Download - tugasan 1 setuju.docx
1.0 PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek
pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara
untuk membangun dan mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan
Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada pendidikan ini
melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dalam Merealisasikan dasar
pendidikan ini, guru merupakan agen penyebaran ilmu dalam memastikan
generasi akan datang ditekankan mengenai dasar pendidikan bagi membentuk
generasi modal insan yang dihasratkan oleh Negara Malaysia.
Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi
menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Guru sanggup
berkorban jiwa dan raga demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya,
agama, sahsiah dan pemikiran. Namun, golongan guru boleh menguntum
senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja
murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang
membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Bak kata pujangga Usman Awang
yang berpendapat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya
bermula daripada guru. Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan
anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan
kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang.
Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini
ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir
menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu
kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu
juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam era globalisasi ini, guru menghadapi
pelbagai cabaran semasa yang menguji ketahanan dan kesabaran guru di
Malaysia. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja
suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu
menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing
dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi
modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam
mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita
1
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks
tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Dalam konteks perguruan, profesion
menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang
guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di
sekolah secara amnya.
Dalam sistem pendidikan Malaysia pada masa kini, globalisasi yang
melanda melibatkan sistem pendidikan yang melahirkan individu modal insan
berminda kelas pertama. Globalisasi yang terancang dan terkawal akan
mewujudkan individu modal insan berminda kelas pertama yang akan memacu
kearah pembangunan yang lebih progresif. Dalam tugasan ini akan
membincangkan tentang sejauh mana sistem pendidikan Malaysia melahirkan
modal insan pertama yang akan mengharungi globalisasi. Tugasan ini juga akan
membincangkan mengenai isu dan cabaran guru pada masa kini dan cabaran
untuk mengatasinya.
2
2.0 SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MELAHIRKAN MODAL INSAN DALAM
MENGHARUNGI GLOBALISASI
“Manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana
mindanya melalui empat cirri utama, iaitu kesedaran kendiri, ingin tahu (curiosity),
focus daninisiatif”.
-Jim Canterucci (2005)-Personal Brilliance: Mastering the Everyday habits that
Create a Lifetime of Success
Modal Insan Minda Kelas Pertama bermaksud kualiti dan ciri-ciri modal insan
yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan
ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk
kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik. Menurut
pengertian dari Al-Quran, minda kelas pertama yang mampu membentuk insan
cemerlang ialah minda yang hebat , sentiasa menjauhi pemikiran dan tindakan
yang boleh merosakkan diri dan orang lain, sentiasa bijak dalam membuat
keputusan dan sering melakukan muhasabah diri . Mereka juga mempunyai
minda yang mampu menerima pandangan dan pendapat orang lain serta
berkebolehan untuk berfikir jauh ke hadapan. Minda kelas pertama juga
menyerlahkan sikap mental yang mementingkan pemerolehan ilmu dan
kemahiran untuk dimanfaat, disumbang dan dikongsi.
“manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana
mindanya” (Canterucci, 2005 dalam Ismail Alias 2006)
Globalisasi pula merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah
satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi
sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai
sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas
untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai
perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi
siber. Dasawarsa ini, negara kita telah menempah nama di persada
antarabangsa dan nama Malaysia tidak lagi asing di kaca mata dunia. Sejajar
dengan itu, pembangunan di negara kita telah gah berkembang mengikut
peredaran masa. Tidak hairanlah negara kita mampu berdiri sama tinggi dengan
negara-negara maju di persada dunia. Seiringan dengan itu, peluang pendidikan
3
juga menuntut kepakaran ilmu yang setaraf dengan bidang yang ditawarkan agar
mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama. Oleh yang demikian,
pelajar perlulah mendapat keputusan yang cemerlang agar mampu merebut
peluang kerjaya yang ditawarkan di negara ini. Kementerian Pendidikan Malaysia
memainkan peranan penting dalam mengorak langkah yang dinamik agar
mampu melahirkan modal insan minda kelas pertama di negara ini.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan untuk
melahirkan pelajar yang berprestasi tinggi di negara ini ?
Antara usaha yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama ialah menggubal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia. Buktinya, pelan ini telah mula dilaksanakan
pada tahun 2013 untuk mencapai aspirasi dan visi negara kita melahirkan pelajar
yang cemerlang dalam semua aspek sama ada dalam bidang akademik
mahupun kurikulum. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia diwujudkan untuk
mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelan ini dihasilkan oleh
kementerian melalui kajian dan penilaian yang mendalam serta penglibatan
meluas oleh pihak awam. Berdasarkan kedudukan pencapaian sistem pendidikan
Malaysia pada masa kini dan cabaran yang bakal ditempuhi, pelan ini
bermatlamat untuk mengukuhkan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia
sehingga tahun 2025. Pelan ini juga menyediakan hala tuju dasar dan inisiatif
yang akan dilaksanakan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan di negara
kita serta memenuhi hasrat dan keperluan semua pihak khususnya warga
sekolah yang akan melahirkan bakal pemimpin untuk negara kita pada masa
akan datang. Pendek kata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mampu
melahirkan golongan pelajar yang memiliki minda kelas pertama di negara ini.
Selain itu, kerajaan juga memastikan setiap pelajar di negara ini wajib
menerima pendidikan dari peringkat akar umbi agar mampu melahirkan golongan
yang celik huruf kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pendidikan
adalah merupakan keperluan asas bagi kanak-kanak seawal peringkat
prasekolah lagi. Hal ini amat bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan
ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
4
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Golongan muda yang
didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan nescaya mereka akan dapat
memberi sumbangan dan jasa kepada negara apabila mereka mencapai alam
kedewasaan kelak kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Pucuk
pimpinan negara kita pada masa akan datang terletak pada bahu generasi muda
pada hari ini. Oleh itu, tindakan kerajaan memastikan setiap pelajar menerima
pendidikan wajib adalah amat wajar untuk melahirkan modal insan yang
berminda kelas pertama.
Sejajar dengan itu, usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi
melahirkan modal insan minda kelas pertama ialah kerajaan memastikan setiap
pelajar mendapat akses yang sama rata dalam pendidikan agar dapat
meningkatkan pencapaian akademik para pelajar. Setiap kanak-kanak
warganegara Malaysia, tanpa mengira taraf ekonomi, etnik atau latar belakang
berhak mendapat akses yang sama untuk pendidikan berkualiti bagi
membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing ke tahap yang optimum.
Berasaskan pendidikan untuk semua, yang merupakan sebahagian daripada
matlamat pembangunan milenium, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk
memastikan penyertaan sejagat dan enrolmen penuh dari peringkat prasekolah
ke peringkat sekolah menengah atas iaitu Tingkatan 5, sama ada menerusi
laluan akademik atau laluan teknik dan vokasional yang setara. Komitmen ini
termasuk memastikan semua murid mendapat tempat di sekolah dan kanak-
kanak yang kini tidak bersekolah didekati secara proaktif, serta memastikan
semua murid memenuhi standard minimum yang diterima.
Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberat sistem pendidikan di negara
ini demi mencapai standard pendidikan bertaraf antarabangsa dalam era
globalisasi. Pelbagai inisiatif telah diambil untuk memastikan aspirasi negara
tercapai dan mendukung matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan fizikal. Maka itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga ibarat hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah agar aspirasi negara untuk
melahirkan modal insan minda kelas pertama dapat dicapai. Justeru itu,
tanggunggjawab ini bukan terletak pada bahu kerajaan sahaja tetapi melibatkan
gandingan dan kerjasama semua pihak untuk menjayakan usaha yang
5
dilaksanakan ke arah melahirkan modal insan minda kelas pertama. Sekolah
turut memainkan peranan yang amat penting untuk membentuk pelajar yang
berkualiti dan berdaya saing serta memiliki sifat kepemimpinan yang terpuji
kerana pelajar yang cemerlang adalah merupakan tampuk kepimpinan negara.
Tegasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada keberhasilan semua pihak
untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama di negara ini.
6
3.0 SEJAUH MANA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA MELAHIRKAN MODAL
INSAN KELAS PERTAMA?
Sejajar dengan usaha kerajaan memperkasa sistem pendidikan di Malaysia bagi
memastikan pada era globalisasi ini, generasi modal insan kelas pertama dapat
dilahirkan, pelbagai kritikan dan juga isu diketengahkan bagi mempersoalkan
tentang sejauh mana sistem pendidikan Malaysia mampu untuk melahirkan
modal insan kelas pertama yang akan mengharungi dunia globalisasi. Pada
pandangan saya, saya bersetuju bahawa sistem pendidikan di Malaysia dapat
melahirkan modal insan kelas pertama yang akan mengharungi dunia globalisasi.
Usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bukanlah sesuatu percaturan dalam
pendidikan tetapi ianya adalah satu titik tolak bagi membangun generasi modal
insan kelas pertama yang akan mengharungi cabaran dalam dunia globalisasi.
Antara hujah-hujah saya bagi menyokong sistem pendidikan di Malaysia ini ialah
seperti yang berikut.
3.1 Sistem Pendidikan Terkini Selaras Dengan Matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia merupakan usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”
Memetik bait-bait dari falsafah pendidikan negara yang menjadi
tunggak kepada sistem pendidikan negara kita menekankan tentang
mewujudkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial menunjukkan bahawa sistem pendidikan kita
menginginkan generasi yang bukan sahaja bijak dalam pengetahuan dan
petah dalam berkata-kata tetapi juga seimbang dan mempunyai
kerohanian, berahlak, bertanggungjawab yang mana merupakan aspek
yang ditekankan dalam pembinaan modal insan kelas pertama. Era
milenium menyaksikan cabaran yang bersifat sejagat yang merentasi
sempadan geografi mahupun sosiologi. Negara menghadapi cabaran
7
baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan
perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi.
Pendidikan di Malaysia merupakan proses asas dan utama untuk
pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Matlamat pendidikan adalah
untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan
seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan
berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak
yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga,
masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas
yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan
ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada
kebenaran kandungan yang berperanan bukan sahaja untuk
memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi
lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri
serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia
dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya.
Jika dikaitkan dengan hasrat Falsafah pendidikan negara malaysia
dengan modal insan kelas pertama, melalui hasrat kerajaan dalam FPK
melahirklan modal insan yang berketrampilan jelas menunjukkan bahawa
sistem pendidikan negara kita boleh melahirkan modal insan kelas
pertama. Penekana yang diberikan dalam FPK adalah secara menyeluruh
bagi menyediakan individu modal insan kelas pertama bersedia untuk
mengharungi cabaran dalam globalisasi.
Tuntasnya, sistem pendidikan kita mampu untuk melahirkan modal
insan kelas pertama yang mengharungi globalisasi melalui penekanan
dari hasrat FPK.
8
3.2 Akses Teknologi Maklumat (ICT) Melahirkan Modal Insan Kelas
Pertama Mengharungi Globalisasi.
Dasar pendidikan kini menekankan kepada penggunaan teknologi
maklumat sebagai wadah dalam penyampaian ilmu. ICT merupakan
akronim atau kata singkatan daripada perkataan Information dan
Comunication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi
Maklumat. Maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi
kesan kepada cara berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh
disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. Dalam era kini, pengggunaan
teknologi maklumat tersebar meluar. Penggunaan teknologi maklumat
dalam penyampaian ilmu ialah satu usaha yang dilakukan dalam sistem
pendidikan terkini bagi memudahkan dan memantapkan sistem
pendidikan.
Dalam sistem pendidikan terkini, akses terhadap teknologi
maklumat dalam pembelajaran sangat digalakkan dalam kalangan pelajar
tahap tinggi mahupun tahap yang rendah. Inisiatif sistem pendidikan
menggukana akses teknologi maklumat ini merupakan satu wadah
penyampaian ilmu yang lebih meluas dan menyeluruh. Teknologi
maklumat ini membolehkan pelajar menerima ilmu tanpa sempadan dan
membatasi ruang dan waktu dalam pembelajaran. Dalam pelahiran modal
insan kelas pertama, akses seperti ini sangat ditekankan bagi
menyediakan pelajar satu medium untuk menambah maklumat yang
berada dalam sukatan pelajaran mahupun ilmu lain.
Menerusi akses dalam teknologi maklumat ini dapat melahirkan
modal insan kelas pertama dengan pelbagai maklumat yang boleh
diperolehi dalam kadar segera dan memerlukan kos yang sedikit. Bak
kata pepatah “dunia di hujung jari”. Penggunaan terhadap teknologi
maklumat ini merupakan satu cabang dalam globalisasi. Dalam era
permodenan ini, teknologi maklumat sangat sinonim dengan globalisasi.
Teknologi maklumat merupakan salah satu permulaan bagi globalisasi.
Sebagai contoh, seorang pelajar boleh mempelajari sesuatu yang tidak
berada di depan mata, contohnya letusan gunung berapi dengan hanya
9
menggunakan aplikasi dari teknologi maklumat. Pelbagai maklumat yang
diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama dapat
diperolehi.
Kesimpulannya, jelas menunjukkan kepada kita bahawa akses
dalam teknologi maklumat yang digunakan dalam sistem pendidikan
terkini mampu melahiurkan modal insan kelas pertama yang dapat
mengharungi globalisasi.
3.3 Perubahan Dasar Pendidikan Seiring Dengan Globalisasi
Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan
perubahan-perubahan guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia. Kurikulum perlu
bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat
dipenuhi oleh sistem pendidikan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR
–1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM – 1988) telah
diwujudkan untuk membentuk satu konsep kesepaduan antara
perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara
menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni
disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan
gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh
Wawasan 2020. Dalam memperkasa sistem pendidikan, kerajaan juga
telah memperkenalkan dasar pendidikan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan bagi merealisasikan pendidikan dalam negara Malaysia.
Satu hakikat penting yang perlu kita sedari ialah bahawa walaupun
sekolah berada di tengah-tengah masyarakat dan sentiasa terdedah
kepada gelombang penghidupan, berbanding dengan tempat-tempat lain,
ia masih merupakan satu-satunya tempat yang terkawal buat masa ini.
Maka tidak hairanlah jika ramai mengharapkan kepada sekolah: ibu bapa
mengharapkan kepada sekolah dapat menjadikan anak-anak mereka
manusia masyarakat mengharapkan kepada sekolah dapat
melengkapkan generasi muda dengan nilai-nilai dan budaya bangsanya;
majikan mengharapkan kepada sekolah dapat melahirkan sumber
manusia yang sesuai dan berkualiti; dan negara pula mengharapkan
10
kepada sekolah dapat menjayakan pembentukan warganegara yang baik.
Sekolah dianggap sebagai benteng penyelamat anak didik, generasi
muda dan pewaris bangsa.
Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa
bentuk manusia, jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat
diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan mutu kewujudan tamadun.
Dasar pendidikan memperkenalkan dasar baru iaitu Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011, menggantikan dasar
pendidikan yang lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) diimplimentasikan dalam sistem pendidikan negara Malaysia.
Pembaharuan dalam dasar pendidikan memberikan satu lembaran baru
dalam pertambahan input lebih positif dalam pendidikan. Jika dilihat dasar
KSSR yang diperkenalkan adalah lebih bersifat meransang pemikiran
yang lebih jauh dan menggalakkan pembudayaan persaingan dengan
pendidikan luar negara. Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan PIPP juga merupakan satu hasrat yang ditekankan oleh
sistem pendidikan kita.
Dalam era globalisasi ini, pembaharuan dalam dasar pendidikan
sangat relevan kerana permodenan yang berlaku seiring dengan
keperluan manusia pada masa kini memerlukan pengemaskinian dan
penambahbaikkan dalam sistem pendidikan. Sistem pendidikan Malaysia
mampu melahirkan modal insan kelas pertama yang mengharungi dunia
globalisasi kerana dasar yang digubah dalam sistem pendidikan negara
kita bersesuaian dan seiring dengan kehendak dunia. Dengan
penambahbaikkan dalam dasar kurikulum sistem pendidikan negara kita
yang merujuk kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk
menjadikan generasi yang akan datang mampu untuk menjadi generasi
modal insan kelas pertama. Pembangunan negara semakin hari akan
semakin maju dan pesat, begitu juga dengan pendidikan, semakin lama
semakin mencabar dek globalisasi dan tuntutan yang kekerlukan dalam
kehidupan. Oleh itu, jelas menunjukkan kepada kita bahawa sistem
pendidikan negara kita ditambah baik untuk kesesuaian dengan
peredaran zaman pada era globalisasi ini mampu untuk melahirkan modal
insan kelas pertama.
11
3.4 PilihanTerhadap Pendidikan Pelbagai Aliran
Sistem pendidikan di Malaysia pelbagai aliran merupakan satu sistem
yang menyediakan pendidikan aliran yang berlainan. Terdapat beberapap
kritikan negati mengenai sistem pendidikan pelbagai aliran yang
mengatakan bahawa sistem pendidikan ini menjadi penyebab kepada
perpecahan perpaduan kaum. Dalam konteks perpaduan kaum, kerajaan
telah mengadakan pelbagai alternatif program bagi kesepaduan
masyarakat majmuk di Malaysia. Dalam konteks konteks pendidikan pula
sebaliknya. Pada pendapat saya sistem pendidikan pelbagai aliran
membawa kesan positif terhadap pembangunan modal insan kelas
pertama yang dapat mengharungi globalisasi.
Setiap individu dilahirkan berbeza mengikut fitrah dan bakat yang
ada pada diri sendiri. Perbezaan antara individu, bakat dan
kecenderungan dalam sesuatu minat menjadikan taraf seseorang dalam
sistem pendidikan adalah berbeza. Terdapat sebahagian individu yang
mempunyai kecenderungan yang cemerlang dalam akademik, sukan,
kemahiran dan sebagainya. Perbezaan dari segi bakat ini boleh dipupuk
dengan pemilihan terhadap sekolah pelbagai aliran yang disediakan oleh
sistem pendidikan negara kita. Dengan memilih aliran yang betul dan
bersesuaian dengan minat dan bakat akan meransang potensi yang lebih
optimum dalam diri.
Pembentukkan modal insan kelas pertama melalui sistem
pendidikan pelbagai aliran ini dihasilkan melalui galakkan dari aliran
pendidikan yang dipilih bagi memperkembangkan potensi dalam
kecenderungan minat masing-masing. Potensi yang diransang secara
optimum dan holistik akan mewujudkan generasi minda kelas pertama
yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga,
masyarakat, negara dandunia. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek
penguasaan ilmu yang tinggi, sikapproaktif, kekayaan moraliti, budaya
menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang
bersifat holistik. Inilah yang boleh dilabelkan sebagaiagenda
pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri ( Zakaria
Ahmad :2006).
12
Sebagai contoh, individu yang berminat dalam pendidkan agama
secara mendalam, sistem pendidikan Malaysia telah menyediakan
pelbagai aliran bagi sekolah agama contohnya Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Madrasah, Sekolah Pondok Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM) dan pelbagai jenis sekolah aliran agama di
Malaysia merupakan pilihan yang boleh dilakukan oleh mana-mana
individu yang berminat. Dalam pelaksanaan sekolah aliran agama ini
menekankan aspek keagamaan yang lebih banyak. Namun begitu,
penerapan aspek-aspek lain bagi pembentukkan modal insan kelas
pertama tidak diketepikan malah menjadi tunggak dalam institusi
persekolahan tersebut. Dalam hal ini, pelajar bukan sahaja dapat
mengoptimumkan pembelajaran dalam bidang yang diminati tetapi
pembentukkan modal insan kelas pertama juga diransang dalam sekolah
pelbagai aliran.
Pembentukkan modal insan melalui sekolah pelbagai aliran ini
mampu untuk melahirkan generasi yang boleh mengharungi globalisasi.
Bukan sahaja dapat mengharungi malah juga dapat membawa nama dan
kecemerlangan dalam kecenderungan berdasarkan aliran yang dipilih.
Antara jenis-jenis sekolah lain pelbagai aliran ialah, Sekolah Kluster,
Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Teknik Vokasional bagi peringkat
rendah dan menegah. Bagi peringkat yang lebih tinggi, sistem pendidikan
di Malaysia menyediakan Universiti yang mengkhususkan kepada minat
dan bakat. Sebagai contoh Universiti Sains Malaysia yang menawarkan
kepada kepelbagaian aliran .
Jelas menunjukkan kepada kita bahawa, sistem pendidikan melalui
pelbagai aliran ini mampu untuk melahirkan modal insan kelas pertama
yang dapat mengharungi globalisasi pada masa kini.
13
3.5 Sistem Pendidikan Mengutamakan Kualiti Dalam Agen Penyebaran
Ilmu
Dalam penyebaran ilmu pengetahuan, guru diperlukan sebagai murabbi,
mualim, muddaris dan mursyid kepada anak murid. Guru adalah “global
player” dan sebagai pemain global, taktik dan teknik guru sangat
dititikberatkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid
produktif dan mempunyai ciri-ciri modal insan kelas pertama. Dalam
sistem pendidikan di Malaysia, guru merupakan satu agen yang akan
merubah dan menjadi pengantara penyampaian ilmu kepada anak
bangsa. Bagi merealisasikan hasrat melahirkan generasi modal insan
kelas pertama, guru yang layak dipilih berdasarkan kepada kriteria kualiti
seseorang guru.
Sistem pendidikan Malaysia melahirkan modal insan kelas pertama
yang mengharungi globalisasi dapat dilihat dari pemilihan agen
penyebaran ataupun global player itu sendiri. Ketelitian pihak kerajaan
dalam pemilihan agen penyebaran maklumat dengan ujian dan prosedur
yang mesti dilepasi menunjukkan bahawa sistem pendidikan Malaysia
menitikberatkan tentang kualiti dari produk yang dilahirkan oleh guru.
Oleh itu, pemilihan guru sangat dititik beratkan bagi melahirkan pendidk
yang boleh memacu anak murid menjadi modal insan kelas pertama yang
mengharungi globalisasi.
Ketelitian dalam pemilihan guru akan menghasilkan guru yang
berkualiti dan mudah mengadaptasi dengan keperluan pendidikan
peringkat globalisasi. Guru yang layak dilantik akan menghasilkan produk
modal insan kelas pertama yang boleh bersaing dalam era globalisasi.
Sebagai contoh, menerusi pemilihan menjadi guru, kerajaan Malaysia
telah menetapkan bahawa individu mestilah layak dalam kemasukkan
institusi-institusi yang menawarkan kos pendidikan. Guru dari institusi
pendidikan ini disediakan dengan pelbagai pengalaman dalam pendidikan
termasuk pendidikan bersifat global. Guru yang dilahirkan adalah
berkualiti dan akan melahirkan generasi berkualiti.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa ketelitian dalam pemilohan
agen penyebaran ilmu sebagai global player akan menjadikan generasi
modal insan kelas pertama yang mengharungi dalam cabaran global.
14
15
16
17
18
19
20
21
22
5.0 RUMUSAN
Profesion keguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat
mencabar jika dilihat dari segi tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan
negara. Hal ini kerana golongan guru adalah golongan yang bertanggungjawab
memastikan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru
tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani
pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang
terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan
menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan
mulia terjejas. Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja
bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya
di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang
guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada
tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam
pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam
konteks pembinaan modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa
peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau
kecemerlangan. (Harian Metro 26 Mei 2012).
Sistem pendidikan Negara kita yang terkini mempamerkan kemegahan
pendidikan Negara Malaysia yang mampu untuk bersaing dengan Negara luar.
Dalam era globalisasi yang penuh cabaran ini menguji akauntabiliti dan
kreadibiliti seorang guru. Guru memainkan peranan yang sangat besar bagi
merealisasikan apa yang dihasratkan dalam pendidikan. Isu dan cabaran tidak
akan lari dari kehidupan sebagai seorang guru. Pelbagai inisiatif harus dilakukan
bagi memantapkan lagi profesion keguruan agar manjadi guru yang menjadi
contoh kepada generasi yang akan datang.
Kesimpulanya, sistem pendidikan Negara Malaysia menitikberatkan kualiti
seorang guru dalam penyampaian ilmu bagi merealisasikan cabaran globalisasi
pendidikan. Setiap warga yang bergelar pendidik haruslah menyedilakan diri
untuk menghadapi apa juga isu dan cabaran yang mendatang.
23
6.0 REFLEKSI
Dalam tugasan EDU 3093 ini, saya mendapat pelbagai manfaat dan kekangan
semasa menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini sememangnya menjadikan
profesion keguruan sebagai subjek utama yang sangat berkaitan dengan
kehidupan seharian saya. Tugasan ini menyediakan lagi diri saya sebagai
seorang bakal pendidik untuk lebih menjiwai dan mendalami profesion yang saya
ceburi iaitu profesion keguruan. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya menyedari
bahawa cabaran kepada warga pendidik dan juga kepada saya sebagai bakal
warga pendidik amat besar sekali pada marcapada dunia yang semakin canggih
ataupun dikatakan dengan langit terbuka ini.
Melalui tugasan ini, saya telah meneroka ilmu tentang bagaimana sistem
pendidikan dalam Negara saya sendiri. Sebelum ini saya hanya mengkagumi
sistem pendidikan dari Negara luar dan merasakan sistem pendidikan di
Malaysia tiak bersesuaian dari segi kandungan dan pelaksanaannya. Dengan
penerokaan ilmiah tugasan ini, akhirnya saya mengetahui dengan lebih
mendapam bagaimanakah sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini sangat berkait
rapat dengan diri saya sebagai seorang bakal guru kerana guru tidak akan lari
dari pendidikan. Sebagai seorang guru saya seharusnya mengetahui tindak
tanduk yang berlaku dalam sistem pendidikan . Alhamdulillah, dengan
menyiapkan tugasan ini, akhirnya saya lebih mendalami tentang simtem
pendidikan di Malaysia.
Selain itu, dalam tugasan ini juga meminta saya untuk menghasilkan
sebuah powerpoint yang membincangkan secara kritikan isu cabaran guru
sekolah rendah. Melalui tugasan ini, saya berpeluang untuk meninjau isu-isu
yang berlaku dalam kalangan guru. Ini akan menambah pengalaman saya
sebagai seorang yang bakal menjadi guru. Pengalaman seumpama ini sangat
bermanfaat untuk saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya sebagai
seorang guru. Cabaran yang dihadapi oleh guru bukan mudah. Alhamdulillah
dalam tugasan ini memberikan saya pengalaman dan persediaan kepada diri
saya untuk mengharungi dunia luar.
24
Walaubagaimanapun, saya mendapat beberapa kekangan semasa
menyiapkan tugasan ini, antara kekangan yang saya perolehi ialah kesuntukkan
masa memandangkan terdapat beberapa tugasan yang lain yang harus saya
siapkan dalam masa yang tertentu. Selain itu, saya juga menghadapi kekangan
dalam mencari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tugasan ini memandangkan
tugasan ini merupakan tugasan yang berunsurkan KEBAT. Alhamdulillah,
dengan tunjuk ajar dari semua pihak, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan
ini dalam masa yang telah ditetapkan.
25