Download - Nota BMM 3101 2013
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
1/193
MAY
21
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Pengenalan
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap
sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai
persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai
tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah
itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan.
Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah
(a) Kemahiran Berfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan
1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses
menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses
asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk
mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses
berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin
tahu, seperti;
a) Apakah objek itu?
b) Bagaimanakah bentuk objek itu?
c) Apakah kegunaan objek itu?
d) Bagaimanakah menggunakan objek itu?
http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://amirgassi.blogspot.com/2011/05/kemahiran-bernilai-tambah.html -
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
2/193
e) Di manakah dapat memperoleh objek itu?
Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu,
anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari
dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan
jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa
kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia
dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir.
Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
(a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu
yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu,
pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut
pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan
kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti
pemikiran seperti;
i. menjana idea antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan
sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau
pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan
sebagainya.
ii. Membuat inferens antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan
pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat
kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal,
membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal
dan sebagainya.
iii. Menghubung kait antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
3/193
dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan,
menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari
perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan
sebagainya.
iv. Meramal antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan,
mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan
kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya.
v. Membuat hipotesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji
kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat
penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang
perlu diuji dan sebagainya.
vi. Mensintesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-
idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya.
vii. Mengitlak antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat
generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.
viii. Menganalogi antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat
perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri
persamaan, dan sebagainya.
ix. Membuat gambaran mental antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk
lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran
mental, dan sebagainya.
x. Reka cipta antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan
bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif,
dan sebagainya.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
4/193
(b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat
sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses
membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau
elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera
sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-
budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat
Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan
beberapa aktiviti pemikiran seperti;
i. Mencirikan antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu,
mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya.
ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk,
sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.
iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri,
kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.
iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor,
kriteria tertentu, dan sebagainya.
v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab,
menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat
atau data, dan sebagainya.
vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan,
membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan
sebagainya.
vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
5/193
pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat
hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.
(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik
dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat
penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat
kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian
memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti
menaakul melibatkan;
i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi
contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau
kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan.
(d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis.
Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan
menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah;
i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat
rumusan dan membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan
masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan.
iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan,
alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
6/193
(b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan,
keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara
berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk
meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti
menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk
menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu
diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan
maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan
sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset,
televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan
Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran
(murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;
i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah,
gambar visual dan sebagainya.
ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan,
dan sebagainya.
Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;
i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau
melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton
demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.
ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
7/193
pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet,
portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi,
melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.
iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan
melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya
untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang
diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan
sebagainya.
iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara
individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh
(c) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB)
sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar
tanpa bersama guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood
(2007) pula berpendapat BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran
yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca
buku di perpustakaan. Bagi Abdul Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha
mengembangkan tabiat belajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan
tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang
berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan
menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran
sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan sistem pendidikan akan
menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin berusaha mendapatkan
maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan maklumat. Antara contoh
aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat
sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari
sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar
secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
8/193
generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat, menepati
masa.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan
aspek;
i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa,
pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan
menggalakkan perbincangan.
ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota -- antara contoh aktiviti
yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati,
memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin
bertanya, memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba,
berkongsi maklumat dan sebagainya.
iii. Kemahiran membaca -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) seperti
membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara
imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan; bacaan
intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan
bacaan.
iv. Kemahiran menulis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan,
membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya.
v. Kemahiran mengingat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan
kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya.
(d) Kemahiran Kajian Masa Depan
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah
satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
9/193
diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal
ini disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan
dugaan yang tidak sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD
diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional,
kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun
masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar
najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah;
i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat
ramalan, membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk
menghadapi hasil ramalan, dan sebagainya.
ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis
kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan,
membuat persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya.
iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu
daripada berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan
kebiasaan diri, dan sebagainya.
(e) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian
kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP
mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran
menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis
kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid,
iaitu;
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
10/193
i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan
kata-kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan
yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan
ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status
sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya.
ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan
dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya,
kebolehan menjangka, dan sebagainya.
iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,
ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik,
hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.
iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan
dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran,
menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya.
v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan
melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi
atau irama.
vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat
serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama
melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan
atau melakonkan tugasan yang diberikan.
vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi
kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan
memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan,
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
11/193
mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu
dilaksanakan.
viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan
memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri
dan orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya.
(f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK)
merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan
isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan
alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai.
Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara
menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan
pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudian
diterjemahkan secara nyata sama melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan.
Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya,
persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja
atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru boleh melaksanakan
Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagai bentuk
pembelajaran seperti;
i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan
idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan
semasa, dan sebagainya.
ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan
maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta kereta luncur yang
menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan kenderaan udara,
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
12/193
dan sebagainya.
iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai
pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya.
iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif
menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya.
v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi
cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain
seperti menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual),
mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian,
dan sebagainya.
(g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan
kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan
penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif.
Murid membina sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan
idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu.
Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia
ada. Jepun mencipta kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh
Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialah membina sesuatu yang
baharu sama ada yang dibina itu objek, konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd.
Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan
cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK yang menekankan
penggabungan idea atau hubung kait idea. Konstruktivisme dapat membina
pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang
boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivisme ialah;
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
13/193
i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu.
ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan
maklumat atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya.
iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa depan,
dan sebagainya.
iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea
perbincangan, membina hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh,
membina tesis berdasarkan maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya.
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai
Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan
KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan
tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid
dan dalam senario dunia yang global.
Rujukan
Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa
Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
14/193
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b.
Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d.
Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e.
Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a.
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b.
