Download - Tugsan Full Last Time Done Version
Penghargaan
Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa kerja kursus ini dapat disiapkan
bukannya disebabkan oleh kebolehan diri saya sendiri semata-mata, tetapi adalah
atas jasa dan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini.
Pertama sekali, orang yang saya ingin berterima kasih ialah pensyarah yang
mengajar saya, iaitu Cik Anida binti Idrus. Beliau telah memberi penerangan yang
cukup jelas tentang kerja kursus ini. Selain itu, beliau juga sentiasa bersedia untuk
menerima pertanyaan daripada saya tentang masalah yang dihadapi semasa
membuat kerja kursus ini. Beliau telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam
membantu saya menyelesaikan kerja kurus ini. Namun, beliau tidak mengharapkan
apa-apa balasan walaupun banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau.
Saya memang bersyukur kepada beliau.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan kesyukuran saya terhadap ibu
bapa saya. Mereka telah memberi sokongan dari segi kewangan dan moral kepada
saya. Apabila saya memerlukan wang untuk membeli buku rujukan, mereka akan
menyediakannya dengan serta merta, dan apabila saya menghadapi tekanan dalam
melaksanakan kerja kursus, mereka sentiasa berada di sisi saya untuk mendengar
masalah saya dan membantu saya. Mereka memang berkorban banyak untuk saya.
Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya terima kasih kepada
rakan sekelas saya. Mereka banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus
saya. Kami sentiasa berbincang tentang permasalahan yang kami hadapi dalam
membuat kerja kursus dan mereka memang tidak teragak-agak untuk
mengkongsikan pengalaman mereka membuat kerja kursus kepada saya.
Kesimpulannya, tanpa bantuan daripada pihak-pihak tersebut, tidak
mungkin saya dapat menyempurnakan kerja kursus saya dengan baik. Oleh itu,
sekali lagi saya menyampaikan kesyukuran saya kepada mereka.
1
1.0 Kajian Kes
2
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan pendekatan
pembelajaran berasaskan ketrampilan di sekolah rendah. Seramai 5 orang murid
tahun empat dari SJKC Chung Sing dan seorang guru pelatih terlibat dalam kajian
ini. Perancangan tindakan difokuskan kepada untuk membolehkan murid menguasai
kemahiran atau ketrampilan yang ditetapkan, menguji keberkesanan PBK, dan
menimbulkan minat murid dalam penghasilan projek elektronik. Murid telah
didedahkan dengan pengajaran amali di mana setiap murid diminta menghasilkan
satu projek litar siri. Dapatan daripada soal selidik dan pemerhatian menunjukkan
murid berminat dalam menghasilkan projek litar siri. Namun, kebanyakkan murid
tidak dapat menyiapkan projek dalam masa yang ditetapkan disebabkan beberapa
faktor yang tidak boleh dielakkan.
1. Pendahuluan
3
1.1 Pengenalan
Kurikulum adalah satu perancangan sistematik bagi satu program pendidikan
yang diperkukuhkan dengan pengalaman pembelajaran untuk dikuasai oleh murid.
Oleh itu kurikulum perlu dibangunkan dengan mengambil kira banyak faktor yang
boleh mempengaruhi atau menjadi asas kepada pembangunan sesuatu kurikulum
tersebut. Antara faktor yang terpenting ialah keperluan komuniti setempat dari segi
ekonomi dan sosio-budaya, status kumpulan sasaran (murid) dari segi psikologi dan
sosialisasinya serta disiplin ilmu itu sendiri.
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Ketrampilan ialah satu set
perancangan kurikulum atau kerangka perancangan atau panduan yang
menekankan kepada ketrampilan yang perlu dikuasai oleh murid setelah melalui
proses pendidikan iaitu pengetahuan, kemahiran, dan nilai serta pola berfikir untuk
bertindak sebagai tindak balas dari pemahaman dan penghayatannya terhadap apa
yang telah dipelajarinya (Dede Rosyada, 2004). PBK juga boleh didefinisikan
sebagai pengembangan kurikulum yang mempamerkan kemahiran ketrampilan
(pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang mesti dicapai oleh murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya mengikut sistem standard kemahiran ketrampilan
yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini, skop konsep standard kemahiran
ketrampilan sering dirujuk kepada kemahiran ketrampilan industri dan berkaitan
dengan kebolehan seseorang individu murid melakukan sesuatu tugasan (tasks) dan
tanggungjawab (duties) mengikut prestasi (performance) yang dihasratkan di tempat
kerja. Dengan perkataan lain, PBK menentukan hasil pembelajaran yang sesuai
dengan keperluan tempat kerja yang telah ditetapkan oleh industri dan komuniti.
Dalam sistem pendidikan kita (Malaysia), PBK merupakan satu kurikulum baru yang
telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan teknikal dan vokasional (mulai 2006
bagi aliran vokasional) dan akan dilaksanakan secara meluas mulai tahun 2013
selaras dengan inisiatid program transformasi kurikulum pendidikan teknikal dan
vokasional oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
4
Saya telah menjalankan satu pengajaran amali yang melibatkan 5 orang
murid tahun empat di SJKC Chung Sing atas permintaan tugasan projek RBT 3105.
Tajuk pengajaran amali saya ialah penghasilan litar siri. Pengajaran amali ini
dijalankan semasa tempoh PBS (pengalaman berasaskan sekolah) saya pada bulan
Mac. Berikut merupakan gambar yang diambil semasa saya menjalankan
pengajaran amali.
Ini merupakan kali pertama saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran,
maka terdapat beberapa masalah yang berlaku atau saya dapati dalam pengajaran
amali tersebut.
Pertama, saya telah menghabiskan banyak masa dalam mencari bahan dan
peralatan untuk menjalankan pengajaran amali tersebut. Hal ini menyebabkan saya
terpaksa menjalankan pengajaran amali saya pada hari keempat tempoh PBS saya.
Saya juga terpaksa mengubah lukisan skematik dan lukisan bergambar saya kerana
tidak dapat mencari komponen elektronik yang saya lukis dalam kedua-dua lukisan
tersebut.
Kedua, sekolah rendah Cina memang tidak mementingkan mata pelajaran
RBT. Maka, murid-murid yang saya ambil dalam gambar berikut merupakan kali
pertama dalam menjalankan amali RBT. Walaupun mereka menunjukkan minat yang
tinggi, namun kemahiran mereka agak lemah dan mengambil masa yang di luar
jangkaan saya untuk menyiapkan setiap langkah yang saya demostrasikan. Hal ini
5
juga menyebabkan kebanyakkan mereka tidak dapat menyiapkan litar siri tepat pada
masa setelah pengajaran amali ini berakhir.
Murid-murid yang saya ambil untuk pengajaran amali saya.
6
Hasil kerja murid-murid.
Ketiga, saya mendapati bahawa murid tahun empat belum cukup syarat
untuk menghasilkan projek elektronik. Mereka tidak dapat melakukan proses
menjalur wayar dengan baik kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk
menarik penebat wayar keluar daripada wayar. Perkembangan otot mereka masih
belum cukup matang untuk membolehkan mereka berbuat demikian. Keadaan ini
bertambah teruk dalam kalangan murid perempuan kerana mereka langsung tidak
dapat menjalur wayar.
7
Gambar menunjukkan murid yang menghadapi masalah dalam menjalur wayar dan
masalah penjalur wayar tidak mencukupi untuk setiap murid.
Keempat, peralatan yang tidak mencukupi juga menyumbang kepada
kegagalan murid untuk menyiapkan litar siri dalam masa satu jam. Saya membuat
perancangan untuk menyediakan 6 set peralatan, iaitu satu set peralatan untuk
setiap murid dan satu set lagi untuk saya membuat demostrasi. Namun saya hanya
dapat meminjam 3 set peralatan dari bengkel. Ini menyebabkan murid terpaksa
berkongsi peralatan dan mungkin berlaku sedikit pembaziran masa dalam
penghasilan litar siri.
Dalam gambar ini, ada murid yang ada pemotong sisi dan ada murid yang tidak ada.
Kelima, kawalan kelas saya juga tidak baik. Saya mendapati ada murid yang
tidak mengikut arahan saya. Murid-murid bermain-main dengan peralatan dan bahan
tanpa arahan saya. Mereka sendiri sudah memasangkan mentol ke dalam
pemegang mentol atau memasukkan bateri ke dalam pemegang bateri tanpa arahan
saya. Mungkin arahan saya tidak jelas atau saya tidak memberitahu mereka dahulu
untuk mengikut arahan saya sepenuhnya.
Kesimpulannya, semua masalah-masalah yang berlaku atau yang saya
dapati ini telah menyebabkan murid-murid tidak dapat menghasilkan litar siri pada
akhir pengajaran amali seperti yang dirancang. Hanya seorang sahaja yang dapat
menghasilkan litar siri yang lengkap dan berfungsi di mana yang lainnya tidak
sempat untuk menyiapkannya. Faktor yang terbesar ialah masa tidak mencukupi.
8
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Pepper (dalam Soelaeman, 2005:35) mengatakan bahawa nilai ialah segala
sesuatu tentang yang baik atau yang buruk. Sejalan dengan pengertian tersebut,
Soelaeman (2005) juga menambahkan bahwa nilai adalah sesuatu yang
dipentingkan manusia sebagai subjek, menyangkut segala sesuatu yang baik atau
yang buruk, sebagai abstraksi, pandangan atau maksud dari berbagai pengalaman
dalam seleksi perilaku yang ketat.
Dalam pengajaran amali yang saya lakukan pada bulan Mac yang lalu, saya
telah cuba menerapkan nilai bekerjasama dalam kalangan murid-murid saya.
Disebabkan oleh masalah ketidakcukupan peralatan, murid-murid terpaksa
berkongsi peralatan. Hal ini menguji kerjasama antara mereka. Murid-murid yang
siap awal juga membantu rakannya yang lambat dalam penghasilan litar siri. Mereka
saling bantu-membantu dalam menghasilkan litar siri. Ini menunjukkan nilai
kerjasama dalam diri mereka.
Nilai membuat persediaan awal juga saya pelajari melalui pengajaran amali
tersebut. Saya mendapati bahawa persediaan awal amat penting dalam membuat
sesuatu perkara. Jika saya dapat menyediakan bahan dan peralatan sebelum
memulakan PBS saya, maka saya tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari bahan
dan peralatan selepas waktu persekolahan dalam tempoh PBS saya. Hal ini
menyebabkan saya hanya dapat melaksanakan pengajaran amali saya pada hari
keempat tempoh PBS saya.
Selain itu, atas dasar keperihatinan terhadap keperluan murid pada masa
akan datang, saya bercadang untuk menjalankan kajian mengenai keberkesanan
pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan agar dapat
melahirkan modal insan yang dapat bersaing dengan orang lain pada masa
hadapan. Kajian ini penting supaya murid dapat mengikuti pembelajaran yang lebih
berkesan serta terancang agar mereka dapat memperoleh kemahiran yang
diperlukan.
9
2.0 Fokus Kajian
2.1 Isu Kajian
Kajian tindakan ini diadakan atas permintaan tugasan projek RBT3105.
Tugasan projek RBT3105 mengkehendaki saya untuk mengendalikan satu
pembelajaran menggunakan pendekatan berasaskan ketrampilan (PBK) bagi
sekumpulan murid sekurang-kurangnya 5-10 orang. Saya dikehendaki membuat satu
kajian melalui aktiviti kreatif, di mana saya memilih pengajaran amali untuk
menentukan pelaksanaan pendekatan tersebut.
Fokus utama kajian saya dalam menjalankan kajian ini adalah untuk
menentukan keberkesanan pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan
ketrampilan bagi murid sekolah rendah.
Perkembangan semasa pendidikan negara menampakkan perubahan
daripada penekanan kecemerlangan berdasarkan keputusan peperiksaan semata-
mata kepada yang lebih luwes; pencapaian seseorang daripada produk pendidikan
dan juga latihan dilihat perlu mencakupi pelbagai sudut sama ada akademik dan
bukan akademik. Majikan mempunyai persepsi yang berbeza dan menetapkan
bermacam syarat apabila mahu mengambil pekerja. Oleh itu pihak
bertanggungjawab dalam melatih dan menyediakan modal insan perlu berhati-hati
dalam membentuk kurikulum latihan serta penilaiannya. Pendekatan pembelajaran
berasaskan keterampilan dilihat dapat membantu dalam memenuhi keperluan
semasa, supaya tidak melihat pencapaian seseorang hanya berdasarkan keputusan
peperiksaan sahaja. Sebagai jalan keluar daripada sistem yang telah terlalu sinonim
dengan ‘peperiksaan’ penerimaan masyarakat pastinya menyukarkan. Bagi mereka
yang terlibat dalam penggubalan kurikulum dan pelaksana latihan atau kalangan
pendidik dan pengajar pastinya ada yang menyuarakan persetujuan atau
penentangan terhadap pendekatan ini.
Saya berpendapat isu keperihatian adalah amat penting sekali kerana murid
mempelajari sesuatu kemahiran adalah untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian. Jika kemahiran yang diajar tidak diterima sepenuhnya oleh murid-murid
tersebut, maka mereka tidak akan mengaplikasikannya dengan baik. Untuk itu,
kajian ini akan dijalankan dengan menggunakan kaedah projek di mana setiap murid
akan berusaha untuk menyiapkan satu projek litar siri yang dilaksanakan secara
individu. Secara tidak langsung, penerapan unsur teknologi maklumat dan kaedah
10
demonsrasi akan turut digunakan sewaktu menjalankan kajian ini sebagai salah satu
unsur yang akan membantu meningkatkan kemahiran murid dan membantu mereka
mengaplikasikannya apabila diperlukan dalam kehidupan seharian atau di alam
pekerjaan kelak.
11
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Umum
Menentukan keberkesanan pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan
ketrampilan di sekolah rendah melalui pengajaran amali.
3.2 Objektif Khusus
1. Menentukan keberkesanan pelaksanaan pendekatan pembelajaran
berasaskan ketrampilan di sekolah rendah melalui ketrampilan murid dalam
pengajaran amali.
2. Melatih murid untuk menguasai ketrampilan yang ditetapkan.
3.3 Persoalan Kajian
1. Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan berkesan di
sekolah rendah?
2. Adakah murid dapat menguasai ketrampilan yang ditetapkan melalui
pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan?
12
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini telaj dijalankan di SJKC Chung Sing, iaitu sebuah sekolah rendah
jenis kebangsaan Cina di Sibu, Sarawak. Bilangan responden yang menyertai kajian
ini ialah 5 orang murid tahun empat dari kelas 5 Putih iaitu seramai 3 orang murid
lelaki dan 2 orang murid perempuan.
Responden kajian ini telah saya pilih secara rawak daripada senarai nama
kelas. Responden dipilih dari kelas kedua daripada empat kelas tahun empat dan
kebanyakkan responden datang dari keluarga berpendapatan sederhana.
Mereka telah menunjukkan minat yang besar apabila saya memberitahu
mereka tentang pengajaran amali tersebut. Mereka berminat untuk menghasilkan
litar siri. Sifat ingin tahu dan mencuba agak kelihatan dalam diri setiap murid tersebut
di mana mereka akan berebut-rebut untuk melaksanakan setiap langkah amali yang
dirancang,
13
5.0 Cara Pengumpulan Data
Pengkaji telah melakukan beberapa langkah yang dirancang bagi
memastikan perlaksanaan kajian ini berjalan dengan lancar dan sistematik.
Antaranya ialah :-
5.1 Prosedur Tindakan
Pengumpulan data saya dijalankan semasa dan selepas pengajaran amali.
Saya menjalankan pemerhatian dan penilaian semasa aktiviti dijalankan. Temu bual
dan soal selidik dijalankan selepas aktiviti.
Aktiviti 1: Menghasilkan Litar Siri
Guru menerangkan projek litar siri yang akan dilakukan oleh setiap murid.
Guru menyenaraikan bahan dan peralatan tangan serta mengenal pasti
komponen-komponen elektronik yang akan digunakan dalam penyambungan
litar siri.
Guru mengajar murid mentafsir litar siri berpandukan lukisan bergambar dan
melakar lukisan skematik.
Guru membimbing murid menempatan komponen elektronik atas meja.
Guru membuat demostrasi penyambungan litar siri langkah demi langkah.
Murid diminta untuk menghasilkan litar siri mengikut langkah yang
didemostrasikan oleh guru.
Guru memantau gerak kerja setiap murid.
Guru menilai dan memerhatikan ketrampilan murid.
5.2 Proses Pengumpulan Data
Pengumpulan data bagi kajian ini secara kuantitatif dan kualitatif di mana
data-data yang diperolehi didapati dalam bentuk deskriptif. Menurut Mook Soon
Sang (2010), kaedah kuantitatif merupakan kaedah saintifik yang menggunakan data
statistik, mempunyai kualiti yang boleh diukur, diinterpretasikan, dinilai dan
diinferensi. Manakala kaedah kuanlitatif pula merupakan kaedah sains
kemasyarakatan menggunakan huraian dengan perkataan dan bukan nombor
statistik.
Ciri-ciri yang berbeza ini membolehkan maklumat yang lebih tepat diperolehi
bagi mengukuhkan kajian. Sewaktu menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan
empat cara untuk mengumpul data iaitu melalui temubual, soal selidik, dan penilaian
14
terhadap ketrampilan murid dalam penghasilan litar siri. Untuk mengukuhkan kajian
ini, saya juga telah membuat pemerhatian sepanjang kajian ini dilaksanakan. Ia
dilakukan semasa murid menjalani amali menghasilkan litar siri.
Langkah intervensi yang telah dirancang ialah, setiap murid dikehendakai
melaksanakan satu projek litar siri secara individu. Mereka telah bekerjasama
sesama sendiri dan dengan saya dalam menyiapkan projek tersebut walaupun ada
yang tidak dapat menyiapkannya dalam masa. Setiap langkah projek adalah
bersertakan demostansi dan penerangan saya. Murid telah melakukan aktiviti yang
dirancang dengan bimbingan dan pemantauan pengkaji dari semasa ke semasa.
15
6.0 Tindakan yang Dijalankan
6.1 Pra Pengajaran dan Pembelajaran
Sebelum saya memulakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya, saya
sibuk membuat persediaan awal untuk P&P tersebut. Saya perlu menyediakan
perancangan P&P atau rancangan pengajaran harian (rujuk di Lampiran) serta
lukisan-lukisan skematik dan bergambar serta lembaran kerja yang diperlukan.
Selepas itu, saya juga perlu menyediakan peralatan dan bahan untuk P&P tersebut.
Saya telah meminjam peralatan daripada bengkel, namun bilangannya tidak
mencukupi kerana terdapat banyak orang yang meminjam daripadanya. Saya juga
sibuk mencari bahan, iaitu komponen elektronik untuk P&P saya dalam tempoh PBS.
6.2 Pasca Pengajaran dan Pembelajaran
Selepas menjalani P&P, saya telah mengedarkan borang temu bual dan
borang soal selidik kepada murid-murid yang menghadiri pengajaran amali saya.
Pemerhatian dan penilaian terhadap ketrampilan murid telah saya lakukan semasa
pengajaran amali berlaku. Saya telah mengutip semua kedua-dua borang tersebut
dengan input murid pada keesokan harinya.
16
7.0 Analisis Data
Setelah melaksanakan proses pengumpulan data melalui empat kaedah yang
telah digunakan iaitu melalui borang soal selidik, pemerhatian, borang temubual dan
penilaian projek individu, data yang telah saya perolehi telah saya analisis dan
diinterpretasikan supaya rumusan kajian dapat dibuat. Berikut merupakan hasil
analisis yang telah diperolehi menggunakan empat kaedah tersebut:-
7.1 Analisis Data Berkenaan Minat Murid
Soal Selidik
Item 1: Saya berminat untuk menghasilkan projek elektrik litar siri ini.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Item 2: Saya berasa seronok menghasilkan projek elektrik litar siri.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 3 1
Dapatan di atas merupakan input dalam borang soal selidik. Di sini kita boleh lihat
bahawa kebanyakan murid memberi respon positif kepada kedua-dua item yang
berada di bawah kategori minat. Dapatan ini juga disokong dengan hasil
pemerhatian saya di mana kelima-lima murid menunjukkan minat dalam
penghasilkan projek litar siri. Mereka bergiat aktif dalam pengajaran amali saya.
Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa mereke berminat dalam
membuat projek litar siri.
17
7.2 Analisis Data Berkenaan Kemahiran Murid
Borang Soal Selidik
Item 3. Saya dapat memotong dan menjalur wayar.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Item 4. Saya dapat membentuk dan memasang wayar kepada komponen elektrik.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Item 5. Saya dapat menggunakan peralatan tangan.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Item 6. Saya dapat mengenal pasti nama, simbol dan fungsi komponen elektrik.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 3 1
Item 7. Saya dapat membaca dan menterjemah lukisan litar.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Berdasarkan data-data yang diperolehi di atas, semua responden memberi respon
yang positif terhadap soalan soal selidik. Kesemua soalan di atas adalah di bawah
18
kategori kemahiran. Daripada pemerhatian yang saya lakukan pula, mereka dapat
menguasai kemahiran menjalur wayar, namun kekuatan otot mereka yang belum
cukup matang menghalang mereka daripada menjalur wayar. Kemahiran-kemahiran
yang lain dapat dikuasai oleh mereka dengan baik.
Borang Temu Bual
3) Adakah anda mampu melaksanakan penyambungan litar siri ini?
4) Adakah anda mahir menggunakan alatan tangan untuk menyiapkan projek
penyambungan litar siri ini?
Responde juga memberi respon yang positif kepada kedua-dua item di atas. Mereka
menunjukkan penguasaan kemahiran-kemahiran yang baik dalam pengajaran amali
saya.
Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa mereka dapat menguasai
kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan.
7.3 Analisis Data Berkenaan Pencapaian Murid
19
Borang Soal Selidik
Item 8. Saya mengamalkan langkah keselamatan dalam penghasilan projek.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Item 9. Saya berpuas hati dengan projek elektrik yang saya hasilkan.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Item 10. Projek elektrik litar siri saya dapat berfungsi.
Respon Bilangan
Skala 5 4
Skala 4 1
Berdasarkan respon responde dalam borang soal selidik di atas, semua responde
memberi respon yang positif terhadap pencapaian mereka. Namun, respon mereka
adalah tidak selaras dengan pemerhatian dan penilaian saya, di mana kebanyakkan
mereka tidak dapat menghasilkan litar siri dalam masa yang ditetapkan.
Walaubagaimanapun, hal ini adalah disebabkan oleh faktor luaran dan tidak dapat
dijangkai seperti kekurangan matang otot murid tahun 4, faktor alatan, faktor
pengajar dan sebagainya.
Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa analisis data berkenaan
pencapaian murid berakhir tanpa keputusan.
8.0 Dapatan Kajian
20
Perbincangan dalam bahagian ini ditumpukan kepada dapatan kajian yang
telah dianalisis sebelum ini melalui hasil temubual, hasil projek elektronik dan
pemerhatian yang dijalankan sepanjang kajian dilaksanakan. Perbincangan ini dibuat
mengikut tajuk-tajuk yang akan menjawab segala persoalan-persoalan yang diajukan
seperti di bawah:-
a. S: Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan kompetensi berkesan di sekolah
rendah?
J: Pendekatan pembelajaran berasaskan kompetensi berkesan di sekolah rendah.
Hal ini demikian kerana murid-murid dapat mengikuti setiap langkah yang saya
tunjukkan dalam pengajaran amali. Mereka juga berjaya menguasai semua
kemahiran yang ditetapkan. Faktor utama mereka tidak dapat menghasilkan projek
litar siri ialah mereka kesuntukkan masa.
b. S: Adakah murid dapat menguasai ketrampilan yang ditetapkan melalui
pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan?
J: Ya, murid dapat menguasai ketrampilan yang ditetapkan melalui pendekatan
pembelajaran berasaskan ketrampilan. Ini dapat dibuktikan melalui hasil pemerhatian
saya. Mereka dapat mengikuti dan menguasai setiap langkah yang saya
demonstrasikan dalam pengajaran amali.
c. S: Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan membolehkan
murid berminat dalam mengikuti pengajaran amali?
J: Ya, pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan membolehkan murid
berminat dalam mengikuti pengajaran amali. Ini dapat dibuktikan melalui hasil
pemerhatian saya dan borang soal selidik. Mereka bergiat aktif dan berlumba-lumba
untuk menghasilkan litar siri.
21
2.0 Penulisan Akademik
2.0 Penulisan Akademik
22
2.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang berhasrat untuk menjadi negara
maju menjelang tahun 2020. Misi Nasional yang diperkenalkan seiring dengan
Rancangan Malaysia Kesembilan, memberi penekanan kepada peningkatan
keupayaan dan pengetahuan, pemupukan minda kelas pertama dan melahirkan
belia yang mampu berdaya saing untuk masa hadapan. Bersandarkan kepada Misi
Nasional tersebut, keperluan terhadap pekerja yang berketrampilan dan berilmu
semakin meningkat akibat globalisasi pasaran, kemajuan teknologi dan perubahan
kerja dalam organisasi. Sehubungan itu, pendidikan dan latihan merupakan kaedah
utama untuk melahirkan pekerja yang berketrampilan dari segi kemahiran,
pengetahuan dan tingkah laku positif.
Kepentingan pembangunan sumber manusia dapat dibahagikan kepada tiga
elemen utama iaitu meningkatkan produktiviti pekerja, menyesuaikan kemahiran
pekerja dan menyusun semula masyarakat. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
turut sama menggalas tanggungjawab untuk membangunkan sumber manusia bagi
masa hadapan melalui pendidikan vokasional. Untuk mencapai hasrat ini, kurikulum
pendidikan vokasional perlu dibangunkan berasaskan ketrampilan agar dapat
memenuhi keperluan sumber manusia dan menyediakan pekerja mahir yang dapat
berkhidmat dalam sektor perkhidmatan, pengeluaran, pembinaan, pertanian dan
sebagainya.
Standard pekerjaan berasaskan ketrampilan diguna pakai dengan meluas
dalam industri yang berdasarkan standard kemahiran ketrampilan yang mampu
dilaksanakan oleh pelatih. Bertepatan dengan hala tuju untuk memperkasa
pendidikan teknik dan vokasional, standard ketrampilan ini boleh disesuaikan untuk
digunapakai oleh pembangunan kurikulum agar dapat memenuhi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan modal insan abad ke 21.
2.2 Latar Belakang
Kurikulum adalah satu perancangan sistematik bagi satu program pendidikan
yang diperkukuhkan dengan pengalaman pembelajaran untuk dikuasai oleh murid.
Oleh itu kurikulum perlu dibangunkan dengan mengambil kira banyak faktor yang
boleh mempengaruhi atau menjadi asas kepada pembangunan sesuatu kurikulum
tersebut. Antara faktor yang terpenting ialah keperluan komuniti setempat dari segi
23
ekonomi dan sosio-budaya, status kumpulan sasaran (murid) dari segi psikologi dan
sosialisasinya serta disiplin ilmu itu sendiri.
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Ketrampilan ialah satu set
perancangan kurikulum atau kerangka perancangan atau panduan yang
menekankan kepada ketrampilan yang perlu dikuasai oleh murid setelah melalui
proses pendidikan iaitu pengetahuan, kemahiran, dan nilai serta pola berfikir untuk
bertindak sebagai tindak balas dari pemahaman dan penghayatannya terhadap apa
yang telah dipelajarinya (Dede Rosyada, 2004). PBK juga boleh didefinisikan
sebagai pengembangan kurikulum yang mempamerkan kemahiran ketrampilan
(pengetahuan, kemahiran dan nilai) yang mesti dicapai oleh murid dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajarannya mengikut sistem standard kemahiran ketrampilan
yang telah ditetapkan. Dalam konteks ini, skop konsep standard kemahiran
ketrampilan sering dirujuk kepada kemahiran ketrampilan industri dan berkaitan
dengan kebolehan seseorang individu murid melakukan sesuatu tugasan (tasks) dan
tanggungjawab (duties) mengikut prestasi (performance) yang dihasratkan di tempat
kerja. Dengan perkataan lain, PBK menentukan hasil pembelajaran yang sesuai
dengan keperluan tempat kerja yang telah ditetapkan oleh industri dan komuniti.
Dalam sistem pendidikan kita (Malaysia), PBK merupakan satu kurikulum baru yang
telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan teknikal dan vokasional (mulai 2006
bagi aliran vokasional) dan akan dilaksanakan secara meluas mulai tahun 2013
selaras dengan inisiatid program transformasi kurikulum pendidikan teknikal dan
vokasional oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.3 Mata Pelajaran dan Bidang PBK
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Ketrampilan sering digunakan oleh guru
Kemahiran Hidup dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya. PBK juga selalu
digunakan dalam bidang teknik dan vokasional.
2.3.1 Mengapa Kita Memerlukan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Ketrampilan
Latihan secara tradisional dilihat sebagai pendekatan berasaskan masa
(time-based) di mana seseorang pengajar akan menggunakan masa yang
diperuntukan bagi menghabiskan kandungan sukatan pelajaran atau teks yang telah
ditetapkan, seseorang pelajar yang mempunyai perbezaan daripada segi keupayaan
belajar tidak diambil kira dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedemikian.
24
Kadar pengajaran guru sangat terikat dengan masa yang diperuntukan, oleh itu
pencapaian pelajar akan dinilai pada sesuatu tempoh waktu seperti pada akhir bulan,
akhir semester atau akhir tahun. Kaedah latihan dalam pendekatan berasaskan
masa (time base training) sudah tidak lagi sesuai dan kurang berkesan apabila
matlamat latihan tersebut adalah untuk melatih seseorang melaksanakan tugas-
tugas tertentu, atau sesuatu pekerjaan yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran.
Dalam menyediakan tenaga terlatih kadar keciciran boleh jadi tinggi dan
menyebabkan kerugian baik daripada segi tenaga, masa dan kewangan sekiranya
tiada pendekatan lain dicari . Pendekatan PBK lebih berfokus, berorientasikan
pelatih/pelanggan dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Selain itu, kelebihan pendekatan pembelajaran berasaskan ketrampilan ialah
mengembangkan kemahiran, pengetahuan dan sikap murid dalam melaksanakan
tugas atau kerja. Pengembangan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang
bersandarkan kepada kemahiran teknikal (technical skill), kemahiran kebolehkerjaan
(employability skill) dan kemahiran keusahawanan (entreprenuer skill) diyakini
mampu memenuhi keperluan semasa industri serta menghubungkan murid dengan
perubahan teknologi masa depan.
2.3.2 Aspek Pelaksanaan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Ketrampilan adalah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan ketrampilan murid dengan
mengintegrasikan hands-on, minds-on dan hearts-on dalam menggunakan
peralatan, bahan dan teknik tertentu untuk menyempurnakan sesuatu tugasan yang
diberi. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan ketrampilan wajar dilaksanakan
kerana guru perlu menyedari bahawa murid mempunyai kebolehan dan keperluan
yang berbeza, murid memerlukan pendekatan pembelajaran yang sesuai dan
berkesan, serta murid mesti menguasai technical skill, employability skill dan
entrepreneur skill untuk berketrampilan dalam suatu unit ketrampilan yang dipelajari.
Prinsip asas Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Ketrampilan ialah murid
dapat mempelajari setiap unit ketrampilan, pembelajaran mengikut tahap kebolehan
atau ketrampilan murid, murid memerlukan masa yang mencukupi untuk
berketrampil sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan, dan arahan pengajaran
dan pembelajaran setiap unit ketrampilan mestilah jelas.
25
Terdapat beberapa aspek perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Ketrampilan yang akan saya nyatakan di sini. Ketrampilan dikenal pasti.
Ketrampilan ditentukan mengikut keperluan industri. Teori diintergrasikan dengan
kemahiran. Bahan pembelajaran atau manual kerja disediakan untuk mencapai
ketrampilan yang ditetapkan. Pentaksiran dijalankan seiring dengan pembelajaran.
Penguasaan pembelajaran dan kemahiran terdahulu menyokong pembelajaran
yang sedang berjalan. Pembelajaran mengikut kadar kebolehan murid.
Pembelajaran fleksibel mengikut unit kompetensi yang dipilih oleh murid. Bahan dan
sumber pembelajaran sokongan mencukupi untuk mencapai kompetensi. Prestasi
atau ketrampilan ditentukan melalui penyataan kriteria yang ditetapkan. Pencapaian
ketrampilan dilaporkan sebagai trampil atau belum trampil. Aktiviti pengulangan perlu
dilaksanakan bagi murid yang belum trampil dan aktiviti pengayaan untuk murid yang
telah trampil.
Pelaksanaan PBK dalam konteks pengajaran-pembelajaran di institusi latihan
dan pendidikan sentiasa perlu dipastikan dapat memenuhi keperluan kerana usaha
dan tenaga institusi perlu digerakkan agar aspek-aspek yang penting diberi fokus.
Contohnya, peranan guru, pengurusan latihan, persediaan stesyen kerja, dan pakej
pembelajaran.
2.3.2.1 Peranan Guru
Pengajar yang menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Ketrampilan tidak lagi sebagai ‘jurulatih konvensional’ kerana peranan yang mereka
mainkan telah berubah daripada sebagai penyampai serba tahu kepada ‘pemudah
cara dan pencetus inovasi’. Banyak unsur-unsur berdasarkan teori pengajaran
pembelajaran terkini, perubahan teknologi dan kehendak semasa dalam dunia yang
dinamik perlu diberi pertimbangan. Antara konsep-konsep penting ialah pelatih
adalah berbeza antara sesama mereka (dimana wujud sifat “individual differences”).
Arus pembelajaran sejagat yang menekankan ‘pendemokrasian pendidikan’ dan
‘pembelajaran sepanjang hayat’ dimana peluang belajar kepada semua tidak harus
disangkal dan dididik untuk terus mencari dan menimba ilmu secara berdikari. Arus
globalisasi dan era teknologi maklumat meperlihatkan ilmu dan kemahiran adalah
milik semua orang, oleh itu penguasaan ilmu tidak lagi menjadi hak persaorangan.
Oleh itu pengajar harus mempunyai sifat keterbukaan, telus dan sanggup berkongsi
maklumat. Kepentingan semua aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam
pembelajaran supaya pelatih menjadi pelajar yang ‘bersepadu’ dan ‘seimbang’.
Penglibatan kesemua deria dan anggota untuk pembelajaran berkesan, oleh itu
26
kaedah terbaik perlu digunakan supaya keupayaan minda, fizikal dan pembentukan
sikap dapat berkembang. Penekanan aktiviti “hands-on” perlu dilakukan. Sebagai
insan pelatih perlu diberi layanan sewajarnya agar mereka dilatih dalam persekitaran
yang sihat dari segi emosi dan sosial. Oleh itu aspek psikologikal dan sosiologikal
harus diberi perhatian dimana keperihatinan pengajar terhadap pelatih sentiasa
diberi keutamaan.
Oleh yang demikian pengajar sewajarnya berperanan sebagai pembimbing
dan perangsang kepada pelatih supaya berdikari dalam menimba pengetahuan dan
kemahiran dengan menggunakan kemudahan teknologi maklumat, memberi satu
pengajaran yang sama untuk semua pelatih tetapi akan cuba menyediakan
pengalaman pembelajaran yang berlaianan untuk setiap pelatih berdasarkan
kebolehan dan minat mereka, menentukan pelatih belajar dengan aktiviti membuat
bukan hanya sekadar mendengar dan melihat sahaja, melapangkan masa dengan
pelatih untuk mengenal pasti masalah mereka serta mencari jalan penyelesaiannya.
2.3.2.2 Pengurusan Latihan
Pengurusan latihan dalam Pembelajaran Berasaskan Ketrampilan bebeza
dengan kaedah latihan konvensional. Sekiranya dilihat dari pelbagai aspek latihan
berikut jelas menunjukkan beberapa perubahan dari segi pengurusan latihan perlu
dibuat.
Aspek LatihanProgram Latihan
Konvensional
Program Pembelajaran
Berasaskan Ketrampilan
1. Pendekatan latihanMemusat kepada
pengajar.Memusat kepada pelatih.
2. Peranan pengajarMengendalikan kuliah/
demonstrasi.
Mengurus pembelajaran
sebagai fasilitator.
3. Proses pengajaran Dikawal oleh pengajar.Pembelajaran dikawal
oleh pelatih.
4. Topik pengajaran Ditentukan oleh pengajar.Pelatih turut terlibat dalam
penentuan topic.
5. Bahan pengajaranPelatih mengikuti bahan
pengajaran yang sama.
Pelatih mengikuti bahan
pengajaran yang berlainan
pada masa yang sama.
6. Keluar masuk latihan Pelatih memasuki/keluar
pada masa yang sama.
Pelatih memasuki/keluar
berasingan (free entry/
27
exit).
7. Masa penilaianPelatih dinilai pada masa
yang sama.
Pelatih dinilai apabila
bersedia untuk dinilai.
8. Konsep penilaianBerbentuk ujian akhir atau
secara sumatif.
Pelatih dinilai secara
berterusan.
2.3.2.3 Persediaan Stesyen Kerja
Penyediaan stesyen kerja dalam Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Ketrampilan adalah satu kemestian. Tanpa wujud stesyen kerja maka latihan PBK
dilihat sebagai pincang, tidak mungkin standard kemahiran yang perlu dipenuhi akan
tercapai. Oleh yang demikian sesebuah institusi yang ingin menawarkan tempat
sebagai pusat PBK bertauliah maka terlebih dahulu perlu memenuhi syarat sebagai
tempat latihan yang lengkap. Institusi tersebut mestilah berupaya untuk menjalankan
keseluruhan aktiviti pengajaran-pembelajaran sehingga keperingkat penilaian.
Pemantauan pihak bertanggungjawab adalah bersifat berterusan bagi memastikan
setiap pusat latihan sentiasa mengekalkan mutu prasarana termasuk stesyen kerja,
dan pelaksanaan latihan adalah seperti yang disarankan. Empat langkah utama
untuk memastikan stesyen kerja adalah di dalam keadaan bersedia bagi
pelaksanaan PBK adalah pastikan satu stesyen kerja untuk satu Panduan
Pembelajaran bergantung kepada kesukaran (complexity) bahan pengajaran
tersebut, periksa alat dan kelengkapan bagi setiap Panduan Pembelajaran tersebut,
anggarkan bilangan pelatih yang maksima untuk penggunaan stesyen kerja dan kit
alat pada satu masa, dan buat plan dan persediaan awal.
Penekanan berterusan atas kepentingan satu stesyen kerja yang efisien
adalah untuk mencapai matlamat seperti dapat mengawal pergerakan/aktiviti pelatih
dengan lebih baik dan lacar, mendorong pelatih kearah sikap kerja yang positif dan
berkualiti, mewujudkan suasan kerja yang dinamik untuk mecapai tahap yang
maksima, dan memberi peluang kepada pengajar untuk mengawal alat dan
kelengkapan serta bahan-bahan yang digunakan.
2.3.2.4 Pakej Pembelajaran
Pakej pembelajaran adalah salah satu elemen penting dalam PBK, oleh itu proses
membangun pakej pembelajaran adalah satu aktiviti serius dimana PP dimaklumi
dengan jelas dapat membantu pelatih mempertingkatkan lagi kualiti kemahiran dan
28
juga dalam masa yang sama diharapkan akan dapat memupuk kreativiti semasa
menjalani latihan. Pembangunan PP ini perlu dibuat secara berhati-hati dan
memerlukan komitmen daripada semua pengajar serta agensi latihan mereka.
Pakej Pembelajaran didefinisikan sebagai satu dokumen yang disediakan
bagi menguasai ketrampilan mengikut pelbagai penyampaian/pengalaman
bergantung kepada persekitaran agar pelatih dapat mencapai objektif pembelajaran
tetentu. Penggunaan pakej pembelajaran dapat membantu merapatkan jurang dunia
sebenar pekerjaan dengan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam dunia
latihan yang sedang pelatih lalui.
Pakej Pembelajaran berfungsi agar pelatih trampil mengikut kadar
kepantasan masing-masing, pelatih dapat mengetahui tahap pencapaian prestasi
mereka dengan tepat, pelatih melalui pelbagai aktiviti pembelajaran yang disediakan,
pengajar dapat menilai pencapaian kemajuan pelatih secara individu atau kumpulan
kecil, dan dapat mengurangkan perbezaan diantara alam kerja sebenar dengan alam
latihan.
Dalam konsep pengurusan Pakej Pembelajaran, pertimbangan-pertimbangan
yang perlu diberi perhatian ialah teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran
disediakan (Syarahan, demonstrasi, menonton video, OJT), sumber-sumber
pembelajaran (Pusat sumber, bilangan pengajar), kemudahan sedia ada (Bengkel,
bilangan mesin, computer), dan persekitaran yang terdapat dipersekitaran pusat
pembelajaran/institute (Infrastruktur, lokasi, susun atur).
Bagi merangka dan menyediakan PP yang baik ciri-ciri utama perlu diketahui
oleh agensi latihan dan pengajar/pensyarah. Daripada aspek ketrampilan ianya perlu
secara eksplisit memperjelaskan pencapaian objektif pembelajaran yang diharapkan,
oleh itu objektif dalam bentuk hasil pembelajaran (learning outcome) mestilah jelas,
tepat dan lengkap serta memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. PP perlu
memperjelaskan bahawa diakhir pembelajaran pelatih TAHU serta BOLEH BUAT (be
able) kemahiran atau latihan yang dipelajari.
Ciri-ciri utama pakej pembelajaran meliputi pelatih dibenarkan mengikuti
program pada kadar kepantasan masing-masing (self paced), pentaksiran adalah
berasaskan kemahiran pengetahuan (kognitif), kemahiran prestasi (psikomotor) dan
juga sikap (afektif) untuk pelatih trampil, ketrampilan yang perlu dicapai mestilah
diberitahu lebih awal di dalam bahan pembelajaran, dan proses pembelajaran
29
menekankan aspek pengalaman pemebelajaran (learning experience) bagi
mencerminkan ketrampilan yang perlu dicapai.
2.4 Isu dan Cabaran
Penyediaan guru mata pelajaran Kemahiran Hidup berdasarkan bidang
pengkhususan mengikut mata pelajaran KH di peringkat ijazah pertama jelas
menjadi keutamaan. Bagaimana pun sebagai langkah awal penawaran kursus bagi
mata pelajaran berkaitan boleh dilaksanakan dengan menawarkan mata pelajaran
baru dalam program sedia ada di jabatan/fakulti tertentu di institusi pengajian tinggi.
Mata pelajaran di peringkat universiti boleh bersifat ‘teras’, ‘mata pelajaran wajib’
atau ‘elektif’. Orientasi pelaksanaan kursus haruslah bercorak ‘competency based’
dan modular supaya pendedahan terhadap ‘proses pengajaran dan pembelajaran
KH sebenar’ dapat diterapkan.
Proses pengajaran dan pembelajaran KH menekankan pembelajaran masteri
dan kompetensi. Penggunaan modul pembelajaran memastikan pelajar dapat
menguasai sesuatu tugas dalam sesuatu kompetensi, sebelum mereka bergerak ke
tugas yang baru. Oleh itu selain aspek kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seseorang guru KH, mereka juga perlu mempunyai kemahiran mengajar
pembelajaran berasaskan keterampilan (competency base learning). Kaedah
mengajar yang menekankan pedagogi konvensional adalah tidak lagi sesuai.
Pada masa yang sama kepentingan menekankan keperluan ‘kemahiran
bukan teknikal’ atau ‘employbility skills’ perlu diambil kerana kompetensi adalah satu
unit tugasan (task) yang mengintegrasikan pengetahuan teknikal, kemahiran dan
sikap dalam menggunakan alat, bahan, keselamatan dan kaedah atau teknik untuk
menyempurnakan tugas (duty) yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan. Ini selaras
dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh McDaniels, 1992 di mana antara
kemahiran ‘employability’ yang diperlukan oleh majikan termasuklah, berdikari, jujur,
kemas, menepati masa, keupayaan berhubung secara berkesan, keupayaan bekerja
dalam satu kumpulan, bercit-cita tinggi, mempunyai etika kerja yang baik, setia dan
juga dapat membuat pengubahsuaian. Oleh itu kurikulum pendidikan guru KH perlu
menyediakan peluang mempraktikkan kemahiran ‘employbility’ seperti di atas.
Perubahan ketara dalam melaksanakan pentaksiran KH memperlihatkan satu
lagi inovasi dalam pentaksiran yang diperkenalkan. Sistem pentaksiran kompeten
yang dilaksanakan lebih fleksibel, individualized dan mampu mempertingkatkan
30
pembelajaran murid yang dinamakan sebagai Pentaksiran Kompetensi-Pensijilan
Modular (PK-PM) (Hassanor Othman, 2003). Sementara itu kaedah pentadbiran
pentaksiran adalah berasaskan sekolah dan pusat. Oleh itu keperluan menyediakan
guru yang dapat menguasai kaedah pentaksiran berasaskan keterampilan
(competency base assessment) adalah menjadi kemestian.
2.5 Kesimpulan
Dalam membangunkan PBK, aktiviti utamanya adalah tentang reka bentuk
(design), pelaksanaan dan implementasi (delivery) dan pentaksiran (assessment).
Pertimbangan perlu dibuat semasa menjalankan aktiviti reka bentuk pembelajaran
dan latihan berasaskan ketrampilan. Antaranya ialah mengenal pasti kemahiran
spesifik yang menjadi asas kepada pendekatan pembelajaran dan latihan
berasaskan ketrampilan, mengenal pasti keadaan, persekitaran dan situasi di mana
kemahiran akan digunakan, membina model untuk sesi latihan dan sebagainya.
PBK perlu menekankan aktiviti-aktiviti latihan praktikal yang boleh membantu
murid menggunakannya dalam kehidupan mereka. Dianggarkan apabila murid
menamatkan persekolahan mereka di peringkat menengah, mereka telah pun
dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran vokasional bagi menjawat sesuatu
pekerjaan tertentu. Perubahan dan persaingan setempat menjadi agenda yang lebih
utama sekalipun pembangunan PTV perlu melihat perubahan dan persaingan dunia.
Ini kerana perubahan ekonomi dan sosio-budaya setempat amat memerlukan tenaga
kerja yang besar dalam bidang kemahiran teknikal yang mementingkan ketrampilan.
Selain itu, usaha menerapkan PBK dalam sistem latihan untuk menyediakan
modal insan yang berketrampilan dilihat sebagai satu langkah yang bijak. Dengan
mempastikan ‘content dan contex’ yang relevan, diperlukan, dirancang dan
dilakasanakan dengan teliti akan membolehkan matlamat penyediaan modal insan
berketrampilan dapat dicapai.
31
3.0 Merekabentuk BBM
32
Senarai Rujukan
Buku
Siti Zaleha bt Abdul Rahman. (2012). Penggunaan video dapat meningkatkan
kemahiran menjahit mata jahitan kia dan jahitan sembat bagi murid tahun lima dalam
matapelajaran kemahiran hidup sekolah rendah. Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan
Buku Panduan Pembangunan Kurikulum Berasaskan Kompetensi. Sektor
Pendidikan Teknikal dan Vokasional Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
Internet
Kandar Selamat, Asnul Dahar Minghat. MEMENUHI KEPERLUAN MODAL INSAN
MELALUI LATIHAN BERASASKAN KETRAMPILAN (LBK). Diperolehi daripada
http://eprints.utm.my/2252/1/KandarAsnul2006ModalInsan.pdf
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DAN
PENGAGIHAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM LATIHAN BERASASKAN
KOMPETENSI (COMPETENCY BASED TRAINING - CBT). Diperolehi daripada
http://kompetensi.moh.gov.my/bpk/images/pdf/garis%20panduan%20cbt.pdf
33
Lampiran
34