drama tikus dan singa

6
DRAMA KREATIF SANG SINGA DAN SI TIKUS LAGU PENCERITA : Si Tikus sangat gembira kerana terdapat tumbuh- tumbuhan yang hijau dan rending S Tikis dapat memakan pelbagai jenis buah-buahan di situ. Si Tikus tidak menghiraukan haiwan-haiwan lain yang berkeliaran di dalam hutan. Ada burung, ada rama-rama, ada gajah dan macam- macam lagi haiwan yang lain. Tiba- tiba.. SI TIKUS: nyyyittt… Opocottt.. Wah, besarnya haiwan ni! Cit cit cit.. Hai.. GAJAH : Hai.. SI TIKUS : Siapa kamu ni? GAJAH : Saya gajah. SI TIKUS : Oh.. Gajah.. besarnya gajah..hehehehe.. saya Si Tikus.. GAJAH : Saya tau. Hahaha SI TIKUS : Babai gajah.

Upload: syahirah-rahimin

Post on 08-Apr-2016

60 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

File ini merupakan skrip bagi teater pendek kanak-kanak yang kami persembahkan untuk dinilai.

TRANSCRIPT

Page 1: Drama Tikus dan Singa

DRAMA KREATIF

SANG SINGA DAN SI TIKUS

LAGU

PENCERITA : Si Tikus sangat gembira kerana terdapat tumbuh-tumbuhan yang hijau dan rending S Tikis dapat memakan pelbagai jenis buah-buahan di situ.

Si Tikus tidak menghiraukan haiwan-haiwan lain yang berkeliaran di dalam hutan. Ada burung, ada rama-rama, ada gajah dan macam-macam lagi haiwan yang lain. Tiba- tiba..

SI TIKUS: nyyyittt… Opocottt.. Wah, besarnya haiwan ni! Cit cit cit.. Hai..

GAJAH : Hai..

SI TIKUS : Siapa kamu ni?

GAJAH : Saya gajah.

SI TIKUS : Oh.. Gajah.. besarnya gajah..hehehehe.. saya Si Tikus..

GAJAH : Saya tau. Hahaha

SI TIKUS : Babai gajah.

GAJAH : Babai.

PENCERITA : Si Tikus dah jumpa gajah. Kemudian Si Tikus meneruskan perjalanannya di dalam hutan. Tiba-tiba Si Tikus ternampak seekor singa.

Page 2: Drama Tikus dan Singa

Singa sedang tidur. Si Tikus pun menghampiri singa. Tikus pelik dengan singa. Tikus berlari-lari di atad badan singa. Bulu singa yang lembut itu ibarat permaidani bagi tikus. Tikus pun memberanikan dirinya pergi ke bahagian hidung singa. Tiba- tiba, tikus tercakar muka singa. Singa pun..

SINGA : Aduh!!!

SI TIKUS : cit..cit..cit..

SINGA: Siapa yang berani mengganggu aku? (Sambil memijak ekor Si Tikus)

SI TIKUS : Takutnya.. takutnya.. Maafkan aku Singa.. Aku bukan ingin mengganggu kamu.

SINGA : Aku adalah Raja Rimba, ditakuti oleh semua haiwan di dalam hitan ini.

SI TIKUS : Janganlah marah.. Aku hanya ingin memegang bulumu yang cantik.. cit.. cit.. cit.. Kamu kan Singa.. wah.. ade badan yang menarik.. hikhikhik.. cit cit cit

SINGA : Berani kamu cuba untuk memegang badanku.

SI TIKUS : Tidak singa.. Singa.. Lepaskan lah ekor ku.. sakit.. hikhikhik…

SINGA : Sakit?

SI TIKUS : Sakit…

SINGA : Padan muka.. HAHAHAHAHA

SI TIKUS : Jangan lah macam tu..

SINGA : Baiklah aku lepaskan.

SI TIKUS : Terima kasih Singa. HAA.. Singa nak dengar tak?

