VOL. 5 (2) NOVEMBER 2018
Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu
Pe
rta
nik
a M
ah
aw
an
gsa
P
ert
an
ika
MA
HA
WA
NG
SA
P
ert
an
ika
MA
HA
WA
NG
SA
P
ert
an
ika
MA
HA
WA
NG
SA
Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Latar Belakang
Pertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan
dan perbincangan isu pertanian tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan
pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural Science. Pada 1992, Pertanika
diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH),
Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST)
sebagai memenuhi keperluan jurnal yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini
memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang yang pelbagai di universiti.
Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Pertanika MAHAWANGSA
(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu). Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa,
budaya dan warisan Melayu. Pertanika MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa Melayu, dua kali
setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada pengarang dari seluruh dunia
Matlamat
Menyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.
Kualiti
Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan
penerimaan makalah dijamin dalam tempoh 14 minggu. Masa diambil daripada serahan makalah
kepada penerbitan untuk artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.
Indeks Petikan
Pengetahuan dan pengalaman penerbitan selama 33 tahun telah melayakkan siri terbitan Pertanika
diindeks dalam SCOPUS (Elsevier), Thomson (ISI) Web of Knowledge [CAB Abstracts], EBSCO,
DOAJ, ISC, MyAIS dan Rubriq.
Visi
Pertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal
kepada umum. Pertanika berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat
kepada ahli akademik dan masyarakat umum. Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu
utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.
Skop dan Matlamat
Matlamat Pertanika MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa,
budaya dan warisan Melayu merentas disiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual,
teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka kebahasaan, kesusasteraan,
pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu dan
diaspora Melayu.
Kenyataan Redaksi
Pertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Pertanika Bahasa,
Budaya dan Warisan Melayu ialah Pertanika MAHAWANGSA.
Sidang Editorial 2013-2018
Ketua Editor
Arba’ie Sujud
Kesusasteraan Bandingan, Stilistik, Kesusasteraan
dalam Multimedia
Universiti Putra Malaysia
Editor Bersekutu I
Mohd Zariat Abdul Rani
Teori dan Kritikan Sastera Universiti Putra Malaysia
Editor Bersekutu II
Muhd Zulkifli Ismail
Bahasa dan Kesusasteraan Arab
Universiti Putra Malaysia
Anggota Sidang Editorial
Arndt Graf, Linguistik dan Bahasa Melayu, Goethe-University Frankfurt, Germany.
Barbara Watson Andaya, Pengajian Sejarah Alam Melayu, University of Hawai‘i, USA.
Che Ibrahim Salleh, Linguistik Terapan dan Tatabahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia.
Deddy Mulyana, Komunikasi antara budaya, Universitas Padjadjaran, Indonesia.
Ezhar Tamam, Komunikasi antara Budaya, Pembangunan Belia dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Halis Azhan, Penulisan Kreatif, Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Putra Malaysia.
Hashim Musa, Sosiolinguistik, Falsafah Bahasa, Manuskrip Melayu dan Tulisan Jawi, Universiti Putra Malaysia.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan, Kesusasteraan Melayu Moden, Universiti Malaya.
Noriah Mohamed, Bahasa Melayu dan Linguistik, Universiti Sains Malaysia.
Osman Bakar, Falsafah Sains, Peradaban dan Pemikiran Islam, Universiti Brunei Darussalam.
Syed Farid Alatas, Sosiologi Pengajian Masyarakat dan Budaya Melayu, National University of Singapore.
Wu Zong Yu, Bahasa, Sastera dan Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University, China.
Zaharani Ahmad, Bahasa Melayu dan Linguistik, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ketua Editor
Pertanika MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu),
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-9769 3714
E-mel: [email protected]
Laman Sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my
Penerbit
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia
Tel: +603 8946 8855, 8946 8854 • Faks: +603 8941 6172
E-mel: [email protected]
Laman Web : http://penerbit.upm.edu.my
© 2018 Penerbit Universiti Putra Malaysia. Hak Cipta Terpelihara.
Corak dasar : PUCUK REBUNG
Variasi : PUCUK REBUNG BUAH PADI
Filosofi : Pucuk rebung buah padi
Tanda hidup mengenang budi
Sebarang kerja akan menjadi
Ilmu banyak dada berisi
Keterangan Warna
Emas : Mercu Kegemilangan
Ungu : Warisan Peradaban Melayu
Adaptasi daripada:
Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau
Penulis: Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus
dan Auzar Thaher
Terbitan: BKPBM dan Adicita, Yogjakarta Indonesia
MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Vol. 5 (2) November 2018
Kandungan
Makalah Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial Dalam Konteks
Malaysia
Mohd. Fauzi Fadzil dan Mohamad Fauzi Sukimi
449
Ketidaksantunan Bahasa Dalam Blog Politik Di Malaysia
Azizul bin Haji Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
461
Konsep Ucapan “Selamat” Dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan
Bahasa Thai
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam
Sha’ri dan Norizan Che Su
481
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam
Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
Ab. Halim Mohamad dan Mohd Azidan Abdul Jabar
495
Unsur Politik Dalam Novel Nenek Karya Razali Endun
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
505
MAHAWANGSA 5 (2): 449 – 460 (2018)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial Dalam
Konteks Malaysia
Mohd. Fauzi Fadzil1*
dan Mohamad Fauzi Sukimi2
1Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia, 43400, UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan 2Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan Dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
ABSTRAK
Penulisan ini dilakukan dengan tujuan untuk meneroka peranan kedai mamak sebagai platform
kesepaduan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Sehubungan dengan itu, dua tujuan
kajian telah dibentuk untuk mengkaji peranan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial,
iaitu menjelaskan kedudukan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial berdasarkan
pandangan pengunjung kedai mamak dan membincangkan hubungan antara First Places, Second
Places dengan Third Places dalam membentuk kesepaduan sosial berdasarkan pandangan
pengunjung kedai mamak. Teori Third Places digunakan untuk menganalisis peranan ruang sosial
lain yang wujud sebelum kedai mamak dalam memangkin kesepaduan sosial dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Pendekatan penyelidikan kualitatif digunakan dalam penulisan ini.
Teknik pengumpulan data yang dipilih ialah temu bual mendalam dan pemerhatian. Unit analisis
bagi kajian ini ialah pengunjung kedai mamak yang mempunyai rakan-rakan dari etnik yang
pelbagai. Penulisan mendapati bahawa dapatan daripada informan menunjukkan bahawa
rumah/kejiranan ialah First Places, tempat kerja/ belajar ialah Second Places dan kedai mamak
adalah Third Places. Peranan Third Places dalam penulisan ini adalah untuk menyambung
hubungan sosial yang telah terbentuk dalam First Places dan Second Places. Penulisan ini
menyimpulkan bahawa kedai mamak berada dalam kedudukan Third Places, Justeru, dalam
membincangkan kesepaduan sosial maka perhatian seharusnya diberikan kepada First Places dan
Second Places berbanding dengan Third Places.
Kata kunci: Hubungan Etnik, Kesepaduan Sosial, First Places, Second Places, Third Places,
Kedai Mamak.
Mamak Shop as Social Cohesion Platform in Malaysia Context
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Mohd. Fauzi Fadzil)
[email protected] (Mohamad Fauzi Sukimi)
*Penulis penghubung
ABSTRACT
This writing is aimed at exploring the role of
mamak shop as a social cohesion platform in
the context of ethnic relations in Malaysia.
With that, two research objectives have been
set up to investigate the role of mamak shops
as a social cohesion platform which is to
clarify the mamak shop position as a social
cohesion platform based on the view of
mamak shop customer and discussing the
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Mohd. Fauzi B Fadzil dan Mohamad Fauzi Sukimi
450 MAHAWANGSA 5 (2): 449 - 460 (2018)
relationship between First Places, Second Places and Third Places in shaping social
cohesion based on the view of mamak shop customer. Third Place Theory is used to
analyze the role of other social space that exists before the mamak shop in catalyzing
social cohesion in Malaysian society. Qualitative research approach is used in th is writing.
The data collection techniques selected are in-depth interviews and observations. The
analysis unit for this study is the mamak shop customer that has various ethnic groups
friends. This articles shows that the findings from informants indicate that the
home/neighborhood is the First Places, workplace/study is the Second Places and mamak
shop is the Third Places. The role of Third Places in this articles is to connect the social
relation that have formed in First Places and Second Places. This article concludes that
mamak shop are the Third Place, hence in discussing social cohesion then attention should
be given to First Places and Second Places ather than Third Places.
Keywords: Ethnic Relations, Social Cohesion, First Places, Second Places, Third Places, Mamak
Shop.
PENGENALAN
Malaysia dibina sebagai sebuah negara berasaskan masyarakat berbilang etnik (multi-
ethnic) dengan 200 kumpulan mewakili subetnik, kumpulan bahasa dan dialek
(Baharuddin, 2012). Hubungan etnik di Malaysia pada masa ini diwarnai dengan
beberapa peristiwa seperti Peristiwa 13 Mei (1969), Peristiwa Kampung Rawa (1998),
Peristiwa Kampung Medan (2001), Peristiwa Plaza Low Yat (2015) dan yang terbaru kes
Surau Austin Perdana (2017). Peristiwa tersebut melibatkan pertumpahan darah dan
konflik secara perkelahian fizikal. Keadaan ini seakan-akan menggambarkan hubungan
etnik yang bersifat negatif berlaku dalam konteks Malaysia.
Namun, Baharuddin (2012) berpendapat bahawa hubungan etnik di Malaysia
masih berada dalam keadaan yang baik. Pendapat tersebut berdasarkan pencapaian
Malaysia yang berada tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang
daripada 50 tahun, malah Malaysia ialah satu-satunya negara heterogeneous dengan
komposisi demografi pelbagai etnik berada di kedudukan paling atas dalam senarai
Global Peace Index. Keadaan yang menggambarkan hubungan positif dan negatif dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia membawa kepada penulisan makalah ini, timbul
persoalan berkenaan platform kesepaduan sosial yang mampu memperbaiki hubungan
etnik di Malaysia dan dalam konteks makalah ini fokus platform tersebut ialah kedai
mamak.
Permasalahan paling utama yang ingin diselesaikan oleh kajian ini adalah
berkenaan kedudukan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial berdasarkan
perspektif teori Third Places. Tidak dapat dinafikan berlaku interaksi sosial antara etnik
yang berbeza di kedai mamak, namun apakah kedai mamak mampu berfungsi sebagai
platform kesepaduan sosial? Teori Third Places digunakan untuk menganalisis peranan
ruang sosial lain yang mungkin wujud sebelum kedai mamak dalam memangkin
kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Penulisan ini mempunyai dua
objektif, iaitu menjelaskan kedudukan kedai mamak sebagai platform kesepaduan sosial
berdasarkan pandangan pengunjung kedai mamak, dan membincangkan hubungan antara
First Places, Second Places dan Third Places dalam membentuk kesepaduan sosial
berdasarkan pandangan pengunjung kedai mamak. Wacana kesepaduan sosial dalam
Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial Dalam Konteks Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 449 – 460 (2018) 451
konteks makanan hanya dimulakan sekitar 2012, justeru penulisan ini membantu
mengembangkan wacana kesepaduan sosial yang dimulakan oleh Shamsul Amri
Baharuddin (2008).
KONSEP KESEPADUAN SOSIAL
Konsep kesepaduan sosial mula dibincangkan pada abad ke-19, konsep tersebut mula
diperkenalkan oleh Emile Durkheim (Berger, 2000). Konsep ini mula mendapat
perhatian apabila berlaku perubahan sosial yang besar di Eropah pada abad ke-19. Proses
industrialisasi, urbanisasi, kemasukan para pendatang secara besar-besaran dan
pertambahan populasi penduduk berlaku pada waktu berkenaan. Masyarakat Eropah
mengalami perubahan sosial yang menyaksikan kepelbagaian etnik dalam masyarakat.
Justeru, wacana kesepaduan sosial mula mendapat tempat dalam menerangkan fenomena
masyarakat di Eropah.
Pada peringkat awal, konsep kesepaduan sosial dibincangkan oleh Durkheim
dengan menggunakan istilah solidariti sosial. Konsep ini difahami oleh Durkheim
sebagai kebergantungan dan kesetiaan yang dikongsi kepada negara dan keterikatan
dalam hubungan yang saling bergantung. Konsep solidariti sosial (konsep kesepaduan)
dibahagikan oleh Durkheim dalam dua bentuk, iaitu solidariti mekanik dan solidariti
organik. Menurut Durkheim, perubahan daripada solidariti mekanik kepada solidariti
organik akan sentiasa berlaku dalam masyarakat (Pahl, 1991).
Jika konsep kesepaduan sosial dibawa ke dalam konteks Malaysia, perkembangan
wacana tersebut dilihat bermula sekitar 2010 dan di bawa oleh Shamsul Amri
Baharuddin. Wacana kesepaduan sosial dilihat dengan pendefinisian yang berbeza oleh
Shamsul Amri Baharuddin, beliau melihat wacana tersebut daripada sudut kemanusiaan
yang umum (kebergantungan). Beliau berpendapat bahawa kesepaduan sosial dalam
konteks Malaysia mempunyai kaitan simbiotik antara ekonomi, politik dan hubungan
intim (sosial) antara masyarakat, negara dan pasaran. Shamsul Amri Baharuddin melihat
hubungan simbiotik antara elemen tersebut dalam konteks Malaysia akan mendukung
keamanan dan kestabilan politik, keadaan ini seterusnya membolehkan kesepaduan sosial
terus bertahan (Baharuddin, 2011).
Shamsul Amri Baharuddin telah membawa konsep perpaduan nasional dan
integrasi nasional sebelum membincangkan konsep kesepaduan sosial. Shamsul Amri
Baharuddin mengatakan bahawa perpaduan nasional ialah satu matlamat akhir dalam
hubungan etnik manakala integrasi nasional ialah proses untuk menyatukan masyarakat
daripada kelompok yang berbeza untuk mencapai perpaduan. Namun, Baharuddin (2012)
berpendapat bahawa idea perpaduan nasional yang mewujudkan satu bangsa, satu agama,
satu bahasa dan satu negara ialah sesuatu yang utopia pada zaman moden. Justeru, beliau
mula mengembangkan wacana kesepaduan sosial yang dilihat lebih realistik, terutama
dalam konteks Malaysia.
Walaupun setakat waktu sekarang belum ada mana-mana negara moden yang
mencapai perpaduan nasional (termasuk Malaysia). Namun kestabilan melalui
persamaan, saling ketergantungan dan pengalaman yang sama telah dapat dirasai oleh
masyarakat termasuk di Malaysia. Kestabilan ini boleh dimaksudkan sebagai kesepaduan
sosial. Kesepaduan sosial dalam konteks Malaysia mempunyai empat ciri utama, iaitu i)
satu proses dan bukannya matlamat akhir; ii) satu hasil melibatkan ahli dalam
masyarakat berada ‘di dalam’ dan yang ‘di luar’ (sempadan sosial inklusif dan eksklusif);
Mohd. Fauzi B Fadzil dan Mohamad Fauzi Sukimi
452 MAHAWANGSA 5 (2): 449 - 460 (2018)
iii) berdasarkan perkongsian nilai-nilai bersama dan yang terakhir; iv) cenderung untuk
menumpukan perhatian yang sangat sedikit terhadap konflik dan lebih menekankan
mekanisme penyelesaian (Kamri, 2014).
PLATFORM KESEPADUAN SOSIAL DALAM KONTEKS MALAYSIA
Gabungan tiga buah bahagian, iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada
tahun 1963 telah membentuk Malaysia dengan kepelbagaian etnik di dalamnya (Arkib
Negara Malaysia, 2017). Pembahagian etnik yang pelbagai di Malaysia bermula
semenjak zaman pemerintahan British di Tanah Melayu pada 1913 melalui Enakmen
Rizab Melayu (Idris et al., 2015). Kepelbagaian etnik dalam konteks Malaysia
mewujudkan beberapa perbezaan yang menjurangkan hubungan antara etnik. Namun
makanan, muzik dan media merupakan tiga aspek yang dikongsi bersama oleh etnik di
Malaysia (Baharuddin, 2012). Aspek tersebut mampu untuk mewujudkan kesepaduan
sosial melalui platform yang sesuai.
Platform kesepaduan dalam kontekas Malaysia dapat dijelaskan dengan
menggunakan teori Third Places yang dibawa oleh Oldenburg (1989). Third Places
membincangkan sebuah ruang sosial ketiga yang wujud selepas First Places dan Second
Places, Oldenburg merujuk First Places kepada rumah/kejiranan dan Second Places
kepada tempat kerja/belajar. Namun Oldenburg tidak meletakkan sebarang tempat
khusus untuk menggambarkan Third Places. Beliau hanya menggariskan ciri-ciri khusus
Third Places sebagai rujukan. Third Places dianggap sebagai sebuah tempat umum tidak
formal untuk tujuan berkumpul (Oldenburg, 1996), penulisan ini meletakkan kedai
mamak sebagai Third Places. Ciri-ciri Third Places seperti yang diterangkan oleh
Oldenburg (1989) adalah i) bersifat neutral, tidak terikat dengan sebarang garis politik
atau panduan rasmi; ii) menyamaratakan status masyarakat; iii) aktiviti utama ialah
perbualan dan makan; iv) senang ditemui dan selesa; v) mempunyai pengunjung tetap;
vi) membawa tema yang sederhana dan menerima sesiapa sahaja untuk berkunjung dan
yang terkahir; vii) tidak mempunyai suasana yang tegang.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini tergolong sebagai kajian fenomenologi yang berada di bawah pendekatan
kualitatif. Fenomena kesepaduan sosial dalam konteks kedai mamak cuba untuk difahami
dalam konteks kajian ini. Kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian digunakan untuk
pengumpulan data kajian ini. Persampelan bertujuan (purposive sampling) dan snowball
digunakan terhadap informan kajian ini. Justeru, terdapat beberapa ciri yang ditetapkan
terhadap informan kajian ini. Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam kalangan informan
kajian ini ialah i) terdiri daripada tiga etnik utama, iaitu Melayu/Bumiputera, Cina dan
India; ii) berumur dalam lingkungan 22 hingga 40 tahun; iii) tiada pembahagian
berdasarkan pekerjaan, pendidikan dan kelas sosial dan yang terakhir iv) menjadikan
budaya ‘lepak’ di kedai mamak bersama rakan daripada etnik berlainan sebagai rutin
sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan.
Tahap saturasi telah dicapai untuk kajian setelah data dikumpulkan daripada 13
orang informan. Pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual mendalam telah
disertakan dengan rakaman video untuk memudahkan proses analisis kemudiannya.
Tempoh masa masa selama sebulan diperlukan untuk proses temubual mendalam
terhadap kesemua 13 informan kajian ini. Kutipan data menggunakan kaedah
Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial Dalam Konteks Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 449 – 460 (2018) 453
pemerhatian pula dilakukan dengan pengkaji mengikut informan untuk lepak bersama
rakan-rakan pelbagai etniknya di kedai mamak. Catatan diambil oleh pengkaji terhadap
perbualan dan aktiviti yang dilakukan oleh informan bersama rakan-rakan pelbagai
etniknya. Kaedah pemerhatian dilakukan sekurang-kurangnya sekali terhadap 7 orang
informan. Pengumpulan data terhadap informan dilakukan di kedai mamak yang berada
di sekitar kawasan Parlimen Serdang. Namun, perhatian lebih diberikan terhadap
rangkaian kedai mamak yang terkenal dalam kawasan Parlimen Serdang seperti Nasi
Kandar SS Serdang, Salman Nasi Kandar dan Nasi Kandar Apollo.
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan dapatan kajian untuk penulisan
ini, dapatan kajian ini adalah berdasarkan objektif pertama dan kedua
seperti yang telah diterangkan pada bahagian pengenalan.
i) Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial
Data yang diperolah daripada 13 orang informan menunjukkan tujuh daripada mereka
bersetuju bahawa kedai mamak merupakan Third Places dalam membentuk hubungan
etnik yang positif. Terdapat tujuh faktor yang menunjukkan bahawa kedai mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan Third Places yang dinyatakan oleh Oldenburg (1989). Faktor
pertama ialah kerana kedai mamak mempunyai budaya yang tidak formal berbanding
dengan kedai makanan lain seperti “McDonalds”, “Starbuck” atau kopitiam. Budaya
tidak formal yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pengunjung kedai mamak boleh
berkelakuan secara santai dalam ruangan kedai mamak, pengunjung boleh merokok,
bersembang dengan suara yang kuat atau menonton rancangan kesukaan bersama rakan-
rakan seperti di rumah sendiri. Keadaan ini dapat dilihat melalui data yang diperoleh
daripada beberapa informan. Menurut informan Sharvi (India, 23. Mahasiswa):
“Kawan-kawan saya kebanyakannya memang peminat bola, terutama EPL. So
kalau berkumpul tengok game kat mamak tu memang bising la. Tapi ok ja sebab
orang lain kat situ pun bising juga”.
Menurut informan Zai (Melayu, 40. Pembantu Penyelidik):
“Saya memang tak merokok, tapi ada kawan-kawan yang merokok. So kena layan
juga la dia orang ni. Kalau kat tempat lain susah nak merokok, cuma kalau kat
mamak tu bole lagi la kan, kat meja-meja luar tu”.
Menurut informan Lara (Melayu, 28. Pembantu Penyelidik):
“Kadang-kadang kalau lama dah tak jumpa tu macam-macam cerita la keluar.
Bila dah bercerita tu mula la tak ingat dunia. Huru-hara....so kami cari meja yang
hujung-hujung sikit”.
Faktor kedua yang menjadikan kedai mamak sebagai Third Places berdasarkan
Mohd. Fauzi B Fadzil dan Mohamad Fauzi Sukimi
454 MAHAWANGSA 5 (2): 449 - 460 (2018)
pandangan informan ialah ruang di kedai mamak yang memudahkan pergaulan melalui
penyamaan status antara pengunjung secara mendatar. Komunikasi antara informan
dengan rakan-rakan pelbagai etnik adalah dalam keadaan santai tanpa sebarang batasan.
Mereka tidak menekankan perkara yang serius dan perbualan dilakukan secara terbuka
tanpa batasan status. Suasana kedai mamak dengan layanan kepada pelanggan secara
sama rata lebih memudahkan pergaulan. Pelanggan kedai mamak tidak dibezakan antara
satu dengan yang lain. Status mereka menjadi setaraf dalam ruang kedai mamak.
Keadaan ini dapat dilihat melalui data yang diperoleh daripada beberapa informan.
Menurut informan Acap (Bumiputera Sabah, 30. Pemandu GRAB):
“Kat kedai mamak ni senang nak bersembang, pesan air…nyala rokok. Dah bole
sembang”.
Informan Apek (Melayu, 27. Eksekutif) memberitahu:
“Entah la, duduk ja kat kedai mamak. Automatik dah mula borak”.
Informan Sharvi (India, 23. Mahasiswa) memberitahu:
“Kalau pergi kedai mamak dengan kawan-kawna tu…tengok bola plak. Habis la”.
Faktor ketiga ialah keselesaan untuk berbual di dalam kedai mamak. Selesa untuk
makan dan berbual dalam penulisan ini membawa maksud kedai mamak tersebut tidak
mempunyai sebarang gangguan yang boleh menghalang pengunjung untuk meluangkan
masa yang panjang untuk makan dan berbual, di samping mempunyai keadaan
infrastruktur bersih dan terpelihara. Keadaan ini dapat dilihat melalui data yang diperoleh
daripada beberapa informan. Menurut informan Sharvi (India, 23. Mahasiswa):
“Kedai mamak ni tak semua bersih, kadang-kadang ada juga yang kotor. Tapi saya pilih
yang bersih la”.
Informan Apek (Melayu, 27. Eksekutif):
“Saya memang tak bole kalau semak-semak ni. Jadi hilang selera. Nasib baik kat
luar kolej ada banyak kedai mamak....kalau rasa tak best. Saya cari yang lain ja”.
Informan Topek (Melayu, 28. Eksekutif):
“Tengok tempat juga la, tapi kebanyakannya ok. Macam kat sebelah kuil tu. Kedai
ok ja”.
Faktor keempat pula ialah berkenaan kedudukan kedai mamak mudah ditemukan.
Kedai mamak lebih mudah ditemukan kerana ia tidak terhad di tempat eksklusif sahaja
seperti pusat membeli-belah. Kedai mamak beroperasi dalam kawasan perumahan,
pejabat dan dan pusat membeli-belah. Keadaan ini dapat dilihat melalui data yang
Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial Dalam Konteks Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 449 – 460 (2018) 455
diperoleh daripada beberapa informan. Menurut informan Zai (Melayu, 40. Pembantu
Penyelidik):
“Ada satu kedai mamak tu yang situ je la saya selalu makan, dekat dengan rumah
saya. Saya kalau nak ajak kawan-kawan lepak memang saya suruh datang situ
saja. Kalau tempat lain saya susah sikit”.
Informan Sharvi (India, 23. Mahasiswa):
“Saya kalau di rumah akan pergi kedai mamak sekitar rumah saja. Dekat rumah
saya ada dua kedai mamak dalam kawasan perumahan. Tapi kadang-kadang
pergi tempat lain juga, Cuma selalunya di situ la”.
Informan Acap (Bumiputera Sabah, 30. Pemandu GRAB):
“Kerja saya ni memang kene pusing banyak tempat, kadang-kadang sampai luar
kawasan Selangor. Tapi saya perasan kat mana-mana pun mesti ada kedai
mamak, kalau dah tak da makanan yang saya berkenan....saya pergi mamak je la.
Memang selalunya pun mamak”.
Informan Ashraf (Melayu, 23. Mahasiswa):
“Kami (Ashraf dan kawan-kawan sekuliah) memang pilih kedai mamak kat luar
kolej kediaman. Kat sana mudah nak makan, harga bole tahan, nak emrokok
senang. Dalam kolej susah....so pergi sana la selalu”.
Faktor kelima ialah berkaitan dengan kewujudan pengunjung tetap dan baharu di
kedai mamak. Kedai mamak tidak hanya menghidangkan makanan daripada etnik India-
Muslim, malah kedai mamak turut menyediakan menu makanan daripada etnik yang lain
termasuk Melayu, Cina dan western. Kepelbagaian ini mengikat pengunjung kedai
mamak untuk terus datang sekali gus mewujudkan pengunjung tetap. Kedai mamak juga
sangat kreatif dengan menambah baik menu makanan tradisional, mereka
mempelbagaikan menu roti canai sehingga wujud roti sardin, roti pisang dan roti kapas.
Begitu juga menu makanan tradisional lain seperti nasi lemak, yong tau fu dan sup.
Keadaan ini dapat dilihat melalui data yang diperoleh daripada beberapa informan.
Menurut informan Lara (Melayu, 28. Pembantu Penyelidik):
“Saya ni memang dari kecil mak dah ajar jaga makanan, so kalau nak makan kat
kedai sebarang tu...memang bukan saya la. Tapi kedai mamak ok lagi la”.
Informan Sharvi (India, 23. Mahasiswa):
“Ada hari atau bulan yang saya tak bole makan daging....maksudnya puasa. Kena
makan vegetarian saja. Kalau di kedai mamak memang ada makanan khas
Mohd. Fauzi B Fadzil dan Mohamad Fauzi Sukimi
456 MAHAWANGSA 5 (2): 449 - 460 (2018)
macam tu....so senang la nak makan sambil lepak dengan kawan-kawan Melayu”.
Informan Ashraf (Melayu, 23. Mahasiswa):
“Macam kawan say Shankar, dia memang tak makan langsung benda-benda
daging ni. Nasib baik kedai mamak kat depan tu buat makanan asing. Bekas
makanan pun asing...so senang la Shankar nak makan”.
Informan Acap (Bumiputera Sabah, 30. Pemandu GRAB):
“Saya rasa kedai mamak ok ja...memang ada laporan pasal isu halal. Tapi itu isu
teknikal...setakat ni makanan dia halal dan ada macam...terutama makanan
India”.
Faktor keenam berkenaan penerimaan kedai mamak terhadap sesiapa sahaja untuk
berkunjung sebagai pelanggan. Kedai mamak tidak meletakkan sebarang syarat dalam
bentuk batasan terhadap ciri-ciri pelanggannya sama ada batasan dalam bentuk etnik,
status atau kumpulan. Sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang bebas untuk menjadi
pelanggan dan meluangkan masa di kedai mamak. Keadaan ini dapat dilihat melalui data
yang diperoleh daripada beberapa informan. Menurut informan Apek (Melayu, 27.
Eksekutif):
“Saya ingat ada peristiwa uncle ni hilang wallet, saya jumpa. Saya pegang
dulu…nak bawa pergi balai. Kebetulan masa buat report uncle tu ada, saya
pulangkan lepas tu uncle belanja makan. Tak lama lepas tu dia offer saya kerja,
sempat la saya kerja kejap dengan uncle tu”.
Informan Kavi (India, 22. Mahasiswa):
“Kalau cerita belanja makan ni ada la juga kadang-kadang. Saya pernah bayar
makanan kawan yang tak cukup duit, saya cam muka dia masa di kuliah tapi tak
pernah tegur. Kebetulan satu hari masa tengah makan, dia nak bayar tapi tak
cukup duit. Saya pun tolong la, semenjak tu kalau kami jumpa di universiti, dia
mesti tegur saya. Lepas tu dia perkenalkan saya dalam persatuan pelajar di kolej,
sejak tu saya mula aktif dalam program kolej”.
Informan Topek (Melayu, 28. Kerani):
“Macam-macam cerita. Ada sekali tu uncle tua ni lupa rumah dia…betul-betul
blurrr. Saya tolong la hantar sampai rumah dia. Tanya orang sekeliling. Sampai
rumah anak dia sambut, dia ucap terika kasih sangat. Sampai sekarang, kadang-
kadang saya jumpa anak uncle tu kat kedai mamak tu. Kadang-kadang kami lepak
sembang-sembang. Saya dah anggap uncle tu dengan keluarga dia macam
keluarga angkat saya”.
Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial Dalam Konteks Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 449 – 460 (2018) 457
Faktor terakhir ialah berkenaan keadaan harmoni yang wujud dalam ruangan
kedai mamak. Suasana harmoni yang dimaksudkan dalam kajian ini berkaitan dengan
perwatakan pengunjung kedai mamak yang positif seperti peramah, sopan dan mudah di
dekati yang membawa kepada suasana harmoni. Perwatakan seperti ini memudahkan
interaksi berlaku antara informan dengan rakan-rakan yang baru dikenali yang
kemudiannya membentuk hubungan sosial. Keadaan ini dapat dilihat melalui data yang
diperoleh daripada beberapa informan. Menurut informan Ashraf (Melayu, 23.
Mahasiswa):
“Saya ni memang jenis peramah, ada pernah saya jumpa kawan baru. Ravi nama
dia. Saya tegur dia masa tnegok bola, kebetulan dia sokong Liverpool juga. Lepas
tu dia invote say masuk group, sampai sekarang kami tengok bola kat mamak
sama-sama”.
Informan Ruby (India, 22. Mahasiswa):
“Masa saya tenagh bawa international dari kolej makan. Ada uncle ni tegur
dalam bahasa Cina. Dia semabng dengan international student ni. Saya lepas tu
sembang dengan uncle tu, saya cakap saya minat nak belajar bahasa Cina. Uncle
tu ok ja ajar saya lepas tu bila kami lepak sama-sama”.
Informan Topek (Melayu, 28. Kerani):
“Kalau dah tegur tu, kita layan ja la. Ada kadang-kadang tegur ja, lepas tu dapat
tau asal sama kampong, apa lagi ajak masuk group whatsapp la. Lepas tu mula la
kenal dengan kawan-kawan kampong yang lain”.
Rajah 1: Sumber: Olahan Fadzil & Sukimi (2018) Berdasarkan Idea Oldenburg (1989)
Mohd. Fauzi B Fadzil dan Mohamad Fauzi Sukimi
458 MAHAWANGSA 5 (2): 449 - 460 (2018)
ii) Hubungan Tiga Platform Kesepaduan Sosial dalam Konteks Malaysia
Penulisan ini mendapati bahawa terdapat hubungan antara First Places, Second Places
dan Third Places. Oldenburg tidak membawa perbincangan secara terperinci mengenai
First Places dan Second Places dalam wacana beliau, wacana tersebut telah
dikembangkan dalam penulisan ini. Ciri-ciri First Places dan Second Places yang
dinyatakan di bawah ialah hasil perkembangan wacana kesepaduan sosial yang
dikembangkan melalui idea Oldenburg (1989). Penulisan ini mendapati bahawa rumah/
kejiranan merupakan First Places, tempat kerja/ belajar merupakan Second Places dan
kedai mamak sebagai Third Places.
Rajah 2: Sumber: Olahan Fadzil & Sukimi (2018) Berdasarkan Idea Oldenburg (1989)
Kaitan antara ketiga-tiga platform kesepaduan sosial tersebut dapat dilihat melalui
data yang diberikan oleh informan kajian ini. Kesemua informan bersetuju bahawa
hubungan sosial yang terbentuk di kedai mamak (Third Places) sudah terbentuk di
rumah/ kejiranan (First Places) dan tempat kerja/belajar (Second Places). Keadaan ini
menunjukkan bahawa kedai mamak menjadi ruang sosial untuk menyambung hubungan
sosial antara informan dengan rakan-rakan pelbagai etnik. Fungsi kedai mamak sebagai
platform kesepaduan sosial adalah untuk melanjutkan hubungan sosial yang sudah
terbina di First Places dan Second Places.
Kedai mamak sebagai Third Places tidak dapat wujud tanpa dipangkin oleh First
Places dan Second Places. Sebagai sebuah ruang sosial ia memerlukan hubungan sosial
antara individu dengan rakan-rakan pelbagai etnik di First Places dan Second Places.
Hubungan sosial antara informan dengan rakan-rakan pelbagai etnik wujud dalam ruang
First Places sebagai jiran atau ahli keluarga, manakala dalam ruang Second Places pula
ia wujud sebagai rakan sekerja atau rakan sekelas/kuliah. Namun, dalam ruang Third
Places, iaitu kedai mamak hubungan sosial tidak terbentuk dalam ruang tersebut, tidak
Kedai Mamak Sebagai Platform Kesepaduan Sosial Dalam Konteks Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 449 – 460 (2018) 459
wujud sebarang istilah seperti ‘rakan sekedai’ atau ‘rakan semamak’ seperti istilah yang
wujud dalam ruang sosial primer dan sekunder.
Hubungan antara etnik dalam konteks penulisan ini tidak dapat wujud dengan
hanya bergantung kepada salah satu daripada 3 ruang sosial tersebut (First Places,
Second Places dan Third Places). Hubungan antara etnik hanya akan tercapai apabila
interaksi dan hubungan sosial yang positif dimulakan daripada First Places dan Second
Places, seterusnya dilanjutkan ke Third Places. Justeru, kedai mamak sebagai Third
Places sangat bergantung kepada First dan Second Places untuk diangkat sebagai
platform kesepaduan sosial.
KESIMPULAN Hasil penulisan ini mendapati bahawa ketiga-tiga ruang sosial (First Places, Second
Places dan Third Places) mempunyai peranan masing-masing sebagai platform
kesepaduan sosial. Namun ketiga-tiganya juga memerlukan satu dengan yang lain untuk
berfungsi. Penulisan ini menunjukkan bahawa Third Places bukan sahaja terhad kepada
kedai mamak. Justeru, platform kesepaduan sosial dalam konteks Third Places boleh
dikembangkan dengan tidak terhad hanya kepada kedai mamak. Third Places boleh
sahaja dilihat daripada platform pusat sukan, pusat karaoke atau pusat hiburan. Melalui
hasil kajian ini, maka Third Places lain yang telah dinyatakan tadi dapat diangkat setaraf
dengan kedai mamak dalam wacana kesepaduan sosial. Penulisan ini juga membuktikan
bahawa keterikatan pembentukan hubungan etnik antara ruang sosial di kedai mamak
dengan ruang sosial yang berada di luar kedai mamak membawa kepada satu paradigma
baharu dalam memahami wacana hubungan etnik di Malaysia. Melalui hasil kajian ini
dapat disimpulkan bahawa platform hubungan etnik tidak wujud secara bersendirian
tetapi ia memerlukan ruang lain sebagai sandaran. Penulisan ini juga berjaya
menunjukkan bahawa hubungan sosial antara etnik yang berlainan dalam konteks
Malaysia sebenarnya bermula di First Places dan Second Places. Kajian ini
mencadangkan untuk wacana kesepaduan sosial lebih ditumpukan kepada ruangan
tersebut berbanding dengan Third Places. Kajian ini juga boleh dikembangkan pada
masa hadapan kepada bentuk kuantitatif dengan melibatkan skop dan bilangan informan
yang lebih besar untuk mengukur kepentingan First Places, Second Places dan Third
Places.
RUJUKAN
Arkib Negara Malaysia. (2017). Penubuhan Malaysia 16 September 1963.
http://www.arkib.gov.my. [16 Ogos 2017].
Baharuddin, S. A. (2008). Hubungan Etnik Malaysia: Mencari dan Mengekal Kejernihan
dalam Kekeruhan. Kertas Kajian Etnik, UKM, Vol. 1.
Baharuddin, S. A. (2011). Ilmu Kolonial dalam Pembentukan Sejarah Intelektual
Malaysia: Sebuah Pandangan. Siri Kertas Kajian Etnik, UKM, Vol. 1.
Baharuddin, S. A. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Institut Kajian Etnik.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berger-Schmitt, R. (2000). Social Cohesion an Aspect of the Quality of the Societies:
Concept and Measurement. EuReporting Working Paper No.14. A TSER-Project
financed by the European Comission, Centre for Survey Research and
Methodology (ZUMA), Manheim.
Fadzil, M. F. & Sukimi, M. F. (2018). Kedai Mamak Dalam Konteks Ruang Sosial
Mohd. Fauzi B Fadzil dan Mohamad Fauzi Sukimi
460 MAHAWANGSA 5 (2): 449 - 460 (2018)
Primer, Sekunder Dan Tersier. Thesis Sarjana, Fakulti Sains Sosial Dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Idris, A. S., Hussin, N. & Yussof, I. (2015). Perlaksanaan Customary Tenure Enactment
(CTE) Zaman Kolonial dan Kesannya ke Atas Pentadbiran Tanah Adat di Negeri
Sembilan (1921–1940). Kajian Malaysia, Vol. 33, No. 1:pp.67–92.
Kamri, K. A. (2014). Impak Etnisiti, Tadbir Urus Dan Etika Kerja Tehadap Kesepaduan
Sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM). Thesis Ph.D, Institut Kajian Etnik,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Oldenburg, R. (1989). The great good place. New York: Marlowe.
Oldenburg, R. (1996). Our Vanishing “Third Places”. Planning Commissioners Journal,
No. 25.
Pahl, R. E. (1991). The Search for Social Cohesion: from Durkheim to the European
Commission. European Journal of Sociology, Vol.32: pp. 345-360.
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
Azizul Ismail1*
dan Vijayaletchumy Subramaniam2
1Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2 Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM
Serdang, Selangor Darul Ehsan
ABSTRAK
Makalah ini memfokuskan ketidaksantunan bahasa Melayu dalam blog politik di Malaysia yang
bertujuan untuk mengkategorikan perkataan yang tidak santun dalam blog politik, berpandukan
pendekatan (Jay, 2000 dan Pinker, 2008). Penyelidikan ini menggunakan kajian kepustakaan, soal
selidik, dan pemerhatian. Dokumen yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks yang
dipindahkan daripada blog politik. Penyelidik telah memilih 10 blog politik di Malaysia yang
terdiri daripada 5 blog politik yang menyokong kerajaan, dan 5 blog politik yang menyokong
pembangkang. Penyelidikan ini amat penting kepada penulis dan pengikut blog politik, pengkaji
bahasa serta masyarakat umum supaya hasil penulisan blog politik menepati ciri kesantunan
berbahasa yang merupakan tonggak kepada pembentukan sebuah negara bangsa. Dapatan kajian
menunjukkan, terdapat 94 perkataan tidak santun yang dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu
gelaran kepada individu dan institusi, penyamaan manusia dengan haiwan atau makhluk, anggota
badan, sifat dan kelakuan, penyamaan manusia dengan objek, dan keagamaan dan perkauman
dengan 550 kekerapan secara keseluruhannya dalam blog politik yang dikaji.
Kata kunci : kesantunan, bahasa Melayu, blog politik, kategori perkataan, kerajaan, pembangkang
Impolite of the Malay Language in Malaysia’s Political Blogs
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Azizul Ismail)
[email protected] (Vijayaletchumy Subramaniam)
*Penulis penghubung
ABSTRACT
The article focuses on the etiquette of the
Malay language in Malaysia's political
blogs. The aims of the study is to identify
and categorize words that are impolite in the
political blogs, based on meaning approach
(Jay, 2000; Pinker, 2008). Literary study
methods, questionnaires, as well as
observations were conducted to gather data
for the study. Documents used in this study
are the analyses of texts transferred from
political blogs. The researcher selected 10
political blogs in Malaysia and these
comprised five political blogs that
supported the government and five the
political blogs that supported the
opposition. This research is of significance
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
462 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
to writers and followers of political blogs, linguists and the general public because it can
lend insights to languge etiquette in political blogs while being sensitive to the
characteristics of language etiquette fundamental to the formation of a nation state. The
findings show that there are 94 non-polite words divided into seven categories namely the
title of the individual and the institution, the equality of man with the animal or the beings,
the limbs, the nature and the behavior, the equality of man with object, and religious and
racist with 550 frequency as a whole in the blog studied politics. words that are not politics.
Keywords : Politeness, Malay language, political blogs, categorize words, goverment,
opposition
LATAR BELAKANG
Menurut Awang Sariyan (2007:1), kesantunan bahasa, secara umumnya merujuk kepada
penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan keperibadian mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan
bahasa juga menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun di dunia ini. Hal ini
disebabkan jika kita meminta bangsa lain menghormati bangsa kita, sewajarnya bangsa
kita perlu menghormati bangsa lain terlebih dahulu, dan sentiasa berbudi bahasa dalam
lingkungan bangsa kita sendiri. Hal ini bertepatan dengan ungkapan “Mulia Bangsa
kerana Bahasa” dan “Bahasa Menunjukkan Bangsa”.
Namun, untuk membicarakan aspek kesantunan bahasa kita perlu melihatnya
dengan holistik, iaitu secara menyeluruh aspek kehidupan manusia itu sendiri. Hal ini
disebabkan jika kita membincangkan elemen kehidupan manusia, kita perlu menyentuh
elemen agama, iaitu berkaitan hubungan manusia dengan Tuhan yang mempunyai
hubungan kerohanian dalam kehidupan manusia. Selain itu, hakikat sesuatu bangsa itu
mempunyai akar jati diri yang menjadi pegangan sejak turun temurun daripada generasi
kepada generasi lain untuk membentuk tamadun bangsa. Dalam kehidupan manusia
moden kini, kita tidak boleh memisahkan mereka dengan hakikat hidup bernegara dan
bersosialisasi dengan manusia lain yang menduduki sesebuah negara. Akhir sekali, aspek
psikologi manusia yang menyebabkan seseorang itu unik dan berbeza antara satu sama
lain perlu juga diberikan penekanan dalam membicarakan hal berkaitan kesantunan
berbahasa. Oleh itu, penyelidik akan membincangkan aspek ketidaksantunan bahasa
secara meluas dan holistik dengan melibatkan keempat-empat aspek di atas secara
mendalam.
Kesantunan Bahasa Teras Insan Beragama
Hakikat kemanusiaan itu sendiri yang dijadikan oleh Maha Pencipta terdiri daripada
pelbagai bangsa agar mereka saling berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama
lain untuk memakmurkan dunia ini. Maka pelbagai bangsa yang dicipta itu juga telah
dianugerahi dengan bahasa sendiri oleh Tuhan agar pelbagai ranah komunikasi sesuatu
bangsa dapat dilaksanakan dalam kalangan bangsa tersebut. Namun, Tuhan telah
menyarankan agar fitrah bahasa yang telah dianugerahkan kepada bangsa tersebut
digunakan dengan penuh kejujuran, lemah-lembut dan bersopan-santun serta tidak
menggelar seseorang dengan panggilan yang menghina untuk menghormati status dan
hakikat manusia dan kemanusiaan itu sendiri. Dalam al-Quran, jelas terdapat ayat yang
membincangkan hukum dan keburukan berkaitan bahasa yang digunakan dalam
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 463
komunikasi manusia seperti dalam hal yang berkaitan ghibah (membicarakan aib orang
lain), adu domba, mengumpat, memaki, mencela, menyebar khabar bohong, menghina,
dan bergurau yang berlebihan.
“ ... berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, dan orang
miskin serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia...”
(Surah al-Baqarah 2:83)
“... Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar).
Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan dalam kalangan manusia.
Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi manusia.”
(Surah al-Isra’ 17:53)
Kesan Kesantunan Bahasa Teras Peradaban Bangsa
Dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional, hal berkaitan kesantunan berbahasa
amat dititikberatkan. Malahan, kesantunan bahasa dan adab sopan merupakan hal yang
amat penting dalam pandangan sarwajagat masyarakat Melayu sejak zaman dahulu
hingga kini. Hal tersebut dibuktikan apabila telah terdapat ribuan karya persuratan
Melayu seperti hikayat, syair, pantun, gurindam, peribahasa, bidalan, seloka yang
menggambarkan ketinggian budi pekerti bangsa Melayu. Penyelidik beranggapan
bahawa orang Melayu itu lebih bijak menikam manusia dengan kata-kata, berbanding
dengan tikaman senjata, seperti maksud yang terungkap dalam peribahasa Pisau senjata
tiada bisa, bisa lagi mulut manusia.
Dalam Hikayat Hang Tuah (2008:349), terdapat dialog yang penuh santun dan
unsur kebergantungan pengharapan antara sultan dengan pahlawan negara, untuk
menghadapi malapetaka yang sedang berlaku pada masa tersebut, akibat amukan Hang
Jebat.
Setelah sudah maka Laksamana pun menyembah, “Daulat tuanku.” Maka titah
raja, “Ya kekasihku, bahawa aku terlalu amat beroleh malu. Adapun sekarang
siapatah lain daripada kekasihku yang menghapuskan arang pada muka ini?”
Maka sembah Laksamana, “Daulat Tuanku”, seraya berpaling menyembah
bendahara, katanya, “Sahaya pohonkan keris panjang sahaya datuk.”
Selepas Laksamana Hang Tuah menikam Hang Jebat, terdapat dialog yang penuh
santun antara dua sahabat yang akan berpisah disebabkan pertentangan pegangan
fahaman dan tindakan masing-masing. Walaupun selepas bertarung dengan hebat masih
terdapat unsur kesantunan atas nama persahabatan. Ini terbukti dalam perbualan mereka,
pada akhir hayat Hang Jebat (Hikayat Hang Tuah, 2008:367).
Maka kata Laksamana Hang Tuah pada Hang Jebat, “Hai saudaraku, maukah
saudaraku makan nasi barang sesuap? Maka sahut Hang Jebat, “Mohon
diperhamba, tetapi yang kasih orang kaya itu tiadalah terbalasnya oleh
diperhamba, melainkan Allah Taala jua membalas dia. Jikalau ada kasih akan
diperhamba, ada suatu pesan diperhamba.”.......
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
464 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
Kesantunan Bahasa dalam Kehidupan Bernegara (Hidup Harmoni)
Dalam konteks pembinaan negara bangsa, elemen bahasa amat penting dalam entiti
kenegaraan sesebuah negara. Selepas mencapai kemerdekaan daripada penjajah, maka
negara yang baru bebas daripada cengkaman penjajah cuba membentuk jati diri sendiri
untuk membentuk negara tersebut. Hal ini amat penting untuk memastikan bahawa
negara tersebut tidak dilihat sebagai negara yang lemah kerana masih menjadi mangsa
imperialisme bahasa penjajah, walaupun telah mencapai kemerdekaan dari segi politik
dan pentadbiran negara. Oleh itu, elemen kesantunan berbahasa dan budi bahasa telah
diangkat menjadi teras kepada rakyat negara Malaysia dalam melahirkan masyarakat
bermaruah dan bersikap penyayang dalam kehidupan bernegara.
Perdana Menteri Malaysia pada masa ini, iaitu YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul
Razak yang mempopularkan gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian
Diutamakan telah memberikan penekanan kepada empat nilai utama untuk mencapai
kemajuan dan perpaduan rakyat Malaysia melalui gagasan tersebut. Nilai tersebut ialah
Kesederhanaan, Rendah Hati (Tawaduk), Berbudi Bahasa, dan Hormat-menghormati.
Melalui nilai berbudi bahasa, rakyat Malaysia diminta sentiasa mengamalkan sifat
berbudi bahasa dengan sesiapa sekalipun dengan tidak mengira status, kaum, dan agama.
Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun
ketika berkomunikasi dalam kalangan rakyat. Selain itu, nilai rendah hati juga perlu
dipraktikkan dalam diri rakyat Malaysia. Sifat sedia mendengar, tidak sombong, tidak
ego serta tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana orang Melayu sejak zaman
dahulu sangat menghargai orang yang merendah diri dan tidak berlagak sombong ketika
berkomunikasi antara satu sama lain. Tambahan pula sifat kesederhanaan dan hormat-
menghormati dalam nilai gagasan tersebut diharapkan dapat menjadi “sempadan” kepada
tindakan menguruskan perbedaan pendapat, ideologi, persepsi, dan pegangan agama
dengan tidak melakukan perbuatan “melampau” sama ada melalui penghinaan, caci-
maki, fitnah-memfitnah, atau adu domba dengan pelbagai wahana kepada pemimpin dan
rakyat atas dasar perbezaan tersebut.
Kesantunan Bahasa dan Hakikat Keinsanan
Persepsi pihak kolonial terhadap psikologi dan tindakan orang Melayu telah dizahirkan
dalam buku Introducing the Eastern Dependencies (1949) (Abdul Rahman Embong,
2014). Buku ini mengisahkan watak manusia yang duduk di bawah naungan British,
termasuklah Singapura, Hong Kong, dan Persekutuan Tanah Melayu. Menurut buku
tersebut, orang Melayu dikenali sebagai Nature’s Gentlemen, iaitu“Mereka punyai harga
diri, kebanggaan, sifat kejenakaan yang tajam dan mereka pantang kalau dicemuh”.
Orang Melayu juga mempunyai sikap baik hati, suka berkenalan dan berkawan, suka
kedamaian dan lemah lembut itu dibayangkan seperti yang berikut :
Saudara jumpa sahaja satu kumpulan orang Melayu, bercakap dengan mereka,
saudara akan terpegun dan terpaku dengan kelakuannya yang tinggi dan halus,
dan dengan tertibnya. Bila orang lain bersorak dan berteriak, orang Melayu cuma
berdiam dengan tenang. Biasanya dengan orang yang belum dikenali, mereka
agak reserve sedikit, tapi mereka dapat berbaik-baik dengan mudah dengan orang
asing kerana mereka tidak punya perasaan rendah diri daripada orang lain. Suka
akan kedamaian dan peraturan, mereka boleh tergelak dengan senang, suka akan
tolak ansur dan kebijaksanaan untuk mengelakkan pertengkaran dan suka benar
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 465
pada jalan tengah.” (Abdul Rahman Embong, 2014 :16)
Daripada pandangan pihak pengkaji Barat tersebut, jelas membuktikan bahawa
orang Melayu mempunyai nilai keperibadian dan hati budi yang tinggi sejak zaman
dahulu. Masyarakat Melayu begitu menekankan kesantunan berbahasa dalam
komunikasi untuk mengelakkan berlakunya konflik berpanjangan antara pihak tertentu
yang boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan dalam masyarakat.
PERNYATAAN MASALAH
Pada masa ini, kata makian, cacian, lucah dan menghina sesama manusia semakin kerap
digunakan sehingga ke tahap yang amat membimbangkan dalam media sosial,
khususnya blog politik dalam negara. Kata-kata seperti “barua”, “haram jadah”,
“macai”, “balaci”, “pegi mampos”,“kepala bapak”, “jebon” (kiasan bagi seseorang
yang buas, nakal, dan hodoh) dan kata kesat tersebut berleluasa digunakan dalam blog
politik. Sehingga ini, banyak kajian dilaksanakan tentang bahasa, khususnya kesantunan
berbahasa dalam pelbagai ranah kehidupan masyarakat serta dalam pelbagai bidang.
Antaranya Radiah Yusoff (2012) telah mengkaji kata makian yang digunakan oleh para
pengguna Internet di Malaysia dengan tajuk Pegi Mampos La Bodoh. Satu Tinjauan
terhadap Ungkapan Makian dan Ke (tidak) Santunan dalam Interaksi Internet.
Selain itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan dan Mohd Nur
Hafizudin Md Adama (2011) telah melaksanakan kajian bertajuk Kesantunan Bahasa
dalam Kalangan Remaja Sekolah Menengah. Namun, belum terdapat lagi senarai
perkataan tidak santun dan kategori perkataan tidak santun dalam blog politik Malaysia
untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan kepada masyarakat, terutamanya kepada
pelajar yang disediakan oleh penyelidik bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti ungkapan tidak santun dalam blog politik di Malaysia.
SOROTAN KAJIAN
Rabayah Tahir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2015) telah melaksanakan kajian yang
menumpukan kesantunan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu. Budi bahasa
dan kesantunan berbahasa merupakan elemen yang perlu dipupuk kepada seseorang
individu sejak kanak-kanak, sesuai dengan peribahasa “Jika hendak melentur buluh
biarlah daripada rebungnya”. Justeru, kajian ini memberikan penumpuan dengan
mengkaji perilaku kesantunan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu yang
merupakan bakal penyambung legasi pemerintahan negara ini. Penyelidikan ini
bertujuan untuk mengkaji kesantunan berbahasa dalam kalangan kanak-kanak Melayu,
dan secara khusus bermatlamat untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan
penanda santun dalam perbualan kanak-kanak Melayu. Kajian ini melibatkan 20 orang
kanak-kanak-kanak Melayu berumur enam tahun, dengan lima orang kanak-kanak bagi
setiap sekolah di Tadika Iman Taman Manis, Tadika Agama Johor Sekolah Bandar Batu
Pahat, Tadika Oren Parit Sulong dan Prasekolah SK Parit Bilal. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut menggunakan penanda santun “boleh” (31),
“tolong” (12) dan “terima kasih” (6) dalam perbualan mereka sama ada dengan
penyelidik ataupun rakan mereka.
Rincian dapatan menunjukkan bahawa penanda santun “boleh” lebih kerap
digunakan oleh kanak-kanak apabila mereka berinteraksi dengan penyelidik, iaitu 77.4%
berbanding dengan rakan sebaya mereka, iaitu 22.6%. Dapatan ini menunjukkan bahawa
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
466 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
subjek lebih mematuhi prinsip skala jarak sosial dalam perbualan, yakni manusia akan
sentiasa lebih menjaga tatasusila dan kesantunan ketika berbicara dengan pihak yang
baru dikenali serta mempunyai status sosial yang lebih tinggi daripada seseorang
individu berbanding dengan rakan sebaya yang begitu dikenali. Selain itu, subjek kajian
juga agak sederhana dalam penggunaan ungkapan “tolong” untuk melembutkan arahan
ataupun permintaan dalam proses komunikasi seperti “tolong gariskan” dan “tolong
ambilkan” kepada penyelidik ataupun dengan kawan-kawan. Sebanyak 41.6% ungkapan
“tolong” digunakan kepada penyelidik dan 48.4% ungkapan tersebut digunakan ketika
berinteraksi dengan rakan. Di samping itu, dapatan juga menunjukkan bahawa kanak-
kanak tidak dapat mengoptimumkan penggunaan ungkapan “terima kasih” dalam
komunikasi mereka. Hal ini disebabkan, kanak-kanak telah diajar oleh ibu bapa hanya
mengungkapkan ucapan “terima kasih” apabila menerima sesuatu barang atau
pertolongan daripada orang lain. Namun, hakikatnya ungkapan “terima kasih” boleh
digunakan sebagai penerimaan dan penolakan pelawaan, serta penanda pengakhiran
sesuatu situasi perbualan antara individu. Kanak-kanak hanya boleh mempelbagaikan
penggunaan ungkapan “terima kasih” apabila mereka melalui pembelajaran formal pada
peringkat yang lebih tinggi ataupun selepas mereka melalui peristiwa bahasa yang lebih
luas, khususnya yang melibatkan pelbagai wacana yang dilalui oleh mereka seperti temu
duga, mesyuarat dan ucapan. Oleh yang demikian, penggunaan ungkapan “terima kasih”
hanya wujud dalam satu situasi ketika berlaku interaksi antara subjek dengan penyelidik
ketika berkomunikasi. Penyelidikan ini telah membuktikan bahawa kanak-kanak perlu
diberi penerapan nilai kesantunan berbahasa daripada rumah lagi dan diberi pengukuhan
oleh para guru di sekolah. Ibu bapa dan guru perlu memberikan pengukuhan nilai
kesantunan berbahasa daripada peringkat umur awal kanak-kanak, agar sikap tersebut
tidak luntur apabila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak.
Kuang Ching Hei, Maya Khemlani David, dan Lau Su Kia (2013) pula telah
melaksanakan penyelidikan yang melibatkan peristiwa bahasa yang berlaku antara
pelawat di hospital dengan petugas di kaunter hospital . Dalam sebuah masyarakat
majmuk yang tinggal di sesebuah negara pasti terdapat perbezaan berkaitan budaya,
bahasa dan norma pelakuan yang dibawa dalam kehidupan mereka. Namun hakikatnya,
terdapat beberapa norma tradisi yang dianggap “bersama” oleh masyarakat yang
berbilang kaum tersebut. Contohnya, menghormati pihak yang mempunyai autoriti dan
pihak yang lebih tua daripada kita.
Kajian ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang tepat kepada masyarakat
tentang sikap negatif staf yang dikemukakan melalui maklumat ketidakpuasan
pelanggan. Aduan tentang hal ini dalam laman web rasmi hospital dan perkhidmatan
kesihatan melalui Aduan Rakyat (e-complaint) yang menunjukkan peningkatan
ketidaksantunan berbahasa dalam kalangan staf di sektor industri dan di sektor
perkhidmatan. Kajian ini dilaksanakan di sembilan buah hospital swasta di semenanjung
Malaysia, iaitu satu hospital di utara, satu hospital di selatan, satu hospital di pantai
timur, dan enam hospital di pantai barat semenanjung Malaysia. Kajian ini dilaksanakan
melalui teknik pemerhatian dengan merakam perbualan rasmi antara pesakit dengan staf.
Malahan pemerhatian juga dilakukan terhadap komunikasi nonverbal antara staf dengan
pesakit. Fokus kajian ini adalah terhadap cara staf “membuka” dan “menutup” perbualan
mereka dengan pesakit.
Kesimpulan kajian ini menyatakan bahawa semasa permulaan perbualan antara staf
hospital swasta dengan pesakit, terutamanya ketika menyapa pesakit tidak menunjukkan
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 467
jangkaan yang baik bagi industri di sektor perkhidmatan. Fenomena ini didapati,
terutamanya dalam kalangan staf di kaunter pertanyaan, menunjukkan tanggapan kurang
baik terhadap pelanggan luar negara dalam usaha negara kita mempromosikan dan
memajukan sektor pelancongan kesihatan. Melalui perbandingan dengan sektor lain
seperti sektor perhotelan dan pusat membeli belah menunjukkan tahap profesionalisme
yang agak rendah bagi hospital swasta berbanding dengan sektor perkhidmatan lain.
Selain itu, terdapat juga panggilan tidak rasmi digunakan kepada pesakit oleh staf
hospital swasta, contohnya “kak”, dan penggunaan dialek seperti “pernah mai” dan
“tunggu sat” dalam perbualan antara staf hospital swasta dengan pesakit. Penyelidikan
ini memberikan kesedaran kepada pihak yang terlibat di sektor perkhidmatan, khususnya
di kaunter bahawa mereka perlu menunjukkan tahap kesantunan bahasa yang tinggi dan
menggunakan bahasa standard, iaitu tidak menggunakan dialek dalam situasi rasmi. Hal
ini amat penting disebabkan citra organisasi jelas terpapar kepada masyarakat melalui
lakuan bahasa di lokasi tersebut.
Radiah Yusoff (2012) telah mengkaji kata makian yang digunakan oleh para
penguna Internet di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau satu bentuk
bahasa tidak senonoh, iaitu ungkapan makian, dalam laman sosial yang sering dilawati
oleh rakyat Malaysia yang boleh digunakan untuk komunikasi bertulis dalam tempoh
masa tertentu, terutamanya yang menggunakan bahasa Melayu secara dominan , seperti
Facebook, You Tube, blog yang dihoskan oleh Blogger dan Wordpress, serta forum.
Penyelidikan ini telah mengkaji fenomena penggunaan bahasa tidak senonoh oleh
manusia, dari sudut kewujudan, alasan, fungsi, pemikiran dan perasaan, nilai dan
kepercayaan, dan sebagainya. Kajian ini dilaksanakan dengan mencari data untuk
ungkapan maki hamun dengan menggunakan enjin carian Google dan ruang carian
YouTube yang melibatkan artis dan selebriti Malaysia dengan memasukkan pelbagai
ungkapan makian yang pernah didedahkan kepada penyelidik sebagai kata carian ,
seperti “celaka”, “babi”, “setan”, dan “bodoh”. Kata makian termasuk kata tersebut
telah disenaraikan dalam laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) apabila
ungkapan itu dimasukkan dalam kotak “cari”, dan diberikan maklumat seperti “bk
perkataan yang sangat kasar pengertiannya (digunakan sewaktu memaki)”(2008-2010).
Dengan cara demikian penyelidik mengetahui bahawa ungkapan seperti ini digolongkan
dalam bahasa kasar dan digunakan ketika seseorang itu memaki seseorang atau sesuatu.
