1. PENGENALAN
1.1 Penglibatan Pihak Pengurusan 1
1.2 Pengenalan Kumpulan 1
1.3 Pengenalan Projek 2
2. SIGNIFIKASI PEMILIHAN PROJEK
2.1 Kaitan dengan Fungsi Jabatan 2
2.2 Memenuhi Kehendak Pelanggan dan Pihak Berkepentingan 2
2.3 Kaitan dengan Agenda Nasional 2
2.4 Kaitan dengan Keadaan dan Ekosistem Semasa 3
2.5 Kriteria Pemilihan Projek dan Analisis Penyelesaian 4-5
3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
3.1 Cadangan Penyelesaian 6
3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian 6
3.2.1 Carta Perbatuan 6
3.3 Pembangunan Prototaip dan Uji Cuba 7-10
3.4 Perakuan Penggunaan Sistem 10
4. KEBERHASILAN PROJEK
4.1 Kesan Jangka Pendek 11
4.2 Kesan Jangka Panjang dan Impak Projek 12
5. POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
5.1 Tahap Ketersediaan Sistem 13
5.2 Tahap Replikasi, Penyeragaman dan Pengkomersialan Projek 13
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
RINGKASAN EKSEKUTIF
Sistem i-Counting merupakan satu inovasi yang dibangunkan secara dalaman oleh ahli kumpulan
i-Reka yang berfungsi sebagai Carta Pergerakan Pegawai secara elektronik. Tujuan inovasi ini dihasilkan
adalah untuk menggantikan Carta Pergerakan Pegawai secara manual. Sistem ini berupaya
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pemantauan kehadiran serta pergerakan pegawai,
khususnya ke atas pegawai yang menjalankan tugas di luar pejabat seperti Pasukan Naziran dan
Pasukan Wang Tak Dituntut.
Sistem ini memaparkan maklumat pergerakan pegawai seperti nama, tarikh, masa dan aktiviti
(Cuti Rehat / Cuti Kecemasan / Cuti Sakit / Mesyuarat / Kursus / Tugasan Luar / Time Off). Ia mesra
pengguna, mudah, menarik, serta tidak memerlukan kemahiran khusus untuk menggunakannya.
Inovasi penyampaian perkhidmatan penambahbaikan ini adalah hasil percambahan minda serta
penerokaan idea-idea kreatif menggunakan berbagai kaedah kawalan kualiti seperti Brainstorming,
Rajah Matriks, Force Ranking, Matriks Keupayaan dan Kaedah Markah Berkriteria.
Sistem ini telah melalui proses uji cuba pada 21 Februari 2019 bagi menilai tahap kecekapan dan
keberkesanannya, dan telah dibentangkan semula buat kali kedua kepada pihak pengurusan pada
24 Mac 2019. Sistem i-Counting telah berjaya diaplikasikan secara rasmi di peringkat dalaman JANM
Negeri Kedah pada 7 April 2019, dan diperluaskan penggunaannya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Kedah pada 25 Jun 2019. Sistem ini turut mendapat pujian dan sokongan dari Bahagian
Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP) semasa Lawatan Inspektorat yang telah dijalankan
pada 8 hingga 10 Julai 2019.
Sistem i-Counting mempunyai potensi untuk dikembangkan ke 24 buah Pejabat Perakaunan di
Negeri dan Cawangan seluruh Malaysia, serta 13 Bahagian di JANM tanpa melibatkan sebarang kos
tambahan, kos instalasi atau perolehan aset baharu. Inovasi ini memberi impak yang besar dari segi
penjimatan masa, peningkatan kecekapan dan keberkesanan kualiti penyampaian perkhidmatan,
peningkatan produktiviti, penjimatan kos dan sumber manusia, peningkatan kepuasan hati
pelanggan dan ketepatan analisis data.
