Transcript
Page 1: Surat Makluman Teknik Menjawab

Tel Tel: 04-9861212

“WARGA CEMERLANG STB GEMILANG” Fax : 04-9861212

Tarikh: 22 Mei 2013

Semua Waris /Penjaga

Murid-murid Tahun 6

Tuan ,

PROGRAM MOTIVASI DAN TEKNIK MENJAWAB UPSR 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Unit Kurikulum Sekolah Tengku Budriah, Arau, Perlis akan mengadakan Program Motivasi Dan Teknik Menjawab UPSR 2013 mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 04 Jun hingga 06 Jun 2013. (Selasa – Khamis)

Tempat : Dewan Bestari, Sekolah Tengku Budriah.

Jam : 8.00 pagi hingga 4.00 petang3. Program ini bertujuan :

3.1 Murid perlu disedarkan tentang betapa pentingnya kejayaan dalam hidup.

3.2 Murid perlu diberi rangsangan bagi memajukan diri.

3.3 Murid adalah harapan Negara dan aset sekolah.

4. Kumpulan peserta disasarkan kepada murid tahun enam yang dipilih yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2013 nanti.

5. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan/puan sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….

(TN. HJ ROSLE BIN ISHAK)

Guru Besar ,

Sekolah Tengku Budriah,

Arau, Perlis.

Page 2: Surat Makluman Teknik Menjawab

Tel Tel: 04-9861212

“WARGA CEMERLANG STB GEMILANG” Fax : 04-9861212

Tarikh: 02 Julai 2013

Semua guru, staf sokongan dan ibu bapa/waris,

Murid-murid Tahun 4,5 dan 6,

Sekolah Tengku Budriah,

02600 Arau, Perlis.

Tuan,

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu tuan dikehendaki hadir ke program tersebut pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 06 Julai 2013. (Sabtu)

Tempat : Sekolah Tengku Budriah.

Jam : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari3. Program ini bertujuan :

3.1 Meningkatkan keperihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan/puan sangat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………….

(TN. HJ ROSLE BIN ISHAK)

Guru Besar ,

Sekolah Tengku Budriah,

Arau, Perlis.


Top Related