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, Kemahiran
Belajar Cara Belajar dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
15/193
dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan
Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan
KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan
danaktivitimendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama
adadari segimengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat
keputusan,adalahpenting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada
masadepan.Kemahiran berfikir juga diajarkan kepada murid melalui soalan danaktivitiyangmemerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti
mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari
segimengkonsepsikanidea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan
adalahpenting dalamkehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Untuk
membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir sepertipenyusunan
grafik, soalan jenis bertumpu, bercapah dan lingkaran soalanserta petaminda perlu
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .TeoriRobert S perry
pula menghuraikan otak manusia yang menggunakanbahagiankirinya berfikir secara
kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secarakreatif. Kedua-dua bahagian otak ini
mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kirimempunyai
kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunanbahasafakta,
matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyaikemahiranberfikir dalam
bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk disampingperasaan, irama,
muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untukmelahirkanpelajar yang
sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagianotak kanandan kiri
hendaklah dikembangkan27Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran
ini perlu diajarkankepada murid supaya mereka dapat menggunakankomputer untuk
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
16/193
tujuankomunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,menggunakan aplikasi
perisiandalam menyempurnakan tugasan harian, danmengakses maklumat
melaluiinternet.Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara
berfikrah,terancangdan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran
berupayameningkatkankefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran dan
memberipeluangpembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan.Murid-murid juga boleh mengaplikasikan pembelajaran kendiri
dengan mencarimaklumat sendiri diinternet28Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supayamereka peka terhadap
teknikpembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiranini membolehkan
muridmeningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untukmenghadapi dunia
yangsemangkin mencabar dan sering berubah sertamengamalkan pembelajaran
seumur hidup.Kemahiran belajar cara belajar jugadiajarkan supaya murid
peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan.Kemahiran belajar yang perlu
dikuasai ialahmenentukan bahan yang optimum,pemerolehan maklumat
dan memprosesmaklumat. Penguasaan kemahiran inimembolehkan murid
meningkatkanpengetahuan, cekap bertindak danmengamalkan pembelajaran seumur
hidup.Penguasaan kemahiran belajar carabelajar amat penting bagi murid-
muridlantaran masa pengajaran dan pembelajarandalam kelas adalah amat terhad.
Hal inimenyebabkan ilmu pengetahuan yangditerima oleh murid-murid juga terhad.
Oleh itu,mereka harus belajar cara untukmemperoleh maklumat tambahan dan
meningkatkanpenguasaan mereka dalam
mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, belajar carabelajar akan membantu murid-
murid supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiritanpa guru.Denganmenguasai
kemahiran belajar cara belajar, murid-murid jugamampu menilai tahappembelajarannya
sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untukmeningkatkanprestasinyadalam pelajaranKemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya
cubaditerapkanoleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah
mahupunsekolahmenengah) dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (terkandung
dalamSukatan Pelajaran Bahasa Melayu) iaitu meliputi kemahiran mendengar
danbertutur,kemahiran membaca, kemahiran menulis dan mencatat nota
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
17/193
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
18/193
berbeza.Kepentingankecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran
ialahuntuk membolehkanguru untuk menjalankan pengajaran mengikut lapan
kecerdasan.Selain itu, melalui kecerdasan pelbagai ini, guru dapat menilai bakat
dankebolehanpelajar seterusnya membangunkan bidang akademik dan
kokurikulumpelajar.Suasana kolaboratif juga dapat diwujudkan. Hal ini seterusnya
menggalakkaninovasidan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
32Kemahiran Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme
dalampendidikan dapat melahirkan murid yangboleh membina pemahaman
danpengetahuan baru mereka sendiri berdasarkanpengetahuan dan pengalaman
sediaada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebihfaham, yakin, dan lebih
seronok untukterus belajar sepanjang hayat.konstruktivisme adalah tidak lebih
daripada satukomitmen terhadap pandanganbahawa manusia membina pengetahuan
sendiri. Inibermakna bahawa sesuatupengetahuan yang dipunyai oleh seseorang
individuadalah hasil daripada aktiviti yangdilakukan oleh individu tersebut, dan bukan
sesuatumaklumat atau pengajaran yangditerima secara pasif daripada luar.
Pengetahuantidak boleh dipindahkan daripadapemikiran seseorang individu
kepada pemikiranindividu yang lain.Sebaliknya, setiapinsan membentuk pengetahuan
sendiri dengan menggunakanpengalamannya secaraterpilih ( Nik Azis Nik Pa, 1999
)Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu
yangberfikir.Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang
pengetahuan yangdisampaikanoleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang
maklumat barudenganpengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan
baru dalammindanyadengan bantuan interaksi sosial bersama rakan
dan gurunya.Dalamproses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir
untukmenyelesaikanmasalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak
dalammenghadapipelbagai kemungkinan dan cabaran.Sebagai contoh, ini
boleh dicapaimelalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan sepertimengenal pasti
masalah,mengumpul maklumat, memproses data, membuatinterpretasi dan
membuatkesimpulan
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
19/193
33Selain itu. kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih
jelasapabilamereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan
baru.Seorang muridyang memahami apa yang dipelajari akan dapat
mengaplikasikanpengetahuan yangbaru dalam kehidupan dan situasi baru.Setelah
memahami sesuatu konsep, muridakan dapat mengingati lebih lama konseptersebut
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yangditerima
dengan pengetahuan sedia ada untukmembina pengetahuan baru.Muridyang belajar
secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendirikefahamanmereka tentang
sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada dirisendiri danberani menghadapi
dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.Dalampembelajaran secara
konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan,konsepdan idea secara aktif. Ini
menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin danlebih seronokuntuk terus belajar
sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagaikemungkinan dancabaran.Murid yang
berkemahiran sosial boleh bekerjasamadengan orang lain dalammenghadapi sebarang
cabaran dan masalah. Kemahiransosial ini diperoleh apabilamurid berinteraksi dengan
rakan atau guru-guru merekadalam membina pengetahuanmerekaKemahiran
Pembelajaran KontekstualPembelajaran ini adalah pembelajaran yangmengaitkan isi
pelajaran denganpengalaman individu, masyarakat, dan alambekerja. Pembelajaran
kontekstualdisampaikan dalam persekitaran yang pelbagaisecara konkrit yang
melibatkan latihamal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabilamurid berupaya
menghubungkaitkanpengetahuan baru secara bermakna, danmenghayati kerelevanan
pembelajarandengan kehidupan mereka.Pembelajarankonteksual merupakan satu
model dinamik dan terbuka.Pembelajaran kontekstualmemastikan pelajar disediakan
peluang untuk menjadikanpembelajaran bermaknamelalui pengalaman dan informasi,
dan menggunakanpengalaman serta informasidemi membina pengetahuan sendiri.
Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas
apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yangdiperoleh dalam bilik
darjahdapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilikdarjah.
Pembelajarankontekstual mempertimbangkan interaksi antara pelbagai tahapdan
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
20/193
unsur pengajaran.Pembelajaran secara kontekstual dapat membina keyakinan diri
kerana muriddapatmemahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran
secaraKontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan
sesuatumasalah.Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara
akademikdan alampekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan
industri.Pendekatankontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir
masa depanuntukmenguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.36Konsep dan
tujuan penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah dalam
matapelajaranBahasa MelayuKonsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah
yangdigariskan olehKementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran
generik.Kemahiran bernilaitambah merupakan kemahiran umum yang
diaplikasikanmerentas semua domain matapelajaran di sekolah rendah dan
menengah.Kemahiran bernilai tambahmemerlukan masa yang lebih panjang untuk
dikuasaiberbanding dengan ilmu ataukemahiran dalam mata pelajaran tertentu.
Kemahiranbernilai tambah merupakankemahiran yang diperolehi melalui aplikasi
kemahirangenerik, serta melaluiaplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu
dalampengajaran danpembelajaran di bilik darjah Dalam literatur pendidikan, istilah
kemahiran generik sering diutarakandenganpengertian yang arbitrari. Gagne
mentakrifkan kemahiran generik sebagaistrategikognitif. S arjana kognitif pula
merujukkannya sebagai ilmu bebas domain(domain-independent knowledge)
S tasz et.al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson,1994 mentakrifkan kemahiran
generiksebagai S uatu literatur pendidikan umumtentang keupayaan kognitif
seperti belajar cara belajar,menganalisis danmenyelasaikan masalah, inovasi dan
komunikasi. Attewell (1994) :pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran
generik dapatmempelajari aplikasibaru yang disampaikan kepadanya dengan mudah.
Dalam halini kemahiran generikdilihat sebagai sangat penting namun masih kurangdiberkanpenekanan.kemahirangenerik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif,kemahiran belajar,kemahiran mentaksir dan menilai , dan kemahiran
fasilitator.Meskipun aplikasikemahiran generik semakin diberikan penekanan,
namun terdapatvariasi tentangsubkemahiran yang terangkum dalam kemahiran
generik 37Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
21/193
sarjanabersetujubahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir
(penyelsaianmasalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk
mengingatdankemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum
danpelaksanapendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik
sertatuntutan untukmelengkapkan individu pelajar dengan kemahiran
tersebut.Tujuankonsep penyerapan ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran
danpembelajarandidalam kelas adalah bertujuan untuk membantu murid untuk
supayadapatmenambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan
danperaturanmelalui aktiviti yang dijalankan oleh guru. Selain itu, konsep penyerapan
ini dapat membentuk sikap ingin menambahkanilmupengetahuan dalam kalangan murid
dan dapat meluaskan ruang untukmenerokabidang ilmu yang mereka minati. Murid juga
boleh memupuk corakpemikiran yangterbuka dan sentiasa ingin tahu dalam diri
mereka dan secara tidaklangsung, merekadapat melatih diri mereka untuk berfikiran
yang rasional, logik,objektif, dan positi
Tambahan lagi, konsep penyerapan dalam pengajaran Bahasa melayu
pulabolehmembantu murid menguasai pengetahuan tentang
penggunaanperbendaharaankata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan
intonasi, danperlakuan bukanbahasa yang lain mengikut konteks selain dapat
memahami danmenerima sertamengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk
perkembangan dirimereka. Murid jugaakan menguasai dan mengamalkan tingkah laku
yangbersesuaian dan diterima olehrakan sebaya dan masyarakat jika kosep ini
berjayadiserap kedalam diri mereka.Penyerapan dianggap penting dalam pengajaran
untuktujuan memantapkan lagipenguasaan pembelajaran pelajar. Melalui
penyerapanpengajaran sepatutnya mampudikaitkan dengan unsur-unsur nilai tambah
yangditekankan di dalam kurikulum. Dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran
BahasaMalayisia (BM), matlamatnya tidakhanya menekankan penguasaan bahasasemata-mata, tetapi meliputi pembinaan diripelajar. Oleh itu, kajian ini melihat persepsi
guruBahasa Melayu terhadap aspekpenyerapan berdasarkan persediaan,
pelaksanaandan keberkesanannya
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
22/193
Nota BMM 3101 : Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Terdapat tujuh kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, konstruktivisme
dan kontekstual. Guru perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan perkembangan diri murid dengan
menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral, pengurusan emosi, kemahiran sosial,
pemikiran yang efektif dan kebolehan menyelesaikan masalah.
1. Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca, dan menulis. Jenis kemahiran berfikir yang sering disebut dalam Bahasa Melayu ialah
mencirikan, mengkelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan, membanding dan membeza,
mengenalpasti sebab dan akibat, meringkas, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. (Idris
Mohd Radzi, 2006:3). Jenis kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan membolehkan
kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan serta peta
minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Di dalam kemahiran berfikir ini, ia diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif. Cara ini boleh dilaksanakan dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Tujuan kemahiran ini adalah memastikan supaya murid-murid dapat memahami isi-isi
pelajaran yang diajar di samping membantu proses perkembangan kognitif mereka. Contohnya, dalam
pengajaran pemahaman, guru boleh meminta anak muridnya supaya membaca dan menjawab soalan
pemahaman yang disediakan. Soalan yang diberikan haruslah bertumpu kepada soalan yang
memerlukan pandangan dan pendapat murid. Selain itu, penggunaan bahan rangsangan seperti gambar,
carta, jadual dan bahan lain juga perlulah bersifat merangsang kemahiran berfikir murid-murid.
2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai nilai
yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum di
sekolah.
http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/nota-bmm-3101-kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/nota-bmm-3101-kemahiran-bernilai-tambah.htmlhttp://atiqahaiza.blogspot.com/2013/05/nota-bmm-3101-kemahiran-bernilai-tambah.html -
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
23/193
Dengan perubahan yang dilakukan ini, murid-murid di sekolah dapat menggunakan komputer untuk
tujuan komunikasi. Contohnya, murid dapat mengahantar dan menerima e-mail. Secara tidak langsung,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini juga mampu merapatkan jurang komunikasi antara
guru dengan murid. Selain daripada itu, murid-murid dapat belajar menggunakan aplikasi perisian
komputer dalam menyempurnakan tugasan harian. Proses P&P juga akan menjadi lebih berkesan
apabila murid-murid dapat megakses maklumat yang terdapat di dalam internet. Semua aktiviti ini
seharusnya berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya sebelum murid-murid mampu
melaksanakannya sendiri.
3. Kemahiran Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik, khususnya keranakemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran yang memfokus secara luaran dan
kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran. Dalam erti kata lain, langkah ini dapat membantu
murid-murid untuk lebih mengutamakan pembelajaran. Pemberian peluang yang secukupnya kepada
murid-murid dapat membantu mereka mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh
dilakukan oleh mereka dalam pelajaran. Dengan refleksi yang kritikal, murid-murid juga dapat membuat
keputusan tentang langkah seterusnya dalam pembelajaran dan mengenal pasti cara untuk memperbaik
pembelajaran mereka.
Walaupun tidak ada langkah yang spesifik dalam merangsang kemahiran belajar cara belajar, terdapat
beberapa usaha yang boleh dilakukan. Guru seharusnya menekankan peranan dan hubungan antara
guru dengan murid dan murid dengan murid. Pihak sekolah pula boleh memberi sokongan yang
secukupnya kepada guru-guru dan juga murid-murid dalam menerapkan kemahiran ini. Dengan kata
lain, pembelajaran menjadi lebih efektif apabila murid-murid mendalami pembelajaran mereka, hasil
penghayatan guru terhadap pengajaran.
4. Kemahiran Kajian Masa Depan
Kemahiran ini mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Selain itu,kemahiran ini juga merupakan satu
pendekatan pembelajaran bagi membolehkan muridmurid menyedari sesuatu isu atau permasalahan
yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Contohnya,dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek sejarah,kemahiran kajian masa hadapan ini dapat dipraktikkan di sekolah.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
24/193
Tambahan lagi, murid-murid turut dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan
perubahan melalui kemahiran ini. Secara tidak langsung, manfaat yang maksimum akan diperoleh murid
dalam mengendalikan setiap perubahan yang berlaku ke atas diri mereka. Contohnya, dalam mata
pelajaran agama dan sains. murid-murid akan mengetahui bagaimana proses kewujudan mereka di atasmuka bumi ini serta proses perkembangan dan pertumbuhan yang akan mereka alami apabila
meningkat dewasa.
5. Kecerdasan Pelbagai
Gardner (1998) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
Kecerdasan pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu, yang pertama verballinguistik.
Kecerdasan ini menunjukkan kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam aktiviti lisan dan
penulisan. Kebolehan mengingat maklumat, menyakinkan orang lain serta bercakap tentang bahasa itu
sendiri merupakan antara kategori kecerdasan verbal linguistik.
Kedua, kecerdasan logik-matematik, iaitu kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak
berhujah. Kategori ini termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab dan akibat serta
kebolehan menjangka.
Ketiga, kecerdasan visual ruang, iaitu kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna
dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
Keempat ialah kecerdasan kinestatik, iaitu kebolehan menggunakan badab untuk menyatakan idea ,
perasaan dan menyelesaikan masalah. Kelima, kecerdasan muzik, iaitu kebolehan mengesan irama dan
lagu, mengenal lagu yang mudah serta membezakan atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi
yang mudah.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
25/193
Keenam, kecerdasan interpersonal, iaitu kebolehan memahami perasaan , motivasi , tabiat serta hasrat
orang lain. Ketujuh ialah kecerdasan intrapersonal, iaitu kebolehan memahami diri sendiri daripada segi
kekuatan , kelemahan, hasrat dan kehendak. Kecerdasan ini dapat membantu individu menangani
perasaan , beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
Kelapan, kecerdasan naturalis, iaitu kebolehan mengenali dan mengaplikasi tumbuh-tumbuhan , galian
dan binatang termasuk rumput dan batu-batan serta pelbagai flora dan fauna. Ia juga merupakan
kebolehan untuk mengenali artifak budaya daripada segi pakaian.
6. Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan pelajar untuk
membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya dimana
pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.
Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu pelajar
membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan dan seterusnya pensyarah akanmemainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau fasilitator dalam memperkembangkan
pengetahuan sedia ada pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran
konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
7. Pembelajaran Kontekstual
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses
maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
26/193
kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan
tindak balas mereka sendiri).
Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam
konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku
dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Kaedah kontekstual iaitu
kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar
ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi
makna dalam kehidupan seharian mereka.
Pembelajaran kontekstual juga ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaranberlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan
menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
BMM 3101 Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah Dalam Langkah Pengajaran Bahasa Melayu
Pendahuluan
Pada tahun 2000 Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat semakankurikulum kerana struktur
dan kandungan kurikulum sedia ada tidak memenuhikeperluan sejagat, sebagaimana yang disarankan
oleh UNESCO dalam The Treasure Within Report to UNESCO of the International Commisioan on
Education for the Twenty-first Century Learning ( 1995 ). Laporan ini menyatakan konsep pembelajaran
seumur hidup adalah syarat untuk memenuhi cabaran abad ke-21.
Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan kemahiran
bernilai tambah (KBT ) dalam kurikulum sekolah rendahdan menengah untuk mencapai hasrat
Kementerian Pelajaran supaya kurikulum ini mampu memenuhi aspirasi negara. Kemahiran bernilai
tambah terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa
depan, kemahiran belajar cara belajar,kecergasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan
pembelajarn kontekstual.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
27/193
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman yang diperolehi oleh murid di bilik darjah lalu
mengunakan kemahiran yang diperolehi dalam situasikehidupan murid serta dapat mengaplikasikannya
dalam dunia sebenar.
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuanmemantapkan kebolehan
berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif
dan psikomotor pelajar.
Sehubungan dengan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira aspek kesesuaian
objektif dan hasil pembelajaran. Selain daripada itu, bahan dan teknik untuk pengajaran kemahiran
bernilai tambah perlu diambil kira supaya proses pengajaran difahami oleh murid. Guru juga perlu
merancang peruntukanmasa serta menyusun langkah pengajaran untuk menyerapkan jenis kemahiran
bernilai tambah supaya mencapai hasil pembelajaran.Dalam kemahiran bernilaitambah juga mengambil
kira aspek penilaian secara formatif.
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menentukan objektif pengajaran
dan pembelajaran, serta memikirkan jenis kemahiran bernilai tambah yang boleh diserapkan dan
dihubungkaitkan dengan objektif . Selain itu,guru harus menentukan kemahiran bahasa yang
dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis supaya aktivitidan langkah pengajaran yang dirancang dapat dilaksanakan serta mencapai hasil pembelajaran.
Langkah yang terancang untuk pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini
dapat diserapkan kepada murid dengan berkesan.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran di Tahun 3. Dalam
hasil pembelajaran ini fokus bahasa yang dipilihialah kemahiran mendengar dan bertutur . Manakala
objektif yang ingin dicapaiialah murid boleh berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yangsesuai serta murid
boleh menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikutsituasi dalam perbualan.
Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan
hasil pembelajaran . Di antaranya aktiviti mendengarrakaman dialog yang mengandungi kata panggilan
formal, diikuti dengan latihan secara berpasangan, seterusnya murid boleh melakonkan semula kata
bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat melatih
kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
28/193
Selain daripada itu, aktiviti mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang
bahan yang didengar dapat menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek kemahiran
belajar.
Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya, murid boleh berlatih bertutur
dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam situasi tertentu . Oleh itu,
murid dapat mengasah kecerdasaninterpersonal yang merupakan suatu kemahiran yang penting
untukperkembangan diri individu.
Selain daripada itu, latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal
dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca merupakan pengabungjalinan
kemahiran membaca dan menulis .
Aktiviti ini untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, murid boleh meningkatkan kemahiran
membuat kesimpulan atau rumusan yang merupakan kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada
kemahiran berfikir.
Pelbagai teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran yang boleh diserapkandengan menggunakan
kemahiran bernilai tambah yang sesuai seperti kemahiran kontekstual. Walau bagaimanapun,
kemahiran bernilai tambah perlu diolah secara terancang dalam langkah pengajaran supaya mencapai
objektif pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran
bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif supaya murid dapat
menggunakannya dalam kehidupan seharian.
Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dapat menjadikan ilmu yang dipelajari oleh
murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengantuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan.
Contoh pengajaran lain yang boleh dihubungkaitkan dengan kemahiran bernilaitambah ialah objektif
yang memerlukan murid mengemukakan tiga inferens kesan pemakanan tidak seimbang ia merujuk
kepada kemahiran masa depan.
Manakala objektif mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar merujuk
kepada kemahiran mencatat nota yang terdapat dalamkemahiran belajar cara belajar.
Selain daripada itu, jika murid menggunakan komputer untuk membuat peta minda bermakna murid
tersebut telah memperolehi kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran teknologi
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
29/193
maklumat dan komunikasi.
Proses pengajaran yang menyerapkan kemahiran bernilai tambah memerlukanperancangan masa yang
sesuai kerana ia selalunya bertindan dengan kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir dan
kemahiran belajar cara belajar terutamanya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
Contohnya, mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasimemerlukan masa yang
panjang untuk dipelajari oleh murid. Oleh itu, jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang
berbanding dengan kemahiran yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah.
Selain daripada itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaranmemerlukan satu atau
dua aktiviti . Contohnya melatih murid membaca secaraimbasan indeks, menukarkan maklumat teks
kepada bentuk grafik atau mengajar cara membuat generalisasi. Hal yang demikian, menuntut gurumerancang masa, pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien supaya pengajaran dapatdilaksanakan
dengan berkesan.
Untuk melihat tahap penguasaan murid dalam kemahiran bernilai tambah, guru merujuk kepada hasil
pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaranmelalui penilaian formatif yang dijalankan
melalui aktiviti penyerapan kemahiranbernilai tambah. Contohnya, apabila seorang murid diminta
melakonkan semula rakaman yang diperdengarkan. Penilaian bukan sahaja dibuat dari segi bahasa
tetapi merujuk kepada ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan. Malah guru boleh meletakkan
ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahapkecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan
bahawa kemahiran bernilaitambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras iaitu hasil pembelajaransecaraterancang pada waktu pengajaran. Bagi melaksanakan pengajaran demikian, guru harus bijak
memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran
bernilai tambah dapat dikuasai oleh murid.
Kesimpulan
Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang diintegrasikan secara penyerapan dalam Kurikulum Bahasa
Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa, tatabahasa dan kosa
kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran bernilaitambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan murid yang bersedia untuk menghadapi
kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran ini diserapkan dalam pengajaran khasnya mata
pelajaran Bahasa Melayu supayamurid dapat memahami dan menggunakannya di masa depan.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
30/193
1. KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
MUHAMMAD NAZREEN BIN JAMIL MOHD NURAZAM BIN MAT RESADI MOHD HILAL IZZUDDIN BIN CHE
ABD AZIZ MOHD HAFIZ BIN ABU SAMAH
2. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat- alat ICT dalam pengajaran danpembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk
meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel,
menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat.
3. Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,
menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat
melalui internet. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan
mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan
sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan
sebagainya yang bersifat teknologi.
4. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu:1. TMK untuk pembelajaran tutorial.2. TMK untuk tujuan penerokaan.3. TMK sebagai
alat aplikasi4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi.
5. TMK untuk pembelajaran tutorial Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian
pendidikan sama ada dalam CD ROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran
disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka
bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupayamenyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid.
6. TMK untuk tujuan penerokaan Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan pendekatan
konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat
daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan
demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.
7. TMK sebagai alat aplikasi Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan
menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk
mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya.
8. TMK sebagai alat pemudah komunikasi Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan
berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi
dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya.
9. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
31/193
pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;1.
