panduan permohonan benar nikah online

11
KERAJAAN MALAYSIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) SISTEM MAKLUMAT PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA (SPPIM) PANDUAN RINGKAS MODUL BENAR NIKAH ONLINE AWAM (PERMOHONAN BARU)

Upload: doanphuc

Post on 03-Feb-2017

284 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

KERAJAAN MALAYSIA

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

(JAKIM)

SISTEM MAKLUMAT PERKAHWINAN

ISLAM MALAYSIA (SPPIM)

PANDUAN RINGKAS

MODUL BENAR NIKAH ONLINE AWAM (PERMOHONAN BARU)

Page 2: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 2

PANDUAN RINGKAS

MODUL BENAR NIKAH ONLINE (BNO)

Tujuan:

Panduan ini disediakan bagi tujuan memberi penjelasan cara-cara permohonan kebenaran berkahwin online melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Permohonan Kebenaran Berkahwin bermula dengan permohonan baru. Pemohon juga boleh membuat carian untuk mengemaskini maklumat dan melihat status permohonan. Syarat-Syarat Permohonan:

1) Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika : 1.1) Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri

Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak; 1.2) Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM; 1.3) Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi

tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2) Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3) Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4) Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5) Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan

tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.

6) Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7) Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8) Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9) Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Page 3: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 3

KANDUNGAN

A. Capaian Website SPPIM / Menu Utama SPPIM ............................................... 4

B. Skrin Permohonan Kebenaran Berkahwin Online Error! Bookmark not

defined.

C. Permohonan Baru .............................................................................................. 5

D. Medan Pemohon Lelaki ..................................................................................... 5

E. Medan Pemohon Perempuan............................................................................. 6

F. Medan Maklumat Kebenaran ............................................................................. 7

G. Medan Maklumat Wali ....................................................................................... 9

H. Medan Hantar Permohonan ............................................................................... 9

I. Medan Status .................................................................................................... 10

Page 4: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 4

Bil. Paparan Keterangan

1.

A. Capaian Website SPPIM / Menu Utama SPPIM 1. Pada desktop komputer, klik 2 kali pada ikon Google Chrome atau Internet Explorer. Masukkan url www.sppim.gov.my dan tekan masuk di papan kekunci (keyboard) komputer anda.

2. Skrin antaramuka utama SPPIM akan dipaparkan.

3. Klik ke menu “BENAR NIKAH ONLINE”

2.

B. Skrin Permohonan Kebenaran Berkahwin Online 1. Klik Butang ‘Cari’ adalah bagi

pemohon yang telah membuat permohonan dan ingin menyemak atau mengemaskini permohonan.

2. Pengguna mesti memasukkan No KP atau Email serta No. Rujukan Permohonan pemohon

3. Bagi Permohonan Baru, Klik butang Permohonan Baru.

4.

C. Permohonan Baru 1. Antaramuka sub modul Benar Nikah Online yang wajid diisi:

a. Pemohon Lelaki b. Pemohon Perempuan c. Maklumat Kebenaran d. Maklumat Wali e. Hantar

Benar Nikah Online

Permohonan Baru

Page 5: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 5

Bil. Paparan Keterangan

5.

D. Medan Pemohon Lelaki 1. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi sebelum tindakan klik butang ’seterusnya’ dibuat 2. Pengguna perlu memasukkan maklumat berikut:

Masukan No Kad Pengenalan

(Baru, Lama, No. Polis, No. Tentera, No. Pasport/ Lain-Lain Pengenalan

Lengkapkan ruang maklumat pemohon:

Nama Pemohon

Tarikh Lahir (Auto Generate bila No.Kp Baru diisi)

Tempat Lahir ( Auto Generate bila No.Kp Baru diisi)

Bangsa ( Default System ) Warganegara ( Default

System ) Negara Asal ( Default

System )

Status ( Default System ) Taraf Pendidikan

Tarikh Masuk Islam (Jika Saudara Baru)

Alamat

Poskod

Bandar

Negeri ( Auto Generate bila No.Kp Baru diisi)

No. Tel.

E-mail

Lengkapkan ruang maklumat pekerjaan:

Jenis Pekerjaan

Pekerjaan

Pendapatan (RM)

Alamat Tempat Bekerja

Poskod

Bandar

Negeri

No.Tel.

Page 6: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 6

Bil. Paparan Keterangan

Lengkapkan ruang maklumat

kariah:

Daerah

Kariah/Mukim 4. Selepas pemohon selesai di tab pemohon lelaki, pemohon akan nampak laman seterusnya iaitu laman pemohon perempuan.

6.

E. Medan Pemohon Perempuan 1. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi sebelum tindakan klik butang ’seterusnya’ dibuat. 2. Pengguna perlu memasukkan maklumat berikut: No Kad Pengenalan (Baru,

Lama, No. Polis, No. Tentera, No. Pasport/ Lain-Lain Pengenalan

Lengkapkan ruang maklumat pemohon:

Nama Pemohon

Tarikh Lahir (Auto Generate bila No.Kp Baru diisi)

Tempat Lahir ( Auto Generate bila No.Kp Baru diisi)

Bangsa ( Default System ) Warganegara ( Default

System ) Negara Asal ( Default

System )

Status ( Default System ) Taraf Pendidikan

Tarikh Masuk Islam (Jika

Page 7: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 7

Bil. Paparan Keterangan

Saudara Baru)

Alamat

Poskod

Bandar

Negeri ( Auto Generate bila No.Kp Baru diisi)

No. Tel.

E-mail

Lengkapkan ruang maklumat pekerjaan:

Jenis Pekerjaan

Pekerjaan

Pendapatan (RM)

Alamat Tempat Bekerja

Poskod

Bandar

Negeri

No.Tel.

Lengkapkan ruang maklumat kariah:

Daerah

Kariah/Mukim

3. Klik butang kembali jika ingin mengubah atau menambah maklumat pada laman sebelumnya. 4. Selepas pemohon selesai di tab pemohon perempuan, pemohon akan ke laman seterusnya iaitu laman maklumat kebenaran.

7.

F. Medan Maklumat Kebenaran 1. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi sebelum tindakan klik butang ’seterusnya’ dibuat 2. Pengguna perlu memasukkan maklumat beikut:

Tarikh Cadangan Berkahwin

Negara Cadangan Berkahwin ( Default

System ) Negeri Cadangan

Berkahwin

Page 8: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 8

Bil. Paparan Keterangan

Jenis Tempat Nikah (pemohon perlu pilih tempat nikah sama ada kediaman atau masjid )

Alamat Tempat Nikah / Poskod / Bandar / Kariah @ Mukim bergantung pada Jenis Tempat Nikah

Lengkapkan ruang status lelaki:

Bil. Surat Cerai/Nikah ( Jika ada )

No.Surat Perakuan Kematian ( Jika ada )

Bil.Isteri ( Jika ada )

No.Siri Pemeriksaan Kesihatan

Tarikh Pemeriksaan Kesihatan

Tempat Pemeriksaan Kesihatan

Lengkapkan ruang status

perempuan:

Bil. Surat Cerai/Nikah ( Jika ada )

No.Surat Perakuan Kematian ( Jika ada )

No.Siri Pemeriksaan Kesihatan

Tarikh Pemeriksaan Kesihatan

Tempat Pemeriksaan Kesihatan

3. Klik butang kembali jika ingin mengubah atau menambah maklumat pada laman sebelumnya. 4. Selepas pemohon selesai di tab Maklumat Kebenaran, pemohon akan ke laman seterusnya iaitu laman maklumat wali.

Page 9: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 9

Bil. Paparan Keterangan

8.

G. Medan Maklumat Wali 1. Ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi sebelum tindakan klik butang ’seterusnya’ dibuat. 2. Pengguna perlu memasukkan maklumat beikut:

Hubungan Wali

No. Kad Pengenalan

Nama Wali

Alamat / Poskod / Bandar & Negeri akan auto keluar jika pemohon tick seperti kediaman perempuan

Nota: Jika hubungan wali yang dipilih adalah wali hakim, maklmumat wali tidak perlu di update. 3. Klik butang kembali jika ingin mengubah atau menambah maklumat pada laman sebelumnya. 4. Selepas pemohon selesai di tab Maklumat Wali, pemohon akan ke laman seterusnya.

9.

H. HANTAR PERMOHONAN 1. Laman Permohonan Kebenaran Berkahwin online akan dipaparkan. 2. Permohonan Kebenaran Berkahwin PASANGAN, TARIKH CADANGAN DAN TEMPAT CADANGAN BERKAHWIN akan dipaparkan. 3. Klik butang kembali jika pemohon ingin menyemak atau mengubah semua maklumat yang telah diisi di laman sebelumnya. 4. Jika semua maklumat telah lengkap klik butang hantar untuk menghantar Permohonan pemohon dan pasangan.

Page 10: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 10

Bil. Paparan Keterangan

5. Masej ”Permohonan anda telah berjaya dihantar akan dipaparkan. 6. Sub modul status akan dipaparkan.

I. Medan Status 1. Pada Tab status, NO RUJUKAN, NAMA PEMOHON DAN PASANGAN, TARIKH CADANGAN DAN TEMPAT CADANGAN BERKAHWIN akan dipaparkan. 2. Mesej ”Anda dan pasangan dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing dalam tempoh 14 hari bagi proses kelulusan permohonan. Proses kelulusan bagi permohonan perempuan hanya diberikan selepas permohonan kebenaran nikah lelaki diluluskan”. 3. Status Permohonan Lelaki

Permohonan Lelaki masih dalam peringkat ”Isi Borang”.

Pemohon perlu menyediakan senarai dokumen sokongan untuk dibawa ke PAID masing-masing.

4. Status Permohonan Perempuan

Permohonan Perempuan masih dalam peringkat ”Menunggu Kelulusan Lelaki”.

Pemohon perlu menyediakan senarai dokumen sokongan untuk dibawa ke PAID masing-masing.

Pemohon perempuan boleh pergi ke PAID selepas permohonan kebenaran

Page 11: Panduan Permohonan Benar Nikah Online

SPPIM panduan ringkas MODUL – BENAR NIKAH ONLINE AWAM 11

Bil. Paparan Keterangan

lelaki diluluskan.

Pemohon dan pasangan yang satu daerah boleh pergi ke PAID bersama untuk mendapatkan kelulusan kebenaran.

5. Pemohon Lelaki dan Perempuan perlu mencetak borang permohonan kebenaran berkahwin yang berasingan untuk dibawa kepada Pejabat Agama Daerah. 6. Klik ”CETAK BORANG”. Borang Permohonan untuk Kebenaran Berkahwin akan dipaparkan. Borang berkenaan hendaklah ditandatangani oleh Wali (bagi borang permohonan perempuan), Pemohon dan Penolong Pendaftar. Nota: Pemohon hanya boleh kemaskini borang permohonan jika PAID masih belum memproses borang permohonan.