Download - Pengurusan Makmal Sains-laporan
HALAMAN PENGAKUAN
”Saya akui bahawa hasil karya ini benar kecuali nukilan dan segala sumber maklumat yang
telah saya nyatakan setiap sumbernya dengan jelas dan terperinci.”
Tandatangan : ......................................................
Nama : Abid Nurhafidz B. Badrul Ihsan
Tarikh : 29 September 2013
Pengurusan Makmal Sains
Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang
dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah
menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti. Makmal
sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat
tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang
dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan
bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.
Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah
mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, dimanakah aktiviti P&P dijalankan
di sekolah tersebut? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk P&P sains yang
dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.
Bilik sains ini mempunyai :
Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula
sesuai untuk melakukan eksperimen.
Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk P&P
sains.
Bahagian belakang bilik sains – almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak
berisiko tinggi (cth: bikar plastik)
Sekitar bilik sains – poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.
Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.
Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah.
Jika bilik sains ini digunakan, dimanakah kelas lain menjalankan sesi P&P sains? Masalah
ini boleh diselesaikan dengan menggunakan ‘bilik sains bergerak’, iaitu guru menggunakan
troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari
bilik sains ke bilik darjah yang lain supaya sesi P&P masih dapat dijalankan.
Kini anda telah mengetahui apa itu makmal sains, bilik sains dan bilik sains
bergerak. Sekarang kita beralih pula kepada apakah yang perlu guru sains tahu
mengenai pengurusan makmal sains. Terdapat 6 perkara yang perlu anda tahu dalam
pengurusan makmal sains, iaitu:
Laporan Lawatan ke Makmal Sains SMK Taman Tasik
Pada 19 September 2013, bersamaan hari Jumaat, saya bersama rakan sekelas
telah melawat sebuah sekolah menengah yang berdekatan dengan tempat tinggal kami iaitu
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Taiping. Tujuan kami melawat sekolah
tersebut adalah bagi melihat sistem pengurusan makmal sains sekolah menengah dari segi
pengurusan carta organisasi, peraturan keselamatan makmal, bidang tugas Guru Kanan
Sains dan Pembantu Makmal, prosedur pembelian alatan sains serta penyelenggaraan stok.
Setibanya kami di SMK Taman Tasik, kami disambut baik oleh warga guru serta
pentadbir sekolah. Kami diberi kebenaran untuk melawat makmal sains SMK Taman Tasik
dengan bimbingan beberapa orang guru sains. Setibanya di makmal, kami terus membuat
lawatan tentang pengurusan seperti di bawah:
Carta Organisasi Makmal Sains
Bagi Pengurusan Makmal Sains SMK Taman Tasik, Organisasi yang paling tertinggi
merupakan Pengetua SMK Taman Tasik, diikuti dengan Penolong Pentadbir Kanan,
Penolong Hal Ehwal Murid, Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia Sains, Ahli
Panitia Sains dan akhir sekali merupakan Pembantu Makmal.
Pembantu Makmal
Senarai guru Subjek
Ketua Panitia subjek
Guru Kanan Sains dan Matematik
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Pentadbiran Kanan
Pengetua
Pengurusan Peraturan Keselamatan Makmal
Jika kita lihat di sekolah terdapat banyak peraturan-peraturan yang perlu kita ikuti.
Begitu juga dengan makmal sains juga mempunyai peraturan-peraturan yang wajib pelajar
ikuti. Makmal Sains sekolah. Keselamatan di dalam makmal dan bilik sains merupakan
aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam
makmal dan bilik sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar
jangkaan.
Keselamatan di makmal sains merupakan aspek utama untuk melindungi mereka
yang berada di dalam makmal sains dan segala kemalangan akibat daripada kecuaian atau
di luar jangkaan. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar bagi memastikan keselamatan
bilik makmal adalah terjamin.
Dalam Pengurusan Keselamatan Makmal Sains, kemalangan boleh dielakkan dengan cara;
Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang peralatan/radas dan bahan
sains
Arahan yang jelas dan terperinci kepada pelajar
Maklumat yang lengkap tentang bahaya eksperimen
Mengatur langkah-langkah aktiviti dan prosedur kerja yang betul.