Persembahan2. Demonstrasi
10. Persembahan Demonstrasi antara contoh aktiviti yang antara contoh aktiviti yang boleh
diaplikasikan dalam boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pengajaran dan pembelajaran ialah
pembelajaran ialah gambar menayangkan power points, visual berkenaan tunjuk petikan, gambar,gambar cara, rajah contoh rajah, gambar visual dan pelaksanaan, dan sebagainya. sebagainya
11. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti;1. Tutorial2. Penerokaan3. Pengaplikasian4. Komunikasi
12. 1. Tutorial Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat
menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya.2. Penerokaan Antara
contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji
sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan
13. 3. Pengaplikasian Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan
maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan
maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian
yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya.4. Komunikasi Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada
antara individu mahupun dengan ramai individu
14. CONTOH LANGKAH LANGKAH P&P Guru menyuruh murid Guru menyuruh murid membuka lamanwebGuru membawa murid ke mengambil tempat masing untuk mencari maklumatMakmal Komputer
Sekolah masing bersama mengenai simpulan komputer bahasa dan perumpamaan Guru menunjukkan
cara Guru membimbing murid membentangkan hasil dalam mencari maklumat carian dalamMicrosoft
tersebut Word
15. Guru menyuruh murid Guru memberikan pujian Guru membahagikan menaip ayat majmuk kepada
kumpulan yangmurid kepada beberapa mengandungi simpulan membentangkan hasil kumpulan kecil
bahasa dalam kerja paling baik. Guru menyuruh murid Guru menyuruh murid untuk membuat salinan
untuk membuat untuk dibentangkan di karangan pendek semasa dalm kelas di rumah.
RUJUKAN
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 1966. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
32/193
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SekolahRendah. Kuala
Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Maklumat Pendidikan Khas. (2006). Jabatan Pendidikan Khas. Kementerian PelajaranMalaysia.
Mok Soon Sang, 2004. Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor DarulEhsan : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof, 2011. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.Selangor Darul Ehsan :
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pengajaran Berasaskan Kajian Masa DepanKementerian
Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara KontekstualKementerian Pendidikan
Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Pembelajaran Secara KonstruktivismeKementerian Pendidikan
Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Belajar Cara Belajar KementerianPendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran
danPembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum, Jun 2002 Penggunaan Teknologi Maklumat danKomunikasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia
Dengan menggunakan kaedah imbasan (scanning) murid boleh mendapatkaninformasi yang terperinci
daripada bacaan yang dijalankan.Murid juga mampu mencari jawapan dengan kadar yang segera.Hal
ini berlaku kerana murid hanya memfokuskankepada kata-kata kunci yang tertentu daripada petikan
yang diberi untuk
mencari jawapan.Dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah sayasediakan,murid akan
menggunakan keadah imbasan (scanning) untuk mencarisumbangan sasterawan Lim Swee Tin.Kaedah
imbasan (scanning) yang terapkan dalam rancangan pengajaran danpembelajaran dapat menjimatkan
masa guru dan murid untuk menyelesaikan satutugasan.Oleh itu,masa yang terlebih boleh digunakan
untuk aktiviti lain seperti mencarimaksud dan sebagainya.Kaedah imbasan (scanning) juga dapat melatih
murid untukdigunakan untuk menjawab soalan petikan semasa peperiksaan.Menguasai kemahiran
membaca secara scanning melibatkan masa yang tidaklebih daripada beberapa minit. Hal ini membantu
pelajar menjimatkan masa dan dalammasa yang sama mendapat jawapan kepada persoalan-persoalan
yang berkaitan.Hanya selepas itu, pelajar boleh membuat keputusan dalam menentukan
tahapkepentingan sesuatu istilah, konsep dan bahagian dalam teks atau buku teks mahupunbuku
rujukan yang memerlukan perhatian khusus ketika pelajar membuat ulang kajiatau membaca untuk
belajar.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
33/193
Konsep dan prinsip kemahiran Bernilai Tambah (KBT) yang digariskan olehpusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar atausama dengan kemahiran Generik dalam
pedagogi bestari.Kemahiran Bernilai Tambahmerupakan kemahiran umum yang perlu diaplikasikan
merentas semua domain matapelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.Kemahiran inimemerlukan masa yang lebih lama untuk dikuasai berbandingdengan ilmu dan kemahiran dalam
matapelajaran lain.Dengan sedikit pengubahsuaiandan modifikasi daripada konsep kemahiran generik
,KBT merupakan kemahiran yangdiperoleh melalui aplikasi kemahiran generik dan pendekatan,teknik
serta kaedahdalam pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang
diajarkan dalam bilik darjahdan dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia
global.Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gayapembelajaran
dan jenis kecerdasan murid akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan
bersemangat.Oleh hal demikian,murid lebih menguasai ilmuyang dipelajari.proses ini memungkinkan
murid menyedari potensi dan kecerdasandiri.Dengan adalah penerapan Kemahiran Bernilai Tambah
suasana pembelajaran akanlebih aktif,segar dan menyeronokan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tahun : 4 Nilam
Bilangan murid : 30 orang
Masa : 7.30-8.30 pagi
Tema : Keluargaku sayang
Tajuk : Keluarga Bahagia
Fokus utama : 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan intonasi yang betul
Fokus sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
34/193
majmuk.
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan
topik yang diberikan.
Objektif :
Akhir pembelajaran, murid dapat :
i) membaca kuat teks Keluarga Bahagia dengan sebutan dan intonasi yang
betul.
ii) menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai
mengikut situasi dalam perbualan.
iii) membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja dengan betul.
SISTEM BAHASA
Tatabahasa Kata panggilan dan kata ganti nama diri
Pengisian kurikulum
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran berfikir - menjana idea, mengkategori
ALAT BANTU MENGAJAR
Video Lagu Keluarga Bahagia-Saujana
Teks cerita Keluarga Bahagia
Komputer
LCD
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka.
Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
35/193
ISI PELAJARAN Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan
Video Lagu
Keluarga Bahagia-
Saujana.
Soalan :
Apakah keluarga?
Keluarga terdiri
daripada?
Set Induksi (5 minit)
Murid menonton tayangan video
Lagu Keluarga Bahagia
Murid bersoal jawab dengan guru
berdasarkan video dan lirik lagu
tersebut.
Kemahiran berfikir
Nilai : Kasih sayang
BBM :
Klik di bawah untuk
paparan video "Lagu
Keluarga Bahagia"
Video "Lagu Keluarga
Bahagia"
Rujuk LAMPIRAN 1
Teks Keluarga
Bahagia
Soalan :
Apakah peranan
ayah?
Apakah sifat ibu?
Langkah 1 (20 min):
Murid membaca kuat teks tentang
Keluarga Bahagia secara kelas,
kumpulan dan individu.
Murid dan guru bersoal jawab tentang
petikan yang dibaca.
Kemahiran membaca
BBM
Klik di bawah untukpaparan teks "Keluarga
Bahagia"
Teks Keluarga Bahagia
Penggunaan kata
panggilan dan
kata ganti nama
diri
Langkah 2 (20 min):
Guru menerangkan kegunaan kata
panggilan dan kata ganti nama diri.
Murid mengeluarkan kata panggilandan kata ganti nama yang terdapat
dalam petikan.
Murid melakonkan satu situasi yang
diberikan oleh guru dengan
menggunakan kata panggilan dan kata
Kemahiran lisan
https://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/keluarga-bahagiahttps://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/keluarga-bahagiahttps://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/keluarga-bahagiahttps://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/khttps://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/khttps://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/khttps://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/keluarga-bahagiahttps://sites.google.com/site/kbsrbmtahun4/keluarga-bahagia -
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
36/193
Keperihalan
Tajuk :
Keluarga bahagia
Setiap orang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Ciri keluarga
bahagia ialah semua ahli keluara hidup dalam suasana ceria, gembira dan bertolak
ansur. Keluarga bahagia mesti saling menyayangi dan menghormati antara satu
sama lain.Nama ayah saya ialah Mohd Kamal bin Mohd Isa. Ayah saya seorang yang
baik dan tabah. Ayah saya bekerja sebagai seorang pegawai kastam. Sebagai
ketua keluarga, ayah saya telah membeli sebuah rumah yang indah sebagai
tempat perlindungan kami sekeluarga.Nama ibu saya ialah Khalijah binti Ibrahim. Ibu saya seorang yang baik
hati. Beliau selalu memberikan segala keperluan yang saya perlukan. Ibu saya
bukan sahaja bekerja di pejabat, malah ibu saya bertanggungjawab menguruskan
ganti nama yang betul.
Ayat tunggal
Kata kerja
Contoh :
Ibu memasak di
dapur.
Abang bermain
bola dengan adik.
Langkah 3 (10 min)
Murid dikehendaki membina ayat
tunggal berdasarkan kata kerja yang
diberikan oleh guru dengan
menyelitkan kata panggilan dan kata
ganti nama diri yang telah dikenal
pasti daripada petikan tadi.
Rumusan
pengajaran
Penutup (6 min):
Guru bersoal jawab dengan murid
tentang dapatan pengajaran pada haritersebut.
Menekankan kembali isi pelajaran
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
37/193
makan minum kami sekeluarga.Saya mempunyai empat orang adik-beeradik. Abang saya bernama Amirul,
kakak saya bernama Amira dan adik saya bernama Aqeef. Saya amat menyayangi
mereka. Mereka selalu membuatkan saya gembira.Nama saya ialah Ameer Hafiz. Saya berumur 10 tahun. Saya
menghormati ibu bapa saya. Saya pergi ke sekolah dan belajar bersungguh-
sungguh demi ibu bapa saya. Saya amat menyayangi keluarga saya. Saya
bersyukur kerana diberikan sebuah keluarga yang bahagia.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
38/193
LAMPIRAN 1
Keluarga Bahagia
Oleh: Saujana
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
39/193
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita sering kali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu
Contoh RPH KBSR Tahun 5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Tarikh : 28 Januari 2013
Masa : 10.20 pagi hingga 11.20 pagi (60 minit)
Kelas : 5 Anggerik
Bilangan Murid : 32 orang (16 Lelaki, 16 Perempuan)
Umur Murid : 11
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
40/193
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Variasi Tari Malaysia
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama :
3.2 Menghuraikan maklumat dengan menggunakan alasan yang menyakinkan.
Aras 2 (1) Mengembangkan idea berdasarkan pemerhatian dengan menyatakan bukti yang sahih.
Fokus Sampingan
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 2 (i) Membina ayat tunggal dengan perluasan subjek dan predikat.
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,
ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.
Objektif Pelajaran :
Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
1) Mengenalpasti jenis-jenis tarian yang terdapat di Malaysia.
2) Memberikan pendapat masing-masing berkenaan dengan tarian yang terdapat di Malaysia.
3) Mengkategorikan jenis tarian dengan suku kaum bagi tarian tersebut.
4) Membina lima daripada enam ayat tunggal berdasarkan perkataan yang diberikan.
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
41/193
Sistem Bahasa :
Tatabahasa : Ayat Tunggal
Kosa Kata : Magunatip, Gawai, Ngajat
Peribahasa : tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Pengisian Kurikulum :
1) Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
2) Nilai Murni : Hormat-menghormati, menghargai warisan negara, kerjasama, berani mencuba
3) Kemahiran Bernilai Tambah :Kemahiran Berfikir
Kemahiran Teknologi dan Komunikasi
Kecerdasan Pelbagai
Pembelajaran Kontekstual
Bahan Bantu Mengajar : LCD, Speaker, Komputer dan Slaid
Pengetahuan sedia ada: Murid pernah didedahkan dengan jenis-jenis tarian yang terdapat di Malaysia
dan juga konsep ayat tunggal.
Langkah/
MasaIsi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
PembelajaranCatatan
Tayangan gambar-
gambar jenis tarian di
Malaysia.
Soalan :
1) Apakah yang dapat
anda lihat berdasarkan
tayangan sebentar tadi.
2) Adakah warisan
tersebut masih dikekalkan
1) Guru menayangkan
gambar-gambar tarian
yang terdapat di Malaysia.
2) Guru bersoal jawab
dengan murid mengenai
tayangan gambar sebentar
tadi.
3) Guru memperkenalkan
tajuk pembelajaran pada
BBM :
Komputer
LCD
Speaker
KBT :
Pembelajaran
Kontekstual.
Kemahiran Teknologi
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
42/193
Set Induksi
( 5 minit)
sehingga sekarang? hari tersebut. Maklumat dan Komunikasi.
Pengetahuan Sedia Ada
Nilai Murni :
Menghargai Warisan
Negara
Langkah 1
(10 minit)
-Tayangan video tarian-
tarian yang terdapat di
Malaysia.
-Soal jawab dengan pelajar
:
1) Nyatakan 2 jenis tarian
yang terdapat dalam
tayangan video sebentar
tadi.
2) Apakah jenis tarian
bagi suku kaum Iban
berdasarkan tayangan
video sebentar tadi?
3) Namakan jenis tarian
1) Guru menayangkan
tayangan video yang
mengandungi pelbagai
jenis tarian yang terdapatdi Malaysia.
2) Guru meminta murid
memerhati dengan teliti
setiap suku kaum yang
menarikan tarian tersebut.
3) Guru bersoal jawab
dengan beberapa orang
pelajar berdasarkan video
yang ditunjukkan sebentar
tadi.
BBM :
LCD
Komputer
Speaker
KBT :
Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai
Pembelajaran Kontekstual
Kecerdasan Pelbagai
Nilai Murni :
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
43/193
yang ditarikan oleh suku
kaum di Sabah?
4) Adakah mempunyai
pengalaman menyaksikan
atau merasai sendirimenarikan tarian tersebut?
Berani Mencuba
Hormat-menghormati
Langkah 2
(15 minit)
Suai padan jenis tarian
dengan suku kaum yang
terdapat di Malaysia.
Melayu (Tarian
Joget)
India (Tarian Bharata
Natyam)
Cina (Tarian Kipas)
Iban (Tarian Ngajat)
Orang Ulu (Datun
Julud)
Kadazan (Tarian
Magunatip)
Orang Asli (Tarian
Sewang)
1) Guru akan
menayangkan gambar-
gambar tarian dan nama
suku kaum.
2) Beberapa orang murid
diminta untuk menyuai
padankan jenis tarian
dengan suku kaum
tersebut.
3) Murid yang lain juga
digalakkan berbincangantara satu sama lain.
4) Guru akan berbincang
jawapan tersebut dengan
seluruh isi kelas.
BBM :
LCD
Slaid
Speaker
Komputer
Pengetahuan Sedia Ada
KBT :
Kemahiran Berfikir
Kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Nilai Murni :
Berani Mencuba
Hormat-menghormati
Kerjasama
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
44/193
Langkah 3
(10 minit)
Soalan uji minda :
1) Apakah tarian yang
menggunakan buluh?
2) Tarian Joget ditarikan
oleh kaum apa?
3) Apakah nama perayaan
yang sesuai ditarikan
dengan Tarian Ngajat?
4) Tarian Datun Julud
berasal daripada mana?
1) Guru akan menyoal
pelajar untuk menguji
minda mereka berkenaan
dengan tajuk yang
diberikan.
2) Murid akan mencuba
menjawab soalan-soalan
yang dipaparkan di slaid.
BBM :
LCD
Speaker
Komputer
Slaid
KBT :
Kemahiran Berfikir
Langkah 4
(15 minit)
Perkataan :
Gawai
Kipas
Buluh
Tari
Melayu
Baju
1) Guru akan menunjukkan
enam contoh kata tunggal
kepada pelajar.
2) Pelajar diminta
membuat ayat tunggal
berdasarkan perkataan
yang diberikan.
BBM :
LCD
Slaid
Komputer
KBT :
Kemahiran Berfikir
Pengetahuan Sedia Ada
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
45/193
Penutup
(5 minit)
Kognitif
Rumusan Pelajaran.
Sosial
Rumusan Nilai Murni.
1) Guru akan merumuskan
pembelajaran pada hari
berkenaan.
2) Guru meminta pelajar
bersama-sama
menyanyikan lagu Gunung
Kinabalu sambil menari
bersama-sama.
BBM:
LCD
Speaker
Komputer
Peribahasa
KBT :
Kecerdasan Pelbagai
1. RANCANGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTURMata Pelajaran : Bahasa
MelayuTahun : 5 JayaBilangan Pelajar : 32 orangTarikh : 23 Oktober 2011Masa : 9.15 pagi 10.15 pagi
(60 minit)Tajuk : Cincin Kesayangan DatinFokus Utama : 4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan
pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci,tetap, dan tersusun. Aras 3 i. Menganalisis idea
yang dikemukakan untuk memberikan respon ii. Mendengar dan menerima pendapat orang lain dengan
rasionalFokus Sampingan : 10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 i.
Mengecam dan menyusun idea utama daripada petikan yang dibaca.Hasil Pembelajaran : Pada akhir
pelajaran ini, murid dapat : 1. Menghuraikan pendapat dengan tepat dan teliti berdasarkan rangsangan
kata yang diberi. 2. Menyatakan isi-isi penting mengikut urutan cerita.Sistem Bahasa : Tatabahasa - Ayat
penyata - Ayat tanya - Kata nama am Kosa Kata : - keanggunan - Perhiasan - Menggayakan - Keramat -
Mekanik 1
2. Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Moral Nilai Murni - kesyukuran, jujur, baik hati, berhemah
tinggi Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : Kemahiran Berfikir - menginterpretasi - Mentafsir - Membuat
kesimpulan Teori Kecerdasan Mental - Interpersonal Kontekstual - pengalaman lalu dan sekarang
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajar bentuk-bentuk benda dan sifat-sifat benda.
Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran:Langkah / Isi Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
-
7/29/2019 Nota BMM 3101 2013
46/193
Pelajaran Set Induksi 1. Guru menunjukkan genggaman dan bertanya apa yang (5 minit) ada dalam
genggaman tersebut. 2. Murid meneka apa yang ada dalam genggaman guru 3. Guru membuka
genggaman dan mempamerkan cincin bertatahkan permata dan berlian 4. Guru dan murid bersoal
jawab tentang cincin, harga dan nilai. Langkah 1 1. Setiap murid diminta menutup mata menggunakan
sehelai Kain / skaf (10 minit) kain / skaf. KB 2. Murid diminta mendengar dan membuat gambaran
mental menginterpretasi tentang situasi yang diberikan oleh guru. TKP - intrapersonal 3. Guru
membacakan situasiyang berlaku di rumah Datin Rafidah. 2
3. Senarai Ransangan Kata Rumah Datin Rafidah Di ruang tamu Suka berhias, anggun, bergaya Cincin
berlian / RM50,000 anak gad