1. PENGENALAN
1.1 PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN
Kumpulan i-Reka telah mendapat kelulusan penubuhan kumpulan pada 9 Oktober 2018. Permohonan pembangunan Sistem i-Counting telah diluluskan oleh pihak pengurusan pada 18 Disember 2018. Uji Cuba pertama pembangunan sistem telah dibentangkan kepada pihak pengurusan pada 21 Februari 2019. Seterusnya, pembentangan kedua telah dibuat pada 24 Mac 2019. Pihak pengurusan turut bersama-sama menyumbang idea ke arah penambahbaikan sistem ini, disamping memberi sokongan sepenuhnya kepada pembangunan sistem. Kemajuan pembangunan sistem turut dibincangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan dari semasa ke semasa. 1.2 LATAR BELAKANG KUMPULAN
Lantikan Ahli
Kumpulan
KIK
Makluman
pelaksanaan
projek dalam
Mesyuarat
Pengurusan
Bil.12/2018
Kelulusan
Pelaksanaan
Projek
Objektif Kumpulan
Ahli Kumpulan i-Reka
1
Logo dan Moto
Kumpulan
Penerangan Logo
1.3 PENGENALAN PROJEK
NAMA PROJEK – Sistem i-Counting KATEGORI PROJEK - Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Penambahbaikan) KETERANGAN RINGKAS PROJEK - Inovasi Sistem i-Counting merupakan satu idea inovasi yang tercetus seiring dengan perubahan teknologi yang semakin pesat, bagi memudahkan pemantauan kehadiran, pergerakan serta perekodan aktiviti pegawai secara atas talian. Data yang disimpan oleh sistem ini termasuklah data pergerakan pegawai ketika menjalankan tugas rasmi seperti lawatan naziran, pemeriksaan Wang Tak Dituntut, menghadiri kursus dan latihan, menghadiri mesyuarat serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan.
2. SIGNIFIKASI PEMILIHAN PROJEK
2.1 KAITAN DENGAN FUNGSI JABATAN
Projek i-Counting ini berkait rapat dengan Pelan Strategik ICT (ISP) 2019 - 2023 JANM, di bawah Teras
Strategik 2 iaitu Memantapkan dan Menguruskan Kapasiti dan Kompetensi Kemahiran ICT, serta Teras
Strategik 3 iaitu Memperhebat dan Melonjakkan Informasi Perkhidmatan.
Projek ini menggalakkan amalan kreatif dan inovasi dalam bidang ICT, bagi melaksanakan proses kerja secara sistematik dan berkesan. Seiring dengan perubahan teknologi, penjawat awam perlu sentiasa mengorak langkah secara proaktif dan dinamik. Pendekatan baharu dan berbeza perlu digunakan dalam penyampaian perkhidmatan di sektor awam, agar memberi manfaat kepada negara dan rakyat. Penghasilan projek ini juga turut mendokong inisiatif ICT dengan memberi nilai tambah kepada sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam kepada rakyat sejajar dengan matlamat Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).
2.2 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN PIHAK BERKEPENTINGAN
Pelaksanaan projek i-Counting memenuhi objektif Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSIC TSA) 2016-2020
yang menggariskan lima (5) teras strategik sebagai panduan untuk mencapai visi ICT iaitu “Kerajaan Digital
Inklusif Pemacu Penyampaian Perkhidmatan Berpaksikan Rakyat”.
Projek ini dapat menyumbang kepada peningkatan pengetahuan, melengkapkan diri pegawai dengan keupayaan dan kemahiran ICT, agar kekal relevan dan signifikan seiring dengan gelombang arus teknologi. Perkembangan 4IR Revolusi Perindustrian Keempat atau Fourth Industrial Revolution (4IR), dapat diadaptasi dengan mengamalkan budaya pemikiran yang kritis dan keterbukaan berasaskan intelektual.
2.3 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL
Projek i-Counting adalah bertepatan dengan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) di bawah
teras Peningkatan Produktiviti dan Kecekapan Perkhidmatan Awam. Projek ini juga menyokong
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan. Laporan dari sistem ini boleh dijana dan disimpan oleh pengguna.
Oleh itu, ia menjimatkan penggunaan kertas untuk mencetak laporan.
Permasalahan berkaitan pemantauan kehadiran dan pergerakan pegawai merupakan isu nasional yang
dihadapi oleh hampir kesemua organisasi, dan tidak terhad kepada sektor perkhidmatan awam sahaja.
Justeru, penambahbaikan pengurusan kehadiran dan pemantauan pergerakan pegawai yang lebih sistematik
amat diperlukan untuk mencapai matlamat KTPA iaitu menjadikan perkhidmatan awam yang berprestasi
tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat.
2
2.4 KAITAN DENGAN KEADAAN DAN EKOSISTEM SEMASA
Sebelum projek inovasi ini dihasilkan, setiap unit dibekalkan dengan sebuah Carta Pergerakan Pegawai
yang perlu dikemaskini oleh setiap individu secara manual. Maklumat pergerakan pegawai sering kali tidak
dikemaskini, dan memaparkan maklumat pergerakan bagi bulan semasa sahaja. Tiada laporan berhubung
kehadiran atau pergerakan pegawai yang boleh diguna oleh pihak pengurusan bagi tujuan pemantauan,
perancangan atau membuat sesuatul keputusan dengan segera. Ketidakseragaman format Carta
Pergerakan Pegawai di setiap unit menyukarkan pembentukan imej korporat yang ingin ditonjolkan oleh
Jabatan.
Pegawai Khidmat Pelanggan juga sering kali menghadapi masalah untuk menyambung panggilan kepada
pegawai. Ini kerana maklumat pergerakan pegawai tidak dapat dilihat serta diketahui, tanpa merujuk terlebih
dahulu kepada pegawai lain yang berada di unit berkenaan. Ada kalanya pemanggil perlu menunggu lama di
talian sebelum panggilan disambungkan. Perkara ini secara tidak langsung menggambarkan imej serta kualiti
pengurusan perkhidmatan awam yang lemah.
Jabatan juga tidak mempunyai senarai kehadiran yang boleh digunakan sebagai asas pengiraan head count
pegawai sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Kelemahan yang dihadapi berhubung kesukaran
pemantauan kehadiran serta pergerakan pegawai, kekangan untuk mengalisis laporan serta imej
perkhidmatan yang tidak cekap, boleh membawa kesan negatif dan impak yang buruk kepada Jabatan, jika
tidak ditangani dengan segera.
Justeru, Sistem i-Counting dibangunkan melalui pengubahsuaian dari Meeting Room Booking System
(MRBS), di atas platform sumber terbuka (Open Source) dan dihoskan di dalam intranet server Jabatan (XAMP
Server). Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah PHP dan MySQL.
Sistem ini boleh beroperasi menggunakan sebarang sistem pengoperasian (LINUX, WINDOWS, IOS atau
Adroid) di dalam linkungan intranet JANM.
Sistem ini mampu mengatasi masalah kesukaran mengenal pasti kedudukan pegawai di bawah seliaan yang
berada di unit dan aras yang berlainan. Tidak seperti Carta Pergerakan Pegawai manual, pengemaskinian
maklumat di dalam sistem ini hanya perlu dilakukan oleh pegawai penyelia sama ada melalui komputer atau
telefon bimbit. Oleh itu, ia menjimatkan penggunaan sumber tenaga manusia yang boleh disalurkan untuk
meningkatkan produktiviti. Pegawai juga tidak perlu bergerak ke ruang kerja untuk merujuk pada Carta
Pergerakan Pegawai.
Pengemaskinian status pergerakan seseorang pegawai akan dipaparkan secara
real time. Justeru, proses pemantauan khususnya oleh Ketua Jabatan dapat
dilakukan dengan mudah, cepat, efisyen dan menyeluruh ke atas semua
pegawai. Pada masa yang sama, pihak pengurusan juga mudah untuk
memantau pengambilan cuti para pegawai.
CARTA PERGERAKAN PEGAWAI SECARA MANUAL
3
Sistem i-Counting turut menyediakan kemudahan pelaporan yang boleh dijana dan dianalisis dengan
lebih mudah dan pantas pada bila-bila masa ia diperlukan. Laporan dari sistem ini juga boleh digunakan
sebagai asas untuk head count bagi menyemak kehadiran pegawai semasa sesi
roll-call sekiranya berlaku sesuatu kecemasan seperti yang ditetapkan dalam
Standard Operating Procedure (SOP) Pelan Tindakan Pengungsian Bangunan
Ketika Kecemasan / Bencana di Para 8 (g) – Buat panggilan baris (roll-call) di
tempat berkumpul dengan menggunakan SENARAI KEHADIRAN dan semak
sekiranya ada yang masih tertinggal dalam bangunan bagi kumpulan di bawah
kawalan masing-masing.
Pegawai Khidmat Pelanggan juga boleh menyemak status kedudukan pegawai di pejabat terlebih dahulu,
sebelum menyambung panggilan. Sekiranya pegawai yang diingini tiada, panggilan telefon boleh
disalurkan secara terus kepada pegawai lain yang bersesuaian dengan pantas. Oleh itu, pemanggil tidak
perlu menunggu lama di talian yang tidak berjawab.
Sistem i-Counting dapat membantu Jabatan untuk menentukan pegawai gantian dengan segera
sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau memerlukan tindakan segera. Pihak pengurusan juga dapat
membuat perancangan ke atas sesuatu aktiviti atau mesyuarat yang hendak dilakukan dengan mudah
dan pantas. Carta Alir Sistem i-Counting adalah seperti di Lampiran 1. Manual Panduan Pengguna
Sistem i-Counting turut disediakan untuk membantu pegawai baharu menggunakan sistem ini seperti di
Lampiran 2.
2.5 KRITERIA PEMILIHAN PROJEK DAN ANALISIS PENYELESAIAN
Kumpulan i-Reka telah mengguna LIMA (5) Kaedah Kawalan Kualiti untuk Mengenal Pasti Masalah.
Masalah yang utama telah diperincikan lagi dengan menggunakan kaedah 5W+1H diikuti dengan kaedah
soal selidik. Soal selidik telah dijalankan ke atas 97 orang responden yang terdiri dalam kalangan Ketua
Jabatan, Ketua Seksyen, Ketua Unit dan para pegawai untuk mengenal pasti kelemahan organisasi.
4
SOP KECEMASAN
Kos untuk membangunkan sistem oleh pihak vendor dianggarkan berjumlah RM3,000 hingga RM5,000.
Kos penyelenggaraan pula dianggarkan sekitar RM800 setahun. Kos pembelian peralatan alatulis pula
dianggarkan sebanyak RM2,000 setahun. Nilai ini adalah terlalu tinggi untuk diperuntukkan oleh Jabatan,
memandangkan kekangan peruntukan dihadapi oleh semua Jabatan pada ketika ini. Sehubungan itu,
kumpulan i-REKA telah menyenaraikan beberapa cadangan penyelesaian terhadap masalah ini melalui
kaedah brainstorming seperti berikut:
1. Membangunkan satu sistem atas talian secara dalaman atau in-house;
2. Mewujudkan satu templet automatik yang beroperasi secara offline;
3. Mengeluarkan memo peringatan kepada pegawai yang tidak mengemaskini maklumat
pergerakan;
4. Membuat hebahan melalui emel atau aplikasi WhatsApp bagi meningkatkan kesedaran
berhubung pengemaskinian maklumat pergerakan; atau
5. Mengenakan tindakan tatatertib kepada pegawai yang tidak memaklumkan ketidakhadiran ke
pejabat atau tidak memaklumkan pergerakan kepada pegawai penyelia.
Kesemua cadangan tersebut dianalis dan dirumuskan seperti berikut:
Kesimpulan terhadap kaedah pemilihan cadangan penyelesaian dengan menggunakan kaedah
Prioritization Matrix ialah Cadangan 1, iaitu membangunkan Sistem Online. Kumpulan i-Reka telah
mengatur strategi bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti dengan menggunakan kaedah Analisa
Kerangka 4 Langkah E.R.R.C. Grid.
KAEDAH PEMILIHAN PENYELESAIAN – PRIORITIZATION MATRIX
ELIMINATE RAISE
Kos perolehan sistem, kos penyelenggaraan
dan kos perolehan aset kerajaan
Kualiti perkhidmatan, kecekapan pemantauan ke-
hadiran dan pergerakan pegawai, dan ketepatan
analisis data
CREATE REDUCE
Meneroka idea kreatif dan mencipta sistem
untuk mengatasi masalah
Tempoh masa pencarian pegawai, mengesahkan
kehadiran dan mengenal pasti pergerakan pegawai
5
3. TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN 3.1 CADANGAN PENYELESAIAN
Kumpulan i-Reka telah berjaya membangunkan produk inovasi untuk memantau kehadiran dan
pergerakan pegawai secara lebih efisien melalui sistem online iaitu i-Counting. Sistem ini
berpotensi untuk diadaptasi secara terus atau boleh diubah suai mengikut keperluan sesebuah agensi,
dan dikomersialkan. Kaedah analisis SWOT digunakan bagi menentukan ciri-ciri penambahbaikan
yang paling praktikal bagi sistem ini.
3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN
Pembangunan Sistem i-Counting ini dimulakan dengan sesi sumbangsaran dan penerobosan idea-idea
kreatif dari semua ahli kumpulan bagi memastikan sistem ini dapat memberi impak yang lebih tinggi dan
efektif. Pelan tindakan proses kerja pembangunan inovasi ini dapat digambarkan melalui rajah berikut:
3.2.1
CARTA PERBATUAN
▪ Kurang dana
▪ Staf teknikal
tidak mencukupi
▪ Jimat masa
▪ Mudah pantau
▪ Mudah kesan
▪ Kolaborasi
▪ Replikasi dengan Jabatan lain
▪ Imej organisasi
▪ Kebergantungan
pada sistem
▪ Pencerobohan data
6
3.3 PEMBANGUNAN PROTOTAIP DAN UJI CUBA
CADANGAN PROJEK : i-Counting (Sistem Pergerakan Pegawai)
1. Dibina bagi tujuan menggantikan Carta Pergerakan Pegawai (manual).
2. Berkeupayaan untuk member maklumat yang segera tentang keberadaan pegawai pada
sesuatu masa
3. Komponen yang terdapat di dalam sistem:
a) Login pengguna
(id hanya diberikan kepada pegawai penyelia sahaja bagi tujuan kunci masuk data.
Pengguna tidak memerlukan id untuk paparan maklumat dalam sistem)
b) Nama pegawai di Jabatan disenaraikan mengikut unit, minggu dan bulan
7
LAMPIRAN 3
c) Kunci masuk butiran pergerakan pegawai
8
e) Kategori permohonan akan dibezakan mengikut warna
f) Semua pegawai boleh melihat paparan pergerakan staf di Jabatan
9
d) Pegawai Pengurusan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan semua kakitangan boleh
melihat laporan mengikut tarikh, unit, nama pegawai dan kategori permohonan
g) Laporan kehadiran pegawai juga boleh dijana bagi tujuan head count sekiranya
berlaku kecemasan
3.4 PERAKUAN PENGGUNAAN SISTEM
Sistem i-Counting telah mendapat perakuan penggunaan daripada pihak Pengurusan JANM
Kedah pada 7 April 2019. Pemakluman tentang penggunaan sistem ini juga telah
disampaikan oleh Puan Pengarah semasa Mesyuarat Pengarah Bersama Kakitangan JANM
Negeri Kedah Bil.2 Tahun 2019 pada 14 April 2019. Kumpulan i-Reka telah menunjukkan
demontrasi penggunaan Sistem i-Counting kepada semua kakitangan, dan menerima
sokongan serta maklum balas positif dari semua pihak.
10
LAMPIRAN 4
Emel arahan penggunaan
Sistem i-Counting
Minit Mesyuarat Pengarah Bersama
kakitangan JANM Negeri Kedah Bil
2/2019 berhubung penggunaan Sistem
i-Counting
Taklimat penggunaan Sistem
i-Counting
4. KEBERHASILAN PROJEK
4.1 KESAN JANGKA PENDEK
Hasil dari soal selidik (Lampiran 5&6) yang telah dijalankan ke atas 97 orang responden mendapati, Sistem i-Counting memberi impak positif kepada peningkatan kecekapan pemantauan kehadiran dan pergerakan pegawai di JANM Negeri Kedah. Hasil analisis mendapati berlaku peningkatan dalam penjimatan masa sebanyak 45% selepas penggunaan Sistem i-Counting. Kecekapan dan keberkesanan kualiti perkhidmatan turut meningkat sebanyak 48%, manakala penjimatan kos meningkat sebanyak 43% dari sasaran sebenar projek. Kesemua peningkatan ini telah melebihi sasaran awal yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 70% bagi penjimatan masa dan 80% bagi peningkatan kualiti perkhidmatan dan 100% bagi penjimatan kos. Pencapaian ini membuk-tikan keberkesanan pelaksanaan projek Sistem i-Counting yang telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
IMPAK SEBELUM SELEPAS
Penjimatan Masa
52% responden bersetuju Carta
Pergerakan Pegawai secara manual menjimatkan masa
97% responden bersetuju
Sistem i-Counting menjimatkan masa
Peningkatan Kualiti Perkhidmatan
49% responden bersetuju carta
pergerakan pegawai secara manual meningkatkan kualiti perkhidmatan
97% responden bersetuju
Sistem i-Counting berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan
Penjimatan Kos
57% responden bersetuju
Carta Pergerakan Pegawai secara manual menjimatkan kos
100% responden bersetuju
Sistem i-Counting menjimatkan kos
11
4.2 KESAN JANGKA PANJANG DAN IMPAK PROJEK
Kesan jangka panjang terhadap hasil luar jangka projek i-Counting ini adalah bertepatan dengan
Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) di bawah teras “ Peningkatan
Produktiviti” dan “ Kecekapan Perkhidmatan Awam”.
Kesan Jangka Panjang kepada Jabatan & Pembangunan
Peningkatan Prestasi Ahli Kumpulan i-Reka
12
5. POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK
5.1 TAHAP KETERSEDIAAN SISTEM
Sistem ini telah dikongsi penggunaanya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah pada 25 Jun 2019. JKM telah memberi perakuan ke atas penggunaan sistem ini, yang banyak membantu melicinkan urusan pentadbiran serta memantau pergerakan pegawai yang melakukan tugasan di luar pejabat. JANM Negeri Kedah juga telah memanjangkan surat permohonan kepada JANM Negeri Pulau Pinang pada 4 Ogos 2019 untuk berkongsi penggunaan sistem ini.
5.2 TAHAP REPLIKASI, PENYERAGAMAN DAN PENGKOMERSILAN PROJEK
Sistem i-Counting ini berpontensi untuk dikomersil dan diseragamkan penggunaanya ke 24 buah
Pejabat Perakaunan di Negeri dan Cawangan, serta 13 Bahagian di JANM. Sistem ini boleh direplikasi
oleh mana-mana Jabatan tanpa melibatkan sebarang kos tambahan, kos instalasi atau perolehan aset
baharu. Pengoperasian sistem ini hanya memerlukan kemudahan komputer dan rangkaian internet
Jabatan.
6. KESIMPULAN
Sejajar dengan arus perkembangan teknologi digital, Jabatan perlu memanfaatkan keupayaan teknologi terkini dengan beralih dari melakukan proses kerja secara manual kepada proses kerja berasaskan sistem. Kumpulan i-Reka telah berjaya menghasilkan satu inovasi dengan memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu untuk memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan. Sistem i-Counting ini terbukti dapat meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan, serta mengoptimumkan kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia. Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi kerajaan perlu mengambil kira perkembangan teknologi agar sentiasa kekal relevan dan menyediakan perkhidmatan terbaik di hujung jari kepada semua pihak.
Surat penghargaan pengguna Sistem i-Counting dari Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Kedah
Surat perkongsian
Sistem i -Counting
dengan JANM Pu-
lau Pinang
13