonomi untuk mendapatkan keuntungan yang

tinggi. Maka proses pertumbuhan ekonomi ini telah memperbesarkan jurang

4

Page 5: Dunia Ket123iga Benar

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

pendapatan diantara negara maju dan negara miskin. Negara dunia ketiga akan

sentiasa berada di peringkat bawah daripada negara maju dan tidak mampu bersaing.

3.3 Sistem Ekonomi Neo-Klasik

Secara ringkas sistem ekonomi neo-klasik adalah menyatakan bahawa ekonomi

sesebuah negara adalah bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran.

Apabila permintaan buatan negara tersebut meningkat, jumlah produk yang

dihasilkan oleh negara tersebut akan meningkat. Apabila negara maju mempunyai

tekonologi dan sumber manusia yang canggih. Kebanyakan pelabur asing akan

melabur di negara tersebut untuk mendapatkan tekonologi dan kepakaran sumber

manusia.

3.4 Sistem Lokasi Industri

Sistem lokasi industri merupakan salah satu ilmu yang menyelidiki tentang kegiatan

ekonomi. Berdasarkan dunia ketiga, teori lokasi industri dapat menerangkan faktor

yang menyebabkan sesebuah wilayah atau kawasan dapat dibangunkan dengan

menarik pelaburan asing untuk membangun kawasan itu. Bahawa kebanyakan

pelaburan akan melabur di kawasan yang dapat membiayai kos yang paling

minimum dan paling mudah mendapati sumber asli dan buruh pada harga yang

rendah. Seperti contoh semasa penjajahan British di Tanah Melayu, Kerajaan British

telah membinakan kawasan pusat di Ipoh, Kuala Lumpur dan Georgetown. Faktor

utama yang mendorong mereka untuk membuat pembangunan di kawasan tersebut

adalah mudah mendapati sumber asli dan buruh pada harga yang rendah.

5

Page 6: Dunia Ket123iga Benar

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

4.0 KOMPOSISI EKONOMI DI DUNIA KETIGA

Ekonomi di Dunia Ketiga adalah komposisi komoditi eksport dan import. Setelah

Tahun 80-an Dunia Ketiga telah memperluaskan barangan eksport daripada sektor

utama kepada sektor pembuatan. Sebelum ini adalah lebih bergantung kepada sektor

utama khususnya negara-negara Afrika yang mengesportkan cocklat, teh, guna dan

kopi. Pada masa itu, Ekonomi Malaysia adalah tengah tranformasi dari mengesport

aktiviti ekonomi sektor utama kepada sektor kedua pada masa itu.

Jadual 1: Komposisi Eksport Di Malaysia pada tahun 1975-1950 (Peratusan):

Sumber: Buletin Ekonomi Malaysia Suku Tahun, Bank Negara Malaysia

(Tahun1975-1999)

Daripada jadual diatas telah menunjukan pada tahun 1975 jumlah peratusan

eksport jentera elektrik dan elektronik hanya 25.1 peratus dan barangan produk kayu

adalah 10.2 peratus. Apabila tahun 1999 jumlah eskport jentera elektrik dan

elektronik telah meningkat daripada 25.1 peratus ke 71.8 peratus berbanding dengan

tahun 1975. Manakala eksport produk kayu adalah semakin berkurang dari 10.2

peratus turun ke 2.6 peratus berbanding diantara tahun 1975 dan 1999. Ini telah

membuktikan perdagangan di dunia ketiga tidak bergantung kepada sektor utama

sahaja.6

Page 7: Dunia Ket123iga Benar

GMJT1013 TEORI PEMBANGUNAN DUNIA KETIGA

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Negara-Negara dunia ketiga tidak mampu bersaing atau

melebihi negara maju dalam pembangunan ekonomi. Hal ini kerana pertumbuhan

ekonomi Negara-Negara dunia ketiga adalah lebih rendah berbanding dengan negara

maju. William Easterly (2002) telah membuat kajian dalam jurnal “The Elcusive

Quest for Growth” bahawa pada tahun 1960-1970 ekonomi di negara-negara sedang

membangun mempunyai pertumbuhan ekonomi yang lambat berbanding dengan

negara maju. Keluaran Dalam Negara perkapita 38 negara berpendapatan rendah

hanya meningkat 1.8 peratus dan 1.6 peratus pada tahun tersebut. Negara-negara

dunia ketiga perlu meningkatkan kegiatan ekonomi, taraf pendidikan, kualiti

masyarakat dan dasar-dasar yang membawa kemajuan kepada negara tersebut supaya

dapat meningkat daya saing untuk bersaing dengan negara-negara lain.

Oleh itu, Pembangunan yang ketidakseimbangan antara negara maju dan

negara mundur telah mewujudkan keadaan sebegini. Manakala negara maju akan

mengekpolitasi sumber-sumber di negara mundur. Negara mundur perlu bergantung

kepada pelaburan negara maju untuk mempergiatkan kegiatan ekonomi. Akhirnya

negara maju semakin kaya dan maju dan negara mundur akan sentiasa miskin dan

kurang maju. Negara- Negara dunia ketiga perlu mempelbagaikan kegiatan ekonomi

dari aktiviti ekonomi sektor utama kepada sektor pembuatan dan sektor

perkhidmatan. Kebanyakan harga barangan sektor utama adalah bergantung kepada

negara maju kerana negara maju merupakan pihak permintaan yang tinggi. Maka

harga produk sektor utama seperti padi, sayur, biji timah, kelapa sawit, minyak dan

sebagainya telah dimonopoli oleh negara maju. Melalui mempelbagaikan kegiatan

ekonomi Negara-Negara dunia ketiga mampu berdikari dalam kegiatan ekonomi dan

tidak perlu terlalu bergantung kepada negara maju.

7