draf lawatan presentation

2
Kaedah Lawatan Definisi Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah Ciri-ciri Penting 1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung 2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran 3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses- proses yang berlaku 4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah 5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat. 6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar 1.5. Kaedah lawatan Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya.

Upload: syeera95

Post on 23-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

lasjnsjx

TRANSCRIPT

Page 1: Draf Lawatan Presentation

Kaedah Lawatan                                               DefinisiLawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenarPelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah                                                                              Ciri-ciri Penting

1.     Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung

2.     Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran

3.    Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku

4.     Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan  disekolah

5.     Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

6.     Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara  yang diajar

 

1.5.       Kaedah lawatan

Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh

memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan

suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau

keadaan secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat

menimbulkan kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral

yang diterapkan lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai

dilawati adalah seperti kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air

terjun, zoo negara, akuaria KLCC tempat pembuangan sampah, rumah

kebajikan, tempat rekreasi dan sebagainya.

Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu

sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai

objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih

tempat yang sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian

guru menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian.

Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan

kepada murid. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.

Page 2: Draf Lawatan Presentation

Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah

sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan,

guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan

nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan

apa yang dilihat.

Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada

murid.ia juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.

Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral.

Bagi pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron

Highland iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan

nikmat pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian

dan boleh mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain

itu mereka boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri

supaya bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya

dapat berjaya, murid-murid juga boleh berjaya.

Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat

pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu,

adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan

itu, maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar