Download - Resepi Asas
-
7/25/2019 Resepi Asas
1/15
RESEPI ASAS
Sambal Tumis Sotong Petai
300gm sotong segar
3 papan petai
5 senduk cili kisar
3 ulas bawang merah kecil dimayang nipis2
2 biji bawang besar - kisar/ tumbuk
1 ulas bawang putih - kisar/ tumbuk
2 sudu kecil belacan- kisar/ tumbuk
Air asam jawa
Gula
Garam
Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kecil sehingga kekuningan dan masukkan
bahan-bahan kisar dan cili blend...tumis sehingga cili benar benar garing dan masak...
Setelah garing, masukkan sedikit gula...Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta
garam... Masukkan petai & kacau seketika..
Masukkan sotong..Sesuaikan rasa dan kepekatan... Sotong tak perlu dimasak terlalu lama
ye...Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Sambal Tumis Sotong
400gm sotong
5 senduk cili kisar
3 ulas bawang merah kecil dimayang nipis2
2 biji bawang besar - kisar/ tumbuk
1 ulas bawang putih - kisar/ tumbuk
2 sudu kecil belacan- kisar/ tumbuk
Air asam jawa
Gula
Garam
-
7/25/2019 Resepi Asas
2/15
Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kecil sehingga kekuningan dan masukkan
bahan-bahan kisar dan cili blend...tumis sehingga cili benar benar garing dan masak...
Setelah garing, masukkan sedikit gula...Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta
garam...
Masukkan sotong..Sesuaikan rasa dan kepekatan...sotong tak perlu dimasak terlalu lama
ye...Angkat dan bolehlah dihidangkan.
KANGKUNG GORENG BELACAN
Bahan-bahan:
1 - 2 ikat kangkung segar
2 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*1 sudu makan(atau lebih) belacan bakar*
Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara:
Siang kangkung mengikut citarasa,bersihkan dan toskan...
Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga 90% lumat..
Bila minyak dah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau
sedikit kekuningan.. Api maximum ye.. Baru sayur akan hijau cantik..
Masukkan garam dan perasa. Kacau seketika dan masukkan kangkung.
Gaul rata dan kacau sehingga masak..Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila
-
7/25/2019 Resepi Asas
3/15
kuah dah mendidih padamkan api..
Hidangkan..
PUCUK PAKU GORENG BELACAN
Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku- disiang, jgn ambil bahagian batang yg keras ye
2 tangkai cili merah(nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering*
1 sudu makan(atau lebih) belacan bakar*
Garam dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara:
Siang pucuk paku mengikut citarasa,bersihkan dan toskan...
Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga 90% lumat..
Bila minyak dah panas,tumis bhn2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau
sedikit kekuningan.. Api maximum ye.. Baru sayur akan hijau cantik..
Masukkan garam dan perasa. Kacau seketika dan masukkan kangkung.
Gaul rata dan kacau sehingga masak..Bagi yg suka berkuah tu,leh bubuh sedikit air dan bila
kuah dah mendidih padamkan api..Hidangkan..
** anda juga boleh bubuh udang segar atau sotong segar dalam masakan ni..
Tempe & Kentang Goreng Berlada
-2 paket tempe - dipotong ikut suka, dikunyit & dan digoreng
- 2 biji kentang - di potong agak nipis & digoreng
-
7/25/2019 Resepi Asas
4/15
- 5 biji cili merah*
- 5 biji cili api*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 sudu kecil belacan*
- 1 sb sos ikan
- garam
- gula
- asam jawa
- 3 helai daun limau purut
Cara:
Kisar @ tumbuk bahan2 yang bertanda (*)..
Panaskan minyak masak secukupnya.. ( boleh guna minyak lebihan goreng tpe & kentang
tadi)..Tumis bahan2 yg dikisar.. Tumis hingga naik minyak..
Bila dah naik minyak, masukkan sedikit air dan sos ikan..Kacau sehingga mereneh..
Masukkan daun limau purut, garam, gula & asam jawa..atau perasa yg anda suka.. Sebelumbubuh garam rasa dulu, sbb sos ikan dah masin..
Selepas dah kacau2, masukkan tempe & kentang.. Dan jika suka boleh tambah hirisan
bawang besar.. Rasa.. Hidang..