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,

MASAK SEBIJI DI ATAS PETI, (berhenti kejap)

HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,

HUTANG BUDI DIBAWA MATI.

Hik..hik..hik..

Page 3: Drama Tikus dan Singa

SINGA : Suka benor la tu..

GROUP NYANYI : PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,

MASAK SEBIJI DI ATAS PETI,

HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,

HUTANG BUDI DIBAWA MATI.

SINGA : Begitu pandai kau berpantun Si Tikus.

SI TIKUS : Tak lah Singa. Aku tidak pandai berpantun.

SINGA : Jangan nak tipu.

SI TIKUS : Tidak, aku tidak tipu.

SINGA : Habis, mana kau dengar pantun ini?

SI TIKUS : Haa. Singa nak tau? Sekejap.. biar aku ingat, aku ni pelupa..hikhikhik.. HAA!! Aku dengar dari lagu kanak-kanak. Singa tak pernah dengar ke?

SINGA : Tak pernah.. Tapi, aku nak dengar..

SI TIKUS : Kalau macam tu, mari kita nyanyi lagu kanak-kanak sama-sama yer.

GROUP NYANYI : “LAGU RASA SAYANG”

PENCERITA : Sang Singa berasa sangat gembira dengar Si Tikus berpantun. Hari-hari tikus datang ke tempat tinggal singa untuk memperdengarkan pantunnya kepada singa.

MATA HIDUNG MULUT TELINGA,

KURNIAAN TUHAN PANCAINDERA,

HIDUP GEMBIRA TIKUS DAN SINGA,

Page 4: Drama Tikus dan Singa

DI DALAM HUTAN CERIA BERSAMA.

BUNGA MEKAR HARUM KASTURI,

INDAH DI TAMAN INDAH DI HATI,

BIJAK BERPANTUN TIKUS BESTARI,

DALAM HUTAN HIDUP BERSERI.

Kadang-kadang Sang Singa mengaum kegembiraan apabila mendengar tikus berpantun. Haiwan-haiwan lain juga selalu datang ke tempat tinggal Singa untuk mendengar tikus berpantun. Ada rama-rama, ada burung, ada gajah dan macam-macam haiwan lain lagi.

Pada suatu hari, tikus datang ke tempat tinggal singa. Tetapi, singa tiada.. di mana singa yer? Puas tikus mencari di sana sini. Tetapi singa tetap tiada.

SI TIKUS : Mana singa ni? Nak main sama-sama. Alaa..

PENCERITA : Tikus tunggu di tempat tinggal singa sehingga hari petang. Apabila matahari terbenam, tiba-tiba, Tikus terdengar suara singa meminta tolong.

SINGA: TOLONG..TOLONG..

PENCERITA : Tikus berlari-lari mencari suara singa yang meminta tolong tersebut. Tiba-tiba, Si Tikus ternampak Sang Singa terperangkap di dalam jaring dan kelihatan dirinya sangat lemah. Si Tikus sibuk berfikir idea cara untuk melepaskan singa dari jaring tersebut. Dan dia berfikir untuk menggigit tali-tali jaring tersebut menggunakan giginya yang tajam. Akhirnya, tali jaring tersebut putus dan Singa dapat membebaskan diri. Singa sangat gembira.

SINGA : I’m free. Aku bebas. HAHAHAHAHA.. AAUUMM..AAUUMMM

SI TIKUS : yea yea yea.. Singa dah bebas. Yea yea

SINGA : Terima kasih Si Tikus.

Page 5: Drama Tikus dan Singa

SI TIKUS : Sama-sama.

SINGA : PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,

MASAK SEBIJI DI ATAS PETI,

HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,

HUTANG BUDI DIBAWA MATI

SI TIKUS : Pandai nya Singa. Singa pandai berpantun ke?

SINGA : Biasa lah tiru.. hahahahaha.

PENCERITA : Akhirnya Sang Singa dan Si Tikus hidup gembira selama-lamanya. Mereka menjadi kawan yang baik.

LAGU: