Download - RPH MUZIK
Rancangan Pengajaran Harian Tahun : 6 Ikhlas PPKI ( Masalah Pembelajaran ) Matapelajaran : Pendidikan Muzik Masa : 8.10 – 9.10 pagi ( 60 minit) Tarikh : 25 Ogos 2015 Bilangan Murid : 6 orang
Tajuk : 2. Pengalaman Nyanyian
Standard Kandungan : 2.1 Memahami teknik nyanyian Standard Pembelajaran : 2.1.1 Menyanyikan pelbagai jenis lagu dengan
postur dan teknik pernafasan yang betul
dengan tempo cepat dan tempo lambat
Hasil pembelajaran : Pada akhir P&P, murid dapat membezakan tempo cepat
dan tempo lambat
Langkah Isi Kandungan Aktiviti Catatan
Set Induksi Permainan Kura-kura dan Arnab
1. Dua orang murid diminta untuk menjadi seekor arnab dan seekor kura-kura
2. Murid diminta untuk berlari laju mewakili arnab dan berlari perlahan mewakili kura-kura
3. Soalan KBAR: Binatang apakah yang bergerak cepat dan bergerak lambat?
4. Soalan KBAT: Kenapakah arnab bergerak lebih cepat berbanding kura-kura
Langkah 1 Menonton video 1. Murid menonton contoh video lagu tempo cepat dan lambat
2. Murid ditanya oleh guru lagu yang mana mempunyai tempo cepat dan lambat
3. Soalan KBAT: Murid diminta untuk menyanyi lagu yang bertempo cepat dan lambat
Video Tempo lambatVideo Tempo cepat
Langkah 2 Aktiviti menepuk tangan 1. Murid diminta oleh guru menepuk tangan sambil mendengar lagu
2. Murid perlu menepuk tangan mengikut tempo cepat dan lambat
Langkah 3 Permainan kad 1. Murid menerangkan tentang permainan kad arnab dan kura-kura
2. Murid diberikan 2 keping kad yang mempunyai gambar arnab mewakili tempo cepat dan kura-kura mewakili tempo lambat
3. Murid akan mengangkat kad yang bersesuaian berdasarkan lagu yang mereka dengar
4. Murid yang dapat menjawab dengan betul akan diberikan token sebagai pengukuhan
Langkah 4 Latihan pengukuhan 1. Murid diberikan latihan dalam bentuk peta buih
2. Murid diberikan dua helai kertas yang mengandungi gambar haiwan
3. Murid diminta menggunting gambar haiwan yang bergerak cepat dan lambat di dalam peta buih yang sesuai
4. Soalan KBAT: Murid diminta untuk melukis seekor gambar haiwan yang bergerak cepat dan lambat
Penutup Nyanyian 1. Murid diminta menyanyi lagu dalam tempo cepat dan lambat mengikut kemampuan murid