dsk teknologi vokasional - sains t1 - guru

23
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS TINGKATAN 1 2014

Upload: skylark

Post on 07-Dec-2015

254 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PAV TINGKATAN 1

TRANSCRIPT

Page 1: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

i

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

TINGKATAN 1

2014

Page 2: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

ii

Page 3: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

SAINS

TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Page 4: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. KATA PENGANTAR

viii

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1 1 1 1

5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4 4 4 4 5

6-9

Page 6: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

vi

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 8: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

viii

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 9: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

1

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

Page 10: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

2

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 56 waktu setahun. Guru berlatarbelakang opsyen Sains paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 11: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

TEKNOLOGI VOKASIONAL - SAINS

Page 12: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

4

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Kurikulum Sains Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;

. 1. menghubungkait aktiviti seharian dengan Sains 2. menghubungkaitkan peraturan-peraturan dalam makmal dengan langkah-langkah keselamatan 3. Mengenal pasti simbol beberapa contoh bahan berbahaya di dalam makmal 4. mengenal pasti langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik 5. mengenal pasti radas dan fungsinya dalam makmal 6. menyatakan kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu, dan arus elektrik serta radas yang sesuai 7. menyatakan unit SI bagi setiap kuantiti asas 8. menyatakan kaedah pengukuran yang betul untuk mendapatkan bacaan yang persis dan jitu 9. menyatakan imbuhan unit kuantiti fizikal 10. menyedari kepentingan menggunakan unit SI

11. mengenal pasti sel haiwan dan sel tumbuhan

12. mengenal pasti jenis-jenis sel manusia

13. menyatakan bahawa sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia

14. mengenal pasti contoh mikroorganisma 15. mengenal pasti mikroorganisma unisel dan multisel 16. mengenal pasti kesan mikroorganisma dalam kehidupan harian 17. mengenal pasti pelbagai bentuk tenaga 18. mengenal pasti sumber pelbagai bentuk tenaga 19. mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama 20. mengenal pasti perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan harian 21. Mengenal pasti tiga keadaan jirim 22. menerangkan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui

Page 13: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

5

Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Sains memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum

Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran. Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Page 14: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

6

UNIT 1: KAEDAH SAINS

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.0 Memahami sains dalam kehidupan.

EK: Prinsip tanggungjawab sosial menjaga kebersihan diri dan tempat perniagaan.

1.1 menghubungkait aktiviti seharian dengan Sains.

1.1.1 menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 contoh aktiviti harian.

1.1.2 menyatakan kaitan antara aktiviti harian seperti mengambil sarapan pagi, menjaga kebersihan diri dan persekitaran dengan Sains. 1.1.3 memberi contoh-contoh aktiviti harian lain dan kaitannya dengan Sains.

2.0 Memahami makmal sains anda.

EK: menitikberatkan perlunya mengikut peraturan semasa menjalankan tugasan dalam urusan perniagaan.

2.1 menghubungkaitkan peraturan- peraturan dalam makmal

dengan langkah-langkah keselamatan.

2.1.1 mengenal pasti peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal melalui aktiviti.

2.1.2 mewajarkan kepentingan adanya peraturan dan langkah- langkah keselamatan di dalam makmal.

2.2 Mengenal pasti simbol beberapa

contoh bahan berbahaya di

dalam makmal.

2.2.1 menyatakan makna simbol beberapa contoh bahan berbahaya di dalam makmal melalui aktiviti.

2.2.2 menaakul kepentingan penggunaan simbol dalam makmal.

Page 15: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

7

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.0 Memahami langkah-langkah

dalam penyiasatan saintifik.

3.1 mengenal pasti langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.

3.1.1 mengenalpasti kemahiran proses sains dengan menjalankan satu eksperimen.

3.1.2 melengkapkan laporan berdasarkan eksperimen yang dijalankan.

4.0 Memahami radas di dalam

makmal.

4.1 mengenal pasti radas dan fungsinya dalam makmal.

4.1.1 menamakan radas sains di dalam makmal. 4.1.2 menyatakan fungsi radas di dalam makmal. 4.1.3 mengelaskan radas mengikut kegunaannya melalui aktiviti.

5.0 Mengetahui kuantiti-kuantiti

fizikal, pengukuran dan unit-

unitnya.

EK: menitikberatkan

pengukuran yang persis

dan tepat dalam perniagaan.

5.1 menyatakan kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu, dan arus elektrik serta radas

yang sesuai.

5.1.1 mengenal pasti kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu dan arus elektrik.

5.1.2 memilih radas yang sesuai untuk mengukur setiap kuantiti

asas melalui aktiviti.

5.2 menyatakan unit SI bagi setiap kuantiti asas.

5.2.1 mengenal pasti unit SI bagi setiap kuantiti asas. 5.2.2 mewajarkan kepentingan penggunaan unit SI dalam

kehidupan harian.

Page 16: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

8

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

5.3 menyatakan kaedah pengukuran yang betul untuk mendapatkan bacaan yang persis dan jitu.

5.3.1 mengukur panjang menggunakan pembaris, benang dan pembaris, dan pita pengukur melalui aktiviti dalam kumpulan.

5.3.2 mengukur jisim menggunakan neraca yang sesuai melalui

aktiviti dalam kumpulan. 5.3.3 mengukur masa ayunan bandul menggunakan jam randik

melalui aktiviti dalam kumpulan. 5.3.4 mengukur suhu air menggunakan termometer melalui

aktiviti dalam kumpulan. 5.3.5 mengukur isipadu cecair menggunakan silinder penyukat

melalui aktiviti dalam kumpulan. 5.3.6 mengukur isipadu pepejal melalui kaedah sesaran air

menggunakan silinder penyukat melalui aktiviti dalam kumpulan.

5.3.7 mengukur arus elektrik dalam satu litar elektrik ringkas

menggunakan ammeter melalui aktiviti dalam kumpulan.

5.3.8 mewajarkan kepentingan pengukuran yang persis dan jitu

melalui main peranan.

Page 17: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

9

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

5.4 menyatakan imbuhan unit kuantiti fizikal.

5.4.1 menyusun atur imbuhan unit kuantiti fizikal mengikut nilainya seperti ’Tera, Giga, Mega, kilo, desi, senti, mili, mikro’. 5.4.2 menyatakan contoh penggunaan imbuhan unit kuantiti fizikal dalam kehidupan harian.

5.5 menyedari kepentingan

menggunakan unit SI.

5.5.1 mewajarkan penggunaan unit SI dalam kehidupan harian

seperti dalam urus niaga melalui main peranan.

Page 18: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

10

UNIT 2: SAINS HAYAT

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

6.0 Memahami sel sebagai unit

asas kehidupan.

6.1 mengenal pasti sel haiwan dan

sel tumbuhan.

6.1.1 mengenal pasti struktur sel pipi dan sel bawang di bawah mikroskop.

6.1.2 melukis dan melabel struktur asas sel pipi dan sel bawang. 6.1.3 membanding dan membezakan antara struktur asas sel

haiwan dengan sel tumbuhan dari segi dinding sel, membran sel, sitoplasma, nukleus, kloroplas dan vakuol melalui persembahan multimedia.

7.0 Memahami organisasi sel

manusia.

7.1 mengenal pasti jenis-jenis sel manusia.

7.1.1 menyatakan jenis-jenis sel manusia iaitu sel saraf, epitelium, otot, sel pembiakan, darah dan sel tulang.

7.1.2 melukis bentuk setiap jenis sel manusia.

7.2 menyatakan bahawa sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia.

7.2.1 menyusun organisasi sel manusia dari yang ringkas kepada yang kompleks.

7.2.2 mengenal pasti sistem yang menyokong kehidupan iaitu sistem saraf, pencernaan, rangka, pengangkutan, perkumuhan, respirasi, pembiakan dan otot serta fungsinya.

7.2.3 mengenal pasti organ utama dalam setiap sistem. 7.2.4 mewajarkan mengapa manusia adalah organisma

kompleks.

Page 19: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

11

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

8.0 Memahami mikroorganisma

EK: Boleh menggunakan

pengetahuan yang diperolehi

untuk menghasilkan produk

yang boleh dikomersialkan.

EK: mengutamakan kebersihan diri

dan persekitaran dalam

perniagaan.

8.1 mengenal pasti contoh

mikroorganisma.

8.1.1 menyatakan maksud mikroorganisma.

8.1.2 mengenal pasti jenis-jenis mikroorganisma iaitu bakteria, virus, fungi, protozoa dan alga.

8.1.3 memerihalkan kulapuk roti sebagai satu contoh

mikroorganisma melalui aktiviti dalam kumpulan.

