Download - Model Montessori
PROGRAMME PLANNING & STRATEGY 1
TUGASAN BERKUMPULAN
NAMA NO. PENDAFTARAN
1. NOR NURULHAYATI BINTI ARIS DPAK 22-20
2. ZALILA BINTI ISMAIL DPAK 22-36
3. LEE NIEN TZE DPAK 22-15
4. ASITAH BINTI PUNIRAN DPAK 22-01
5. SUGUNAVATHY A/P MANICKAM DPAK 22-30
6. KALPONAH DPAK 22-13
7. NOORBAYA BINTI OTHMAN DPAK 22-35
TAJUK : MODEL PENDIDIKAN MONTESSORI
PENSYARAH : PUAN ZAINUN BINTI ISHAK
TARIKH HANTAR : 24 OKTOBER 2009
Pengenalan
Latar Belakang Model Pendidikan Montessori
Model Pendidikan Montessori ini di asaskan oleh Maria Montessori
(1870-1952) yang merupakan seorang tokoh pendidikan di Rome, beliau
mempunyai pengalaman mengenai pendidikan kanak-kanak yang
terencat akal.
Pada tahun 1899, beliau terlibat dengan penubuhan sekolah kanak-kanak
cacat di Rome. Di sekolah ini beliau menghabiskan masa selama 2 tahun
bersama rakan-rakannya bagi melatih guru-guru dalam kaedah
pemerhatian dan pendidikan kanak-kanak terencat akal.
Di samping itu, beliau menghabiskan masa dengan kanak-kanak dengan
membuat pemerhatian dan ujikaji dengan menggunakan pelbagai bahan
dan kaedah serta menggunakan semua idea yang diperolehinya melalui
kajian tersebut.
Sumbangannya terhadap kanak-kanak menjadikan Maria Montessori
seorang tokoh yang terkenal lebih-lebih lagi kerana beliau seorang doktor.
Melalui kaedah pembelajaran yang di perkenalkan oleh beliau kepada
kanak-kanak cacat, beliau mula menerapkan kaedah ini kepada kanak-
kanak biasa.
Beliau yakin bahawa kaedah yang digunakan ini boleh mendatangkan
hasil pencapaian yang lebih baik kepada kanak-kanak istimewa dan boleh
memperbaiki kanak-kanak normal.
1
Objektif Kajian
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Montessori kita dapat melihat
semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri
yang universal dalam kehidupan mereka..
Ciri-ciri berikut adalah:
Semua kanak-kanak mempunyai “absorbent mind”
Semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitif
Semua kanak-kanak ingin belajar
Semua kanak-kanak belajar melalui bermain dan bekerja
Semua kanak-kanak melalui berbagai peringkat perkembangan
Semua kanak-kanak ingin berdikari
Kaedah Mengajar
Montessori menekankan kepada:
Kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak. Alatan
mengajar yang disediakan perlulah mempunyai sifat-sifat khas supaya
kanak-kanak boleh menggunakan deria mereka.
Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya menekankan “Sensory
Teaching And Learning”. Kaedah mengajar di sekolah Montessori
mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan. Ini
bertujuan agar kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan
menggunakan deria dengan cekap.
Beliau membuat kesimpulan bahawa tingkahlaku kanak-kanak ini
merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan
menggunakan tangan mereka. Idea ini iaitu “The part to intellectual
2
development is through the hand”, merupakan tema yang penting dalam
kaedahnya.
Matlamat Pendidikan Montessori
Matlamat pendidikan Montessori yang terpenting ialah perkembangan
individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi
dan intelek.
Persatuan Montessori Amerika pada tahun 1984, dalam Brewer pada
tahun 1998 menyatakan bahawa matlamat program Montessori adalah
untuk memperkembangkan aspek-aspek berikut:
Penumpuan
Kemahiran membuat pemerhatian
Kesedaran dan segi susunan dan urutan
Koordinasi
Kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali
Konsep matematik
Kemahiran bahasa
Kemahiran menulis dan membaca
Kebiasaan dari segi seni kreatif
Kefahaman tentang alam semulajadi
Pengalaman dalam memahami sains sosial
Pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui
teknik
Penyelesaian masalah
3
Pendidikan Montessori merangkumi pelbagai aspek penting iaitu:
Persekitaran Pusat Prasekolah
Kanak-kanak
Guru
Bahan
Kurikulum
Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
Bahan Deria (Sensorial Material)
Persekitaran Pusat Prasekolah
Suasana persekitaran pendidikan Montessori haruslah mempunyai
kawasan yang luas untuk kanak-kanak bergerak dengan bebas serta
dilengkapi dengan taman permainan dan juga kebun bunga untuk
mewujudkan suasana yang menyeronokkan.
Peralatan asas seperti kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan, papan
hitam dan pelbagai lagi haruslah sesuai dengan umur mereka, bagi
memudahkan kanak-kanak menggunakan kemudahan tersebut di
samping dapat mengelak daripada berlaku kecederaan sewaktu
proses pembelajaran. Falsafah Montessori adalah berdasarkan logik,
teratur, sistematik dan indah.
Kanak-kanak
Berdasarkan kepada aktiviti individu. Kanak-kanak pelbagai umur
melibatkan diri dalam aktiviti-aktivtiti yang berbentuk individual. Kanak-
kanak bebas memilih mana-mana projek yang mereka sukai.
Aktiviti biasanya dilakukan di atas tikar atau di atas meja. Kanak-kanak
mengikut arahan kendiri bekerja bersendirian atau berdua-duaan. Kanak-
4
kanak yang lebih muda mempelajari aktiviti tertentu dengan cara
memerhati dan meniru rakan-rakan yang lebih tua.
Guru
Kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memerhati kanak-kanak
dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi
kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau
bahan yang baru.
Guru-guru tidak memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti ialah untuk
mendapat “self rewarding”, motivasi intristik. Guru-guru Montessori
mempelajari kaedah dan kurikulum dengan mengikuti kursus intensif di
peringkat ijazah.
Bahan
Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu bahayanya didaktik iaitu dibentuk untuk
mengajar pelajaran tertentu.
Berbentuk (self correcting). Mereka akan mendapat maklumat balik
setelah berjaya atau tidak dalam menyempurnakan tugas berdasarkan
bahan tersebut.
Bahan dibina daripada mudah kepada yang lebih susah dan bahan-bahan
dibina dengan cermat seperti bahan-bahan semulajadi contohnya kayu
yang divarnish.
Kurikulum
Terdapat beberapa set aktiviti, diantaranya ialah:
Aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan harian
Aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria
5
Aktiviti yang bercorak akademik
Aktiviti Kehidupan Harian (Daily Living)
Aktiviti ini berbentuk praktikal seperti:
Mengenakan butang baju
Memasang tali kasut
Menggilap kasut
Menyikat rambut
Menyiram pokok
Mencuci tingkap dan menyapu sampah dan mengelap meja.
Bahan Deria
Untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak, Montessori telah mencipta
berbagai alat bantuan mengajar seperti:
Pink Tower
Brown Stairs
Red Rods
Cylinder Block
Smelling Jar
Baric Tablets
Latihan Mengecam Warna
Sound Boxes
Temperature Jugs
Pelbagai Jenis Kain
Bahan-bahan Konsep Dan Akademik
Geometric Insert of Wood and Frame
Latihan Pengecaman Bentuk
Kertas Pasir
6
Huruf Abjad
Manik
Artistic or Cultural Material and Exercise
Jadual Waktu Harian
Contoh rancangan harian yang terdapat dalam program Montessori
Kelas bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Masa Aktiviti
9.00 pagi -10.00 pagi
1. Kanak-kanak tiba dan guru
menyambut kedatangan
mereka.
2. Periksa kebersihan kanak-
kanak.
3. Latihan kehidupan harian;
Membantu rakan lain.
4. Memakai dan menanggal apron.
5. Memeriksa keadaan bilik agar
teratur.
6. Bahasa: Perbualan: Kanak-
kanak menceritakan peristiwa
yang mereka alami pada hari
semalam.
7. Latihan agama.
10.00 pagi – 11.00 pagi
1. Latihan intelektual
2. Rehat
3. Latihan penggunaan deria
11.00 pagi – 11.30 pagi Gimnastik:Pergerakkan anggota
badan.
11.30 pagi – 12.00 tengahari Makan tengahari: Doa pendek
12.00 tengahari – 1.00 petang Permainan bebas
1.00 petang – 2.00 petang Permainan terarah
2.00 petang – 3.00 petang Kerja tangan
7
3.00 petang – 4.00 peng
Gimnastik : Berkumpulan
Latihan: Perkembangan sifat sayang
Lawatan,sayangi pokok dan binatang
Kesimpulan
Melalui pendidikan menggunakan model Montessori, kami dapati banyak
faedah yang diperolehi oleh kanak-kanak iaitu dalam membantu
perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi mereka.
Selain itu, melalui aktiviti seharian mereka di dalam kelas dapat
membantu kanak-kanak memperkembang, menyusun, meluas dan
menghalusi persepsi deria dari segi penglihatan, pendengaran bau dan
rasa.
Pendidikan Montessori juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih teratur dan lebih menyeronokkan serta dapat melatih kanak-
kanak agar lebih berdikari,bertanggugjawab dan fokus dalam melakukan
setiap tugasan mereka.
Guru-guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid
berada dalam keadaan lebih bersedia dan sentiasa memerhati
tingkahlaku kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti bagi menilai
kebolehan mereka.
Suasana persekitaran dan kemudahan pembelajaran yang di sediakan
dalam pendidikan Montessori yang berkesan dan efektif dapat melahirkan
kanak-kanak yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Secara
keseluruhannya pendidikan Montessori sangat berkesan dalam
membentuk pendidikan awal kanak-kanak yang lebih berkualiti.
8
L
A
M
P
I
R
A
N
9
SUASANA PEMBELAJARAN MONTESSORI
Berkerjasama dalam melakukan aktiviti menggunakan bahan montessori
Aktiviti menggilap pasu bunga
10
Replika ladang ternakan
ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI
Pink Interlocking Cubes Tower, Nester & More
Wooden Shapes & Numbers
11
Butterfly Wave Tray Puzzle
Fruits 3-D Felt Motif Set
ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI
First Storytime Book and CD Set
Ten Ring Puzzle Stacker
12
Wood Drying Rack/Clothesline/Paint Rack
Large Moveable Alphabets
ALAT BANTUAN MENGAJAR DI KELAS MONTESSORI
Lobster Spooning & Tonging Kit
Wood Sequence Patterns & Beads
13
Broad (Brown) Stair Replacement Prism
Sound Boxes
14