Pada masa yang sama, penyelidik telah menegaskan bahawa ungkapan seperti ini tidak
dapat diterima oleh sesetengah masyarakat.
Penyelidik telah memilih beberapa data dalam soal selidik antara penulis dengan
responden yang dikendalikan melalui e-mel dan Facebook. Penyelidik menggunakan
data yang terdapat di internet sebagai korpus. Maklum balas diterima daripada pengguna
e-mel dan Facebook sebagai responden kajian untuk menggelakkan kebiasaan unsur
intuisi yang boleh mempengaruhi penilaian penyelidik dan untuk saling melengkapi
pengetahuan sedia ada penyelidik. Dapatan menunjukkan bahawa perkataan yang
digunakan untuk membentuk ungkapan makian yang ditemukan dalam laman yang
menggunakan bahasa Melayu secara dominan di Facebook, YouTube, dan blog Blogger
dan Wordpress, serta forum, boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan makna
(Jay,2000; Pinker,2008). Kumpulan makna dan contoh perkataan dapat dilihat di bawah
ini:
i. binatang : babi, lembu, keldai/kaldai, anjing, monyet, binatang/natang
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
468 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
ii. anggota sulit manusia
iii. anggota lain badan manusia : kepala otak/hotak
iv. hasil badan : tahi
v. sifatan : celaka, bangsat, bodoh, tolol, bangang, bacul
vi. manusia : sundal, makhluk laknat
vii. barangan : mangkuk (ayun/hayun)
viii. keagamaan : kafir (laknat/lakhnat), neraka, jahanam, haram jadah, setan, jahil
ix. perbuatan : mampus/mampos, mati
Kajian ini juga mendapati bahawa ungkapan makian bertujuan untuk menyakiti
hati orang lain dan sebagai satu mekanisme defensif oleh penggunanya, iaitu bahasa
yang digunakan itu sangat menyakitkan telinga orang yang mendengarnya, terutamanya
orang yang dimarahi. Selain itu, responden juga memaklumkan bahawa perkataan yang
tidak santun juga akan pasti mengguris hati dan perasaan orang yang dituju dan pasti
akan memberikan impak yang negatif terhadap emosi pihak berkenaan. Terdapat juga
responden yang mengatakan bahawa ungkapan makian juga boleh digunakan sebagai
unsur positif, seperti ketika berseloroh, suasana kelucuan yang bertujuan untuk
menonjolkan keharmonian sosial. Perkataan tersebut bukan digunakan disebabkan marah
tetapi bertujuan untuk menceriakan suasana dan menyebabkan ketawa ketika berada
dalam kelompok sosial ketika berlangsung komunikasi. Selain itu, didapati juga kata
makian digunakan dalam internet kerana rangkaian tersebut membenarkan kewujudan
kerahsiaan dan penipuan identiti. Bahasa kasar juga digunakan disebabkan mereka hanya
berani meluahkan kata makian melalui skrin komputer tanpa berhadapan dengan
individu yang dimaki. Selain itu, faktor rakan sebaya juga sebagai penyebab kepada
penggunaan kata makian dalam komunikasi, khususnya golongan kanak-kanak dan
remaja. Tambahan pula, terdapat juga responden mengatakan bahawa dia melakukan
kata makian kerana rakan sebayanya menggunakan perkataan tersebut ketika marah.
Kesimpulan, kajian ini menyatakan bahawa orang Malaysia mempunyai ungkapan
makiannya tersendiri. Walaupun ada kelompok masyarakat tidak dapat menerima kata
makian dan menyatakan bahawa ungkapan tersebut sebagai keji dan tidak santun, namun
hakikatnya kata makian tetap wujud. Pengguna internet perlu menjadikan asas agama
dan moral sebagai benteng supaya tidak menggunakan ungkapan makian sewenang-
wenangnya kerana pasti ada insan yang terluka didisebabkan kata tersebut dan bakal
meruntuhkan peradaban bangsa.
METODOLOGI
Kajian ini dilaksanakan dengan menganalisis 10 blog politik yang terdiri daripada lima
blog politik yang menyokong pihak kerajaan dan lima blog politik yang menyokong
pihak pembangkang. Penyelidikan dilaksanakan melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif
melalui kajian kepustakaan, pemerhatian, dan borang soal selidik. Penyelidikan ini
menggunakan pendekatan Kumpulan Makna Jay, 2000; Pinker, 2008 untuk dijadikan
panduan dan perbandingan bagi penyelidik mengemukakan kategori baharu perkataan
yang tidak santun dalam blog politik.
Penyelidik menganalisis data melalui entri blog politik yang dipilih secara
Pensampelan Mudah (Convenience Sampling). Selepas itu, penyelidik memindahkan
teks dalam blog tersebut kepada teks biasa yang dipisahkan mengikut perkataan untuk
proses penganalisisan data. Data berbentuk teks kemudiannya dianalisis dengan
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 469
menggunakan perisian TL Corpus Tshwanelex bagi tujuan analisis dengan memindahkan
teks kepada setiap bentuk perkataan yang juga memaparkan kekerapan penggunaan kata
tersebut dalam keseluruhan teks. Selain itu, penyelidik juga menggunakan borang soal
selidik untuk memberikan justifikasi pemilihan kata oleh pengguna bahasa itu sendiri
sebagai perkataan yang santun atau tidak santun dalam blog politik untuk
mengkategorikan perkataan yang tidak santun dalam blog politik di Malaysia.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Penyelidik telah mengemukakan kategori yang lebih khusus bersesuaian dengan bidang
politik, terutamanya yang melibatkan individu dan organisasi ataupun institusi yang
berperanan sebagai pelaku politik dalam dunia politik dalam negara. Penyelidik telah
membahagikan tujuh kategori perkataan tidak santun dalam blog politik. Kategori
perkataan tidak santun tersebut ialah : Gelaran Tidak Santun kepada Individu (Pemimpin
Politik); Gelaran Tidak Santun kepada Institusi/Organisasi; Penyamaan Manusia dengan
Haiwan atau Makhluk yang Tidak Baik; Anggota Badan dan Hasil daripada Badan
Manusia; Sifat dan Kelakuan Manusia; Penyamaan Manusia dengan Benda/Objek; dan
Keagamaan dan Perkauman.
JADUAL 2
Perkataan tidak santun mengikut kategori.
BIL. KATEGORI KEKERAPAN PERATUSAN
(%)
1 Gelaran Tidak Santun kepada Individu
(Pemimpin Politik)
15 2.7
2 Gelaran Tidak Santun kepada
Institusi/Organisasi
63 11.5
3 Penyamaan Manusia dengan Haiwan atau
Makhluk yang Tidak Baik
87 15.9
4 Anggota Badan dan Hasil daripada Badan
Manusia
38 6.9
5 Sifat dan Kelakuan Manusia 226 41
6 Penyamaan Manusia dengan Benda/Objek 53 9.7
7 Keagamaan dan Perkauman 68 12.3
JUMLAH 550 100
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
470 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
2.7
11.5
15.9
6.9
41
9.7
12.3
Gelaran Tidak Santun kepada Individu (Pemimpin Politik)
Gelaran Tidak Santun kepada Institusi/Organisasi
Menyamakan Manusia dengan Haiwan atau Makhluk yang
Tidak BaikAnggota Badan dan Hasil daripada Badan Manusia
Sifat dan Kelakuan Manusia
Rajah 1 : Perkataan Tidak Santun Mengikut Kategori
Analisis Perkataan Tidak Santun Mengikut Kategori
i. Gelaran Tidak Santun kepada Individu (Pemimpin Politik)
Dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat 15 kekerapan ataupun 2.7% penggunaan
perkataan tidak santun kepada individu, khususnya pemimpin politik yang melibatkan
pemimpin kerajaan serta pemimpin pembangkang oleh penulis dan pihak yang
memberikan komen dalam blog politik. Antara gelaran kepada individu tertentu dalam
dapatan kajian ialah “Najis”, “al-juburi”, “Albontoty”, dan “Mahataik”. Selain itu,
terdapat juga gelaran seperti “Mak Lampir”, “Mat Sabun”“Mat Mongol”, “Mat
Sembab”, “Si Gagap”, “Mat Komedi”, “Si Puaka” “Idi Amin Malaysia” dan lain-lain
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 471
yang sentiasa berlegar dalam dunia politik di Malaysia, khususnya dalam blog politik.
Tindakan ini merupakan perbuatan untuk membunuh karakter seseorang individu,
khususnya dalam kalangan pemimpin politik. Hal ini disebabkan, sebagai manusia,
khususnya para pemimpin mereka mempunyai sifat atau ciri kepemimpinan yang
membedakannya dengan insan biasa. Oleh yang demikian, untuk menjatuhkan dan
memusnahkan karisma serta bakat kepemimpinan mereka, maka karakter mereka perlu
dimusnahkan terlebih dahulu. Nama baik mereka yang asal ditenggelamkan, sebaliknya
nama ataupun gelaran yang tidak baik dan buruk dipopularkan untuk menjatuhkan
reputasi mereka sebagai pemimpin besar ataupun bakal menjadi pemimpin hebat pada
masa hadapan. Walaupun tindakan ini bukanlah seperti pembunuhan fizikal, namun
hakikatnya, gelaran nama yang buruk ini membawa kesan berpanjangan sehinggalah
seseorang itu sudah bersara dalam dunia politik, malahan sehingga mangsa pembunuhan
karakter tersebut sudah meninggal dunia.
Selain itu, tindakan memanggil individu dengan gelaran yang tidak baik
bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya Melayu. Islam begitu melarang umatnya
menyebut dan menggelarkan perkara yang tidak disukai oleh insan lain tentang
kekurangan pada tubuh, nasab keturunan, perbuatannya, agama dan kepercayaan
manusia lain. Islam juga mewajibkan pihak yang telah menggelar atau memanggil
dengan perkataan yang tidak baik supaya meminta maaf kepada insan tersebut untuk
mendapat pengampunan dan keredaan Allah. Hal ini terkandung dalam surah al-Hujurat
49:11 yang bermaksud:
“... Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling
memanggil dengan gelaran yang buruk-buruk.”
Bagi masyarakat Melayu pula, menjaga nama yang baik di dunia merupakan
perkara penting dalam kehidupan seseorang dan keturunan mereka. Malahan
kepentingan menjaga nama yang baik sangat penting sehingga mereka meninggal dunia.
Hal ini bertepatan dengan peribahasa “Manusia mati meninggalkan nama, harimau
mati meninggalkan belangnya”, yang bermaksud orang yang baik meninggalkan nama
yang baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Selain itu, terdapat juga peribahasa
“Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana”, yang bermaksud
walaupun badan sudah hancur dalam tanah, nama yang baik dikenang juga sampai bila-
bila. Oleh itu, adalah tidak wajar nama manusia, terutamanya individu yang menjadi
pemimpin negara pada masa ini ataupun individu yang pernah menjadi pemimpin di
negara ini dipersendakan melalui media sosial, khususnya blog politik. Semestinya nama
para pemimpin tersebut perlu dihormati oleh masyarakat walaupun berbeza pandangan
politik disebabkan kebanyakan mereka sangat berjasa ataupun pernah berjasa kepada
rakyat dan negara.
ii. Gelaran Tidak Santun kepada Institusi/Organisasi
Dapatan analisis juga menunjukkan bahawa terdapat 63 kekerapan ataupun 11.5%
gelaran yang tidak santun kepada institusi ataupun organisasi, khususnya yang
melibatkan politik. Antara gelaran tidak santun terhadap institusi ataupun organisasi
politik ialah “DAPig”, “fuckatan”, “Pascai”, “Umngok”, “Umporno”, “TV tiga suku”,
“Utusex”, “Parti Kencing Rakyat (PKR)”, “PANDap” dan lain-lain yang popular dalam
blog politik. Tindakan ini merupakan teknik melabel institusi ataupun organisasi
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
472 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
tertentu, khususnya parti politik untuk menimbulkan persepsi yang tidak baik kepada
masyarakat. Tindakan melabel bermaksud mengecap sesuatu organisasi atau institusi
sebagai sesuatu yang buruk dan tidak baik pada mata mayarakat. Selepas tindakan
melabel, masyarakat akan membentuk persepsi yakni tanggapan dalam fikiran manusia,
dan seterusnya membentuk sistem nilai dan kepercayaan apabila manusia tersebut
menerima rangsangan.
Melalui kepercayaan dan pegangan masyarakat terhadap pelabelan sesuatu
institusi seterusnya menentukan tahap sokongan seseorang terhadap sesebuah parti
politik. Contohnya, parti UMNO dilabel sebagai “Umngok”, iaitu ahlinya disifatkan
sebagai kelompok yang bodoh, yakni sentiasa tidak mahu berubah serta tidak mengikut
perkembangan semasa. Manakala parti PAS dilabel sebagai “Taliban” disebabkan parti
tersebut dicap oleh golongan yang tidak menyokong parti tersebut bahawa PAS akan
memerintah negara secara zalim ala kerajaan Taliban Afganistan. Selain itu, PKR sering
mendapat gelaran “Parti Kencing Rakyat” disebabkan parti tersebut sering dilabelkan
sebagai parti yang suka menipu rakyat dalam isu tertentu dan dianggap sebagai parti
yang selalu menabur fitnah terhadap pihak pemerintah. Manakala parti Amanah pula
sering digelar sebagai “PANDap” disebabkan parti tersebut sebagai proksi DAP untuk
menentang PAS yang tidak sealiran dengan parti tersebut. Malahan DAP pula sering
dilabel sebagai “bangsat”, “bangkai”, “komunis” disebabkan parti tersebut dianggap
sebagai pihak yang sentiasa menggugat status quo penguasaan politik negara pada masa
ini oleh penyokong parti pemerintah.
Bagi institusi bukan parti politik pula, TV3 dilabel “TV tiga suku”, iaitu sebagai
rangkaian televisyen yang sering memaparkan rancangan, khususnya berita yang tidak
betul dan terdapat unsur penipuan serta eksploitasi untuk memburukkan pihak
pembangkang. Manakala surat khabar Utusan Malaysia pula dilabel oleh pihak
pembangkang sebagai “Utusex” disebabkan surat khabar tersebut dituduh sering
memaparkan isu yang berkaitan seks, khususnya yang melibatkan kes Dato’ Seri Anwar
Ibrahim.
Namun, hakikatnya tindakan melabel ini bertujuan sekadar untuk menimbulkan
polemik dan kekacauan semata-mata dalam kalangan rakyat bagi persaingan
mendapatkan kuasa dan mempertahankan kuasa oleh parti politik. Tindakan melabel ini
sebenarnya merupakan unsur hasutan dan propaganda untuk mempengaruhi minda
rakyat. Contohya, melabel “Umngok” yakni semua ahli UMNO bodoh adalah tidak tepat
dan tidak wajar disebabkan parti tersebut sebenarnya turut dianggotai dan dipimpin oleh
golongan berpendidikan tinggi serta golongan profesional. Hal ini terbukti sehingga
pada masa sekarang hasil kebijaksanaan pemerintah negara yang ditunjangi oleh UMNO
membolehkan rakyat menikmati kemakmuran dan keamanan dalam negara ini.
Selain itu, tindakan menuduh DAP sebagai parti “komunis” juga tidak tepat dan
tidak relevan dalam dunia politik di Malaysia pada masa ini. Hal ini disebabkan kita
perlu menerima hakikat bahawa setiap parti yang sah bertanding dalam pilihan raya
wajib mendukung prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang sudah pasti tidak boleh
dipinda sewenang-wenangnya. Selain itu, sesebuah parti mendapat mandat untuk
memerintah, sama ada pada peringkat persekutuan ataupun pada peringkat negeri mesti
mentadbir dan memerintah dengan mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh
kerajaan negeri. Contohnya, seperti di Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP dan PKR
selama dua penggal pilihan raya, parti tersebut masih mentadbir negeri tersebut
mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Pulau Pinang
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 473
walaupun parti tersebut terdiri daripada parti pembangkang.
Selain itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penggunaan perkataan
tidak santun ditujukan kepada sebuah negara berdaulat yang lain. Negara Singapura telah
dipanggil “Singapork” dalam blog politik oleh pihak tertentu untuk melepaskan
kemarahan mereka kepada pihak tertentu. Tindakan ini amat tidak wajar disebabkan
perbuatan tersebut sudah pasti mengundang tindakan balas dengan mempersendakan
nama negara kita oleh rakyat negara tersebut pada masa hadapan, jika penghinaan
tersebut diteruskan serta digunakan dalam skala yang besar. Sebagai rakyat yang amat
cinta akan negara, sudah pasti kita akan berasa sedih dan marah jika nama negara kita
dipersendakan sedemikian rupa oleh rakyat asing.
iii. Penyamaan Manusia dengan Haiwan atau Makhluk yang Tidak Baik
Penyelidikan ini juga mendapati bahawa blog politik menyamakan manusia dengan
haiwan atau dengan makhluk yang tidak baik dengan 87 kekerapan ataupun 15.9%.
Sebagai contoh manusia disamakan dengan haiwan seperti “babi”, “anjing”, “keldai”,
“ular”, “beruk”,“katak”, “sotong”, “lembu”, dan lain-lain. Selain itu, manusia juga
telah disamakan dengan makhluk yang tidak baik seperti “syaitan”, “hantu”, “iblis”,
“puaka”, “kelembai”, “jin”, dan lain lagi.
Tindakan sedemikian boleh dikatakan sebagai tindakan yang tidak bertamadun
disebabkan, atas dasar politik, martabat keinsanan telah diletakkan setaraf dengan
haiwan dan makhluk yang tidak baik tersebut. Hal ini sangat bertentangan dengan ajaran
Islam seperti yang terkandung dalam surah berikut:
surah al-Isra’ 17:70 yang bermaksud “Dan sesungguhnya telah kami muliakan
anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami beri
mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan
kelebihan yang lebih sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami
ciptakan”.
Dapatan kajian tersebut membuktikan bahawa perkataan “babi” berada pada
kedudukan tertinggi dalam konteks penggunaanya perkataan tidak santun dalam
penulisan blog politik. Dari segi maksud leksikal,“babi” dilabelkan sebagai bahasa kasar
(bk) yang membawa maksud sebagai kata makian ketika marah dan tersangat benci akan
seseorang, sesuatu, dan sebagainya (Kamus Dewan, 2015: 99). Hal ini disebabkan babi
merupakan binatang yang amat dipandang hina oleh masyarakat Melayu Islam,
terutamanya selepas berlakunya proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu secara
meluas dan mendalam. Hal ini terbukti dalam al-Quran, iaitu:
Surah al-Baqarah 2:173 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah hanya
mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang ketika
disembelih disebut nama selain nama Allah”.
Selain itu, dari segi hukum pula “babi” termasuk dalam najis Mughallazah, iaitu
najis yang berat selain “anjing” yang menyebabkan segala yang berkaitan haiwan
tersebut seperti daging, kotorannya, air liur, peluh dan lain-lain juga tergolong dalam
najis yang berat.
Dari segi budaya Melayu “babi” juga digambarkan sebagai sesuatu yang
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
474 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
mengaibkan serta hina dalam kehidupan seseorang, khususnya orang Melayu. Hal ini
seperti yang terkandung dalam peribahasa Melayu. Antaranya “Kepala tersangkut
dengan kulit babi’ yang membawa maksud mendapat malu besar. Manakala peribahasa
“Muka bagai ditampal dengan kulit babi” pula membawa maksud tidak tahu malu.
Selain itu, terdapat juga peribahasa “Mutiara terkalung ke leher babi” yang membawa
maksud mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia
yang telah jatuh martabatnya.
Dalam konteks penyelidikan ini, para penulis dan pihak yang memberikan komen
dalam blog politik telah mengaitkan perkataan babi dengan orang Cina, terutamanya
yang melibatkan parti DAP. Hal ini tidak sewajarnya berlaku disebabkan pihak yang
memaki dan mencaci tersebut membuat andaian semata-mata bahawa tidak salah
memanggil kaum Cina dengan haiwan tersebut disebabkan kaum Cina suka memakan
daging haiwan tersebut, serta haiwan tersebut mempunyai keistimewaan dalam
pandangan sarwajagat kehidupan mereka. Tindakan ini amat tidak tepat dalam konteks
masyarakat yang berperadaban disebabkan, adalah tidak wajar seseorang individu atau
kaum digelar berdasarkan haiwan yang menjadi makanan kesukaan mereka. Contohnya,
adalah sangat tidak santun menggelar “Cina babi”, “Melayu lembu”, “India kambing”,
dan “Arab unta” yang pasti bakal mengundang pertelingkahan antara kaum jika tidak
dibendung, khususnya bagi negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di
Malaysia.
Selain itu, haiwan “lembu” berada pada kedudukan kedua tertinggi, iaitu
sebanyak 19 kali dalam dapatan blog politik. “Lembu” digambarkan sebagai haiwan
yang bodoh dan sering membawa bebanan yang berat serta melakukan kerja berat tanpa
melawan. Antara peribahasa Melayu memperkatakan hal berkaitan lembu ialah
“Laksana lembu kasi; galak sahaja tidak melawan” yang membawa maksud orang yang
besar tubuhnya tetapi penakut. Terdapat juga peribahasa “Umpama lembu dogol, tak
dapat menanduk hanya menyondol” yang bermaksud melawan atau bekerja bersungguh-
sungguh tanpa sesuatu syarat.
Manakala haiwan “anjing” berada pada kedudukan ketiga dalam kategori ini,
iaitu sebanyak 13 kali dalam blog politik. “Anjing” dikiaskan sebagai haiwan yang
sangat setia melakukan tugasan yang diarah oleh tuannya walaupun berkaitan perkara
yang jahat. Manakala dalam Islam, anjing berada dalam kelompok yang sama dengan
babi, yakni tergolong dalam kumpulan najis Mughallazah, iaitu najis yang berat. Dalam
peribahasa Melayu, anjing digambarkan sebagai haiwan yang jahat dan suka makan
makanan yang kotor. Contoh peribahasa berkaitan “anjing” ialah “Anjing dengan tahi,
tidak makan atau menjilat, tapi mencium ada juga” yang bermaksud orang yang biasa
berbuat jahat sekali sekala teringat dan akan mengulanginya juga. Selain itu,
“Peribahasa anjing diberi makan nasi takkan kenyang” yang bermaksud sia-sia
memberikan nasihat baik kepada orang yang jahat. Peribahasa lain yang berkaitan
“anjing” ialah “Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-
ulang jua ia ke tempat najis” yang bermaksud orang yang jahat, walaupun diberi
kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulang juga kejahatannya.
Dapatan kajian juga menyatakan bahawa terdapat haiwan lain yang disamakan
dengan manusia, iaitu “keldai” yang merupakan simbol kebodohan; “kera” yang
menonjolkan sifat tidak tahu menghargai sesuatu, resah gelisah, dan tidak tahu bergaul
dengan orang ramai. Manakala “sotong” pula digambarkan sebagai sifat orang yang
penakut dan mempunyai watak seperti pondan.
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 475
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa makhluk yang tidak baik seperti
“hantu raya”, “syaitan”, “puaka”, “kelembai”, “iblis”, “jembalang” dan lain-lain
telah disamakan dengan manusia dalam blog politik. Hal ini seharusnya tidak berlaku
disebabkan makhluk tersebut merupakan musuh yang sentiasa menyesatkan kehidupan
manusia telah digunakan untuk menggelar sesama manusia. Dalam konteks Islam,
“syaitan” merupakan makhluk yang perlu dimusuhi disebabkan sifatnya sentiasa
berusaha untuk menjadikan manusia sentiasa lalai dan sesat serta melakukan kejahatan di
muka bumi ini. Hal ini terkandung dalam surah al-Baqarah 2:168 yang bermaksud:
“... dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.”
Selain itu, perkataan “hantu”, “puaka”, “iblis”, “syaitan”, “jembalang”
dikelompokkan sebagai “makhluk halus” yang berada di alam ghaib merupakan
ungkapan tabu ataupun pantang larang yang tidak boleh disebut sewenang-wenangnya
oleh masyarakat Melayu. Hal ini berlaku sejak zaman orang Melayu mengamalkan
amalan animisme lagi, dan sehingga ini kewujudan makhluk tersebut masih dipercayai.
Oleh itu, adalah tidak wajar makhluk halus ini disebut atau diseru secara langsung,
terutamanya pada waktu malam, apatah lagi digunakan untuk memaki dan menghina
sesama manusia di dunia nyata ini. Contohnya, orang Melayu tidak memanggil anak
mereka sebagai anak “hantu”, “iblis”, “jembalang” dan “syaitan” apabila anak mereka
melakukan kesalahan atau agak nakal, sebaliknya mereka memanggil anak mereka
sebagai “anak bertuah” disebabkan perkataan tersebut sangat pantang dalam kehidupan
masyarakat Melayu.
iv. Anggota Badan dan Hasil daripada Badan Manusia
Penyelidikan ini juga mendapati bahawa blog politik telah menjadikan anggota badan
manusia dan hasil daripada badan manusia dengan kekerapan 38 ataupun 6.9%
digunakan untuk menghina dan memaki pihak yang tidak bersetuju dengan fahaman
politik mereka. Dapatan juga mendapati bahawa makian yang digunakan dalam kategori
ini paling banyak makian yang melibatkan bahagian anggota sulit manusia. Kata makian
yang melibatkan alat sulit lelaki dan wanita digunakan secara terbuka dan sewenang-
wenangnya dalam blog politik untuk memaki manusia lain. Hal ini amat
membimbangkan disebabkan kata makian tersebut merupakan kata kasar yang berada
pada kedudukan yang amat tinggi tahap kekasarannya kepada manusia. Malahan kata
makian tersebut merupakan perkataan mencarut, yakni penggunaan kata yang amat keji
dan kotor (cabul) yang digunakan kepada manusia lain.
Penggunaan kata sedemikian juga boleh menimbulkan perbalahan dengan amat
cepat disebabkan perkataan carut, terutamanya yang melibatkan ibu, iaitu “pukimak”
merupakan kata yang amat mencabar maruah seseorang manusia dan keluarga mereka
yang telah dimaki. Malahan kemarahan akan lebih memuncak jika makian tersebut
ditujukan kepada seseorang yang telah kematian ibunya atau bapanya. Hal ini
sewajarnya tidak berlaku disebabkan Tuhan telah mencipta anggota tubuh manusia
dengan sempurna untuk dimanfaatkan, malahan terdapat anggota yang merupakan
lambang maruah manusia, yakni anggota sulit yang sentiasa dipelihara serta tidak boleh
disebut sesuka hati.
Dapatan ini amat membimbangkan, iaitu jika perkataan mencarut tersebut
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
476 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
digunakan oleh masyarakat, terutamanya golongan kanak-kanak yang tidak tahu maksud
sebenar perkataan tersebut. Tindakan ini boleh menimbulkan kesan buruk jika perkataan
tersebut digunakan, terutamanya di sekolah yang melibatkan para guru dan rakan
persekolahan mereka. Malahan, terdapat ibu bapa yang begitu bijak dengan tidak
menyebut alat sulit tersebut secara terbuka kepada kanak-kanak disebabkan terlalu malu
dan tidak mahu perkataan tersebut digunakan oleh kanak-kanak. Contohnya, terdapat ibu
bapa yang menyebut alat sulit kanak-kanak lelaki sebagai “siput” dan menyebut alat
sulit kanak-kanak perempuan sebagai “bunga” ketika dalam perbualan dengan anak
mereka. Malahan disebabkan asuhan tersebut sehinggakan terdapat individu yang
sehingga dewasa masih berasa tidak tergamak menyebut perkataan melibatkan alat sulit
manusia dan masih menggunakan perkataan “siput” dan “bunga” bagi merujuk alat sulit
manusia dalam komunikasi walaupun mereka sudah dewasa.
Permusuhan dan pergaduhan yang disebabkan kelancangan mulut dengan
perbuatan mencarut ini bersesuaian dengan peribahasa “Sebab pulut santan binasa,
sebab mulut badan binasa” yang bermaksud percakapan yang kasar kerap kali
mencelakakan diri sendiri. Selain itu, terdapat juga peribahasa yang melibatkan bahana
mulut ialah “Sebab mulut leher terjerat” yang bermaksud kecelakaan yang timbul
dalam kehidupan seseorang disebabkan percakapan ataupun melalui lidahnya.
v. Sifat dan Kelakuan Manusia
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan perkataan tidak santun dalam blog
politik paling kerap dalam kategori sifat dan kelakuan manusia dengan kekerapan 226
ataupun 41%. Perkataan yang mengambarkan sifat tahap pemikiran manusia yang rendah
paling kerap digunakan, iaitu “bodoh” sebanyak 56 kali, “bangang” 13 kali, “dungu”
sebanyak 9 kali, “bebal” sebanyak tiga kali, “bingai”, “bengap”, “jahil” sebanyak dua
kali, dan “tolol” dan “tonggong” masing-masing sekali yang membawa kepada jumlah
keseluruhan sebanyak 89 kali ataupun 16.2% daripada keseluruhan perkataan tidak
santun.
Manakala perkataan “mampus” sebanyak 20 kali dan “celaka” sebanyak 14 kali
digunakan dalam blog politik bagi kategori ini. Bagi perkataan “mampus” sama sekali
tidak boleh digunakan kepada sesama manusia tidak kira manusia itu Islam atau bukan
Islam yang sepatutnya digunakan sebagai “meninggal dunia” dan “pulang ke
rahmatullah” bagi orang Islam yang telah meninggal dunia . Selain itu, perkataan
“mampus” juga tidak sesuai digunakan kepada haiwan disebabkan perkataan “mati”
lebih sesuai dan sopan digunakan berbanding dengan perkataan “mampus”. Oleh itu,
kepada haiwan perkataan “mampus” tidak wajar digunakan apatah lagi digunakan
kepada manusia yang mempunyai kedudukan yang perlu dihormati, walaupun mereka
telah meninggal dunia.
Selain itu, terdapat juga kata makian yang amat hina dan pantang bagi masyarakat
Melayu, khususnya yang berkaitan keturunan mereka, iaitu perkataan “haram jadah”
dengan kekerapan sebanyak 10 kali yang bermaksud anak yang lahir tidak daripada
perkahwinan yang sah. Pada pandangan penyelidik, perkataan makian ini setaraf dengan
kata makian “pukimak” yang boleh meningkatkan tahap kemarahan orang Melayu
dengan cepat jika dimaki sedemikian. Hal ini disebabkan adalah tidak wajar memanggil
anak yang sah dari segi agama dan perundangan sebagai anak tidak sah taraf sesuka hati,
khususnya dalam blog politik.
Terdapat juga dapatan kajian ini yang menunjukkan penghinaan terhadap
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 477
martabat kaum wanita dalam blog politik apabila perkataan “betina” sebanyak 6 kali
dan “sundal” digunakan sebanyak 5 kali untuk menghina martabat wanita semata-mata
atas perbezaan politik. Gelaran “betina” dan “sundal” tersebut amat menghiris
perasaan wanita dan keluarga mereka yang dipanggil dengan perkataan tersebut.
Tambahan pula, jika gelaran tersebut diberikan kepada ibu, isteri, kakak, dan adik
perempuan kita, sudah pasti akan mengundang kemarahan atas penghinaan tersebut.
Bagi dunia politik, pemimpin dan pengikut atau penyokong tidak boleh
dipisahkan ibarat irama dan lagu. Pemimpin politik sentiasa berusaha untuk
meningkatkan bilangan pengikut yang menyokong perjuangan mereka, malahan
menyokong “batang tubuh” mereka sendiri sebagai pemimpin politik yang hebat. Bagi
pemimpin yang berkarisma dan hebat, hal ini amat mudah bagi mereka. Namun, bagi
pemimpin yang agak “lemah” mereka terpaksa memberikan upah ataupun ganjaran
untuk mendapatkan pengikut yang setia. Oleh demikian, kedua-dua belah pihak kerajaan
dan pihak pembangkang dengan saling menggelar pengikut masing-masing dengan
perkataan yang tidak santun untuk tujuan menghina atas perbuatan mereka. Dapatan
menunjukkan bahawa perkataan seperti “balaci”, “cai”, “macai”, dan
“pencacai/pecacai” telah digunakan sebanyak 21 kali ataupun 3.9% dalam blog politik
yang dikaji. Malahan terdapat aliran yang begitu membimbangkan apabila perkataan
tersebut juga pada masa ini digunakan secara meluas dan sewenang-wenangnya oleh
masyarakat umum untuk menggelar golongan pekerja bawahan dalam sesebuah
organisasi, di samping penggunaan meluas dalam kalangan golongan muda.
vi. Penyamaan Manusia dengan Benda/Objek
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat penggunaan perkataan tidak santun
termasuk dalam kategori benda ataupun barang dengan kekerapan 53 ataupun 9.7%.
Perkataan “kayu”, “hampas”, “bangkai”, dan “dedak” telah digunakan untuk memaki
ataupun menyindir pihak yang tidak bersetuju dengan fahaman politik kumpulan
tertentu. Dalam konteks penyelidikan ini, terdapat kecenderungan penggunaan perkataan
yang paling baharu dan popular dalam dunia politik di Malaysia, iaitu “dedak” yang
digunakan sebanyak 31 kali kekerapan dalam blog yang dikaji. Sebelum ini, dedak
hanya digunakan dalam konteks memberikan makan kepada haiwan seperti ayam, itik,
angsa dan lain-lain. Malahan, terdapat juga peribahasa yang menunjukkan bahawa
“dedak” ini merupakan makanan hantu seperti dalam peribahasa “Bagai hantu makan
dedak” yang bermaksud perbuatan bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.
Namun, dalam konteks politik terkini, “dedak” telah dikiaskan kepada imbuhan, rasuah,
upah yang diberikan kepada pihak tertentu yang melakukan kerja ataupun menyokong
pihak yang memberikan imbuhan kepada mereka sama ada untuk pihak kerajaan ataupun
pihak pembangkang. Penggunaan perkataan ini tidak wajar disebabkan martabat manusia
akan jatuh pada tahap haiwan ataupun hantu walaupun jika mereka mendapat imbuhan
atau upah atas kerja yang tidak melanggar undang-undang dan prinsip moral yang
diperoleh mereka daripada “tuan politik.”
Malahan rakyat yang mendapat bantuan daripada pihak kerajaan melalui BRIM
dan subsidi lain, akan berasa terhina disebabkan segala bantuan yang diberikan oleh
pihak kerajaan dikiaskan sebagai “dedak” oleh pihak tertentu. Tindakan ini tidak tepat,
disebabkan segala bantuan kerajaan kepada rakyat sebenarnya merupakan
tanggungjawab pemerintah dan sewajarnya pemberian tersebut bukan satu penghinaan
kepada pihak yang menerima bantuan tersebut.
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
478 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
Selain itu, penyelidikan ini juga mendapati bahawa perkataan “bangkai”
digunakan dengan kerap, iaitu 16 kali untuk memaki dan mencaci individu dan institusi
yang digambarkan tidak berguna serta sangat hina dalam blog politik. Hal ini sepatutnya
tidak berlaku disebabkan dari segi maksud leksikal bangkai membawa maksud tubuh
haiwan yang sudah mati. Oleh itu, adalah tidak wajar menggelar manusia yang masih
hidup sebagai “bangkai” disebabkan penghinaan tersebut akan menjatuhkan martabat
keinsanan seseorang manusia. Tindakan tersebut juga menunjukkan bahawa manusia
yang digelar panggilan “bangkai” telah diisytiharkan “mati” oleh pihak yang
memanggilnya walaupun pada hakikatnya manusia tersebut masih hidup dan memainkan
peranan dalam dunia ini.
vii. Keagamaan dan Perkauman
Kajian kesantunan dalam blog politik juga mendapati bahawa penggunaan secara meluas
perkataan tidak santun yang melibatkan kategori keagamaan dan perkauman dalam
kalangan rakyat Malaysia, iaitu dengan kekerapan 68 ataupun 12.3%. Hal ini pada
pandangan penyelidik merupakan perkara yang amat “mengerikan” bagi negara seperti
Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama. Pada pandangan
penyelidik, isu berkaitan keagamaan dan perkauman merupakan isu yang paling ampuh
dan paling “seronok” digunakan oleh pelaku politik untuk mencapai kemenangan dalam
mendapatkan kuasa politik dalam negara. Hal ini disebabkan semua bangsa di dunia ini
amat sayang terhadap agama dan kepercayaan bangsa mereka, dan sentiasa menyokong
segala tuntutan untuk memperkasakan agama dan bangsa mereka sehingga sanggup
mencela dan mempersenda agama dan bangsa lain. Mereka yang menggunakan isu
tersebut telah memperlekeh, menyindir, menghina, malah memijak maruah bangsa lain
melalui perkataan yang tidak santun yang digunakan sewenang-wenangnya dengan
penuh kebanggaan, terutamanya dalam blog politik. Malah kadangkala mereka yang
menggunakan isu ini merasakan bahawa mereka telah menjadi “wira bangsa” dan perlu
mendapat ganjaran sewajarnya atas perbuatan mereka.
Dalam kajian ini, terdapat dua konteks utama penggunaan perkataan tidak santun
dalam kategori ini, yakni ketidaksantunan yang melibatkan sesama bangsa dan agama,
iaitu (Melayu Islam dengan Melayu Islam) dan yang kedua ketidaksantunan bahasa yang
melibatkan bangsa dan agama lain.
Perkataan tidak santun seperti “kafir”, “kapiaq”, “laknat”, dan “murtad” juga
digunakan dengan melibatkan sesama bangsa dan agama sendiri, iaitu Melayu Islam.
Orang Melayu Islam telah dituduh dengan hukum yang amat berat dalam agama Islam,
iaitu “kafir”, “laknat” dan “murtad” hanya semata-mata disebabkan berbalah dalam
politik dan tidak menyokong ideologi pihak tertentu. Hal ini sangat ditegah oleh agama
disebabkan hal menentukan seseorang Islam atau institusi sebagai kafir, laknat dan
murtad bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh, apatah
lagi hanya dilakukan oleh individu yang terlibat dalam pertelingkahan politik dalam
alam maya.
Gejala negatif ini perlu dibendung untuk mengelakkan berlaku perpecahan,
malahan pergaduhan dalam kalangan sesama agama dan bangsa seperti di negara Islam
lain seperti di Mesir, Iraq, Tunisia, Syria dan lain lagi hanya disebabkan perbedaan
fahaman politik dan pemahaman dalam agama. Hakikatnya, sebagai manusia biasa, kita
tidak sewajarnya bertindak sebagai terlalu “suci” dengan menghina orang Islam lain
dengan tuduhan sebegitu berat semata-mata untuk mendapatkan kuasa politik. Hal ini
Ketidaksantunan Bahasa dalam Blog Politik di Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 461 – 480 (2018) 479
seperti terdapat dalam surah an-Najm 53:32 yang bermaksud “... Maka janganlah kamu
menggangap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa”.
Selain itu, terdapat juga penghinaan melalui perkataan tidak santun kepada bangsa
dan agama lain di negara ini. Hasil penyelidikan, terdapat pelanggaran perkara sensitif
yang agak kerap digunakan dalam blog politik, iaitu memberikan persamaan YAB Lim
Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang setaraf dengan “tokong”. Perkataan “tokong”
mempunyai dua maksud dari segi leksikal, iaitu sebagai tempat ibadat bagi penganut
agama Buddha dan maksud kedua merujuk sebagai patung atau gambar yang dipuja-puja
dalam sesebuah rumah berhala. Penggunaan perkataan ini sememangnya sangat tidak
beradab, yakni mempersendakan kepercayaan kaum lain semata-mata atas faktor
dendam politik dan sikap tidak tahu menghormati kemenangan sesuatu pihak.
Selain itu, terdapat juga “kisah lama” diungkit kembali pada generasi kini dalam
blog politik apabila perkataan “tongsan” yang secara leksikal bermaksud sejenis ikan
darat dari negara China. Perkataan tersebut selalu digunakan untuk menyindir kepada
kaum Cina supaya pulang ke tanah besar China jika berlaku sesuatu isu dalam negara.
Hal ini tidak boleh dibiarkan disebabkan “kisah lama” tersebut amat menghiris hati
kaum Cina disebabkan mereka telah menjadi warganegara Malaysia yang sah dan telah
menumpahkan taat setia kepada pemerintah negara ini. Selain itu, kaum Cina telah
memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi negara bersama-
sama kaum lain.
KESIMPULAN
Seharusnya kesantunan bahasa perlulah menjadi amalan dan pegangan dalam kalangan
rakyat Malaysia, khususnya dalam bidang politik. Gejala memaki hamun dalam
kalangan rakyat Malaysia sewajarnya tidak berlaku dalam negara yang sedang menuju
negara maju pada 2020. Sepatutnya politik dijadikan wahana untuk memperkasakan
kehidupan masyarakat dari segi sosioekonomi bukan melahirkan masyarakat yang saling
bermusuhan dan dijadikan medan berlakunya “undang-undang rimba” yang hanya
disebabkan oleh perbezaan ideologi dan fahaman politik. Rakyat seharusnya diberikan
keselesaan dalam seluruh aspek kehidupan mereka seperti memiliki pekerjaan yang
mempunyai pendapatan tinggi, pemilikan rumah sendiri, jaringan keselamatan sosial
yang meluas dan kemudahan pendidikan bertaraf dunia. Rakyat tidak wajar dijadikan
“umpan” demi kepentingan politik pihak tertentu untuk “merampas” dan mengekalkan
kuasa politik dalam genggaman mereka.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Embong. (2014). Sastera, Politik dan Masyarakat, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar.(1996). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar.(2002). Setia dan Santun Bahasa, Tanjong Malim : Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Haji Omar.(2007). Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan
Media, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Habibah Elias, Noran Fauziah Yaakub. (2006). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizul Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam
480 MAHAWANGSA 5 (2): 461 - 480 (2018)
Hashim Haji Musa. (2008). Hati Budi Melayu. Serdang: Penerbit Universiti Putra
Malaysia
Jay, Timothy. (2000). Why We Curse: A Nuero-Pscho- Social Theory of Speech.
Philadephia/Amsterdam: John Benjamins
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kassim Ahmad (peny.). (2008). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kuang Ching Hei, Maya Khemlani David, Lau Su Kia. (2013). “Piliteness of Front
Counter Staff of Malaysian Private Hospital”. GEMA. 13 (1). Februari 2013
Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, Maslinda Yusof. (peny.). (2012). Pinsip dan
Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pinker, Steven. (2008). The Stuff of Thought: Language as a Window into Human
Nature. London: Penguin.
Rabayah Tahir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2015). “Penanda Santun dalam
Perbualan Kanak-Kanak Melayu”, Kertas kerja Seminar Antarabangsa Linguistik
dan Pembudayaan Bahasa Melayu ke-19.
Radiah Yusoff (2012). Satu Tinjauan terhadap Ungkapan Makian dan ke (tidak)
santunan dalam Interaksi Internet”, dalam Marlyna Maros, dll (peny.). (2012).
Prinsip dan Aplikasi Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Radiman Haji Junaidi dan Zaitul Azma Zaiton Hamzah (2013). “Wacana Kepimpinan
dalam Ucapan Abdullah Ahmad Badawi”. Jurnal Bahasa. Jilid 13 Bil. 1 Jun 2013.
(ms 128-150).
Rohaidah Haron (2015). Pembinaan Identiti dalam Wacana Politik: Tumpuan terhadap
Kata Ganti Nama Diri. (SLiK 2015).
Shellabear (1956), Kitab Kiliran Budi. Singapura : Di-Malaya Publishing House
Limited.
Tenas Effendy.(2006). Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan
Pengembangan Budaya Melayu.
Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ahmad Fuad Mat Hassan dan Mohd Nur Hafizudin Md
Adamna. (2011). “Kesopanan Bahasa dalam Kalangan Remaja Sekolah
Menengah”. Jurnal Bahasa. Jilid 11 Bil. 2. Disember 2011. (321 – 337).
MAHAWANGSA 5 (2): 481 – 494 (2018)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Konsep Ucapan “Selamat” Dalam Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris Dan Bahasa Thai
Siti Noridayu Abd.Nasir1*
, Hazlina Abdul Halim2, Sharil Nizam Sha’ri
1 dan
Norizan Che Su2
1Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM
Serdang, Selangor, Malaysia
2
Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM
Serdang, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Ucapan “selamat” merupakan kata-kata penting yang diucapkan sebagai tanda hormat dan
kemesraan berbentuk sapaan kepada orang lain. Malahan, ucapan “ selamat” dapat merujuk pada
waktu ucapan diberikan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan membandingkan tujuan
penggunaan ucapan “selamat” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Kemudian, kajian ini dijalankan bertujuan melihat perbandingan yang wujud dari aspek gender
dalam ucapan “selamat”. Selain itu, kajian ini dapat memperlihatkan lagi perbezaan dan
persamaan lain yang wujud dalam penggunaan ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris
dan bahasa Thai. Rentetan itu, kajian ini mengaplikasikan teori yang dipelopori Oleh Robert Lado
(1957), iaitu Teori Analisis Konstrastif. Teori AK begitu sinonim dalam analisis aspek perbezaan
dan persamaan yang wujud dalam beberapa bahasa, iaitu melebihi penggunaan satu bahasa.
Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan dari segi gender, waktu dan penggunaan lebih
daripada satu ucapan. Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjelaskan perbezaan
dan persamaan yang wujud dalam ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa
Thai. Malahan, dapat menjadi perintis untuk kajian akan datang yang berkaitan dengan
perbandingan bahasa.
Kata kunci: ucapan “selamat”, perbandingan bahasa, Teori Robert Lado (Analisis Konstrastif),
bahasa Melayu, Inggeris dan Thai, aspek gender.
Greetings of “Good” Concept in Malay Language, English and
Thai.
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Siti Noridayu Abd.Nasir)
[email protected] (Hazlina Abdul Halim)
[email protected] (Sharil Nizam Sha’ri)
[email protected] (Norizan Che Su)
*Penulis penghubung
ABSTRACT
Wishing of “good” is important words to
wish as a respects and intimacy in greetings
concept to the others people. Even, the
wishing of “good” refer to the time and
situation using the greetings. Therefore, the
research aims to compare used wishing
“good” in Malay language, English and
Thai. Then, the research aims to compare
gender aspects using in wishing of “good”.
ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam Sha’ri dan Norizan Che Su
482 MAHAWANGSA 5 (2): 481 - 494 (2018)
Besides, the research aims to showed another comparison and equations using wishing “good”
in Malay language, English and Thai. That string, the research apply of theory by Robert Lado
(1957), that is theory of Constractive Analysis. The theory of Constractive Analysis is relevant
used in research related comparison language including differences and similarities more than
one language. The findings of research showed it exists differences in gender aspects, time and
use of one language in wishing of “good”. Is expected, the research can explain differences and
similarities it exists in wishing of “good” in Malay language, English and Thai. Even, can be a
pioneer for the future research related comparison language.
Keywords: wishing of “good”, comparative language, Theory of Robert Lado (Constractive
Analysis), Malay Language, English and Thai, gender aspects.
PENGENALAN
Ucapan “selamat” merupakan kalimat yang penting untuk menyampaikan ucapan ramah
kepada orang lain. Malahan, ucapan “selamat” diungkapkan mengikut masa seperti pagi,
tengah hari, petang dan malam. Selain itu, ucapan “selamat” menunjukkan keperluan
sesuatu peristiwa seperti ucapan hari lahir, mengharapkan kejayaan dan lain-lain lagi.
Oleh itu, ucapan “selamat” dapat diklasifikasikan sebagai ucapan yang bermakna, positif
dan mengungkapkan sesuatu perkara yang membawa kebaikan. Malahan, bagi mereka
yang menganuti agama Islam, ucapan “selamat” merupakan doa yang memohon sesuatu
perkara yang baik.
Kepentingan ucapan “selamat” menunjukkan keramahan dan bertujuan membina
hubungan sesama manusia. Walaupun, terdapat individu yang tidak mengenali antara
satu sama lain, namun begitu ucapan “selamat” dapat membina sesuatu hubungan secara
tidak langsung untuk memulakan perkenalan. Selain itu, ucapan “selamat” digunakan
setiap hari bagi individu yang saling mengenali untuk mengeratkan lagi perhubungan
sesama manusia dalam kelompok yang sama mahupun berbeza.
Penggunaan ucapan “selamat” yang digunakan dalam Bahasa Thai lazimnya
digunakan untuk mengucapkan sapaan apabila bertemu seseorang. Malahan, penggunaan
ucapan “selamat” di negara Thai digunakan sebagai permulaan perbualan, pertanyaan
dan percakapan sebelum melakukan sesuatu urusan yang menggunakan komunikasi
lisan. Oleh yang demikian, kedudukan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia
melalui negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan mempengaruhi aspek penggunaan
ucapan “selamat”.
Hal ini berlaku dalam urusan yang melibatkan komunikasi lisan di pejabat
imigresen negara Malaysia mahupun Thailand. Oleh yang demikian, penggunaan ucapan
“selamat” dilihat penting dalam memulakan perbualan bagi menunjukkan rasa hormat
sesama manusia. Malahan, hubungan yang melibatkan dua negara yang berbeza budaya
dan bahasa memerlukan komunikasi berkesan untuk memudahkan urusan sama ada
rasmi atau tidak rasmi.
Penguasaan bahasa asing seperti bahasa Thai memerlukan masa yang lama untuk
dikuasai oleh seseorang. Walau bagaimanapun, sapaan hormat dapat digunakan kepada
orang lain untuk menunjukkan kesantunan dalam menghormati bahasa dan budaya
bangsa tersebut. Hal ini terutamanya, apabila kita tidak mampu menguasai bahasa asing
lain yang bersempadan dengan sesebuah negara seperti bahasa Thai. Pengetahuan ucapan
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 481 – 494 (2018) 483
“selamat” dalam bahasa Thai atau Melayu dapat mengambil hati masyarakat dalam
negara tersebut untuk berhubung dan berkomunikasi.
Malahan, kepentingan ucapan “selamat” begitu sensitif kepada orang yang
beragama Islam. Lazimnya, ucapan “selamat” bukan sahaja mengambarkan tentang
sesuatu yang baik dan positif tetapi menunjukkan doa yang perlu diungkapkan untuk
kebaikan. Hal ini kerana, doa merupakan sesuatu ungkapan yang diucapkan untuk
meminta perkara yang mendatangkan kebaikan oleh seorang manusia yang menganuti
agama Islam.
Oleh itu, ungkapan ucapan “selamat” akan dianalisis dengan membandingkan tiga
bahasa. Kajian ini menggunakan analisis konstraktif Robert Lado dalam perbandingan
bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Maka, kajian ini akan diperjelas
dengan lebih lanjut lagi dalam topik dapatan kajian.
SOROTAN KAJIAN
Kajian lepas merupakan sandaran awal bagi menjalankan sesuatu kajian baharu. Oleh
yang demikian, sorotan kajian lepas ini akan membincangkan aspek perbandingan bahasa
dan penggunaan Teori Analisis Konstrastif (Robert Lado) yang diaplikasikan oleh
penyelidik lepas. Hal ini kerana, kajian berkaitan tersebut adalah signifikan dengan
kajian yang dijalankan ini. Kajian kertas kerja yang dijalankan oleh Siti Noridayu et, al.
(2018) tentang peranan wanita Melayu Patani dan Kelantan dalam ekonomi juga bahasa
telah dijalankan di Arked Niaga, Padang Besar (Perlis) pada 23 Jun 2018. Selain itu,
kajian ini juga dijalankan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan pada 5 Febuari 2018.
Malahan, kajian ini menekankan peranan dalam ekonomi yang didominasi kaum wanita
Patani dan Thailand di dua lokasi tersebut. Malahan, hasil dapatan kajian menunjukkan
wanita Melayu Patani mempunyai fungsi utama dalam pengekalan dan penyebaran
bahasa. Kebolehan berbahasa asing yang baik oleh wanita Melayu Patani dalam bahasa
Thai memudahkan urusan perniagaan yang dijalankan oleh mereka. Hal ini kerana,
barang modal kebanyakanya didatangkan daripada negara Thailand yang mementingkan
bahasa ibunda dalam sebarang urusan.
Mohammad Baihaqi Hasni dan Farah Hanan Aminallah (2017) menjalankan
kajian tentang analisis konstrastif yang melibatkan gender dalam bahasa Arab (beginner)
dan Melayu. Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar yang mengambil bidang kejuruteraan
di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan
leksis gender dalam kosa kata bahasa Arab agak mudah tetapi pelajar menjadi sukar
apabila bahasa Arab sangat memperincikan setiap kalimah. Selain itu, kesalahan
menentukan gender pada الجماد yang tertinggi diikuti oleh االنسان dan الحيوان .Manakala
kesalahan pada المكان berkisar pada 15 orang dan النبات mencatatkan kesalahan paling
sedikit, iaitu 10 orang. Tambahan lagi, pelajar bergantung kepada penterjemahan
bertujuan mengenali dan memahami leksis gender dalam bahasa Arab. Walau
bagaimanapun, bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan budaya dan bahasa
masyarakat Arab tetapi bahasa Melayu mempunyai gaya penstrukturan ayat tersendiri.
Namun begitu, bahasa Melayu adakalanya memberikan kesan dalam proses
pembelajaran bahasa kedua atau asing.
Chong Peng Hwa, Toh Ling Ling dan Maisarah Binti Noorezam (2016) telah
menjalankan kajian tentang perbandingan sebutan suku kata bahasa Mandarin dan bahasa
Melayu dalam sistem fonetik. Oleh yang demikian, secara perbandingan senarai suku
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam Sha’ri dan Norizan Che Su
484 MAHAWANGSA 5 (2): 481 - 494 (2018)
kata antara bahasa Mandarin dengan bahasa Melayu, terdapat suku kata yang sama dan
juga berbeza. Selain itu, hasil analisis menunjukkan terdapat perbandingan sebanyak 405
suku kata bahasa Mandarin yang menjadi masalah kepada penutur bukan berbangsa
Cina. Malahan, kajian ini berasaskan perbandingan suku kata antara kedua-dua bahasa
ibunda masing-masing untuk mencari perbezaan suku kata dalam sistem fonetik. Sebutan
suku kata yang sama bagi kedua-dua bahasa direkod dan dikaji menerusi analisis
komputer (gelombang bunyi) untuk melihat pola suara suku kata yang dibentuk.
Hazlina Abdul Halim, Normaliza Abdul Rahim dan Roslina Mamat (2015) telah
menjalankan kajian perbandingan dalam penggunaan perkataan “semua tujuan” dalam
pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Perancis. Oleh itu, kajian ini telah melibatkan
seramai 15 orang pelajar bagi mendapatkan data kajian ini. Hasil dapatan kajian
menunjukkan pelajar berbangsa Melayu yang mengambil subjek bahasa Perancis
menggunakan strategi penggunaan perkataan “semua tujuan” pada artikel yang
melibatkan penggunaan kata nama, kata kerja, posesif dan preposisi. Kemudian, bagi
pelajar Perancis yang mengambil subjek bahasa Melayu pula mereka lebih cenderung
menggunakan strategi ini pada imbuhan, kata nama dan kata jamak.
Seterusnya, Mariyati Haji Mohd Nor et, al. (2015) menjalankan kajian tentang
Analisis Konstrastif pembentukan kata adjektif dalam bahasa Melayu dan bahasa
Sepanyol. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kata adjektif
bahasa Melayu dan bahasa Sepanyol. Kemudian, kajian ini bertujuan menganalisis
persamaan dan perbezaan yang wujud dalam kedua-dua bahasa. Hasil dapatan kajian
mendapati wujudnya persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua bahasa. Persamaan
pembentukan kata adjektif, iaitu bentuk tunggal, terbitan dan perbandingan kecuali
bentuk majmuk dan ganda kerana tidak wujud dalam bahasa Sepanyol. Bahasa Melayu
menunjukkan tidak mempunyai unsur genus dalam pembentukan kata adjektif. Antara
ayat yang menjadi data adalah yang berkaitan ayat tunggal yang menggunakan kata
penguat dan kata bantu. Contohnya, sebuah rumah besar (bahasa Melayu) dan Una casa
grande (bahasa Sepanyol).
Mohammad Fadzeli Jaafar et,al. (2015) menjalankan kajian tentang bahasa
sempadan Malaysia-Thailand (pengekalan atau peralihan). Kajian ini melibatkan
seramai 202 penutur yang mewakili penduduk di sempadan di Rantau Panjang dan
Golok. Hasil kajian menunjukkan wujudnya penutur yang lebih dominan menggunakan
dialek Kelantan dalam komunikasi. Malahan, di Golok penduduk memilih untuk
menggunakan dialek Melayu Pattani berbanding penggunaan bahasa Thai. Hal ini
kerana, pengaruh budaya, politik dan bahasa memainkan peranan penting dalam
penggunaan bahasa di sempadan.
Oleh yang demikian, kajian lepas yang dijalankan signifikan dengan kajian yang
dijalankan ini untuk mengkaji perbandingan bahasa yang wujud dalam bahasa Melayu,
Inggeris dan Thai. Rentetan itu, kajian yang dijalankan ini bersandarkan kajian
perbandingan bahasa lepas yang menggunakan teori oleh Robert Lado, iaitu Analisis
Konstrastif.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian analisis konstrastif yang dijalankan ini menggunakan model struktural yang
dikemukakan oleh Robert Lado (1957). Maka, model ini menjadi sandaran dalam
perbandingan ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Oleh
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 481 – 494 (2018) 485
yang demikian, Robert Lado memberikan beberapa langkah dan prosedur untuk
mengaplikasikan analisis konstrastif bagi kajian yang dijalankan, iaitu:
Langkah pertama: Tempatkan satu deskripsi struktural yang terbaik tentang bahasa
berkaitan. Deskripsi ini harus melibatkan aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Selain itu, dekripsi ini perlu mencakup bentuk, makna dan distribusi (Mariyati
Haji Mohd Nor et,al., 2015: 2).
Langkah kedua: Rangkum dalam satu kajian semua struktur, ini bermakna seorang
penyelidik perlu merangkum semua kemungkinan pada setiap tataran analisis bahasa
yang dikaji dan dibandingkan (Mariyati Haji Mohd Nor et,al., 2015: 2).
Langkah ketiga: Bandingkan dua bahasa itu struktur demi struktur dan pola demi pola.
Melalui perbandingan setiap struktur dan pola dalam dua sistem bahasa tersebut
penyelidik dapat menemukan masalah dalam pembelajaran bahasa (Mariyati Haji Mohd
Nor et,al., 2015: 2).
Kajian Analisis Kontrastif ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan
bahasa Thai melibatkan langkah-langkah berikut:
i. Huraian mengenai ucapan “selamat” bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa
Thai.
ii. Analisis persamaan dan perbezaan antara tiga bahasa tersebut.
iii. Merumuskan hasil kajian perbezaan dan persamaan yang wujud antara tiga
bahasa.
Oleh itu, menurut model ini maka unit-unit bahasa dihuraikan secara satu persatu
mengikut sistem dan strukturnya (Mariyati Haji Mohd Nor et,al., 2015: 3). Oleh yang
demikian, struktur konsep ucapan "selamat” dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Thai
akan dihuraikan dengan melihat strukturnya dan fungsi penggunan. Selain itu, huraian
yang dibuat tersebut dapat memperlihatkan sistem kedua-dua bahasa secara jelas dan
memudahkan perbandingan secara sistematik dijalankan (Mariyati Haji Mohd Nor et,al.,
2015: 3). Hal ini kerana, melalui huraian konsep ucapan “selamat” akan memperlihatkan
dan memperjelas aspek perbezaan mahupun persamaan yang wujud dalam ketiga-tiga
bahasa tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Perbandingan antara bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai dijalankan untuk
melihat sejauh manakah perbezaan yang wujud dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Antara
faktor pemilihan perbandingan bahasa adalah kedudukan kepentingan penggunaan
bahasa tersebut kepada penutur di Malaysia. Hal ini kerana, kedudukan dan kepentingan
bahasa Melayu di Malaysia yang telah digazetkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi dan bahasa utama yang digunakan untuk tujuan komunikasi dalam bentuk lisan
atau tulisan. Manakala bahasa Inggeris penting sebagai bahasa pengantar utama dunia
yang merupakan bahasa komunikasi untuk semua manusia di dunia dalam pelbagai
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam Sha’ri dan Norizan Che Su
486 MAHAWANGSA 5 (2): 481 - 494 (2018)
urusan.
Oleh itu, perbandingan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dibandingkan pula
dengan bahasa Thai. Pemilihan bahasa Thai berdasarkan kedudukannya di sempadan
Malaysia. Hal ini kerana, penggunaan bahasa Thai begitu penting dalam urusan rakyat
Malaysia yang berurusan dengan rakyat Thai. Bermula daripada pintu sempadan hingga
melibatkan urusan keluarga, rasmi dan jual beli yang memerlukan penggunaan bahasa
sebagai ucapan sapaan.
Oleh yang demikian, hasil kajian ini dianalisis berdasarkan lapan ucapan
“selamat” yang sering digunakan untuk menunjukkan masa, keadaan dan kemesraan.
Perbandingan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai dilihat daripada aspek
tujuan penggunaan, perbezaan penutur mengikut gender (jika wujud) dan hukum bahasa
yang digunakan dalam ucapan “selamat”. Malahan kajian dapat memperlihatkan
terdapatnya perbezaan mahupun persamaan lain dalam tiga bahasa ini.
Selamat Sejahtera
Ungkapan ucapan “selamat sejahtera” bertujuan mengucapkan tanda hormat kepada
orang yang dikenali dan tidak dikenali. Penggunaannya menunjukkan tanda kemesraan
sesama manusia walaupun tidak pernah mengenali orang tersebut. Jadual 1 menunjukkan
perkataan ucapan “selamat” yang digunakan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan
bahasa Thai.
JADUAL 1
Ucapan “selamat sejahtera” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat sejahtera/
salam sejahtera
Hello
สวสด (sawàt di:)
Norizan Che Su (2009:7)
Penutur utama bahasa Melayu merupakan orang Melayu yang hampir
keseluruhannya beragama Islam di Malaysia. Hal ini kerana, undang-undang di Malaysia
membolehkan seseorang menganuti agama yang ingin dipilih setelah usia melebihi 18
tahun. Maka, bangsa hanya menunjukkan kaum dan tidak menunjukkan agama yang
dianuti oleh seseorang. Oleh itu, ucapan “selamat sejahtera” wujud dalam dua perkataan.
Ucapan “salam sejahtera” juga sama dengan ucapan “selamat sejahtera”. Bagaimanapun,
penggunaan perkataan “salam” merujuk kepada tindakan dalam mereka yang beragama
Islam di Malaysia. Oleh itu, penggunaan perkataan “selamat sejahtera” dilihat bersifat
umum dalam ucapan rasmi yang bertulis dan lisan juga sebagai sapaan kepada semua
orang.
Bagi bahasa Inggeris pula ucapan “selamat sejahtera” yang diungkapkan
menggunakan perkatataan “hello” tidak bertujuan memihak kepada mana-mana
penganut agama mahupun pengaruh gender. Oleh itu, ucapan selamat yang diucapkan
sebagai “hello” dalam bahasa Inggeris adalah lebih umum untuk diucapkan kepada
semua orang. Malahan, penggunaan perkataan “hello” digunakan secara meluas dalam
penggunaan telefon sebagai sapaan yang pertama oleh semua bangsa, agama dan
penduduk dunia.
Manakala, bahasa Thai pula menggunakan ucapan “selamat” dalam bahasa yang
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 481 – 494 (2018) 487
menggunakan bentuk aksara dari segi tulisan. Penggunaan perkataan สวสด (sawàt di:)
adalah ucapan untuk “selamat sejahtera”. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Thai
penggunaan ucapan “selamat sejahtera” mempunyai berbezaan gender bagi penutur
lelaki dan perempuan. Hal ini kerana penutur lelaki mengungkapkan perkataan สวสดครบ
(sawàt di: khráp) sebagai “selamat sejahtera” dan perempuan mengungkapkan สวสดคะ (sawàt di: khâ). Oleh yang demikian, penggunaan perkataan สวสด (sawàt di:) boleh
digunakan tanpa mengubah makna perkataan tersebut.
Oleh yang demikian, hasil perbandingan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Thai
menunjukkan berlaku perbezaan dari aspek gender dan budaya. Hal ini menyebabkan,
penutur asal berbangsa Melayu yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Thai
sebagai bahasa kedua dan ketiga perlu berhati-hati dalam mengungkapkan ucapan
“selamat sejahtera”. Namun begitu, ucapan dalam “hello” dalam bahasa Inggeris lebih
bersifat terbuka berbanding bahasa Melayu yang lebih tertib dengan penggunaan
“selamat sejahtera”. Selain itu, penggunaan dalam bahasa Thai perlu menunjukkan
gender dalam ungkapan “selamat sejahtera”.
Hasil analisis menunjukkan wujudnya masalah dalam penggunaan ungkapan
“selamat sejahtera” dalam bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Hal ini kerana, penggunaan
“hello” merupakan ungkapan yang umum dalam pelbagai situasi. Manakala bahasa Thai
pula penutur perlu menggunakan ucapan berdasarkan gender dan tidak boleh
menggunakan ucapan yang digunakan oleh gender lain kerana merupakan kesalahan
dalam ucapan.
Selamat Pagi
Lazimnya, di Malaysia dan Thailand tidak menunjukkan perbezaan yang jauh ketara
dalam penggunaan masa. Perbezaan masa di Malaysia dan Thailand adalah selama satu
jam, Malaysia lebih awal satu jam di hadapan berbanding negara Thailand.
Bagaimanapun, hal ini tidak menunjukkan perbezaan masa yang besar dalam perjalanan
urusan seharian.
Ucapan “selamat pagi” lazimnya diungkapkan pada waktu pagi setelah terbitnya
matahari. Walaupun, ungkapan “pagi” seharusnya bermula pada pukul 1.00 a.m bagi
waktu Malaysia tetapi ucapan “selamat pagi” juga bergantung pada budaya sesebuah
masyarakat. Bagaimapun, ucapan “selamat pagi” merupakan permulaan yang baik untuk
menunjukkan hubungan sesama manusia yang dikenali dan tidak dikenali sebagai
permulaan hari yang baik.
JADUAL 2 Ucapan “selamat pagi” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat pagi Good morning/ morning สวสด /อรณสวสอ (sawàt di:/arun sawàt)
Norizan Che Su (2009:7)
Oleh yang demikian, Jadual 2 menunjukkan penggunaan “selamat pagi” dalam
bahasa Melayu yang bertujuan menunjukkan waktu tersebut adalah waktu pagi. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, pagi adalah waktu selepas matahari terbit kira-kira dari
pukul enam hingga pukul sepuluh (prpm.dbp.gov.my). Oleh itu, apabila matahari telah
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam Sha’ri dan Norizan Che Su
488 MAHAWANGSA 5 (2): 481 - 494 (2018)
tinggi maka waktu tersebut tidak lagi dikira sebagai waktu pagi jika di Malaysia. Maka
ketika itu ucapan “selamat pagi” tidak digunakan lagi.
Seterusnya, bahasa Inggeris pula mempunyai dua ucapan “selamat pagi” untuk
menunjukkan keadaan waktu pagi dengan ungkapan “good morning”. Malahan, dalam
bahasa Inggeris ucapan “selamat pagi” boleh dipendekkan sebagai tanda kemesraan
dengan menggunakan ucapan “morning”. Walaupun, perkataan “good” yang merujuk
kepada sesuatu yang baik, bagus dan positif digugurkan tetapi penggunaan perkataan
“morning” masih lagi relevan dan boleh digunakan untuk diucapkan kepada seseorang.
Kemudian, dalam bahasa Thai pula masih menggunakan perkataan yang sama
seperti “selamat sejahtera, iaitu สวสด (sawàt di:) untuk mengucapkan “selamat pagi”.
Ucapan ini yang mewakili “selamat pagi” juga mewujudkan pengaruh gender seperti
ucapan “selamat sejahtera”. Maka, ungkapan “selamat pagi” dalam bahasa Thai bagi
lelaki adalah สวสดครบ/อรณสวสอครบ (sawàt di: khráp/arun sawàt khráp) dan perempuan
สวสดคะ/อรณสวสอคะ (sawàt di: khráp/arun sawàt khâ). Oleh yang demikian, perbezaan
gender antara lelaki dan perempuan masih lagi wujud dalam bahasa Thai antara lelaki
dan perempuan. Hal ini kerana, sebutan ครบ (khráp) bagi lelaki dan คะ (khâ) untuk
perempuan masih dikekalkan walaupun ucapan “selamat pagi” boleh diungkapkan dalam
dua ucapan yang berbeza.
Dapatan daripada hasil analisis data menunjukkan permasalahan kepada penutur
yang menggunakan bahasa Melayu adalah aspek budaya, gender, pengguguran
perkataan dan penggunaan dua ucapan dalam bahasa Thai. Walaupun bahasa Thai masih
menggunakan ungkapan yang sama dengan “selamat sejahtera” tetapi penutur bahasa
Melayu mengalami masalah jika penutur bahasa Thai menggunakan อรณสวสอครบ (arun
sawàt khráp) bagi penutur lelaki dan อรณสวสอคะ (arun sawàt khâ) untuk perempuan
sebagai “selamat pagi”.
Selamat Tengah hari
Pada waktu tengah hari atau keadaan matahari telah tinggi (cuaca yang agak panas)
maka pengunaan ucapan juga berubah daripada “selamat pagi” kepada “selamat tengah
hari”. Lazimnya, waktu tengah hari di Malaysia merupakan waktu makan tengah hari
yang merupakan masa untuk mengambil makanan yang berat seperti nasi. Lazimnya, di
Malaysia waktu tengah hari ditakrifkan dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua bahawa waktu
lebih kurang pukul dua belas siang hingga sebelum pukul dua (prpm.dbp.gov.my).
Jadual 3 juga menunjukkan pengunaan ucapan “selamat tengah hari” dalam bahasa
Inggeris dan bahasa Thai.
JADUAL 3 Ucapan “selamat tengah hari” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat tengah hari Good afternoon สวสด (sawàt di:)
Norizan Che Su (2009:7)
Kemudian, ungkapan “selamat tengah hari” digunakan untuk menunjukkan waktu
yang telah melewati waktu pagi. Oleh yang demikian, dalam bahasa Inggeris ungkapan
“selamat tengah hari” diucapkan sebagai “good afternoon”. Walau bagaimanapun,
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 481 – 494 (2018) 489
penggunaan ungkapan “good afternoon” tidak mengalami pengguguran perkataan seperti
ungkapan “good morning”. Malahan, penggunaan ungkapan “good afternoon”
digunakan secara meluas dalam bahasa Inggeris untuk menyapa orang lain pada waktu
tengah hari.
Seterusnya, dalam bahasa Thai pula ucapan “selamat tengah hari” menggunakan
perkataan สวสด (sawàt di:) sebagai ungkapan yang umum kepada semua gender dan
lapisan peringkat usia. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Thai wujudnya perbezaan
gender antara lelaki dan perempuan dalam ucapan “selamat tengah hari”. Penutur lelaki
mengungkapkan perkataan สวสดครบ (sawàt di: khráp) sebagai “selamat tengah hari” dan
perempuan mengungkapkan สวสดคะ (sawàt di: khâ). Oleh itu, sebutan ครบ (khráp) merujuk
kepada lelaki dan คะ (khâ) adalah mewakili ucapan daripada perempuan.
Oleh yang demikian, hasil analisis menunjukkan bahawa wujud struktur yang
sama dalam ungkapan “selamat tengah hari” bagi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
yang menggunakan “good afternoon”. Walau bagaimanapun, dalam bahasa Thai tidak
wujud ucapan “selamat tengah hari” yang boleh menggunakan dua sebutan seperti
“selamat pagi” dalam bahasa Thai. Hal ini menyebabkan penggunaan สวสด (sawàt di:)
digunakan bagi mengucapkan “selamat tengah hari” yang berbeza dengan bahasa
Melayu dan Inggeris.
Selamat Petang
Ucapan “selamat petang” dalam takrif Kamus Dewan Edisi Keempat adalah waktu
selepas tengah hari mulai dari matahari turun hingga matahari masuk, sore, lawan pagi:
matahari terbit lebih kurang pada pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pada pukul 6
petang (prpm.dbp.gov.my). Lazimnya, pada waktu petang menunjukkan ucapan pada
waktu yang sesuai untuk melakukan aktiviti sukan dan riadah secara outdoor. Budaya
yang diamalkan di Malaysia menunjukkan waktu petang adalah antara waktu terbaik
untuk beriadah dengan sukan tertentu seperti aktiviti yang melibatkan padang dan taman
permainan. Malahan, penggunaan ucapan “selamat petang” dalam bahasa Melayu
diungkapkan secara rasmi dalam sistem ketenteraan di Malaysia.
JADUAL 4
Ucapan “selamat petang” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat petang Good evening สวสด/ ราตรสวสด (sawàt di:/ratri: sawàt)
Norizan Che Su (2009:7)
Seterusnya, Jadual 4 merujuk kepada ucapan “selamat petang” yang digunakan
dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, ungkapan yang digunakan adalah “good
evening” sebagai ucapan sapaan bagi menunjukkan waktu petang. Walau bagaimanapun,
penggunaan “good evening” dalam bahasa Inggeris tidak berlaku pengguguran perkataan
“good” seperti “good morning”. Selain itu, fungsi penggunaan “good evening” adalah
sama dengan fungsi penggunaan “selamat petang” dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana,
ucapan “good evening” berfungsi menunjukkan waktu sapaan diucapkan kepada orang
lain bagi menunjukkan waktu petang.
Kemudian, ucapan “selamat petang” dalam bahasa Thai pula masih mengekalkan
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam Sha’ri dan Norizan Che Su
490 MAHAWANGSA 5 (2): 481 - 494 (2018)
penggunaan yang sama yang digunakan sebagai “selamat sejahtera”. Oleh itu, ucapan
“selamat petang” diungkapkan sebagai สวสด (sawàt di:) yang beerti “selamat sejahtera”.
Namun begitu, bahasa Thai masih mengekalkan perbezaan ucapan untuk membezakan
gender penutur. Maka, penutur lelaki mengungkapkan สวสดครบ/ราตรสวสดครบ (sawàt di:
khráp/ratri: sawàt khráp) dan perempuan dengan ungkapan สวสดคะ/ ราตรสวสดคะ (sawàt di:
khâ/ratri: sawàt khâ).
Oleh yang demikian, hasil analisis menunjukkan wujudnya perbezaan yang
memerlukan pemahaman yang jelas kepada penutur sesuatu bangsa. Hal ini kerana,
bahasa Thai mempunyai dua ungkapan ucapan yang boleh digunakan dan
memungkinkan penutur bahasa Melayu dan Inggeris perlu mengetahui dua ungkapan
tersebut agar tidak berlaku salah faham ketika komunikasi. Malahan, penutur bahasa
Inggeris dan Thai juga perlu memahami ungkapan “selamat petang” di Malaysia diguna
pakai dalam sistem ketenteraan bermula petang hingga pagi.
Selamat Malam
Waktu malam di Malaysia lazimnya bermula pada pukul 7.00 malam hingga 12.59
tengah malam. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, malam merujuk kepada hari waktu
sesudah matahari terbit, buta malam yang sangat gelap (prpm.dbp.gov.my). Oleh itu,
pada waktu malam ucapan “selamat malam” diungkapkan pada seseorang sebagai tanda
kemesraan dan sapaan secara rasmi. Malahan, penggunaan “selamat malam” juga
digunakan dalam bahasa Melayu yang ditujukan kepada seseorang sebelum tidur yang
lazim diguna pakai dalam keluarga dan kawan.
JADUAL 5 Ucapan “selamat malam” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat malam Good night สวสด (sawàt di:)
Norizan Che Su (2009:7)
Jadual 5 menunjukkan penggunaan ucapan “selamat malam” dalam bahasa
Inggeris, Melayu dan Thai. Lazimnya, ungkapan “good night” yang diungkapkan dalam
bahasa Inggeris bertujuan menunjukkan keadaan pada ketika itu. Oleh itu, penggunaan
“good night” adalah pada waktu malam yang menjadi ucapan yang lazimnya
diungkapkan sebelum tidur. Walau bagaimanapun, ucapan “good night” boleh
diringkaskan kepada “night” dalam keadaan santai dan tidak rasmi. Selain itu, ucapan
“good night” melambangkan ucapan mesra dalam ahli keluarga, sahabat dan orang lain.
Seterusnya, ucapan “selamat malam” dalam bahasa Thai pula masih mengekalkan
penggunaan perkataan yang sama seperti ungkapan “selamat sejahtera, iaitu สวสด (sawàt
di:). Oleh itu, ungkapan yang berbeza mengikut gender masih lagi dikekalkan dalam
bahasa Thai. Maka, penutur lelaki mengungkapkan “selamat malam” sebagai สวสดครบ
(sawàt di: khráp) dan สวสดคะ (sawàt di: khâ) bagi penutur perempuan. Walau
bagaimanapun, dalam bahasa Thai penggunaan สวสด (sawàt di) boleh digunakan dalam
keadaan dan situasi yang berlainan. Hal ini kerana, fungsinya yang bersifat umum dan
sopan dalam memulakan perbualan.
Kemudian, hasil analisis bagi ungkapan “selamat malam” menunjukkan bahawa
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 481 – 494 (2018) 491
penutur berbahasa Melayu hanya perlu memahami ungkapan “good night” bagi bahasa
Inggeris dan สวสด (sawàt di:) bagi bahasa Thai. Walau bagaimanapun, kesukaran
pemahaman akan berlaku kepada penutur bahasa Inggeris dan Thai dalam sistem
ketenteraan di Malaysia yang tidak menggunakan “selamat malam”. Hal ini kerana,
penggunaan “selamat malam” merupakan ucapan yang rasmi digunakan dalam sesuatu
majlis yang diadakan pada waktu malam di Malaysia.
Selamat Datang
Ucapan “selamat datang” adalah ucapan kemesraan yang ditujukan kepada tetamu untuk
menunjukkan tanda meraikan kedatangan mereka ke sesuatu tempat. Malahan, dalam
bahasa Melayu ucapan “selamat datang” menjadi perkataan yang wajib digunakan ketika
menerima tetamu daripada luar negara (luar Malaysia). Selain itu, ucapan “selamat
datang” lazimnya digunakan oleh penyambut tetamu di pejabat swasta dan kerajaan di
Malaysia.
JADUAL 6 Ucapan “selamat datang” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat datang Welcome ยนดตอนรบ (yin dee ton rub)
Yazid Emwat (2011:1)
Jadual 6 menunjukkan ucapan “selamat datang” dalam bahasa Inggeris yang
menggunakan perkataan welcome. Malahan, perkataan “welcome” bukan sahaja
digunakan dalam bahasa Inggeris untuk mengucapkan “selamat datang” tetapi digunakan
juga untuk mengucapkan “sama-sama”. Oleh yang demikian, ucapan “welcome” dalam
bahasa Inggeris dikongsi (pertindihan makna) bersama ucapan balas bagi perkataan
“thank you”, iaitu “welcome”.
Manakala, dalam bahasa Thai pula ucapan “selamat datang” diungkapkan sebagai
ยนดตอนรบ (yin dee ton rub). Walaupun, perkataan ini dilihat penggunannya khusus tetapi
perkataan adalah permulaan untuk ucapan mengucapkan “selamat berkenalan” yang
dimulakan dengan ยนด (yin dee)...dalam bahasa Thai.
Seterusnya, hasil dapatan kajian mendapati wujudnya pertidihan makna dalam
bahasa Inggeris yang perlu diketahui dan difahami oleh penutur berbahasa Melayu dan
Thai. Hal ini kerana, penggunaan “welcome” bertujuan mengucapkan “terima kasih
kembali” atau sama-sama dalam bahasa Melayu. Namun begitu, dalam bahasa Inggeris
penggunaan “welcome” bertujuan mengucapkan “sama-sama” dan “selamat datang”.
Manakala, bahasa Thai dan bahasa Melayu mempunyai ungkapan yang tidak berlaku
pertidihan makna untuk mengucapkan “selamat datang”.
Selamat Tinggal
Ungkapan ucapan “selamat tinggal” dalam bahasa Melayu merujuk kepada ucapan
perpisahan yang diucapkan kepada seseorang. Lazimnya, ucapan “selamat tinggal” ini
diucapkan untuk berpisah atau seseorang perlu pulang ke tempat asalnya. Walau
bagaimanapun, ucapan “selamat tinggal” ini adalah ucapan yang berunsurkan kesedihan
tetapi masih berupaya menunjukkan kemesraan antara seseorang yang mengenali melalui
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam Sha’ri dan Norizan Che Su
492 MAHAWANGSA 5 (2): 481 - 494 (2018)
ucapan “selamat tinggal”.
JADUAL 7 Ucapan “selamat tinggal” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat tinggal Good bye/bye ลากอน/ไปกอนนะ (la: kˋɔ:n/pai kˋɔ:n ná)
Norizan Che Su (2009:8)
Jadual 7 menunjukkan ucapan “selamat tinggal dalam bahasa Inggeris. Dalam
bahasa Inggeris ucapan “selamat tinggal” diucapkan dengan ungkapan “good bye”.
Bagaimanapun, sebutan “good” boleh digugurkan dan hanya menggunakan perkataan
“bye” untuk mengucapkan “selamat tinggal” kepada seseorang dengan tujuan yang sama
seperti bahasa Melayu.
Manakala, dalam bahasa Thai pula ucapan “selamat tinggal” diungkapkan sebagai
ลากอน (la: kˋɔ:n) atau ไปกอนนะ (pai kˋɔ:n ná). Terdapat dua perkataan yang boleh
digunakan dalam bahasa Thai untuk mengucapkan “selamat tinggal”. Begitu juga dalam
bahasa Inggeris yang boleh dipendekkan kepada perkataan “bye” daripada “good bye”.
Oleh yang demikian, penutur berbahasa Melayu perlu memahami budaya barat
dengan penggunaan “good bye” yang boleh dipendekkan kepada “bye” tetapi tidak
menjejaskan tujuan dan makna perkataan. Bertepatan dengan budaya barat yang lebih
bersikap keterbukaan berbanding dengan budaya Melayu dan Thai yang mementingkan
adab, kesopanan juga ketertiban dalam percakapan. Selain itu, penutur berbahasa Melayu
dan Inggeris perlu memahami penggunaan “selamat tinggal” yang digunakan dalam
bahasa Thai kerana mempunyai dua ungkapan berbeza tetapi mempunyai makna sama.
Selamat Berkenalan
Ucapan “selamat berkenalan” dalam bahasa Melayu bertujuan untuk memperkenalkan
diri kepada orang yang baru dikenali atau menunjukkan pertemuan pertama. Malahan,
penggunaan perkataan “selamat berkenalan” juga sesuai digunakan kepada semua agama
kerana bersifat umum. Selain itu, penggunaan perkataan “selamat berkenalan” juga tidak
sensitif kepada semua lapisan masyarakat.
JADUAL 8 Ucapan “selamat berkenalan” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai.
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Thai
Selamat berkenalan Nice to meet you ยนดทไดรจก (yin di: thî: dâi: ruˊ: jàk)
Norizan (2009:16)
Manakala, dalam bahasa Inggeris pula “selamat berkenalan” disebut sebagai “nice
to meet you”. Struktur ayat yang lebih panjang berbanding penggunaan dalam bahasa
Melayu dan bahasa Thai. Malahan, dalam bahasa Inggeris penggunaan perkataan “you”
menunjukkan orang yang baru dikenali. Dalam struktur ayat bahasa Inggeris jelas
menunjukkan wujudnya perasaan gembira dan meraikan seseorang yang baharu dikenali
melalui ucapan “selamat”.
Seterusnya, dalam bahasa Thai pula penggunaan aksara hadapan sama dengan
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 481 – 494 (2018) 493
ucapan “selamat datang” digunakan. Dalam bahasa Thai, ucapan “selamat berkenalan”
disebut sebagai ยนดทไดรจก (yin di: thî: dâi: ruˊ: jàk). Bagaimanapun, tidak terdapat
pengaruh gender dalam ucapan “selamat berkenalan” yang bersifat umum dan mesra.
Hasil analisis menunjukkan bahawa penutur bahasa Melayu dan Thai perlu
memahami konsep penggunaan ungkapan bagi “selamat berkenalan” dalam bahasa
Inggeris. Hal ini kerana, jika terjemahan secara terus ditransliterasi daripada bahasa
Melayu akan berlaku perbezaan pemahaman kerana makna. Tambahan lagi, penggunaan
“nice to meet you” lazimnya digunakan untuk memberitahu bahawa senang bertemu dan
mengenali seseorang. Walau bagaimanapun, penggunaan “nice to meet you” bertujuan
menunjukkan kemesraan kepada orang lain yang baharu dikenali dalam bahasa Inggeris.
Sedangkan, dalam bahasa Melayu dan Thai ungkapan yang menunjukkan senang dalam
sesuatu perkenalan tidak digunakan untuk memulakan sapaan perkenalan pertama.
Rentetan itu, budaya barat dan timur perlu difahami oleh penutur agar tidak
menimbulkan masalah dalam sebarang komunikasi verbal.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui analisis yang telah dijalankan terdapat perbezaan dan
persamaan dari segi pengaruh gender yang digunakan secara meluas dalam bahasa Thai,
penggunaan hukum D-M (Diterangkan – Menerangkan) yang digunakan dalam bahasa
Thai dan Melayu tetapi tidak digunakan dalam bahasa Inggeris. Seterusnya, ucapan
“selamat” dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Thai juga mengalami pertindihan makna,
kependekan ayat, penggunaan dalam kerjaya tertentu dan tujuan penggunaanya. Adalah
diharapkan kajian yang dijalankan ini dapat menjadi sandaran bagi kajian seterusnya
yang melibatkan ucapan “selamat” dan pengaruh sejarah terhadap ucapan sesuatu bahasa
tersebut.
Oleh yang demikian, penerapan Teori Analisis Kontrastif diguna pakai dalam
kajian ini. Hal ini kerana, struktur ungkapan dan penggunaan dianalisis melalui
penggunaan dari aspek makna penyampaian ungkapan tersebut. Seterusnya, ungkapan
ucapan “selamat” dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Thai dibandingkan dari spek
tujuan, masa dan penggunaan. Kemudian, hasil dapatan menunjukkan permasalahan
yang berlaku kepada penutur bahasa lain yang perlu memahami budaya dan sebab
penggunaan sesuatu ungkapan “selamat”.
RUJUKAN Hazlina Abdul Halim, Normaliza Abdul Rahim dan Roslina Mamat. (2015). Penggunaan
Perkataan Semua Tujuan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Perancis: Satu
Perbandingan. Mahawangsa 2 (1): 1-14 (2015). Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Chong Peng Hwa, Toh Ling Ling dan Maisarah Binti Noorezam. 2016. Kajian Perbandingan
Sebutan Suku Kata Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu dalam Sistem Fonetik.
https://www.researchgate.net/publication/308798786.
Lado, R. (1957). Linguistic Across Cultures, Applied Linguistic for Language Teachers:
University of Michigan.
Mariyati Haji Mohd Noret, al. (2015). Analisis Konstrastif Pembentukan Kata Adjektif Bahasa
Melayu dan Bahasa Sepanyol. EDUCATUM- Journal of Social Science ISSN 2289-
9391/Vol 1/2015/1-13.
Mohammad Baihaqi Hasni dan Farah Hanan Aminallah. 2017. Analisis Kontrastif dalam
Penggunaan Gender (والمؤنث المذكر ) antara Bahasa Arab dan Melayu dalam Kalangan
Pelajar Kejuruteraan di Universiti Malaysia Pahang. Journal of Global Business and Social
Siti Noridayu Abd.Nasir, Hazlina Abdul Halim, Sharil Nizam Sha’ri dan Norizan Che Su
494 MAHAWANGSA 5 (2): 481 - 494 (2018)
Entrepreneurship (GBSE) Vol. 1: no.1 (2017) page 100–109. gbse.com.my . eISSN
24621714.
Mohammad Fadzeli Jaafar et, al. (2015). Bahasa Sempadan Malaysia-Thailand: Pengekalan VS
Peralihan Bahasa. ISSN: 2180-4842. Vol.5, Bil. 1 (Mei 2015): 1-9. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ).
Siti Noridayu Abd. Nasir. 2018. Peranan Wanita Patani dan Kelantan dalam Ekonomi dan
Bahasa. Prosiding Seminar Antarabangsa Sejarah dan Budaya Kelantan – Patani. 6-7
Oktober 2019/ 26-27 Muharram 1440H. Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra
Panji, Kota Bharu, Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norizan Che Su. (2009). Bahasa Thai Untuk Komunikasi. Seri Kembangan: Citra Kurnia
Enterprise.
Yazid Emwat. (2011). Perbualan Bahasa Thai Cepat dan Mudah. Golden’s Language Series.
Petaling Jaya: Golden Book Centre SDN. BHD.
LAMAN SESAWANG
prpm.dbp.gov.my
MAHAWANGSA 5 (2): 495 – 504 (2018)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi
Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia1
Ab. Halim Mohamad* dan Mohd Azidan Abdul Jabar
Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM
Serdang, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Konsonan zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ] mempunyai artikulasi dan sifat yang berbeza dari segi
fonetiknya. Ketiga-tiga konsonan tersebut disebut oleh penutur Melayu dengan sebutan [ز] yang
sangat hampir dengan konsonan [z]. Orang Melayu menghadapi masalah dalam membeza dan
mengguna tiga konsonan tersebut dalam tulisan Jawi mereka. Kajian ini cuba menghurai tahap
penggunaan konsonan tersebut dalam kalangan pelajar Melayu yang mempunyai latar belakang
yang berbeza. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan 25 orang pelajar Bachelor Bahasa
Arab di UPM dan 35 orang pelajar Bachelor Linguistik Melayu di Jabatan Bahasa Melayu di
UPM. Satu ujian menulis tulisan Jawi telah dijalankan ke atas dua kumpulan pelajar tersebut.
Pelajar diminta menulis 30 perkataan yang dipilih khas dalam tulisan Jawi. Hasil kajian ke atas
pelajar Bachelor Bahasa Arab mendapati bahawa 8% memperolehi gred B- dan C+, 32%
memperolehi gred D dan 44% gagal (F). Manakala pelajar Bachelor BM pula, 2.86% mendapat
gred B- dan 97.14% gagal (F). Hasil Ujian ini menunjukkan bahawa pelajar IPTA yang telah
menerima pembelajaran tulisan Jawi masih lemah dalam membeza dan mengguna konsonan [ذ], dalam sistem tulisan Jawi termasuk pelajar yang mempunyai latar belakang Bahasa [ظ] dan [ز]
Arab. Oleh yang demikian, sistem tulisan Jawi perlu disemak semula dan ditransfomasi sesuai
dengan sebutan dan lidah Melayu. Adalah dicadangkan bahawa satu fonem konsonan sahaja iaitu
yang merujuk kepada simbol [z] dalam ejaan Rumi perlu digunapakai dalam sistem ejaan Jawi [ز]
sesuai dengan hasil kajian ini dan perubahan sebutan fonem konsonan pinjaman Arab yang
disebut mengikut lidah Melayu.
Kata kunci: konsonan, tulisan Jawi, fonem, fonetik sebutan Melayu.
The Using of Consonants [ذ، ز، ظ ] in Jawi Writing System among
The Students of Universiti Putra Malaysia
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Ab. Halim Mohamad)
[email protected] (Mohd Azidan Abdul Jabar)
*Penulis penghubung
ABSTRACT
The consonant of zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ]
has articulation and different properties
from its phonetic aspect. These three
consonants are called by Malay speakers
with [ز] designations very close to the
consonent [z]. The Malays faced problems in
differentiating and using the three consonants ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
1 Artikel ini sebahagian daripada hasil penyelidikan FRGS fasa 1/2016 yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT)
(FRGS/1/2016/SS09/UPM/02/1).
Ab. Halim Mohamad dan Mohd Azidan Abdul Jabar
496 MAHAWANGSA 5 (2): 495 - 504 (2018)
in their Jawi writting. This study attempts to describe the level of consonant use among the Malay
students with different backgrounds. This study is a quantitative study involving 25 Arabic
Bachelor's students in UPM and 35 students of Linguistics Malay Bachelor in the Department of
Malay Language at UPM. A Jawi writing test was conducted on two groups of students. Students
are asked to write 30 selected words in Jawi script. The results of study on Arabic Bachelor's
students found that 8% obtained grades B- and C +, 32% obtained D grade and 44% failed (F).
While Bachelor BM students, 2.86% received grade B- and 97.14% failed (F). The result of this
test shows that IPTA students who have received Jawi writing lessons are still weak in
differentiating and using consonents [ذ[, ]ز] and [ظ] in Jawi writing system including students
who have Arabic background. Therefore, the Jawi writing system needs to be revised and
transmitted in accordance with the Malay language. It is recommended that a consonant
phoneme [ز] which refers to the symbol [z] in Rumi's spelling should be adopted in the Jawi
spelling system in accordance with the results of this study and the alteration of the Arab
phonemes which be pronounced according to Malay pronunciation.
Keywords: consonant, Jawi writing, phoneme, phonetic Malay pronunciation
PENGENALAN
Sistem tulisan Jawi di Malaysia telah melalui beberapa proses perubahan dan
penyemakan. Beberapa kaedah telah dikemukakan oleh beberapa tokoh seperti kaedah
ejaan Jawi Za‘ba (1931), Matlob (1989), Panduan Ejaan Jawi (1986), Hamdan (2015),
Mohd Hussein (2002), Daftar Kata Bahasa Melayu (2005), Che Siah (2006) dan lain-
lain. Sistem atau kaedah ejaan Jawi yang digunapakai sekarang ialah sistem yang
berasaskan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) yang telah dikeluarkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1986 hasil keputusan Konvensyen Tulisan Jawi
tahun 1984 anjuran Pusat Islam. Pada tahun 1993 telah berlangsung seminar kebangsaan
yang khusus tentang tulisan Jawi yang bertempat di pejabat Perdana Menteri Malaysia.
Hasil pembentangan, cadangan dan resolusi seminar tersebut telah disemak dan disahkan
oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1993-1994. Ekuran daripada itu lahirlah buku Daftar Ejaan Jawi tahun 2005.
Selepas beberapa tahun pelaksanaan kaedah tulisan PEJYB, ia ditukar pula dengan
kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) berdasarkan Buku
Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) (Cet. Pertama 2001, Edisi Kedua
Cetakan Kedua 2016) telah diterbitkan dengan mengetengahkan beberapa kategori
kaedah utama ejaan Jawi iaitu ejaan lazim, ejaan tradisi, ejaan mengikut hukum, ejaan
lampau hukum dan ejaan pinjaman serta serapan. Kaedah pelengkap ejaan juga
diketengahkan dalam kamus ini seperti ejaan gelinciran, penggunaan huruf hamzah dan
ejaan imbuhan. Kaedah PUEJBM yang diguna sekarang diadaptasi daripada kaedah
Za‘ba (1931).
Mohd Hussein (2002) menyatakan bahawa kaedah ejaan Jawi Za‘ba banyak
kesamaran pada sebutan dan memerlukan penambahan huruf vokal (alif, waw dan ya’)
pada sesetengah perkataan bagi menghilangkan kesamaran tersebut. Ismail dan Mashur
penyunting buku Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) cetakan 2004
menjelaskan bahawa kaedah Za‘ba telah diubah mengikut kaedah phonologi dan bentuk
perkataan bahasa Melayu yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama,
perkataan Melayu asli. Kedua, perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab.
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 495 – 504 (2018) 497
Ketiga, perkataan Melayu yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Ketiga-tiga kumpulan
ini mempunyai kaedah ejaan yang berbeza. Perbezaan yang jelas ialah dalam mengeja
perkataan pinjaman Arab yang secara umumnya dengan mengekalkan gambaran asal
perkataan tersebut dalam bahasa Arab.
Walaupun usaha kerajaan untuk memertabatkan tulisan Jawi telah dilakukan
melalui seminar, persidangan, konvensyen, bengkel, pertandingan, klinik Jawi, carnival
dan lain-lain lagi, tetapi masyarakat Malaysia masih lagi menyambut dingin terhadap
tulisan Jawi. Nik Rozila dalam kajiannya menyatakan bahawa Penguasaan pelajar dalam
Jawi adalah lemah terutama dalam aspek-aspek yang diuji (2007:161). Faizal mendapati
segelintir pelajar mahasiswa pengajian Islam UKM kurang meminati tulisan Jawi
walaupun mereka mempelajari tulisan Jawi bermula pada awal usia enam tahun (2009:
155). Ia bukan sahaja disebabkan oleh kekurangan minat para pelajar atau sistem
pendidikan yang tidak memberi kredit kepada tulisan Jawi, tetapi mungkin bermula
daripada kaedah yang bercelaru dan kurang mantap serta tidak mesra pengguna yang
menyebabkan mereka kurang berminat. Hal seperti inilah yang menuntut supaya kajian
berkaitan sistem tulisan Jawi terus dilakukan bagi memertabatkannya demi survival masa
depan.
PERMASALAHAN KAJIAN
Banyak kaedah ejaan dalam penulisan Jawi masih mengelirukan pengguna serta
pengamalnya. Melalui pemerhatian pengkaji, kaedah penulisan Jawi dilihat tidak begitu
tersusun dan tidak tekal. Perubahan yang dilakukan dalam sistem PUEJBM tidak
berasaskan hujah yang jelas sehingga banyak mendatangkan masalah dan kecelaruan.
Kecelaruan berlaku pada penggunaan vokal (alif, yᾱ’ dan waw) dan konsonan seperti
penggunaan qᾱf )ق( dan kāf )ك(, antara zai )ز( dan dhāl )ذ(, antara sīn س() , thᾱ’ (ث), shin
)هـ dan )ح( antara ,)ص( dan ṣᾱd (ش) , țᾱ’ (ط) dan tā’ (ت) dan seupamanya. Selain daripada
itu berlaku juga kekeliruan ejaan perkataan pinjaman Arab, dimana ada perkataan
pinjaman yang diubah ejaannya dan ada yang dikekalkan. Ini semua merupakan masalah
dalam tulisan Jawi yang memerlukan kepada satu kaedah yang konsisten yang
berpandukan kepada teori fonetik yang betul dan boleh diterima.
Sistem PUEJBM yang digunapakai sekarang ini tidak dapat memberi hujah yang
kukuh bagaimana penggunaan konsonan zai )ز(, dhāl )ذ(dan za (ظ) yang ditulis dengan
[z] dalam tulisan Rumi seperti perkataan zamrud, zarah, nazir, izhar, hafiz, lazat, zuhur
dan sebagainya dapat dibezakan oleh pengguna tulisan Jawi dari kalangan orang Melayu.
Adakah mereka dapat menulis perkataan tersebut dalam tulisan Jawi dengan betul seperti
Adakah mereka tahu asal usul perkataan tersebut ?زمرود، ذره، ناظير، اظهار، حافظ، الذت، ظهر
daripada bahasa Arab? Adakah mereka tahu bentuk tulisan asalnya dan kenapa perlu
dikekalkan dalam bentuk tulisan asalnya walaupun perubahan fonem dari segi sebutan
telah berlaku? Persoalan seperti ini yang mendorong pengkaji untuk membuat kajian
tentang peraturan dan kaedah dalam system tulisan Jawi.
Mengikut Carmel Heah (1989), kata pinjaman dalam sesebuah bahasa dapat
diklafisikasikan kepada empat bahagian, iaitu:
i) Kata pinjaman tidak berasimilasi, iaitu yang tidak mengalami perubahan dalam
sistem ejaan (Carmel, 1989: 99) seperti حج مبرور، عيد مبارك، رمضان مبارك dan
banyak lagi perkataan yang tersenarai dalam kamus yang jarang digunapakai (lihat
Ab. Halim Mohamad dan Mohd Azidan Abdul Jabar
498 MAHAWANGSA 5 (2): 495 - 504 (2018)
Amat Juhari, 2016).
ii) Kata pinjaman separa asimilasi, iaitu leksikal pinjaman yang mengalami
perubahan morfem (Carmel, 1989: 103), seperti سجود، قوة، همة menjadi ،سوجود، قوات
.هيمت
iii) Kata pinjaman asimilasi penuh, iaitu leksikal yang berlaku perubahan bentuk pada
kata asal tersebut. Perubahan bentuk mencerminkan kemasukan yang baru ke
dalam bahasa. Ia juga bergantung kekerapan kengunaannya dalam bahasa. Dalam
kebanyakan kes, bentuk ini telah menjadi sebahagian daripada bahasa (BM) sejak
lama dahulu dan menjadi sebahagian kata umum. Leksikal jenis ini mengalami
proses asimilasi lengkap dari segi sistem ejaan dan menyebabkan kebanyakan
orang melayu tidak tahu asal usul bahasa tersebut bahkan menganggapnya sebagai
bahasa Melayu (Carmel, 1989: 103), seperti ،سوجود، علمو، روجوع، واجه، بادن، صيفت
daripada (sujud, ilmu, rujuk, wajah, badan, sifat, akidah dan ibadah) عقيدة، عبادة
asal perkataan Arab سجود، علم، رجوع، وجه، بدن، صفة .
iv) Kata pinjaman asimilasi sistem ejaan, iaitu sebutan dalam bahasa asalnya
menyamai sebutan dalam bahasa pinjaman, tetapi yang membezakannya ialah
bentuk ejaan yang dieja berdasarkan bunyi seperti cek (BM) daripada cheque (BI),
gezet (BM) daripada gazette (BI) (Ibid, 1898: 103) dan sujud سوجود, hakim حاكيم ,
rukun كافير kafir , روكون (BM) daripada سجود، حاكم، ركن، كافر (BA).
Kata pinjaman asimilasi separa, penuh dan asimilasi sistem ejaan bahasa Arab ini
dapat dilihat dengan jelas dan menjadi masalah dalam sistem ejaan Jawi. Ini kerana tiada
kesepadanan antara sebutan dan penggunaan simbul (fonem) dalam sistem ejaan Jawi.
Sebagai contoh, ejaan Rumi menggunakan fonem [z] pada perkataan zamrud, zarah,
nazir, izhar, hafiz, lazat, zuhur manakala dalam ejaan Jawi menggunakan fonem yang
berbeza iaitu [ذ، ز، ظ]. Hal ini menimbulkan banyak kesukaran kepada pengguna tulisan
Jawi kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup tentang
sejarah dan aspek sosio budaya Melayu dan Arab. Mereka kurang arif penggunaan fonem
yang berbeza iaitu [ذ، ز، ظ] dalam ejaan Jawi. Oleh sebab itu, mereka menggunakan
fonem [ز] yang sepadan dengan fonem [z] seperti dalam tulisan Rumi. Kata pinjaman
bahasa Arab dalam bahasa Melayu telah disesuaikan dengan lidah Melayu seperti za (ظ)
dan zal (ذ) disebut zai (ز), oleh kerana itu terdapat pengguna Melayu menulis ،مظلوم، ناظير
.dan sebagainya مزلوم، نزيز، ذمن seperti زمان
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan huraian dalam permasalahan kajian di atas, secara ringkasnya kajian ini
bertolak daripada persoalan berikut:
1) Sejauh mana tahap penguasaan fonem zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ] dalam kalangan
pengguna Melayu dalam sistem tulisan Jawi berdasarkan kaedah Pedoman Umum
Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM)?
2) Bagaimanakah pendekatan yang sesuai yang patut diambil untuk menyelesai
masalah penggunaan fonem zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ] dalam sistem tulisan Jawi
yang dihadapi oleh pengguna Melayu?
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 495 – 504 (2018) 499
OBJEKTIF KAJIAN
1) Mengenal pasti tahap kecekapan pengguna Melayu terhadap fonem [ذ، ز، ظ] dalam
sistem tulisan Jawi berdasarkan kaedah Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu
(PUEJBM).
2) Mengemukakan pendekatan yang sesuai yang boleh diambil untuk menyelesaikan
masalah penggunaan fonem [ذ، ز، ظ] dalam sistem tulisan Jawi yang dihadapi oleh
pengguna Melayu khususnya dan bukan Melayu Amnya.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini berbentuk kuantitatif yang melibatkan 25 orang pelajar Bachelor Bahasa Arab
(semester 2) Universiti Putra Malaysia dan 35 orang pelajar Bachelor Linguistik Melayu
(semester 6) UPM. Satu ujian penulisan selama setengah jam telah dijalankan. Soalan
ujian mengandungi 30 perkataan bahasa Melayu ditulis dalam tulisan Rumi. Pelajar
diminta menulis perkataan tersebut dalam tulisan Jawi. Justifikasi pemilihan pelajar
tersebut kerana mereka telah mempelajari tulisan Jawi dan sebagai pelajar universiti
mereka seharusnya mendapat pendedahan tentang tulisan Jawi yang menjadi warisan
bangsa yang berharga. Kebanyakan perkataan yang diuji terdiri daripada kata pinjaman
Arab dalam bahasa Melayu. Ini bertujuan untuk melihat penguasaan mereka dalam
penggunaan fonem [ذ، ز، ظ] yang ditulis dalam ejaan Rumi menggunakan simbol [z].
Perkataan tersebut seperti dalam jadual (1) di bawah:
JADUAL 1
Senarai Perkataan Bahasa Melayu yang diuji
Bil. Perkataan Bil. Perkataan Bil. Perkataan
1 ziarah 11 zarah 21 zalim
2 zaman 12 zuriat 22 zuhur
3 zamrud 13 zimmi 23 zulmat
4 zaitun 14 mazi 24 zahir
5 zainab 15 mazmumah 25 zan
6 azimat 16 zakar 26 nazir
7 azali 17 muzakarah 27 nazim
8 jizyah 18 zina 28 izhar
9 janazah 19 zarah 29 hafiz
10 muktazilah 20 lazat 30 mazlum
ANALISIS DATA PERBINCANGAN
i) Pencapaian Pelajar (Bahasa Arab)
Ab. Halim Mohamad dan Mohd Azidan Abdul Jabar
500 MAHAWANGSA 5 (2): 495 - 504 (2018)
Ujian penggunaan konsonan [ذ], [ز] dan [ظ] dalam sistem tulisan Jawi ke atas 25 orang
pelajar Major Bahasa Arab (Jabatan Bahasa Asing) dan 35 orang pelajar Major
Linguistik Melayu (Jabatan Bahasa Melayu) di UPM adalah seperti yang dinyatakan
dalam jadual (1) di atas adalah seperti dalam jadual (3) berikut:
JADUAL 2
Pencapaian Pelajar Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Dalam Penggunaan konsonan [ذ], [ز] dan [ظ]
Markah Gred Bil. Res. & %
Pelajar Bahasa Arab
Bil. Res. & % Pelajar
Linguistik B. Malayu Tahap
80-100 A 0 – 0% 0 – 0% Cemerlang
75-79 A- 0 – 0% 0 – 0% Sangat Baik
70-74 B+ 0 – 0% 0 – 0% Sangat Baik
65-69 B 0 – 0% 0 – 0% Baik
60-64 B- 1 – 4% 1 - 2.86% Sederhana Baik
55-59 C+ 1 – 4% 0 – 0% Memuaskan
50-54 C 0 – 0% 0 – 0% Memuaskan
47-49 C- 4 – 16% 0 – 0% Kurang Memuaskan
44-46 D+ 0 – 0% 0 – 0% Lemah
40-43 D 8 – 32% 0 Sangat Lemah
0-39 F 11 – 44% 34 - 97.14% Gagal
Total 25 – 100% 35 – 100%
Berdasarkan jadual (2) di atas didapati bahawa jumlah responden pelajar Major
bahasa Arab yang memperoleh markah 50% ke atas adalah seramai 2 orang sahaja (8%).
Manakala responden yang memperolehi markah kurang daripada 50% adalah seramai 23
orang (92%). Daripada jumlah responden tersebut, didapati responden yang gagal atau
mendapat markah kurang daripada 40% adalah seramai 11 orang (44%). Manakala
jumlah responden pelajar Major Bahasa Melayu yang memperolehi markah B- adalah
2.86% dan jumlah yang gagal adalah 97.14%.
ii) Analisis Kesalahan Ejaan
Hasil ujian mendapati bahawa majoriti pelajar melakukan kesalahan yang sangat ketara
sekali sama ada pelajar Major Bahasa Arab atau Linguistik Melayu. Pelajar masih lemah
dalam penggunaan konsonan atau fonem [ظ، ز، ذ] dalam sistem ejaan Jawi. Kebanyakan
pelajar menggunakan fonem [ز] ketika menulis perkataan yang diuji bagi mengantikan
fonem [z]. Contoh kesalahan tersebut boleh dilihat dalam jadual (3) di bawah:
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 495 – 504 (2018) 501
JADUAL 3
Contoh Kesalahan Ejaan Jawi oleh Pelajar
Bil. Rumi Ejaan
Betul
Ejaan
Salah
Bil. Rumi Ejaan
Betul
Ejaan
Salah
1 zia.rah 16 زيارة/زيره زياره za.kar زكر/ذكار ذكر
2 za.man 17 زمن/ذمان زمان mu.za.ka.rah مذاكرة/مذكره مذاكره
3 zam.rud 18 زمروت/زمرد زمرود zi.na زناء/زينا زنا
4 zai.tun 19 ذيتون/زايتون زيتون za.rah زرة/ذرة ذره
5 za.bib 20 زابيب/ذبيب زبيب la.zat لزات/الزة الذت
6 a.zi.mat 21 ازيمت/عزيمت عزيمة za.lim ظالم/ظليم ظاليم
7 a.za.li 22 عزلي/عزالي ازلي zu.hur ظهور/ظوهور ظهر
8 jiz.yah 23 جزيه/جيزيه جزية zul.mat ظلمات/ظلمت ظلمة
9 je.na.zah 24 جنازة/جنزه جنازه za.hir ظاهر/ظهير ظاهير
10 muk.ta.zi.lah 25 معتزله/مؤتزيلة معتزلة zan زان/ظان ظن
11 za.rah 26 زرة/ذرة ذره na.zir نزير/نظير ناظير
12 zu.riat 27 زرياة/زرية ذوريت na.zim ناظم/نظيم ناظيم
13 zim.mi 28 زمي/زيممي ذمي iz.har اظهر/ازهار اظهار
14 ma.zi 29 مازي/ماذي مذي ha.fiz حفظ/حفيظ حافظ
15 maz.mu.mah 30 مزمومة/مذمومة مذمومه maz.lum مذلوم/مزلوم مظلوم
Ejaan Jawi yang betul berdasarkan buku “Daftar kata bahasa Melayu Rumi-Sebutan Jawi”
Edisi kedua 2016, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka
Daripada jadual (3) di atas, terdapat pelajar yang menulis dalam ejaan Jawi yang
betul seperti زياره، زمان، زمرود، زيتون، زبيب dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
terdapat pelajar yang melakukan kesalahan kerana terkeliru dengan penggunaan ketiga-
tiga perkataan ini seperti contoh yang di bawa dalam jadual (4) di atas. Sebagai contoh,
perkataan زمان، زيتون، زبيب، ذره، ذمي dieja ذمان، ذيتون، ذبيب، زرة، زمي dan sebagainya. Ini
menunjukkan bahawa kebanyakan responden gagal memahami kaedah penggunaan
konsonan [ذ], [ز] dan [ظ] dalam tulisan Jawi, di samping kaedah yang dikemukakan
dalam sistem tulisan Jawi kurang mantap dan tidak berkesan.
Kesalahan tersebut disebabkan dua faktor. Pertama, sebutan fonem [ظ], [ز] dan [ذ]
sudah diasimilasikan dan disesuaikan dengan sebutan Melayu yang paling hampir
dengan sebutan fonem [ز] atau [z]. Kedua, kegagalan responden mengenalpasti asal usul
dan bentuk tulisan perkataan tersebut, sama ada kata pinjaman atau asal perkataan
bahasa Melayu menyebabkan mereka menggunakan bunyi asal Bahasa Melayu [z] atau
.dalam tulisan mereka [ز]
Ab. Halim Mohamad dan Mohd Azidan Abdul Jabar
502 MAHAWANGSA 5 (2): 495 - 504 (2018)
iii) Analisis Fonetik
Fonem zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ] mempunyai sifat artikulasi yang berbeza. Zal [ذ]
merupakan suara geseran, bersuara, nipis dan dental. Manakala zai [ز] pula merupakan
suara geseran, bersuara, nipis dan gigi-gusi (alueolar). Fonem ẓa’ [ظ] pula adalah suara
geseran, bersuara, tebal dan dental (Manaf Mahdi, 1998: 90). Manakala fonem [z] pula
bersifat geseran, bersuara dan gigi-gusi (Nor Hashimah, 2015: 34-35). Ini bermakna
fonem [z] dan fonem [ز] sangat hampir bahkan sama.
Dalam sistem tulisan Rumi, ketiga-tiga bunyi tersebut menggunakan fonem [z]
yang bersifat geseran dan gigi-gusi (alueolar) seperti zohor, zakat dan zakar ( ،ذكر، زكاة
Jika diperhatikan dalam Bahasa Melayu, didapati tidak ada perkataan asal Bahasa .(ظهر
Melayu yang memakai fonem zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ] sama ada di awal, ditengah atau
di akhir perkataan. Perkataan dalam Bahasa Melayu yang memakai tersebut merupakan
perkataan pinjaman daripada Bahasa Arab atau Bahasa lain (lihat: Daftar Kata Bahasa
Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi entri Z; Kamus Pustaka).
Jika diperhatikan kepada sebutan orang Melayu, mereka telah menukar sebutan
fonem zal [ذ] dan ẓa’ [ظ] kepada fonem zal [ز]. Sifat dan artikulasi fonem zal [ذ], zai [ز]
dan ẓa’ [ظ] sudah disatukan menjadi fonem zal [ز] dalam sebutan masyarakat Melayu.
Oleh itu dalam contoh kesalahan seperti yang ditunjukkan dalam jadual (3) di atas
didapati kebanyakan pelajar menukar fonem zal [ذ] dan ẓa’ [ظ] kepada fonem zai [ز].
Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui asal perkataan pinjaman tersebut
yang masih dikekalkan tulisan asalnya. Kedua, ia juga disebabkan masyarakat Melayu
telah menyebut fonem tersebut mengikut sebutan Melayu. Seperti kata Amat Johari
(2016: 31-32), bahawa perubahan fonem Arab seperti ،ح، خ، ع، غ، ف، ق، ض، ط، ظ، ذ، ث
dalam Bahasa Melayu berlaku supaya dapat disesuaikan dengan bunyi Bahasa ش، ص، ز
Melayu . Hal ini kerana fonem-fonem Arab itu tidak wujud dalam senarai fonem
Melayu, sehingga sukar untuk dilafazkan oleh lidah Melayu.
Apabila sebutan perkataan Arab sudah tidak lagi disebut mengikut sifat dan
artikulasi yang betul bagi setiap fonemnya oleh orang Melayu, maka sepatutnya bentuk
tulisan juga berubah dan ditulis mengikut bunyi sebutan semasa. Ini bermakna perkataan
zabah, zalim, zarah dan sebagainya yang asalnya ditulis ذبح، ظالم، ذره ذبح patut ditulis
sesuai dengan sebutan Melayu bagi menghindarkan kekeliruan dan زابه، زاليم، زاره
kesalahan ejaan dan pemakaian fonem. Perubahan fonem dan bentuk tulisan berdasarkan
kaedah dan sebutan Melayu dapat dilihat pada perkataan pinjaman Inggeris seperti screw
menjadi skru, gazette menjadi gezet, discussion menjadi diskusi, communication menjadi
komunikasi, community menjadi komuniti, driver menjadi derebar, book menjadi buku
dan sebagainya. Apakah kata pinjaman bahasa Arab dalam bahasa Melayu tidak boleh
berlaku perubahan seperti tersebut?
Pendekatan fonetik yang menuntut supaya sebutan dan bunyi ditulis dalam bentuk
fonem yang bersesuaian tanpa ada pengecualian dapat menyelesaikan banyak masalah
dalam sistem tulisan Jawi yang bercelaru sekarang ini. Fonem [ز], [ذ] dan [ظ] yang
terdapat dalam senarai konsonan tulisan Jawi seharusnya diselaraskan dengan sistem
ejaan Rumi yang hanya menggunapakai fonem [z] atau [ز] sahaja. Ini kerana fonem [ظ]
dan [ذ] bukan asal bahasa Melayu dan sebutannya lebih hampir kepada fonem [z] atau
Mengikut pendekatan ini, dicadangkan perkataan Arab yang mengandungi fonem .[ز]
,(izin) ايذين ,(zalim) ظاليم ,(zikir) ذيكير ,(zuriat) ذوريت seperti [ز] ditukar kepada [ذ] dan [ظ]
dan seumpamanya. Ini sesuai زيكير، زاليم، ايزين، الزت، زوريت ditukar kepada (lazat) الذت
dengan perkataan pinjaman Bahasa Inggeris yang memakai fonem [z] dan ditulis
Penggunaan Konsonan [ذ، ز، ظ] Dalam Sistem Tulisan Jawi Dalam Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia
MAHAWANGSA 5 (2): 495 – 504 (2018) 503
menggunakan fonem [ز] dalam tulisan Jawi seperti زو، زولوݢي، زونوسيس، فيزيك (zoo,
zoologi, zoonosis, fizik).
PENUTUP Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan fonem zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ] sangat
lemah dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia sama ada yang mempunyai
latarbelakang Bahasa Arab dan bukan Bahasa Arab. Ini disebabkan oleh fonem zal [ذ],
zai [ز] dan ẓa’ [ظ] sudah diasimilasasikan dengan sebutan [ز] disamping kesukaran
mereka dalam mengenalpasti asal usul dan bentuk tulisan. Pengekalan bentuk tulisan
asal kata pinjaman Arab dari segi fonemnya menyebabkan pengguna menghadapi
masalah kerana tidak mengetahui asal-usul sejarah bahasa dan aspek sosio budaya
Melayu dan Arab.
Perubahan ejaan perkataan pinjaman Arab dalam tulisan Jawi harus dilakukan
selaras dengan kemampuan sebutan dalam kalangan orang Melayu dan sesuai dengan
fonem dan konsonan asal yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, dicadangkan
bahawa perkataan yang menggunakan fonem fonem zal [ذ], zai [ز] dan ẓa’ [ظ] harus
diselaraskan dengan menggunakan fonem [ز] sahaja, sama ada kedudukan fonem
tersebut di awal, di tengah atau di akhir perkataan.
Perubahan sistem ejaan Jawi di Malaysia harus dilakukan berdasarkan pendekatan
fonetik dan fonologi yang betul. Ini bertujuan bagi memperkasakan sistem ejaan Jawi
supaya lebih mudah didekati dan dipelajari. Mempertahankan sistem ejaan Jawi yang
bercelaru dan fanatik dengan sistem yang ada tanpa melihat bagaimana perubahan
berlaku ke atas perkataan pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu merupakan
suatu tindakan yang tidak dapat membantu proses perkembangan dan pembangunan
tulisan Jawi di Malaysia.
RUJUKAN Abu Abdul Latif. (1993). Kamus Pustaka Melayu – Arab. Cet. ke-3. Kuala Lumpur: Darulfikir.
Amat Juhari Moain. (2016). Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Perubahan Bunyi dan
Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Siah Che Man. (2014). Pendekatan pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) (Cet. Pertama 2001, Edisi Kedua Cetakan
Kedua 2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. (2016). Edisi kedua Cetakan kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Niswa @ Noralina binti Abdullah. (2009).
Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam: Kajian di Institut
Pengajian Tinggi Awam (Ipta) Tempatan. Dlm. Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4, 145 – 156.
Hamdan Abdul Rahman. (2015). Panduan menulis dan mengeja Jawi. Edisi ke-2, cet. Ke-2.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Heah, Carmel Lee Hsia. (1989). The Influence on English on the Lexical Expension of Bahasa
Malaysia. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Indirawati Zahid & Abdul Hamid Mahmood. (2016). Pengantar Fonetik. KL: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (Asiah Abu Samah bekas Ketua pengarah pendidikan
Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992.
Matlob (1989). Rahsia Belajar Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Hussein Baharuddin (2002). Sistem Tulisan Jawi. Batu Caves: Pustaka Wira.
Ab. Halim Mohamad dan Mohd Azidan Abdul Jabar
504 MAHAWANGSA 5 (2): 495 - 504 (2018)
Muhammad, Manaf Mahdi. (1998). ‘Ilm al-aswat al-lughawiyyah. Beirut: ‘Alam al-Kutub.
Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan
Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Dlm. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. Jil.22,
161-167. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hashimah Jalaludin. (2015). Asas Fonetik. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD). (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (1931). Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi. Singapura: Printes Ltd.
Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (1931). Rahsia ejaan Jawi. Singapura: Malaya Publishing House
Limited.
Zainal Abidin Ahmad (Za‘ba). (2009). Rahsia ejaan Jawi. Transliterasi Asmah Haji Omar. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MAHAWANGSA 5 (2): 505 – 516 (2018)
MAHAWANGSA
Laman sesawang: http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
Unsur Politik dalam Novel Nenek Karya Razali Endun
Rosnani Md Zain* dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM
Serdang, Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Kertas kerja ini membicarakan mengenai unsur politik yang terdapat dalam novel Nenek karya
Razali Endun. Novel Nenek merupakan pemenang Hadiah Sastera Perdana 2014. Novel Nenek
banyak memaparkan isu politik releven dalam konteks kehidupan pada masa kini. Oleh itu, isu
politik yang telah dibangkitkan ini telah menarik minat pengkaji untuk melihat isu politik yang
diketengahkan oleh Razali Endun. Justeru, kajian ini akan mengenalpasti dan menganalisis unsur
politik yang diketengahkan oleh Razali Endun dalam novel Nenek. Bagi memperoleh data kajian,
pengkaji akan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis teks serta teori Psikoanalisis
Sigmuend Freud. Hasil kajian mendapati teks ini menyentuh mengenai pemimpin dan
kepemimpinan dalam politik, politik dan kuasa serta politik dan rasuah.
Kata kunci: Politik; novel; Nenek;Teori Psikonalisis Sigmund Freud
Political Elements in ‘Nenek’ Novel by Razali Endun
INFO MAKALAH
Pewasitan Makalah:
Dihantar: -
Diterima: -
E-mail:
[email protected] (Rosnani Md Zain)
[email protected] (Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi)
*Penulis penghubung
ABSTRACT
This paper discusses the political elements
contained in the Nenek by Razali Endun.
Nenek is the winner of Hadiah Sastera
Perdana 2014. Nenek have a lot of political
issues releven in today's context of life.
Therefore, this raised political issue has
attracted researchers to look at the political
issues highlighted by Razali Endun. Hence,
this study will identify and analyze the
political elements presented by Razali Endun
in Nenek.To obtain the research data, the
researcher will use the library method and
text analysis as well as Sigmuend Freud's
psychological analysis. The study finds that
this text disscuss on leaders and leadership
in politics, politics and power and also
politics and corruption.
Keywords: political elements, novel, Nenek,
theories of Sigmund Freud Psikonalisis. ISSN: 2289-7259 © Penerbit Universiti Putra Malaysia
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
506 MAHAWANGSA 5 (2): 505 - 516 (2018)
PENGENALAN
Novel merupakan karya kreatif yang banyak memaparkan realiti kehidupan
masyarakat.Oleh kerana novel merupakan adaptasi daripada kejadian yang berlaku
dalam masyarakat maka banyak isu yang boleh dibangkitkan dalam sesebuah novel
antaranya ialah isu politik.
Politik dan manusia merupakan dua elemen yang saling menyatu sehinggakan ahli-
ahli politik Yunani mengatakan bahawa manusia itu semulajadi haiwan politik dan
semua jenis perhubungan manusia dalam masyarakat bersifat politikal.Bagi Aristotle,
ilmu politik itu adalah ibu kepada segala ilmu (Syed Ahmad Hussein, 1994).Dilihat dari
satu segi, politik sememangnya boleh merangkumi semua kegiatan manusia.
Menurut Ahmad Atory (1998) secara umum politik ialah yang berhubung dengan
pemerintahan, atau cara-cara memperoleh kuasa di dalam semua organisasi manusia
yang formal atau tidak formal seperti di dalam sebuah masyarakat kampung, desa,
negeri, negara atau institusi antarabangsa. Bidang politik selalunya dikaitkan dengan hal
mengurus pentadbiran, pengurusan semasa, pertembungan parti politik, dan
perbincangan konflik pada peringkat keluarga, masyarakat, negara serta dunia (Mohd
Syakir Rosdi, 2013).Politik lazimnya membincangkan tiga perkara utama, iaitu
perbandingan politik, hubungan antarabangsa, dan teori politik (Kesselmen, M.et al.,
2010 dalam Jeniri Amir, 2005:).
Dalam dunia Islam, “politik” lebih dikenali sebagai “siasah”.Perkataan siasah yang
digunakan dalam bahasa Indonesia dan bahasa Melayu didapati berasal daripada bahasa
Arab.Perkataan ini telah diterima sebagai sebahagiaan daripada perbendaharaan kata
bahasa Melayu sejak kedatangan Islam pada abad ke- 15 lagi, iaitu lebih awal daripada
perkataan politik yang dibawa oleh penjajah Inggeris dan Belanda (Mohd Rumaizuddin,
2004 dalam Mohd Syakir Rosdi, 2013:).
Menurut Yusuf al-Qaradhawi 2002 (dalam Mohd Syakir Rosdi, 2013:1) Islam
menyediakan semua panduan dengan sempurna bagi mengatur kehidupan manusia,
termasuklah dalam bidang politik.Tanpa kuasa politik, negara tidak dapat melakukan
kewajipan tersebut, iaitu dengan memastikan keadilan ditegakkan, solat didirikan, dan
orang yang dizalimi dibantu agar tanggungjawab menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Kertas kerja ini juga bertitik tolak daripada pengamatan beberapa orang sarjana
sastera tempatan yang membicarakan mengenai novel Nenek. Antaranya ialah Awang
Azman Awang Pawi dalam Dewan Sastera (2016) menyatakan bahawa Nenek
merupakan sebuah novel yang mengangkat isu politik kepartian. Manakala Disman
dalam Dewan Sastera (2016) menyatakan bahawa Nenek merupakan sebuah novel yang
mewakili suara rakyat. Isu yang dipaparkan dalam novel Nenek terutamanya isu politik
merupakan lambang derita rakyat tertindas yang tidak mengira apa jua bangsa.Penduduk
setempat terpaksa menanggung penderitaan akibat daripada perbuatan tamak pemimpin
politik. Pendapat ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan panel penilai Hadiah Sastera
Perdana Malaysia 2014 yang mengatakan bahawa Razali Endun berjaya meneroka isu
politik yang membelenggu masyarakat dengan gaya bahasa dan teknik penceritaan yang
sederhana. Kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh penduduk setempat amat
terkesan. Berdasarkan pendapat panel hakim dan penggiat sastera tersebut mengenai
novel Nenek yang mengupas isu politik telah menarik minat pengkaji untuk
mempericikan unsur politik yang terdapat dalam novel tersebut.
Di samping itu juga berdasarkan sorotan kajian, Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah
Unsur Politik dalam Novel Nenek Karya Razali Endun
MAHAWANGSA 5 (2): 505 – 516 (2018) 507
Nik Muhamad Affendi telah menghasilkan dua kertas kerja berkaitan dengan novel
kajian. Kajian pertama berjudul “Fenomena Sosial dalam Novel Nenek karya Razali
Endun” yang diterbitkan dalam Jurnal Pendeta pada tahun 2017.Kertas kerja ini
memfokuskan terhadap fenomena sosial yang merangkumi tatacara perhubungan dalam
masyarakat, kekeluargaan, kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat.
Unsur politik tidak disentuh dalam kertas kerja tersebut. Manakala kertas kerja kedua
yang berjudul “Unsur Konflik dalam Novel Nenek karya Razali Endun” yang telah
diterbitkan dalam Malay Literature memfokuskan terhadap aspek konflik yang
merangkumi konflik kepimpinan politik, keluarga, ekonomi dan individu.Walaupun
konflik kepimpinan dalam politik telah disentuh dalam kertas kerja terdahulu namun
ianya tidak menyeluruh dan masih terdapat lagi lompang kosong yang perlu didedahkan
kepada masyarakat.Manakala kertas kerja yang akan dihasilakan ini memfokuskan
terhadap aspek politik yang belum disentuh dalam dua kertas kerja yang dihasilkan.Oleh
yang demikian, kertas kerja ini akan mengkasifikasi dan menganalisis unsur politik yang
terdapat dalam novel Nenek karya Razali Endun.
METODOLOGI
Dalam analisis ini pengkaji telah menggunakan kaedah analisis kandungan pada
keseluruhan kajian.Kaedah ini dipilih kerana pengumpulan data dan analisis data
bersumberkan kandungan teks iaitu novel Nenek.Oleh sebab kajian ini memberikan
tumpuan khusus kepada analisis terhadap novel Nenek, maka kaedah ini memberi
kelebihan kepada pengkaji lebih dekat dengan teks yang akan dianalisis.
Di samping itu, pengkaji akan menggunakan teori Psikonalisis Sigmund
Freud.Teori Psikoanalisis Sigmund Freud menekankan tiga unsur psikologi iaitu id, ego
dan super-ego. Id merupakan bahagian personaliti yang paling asas. Ia merupakan sistem
asal sejak manusia dilahirkan lagi.Sehubungan itu, Mahmood Nazar Mohamed (2001)
menegaskan bahawa id adalah dorongan biologikal dan tenaga naluri manusia yang
memotivasikan manusia untuk berbuat apa sahaja bagi memenuhi apa yang
dikehendakinya. Id hanya mampu menginginkan sesuatu tetapi tidak dapat membezakan
atau menilai sesuatu itu diperlukan atau tidak. Id juga tidak mampu menilai atau
membezakan sesuatu perbuatan atau tingkah laku itu benar atau salah, atau dalam kata
lain tidak mengenal erti moral (Sigmud Freud, 1991). Kesemua kehendak seperti makan,
minum, seks, keganasan, kegembiraan, keghairahan dan sebagainya mempunyai arah
teradap kelazatan dan keperluan hidup ini termasuk di bawah pengaruh id. Oleh itu, id
beroperasi di bawah prinsip kelazatan.
Unsur ego adalah suatu entiti yang mengundang rasa kasihan,yang genting
sifatnya, terpukul oleh keadaan dunia luar, dimomok oleh cacian ganas super ego,
diganggu oleh tuntutan id yang rakus dan tidak pernah puas. Ego adalah struktur
personaliti yang mencari jalan bagaimana untuk memuaskan kehendak id.Unsur ego ini
juga pernah dijelaskan oleh Habibah Elias dan Noran Fauziah (dalam Nik Rafidah,2016)
sebagai melengahkan kepuasan id sehingga seseorang dapat mencari objek yang sesuai
dalam persekitarannya.Justeru, fungsi melengahkan pencapaian kepuasan ini dinamakan
sebagai prinsip kebenaran atau realiti (Sigmund Freud, 1991).
Komponen personaliti ego pula dianggap sebagai eksekutif kepada personaliti
manusia.Id merupakan tenaga kepada manusia bagi memenuhi kehendak tersebut tanpa
mengetahui cara-cara untuk memenuhi kehendak tersebut. Ego adalah struktur
personaliti yang mencari jalan atau tenaga penggerak kepada manusia bagi memuaskan
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
508 MAHAWANGSA 5 (2): 505 - 516 (2018)
atau memenuhi kehendak-kehendak id.Contohnya apabila seseorang individu merasa
dahaga, ego mempunyai pilihan sama ada membeli, meminta atau mencuri
minuman.Ego akan membuat keputusan bila akan bertindak untuk mendapatkan
kehendak id supaya cara yang digunakannya tidak akan menjahanamkan organisme
tersebut.Oleh itu, ego beroperasi di atas prinsip realiti (Mahmood Nazar Mohamed,
2001).
Super ego merupakan satu kuasa yang wujud di dalam jiwa seseorang individu itu
dan yang mengawal segala kehendaknya, menentukan apa yang baik dan apa yang tidak
baik serta menentukan sama ada sesuatu itu sesuai di dalam keadaan tertentu mengawal
segala kehendaknya, menentukan apa yang baik dan apa yang tidak baik serta
menentukan sama ada sesuatu itu sesuai di dalam situasi tertentu.Superego bersifat
nonrasional dalam memenuhi kesempurnaan, menghukum dengan keras kesalahan ego,
baik yang telah dilakukan mahupun masih dalam rancangan (fikiran). Superego juga
seperti ego dalam mengawal id, bukan hanya menentang kepuasan tetapi juga
menghalang kepuasan id. Setidaknya, ada tiga fungsi super ego; (1) mendorong ego
melakukan perbuatan yang bermoral bukan mengikut kemahuan id (2) menghalang
kehendak id, terutama implus seksual dan agresif yang bertentangan dengan nilai moral
masyarakat, dan (3) mengejar kesempurnaan iaitu jenis yang unggul dan yang akan
dijadikan alat pandu arah untuk digunkan oleh ego bagi memuaskan kehendak-kehendak
id (Sigmud Freud, 1991).
Berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori Psikoanalisis Sigmund
Freud iaitu id, ego dan super ego amat relevan digunakan dalam kajian ini. Hal ini
kerana menurut Nik Rafidah (2016:) sastera dan psikologi merupakan dua bidang yang
berbeza tetapi mempunyai titik temu yang sama. Kedua-duanya membicarakan tentang
manusia dan kehidupannya. Oleh yang demikian, pengkajian mengenai isu politik amat
bersesuaian dengan teori psikologi yang dipilih kerana psikologi membicarakan tentang
tingkah laku manusia. Manakala isu politik yang dibangkitkan ini tercetus daripada
tingkah laku manusia dalam meneruskan kelangsungan hidup. Hal ini kerana manusia
dan politik merupakan dua entiti yang saling berkait dan tidak dapat dipisahkan.
PERBINCANGAN KAJIAN “Politik” diertikan sebagai satu proses apabila satu kumpulan manusia yang mempunyai
pandangan yang berbeza-beza pada awalnya, mencapai keputusan secara kolektif yang
secara umumnya harus diterima oleh setiap ahli dalam kumpulan itu, dan akan
dilaksanakan sebagai dasar yang diterima bersama.Definisi ini merangkum andaian
mengenai kewujudan tujuan atau matlamat, cara yang terbaik untuk mencapainya, cara
keputusan secara kolektif dicapai adalah bersifat autoritif.Oleh itu, politik tidak dapat
dipisahkan daripada kekuasaan, autoriti dan pemerintahan (Syed Omar Syed Agil, 1999:
73). Justeru dalam konteks kajian ini pengkaji akan memperlihatkan pemikiran politik
yang berkaitan dengan pemimpin dan kepimpinan dalam politik, politik dan kuasa,
politik dan rasuah.
Pemimpin dan Kepemimpinan dalam Politik
Dalam membicarakan mengenai politik, sudah pastinya isu pemimpin yang akan
dibahaskan. Hal ini kerana tanpa pemimpin pincanglah politik negara mahupun sesebuah
organisasi. Menurut Nik. A Rashid dalam Abdul Halim Othman (1993:02) mengatakan
kepimpinan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi dan matlamat. Satu definisi
Unsur Politik dalam Novel Nenek Karya Razali Endun
MAHAWANGSA 5 (2): 505 – 516 (2018) 509
berbunyi seperti yang berikut:
‘’Kepemimpinan ialah suatu percubaan untuk pengaruh-mempengaruhi antara
peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu
matlamat atau beberapa matlamat’’
Manakala kepemimpinan menurut pendapat Robiah K.Hamzah (2004:03),
merupakan suatu bentuk hubungan apabila seseorang mempunyai kesempatan dan
kemampuan untuk mempengaruhi perlakuan orang lain, melalui gerak laku, pemikiran,
tutur kata, dan tindakannya. Proses kepimpinan tidak mungkin dapat dipisahkan
daripada aktiviti kumpulan dan proses ini melibatkan peribadi serta ketokohan
pemimpin, harapan orang yang dipimpin, suasana dan persekitaran, serta matlamat yang
hendak dicapai.
Shamsul Amri Baharuddin (1990) mengatakan bahawa pemimpin politik
memainkan peranan yang pelbagai. Selalunya mereka mempunyai kuasa dan wibawa
dari segi pentadbiran sesebuah desa dengan direstui oleh kuasa atau di bawah naungan
pemerintah sesebuah negeri atau negera.
Dalam novel Nenek karya Razali Endun mengungkapkan fenomena kerakusan
seorang pemimpin politik.Pengaruh dan kuasa politik dijadikan sebagai suatu landasan
untuk menindas penduduk kampung.Oleh kerana sikap tamak yang mengejar kekayaan,
ada segelintir pemimpin politik sanggup mengorbankan bangsanya sendiri.Pelbagai
strategi dan tipu muslihat yang digunakan bagi menindas golongan yang lemah.
Sedangkan pada hakikatnya, seorang pemimpin politik diamanahkan untuk menjaga
keamanaan dan kesejahteraan kawasan yang dipegang.
Hal ini dapat dilihat melalui gambaran watak Tan Sri Dahan yang merupakan
seorang pemimpin politik yang tidak menjalankan amanah yang diberikan untuk
membela nasib rakyat. Bahkan Tan Sri Dahan menggunakan tipu muslihat bagi
mendapatkan tanah penduduk kampung yang akan dibangunkan sebagai kawasan
industri.Sikap tamak Tan Sri Dahan menyebabkan orang kampung hilang pekerjaan dan
kemiskinan kian menghimpit mereka.
Tan Sri Dahan juga digambarkan sebagai seorang pemimpin yang suka
mengamalkan rasuah.Rasuah dijadikan sebagai satu umpan untuk dia mendapat sesuatu
yang diinginkan.Tan Sri Dahan memberi rasuah RM 10, 000 kepada Dato’ Mahfus bagi
melicinkan pengurusan pengambilan tanah di bukit Kampung Bertam Malim.Selain
wang, Tan Sri Dahan juga memberikan sebuah banglo, pangkat dan melantik Dato’
Mahfus sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Padu Menang Sdn. Bhd.
Pelbagai strategi yang diatur bagi menjayakan rancangan tersebut.Sehingga dia
sanggup memperjudikan agama demi kepentingan sendiri.Bermula dengan pemecatan
imam Haji Khamis dan digantikan dengan imam Haji Kusnin.Haji Kusnin menerima
jawatan tersebut kerana diugut oleh Dato’ Mahfus.Tindakan licik Tan Sri Dahan tidak
disedari oleh penduduk kampung.Tawaran pakej umrah yang ditawarkan telah menjerat
penduduk kampung.Hal ini kerana sesiapa yang telah menerima tawaran mengerjakan
umrah secara automatiknya tanah bertukar hak milik. Namun, pihak pemaju tidak
memberitahu penduduk kampung implikasi perjanjian tersebut.
Sikap buruk Tan Sri Dahan ditonjolkan oleh pengarang apabila dia telah
memerangkap Dato’ Mahfus dengan menunjukkan beberapa keping gambar memegang
sampul surat berisi wang RM 10, 000.Wang tersebut merupakan rasuah yang diterima
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
510 MAHAWANGSA 5 (2): 505 - 516 (2018)
daripada Tan Sri Dahan. Bukan itu sahaja,Tan Sri Dahan menunjukkan sepucuk surat
daripada jawatankuasa cawangan partinya mengenai mesyuarat agung meluluskan usul
tidak percaya kepada Dato’ Mahfus. Terlibat sama dalam komplot tersebut ialah Megat
Dewa dan Mad Dali. Dato’ Mahfus juga dikenakan tindakan pecah amanah wang
syarikat.Sedangkan wang peruntukan yang diberikan kepada penduduk kampung atas
arahan Tan Sri Dahan.
Tan Sri Dahan juga digambarkan sebagai pemimpin yang mementingkan diri
sendiri. Demi mendapatkan keuntungan, Tan Sri Dahan sanggup mengorbankan masa
depan bangsanya sendiri.Pembangunan perumahan dikawasan tersebut menyebabkan
pola penduduk bertukar wajah.Majoriti pemilik hartanah tersebut ialah bangsa
Tionghoa.Hal ini menyebabkan pola penduduk menjadi tidak sekata. Penduduk asal
kampung Bertam Malim tidak dapat menikmati erti pembangunan yang
sebenarnya.Kemasukan warga asing yang tidak terkawal menjadi saingan hebat kepada
penduduk kampung.Ramai penduduk kampung hilang pekerjaan.Tanah yang asalnya
merupakan tanah pertanian sudah bertukar wajah menjadi perindustrian.
Pembangunan yang tidak terkawal telah menjejaskan pendapatan masyarakat yang
kebanyakannya bertani sawah. Kesan yang lebih buruk lagi kerana kelemahan
kepimpinan Melayu ialah kawasan yang dahulunya dipegang oleh parti Melayu akhirnya
bertukar milik diterajui oleh parti berasaskan bangsa Tionghoa.Kehidupan masyarakat
semakin terancam.Tiada wakil rakyat yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah
penduduk kampung. Mainan politik telah menyebabkan rakyat hilang maruah. Ini seperti
yang selalu di katakan oleh Mak Som, tanah merupakan maruah, bangsa yang tiada tanah
merupakan bangsa yang bangsat.Sikap negatif Tan Sri Dahan sebagai pemimpin yang
tidak bertanggungjawab dapat dilihat melalui petikan berikut:
‘’ Well, memang itu pun kemungkinannya kalau terjadi begitu, lebih mudah misi
kita.Perpecahan pemilik tanah bermakna mereka tiada kesepakatan.Tiada
persefahaman bermakna mereka tiada suara yang kuat.Kita mesti melemahkan
semaksimum mungkin kekuatan mereka.Apabila mereka bersatu, kita pula celaru
nanti’’, Tan Sri Dahan meneruskan kuliah politik tidak rasminya untuk Dato’
Mahfus.Sesekali Tan Sri Dahan tersenyum sambil menggeleng-geleng kepalanya
sedikit kerana melihat Dato’ Mahfus masih naif dalam langkah bisnes dan
politiknya.
(Nenek, 2014:119)
Kepimpinan politik yang lemah ini juga dapat dilihat melalui gambaran Dato’
Mahfus. Pada asalnya, Dato’ Mahfus merupakan ketua kerani di Pejabat Tanah. Dia
bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.Namun, setelah berkenalan dengan Tan Sri
Dahan, pendirian Mahfus mulai goyah. Dia menjadi tamak dan mengejar kekayaan
sehinggakan sanggup menganiaya penduduk kampung. Semua yang dilakukan itu adalah
kerana inginkan pangkat, kemewahan dan juga pengaruh.
Sama juga seperti Tan Sri Dahan, dalam mencapai impian dan cita-cita Dato’
Mahfus sanggup ‘’menjual’’ tanah sawah penduduk kampung. Bermula daripada tanah
penduduk kampung yang tidak dituntut waris.Dengan kuasa yang ada sebagai Ketua
Kerani kerja pengambilan tanah tersebut menjadi lebih mudah.Situasi tersebut dapat
dilihat melalui petikan di bawah:
Unsur Politik dalam Novel Nenek Karya Razali Endun
MAHAWANGSA 5 (2): 505 – 516 (2018) 511
Ketika ada pihak yang mempertikaikan pengambilan itu, Dato’ Mahfus tegas
mempertahankan keputusan Pejabat Tanah. Katanya,semua proses sepatutnya
sudah dijalankan.Pejabat Tanah sudah cuba mencari waris ketiga-tiga pemilik asal
namun gagal.Pejabat Tanah juga sudah mengiklankan status tanah itu di akhbar-
akhbar utama.Gagal juga.Akhirnya, tanah yang diidam-idamkan syarikat pemaju
perumahan itu berjaya bertukar tangan.Anak sulung Haji Kiran dan Mak Som itu
meletak jawatan tidak lama kemudian.Dia tidak menganggur lama.Selepas dua
minggu, dia dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu.
(Nenek, 2014:21)
Selain itu, kepimpinan politik dapat dilihat melalui gambaran watak Mad Dali dan
Megat Dewa yang mengkhianati Dato’ Mahfus kerana ingin mendapatkan
jawatan.Mereka bercita-cita menjadi wakil rakyat. Oleh kerana inginkan kuasa, mereka
telah berpakat meluluskan usul tidak percaya kepada Dato’ Mahfus.Situasi tersebut
dapat dilihat melalui petikan di bawah:
Tan Sri Dahan belum puas berkata benar. Dia menunjukkan pula sepucuk surat
daripada jawatankuasa cawangan partinya kepada Dato’ Mahfus.Surat itu adalah
notis pemberitahuan mengenai mesyuarat agung luar biasa bagi meluluskan usul
tidak percaya kepada ketua cawangan.Ketua cawangan itu tidak lain ialah Dato’
Mahfus bin Haji Kiran.Surat itu ditandatangani oleh timbalannya Mad Dali dan
setiausaha, Megat Dewa.Akhirnya terbukti sudah.Megat Dewa memang tamak
kuasa dan sekarang bersekongkol pula dengan Mad Dali untuk mengkhianati Dato’
Mahfus tergamam.Tan Sri Dahan sebaliknya tersenyum lebar.
(Nenek, 2014:223)
Sikap pemimpin politik yang ditunjukkan dalam novel tersebut jelas melanggar
prinsip seorang pemimpin yang telah digariskan dalam Islam.Ini dapat dilihat melalui
pendapat Abdul Hakam Jamaluddin (2016) mengatakan bahawa seorang pemimpin
wajib berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim.Prinsip adil ini mempunyai kedudukan
yang amat tinggi dalam struktur kehidupan sosial masyarakat Islam.Islam
mengutamakan seorang pemimpin yang adil dan bertindak sesuai dengan landasan
agama.Kehidupan rakyat akan terjamin dan terbela daripada diambil kesempatan oleh
pihak lain.
Dari sudut psikologi Freud, sikap pemimpin yang dinyatakan dalam teks tersebut
adalah kerana unsur id terlalu tinggi sehingga tidak dapat dikawal oleh ego.Sikap
pemimpin yang lebih mementingkan nafsu telah memberi impak yang negatif kepada
orang yang dipimpin iaitu penduduk kampung.
Politik dan Kuasa
Menurut Jeniri Amir (2005) kuasa berperanan sebagai enjin politik bagi menggerakkan
sistem perhubungan manusia. Kuasa diburu, digunakan, dan diabsahkan kerana kuasa
ialah faktor penentu pengagihan nilai yang adil dalam masyarakat sempurna.Tanpa kuasa
pemimpin politik tidak akan dapat melaksanakan dasar, memenuhi aspirasi pengikut dan
rakyat, malah dia tidak dapat mempengaruhi mereka; lantas menyebabkannya tidak
dihormati.Justeru, banyak orang amat berminat dan memerlukan politik dan kuasa untuk
memperolehi apa juga impian dan matlamat (Ahmad Atory Hussain 1998).Oleh itu,
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
512 MAHAWANGSA 5 (2): 505 - 516 (2018)
politik dan kuasa dalam novel Nenek memperlihatkan kepada kita bahawa mampu
mengubah pegangan dan nasib seseorang. Kemewahan yang dijanjikan dalam dunia
politik menyebabkan Mahfus hilang pertimbangan. Kata-kata nasihat yang diberikan
oleh Dato’ Mulukut mempengaruhi Mahfus untuk menjadikan politik sebagai jalan yang
terbaik untuk mencapai kejayaan.Oleh kerana, ahli politik berpegang kepada ‘’seni serba
boleh’’ menyebabkan mereka tidak berperikemanusiaan sehingga sanggup menganiaya
dan menzalimi golongan yang lemah.Situasi tersebut dapat diperhatikan melalui petikan
berikut:
‘’Dalam politik yang penting jangan melawan arus’’, Mahfus terkenang semula
nasihat Dato’ Mulukut.‘’Tidak ada istilah kebenaran dalam politik.Yang benar
pada masa kini boleh menjadi tidak benar pada masa yang lain,dan begitulah
sebaliknya.Hari ini lawan, esok boleh jadi kawan.Politik ialah seni serba
boleh.Tiada yang mustahil dalam politik’’.
(Nenek, 2014:27)
Justeru Dato’ Mahfus telah memilih terlibat dengan dunia politik bagi
mendapatkan kesenangan. Dalam dunia politik, manusia semua mengejar kebendaan.
Hal ini jelas dibuktikan melalui petikan di bawah:
Dato’ Mahfus sudah nekad untuk memilih jalur politik sebagai usaha mencapai
cita-citanya. Dia yakin, jalur politik adalah jalan pintas bagi seseorang mencapai
kejayaan.Jalan lain bukannya tidak ada, tetapi lebih payah untuk menjadi senang
dan mewah.
(Nenek, 2014:42)
Hal ini selari dengan pendapat yang dinyatakan oleh Machiavelli (1989) dalam
Jeniri Amir (2005) yang menyifatkan politik sebagai seni yang memungkinkan, seni
strategi dan taktik untuk mendapatkan kuasa bagi mencapai impian dan matlamat
pelakon politik dengan apa-apa cara sekalipun. Kuasa ialah alat yang amat penting dalam
politik, dan alat inilah yang diburu oleh setiap pelakon politik.
Dari sudut psikologi Freud, sikap Mahfus ini adalah kerana desakan id yang
inginkan kuasa serta kemewahan dalam hidup. Oleh itu, ego tidak dapat mengawal
Mahfus, lalu dia bertindak sedemikian bagi memenuhi keinginannya.
Politik dan Rasuah
Rasuah ditakrifkan sebagai pencurian melalui penipuan terhadap badan pemerintah,
syarikat swasta ataupun orang awam. Rasuah terdiri daripada tiga komponen iaitu
penyuapan, pemerasan dan nepotisme (pilih kasih). Ada suatu benang yang
menghubungkan ketiga-tiga jenis komponen itu, iaitu meletakkan kepentingan
masyarakat umum di bawah kepentingan peribadi serta pecah amanah(Syed Farid Alatas,
2009). Manakala menurut Ibn Athir (dalam Ahmad Redzuwan,2003), rasuah bererti
‘’menyampaikan hajat dengan memujuk melalui pelbagai cara’’. Mengikut pendapat al-
Sinni pula, dalam Ahmad Redzuwan (2003) rasuah asalnya ialah ‘’menghulurkan tali
ke dalam perigi untuk mengambil air. Pengertian ini sesuai dengan firman Allah S.W.T:
Terjemahan: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di
Unsur Politik dalam Novel Nenek Karya Razali Endun
MAHAWANGSA 5 (2): 505 – 516 (2018) 513
kalangan kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta
kamu (memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui (salahnya).
(Surah al-Baqarah 2:188)
Ayat ini menguatkan lagi larangan perbuatan rasuah kerana menghulurkan harta
kepada hakim dengan tujuan memakan hak orang lain. Keadaan ini diibaratkan seperti
menghulurkan tali timba ke dalam perigi untuk mendapatkan air.Dalam novel Nenek
karya Razali Endun (2014) memperlihatkan gejala rasuah banyak diperkatakan dalam
novel tersebut. Antara bentuk rasuah yang dapat dikenal pasti dalam novei ini ialah
rasuah dalam bentuk wang, harta dan juga pangkat.
Melalui penelitian pengkaji, novel Nenek mengetengahkan isu mengenai rasuah
yang telah menular dalam masyarakat.Perbuatan rasuah dalam bentuk wang dapat dilihat
melalui watak Tan Sri Dahan yang memberi sogokan kepada Dato’ Mahfus bagi
mendapatkan tanah orang kampung untuk dibangunkan. Sikap Tan Sri Dahan yang
mengamalkan rasuah bagi memenuhi kehendaknya menunjukkan contoh yang tidak baik
kepada pegawai kerajaan.Situasi tersebut dapat diperhatikan melalui petikan berikut:
Benaknya masih dihantui sampul surat yang dicampakkan oleh Tan Sri Dahan ke
dalam lacinya. Mahfus benar-benar tidak menyangka ahli perniagaan itu sanggup
memberisogokan kepadanya.Tan Sri Dahan menunjukkan contoh yang hodoh
kepada pegawai kerajaan. Akan tetapi, sebelum beredar petang tadi, sempat Tan
Sri Dahan berbisik di telinga Mahfus, ‘’Ini bukan rasuah, Encik Mahfus. Ini cuma
hadiah’’.
(Nenek, 2014:24)
Perbuatan rasuah dalam novel tersebut berulang lagi pada halaman 76. Selain
rasuah dalam bentuk wang, rasuah dalam bentuk gelaran juga berlaku dalam kalangan
ahli politik. Manusia yang tamak dan ingin mendapat kekuasaan sanggup melakukan
apa sahaja untuk memenuhi kehendak tersebut. Ada segelintir manusia yang sanggup
mengeluarkan wang yang banyak bagi mendapatkan sesuatu ‘gelaran’. Situasi tersebut
dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:
Bukannya dia tidak teringin mendapat gelaran. Ia perkara biasa dalam dunia
sekarang. Mahfus juga sedar ada orang yang sanggup mengeluarkan wang yang
banyak untuk ‘’membeli’’ pingat kebesaran kerana mahu bermegah dengan gelaran
itu.
(Nenek, 2014:76)
Sikap manusia yang menerima rasuah kerana kuasa dan pangkat dijelaskan oleh
(Ahmad Redzuwan, 2003) sebagai memetik pandangan Sabita Marican menyatakan
bahawa :
‘’Rasuah mempunyai banyak pengertian dan mencakupi skop yang luas. Ia wujud
bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi meliputi penyalahgunaan pengaruh dan
kuasa, penipuan serta apa-apa perbuatan yang tidak jujur, bertujuan untuk menjadi
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
514 MAHAWANGSA 5 (2): 505 - 516 (2018)
cepat kaya atau mendapat keuntungan daripada orang awam’’.
Perbuatan rasuah dalam bentuk wang berulang lagi pada halaman 118 dan 119.Tan
Sri Dahan mengusulkan kepada Dato’ Mahfus untuk memberikan wang sebanyak RM
500 seorang kepada pemilik tanah yang hadir.Ini adalah strategi kotor yang digunakan
oleh Tan Sri Dahan untuk mendapatkan tanah penduduk kampung.Hal ini kerana
manusia akan lemah dengan tiga perkara tersebut iaitu wang, pangkat dan wanita.Selain
itu, Tan Sri Dahan menawarkan cabutan bertuah iaitu pemenang akan mendapat hadiah
percuma untuk mengerjakan umrah.Manusia yang tamak sanggup melakukan apa sahaja
demi kepentingan mereka sehingga sanggup menjadikan agama sebagai umpan.Tan Sri
Dahan sanggup menjadikan agama sebagai umpan bagi mencapai tujuannya untuk
mendapatkan tanah di kampung tersebut.Kekayaan telah mengaburi mata Tan Sri Dahan
yang terlalu mengejar kemewahan duniawi.Situasi tersebut dapat dilihat melalui petikan
di bawah:
‘’Mungkin you boleh bawa sedikit oleh-oleh untuk orang kampung. I boleh
luluskan peruntukan RM 500 seorang sebagai wang ihsan kepada setiap pemilik
tanah yang hadir.Saya percaya ramai yang akan terima, walaupun ada yang
menolaknya’’. Cadangan Tan Sri Dahan memberi cahaya kepada kemelut yang
Dato’ Mahfus hadapi ‘’ Kalau ada yang masih degil, kita tawarkan cabutan bertuah
dengan hadiah umrah percuma kepada pemenang.Syarikat akan tanggung semua
perbelanjaan mereka,’’ kata Tan Sri Dahan licik mengatur langkah.
(Nenek, 2014:119)
Perbuatan rasuah dalam bentuk harta benda juga diketengahkan oleh pengarang.
Fenomena ini dapat diperlihatkan melalui watak orang Cina Tionghoa yang memberikan
sebuah televisyen berukuran 24 inci berserta sebuah meja berbentuk almari kepada Dato’
Mahfus. Hadiah tersebut diberikan secara percuma kepada Dato’ Mahfus.Hal ini kerana,
jiran Tionghoa Dato’ Mahfus memberi ‘hadiah’ sebagai ucapan terima kasih kerana
Dato’ Mahfus mengizinkan mereka menubuhkan cawangan parti untuk golongan
Tionghoa di kawasan perumahan tersebut. Situasi tersebut dapat di buktikan melalui
petikan berikut:
Selepas majlis itu, Dato’ Mahfus pulang dengan lelah dan letih.Sampai di rumah,
dia diberitahu oleh Mariati, jiran Tionghoa yang datang kelmarinmembawa sebuah
peti televisyen berukuran 24 inci berserta sebuah meja berbentuk almari sebagai
alasnya.Televisyen itu sudah siap dipasang di tingkat atas. Ketika Dato’ Mahfus
pulang, anaknya, Omar Koyam dan Seri Intan sedang asyik menonton cerita
kartun. Kata Mariati, televisyen itu ialah hadiah untuk anak-anak Dato’ Mahfus.
Tak perlu bayar apa-apa. Percuma.
(Nenek, 2014:171)
Jika dilihat dari sudut psikologi, desakan id pemimpin politik seperti yang telah
dipaparkan dalam teks tersebut terlalu tinggi sehingga ego tidak berupaya menjadi
jaringan terhadap sikap buruk manusia. Maka, rasuah semakin berleluasa dan suda sebati
dengan pemimpin politik bagi mendapat kuasa.Sehinggakan super ego tidak mampu
berperanaan ke arah keunggulan sifat manusia.
Unsur Politik dalam Novel Nenek Karya Razali Endun
MAHAWANGSA 5 (2): 505 – 516 (2018) 515
KESIMPULAN
Berdasarkan pengkajian mengenai novel Nenek jelas menggambarkan unsur politik yang
diketengahkan oleh Razali Endun. Novel Nenek karya Razali Endun jelas memaparkan
unsur politik.Antara unsur politik yang menjadi tumpuan dalam kajian ini ialah
pemimpin dan kepemimipinan dalam politik.Aspek ini jelas membuktikan bahawa
kepemimpinan politk yang lemah akan menjejaskan keharmonian sesuatu bangsa.Selain
itu, kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam politik. Dalam politik kuasa
amat penting bagi mendapatkan pengaruh dan boleh mempengaruhi orang
lain.Seterusnya ialah politik dan rasuah ini membicarakan mengenai tingkah laku ahli
politik yang memgamalkan rasuah bagi mendapatkan tanah penduduk kampung. Justeru,
unsur politik yang dipaparkan dalam novel Nenek karya Razali merupakan realiti
kehidupan yang berlaku dalam masyarakat.
RUJUKAN
Ahmad Atory Hussain. 1998. Dari Berantakan Menuju Pembangunan Politik Melayu
1990-2000. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Halim Othman. 1993. Psikologi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdullah Hakam Jamaluluddin (Dis 2016). ‘’Ciri-Ciri Pemimpin dalam Islam’’ dlm
Dewan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 10
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. 2003. Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam: Punca
dan Penyelesaian.Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distibutors Sdn
Bhd.
Dewan Sastera (2016). ‘’Nenek, Novel Sederhana yang Besar’’. 45. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ghazali Ramli, Aidit Ghazali. 2001. Pemimpin Politik Berwibawa Pada Alaf Baru
Cabaran danPanduan. Kuala Lumpur: Akademi Iqra’.
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub. (1997). Psikologi Personaliti.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Saat 2012. Politik dan Masyarakat Melayu Perak. Malaysia: Universiti Tun
Hussein Onn.
Jeniri Amir. 2005. Politik dalam Novel. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mahmood Nazar Mohamed. (2001). Pengantar Psikologi:Satu Pengenalan Asas kepada
Jiwa dan Tingkah Laku Manusia.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohammed Sani Ibrahim, Jamalul Lail Abdul Wahab. 2012. Kepimpinan Pendidikan.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Syakir Mohd Rosdi. (2013). Ekonomi Politik Islam Teori dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Razali Endun. 2014. Nenek. Kuala Lumpur:Institut Terjemahan dan Buku Malaysia
ITBM.
Robiah K.Hamzah. 2004. Teknik dan Strategi Membimbing Remaja Kepimpinan. Kuala
Lumpur: Percetakan Cergas Sdn.Bhd.
Rosnani Md Zain, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2017. ‘’Fenomena Sosial dalam
Novel Nenek karya Razali Endun’’. Jurnal PENDETA 8. Penerbit Universiti
Perguruan Sultan Idris.
Rosnani Md Zain, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2018. “Unsur Konflik dalam
Rosnani Md Zain dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
516 MAHAWANGSA 5 (2): 505 - 516 (2018)
Novel Nenek karya Razali Endun”. Jurnal Malay Literature Vol 31, 1 Jun. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Amri Baharuddin. 1990. Masyarakat Malaysia yang Membangun.Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sigmund Freud. Terjemahan K. Bertens. 1991. Memperkenalkan
Psikoanalisa.Jakarta:PT Gramedia Pustaka Utama.
Syed Ahmad Hussein. 1994. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Syed Hussein Alatas.2009. (Kata Pengantar) Syed Farid Alatas. Rasuah: Sifat, Sebab
dan Fungsi.Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Omar Syed Agil. 1996. Malaysia di Ambang Abad ke-21 Kemahuan untuk
Berubah Prasyarat Menuju Malaysia Maju Tahun 2020. Kuala Lumpur Institut
Perkembangan Minda (INMIND)
Pertanika
Gerbang sebaran hasil penyelidikan berkualiti tinggi
MAHAWANGSA
(Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Garis Panduan Penulisan dan Tatacara Serahan
Semakan: Ogos 2015
Sila baca dan patuhi garis panduan dengan teliti. Makalah yang memenuhi spesifikasi yang diberikan akan membantu
melancarkan proses penerbitan. Lembaga Editorial berhak menolak makalah yang tidak mematuhi garis panduan ini.
LATAR BELAKANG
Pertanika merupakan jurnal berwasit antarabangsa yang berfungsi sebagai medium penerbitan dan perbincangan isu pertanian
tropika serta bidang berkaitan. Pertanika memulakan penerbitan pertama pada 1978 sebagai Journal of Tropical Agricultural
Science. Pada 1992, Pertanika diselaraskan kepada tiga jurnal berasingan, iaitu Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH),
Journal of Tropical Agricultural Science (JTAS) dan Journal of Science and Technology (JST), sebagai memenuhi keperluan jurnal
yang lebih khusus dalam bidang pengajian. Pengasingan ini memberikan ruang tumpuan yang khusus terhadap kekuatan bidang
yang pelbagai di universiti. Pada 2013, siri terbaharu dalam Pertanika telah diwujudkan, iaitu Jurnal Pertanika MAHAWANGSA.
Siri jurnal ini lebih tertumpu kepada bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu. MAHAWANGSA diterbitkan dalam bahasa
Melayu dengan kekerapan dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November dan dibuka kepada penulis dari seluruh dunia.
MATLAMAT
Menyebarluaskan penyelidikan berkualiti tinggi kepada umum.
KUALITI
Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin
dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.
INDEKS PETIKAN
Pertanika menyasarkan kecemerlangan melalui profesionalisme dalam penerbitan. Keputusan penerimaan makalah dijamin
dalam tempoh 14 minggu. Tempoh masa daripada serahan makalah sehingga penerbitan artikel adalah dalam purata 5-6 bulan.
VISI
Pertanika akan terus mempertingkatkan kandungan, khidmat penyelidikan dan capaian arkib jurnal kepada umum. Pertanika
berusaha merealisasikan wawasan baharu yang akan memberikan manfaat kepada ahli akademik dan masyarakat umum.
Kemunculan medium atas talian menjadi pemacu utama sebaran berita penyelidikan terkini untuk pembaca Pertanika.
SKOP DAN MATLAMAT
Matlamat MAHAWANGSA adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang bahasa, budaya dan warisan Melayu merentas
multidisiplin. Kandungan penulisan boleh berbentuk konseptual, teoritikal, empirikal, sejarawi, dan sebagainya dalam kerangka
kebahasaan, kesusasteraan, pendidikan, kebudayaan dan warisan Melayu. Ranah pengajian mestilah meliputi alam Melayu
dan diaspora Melayu.
Kenyataan Redaksi
Pertanika ialah jurnal rasmi Universiti Putra Malaysia. Singkatan untuk Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu ialah
MAHAWANGSA.
GARIS PANDUAN PENULISAN
Dasar Penerbitan
Dasar Pertanika MAHAWANGSA melarang penghantaran makalah yang sama untuk penilaian serentak oleh dua atau
lebih penerbitan. Penerbitan semula mana-mana makalah yang telah diterbitkan oleh pihak penerbitan lain sama ada secara
menyeluruh atau sebahagiandaripadanya juga dilarang. Penerbitan semula makalah yang telah diterbitkan secara keseluruhan
dalam bentuk prosiding juga dilarang.
Proses Editorial
Penulis akan dimaklumkan tentang penerimaan makalah, status dan sebarang keputusan berkaitan dengan proses penerbitan
oleh pihak Editorial dari semasa ke semasa.
Proses Pewasitan: Makalah yang sesuai untuk diterbitkan akan dimajukan kepada sidang editorial dan/atau pewasit. Penulis
digalakkan untuk mencadangkan pewasit yang berpotensi untuk pewasitan. Makluman keputusan sidang editorial lazimnya
mengambil masa 8 hingga 10 minggu daripada tarikh penerimaan makalah. Sidang editorial tidak menjamin penerbitan setiap
makalah.
Kebenaran Penulis: Penulis bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang disiarkan dalam makalah tulisannya, termasuk
perubahan yang dilakukan oleh editor. Penulis perhubungan diminta bersedia untuk berunding dengan editor jurnal untuk
menjawab soalan semasa proses editorial dan meluluskan salinan makalah yang telah disunting. Penulis akan menerima
versi makalah yang telah disunting untuk kelulusan akhir. Untuk melancarkan proses penerbitan, sebarang perubahan pada
makalah yang sudah disunting dan diluluskan adalah tidak dibenarkan.
Penyediaan Makalah
Pertanika Mahawangsa menerima serahan empat jenis makalah. Setiap serahan diklasifikasikan sebagai makalah atau karya
asli, ulasan buku, nota penyelidikan dan juga cadangan untuk terbitan isu khas. Makalah harus ditulis dalam bahasa Melayu
dan mestilah tepat, jelas, mudah difahami dan berupaya menyampaikan isi dengan baik menggunakan aturan bahasa Melayu
yang gramatis.
Penulis digalakkan membuat semakan bahasa sebelum dimajukan kepada pihak editorial. Makalah yang lemah dalam pengunaan
tatabahasa akan ditolak serta-merta.
Penggunaan singkatan perkataan adalah diterima. Penggunaan slang, jargon atau singkatan yang tidak jelas adalah
dilarang. Unit dalam sukatan metrik dibenarkan dan sekiranya unit ukuran (penjelasan) dalam bahasa Inggeris digunakan,
unit tersebut hendaklah dimasukkan di dalam kurungan. Sebarang singkatan perkataan hendaklah dieja penuh pada setiap
kali penggunaan pertama dalam teks
Pewasitan
Makalah yang diterima disemak melalui proses pewasitan. Pewasit bagi setiap makalah terdiri daripada pakar bidang dalam skop
makalah. Pewasit akan dipilih oleh sidang editor jurnal atau dipertimbangkan melalui cadangan pewasit yang telah dinamakan
oleh penulis.
Pewasit akan mengemukakan penilaian bertulis yang menyatakan kekuatan dan kelemahan makalah bagi tujuan penambahbaikan
dan pengenalpastian bahan sokongan tambahan yang sesuai untuk makalah tersebut.
Makalah akan dinilai oleh dua hingga tiga orang pewasit. Penulis digalakkan untuk mencadangkan nama pewasit yang
berpotensi dan dinyatakan dalam borang penilaian. Walau bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan tetap tertakluk
kepada keputusan akhir editor.
Makalah dinilai berdasarkan kandungan. Oleh itu, editor berhak membuat suntingan pada teks untuk mengelakkan kekaburan
makna dan pengulangan serta meningkatkan komunikasi antara penulis dengan pembaca. Makalah akan dikembalikan kepada
penulis untuk semakan sekiranya perubahan perlu dilakukan.
Proses Semakan Jurnal
Tujuh langkah proses semakan editorial:
1. Editor Eksekutif meneliti makalah untuk menentukan kesesuaiannya dengan skop jurnal. Makalah yang tidak sesuai
dengan skop jurnal akan ditolak. Penulis akan dimaklumi sekiranya makalah ditolak.
2. Editor Eksekutif akan menghantarkan maklumat identifikasi makalah kepada dua hingga tiga pewasit. Salah seorang
pewasit biasanya terdiri daripada sidang editorial jurnal, sementara dua orang pewasit lain mewakili pakar dalam
bidang atau disiplin perbincangan makalah tersebut. Proses penilaian melibatkan dua borang, iaitu (a) ‘Borang
Pewasitan’ dan (b) ‘Borang Ulasan Pewasit’ bersama ‘Panduan Pewasitan’. Proses pewasitan ini mengambil
masa dua hingga tiga minggu. Ulasan yang diberikan merangkumi kesesuaian kerangka teori dan konseptual,
sorotan kajian, metodologi, dapatan, perbincangan dan kesimpulan. Pewasit biasanya akan menyertakan bersama
cadangan penambahbaikan. Ulasan dan penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan dan sumbangan
makalah terhadap perkembangan disiplin ilmu.
3. Editor Eksekutif meneliti laporan pewasitan. Editor Eksekutif akan berunding dengan Ketua Editor untuk memutuskan
sama ada sesebuah makalah wajar ditolak atau diserahkan semula kepada penulis untuk pembetulan. Keputusan akhir
tertakluk kepada sidang editorial yang berhak menolak apa-apa bahan untuk diterbitkan. Dalam beberapa keadaan,
makalah diterima dengan hampir tiada semakan. Laporan pewasitan akan dimajukan kepada penulis dengan sedikit
penambahan daripada editor untuk memudahkan penulis mengambil tindakan mengikut cadangan panel pewasit.
4. Penulis memberikan jawapan terhadap ulasan penilaian. Penulis dikehendaki menghantarkan edisi semakan makalah
kepada Editor Eksekutif bersama-sama maklumat khusus yang memerihalkan respons terhadap laporan pewasitan.
5. Setelah selesai proses semakan, Editor Eksekutif, sidang editorial dan Ketua Editor akan membuat semakan
terhadap laporan pewasitan. Keputusan sama ada makalah tersebut diterima untuk penerbitan atau memerlukan
semakan semula atau ditolak akan dibuat pada peringkat ini.
6. Makalah yang memerlukan semakan semula akan dihantar kepada penilai selain penilai asal makalah tersebut.
7. Makalah yang diterima akan dihantar kepada Bahagian Penerbitan untuk dicetak. Proses cetakan makalah
mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Pihak penerbit akan memastikan bahawa makalah mematuhi gaya penulisan
yang ditetapkan (petikan, rujukan, jadual, kejelasan dan tatabahasa). Penulis diminta memberikan kerjasama
terhadap sebarang keperluan dan pertanyaan daripada pihak penerbitan. Halaman yang sudah siap disemak akan
dihantar kepada penulis utama untuk pengesahan akhir. Sebarang perubahan pada penulisan pada tahap ini hanya
melibatkan perubahan yang penting. Makalah yang telah melalui kesemua proses ini akan diterbitkan dalam talian
pada keluaran semasa.
Jurnal Pertanika menerima makalah berbentuk:
1. Makalah
Definisi: Karya asli yang menampilkan kajian empirikal. Kajian asal yang dirujuk mestilah disertakan dengan rujukan
yang jelas. Sementara itu, penjelasan berkaitan penemuan dalam kajian haruslah yang terkini.
Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).
2. Ulasan Buku
Definisi: Penilaian ringkas tentang sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dan sebagainya). Panjang Ulasan: Jumlah
perkataan tidak melebihi 6000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak dalam bahasa Melayu dan Inggeris,
rujukan, jadual serta gambar rajah).
3. Nota Penyelidikan
Definisi:- Maklumat baharu berkaitan sebahagian atau keseluruhan dapatan kajian dalam bentuk penulisan ringkas
yang rinci. Nota penyelidikan sesuai untuk penerbitan berkaitan disiplin teknikal atau penemuan baharu tentang
mana-mana disiplin atau subdisiplin ilmu yang mempunyai hubungan dengan budaya, warisan dan bahasa Melayu.
Panjang Laporan:- Jumlah perkataan tidak melebihi 3000 perkataan (tidak termasuk muka surat abstrak dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).
4. Isu Khas
Definisi: Bahan daripada hasil kajian yang telah dibentangkan dalam persidangan, seminar, kongres atau
simposium.
Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 4000-8000 perkataan (tidak termasuk muka surat absrak
dalam bahasa Melayu dan Inggeris, rujukan, jadual serta gambar rajah).
5. Lain-lain
Definisi: Laporan ringkas, kajian kes, komen, Surat kepada Editor, dan balasan pada makalah sebelum ini yang
disiarkan boleh dipertimbangkan.
Panjang Makalah: Jumlah perkataan tidak melebihi 2000 perkataan.
FORMAT
Penulis digalakkan untuk menyediakan makalah dalam format Microsoft Word. Teks ditulis dalam satu ruang lajur (column)
dengan margin 4cm dan langkau 2 baris. Penulis digalakkan untuk menggunakan rupa taip Times New Roman, dengan saiz
fon 12 poin. Penulis dinasihati agar memberikan perhatian pada penggunaan aksara/rupa taip khas dalam penulisan sekiranya
penulisan tersebut menggunakan jenis rupa taip berbeza daripada aksara khas, terutamanya fon Symbol dan Mincho.
Penulis diminta meninggalkan satu jalur kosong antara setiap perenggan teks dan rujukan. Jadual dan gambar rajah perlu
diasingkan daripada teks ataupun diletakkan pada ruang lampiran.
Pengarang dikehendaki memberikan penomboran pada setiap muka surat.
JUDUL
Judul bagi setiap jenis penulisan hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 10
perkataan. Judul ditulis menggunakan fon dan saiz fon yang sama dengan penulisan teks penuh.
ABSTRAK
Abstrak perlu ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan tidak melebihi 200 perkataan bagi makalah dan tidak
kurang daripada 100 perkataan bagi nota penyelidikan. Abstrak perlu ditaip menggunakan saiz fon 11poin dengan langkau
sebaris (single spacing). Penulis perlu menyertakan 5 hingga 8 kata kunci pada ruang di bawah abstrak untuk menjelaskan
keseluruhan isi kandungan makalah.
SUNAN MAKALAH
Halaman 1: Judul
Judul mestilah tidak melebihi 10 perkataan. Singkatan bagi judul makalah perlu diletakkan di jidar bahagian atas setiap
halaman makalah (header).
Halaman 2: Maklumat Penulis dan Penulis Utama:
Halaman ini harus mengandungi judul makalah beserta nama penulis, institusi dan alamat penuh serta saluran untuk dihubungi
(sambungan pejabat, telefon bimbit, fax dan alamat e-mel). Nama penulis mestilah ditulis dalam bentuk singkatan sebagaimana
yang digunakan dalam sistem penamaan antarabangsa. Misalnya, Salleh, A.B., Tan, S.G., atau Sapuan, S.M.
Alamat Penulis
Bagi makalah yang ditulis oleh lebih daripada seorang penulis dengan alamat yang berbeza, alamat setiap penulis perlu diberikan
penomboran dengan menggunakan superskrip.
George Swan1 dan Nayan Kanwal2
1 Jabatan Biologi, Fakulti Sains, Universiti Duke, Durham, Carolina Utara, USA. 2 Pejabat Timbalan Naib Canselor (P&I), Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia.
Halaman 3: Halaman ini mengandungi tajuk penuh makalah beserta abstrak (sila rujuk Subtajuk Abstrak untuk panduan
penulisan abstrak).
Halaman 4 dan seterusnya: Halaman ini harus dimulai dengan pengenalan makalah. Perbincangan subtajuk selepasnya
bermula daripada halaman 5 dan seterusnya.
Singkatan
Sebarang singkatan yang digunakan dalam penulisan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan disusun mengikut abjad. Perkataan
atau frasa yang menggunakan singkatan perlu ditulis penuh pada setiap kali penggunaan kali pertama dalam teks dan disertakan
singkatan baginya dalam kurungan ( ).
Nota kaki
Alamat semasa penulis sekiranya berbeza dengan paparan di bahagian jidar atas halaman perlu dinyatakan pada nota kaki.
Kandungan
Makalah perlu mengandungi bahagian pengenalan, bahan dan kaedah, dapatan dan perbincangan dan penutup.
Jadual
Semua jadual hendaklah tekal dengan format dan kesesuaian isu semasa jurnal dan hendaklah dinomborkan dengan angka
Arab (1,2,3...). Bahan rujukan perlu disertakan dalam bentuk jadual dan nota kaki. Setiap jadual dilampirkan dalam halaman
yang berasingan.
Perhatian: Jadual bagi makalah yang diterima untuk penerbitan mestilah diserahkan dalam bentuk:- .doc, .rtf, excel atau
powerpoint- jadual yang diserahkan dalam bentuk data imej tidak boleh disunting untuk penerbitan.
Formula dan Persamaan
Sebarang rumus, persamaan dan formula yang digunakan dalam makalah perlu dinyatakan dengan jelas dan ditaip dengan
langkau 3 baris . Penomboran rumus ditulis dalam tanda kurung siku [ ] dan diposisikan di margin kanan penulisan.
Rajah dan Gambar
Penulis yang melampirkan rajah atau gambar dinasihati agar menggunakan aplikasi yang menyediakan fail TIFF beresolusi
tinggi. Secara umumnya, pihak editorial menerima resolusi. 300 dpi atau yang lebih tinggi untuk lampiran berwarna dan karya
hafton; 1200 dpi atau yang lebih tinggi untuk lukisan garis.
Bagi fail bersaiz besar, penulis boleh melampirkan rajah beresolusi rendah yang jelas untuk memastikan bahawa saiz makalah
sesuai untuk penghantaran secara atas talian. Penulis boleh memohon persembahan ilustrasi berwarna dengan kos tambahan
sebanyak Ringgit Malaysia 50 bagi setiap halaman berwarna.
RUJUKAN
Nama penulis dan tahun terbitan hendaklah diletakkan bagi petikan rujukan dalam teks. Bagi rujukan yang ditulis oleh lebih
daripada dua orang , nama penulis pertama perlu diikuti dengan ‘et al.,’
Swan dan Kanwal (2007) melaporkan bahawa ...
Dapatan kajian ini ditafsirkan sebagai ... (Kanwal et al., 2009).
Senarai rujukan perlu disusun mengikut abjad nama penulis. Bagi penulis yang sama atau kumpulan penulis yang sama,
rujukan perlu disusun secara kronologi. Sekiranya penulis mempunyai lebih daripada satu penerbitan dalam tahun yang sama,
angka ‘a’, ‘b’ dsb ditambahkan pada tahun terbitan.
Sekiranya teks rujukan ditulis oleh lebih daripada 11 orang penulis, senaraikan 5 penulis dan diikuti dengan et al.,
Dilarang menggunakan ensotan (indent) dalam penulisan rujukan. Gunakan langkau baris untuk mengasingkan setiap rujukan.
Nama jurnal perlu ditulis penuh.
Contoh:
Mellers, B. A. (2006a). Choice and the relative pleasure of consequences. Psychological Bulletin, 126, 910-924.
Mellers, B. A. (2006b). Treatment for sexually abused children and adolescents. American Psychologist, 55, 1040-1049.
Hawe, P. (2005). Capturing the meaning of “community” in community intervention evaluation: Some contributions
from community psychology. Health Promotion International, 9,199-210.
Braconier, H., & Ekholm, K. (2006). Swedish multinationals and competition from high and low wage location.
Review of International Economics, 8, 448-461.
Sebarang data yang belum diterbitkan dan komunikasi peribadi tidak dianggap sebagai petikan rujukan. Bagaimanapun, penulis
boleh menyatakan bahan tersebut dalam kurungan ( ). Artikel yang sudah diterima untuk penerbitan (in press) boleh dijadikan
rujukan dengan menyatakan penerbit dan tarikh terbitan bagi artikel tersebut dalam rujukan (jika ada).
Contoh petikan rujukan:
Monograf: Kalimapour, Y.R. (2004). Images of the U.S. Around the World: A Multicultural Perspective. Albany, NY:
State University of New York Press.
Bab dalam buku: Bjork, R. A. (2007). Retrieval inhibition as an adaptive mechanism in human memory. Dalam H. L.
Roediger III & F. I. M. Craik (Eds.), Varieties of memory & consciousness (pp. 309-330). Hull: Hull University Press.
Prosiding: Amir Awang. (2006). Counseling, human resources development and counseling services. Dalam
Sulaiman M. Yassin, Yahya Mat Hassan, Kamariah Abu
Bakar, Esah Munji dan Sabariah Mohd. Rashid (Eds.), Proceedings of Asia Pacific Conference on Human
Development (p. 243-246). Serdang: Universiti Putra Malaysia.
GAYA MAKALAH
Makalah yang diserahkan untuk penerbitan harus mematuhi panduan versi terkini Manual Penerbitan American Psychological
Association (APA). Jurnal ini menerima ejaan Amerika dan British untuk penulisan yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris.
Penulis boleh menggunakan edisi terkini Oxford Advanced Learner’s Dictionary sebagai panduan untuk ejaan British.
PENYERAHAN MAKALAH
Surat Iringan
Penyerahan manuskrip perlu disertakan dengan surat iringan yang menyatakan maklumat makalah yang diserahkan. Makalah
yang diterima untuk penerbitan dalam jurnal ini ialah tulisan yang asli dan belum pernah diterbitkan atau dihantar kepada mana-
mana syarikat penerbitan. Perkara ini perlu dinyatakan dalam surat iringan.
Penulis juga perlu memaklumkan dalam surat iringan bahawa kesemua penulis telah memberikan sumbangan dalam proses
penulisan makalah dan telah bersetuju dengan kandungan makalah yang dihantar untuk penerbitan.
Surat iringan perlu mengandungi (i) tajuk; (ii) nama penuh penulis; (iii) alamat institusi; (iv) poskod dan alamat e-mel,
faksimili dan nombor telefon penulis perhubungan. Alamat semasa bagi penulis yang berbeza dengan alamat insititusi
hendaklah dinyatakan pada ruangan nota kaki.
Suntingan Bahasa
Pertanika menitikberatkan aspek ketepatan dalam penggunaan bahasa bagi setiap makalah yang diterbitkan. Penulis dinasihati
untuk memastikan bahawa manusrip yang dihantar menggunakan bahasa Melayu yang baik, jelas dan tepat dari
segi tatabahasa. Khidmat semakan profesional boleh digunakan bagi tujuan ini. Makalah yang baik dari segi bahasa akan
memudahkan dan mempercepat urusan semakan untuk penerbitan.
Polisi Arkib
Penulis yang memerlukan pemulangan sebarang bahan yang ditolak untuk penerbitan harus menyatakan sedemikian dalam
surat iringan. Hal ini kerana pihak Editorial akan melupuskan semua bahan bercetak dan elektronik sekiranya tiada tuntutan
daripada penulis secara bertulis seperti yang disebutkan.
Hak cipta
Penulis dikehendaki menandatangani Borang Akuan yang menyatakan bahawa penulis telah mendapat kebenaran untuk
menggunakan bahan hak cipta dan bahan terbitan sebelumnya. Sekiranya penulis utama menandatangani Borang Akuan bagi
pihak penulis yang lain, syarat yang digariskan dalam Borang Akuan hendaklah dibaca dan dipersetujui oleh kesemua penulis
yang terlibat sebelum ditandatangani. Makalah tidak akan diterbitkan selagi Borang Akuan hak cipta belum ditandatangani.
Jeda Masa
Jangka waktu keputusan penerimaan dan penolakan makalah ialah tiga hingga empat bulan (lebih kurang 14 minggu). Jangka
waktu antara penyerahan makalah dengan penerbitan adalah lebih kurang lima hingga enam bulan.
Salinan Cetak Jurnal dan Cetak Ulang
Penulis utama akan menerima satu salinan cetak (hardcopy) jurnal yang mengandungi makalah tulisannya.
PROSEDUR SERAHAN
Makalah perlu diserahkan bersama-sama ‘Surat Iringan’ dan ‘Kit Penyerahan Makalah’ yang telah lengkap diisi. Makalah yang
dihantar perlu memenuhi garis panduan dan tatacara yang telah dinyatakan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan
makalah dipulangkan dan menimbulkan kelewatan penerbitan. Penyerahan makalah dalam bentuk CD adalah diterima. Penulis
dinasihati untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Penulis dikehendaki memaklumkan
sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantar sebelum suntingan akhir.
Makalah hendaklah diserahkan melalui Ketua Editor untuk tindakan seterusnya ke alamat seperti yang berikut::
Ketua Editor
MAHAWANGSA (Jurnal Bahasa, Budaya dan Warisan Melayu)
Pejabat Dekan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor,
Malaysia
e-mel: [email protected]
Tel: + 603-9769 3714
Pengarang dinasihatkan untuk menyimpan salinan makalah dan dokumen berkaitan untuk rujukan peribadi. Pengarang
dikehendaki memaklumkan sebarang pertukaran alamat pada makalah yang dihantarsebelum suntingan akhir.
Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
E-mail: [email protected]
Tel: +603 9679 3714
http://www.penerbit.upm.edu.my/
E-mail: [email protected]
Tel: +603 8946 8855
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
http://www.mahawangsa.upm.edu.my/
E-mail: [email protected]
Tel: +603 9769 3714
http://www.penerbit.upm.edu.my/
E-mail: [email protected]
Tel: +603 8946 8855