Masak lemak pucuk ubi telur itik
Bahan2-
-1 biji kelapa (besar) perah ambil santannya- kalau suka kuah pekat boleh tambah ye.,
- 1 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 3 inci kunyit hidup
- 5 biji telur itik
- secekak pucuk ubi(ambil pucuk sahaja ye, jgn ambil daun yg tua)
- 2 keping asam keping
-
7/25/2019 Resepi Asas
5/15
- 15 bij cili api (pedas ikut kesukaan sendiri)
- 1 batang serai diketuk
Cara Penyediaan :-
- Pucuk ubi dicelur dgn sedikit garam hingga empuk.
- Kelapa diperah ambil santan dan masukkan dalam periuk.
- Kemudian kisar halus bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup.
- Curah bahan kisar & serai ke dalam periuk santan tadi dan masak di atas api sederhana.
- Masukkan asam keping, kacau hingga mendidih.
- Selepas itu, pecahkan telur sebiji sebiji hingga habis.
- Apabila telur sudah separuh masak, barulah masukkan pucuk ubi yang sudah dicelur.
- Akhir sekali masukkan garam dan rasalah masinnya... Kalau suka boleh bubuh aji sedikit..
Sambal Tumis Telur Pecah
2 biji bawang besar merah
1 ulas bawang putih
1 cwn cili blend
2 sudu teh gula4 - 5 biji telur ayam
1 sudu kecil belacan
Asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
1/2 cawan air
Cara2:
Kisar bawang besar & bwg putih bersama belacan..Tumiskan bersama lada kisar... Tumis
sampai betul2 garing & pecah minyak..
Masukkan air,gula, garam dan asam jawa..kacau2..Bila dah puas hati dengan rasa sambal,
kecilkan api...
Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain. Tuangkan satu persatu ke dalam sambal. Tutup kuali
dan biarkan seketika.
-
7/25/2019 Resepi Asas
6/15
Bila bahagian bawah dah cukup kental, perlahan-lahan terbalikkan supaya masak rata
telurnya.
Ikan Bawal Putih Goreng Cili
Bahan bahan:
2 ekor ikan bawal putih size besar atau apa2 ikan yg anda suka- ( goreng garam kunyit dan
di goreng garing)
3 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan kisar Halus:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
3 sb cili kering kisar
Bahan Dihiris Halus:
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos ikan
1 sk kicap pekat manis
1 sb jus limau nipis
2 sb gula pasir
Daun ketumbar utk ditabur atasnya
Cara Cara:
Sediakan kuali, tumis bahan2 kisar sehingga naik minyak...
Kemudian masukkan bahan2 sos..
Kacau2 rata.. Masukkan 1/4 cawan air dan kacau hingga sebati & pekat..
Masukkan bahan2 dihiris halus.. Rasa.. Kalau dah cukup rasa tutup api.. Dan curahkan soskeatas ikan yg telah digoreng.. Taburkan daun ketumbar yg telah di hiris..
-
7/25/2019 Resepi Asas
7/15
Resepi Singgang Daging Kelantan
500 gm daging batang pinang - kalau daging biasa, boleh rebus hingga empuk dulu
4 keping asam keping
2 btng serai- di ketuk
2 sudu besar cili kisar
Garam gula secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Bahan dimayang:
2 inci halia
2 inci lengkuas
Bahan ditumbuk - (tak payah hancur sangat)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil lada jitam
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan
Cara-cara:
Cukup senang, masukkan semua bahan2 yang telah dimayang, yang telah ditumbuk, asam
keping, garam gula, daging dan air ke dalam periuk.
Renehkan hingga daging empuk. Rasakan semua rasa secukupnya.
IKAN LANDUK SWEET AND SOUR
2 ekor ikan landuk sederhana besar. Siang ikan dan cuci bersih.
Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit dan goreng terendam dengan minyak yang banyak
hingga garing dan kuning keemasan.
Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan hidang.
Bahan Tumis:
Sedikit minyak untuk menumis
4 ulas bawang merah ~ ditumbuk atau kisar
3 ulas bawang putih ~ di tumbuk atau kisar
1 inc halia ~ di hiris nipis atau hiris memanjang besar lidi mancis
6 batang cili padi ~ di ketuk atau belah dua4 helai daun limau purut ~ buang batangnya dan siat-siat
-
7/25/2019 Resepi Asas
8/15
Bahan Sos:
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos ikan@nampla
garam dan gula secukup rasa
Bahan Sayur:
1 biji tomato - dadu
1/4 biji nenas di potong dadu, boleh juga guna nenas di dalam tin
Daun bawang - ambil bahagian bawangnya dan potong 2 ( bahagian daun di hiris untuk
tabur kemudian nanti)
cili merah dan hijau untuk hiasan
Cara2:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga harum
Tambahkan bawang besar dan daun limau purut
Bila dah naik harum, masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Jika kuahnya pekat, boleh tambahkan sedikit air.
Masak hingga merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan tamato & nenas yang telah di potong
Biarkan layu sebentar
Bila dah masak, bolehlah curahklan di atas ikan yang telah di letakkan atas pinggan hidang
tadi
Hiaskan dengan cili merah dan hijau yang di hiris dan taburkan juga hirisan daun bawang
KARI KEPALA IKAN
Kepala ikan yg siap dipotong (akak biasa guna kepala ikan senangin @jenahak @ ikan
merah & sekeping ekornya) - kalau kepala ikan merah biasanya paling sedap..
5 sudu besar penuh rempah kari ikan Babas
3 sudu besar cili kisar
Bahan2 Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1- 2 sudu kecik sahaja serbuk lada hitam)
-
7/25/2019 Resepi Asas
9/15
Bahan2 Lain:-
5 ulas bawang kecil dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
3-5 tangkai daun kari
1 sudu makan halba campur
air asam jawa adabi ( 2 sudu makan penuh)
garam secukup rasa
2 kiub pati ayam
Gula sedikit
Aji
1/2 cawan pati santan
pekat (kalau tak bubuh pun takpe akan jadi mcm kari mamak)
air secukupnya utk kuah
Bahan Sayur:
Terung
Bendi
Cili hijauBuah tomato
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak
layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan
daun kari...masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak
kering.
2. Setelah rempah dah masak seketika,masukkan air asam dan santan sekali ( kalau bubuh
santan la) juga air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan sayur.. Masakkan sekejap sahaja supaya
tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah.
Sedia utk dihidangkan.
-
7/25/2019 Resepi Asas
10/15
KARI IKAN PARI
500gm ikan pari
5 sudu besar penuh rempah kari ikan Babas
3 sudu besar cili kisar
Bahan2 Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1- 2 sudu kecik sahaja serbuk lada hitam)
Bahan2 Lain:-
5 ulas bawang kecil dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
3-5 tangkai daun kari
1 sudu makan halba campur
air asam jawa adabi ( 2 sudu makan penuh)
garam secukup rasa
2 kiub pati ayamGula sedikit
Aji
1/2 cawan pati santan
pekat (kalau tak bubuh pun takpe akan jadi mcm kari mamak)
air secukupnya utk kuah
Bahan Lain:
Cili hijau
Buah tomato
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak
layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan
daun kari...masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak
kering.
2. Setelah rempah dah masak seketika,masukkan air asam dan santan sekali ( kalau bubuh
-
7/25/2019 Resepi Asas
11/15
santan la) juga air secukupnya ikut kepekatan kuah yg disukai...masukkan garam.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan lain..Masakkan sekejap sahaja supaya
tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Rasakan apa yg kurang bolehlah ditambah.
Sedia utk dihidangkan.
Ayam Kicap Jawa
Bahan-bahan : ( 5-8 org makan)
1 ekor ayam, dipotong 8
6-8 sd kicap manis(pekat)
1 biji bawang besar
1 cmca teh lada putih
3 butir bunga cengkih
5cm kayu manis
1-2 biji buah pelaga
1/4 cawan pati santan - optional
1 biji cili hijau (dihiris)
5 sd sos cili
sdkit garam & gula
daun sup di potong halus
sedikit air asam jawa
BAHAN KISAR :
6 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3cm lengkuas
10 tangkai cili kering
2cm halia
BAHAN KISAR (kering)
3-5 sudu ketumbar
2-3 sudu jintan manis manis
Cara-cara:
Goreng ayam terlebih dahulu.. Angkat dan ketepikan.. Kemudian, dgn minyak yg
sama,tumiskan kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga
masukkan bahan kisar, tumis sehingga kekuninganmasuk kicap, sos cili garam & gula.
-
7/25/2019 Resepi Asas
12/15
masukkan ayam, asam jawa & santan & sedikit air panas....biarkan sehingga masak
masukkan bawang besar hiris dan cili hijau..
setelah masak tabur daun sup
sedia untuk d hidang.. Ada jugak yg bubuh soh oon, tapi saya tak bubuh..
DAGING MERAH ALA THAI
300 g daging
1 sudu makan cili kering kisar
1 labu bawang besar ( saiz besar ) dipotong2
3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) boleh tambah jika suka pedas
2 -3 sudu besar sos cili ( Boleh tambah sos jika mahu kuah lebih )
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan (sos sotong/ nampla)
1 biji buah tomato ( di potong 6 )
cili merah/ cili hijau untuk hiasan
daun ketumbar ( di hiris )
sedikit minyak
Cara penyediaan:
1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan
seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja jangan
garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang
besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato
daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang.
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan
ACAR RAMPAI
1 biji timun- dibelah, buang bijinya dan potong memanjang- tak perlu kupas kulit
1/2 batang karot- potong 1 inci panjang
-
7/25/2019 Resepi Asas
13/15
2 biji cili merah @ cili hijau - dimayang 1 inci panjang
1 sudu besar bijan- disangrai dahulu
1/2 cawan kacang tanah - goreng
1 sudu besar cili kisar
1 sudu teh rempah kari
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka
garam dan 2 sudu besar gula
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Didihkan 2 cawan air di dalam periuk. Celur sayuran berasingan di dalam penapis...Carrot
selama 1 minit...Toskan.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali . Tumis bawang merah, bawang putih, halia
hingga wangi. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tambah sedikit air dan tumis hingga
pecah minyak.
3. Masukkan cuka, sos cili dan semua sayuran...Masukkan juga bijan,kacang tanah, garam
dan gula. Gaul sebati...rasa dulu ye.. Matikan api dan sedia dihidang bersama nasi minyak.
Sambal Hitam Pahang
Bahan2:
cawan belimbing buluh yg dah rebus- ( cara2 merebus ada tulis kat bawah ye)
cawan cili padi (ikut kepedasan masing2 kalau suka pedas boleh lebihkan)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
garam & gula secukup rasa
Pak aji
1 cawan minyak masak
Cara2 Menyediakan:
-
7/25/2019 Resepi Asas
14/15
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.
Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus
banyak2 & simpan stok. Saya biasa buat banyak juga rasanya lebih dari 3kg belimbing buluh
segar. Belimbing hendaklah dicuci bersih. Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR , buh
garam kasar sikit,dan renih dengan menggunakan api yang paling perlahan..Biar sehingga
belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut. Selang seminit atau dua minit mesti dikacau
supaya periuk tidak hangit. Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering
dengan api yang paling perlahan sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.
PERHATIAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran
20biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja. Tujuan merebus belimbing
sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas
lagi dihiris nipis) Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh
juga separa lumat.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga
nampak agak kering & garing (agak lama juga). Api perlahan..Tambahkan garam & gula
secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu). Bila dah garingtutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum
dihidang. Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan
sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok. Boleh dihidang
dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati... Sedap yang teramat... Dengan telur mata
kerbau buh kicap je pun sedap..
Resepi Kerabu Pucuk Paku
Bahan2 asas:
-2 ikat pucuk paku( disiang tapi ambil bahagian yg muda sahaja kemudian celur seketika
dalam air yg di didihkan)- bubuh sikit garam dalm air..
-Sebiji kecil kelapa( parut - sangai mcm nak buat kerisik tapi jgn sampai coklat gelap sgt)
Bahan2 tumbuk halus:-
-
7/25/2019 Resepi Asas
15/15
-5 biji cili merah
- 1 biji bawang besar( size besar ye)
-satu sudu makan belacan yg digoreng terlebih dahulu
- satu sudu makan udang kering
Bahan2 perasa:
- garam
- gula
- perahan limau kasturi( dalam 6-7biji)
- pak aji ( kalau suka)
Cara2:-
Bahan2 yg dah tumbuk campur kan dgn bahan2 asas dan bahan2 perasa... Gaul rata...siap.
Taugeh Soya Goreng Kicap
2 ikat taugeh soya3 ulas bawang putih - mayang
2 ulas bawang merah kecil -mayang
5 biji cili api - hiris
3 sudu besar kicap pekat manis
Sedikit air
Ajinomoto- optional
Cara2:Taugeh di bersihkan & dibuang ekornya..
Panaskan 1 sudu besar minyak masak.. Tumis bawang putih,bawang merah & cili api..
Kemudian masukkan kicap, sedikit garam & aji,, masukkan sedikit air.. Seterusnya
masukkan taugeh.. Kacau sekejap je dan boleh dihidangkan..