Pengawasan semasa menjalankan eksperimen
Arahan guru dan peraturan makmal adalah diutamakan
Minat dan kesungguhan pelajar semasa menjalankan eksperimen perlu
dititikberatkan
Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Keselamatan;
Pemaparan NOTIS PENTING;
JAGALAH KESELAMATAN ANDA, JANGAN BISING, JANGAN BERGURAU,
PERATURAN MAKMAL SAINS, SENARAI BAHAN/IVENTORI
Latihan Kebakaran, Kelengkapan Alat Pemadan Api, Kit Pertolongan Cemas,
Rekod Kemalangan
Kebenaran guru hendaklah diperolehi semasa memasuki makmal.
Peralatan tidak boleh dibawa keluar KECUALI kebenaran guru.
Peralatan sains hanya boleh di gunakan dengan kebenaran guru.
Peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan di tempat asal.
Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru.
Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam makmal.
Pelajar dilarang bermain di dalam makmal sains.
Pelajar hendaklah beratur semasa datang dan pulang ke dalam kelas.
Beg dan makanan tidak boleh dibawa masuk.
Dilarang menghidu atau merasa sebarang bahan kimia yang merbahaya
Aktiviti pembelajaran hendaklah bersama-sama guru.
Sentiasa mengikut ARAHAN guru semasa menjalankan kajian.
Laporan Bergambar
Keadaan pejabat pembantu makmal di Bilik Persediaan yang selesa.
Pameran model-model alatan Sains.
Tatacara Pembantu Makmal Sains sebelum,semasa dan selepas pelaksanaan P&P didalam
makmal Sains menengah atas.
Sumber-sumber maklumat yang berkaitan.
Penyimpanan bahan kimia yang telah dibuat larutan.
Tempat penyimpanan mikroskop didalam almari bercahaya yang lengkap untuk
mengelakkan pertumbuhan kulat pada kanta mikroskop.
Bilik Stor bagi penyimpanan bahan-bahan atau alatan ujikaji yang tersusun dan teratur.
Tempat penyimpanan bahan kimia yang tersusun.
Kebuk wasap yang digunakan untuk membancuh bahan-bahan kimia.
Tempat cucuran air untuk mencuci tubuh pelajar jika berlaku tumpahan asid pada badan
atau mata.ini adalah langkah pertama keselamatan yang mesti di lakukan jika berlaku
kemalangan tumpahan asid berbahaya.
Kami juga berpeluang melihat barang-barang reagen yang disimpan. Kesemuanya
telah dilabel dengan jelas. Hal ini bagi memastikan supaya barang reagen mudah diambil
serta kecuaian pemilihan barang dapat dielakkan kerana setiap barang mempunyai label.
Bahan-bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat, iaitu di dalam almari yang
berkunci. Almari ini terletak jauh dari tingkap supaya jauh dari sumber haba atau terdedah
dengan cahaya matahari.
Dari sudut pencahayaan, kami dapati makmal sains tidak begitu gelap dan mendapat
sudut pencahayaan yang mencukupi. Suis elektrik, pili air dan punca gas kemungkinan dari
penunu bunsen telah ditutup dengan baik. Tiada sebarang kebocoran berlaku seperti bau
gas semasa lawatan dijalankan.
Makmal dan bilik sains yang selamat merupakan asas kepada penghasilan makmal
dan bilik sains yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
pendapat saya, aspek keselamatan sewajarnya diberikan keutamaan oleh pihak sekolah
khasnya pentadbir, guru serta kakitangan makmal. Selain perlu memiliki pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi dalam mewujudkan makmal yang selamat, guru dan kakitangan
makmal juga perlu mempunyai pengetahuan pertolongan cemas. Oleh yang demikian,
adalah wajar guru dan kakitangan makmal diberikan latihan berkaitan prosedur menangani
kecemasan, pengurusan makmal dan bilik sains serta pertolongan cemas.
Bidang Tugas Guru Sains dan Pembantu Makmal
Sememangnya semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat
secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal sains di sekolah. Pengetua
sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal sains dalam
pengendalian program kurikulum serta kokurikulum di sekolah dari segi perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan pemantauan. Guru Penolong Kanan serta Ketua Bidang Sains
pula bertanggungjawab membantu Pengetua dalam keseluruhan pengurusan makmal sains.
Komitmen, kesungguhan dan berkemahiran sangat diperlukan pada setiap anggota supaya
Bidang Sains dapat berjalan dengan baik.
Antara tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains adalah mengendalikan
program kurikulum dan kokurikulum khususnya matapelajaran Sains di sekolah. Selain itu,
Ketua Bidang Sains juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada
guru-guru sains serta kakitangan makmal sains.
Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua secara
rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua
Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi
memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab
untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan.
Antara tugas dan tanggungjawab Ketua Panitia Sains adalah seperti membantu
merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains, merekod
peralatan sains yang telah rosak bagi tujuan hapus kira dan pelupusan, menyemak dan
mengemaskini rekod pengurusan makmal sains serta menyemak dan mengemaskini stok
makmal sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam
pengurusan makmal sains adalah seperti mematuhi jadual penggunaan makmal sains,
melaksanakan PEKA Sains, memastikan murid mematuhi peraturan keselamatan makmal
sains serta memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
Bagi tugas Pembantu Makmal di SMK Penaga, merekalah yang membuka serta
mengunci pintu bilik persediaan makmal sains. Selain itu, Pembantu Makmal berperanan
dalam memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan
bersih, ceria dan selamat. Mereka juga menyediakan alat, radas dan bahan sains berfungsi
sebelum kerja amali dijalankan. Antara peranan pembantu makmal yang lain adalah :
Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah
selesai setiap kerja amali.
Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan
bahan sains semasa amali.
Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot,
bekalan elektrik, air dan gas.
Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah
selesai setiap kerja amali.
Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja
di makmal sains sebelum penempatan dilakukan bagi membolehkan mereka menjalankan
tugas dengan berkesan.
Banding Beza Makmal Sains Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Terdapat banyak perbezaan yang ketara diantara makmal sains sekolah rendah
dan makmal sains sekolah menengah. Perbezaan – perbezaan yang ketara ini adalah
kerana, silibus sains di sekolah menengah tidak memerlukan penyediaan radas – radas atau
kemudahan seperti yang terdapat di makmal sains sekolah menengah. Pada pendapat
saya, perbezaan – perbezaan tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa perkara.
a. Saiz
Saiz makmal sains di sekolah rendah lebih kecil berbanding makmal sekolah menengah.Hal
ini kerana, murid – murid di sekolah rendah tidak memerlukan makmal yang besar kerana
tidak banyak eksperimen yang besar perlu dilakukan seperti, membedah katak, atau
eksperimen – eksperiman yang memerlukan murid menggunakan banyak radas.
b. Susun atur makmal sains
Di sekolah rendah, hanya terdapat satu sahaja makmal sains. Tetapi di sekolah menengah,
terdapat tiga makmal berbeza iaitu makmal biologi, fizik dan kimia. Hal ini kerana, ketiga –
tiga komponen berkenan memerlukan bahan – bahan atau keperluan yang berbeza.
c. Pembantu makmal
Seperti yang diketahui, bilik sains di sekolah rendah tidak memerlukan pembantu makmal
seperti makmal sains di sekolah rendah. Hal ini kerana, silibus Sains di sekolah rendah
hanya memerlukan muri – murid untuk menjalankan eksperimen yang kecil sahaja.
Berbanding di sekolah menengah, pembantu makmal diperlukan untuk membantu guru
menyediakan bahan – bahan atau radas yang lebih besar atau berbahaya seperti asid dan
sebagainya.
Berdasarkan perbezan – perbezaan di atas, terdapat banyak perbazaan yang
ketara di antara bilik Sains di sekolah rendah dan makmal Sains sekolah menengah. Pada
pendapat saya, banyak perkara boleh ditambah baik supaya murid – murid sekola rendah
dapat mempelajari subjek Sains dengan penuh minat dan semangat.
Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands -on’ menggunakan
pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan
menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskan perasaan ingin tahu dan seterusnya
memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
REFLEKSI
ALHAMDULILLAH, memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah dan
kurniaNya, saya berjaya menyiapkan tugasan subjek SCE 3123 Pengurusan
Makmal Sains Dan Sumber. Namun begitu saya memohon kemaafan diatas apa jua
kekurangan dan kelemahan hasil karja kursus ini. Disamping menjalankan kerja dan
tanggungjawab seharian.
Namun secara positifnya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan
sebaiknya. Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam menyiapkan tugasan ini.
Kekuatannya saya pernah belajar mata pelajaran sains. Pengalaman belajar dalam
makmal sains, dimana ciri-ciri makmal sains dari aspek fizikal ,struktur susunan
meja, perabot, rak, kelengkapan lain, sudut-sudut khas , peraturan makmal, dan
peralatan keselamatan makmal di sekolah rendah makmal sains adalah amat
terhasd, olehitu bilik darjah telah diubahsuai menjadi bilik makmal sains. Sebagai
guru sains ciri-ciri bilik sains yang sempurna dan lengkap adalah perlu bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala dan terrbantut. Setelah
mempelajari tajuk ini,dapatlah saya memberi penekanan yang sewajarnya bagi
menjadikan bilik sains yang sempurna dan lengkap.
Dari aspek kelemahan saya dapati bilik darjah adlah lebih kecil dan
kelengkapan alatan yang tidak mencukupi. Namun ciri-ciri bilik sains dapat
disempunakan dari aspek fizikal.
Pihak pengurusan dan pentadbiran mestilah memainkan peranan penting
bagi memastikan kesempurnaan bilik sains lebih sempuna. Disamping itu saya
berharap agar kerja kursus saya kali ini diterima dan memenuhi criteria pemarkahan.
Sekian terima kasih.
KERTAS KERJA TAMAN HERBA
KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR
Tarikh :
Tempat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUANKU
BAINUN,14000,BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG.
KERTAS KERJA TAMAN HERBA
KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) KAMPUNG JAWI
1.0 PENDAHULUAN .
Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti
sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Besar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SMK Sungai
Besar adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada
Koperasi SJK(C)KJ Berhad. Taman Herba ini telah dianugerahkan Taman Herba Terbaik
sempena Anugerah Kualiti Daerah Sabak Bernam pada tahun 2014. Untuk mengekalkan
kedudukan sebagai taman herba terbaik daerah Seberang Perai Selatan, kertas kerja ini
dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk
penambahbaikan Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi. Penambahbaikan ini berdasarkan
komen dan ulasan yang diberikan oleh para hakim yang memantau kualiti taman-taman
herba sekolah pada tahun 2014.
2.0 MISI .
Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang
berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini
juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-
kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.
3.0 VISI
Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga
SJK(C) Kampung Jawi. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan
tanaman yang mempunyai nilai perubatan .
4.0 OBJEKTIF
Objektif Kertas Kerja ini ialah :
1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang
cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.
2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan
penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan Pemantauan
Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam.
3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi
landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.
4. Mendapatkan kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak
jawatankuasa pelaksana Taman Herba .
5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas
dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.
5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA
PENASIHAT : PN HJH ZURAIDAH BT HJ MOHD SANIF
PENGERUSI : PN SAZUNA BINTI BINTI ABDUL WAHID
PENYELARAS I : EN ALI ASAD B MAT JUBAIDI
PENYELARAS II : EN AHMAD LUTFI B HASHIM
SETIAUSAHA 1 : PN HJH SABRINA CHUA BINTI ABDULLAH
SETIAUSAHA II : PN FARIDAH BINTI SARANI
AJK GURU DAN KAKITANGAN :
1. EN SALIHIN B AMAT
2. PN SOLEHA BINTI MAHMUD
3. EN AZMAN BIN SAIRI
4. PN RESIMAS YONG BINTI BAHROM
5. PN NORHAYATI BINTI MUBIN
6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN
Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan
Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan
2014 beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan rujukan untuk menambah baik
program Warisan Taman Herba Sekolah.
Kekuatan :
1. Mempunyai pelbagai variasi tumbuhan mengikut kategori herba yang
dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman
herba pelbagai kategori.
2. Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran automatik
dan sistem fertigasi.
3. Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba SBPT
dan Taman Herba Pendidikan Khas.
4. Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana kepada
program Taman Herba Sekolah.
Kelemahan :
1. Kurang mempunyai koleksi tanaman herba yang eksotik dan jarang didapati .
2. Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.
3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.
4. Pendokumentasian aktiviti dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan
sempurna.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .
Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah
mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk
diambil tindakan segera , antaranya ialah :
1. Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba
Sekolah.
2. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan
batu-batu krikil dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan Taman
Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah apabila
hujan dan berdebu apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria
dan menarik.
3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.
4. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .
5. Menambah kawasan Taman Herba , kami cadangkan kawasan belakang Hub
Kosmek dan Bilik PLBS sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah.
Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah
tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang.
8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN
Bil Perkara Jumlah Kos Sumber
1 Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan
kolam )
1000.00 SEKOLAH
2 Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu krikil 350.00 SEKOLAH
3 Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x RM15.00 300.00 SEKOLAH
4 Memasang Papan Tanda dan Label Pokok
herba
300.00 SEKOLAH
5 Membeli anak pokok dan benih herba 200.00 KOSMEK BHD
6 Kos penyelenggaraan ( Tanah semaian,
racun rumpai, kawalan serangga dan
penyakit tanaman , baja , makan minum,
peralatan )
300.00 KOSMEK BHD
JUMLAH 2450.00
9.0 PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA.
Mulai tahun 2013, Taman Herba Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Koperasi
SJK(C) Kampung Jawi Bhd sebagai penyumbang dana dan kerja-kerja pengoperasian
taman herba sekolah . Pihak koperasi telah menjadikan penanaman herba ini sebagai
Projek Keusahawanan Koperasi Sekolah pada tahun 2013 dan 2014 . Melalui peruntukan
Projek Bumi Hijau sebanyak RM 2000 pada tahun 2013, telah digunakan untuk menaik taraf
sistem pengairan Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi . Sistem yang digunakan ialah
gabungan dua sistem pengairan iaitu sistem pengairan secara fertigasi dan pancuran
automatik . Melalui sistem pengairan ini penjagaan tanaman-tanaman herba akan lebih
mudah dan dijangka hasil pengeluaran taman herba juga akan meningkat .
Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang memuaskan , pihak jawatankuasa telah
meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa pertama ialah fasa
penyelidikan . Fasa kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga ialah fasa penuaian .
Taman herba ini telah menjalani fasa pertama pada 2013 untuk fasa penyelidikan dan
latihan penanaman herba yang boleh dikomersialkan. Oleh itu,pada tahun 2014 ini,
perancangannya adalah bertumpu kepada penanaman herba-herba kormersial yang boleh
dijual terus kepada pengguna seperti serai makan, kunyit, lengkuas, cekur , cili padi dan
tanaman ulam-ulaman seperti kacang botor, ulam raja dan pegaga. Manakala untuk herba-
herba eksotik yang lain seperti lempoyang, temu lawak, halia bara, patawali ,
manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek , Misai Kucing dan sebagainya, tumpuan akan
diberikan kepada pembiakan anak-anak pokok untuk dijual kepada peminat-peminat
tanaman herba dan nurseri-nurseri di sekitar daerah Sabak Bernam .
Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2014 . Mengikut perancangan
tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil . Hasil jualan ini
nanti diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman herba dan
dapat mencatat keuntungan seawalnya pada tahun 2015 atau 2016.
Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan
memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan yang
teliti dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek Keusahawanan
Tanaman Herba ini. Justru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan
berterusan pada tahun-tahun yang akan datang , bukan hanya sekadar mempamer
tumbuhan-tumbuhan herba untuk pertandingan Kualiti Taman Herba semata-mata tetapi
juga mewujudkan satu peluang perniagaan berasaskan tanaman herba.
10.0 PENUTUP :
Program Warisan Taman Herba Sekolah SJK(C) Kampung Jawi 2014 merupakan
projek serampang dua mata , yang salah satu matlamatnya ialah mengekalkan Taman
Herba Sekolah sebagai Taman Herba Terbaik Daerah Seberang Perai Selatan pada tahun
2014 dan juga menjadi salah satu projek Keusahawan Koperasi Sekolah yang berasaskan
tanaman herba . Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat
tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini
akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya
projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak
jawatankuasa Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai
pihak diharapkan Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi akan mendapat mencapai kejayaan
yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN
DISEDIAKAN OLEH :
............................................
(ABID NURHAFIDZ B. BADRUL IHSAN)
Penyelaras
Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi.
BIBLIOGRAFI
Joshi, S.R. (2005). Teaching of science. New Delhi: A.P.H.Publishing Corporation.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselematan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Tatacara Pengurusan Kewangan dan Kumpulan Wang Sekolah.
Martin, R., Sexton, C. & Gerlovich, J. (2002).Teaching sciencefor all children-Methods for constructing understanding. Boston: Allyn and Bacon.
Martin, D.J. (2006). Elementary science methods: Aconstructivist approach.Belmont: Thomson Wadsworth.
Newton L. D. & Newton D.P. (1998).Coordinating scienceacross the primary science. London: Falmer Press.
Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah.
SEAMEO RECSAM. (1978). Laboratory management and techniques for schools and colleges. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd.
Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 bertarikh 12 September 2013.
Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)(BPO)253/2/11-6/Klt.27(36) bertarikh 30 Ogos 2013.
Tan, S.C. & Wong F.L. (2003).Teaching and learning withtechnology: An Asia Pacific perspective. Singapore:Prentice Hall.