8.2 mengenal pasti mikroorganisma

unisel dan multisel.

8.2.1 menyatakan maksud mikroorganisma unisel dan multisel. 8.2.2 melukis dan melabel contoh mikroorganisma unisel dan

multisel. 8.2.3 mengelaskan contoh mikroorganisma kepada unisel dan

multisel melalui persembahan multimedia.

8.3 mengenal pasti kesan

mikroorganisma dalam

kehidupan harian.

8.3.1 menyatakan contoh mikroorganisma yang memberi faedah kepada manusia seperti yis dalam pembuatan roti, bakteria Bacillus dalam pembuatan dadih susu; dan penghasilan baja kompos daripada sisa domestik oleh bakteria dan fungi.

8.3.2 menyediakan doh dengan menggunakan yis.

8.3.3 menyatakan kesan mikroorganisma berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan manusia seperti demam, cirit birit dan penyakit kulit.

8.3.4 mewajarkan kepentingan menjaga kebersihan diri dan persekitaran untuk kehidupan yang sihat melalui persembahan multimedia.

Page 20: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

12

UNIT 3: SAINS FIZIKAL

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

9.0 Mengetahui pelbagai bentuk tenaga dan sumbernya.

EK: mengenal pasti peluang dan peka kepada perkembangan

teknologi hijau dalam

perniagaan.

EK: menyedari peluang dalam

perniagaan melalui inovatif dan

rekacipta.

9.1 mengenal pasti pelbagai bentuk

tenaga.

9.1.1 menyatakan maksud tenaga. 9.1.2 menyenaraikan pelbagai bentuk tenaga melalui aktiviti.

9.2 mengenal pasti sumber pelbagai bentuk tenaga.

9.2.1 memadankan pelbagai bentuk tenaga dengan sumbernya. 9.2.2 meramalkan keadaan kehidupan manusia sekiranya tiada

sumber tenaga elektrik.

9.3 mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama.

9.3.1 menyatakan Matahari sebagai sumber tenaga utama kepada semua sumber tenaga yang lain melalui persembahan multimedia.

9.3.2 memberi contoh-contoh alatan yang menggunakan tenaga

solar dalam kehidupan harian melalui aktiviti dalam kumpulan.

9.4 mengenal pasti perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan harian.

9.4.1 menyatakan tenaga boleh berubah bentuk. 9.4.2 menyatakan perubahan bentuk tenaga oleh alat pengubah

tenaga seperti lampu suluh, televisyen, kipas, jam loceng. 9.4.3 mengenal pasti alat pengubah tenaga yang lain dengan

menyatakan perubahan bentuk tenaga yang berlaku menggunakan persembahan multimedia melalui aktiviti dalam kumpulan.

Page 21: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

13

UNIT 4: SAINS BAHAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

10.0 Memahami jirim.

10.1 Mengenal pasti tiga keadaan

jirim.

10.1.1 menyenaraikan contoh-contoh bahan pepejal, cecair dan gas dalam kehidupan harian.

10.1.2 membezakan tiga keadaan jirim berdasarkan sifat-sifat

fizikal melalui persembahan multimedia. 10.1.3 membandingkan tiga keadaan jirim berdasarkan susunan

dan pergerakan zarah-zarah dan memerihalkan melalui main peranan.

10.1.4 memerihal perubahan keadaan jirim semasa proses

pembekuan, peleburan, pendidihan, kondensasi, dan pemejalwapan.

10.1.5 memberi contoh kejadian dalam kehidupan harian yang

melibatkan perubahan keadaan jirim.

Page 22: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

14

UNIT 5: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

11.0 Memahami tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

EK: Menggunakan sumber yang

pelbagai /sumber kitar semula/ sumber alternatif untuk menghasilkan sesuatu produk dalam perniagaan.

11.1 menerangkan tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

11.1.1 menyatakan maksud tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

11.1.2 memberi contoh tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui melalui persembahan multimedia.

11.1.3 membina sebuah model dapur solar yang efisien daripada bahan terbuang melalui aktiviti dalam kumpulan.

11.1.4 memerihalkan kebaikan dapur solar berbanding dapur konvensional dari aspek kesannya kepada alam sekitar.

11.1.5 mencadangkan cara penggunaan tenaga elektrik dengan lebih cekap sebagai langkah penjimatan tenaga.

Page 23: DSK Teknologi Vokasional - Sains T1 - Guru

20

Terbitan: