drama komsas dan borang pertandingan

10
129 DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP KERTAS KONSEP DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa. 1.2Pertandingan Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. 1.3 Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. 1.4Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.5 Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik. 2.0 SUMBER Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5. 3.0 TEMA Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan. 4.0 PENYERTAAN 4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan. 4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew. 4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masing- masing sebelum dikemukakan untuk pertandingan. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: iza6190

Post on 16-Jul-2016

265 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

borang dramakomsas

TRANSCRIPT

Page 1: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

129

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

KERTAS KONSEPDRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

1.1Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa.

1.2Pertandingan Peringkat Daerah dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

1.3Pertandingan Peringkat Negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

1.4Johan setiap negeri akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat Kebangsaan yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.5Pertandingan Drama KOMSAS anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia merujuk pengajaran dan pembelajaran teks komponen sastera dan aktiviti kokurikulum akademik.

2.0 SUMBER

Drama daripada teks Komponen Sastera tingkatan 1 hingga 5.

3.0 TEMA

Nilai-nilai Murni Ke Arah Menjana Kecemerlangan Modal Insan.

4.0 PENYERTAAN

4.1 Murid-murid tingkatan 1 hingga 5 Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Kerajaan Bantuan Kerajaan.

4.2 Jumlah individu yang terlibat dalam produksi hendaklah tidak melebihi 15 orang termasuk pengarah, pelakon dan krew.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 2: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

130

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

4.3 Senarai nama pelakon dan tenaga produksi hendaklah mendapat pengesahan daripada Pengetua sekolah masing-masing sebelum dikemukakan untuk pertandingan.

4.4 Guru pembimbing / jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru.

4.5 Setiap pasukan dibenarkan menghantar tiga (03) orang guru berdasarkan kapasiti berikut :

4.5.1 Pegawai Penyelaras Negeri ... 1 orang4.5.2 Guru Pembimbing/ Jurulatih ... 2 orang

4.6 Penyertaan pelbagai kaum dalam kumpulan yang menyertai pertandingan amat digalakkan.

5.0 SKRIP

5.1 Petikan skrip daripada mana-mana buku teks Komponen Sastera Melayu ( KOMSAS ) Tingkatan 1 hingga 5 – drama semasa.

5.2 Skrip boleh ditambah baik dan diadaptasi tetapi tidak terpesong daripada skrip asal.

5.3 Skrip perlu dihantar kepada urus setia semasa pendaftaran.

6.0 DISIPLIN PENTAS.

6.1 Ruang lakon hanya DIBATASKAN di pentas yang disediakan.

6.2 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan. Penggunaan prop yang berbahaya sama ada digunakan atau sebagai hiasan sewaktu pementasan seperti benda-benda tajam atau senjata dalam bentuk asal adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya hendaklah menggunakan replika ( yang selamat ) sahaja.

6.3 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK DIBENARKAN.

6.4 Penggunaan alatan multimedia seperti projektor tayangan, projektor LCD serta pancaran laser TIDAK DIBENARKAN.

6.5 Kumpulan drama TIDAK DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan/ berbaur lucah sama ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian bangsa Malaysia juga dilarang dalam pementasan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 3: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

131

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

6.6 Kumpulan juga DILARANG mempamerkan aksi-aksi kekejaman

terhadap manusia / haiwan serta perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan.

6.7 Setiap kumpulan mestilah mematuhi peraturan penggunaan dewan atau pentas dan bertanggungjawab terhadap pemunggahan prop/ set dan kebersihan selepas produksi serta memastikan keselamatan premis yang digunakan.

7.0 MASA PERSEMBAHAN

7.1 Persembahan tidak melebihi 30 minit, tidak termasuk masa transisi. Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong 5 markah daripada markah keseluruhan.

7.2 Masa untuk persiapan dihadkan selama 5 minit dan masa mengosongkan pentas dihadkan selama 5 minit.

7.3 Masa persembahan dikira bermula daripada intro persembahan sama ada dalam bentuk muzik, aksi atau dialog.

8.0 PEMARKAHAN

8.1 Bahasa ( 40 markah )

8.1.1 Pengucapan dialog yang lancar menggunakan struktur ayat yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai dengan watak

8.1.2 Pemilihan kosa kata yang betul, jelas dan sesuai dengan watak

8.1.3 Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai dengan watak

8.1.4 Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa, perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai dengan watak

8.1.5 Memperlihatkan penggunaan ragam bahasa yang sejadi sesuai dengan watak dan budaya setempat

8.1.6 Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 4: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

132

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

8.2 Persembahan (20 markah)

8.2.1 Memperlihatkan persembahan yang meyakinkan.

8.2.2 Memperlihatkan persembahan yang menarik.

8.2.3 Memperlihatkan persembahan yang kreatif.

8.2.4 Memperlihatkan persembahan yang kaya dengan eleman dramatik.

8.2.5 Memperlihatkan persembahan yang berjaya mengangkat tema, pemikiran dan nilai-nilai murni dengan jelas.

8.3 Lakonan ( 20 markah )

8.3.1 Pelakon berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dengan baik.

8.3.2 Pelakon berjaya memperlihatkan lakonan melalui pergerakan ( gerak, gerak isyarat / gesture dan ekspresi ) dengan baik.

8.3.3 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan ( suara – artikulasi, intonasi dan projeksi ) yang baik .

8.3.4 Pelakon berjaya memperlihatkan kesatuan lakonan (sebagai satu ensembel) dengan baik.

8.3.5 Pelakon berjaya memperlihatkan penghayatan watak dengan baik.

8.3.6 Pelakon berjaya mengolah bahasa dengan baik dan indah.

8.4 Sinematografi ( 10 markah )

8.4.1 Rekaan set yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

8.4.2 Rekaan/pilihan prop yang menarik, berfungsi dan dimanfaatkan.

8.4.3 Rekaan cahaya yang menarik dan bermakna.

8.4.4 Tatarias yang memperkuatkan watak dan perwatakan.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 5: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

133

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

8.4.5 Rekaan/pilihan kostum yang sesuai, menarik dan mampu memperkuatkan watak dan perwatakan.

8.4.6 Kesan khas dan kesan bunyi yang menarik dan berkesan.

8.5 Pengarahan ( 10 markah )

8.5.1 Pengarah berjaya melakukan tafsiran yang tepat dan menarik terhadap skrip.

8.5.2 Pengarah berjaya mentafsir dan membentuk watak serta perwatakan dalam drama.

8.5.3 Pengarah berjaya membentuk dan mengawal keseluruhan lakonan dengan baik.

9.0 PENGHAKIMAN / PENILAIAN.

9.1Peringkat Daerah dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.2 Peringkat Negeri dinilai oleh 3-5 orang hakim, termasuk Ketua Hakim.

9.3Peringkat Kebangsaan dinilai oleh 5 orang hakim, termasuk Ketua

Hakim.

9.4 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

9.5 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

9.6Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan kertas konsep

Kementerian Pendidikan Malaysia.

9.7 Keputusan Panel Hakim adalah MUKTAMAD.

10.0 DISIPLIN PESERTA

10.1 Semua peserta hendaklah menjaga disiplin diri sepanjang pertandingan ini berlangsung terutama tatacara berpakaian dan adab kelakuan bagi menjaga nama baik program, individu serta sekolah.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 6: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

134

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

10.2 Penggunaan selipar, berseluar pendek, baju ’t’ tanpa kolar serta pakaian yang mencolok mata adalah DILARANG sama sekali sewaktu menonton persembahan sepanjang pertandingan berlangsung, termasuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah.

10.3 Setiap pasukan mestilah mematuhi arahan dan peraturan pihak penganjur/ pengelola bagi memastikan kelancaran program.

11.0 TINDAKAN

11.1 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MEMBATALKAN penyertaan kumpulan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep .

12.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 7: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

135

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

BORANG PEMARKAHANDRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Giliran No. : ……………………………………………………………………

Sekolah : ……………………………………………………………………

Tajuk Drama : ……………………………………………………………………

Perkara KriteriaPenskoran

Markah Catatan

Bahasa(40 markah)

Struktur tatabahasa yang betul, sebutan jelas dan lancarPengolahan bahasa yang baik, indah & gramatis

Lemah: 1 – 10Baik: 11 – 29Cemerlang: 30 - 40

Persembahan( 20 markah )

Meyakinkan/ menarikKreativiti/Dramatik

Pemikiran

Lemah: 1 - 6Baik: 7 - 14Cemerlang:15 - 20

Lakonan( 20 markah )

Penghayatan watakGesture/gerak isyaratKesatuan lakonanPentafsiran watak

Lemah: 1 - 6Baik: 7 - 14Cemerlang: 15 - 20

Sinematografi( 10 markah )

Rekaan SetProp, kesan bunyi, cahayaTatarias

Lemah: 1 - 3Baik: 4 - 7Cemerlang: 8 - 10

Pengarahan( 10 markah )

Tafsir skripBentuk watakKawalan keseluruhan

Lemah: 1 - 3Baik: 4 - 7Cemerlang: 8 - 10

JUMLAH 100

Tandatangan Hakim : ..........................................

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 8: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

136

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

BORANG KEPUTUSAN HAKIM INDIVIDUPERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT KEBANGSAAN

Nama : ................................................................ Tarikh : ................................

GILIRAN PESERTA MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM1/2/3/4//5

Tandatangan Hakim………………………………..

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 9: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

137

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

BORANG PENENTUAN KEPUTUSANPERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT KEBANGSAAN

GILIRANPESERTA

HAKIM1

HAKIM2

HAKIM3

HAKIM4

HAKIM5

JUMLAH KEDUDUKAN

Pengesahan oleh Ketua Hakim,

………………………………………( )

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 10: Drama KOMSAS Dan Borang Pertandingan

138

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAHKERTAS KONSEP

BORANG KEPUTUSAN RASMIPERTANDINGAN DRAMA KOMSAS

PERINGKAT KEBANGSAAN

A. KEPUTUSAN KESELURUHAN

KEDUDUKAN GILIRAN PESERTA JUDUL DRAMA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

B. KEPUTUSAN INDIVIDU

ANUGERAH WATAK JUDUL DRAMA GILIRANPELAKON LELAKI

TERBAIKPELAKON

PEREMPUAN TERBAIK

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

PELAKON PEMBANTU PEREMPUAN

TERBAIKSINEMATOGRAFI

TERBAIKPENGARAH TERBAIK

PENGESAHAN HAKIMHAKIM NAMA TANDATANGAN TARIKH

12345

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA