Download - Tugasan 3 kaedah tinjauan
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB(KPT 6044)
TUGASAN 3 : Kajian Tinjauan
PENGGUNAAN INTERNET DI KALANGAN PELAJAR
SEKOLAH RENDAH
Disediakan Oleh :ZARIDA BT AHMAD
No Matrik : M20121000799Tel : 012 - 2544656
Pensyarah :PM DATO’ DR ABD LATIF HJ GAPOR
1
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
PENGENALAN
Mutakhir ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas
menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Ledakan informasi teknologi
maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology), membawa
perubahan yang besar dalam hidup kita yang sedang membangun.
Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara
meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah komputer, kini Internet juga
mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai perisian perkhidmatan
Internet tanpa wayar (Wireless).
Berdasarkan statistik Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) (dalam Irfan
Khairi 2010), jumlah pengguna Internet di Malaysia tahun 2010 mencecah 16.9 juta orang. Di
Malaysia, antara rangkaian sosial yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan
catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung (Shahrizan Salian, 2010).
Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia
adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia
bertambah dengan kadar yang amat pantas. Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi oleh
penduduk di Malaysia tentang kepentingan penggunaan internet.
LATAR BELAKANG MASALAH
Kemudahan Internet yang banyak dan mudah didapati di mana sahaja merupakan
faktor para pelajar cenderung untuk menggunakan Internet dengan kerap. Blog yang
banyak terdapat dalam Internet, memudahkan remaja mendapatkan maklumat dan bahan
ilmiah. Malahan juga terdapat sebahagian pelajar sekolah yang merupakan blogger. Justeru,
dengan adanya blog, pelajar akan lebih kerap mengakses Internet untuk mengemaskini blog
mereka.
2
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
Namun hal demikian, seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, penggunaan
Internet yang terlalu kerap mampu mengubah corak dan gaya hidup seseorang termasuk
golongan pelajar sekolah. Menggunakan Internet dalam tempoh masa yang lama seperti
berjam-jam, mengundang pengguna Internet merasa ketagih untuk melayari. Pengguna Internet
akan merasa seronok, leka dan lalai dalam dunianya sendiri apabila duduk berjam-jam di
hadapan komputer.
Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin
Ahmad Zahari, (Berita Harian ,2010) berkata penggunaan komputer atau internet tanpa batasan
bukan saja boleh memudaratkan aspek psikologi kanak-kanak, malah mengganggu kesihatan
fizikal. Menurut beliau lagi, pendedahan mata terlalu lama pada skrin komputer serta
penggunaan kerusi tidak betul ketika melayari internet juga boleh memudaratkan kesihatan
fizikal kanak-kanak yang masih dalam proses tumbesaran.
Menurut laporan kajian penggunaan komputer oleh keluarga di Malaysia 2010 yang
dijalankan syarikat keselamatan internet antarabangsa, Norton mendapati kanak-kanak di negara
ini menghabiskan masa 64 jam setiap bulan melayari internet (Berita Harian, 2010). Manakala
menurut suratkhabar Kosmo (Julai 2010) menyatakan “Remaja Melayu Paling Ramai Rosak”.
Akhbar itu menjelaskan bahawa, gejala golongan remaja melayari laman web lucah sudah
menjadi barah.
Justeru itu, kajian ini penting dilaksanakan bagi mengenalpasti daripada peringkat awal
lagi tujuan sebenar pelajar sekolah rendah melayari internet. Kajian ini dapat membantu
mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar melayari internet agar pihak-pihak
tertentu dapat mengambil langkah-langkah awal membendung gejala negatif yang mungkin
mempengaruhi pelajar.
3
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
OBJEKTIF KAJIAN
Mengetahui tahap penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah rendah .
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
i. Skop
Kajian ini melibatkan pelajar tahap dua di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur.
ii. Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar tahap dua dari SK Datok Keramat 1 Kuala
Lumpur di mana hanya dua pelajar dipilih sebagai responden memandangkan kajian
ini berbentuk kualitatif
KEPENTINGAN KAJIAN
i. Pelajar mengetahui kepentingan penggunaan Internet dalam
pembelajaran.
ii. Guru dapat mengaplikasikan penggunaan Internet dalam proses P&P.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan aspek penting dalam menjalankan sesuatu kajian.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan reka bentuk kualitatif. Pendekatan
kualitatif merupakan kaedah pengkajian pendidikan yang sesuai untuk mengkaji hal-hal yang
berkaitan dengan pendidik dan isu-isu pendidikan yang melibatkan proses kerana ia
membantu melihat dan menyiasat sesuatu masalah secara mendalam (Suseela Malakolunthu,
2001).
.
4
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
DAPATAN KAJIAN
Temu bual merupakan sumber dapatan utama dalam kajian ini. Bahagian seterusnya
akan memaparkan dapatan yang telah dianalisis dan di interpretasi melalui temu bual yang
dijalankan terhadap dua orang responden.
i. Perkhimatan Internet Yang Digunakan
Daripada maklumat yang diperolehi oleh kedua-dua responden mendapati bahawa
mereka mempunyai kemudahan mengakses internet di rumah dengan menggunakan
perkhimatan internet Streamyx. Kedua-dua responden didapati mengakses internet di rumah
masing-masing.
A: Ya. Rumah saya ada internet stremyx. Biasanya saya guna internet
kat rumah saja. Kadang-kadang je pergi cyber café.
B: Ya ada, saya pakai stremyx. Tapi baru je pasang kat rumah.
i i . Jangkamasa Penggunaan Internet
Jangkamasa penggunaan internet di kalangan pelajar ini dapat digambarkan melalui
temubual yang dijalankan oleh pengkaji.
A: Saya guna internet biasanya satu hingga dua jam sehari. Itu pun tak de
le tiap-tiap hari. Kadang-kadang je kalu ada homework cikgu bagi.
B: Biasanya saya menggunakan internet lebih daripada dua jam sehari. Biasanya
malam.
Berdasarkan temubual, responden A akan hanya menggunakan internet antara satu hingga
dua jam sehari. Namun begitu ianya tidak terlalu kerap. Responden A didapati cenderung
menggunakan internet untuk membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Manakala
responden B pula cenderung menggunakan internet dalam jangkamasa yang lebih lama . Ini
menggambarkan bahawa jangkamasa penggunaan internet di kalangan pelajar sekolah rendah
adalah tidak menentu.
5
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
iii. Tahap Kemahiran Penggunaan Internet Pelajar
Dalam kajian ini, pengkaji mengukur tahap kemahiran penggunaan Internet pelajar melalui
kebolehan pelajar untuk mencari maklumat dalam masa yang singkat. Ini boleh dilakukan
sekiranya para pelajar mahir menggunakan kata kunci atau keyword mengenai perkara yang
ingin dicari. Pengkaji mengangap bahawa masa ialah pemboleh ubah yang bersandar dengan
kemahiran menggunakan kata kunci semasa proses pencarian maklumat.
A: Tak ada limit masa, kadang-kadang sampai berjam-jam.
B: Selalunya cepat asalkan tahu bagaimana nak cari maklumat.keyword yang
digunakan betul, saya rasa cepat... Saya rasa saya mahir mencari maklumat...
Tak saya tak ada masalah dan cepat dapat apa yang saya nak.
Didapati bahawa responden B yang mempunyai pengetahuan dalam bidang berkaitan
dengan Internet lebih mahir mencari maklumat, berbanding dengan responden A. Ini kerana
dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan dan faktor kekerapan menggunakan internet untuk
mencari maklumat. Ini disokong pula oleh pandangan responden B bahawa beliau mempunyai
kemahiran mencari maklumat yang baik berdasarkan masa yang digunakan yang singkat serta
dapat mencari maklumat yang diinginkan.
iv. Pengetahuan ICT
Pengetahuan tentang ICT dalam pendidikan adalah sejajar dengan usaha kerajaan
untuk meningkatkan pengetahuan ICT dalam kalangan pelajar. Usaha ini penting kerana ia
bukan saja meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tetapi membantu kerajaan menjana
modal insan kelas pertama sebagai persiapan menjadi negara maju menjelang 2020. Oleh itu,
setiap pelajar dididik dan diberi pengetahuan agar mereka celik ICT bukan sahaja untuk
proses pembelajaran malah untuk segala aspek kehidupan.
A: Cikgu ada ajar sikit kemudian s a y a b e l a j a r s e n d i r i . Lepas tu saya
banyak explore sendiri.
Oleh yang demikian, pengetahuan ICT dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan
tambahan yang diperlukan bagi meningkatkan proses pembelajaran secara berkesan.
6
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
v. Pengaplikasian Kemahiran ICT
Pengaplikasian kemahiran ICT boleh diukur melalui kebolehan responden untuk
menggunakan kemahiran serta pengetahuan ICT untuk melakukan atau membanggunkan
sesuatu. Ini boleh diukur melalui sikap dan perasaan responden melalui sumbangan atau pun
latihan yang diberikan.
A: Saya ada buat facebook sendiri . Lepas tu buat group dengan kawan-kawan....
So senang la untuk rakan-rakan kelas nak upload maklumat kat group dan
semua orang boleh access. Klu ada homework, kita orang bincang kat group.
B: Masa saya belajar saya kat sekolah takde ajar. Saya belajar sendiri buat
facebook sendiri…Tapi baru mula..tak berapa pandai lagi. Banyak main
games je.
Daripada penyataan diatas didapati bahawa responden mempunyai kemahiran dan
pengetahuan mengenai perkara yang dilakukan. Terdapat perbezaan diantara responden A dan
B dari sudut kepentingan untuk mengaplikasikan kemahiran ICT sama ada atas sebab-sebab
untuk kegunaan umum dan memudahkan urusan seperti responden A mahupun atas sebab-
sebab pembelajaran.
vi. Tujuan Penggunaan Internet
Data berkenaan tujuan penggunaan internet di kalangan pelajar sekolah rendah ini dapat
diketahui melalui temubual yang dijalankan terhadap responden.
A: Saya biasanya guna internet kalau ada kerja sekolah yang cikgu bagi..Kalau
tidak guna kadang-kadang aje.
B: Biasanya saya guna internet untuk main games atau tengok youtube…Kalau
untuk buat homework jarang cikgu bagi..
Daripada penyataan diatas didapati bahawa responden mempunyai pelbagai tujuan
mengenai perkara yang dilakukan. Terdapat perbezaan diantara responden A dan B dari sudut
kepentingan untuk menggunakan internet samada dari segi untuk tujuan hiburan mahupun
pembelajaran.
7
Pembelajaran Teknologi Dan Web KPT 6044
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
i. Perbincangan
Daripada data yang dianalisis, didapati bahawa sikap pelajar terhadap penggunaan
Internet boleh dinilai dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Dari aspek kognitif
pengunaan Internet ini banyak menyumbang kepada meningkatkan pengetahuan mereka.
Ini secara tidak langsung telah menyebabkan kebanyakkan pelajar menjadikan Internet
sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat yang cepat, tepat dan lengkap selain disokong
oleh sumber-sumber maklumat yang lain.
ii. Kesimpulan
Kajian ini bertujuan untuk melihat sikap pelajar terhadap Internet dari aspek kognitif,
afektif dan juga psikomotor. Sikap pelajar secara keseluruhan terhadap penggunaan
Internet adalah baik. Penggunaan Internet tidak hanya terhad kepada penggunaannya dalam
p&p, tetapi juga dalam segala aspek kehidupan.
Sebagai pelajar generasi alaf baru, kemahiran ini perlulah dikuasai oleh para pelajar
diperingkat awal lagi selain kemahuan untuk mempelajari sendiri. Ini kerana pendidikan
mengalami perubahan setara dengan kemajuan teknologi masakini.
CADANGAN
Daripada tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan, beberapa cadangan dapat
diberikan bagi memperluaskan lagi skop kajian. Antara cadangan yang boleh dilaksanakan
ialah:
i. kajian dijalankan dalam bentuk kuantitatif di mana jumlah responden dapat
ditambah dan maklumbalas daripada kajian dapat diperolehi dalam pelbagai
bentuk.
ii. kajian dijalankan terhadap pelajar tahap dua daripada semua peringkat umur.
8
PENUTUP
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar-pelajar Tahap dua Sekolah
Kebangsaan Datok Keramat 1 telah menggunakan perkhidmatan dan kemudahan
internet dan multimedia dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan bahawa mereka
mengikuti semua perkembangan teknologi serta menggunakannya bagi membantu proses
P&P.
RUJUKAN
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 - 11, 114 - 202.
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 -Computer Education. Edisi pertama. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia. 76- 83.
Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan
WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan: Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan. Kuching,
Sarawak: 18 - 19 September 2002.
Nik Aziz Nik Pa. (1997). “Konsepsi tentang Realiti dan Prospek Pendidikan di Abad ke-
21.” Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall. 122 - 13
9
PENUTUP
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelajar-pelajar Tahap dua Sekolah
Kebangsaan Datok Keramat 1 telah menggunakan perkhidmatan dan kemudahan
internet dan multimedia dengan sebaik mungkin. Ini menunjukkan bahawa mereka
mengikuti semua perkembangan teknologi serta menggunakannya bagi membantu proses
P&P.
RUJUKAN
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 - 11, 114 - 202.
Chua Yan Piaw (2006). “Kaedah Penyelidikan.” Kuala Lumpur: McGraw Hill. 9 -Computer Education. Edisi pertama. Serdang, Selangor: Universiti Putra Malaysia. 76- 83.
Fakhrul Anuar Aziz. (2002). “Memanfaatkan Sumber-sumber Percuma Internet dan
WWW untuk Pendidikan.” Prosiding Seminar Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan: Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam Pendidikan Pemangkin Kebestarian Pendidikan. Kuching,
Sarawak: 18 - 19 September 2002.
Nik Aziz Nik Pa. (1997). “Konsepsi tentang Realiti dan Prospek Pendidikan di Abad ke-
21.” Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall. 122 - 13
9